Ahad, 18 September 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

Posted: 18 Sep 2011 03:40 AM PDT

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


MENGHADAPI PILIHANRAYA UMUM KE 13

Posted: 18 Sep 2011 03:11 AM PDT



Kami di Angkatan Muda Keadilan Cabang Parit Sulong dengan ini memohon kepada sesiapa saja lelaki atau wanita yang berada di kawasan N.17 Dun Semerah untuk mendaftarkan diri sebagai sukarelawan untuk membantu kami dalam gerakkerja menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal tiba. Pendaftaran boleh dibuat melalui SMS kan nama penuh dan Nombor talifon ke talian 012-7983646 atau email kan ke amkparitsulong@yahoo.com

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 17 Sep 2011 11:15 PM PDT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


"Najib memberi tapi dalam masa yang sama mengambil"

Posted: 17 Sep 2011 07:41 PM PDT

Kenyataan Media – YB Sivarasa, Ahli Parlimen Subang -  16hb September 2011

 "Najib memberi tapi dalam masa yang sama mengambil"

 Dalam ucapan sambutan Hari Malaysia tadi malam, Perdana Menteri Datuk Sri Najib mengisytiharkan ayat berikut " Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan terus".

Namun beliau secepatnya menambah bahawa "…dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan … untuk memelihara keamanan kesejahteraan dan kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara".

Ramai dikalangan kita mungkin tidak terus segera memahami makna yang tidak menyenangkan disebalik penggunaan perkataan "Perkara 149".  Perkara 149 merupakan bahagian jelek Perlembagaan yang membolehkan kewujudan Akta ISA sebagai undang-undang yang sah.  Jika Perkara 149 tidak berada di sana, ISA dan kesemua undang-undang yang memperuntukkan penahanan tanpa bicara seperti Akta Dadah Berbahaya ( Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 akan gugur kerana bercanggah dengan perlembagaan dan tidak sah.

Perkara 149 membenarkan undang-undang itu melanggar bahagian hak-hak asasi Perlembagaan seperti Perkara 5, 9 dan 10 yang menjamin perlindungan perbicaraan awam, antara perlindungannya, jadi dapat dikatakan ia sah diamalkan  "di sisi undang-undang".

Justeru, apa yang dibuat Najib tadi malam? Dalam cara yang tidak jujur, beliau membuatkan sebahagian rakyat Malaysia berfikir bahawa beliau melakukan 'tindakan bersejarah' dan menghapuskan kejahatan ISA dan penahanan tanpa bicara selama-lamanya. Tiada satupun yang menepati kebenaran. Beliau melakukan silap mata. Sekarang anda nampak, sekarang anda tidak nampak!

Beliau tidak menjelaskan dengan tuntas  bahawa penggubalan kedua-dua undang-undang baru  di bawah Perkara 149 itu, sebenarnya mengembalikan semula penahanan tanpa bicara, walaupun kononnya dengan cara yang lebih lunak yang masih belum dapat dilihat lagi.

Dalam erti kata lain, beliau hanya menyatakan hasratnya untuk menghapuskan ISA dan mengembalikan ia semula dalam pakaian baru yang  masih belum kita nampak. Ada udang disebalik batu, wajah yang sama bertopeng baru?

Frasa-frasa Najib saperti 'transformasi politik', 'mengamalkan demokrasi yang berfungsi dan inklusif'  serta  'menjadi negara maju yang sepenuhnya' semuanya tidak bermakna apa-apa, jika rakyat Malaysia masih terus menderitai penahanan tanpa bicara dengan kuasa diberi kepada Menteri untuk mengeluarkan perintah tahanan selama-lamanya.

Walaupun Najib menyatakan kuasa Menteri untuk menahan akan hanya untuk 'keganasan', janganlah kita lupa pada penahanan Saari Sungib (sekarang ADUN Hulu Kelang), Tian Chua (sekarang Ahli Parlimen Batu), aktivis Hishamuddin Rais (sekarang bloger TukarTiub) dan 7 orang yang lain pada bulan April 2001 kononnya kerana mereka 'menyimpan pelancar roket dan bom Molotov koktail'. Suatu dakwaan bodoh (atas kebodohannya sendiri) tanpa bukti yang pernah dihasilkan dalam satu kenyataan akhbar bertulis yang dikeluarkan oleh tidak lain dan tidak bukan daripada Ketua Polis Negara Norian Mai. Begitu juga seperti hal yang berlaku baru-baru ini, Dr Kumar Devaraj (Ahli Parlimen Sg Siput) dan lima rakan-rakan beliau ditahan di bawah Ordinan Darurat (yang berfungsi sama seperti ISA) kerana didakwa menjadi sebahagian daripada anasir subversif komunis militan.Satu-satunya bukti keterangan hanya berpandukan beberapa helai  t-shirt dengan wajah Che Guevara dan Abdullah CD, seseorang itu dapat  membelinya dengan mudah di pasar Chow Kit.

Dalam erti kata lain, jaminan lisan Najib semata-mata bahawa tiada siapa yang akan ditahan kerana ideologi politik sebenarnya merupakan kenyataan kosong kerana anda dapat melihat dalam contoh yang diberikan tadi, pihak polis (dan memang Menteri pun) dengan mudah menuduh  seseorang itu, khususnya ahli politik sebagai pengganas.

Jangan kita lupa, atas sebab inilah penahanan sewenang-wenangnya menjadi mercu tanda rejim-rejim zalim berpemerintahan kuku besi.

Najib membayangkan bahawa 'rangka perundangan khas yang digubal oleh negara-negara demokrasi yang maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk menangani keganasan adalah serupa dengan langkah-langkah kita  yang sedia ada seperti ISA dan tahanan pencegahan.  Ini memang merupakan kenyataaan yang mengelirukan.

Amerika Syarikat memperuntukkan kem tahanan Guantanamo Bay yang terkenal dan menjijikkan itu hanya kepada warga asing. Namun begitu, ia telah dikritik dengan meluas (dan benar) di selurung dunia kerana melanggar hak-hak asasi.  Malaysia sebaliknya kerap mengurung dan menganiaya warga setianya sendiri tanpa bicara awam. Melihat kata-kata Najib, Barisan Nasional bercadang untuk terus berbuat demikian.

Undang-undang khas di United Kingdom hanya membenarkan mereka untuk menahan rakyat asing yang bermasalah yang jika dihantar pulang kembali ke negara asal mereka akan tertakluk kepada penyeksaan dan penahanan oleh pihak berkuasa di sana.  Rakyat di UK tidak akan bertolak ansur untuk satu minit pun berkenaan apa yang kerajaan kita lakukan untuk rakyat kita sendiri  atas nama ISA dan undang-undang yang serupa.

Pakatan Rakyat menyatakan pendirian secara bertulis dalam Buku Jingga kami. Kami berkata bahawa sebuah kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat akan memansuhkan terus Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan pada masa yang sama, membatalkan semua pengisytiharan darurat yang sedia ada.

Kami berpuas hati melihat Najib memutuskan untuk menerima pakai pandangan kami bahawa kita mesti membebaskan diri daripada pengisytiharan darurat masa lalu.  Kewujudan berterusan pengisytiharan darurat tersebut  telah menjadi sasaran ejekan di sini dan di luar negara khususnya kerana ketiadaan keadaan mirip darurat sekalipun di dalam negara selama beberapa dekad ini. Pakatan Rakyat pasti akan menyokong satu usul di Parlimen untuk membatalkan pengisytiharan darurat ini dan juga menggesa kesemua ordinan yang diluluskan dibawah pengisytiharan tersebut  perlu dimansuhkan dengan serta-merta tanpa perlu menunggu tempoh 6 bulan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 150 (7).

Bagaimanapun kami amat jauh berbeza dengan Najib yang berhasrat untuk terus mengekalkan amalan jijik penahanan tanpa bicara yang tidak akan berlaku dalam era pentadbiran Pakatan Rakyat.

Malah, kami akan melaksanakan reformasi menyeluruh pasukan polis dan agensi-agensi keselamatan lainnya. Kami akan memastikan pasukan polis diberi kuasa yang mencukupi, latihan dan sumber bagi menjalankan tanggungjawab utama mereka mencegah jenayah dan mengekalkan ketenteraman awam secara profesional, cekap dan bebas, di samping menghormati hak-hak asasi rakyat.

Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Subang, Ahli Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik untuk Parti Keadilan Rakyat


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 17 Sep 2011 11:09 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Berhari Raya Bersama Azmin Ali di Felda Palong 5, Jempol, Negeri Sembilan

Posted: 17 Sep 2011 05:59 PM PDT






Sejambak bunga ingin saya hadiahkan kepada Parti Keadilan Rakyat Cabang Jempol khususnya PKR DUN Palong, suatu kejayaan cemerlang dapat menganjurkan suatu Majlis Hari Raya dengan menjemput tetamu khas YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN malam tadi, 17hb September 2011.

Majlis ini diadakan di Felda Palong 5 yang baru sahaja menubuhkan Ranting PKR. Didalam tempoh selama 2 bulan ini, PKR Jempol telah berjaya menubuhkan Rantingnya di Felda Palong 10, Felda Palong 9, Felda Palong 6 dan Felda Palong 5 menambahkan ranting-ranting yang disedia ada di kesemua Rancangan Felda didalam DUN Palong.

Saya berkesempatan menghadiri Majlis menegakkan papan tanda PKR Ranting 14, 15, dan 16 di simpang masuk ke kawasan Palong di pintu masuk jalan besar Serting-Muadzam. Papan tanda itu diturunkan oleh kerana dikawasan itu dikehendaki oleh pihak berkuasa untuk diratakan tanahnya dengan janji bahawa papan tanda itu akan dinaikkan semula selepas tanah di kawasan itu dimana terletak juga papan tanda 1Malaysia diratakan.

Setelah beberapa bulan, apa yang dijanjikan itu tidak berlaku dan anggota-anggota PKR Palong menaikkan semula papan tanda tersebut.

Jika seseorang melawat kesemua Rancangan Felda di DUN Palong sekarang ini, ia akan dialu-alukan oleh papan tanda Parti Keadilan Rakyat disemua pintu masuk ke Rancangan-Rancangan Felda itu.

Ini adalah satu senario yang cukup berbeza jika hendak dibandingkan dengan beberapa bulan yang lalu.

Ranting terakhir yang ditubuhkan oleh PKR Palong adalah di Rancangan Felda Palong 6, ditubuhkan oleh anak-anak muda yang berpindah dari UMNO ke PKR. Sebelum bulan Ramadhan dahulu berlaku penghijrahan beramai-ramai ahli-ahli UMNO kepada Parti Keadilan Rakyat di Felda Palong 9 dan mereka menubuhkan Ranting PKR disana.

Saya masih ingat hadir setahun lepas ke Palong berceramah dibawah anjuran PKR Jempol tetapi kehadirannya tidak melebihi 15 orang. Setiap bulan selepas itu saya hadir ke Palong atas jemputan PKR Jempol tetapi kehadirannya walaupun bertambah tidak pernah melebihi 50 orang.

Sdr Rebin Birham yang menjadi penggerak di DUN Palong tidak pernah putus asa. Dan sejak beliau dilantik sebagai Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat telah menjalankan aktiviti yang berterusan dengan program-program yang tidak henti-henti. Beliau dibantu oleh Sdr T.Kumar, Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal dan beliau adalah juga Peguam yang mewakili tidak kurang dari 5 kes peneroka-peneroka Felda Jempol di Mahkamah Tinggi Seremban dengan semua kemenangan memihak kepada peneroka.

Kemenangan semua kes di Mahkamah Tinggi Seremban ini memberikan kemenangan saikologi yang hebat dan kes-kes ini melibatkan majoritinya ahli-ahli UMNO yang dihadapkan dengan masalah-masalah yang didatangkan oleh Felda. Ahli-ahli UMNO hilang keyakinan kepada UMNO kerana UMNO gagal membela mereka untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi dan sebaliknya mereka dibela oleh peguam-peguam daripada Parti Keadilan Rakyat.

Malam tadi telah menyaksikan penyerahan Borang Kemasukan Anggota baru dari Ketua PKR Ranting Palong 6, sebuah ranting yang terbaru ditubuhkan disini dengan keanggotaan hampir kesemuanya terdiri daripada anak-anak muda; dan juga penyerahan lebih dari 200 Borang Permohonan untuk menyertai Felda sebagai Peneroka baru oleh Ketua PKR Ranting Palong 9 kepada YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR.

Dengan senario ini, PKR DUN Palong akan menempah satu sejarah baru didalam PRU yang akan datang dan perubahan di Jempol ini memungkinkan Pakatan Rakyat akan mengambil alih pemerintahan Negeri Sembilan memandangkan bahawa ketika ini Pakatan Rakyat Negeri Sembilan hanya kekurangan 4 kerusi sahaja lagi untuk memerintah Negeri Sembilan.

Anwar Ibrahim

Posted: 17 Sep 2011 07:27 PM PDT

Anwar Ibrahim


Program Salam Aidilfitri Dato’ Seri Anwar Ibrahim Di Perak

Posted: 17 Sep 2011 07:58 AM PDT

19 September 2011 (Isnin)
 
Program 1) 5.30 ptg – Salam Aidilfitri KeADILan di Ipoh, Perak
 
Lokasi: Padang Permainan, Taman Meru 2C, Ipoh
 
Tetamu: Dato' Seri Anwar Ibrahim serta Pimpinan Pakatan Rakyat Perak
 
Program 2) 7.30 – 8.30 malam – Solat & Tazkirah Maghrib
 
Lokasi: Masjid An Naim, Kg Chikus, Pasir Salak 
 
Program 3) 8.00 – 11.00 malam – Majlis Makan Malam AidilFitri di Pasir Salak
 
Lokasi: Restoran Choon Koon, Pekan Langkap
 
Tetamu:
1.      YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2.      YBhg Dr Mohd Nor Manuty
3.      YB Nga Kor Ming
4.      YBhg Haji Osman Abdul Rahman
 
Program 4) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana di Bagan Datuk – Demi Rakyat
 
Lokasi: Dataran Pemuda Parit 23, Jalan Bagan Datuk
 
Penceramah:
1.      YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2.      YB S. Kesavan
3.      YBhg Misbahur Munir
4.      Sdri Siti Aisyah Shaik Ismail
5.      YBhg Rahman Kadir (Pak Jabit)
6.      YBhg Mahdi Haji Hassan

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.

Posted: 17 Sep 2011 11:13 AM PDT

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.


Hampir 4,000 pengundi berusia lebih 100 tahun di Sabah

Posted: 17 Sep 2011 09:06 AM PDT

(Oleh: Masdar Wahid)

SABAH: KEADILAN Sabah mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi tarikh akhir mengenai pengesahan status pengundi melebihi 100 tahun di negeri itu.

Ini kerana kata Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Dr Roland Chia Ming Shen, wujud pertambahan pengundi berkenaan  di negeri itu yang  mencecah hampir 4,000 pengundi.

"Sebagai contoh, pengundi melebihi 100 tahun semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi tahun lalu hanya 156 orang.

"Namun, penemuan KEADILAN yang terbaru mendapati jumlahnya melonjak 170 pengundi," katanya dalam satu kenyataan.

Pada PRK Batu Sapi 2010, KEADILAN tewas dalam saingan tiga penjuru berdepan BN dan Parti Maju Sabah (SAPP) dengan majoriti 6,359.

Menurut Roland, peningkatan pengundi melebihi 100 tahun itu dibimbangi merupakan 'pengundi hantu' yang kerap menjadi 'simpanan tetap BN'  dalam pilihan raya.

Selain itu, katanya terdapat tujuh lagi Parlimen yang memiliki pengundi melebihi 100 tahun iaitu Parlimen Sandakan seramai 198 orang, Tuaran (203),  Semporna (221), Silam (224), Kota Kinabalu (231), Kudat (246) dan Tawau (264).

"Manakala 18 Parlimen lain turut memiliki pengundi melebihi 100 tahun berjumlah 2,124 orang," katanya.

Secara keseluruhan katanya, hampir 4,000 pengundi berusia melebihi 100 tahun wujud dalam daftar pemilih SPR di negeri itu.

"Buat masa ini, hanya itu jumlah yang berjaya kita kesan melalui sistem SPR dan kita bimbang jumlah itu mungkin lebih besar kerana pentadbiran Datuk  Seri Najib Razak akan buat apa sahaja untuk menang dalam pilihan raya.

"Ini terbukti dengan ucapannya yang akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun," katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak SPR segera menjelaskan isu itu kerana Pilihan Raya Umum (PRU) bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Pada 5 September lalu, Pengerusi SPR Sabah, Datuk Md Idrus Ismail berkata, jika PRU diadakan November, hanya pengundi yang berdaftar sehingga September tahun ini sahaja yang layak untuk mengundi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=20341


BULETIN RAKYAT

Posted: 17 Sep 2011 11:06 AM PDT

BULETIN RAKYAT


PECUTAN AKHIR SPM 2011 DI PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI, SHAH ALAM SECTION 13..

Posted: 16 Sep 2011 08:47 PM PDT

Tahniah kepada semua KPMI dari Dun-Dun Rawang, Templer, Hulu Bernam, Kuala Kubu Baru dan Batang Kali yang bersama menghantar pelajar ke bengkel hari ini... Butiran lanjut akan menyusur..

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 17 Sep 2011 11:02 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


96 Pelajar Malaysia di Jordan ditipu tiket pulang ke tanah air

Posted: 17 Sep 2011 06:24 AM PDT

Semoga ada pihak yang dapat menyiasat laporan ini. Aduan Rakyat Online – 16 Sep 2011 : Isu penipuan tiket yang dihadapi oleh mahasiswa Malaysia di Jordan masih tidak selesai meskipun telah sampai ke pihak kedutaan. Segala perincian dan maklumat ada disediakan dalam "attachment file".

Nama facebook saudara nadzeem-Fred Suteki (Nadzeem Aidil) merupakan orang tengah yang menjual tiket kepada pelajar-pelajar. Penjual tiket ini sudah lama di Jordan (7 thn) dan sangat baik dengan senior di sini dan kedutaan.

Ironinya, pelbagai aduan telah dibuat termasuk kepada pihak Education Malaysia Jordan dan kedutaan namun, hanya tindakan dingin saja diambil. Itupun tidak memberi apa-apa kesan kepada pampasan duit mereka.

Bukti-bukti telah dikemukakan, namun semacam ada benda yang tidak kena apabila pihak kedutaan seolah-olah bagai harimau menyembunyikan kukunya.

Ini bukan kes pertama, menurut sumber pelajar pelajar senior, kes kes seperti ini pernah berlaku,namun tiada tindakan.

Harapan kami agar pihak tuan dapat membantu dan memberi kesedaran kepada pihak yang bertanggungjawab. sekian terima kasih.

Muhammad Zahran
(Jordan University of Science and Technology)

By: MUHAMMAD ZAHRAN

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/96-pelajar-malaysia-di-jordan-ditipu-tiket-pulang-ke-tanah-air

Tiada ulasan:

Catat Ulasan