Khamis, 1 September 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 31 Aug 2011 11:06 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Memainkan perasaan perkauman adalah mudah ...

Posted: 31 Aug 2011 05:09 PM PDT

Kita sudah meninggalkan 13 Mei lebihkurang 32 tahun yang lampau. Dan 13 Mei itu membawa satu kesedaran baru kepada rakyat Malaysia.

Tidak dapat dinafikan bahawa golongan terbesar Orang Melayu (Melayu bawahan) tersisih dari perkembangan ekonomi Negara dan perasaan tidak puas hati menjadi meruap-ruap. Mereka menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah Negara yang kaya dengan hasil mahsul, dan mereka mempersoalkan kedudukan dan nasib mereka yang tidak terbela.

Rata-rata Orang Melayu pada waktu itu berlindung dibawah naungan UMNO dan kepada Kerajaanlah mereka mengharapkan supaya nasib mereka terbela. Tetapi malangnya Kerajaan UMNO tidak berjaya membela mereka, dan untuk menutup kelemahan mereka, Kerajaan UMNO khususnya pimpinan UMNO menuding jari bahawa ekonomi Negara ini sudah dibolot oleh Orang-Orang Cina, satu sentimen yang mudah menaikkan emosi orang-orang Melayu; walhal pemimpin-pemimpin Melayu didalam UMNO mengaut kekayaan Negara untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Kemiskinan dan penyisihan dari arus perkembangan ekonomi ini sesungguhnya bukan hanya melanda Orang Melayu bawahan tetapi juga Orang Cina, Orang India, Orang Bumiputra Sabah/Sarawak; tetapi oleh kerana parti-parti didalam Perikatan pada waktu itu (UMNO/MCA/MIC) adalah parti-parti perkauman dan memperolehi pengaruh melalui perkauman, maka tidak ada parti-parti didalam Perikatan yang mahu menyatakan bahawa kebobrokan ekonomi ini adalah kerana dasar atau sistem ekonomi yang berpihak kepada golongan atasan dan menyisih golongan bawahan.

Rakyat didendangkan dengan lagu perkauman; kepada Melayu mereka ditunjukkan bahawa kemiskinan mereka adalah kerana pegangan ekonomi oleh Orang-Orang Cina; kepada Cina dan India, ditunjukkan bahawa kemiskinan mereka adalah disebabkan penggondolan Hak Istimewa Orang-Orang Melayu.

Kaum-kaum yang ada di Malaysia pada waktu itu tidak mempunyai pandangan yang tepat kenapa kaum masing-masing hidup didalam kesempitan sedangkan didalam Perikatan itu, kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India atasan hidup mewah dan menguasai ekonomi Negara.

Parti-parti politik didalam Perikatan masing-masing memainkan semangat perkauman demi mengekalkan pengaruh masing-masing tanpa berpaut kepada tanggungjawab bahawa politik perkauman itu amatlah berbahaya dan pasti akan meletup pada bila-bila masa sahaja.

Selepas Pilihanraya 1969 itu, Orang Melayu merasakan bahawa kuasa politik mereka sudah terhakis apabila Gerakan memenangi Pulau Pinang, dan bersama-sama DAP hampir memenangi Selangor dan Perak.

Bagi Orang Cina dan India pula mereka merasakan sudah tiba masanya satu rombakan dasar secara besar-besaran agar boleh mendatangkan menfaat kepada golongan bawahan mereka.

Bomb-jangka sudah dipasang, dan hanya memerlukan sedikit sahaja usikan, bomb itu akan meletup. Maka ledakan bomb itu pada 13 Mei merupakan titik hitam sejarah Malaysia. Berlaku banyak kematian, berlaku banyak harta benda dirosakkan, dan berlaku perasaan benci-membenci.

Tindakan Tun Haji Abdul Razak mengambil alih pimpinan Negara dari Tunku Abdul Rahman dengan menubuhkan Pemerintahan Margeran, Parlimen digantung dan semua kuasa terletak ditangan Margeran, dapat meredakan keadaan, dan semua parti politik diberikan kerusi didalam pemerintahan pada waktu itu.

Dari segi politik, Tun Razak berjaya menggabungkan semua parti-parti politik yang akhirnya tertubuhlah Barisan Nasional dengan pembahagian kuasa dan Gerakan memerintah Pulau Pinang, PPP diberikan kedudukan yang baik di Perak, PAS diberikan kuasa di Kelantan; hanya Parti Rakyat Malaysia dan DAP sahaja yang tidak mahu berada didalam gabungan itu.

Dibawah pentadbiran Tun Razak, Dasar Ekonomi Baru telah digubal dan dilaksanakan dengan mengambil kira kedudukan Orang Melayu bawahan yang tersisih dari ekonomi Negara dan kedudukan Orang Cina dan India bawahan yang tidak mendapat tempat selama ini.

Dasar Ekonomi Baru telah banyak merubahkan landscape politik dan pegangan ekonomi di Negara ini.

Sebagai sebuah Negara yang kaya Malaysia boleh memberikan berbagai peluang ekonomi kepada rakyatnya. Buat kali pertama wujudlah Orang-Orang Melayu yang berkecimpung didalam bidang ekonomi dan mereka diminta supaya mewujudkan usahasama dengan rakan-rakan bukan Melayu, Orang-Orang Melayu yang merupakan golongan majoriti juga diberikan peluang yang luas untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti tempatan dan luar Negara. Permit-permit dan lesen-lesen buat kali pertama diberikan kepada Orang Melayu yang sudah mulai sedar kepentingan dunia perniagaan. Dan didalam pada itu kedudukan Orang Cina dan India diberikan tempat yang sewajarnya.

Keadaan ini tidak lama berkekalan sedemikian. Pemimpin-pemimpin politik mulai merasakan bahawa mereka mempunyai hak yang lebih. Dasar Ekonomi Baru yang boleh menguntungkan rakyat Melayu dan bukan Melayu tiba-tiba disalahgunakan oleh pemimpin-pemimpin politik Barisan Nasional. Mereka mulalah mengaut apa juga faedah yang ditawarkan oleh Dasar Ekonomi Baru, dan mulalah wujud kelas Orang Kaya Baru dikalangan Orang-Orang Melayu yang menyokong UMNO, dan mereka pula bersekongkol dengan Orang-Orang Cina yang menjadi golongan atasan didalam MCA dan MIC. Merekalah yang berkuasa terhadap ekonomi Negara.

Keadaan ini tidak disenangi oleh rakyat dari semua kaum. Walaupun UMNO, MCA dan MIC masih berpegang kepada dasar perkauman masing-masing kerana dengan dasar itu memudahkan mereka untuk mengekalkan pengaruh dikalangan keanggotaan masing-masing, rakyat sudah mulai bangun. Mereka sudah mulai sedar bahawa dasar perkauman itu bukan sahaja merugikan rakyat tetapi juga merugikan Negara.

Isu perkauman menjadi semakin lantang apabila pemimpin-pemimpin UMNO menubuhkan badan-badan NGO dan membuat ugutan perkauman yang melampau-lampau.

Gejala ini nampaknya lebih tertumpu kepada UMNO dan parti itu sendiri secara penglibatan pemimpin-pemimpinnya merestui semangat perkauman yang melampau-lampau itu; pemimpin-pemimpin NGO Melayu yang membuat desakan-demi desakan perkauman tidak diambil tindakan, bahkan ada pula bekas-bekas pemimpin besar didalam UMNO yang mengatakan bahawa UMNO akan kecundang jika mengambil tindakan kepada NGO-NGO perkauman itu.

Gejala perkauman ini adalah perkara yang mudah untuk mempertahankan kuasa kerana emosi rakyat mudah dibakar. Tetapi gejala inilah yang akan membawa Negara ini rebah dan tersungkur.

Sementara itu saudah wujud gerakan kesedaran dikalangan rakyat yang mahu melihat Malaysia menjadi sebuah Negara dimana semua rakyatnya dari berbilang kaum dapat hidup bersama dengan setiap dari rakyatnya mendapat pembelaan.

Pakatan Rakyat telah berjaya memainkan peranannya bagi menyatupadukan rakyat berbilang kaum dengan mengambil dasar perjuangannya membela rakyat tanpa mengira kaum, agama dan pegangan politik. Dasar ini semakin mendapat tempat, dan kesedaran sudah mulai meresapi rakyat bermula dari kawasan bandar dan kini mulai menjalar ke kampong-kampong.

Dasar perpaduan kaum yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat ini akan menjadi aliran utama politik Negara dan akan melenyapkan apa juga dasar yang memecah-belahkan rakyat; rakyat sudah menolak dasar "pecah dan perintah" wasiat dari Penjajahan Inggeris!


Anwar Ibrahim

Posted: 31 Aug 2011 07:21 PM PDT

Anwar Ibrahim


Dato Seri Wan Azizah: Raya Semakin Mahal, Rakyat Perlu Pembelaan

Posted: 30 Aug 2011 11:40 PM PDT

TV Selangor

Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu keadilan terbela bagi rakyat yang terpaksa menghadapi kesan kenaikan harga barang dalam kegembiraan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Oleh itu, beliau turut mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan memperketat dan memantau mekanisma kawalselia harga agar keperluan rakyat dan peniaga dapat dijaga.

“Kekangan dan bebanan sara hidup yang semakin meninggi akibat tatakelola dan perancangan yang tidak dilandasi semangat kerakyatan dan kesederhanaan. Rakyat terus dibebani dengan kenaikkan harga barang yang tidak terkawal terutamanya barang keperluan raya,” katanya dalam satu Perutusan Khas sempena Hari Raya hari ini.

Dalam menyambut bulan Syawal, Wan Azizah turut mengajak rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam meneladani pengajaran pembersihan jiwa sepanjang ramadan dengan terus berjuang demi keadilan , kebenaran dan perpaduan sejati.

Dalam perutusan Hari Raya beliau, Wan Azizah mahu kemenangan yang disambut dalam bulan Syawal hasil daripada pentarbiyahan dalam menjalani latihan dan disiplin sepanjang Ramadhan memberi semangat kepada setiap umat Islam.

“Ramadhan adalah bulan dan masa yang amat sesuai untuk kita semua meningkatkan ilmu, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Kita sedar bahawa bulan ramadhan ini juga adalah tempat para pejuang yang mahu menegakkan keadilan dalam menghadapi pelbagai ujian, cabaran dan fitnah dunia yang mencengkam kebebasan dan kemerdekaan rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Wan Azizah mahu ahli PKR terus komited dalam perjuangan parti itu dalam memastikan negara ini bebas dari cengkaman dan fitnah yang membelenggu kehidupan rakyat dan seterusnya memartabatkan keadilan sejati.

“KEADILAN menyeru agar kita tidak terus berpeluk tubuh dan membiarkan kemarakan fitnah ini membinasakan kebenaran,keadilan dan perpaduan ummah. Marilah kita terus bersama menghindarkan diri daripada bersubahat dengan fitnah,” kata beliau.

“Oleh itu kita perlu begandingan dalam membina keyakinan untuk terus meneladani kebabasan dan keadilan sejati,” tambahnya lagi.

Imej Najib Tercalar, Rakyat Mahu Kerajaan Baru

Posted: 30 Aug 2011 11:36 PM PDT

Malaysiakini

Kemerosotan tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang jatuh enam mata kepada 59 peratus adalah petanda peralihan sokongan kepada Pakatan Rakyat, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Anwar dalam wawancaranya di TV Selangor berkata Pakatan Rakyat perlu bekerja lebih keras menyampaikan maklumat kepada rakyat, khususnya di luar bandar yang masih di bawah pengaruh Umno-BN.

“Jelas ada trend (tidak menyokong Najib) ini, tapi sekarang ni, terutamanya kebanyakan rakyat luar bandar masih dikongkong propaganda kerajaan.

"Tapi saya optimistik dengan usaha Pakatan Rakyat dan prestasi negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, rakyat akan mengundi Pakatan,” kata Anwar kepada wartawan ketika Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, semalam.

Badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center pada Isnin lalu dalam laporannya mendedahkan bahawa kemerosotan tahap puas hati terhadap Najib itu mempunyai kaitan dengan kos sara hidup yang terus meningkat.

Ini kerana pengguna mula merasai kesan atau impak kenaikan kos bahan api dan elektrik yang diumumkan kerajaan pimpinannya, baru-baru ini.

Menurut kajian Merdeka Center itu kepuasan hati rakyat terhadap Najib jatuh ke paras terendah iaitu 59 peratus, berbanding 72 peratus yang dicatatkan pada Jun tahun lalu.

Pusat banci itu juga mendapati bahawa cara kerajaan menangani dan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 turut mempengaruhi persepsi umum kerana ia mempunyai kesan negatif dan telah menghakis sokongan kepada perdana menteri.

Badan itu turut melaporkan bahawa rata-rata responden yang ditemui faham dan menyokong tuntutan reformasi sistem pilihan raya oleh BERSIH 2.0.

"Cara kejam, propaganda keterlaluan, pembohongan, fitnah kepada pemimpin Pakatan dan Datuk S Ambiga (pengerusi BERSIH 2.0) memberi kesan kepada rakyat. Mereka tak mahu lagi ditipu. Apakah jenayah Ambiga? Hanya kerana sokong (menuntut) pilihan raya adil?” kata Anwar.

Beliau yang juga ketua umum PKR berkata sebarang perubahan polisi yang bakal dilaksanakan oleh Najib sebagai sudah terlewat kerana presiden Umno itu telah tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir yang baik.

“Tak kira disokong atau tidak, wajib menjadi tanggungjawab seorang pemimpin yang dipilih untuk pastikan pilihan raya bersih dan adil. Anda tak boleh terus tadbir dan urus rakyat negara ini seperti tahun 1950-an.
"Libya telah berubah, Syria telah berubah, kenapa Malaysia tidak?” soal Anwar lagi.

Hasil kajian Merdeka Center itu turut menunjukkan Najib masih gagal mendapatkan sokongan masyarakat Cina dengan hanya 38 peratus yang berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Hanya kaun India sahaja yang memberi sokongan tambahan kepada Najib dengan peningkatan 4 peratus kepada 69 peratus berbanding Mei lalu.

Kaum Melayu bagaimanapun dilihat semakin kurang yakin dengan Najib apabila sokongan yang diterima semakin berkurang daripada 76 peratus pada Mac tahun ini, 73 peratus pada Mei dan kini 69 peratus berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Bagaimanapun, tidak seorangpun pemimpin Umno dan BN menerima keputusan kajian berkenaan berbanding reaksi mereka apabila badan bancian yang sama menunjukkan tahap puas hati Najib pada tahap yang tinggi satu ketika dahulu.

Malah, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menempelak kajian Merdeka Center itu dan berkata kepimpinan Najib diterima majoriti rakyat di negara ini.

Beliau berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kepimpinan perdana menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menganggap laporan kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti perdana menteri semakin menurun sebagai tidak berasas.

"Mereka hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh, masyarakat yang berada di sekitar Kuala Lumpur yang mempunyai sokongan kuat dan padu kepada Perdana Menteri,” katanya.

Menurut Rais, kajian Jabatan Penerangan Malaysia yang melibatkan 50,000 responden yang terdiri daripada pelbagai masyarakat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak mendapati mereka amat menerima kepimpinan Najib dan kerajaan BN secara ikhlas.

Majlis Rumah Terbuka Dato Seri Anwar Ibrahim Dan YAB Dato Mansor Othman

Posted: 30 Aug 2011 11:27 PM PDT

Majlis Rumah Terbuka Eidulfitri Dato Seri Anwar Ibrahim dan YAB Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dato Mansor Othman di Parlimen Permatang Pauh. Butiran seperti berikut:

Tarikh: 1 September 2011
Jam 2.00 – 5.00 ptg
Lokasi: Rumah Pakatan Rakyat (Berhadapan Masjid Kubang Semang).Permatang Pauh.Pulau Pinang.

Wee Choo Keong

Posted: 31 Aug 2011 03:04 PM PDT

Wee Choo Keong


MAS UNION TO RASHDAN: STOP AIRASIA FROM INTERFERING IN MANAGING MAS!

Posted: 31 Aug 2011 08:29 AM PDT

Because of the one sided reporting, Malaysians thought AirAsia/AirAsia X Sdn Bhd/Tan Sri Tony Fernandes were coming into MAS to SAVE MAS. I am proud to receive the comments below from MAS Union. Unfortunately, The Star, which has been publishing rosy stories about AirAsia/AirAsia X Sdn Bhd and Tan Sri Tony Fernandes, did not bother [...]

PKR PENGKALAN HULU

Posted: 31 Aug 2011 01:35 PM PDT

PKR PENGKALAN HULU


Salam aidilfitri dan salam merdeka bersama penduduk Pengkalan Hulu

Posted: 31 Aug 2011 10:32 AM PDT

Bersyukur kita sekali lagi rakyat Malaysia boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri di dalam suasana yang aman dan penuh dengan keakraban serta dengan semangat kekeluargaan.

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 kali ini, Bekas calon PKR Pengkalan Hulu Lee Sing Long telah mengadakan kunjungan ke beberapa buah rumah di kawasan Gerik dan Pengkalan Hulu. Diantara rumah yang dikunjungi oleh Lee Sing Long adalah rumah Haji Supian Bekas Ketua Cabang PKR Gerik. Kemudian Lee Sing Long meneruskan kunjungan ke rumah Saudara Radzi di Kampung Plang Gerik yang kini berada di mekah menunaikan umrah.

Dari Kampung Plang Gerik, Lee Sing Long kemudian bertolak ke Bukit Buloh dan berkunjung ke rumah Bekas Ketua Kampung (PR)iaitu Pak Mat. Selepas itu Lee Sing Long berkunjung ke rumah Mej (B) Abdullah di Pengkalan Hulu. Diakhir kunjungan beliau sempat ke rumah saudara Mat Nor iaitu Timbalan Pengerusi Persatuan Pemandu-Pemandu Teksi Pengkalan Hulu serta ke rumah Bekas calon PKR Pengkalan Hulu 2004 Haji Junid.

Di dalam kunjungan Aidilfitri ini, jelas terpancar keramahan dan kemesraan Bekas Calon PKR Pengkalan Hulu Lee Sing Long dengan masyarakat dan rakyat di kawasan Pengkalan Hulu.

Lee Sing long ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakyat di Pengkalan Hulu. Semoga sambutan Hari Raya tahun ini membawa lebih banyak keberkatan dan kemuliaan kepada semua. Maaf dan Ampun juga dipohon dan semoga semangat kekeluargaan dan kesepakatan kekal dan subur sampai bila-bila masa jua.

Dibawah ini  beberapa gambar  kunjungan Lee Sing Long sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011.

Kunjungan aidilfitri di rumah Mat Nor (Timbalan Pengerusi Persatuan Pemandu-Pemamdu  Teksi Pengkalan Hulu)

Kunjungan aidilfitri di rumah Mej (B) Abdullah Masnan (Mantan Ketua Cabang Keadilan Gerik)

Kunjungan aidilfitri di rumah Pak Mat di Bukit Buloh (Mantan Ketua Kampung Pakatan Rakyat)
Kunjungan aidilfitri di rumah Saudara Radzi daripada PAS

Bersama keluarga Radzi kini sedang menunaikan umrah

Kunjungan aidilfitri bersama Lim ke rumah Haji Supian (Mantan Ketua Cabang Keadilan Gerik)

Kunjungan aidilfitri di rumah Haji Junid (Mantan Calon PKR 2004 Pengkalan Hulu)


Program pengedaran risalah dan bendera Malaysia di pasar pagi Pengkalan Hulu

Posted: 31 Aug 2011 09:11 AM PDT

Pengkalan Hulu 29hb Ogos – Parti Keadilan Rakyat Pengkalan Hulu berjaya mengedar hampir 150 keping risalah risalah parti serta bendera Malaysia kepada penduduk sekitar Pasar Pengkalan Hulu.

Selepas mengedar risalah di Pasar Pengkalan Hulu Bekas Calon PKR Pengkalan Hulu, Lee Sing Long berkata, secara keseluruhanya beliau berpuas hati dengan sambutan orang ramai terhadap risalah diedarkan itu walaupun ada juga diantaranya enggan menerima risalah yang dihulurkan kepada mereka.

Katanya, beliau tidak berkecil hati dengan tindakan sebahagian kecil mereka yang enggan menerima risalah.

"Itu hak mereka kita tidak boleh paksa," katanya.

Menurutnya beliau amat memahami pemikiran mereka yang amat taksub kepada parti.

Mereka itu, tidak memahami erti demokrasi kerana bagi mereka hanya Umno sahajalah yang ada, Umno sahaja benar semua parti-parti lain adalah musuh belaka.

Antara risalah yang diedar termasuklah risalah isu-isu semasa dan sebagainya yang dibekalkan oleh Lee Sing Long.

Sementara itu, Mejar (B) Abdullah yang turut bersama mengedar risalah di sekitar Pasar Pengkalan Hulu itu menyifatkan program tersebut sebagai berjaya menyampaikan mesej kepada masyarakat dan isu perlu diteruskan dengan pengedaran isu-isu terkini.

Bagi bekas Calon PKR Pengkalan Hulu, Lee Sing Long yang mengedar risalah dan memberi bendera Malaysia sekitar Pasar Pengkalan Hulu  melahirkan rasa gembira kerana berjaya mengedar tidak kurang daripada 150 risalah Keadilan.

"Kita hantar risalah dan bendera Malaysia terus  penduduk dan akan hantar lagi pada masa akan datang," ujarnya.

Bekas calon PKR Pengakalan Hulu Lee Sing Long sedang mengedar risalah di pasar pagi di Pengkalan Hulu


Mejar (B) Abdullah turut bersama didalam program pengedaran risalah di pasar Pengkalan Hulu







Pak Ali daripada PAS juga turut serta dalam program ini

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

Posted: 31 Aug 2011 01:27 PM PDT

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


MEMALUKAN:Malaysia tidak mempunyai obligasi perundangan untuk melindungi SUAKA POLITIK

Posted: 30 Aug 2011 11:40 PM PDT

Posted: 30 Aug 2011 11:28 PM PDT

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Posted: 31 Aug 2011 11:25 AM PDT

Gwo-Burne for Kelana Jaya


RELA vs Polis Bantuan

Posted: 31 Aug 2011 06:40 AM PDT

JAWAPAN PERTANYAAN LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA, GWO-BURNE LOH PADA 13 JUN 2011 SOALAN: Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perbezaan bidang kuasa antara polis bantuan dengan polis biasa dan adakah status anggota Ikatan Relawan (RELA) yang menjadi polis bantuan sama dengan polis bantuan. JAWAPAN: Tuan Yang Di Pertua, Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang [...]

CCTV di Balai Polis

Posted: 31 Aug 2011 05:55 AM PDT

JAWAPAN PERTANYAAN LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA, GWO-BURNE LOH PADA 22 MAC 2011 SOALAN: Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah bilangan lokap dan bilik soal siasat yang masih idak memasang CCTV dan nyatakan sebabnya secara munasabah memandangkan Kerajaan telah memberikan peruntukan yang mencukupi. JAWAPAN: Tuan Yang Di Pertua, Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang [...]

Choice for Prime Minister

Posted: 23 Jul 2011 05:23 PM PDT

MCA president Chua Soi Lek challenged DAP & Penang chief minister to name Pakatan’s choice for Prime Minister if it wins the next general election while declaring MCA would whole heartedly support Najib Razak as its sole selection for the post. Before answering Chua, I think it is only appropriate for me to post him the question [...]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan