BLOG - BLOG PARTI UMNO |
- Puteri UMNO Bahagian Subang
- Ahli Parlimen Kota Belud
- Pemuda Johor Bahru
- ahmadmaslan.blogspot.com
- PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN
Posted: 20 Jun 2011 03:02 AM PDT
| ||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 19 Jun 2011 11:07 PM PDT
| ||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 19 Jun 2011 09:46 PM PDT
| ||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 19 Jun 2011 09:09 PM PDT
| ||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 19 Jun 2011 03:30 PM PDT
| WAJARKAH MEREKA DI PECAT SAHAJA ? Posted: 18 Jun 2011 06:38 PM PDT <'Sumbat gol sendiri' punca UMNO lemahOleh Khairul Anuar Abdul Samadkrull@bharian.com.my2011/06/19Ahmad Zahid mahu ahli henti berbalah TANAH MERAH: Semangat perjuangan parti yang sudah hilang dikatakan menjadi penyebab berlakunya perbuatan 'menyumbat gol sendiri' atau 'cah keting' di kalangan ahli UMNO di negeri ini.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kekalahan UMNO atau Barisan Nasional (BN) di Kelantan, bukan disebabkan parti pembangkang iaitu PAS yang kuat, tapi UMNO sendiri yang memberikan kekuatan kepada mereka.Katanya, sikap segelintir ahli UMNO yang dikatakan mempunyai agenda peribadi menyebabkan berlakunya kejadian menyumbat gol sendiri itu yang akhirnya memudaratkan keadaan parti keramat ini pada masa depan. "Saya akui setiap pihak ada masalah, namun kita akan cuba menyelesaikannya dengan memperincikannya di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing, di sini, semalam. Hadir sama Ketua UMNO bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abd Aziz. Pada majlis itu, Ahmad Zahid mengumumkan UMNO bahagian Tanah Merah menjadi anak angkatnya selain meluluskan peruntukan sebanyak RM30,000 bagi membolehkan dewan SMK Belimbing dibekalkan dengan kemudahan pendingin hawa. Seramai 3,000 ahli serta perwakilan menghadiri majlis itu. Ahmad Zahid mengingatkan ahli UMNO supaya jangan membiarkan hanya Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekerja keras, sedangkan ada yang mengamalkan sikap 'cah keting'. Katanya, pilihan raya umum akan datang dijangka luar biasa kerana kebangkitan semangat pembangkang kini semakin kuat berikutan kejayaan membentuk 'simpanan tetap' di lima negeri yang dimenanginya sebelum ini. "Pembangkang sudah menganggap kekuatan UMNO sudah terhakis disebabkan kekalahan di lima negeri terbabit selain wujudnya perbuatan 'menyumbat gol sendiri' atau 'cah keting'. "Eloklah bermula sekarang, orang UMNO perlu menghentikan sebarang pergaduhan. "Kita akui dalam pembangkang juga berlaku pergaduhan, namun mereka bergaduh dalam bilik tidur, sedangkan orang UMNO, bergaduh di depan rumah tempat orang lalu lalang, ini harus dihentikan," katanya. Sementara itu, Ikmal Hisham berkata, transformasi pembangunan yang dilakukan UMNO Tanah Merah sejak kebelakangan ini membuahkan hasil, apabila semua masyarakat jajahan itu tanpa mengira kaum menikmati pelbagai kemudahan prasarana termasuk projek pembangunan insan. Katanya, antara kejayaan cemerlang transformasi itu ialah dalam sektor pendidikan apabila Parlimen Tanah Merah menjadi antara jajahan yang mencatat peratusan tertinggi kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di negeri ini. "Sejak saya mengambil alih jawatan Ketua UMNO bahagian ini (Tanah Merah), banyak usaha sudah dilakukan melalui pelbagai transformasi, bertujuan membantu rakyat miskin di samping meraih semula sokongan rakyat terhadap UMNO. "Kejayaan cemerlang ialah dalam sektor pendidikan apabila Parlimen Tanah Merah mencatat peratusan kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh dan MRSM antara tertinggi di Kelantan dan ini adalah rekod 10 tahun berturut-turut," katanya. | ELAKKAN DIRI DARI BERSAMA PERHIMPUNAN INI... Posted: 18 Jun 2011 06:34 PM PDT | POLITIK ALA "PAK KADUK" OLEH PEMBANGKANG.... Posted: 18 Jun 2011 06:30 PM PDT KENYATAAN TERBARU TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN BERKENAAN PERHIMPUNAN BERSIH !!!![]() Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan perhimpuan haram yang dirancang oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini sebagai satu cubaan pihak pembangkang untuk menjadikannya sebagai jalan pintas ke Putrajaya.Katanya pembangkang sebenarnya berselindung di sebalik badan bukan kerajaan itu yang mempertikaikan sistem pilihan raya umum di negara ini bagi merealisasikan niat mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun memberi penjelasan berkali-kali bahawa pilihan raya dijalankan secara teratur mengikut peraturan sedia ada. "Kalaulah mereka membangkitkan isu yang berkaitan pilihan raya kenapa sekarang mempertikaikan soal itu. Kenapa tidak mempertikainya pada pilihan raya lepas.Saya fikir tujuan mereka tidak baik.Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan itu kepala saja.Saya tahu di belakangnya ialah pihak-pihak pembangkang apabila Mohamed Sabu diletakkan sebagai timbalan pengerusinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Beaufort. ![]() BERNAMA melaporkan Tan Sri Muhyiddin Yassin,yang juga Timbalan Presiden UMNO,berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai rancangan badan bukan kerajaan itu mengadakan mengadakan demonstrasi jalanan yang haram itu. Katanya tujuan Bersih mengadakan perhimpunan itu bukan setakat mempersoalkan isu SPR atau perjalanan pilihan raya,tetapi kemungkinan juga sebagai platform untuk membangkit isu yang mungkin menjadi perhatian rakyat dan seterusnya membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. ![]() "Mereka mungkin akan meneruskan momentum ini supaya apabila sampai pilihan raya nanti, kebencian rakyat akan mencapai ke tahap yang tinggi dan menolak kerajaan," katanya. Beliau berkata demonstrasi jalanan bukan penyelesaian terbaik berkaitan dengan sistem pilihan raya negara, sebaliknya mereka boleh menggunakan demokrasi berparlimen untuk membetulkan keadaan. ![]() Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihak polis tidak meluluskan permit perhimpunan kerana tidak mahu kejayaan, kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh negara selama ini akan terjejas hanya kerana kelompok kecil ini.Justeru itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan taktik pembangkang yang mengamalkan 'double standard' yang mengunakan isu pilihan raya sebagai jalan pintas ke Putrajaya. "Bila BN menang mereka pertikaikan.Bila mereka (pembangkang ) menang,mereka tidak pertikaikan," katanya. ANDA FAHAM APA YANG DI MAKSUDKAN ??? ANDA NAK TAHU PENGALAMAN SEORANG BEKAS REFORMIS JALANAN ??? KLIK DI SINI INILAH PEMBANGKANG,DULU SIBUK SANGAT NAK LELONG PUTRAJAYA !!! SEKARANG NAK PULAK PUTRAJAYA LEPAS TU KABURKAN HATI RAKYAT DENGAN DEMO HARAM !!! MANA PERGI MARUAH TU ??? KETUA BUKAN MELAYU DAN ISLAM PULAK TU ??? SAPA DIA ??? AHLI POLITIK KER ??? JAHANAM !! | PILIHANRAYA BERSIH DAN ADIL HAK SEMUA PENGUNDI... Posted: 18 Jun 2011 06:24 PM PDT SPR keliru tindakan penganjur BERSIH KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) keliru dengan tindakan penganjur perhimpunan BERSIH 2.0 yang tetap berkeras mahu meneruskan aktiviti itu seperti dijadualkan 9 Julai ini kononnya bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil di negara ini. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata penganjur perhimpunan itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sebelum ini sudah diberikan penjelasan mengenai perjalanan pilihan raya di negara ini dan persetujuan mengenai beberapa perkara juga sudah dicapai.Katanya, pada sesi pertemuan SPR dengan BERSIH 2.0 hujung tahun lalu, organisasi itu tahu sudah ada tuntutan mereka yang diterima, diubah suai dan sesetengah yang lain terpaksa ditolak kerana hal Perlembagaan."Bukan semua tuntutan BERSIH dapat ditunaikan kerana sesetengah perkara memerlukan pindaan Perlembagaan. Contohnya supaya usia pemilih diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun... sudah pasti tak dapat dipenuhi kerana ia bukan bidang kuasa SPR, sebaliknya memerlukan pindaan Perlembagaan di Dewan Rakyat. "Kita juga sedang berusaha memperbaiki sistem pengundian pos malah setiap hari membuat semakan daftar pemilih dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memastikan tiada masalah senarai pengundi. Ada beberapa tuntutan BERSIH seperti tempoh berkempen dan undi pos sudah kita ubah suai dan dipersetujui bersama. "Contoh lain, mereka minta tempoh kempen pilihan raya dipanjangkan, kita sedia memberikan minimum tujuh hari atau lebih, tetapi SPR juga perlu adil kerana ada parti politik kecil merayu tempoh berkempen tidak terlalu panjang," katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam. Abdul Aziz berkata, dakwaan SPR menggunakan taktik kotor dengan memenangkan parti kerajaan pada setiap kali pilihan raya adalah tidak benar sama sekali serta tohmahan berniat jahat untuk memburukkan nama suruhanjaya itu sebagai badan bebas di negara ini | TAHNIAH KEPADA PASUKAN MALAYSIA..TERUSKAN.. Posted: 18 Jun 2011 06:19 PM PDT | TERIMA KASIH DAN TAHNIAH YAB PM. Posted: 18 Jun 2011 06:16 PM PDT | SIAPA SEBENARNYA YANG HINA ISLAM? Posted: 18 Jun 2011 06:12 PM PDT
| Jual perjuangan dan prinsip semata-mata mahu pegang kuasa. Posted: 18 Jun 2011 06:09 PM PDT
| DISEBALIK PENGHARAMAN UTUSAN BUAT LIPUTAN..... Posted: 18 Jun 2011 06:05 PM PDT
|
You are subscribed to email updates from BLOG - BLOG PARTI UMNO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan