Pengerusi DAP Karpal Singh mahu rakan pemimpin parti pakatan Mohamad Sabu, menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.
Pemimpin DAP itu berkata rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.
"Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mohamad Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya," kata Karpal Singh.
Mohamad Sabu, yang juga Timbalan Presiden PAS, semasa berceramah di Tasek Gelugor di Georgetown pada 21 Ogos lalu didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.
Karpal Singh berkata Mohamad Sabu, atau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.
"Saya bukannya anti-PAS dan saya juga tidak anti-Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini," katanya.
Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata kenyatan Mat Sabu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan Pakatan Rakyat.
"Beliau seharusnya menarik balik kenyataan kerana saya tidak nampak mengapa beliau tidak harus melakukannya. Saya tidak fikir apa yang beliau katakan itu mempunyai penghuraian positif bagi pakatan; ia negatif," kata Karpal Singh.
Mat Sabu yang kemudiannya menjelaskan tentang kenyataannya berkata mereka yang menyerang Bukit Kepong adalah hero kerana mereka pejuang kebebasan, dan bukan kerana mereka menyerang anggota polis Melayu.- Bernama
Kejadian menembak remaja berumur dalam lingkungan 20an dan seorang pelajar di depan Kelab Malam Setapak menjelang solat Adil Fitri masih dalam sisatan polis.
Sehubungan itu, tiga anggota polis ditahan untuk tujuan siasatan. Difahamkan, anggota polis itu dua daripadanya bertugas di Bukit Aman dan seorang lagi daripada IPK Selangor.
Motif penembakan itu dikatakan akibat kereta yang dinaiki anggota polis tersebut bergesel dengan kereta mangsa.
Mangsa dikhabarkan mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di HKL.
Berdasarkan penilaian bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus menjadi ancaman kepada Umno sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang, ketua pembangkang itu akan didapati bersalah kerana meliwat - hukuman keduanya dalam tempoh 10 tahun.
Perkara itu didedahkan oleh kabel diplomatik Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh portal Wikileaks yang juga melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin utama Umno memutuskan segala padah dan kos politik bagi mendakwa Anwar "boleh diterima". Mereka juga mahu perkara berkenaan diteruskan secara agresif di dalam dan juga di luar mahkamah.
Menurut nota diplomatik 2009 yang diklasifikasikan sebagai sulit oleh Mark D Clark, kaunselor politik di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, matlamat utama mereka adalah bagi memenjarakan Anwar semula dan menyingkirkannya secara tetap dari politik.
"Walaupun mengakui perkara itu adalah semata-mata tindakan penguatkuasaan undang-undang, kerajaan berpendapat tekanan politik adalah diperlukan, dan sanggup menerima risiko reputasi dalam proses berkenaan supaya akhirnya mencapai keputusan bersalah selepas drama berprofil tinggi berbulan-bulan di mahkamah," kata kabel, yang telah dihantar kepada Jabatan Negara Amerika di Washington dua tahun lalu oleh Duta James R Keith.
"Mahkamah akan membicarakan dan menolak rayuan Anwar pada kadar yang segera sebelum menjelang pilihan raya umum negara pada tahun 2012 atau 2013," kata kabel itu.
Menurut Keith, senario itu berlaku semasa bulan-bulan awal kes itu dibicarakan terutamanya menjelang tarikh September 2008, di mana Anwar sepatutnya mengambil alih Putrajaya, tetapi kesannya berkurangan sejak itu.
Kabel yang bertajuk 'Perbicaraan liwat II Anwar Ibrahim' memberi tiga senario berhubung bagaimana kes itu akan berakhir.
Dalam senario berkenaan, Kedutaan Amerika mengandaikan bahawa Najib akan berperanan sebagai "suara pemutus" berhubung keputusan perbicaraan, walaupun beliau juga perlu mendapatkan pendapat dan pandangan golongan elit Umno yang lain.
Dalam senario pertama, kerajaan akan memastikan dalam "apa cara sekalipun" Anwar akan didapati bersalah.
Senario kedua pula menurut Keith, kerajaan akan meneruskan pendakwaan tetapi tidak memberi tekanan yang sewajarnya untuk mendapatkan keputusan bersalah.
Ini akan berlaku sekiranya kerajaan percaya bahawa bukti-bukti yang dikemukakan semasa prosiding mahkamah itu sendiri cukup telah merosakkan maruah atau reputasi Anwar sehingga tidak mampu menjejaskan kredibiliti Najib, kata Keith.
Sejak kenyataan Mat Sabu bahawa Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar dan mengakui bahawa pejuang sebenar kemerdekaan adalah pejuang Parti Komunis Malaya (PKM) bukannya Onn Jaafar atau Tunku Abdul Rahman, kerana dua nama tokoh tersebut adalah pegawai-pegawai penjajah.
Kenyataan itu mengundang pelbagai kecaman daripada pemimpin-pemimpin Umno, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan terbaru mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Satu persoalan yang perlu dianalisa dengan fikiran yang terbuka "Apakah British dan konconya yang telah menjajah negara ini kita anggap sebagai hero ataupun penjajah?
Kalau penjajah itu kita anggap sebagai penjajah, maka secara logiknya semua yang menentang penjajah akan dianggap sebagai hero.
"Inilah yang terjadi kepada penilaian baru sejarah Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan yang lain-lainnya. Mereka ini bangun mengajak rakyat menentang penjajahan British dan sejarah kini menganggap mereka hero dan pejuang,".
Utusan dalam laporannya juga mendakwa Mohamad Sabu sebagai berkata Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis di Bukit Kepong itu.
Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.
Sementara itu Pesurujaya Pas Pahang, Tuan Ibrahim berkata bahawa kedudukan dan jasa Onn, Tunku dan lain-lain sebagai nasionalis sehingga berjaya merundingkan kemerdekaan negara pada 1957 walaupun mereka pernah menjadi pegawai British tidak perlu dipertikaikan, dinafikan dan jauh sekali dipersoalkan dalam tafsiran sejarah.
"Namun jika hanya merujuk kepada tahun 1950, apakah pula status golongan yang melawan penjajah British dan kerajaannya pada waktu itu – adakah mereka adalah hero ataupun pengkhianat?" soal beliau.
"Disebabkan pada zaman British menjajah negara kita, British telah berjaya memperalatkan beberapa tokoh Melayu untuk bersekongkol dengan mereka, namun tidak dinafikan ada yang bersekongkol untuk menghalau British dari dalam kerajaan," katanya.
Justeru, menurut Tuan Ibrahim, kini, timbul satu tafsiran baru daripada segi sudut sejarah.
"Kita harus faham kenapa berlakunya penentangan terhadap Inggeris oleh rakyat dari pelbagai bidang - ada yang menyertai PKMM, PKM dan lain-lain - semuanya bagi menentang penjajah British dan mereka yang bersekongkol dengan penjajah British," katanya.
Menurut Tuan Ibrahim yang juga adalah Pesuruhjaya PAS Pahang, atas penilaian itu, rakyat perlu menafsir semula sejarah dan menganggap tokoh-tokoh pejuang yang pernah bangkit melawan penjajah British sebagai hero.
"Jikalau itu adalah tafsiran kita, bagaimana pula dengan golongan yang sanggup bersama dengan penjajah British? Apakah mereka juga hero?" soalnya.
"Jika dua-dua pula jadi hero, siapa yang jadi pengkhianatnya? Takkan semua hero, dan takkan pula semua jadi pengkhianat? Jadi landasan mana dalam tafsiran sejarah yang perlu diikut, itulah persoalannya."
Katanya, secara penakulan mantik dalam menafsir sejarah secara hitam-putih, kalau yang melawan British adalah hero, maka yang bersekongkol adalah pengkhianat.
"Yang menyusahkan dan melawan arus penakulan mantiknya sekarang ialah apabila ada pihak yang hendak menjadikan golongan yang bersekongkol dengan British ini juga sebagai hero," katanya lagi.
Dalam menafsir sejarah secara jujur, Tuan Ibrahim berpendapat bahawa semua kumpulan yang menentang penjajah waktu itu (1950) yang bertujuan menghalau penjajah walau di atas landasan mana mereka berjuang sekalipun, perlu dianggap sebagai wira.
Namun demikian, menurutnya, beliau tidak boleh menafikan ada antara mereka yang mempunyai niat lain selepas berjaya "menghalau penjajah" – namun apa yang pasti, 'menghalau penjajah' merupakan 'common goal' yang pertama golongan ini pada waktu itu walaupun mimpi mereka lain-lain.
"Pada tahun 1950, adakah pihak komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah penjajah British. Itu hakikat kerana negara belum lagi Merdeka, yang ditentang mereka ialah kerajaan British dan orang yang dilihat bersekongkol dengan penjajah British yang menakluki Tanah Melayu.
"Selepas Merdeka, adakah komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah negara yang sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British, maka di sinilah sebab utama mereka perlu ditentang habis-habisan. Tapi harus diingat, ini adalah waktu Merdeka, yang jauh berbeza situasinya pada 1950 ketika mereka menentang penjajah British.
"Oleh itu, soal menyokong komunis tidak timbul jika kita ikhlas dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis.
"Kita harus terima realiti waktu itu (1950) dan sudah tentunya ia tidak sama dengan realiti selepas Merdeka sebagaimana yang ditegaskan, bahawa tidak boleh dinafikan masing-masing ada agenda tersendiri selepas menghalau penjajah," katanya.
Tuan Ibrahim kemudiannya secara panjang lebar menghuraikan kontroversi yang sama yang timbul pada sejarah tanahair iaitu di zaman peralihan antara Jepun dan British.
Katanya, ada pejuang yang tersepit antara ingin bersama Jepun melawan British atau kekal menyokong British.
"Nyata yang selamat dari kontroversi ini ialah pejuang Islam yang bangun menentang atas nama jihad seperti Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan Tok Janggut kerana mereka pastinya hero di dunia dan akhirat.
"Inilah pengajaran besar dari sejarah lampau agar kita jangan mengulangi kesilapan lalu. Professor Khoo Kay Kim mungkin tersenyum dengan polemik baru yang sengaja dibesarkan oleh Umno ini," sindirnya.
Mohamad pada sidang akhbarnya di Perlis Isnin lalu berkata kenyataannya telah diputarbelitkan dan mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar milik Umno itu berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.
Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.
Kebelakangan ini kalau pembaca semua perasan, seakan ada satu trend di Malaysia ini berpuluh kalau tak beribu lapuran polis yang dibuat dalam hal-hal tertentu antaranya menyentuh perhimpunan haram Bersih dan terbaru yang berkaitan dengan kepala komunis melayu alam baru, Mat Sabu.
Dalam hal perhimpunan haram Bersih, lebih 4 ribu laporan polis dibuat oleh banyak pihak dan Mat Sabu kepala komunis ni lebih 40 laporan.
Terdetik di hati penulis, dengan sekian banyak laporan, apa yang memberi kesan ke atas laporan yang dibuat? Kalau tak silap penulis dulu, laporan yang sekian banyak akan menyusahkan orang yang dinamakan dalam laporan pasal dia kena pergi ke semua balai polis dimana laporan dibuat ke atasnya. Contohnya, kalau laporan Bersih dibuat di Sarawak, Ambiga perlu pergi ke Sarawak untuk sesi soal siasat.
Sekarang pun kalau tak silap penulis masih berlaku keadaan yang sedemikian, cuma jarang benar yang penulis dengar.
Selain dari itu, apa agaknya faedah kepada laporan polis yang beribu-ribu dan berpuluh-puluh ini? Dalam hal perhimpunan haram Bersih, walaupun pihak polis berjaya mengelakkan kejadian yang lebih buruk dari berlaku, perhimpunan masih berlangsung dan orang-orang dibelakang perhimpunan tersebut masih bebas ke sana kemari mempromosikan agenda perhimpunan Bersih tanpa ada tindakan.
Sehinggakan pertubuhan haram ini seakan sudah jadi 'halal' dengan banyak pihak termasuk akhbar edisi harian mengajak Bersih hadir dalam sesi yang diadakan bersama pihak SPR. Pendek kata seakan ada pengiktirafan. Tak cukup dengan itu, kebanyakkan tuntutan Bersih seperti dakwat kekal, sudah mula diambil serius oleh SPR.
Nampak semua ini macam tak selari. Laporan polis beribu, pertubuhan tak didaftarkan tapi agenda dan Bersih itu sendiri seakan mendapat pengiktirafan pihak-pihak berkenaan (dalam hal ini SPR). Penulis takut, keadaan yang sama bakal berlaku ke atas bapak komunis melayu, Mat Sabu.
Semuanya sudah jelas, video ada, semua ada, jadi kenapa yang susah sangat nak mengambil tindakan ke atas Mat Sabu? Benarlah tiada darah yang tumpah atau nyawa yang melayang tapi kenyataan berunsur hasutan ini tidak sepatutnya lepas tanpa tindakan, sekurang-kurangnya bermalam semalam dalam lokap.
Dulu, ya, kita faham kalau lambat ambil tindakan. Bukan zaman dulu ada youtube macam sekarang. Tapi sekarang berbeza, kenapa masih lembap macam kain basah tindakan ke atas Mat Sabu, yang kelihatannya tidak tergugat langsung dengan kenyataan menghasutnya tu. Penat saja pihak-pihak yang terjejas dengan kenyataan Mat Sabu buat laporan polis sedangkan dia masih bebas. Bukannya takde bukti, ada bukti.
Ketakutan yang satu lagi ialah laporan polis akan sama nilai macam kertas bungkus kacang putih. Banyak-banyak laporan yang dibuat pun tidak mendatangkan suatu kesan yang jelas kepada pihak yang dilaporkan. Walhal laporan polis itu penting dengan pembuat laporan boleh diambil tindakan dibawah undang-undang kalau buat laporan palsu.
Laporan polis juga penting dalam hal tuntutan insuran dan segala macamlah hal yang berkaitan dengan kehidupan seharian.
Dalam hal Ali Setan pun sama (walaupun tak berpuluh laporan). Tidak nampak pun tindakan ke atasnya. Sebaliknya dia menggunakan media untuk mengatakan dirinya tak bersalah, macamlah tuduhan yang dibuat ke atasnya tidak rasmi, hanya cakap kedai kopi.
Penulis nak bertanya kepada pihak PDRM terutama Menteri bertanggungjawab, apa sebenarnya yang terjadi? Adakah pendekatan 'mendidik' yang sedang dibuat dalam hal Ops Sikap ini pun nak diamalkan dalam hal-hal berkaitan kenyataan menghasut ni?
Kalau itu, maksudnya ia akan menuju kegagalan, seperti mana Ops Sikap sekarang yang masih menyaksikan jumlah kematian meningkat dibanding dengan tempoh sama tahun lepas. Ya, bukan salah PDRM saja kalau ramai mati pun, tapi bila PDRM melaksanakan Ops Sikap, itu maksud depa pun pegang tanggungjawab sikit sebanyak.
Balik kepada hal laporan polis ni tadi.
Sepatutnya laporan polis yang banyak ni mengundang kepada tindakan yang lebih serius kepada pihak yang dinyatakan dalam laporan. Likewise, tindakan yang keras diambil kepada pengadu yang buat laporan salah, barulah nampak sikit value pada laporan polis tersebut.
Lepas ini jangan marah kalau rakyat bosan nak buat laporan polis dan buat tindakan sendiri untuk menyelesaikan masalah.
Kesimpulannya, bukan banyak atau sikit yang jadi pertikaian penulis tapi tindakan atas laporan yang banyak itu yang penting. Bila banyak laporan polis dibuat, itu menunjukkan seriusnya perbuatan atau kesalahan yang dilakukan dan sepatutnya dibalas dengan tindakan tegas oleh pihak polis. Rakyat perlu diyakinkan bahawa laporan mereka bukan sekadar formaliti tapi disusuli dengan tindakan yang benar-benar berkesan!!!
Thank you for helping Malaysia's riot victim, Britain
Images of a student being attacked shocked my country. But the public has made amends
Najib Razak
Like countless other Muslims around the world, Ashraf Haziq set off on his bicycle one afternoon during the holy month of Ramadan to buy food with which to break his fast. He never got the chance to eat it. Instead, he unwittingly became the global face of the riots that rocked London and the British nation.
Across the globe, millions watched in disgust as a YouTube video revealed the horror of a young Malaysian student being robbed by thugs who initially pretended to help him. Only moments before, another group of criminals had left Ashraf bleeding by the roadside after breaking his jaw and then stealing his bike.
In Malaysia this incident — so senseless, so callous and so brutal — shocked us to the core. Many of us have spent time in your city and have a great affection for it. But this was a side to London that none of us had seen before, and we began to wonder if it had changed, if our memories had become tinted with nostalgia, or even if we were mistaken in the first place.
But in the days that followed Britain showed its true face to the world. First came the very public anger towards Ashraf's attackers. Tens of thousands of you in Britain took to the internet to express your revulsion at what you had seen. This wave of anger was followed by a huge outpouring of concern, assistance and support.
In an age where some still try to drive wedges between races and religions, the ordinary people of Britain did not hesitate to open their hearts to a young Malaysian Muslim.
And Ashraf himself went on to make clear that the feeling was mutual, demonstrating an admirable refusal to judge as he told the world that he loved London, that nothing would persuade him to leave it early and that he even felt sorry for his attackers.
At the United Nations last year, I called on world leaders to fight extremism of all kinds by establishing a global "Movement of the Moderates" — ordinary people of all races, religions and political persuasions prepared to stand up to the extremists and to defend the values they believe in.
It is those values — an acceptance of others, a strong sense of right and wrong, and, above all, a rejection of extreme and violent behaviour — that have been defended so vigorously by the people of Britain in recent weeks. What we have seen has been a truly heartening example of the moderates finding their voice, and I want to say, quite simply — thank you.
Thank you for helping a young Malaysian in his hour of need. And thank you for proving once again that London is a city where outsiders are welcome but extremists are not.
Najib Razak is Prime Minister of Malaysia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tweet dari @hishammuddinH2O: Our relations wt aust excellent . Court decision will b respected. Joint effort 2 fight human traffickers will continue- many approaches.
Kenyataan Media YB. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein Menteri Dalam Negeri
Berhubung Keputusan Mahkamah Tinggi Australia Terhadap Aturan Pertukaran dan Penempatan Pencari Suaka dan Pelarian Antara Malaysia dan Australia
Putrajaya, 1 September 2011
Kerajaan Malaysia menghormati sepenuhnya keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Australia mengenai aturan pertukaran pencari suaka dan pelarian yang telah ditandatangani antara Malaysia dan Australia di Kuala Lumpur pada 25 Julai lalu. Aturan tersebut menetapkan bahawa Australia akan menghantar 800 orang pencari suaka ke negara ini dan sebagai pertukaran Malaysia akan menghantar 4,000 orang pelarian yang sah di bawah senarai UNHCR ke negara itu.
Keputusan Mahkamah Australia yang diputuskan semalam telah tidak memihak kepada Kerajaan Australia, bagaimanapun bukan bermakna segala komitmen kedua-dua negara untuk memerangi jenayah transnasional khususnya sindiket-sindiket yang menyeludup dan memperdagangkan manusia akan terhenti.
Persefahaman yang mendalam antara kedua-dua negara telah dimuktamadkan dan dipersetujui berasaskan objektif murni yang khusus untuk memerangi isu utama iaitu kegiatan sindiket pemerdagangan manusia dan penyeludupan manusia. Rantaian serta jalinan sindiket yang menjadikan kedua-dua negara sebagai destinasi mahupun negara transit ditolak sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan Australia dan inilah matlamat yang hendak dicapai daripada aturan yang telah dipersetujui.
Saya melihat bahawa hubungan dua hala antara Malaysia dan Australia akan kekal cemerlang dan hubungan kerja antara saya selaku Menteri yang bertanggungjawab dari Malaysia serta Menteri Imigresen dan Kewarganegaraan Chris Bowen dari Australia akan terus dipertahankan pada masa depan.
Saya juga telah mengarahkan pegawai saya untuk berhubung rapat dengan Pejabat Menteri Bowen untuk memastikan niat murni dan matlamat asas kita untuk memerangi kezaliman dan kekejaman mereka yang sanggup memperdagang manusia yang tidak berdosa dapat kita lumpuhkan. Strategi selanjutnya perlu difikirkan bagi terus memerangi jenayah ini dan Malaysia akan terus komited untuk bekerjasama memeranginya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PAS sudah boleh diisytihar sebagai ranting komunis cawangan Malaysia apabila 3 pemimpin termasuk Timbalan Presiden merestui dan menyokong serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950.
Untuk makluman, serangan yang membunuh hampir semua pegawai polis (dan anak isteri) berbangsa Melayu dan beragama Islam itu dilancarkan oleh sekumpulan komunis berbangsa cina tetapi dikatakan diketuai seorang Melayu.
Jadi janganlah hairan sangat apabila ada orang Melayu yang menyokong komunis di zaman sekarang.
Mujahid yang juga anak Yusof Rawa mendakwa serangan tersebut adalah untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah Inggeris tetapi tahukah Mujahid bahawa jika komunis berjaya siapakah yang akan memerintah Tanah Melayu? Adakah selepas Inggeris dihalau, komunis akan menyerahkan Tanah Melayu kepada orang Melayu?
Tahukah Mujahid bahawa orang Melayu ketika itu sedang berunding untuk mendapat kemerdekaan dengan mengekalkan penguasaan orang Islam di Tanah Melayu?
Sedarkah Mujahid bahawa komunis sedang bersaing dengan orang Melayu untuk menguasai Tanah Melayu? Tak ingatkah Mujahid bahawa pendirian asal orang Melayu ialah meminta Ingeris menghantar pulang imigran ke negara asal mereka?
Sebenarnya itulah antara sebab utama komunis melancarkan serangan bagi merampas Tanah Melayu daripada Inggeris. Mereka tidak mahu dihantar pulang dan dalam masa yang sama ingin menguasai Tanah Melayu.
Lebih tepat lagi cina komunis tidak mahu orang Islam membentuk kerajaan di Tanah Melayu. Hal ini sangat wajar kerana komunis memang anti agama!
Seorang blogger daripada kumpulan serpihan (http://pkrl.blogspot.com/2011/08/mahathir-jumlah-kekayaan-beliau.html) dengan bangganya menyiarkan rencana yang dikatakannya sebagai 'membongkar kekayaan mahathir'.
Kata Demang, sudah-sudah lah mendengki! Apa salahnya seseorang yang menghabiskan hampir seluruh hidupnya untuk negara menikmati kekayaan yang melimpah ruah begitu? Tidak banggakah kita negarawan beragama Islam berada pada martabat begitu?
Kenapa tidak dipertikaikan bilioneir kaum cina dan India yang kekayaannya berlipat ganda dari itu? Apa sumbangan besar mereka secara langsung pada negara? Apa pengorbanan keluarga mereka pada negara?
Orang yang hatinya busuk, penuh dengan dengki khianat memang mudah diperdaya syaitan. Tak sudah-sudah mencari salah orang! Tak habis-habis dengki dengan kejayaan saudara sendiri. Sedangkan diri sendiri malas nak mampus!
Demang nak tanya sekali lagi. Apa sumbangan besar Ananda Krishnan pada negara? Mungkin ada tetapi cuba bandingkan dengan sumbangan Tun Mahathir.
Demang pun akan marah pada Mahathir (dll) sekiranya beliau sahaja yang kaya raya sedangkan rakyatnya seperti rakyat Indonesia yang menyabung nyawa menjadi kuli di negara orang. Demang pun akan marah jika rakyat Malaysia seperti di Somalia. Malah Demang akan marah pada pemimpin jika rakyat Malaysia macam rakyat Myamar, Bangladesh dan kebanyakan negara Islam lain yang masih mundur.
Tapi kita di Malayasia tidak begitu. Sedarlah, tidak semua orang boleh kaya raya dan tidak mungkin kemiskinan hapus 100% TETAPI, keadaan di negara kita tidak begitu. Walaupun belum mencapai negara maju tetapi para pemimpin kita berjaya memberi kebajikan yang hampir menyeluruh kepada warganegara. Lihat sini dan sini.
Itupun data dan statistik beberapa tahun lalu. Mutakhir dan akan datang kita dapat lihat pelbagai rancangan dibuat dan dilaksanakan untuk kebajikan rakyat.
Jika ingin turut sama membantu, jom kita bersama di arus perdana, bukannya berada di kumpulan serpihan kerana itu akan menambah lagi perpecahan ummah.
Lihat pengiktirafan ulama dunia terhadap Tun Mahathir.
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
GPB petang tadi berkunjung ke rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim & TKM 1 Datuk Mansor Othman di depan Masjid Kubang Semang . GPB pergi sana bukan bermakna sokong PKR atau Anwar , tetapi atas kapasiti mereka sebagai wakil rakyat kawasan ini .
Seperti kata juak-juak pencacai blogger Pakatan , duit buat rumah terbuka depa adalah duit cukai kita dok bayar .
Menu makanannya boleh tahan juga iaitu nasi briyani kambing dari catering Puncak Mutiara . Member dari PKR beritahu ini makanan favourite tetamu istimewa iaitu TYT Tun Abd Rahman Abbas .
Cerita PANAS di rumah terbuka Anwar ini pun ada menariknya juga sebab kamera lensa GPB ada snap beberapa orang kuat UMNO Prmtg Pauh juga turut berada di sini . Apa mereka buat di rumah terbuka Anwar ?
Kalau dah makan tu tak reti nak blah lagi ka , ini siap tunggu Pak Sheikh buat PC lagi . Ada kawan dari PKR mai habaq kat GPB depa ni tukar baju dah ! hahaha ... tunggu masa yang sesuai akan didedahkan !
Di sidang media Pak Sheikh juga ditanya tentang pendirian dalam isu kenyataan Mat Sabu seorang Timb Presiden PAS yang menghina anggota polis yang terkorban di Bukit Kepong dan mengangkat pengganas komunis sebagai hero sebenar .
Agak mengejutkan juga Anwar Ibrahim dilihat cuba memberi jawapan selamat dan tidak memihak kepada kenyataan Mat Sabu haprak buta sejarah ini .
Beliau juga menyatakan isu komunis cukup sensitif kepada rakyat dan juga declare dirinya menentang gerakan KOMUNIS !
Kesian kepada puak2 PAS , lepas Karpal SIngh dari DAP keluar arahan suruh tarik balik kenyataan , kali ini Anwar pulak main game caranya pulak ....hahaha
Pengerusi DAP Karpal Singh mahu rakan pemimpin parti pakatan Mohamad Sabu, menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.
Pemimpin DAP itu berkata rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.
"Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mohamad Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya," kata Karpal Singh.
Mohamad Sabu, yang juga Timbalan Presiden PAS, semasa berceramah di Tasek Gelugor di Georgetown pada 21 Ogos lalu didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.
Karpal Singh berkata Mohamad Sabu, atau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.
"Saya bukannya anti-PAS dan saya juga tidak anti-Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini," katanya.
Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata kenyatan Mat Sabu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan Pakatan Rakyat.
"Beliau seharusnya menarik balik kenyataan kerana saya tidak nampak mengapa beliau tidak harus melakukannya. Saya tidak fikir apa yang beliau katakan itu mempunyai penghuraian positif bagi pakatan; ia negatif," kata Karpal Singh.
Mat Sabu yang kemudiannya menjelaskan tentang kenyataannya berkata mereka yang menyerang Bukit Kepong adalah hero kerana mereka pejuang kebebasan, dan bukan kerana mereka menyerang anggota polis Melayu.
MARANG, 29 Ogos: Dunia hari ini akan menghukum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanahair, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian.
"Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT," tegasnya semasa berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini. Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom.
"Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.," jelasnya di hadapan lebih 3,000 jemaah.
Katanya, Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri.-Haramkah
GPB tak faham apa yang Hadi Awang ini merepek di pagi raya kaitkan perjuangan Rasulullah dengan menyebarkan agama Islam di tanahairnya dengan perjuangan Komunis melawan British .
Tak kan Hadi Awang seorang Presiden PAS tak dapat beza bahawa Rasulullah membawa ajaran Islam kepada bangsanya manakala komunis hanya mahu jajah negara ini dan jadikan sebuah republik Komunis . Adakah komunis juga membawa ajaran Islam juga?
Akhir sekali , GPB nak tanya la kepada Tok Hadi ini , dunia mana yang cakap dan hukum Nabi sebagai pengkhianat bangsa dan tanahairnya ?
Lagi ramai pemimpin PAS bercakap tentang sejarah kemerdekaan negara ini ikut tafsiran songsang mereka , maka bertambah meluat lagi rakyat terhadap parti itu . Selepas menyatakan pendirian untuk berdiri teguh dibelakang perjuangan Komunis yang dianggap hero ketika sebelum merdeka dan bukannya anggota keselamatan yang terkorban , PAS kini menghentam pulak UMNO .
Ostat Idris Ahmad tuduh rakyat mual dengan UMNO bila hendak meraikan sambutan kemerdekaan negara kerana dikatakan seoalah-olah hasil perjuangan parti keramat itu sahaja .
Nampat sangat Ostat Indris ini bercakap kosong tanpa sebarang fakta sejarah dan tidak mengkaji dulu samada tokoh2 berhaluan kiri diiktiraf kerajaan atau tidak .
Adakah PAS & Ostat Idris baca buku teks sejarah sekolah tentang sejarah Malaysia ? Dalam buku itu ada tercatat nama-nama seperti Ahmad Boestaman , Ibrahim Mohamad , Dr Burhanudin Helmy dan lain-lain antara pejuang kemerdekaan negara berhaluan kiri ini .
Kalau tidak budak-budak sekolah pun tidak kenal dan tahu tentang nama-nama kalau tiada dalam buku sejarah .
Jadi ,di mana Idris Ahmad cakap nama mereka ini digelapkan dari sejarah negara ? Yang tiada di dala buku sejarah dan dilabel sebagai pejuang tanahair hanyalah pengganas zalim dan kejam KOMUNIS sahaja .
Selain itu , untuk pengetahuan juak2 buta sejarah PAS , nama-nama pejuang seperti Ahmad Boestaman & Dr Burhanudin Helmy ini telah lama diiktiraf kerajaan dengan meletakkan nama mereka sebagai nama sekolah . Ini buktinya untuk juak yang bangang tapi bodoh sombong !
Nama pemimpin berhaluan kiri Ahmad Bosteman yang menentang penjajah Bristih diiktiraf kerajaan BN. Siapa kata nama beliau ini tiada dalam sejarah negara ? Kalau tiada , tak kan sekolah ini suka-suka petik Ahamad Boestaman sebagai nama rasmi . Kerajaan cuma tak iktiraf komunis saja dari dulu sebab mereka ini pengganas yang zalim dan bunuh rakyat negara ini .
Kalau tokoh2 pejuang kemerdekaan dari UMNO seperti Tunku, Tun Razak , Tun Hussein Onn , Khir Johari juga diabadikan sebagai nama sekolah , tokoh pejuang dari PAS pun ada iaitu Dr Burhanudin Helmy . GPB rasa juak2 taksub pun tak tahu nama bekas YDP PAS pun diambil sebagai nama sekolah .
kesan dari kerajaan BN lah nama jasa Dr Burhanuddin Helmy diiktiraf ..
Apa lagi hujah PAS setiap tahun bila menjelangnya hari kemerdekaan negara ? Nak tuduh tak iktiraf , bukti sudah ada .
Cuma apa yang GPB lihat PAS ini sebenar dengki sebab kemerdekaan negara hasil perjuangan UMNO bersama MCA dan MIC dalam Perikatan . Bukannya soal tak iktiraf pejuang2 seperti Ahmad Boestaman & Dr Burhanudin Helmy pun . Jadi , itu yang sampai Mat Sabu pun anggap komunis sebagai hero serta Mat Indera keranan berjaya bunuh polis di Bukit Kepong yang dituduh sebagai polis Bristih .
KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Kesan daripada kerajaan menjadikan sambutan kemerdekaan negara seperti menyambut ulang tahun kelahiran Umno, maka rakyat begitu hambar untuk menyambut kemerdekaan negara.
"Bukan rakyat tidak patriotik, tetapi rakyat mual dengan Umno.
"Inilah yang terjadi apabila negara menyambut kemerdekaan, seolah-olah negara merdeka hasil perjuangan Umno sahaja," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Justeru, katanya ke mana pergi nama-nama yang mempelopori kemerdekaan negara seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir, Ahmad Boestamam dan lain-lain lagi.
"Kenapakah nama-nama mereka digelapkan daripada sejarah negara ini?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Sebaliknya, kata beliau yang diuar-uarkan ketika menyambut kemerdekaan ialah tokoh-tokoh Umno.
Pada hal, ujarnya kewujudan Umno hanyalah kerana menentang Malayan Union 11 Mac 1946, malahan slogan Umno peringkat awal ialah Hidup Melayu. Menurutnya, laungan kemerdekaan hanya dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 April 1953 di Persidangan Agung Pemuda.
Maknanya, kata beliau Umno begitu lambat untuk menyuara kemerdekaan.
Pada hal, tambahnya golongan yang tidak mahu berkompromi dengan British sudah lama menyuara kemerdekaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945), Hizbul Muslimin (1948).
Ini, katanya tentu rakyat bertanya siapa pemimpin Umno yang diburu oleh penjajah ketika memperjuangkan kemerdekaan
"Ini membuktikan Umno ialah anak emas penjajah," ujarnya lagi.
Apa yang kecoh sangat tentang kajian Merdeka Centre ini hingga jadi isu besar sekarang ini. Kerana turun 6 % saja populariti Najib melalui kajian telah buatkan ramai Pak Menteri mula bercakap .
Jangan mudah gelabah dengan propaganda Merdeka Centre ini kerana diketahui umum mereka adalah alat pembangkang . Kadang-kadang GPB lihat silap media kita juga yang mana bila kajian seramai 1000 lebih respoden saja oleh Merdeka Centre dulu yang cakap populariti Najib naik sehingga 73 % , ia diperbesarkan . Masa itu pak2 menteri ini syok la membodek PM dan gah bercakap kononnya sebagai isyarat rakyat kembali sokong kerajaan .
Tetapi bila ianya merosot , mula lah bising sana sini. GPB setuju dengan pandangan TPM bahawa bancian populariti PM sebenarnya tidak mencerminkan pun situasi sebenar . Berapa kerat responden dan siapa mereka temui ini kita boleh pertikaikan .
Cuma di sini silap pihak kerajaan & media kita dulu kerana terlalu percaya kajian mereka ketika peratusan populariti meningkat . Tak mustahil selepas ini kajian Merdeka Centre akan terus menunjukkan graf penurunan populariti PM agar ia menguntung Anwar dan konco-konconya.
Sebabnya mudah ialah mahu
1) melengahkan Najib dari membuat keputusan bubar Parlimen & isytihar PRU 13
2) Memberi keuntungan kepada politik Anwar & Pakatan untuk gambarkan rakyat mahu kerajaan baru
3) Isu harga barang naik & kos sara hidup tinggi akan terus dimainkan pembangkang
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa berkata bancian populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijalankan Merdeka Centre tidak mencerminkan situasi sebenar.
Beliau berkata laporan terbaru organisasi itu "tidak semestinya benar" kerana ia bergantung kepada bagaimana responden dipilih.
"Kita tidak mengambil serius laporan itu kerana tanggapan orang ramai boleh berubah dari semasa ke semasa. Apa yang penting sekarang ialah apa yang perlu kita lakukan untuk mengatasi isu berbangkit bagi memastikan Perdana Menteri terus mendapat sokongan teguh," katanya kepada pemberita, di Putrajaya Selasa.
Bernama mlaporkan Muhyiddin yang ditemui di Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sempena Aidilfitri di Seri Perdana, juga berkata kerajaan bekerja keras untuk mengatasi kenaikan harga barang dan perkhidmatan di negara ini.
"Kami sedang mengatasi isu itu. Kenaikan harga barang adalah isu global. Bagaimanapun kerajaan mengambil langkah untuk menanganinya," kata beliau.
Kajian membabitkan 1,027 responden itu menunjukkan rating Najib jatuh enam peratus daripada 65 peratus pada Mei lepas kepada 59 peratus pada Ogos.
Kajian itu menyifatkan kemerosotan tersebut berpunca daripada kebimbangan rakyat mengenai peningkatan kos sara hidup yang mula dirasai pengguna akibat kenaikan harga minyak dan tarif elektrik baru-baru ini. – 30/8/2011
SEMASA MENZIARAHI RUMAH SAUDARA DI JLN RAJA DEWA, KOTA BARU KELANTAN RAYA PERTAMA OTAI DIBERITAHU BAHAWA BANYAK MASJID DI KELANTAN SEMASA MEMBACA KHUTBAH SEMBAHYANG RAYA AIDIL FITRI MENGUTUK KEMPEN JALUR GEMILANG. KATA MEREKA KEMPEN SEMBAHYANG DAN TUTUP AURAT LEBIH PENTING DEMI JAGA ISLAM.
HABIS KEMPEN PERPADUAN DAN UKHWAH SESAMA ISLAM PAS DAN UMNO TAK WAJIB KE PAK IMAM ??? INILAH NASIB ISLAM BILA PAK IMAM PON BERAT SEBELAH SOKONG PAS. AKIBAT NAFSU POLITIK MAKA PAK IMAM LUPA SERUAN ALLAH KE ARAH PERPADUAN DI BULAN SYAWAL INI.
SEBENARNYA KEMPEN BENDERA DAN KEMERDEKAAN IAITU MERDEKARAYA TU PERLU PAK IMAM ULAS IAITU ROH MERDEKA TANAH MELAYU 1957 DULU BERSAMA 1 SYAWAL TAHUN INI.JALUR GEMILANG DAN KEMERDEKAAN NEGARA ADALAH MANIFESTASI PERPADUAN ISLAM MENGIKUT ALQURAAN. PATUT DIULAS JIHAD TENTERA DAN POLIS MELAYU ISLAM MEMPERTAHANKAN NEGARA DARI PENAKLUKAN KOMUNIS MALAYA DAN PEMERINTAHAN BINTANG 3 KOMUNIS DALAM MASA 14 HARI SETELAH JEPUN MENYERAH KALAH.
KENAPA ORANG MELAYU DAN CINA MASA ITU SOKONG INGGERIS MASUK BALIK KE MALAYA ??? PAK IMAM KENA KATA KERANA DALAM MASA 14 HARI BINTANG 3 TELAH MENGAMUK DAN MEMBUNUH DENGAN KEJAM ORANG AWAM (BACA SEJARAH DAN SEJARAH LISAN ORANG2 TUA). AKIBAT PEMBUNUHAN DAN GERAKAN BERSIH DENGAN MENYEMBELIH MEMBUNUH MANUSIA INILAH MAKA KITA JEMPUT INGGERIS MASUK MEMBANTU KITA BERI SENJATA DLL UNTUK TUMPASKAN BINTANG TIGA KOMUNIS DARI TERUS MEMBUNUH DAN MENYIKSA ORANG AWAM.
MACAMMANA PULA DIKATAKAN KOMUNIS ADALAH PEJUANG KEMERDEKKAAN ???
SEKIRANYA KITA MERDEKA BERSAMA KOMUNIS IAITU TIDAK MERDEKA SECARA 1957 ITU TENTU SAMPAI SEKARANG KITA AKAN JADI TANAH JAJAHAN KOMUNIS CINA ATAU SOVIET RUSIA. APA NASIB NEGARA JAJAHAN KOMUNIS RUSIA KINI ???
KALAU KITA TIDAK MERDEKA DENGAN SISTEM BRITISH SUDAH TENTU TIDAK ADA PARTI POLITIK PAS, PKR, DAP DAN PILIHANRAYA. SEBAB KOMUNIS TIDAK ADA PILIHANRAYA DAN ISLAM TIDAK DIJADIKAN AGAMA PERSEKUTUAN DI MALAYSIA. MAKNANYA TIDAK ADA PERLEMBAGAAN SOSIAL KONTREK NEGARA DAN TIDAK ADA RUKUN NEGARA SEKIRANYA KOMUNIS MEMERINTAH MALAYA.KALU TIDAK ADA POLITIK MAKA TIDAK ADA PAS.BILA TIDAK ADA PAS MAKA TAKDER ISLAM ???
PAS KONONNYA PEJUANG ISLAM TAPI DARI DULU SAMPAI SEKARANG BERDOLAK DALIH MENGENAI SIMPATI PAS TERHADAP KOMUNIS ???
PAS JUGA TIDAK MENYOKONG JUS SOLI IAITU MEMBERI WARGANEGARA KEPADA CINA DAN INDIA MALAYA PADA MASA ITU.
OTAI TIDAK HAIRAN SIKIT PUN KALAU PAS NAK UBAH SEJARAH NEGARA DAN ANGGAP KOMUNIS MALAYA SEBAGAI PEJUANG DAN ANGGAP PENGANAS KOMUNIS (ISLAM DAN BUKAN ISLAM) YANG TERKORBAN DI TANGAN POLIS SERTA TENTERA MALAYA MASA ITU SEBAGAI MATI SYAHID KERANA JIHAD MELAWAN BRITISH. INI KERANA MEREKA BOLEH CAP MELAYU ISLAM TENTERA DAN POLIS MALAYA MASA ITU SEBAGAI ANJING BRITISH, MANAKALA KOMUNIS PULAK SEBAGAI PARA TENTERA JIHAD ISLAM. ADOIIIII TUNGGANG TERBALIK KELAURGA 69....
PAS BOLEH BUAT APA SAJA SEBAB "PAS UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK PAS."
PAS BOLEH KAPIRKAN SEMUA ORANG ISLAM YANG TIDAK SOKONG PAS KERANA PAS ITU ISLAM, ISLAM ITU PAS...., KHASNYA ORANG UMNO LAH !!!!!!!!!!!! BACA FATWA HAJI HADI YANG TENTANG PERLEMBAGAAN DAN UMNO.
PAS SEKARANG NAK BUAT NEGARA KEBAJIKAN DAN ISLAM JADI SAMPINGAN SAHAJA SUPAYA SESUAI DENGAN TASTE DAP. DULU UMNO KAPIR KERANA BERIKAT DENGAN MCA DAN MIC BUKAN ISLAM. SEKARANG MEREKA BERIKAT DAN PAKATAN RAKYAT DENGAN PKR DAN DAP HUKUMNYA ISLAM PULAK, IAITU YANG DITUNTUT OLEH ISLAM.
MAKA TERBUKTILAH PAS ADALAH MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. MATLAMATNYA PAS NAK JADI TPM DAN MENTERI2 SERTA BERKUASA DALAM POLITIK DI BAWAH DAP, MAKA SEMUA PERKARA BOLEH DIUBAH DAN DISESUAIKAN, TERMASUKLAH SEJARAH.
UGAMA PUN MEREKA BOLEH UBAH IKUT SELERA POLITIK MEREKA MAKA SEJARAH KEMERDEKAAN DLL AMATLAH NIPIS MACAM KULIT BAWANG SAHAJA.MEREKA SEDANG MEMBUAT "BERSIH" TERMASUKLAH BERSIH SEMUA SEJARAH NEGARA SEBAB MEREKA SEDANG MENULIS SEMULA SEJARAH MENGIKUT SELERA PAKATAN RAKYAT, KHASNYA TASTE DAP.
INILAH POLITIK SAMPAH YANG S. AMBIGA KENA BERSIH KAN....
Sejarah Parti Islam Semalaysia (PAS) Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap 'ekstrem' menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik.
Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.
Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.
Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang 'tawakuf' daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, "Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan", Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.
Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan 'Manifesto al-Badawi' dengan tema "Ulamak ke Jalan Allah" bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.
Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap 'masih kosong' dari matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,
"Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci"2.
Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.
Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.
PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.
Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.
Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar 'Membangun Bersama Islam', PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.
Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.
Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato' Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5.
------------------------------------
1 Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember. 2 Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos. 3 Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan Organisasi Dalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27. 4 Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat, dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35. 5 Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of Malaysia, Tesis PhD, Temple University, h. 25-28.
You are subscribed to email updates from otai To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Peh, Asal bila main futsal je, injured. Game malam raya ke-2 pulak tu. Kaki bengkak dan berlaku pendarahan dalaman. Masa main tak pulak rasa sakit, bila balik rumah baru tau lebam sana sini. ha ha ha. Ini main futsal ke atau pergi berperang. Terasa kepenatan main futsal bersama kawan-kawan dan sedara mara ni, macam nak gugur jantung .
Emm tkpelah asalkan badan sihat sudahlah. yang penting keluar peluh. he he he. seronok bila sekali sekala bersukan. pagi main PES 2011 - Winning, Petang Main Takraw, Malam Main Counter Strike, Tengah Pagi/Malam - Main FUTSAL! Memang betul-betul atlet sukan. ha ha ha. Lepas main hisap rokok! Alemak ai mak mak tuan ai. ha ha ha. Ape2x pun Virtual Sport juga best, sukan yang banyak melibatkan OTAK KIRI serta kemampuan berfikir dan kreatif, tanpa melibatkan penat dan keluarkan banyak peluh, hanya berpeluh didalam hati dan minda sahaja. ha ha ha.
Hero Bersih: dan Keldai Bukan Melayu khasnya Ambiga. Mungkinkah dia jadi Hero jika dia menyebelahi Komunsi dalam Tragedi Bukit Kepong?
Catatan sejarah BUKAN lah isu yang terlalu significant kepada sesetengah politikus terutama bila catatan sejarah itu tidak menguntungkan politik mereka dan pihak mereka.
Peristiwa Bukit Kepong terjadi semasa pemerintahan penjajah British. Sesetengah poliltikus terus jump into conclusion bahawa mereka yang terkoban mempertahankan Balai polis di Bukit Kepong sebagai mempertahankan "Kerajaan Penjajah British", BUKAN mempertahankan Tanahair dari diancam untuk dikuasai Pengganas Komunis. "Mereka BUKAN pejuang Kemerdekaan" kononnya. Apatah lagi mereka yang terkorban itu berkhidmat di bawah kerajaan dan pentadbiran Penjajah British. Oleh itu, bagi sesetengan politikus, mereka BUKAN pejuang kemerdekaan sebaliknya perjuang mempertahankan Kerajaan Penjajah!. Logik tetapi tidak semestinya benar.
Andainya bertolak dari jatuhnya Bukit Kepong kerana tidak langusng dipertahankan oleh "polis dan keluarga mereka" dan kegiatan komunis tidak dibendung askar dan polis Malaya kerana mereka "Bukan Wira" negara lantaran berkhidmat dengan penjajah British, apakah Malaya ketika itu lebih dasyat dari sejarah komunis di Vietnam dan Komboja (Kompuchea kini)?
Ramai yang mensyukuri kemakmoran dan nikmat yang kita kecapi selepas merdeka. Tidak kurang yang yang masih "belum puas" dengan yang dikecapi dengan nikmat kemerdekaan ini. Tetapi jika hendak mencapai "kepuasan" semata-mata, sampai kiamat kepuasan itu tidak akan dapat dicapai. Hakikat bahawa sumber dan keupayaan terhad sedang kemahuan tidak terbatas hendaklah diterima. Keadaan ini perlu ditangani dengan menggunakan "kekuatan kuasa minda" barulah kita dapat menyelesaikan scarcity atau kekurangan dan keterbatasan sumber dan keupayaan. Jika kita tidak mampu kita harus berusaha memampukan diri kita. Jika kita hanya mempunyai RM1,500.00, janganlah berbelaja dengan membeli jam tangan yang berharga RM5,000.00.
Perbalahan Melayu VS Melayu di Negara ini ialah perbalahan kerana ingin merebut "kuasa". Dalam masa yang sama perebutan kuasa orang-orang Melayu ini melemahkan Melayu itu sendiri. Kuasa itu pula terbatas untuk membentuk kerajaan. Tidak akan ada lebih dari satu kerajaan dalam satu Negara!
Agaknya jika Mat Sabu hidup di saat Tragedi Bukit Kepong itu, mungkinkah dia memerangi "Polis British" dan berada di pihak komunis? Atau penyataannya adalah semata-mata kerana satu usaha "merebut atau mengambilalih kuasa" dari kerajaan yang ada? Perdulikan Mat Sabu dengan fakta sejarah sekiranya dia masih dapat mempertahankan penyokongnya demi merebut kuasa?
Dalam isu ini, sekali lagi Melayu berbalah dengan Melayu. Agaknya bila pemimpin Melayu dikedua-dua belah pihak ini diberikan senjata untuk mempertahankan pendapat dan pegangan masing-masing, akan berbunuh-bunuhankah Melayu ini?
Jika Melayu berbubuh-bunuhan dengan Melayu, ke mana perginya BUKAN Melayu dan Kumpulan Indigenous? Ke mana perginya Sabah dan Sarawak yang rakyatnya juga pernah berkorban nyawa semasa kerajaan British menentang komunis?
Jika Melayu berbalah dengan Melayu, jika Melayu berbunuh-bunuhan dengan Melayu, masih layakkah dan mampukah mereka mempertahankan hak-hak istimewa Melayu dan kumpulan indigenous? Masih layakkah mereka berkata-kata mempertahakan hak Melayu? Dan jika Melayu berperang dengan Melayu, siapa agaknya yang menang?
You are subscribed to email updates from SENJALIZA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
In Hebrew, the word Paneh (paw-neh') means "In his presence".
Hehe..sajo yo test posting pakai hp ni. Tak ponah try laie sobolun ni.
Nak kongsi sikit antara topik yang menjadi perbualan hangat saudara mara dan sahabat handai di sepanjang sesi kunjung-mengunjung sempena hari raya. Topik paling top dah tentulah "Kebahlulan Mat Sabu & Pas Komunis". Bab ni memang den 'kesian' kat Mat Sabu. Poie memano yang den dongar sumo kutuk dio kaw-kaw punyo. Jonih kutuk takdo kesian langsung. Setakat ni bolun laie den jumpo oghang yang nak petahan Mat Sabu Komunis. Ado soghang askar veteran tu siap cakap dio nak gi nembak Mat Sabu. Ish..ish..ish. Kesian Pas dapek timbalan presiden loklak. Elok la copek mufarakah daripado Mat Sabu sobolun telokek badi.
Seterusnya topik yang menjadi perbualan hangat sempena hari raya ialah "Hishamuddin Bapuk", "Kesatuan Melayu", "Mengenang Nostalgia Zaman Mahathir", "Kak Mah kesayangan Media Prima", "DAPig Murtad", "Anak-Anak Ibrahim", "Nik Aziz Nyanyuk" and last but not least, "Kes Rogol Bontot".
Dah..dah..gi dogheh sambung ghayo. Jangan nak dok lepak dopan tb ngan blog yo. Moh copek ziarah sedagho magho ngan kengkawan tu sumo. Di takdir an pendek umur sedagho ngan kengkawan sok...kok nyosa tak sompek jumpo. Slamat haghi ghayo...maap zahir batin.
Inilah berita terakhir dari kem Liverpool menjelang saat-saat terakhir tempoh perpindahan pemain malam tadi (waktu Malaysia)
Bellamy kembali untuk bergandingan bersama Suarez dan Carroll di bahagian serangan Liverpool manakala pemergian Meireles ke Chelsea sangat mengecewakan aku….. Bellamy kembali bersama Liverpool selepas diberikan perpindahan percuma dari Man City di saat-saat terakhir.
Manakala P.Degen yang tidak memberikan apa-apa jasa dan bakti sejak kehadirannya ke Liverpool, akhirnya dilepaskan untuk mencari haluannya sendiri manakala bekas penyerang Chelsea yang dibawa masuk ke Liverpool, Joe Cole pula dipinjamkan ke kelab Lille….
Apa nasib Liverpool musim ini. Memang Nampak lebih mantap dan mampu kembali mengegar, tetapi jangan dinafikan musuh tradisi, Man United juga nampaknya semakin mantap dengan kehadiran pemain-pemain muda yang mampu terus memberikan kekuatan kepada Man U selain Man City juga nampaknya semakin garang dengan kehadiran pemain-pemain ternama yang bakal mengegar EPL musim nie …..
Hari ini, 1 September 2011, genap 7 tahun kami warga GPMS khususnya GPMS Tanjung Puteri, GPMS Shah Alam dan GPMS Cawangan Khas ITM Shah Alam, kami kehilangan seorang sahabat yang cukup istimewa....... Jasni Abd Rahman.
Arwah Jas seorang yang komited terhadap apa yang dibuatnya. Seorang yang berdedikasi dan senang bergaul dengan kita. Namun, Allah lebih menyayanginya, semoga rohnya di tempatkan bersama-sama orang yang beriman. Insya-Allah.
Terperanjat gak aku terbaca blog sahabat aku, Taiping Mali yang mendedahkan Unisel kini menjadi sarang menyebarkan fahaman komunisme di kalangan para pelajarnya.
Benarkah apa yang diutarakan TM? Jika benar, aku sangat kecewa dengan apa yang berlaku, namun apakan dayaku, jika itulah kehendak pentadbir Unisel kepada para pelajarnya.
Aku tak nak ulas lebih panjang lebar dalam isu nie, biarlah beraya dulu sebelum aku menyiasat dan mengkaji keadaan sebenar apa yang berlaku kat dalam Unisel tu.
Buat masa ini, input kawan-kawan sangat berguna, aku juga memohon kerjasama Bro Taiping Mali untuk terus mendedahkan beserta bukti bahawa Unisel kini menjadi sarang menyebarkan fahaman Karl Max di kalangan para pelajarnya.
Mungkin ramai yang sudah mengetahui mengenai bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia yang diketuai Datuk Azeez Rahim ke Somalia baru-baru nie bersama sukarelawan dari Malaysia....
Persoalannya sekarang, ada yang mempersoalkan kewajaran Azeez Rahim yang berkorban di Somalia sedangkan dalam masa yang sama, masih ada anak dan rakyat Malaysia yang memerlukan..... Kalau tak silap, ada juga insan dan keluarga yang merintih dalam hati di pagi Syawal semalam kerana rumah mereka dilimpahi dengan banjir ....
Ingin tanya pandangan sahabat-sahabat semua mengenai isu ini?
Namun dalam masa yang sama, bagi aku Azeez Rahim dan Kelab Putera 1 Malaysia telah membawa nama baik Malaysia di mata dunia, tidak seperti seorang pemimpin tu bersama angkatan keluarganya yang memburukkan nama Malaysia di pentas dunia ..... eeerrrmmm, buat baik pun dipertikai, buat salah apatah lagi ....
Sape kata DAP ganti PAS, itu semua omongan kosong mereka yang tak suka dan iri hati persahabatan baik antara DAP dan PAS. Sempena Hari Merdeka yang kita sama-sama sambut hari nie, tak kiralah UMNO, DAP, PKR dan PAS, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia keseluruhannya, termasuk pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air kita serta pejuang yang diangkat Mat Sabu sebagai mereka yg benar-benar PEJUANG, iaitu KOMUNIS, selamat hari Merdeka.
Entahlah, aku pun tak tahu nak cakap apa,sewaktu aku duk menung-menung sorang-sorang kat Chua Cho Kang ini, aku tertanya2 mana orang Melayu di bumi Singapura nie. Adalah kemerdekaan yg dikecapi Singapura begitu sukar sebagaimana yg dilalui oleh Tanah Melayu 54 tahun lalu.
Tapi mengapa ada seorang anak Melayu dengan bangganya meletakan komunis sebagai pejuang kemerdekaan tanah air, disambut pula blogger dan facebooker totok PAS yang terpaksa mempertahankan Mat Sabu dalam soal ini.
Mana perginya semangat mereka. Labelkan komunis sebagai pejuang dan meletakkan pasukan polis yang mempertahankan Bukit Kepong sebagai pengkhianat dan tali barut penjajah.
Adakah Mat Sabu benar-benar terdesak untuk mendapatkan sokongan dan undi dari DAP untuk mempertahankan dirinya sendiriserta kuasa yang ada pada partinya pada PRU yamg akan datang?
Jika benar, omongan dan kata-kata hikmat kononnya DAP ganti PAS hanya cogankata.semata-mata sebaliknya DAP bukan sekadar ganti PAS sebaliknya DAP berjaya menguburkan hala tuju dan asas perjuangan PAS selama ini.
Maka tidak hairanlah jika dulu Takbir, kini jadi tak beer. Dulu membangun bersama Islam tapi sekarang membangun untuk DAP.
Kita kehilangan sebutir permata dalam bidang bahasa dan kesusasteraan pada tanggal kita menyambut Hari kemerdekaan di dalam bulan Syawal yang mulia ini.
Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka Dato' Dr Hassan Ahmad menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 2 Syawal 1432H di Petaling Jaya. Anak kelahiran Muar, Johor ini juga adalah pengerusi Yayasan Karyawan.
Jika kita sering ke hotel-hotel bertaraf 5 Bintang di kebanyakkan negeri-negeri di Malaysia terutama di Selangor dan Kuala Lumpur amat kerap kita dapati terdapat buku agama kristian sengaja diletakkan di dalam laci bilik hotel tersebut. Tidak kiralah yang check-in hotel itu seorang melayu muslim atau arab muslim atau sesiapa sahaja pastinya akan terjumpa atau tahu wujudnya buku Bible Kristian ini di dalam laci yang disewanya.
Inilah dakyah Kristian ingin memurtadkan umat Islam secara terang-terangan dalam penyebaran agama mereka kepada muslim dan selainnya di Malaysia sejak sekian lama tanpa diambil apa-apa pun tindakan oleh pihak berkuasa Malaysia atau negeri atau jabatan yang bertanggung-jawab.
PIHAK BERKUASA MESTI AMBIL PERHATIAN BIBLE KRISTIAN SEBAR DAKYAH DI HOTEL-HOTEL MALAYSIA
Melihat pengalaman yang pelbagai dalam kejelasan Kristian menyebarkan agama mereka di Malaysia secara terang-terangan maka saya (Abu Syafiq) menggesa agar seluruh pihak berwajib mengambil serius hal ini dan bertindak mengikut undang-undang kuasa yang sedia ada yang telah pun tertera padaPerlembagaan Malaysia pada Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan: "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya".
Artikel 11(4) seterusnya memperuntukkan bahawa "undang-undang Negeri dan di Wilayah-Wilayah Persekutuan Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau MENYEKAT pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara penganut agama Islam".
Berdasarkan sejarah dan Undang-undang Perlembagaan Malaysia dilihat pada Artikel 3 bahawa "Agama Islam adalah agama bagi Persekutuan" membuktikan prinsip atau pegangan Melayu sejak sekian lama orang Melayu bergelar Muslim.
Berdasarkan kuasa yang diberi di bawah Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, sembilan badan perundangan negeri telah menggubal undang-undang untuk mengenakan sekatan terhadap agama-agama bukan Islam. Negeri-negeri di Malaysia yang telah mengubal undang-undang tersebut adalah ;
(1) Terengganu: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Terengganu, 1980 (Enakmen No 1/1980)
(2) Kelantan: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kelantan, 1981 (Enakmen No 11/1981)
(3) Kedah: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kedah, 1988
(4) Melaka: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Melaka, 1988 (Enakmen No 1/1981)
(5) Perak: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Perak, 1988 (Enakmen No 10/1988)
(6) Selangor: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor, 1988 (Enakmen No 1/1988)
(7) Pahang: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Pahang, 1989 (Enakmen No 5/1989)
(8) Negeri Sembilan: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Negeri Sembilan, 1991
(9) Johor: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Johor, 1991 (Enakmen No 12/1991)
Negeri dan wilayah lain setakat ini belum mengubal undang-undang tersebut termasuk PERLIS yang sering didalangi oleh mereka yang berfahaman Wahhabi tidak pula mengubal undang-undang ini sedangkan ia penting untuk kebaikan umat Islam. (Wahhabi jenis melampau adalah : ajaran yang menyamakan Allah dengan makhluk seperti agama Kristian yang menyamakan Allah dengan makhluk).
Maka dengan ini kita mengharap dakyah agama selain Islam seperti kristian ini tidak diberi peluang untuk disebarkan sewenang-wenangnya lagi di negara kita Malaysia dan Islam yang tercinta ini dan ia mestilah diambil tindakan oleh pihak berwajib dengan segera !!.
Dakyah Kristian di Malaysia turut disebarkan melalui komik.
Panglima : kita kena halang perkara ini.tidak kira kita dari mana mana parti. Jangan sibuk berpolitik sehingga melemahkan agama kita. Penyebaran agama lain selain Islam bercanggah dengan Perlembagaan negara.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Sehari dua ini beberapa tokoh terkenal telah dijemput menemui Allah. Seperti Pengerusi Yayasan Karyawan dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Hassan Ahmad meninggal dunia pada pukul 2 petang 31 Ogos semalam di kediamannya di Petaling Jaya. Beliau meninggal selepas dikatakan sakit perut sebelumnya. Allahyarham berusia 74 tahun. Allahyarham pernah terlibat dalam menggerakkan usaha mengembalikan pembelajaran dalam bahasa Melayu dan menolak pembelajaran dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bersama SN A.Samad Said.
Sehari sebelum itu Penguasa/ Mudir Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan Tuan Guru Hj Hashim Hj Abu Bakar juga telah meninggal jam 1 tengah hari di pada usia 88 tahun ( 1923-2011 ). Seorang tok guru yang benar benar alim dan warak. Bukan seperti setengah orang yang hanya diletakkan gelaran tok guru tetapi kosong dalamannya dan jauh akidah dan pemahaman Islamnya dari akidah Islam yang dibawa oleh Ulama haqiqi dan rabbani seperti beliau..
Sultan Kelantan, Raja Muda dan Menteri Besar Kelantan turut hadir menziarahi jenazah beliau termasuk ulama terkenal pejuang Ahlu Sunnah Wal Jamaah Dr Uthman ElMuhammady.
DYMM Sultan Muhammad V dan Raja Muda turut mencemar duli menziarahi jenazah Tuan Guru.
Al Fatihah kepada tuan guru yang telah kembali ke rahmatullah dan semoga Allah merahmatinya dengan rahmat khas dengan mendapat syafaat para Nabi dan Wali Allah.
Amin.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Di saat ini, perbalahan sesama bangsa Melayu berada di tahap kritikal. Punca utama adalah perbezaan fahaman politik. Budaya berpuak-puak semakin berleluasa sama ada di bandar mahupun di kampung. Pergolakan ini dilihat oleh orang lain dan mereka gembira melihat kita bersengketa sesama sendiri.
Perpecahan ini amat bahaya yang akan membinasakan bangsa kita sendiri. Pepatah mengatakan 'Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Bangsa kita sekarang sedang ditertawakan orang lain kerana kita lemah sebab tidak bersatu. Kita seolah-olah sudah hilang kekuatan kerana ikatan kita amat longgar dan akan roboh bila-bila masa sahaja. Raja-Raja Melayu diperlekehkan oleh bangsa kita sendiri. Orang lain tersenyum gembira melihat kebodohan yang dijelmakan oleh bangsa kita sendiri.
Masa telah sampai. Semboyan telah berbunyi. Gendang telah dipalu. Orang Melayu perlu bertindak untuk menyatukan semula bangsa kita yang kita cintai dan agama Islam yang kita anuti. Kesemua peringkat usia, sama ada golongan terpelajar, golongan ahli agama, pemimpin-pemimpin politik, pelajar, pendidik, golongan petani dan apa-apa sahaja golongan dari kelompok Melayu perlu mulakan gerakan ke akar umbi menyatukan semula puak-puak yang bertelagah ini demi agama dan bangsa.
Janganlah hanya mempunyai sikap membisu dan melihat sahaja tanpa melakukan tindakan demi penyatuan bangsa. Kita kena bertindak. Bukan masanya untuk kita menuding jari menyalahkan puak lain.
Tempat berkumpul bagi menyusun program penyatuan hendaklah kita mulakan di masjid atau pun surau. Kita tinggalkan fahaman politik masing-masing apabila berada di masjid atau surau. Kita hidupkan jemaah dan kita bina semula kekuatan. Peranan masjid atau surau kita kembalikan seperti di zaman Rasulullah s.a.w.
Sejarah para pahlawan Melayu dahulu perlu diceritakan kepada generasi muda. Usaha ini mesti berterusan dan tiada penghujung. Pastinya perjuangan kita akan disanjung oleh generasi akan datang. Kitalah yang bertanggungjawab memastikan agama Allah terpelihara dan bangsa kita bersatu, kuat dan tidak boleh diperlekehkan orang lain. Kita kembalikan kedudukan raja kita yang kita sayangi di tempat yang sepatutnya.
Satu semangat juang yang tinggi perlu ada pada setiap orang Melayu. Kita kumpulkan rakan-rakan berlainan fahaman politik untuk membentuk satu jemaah demi agama dan bangsa Melayu. Ibu bapa juga memainkan peranan sebagai penasihat terbaik kepada anak-anak. Ceritakanlah kepada mereka sejarah zaman dahulu dan pupukkan semangat cintakan agama dan bangsa.
Kepada para pemimpin politik, berdamailah. Semua orang Melayu melihat anda. Adakah cukup sekadar ungkapan atau slogan tanpa diterjemahkan dalam bentuk kenyataan? Ingatlah sejarah di zaman Rasulullah s.a.w. yang mana dua puak bersengketa bersatu, iaitu kaum Ansar dan Muhajirin. Setiap orang Islam adalah saudara kita. Fikirkanlah. Jangan terlalu taksub dengan fahaman politik masing-masing. Berfikir dan bertindaklah secara waras.
Kepada golongan ahli agama, berilah teladan yang baik kepada kami. Bimbinglah, nasihatilah. Kepada YB atau wakil rakyat, tidak kira apa parti anda, dampingilah orang Melayu, bantulah mereka jika mereka perlukan bantuan tanpa mengira parti. Parti hanyalah sebagai wadah perjuangan.
Sempena menyambut hari kemerdekaan ke-54 ini, penulis menyeru kepada semua umat Melayu yang beragama Islam yang amat penulis sayangi, kita buka lembaran baru yang pastinya akan menjadi satu sejarah yang paling indah. Jadikan isu "bagaimana untuk menyatukan semula orang-orang Melayu" sebagai topik perbualan kita walau di mana kita berada.
Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya. Itu janji Allah. Kita tunaikan tanggungjawab kita. Kita jadikan bangsa kita bangsa yang bermaruah, kuat pegangan agamanya, kuat dari segi fizikal juga mental, bersatu serta mempunyai semangat juang yang tinggi.
Salam Kemerdekaan ke-54 Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pada 5 Ogos 2011, saya telah menulis satu artikel dalam blog saya, http://ridhuantee.blogspot.com, bertajuk "Awasi dakyah Kristian". Kisah benar bagaimana perancangan Kristian memurtadkan orang Melayu Islam ketika mereka masih kanak-kanak lagi. Namun, tidak ramai ambil pusing, sehinggalah berita ini diperbesarkan oleh sebuah akhbar yang dituduh oleh ultra kiasu sebagai akhbar rasis atau ultra Melayu. Akhbar ultra kiasu tidak kurang juga ultranya, tetapi mereka tidak pernah disalahkan, maklumlah sekapal.
Artikel ini pada mulanya saya tulis untuk akhbar 'ultra Melayu' tersebut untuk siaran 7 Ogos 2011, kerana ketika itu isunya masih panas, berkaitan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama. Malangnya, ia tidak disiarkan. Mungkin editor akhbar itu menganggap saya mereka-reka cerita ataupun editornya mungkin takut untuk menyiarkannya. Saya berterima kasih kepada akhbar Sinar Harian kerana begitu neutral dan berani menyiarkan setiap penulisan saya walaupun ada akhbar lain yang berasa kecut.
Cikgu S yang dimaksudkan itu adalah sahabat karib saya, seorang guru bahasa, berbangsa India beragama Kristian yang mengajar di salah sebuah sekolah rendah di Lembah Kelang. Kami sering berhubung dan bertukar-tukar pandangan mengenai agama. Beliau amat menghormati agama Islam. Seperti telah saya sebutkan dalam artikel itu, beliaulah yang memberikan segala bukti bagaimana seorang kanak-kanak darjah satu diajar oleh guru tuisyennya mengenai Kristian dan Nabi Isa. Kanak-kanak lebih memahami Kristian daripada Islam.
Beliau mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berkuasa, tetapi tidak ramai ambil berat sehinggalah berita tersebut disensasikan oleh media. Terfikir juga saya, siapa sebenarnya bertanggungjawab menjaga kepentingan Islam, orang Islam atau orang bukan Islam? Kita hanya sensitif bila isu menjadi sensasi. Maklumlah mahu mencari publisiti. Sedarkah kita akan implikasi ke atas Islam jika ramai yang murtad? Terus-terang, saya amat jarang jumpa non-Muslim yang amat prihatin dengan orang Melayu dan agama Islam. Beliau seolah-olah sudah Islam di sisi Allah SWT. Tertanya-tanya juga dalam diri, kenapa tidak ramai orang Islam seperti beliau.
Saya yakin selepas ini jika identiti beliau didedahkan, beliau akan menjadi sasaran bukan Islam, terutama orang Kristian. Saya berdoa kepada Allah SWT, semoga beliau tabah dan kehidupannya diberkati. Saya sebenarnya tidak mahu bersangka buruk kepada orang Kristian. Tetapi realiti yang berlaku, membenarkan sangkaan buruk saya ini. Missionari Kristian bergerak aktif dalam segala aspek. Mereka akan mengambil kesempatan, ruang dan peluang untuk menyebarkan agamanya kepada orang Melayu (Islam), walaupun dilarang oleh undang-undang. Namun, atas alasan hak asasi manusia dan mendapat perlindungan antarabangsa, mereka nampak kebal dan tetap meneruskan niat mencabar kedudukan agama Islam. Sedihnya, kita terlalu berlembut. Sedangkan kita semua tahu, agama Islam tidak boleh disamaratakan dengan agama bukan Islam. Kita boleh berkongsi nilai-nilai baik agama-agama, tetapi kita tidak boleh berkongsi agama, kerana bagi kamu agamamu, bagi aku, agamaku. Itulah ingatan Allah dalam surah al-Kafiruun, Lagipun, Islam mendapat perlindungan dalam Perlembagaan. Sila rujuk perkara Perkara 8, iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya.
Perkara 10 (4), iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya. Perkara 38, iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu, bahasa Melayu dan Islam. Perkara 150 (6a), iaitu kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat. Perkara lain yang berkaitan dengan kedudukan Agama Islam ialah: Perkara 11 (4) - tentang kebatasan kebebasan agama orang Islam. Perkara 12 (2) - peranan Persekutuan dan suatu negeri dalam memajukan pendidikan Islam.
Sedarlah wahai saudaraku, orang Melayu akan hancur tanpa Islam. Islamlah yang memartabatkan orang Melayu selama ini. Justeru, janganlah hari ini kita terlalu sombong dan bongkak sehingga menjadi sukar untuk menjaga kepentingan Islam. Islam tidak akan tercabut walaupun mungkin sesuatu bangsa itu mungkin pupus. Islam mendapat jagaan Allah, tetapi kuasa dan takhta belum tentu.
KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Datuk Dr Hassan Ahmad meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya petang ini.
Anaknya, Aida berkata, Allahyarham dipercayai diserang sakit jatung dan menghembuskan nafas terakhir sekitar 2 petang tadi.
"Ayah saya tidak sakit apa-apa," kata beliau kepada The Malaysian Insider petang ini.
Hassan yang ditemui The Malaysian Insider di rumahnya di 30, Jalan 22/49, Petaling Jaya ketika sambutan sambutan Aidilfitri semalam kelihatan ceria menyambut saudara mara dan rakan-rakannya.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok, kata Aida.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tampil menjelaskan tindakan beliau menuntut caj rawatan hospital daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP).
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, ia jelas menunjukkan berlaku penyelewengan kuasa dan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terperinci mengenainya.
Beliau memberitahu, tindakan pemimpin nombor dua Pas itu menunjukkan sifat sebenar dirinya yang cuba diselindung sebelum ini.
"Sekarang apa sudah jadi, pecah tembelang. Orang sudah tahu siapa sebenarnya Mohamad Sabu. Apa rasional beliau menggunakan wang PBAPP?" soalnya ketika dihubungi oleh di sini, hari ini.
Parti Cinta Malaysia (PCM) mendedahkan Mohamad membuat tuntutan bayaran kos perubatan berjumlah RM8,434.05 sedangkan kos rawatan sebenar di Hospital Pakar KPJ di Selangor cuma RM5,060.54 sahaja.
Sehubungan itu, PCM membuat laporan di SPRM bagi membolehkan siasatan dijalankan berhubung perkara itu. Tindakan Mohamad didakwa telah menyalah guna kedudukannya sebagai Anggota Lembaga Pengarah PBAPP apabila membuat tuntutan berkenaan.
Sampai bila kamu nak menipu Mat Syabu oii..!!!
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ahli Jawatankuasa DAP negeri, Zulkifli Mohd Noor diingatkan supaya tidak 'besar kepala' dengan meminta PKR, memulangkan satu kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri kepada DAP pada pilihan raya umum ini.
Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang, Johari Kassim berkata, DAP sudah mempunyai 19 kerusi di negeri ini dan Zulkifli tidak sepatutnya menuntut lagi kerusi untuk diberikan kepada calon Melayu DAP yang dikatakan, mampu menarik pengundi Melayu.
Johari berkata, Zulkifli perlu meminta kerusi sedia ada daripada DAP untuk meletakkan calon Melayu. Menurutnya, Zulkifli yang boleh dianggap senior dalam politik, seharusnya memahami prinsip Pakatan Rakyat (PR) yang mengamalkan perkongsian kuasa dan bukan membolot semua kerusi untuk DAP.
"DAP perlu sedar kerana sebelum ini, mereka langsung tidak mendapat perhatian pengundi Melayu, namun selepas parti itu bergabung bersama PKR dan Pas, barulah pengundi Melayu percaya kepadanya.
"Mereka sudah ada 19 kerusi, tapi sekarang, dia minta lagi dari PKR untuk DAP meletakkan calon Melayu. Kalau dia nak bertanding, dia perlu minta kerusi dari DAP sendiri," katanya di sini semalam.
Sementara itu, Zulkifli ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu kerana diarahkan tidak memberi kenyataan media.
"Biar kita sambut Aidilfitri dahulu dan saya akan ulas perkara ini selepas raya," katanya.
Seorang pemimpin DAP Pulau Pinang meminta sekutunya, PKR untuk mengorbankan beberapa kerusi bagi memberi laluan kepada calon Melayu dari DAP untuk bertanding.
Dalam kenyataan disiarkan portal berita Malaysiakini kelmarin, Zulkifli dilaporkan berkata, partinya 'tiada pilihan', sekurang-kurangnya mendapatkan satu kerusi Parlimen dan lima kerusi Dun daripada PKR di Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang.
Sekiranya DAP gagal membariskan calon Melayu, ia akan dilihat sebagai parti anti-Melayu dan cauvinis", katanya.
Gaduh le korang..jangan tak gaduh..!!!
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Seorang veteran VAT 69 Komando, Wan Taha Wan Mohamed, 66, berasa terhina dengan tindakan Mohamad Sabu yang mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong.
Beliau yang telah berkhidmat 20 tahun dengan meredah hutan untuk memerangi pengganas, tidak faham bagaimana Timbalan Presiden Pas itu sanggup menyokong komunis.
"Sudah dua, tiga hari saya berfikir macam mana beliau boleh hina bangsa dan agama sendiri. Jika beliau sudah tidak mahu tinggal di Malaysia, bolehlah keluar dari negara ini.
"Orang macam Mohamad Sabu ibarat 'kain buruk' kepada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Wan Taha yang berkhidmat dari 1964 hingga 2001 dalam pasukan keselamatan dengan pangkat terakhir sebagai sub inspektor berkata, kenyataan Mohamad Sabu itu tidak boleh diterima sama sekali.
"Saya berbulan-bulan masuk hutan tinggalkan anak bini di rumah, semata-mata untuk pastikan negara aman damai untuk anak cucu kita, tetapi beliau pula sokong komunis. Apa tujuan dan matlamatnya. Saya tidak boleh terima sama sekali.
"Mohamed Sabu tidak pernah tinggalkan anak bini. Beliau cuma tahu 'melalak' sahaja. Kalau beliau tidak jaga percakapannya, saya bimbang nanti beliau jadi 'Mat Penyapu' pula,'' katanya.
Wan Taha berkata, ramai yang tidak tahu tentang kekejaman komunis kerana mereka tidak masuk hutan untuk memerangi pengganas, sebaliknya sekadar membaca berita dalam akhbar.
Katanya, Mohamad Sabu mungkin 'buta sejarah' kerana membuat kenyataan yang mengguris hati keluarga dan ahli pasukan keselamatan, tetapi kenyataan itu dilihat lebih bermotifkan politik. - UTUSAN.
Tidak mustahil Mohd Sabu akan digelar Mat Penyapu kerana beliau bercakap tanpa berfikir dengan mendalam terlebih dahulu. Kebebasan bercakap atas pentas politik telah disalah guna untuk tujuan-tujuan memuji DAP dan komunis telah memakan diri Mohd Sabu sendiri. Dulu Mohd Sabu pun tidak berfikir panjang masa kantoi di bilik 121, masa gelar Anwar Al Juburi yang kini jadi kawan baik dia. Sudah kantoi, Mat Penyapu akan buat-buat lupa mengikut apa yang diperintahkan oleh Si Luncai DAP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan