Kenyataan Media Pakatan Rakyat
Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat mengalu-alukan kesedaran terlewat oleh Barisan Nasional mengenai betapa peripentingnya membantu golongan yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.
Disebalik topeng projek-projek infrastruktur mega yang dijulang dan digemari oleh kerajaan Barisan Nasional ialah sebuah Negara Malaysia yang sebenarnya amat sederhana pencapaiannya. Beratus billion telah dihabiskan untuk berbagai rancangan induk dan projek mega tetapi hakikatnya:
· Lebih dari separuh – 60% – dari isirumah rakyat Malaysia berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan;
· Hampir separuh – 43% – dari isirumah rakyat Malaysia berhempas-pulas melangsungkan kehidupan dengan hanya RM1,500 ke bawah setiap bulan. Daripada jumlah tersebut, ¾ ataupun 73% adalah bumiputera.
Aspek paling penting dalam Bajet Alternatif Pakatan Rakyat 2012, dengan judul yang tepat sekali iaitu Kesejahteraan Untuk Semua, ialah:
· Fokusnya adalah untuk membangunkan manusia iaitu rakyat jelata Malaysia, bukannya projek-projek; dan
· Memberi penekanan kepada kerja-kerja yang mengangkat martabat manusia, penggajian yang adil dan saksama serta peluang-peluang mencari rezeki untuk semua golongan rakyat terutamanya, rakyat biasa Malaysia dan bukan hanya untuk golongan elit yang mempunyai jaringan pengaruh meluas.
Sekiranya diberi peluang oleh rakyat, Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat akan merombak secara menyeluruh dasar-dasar kerajaan BM ini agar dapat meningkatkan pendapatan boleh guna 60% dari rakyat Malaysia kepada satu keadaan di mana mereka boleh membangunkan satu kehidupan yang mengangkat martabat manusia dan meningkatkan kedudukan kewangan mereka juga. Ini secara langsungnya akan meningkatkan penggunaan domestik dalam satu cara yang mampan; seperti makna pepatah Inggeris iaitu "air yang pasang akan mengangkat kedudukan semua bot”.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah semalam mengumumkan yang (PEMANDU) telah ditugaskan untuk mengkaji langkah baru membantu meringankan kos sara hidup meningkat bagi yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 setiap bulan.
Ini ialah kali ketiga dalam satu bulan, Kerajaan Barisan Nasional telah terpaksa memberi reaksi kepada pengumuman-pengumuman ekonomi oleh Pakatan Rakyat dengan meniru cadangan-cadangan yang diutarakan . Dua peristiwa yang lain sebelum ini ialah pengumuman satu lagi NKRA yang baru mengenai kos sara hidupSELEPAS Pakatan Rakyat mengadakan Perundingan Meja Bulat yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai inflasi; dan siaran blog Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Ogos 2011 mengenai kos sara hidup SELEPAS sidang media pertama oleh Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat pada 5 Ogos 2011.
Pengakuan oleh Husni dan Kerajaan Barisan Nasional bahawa mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 memerlukan bantuan ialah satu kenyataan jelas tentang kegagalan Barisan Nasional mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi dan BN tidak mengendahkan nasib 60% rakyat Malaysia dalam merangka polisi ekonomi mereka..
Satu rangkakerja polisi yang baru nyata amatlah diperlukan untuk membantu majoriti 60% rakyat Malaysia biasa untuk menjalani taraf hidup yang berkualiti dengan kurang daripada RM3,000 setiap bulan. Adalah dijangkakan modifikasi tempelan oleh PEMANDU itu tidak akan mengakibatkan banyak perubahan kerana PEMANDU hanya mempunyai jangkamasa 2 minggu sahaja untuk mengeluarkan rangkakerja polisi yang baru tersebut .
Ekonomi berpaksikan kroni BN mestilah memberi laluan kepada satu rangka kerja ekonomi bersifat berpaksikan rakyat. Rangkakerja Bajet Pakatan Rakyat “Kesejahteraan Untuk Semua” termasuklah mengurus cabaran-cabaran dasar berikut:
1. Meningkatkan pendapatan dan produktiviti
· Membantu pekerja-pekerja meningkatkan ketrampilan kemahiran dan memperkenalkan satu gaji minimum agar memecahkan lingkaran ganas produktiviti rendah, gaji rendah dan kemahiran rendah
· Membantu industri-industri meningkat naik dalam lengkungan automasi dan mekanisasi disamping menguncup jumlah buruh asing tidak mahir serta meningkatkan upah sebenar bagi pekerja
· Merangka dasar-dasar untuk golongan yang bekerja sendiri dalam sektor-sektor tidak formal (seperti pemandu-pemandu teksi, perniagaan-perniagaan kecil, peruncit kecil-kecilan);
· Melonjak dan menyemarakkan potensi-potensi keusahawanan dan inovasi rakyat Malaysia
2. Meningkatkan pendapatan bolehguna
Bajet Alternatif Pakatan Rakyat akan mengkaji empat perbelanjaan besar untuk keluarga-keluarga yang bergelut dengan kos sara hidup yang meningkat dan mengkaji peranan kerajaan dalam meningkatkan pendapatan boleh guna melalui penyampaian perkhidmatan awam lebih efektif dan efisien:
· Kesihatan;
· Pengangkutan;
· Perumahan;
· Beban hutang isi rumah dan penyelesaian pembayaran hutang-hutang
3. Mengehadkan monopoli, oligopoli dan kartel
Meningkatkan pendapatan boleh guna dan mewujudkan satu keadaan seperti air pasang yang mengangkat semua bot melalui penggunaan domestik oleh warganegara persendirian iaitu dengan menggalakkan persaingan di sektor-sektor yang kini dikuasai oleh monopoli, oligopoli dan kartel.
Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat telah menyatakan rangkakerja kami mengenai monopoli beras oleh BERNAS, oligopoli gula dan MAS / kartel syarikat penerbangan Air Asia yang dimudahcarakan oleh GLCs. Lebih banyak butiran pada sektor lain akan ditampilkan pada bulan September ini dengan butiran penuh terkandung di dalam dokumen akhir belanjawan alternatif nanti..
YB Dr Dzulkifli Ahmad YB Liew Chin Tong YB Tian Chua
———————————————————————————————————————————–
MEDIA STATEMENT
Pakatan welcomes BN belated awareness of neglected Malaysians
The Pakatan Rakyat Alternative Budget Committee welcomes the Barisan Nasional's belated realisation on the importance of helping those who earn below RM3,000 per month.
Behind the façade of the massive, impressive infrastructure projects favoured by the Barisan Nasional government is a much more modest Malaysia. Hundreds of billions have been spent on showcase projects and masterplans but:
· More than half – 60% – of Malaysian households earn less than RM3,000 per month;
· Nearly half – 43% – of Malaysian households get by on less than RM1,500 per month. Of this, ¾ – 73% – are bumiputra.
The most important aspect of Pakatan Rakyat's Alternative Budget for 2012, aptly entitled Kesahjeteraan Untuk Semua, is:
· The focus on developing Malaysians, not projects; and
· Emphasising dignified jobs, fair wages and opportunities for all, and especially, the common Malaysian, not just well-connected elites.
If given the opportunity by the rakyat, a Pakatan Rakyat Federal Government will radically overhaul policies to ensure they boost the disposable income of the vast 60% of Malaysians, so that they live a dignified life while their improved financial position will boost domestic consumption in a sustainable manner, resulting in a positive “rising tide for all boats”.
Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah announced yesterday that Performance Management and Delivery Unit (PEMANDU) has been tasked to study new measures to help ease the rising cost of living for those earning less than RM3,000 per month.
This is the third time within a month that the Barisan Nasional Government has responded to economic pronouncements by Pakatan Rakyat. The other two occasions were the announcement of a new National Key Result Area (NKRA) on cost of living after Pakatan Rakyat held a roundtable chaired by Datuk Seri Anwar Ibrahim on inflation; and Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s blog post on 10 August 2011 on cost of living after the inaugural media conference by Pakatan Rakyat's Alternative Budget Committee on 5 Aug.
The admission by Husni and the Barisan Nasional Government that those who earn below RM3,000 need help is a clear indictment of Barisan Nasional's failure to create a high income society.
A new policy framework is needed to help the majority 60% of common Malaysians living on less than RM3,000 per month. Mere tweaking by PEMANDU would not result in much changes. And we expect mere tweaking – PEMANDU has a tiny 2 week time-frame to deliver.
BN’s crony economy must give way to a people-centric economic framework. Pakatan Rakyat’s “Kesejateraan Untuk Semua” framework includes dealing with the following policy challenges:
1. Raising incomes and productivity
· To help workers upskill and to introduce a minimum wage to break the vicious cycle of low-wage, low-skill and low productivity;
· To help industries move up the automation and mechanization curve while curbing unskilled foreign labour and increasing real wages for workers;
· To craft policies for the self-employed in informal sectors (such as taxi drivers, small businesses, petty traders);
· To unleash the entrepreneurial and innovative potentials of Malaysians.
2. Raising disposable income
The Pakatan Rakyat Alternative Budget will look into the four big-ticket expenditures for struggling families and to study the role of government in enhancing disposable income through better public service delivery:
· Health;
· Transport;
· Housing;
· Household debts and servicing of debts.
3. Curtailing monopolies, oligopolies and cartels
To boost disposable income and to create a rising tide that lifts all boats through domestic consumption from private citizens is to introduce competition in areas currently dominated by monopolies, oligopolies and cartels.
Pakatan Rakyat Alternative Budget Committee has articulated our framework on the rice monopoly by BERNAS, sugar oligopoly and the MAS/Air Asia airline cartel facilitated by GLCs. More details on other sectors will be highlighted in September with the full details to be released the final budget document.
YB Dr Dzulkifli Ahmad YB Liew Chin Tong YB Tian Chua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan