Jumaat, 26 Ogos 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri

Posted: 26 Aug 2011 05:19 AM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri


Kedah Selatan Panas Sikit...Apahal?

Posted: 26 Aug 2011 01:25 AM PDT

Kedah Selatan Panas Sikit... Apahal?

Kata cikgu ilmu alam dulu-dulu, kutub utara dan kutub selatan sangat sejuk, diselaputi ais. Tak dak orang boleh mugar buat kampung, hanya ada kaum eskimo yang duduk dalam gua ais. Ada beruang kutub yang bulunya tebal warna putih melepak. Seejuukkkk! Tak ramai yang boleh sampai dikutub yang sejuk ni, hanya saintis sekali sekala pi buat kajian itu ini. Matahari pulak suluh sepanjang tahun. ini perihal kutub utara dan selatan.
.
Lain pula Kedah selatan, belah-belah Bandar Bharu, Kulim dan Padang Serai...panas selalu. Yang terbaru ni pasal kerusi! Tak dak pasal-pasal, dua orang YB Kedah Selatan lari...melompat! Mula dari lompatan itu, ais dan glassier 'Kedah Selatan' cayaq (cair). Suasana jadi panas!
.
Lepas YDP PAS Kulim/Bandar Bharu melontar bahang akar umbi, Adun Kulim pun menjawab... katanya ada agenda pribadi, dan kalau kerana melompat, awat tak kacau Bakar Arang yang turut melompat. Tup tup Padang Serai pulak bersuara... Ya! di situ pun ada yang melompat.
.
Haaa! Lunas yang menang besar dalam PRU 12 pun diwakili Adun lompat sekarang, kena kaji semula kerusi tu...kata YDP Padang Serai pulak! Parlimen pun kena tengok balik. Akar umbi dah berbahang panasnya meluap-luap. Depa kerja teruk waktu PRU12, tiba-tiba yang dimenangkan lari ke seberang... partinya patut minta maaf dan pulangkan kerusi itu.
.
Seingat saya, semua ADUN PKR yang menjadi EXCO Pertama Kedah (first batch) sudah tiada dalam senarai Exco, dua melompat, satu mengundur. Line-up baru ni semua orang baru, dan tiada lagi Adun PKR yang belum jadi Exco...hebatt!
.
Komen PPN PKR negeri YB Abg Mat Kasim pun tak menyejukkan...PAS kena bersyukur! Kata Bang Mat. Bersyukur kerana tak melompat semuanya sekali???
.
Komen YAB MB cool.... pilihanraya lambat lagi, boleh bincang peringkat negeri, itu kehendak akar umbi, pimpinan belum pun berbincang hal yang tak berbangkit pun lagi. Itu cuma ribut dalam cawan. Boleh selesai bila sampai masanya. Cool kan?
.
Kita tunggu tengok la sikit masa lagi...pakat-pakat sabaq la..ada hal yang lebih mustahak sedang menanti kita semua. Ada beruang kutub senyum macam iklan ubat gigi bila kutub selatan mula panas!

>dari blog setpol kedah

.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::.

Posted: 26 Aug 2011 05:17 AM PDT

.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::.


Salam Syawal 1432H : )

Posted: 25 Aug 2011 07:23 PM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 26 Aug 2011 04:10 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Menteri BN kata dakwat kekal lebih sesuai

Posted: 26 Aug 2011 03:14 AM PDT


KOTA KINABALU 26 Ogos - Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok berpendapat penggunaan dakwat kekal dalam sistem pilihan raya umum adalah lebih mudah berbanding sistem biometrik.

Katanya, sistem biometrik agak sukar untuk digunakan dalam keadaan tertentu terutama apabila berlaku gangguan bekalan elektrik semasa hari pengundian.

Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, dakwat kekal masih boleh digunakan dalam keadaan tertentu selain dapat mencegah pengundian berganda terutama di Sabah yang sudah sekian lama bergelut dengan masalah pendatang tanpa izin.

Beliau berkata demikian kepada pemnerita selepas majlis pemberian wang pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar bari ijazah pertama dan penyerahan sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi kawasan Parlimen Penampang di Lok Kawi, dekat sini, hari ini. - Bernama

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 26 Aug 2011 03:30 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


DPPK Batu Kawan santuni penduduk Kg Baru dalam Majlis Sumbangan Aidilftri bersama JKKK dan Pejabat Adun Bukit Tambun

Posted: 25 Aug 2011 08:03 AM PDT

21.08.11( Kg Baru ) – Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Kawan bersama-sama JKKK Kg Baru dan Pejabat Adun Bukit Tambun telah mengadakan Majlis Sumbangan Aidilfitri kepada 58 orang penduduk Kg Baru pada hari Ahad 21hb Ogos yang lalu. Ketua DPPK Batu Kawan ,Mohd Sofi Abu berkata bahawa majlis sumbangan seperti ini adalah merupakan ingatan DPPK [...]

Pemuda PAS Penang Dedah Kepincangan Data Pemilih SPR

Posted: 25 Aug 2011 07:57 AM PDT

Penafian DPPN P.Pinang berkaitan laporan Utusan Online.

Posted: 21 Aug 2011 08:23 PM PDT

Mesyuarat Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Pulau Pinang yg berlangsung pd Sabtu 20/8/2011 memutuskan bahawa DPPN P.Pinang dengan tegas menafikan bahawa himpunan yang dilaporkan dalam Utusan Online (seperti petikan di bawah ini) dianjurkan oleh DPPN P.Pinang. Perlu dijelaskan bahawa Ust Hafiz Nordin yang dilaporkan mengetuai himpunan ini adalah bekas Ketua DPPN P.Pinang & tidak mempunyai [...]

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 26 Aug 2011 03:20 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


YB & PAS KAWASAN TEMERLOH EDAR BUBUR LAMBUK

Posted: 17 Aug 2011 05:13 AM PDT



TEMERLOH: PAS Kawasan Temerloh dengan kerjasama pejabat ADUN Kuala Semantan kelmarin telah mengedarkan bubur lambuk kepada pelbagai kaum dilaluan sibuk kawasan perumahan jalan Bahagia. Edaran bubur lambuk ini dibuat sempena bulan Ramadhan mubarak sejak 3 tahun lepas. Ia adalah tradisi pihak PAS Kawasan bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Semantan untuk menyantuni rakyat.

Lokasi edaran adalah di laluan sibuk jalan utama perumahan Jalan Bahagia cukup baik dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai. Turut hadir adalah YDP Kawasan Tn Hj Md Jusoh Darus, SU PAS Kawasan En Ahamd Zuber Omar, Sdr Cikgu Abd Majid Hassan, Ust Osman Bakar , Ust Fairus Hisham Nordin dan bersama-sama beberapa orang ahli jawatankuasa PAS Kawasan lain serta Amal PAS Kawasan.

Program ini dimulakan pada jam 5.30 petang dan berakhir jam 6.30 petang.

'Kita amat berbangga dengan sikap dan sambutan masyarakat pelbagai peringkat dan kaum yang tidak kekok untuk berinteraksi dengan Ahli Dewan Udangan Negeri Semantan. Dan insyallah pada tahun hadapan kita akan melibatkan penyertaan ahli-ahli DAP setempat atau masyarakat Tionghua bagi memeriahkan serta menzahirkan semangat pemaufakatan bulan ramadhan yang mulia ini, ujar beliau.




CINA ISLAM (林川興)

Posted: 26 Aug 2011 02:24 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Telinga, hidung, bibir digigit angkara berebut wanita

Posted: 26 Aug 2011 02:00 AM PDT

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -

LONDON: Seorang lelaki cedera apabila telinga, bibir dan sebahagian hidungnya digigit selepas diserang seorang lelaki lain di jalanan.

Mangsa yang berusia 31 tahun itu diserang di luar kelab malam oleh musuhnya selepas mereka bergaduh gara-gara seorang wanita.

Mangsa jatuh ke lantai selepas ditumbuk di kepala sembilan kali sebelum penyerangnya membongkok dan mula 'menggigit muka dan kepalanya'.

Pegawai polis yang menyiasat kejadian itu berkata, insiden terbabit mengingatkannya kepada 'singa yang membaham daging rusa' dan menjelaskannya sebagai serangan paling menjengkelkan pernah dilihatnya sepanjang 27 tahun kariernya.

metro/-

PM Jepun Letak Jawatan

Posted: 26 Aug 2011 01:50 AM PDT

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -

TOKYO 26 OGOS : Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengesahkan peletakan jawatannya hari ini, bagi memberi peluang kepada Perdana Menteri keenam negara memulihkan negara matahari terbit itu daripada kesan bencana Mac lalu.

Peletakan jawatan Kan selepas enam bulan ditimpa gempa bumi dahsyat 11 Mac lalu dan masalah kebocoran reaktor nuklear menguji kepimpinan beliau. Kejadian itu menyebabkan kecekapan pentadbiran beliau diuji dan kegagalannya mengawal krisis yang melanda Jepun dikecam.

Selepas terselamat daripada undi tidak percaya pada Jun lalu, Kan berkata, beliau akan melepaskan jawatannya dengan syarat tiga rang undang-undang diluluskan iaitu bajet kedua, rang undang-undang bajet pembiayaan dan undang-undang menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

Hari ini, dua rang undang-undang terakhir diluluskan. - AFP

Pendedahan Harussani Bukti Tuduhan Terhadap Anwar Fitnah

Posted: 26 Aug 2011 01:40 AM PDT

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 26 OGOS : Pendedahan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Melayu-Islam berpecah kerana kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah dengan sendirinya menolak dakwaan ia berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, kata PKR.

Sebaliknya, Ketua penerangannya Dr Muhammad Nur Manuty mendakwa perpecahan Melayu-Islam hari ini adalah berpunca daripada "politik kotor" pemimpin Umno sendiri.

Malah, ia didakwa bermula daripada zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad lagi.

"Dengan pendedahan yang dibuat ini, rakyat perlulah membuka mata dan menyatakan sikap menolak dengan tegas fitnah yang dilemparkan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim," kata Dr Muhammad Nur dalam kenyataan hari ini.

"Malah, semua yang cintakan keadilan perlulah bersama-sama bertanggungjawab dan bertindak untuk membela beliau dari segala kezaliman dan pembohongan berterusan sejak lebih satu dekad yang lalu,"katanya.

Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti kelmarin, Harussani berkata, perpecahan Melayu yang berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.

Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.

Ditanya kembali mengenai pendedahan itu, Harussani berkata perpecahan Melayu berlaku disebabkan tiga faktor itu.

"Najib tanya kepada saya mengapa jadi macam ini (perpecahan Melayu), saya kata ia berlaku sebab kerajaan sekarang cukup lemah, tidak amanah dan rasuah.

"Sebab itu saya minta Najib perbetulkan, cari jalan... bukan hanya Najib, kerajaan dan rakyat juga perlu cari jalan untuk bersatu," katanya.

Justeru beliau meminta Najib supaya mencari jalan untuk menyatukan semula perpaduan orang Melayu yang semakin parah.

Malah, langkahnya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk dari dalam Umno sendiri.

Dalam pada itu, Manuty menyeru pemimpin UMNO supaya memuhasabah diri sekali gus menghentikan kezaliman ke atas Anwar demi perpaduan ummah dan seluruh masyarakat Malaysia amnya.

Tambahnya, beliau yakin selagi kezaliman terhadap Anwar tidak dihentikan, isu perpaduan Melayu-Islam tidak akan dapat diselesaikan secara tuntas.

tv news/-

Arahan terbaru SPR 'menyusahkan', kata DAP

Posted: 26 Aug 2011 01:30 AM PDT

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -

DAP hari ini mempertikaikan arahan terkini yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya penolong pendaftar daripada parti politik mengemukakan salinan kad pengenalan bagi setiap pendaftaran pengundi baru.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata arahan berkenaan tidak menyelesaikan masalah yang timbul, termasuk pendaftaran ke atas pemegang taraf kerakyatan penduduk tetap.

Sebaliknya, arahan berkenaan menyusahkan penolong pendaftar berkenaan untuk menjalankan tugas mereka, katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas satu arahan yang dikeluarkan oleh pejabat SPR Selangor kepada parti politik pada Isnin lalu.

Surat berkenaan menyatakan bahawa arahan berkenaan digunapakai memandangkan SPR telah menolak hampir 50 peratus borang pendaftaran pemilih yang dikemukakan oleh penolong pendaftar lantikan.

"(Pendaftaran) ditolak disebabkan penolong pendaftar mendaftar mereka yang telah mati, alamat tidak sama di dalam kad pengenalan, mereka yang telah mendaftar sebanyak dua kali serta terdapat juga yang mendaftar penduduk tetap," surat berkenaan dipetik.

Pua berkata, langkah itu juga akan mengehadkan jumlah pengundi yang akan dapat didaftarkan oleh parti politik.

Pua berkata, tindakan itu juga tidak adil kepada DAP, yang telah menerima pujian daripada SPR kerana menghantar rekod pendaftaran pengundi "paling bersih."

Sedangkan terdapat parti tertentu yang didakwa menghantar rekod pendaftaran yang mempunyai kadar kesilapan yang amat lebih tinggi.

"Kadar kesilapan (data) kami adalah kurang daripada 10 peratus.

"Mereka sepatutnya hukum parti politik yang hantar data bukan-bukan, yang mempunyai lebih daripada 40 peratus data yang direka-reka, atau (individu) yang telah mati," katanya.

malaysiakini/-

Tentera Gaddafi bangkit

Posted: 26 Aug 2011 01:00 AM PDT

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -

BERKAWAL...pemberontak Libya meronda di kawasan Abu Slim bagi mencari penembak curi yang dipercayai berada di kawasan itu, semalam.

TRIPOLI: Pertempuran memuncak di Bab al-Azizya semalam apabila tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi bangkit semula sehari selepas ia ditawan pemberontak.

Wartawan mendakwa, tentera terbabit melawan menggunakan senjata ringan, mesingan, pelancar roket dan mortar.

Pertempuran turut merebak ke kawasan Abu Slim yang terletak berhampiran kubu Gaddafi itu.

Bagaimanapun, pemimpin pemberontak berkata, mereka yakin mampu menyingkirkan tentera terbabit dari kawasan itu tidak lama lagi.

Kebanyakan jalan di Tripoli lengang selepas pemberontak berkata, penembak curi di kalangan penyokong Gaddafi mengambil kedudukan di lokasi strategik ibu negara Libya itu.

Pemimpin pemberontak, Nuri Mohammed, berkata penembak curi berada di sekitar Bab al-Azizya.

"Ada berpuluh-puluh penembak curi tetapi kami tidak pasti di mana mereka berada," katanya.

Gaddafi pula muncul menyampaikan mesej melalui laman sesawang stesen televisyen dikuasai anaknya, Saif al-Islam, pagi semalam.

Kata Gaddafi, dia meninggalkan Bab al-Azizya sebagai langkah taktikal selepas kawasan berkenaan musnah terkena 64 bom Nato.

Dalam mesej audio kemudian, Gaddafi berkata, dia bergerak di jalanan Tripoli tanpa dikenali sesiapa.

"Saya keluar menyamar dan melihat anak muda bersedia mempertahankan bandar raya mereka," katanya.

Gaddafi juga menggesa orang ramai "turun ke jalan dan membersihkan Tripoli daripada tikus." Ketika pemberontak menawarkan imbuhan RM5 juta untuk menangkap Gaddafi, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula menggesa mesyuarat diadakan bagi membincangkan pembatalan pembekuan puluhan bilion ringgit aset Libya.

Beberapa negara penderma pula berkumpul di Qatar untuk membincangkan langkah terbaru membantu pemberontak Libya.

Sementara itu, Washington berkata, simpanan senjata pemusnah massa Libya kini dalam kawalan dan yakin Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) akan membentuk kerajaan sementara bagi mentadbir Tripoli.

Pemberontak juga mendapat kejayaan baru apabila dua negara penyokong kuat Gaddafi - Chad dan Burkina Faso - kini mengiktiraf NTC sebagai wakil tunggal untuk rakyat Libya. - AFP

Perbicaraan kes liwat Anwar bersambung 19 September

Posted: 26 Aug 2011 01:00 AM PDT

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat bela diri bersambung pada 19 september ini. - Utusan

Editor Utusan, wartawan dilepaskan dengan amaran

Posted: 26 Aug 2011 12:45 AM PDT

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Seorang editor kanan dan seorang wartawan akhbar harian bahasa Melayu - Utusan Malaysia - diberi amaran oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini kerana menerbitkan satu artikel yang menyerang kredibiliti seorang peguam dalam perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya.

Hakim Datuk Akhtar Tahir juga mengarahkan ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan hadir di mahkamah untuk menjelaskan komennya yang disiarkan dalam Utusan yang mengkritik peguambela Manjeet Singh Dhillon.

Hakim memberitahu ketua pengarang Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan wartawannya, Raja Syahrir Abu Bakar bahawa kenyataan dalam artikel tersebut adalah dilarang kerana kes tersebut masih berjalan.

Manjeet (kanan) membangkitkan perkara itu minggu lalu dan berkata artikel itu adalah serangan peribadi terhadapnya kerana mendakwa dia "selalu burukkan kerajaan".

Artikel itu mengulangi dua kali bahawa Manjeet adalah anggota pasukan peguam yang mewakili ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan kes liwat yang sedang berjalan sekarang, tetapi sebenarnya ia tidak betul.

malaysiakini/-

Media perdana perlu bebas dari cengkaman politik

Posted: 26 Aug 2011 12:45 AM PDT

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa kerajaan membebaskan media perdana khususnya media cetak dari kongkongan parti politik pemerintah.

Apatah lagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon sebelum ini mendakwa bahawa media cetak masih lagi menjadi sumber utama berita dan sesuai dengan generasi lama

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, parti pemerintah tidak seharusnya mengambil kesempatan untuk meracuni pemikiran generasi lama dengan berita berat sebelah dan menyerang pihak pembangkang semata-mata.

Media perdana milik rakyat kini seolah-olah dimiliki parti politik tertentu sehingga laporan mereka tidak lagi bersifat merakyat.

Pergantungan generasi lama terhadap media cetak sebagai sumber berita sangat tinggi kerana akses internet masih belum mencakupi keseluruh kawasan khususnya di kampung-kampung.

Namun keadaan itu telah diambil kesempatan parti pemerintah meracuni pemikiran rakyat dengan pelbagai agenda sempit kepartian BN seolah-olah media tersebut milik penuh mereka sedangkan ia akhbar perdana negara.

"Selama ini segala bahan berita yang dimuatkan hanya menunjukkan kebaikan BN sedangkan imej Pakatan Rakyat diburukkan dengan pelbagai berita yang songsang," katanya.

Di negara maju ujarnya, media dibebaskan dari sebarang campurtangan politik parti pemerintah sehingga media bebas mengkritik mana-mana pemimpin negara yang tidak adil dan menyeleweng.

Faktor tersebutlah katanya telah mengangkat integiriti media cetak barat sebagai media yang berpengaruh dan dipercayai.

Justeru itu, bagi mengembalikan kredibiliti media cetak di negara ini, kerajaan harus membebaskan media cetak dari kongkongan politik kepartian mereka.

"Jika tidak, rakyat semakin jemu untuk membaca kempen politik parti pemerintah dan menghukum Pakatan Rakyat dalam media cetak.

"Jangan disesali apabila jualan akhbar akan merudum jatuh dan alami kerugian serta syarikat mereka 'gulung tikar' ekoran boikot rakyat terhadap media cetak nanti," tegasnya.

harakahdaily/-

Malay Basin: Kelantan tidak boleh diketepikan

Posted: 26 Aug 2011 12:30 AM PDT

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Kelantan tidak wajar dipinggirkan dari mendapat faedah secara langsung daripada pembangunan hasil mahsul yang dianugerahkan Allah, kata Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada laporan media pada 23 Ogos yang memetik kenyataan Petronas mengenai pembangunan pengeluaran gas di utara Malay Basin yang akan disalurkan dengan paip lautan yang baru sejauh 200 km ke Kerteh,Terengganu yang keseluruhannya bernilai RM15 bilion.

Suka diingatkan, katanya bahawa utara Malay Basin dengan blok-blok yang disebutkan iaitu PM 301 ,PM 302 serta telaga Bergading adalah sepenuhnya berada dalam perairan Kelantan dan tidak bertindih dengan mana-mana negeri atau negara yang lain.

Tambah beliau, jaraknya dengan pantai Kelantan hanya 150 km dan paling hampir berbanding Terengganu.

"Adalah tidak wajar Kelantan tidak dirundingi dalam hal ini. Juga adalah tidak wajar sekali lagi Kelantan dipinggirkan dari mendapat faedah secara langsung daripada pembangunan hasil mahsul yang dianugerahkan Allah tersimpan di perut buminya," ujarnya yang juga Pengerusi JK Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan dalam satu kenyataan.

Dalam hal itu, katanya adalah elok Petronas meneliti semula dokumen cadangan kerajaan negeri Kelantan supaya gas ini didaratkan di Bachok, Kelantan.

Kerajaan negeri, tambahnya bersedia memberikan segala kemudahan bagi tujuan itu termasuk teknologi terkini yang mampu memproses gas dengan kandungan karbon yang tinggi dengan kos lebih murah dan dengan itu loji pemprosesan dapat ditempatkan di sini.

"Kerajaan negeri akan berbuat apa sahaja insya Allah supaya hasil mahsul Kelantan ini tidak sekali lagi diangkut keluar tanpa memberikan apa-apa faedah kepada rakyat dan negeri Kelantan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

harakahdaily/-

PKR: Kenyataan mufti bukti Anwar tak pecah Melayu

Posted: 26 Aug 2011 12:15 AM PDT

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Kenyataan mufti Perak bahawa Melayu-Islam berpecah kerana kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah dengan sendirinya menolak dakwaan ia berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, kata PKR.

Ketua penerangannya Dr Muhammad Nur Manuty sebaliknya mendakwa, perpecahan Melayu-Islam pada masa kini berpunca daripada "politik kotor" pemimpin Umno.

Katanya, ia didakwa bermula daripada zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad lagi.

"Dengan pendedahan yang dibuat ini, rakyat perlulah membuka mata dan menyatakan sikap menolak dengan tegas fitnah yang dilemparkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Dr Muhammad Nur (kanan).

"Malah, semua yang cintakan keadilan perlulah bersama-sama bertanggungjawab dan bertindak untuk membela beliau dari segala kezaliman dan pembohongan berterusan sejak lebih satu dekad yang lalu."

Tan Sri Harussani Zakaria dalam forum di Shah Alam kelmarin mendedahkan, beliau pernah mengingatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang tiga kelemahan dalam kerajaan pimpinnya itu.

Harussani juga mendedahkan menasihatkan Dr Mahathir supaya tidak memecat Anwar sebagai timbalannya ketika itu kerana dengan pengaruhnya yang bukan sedikit akan mengakibatkan orang Melayu berpecah.

Dalam kenyatannya hari ini, Dr Muhammad Nur berkata, sempena hari-hari terakhir Ramadan, PKR menyeru pemimpin Umno menghentikan kezaliman pada Anwar "demi perpaduan ummah" dan seluruh masyarakat.

"Kita berkeyakinan penuh bahawa selagi kezaliman terhadap DSAI (Anwar) tidak dihentikan, isu perpaduan Melayu-Islam tidak akan dapat diselesaikan secara tuntas," katanya.

MALAYSIAKINI/-

Sumbangan Idham Care di Titi Serong

Posted: 26 Aug 2011 12:10 AM PDT


26 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Azmi Abdul Aziz





Gambar di sekitar majlis penyerahan di Sungai Labu Bawah

TITI SERONG: Penyampaian sumbangan infaq Ramadhan diteruskan lagi dan kali ini telah diadakan di Sungai Labu Bawah dan Tebuk Jawa dalam DUN Titi Serong yang disumbangkan oleh  Idham Care . Hadir sama dalam  majlis penyampaian itu ialah Pengerusi Idham Care , Drs Khalil Idham Lim .

Ketika ditemui beliau mengucapkan terima kasih kepada penyumbang yang telah memberikan sumbangan kepada Idham Care dalam bentuk wang ringgit dan juga keperluan barangan keperluan dapur sebagai bekalan tambahan kepada mereka yang memerlukan. 


Penyerahan sumbangan Idham Care di Tebuk Jawa

"Sesungguhnya dengan sokongan semua pihak yang bermurah hati menyalurkan bahan keperluan dapur dan wang ringgi sehingga berjayanya program sumbangan tersebut. Oleh itu saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman" Katanya. 

Drs. Khalil idham Lim yang juga merupakan ADUN Titi Serong telah menyampaikan sumbangan kepada 200 fakir miskin yang layak di Sungai Labu Bawah dan Tebok Jawa telah dikenal pasti di DUN Titi Serong.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada cawangan-cawangan yang turut membantu menjayakan program seperti menyediakan senarai penyumbang dan persiapan tempat untuk majlis penyerahan bantuan kepada fakir miskin yang layak. 

Drs. Khalil juga semasa ditemui menjelaskan sumbangan seterusnya adalah dalam bentuk bubur lambuk yang menyediakan lebih 2000 bekas untuk diagihkan bermula hari ini di sekitar DUN Titi Serong sehingga hari Isnin sehari sebelum menjelang Syawal. 

Ranking universiti hanya 'penarafan palsu'

Posted: 26 Aug 2011 12:00 AM PDT

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Isu pengaliran keluar tenaga akademik daripada Universiti Malaya (UM) ekoran daripada dasar kenaikan pangkat yang terlalu ketat dan berkiblatkan bahasa Inggeris perlu diberi perhatian serius oleh Kementerian Pengajian Tinggi khususnya.

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) berasa terpanggil untuk memperkatakan isu ini kerana ada kaitannya dengan nasib bahasa Melayu yang menjadi salah satu tunjang perjuangan PENA.

PENA akan sentiasa mempertahankan bahasa Melayu yang telah diterima sebagai teras dalam sistem pendidikan kebangsaan dan dalam semua bentuk pelaksanaannya.
Sekiranya Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin tidak mahu melihat perkara sebenar dengan hanya mendengar penjelasan daripada sebelah pihak, nescaya masalah ini tidak akan selesai.

Amat malang kalau isu ini dianggap selesai dengan hanya mendengar penjelasan sebelah pihak sedangkan pihak yang lagi satu masih tidak berpuas hati, dan semakin ramai tenaga akademik berhijrah ke universiti atau organisasi lain.

Walaupun dikatakan oleh Naib Canselor Tan Sri Gauth Jasmon bahawa pihaknya mengiktiraf penerbitan bahasa Melayu terutama bagi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit universiti, penerbitan dalam jurnal bertaraf ISI masih menjadi keutamaan.

Difahamkan bahawa sesiapa sahaja yang memiliki penerbitan dalam jurnal bertaraf ISI dengan mudahnya akan disambung perkhidmatan walaupun namanya cuma tempelan pada makalah yang bukan hasil usahanya dan tidak pun berkaitan dengan bidangnya. Semua ini menjadi bahan ketawa dalam kalangan orang akademik.

Sumbangan belum tentu
Orang luar, terutamanya dari negara dunia ketiga juga, dengan mudahnya dapat menjadi warga UM seandainya mereka mempunyai penerbitan dalam kelas yang sama, sedangkan sumbangan mereka sebagai pensyarah dan pemberi ilmu belum tentu lagi.

Pensyarah anak tempatan yang sudah terbukti mempunyai kepakaran yang sesuai dan berfungsi dengan lebih baik sebagai pensyarah tetapi tidak mempunyai penerbitan ISI akan diancam oleh sindrom jumud pangkat.

Maka tidak hairanlah ramai yang telah bertindak keluar dari UM dan mencari nasib di universiti lain.

Malahan difahamkan ada juga pensyarah yang sudah mendapat tempat di universiti lain tetapi tidak memperoleh keizinan daripada UM. Jika dicampurkan bilangan yang tersekat ini nescaya angka itu akan meningkat.

Walaupun dikatakan berlaku kesilapan dari segi angka bilangan pensyarah yang menamatkan perkhidmatan di UM, perkara pokoknya tetap wujud, yakni mereka sudah putus asa dengan nasib di tangan pentadbir UM sekarang.

Syarat itu memperlihatkan seolah-olah penerbitan dalam bahasa Melayu yang lebih bermanfaat kepada pengajian tentang negara ini tidak ada nilainya. Bukankah isi lebih penting daripada bahasa?

Dalam dunia akademia telah banyak sarjana atau penuntut asing yang merujuk kepada bahan terbitan dalam bahasa Melayu untuk membuat penyelidikan yang berkaitan dengan Malaysia, terutamanya dalam bidang sains sosial atau ilmu kemanusiaan.

Di School of Oriental and African Studies, Universiti of London; di Goethe University, Frankfurt; di Berkeley University; di Australian National University, Australia; di Universiti of Beijing; dan sebagainya, pengajian tentang dunia Melayu dilakukan dengan merujuk kepada buku dalam bahasa Melayu.

Sistem kacau bilau

Keperluan terhadap ilmu dan maklumat akan menyebabkan orang luar mempelajari bahasa Melayu. Begitulah akhirnya bahasa Melayu berkembang.

Sekiranya semua maklumat didedahkan bahasa Inggeris, siapakah yang mahu mempelajari bahasa Melayu lagi? Akhirnya bahasa Melayu akan terpinggir dan terperosok di sudut-sudut yang hina.

Wajar difahami bahawa kenaikan ranking (penarafan) UM tidak membawa maksud bahawa kualiti pendidikannya juga meningkat.

Kenaikan penarafan (jika benar naik sekalipun) yang disokong oleh angka jumlah penerbitan ISI, jumlah tenaga pengajar luar (yang entah apa manfaatnya), dan jumlah pelajar asing hanyalah berupa "penarafan palsu".

Kualiti sebenar terletak pada penyelidikannya, mutu penerbitannya, kurikulumnya, asas penilaiannya, dan kebebasan akademiknya, bukannya pada angka yang tiada makna.

Tidakkah pelik bagi sebuah universiti tertua yang digelar sebagai universiti perdana hanya mahu bergembira dan berseronok dengan penarafan sedangkan mutu sebenarnya terus merosot.

Umpama sebuah istana, kemegahannya tidak bermakna jika anai-anai sahaja yang mendiaminya.

Seorang profesor di Goethe University, Frankfurt, berkata, mereka tidak peduli pun tentang ranking. Oleh itu, kembalikan kegemilangan UM dengan asas penilaian yang benar, bukan asas yang palsu. Jangan biarkan UM diporak-perandakan oleh sistem yang kacau bilau.

Kembalikan semangat bekerja pensyarahnya dan berikan tempat yang sewajarnya kepada bahasa Melayu tanpa meminggirkan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain yang dominan.

malaysiakini/-

Pemohon bantuan pejabat zakat bukan pengemis

Posted: 25 Aug 2011 11:40 PM PDT

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Minggu lepas saya dan beberapa orang sahabat pergi menemui salah seorang dari 12 individu yang dikaitkan dengan isu murtad baru-baru ini. Dia seorang janda yang mempunyai tiga orang anak.

Usianya masih muda. Latar pendidikannya saya rasa 'amat sederhana'. Saya tidak pergi untuk mempersalahkannya kerana pergi ke gereja dan terjebak dalam usaha kristiansasi.

Saya pergi untuk membolehkan dia merasakan bahawa masih ramai yang ingin mengambil berat tentangnya. Lebih penting lagi, saya pergi untuk mengetahui apakah yang membawa dia sehingga terpaksa meminta simpati dan bantuan hidup dari pihak gereja.
Saya sedih mendengar ceritanya. Menurutnya, dirinya seorang janda yang ditinggalkan suami. Terpaksa menanggung hidup tiga orang anak. Dalam kesempitan hidup yang amat, diminta keluar dari rumah sewa dan tenat mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak dia pergi merintih di pejabat zakat.

Dia tidak dilayan. Bahkan pegawai bertugas dengan tegas memberitahunya peruntukan sudah habis. Rayuannya tidak diendahkan. Dia keluar berusaha lagi. Dia berjaya mendapatkan surat sokongan ahli politik.

Kembali ke pejabat zakat membawa surat tersebut, terus sahaja dia mendapat peruntukan zakat. Peruntukan yang kononnya sudah habis sebelum itu, kembali ada untuknya.

Dengan berbekalkan wang zakat itu dia berusaha survive. Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.

Mesra dan sayang

Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan.

Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan. Pihak gereja membantu keperluan hidupnya. Diberikan wang serta menziarahi keluarganya.

Mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan 'mesra dan sayang'.

Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya.

Bagaimana mungkin untuk dia merasai kehebatan Islam di saat penganut yang seagama dengannya tidak memperdulikannya. Bahkan enggan membantunya. Bagaimana pula dia dapat melihat kesilapan pihak gereja secara lahiriahnya sedangkan ternyata merekalah menolongnya?

Orang mungkin berfalsafah dan berceramah secara retorik, namun jiwa insani terpengaruhi dengan apa yang dia rasai. Sakit demam anak-anaknya pihak gereja yang mengambil berat.

Makan-minum mereka, pihak gereja yang membiayai. Bahkan keperluan rumah juga diberikan satu persatu.

Menurutnya, dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu.

Kekal keislaman

Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja. Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja.

Menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja. Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi.

Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar. Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat.

Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu.

Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi. Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya.

Terkapai-kapai ketika itu. Pihak gereja jugalah yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut.

Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang.

Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan 'tukaran' yang tidak dapat saya maklumkan di sini.

Semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan, dia berada dalam gereja berkenaan bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya.

Walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad, cumanya ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad.

Alhamdulillah dia masih kekal dengan keislamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup. Terus-terang dia sebut 'semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya.

Semasa saya menziarahinya - tanpa notis awal - dia baru sahaja selesai menunaikan solat terawih.

Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit Aids dan juga muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan.

Apa yang hendak dipelikkan, begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan. Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam.

Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai PhD dan sarjana dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam.

Salahkan gereja

Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya. Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan 'dakwah'.

Adapun kita yang tidak membantu dan berdakwah ini, tidak perlulah disalahkan. Begitukah kita? Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata.

Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan.

Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita.

Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini.
Saya tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu bilion. Itu setiap tahun.

Cari, bukan tunggu penerima zakat

Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja?

Sesetengah pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tetapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwah Islamiah.

Pemohonan menjadi sulit dan sukar. Apatah lagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat.

Jika program "Bersamamu" boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat.

Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat. Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan.

Firman Allah (maksudnya): "(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta.

Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya". (Surah al-Baqarah ayat 273)

Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan.

Kata Saidina 'Umar RA: "Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka."

Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): "Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini." (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-'ilmiyyah).

Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas.

Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!

malaysiakini/-

PAS alukan kenyataan SPR guna dakwat kekal

Posted: 25 Aug 2011 11:30 PM PDT

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: PAS menyambut baik jika Pengerusi SPR membayangkan mahu menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang bagi mengelak pengundian berganda.

Bagaimanapun kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, jika benar ia diguna menggantikan biometrik, ianya hanya satu daripada lapan tuntutan reformasi pilihan raya yang dituntut PAS dan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) selama ini.

Selain penggunaan dakwat kekal, tujuh lagi tuntutan lain adalah pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, mengukuhkan institusi awam serta menghentikan rasuah dan politik kotor.

"PAS menerima jika SPR bercadang mahu melaksanakan dakwat kekal sebagaimana dinyatakan SPR.

"Bagaimanapun itu hanya satu daripada tuntukan kita dan juga Bersih yang berjumlah lapan kesemuanya," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof semalam bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda, adalah kurang bermasalah daripada menggunakan sistem biometrik.

Tambahnya lagi, walaupun biometrik adalah "sistem yang sempurna" di segi teorinya, tetapi wujud kelemahan bila diamalkan.

Ianya termasuklah tidak mampu mengesan undi dua kali bagi mereka yang mempunyai dua kad pengenalan dan menyulitkan proses semasa pembuangan undi.

Selain itu, SPR juga turut mengakui bahawa sistem biometrik sangat mahal dan memerlukan masa yang lebih lama untuk dipersiapkan berbanding dakwat kekal yang lebih murah dan cepat.

Sehubungan itu, beliau yang kini berada di tanah suci Mekah berkata, SPR perlu melihat kesemua tuntutan itu bagi menjamin pilihan raya yang benar-benar bebas dan adil.

Kesemua tuntutan yang dikemukakan katanya, bersifat mendesak dan perlukan pembaharuan segera khususnya dalam aspek pendaftaran pemilih yang kini berdepan pelbagai keraguan yang didedahkan.

harakahdaily/-

Konflik Libya: Pemberontak pindah pentadbiran ke Tripoli

Posted: 25 Aug 2011 09:30 PM PDT

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -

TRIPOLI 26 Ogos - Pemberontak Libya umumkan telah memindahkan pentadbiran mereka ke Tripoli dari Benghazi ekoran pengumuman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan menghantar jutaan ringgit bantuan.

"Saya isytihar permulaan pelaksanaan jawatankuasa eksekutif di Tripoli," kata Ali Tarhui, pegawai kanan pemberontak pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau menggesa tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi meletakkan senjata dan diberi jaminan keselamatan serta layanan mengikut undang-undang. - AFP

Pilu lihat datuk mati tergolek

Posted: 25 Aug 2011 09:00 PM PDT

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -

DUNGUN: "Datuk kelihatan tergesa-gesa selepas memberitahu mahu pulang ke rumah seolah-olah ada perkara penting," kata Mohd Khairul Naim Padeli, 14, cucu warga emas yang maut selepas dirempuh sebuah motosikal di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat simpang Durian Mentangau, semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 10.30 pagi itu, Kadir Seman, 67, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dirempuh motosikal ditunggang seorang pelajar berusia 17 tahun.

Mohd Khairul berkata, dia tidak sempat berpesan kepada datuknya supaya berhati-hati melintas jalan dan sedih melihat warga emas itu tercampak di atas jalan raya selepas dirempuh motosikal.

Katanya, sebelum kejadian dia bersama datuknya menjual daging lembu di tepi jalan terbabit sebelum datuknya memaklumkan mahu pulang ke rumah dan memintanya menjaga gerai mereka.

"Sempena Ramadan, datuk menjual daging di situ dan mengajak saya membantunya supaya saya dapat upah yang boleh digunakan sebagai perbelanjaan menyambut Aidilfitri," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Dungun, semalam.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini jalan berkenaan sesak dengan kenderaan dan arwah tidak membawa motosikalnya sebaliknya meletakkan kenderaan itu di seberang jalan sebelum melintas di hadapan gerai tempat mereka menjual daging.

"Ketika kejadian, dia melintas jalan untuk mengambil motosikalnya di seberang jalan," katanya.

Mohd Khairul berkata, sebaik kemalangan terbabit berlaku, dia berlari mendapatkan datuknya yang ketika itu berdarah di kepala sebelum memeluk dan mengajarnya mengucap kalimah syahadat.

"Saya sedih kerana beberapa minit selepas itu dia sudah tidak bernyawa sebelum seorang anggota polis yang melalui jalan itu mengesahkan arwah sudah meninggal dunia," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Nor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan.

metro/-

Cincang nenek suruh masak nasi

Posted: 25 Aug 2011 08:50 PM PDT

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -

TENOM: Hanya kerana meminta dimasakkan nasi, seorang nenek mati dalam keadaan tragik apabila dicincang seluruh tubuh oleh cucunya di rumahnya di Kampung Melalap di sini, kelmarin.

Ketika kejadian, hanya mangsa, Dayu Rawang, 77, dan cucu perempuannya yang berusia 27 tahun itu berada di rumah kerana anggota keluarga lain menghadiri majlis berikutan kematian jiran di rumah berhampiran.

Menurut sumber, sebaik bapa suspek yang mahu dikenali Abdul Hamid, 47, pulang ke rumah bersama seorang lagi anak berusia 15 tahun kira-kira jam 10 malam, dia curiga kerana panggilannya tidak bersahut.

Abdul Hamid masuk ke rumah dan menuju dapur dan terkejut apabila melihat jenazah ibunya, Dayu Rawang, terbujur dalam keadaan ngeri dengan berlumuran darah.

Dia bertambah terkejut apabila melihat suspek yang juga anak perempuannya berada di sisi mayat warga emas berkenaan sambil memegang pisau.

metro/-

Dua maut akibat taufan Irene di Haiti

Posted: 25 Aug 2011 08:45 PM PDT

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -

PORT-AU-PRINCE 26 Ogos – Sekurang-kurangnya dua maut selepas Taufan Irene melanda Haiti semalam.

Menurut kenyataan pertahanan awam, dua mangsa tersebut dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ke dalam sebuah gaung di Mahotiere, barat laut Haiti akibat hujan lebat.

Taufan tersebut telah melepasi pantai utara negara ini namun dijangka akan menyebabkan banjir di kebanyakan kawasan di Haiti yang kini sedang pulih akibat bencana gempa bumi pada Januari tahun lalu. – AFP

Amerika terus curiga penduduk Islam

Posted: 25 Aug 2011 08:30 PM PDT

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -

TONGKAT diletak dekat bilik pameran Dialog in the Dark di South Street Seaport, New York. Pengunjung dikehendaki menggunakan tongkat itu kerana perlu bergerak dalam keadaan gelap di ruang pameran supaya lebih memahami masalah golongan tanpa penglihatan.

CIA didakwa bantu polis New York buat intipan di masjid, pantau kegiatan masyarakat

NEW YORK: Organisasi pembebasan hak asasi Muslim Amerika Syarikat kelmarin menggesa siasatan persekutuan dan sesi keterangan di Senat terhadap laporan menunjukkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) membantu Jabatan Polis New York (NYPD) mengumpul maklumat perisikan di masjid dan kawasan etnik minoriti.

Majlis Hubungan American-Islamic (CAIR) mengesyaki wujudnya kerjasama antara polis dan CIA dalam mengumpul maklumat perisikan yang melanggar Perlembagaan Amerika, Akta Hak Persendirian 1974 dan arahan presiden melarang CIA mengintip rakyat Amerika, kata peguam CAIR, Gadeir Abbas.

"Memang wajar sesi memberi keterangan diadakan dalam hal ini," kata Gadeir yang meminta Jawatankuasa Perisikan Senat menilai sebahagian operasi pengawasan CIA.

Laporan Associated Press (AP) mendedahkan, pegawai NYPD menyamar ketika dihantar ke kawasan penduduk minoriti untuk memantau kedai buku, bar, kafe dan kelab malam serta polis menggunakan pemberi maklumat yang dikenali sebagai 'kaki ampu' masjid untuk mengawasi khutbah.

"NYPD dianggap jauh melangkaui batas tugas dan menyasarkan komuniti etnik dengan cara ini ia akan melanggar peraturan kebebasan awam jika dilakukan oleh kerajaan persekutuan," kata AP yang menjelaskan kerjasama antara CIA dan NYPD sebagai belum pernah terjadi sebelum ini.

Jurucakap polis pula berkata: "Kami tidak mahu minta maaf kerana teknik agresif yang dilakukan sejak serangan 11 September 2001." Katanya, teknik berkenaan membantu menggagalkan 13 rancangan pengganas di bandar itu.

"Ia (laporan AP) menunjukkan kami melakukan apa saja yang munasabah untuk menghentikan pengganas daripada membunuh lebih ramai penduduk New York," kata Timbalan Pe suruhjaya NYPD, Paul Browne menerusi e-melnya. – Reuters

The Malaysian Insider disaman RM200 juta

Posted: 25 Aug 2011 08:25 PM PDT

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli mengemukakan saman RM200 juta terhadap portal The Malaysian Insider dan dua yang lain atas dakwaan memfitnah beliau dalam satu artikel yang disiarkan pada 31 Mei lalu.

Writ saman tersebut yang difailkan pada 18 ogos lalu menamakan The Malaysian Insider Sdn. Bhd., pemiliknya, Jahabar Sadiq dan wartawan, Shazwan Mustafa Kamal sebagai defendan.

Tarikh 19 September ditetapkan untuk pengurusan kes tersebut di hadapan Hakim Harminder Singh Dhaliwal. - Utusan

4 mati diserang pemisah di selatan Thai

Posted: 25 Aug 2011 08:10 PM PDT

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -



YALA: Kumpulan pemisah dikatakan telah membunuh empat orang awam dalam satu siri serangan di kawasan majoriti penduduk Islam di selatan Thailand.

Menurut polis, sekumpulan lelaki bersenjata telah menembak rumah ketua kampung di sebuah kampung di Wilayah Yala awal pagi semalam dan berbalas tembakan dengan pasukan sukarelawan. 


Anak lelaki ketua kampung itu dan cucu perempuannya terbunuh, manakala 10 orang lagi cedera. 

Dalam satu kejadian lain, lebih satu dozen lelaki bersenjata di dalam sebuah trak menyerang askar di pondok kawalan di Wilayah Songkhla petang kelmarin menyebabkan seorang askar mati dan dua lagi cedera.



Serangan pemisah jarang berlaku di Songkhla yang terletak di utara antara tiga wilayah, Yala, Pattani dan Narathiwat yang sering berlaku keganasan. -AFP

China tuduh AS sengaja buat cerita

Posted: 25 Aug 2011 08:07 PM PDT

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -



BEIJING: China menuduh Amerika Syarikat sengaja membesarkan cerita tentang ancaman ketenteraan negara itu selepas satu laporan mengatakan ia sedang meningkatkan kuasa ketenteraannya.

Menurut Jabatan Pertahanan AS dalam laporan tahunannya kepada Kongres, China sedang meningkatkan pertahanan laut dan membuat pelaburan dalam senjata berteknologi tinggi yang mampu sampai ke sasaran lebih jauh daripada Lautan Pasifik. 


Menurut Xinhua, penduduk China berasa pelik kerana Amerika Syarikat yang berbelanja tinggi untuk ketenteraannya berbanding negara lain, akan memberi tumpuan kepada perbelanjaan negara China. 

Awal tahun ini Beijing mengumumkan perbelanjaan ketenteraan China naik ke 601.1 bilion yuan (RM281.5 bilion) tahun ini. -AFP

20 jurutera kanan China peluk Islam

Posted: 25 Aug 2011 08:06 PM PDT

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -



MAKKAH: Seramai 20 jurutera kanan China yang terbabit dalam Projek Kereta Api Al-Masha'er memeluk Islam setakat ini.
Akhbar tempatan melaporkan, pengucapan syahadah itu menjadikan jumlah kakitangan memeluk Islam di kalangan jurutera projek terbabit mencapai 2,000 orang.


Secara keseluruhan, 6,000 jurutera dan buruk kini menyiapkan projek kereta api yang menghubungkan semua kawasan utama dalam ibadah haji dan umrah itu.


Disebabkan jumlah pekerja Islam bertambah, pengurusan projek turut menyediakan tempat khas untuk bersolat di tapak pembinaan berkenaan. Penyelia Projek Kereta Api Al-Masha'er berkata, mereka menyediakan program khas untuk 20 jurutera terbabit, termasuk membabitkan aspek teori dan praktikal ibadah.


"Mereka juga diajar bahasa Arab serta ceramah oleh ulama China yang terbabit dalam aktiviti dakwah," katanya. - SG

Apple diramal hadapi era suram tanpa Steve Jobs

Posted: 25 Aug 2011 08:00 PM PDT

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -


STEVE JOBS menunjukkan iPad baru ketika mengumumkan produk itu di San Francisco, Januari lalu.
STEVE JOBS menunjukkan iPad baru ketika mengumumkan produk itu di San Francisco, Januari lalu.
Peneraju iPhone, iPad letak jawatan, Tim Cook ambil alih

SAN FRANCISCO: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Steve Jobs, meletakkan jawatan itu semalam atas alasan beliau tidak lagi mampu meneruskan tugas tetapi akan terus terbabit dalam mengemudi syarikat, salah sebuah firma teknologi paling berpengaruh dunia.
Tetapi, Trip Chowdhry, penganalisis firma Global Equities Research, menyifatkan pendirian Jobs yang benar-benar memastikan produk dikeluarkan bermutu adalah faktor memisahkan Apple daripada syarikat lain.
Apple adalah Steve Jobs, Steve Jobs adalah Apple. - Trip Chowdhry, Penganalisis firma Global Equities Research
Katanya, operasi pengeluaran Apple tidak akan terjejas buat beberapa tahun akan datang tetapi syarikat itu akan mengalami masalah menghasilkan produk pada masa depan.

"Apple adalah Steve Jobs, Steve Jobs adalah Apple, dan Steve Jobs mewakili inovasi. Anda boleh ajar bagaimana untuk jadi berkesan, upah perunding untuk lakukannya tetapi hanya tuhan mencipta inovasi. Apple tanpa Steve Jobs tidak memberi apa-apa makna," kata Chowdhry.

Tindakannya dipercayai berpunca daripada masalah kesihatan yang belum diketahui selepas beliau mengambil cuti bagi tempoh yang tidak dinyatakan sejak Januari lalu. Ketua Pegawai Operasi (COO) Apple, Tim Cook, dinamakan sebagai CEO.

Dalam suratnya kepada lembaga pengarah syarikat dan 'masyarakat Apple,' Jobs berkata: "Saya selalu berkata, saya akan beritahu jika saya tidak lagi mampu memenuhi tugas dan harapan sebagai CEO Apple. Malang sekali, detiknya sudah tiba." 
Syarikat itu berkata, Jobs memaklumkan peletakan jawatannya dan menyarankan Cook sebagai pengganti dan peneraju utama.
Apple berkata, Jobs dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah dan Cook salah seorang ahlinya.

Pelabur Apple sudah lama bimbang dengan kesihatan Jobs yang dianggap sebagai 'tukang tilik industri' kerana seolah-olah tahu apa yang diperlukan pengguna lebih awal daripada orang lain.

Selepas pengumuman itu, nilai saham Apple jatuh 5.4 peratus dalam urus niaga selepas waktu pejabat.

Pengarang Urusan berita online The Mac Observer, Jeff Gamet, berkata peletakan jawatan Jobs lebih bersifat sentimental dan menjangka ia tidak akan menjejaskan Apple.

"Apa yang dilakukan oleh Apple ialah mengesahkannya dan sekarang Tim mengendalikan hala tuju Apple dan Steve masih terbabit memastikan produk dikeluarkan memenuhi taraf Apple.

"Saya jangka meskipun ramai ketika ini bersedih atau takut kerana Steve tidak lagi menjadi CEO, pada akhirnya semuanya kembali seperti biasa," kata Gamet. – AP

Wajib pakai ihram untuk tawaf

Posted: 25 Aug 2011 07:59 PM PDT


26 Ramadhan 1432H. [MOD] -


SUASANA Masjidilharam pada waktu malam, kelmarin.
SUASANA Masjidilharam pada waktu malam, kelmarin.
Syarat guna Mataf pada Lailatul Qadar 

MAKKAH: Jemaah yang tidak memakai ihram tidak akan dibenarkan memasuki mataf (kawasan tawaf) di Masjidilharam pada malam 27 Ramadan, dipercayai secara meluas sebagai 'Malam Lailatul Qadar', lapor akhbar Al-Madinah kelmarin memetik seorang pegawai kanan keselamatan sebagai berkata.
Komander polis Masjidilharam Kolonel Yahya Al-Zahrani berkata jemaah biasa yang datang untuk bersolat atau menghadiri sesi penutup bacaan ayat suci al-Quran pada malam ke-29 akan diarahkan ke kawasan bumbung, tingkat bawah dan plaza di luar masjid.
"Urusan ini dibuat bagi mengelak kesesakan pada malam ke-27 dan 29 serta menjadikannya mudah kepada jemaah melakukan umrah," katanya. 

Yahya berkata, anggota polis yang bertanggungjawab untuk keselamatan Masjidilharam diperketatkan iaitu 1,600 anggota polis, 29 pegawai dan 2,800 kadet. 

Katanya, Masjid Agung itu dipantau setiap masa oleh 750 kamera pengawasan diletakkan di lokasi berbeza di dalam dan luar masjid. 

Beliau juga mengakui kes kecurian kurang tahun ini dalam kawasan masjid disebabkan pemasangan kamera, sistem cap jari di lapangan terbang dan kerjasama antara polis di Arab Saudi dan negara yang menghantar jemaah. Sementara itu, Jabatan Tawaf dan Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci memberi amaran kepada pemandu jemaah yang tidak berlesen supaya tidak bekerja di Masjidilharam atau dikenakan tindakan. Pengarahnya, Yousuf Muhammad Al-Suwailam, berkata pegawai memantau rapat pemandu jemaah dalam masjid dan berkata mereka yang tiada permit sah akan didenda. Ada 600 pemandu jemaah menemani jemaah ketika tawaf di sekitar Kaabah dan saie, di antara Safa dan Marwah. Al-Suwailam meminta jemaah menghabiskan masa di Masjidilharam untuk bersolat dan menasihatkan mereka tidak bersesak di sekitar Hajarul Aswad. Katanya, solat sunat tawaf boleh dilakukan di mana saja di dalam masjid, tidak semestinya berhampiran Makam Ibrahim. Al-Suwailam meminta jemaah dan pelawat menghantar aduan dan pemantauan ke pejabat jabatan berhampiran Pagar Bilal (No 6). – Agensi 

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 26 Aug 2011 01:44 AM PDT

Pas Kawasan Tanjung Malim


Salam Aidilfitri 1432 H

Posted: 25 Aug 2011 04:40 PM PDT

Salam Perjuangan

Posted: 25 Aug 2011 11:12 PM PDT

Salam Perjuangan


PERUTUSAN EIDUL FITRI PJ PAS PAHANG

Posted: 25 Aug 2011 02:09 PM PDT

25 Ramadan 1432 H | 25 August 2011
Eidul fitri bermaksud kembali kepada fitrah. Fitrah asal kita yang suci bersih, patuh dan taat kepada perintah Allah.

Hari raya yang mengingatkan kita betapa satu waktu dahulu kita solat berjamaah setiap waktu,  kita mengaji Quran di rumah tok guru, kita bermain dengan adik abang kita , berlari seronok bersama ayah ibu, kita bahagia bersama kawan- kawan dengan gurauan dan tawa, bersama baju baru dan kasut baru- walau hanya kasut plastik warna putih.


Hari ini kita diminta ingat dan kembali kepada fitrah ketaatan kepada perintah Allah. Kebahagiaan bersama keluarga tanpa derhaka kepada Allah, kembali kepada kegembiraan bersama adik beradik yang saling sayang menyayangi.  Alangkah indahnya kalau sejarah lalu dapat diulang kembali.

Namun di hari mulia ini, marilah kita tauti semula kasih sayang, kita padukan semula persaudaraan,  kita damaikan semula persengketaan, kita dendang kembali lagu persahabatan yang telah lama kita tinggalkan.

Mari kita kembali kepada  fitrah ketuhanan yang perlu kita perjuangkan bagi kemenangan Islam.


Selamat Hati Raya Eidul Firti, Maaf Zahir Batin daripada Pesuruhjaya dan seluruh Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Pahang, serta seluruh ahli PAS Pahang.

Dato' Tuan Ibrahim b. Tuan Man
Pesuruhjaya PAS Pahang

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG

Posted: 25 Aug 2011 09:57 PM PDT

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG


KALAU INI TERJADI PADA KITA!!! .BAGAIMANA ??

Posted: 25 Aug 2011 09:34 PM PDT

 Apabila membaca laporan tentang apa yang berlaku di negara kita ini rasa seperti tidak percaya pun ada...bagaimana kalau terjadi pada kita..atau saudara mara kita?



      

RANTAU PANJANG, 25 Ogos: Seorang armalah bagaikan bermimpi apabila rumahnya di sini tiba-tiba diserbu sekumpulan lelaki bersenjata kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

Pintu rumahnya ditendang kumpulan lelaki terbabit yang datang tanpa diundang.
Lebih parah lagi dakwa Noraisiah Che Ghani, 40 salah seorang lelaki bertopeng lengkap bersenjata itu menendang di bahagian perutnya sehingga terduduk.

"Kesannya saya mengalami sakit di bahagian pinggang dan perut sehingga sekarang. Ketika kejadian saya sedang tidur di ruang tamu tiba-tiba terperanjat mendengar bunyi kenderaan yang kuat di halaman rumah.
"Sebaik sahaja bangun dua anggota polis bertopeng menendang pintu rumah dan tendangan terkena perut sehingga saya terduduk.

"Sampai hari ini saya tidak boleh duduk lama kerana sakit di bahagian pinggang dan perut," ujarnya berniaga sayur di Pasar Rantau Panjang.

Armalah kepada tiga anak yang berusia antara sembilan dan setahun setengah itu pada mulanya panik tidak tahu apa punca kedatangan lelaki bertopeng lengkap bersenjata.

Ujar beliau tanpa memberitahu apa sebab kedatangan mereka terus bertindak.
"Selepas lama mengeledah kemudian salah seorang anggota polis terbabit memohon maaf di atas kesilapan mereka, lalu meninggalkan rumah saya.

"Seorang anggota polis pada awalnya mendakwa kononnya saya terlibat menyeludup senjata api," katanya yang masih tidak dapat melupakan peristiwa berkenaan ketika ditemui di rumahnya hari ini.
Ketika kejadian turut berada di rumahnya tiga anaknya, emak yang cacat penglihatan, dua adik beradiknya.

Kumpulan bersenjata itu menyelongkar segenap ruang di dalam rumahnya hampir dua jam sebelum beredar tanpa menemui sebarang barangan disyaki.
Mencerita lanjut saat-saat mencemas itu Noraisiah memberitahu beliau kemudian ditawarkan sejumlah  bayaran sebagai kos perubatan bagi menutup kes tersebut ketika datang membuat laporan polis di Balai Polis Rantau Panjang.

Menurut beliau adiknya Numi Che Ghani juga turut ditawarkan sejumlah bayaran yang sama.
Serbuan itu juga turut menjadikan adik iparnya Sopian Sautar, 31 sebagai mangsa apabila dipaksa meminum air empat botol kerana disyaki penagih dadah ketika datang menemankan Norasiah di Balai Polis.

"Pada mulanya saya enggan sebab saya berpuasa, tetapi saya dipaksa juga minum empat botol air kosong dalam botol besar selepas ujian kali pertama didapati saya negatif sebarang dadah," ujarnya.

Menurut Norasiah selepas kejadian kira-kira jam 11 pagi beliau ke klinik berhampiran rumahnya untuk mendapatkan rawatan dan kira-kira 11 malam pula membuat laporan polis.

Sementara itu anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berharap kerajaan dan pihak polis bertanggungjawab ke atas mangsa yang ditendang sekumpulan lelaki bersenjata alasan disyaki sebagai penyeludup senjata.

"Kita minta kerajaan dan pasukan polis bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Mereka juga meninggalkan mangsa begitu sahaja tanpa membantunya membawa ke hospital biar pun tercedera," katanya ketika menziarahi mangsa di rumahnya di sini.

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat turut melahirkan rasa hairan apabila salinan laporan polis yang diterima mangsa tidak sama dengan apa yang dilapor semalam.

"Dalam laporan itu, mangsa memberitahu anggota polis yang bertopeng menyerbu rumahnya dengan diacu senjata seramai hampir 20 orang, tetapi dalam laporan yang diberi kepada pengadu hanya dua orang sahaja," katanya.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 25 Aug 2011 09:44 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Ibu tunggal, muallaf daif perlu dibantu

Posted: 25 Aug 2011 07:25 PM PDT

HARAKAH 26 - 28 OGOS 2011


LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 25 Aug 2011 09:43 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SUMBANGAN RAMADHAN PAS DAN PKR MUAR

Posted: 25 Aug 2011 09:57 AM PDT

IFTAR DAN SUMBANGAN RAMADHAN PAS BERSAMA PARTI KEADILAN RAKYAT DENGAN KERJASAMA DAP DI MANN CHALET JALAN JUNID MUAR.

Petang Rabu 24 Ramadhan 1432H bersamaan 24 Ogos 2011 mencatat sejarah baru untuk Pakatan Rakyat Muar-Bakri apabila Majlis Iftar dan penyampaian Sumbangan Ramadhan berjaya diadakan di Mann Chalet Muar. Seramai 20 orang penerima bertuah terdiri daripada ibu tunggal dan orang miskin yang tinggal di sekitar Jalan Junid, Jalan Khalidi  dan Taman Khalidi Baru diraikan pada petang tersebut. PKR menyumbang wang tunai sementara PAS menyediakan beras dan barang-barang keperluan dapur. Ini adalah sebahagian daripada roadshow Pakatan Rakyat menyampaikan bantuan sempena bulan Ramadhan di beberapa tempat dalam Parlimen Muar.
PAS diketuai oleh ADUN Maharani, YB Dr Mohammad Taslim sementara PKR diketuai oleh Sdr Hizwan Ahmad, Penyelaras PKR Parlimen Muar.Kepimpinan PAS dan PKR juga hadir termasuk Ustaz Abu Bakar Md Lajat, YDP PAS Muar, dan Sdr Yatin Sarpan, Ketua PKR Cabang Muar. Kepimpinan Wanita dan Muslimat turut hadir.
Lebih bermakna lagi apabila  sokongan padu daripada DAP cukup terasa dengan kehadiran YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri, YB Gwee Tong Hiang, ADUN Bentayan (bersama isteri) dan kepimpinan DAP termasuk Setiausaha DAP Negeri Johor dan Setiausaha DAPSY.
Rakan media juga turut diraikan pada petang tersebut.
Sebelum majlis tersebut Sdr Hizwan dengan diiringi YB Dr Mohammad dan AJK masing-masing telah menziarahi 3 orang penerima sumbangan di Lorong Penambang, Jalan Khalidi Muar. Seorang warga emas
menerima sebuah kerusi roda baru

Majlis bermula dengan tazkirah oleh Ustaz Abu Bakar, YDP PAS Muar.


YB Gwee menarik perhatian dengan pengetahuannya tentang puasa dan
adab berjiran mengikut Islam.

Dari kiri: Sdr Ahmad Anwar Asyraf, Sdr Yatin , Hj Abd Rahman 
dan SU DAP Negeri dan DAPSY.


 Di antara wakil media dari Sinar Harian, Sdri Nur Asyikin.




YB Er Teck Hwa bersama Ahmad Anwar Asyraf Samm
dan SU DAPSY di hadapan Mann Chalet. 

Suasana ceria dan nyaman di Mann Chalet.

Pemimpin Rakya dari kiri: Sdr Abu Bakar Ismail, Pengerusi Majlis merangkap Pengarah MTD Maharani, YB Er Teck Hwa, Ahli ParlimenBakri dan Ustaz Abu Bakar , YDP PAS Muar.


YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, YB Gwee Tong Hiang, ADUN Bentayan 
dan Sdr Hizwan Ahmad, Penyelaras PKR Parlimen Muar.

Sebahagian daripada penerima sumbangan.


Bersedia menyampaikan sumbangan.


Wang tunai daripada Sdr Hizwan dan iringan barang dapur
daripada YB Dr Mohammad dan Ustaz Abu Bakar.



 Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya daripada kami.

Sdr  Abu Bakar, Sdr Hamidun sedang berbincang sesuatu.



 Juadah tersedia.


Para penerima sumbangan merasa terharu di atas keperhatinan Pakatan Rakyat sambil mengucapkan ribuan terima kasih. Nampaknya mereka faham perjuangan Pakatan Rakyat.
Terima kasih kepada semua penyumbang.
 

SUMBANGAN RAMADHAN PKR DAN PAS MUAR

Posted: 25 Aug 2011 08:34 AM PDT

KESERASIAN DAN KERJASAMA PAKATAN RAKYAT TERSERLAH LAGI.

Pakatan Rakyat Muar tidak ketinggalan berterusan membantu rakyat mengikut kemampuan dengan hasrat untuk merialisasikan  MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN. Bulan Ramadhan merupakan bulan terbaik untukkami  meneruskan usaha murni membantu meringankan beban rakyat..Setelah menziarahi rakyat di kawasan luar bandar kali ini kami turun ke kawasan bandar di Lorong Penambang, Jalan Khalidi Muar.untuk menyampaikan bantuan.
Kami menziarahi Tuan Haji Ibrahim di Lorong Penambang, tidak jauh dari Bulatan Sulaiman di hadapan Wetex Parade,pusat belibelah yang terhebat di Muar. Warga emas ini , seorang bekas bilal surau mengalami kecederan patah tulang peha dan juga angin ahmar. Beliau bergerak menggunakan kerusi roda tetapi nkerusi roda beliau sudah terlalu uzur, minta diganti. Keluarga beliau mengadu hal kepada YB Dr Mohammad yang kebetulan sedang mengaagihkan sumbangan Ramadhan. Sdr Hizwan Ahmad, penyelaras PKR Parlimen Muar pula sedang mencari seorang penerima kerusi roda. Memang rezeki Tn Hj Ibrahim agaknya.
Pada petang Rabu, 25 Ogos 2911 Sdr Hizwan dengan diiringi oleh YB Dr Mohammad Taslim dan AJK PAS dan PKR serta wartawan Sinar harian telah menziarahi untuk menyerahkan kerusi roda tersebut.

Suasana panas di luar, mencari tempat teduh....
YB Dr Mohammad bersama Sdr Hizwan dan Tn Hj Ibrahim. 


Terharu dan gembira....Tn Hj Ibrahim menerima sumbangan 
daripada Sdr Hizwan.

Untuk kenangan: Sdr Hizwan, Sdr Subranmani, Ketua Wanita PKR Muar,
Pak Yahya Asam Pedas dan YB Dr Mohammad bersama Pak Ibrahim.



 YB Dr Mohammad menyampaikan sumbangan kepada nenek
yang sudah bongkok, perlu bantuan di Lorong Penambang.
Sdr Hizwan bersedia denga sumbangan duit raya.

 Simpati...marilah bantu warga emas ini.

PROGRAM BUBUR LAMBUK DAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Posted: 25 Aug 2011 02:00 AM PDT


Semua masyarakat dijemput hadir ke program di atas untuk mengambil bubur lambok yang disediakan. Difahamkan 10 periok akan dimasak pada hari tersebut untuk diberikan kepada orang ramai. Pada masa yang sama, sempena menyambut kemerdekaan,  YB Dr. Mohammad akan memberikan bendera kepada orang ramai yang lalu di Pekan Pt. Bakar untuk dipasang di kenderaan dan 30 keluarga fakir miskin dan susah akan menerima sumbangan raya berbentuk sekampit beras dan barangan dapur.































PAS Kawasan Pekan

Posted: 25 Aug 2011 07:51 PM PDT

PAS Kawasan Pekan


PAS PEKAN ZIARAH HOSPITAL MENJELANG EIDUL FITRI

Posted: 24 Aug 2011 01:09 AM PDT

Pada 16 Ogos 2011, PAS Kawasan Pekan telah membuat kunjungan dan ziarah ke Hospital Daerah Pekan untuk menyampaikan sumbangan hari raya kepada pesakit-pesakit dan beramah mesra dengan kakitangan Hospital Pekan.

Rombongan PAS Pekan kali ini diketuai sendiri oleh Yang Dipertua PAS Kawasan iaitu Ustaz Abu Kasim Manaf. Timbalan YDP Cikgu Abu Kassim Abdul Ghani, Ketua Muslimat Dr Harison dan AJK PAS Kawasan dan AJK Muslimat Kawasan juga turut serta dalam kunjungan tersebut.

Seawal jam 3.00 petang, rombongan PAS Pekan telah disambut oleh beberapa kakitangan Hospital Pekan peringkat pegawai dan jururawat.

Sejumlah 90 bungkusan sumbangan hari raya diagihkan kepada penghuni wad-wad dan juga kepada semua kakitangan Hospital Pekan. Program lawatan dan ziarah Hospital Pekan ini merupakan program tahunan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan.

Kebanyakan pesakit amat gembira menerima kunjungan rombongan PAS. Ketua Muslimat PAS Kawasan yang juga merupakan seorang pengamal perubatan dan memiliki Klinik Persendirian adalah amat tidak asing bagi pesakit dan kakitangan Hospital. Kebanyakan pesakit juga adalah bekas pesakit di Klinik beliau.

Yang Dipertua PAS Kawasan Ustaz Abu Kasim Manaf berharap program yang mulia ini dapat diteruskan kerana ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan membantu menggembirakan masyarakat yang sedang ditimba musibah dan ujian kesihatan. Beliau menganggap program lawatan dan ziarah kali ini berjaya dan berharap ia dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.













PAS LENGGONG

Posted: 25 Aug 2011 07:46 PM PDT

PAS LENGGONG


Antara murtad ialah yang melakukan syirik - Mengalungkan jambangan di Tugu negara.

Posted: 24 Aug 2011 09:53 PM PDT

Bukan ditugu negara sahaja tapi di kubur Mustafa Kamal juga. Nenaikkan ancak juga.
Murtad bukan masuk Kristian sahaja
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Masyarakat Islam perlu dijelaskan mengenai murtad yang tidak hanya melibatkan pertukaran daripada agama Islam kepada agama lain semata-mata.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa murtad juga berlaku akibat daripada menolak hukum dan undang-undang Allah Taala.

Jelasnya lagi, perbuatan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya juga boleh menyebabkan seseorang Islam murtad.

Justeru, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, masyarakat Islam tidak seharusnya melihat jenayah murtad itu dalam skop yang sempit seperti menganut Kristian sahaja.

"Murtad ini bukan orang Islam masuk Kristian sahaja tetapi mereka yang menolak hukum Allah, menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal dan lain-lain," jelasnya semasa menyampaikan tazkirah kepada kakitangan Harakahdaily dan Harakah di ibu pejabat Harakah di sini, pagi ini.

Beliau menambah, undang-undang sahaja tidak mampu untuk mencegah gejala murtad tetapi memerlukan ilmu kerana ia berkait dengan iman seseorang.

"Undang-undang tak boleh kawal kerana murtad boleh disembunyikan," ujarnya.

Justeru, katanya proses untuk mendapatkan ilmu ke arah itu hendaklah disuburkan di kalangan masyarakat Islam.

Beliau juga menggesa ulama supaya memainkan peranan bagi memberi kefahaman kepada umat Islam mengenai perkara itu.

Ini, ujarnya agar mereka memahami murtad itu dalam skop yang sebenar.

"Kita perlu memahami gejala murtad ini dalam skop yang sebenar, jangan dalam skop yang sempit," ujarnya.

Begitu juga, katanya ulama juga seharusnya berperanan dalam perkara-perkara yang melibatkan perbuatan yang diharamkan oleh Allah Taala.

"Mufti jangan hanya menyatakan berjudi itu haram tetapi meluluskan lesen judi adalah haram," ujarnya.


ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 25 Aug 2011 03:56 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


SUBHANALLAH ..ALHAMDULILLAH ..ALLAHUAKBAR !

Posted: 24 Aug 2011 10:11 PM PDT



SESUNGGUHNYA hidayah itu datangnya mutlak dari Allah SWT. Berita gembira buat kita semua dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini apabila Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Cheryl Chew memeluk Islam petang semalam.

Beliau melafazkan kalimah Syahadah pada pukul 3.00 petang semalam di pejabat JIM Bukit Malawati. Dimaklumkan bahawa beliau kini menggunakan nama Huda Chew.



Antara rakan-rakan Cheryl yang menitiskan air mata kegembiraan dengan keislaman beliau. Dimaklumkan juga bahawa beliau menerima banyak hadiah berupa tafsir Al-Quran dan buku-buku agama dari rakan-rakan terdekat.

Difahamkan, sebelum ini Cheryl telah mula berpuasa dan mendalami Islam secara berperingkat sebelum mengambil keputusan untuk memeluk Islam di dalam hari yang bersejarah semalam.

Nota Teman : Teman maklum dan tahu sesiapa yang mengislamkan seseorang akan mendapatkan ganjaran baik dan setimpal dari Allah, namun anda(pengislam dan saksi pengislaman harus mengingatkan mereka(yang nak masuk Islam) bahawa TIADA PAKSAAN DALAM ISLAM dan TIADA UNDUR ATAU KELUAR DARI ISLAM setelah masuk Islam kecuali Hukuman Bunuh kerana dikira orang yang keluar Islam adalah murtad dan wajib dibunuh)
Jadi jangan segan beritahu mereka yang sudah sampai ingin mengucap kalimah Allah itu jika nak masuk Islam dengan menyamakan dengan agama lain yang boleh keluar masuk adalah dilarang dan haram. Kerana Islam itu tinggi dan tiada agama lain yang tinggi darinya. Dan hanya Islam yang diiktiraf oleh ALLAH. Sebagai pendakwah dan kita sepatutnya bersedia mendakwah perlu ada ilmu Islam dan ilmu mendakwah.

ADA TEMPAT DI GOMBAK DAH 50 TAHUN BARU DAPAT BAS, KALAU DI BUKIT SENTOSA 2 ENTAH BILA YER ?

Posted: 24 Aug 2011 09:45 PM PDT


Hasrat & Permohonan Penduduk Kg Sg Pusu Tercapai "Rapid KL"

Kg. Sg. Pusu, Gombak – Tercapai sudah hasrat permintaan penduduk sekitar Kg. Sg Pusu setelah selama 50thn permerintahan kerajaan dahulu tidak dapat mengatasi masalah kenderaan awam memasuki ke kawasan tersebut.

Alhamdulilah dengan berkat kesungguhan dengan mengadakan Sesi Dailog Kemudahan Awam di Kg Sg Pusu pada bulan Jan, 2010 yang lalu bersama YB Dato' Dr. Hassan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap Adun Gombak Setia bersama Pengarah Perancangan Bandar & Desa (En. Jaafar), Syarikat Bas Rapid, Pej Tanah, Pej. Daerah, MPS & JKR telah memberi sinar baru kepada semua penduduk tersebut setelah masaalah pengangkutan dapat diatasi dengan sebaiknya apabila kenderaan Awam rapid KL telah digunakan oleh penduduk disini pada Awal bulan mac, 2010.

Lawatan Y.B Dato' Hasan baru-baru ini di Kawasan Kg. Sg Pusu untuk bertemu rakyat telah melihat sendiri kemudahan Awam Rapid KL telah memasuki kawasan tersebut.

Y.B Dato' Hasan melahirkan kesyukurannya kerana segala urusan dipermudahkan dengan kerjasama semua pihak dalam membantu masaalah rakyat dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat (PR). " Terima kasih kepada Pengarah Perancangan Bandar & Desa (En. Jaafar), Syarikat Bas Rapid, Pej Tanah, Pej. Daerah, MPS & JKR yang sangat komited dan memberi kerjasama mengatasi masaalah ini dengan sebaiknya dalam jangkamasa 2 bulan sahaja. Harapan saya kerjasama ini akan terus terlaksana daripada semasa ke semasa untuk memberi khidmat kepada masyarakat dengan sebaiknya, katanya.

Sehubungan dengan itu, Ketua Kg. Sg Pusu merangkap AJK PIBG Sekolah, Hj Yunus Hj Ishak mewakili penduduk Kg Sg Pusu dan pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Y. B Dato' Hasan dan semua agensi yang terlibat telah memberi kerjasama dan memberi perhatian permasalahan ini dan sentiasa mengambil perhatian terhadap setiap aduan yang dibuat.

Ini merupakan masaalah besar setelah sekian lama diimpikan oleh Penduduk untuk mendapatkan kemudahan awam agar memasuki kawasan ini dapat diatasi segera kerana kami merasa kasihan terhadap anak-anak terutamanya yang hendak ke sekolah tiada kemudahan awam bagi menuju ke tempat destinasi.

Alhamdulilah setelah pihak PKM DUN Gombak Setia mengambil inisatif dengan mengadakan Sesi Dailog bersama penduduk pada Jan, 2010 yang lalu kini telah menyelesaikan masaalah tersebut dan bermula pada Awal bulan Mac, 2010 penduduk telah mengecapi nikmat tersebut dengan penyediaan kemudahan Awam Rapid KL.
Walaubagaimanapun, baru-baru ini atas permintaan pihak PIBG Sekolah dan penduduk agar pihak Y.b Dato' Hassan dapat membantu megusulkan permintaan mereka dengan menambahkan bilangan kemudahan Awam tersebut kerana yang sediaada kini tidak megcukupi dan apabila tiba waktu kemuncak, pelajar, guru dan orang awam terlalu ramai sehinggakan terpaksa menunggu bas lain dengan mengambil masa yang lama bagi menanti pengangkutan yang lain tiba.
Kadangkala rasa lewat juga untuk ke destinasi apabila pengangkutan yang telah disediakan tidak mengcukupi. Jadi insya-ALLAH usul ini akan saya bawa kepada pihak pengurusan PKM Dun Gombak Setia dan diharap mendapat perhatian oleh Y.b Dato' Hassan bagi mengatasi masaalah ini.

Sementara itu, pengerusi PIBG sekolah Kg Sg Pusu Tn Hj. Asri berkata kepada Hj Yunus dalam mesyuarat PIBG, beliau bagi pihak sekolah melahirkan kegembiraan dan berterima kasih kepada pengurusan Y.b Dato' dan semua badan agensi yang terlibat dalam menangani masaalah kemudahan awam ini dan kini pelajar, guru-guru disini tiada lagi masaalah datang lewat ke sekolah cuma harapan kami agar ditambahkan bilangan kemudahan Rapid KL kerana apa yang kami lihat pelajar dan guru sering tersangkut apabila bas Rapid KL sudah memasuki ke kawasan Bt. 12 ia sudah penuh dan tiba sahaja di Bt. 8 dan 9 bas tidak mengambil penumpang lagi dan terpaksa menunggu lama juga untuk menanti bas lain.
Walaubagaimanapun kami rasa berpuas hati juga dengan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) tindakan yang wajar telah diambil perhatian dan memberi kepuasan hati kepada penduduk disini daripada kemudahan awam tersebut tiada langsung setelah sekian lama dibuat permohonan dibawah kerajaan dahulu tidak diambil perhatian, katanya.

Editor : Khaulah Azwar

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 25 Aug 2011 03:23 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


"SPR AKAN GUNA DAKWAT KEKAL PRU-13"... DENGAR BOLEH PERCAYA JGN!!

Posted: 24 Aug 2011 11:27 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemungkinan akan menggunakan kedua-dua sistem biometrik dan dakwat kekal ketika pengundian pada pilihan raya umum.


Bagaimanapun Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata suruhanjaya itu masih mengkaji implikasi perundangan kedua-dua sistem itu dan sama ada ia boleh digunakan secara sukarela ataupun sesuatu yang wajib.

Pun begitu katanya, jika pengundi tidak diwajibkan menggunakan sistem baru, maka keseluruhan sistem akan menjadi tidak bermakna.

"Itu sebabnya kami mahu memastikan setiap orang menggunakannya," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada SPR akan mengesyorkan perkara itu kepada jawatankuasa pilihan khas Parlimen, Aziz berkata, pihaknya berharap begitu.

Menjawab soalan sama ada perubahan itu akan dilaksanakan ketika pilihan raya umum ke-13, beliau berkata: "Insya-Allah."

Katanya, jika penggunaan sistem itu adalah sesuatu yang wajib, maka undang-undang semasa perlu dipinda di Parlimen.

SPR sedang menyediakan rangka kerja bagi jawatankuasa pilihan khas itu, untuk dikemukakan kepada Kabinet pada 7 September ini.

PAPA GOMO SUDAH KECUT TELOQ

Posted: 24 Aug 2011 11:09 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sudah memulakan langkah untuk menyaman pemblog pro-Umno Papa Gomo berhubung isu kontroversi Gereja Methodist Damansara Utama-Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).


Sehubungan itu Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor mencabar Papa Gomo agar mendedahkan butiran penuh tentang dirinya untuk meneruskan "perjuangan."

"... bagi memulakan 'perjuangan' ini, saya ingin memohon supaya Papa Gomo menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat penuhnya supaya dapat saya minta peguam saya untuk menyaman beliau dalam isu ini.

"Maka saya berharap agar rakannya yang membaca blog saya boleh menyampaikan permohonan saya ini kepadanya," kata Khalid dalam entri terbaru blognya.

Khalid menambah, sekiranya tiada jawapan daripada Papa Gomo, maka semakin jelas "bravadonya juga merupakan satu pembohongan."

"Namun, ia tidak bererti bahawa saya tidak boleh dapatkan segala maklumat yang saya perlukan daripada sumber lain dan oleh itu, tidak bererti bahawa dia akan semestinya terlepas.

"Hanya saya ingin memberinya peluang untuk dirinya membuktikan 'keberaniannya'; itupun kalau beranilah," kata Khalid lagi.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider hujung minggu lalu, Papa Gomo menafikan dia memalsukan dokumen Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhubung dakwaan campur tangan pemimpin Pakatan Rakyat berkaitan operasi menyita premis Gereja Methodist Damansara Utama atas dakwaan ia tidak pernah diluluskan sebagai rumah ibadat.

Sebaliknya Papa Gomo berkata, dia mendapat maklumat tentang operasi itu daripada "orang dalam" MBPJ yang turut menyerahkan dokumen yang didakwa palsu itu.

Sebelum itu dia mendakwa operasi menyita premis Gereja Methodist Damansara Utama dibatalkan setelah mendapat arahan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dokumen dengan label "Sulit" bertajuk "Laporan Ops Sita Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya" itu dimuatkan di laman blog Papa Gomo 13 Ogos lalu.

Dokumen berkenaan antara lainnya mendakwa, operasi untuk menyita gereja berkenaan telah dibatalkan selepas mendapat arahan daripada pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Khalid dan tiga Exco Kerajaan Negeri Selagor Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan Teresa Kok.

Ekoran pendedahan di blog Papa Gomo itu, ahli-ahli MBPJ termasuk Khalid telah membuat satu laporan polis terhadap Papa Gomo minggu lalu.

Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ Mohd Fauzi Maarop dalam laporan polis itu berkata tiada sebarang mesyuarat diadakan untuk mengambil tindakan ke atas premis Gereja Methodist Damansara Utama.

Papa Gomo berkata dia sedia disoal siasat oleh polis dan sanggup mempertahankan kesahihan dokumen yang diterima daripada "orang dalam" MBPJ.

Dalam entrinya, Khalid juga menulis, sepertimana kebanyakkan persoalan lain berhubung dengan isu Gereja Methodist Damansara Utama, dakwaan Papa Gomo bahawa "saya menghalang gereja berkenaan disita oleh MBPJ merupakan satu pembohongan."

"Dia mendakwa bahawa saya pada 11 Ogos telah menghubungi MBPJ dan menghalang operasi menyita gereja tersebut sejurus sebelum pihak penguat kuasa MBPJ dan polis bersiap sedia untuk melakukannya.

"Walau bagaimanapun, pembohongan semasa bulan Ramadan yang mulia tidak merupakan masalah bagi pihak Umno dan budak suruhan mereka. Mereka menganggap ke-Melayuan mereka adalah perisai yang menjadikan mereka kebal terhadap kemurkaan Allah! Apalah hendak dibandingkan satu pembohongan berbanding hadiah mangkuk tandas? Akhlak mereka amat membinggungkan," katanya lagi.

Katanya, laporan polis 16 Ogos oleh Fauzi jelas mendedahkan sifat pembohong golongan terbabit terutamanya Papa Gomo.

"Saya difahamkan bahawa walaupun pembohongannya telah terdedah, Papa Gomo tetap mempertahankan kenyataannya dan menyatakan kesanggupan dirinya untuk berjuang habis-habisan. Baguslah jika begitu, kerana saya pun berpendirian sedemikian," katanya lagi.





[NUR RAMADHAN] Ketua Wanita Kembali Kpd Fitrah..Bukan Dari umNO,MCA,MIC & sekutu..

Posted: 24 Aug 2011 08:54 PM PDT




dari blog milosuam

Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor peluk Islam!

SESUNGGUHNYA hidayah itu datangnya mutlak dari Allah SWT. Berita gembira buat kita semua dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini apabila Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Cheryl Chew memeluk Islam petang semalam.

Beliau melafazkan kalimah Syahadah pada pukul 3.00 petang semalam di pejabat JIM Bukit Malawati. Dimaklumkan bahawa beliau kini menggunakan nama Huda Chew...

Dari Sharpshooter : Difahamkan Ketua AMK Cabang Sekijang, Raymond Ng Kien Seng juga telah memeluk agama Islam dan telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nor Hasnanie Jamil, Setiausaha PKR Cabang Sekijang pada 22 Ogos yang lepas. Alhamdulillah…Cahaya Ramadhan…Allahuakbar…

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam

Posted: 25 Aug 2011 03:13 PM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam


Ketua kampong dan Setiausaha MKK terima elaun

Posted: 25 Aug 2011 09:45 AM PDT


Pejabat Daerah Kubang Pasu sudi menjemput YB Ust Hj Abd Ghani menyampaikan ucapan kepada semua Ketua Kampong dan Setiausaha MKK sebelum penyerahan elaun berlangsung pada 25 Ogos 2011 di Dewan Utama Pejabat Daerah. Beliau mengingatkan mereka bahawa Kerajaan Negeri begitu prihatin dengan kebajikan mereka yang telah lama berkhidmat dan inilah masa yang sesuai untuk mereka menikmati elaun sebelum menjelang hari raya.


Kelihatan YB Ust Hj Abd Ghani sedang menyampaikan wang tunai kepada setiap penghulu untuk diagihkan kepada mereka. Bagi ketua kampong , mereka menerima elaun mulai April - September berjumlah RM 1800.00 setiap orang manakala Setiausaha MKK menerima elaun mulai Januari - September juga berjumlah RM 1800.00. Sebanyak RM 648,000 telah diperuuntukkan oleh Kerajaan Negeri kepada Pejabat Daerah Kubang Pasu. Turut hadir Pegawai Daerah, Dato Hj Noh B Dahya, Pegawai Khas Exco Wan Yusuf B Wan Jusuh dan Pengarah PKD Kota Siputeh, Mohd Asri B Ghazali.   

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 25 Aug 2011 03:12 PM PDT

Pemuda PAS DUN Kemasik


SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI DARI PAS DUN KEMASIK

Posted: 24 Aug 2011 08:59 PM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 25 Aug 2011 11:36 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Clean Up the World

Posted: 25 Aug 2011 03:45 AM PDT


Salam Semua, Satu Program 'Clean Up The World Malaysia 2011' atau 'Hari Pembersihan Bumi Malaysia 2011' Peringkat Kebangsaan akan dianjurkan di Sg.Ular Dan Balok Kuantan pada 17 & 18hb September 2011 oleh Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia dan Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pahang sempena sambutan Clean Up The World Sedunia 2011. Pelbagai aktiviti pemuliharaan Alam Sekitar, Ceramah Perdana, Makan Malam Perdana, Larian/Kayuhan Basikal Alam Sekitar, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Berkonsepkan Cintai Alam Sekitar, Syair/Puisi Alam Sekitar serta Jamuan Sambutan Aidilfitri peringkat PAS Kawasan Indera Mahkota akan diadakan. Semua dijemput hadir sebagai tanda protes kepada bantahan Kilang LAMP milik LYNAS serta pencemaran Tahap II-III Sungai Balok Kuantan. Ayuh Bersihkan Alam, Hijaukan Bumi Malaysia.

Batu Gajah Mari

Posted: 25 Aug 2011 11:36 AM PDT

Batu Gajah Mari


Kerajaan lemah, tidak amanah, rasuah: BN Perak perlu sedar

Posted: 25 Aug 2011 03:12 AM PDT

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak amat yakin dengan keikhlasan pengakuan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Dato' Seri Dr Haji Harussani Haji Zakaria di dalam program Wacana Sinar Harian semalam, yang menyatakan bahawa kerajaan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai kerajaan yang 'lemah, tidak amanah, rasuah'. Kenyataan tersebut sewajarnya perlu dijadikan intipati dan teras pertimbangan rakyat di dalam memilih pemimpin yang benar-benar layak untuk memelihara amanah rakyat dalam ruang dan peluang yang ada semasa Pilihan Rraya Umum (PRU) ke - 13 nanti.
Peringatan itu juga jelas membawa mesej agar jika pemimpin yang lemah, tidak amanah dan rasuah ini masih dipilih untuk memerintah, maka ia akan hanya menjadikan Bangsa Melayu makin berpecah dan sentiasa mundur kebelakang. Kenyataan tersebut bertepatan dengan apa yang telah didedahkan oleh PAS Perak sejak dari dulu lagi. Antaranya apa yang dinyatakan oleh Dewan Pemuda PAS Perak Februari lalu berkaitan seorang EXCO Kerajaan Negeri Perak yang telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Hal yang sama juga dapat diperhatikan dari pendedahan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak April lepas berkenaan satu dokumen membabitkan penyalahgunaan kuasa yang berunsur rasuah oleh seorang EXCO Kerajaan Negeri Perak.
Terakhir, isu projek mega berjumlah RM5.8 Bilion yang dianugerahkan kepada Syarikat Atigas Technology yang awalnya hanya mempunyai modal berbayar kurang daripada RM100, yang hebat dipertikaikan di Sidang DUN Perak pada awal Ogos yang lalu. Gambaran-gambaran ini jelas menunjukkan kesahihan kenyataan Tan Sri Harussani tentang 'kelemahan, pengkhianatan dan amalan rasuah' kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak mampu dibendung oleh ulama kerajaan dari terus berleluasa. PAS Perak yakin rakyat Perak sedar dan perihatin terhadap gejala ini demi memastikan ianya tidak berterusan dan dikembalikan kepada pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) yang telah terbukti di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang terbukti bersih daripada amalan rasuah.
Jesteru, gejala rasuah ini masih menular di dalam BN yang memerintah termasuk di Perak. Kami yakin rakyat boleh menilai dan melihat sendiri sepertimana yang telah dinyatakan oleh Tan Sri Harussani. Masyarakat Islam terutamanya yang yakin bahawa amalan rasuah tersebut adalah kotor perlu menolak siapa sahaja pemimpin yang tercalit dengan imej rasuah.
AHMAD NURI AL-AMIN
Ketua Penerangan,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

KHIDMAT MERU

Posted: 25 Aug 2011 09:51 AM PDT

KHIDMAT MERU


KUNJUNGAN KE RUMAH-RUMAH

Posted: 24 Aug 2011 03:29 PM PDT
















Bagi mereka yang ditimpa kemalangan atau terlantar dirumah dan tidak berdaya bergerak bebas seperti biasa, mereka diberikan tumpuan khas oleh YB Dr Rani selaku wakil rakyat di kawasan beliau.


InsyaAllah setiap hari Isnin dan Khamis Dr Rani akan mengadakan lawatan dan rawatan ke beberapa rumah yang dikenalpasti dan memberikan sumbangan dana, kerusi roda dan ubat-ubatan secara percuma kepada mereka tanpa mengira bangsa atau pegangan politik mereka.









LAWATAN KE HBTAR KLANG

Posted: 24 Aug 2011 02:51 PM PDT
















Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar dengan kerjasama Lajnah Kebajikan BPPNS telah menyediakan beberapa buah tangan untuk diserahkan kepada seramai 200 pesakit di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang.

YB Dr Halimah dan YB Dr Abd Rani juga hadir untuk menyampaikan sumbangan berharga tersebut dan mereka memberikannya kepada kesemua pesakit di wad-wad yang telah di tentukan oleh pihak hospital tanpa mengira warna kulit dan latar belakang agama mereka.













BERBUKA PUASA DI KG RAJA UDA

Posted: 24 Aug 2011 08:57 AM PDT















YB Dr Rani, YB Ronnie Liew dan Ketua-ketua Kampong Meru dan Bukit Kapar telah dijemput oleh Dewan Himpunan Penyokong PAS Klang untuk berbuka puasa bersama-sama masyarakat Islam di Markaz Pas Kg Raja Uda.

Ahli Majlis MPK En Deepakaran dan Hj Ismail turut hadir dan menyampaikan ucapan aluan dalam majlis tersebut.

Dr Rani dalam ucapannya menekankan beberapa prinsip dan falsafah Islam yang terkandung dalam suruhan berpuasa sepanjang Bulan Ramadhan .









Jasindaily Online

Posted: 25 Aug 2011 09:45 AM PDT

Jasindaily Online


KETUA WANITA KEADILAN BUKIT GELUGOR KINI MUSLIM

Posted: 25 Aug 2011 03:22 AM PDT

MURTAD BUKAN SEKADAR MASUK KRISTIAN SAJA

Posted: 25 Aug 2011 03:17 AM PDT

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 25 Aug 2011 09:31 AM PDT

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


Kenyataan Akhbar Membantah Larangan Tazkirah!!

Posted: 24 Aug 2011 02:02 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Pahang amat kesal dengan pengharaman tazkirah Ramadhan disemua surau dan masjid seluruh negeri Pahang oleh MUIP. LARANGAN dan PENGHARAMAN tazkirah di masjid dan surau adalah suatu kejutan baru di Malaysia selepas ia diisytiharkan sebagai sebuah NEGARA ISLAM.

Merujuk kepada Buletin TV3 jam 1.30 (22/8/2011 ), Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) telah mengharamkan semua majlis tazkirah di masjid dan surau di negeri Pahang. Timbalan Pengarah MUIP telah mengatakan majlis tazkirah telah menggangu majlis ilmu.

Adakah pengharaman tazkirah ini hanya berdasarkan aduan seorang individu atau exco kerajaan negeri maka menyebabkan MUIP takut dan terus ikut telunjuk mereka? Lalu tanpa sebarang siasatan terus mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Janganlah kita menjadi penghalang kepada perkembangan agama Allah. Ingatlah peringatanNya di dalam surah al-Baqarah ayat 114: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalang dari menggunakan masjid-masjid Allah utk sembahyang dan menyebut nama Allah (tazkirah)..."

Sepatutnya MUIP sebagai sebuah institusi agama yang besar bertindak lebih matang dan berakhlak dengan memanggil penyampai tazkirah utk menyiasat adakah benar beliau menyampaikan tazkirah yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah, BUKAN mengharamkan tazkirah dan menyekat majlis ilmu!

Tazkirah menjadi dimensi untuk mendidik umat Islam secara tidak langsung. Institusi pendidikan bukan sekadar di sekolah, kolej atau universiti semata-mata. Malah masjid, surau dan madrasah menjadi platform menyuburkan Islam sejak zaman berzaman.

Kemungkinan pula hala tuju larangan itu menjurus kepada tazkirah menjadi ceramah politik. Takkan lah seorang pentazkirah apabila menghuraikan ayat-ayat al-Quran yang mengharamkan riba, rasuah, judi, haramnya bersalam antara lelaki dan perempuan, wajib pakai tudung dan sebagainya sudah dikira mengganggu ibadah orang ramai?

Kini rakyat bertambah malu untuk menobatkan Malaysia 'Negara Islam' apabila ajaran Islam cuba dihalang oleh orang Islam sendiri, apatah lagi yang menghalang itu sebuah institusi yang bertanggungjawab menjaga agama!. Tazkirah yang diadakan sekadar mengulas ayat al Quran dibaca ketika solat. Sekiranya menyentuh pelbagai isu mengenai kehidupan manusia, itu realitinya sebuah kitab suci. Al Quran diturunkan dari Allah Taala yang mengatur segala kehidupan manusia.

Apabila proses memberi kefahaman, ayat-ayat Allah berlaku, orang ramai akan faham maksud isi kandung al Quran. Ketika sembahyang mereka akan mengingati maksud-maksud ayat yang dibaca imam. Sembahyangnya tentu menjadi lebih khusyuk.

Oleh itu, DPPNP membantah keras larangan ini dan mendesak supaya pihak MUIP menarik balik larangan tazkirah kerana ia akan menyebabkan orang jahil bertambah jahil dan orang alim membisu, maka ia akan memberi kesan kepada kehancuran sebuah negara.


Shahril Azman Abdul Halim

Ketua Pemuda PAS PAhang.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 25 Aug 2011 09:25 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


M’sians tightening belts, Ramadan bazaars affected

Posted: 25 Aug 2011 02:21 AM PDT

M'sians tightening belts, Ramadan bazaars affected
Zefry Dahalan August 25, 2011

The usually congested bazaars have thinned out and in some places there are rows of empty stalls

SEREMBAN: Looks like Malaysians are tightening their belts because of the rising cost of food prices.

An indication of this is the small number of people going to the three Ramadan bazaars here and in Senawang.

A spot check at the three bazaars showed that not only less people were frequenting these places but some of the tents were also empty. Because of bad business some traders have packed up and left.

This is a far cry from last year when the bazaars were congested from 4pm onwards and the traders were doing a roaring business.

The two most popular spots in Seremban are in Ampangan and Paroi Stadium. Every year the traders will scramble for the lots and there were stories in the media from disgruntled traders who were not lucky enough to get a lot.

This year the situation is completely different. A visit to Ampangan, Paroi Stadium and Matahari Heights saw very few people and apparently some traders' closed shop after the first week.

In Paroi Stadium at least two rows of tents were empty.

The situation at the Matahari Heights was even worse. This spot caters for workers from the industrial estates around Senwang . There was no congestion at all.

Income affected

Basariah Samah who sells various types of food at the Paroi Stadium told FMT that her income dropped 50 percent this year compared to last year.

"I get to earn RM500 plus per day all this while I'm trading here but this year I will be lucky if I can get RM250 per day.

"The price of goods have increased tremendously and this has resulted in people being thriftier and buying less food,'' said Basariah.



Azhar Abdul Rahman who sells Honey Chicken Wings at Matahari Heights said he is only making RM200 per day this year compared to RM400 last year.

Azhar said that a trader who sells some cookies in the next stall closed shop as business was bad.



Zarina Iskamar who sells kuih at Matahari Heights said: "Previously we sold three pieces of kuih for RM1. Now we are selling three pieces for RM1.20 and five pieces for RM2.00."

A customer Norita Sis said she used to visit the bazaar Ramadan seven days per week in previous years but this year she only makes three visits per week. Norita said this was because the food prices at the bazaar have gone up.

Another customer Sham Abdullah said he used to spend RM20 per visit but this year the limit was RM15.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/08/25/msians-tightening-belts-ramadan-bazaars-affected/

mtdchenderoh

Posted: 25 Aug 2011 08:23 AM PDT

mtdchenderoh


ALAM RIA PASTI KAWASAN PADANG RENGAS

Posted: 24 Aug 2011 11:32 AM PDT


Alam Ria PASTI (dulu dikenali sebagai Ihtifal) telah berlangsung dengan jaya di Badan Khidmat Masyarakat At- Toif (PAKAT), Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar.

Majlis yang buat julung kalinya berlangsung dalam bulan Ramadhan telah bermula dengan Solat Asar berjamaah diikuti dengan pertandingan Nasyid, Azan, bercerita, hafazan, berkhutbah dan sajak.

Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh Ustaz Jamaluddin Ahmad (YDP Pas Kawasan Padang Rengas) diikuti dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang- pemenang pertandingan.

Selain daripada itu guru- guru PASTI juga mendapat penghargaan dan sumbangan Hari Raya sebagai tanda ingatan daripada Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas.

Majlis juga diserikan lagi dengan penyampaian sumbangan kepada murid- murid miskin di kalangan murid PASTI serta sumbangan khas kepada waris Allahyarham Mohd Haikal iaitu bekas pelajar PASTI yang telah kembali ke rahmatullah beberapa bulan yang lalu.

Kemuncak program diteruskan dengan Majlis Iftar jamaie yang melibatkan warga PASTI Kawasan Padang Rengas, DPPK Padang Rengas serta MTD Chenderoh.

Majlis yang berlangsung dengan penuh semangat mahabbah itu diakhiri dengan solat tarawikh.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas merakamkam setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini, khususnya kepada semua dermawan yang memberikan sokongan yang amat menggalakkan. Mudah- mudahan segala usaha murni ini akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T, Insyaallah.. 

Lagi gambar- gambar berkaitan akan menyusul...

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 25 Aug 2011 07:17 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


ULAMA BUKAN " PENUMPANG " DALAM PENTADBIRAN: PAS

Posted: 24 Aug 2011 11:15 PM PDT

KEDIAMAN GADDAFI DISERANG PEMBERONTAK

Posted: 24 Aug 2011 08:19 AM PDT

ZAKAT 10 PPK ZON SELATAN MENINGKAT

Posted: 24 Aug 2011 08:08 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan