Ahad, 18 September 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


UMNO Cawangan Bukit Ampang

Posted: 18 Sep 2011 01:33 AM PDT

UMNO Cawangan Bukit Ampang


KONVENSYEN BN SELANGOR

Posted: 17 Sep 2011 07:00 PM PDT

Oleh HELMI MOHD. FOAD dan MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

Elak program 'syok sendiri' -Pengerusi BN Selangor

SHAH ALAM 17 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) agar tidak melaksanakan program 'syok sendiri' seterusnya memberi laporan tidak tepat tentang bacaan politik di sesuatu kawasan sehingga menjejaskan usaha merampas kembali Selangor daripada pembangkang.

Perdana Menteri sebaliknya berkata, mereka perlu memastikan program yang dijalankan menepati strategi meraih sokongan rakyat terutama pengundi muda yang bakal mengundi buat kali pertama dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jangan kita syok sendiri...apabila buat program Juara Rakyat, (laporan dibuat) kami ada perhimpunan 300 orang dan kesimpulannya program berjaya. Kemudian laporan dihantar ke ibu pejabat, diproses serta dihantar kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Siapa 300 orang itu, saya sudah tahu. Sudah 35 tahun dalam politik, saya tahu permainannya. Anda tahu apa yang saya tahu, saya tidak pakai laporan seumpama itu, tetapi kalau 300 itu bukan ketua cawangan dan penyokong tegar atau yang dahulu menentang kita, itu berbaloi," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata demikian dalam ucaptama perasmian Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Pengerusi Konvensyen BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed dan pemimpin-pemimpin parti komponen.

Perdana Menteri mengingatkan pemimpin parti bahawa beliau mengetahui status kebenaran sesuatu laporan yang disediakan dan memberi amaran agar mereka tidak membuat laporan yang menipu diri sendiri atau pemimpin atasan.

"Bagi laporan (semua) putih, kalau kelabu jangan kata putih, kalau hitam jangan kata kelabu, mesti beritahu betul-betul. Kalau program itu bukan sahaja output tetapi outcome. Laporan macam dulu tidak boleh pakai lagi sebaliknya dengan tindakan dan penilaian tepat dan jujur," katanya.

Najib berkata, laporan terhadap program-program yang dilaksanakan itu bukan dibuat sekadar ingin menyedapkan hati sahaja seperti yang berlaku pada 2008.

"Kita rasa kita cukup kuat tetapi kalau laporan kita betul, kita tidak akan kalah di Selangor kerana jika ada laporan tepat kita boleh buat tindakan pemulihan. (Sebaliknya) Kita tidak buat (laporan tepat) kerana rasa tidak mungkin kalah, itu rangka pemikiran kita bahawa tiada siapa fikir kita akan kalah di Selangor," katanya.

Dalam pada itu di hadapan lebih 3,000 peserta konvensyen, beliau menyeru agar semangat permuafakatan antara kaum yang selama ini dilaksanakan dalam BN terus disemarakkan dengan semua pemimpin menghayati bahawa perjuangan mereka adalah untuk kepentingan semua kaum.

Justeru, beliau meminta seluruh ahli dan kepimpinan BN agar membuka minda terhadap realiti politik semasa yang menuntut mereka tidak hanya memperjuangkan kepentingan kaum dan kelompok masing-masing.

"Dalam konteks negeri Selangor tidak mungkin kalau kita ada pertimbangan kepada mentaliti silo iaitu menjaga (kepentingan) satu-satu kaum sahaja. Realiti politiknya adalah tidak mungkin kita boleh berjaya dan membentuk kerajaan kalau BN berdiri atas sokongan satu kaum sahaja," katanya.

Beliau menegaskan, pemimpin BN yang tulen akan menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang susah tanpa mengira kaum dan warna kulit dengan terus 'menerpa' ke hadapan membantu sekiranya golongan itu layak diberi pertolongan.

Bertindak sebagai pembangkang

SHAH ALAM 17 Sept. – Barisan Nasional (BN) Selangor perlu meletakkan diri sebagai pembangkang dalam usaha untuk memenangi hati pengundi di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pemerhati politik tempatan, Prof. Madya Dr. P. Sivamurugan (gambar) berkata, kedudukan itu akan membuatkan ahli BN Selangor lebih bersemangat dan bekerja keras untuk mendekati pengundi.

''Walaupun hakikatnya BN adalah pembangkang di Selangor, namun tidak ramai ahli BN yang menyedari hakikat ini barangkali kerana berasa selesa.

''Justeru, ahli BN Selangor perlu berfikir dan bertindak sebagai pembangkang dengan menerajui sesuatu isu jika mahu mengembalikan semula sokongan pengundi di negeri ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Konvensyen BN Selangor di sini hari ini.

Konvensyen itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Selangor.

Sivamurugan menambah, bukanlah sesuatu yang mustahil untuk BN merampas kembali Selangor pada PRU-13 jika beberapa faktor penentu kemenangan diberi perhatian.

Antaranya, kata beliau, bagaimana untuk menarik pengundi wanita yang jumlahnya lebih tinggi serta golongan muda dan pengundi kali pertama yang semakin menyedari tanggungjawab mereka untuk memilih kerajaan.

Manifesto khas buat BN Selangor - Noh Omar

SHAH ALAM 17 Sept. - Barisan Nasional (BN) Selangor akan memastikan manifesto khas negeri itu sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 sebagai sesuatu yang boleh diterima dan sesuai dengan persekitaran politik semasa di negeri itu.

Sambil melahirkan rasa terima kasih atas persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merangka manifesto khas itu, Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, manifesto khas tersebut penting sebagai tempat bergantung bagi rakyat Selangor selepas pilihan raya umum.

"Selain manifesto di peringkat kebangsaan, BN Selangor memerlukan manifesto khas ini sebagai harapan kepada rakyat Selangor untuk menyaksikan perubahan oleh BN pada pilihan raya akan datang," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada majlis Konvensyen BN Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai reaksi kepada persetujuan Najib yang juga Pengerusi BN Selangor untuk merangka satu manifesto khas bagi Selangor selain manifesto kebangsaan sebagai langkah untuk merampas semula negeri itu daripada pembangkang.

Najib memberi jaminan itu ketika berucap pada sesi penggulungan dalam majlis tertutup sempena Konvensyen BN Selangor yang diadakan di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Noh berkata, BN Selangor perlu menerima hakikat bahawa antara kelemahan utama parti itu adalah masalah persepsi di kalangan rakyat terhadap dasar yang dilaksanakan.

Kata beliau, rakyat Selangor lebih melihat apa yang diberikan BN sebagai hak mereka tetapi menganggap apa yang dihulurkan pembangkang pula merupakan satu bentuk bantuan.

"Sedangkan jika mahu dibandingkan, banyak perkara yang dijanjikan oleh pembangkang pada pilihan raya umum lalu tidak ditunaikan dan banyak pula bantuan yang kita berikan sebenarnya tidak kita janjikan pada pilihan raya lalu," katanya.

Ketika ditanya bagaimana untuk menangani masalah persepsi itu, Noh berkata, setiap parti komponen BN Selangor perlu melihat isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat Selangor mengikut keperluan yang berbeza.

Ini kerana tambah beliau, isu-isu yang dibangkitkan di kawasan bandar atau luar bandar misalnya adalah berbeza dan BN tidak boleh menanganinya menerusi pendekatan yang sama.

'Elak sengketa, sokong siapa sahaja jadi calon' -Pengerusi BN Selangor

SHAH ALAM 17 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu seluruh kepimpinan Barisan Nasional (BN) di negeri ini membuat akujanji memastikan tiada lagi sengketa dalaman atau sesama parti komponen sebagai syarat untuk menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 sekali gus membolehkan kembali memerintah di Selangor.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN dalam nada tegas memberi peringatan agar mereka mengambil pengajaran pahit daripada kekalahan di Selangor dalam Pilihan Raya Umum 2008 dengan bangkit semula melakukan tindakan yang dapat mengembalikan semula sokongan rakyat.

Namun, beliau melahirkan kebimbangan kerana tamparan pada 2008 masih tidak diambil pengajaran oleh segelintir pemimpin apabila masih asyik memikirkan kedudukan jawatan dalam parti berbanding memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya.

"Marah...rasa nak marah kerana kita tidak belajar daripada pelajaran pahit, kita dibuai dengan keselesaan kerana ada kerajaan Pusat.

"Nauzubullilah, kalau tidak ada (kerajaan Pusat) maka penghinaan yang kita terima lagi dahsyat, sebaliknya hari ini hendak minta apa sahaja boleh sebab ada 'bapa' (kerajaan Pusat), boleh merayu dan tunjuk muka sedih minta peruntukan.

"Sepatutnya kita tidak semata-mata melaungkan mahu rampas balik Selangor tetapi kita mesti melaungkan bahawa kita sudah insaf dengan pengajaran yang pahit itu, kita nak bangun semula dengan kekuatan baharu," katanya.

Beliau memberi peringatan tersebut di hadapan lebih 3,000 pemimpin BN dari pelbagai peringkat dalam ucaptama perasmian Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, ujian paling besar yang perlu dihadapi wakil-wakil rakyat sedia ada ialah mereka perlu bersedia untuk melepaskan jawatan itu kepada calon lain yang berpotensi menang dalam pilihan raya.

Beliau juga melontarkan pertanyaan secara terbuka adakah mereka sanggup tidak menjadi calon dan cabarannya itu disambut seluruh kepimpinan BN negeri bahawa mereka bersedia berbuat demikian.

Najib juga mahu semangat yang ditunjukkan dalam konvensyen tersebut ditunjukkan dalam masyarakat iaitu BN merupakan sebuah parti yang boleh diletakkan harapan bagi menjamin masa depan rakyat negara ini.

"Kalau rangka pemikiran kita sedemikian rupa, kalau yakin dengan prinsip BN, kalau diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan calon dan kalau tidak kecil hati serta merajuk dan sabotaj (sebaliknya), kita sokong habis-habisan.

"Kalau ada semangat itu, kita akan lahirkan semangat mengangkat BN sebagai pemerintah di negeri ini. Kalau kita jujur dan ikhlas pegang prinsip tadi, Tuhan akan berikan kemenangan apabila sampai waktunya," katanya.

Najib yang mengingatkan bahawa pilihan raya umum sudah semakin dekat mahu semua pemimpin dan ahli BN agar merapatkan barisan, mengetatkan mana yang longgar dan menyelesaikan masalah secara baik.

Ini kerana, beliau tidak mahu BN menerima nasib malang dan sukar kembali memerintah negeri ini sekiranya parti-parti pembangkang terus dapat mencengkam sekali gus menukar landskap politik negara.

"Sesiapa yang tidak belajar dari sejarah, sejarah akan hukum dia sekali lagi. Kita sudah alami sejarah pahit, jangan hendaknya berulang kembali," katanya.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 17 Sep 2011 03:54 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


FYI

Posted: 16 Sep 2011 10:48 PM PDT

Attn:

This letter might come to you as a surprise but it is coming with the best of intentions and will be of mutual benefit to all the parties involved. I am Abdulrahman Ibrahim the son to one of the secretary to the former Egyptian President Hosni Mubarak. I am writing to solicit your assistance to secure funds that are with a Cargo company. The fund in question is a total of $45,000,000 (Forty Five Million United States Dollars) in $100 bills and stashed in Two crates and was shipped
out of Egypt through a diplomatic means by a Cargo company and they are not aware of the real content of the crates for security reasons.

I am looking For your assistance in getting the crates out from the Cargo company and securing the funds, since this is the only cash i can lay my hand,since the government began frozen of assets of every one that worked under President Hosni Mubarak along with his wife,eldest son, younger son, and both of the sons' wives. However we are willing to give you 20% of the total fund.

NOTE: There is no risk involved in this project because everything has been worked out perfectly. Therefore contact me for further directives. Please you should keep this transaction a top secret because of the tension on ground and we are prepared to do more business with you pending your approach towards this project.

I await your urgent response.

Abdulrahman Ibrahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan