ISA : Pemuda PAS Tidak Akan Berundur Walau Selangkah
1. MUBARAK mendesak kerajaan agar menangkap perancang Himpunan BERSIH 2.0 di bawah Akta Keselamatan Dalam negeri [ISA].Ini satu ugutan yang keterlaluan dan melanggar lunas demokrasi. Saya nasihatkan MUBARAK agar tidak menjadi Husni Mubarak 2.0 yang suatu ketika dahulu bermaharajalela dan menangkap siapa sahaja yang menentang beliau tanpa sebarang bicara.
2. Mereka mahu ugut siapa ? Kami sudah menegaskan kepada semua bahawa kami hanya akan berhimpun secara aman dan menunjuk perasaan kami membantah sistem demokrasi yang masih pincang dan mendesak supaya beberapa tuntutan kami yang mewakili sebahagian besar rakyat diterima dengan baik oleh pihak kerajaan. Apa masaalah MUBARAK ? apa masaalah kerajaan ? untuk tidak menunaikan permintaan sebahagian rakyat biar pun tidak semua rakyat dalam negara ini membuat tuntutan serupa, justeru apa yang kami minta adalah untuk keadilan dan ketelusan.
3. Kita tidak minta lebih. Kita tidak meminta suatu yang merugikan mana - mana pihak termasuk kerajaan. Apa yang kita minta ialah padang yang sama rata, alat yang serupa dan suasana yang mengizinkan ketelusan berlaku dan dilihat berlakunya ketelusan dalam sistem demokrasi khasnya sistem pengendalian pilihanrayadalam negara ini.
4. Setelah permintaan kita selama ini gagal dilayan dengan baik oleh pihak berwajib, himpunan BERSIH 2.0 adalah sebagai langkah untuk menunjuk perasaan dan menarik perhatian bahawa permintaan kita adalah serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh mereka.
5. Cara mahu menangani Himpunan BERSIH 2.0 ialah dengan mengawal himpunan ini agar tidak terdedah kepada provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab dan menunaikan permintaan rakyat tersebut. Bukan dengan ugutan dan tangkapan . Jika ugutan dan tangkapan itu mereka fikir boleh menakutkan rakyat, maka saya fikir mereka silap dan 1001 kali silap.
6. Insyaallah, saya sendiri akan berada di saff hadapan dan jangan fikir ISA itu boleh mengendurkan semangat saya dan melemahkan kesungguhan saya apalagi mahu menakutkan saya. Saya yakin ini adalah perjuangan rakyat yang mahu menuntut kebenaran, keadilan, ketelusan dan kejujuran dalam sistem pengendalian demokrasi negara dan ia adalah suatu yang dituntut oleh Islam justeru Islamlah pelopor keadilan, ketelusan dan kejujuran ini.
7. Saya menyeru semua rakan - rakan anak muda dari seluruh negara agar gembira dan tenang. Himpunan BERSIH 2.0 adalah untuk keamanan dan kesejahteraan negara. Rakyat juga tidak perlu resah, peniaga tidak perlu bimbang dan orang ramai tidak usah gundah, himpunan ini aman jika mana - mana pihak termasuk pihak polis tidak mencetus provokasi. Saya yakin, yang rasa tidak aman ialah UMNO dan BN, yang resah ialah UMNO dan BN dan yang gundah ialah UMNO dan BN.
8. Malaysia bukan negara polis. Maka usahlah kerajaan menangani masaalah rakyat dan tuntutan mereka dengan kekerasan dan tangkapan. Tapi, kalau kerajaan fikir mereka mahu jatuh cepat dari jadual yang telah ditentukan, silakan lah berbuat sesuka hati. Saya tidak boleh jamin apa - apa.
9. Saya menyeru buat kesekian kalinya, datanglah ke Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 nanti dengan happy dan enjoy membawa semangat "Visit Day" dan Kuala Lumpur adalah destinasi anda kali ini. Melancunglah dalam negeri ! bukankah ini slogan kerajaan.Ppelancungan pada 9 hb Julai 2011 ini adalah bertemakan Keadilan dan Ketelusan di samping menikmati Kota Raya negara kita sendiri.
10. Datang jangan tak datang. Saya tunggu anda semua pada 9 hb Julai 2011 kelak . Salam perjuangan dari saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia .
UMNO katanya nak besatu padu atas dasar Melayu, tapi nak dok satu pentas dengan Timbalan Presiden PAS pun dah tak sanggup.. ———————————————————————————————– Penampilan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai seorang daripada pemidato semasa pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia malam tadi dibatalkan. Menurut Harakahdaily, difahamkan pembatalan itu dibuat oleh pihak penganjur setelah "mendapat tekanan" daripada Pejabat [...]
Mahkamah Rendah Syariah George Town hari ini menetapkan 26 Julai ini untuk perbicaraan kes khalwat timbalan ketua setiausaha (strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan pasangannya, Nur Diayana Norslan.
Hakim Syarie Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya menetapkan tarikh itu selepas menolak permohonan pihak pembelaan supaya mahkamah menetapkan tarikh untuk sebutan semula kes berkenaan.
Terdahulu, pembelaan yang diwakili Wan Faridulhadi Mohd Yusoff membuat permohonan itu sementara menunggu keputusan permohonon kebenaran poligami dan pengesahan nikah di Selatan Thailand yang difailkan anak guamnya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur minggu lepas.
Ketua Pendakwa Syarie Mohd Zulkhairi Aziz yang membantah permohonan itu berkata kes itu perlu diteruskan sementara menunggu keputusan permohonan berkenaan.
"Kita tidak tahu bila kes di Kuala Lumpur itu akan selesai. Ia mungkin mengambil masa yang lama... mungkin setahun atau dua tahun. Kita tidak tahu bila akan selesai," katanya.
Nik Bukhari kemudiannya menetapkan perbicaraan akan dijalankan sementara menunggu keputusan permohonon kebenaran poligami dan pengesahan nikah itu.
Bagaimanapun, jika permohonan itu diterima mahkamah, pihak pendakwaan boleh menarik balik atau membatalkan kes berkenaan.
Pada 19 April lepas, Salim, 51, dan Nur Diayana, 30 mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di Batu Ferringhi.
Salim, yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik bernombor 224 di sebuah hotel di Batu Ferringhi, 16 April lepas, pada kira-kira pukul 5 pagi.
Dia dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana mengikut Seksyen 27 (b) enakmen yang sama.
GUA MUSANG: Empat lelaki, termasuk dua beradik, maut apabila lori yang mereka naiki dengan penuh muatan baja, terjunam ke dalam gaung sedalam 100 meter di Jalan Lojing Lama, dekat sini, semalam.
Yang terbunuh dalam kejadian 11.30 pagi itu ialah pemandu lori, S. , 39; kelindannya, K. Muniandy, 31; dan dua dua beradik Orang Asli, Bah Chiumebu Saleh, 30 dan Bah Jipi, 28.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt. Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian itu berlaku semasa mereka, kesemuanya dari Perak, dalam perjalanan dari Cameron Highlands, Pahang ke Lojing, Gua Musang melalui Jalan Lojing Lama.
Beliau berkata, pemandu lori terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit sebelum terbabas dan menjunam ke dalam gaung.
Saiful Bahri berkata, dua daripada mangsa tercampak keluar dari lori itu, manakala dua lagi tertimbus di bawah timbunan baja setelah lori itu terbalik.
"Seramai 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa," katanya.
Beliau berkata, kesemua mayat dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing.
SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 (Bersih 2.0) menyangkal dakwaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mereka terlibat dalam serangan siber terhadap laman web kerajaan bermula empat hari lalu.
Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Datuk Dr Toh Kin Woon berkata, pihaknya tidak niat jahat terhadap kerajaan lebih-lebih lagi dalam isu itu.
"Bersih menuntut keadilan dan ketelusan dalam pilihan raya sahaja, tiada agenda lain selain itu. Apa yang dikatakan beliau (Rais) adalah fitnah.
"Kami mahu, antara lain, bersihkan senarai pengundi, tempoh berkempen selama 21 hari sebelum pengundian dan penggunaan dakwat kekal kepada pemilih," katanya.
Jumaat lalu, 198 laman web rasmi kerajaan dilaporkan digodam dan Rais percaya, serangan itu ada kaitan dengan penganjuran perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai depan.
Menurutnya, tindakan itu dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak patriotik kepada negara.
Kin Woon berkata, perhimpunan Bersih 2.0 adalah berniat baik, hanya bawa suara rakyat yang mahu demokrasi pilihan raya sebenar.
Sementara itu, seorang lagi Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Harris Ibrahim berkata, apa yang didakwa menteri itu sama sekali tidak masuk akal.
"Untuk apa kami mahu menggodam laman web itu? Beliau menuduh tanpa bukti. Jika kami terlibat, tunjukkan bukti," katanya.
Hasrat aspirasi rakyat untuk memastikan proses pelantikan pemimpin negara menerusi lunas demokrasi dan pilihan raya yang adil serta telus sukar diterima oleh sebuah kerajaan yang angkuh.
PAS bersama semua parti politik pembangkang serta NGO yang menganggotai koalisi BERSIH, bersiap sedia untuk berhimpun secara aman tanpa senjata untuk menyerahkan memorandum khas kepada Yang di-Pertuan Agong.
Kerajaan perlu jelas bahawa himpunan yang akan diadakan pada 9 Julai ini ialah satu himpunan AMAN. Ia diambil daripada ruh demokrasi yang diperuntukkan dalam Perkara 10, Perlembagaan Malaysia.
Ini bermakna, perlembagaan yang dijunjung oleh seluruh rakyat Malaysia telah menjamin dan membenarkan hak yang diberikan kepada mereka. Oleh yang demikian, BERSIH tidak melakukan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang.
Selain daripada mensinonimkan himpunan aman dengan himpunan haram dan himpunan yang boleh mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan, seolah-olah satu lagi teknik yang dicipta untuk menyekat himpunan aman iaitu teknik 'TAKUTKAN RAKYAT'.
Teknik 'TAKUTKAN RAKYAT' ini dilihat sebagai satu ugutan untuk menafikan hak berhimpun rakyat. Daripada pemerhatian yang dibuat, kami mendapati:
a) Pada 13 Jun 2011, PERKASA secara agresif akan turun ke jalan raya bagi membentuk satu kumpulan untuk bertembung dengan kumpulan BERSIH. Ini bertujuan bagi meningkatkan sentimen tidak aman pada 9 Julai nanti.
b) Pada 15 Jun 2011, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar memberi amaran untuk tidak mengeluarkan permit termasuk membuat tangkapan awal sebagai langkah pencegahan.
c) Pada 17 Jun 2011, Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) pula mencadangkan kepada pihak polis supaya mengambil tindakan yang lebih tegas dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada perancang himpunan aman BERSIH 2.0.
d) Pada 18 Jun 2011, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Rais Yatim telah mengaitkan serangan siber atau godam terhadap laman web kerajaan bermotifkan politik dan mempunyai kaitan dengan BERSIH.
e) Pada 18 Jun 2011 juga, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin pula telah cuba memiripkan himpunan aman BERSIH 2.0 umpama himpunan rakyat yang dilakukan secara besar-besaran pada tahun 1998. Dia bermaksud himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini tidak mustahil boleh berlaku huru hara dan pelbagai ancaman provokasi.
f) Pada 19 Jun 2011, Timbalan Perdana Menteri mendakwa himpunan BERSIH 2.0 adalah himpunan untuk membangkitkan kemarahan rakyat seterusnya menjatuhkan kerajaan sah hari ini.
g) Pada 19 Jun 2011 juga, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menuduh bahawa BERSIH 2.0 tidak harus mencontohi perhimpunan rakyat di negara Asia Barat seperti Mesir, Syria dan Libya.
Mereka cuba menafikan hak rakyat yang telah diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan. Maka, kedaulatan undang-undang tersebut telah dicemari. Malah, apa yang diamalkan oleh kerajaan adalah undang-undang rimba.
Ingat, kerajaan yang angkuh dan menggunakan kuasa fizikal untuk menekan hak rakyat tidak akan selama-lamanya berkuasa. Rakyat tidak boleh disekat kerana akal, budi dan jiwa mereka sebenarnya bebas.
ADEN 20 Jun - Seramai 13 orang disyaki militan al-Qaeda serta dua tentera Yemen terbunuh dalam pertempuran berhampiran kawasan yang dikuasai puak bersenjata di Zinjibar, selatan Yemen, kata sumber tentera dan pasukan perubatan semalam.
"Kira-kira 13 orang pengganas dari kumpulan Ansar al-Sharia terbunuh manakala tiga yang lain cedera selepas pasukan Brigad Artileri ke-119 melancarkan serangan terhadap sekumpulan pengganas yang sedang memasang bom di jalan utama," katanya.
Dua askar kerajaan kemudiannya terbunuh manakala tiga yang lain cedera selepas kumpulan lelaki bersenjata menyerang pangkalan tentera pada lewat malam, kata pegawai tentera. - AFP
Guinea boleh menjalin hubungan dan belajar lebih banyak dari Malaysia berbanding negara-negara Eropah kerana kedua-dua negara itu berkongsi banyak persamaan.
Perwakilan dari Guinea, Ismail Nabe, yang mewakili sektor swasta negara itu, berkata adalah lebih wajar untuk menjalin usahasama dengan Malaysia memandangkan perbezaan antara Guinea dan negara-negara maju Eropah terlalu besar.
Kebanyakan negara Eropah telah maju sepenuhnya sejak berdekad lepas, katanya kepada Bernama di luar program Dialog Antarabangsa Langkawi Kesembilan 2011 (LID 2011).
Ismail berkata ini merupakan sebab mengapa platform seperti LID sangat penting kerana kerjasama antara negara boleh menghasilkan situasi menang-menang.
"Negara saya hampir sama dengan Malaysia. Kami mendapat kemerdekaan pada masa yang hampir sama dengan kemerdekaan Malaysia dan kami juga mempunyai iklim yang sama. Jadi apa sahaja yang berjaya dilaksana di Malaysia boleh juga berjaya di Guinea.
"Sebagai tambahan, 85 peratus daripada penduduk kami beragama Islam. Sebagai negara Islam kita berkongsi budaya yang sama," katanya sambil menambah bahawa fokus LID tahun ini mengenai teknologi, perkongsian bestari dan pembangunan sosial boleh digunakan oleh Guinea.
"Kami meninjau pelabur dari Malaysia untuk melabur di Guinea dan sebaliknya. Kami mahu bekerjasama erat dengan rakan kongsi dari Malaysia untuk meningkatkan usahasama ini.
"Kini, pilihan raya telah lepas, kami mencari pelabur dalam pembangunan infrastruktur dan industri makanan, pertanian serta perlombongan.
Guinea mempunyai sumber asli yang banyak, termasuk lebih 25 peratus simpanan bauksit yang terkenal di dunia selain logam lain seperti alumina, berlian dan emas.
Sempena Hari Bapa yang disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun, ingin saya mencoretkan sedidik cacatan bagi mengingatkan kembali peranan kita sebagai bapa. Semoga ada maaf kepada kita semua. Pada masa yang sama, anak kita dapat hargai peranan itu lalu tidak menyakitkan hati kita.
Cuma sedikit ingatan, bapa wajib ditaati dan dihargai setiap hari. Dengan ini tidak wajar kita membuat majlis sambutan seperti orang bukan Islam menyambutnya. Namun tidak salah anak menjamu makan bapanya di restoran terkemuka sebagai salah satu usaha menghargai peranan bapanya.
Sebagai ketua keluarga, maka seorang bapa wajib menyediakan bajet yang cukup untuk keluarga, memimpin dan melindungi anak dan isteri. Itulah asas dalam merealisasikan perintah Allah dalam ayat di atas. Maknanya kalau salah satu daripada tiga perkara itu diabaikan, neraka sedia mengalu-alukan mereka sekeluarga.
1. Menyediakan bajet; sebagai bapa dia wajib berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkan pendapatan halal. Untuk itu bapa boleh bekerja dengan orang lain atau menjadi pengusaha sendiri, yang penting sumber pendapatannya halal. Inilah yang selalu diistilahkan sebagai nafkah.
Perkara ini bukan senang untuk direalisasikan oleh golongan bapa. Kadang-kadang sebagai pekerja, dia tidak amanah. Kalau dia berjawatan tinggi terlibat dengan penyelewengan dan rasuah. Kalau dia berusaha sendiri, terlibat dengan penipuan, riba dan sebagainya. Kalau ini yang mampu dilakukan, bagaimana bajet yang sediakan itu boleh menyelamatkan dirinya dan keluarganya daripada api neraka?
Namun jika bapa boleh bersyukur, rezeki mereka akan datang mencurah-curah. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya) 'bersyukurlah kepada Allah (akan Segala nikmat-Nya kepada-Mu)', dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya akan dipulangkan kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi masalah kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji." (Surah Loqman : 12)
2. Memimpin; sebagai pemimpin bapa perlu kuat iman, kuat jiwa dan bijak merancang. Pemimpin yang kuat iman tidak akan bertolak ansur soal dosa. Maka dengan itu bapa akan mendidik keluarganya agar mentaati agama. Mereka akan dibimbing supaya takut kepada Allah, gerun kepada neraka-Nya dan cintakan syurga-Nya. Firman Allah menukilkan pesanan Loqman kepada anaknya yang bermaksud:
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya." (Surah Loqman :17)
Pemimpin yang kuat jiwa mampu berhadapan dengan pelbagai karenah isteri dan anak-anak. Masalah yang ditimbulkan oleh mereka dapat diatasi dengan baik. Bapa ini tidak akan mudah mengalah lalu mudah menyerah kepada takdir. Dengan sikap ini isteri dan anak-anak akan hormat dan kagum dengan kepimpinannya.
Begitu juga dengan pandai merancang; sebagai pemimpin bapa sudah memikirkan masa depan mereka bahkan anak-anak mereka. Bapa sentiasa memikirkan masa depan yang cerah di dunia ini dan syurga di akhirat nanti. Dengan ini dia merancang pendidikan yang berkesan kepada anak-anaknya.
Di sinilah kebanyakan bapa gagal merancang. Pendidikan yang diberikan kepada anak-anaknya tidak seimbang dengan kehendak Islam. Akhirnya anaknya yang berjaya dalam pelajaran menjadi sombong kepada orang ramai dan Allah. Kalau ini yang terjadi, bolehkah selamat daripada api neraka.
3. Melindungi; bapa wajib melindungi anak daripada dikhianati atau dizalimi oleh orang lain. Oleh sebab itu pasti anak-anak berada dalam keadaan selamat apatah lagi mencetuskan keadaan yang tidak selesa terhadap orang lain. Tentulah tidak wajar bapa membiarkan anak lelakinya bergaul bebas dengan wanita.
Lebih-lebih lagi tidak wajar dia membiarkan anak perempuannya keluar bersendirian dengan lelaki.
Sikap bapa seperti ini bukan sahaja tidak melindungi anaknya tetapi mendedahkan mereka kepada bahaya. Inilah yang sering terjadi dalam masyarakat kita. Maka atas dasar percaya, kononnya kerana ikatan tunang, anaknya dilepaskan bebas. Bapa dalam keadaan ini adalah dayus.
Tanggungjawab yang diremehkan
Selain tanggungjawab di atas, terdapat beberapa lagi tanggungjawab namun sering diremehkan. Padahal perkara yang kecil itu boleh memberi infak kepada kemajuan anaknya pada masa hadapan. Antara tanggungjawab itu ialah:
1. Memilih nama yang baik untuk anak
Bapa seharusnya memilih nama yang baik kepada anak. Pilihan itu merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya antara hak anak ke atas bapa ialah mengelokkan namanya dan mengelokkan adabnya." (Riwayat al-Bazzar)
Nama yang baik ini penting kerana nama itulah nanti akan dipanggil di padang mahsyar nanti. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksudnya: "Sesungguhnya kamu dipanggil pada Hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, dari itu elokkanlah nama-nama kamu."(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)
2. Membuat Aqiqah
Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan bapa mengadakan acara kesyukuran dengan menyembelihkan kambing. Untuk anak lelaki, dua ekor dan seekor untuk anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting,
malah menurut keterangan ulama hukumnya adalah "Sunat Muakkad".
Hukum ini masih pada tanggungjawab bapa selagi anak itu belum baligh. Tetapi setelah baligh masih lagi belum melakukannya, tanggungjawab itu dikembalikan kepada anak itu sendiri. Walaupun bapa itu tidak berdosa, namun dia dianggap cuai melaksanakan tanggungjawab itu.
3. Mengkhatankan anak
Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat berkumpulnya najis. Jadi, bahagian itu harus dibersihkan. Hukum berkhatan bagi anak lelaki menurut Imam Shafi'i, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain adalah wajib.
Berkhatan untuk anak perempuan dihukumkan sunat. Jadi, peluang bapa menunaikan tanggungjawab itu harus tidak diabaikan. Semoga anak-anak kita sentiasa berada dalam keadaan bersih.
Saya percaya, jika tanggungjawab dan peranan ini dapat dilakukan sebaiknya, bukan sahaja rumah tangga kita berada dalam keadaan selamat dan bahagia, malah anak-anak kita akan menjadi anak soleh. Mereka akan taat dan sayang kepada bapa apatah lagi sewaktu mereka sudah tua.
GEORGETOWN, – Pesakit buah pinggang di Pulau Pinang berpeluang mendapat rawatan dengan harga RM30 bagi setiap dialisis apabila Pusat Dialisis CAT yang pertama disiapkan tidak lama lagi.
Untuk membolehkan pesakit hanya membayar RM30 bagi sekali rawatan dialisis, kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan menanggung kos perkhidmatan yang ditetapkan pada kadar RM110 berbanding dengan kadar pasaran di antara RM150 dan RM200. Kerajaan negeri Pakatan akan menanggung kos selama 10 tahun, iaitu anggaran sebanyak RM2.05 juta, atas kadar tajaan RM30 setiap rawatan untuk kelompok 25 hingga 50 orang pesakit.
Daripada kos RM110 bagi setiap rawatan itu, kerajaan persekutuan akan diminta menyumbang RM50 manakala kerajaan negeri menyediakan RM30 dan pesakit buah pinggang (end stage renial failure) pula hanya membayar RM30.
Biasanya, seorang pesakit buah pinggang menjalani 3 kali rawatan seminggu.
Inisiatif Pusat Dialisis CAT adalah usaha Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyanyang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh, merangkap Adun DAP Sungai Puyu.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, usaha itu adalah sumbangan kerajaan negeri kepada rakyat dengan kerjasama sektor swasta dalam usaha menjaga kesihatan rakyat.
"Kerajaan negeri telah menggunakan lebihan bajet dan bercadang, sekiranya keadaan mengizinkan, untuk memperluaskan Pusat Dialysis CAT di kawasan lain di Pulau Pinang," katanya.
Sebagai permulaan, Pusat Dialisis CAT akan disediakan dengan 10 mesin homeodylasis (HD), sistem rawatan air RO dan automatic reprocessor dengan suntikan dana atas usaha kerajaan negeri.
Kos setiap mesin HD dianggarkan RM 42,000 yang memerlukan perbelanjaan RM420,000 yang ditanggung oleh pihak swasta dan kerajaan Negeri di bawah konsep public & private partnership framework (PPP).
Mengikut perangkaan 2009, terdapat 1,804 pesakit buah pinggang di Pulau Pinang. Kesemua 6 pusat dialisis di Hospital Pulau Pinang yang mempunyai 75 mesin yang diuruskan oleh Kementerian Kesihatan tidak dapat lagi menampung jumlah peningkatan pesakit.
Guan Eng yang juga Adun Air Putih berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti lokasi untuk memulakan projek perintis Pusat Dialisis CAT di pejabat pasar awam Balik Pulau, berhampiran perhentian bas Rapid Penang.
Katanya, pemilik bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah bersetuju untuk menyediakan ruang di belakang pejabat kutipan hasil di pejabat pasar awam Balik Pulau sebagai Pusat Dialisis CAT dengan kadar sewa nominal RM10 setahun.
"Kerajaan negeri PR prihatin kepada penduduk luar bandar dan menjaga kebajikan semua rakyat Pulau Pinang tanpa mengira kaum, agama, jantina dan latar belakang politik," tambah beliau. – Roketkini.com
KUALA LUMPUR, 20 Jun: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan mengetuai satu panel khas pelaksana parti yang akan memperincikan konsep negara berkebajikan yang diketengahkan dalam ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 3 Jun lalu dalam bentuk 'Buku Hijau' secepat mungkin menjelang pilihan raya umum ke 13.
"Kita akan dokumenkan konsep ini dalam bentuk buku dan Buku Hijau ini akan diedarkan di seluruh negara dalam masa terdekat," kata Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Panel tersebut yang ditubuhkan minggu lepas, katanya akan turut dianggotai oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dua ahli jawatankuasa kerja pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Idris Ahmad, Pengerusi Institut Kajian Polisi PAS, Dr Zuhdi Marzuki dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat, Dr Siti Mariah Mahmud.
"Melalui panel ini, kami akan memperincikan konsep negara berkebajikan dengan mengemukakan ciri-ciri sebuah negara berkebajikan," tambah beliau.
Semenjak PAS membentangkan penubuhan sebuah negara berkebajikan di Muktamar ke 57, pimpinan Umno and medianya telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.
"Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya minggu lalu.
Meskipun ini bukan kali pertama PAS mengetengahkan konsep negara berkebajikan kerana manifesto pilihan raya umum 2008 PAS juga bersandarkan tema negara kebajikan tetapi ia tetap diserang hebat oleh Umno.
Sebagai reaksi balas, Tuan Guru Abdul Hadi berkata, negara berkebajikan boleh dibuktikan sekiranya rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang.
Isra' Miraj adalah kisah perjalanan Nabi Muhammad ke langit ke tujuh dalam waktu semalam. Prosesi sejarah perjalanan Isra' Mi'raj Nabi Muhammad termaktub dalam QS. 17.Al-Isra' :1 yang berbunyi
"Maha suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Majidil Aqsha yang Kami berkahi sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. (QS. 17.Al-Isra' :1)
Dan tentang mi'raj Allah menjelaskan dalam QS. An-Najm:13-18:
"Dan sesungguhnya dia (Nabi Muhammad SAW) telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, di Sidratul Muntaha. Di dekat (Sidratul Muntaha) ada syurga tempat tinggal. (Dia melihat Jibril) ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh suatu selubung.
Penglihatannya tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar." (QS. An-Najm:13-18)
Hubungan antara peristiwa perjalanan Isra' Mi'raj dengan teori relativitas.
Sampai disini dari hal hal tersebut diatas, kita sudah dapat mengambil kesimpulan secara gamblang, bahwa peristiwa Isra Miraj adalah benar. Bagaimana mungkin seorang manusia yang ummi 14 Abad yang silam dapat membuat sebuah cerita atau teori yang dapat dibuktikan didalam abad ke 20 dengan sedemikian detailnya. Dengan kata lain tidak mungkin Rasulullah SAW mencontoh teori Albert Einstein yang lahir sesudahnya (?).
Teori Relativitas.
Theori Relativitas membahas mengenai Struktur Ruang dan Waktu serta mengenai hal hal yang berhubungan dengan Gravitasi. Theori relativtas terdiri dari dua teori fisika, relativitas umum dan relativitas khusus. Theori relativitas khusus menggambarkan perilaku ruang dan waktu dari perspektif pengamat yang bergerak relatif terhadap satu sama lain, dan fenomena terkait. Sala artikel ini hanya dibahas theori relativitas khusus dan Efek yg disebut dilatasi waktu (dari bahasa Latin: dilatare "tersebar", "delay").
Einstein merumuskan teorinya dalam sebuah persamaan mathematik:
Dengan adanya pembuktian pembukatian tersebut, berarti Albert Einstein dengan teori relativitasnya secara langsung atau tidak langsung telah membuktikan bahwa kisah Al Quran tentang kisah "perjalanan Rasulullah SAW kelangit ketujuh dan kembali dalam satu malam" adalah benar. Terutama dalam segi dimensi WAKTU, dalam perhitungannya memungkinkan.
Akhirul kalam, saya menganggap bahwa pengetahuan akan adanya dilatasi waktu antar galaksi adalah suatu fenomena menarik bagi kaum muslimin. Fenomena inipun banyak terjadi pada peristiwa sehari-hari dan bahkan dipelajari oleh ilmuwan barat untuk mempelajari peristiwa di alam raya.
Dan mestinya bukanlah sesuatu yang dilarang atau berlebihan untuk lebih memahami fenomena di alam. Untuk selanjutnya yang kita tunggu adalah adanya kemajuan dalam bidang ilmu pengetahuan untuk dapat mengungkapkan desain dari black hole dan wormhole yang gabungan keduanya mirip bentuk teratai (Sidrah atau Sidratul, dan bentuk otak pada tubuh manusia.
Sehingga semua ini mudah-mudahan dapat meningkatkan ketakwaan kita dihadapan sang Pencipta.
CARACAS: Pasukan pengawal negara berusaha mengambilalih kawalan di penjara El Rodeo, Venezuela selepas 25 orang terbunuh dalam rusuhan banduan selama tiga hari.
Menteri Dalam Negeri, Tareck El Aissami memberitahu televsiyen VTV bahawa kira-kira 2,500 banduan dipindahkan keluar ke utara Caracas dan 1,000 lagi sedang menunggu dipindahkan keluar daripada penjara yang sesak berkenaan.
Sementara itu, kira-kira 1,300 banduan enggan menghentikan rusuhan. - AFP
IPOH : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai medium untuk rakyat turun dan menyampaikan hasrat mereka.
Beliau berkata demikian selepas mengulas tentang sikap pemuda UMNO Malaysia yang juga mahu menjadi jaguan dengan turut serta mengadakan perhimpunan pada 9 Julai 2011.
Ustaz Abu Bakar Hussein menegaskan bahawa himpunan bersin 2.0 merupakan satu perhimpunan damai yang dilakukan setelah beberapa usaha dan diskusi bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menemui jalan buntu.
Mengulas tentang 350 laporan polis yang telah dibuat, beliau menyatakan yang perhimpunan bersih ini bukanlah bertujuan untuk menganggu ketenteraman awam, tetapi menunjukkan solidariti masyarakat Malaysia yang mahukan keadilan.
Beliau turut optimis yang perhimpunan ini akan berjalan lancar andai tiada provokasi yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Memetik kata-kata beliau, "Apa yang ingin disampaikan oleh PAS ialah, sistem politik negara yang dilihat semakin keroh harus diperbaiki agar sistem demokrasi kembali berada pada tempat asalnya."
Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan bahawa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan akan diteruskan.
Beliau menolak cadangan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan akan meminta perhimpunan BERSIH 2.0 dibatalkan jika perdana menteri berjanji pilihan raya umum diadakan secara bersih dan adil.
"Keputusan (membatalkannya) bukan di tangan kamu, tetapi ia ditangan kami," katanya sambil menegaskan perhimpunan itu tetap diteruskan.
Menurutnya, perhimpunan pada 9 Julai depan adalah untuk rakyat dan bukan untuk kepentingan dirinya.
"Saya menolak untuk memberi sebarang komen terhadap perkara menyerang peribadi saya.
"Perhimpunan ini bukan untuk saya, ia adalah untuk kamu, untuk rakyat. Ia tentang rakyat Malaysia," katanya.
Oleh itu, katanya, perhimpunan 9 Julai di tiga lokasi akan diteruskan.
Tiga lokasi yang ditetapkan oleh gabungan itu adalah pusat membeli belah Sogo, Masjid Kampung Baru dan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Ambiga yang juga seorang peguam menegaskan demikian sewaktu berucap merasmikan pelancaran perhimpunan BERSIH di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur di ibunegara malam ini.
Beberapa jam sebelum pelancaran itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan lebih 57 NGO gabungan di bawahnya turut melancarkan perhimpunan Gerak Aman pada tarikh yang sama.
Penyokong PERKASA juga bertindak membakar dan memijak gambar Ambiga sejurus selepas perhimpunan tersebut.
Dalam risalah yang diedarkan kepada hadirin yang hadir dalam perhimpunan petang tadi, mereka mengingatkan bahawa Ambiga merupakan "Wanita Hindu Yang Merbahaya" susulan tindakannya yang didakwa boleh menggugat Melayu dan Islam.
Malah dalam ucapan beberapa pemimpin petang tadi, ada di antara mereka membuat kecaman peribadi terhadap Ambiga.
Amiga juga menegaskan bahawa masyarakat sivil akan mengetuai perhimpunan tersebut, dan bukannya diketuai oleh parti politik seperti mana dilaporkan.
Ambiga juga turut memberi jaminan kepada polis bahawa perhimpunan mereka adalah aman sepertimana yang telah ditunjukkan dalam perhimpunan BERSIH pertama pada November 2007.
Beliau sekali lagi mengajak semua pihak termasuk BN supaya menyertai perhimpunan tersebut bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.
Katanya dengan demikian, ia juga memberi kebaikan terhadap kredibiliti kepada BN.
Beliau turut membacakan lapan tuntutan mereka dalam perhimpunan itu iaitu membersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.
Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berjanji akan mengerahkan 100,000 anggotanya menyertai perhimpunan tersebut.
"Saya mewakili kepimpinan PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi memberi sokongan 100 peratus terhadap perhimpunan BERSIH," katanya disambut dengan laungan takbir.
Manakala wakil daripada parti politik yang lain termasuk NGO gabungan turut berucap dan menyatakan sokongan untuk menyertai perhimpunan tersebut.
Selepas perasmian tersebut, lebih 700 hadirin dihiburkan dengan paluan gendang rancak yang mengasyikan bagi menaikkan semangat penyokong perhimpunan itu.
SHAH ALAM – PKR menggesa kerajaan mencontohi proses pilihan raya Turki yang disifatkan antara negara yang memiliki sistem pemilihan yang telus.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, ia adalah strategi terbaik yang perlu dicontohi untuk menjadi sebuah negara yang adil kepada rakyat.
Beliau yang ditugaskan memantau proses pilihan raya di kawasan Batman, melihat sendiri bagaimana Menteri Kewangan Turki, Memet Simsek berkempen secara aman di daerah paling bergolak itu.
Menurutnya, berdasarkan pemerhatian, beliau mendapati wujud beberapa aspek yang patut dicontohi seperti tahap profesionalisme pihak polis dalam mengawal perusuh ketika Simsek mengadakan lawatan.
"Ketika itu, saya diiringi skuad Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan skuad polis. Apa yang memeranjatkan, di kawasan paling hitam itu, FRU dilatih, jangan sentuh perusuh, mereka hanya tahan, tunggu polis perusuh sampai dan didakwa di mahkamah," katanya.
Nurul Izzah salah seorang daripada 10 anggota delegasi yang menjadi tetamu Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang memenangi pilihan raya Turki, 12 Jun lalu.
Menurutnya, apa yang penting, kehidu-pan rakyat perlu dikembalikan walaupun mereka masih dibayangi kisah kehidupan lampau.
"Mesej utama yang kita perlu pegang, prinsip kebebasan melangkaui segala-galanya," katanya.
AKP memecahkan rekod pilihan raya Turki apabila menjadi satu-satunya parti politik yang menang pilihan raya tiga kali berturut-turut dengan peningkatan peratusan undi setiap kali pilihan raya.
LEKIR - Seorang murid lelaki tahun dua maut sementara 20 yang lain cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas ekspres di Kilometer 8.0 Jalan Lekir-Teluk Intan, di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu, mangsa bersama lima ahli keluarga lain menaiki kereta dalam perjalanan dari Klang menuju ke Manjung.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman berkata, daripada siasatan awal mendapati, kereta yang dipandu bapa mangsa dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas yang membawa muatan 26 penumpang.
Akibat pertembungan itu, menurutnya, kereta jenis Proton Waja yang dipandu, Maruan Jalil, 41, remuk di bahagian hadapan sementara bas yang dikatakan baru sahaja bertolak kira-kira 15 minit itu tergelincir ke longkang berhampiran.
"Tiga dilaporkan parah sementara 17 penumpang bas ekspres termasuk pemandu bas, Julie Marail, 32, yang mengalami patah tangan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Seri Manjung.
"Mereka yang parah termasuklah Maruan dan anak perempuannya serta seorang penumpang bas dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan," katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Jamil berkata, pihaknya dimaklumkan, bas berkenaan baru sahaja bertolak dari Hentian Bas Manjung menuju ke LCCT Sepang, Selangor.
Baki 12 lagi penumpang bas ekspres terpaksa meneruskan perjalanan kerana dimaklumkan telah menempah tiket penerbangan ke destinasi masing-masing.
Enam sekeluarga berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang dari bercuti di Klang, Selangor.
Maruan yang berasal dari Sabah bekerja di sebuah syarikat perkapalan di kawasan Manjung.
Difahamkan, 17 penumpang bas yang dirawat di Hospital Seri Manjung telah dibenarkan keluar awal pagi tadi.
Seorang penduduk, Azimi Zahari, 52, berkata, ketika berada di tempat kejadian, dia sempat membantu Maruan yang cedera parah.
"Ketika itu saya lihat kepala seorang kanak-kanak lelaki yang berada dalam kereta berlumuran darah.
"Beberapa penumpang bas ekspres lain sudah turun dan ada yang terbaring di tepi jalan raya," katanya.
SHAH ALAM,: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno BN sedang berusaha keras mencari jalan memecahkan perpaduan di antara PAS, PKR dan DAP.
Bercakap sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan di Konvensyen Pilihanraya Keadilan di sini, beliau mengingatkan seluruh pemimpin dan ahli PKR di segenap peringkat agar bersedia menghadapi taktik kotor Umno BN.
Umno BN, jelasnya kini terdesak dan akan menghalalkan segala tindakan bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
"Pastikan hubungan kita dengan PAS dan DAP erat kerana Datuk (Seri) Najib (Razak) masih merencana bagaimana nak pecahkan kita.
"Mereka menggunakan polisi penjajah iaitu pecah dan perintah. Kita harus waspada", katanya dihadapan lebih 4,000 ahli PKR yang hadir dari seluruh negara memenuhi Dewan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
Antara taktik kotor Umno BN itu jelasnya, tindakan "membeli" pemimpin tertentu dari Pakatan Rakyat untuk dijadikan "tukang karut" menghentam dan memfitnah pemimpin dan dasar Pakatan Rakyat.
"Menjelang pilihan raya harga naik, bukan harga barang tapi harga tokoh-tokoh khianat.
"Mereka akan cari, tak dapat pemimpin kanan, pemimpin negeri. Tak dapat negeri, pemimpin cabang. Tak dapat cabang, pemimpin ranting. Tak dapat ranting, pemimpin tewas termasuk yang gagal menjadi calon", katanya melontar jangkaan.
Sehubungan itu beliau memberi ingatan kepada seluruh ahli PKR bersedia berdepan bakal "pengkhianat" itu.
Mengulas peluang Pakatan Rakyat pada PRU-13, Anwar yang juga Ketua Pembangkang yakin jalan ke Putrajaya makin hampir.
"Kalau tidak kerana penyelewengan dan taktik kotor Umno BN pada PRU 2008, tak payah tunggu 2011 ni, sekarang ini kita sudah berada di Putrajaya," jelasnya disambut sorakan hadirin.
Namun apa yang penting tegasnya, setiap ahli perlu berkerja keras bukan sahaja menyampaikan maklumat sebenar kepada pengundi, malah menyekat taktik kotor Umno BN itu jika mahu menguasai Putrajaya pada PRU akan datang.
"Ada PRU kita menang insya Allah... Ada kata worst case scenario, Anwar masuk penjara. Saya kata Anwar masuk penjara, tapi kita menang.
"Satu lagi best case scenario, Anwar tak masuk penjara, dan kita menang," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.
Konvensyen pilihan raya Keadilan merupakan kali pertama seumpamanya di Malaysia dan belum pernah diadakan mana-mana parti politik lain sebelum ini.
Dengan tema "Demi Rakyat" konvensyen itu menghimpunkan perwakilan PKR dari seluruh negara untuk mendengar amanat pimpinan tertinggi menjelang pilihan raya umum ke-13 yang mungkin berlangsung pada bila-bila masa sahaja.
"Ada orang tanya, kalau Pakatan menang, apa nak buat dengan Datuk Najib. Tak mengapa, kita dah sedia jawatan untuk dia," kata Anwar.
JELEBU - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah mengenal pasti identiti penggodam ratusan laman web tempatan termasuk portal rasmi kerajaan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, usaha mengesan penggodam terbabit dilakukan dengan kerjasama pihak polis.
"Laporan siasatan kes mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diserahkan kepada Peguam Negara selepas ia dilengkapkan.
"Kerajaan memandang serius serangan penggodam kali ini dan akan bertindak tegas kepada pihak didapati bersalah," katanya selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu yang disempurnakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Musa Aman di Dewan Majlis Daerah Jelebu, Kuala Klawang dekat sini, semalam.
Rais bagaimanapun tidak memberitahu secara terperinci identiti penggodam terbabit.
Pada 19 Jun 2011 akhbar perdana melaporkan beberapa perarakan membantah perhimpunan bersih yang dianjurkan oleh "baby umno" Perkasa di Kota Bharu dan Alor Setar.Laporan itu menyebut di Kota Bharu dihadiri oleh 2500 orang ketika membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu yang diketuai oleh Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Azmi Ali dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) .Tindakan yang sama dibuat oleh Presiden Kimma Datuk Syed Ibrahim Kader di Kuala Lumpur.
Di Alor Setar kira-kira 500 ahli Perkasa Daerah Kota Setar berkumpul di kawasan dataran berhadapan Masjid Zahir, bagi menyatakan bantahan terhadap perhimpunan Bersih. Himpunan dibuat sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada pukul 10.30 pagi.
Sebenarnya tidak ada masalah perhimpunan atau perarakan yang dibuat oleh mana-mana pihak, kerana ini adalah hak yang dibenarkan oleh perlembagaan. Biarlah pihak yang membantah perhimpunan Bersih membuat bantahan. Persoalannya kenapa himpunan Bersih 9 Julai 2011, belum buat sudah diugut untuk ditangkap. Manakala perhimpunan menentang Bersih tidak diapa-apakan. Apakah di negara ini sudah ada dua undang-undang?. Jika himpunan dibuat oleh pihak sokong umno ia kebal daripada sebarang tindakan. Jika pihak Pakatan Rakyat, belum himpunan dibuat sudah hendak ditangkap, seperti kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar kepada penganjur Bersih.Inilah Malaysia negaraku, inilah polis di negaraku.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
KUALA LUMPUR, 20 Jun: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan mengetuai satu panel khas pelaksana parti yang akan memperincikan konsep negara berkebajikan yang diketengahkan dalam ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 3 Jun lalu dalam bentuk 'Buku Hijau' secepat mungkin menjelang pilihan raya umum ke 13.
"Kita akan dokumenkan konsep ini dalam bentuk buku dan Buku Hijau ini akan diedarkan di seluruh negara dalam masa terdekat," kata Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Panel tersebut yang ditubuhkan minggu lepas, katanya akan turut dianggotai oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dua ahli jawatankuasa kerja pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Idris Ahmad, Pengerusi Institut Kajian Polisi PAS, Dr Zuhdi Marzuki dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat, Dr Siti Mariah Mahmud.
"Melalui panel ini, kami akan memperincikan konsep negara berkebajikan dengan mengemukakan ciri-ciri sebuah negara berkebajikan," tambah beliau.
Semenjak PAS membentangkan penubuhan sebuah negara berkebajikan di Muktamar ke 57, pimpinan Umno and medianya telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.
"Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya minggu lalu.
Meskipun ini bukan kali pertama PAS mengetengahkan konsep negara berkebajikan kerana manifesto pilihan raya umum 2008 PAS juga bersandarkan tema negara kebajikan tetapi ia tetap diserang hebat oleh Umno.
Sebagai reaksi balas, Tuan Guru Abdul Hadi berkata, negara berkebajikan boleh dibuktikan sekiranya rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang.
Buat orang Negeri Sembilan khususnya warga Rembau. Dapatkan maklumat terkini perkembangan di Rembau sekitar Chembong, Kota, Penajis, Bongek, Pedas, Gadong, Astana Raja, Ulu Sepri dan lain-lain kawasan sekitarnya antaranya perkembangan pembinaan hospital Rembau, UITM Rembau, Landasan Terbang Rembau di Rembau Hari Ini pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/
Sejak saya memuatkan posting Yang Mencantas dan Yang Dicantas, ada yang bertanya dan menegur tentang mengapa perlunya saya menceritakan perjalanan mesyuarat perlantikan PJ Selangor? Tidakkah memadai dengan hanya memberitahu kesudahannya? Bukankah dengan menceritakan apa yang berlaku semasa mesyuarat maka dengan secara tidak langsungnya saya telah mendedahkan 'Rahsia Parti'?
Sebenarnya saya berasa hairan dengan sikap yang sebegini rupa. Mereka ini membaca tetapi tidak dapat memahami. Seolah-olah pemikiran dan hati mereka telah diselubungi kegelapan atau kebencian sehinggakan tidak dapat melihat pengajaran yang terkandung disebalik tulisan saya itu. Walaubagaimanapun, majoriti yang membaca kisah yang dipaparkan, jelas dapat melihat bagaimana proses perbincangan dan syura yang diamalkan di dalam PAS. Pandangan pimpinan tertinggi parti, setelah dibincang bersama telah dikemukakan untuk dibahas oleh AJK Pusat untuk mendapat kata sepakat. Semasa proses tersebut, tiada usaha untuk memaksa agar diterima sahaja pandangan pimpinan tetapi sebaliknya, ianya dibincang secara tertib dan terbuka.
Kedua, tiada juga usaha cantas mencantas dan tiada juga suasana berpuak-puak di mana satu kumpulan melawan satu kumpulan yang lain. Calon dikemukakan dan sebab mereka dicalonkan turut dibincang secara berhemah. Kebanyakkannya diterima, selepas diperjelaskan akan sebabnya. Tetapi ada juga yang ditukar apabila dikemukakan calon lain yang dianggap lebih sesuai. Apabila ada yang 'berkepentingan' secara langsung ataupun tidak langsung seperti dalam contoh yang telah dipaparkan, maka mereka ini diminta keluar. Tiada juga bantahan dan keghairahan untuk melobi untuk orang ini atau orang itu. Serta tiada juga budaya 'patuh secara membabi buta' serta kepimpinan ala 'diktator' dengan menyelewengkan takrifan wala'.
Saya menceritakan apa yang berlaku untuk menzahirkan proses dan sikap semasa bermesyuarat yang wujud di peringkat kepimpinan tertinggi PAS. Supaya ianya dicontohi disemua peringkat. Sikap keterbukaan Presiden serta Timbalan dan Naib Presiden untuk membincang cadangan mereka bersama AJK Pusat perlu diketahui dan dicontohi di semua peringkat. Janganlah menganggap cara kepimpinan Islam adalah ala diktator di atas alasan wala' yang tidak dapat difahami maksud yang sebenar atau di atas alasan "sami'na wa ata'na" yang sebenarnya bertujuan untuk menutup pintu perbincangan dan syura.
Dalam erti kata yang lain yang lebih mudah, kalau Presiden pun sanggup membincangkan pandangan beliau, takkanlah PJ, YDP dan Ketua Cawangan ingin menuntut ketaatan secara membabi buta tanpa dibincangkan?
Bagi yang menganggap semua yang berlaku semasa mesyuarat adalah rahsia, maka saya ingin bertanya. Kalau saya menceritakan kepada seseorang, "semasa mesyuarat tadi saya minum kopi bersama dua ketul karipap", adakah itu menjadi rahsia parti? Adakah apa yang dimakan dan minum semasa mesyuarat pun boleh menjadi rahsia parti? Hairan bin ajaiblah sekiranya dijawabnya "Ya!".
Mesyuarat Khas Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah yang bermesyuarat pada hari telah meluluskan pelantikan baru bagi jawatan Timbalan Pesuruhjaya, Jawatakuasa Harian, Ahli Badan Perhubungan dan Pengerusi Lajnah - lajnah. Jawatan Pesuruhjaya- Dato'Seri. Us. Haji Azizan bin Abd Razak Timbalan Pesuruhjaya (I)- Dato'. Ir. Haji Phahrolrazi bin Zawawi Timbalan Pesuruhjaya (II)- Dr. Ismail bin Salleh Timbalan Pesuruhjaya (III)- Us. Md Isa bin Shafie ( Bekas Adun Belantik ) Bendahari- Dato'. Ir. Haji Amiruddin bin Haji Hamzah Setiausaha - Us. Musoddak bin Haji Ahmad Penolong Setiausaha (I) - Us. Aizat bin Zakaria ( DPPNK ) Penolong Setiausaha (II)- Haji Ab Mutalib@Sobri bin Haji Awang Penolong Setiasuah (III)- Kapten (B) Zamri bin Ibrahim Pengarah Pilihanraya- Haji Muhamad Yusof bin Husin Ketua Dewan Ulamak- Haji Sheikh Mohamad bin Abdullah Ketua Dewan Pemuda - Us. Ahmad bin Yahya Ketua Dewan Muslimat- Ustzh. Hajjah Siti Aishah binti Haji Ghazali Ketua Penerangan - Haji Mohamad Sanusi bin Md Nor ( Setpol ) Ahli Badan Perhubungan yang dilantik Us. Haji Abu Kasim bin Abdullah Sheikh Ismail bin Kamis Haji Che Had bin Dhali Rosli bin Darus Haji Md Akhir bin Thalib Fadzil bin Baharom Dr. Rohani binti Abd Mutalib
PAS Kawasan Bukit Katil mensasarkan penubuhan beberapa cawangan baru dalam Parlimen Bukit Katil. Selain itu Dewan Pemuda Kawasan pula ditugaskan untuk menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) baru.
Yang Dipertua PAS Kawasan, Sofi Wahab berkata PAS Kawasan akan berusaha untuk menubuhkan 1 cawangan di setiap Peti Undi bagi memastikan cawangan yang ditubuhkan dapat menggerakkan Peti Undi di setiap DUN.
"Setakat ini masih ada Peti Undi yang tidak mempunyai cawangan PAS, Insya Allah dengan kerja kuat kita, semua Peti Undi akan ada cawangan PAS".
"PASTI juga merupakan institusi penting dalam jemaah dan ianya menjadi penghubung antara jemaah dengan masyarakat, jadi penting bagi kita tubuhkan sebanyak mungkin PASTI di kawasan kita" ujar Sofi.
PAS Kawasan semalam selesai mengadakan brainstorming bagi menetapkan KPI dan taqwim tahunan.
Paya Dalam 19 Jun : Ijtimak bulanan PAS Kawasan yang berlangsung hari ini mendapat sambutan semakin hebat sejak ianya diadakan tahun lepas. Ijtimak bulanan yang diadakan di Markas PAS Paya Dalam di sini menampilkan Ustaz Faizal Ahmad yang menyampaikan kuliah tafsir dari jam 9.00 hingga 10.00 pagi.
Ijtimak hari ini dihadiri lebih dari 100 ahli dan penyokong PAS yang hadir dari seluruh pelusuk Parlimen Bukit Katil.
Setiausaha Lajnah Tarbiyyah Kawasan, Haji A Karim Mohamad melahirkan rasa gembira di atas sambutan yang semakin hebat.
"Kita akan pertingkatkan kehadiran di Ijtimak ini melalui surat jemputan, arahan dari kawasan dan sebagainya" jelas A Karim
Ijtimak bulan hadapan akan diadakan pada 17 Julai.
DUNGUN, 19 Jun Ahad - Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat akan berceramah di Dungun pada Rabu, 22 Jun. Beliau akan disertai oleh Chegu Bard dan ADUN Sura, Y.B. Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.
Ketua Lajnah Penerangan DUN Sura, Encik Mohd Yusof Ismail berkata, "Ceramah ini akan diadakan di Kampung Padang Jambu dan dijangka Suhaizan (gambar) akan menyentuh isu kegerunan dan karenah UMNO-BN terhadap himpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung pada 9 Julai ini dan selaku Ketua DPP Johor beliau turut dijangka menyentuh isu warga Singapura dibogel dan dikenakan ketuk ketampi baru-baru ini,"
"Seperti biasa Chegu Bard (gambar) akan melakukan pelbagai pendedahan kepincangan UMNO-BN khususnya melibatkan pentadbiran Najib dan kroninya dan selaku tuan rumah pula Ustaz Wan Hassan dijangka akan mengulas pembentukan kabinet baru PAS Terengganu dalam menghadapi PRU-13 khususnya dalam konteks negeri Terengganu, " jelas beliau lagi.
"Saya menyeru warga Dungun khususnya di sekitar DUN Sura supaya hadir mendengar sendiri ceramah isu semasa ini di saat Najib masih teragak-agak untuk membubarkan parlimen," akhiri beliau.
Syaitan bisu hanya nampak yang mengancam perjalanan syaitan. bila dia nampak sesuatu itu menjadi ancaman kepada syaitan dia bersuara. tetapi bila sesuatu yang menguntungkan syaitan dan kesesatan dia berdiam diri. Bersih 2.0 akan memberikan keadilan dan hak kepada rakyat. maka ulama bisu bersuara entah berbagai rupa gaya. Pilihanraya mesjid memberi ancaman kepada umno-bn dia bersuara Karikatur utusan -menghina ulama -dia diam bisu. Lihat di sekeliling anda ramai yang menjadi syaitan bisu.
YDP yadim kata bersih tidak mengikut etika islam, katanya itu menjadiakan dia sendiri syaitan bisu bila dia tidak berkata apa-apa terhadap utusan. YADIM - ialah badan dakwah, yang berada di yadim sepatutnya berdakwah. Berdakwah ialah kerja ulama. Ulama menjalankan kerjanya hanya kerana Allah. Menghina ulama ertinya menghina Rasul dan juga menghina islam. Sedangkan YDP yadim bisu bila utusan menghina ulama. sekurang-kurang ada 3 perkara dalam karekatur itu 1. Penghinaan ke atas ulama 2. Pemartabatan keatas fasikin 3. Penolakan maksud Al Qur an (menolak ayat qur an) - Murtad
Sayang sekali ydp yadim menjadi syaitan bisu (ulama su') hanya bila meletakkan diri bersama umno yang melihat bersih 2.0 dalam ketakutan. YDP Yadim telah menjadikan yadim sebagai institusi sesat yang mungkar. bukan lagi dakwah tetapi dakyah. Bertaubat dan istighfar banyak dan mengucap semula serta mengakui ketelanjuran serta balik kepangkal jalan. Seksaan Allah amat pedih yang sememang telah diketahui manusia.
Pondok menunggu bas di kawasan felcra, Tiada bas melalui kawasan ini. Pembinaan pondok-pondok ini hanya untuk membazirkan wang dan memberi wang kepada kontraktor dan kroni sahaja. Darimana sumber wang tersebut. Pastinya dari felcra. maka deviden yang diperolihi sikit oleh peserta felcra. Bila PAS lenggong mengadakan dialog di rest house, felcra mengadakan pertemuan juga dalam pertemuan felcra diberi kain dan wang katanya rm50 seorang darimanakah wang itu dan kenapa dibuat masa sekarang. Nampaknya pengurusan felcra menjerumuskan diri bersama umno untuk menipu dan menzalimi peserta felcra. Sebelum seksa dan kehinaan yang sebenar di akhirat sampai kepada hangpa, hangpa boleh buat. tapi doa orang dizalimi Allah akan kabulkan.
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA TERENGGANU - Seramai empat muka baru, termasuk seorang berkelulusan doktor falsafah, seorang doktor perubatan dan seorang gigi dilantik menganggotai Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu (BPPNT) bagi sesi 2011 - 2013.
Mereka terdiri daripada Dr Alias Razak dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3, Mohd Shukrimun Shamsuddin yang diamanahkan sebagai Bendahari dan Dr Mohd Khazani Abdullah serta Dr Azman Ibrahim, masing-masing dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa.
Pesuruhjaya baru BPPNT, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata pelantikan tersebut adalah antara sebahagian daripada persiapan PAS Terengganu menghadapi pilihan raya umum ke 13 akan datang.
Menurutnya, pelantikan tersebut adalah antara sebahagian daripada persiapan PAS Terengganu menghadapi pilihan raya umum ke 13 akan datang.
Namun begitu, orang lama PAS Terengganu tidak ditinggalkan dengan perlantikan bekas Timbalan Pesuruhjaya, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik dan Haji Hussin Ismail, yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa
"Bagaimanapun, orang lama yang banyak berpengalaman juga diperlukan dan berada di belakang kami,"kata Haji Wahid sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat pertama badan tertinggi PAS Negeri Terengganu itu semalam Sabtu 18 Jun
Katanya mesyuarat turut mengambil keputusan melantik semula Presiden PAS Dato' Seri Tua Guru Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kepada Badan Perhubungan PAS Terengganu.
Sehubungan itu, Dr. Alias Razak yang juga ADUN Bukit Tunggal serta Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus, agak terkejut dengan perlantikan itu dan tidak memberi sebarang komen.
Manakala Naib yang DiPertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim (gambar atas, paling kiri) berkata perlantikan beliau sebagai anggota BPPNT memberi ruang kepadanya mengoptimunkan sumbangan kepada parti di peringkat negeri.
Menurutnya, beliau menerima amanah dan kepercayaan pimpinan itu dengan penuh kesedaran akan segala kekurangan dan keterbatasan kemampuan dirinya.
"Saya terima amanah dan kepercayaan pimpinan ini dengan penuh kesedaran akan segala kekurangan dan keterbatasan kemampuan diri untuk mengharungi lautan perjuangan yang luas tak bertepi.
"Kekerdilan diri untuk memikul amanah ini mohon ditampung dengan segala tunjuk ajar, nasihat dan teguran dari semua saf kepimpinan,"ujarnya ketika dihubungi Buletinonline
Beliau turut mengajak seluruh ahli dan penyokong PAS untuk melangkah bersama dengan keberkatan dari Allah, menjayakan gagasan 'PAS Ganti Umno' dalam PRU ke-13 akan datang
KUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu membariskan 3 orang berkelulusan 'doktor' dalam kabinet baru yang disifatkan sebagai 'kabinet pilihanraya'.
Haji Mohd Abdul Wahid Endut dalam sidang medianya sebagai Pesuruhjaya yang baru dilantik, mengumumkan perkara tersebt.
Wah... kejap je lulus... takyah tunggu 14 hari untuk buat permohonan... memang cekap le polis Malaysia nie... lebih-lebih dalam bab nie... macam nie baru le demokarsi terpimpin....
Untuk 9 Julai nie... polis bacul dah lulus permit untuk perkasa buat huru-hara terancang ke?
KUALA LUMPUR, 19 Jun — Perkasa bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini melancarkan "perang" terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini kerana "apa sahaja boleh berlaku."
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menegaskan perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.
"Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.
"Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak," katanya pada pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini.
Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.
PAS telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
Dalam ucapan di hadapan penyokongnya termasuk kalangan Cina dan India, Ibrahim berkata Himpunan Bersih 2.0 diadakan kerana gerakan itu mempunyai agenda untuk menumbangkan kerajaan sedia ada dengan mengambil inspirasi daripada apa yang berlaku di Timur Tengah.
"Kita tahu tujuan mereka turun ke jalanan, kumpulan ini mahu menimbulkan huru-hara dalam negara, kalau dulu peristiwa 13 Mei (1969) negara diisytiharkan darurat dan Tun Abdul Razak (Hussein) dilantik sebagai ketua negara sementara dan jika ia berlaku nanti adakah perkara sama akan berlaku?
"Sebab itu kita tidak boleh berdiam diri, kita tahu orang Cina mengutamakan perniagaan... kita tidak mahu himpunan 9 Julai yang mereka buat ini menunjukkan mereka dapat restu daripada rakyat, kita bertegas dalam perkara ini dan kita bukan mahu melakukan provokasi," katanya.
Malah dalam ucapan pelancaran, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mendakwa Ambiga sebagai ejen Yahudi.
"Kita tentang Ambiga bukan sebab dia India tapi sebab dia jahat, Melayu jahat pun ada... Melayu yang jahat juga kita marah.
"Siapa Ambiga? Saya percaya dia adalah ejen Yahudi... siapa dia puan guru Ambiga ini," katanya.
Selain mengecam penganjuran himpunan Bersih 2.0, turut diedarkan risalah yang berbentuk serangan peribadi terhadap Ambiga dengan perkataan "Awas!!! Ambiga, wanita Hindu yang merbahaya.
"Kita sedang berhadapan dengan seorang wanita Hindu bernama Datuk Ambiga Sreevanesan (cehh... anti Islam ini pun boleh dapat Datuk) yang sangat anti kepada Melayu dan Islam yang akan mengetuai perhimpunan Bersih yang kotor sebenarnya.
Kata Ibrahim, pihaknya akan menggerakkan 20 bas dari setiap negeri pada 9 Julai ini untuk membantah Himpunan Bersih 2.0.
Zami Ismail, 67 tahun atau lebih dikenali dengan nama Pak Uda telah pun meninggal dunia pagi tadi. Pak Uda telah meninggal dunia jam 10.30 pagi tadi di IJN akibat serangan jantung…Arwah Zami Ismail merupakan seorang pelakon komedi yang telah menghiburkan kita menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Al-Fatihah buat arwah Pak Uda, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.
Jenazah Allahyarham Pak Uda akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampungnya di Tapah, Perak.
KUALA LUMPUR, 18 Jun – Penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza, misi kemanusiaan membantu rakyat Palestin, yang dilancarkan malam ini oleh Datuk Seri Najib Razak, membatalkan acara pidato yang sepatutnya menampilkan penyertaan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Harakahdaily dalam laporannya malam ini berkata tindakan itu dipercayai ekoran penganjur mendapat tekanan Pejabat Perdana Menteri.
"Pihak JPM maklumkan kepada kita, (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato.
"Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, Perdana Menteri pula tak mahu datang rasmi", kata salah seorang petugas dipetik laporan itu.
Laporan itu menambah nama Mohamad dan Khairy pada 'backdrop' juga ditutup.
Mohamad yang mesra dikenali sebagai "Mat Sabu" yang dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan pembatalan itu.
Kata Mohamad, beliau hanya dimaklumkan berhubung perkara itu pagi tadi.
"Semalam penganjur kata saya dijemput berucap tentang isu Palestin selama 10 minit. Tiba-tiba hari ini kata tak boleh pula, sedangkan dalam media semua dah sebut saya akan berpidato malam ini," katanya dipilih sebagai timbalan presiden awal bulan ini.
"Saya rasa dipermainkan," kata Mohamad dan memaklumkan tidak akan hadir program malam ini.
Tindakan penganjur menutup nama Mohamad pada 'backdrop' di pentas menimbulkan tanda tanya di kalangan mereka.
Majlis perasmian disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan.
Teman pun setuju dengan YB Firdaus Jaafar bahawa YB Kulim yang kaki lompat parti perlu disiasat. Mulut celupar YB Kulim amat jijik sekali sehinggakan orang akan lihat beliau seperti bukan seorang peguam yang terpelajar. Cakap beliau main lepas sahaja tanpa fakta. Dari kata-katanya semasa berucap dalam tv tiga semalam amat muram untuk dunia peguam.tIBA-TIBA kisah beliau terlibat hanya sebagai barisan belakang reformasi 1998 diutarakan beliau masa itu macam robot tiada penidirian dan menyalahkan DSAI saja. Pada hal masa itu beliau adalah peguam dan pernah jadi ahli PAS Bandar Tun Razak dan ajk/pengerusi Masjid Jamek KL lagi. Bacalah laporan YB Fidaus di bawah :- YB Ust.Firdaus JaafarPihak polis diminta menyiasat kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Baru iaitu YB Zulkifli Nordin berkaitan kononnya Anwar Ibrahimlah individu yang mengarahkan beliau dan beberapa orang melakukan onar ketika era Reformasi tahun 1998. Ucapan beliau telah dipetik oleh media upahan UMNO iaitu TV3 semasa beliau berceramah di Penaga, Pulau Pinang dan disiarkan sewaktu slot Buletin Utama malam semalam.
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) yakin tujuan beliau tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memburuk-burukkan Himpunan Bersih 2.0 yang akan berlangsung pada 09 Julai ini. Mengapa beliau menunggu sehingga 13 tahun baru nak membongkar kejadian ini.? Mengapa selama ini beliau mendiamkan diri? Kalau benarlah kononya arahan itu datangnya daripada Anwar Ibrahim ketika itu, bagaimana beliau seorang yang cukup bijak hal undang-undang boleh menjadi 'pak turut' yang setia membabi buta? Ini membuktikan beliau seorang yang boleh digelar 'sesumpah' kerana akan berubah warna mengikut persekitaran tertentu. Beliau lupa yang kemenangan yang beliau perolehi di Parlimen Kulim Bandar Baru adalah disebabkan kebangkitan rakyat susulan Himpunan Bersih yang diadakan pada November 2007 dahulu.
DPPP akan membuat laporan polis berkaitan isu ini dan berharap pihak polis menjalankan siasatan dengan telus tanpa ada menyebelahi mana-mana pihak. Pihak polis harus menjalankan siasatan yang menyeluruh terhadap dakwaan ini. Jangan hanya bertindak kepada satu pihak sahaja sedangkan gaji Polis dibayar oleh rakyat bukannya UMNO/BN. Kepada YB Zul Nordin, berhentilah daripada menjadi 'badut sarkas' UMNO/BN.
Disediakan oleh;
YB Ust.Firdaus JaafarEXCODewan Pemuda PAS Pusat at 6/19/2011 10:45:00 PM
Apa hal bila Tun Mahathir baru sedar LID (Langkawi International Dialogue) sesuai dilakukan di Kluala Lumpur? Seganke buat di Langkawi yang masih diperintah Pakatan Rakyat. Pelik gak guna nama Langkawi tapi buat beribu kilometer dari Langkawi.
KUALA LUMPUR: Keputusan untuk memindahkan Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2011 ke Putrajaya dari Langkawi adalah langkah yang baik untuk mempamerkan pembangunan infrastruktur dan inovasi dalam pembinaan Malaysia, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Beliau berkata lokasi persidangan yang berdekatan dengan Kuala Lumpur, akan memberikan platform yang baik untuk mempamerkan pembangunan negara selain pembangunan Putrajaya sendiri.
"Di Langkawi mereka hanya berbincang tetapi mereka tidak boleh menunjukkan apa-apa kecuali pelancongan, tetapi di sini (Putrajaya) boleh nampak," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat dengan Perdana Menteri Lesotho, Pakalitha Mosisili, yang melawat ibu pejabat IRIS Corporation, di sini hari ini.
Ini adalah kali pertama, LID, yang diilhamkan oleh Dr Mahathir, diadakan di luar Langkawi. Dialog itu, seperti tahun lalu dijangka akan sekali lagi menerajui usaha Malaysia untuk berganding bahu dengan negara-negara membangun bagi menggalakkan pembangunan berasaskan konsep "makmurkan jiran anda" di mana pembangunan dicapai menerusi kerjasama pintar. Sementara itu, Mosisili berkata LID adalah satu platform untuk bertukar-tukar pandangan antara negara-negara peserta."Ia adalah wadah tumpuan bagi idea-idea baharu untuk memperbaiki kehidupan," katanya.
Mosisili turut melawat pejabat IRIS di mana beliau diberi taklimat tentang teknologi IRIS dalam sistem pengenalan, perladangan, penyahgaraman dan perumahan.
Beliau juga menyatakan minatnya untuk membawa teknologi syarikat itu ke negaranya, dan berkata teknologi berkenaan boleh memberi penyelesaian kepada masalah perumahan dan kebuluran negara itu. - BERNAMA
SEBELUM ! Pihak penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia yang dijadual dilancarkan jam 9 malam ini oleh Perdana Menteri, membatalkan slot pidato yang sepatutnya menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. SELEPAS !
Siapa yang membiayai bil bagi majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam? Dr. Tan Kee Kwong (pemimpin PKR) semalam menimbulkan persoalan KEPADA KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA.
Majlis tertutup itu dikhaskan kepada kira-kira 800 tetamu istimewa dan terpilih yang terdiri daripada golongan dan kerabat diraja termasuk dari negara asing, ahli politik, tokoh perniagaan dan kenalan rapat yang lain.
Hanya media rasmi sahaja yang dibenarkan membuat liputan.
Majlis itu diadakan sempena pertunangan anaknya Nooryana Najwa kepada Daniyar Nazarbayev, yang mempunyai pertalian dengan presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.
"Saya difahamkan nota pembelian daripada sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81,000," soal Dr Tan.
Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevBeliau yang merupakan bekas ahli parlimen Gerakan dan juga timbalan menteri berkata soalannya itu penting, khususnya ketika rakyat sekarang diminta 'mengetatkan tali pinggang mereka ketika menghadapi kenaikan kos kehidupan'.
"Pengurangan subsidi minyak dan barangan keperluan, memeritkan rakyat. Justeru, soalan siapa yang menanggung perbelanjaan itu perlu dijawap, lebih-lebih lagi nota pembelian dibuat atas nama Jabatan PM," katanya.
Awal bulan ini, lawatan Najib serta keluarganya ke Kazakhstan menjadi isu hangat apabila ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad membidas perdana menteri kerana didakwa bersalah dari segi moral kerana menggunakan dana awam bagi merisik perkahwinan anak perempuannya.
"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi," kata pemimpin PAS itu.
Sebaliknya, Wisma Putra menafikan laporan itu dan menegaskan bahawa lawatan itu adalah untuk memenuhi penerimaan perdana menteri terhadap undangan yang telah lama dibuat oleh Presiden Nursultan Nazarbayev untuk melawat negara itu.
Lawatan itu, juga dikatakan kebetulan diadakan serentak dengan penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-7 di Astana dari 7 hingga 9 Jun lalu.
Mesyuarat Badan Perhubungan PAS negeri Kedah yang diadakan pada jam 3.15 petang tadi telah melantik kabinet baru bagi menerajui PAS Kedah bagi sesi 2011-2013.
Pesuruhjaya : YAB Dato' Seri Ust. Hj Azizan bin Abd. Razak Timbalan Pesuruhjaya 1 : YB Dato' Ir. Hj Phahrolrazi bin Zawawi Timbalan Pesuruhjaya 2 : YB Dr Ismail bin Salleh Timbalan Pesuruhjaya 3 : Ust. Hj Mat Isa bin Shafie
Setiausaha : Ust. Musoddak bin Hj Ahmad Bendahari : YB Dato' Ir. Hj Amiruddin bin Hamzah Ketua Penerangan : Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor Pengarah Pilihanraya : YB Haji Muhammad Yusuf bin Husin
Penolong Setiausaha 1: Ust. Mohd Aizat bin Zakaria Penolong Setiausaha 2 : Hj Sobri @ Mutalib bin Awang Penolong Setiausaha 3 : Kapten (B) Zamri bin Ibrahim
Ketua Dewan Ulamak : Hj Sheikh Mohamad bin Abdullah Ketua Dewan Pemuda : Ust Ahmad bin Yahya Ketua Dewan Muslimat : YB Aishah binti Ghazali
Ahli Perhubungan Yang dilantik 1. Rosli bin Darus 2. Ust. Abu Kassim bin Abdullah 3. Sheikh Ismail bin Kamis 4. Tuan haji Che Had bin Dhali 5. Tuan Haj Mat Akhir bin Talib 6. Fadzil bin Baharum 7. Dr Rohani bin Abd. Mutalib
YDP dan Setiausaha PAS Kawasan-Kawasan
Langkawi YDP : Zubir bin Ahmad Setiausaha : Yusuf bin Abdullah
Jerlun YDP : YB Ust Hj Abd Ghani bin Ahmad Setiausaha: Azhar bin Ibrahim
Kubang Pasu
YDP : YB Dato' Dr. Hj Abd Isa bin Ismail Setiausaha: Ust Mohd Yusuf bin Ahmad
Padang Terap
YDP : Ust Hj Zawawi bin Ahmad Setiausaha: Ust. Mohd Azam bin Abd Aziz
Pokok Sena
YDP : YB Dato' Hj Mahfuz bin Omar Setiausaha: Zuhairi bin Zubit
Alor Setar
YDP : YB Dr Ismail bin Salleh Setiausaha: Hj Adnan bin Saad
Kuala Kedah
YDP : YB Dato' Hj Phahrolrazi bin Zawawi Setiausaha: Hj Aris bin Awang
Pendang
YDP : YB Dato' Hj Taulan bin Mat Rasul Setiausaha: Ust. Fadhil Mohd Noor bin Sahani
Jerai
YDP :YAB Dato' Seri Ust Hj Azizan bin Abd Razak Setiausaha: Muzaini bin Azizan
Merbok
YDP : YB Dato' Dr. Hamdan bin Mohamed Khalib Setiausaha: Hj Halim bin Abdullah
Sungai Petani
YDP : YB Hj. Abdullah bin Jusoh Setiausaha: Khairun Nizar bin Hj Ismail
Sik YDP : YB Che Uda bin Che Nik Setiausaha: Anuar bin Che Omar
Baling
YDP : Tuan Guru Hj Abd Wahab bin Hasan Setiausaha: Ust Hassan bin Saad
Padang Serai
YDP : Hj Fauzi bin Tahir Setiausaha: Badrol Hisyam bin Yusuf
Kulim/Bandar Baharu
YDP : Ust Hj Hassan bin Abd Razak Setiausaha: Arshad
You are subscribed to email updates from DPPN KEDAH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sekarang ni banyak masa digunakan untuk memasukkan program dan kerja sebagai MP ni di FB, ringkas dan cepat, boleh intereaktif, melihat komen rakan dan taulan, dan boleh masuk juga melalui HP , mudah dan ringkas. Siapa nak tengok just www.facebook.com/mohd hayati
Bagaimana syarikat bermodal RM100 melabur RM5.8 bilion?
Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat terhadap kelulusan tanah seluas 150 ekar di kawasan Segari, Manjung hari ini oleh kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja.Pakatan Rakyat hari ini membongkarkan bahawa kerajaan Negeri BN telah meluluskan tanah seluas 150 ekar kepada Sebuah syarikat yang dikenali Atigas Technology Sdn Bhd kononnya untuk projek pelaburan gas asli di Manjung bernilai RM5.8 billion.
Akan tetapi, setelah menerima aduan dari pemimpin UMNO yang tidak puas hati dan setelah menyiasat, jelas terbukti syarikat tersebut bukan sahaja hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja, malahan ia adalah sebuah syarikat Domain dan tiada maklumat rekod perniagaan syarikat tersebut dapat diperolehi.
Setiausaha Negeri DAP Nga Kor Ming hari ini berkata, mengikut pengumuman EXCO Kanan Kerajaan Negeri, Hamidah Binti Othman (gambar atas) pada 9 Jun 2011, Majlis mesyuarat kerajaan Negeri telah meluluskan tanah 150 ekar tersebut kepada syarikat Atigas pada bulan Mei, tahun ini untuk satu projek perlaburan kononnya bernilai RM5.8 billion.
Mengikut kenyataan Hamidah, syarikat tersebut akan melabur RM5.8 billion dan akan mengimpot Liquified Natural Gas (LNG) dari Negara Qatar dari Timur Tengah. Beliau juga dilaporkan berkata syarikat tersebut akan membekalkan 33% dari jumlah pasaran LNG untuk pasaran tempatan yang mana pembinaan loji dan Kilang akan siap sepenuhnya dalam tempoh 15 bulan.
Nga Kor Ming yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping berkata, PR mendesak supaya Hamidah mengemukakan laporan Kajian Alam Sekitar (Environment Impact Assessment Report) kepada orang umum serta masyarakat tempatan kerana kawasan Segari dan Pasir Panjang merupakan kawasan ternakan anak penyu dan kawasan perikanan yang mempunyai sumber laut yang amat bernilai.
Pakatan Rakyat juga meminta kerajaan Negeri menjelaskan samada proses Open Tender pernah dijalankan sebelum projek berbillion ringgit ini dipertimbang serta diluluskan.
Nga berkata, rakyat berhak tahu bagaimana sebuah syarikat domain (sleeping company) yang hanya berdaftar mulai 28 Februari 2008 serta hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit dapat melabur RM5.8 Billion? Persoalannya adalah apakah rasional atau keistimewaan kerajaan meluluskan tanah 150 ekar yang dijangka bernilai RM50 juta kepada syarikat tersebut? Tanah di kawasan Segari mempunyai nilai pasaran RM300,000 satu ekar dan system ekologinya adalah amat kritikal untuk menjaga imej Bandar Maritime Manjung.
Mengikut rekod rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Syarikat Atigas Technology hanya ditubuhkan pada tahun 2008 dengan modal berbayar seratus ringgit. Tiada rekod perniagaan syarikat tersebut dapat dikesan kerana ia adalah syarikat "Domain",malahan dari rekod SSM, tidak adalah alamat perniagaan untuk syarikat tersebut dan tidak adalah sebarang keuntungan setakat ini.
Nga memberi tempoh tiga hari sehingga Isnin depan untuk Hamidah memberi penjelasan penuh kepada rakyat dan jika beliau gagal berbuat demikian, Pakatan Rakyat akan mengambil segala tindakan wajar untuk membela hak kepentingan rakyat dan kerajaan. - Ddaily
Note: Kah kah kah kah.. Bila aku tengok jer berita ni aku terus search syarikat ni kat google.. aku nak tengok betul ke syarikat ni wujud.. nak melabur sampai RM5.8 billion bukan sedikit tu.. takkan la website pun tak ada jugak kan.. jawapannya image kat bawah ni...
klik pada imej di atas untuk besarkan
Note: Syarikat belacan ni memang tak ada website sendiri.. kah kah kah kah.. Woiii nak melabur sampai RM5.8 billion, website pun tak ada ke? kah kah kah kah.. macam musibat!!!!!!! kah kah kah kah.. syarikat belacan ni ada daftar kat itrademarket.com.. disitu ada tertera syarikat ini didaftarkan pada 4 may 2010. itu tarikh daftar dan itu jugalah tarikh terakhir syarikat ni di update.. kah kah kah kah.. lagi satu untuk contact syarikat ni hanya ada sorang jer.. Mr. TANG HOCK LENG.. Dia la Director dia juga CEO juga merangkap General Manager.. dan dia jugak pekerja am, kerani, cleanner, penghantar surat juga merangkap pakcik jaga.. kah kah kah kah.. patutlah profile syarikat tak update.. sibuk rupanya.. maklumlah buat kerja sorang-sorang... kah kah kah kah.. Dan akhir sekali syarikat ini pejabatnya hanya di bangunan IKS ( Kawasan Industri Ringan Dan Sederhana) kah kah kah kah.. punya banyak nak melabur sampai 5.8 billion buat pejabat kat bangunan IKS jer.. kah kah kah kah.. lawak.. memang lawak... sebuah syarikat belacan yang sangat lawak.. kah kah kah kah..
Note: pecah lagi satu lobang.. adun hamidah DNA ni punya hal.. kah kah kah kah.. syarikat yang hanya ada modal berbayar RM 100 boleh pula dapat tender atas tanah yang bernilai RM50 juta.. kah kah kah kah.. Malaysia semakin kartun.. Hancur 1 Malaysia ditadbir oleh puak-puak bodoh ni.. kah kah kah kah... Jawab midah jangan tak jawab.. jangan terkencing dalam seluar sudah.. kah kah kah kah
You are subscribed to email updates from BGM online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Segala puji buat Tuhan yang memberikan nikmat iman dan nikmat Islam kepada kita. Selawat buat junjungan yang mewariskan perjuangan Islam dan seribu keteladanan buat para pendukung amal Islami. Naskah TARBAWI ini menemui anda untuk mencambahkan lagi bahan pemikiran tarbiah yang mampu menguatkan lagi aspirasi pendukung gerakan Islam untuk terus menggelut medan amal Islami yang sarat dengan mehnah dengan ujian ini.
Majalah TARBAWI ini adalah sebahagian usaha Lajnah Tarbiah Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) untuk terus mengalirkan energy kefahaman dan pemerkasaan fikrah kepada ahli-ahli PAS untuk terus dibentuk kefahamanmereka terhadap perjuangan Islam.
TARBAWI akan kekal membawa aspirasi tarbiah untuk terus mencetak kader-kader baru dakwah yang dinamis, cerdas dan mampu berinteraksi dengan dunia yang semakin pantas berubah. Juga untuk para amilin yang telah lama berselut lumpur bersama jemaah agar energy mereka yang terkuras akan diperbaharui semula kerana proses tarbiah adalah proses yang panjang, sepanjang hayat yang tidak mengenal titik noktah.
(Cabutan dari warkah Editor)
Editor: Ustaz Ridhuan Mohd Nor Penerbit: JUNDI RESOURCES (1706325-W) Cetakan: PERCETAKAN ZAFAR SDN BHD
KUALA LUMPUR, 19 Jun: Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menegaskan, perhimpunan aman ialah hak asasi manusia, jikalau Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) masih berhimpun secara aman, tanggungjawab kerajaan dan polis ialah membantu pihak penganjur mengatur perhimpunan dan mengawal lalulintas.
"Kami berharap kerajaan bertolerasi terhadap aktiviti perhimpunan aman, bukannya menyekat saluran rakyat meluahkan perasaan," kata presidennya, Datuk Dr Toh Kin Woon.
Katanya, sesiapa yang mempunyai pengetahunan tentang aktiviti perhimpunan aman di Malaysia akan tahu, pasukan FRU yang menembak gas pemedih mata dan meriam air adalah penyebab utama yang mengakibatkan kekecohan.
Jelasnya, perhimpunan aman tidak akan membawa sedikit pun ketidakselesaan kepada penghuni atau peniaga bandar sekiranya FRU tidak berbbuat begitu dan menyuraikan para peserta secara paksa.
Pada 26 Mac lalu, ujarnya pertubuhan-pertubuhan wanita menganjurkan perarakan "Jalan untuk Berubah", pihak polis memberi kerjasama dengan pihak penganjur, mereka hadir dan mengawal lalulintas.
Begtu juga perarakan Hari Hak Asasi Manusia yang dianjurkan oleh Presiden Majlis Peguam, Yeo Yang Poh beberapa tahun dahulu, pihak polis juga tidak mengganggu perarakan.
"Kedua-dua perhimpunan dan perarakan ini telah berjalan secara lancar dan aman, tidak mengakibatkan kekecohan dan kesesakan lalulintas," ujarnya.
Ini, katanya membuktikan tuduhan pihak polis terhada himpunan aman Bersh 2.0 pada 9 Julai ini adalah tidak berasas.
Oleh sebab itu, katanya Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menyokong sepenuhnya perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Bersih.
Pihaknya juga setuju dengan tujuh permintaan reformasi sistem pilihanraya yang dikemukakan Bersih iaitu pendaftaran pengundi secara automatik, sistem undi pos untuk para pengundi luar negara, penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan, capaian media aliran utama secara saksama untuk semua parti, tempoh kempen minimum 21 hari, kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya dan menghapuskan rasuah pilihan raya.
Tambahnya, tujuh permintaan yang dikemukakan oleh BERSIH adalah indeks penting bagi mencapai pilihanraya adil dan politik berdemokrasi, parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan tidak wajar membantah.
Pihaknya turut kesal serangan pemimpin politik dan Perkasa terhadap Bersih.
Perkasa mengumumkan bersama 30 pertubuhan Melayu akan turut sama berhimpun dengan Bersih pada hari yang sama bagi menghalang demonstrasi Bersih.
Katanya, tindakan Perkasa itu yang bertujuaan menggagalkan perhimpunan Bersih telah mencabul hak kebebasan perhimpunan penyokong Bersih.
Pemuda Umno pula tiba-tiba mengumumkan satu perarakan "bagi menyokong sistem demokrasi" pada hari yang sama, ini merupakan satu lagi kerja untuk bertembung dengan Bersih.
"Kami menyeru Perkasa dan Pemuda Umno memilih tempat lain atau tarikh lain menganjurkan perhimpunan membantah reformasi sistem pilihanraya, jangan membuat kekecohan secara terancang dan menggagalkan perhimpunan aman Bersih," katanya.
Justeru, katanya Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menyeru semua rakyat menyertai perhimpunan aman Bersh 2.0 bagi membaiki kelemahan sistem pilihan raya kini dan menyumbang kepada proses demokrasi negara kita.
TUMPAT, 18 Jun: Bayangan pilihan raya umum (PRU) ke-13 semakin hampir sekarang apabila Perhubungan Umno Negeri-Negeri difahamkan sudah diarah membuat persiapan.
Teki teka tarikh yang disebut banyak pihak sebelum ini iaitu November 2011 mungkin ada asasnya, memandangkan ketika itu Perdana Menteri baru selesai membentang Bajet 2012.
Bajet 'gula-gula' kepada penjawat awam dan beberapa kumpulan sasar lain dikatakan bakal menjadi modal bagi memancing hati rakyat.
Selain itu Perhimpunan Agung Umno juga selesai diadakan pada Oktober. Kemungkinan selepas Hari Raya Haji. Di pantai timur pula musim tengkujuh.
Malah Datuk Seri Najib Razak juga sudah mengadakan majlis pertunangan anaknya Nooryana Najwa dengan Daniyar Nazarbayev, kerabat kepada Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.
Majlis pertunangan secara inklusif itu dikatakan diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam. Ada laporan mendakwa majlis itu membabitkan kos agak tinggi.
Satu sumber menyebut pilihan angka 11 masih tidak dapat dipisahkan dengan Najib biar pun rakyat mulai meluah rasa tidak senang terhadap kepemimpinannya sekarang.
Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) kini hanya bergantung sepenuhnya kepada jentera kerajaan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pasukan keselamatan bagi mengekalkan kuasa.
Ini dibuktikan projek khas yang dikatakan dilaksana agensi kerajaan terutamanya JPN dan SPR di Selangor hampir selesai.
"Umno akan menggunakan apa cara sekali pun bagi memastikan Selangor dapat dirampas kembali pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
"Projek itu tidak mampu dihalang lagi kerana mana-mana pegawai kerajaan pusat di Selangor yang kurang memberi kerjasama ditukar," katanya di sini.
Kaedah terbabit pernah diguna di Terengganu pada PRU 2004, di mana peratusan keluar mengundi hampir 100 peratus. Kemungkinan besar ia berulang di Selangor.
Keberkesanan kaedah tersebut menjadi senjata akhir di Selangor pada PRU ke-13 nanti, biar pun agak sukar di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Ini dapat dilihat apabila pembongkaran media oposisi mengenai sindiket mendaftar penduduk Sabah mengundi di Selangor begitu aktif dilakukan awal tahun ini dengan kerjasama rapat JPN dan SPR.
Malah penafian berulang kali menteri dan pemimpin Umno mengenai sindiket terbabit tidak mampu merungkai persoalan.
Suhu kemarahan rakyat mulai kelihatan ekoran kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus. Aada pengguna terpaksa membayar bil baru dengan kenaikan sehingga lebih 100 peratus.
Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, biar pun kenaikan tarif baru elektrik diumumkan mulai 1 Jun lalu, namun ada pengguna sudah menerima bil baru mencatat kenaikan begitu tinggi.
"Ada pengguna yang sebelum ini menerima bil elektrik sekitar RM250 sebulan sekarang menerima bil baru sehingga RM500. Sedangkan belum sampai sebulan tarikh kenaikan berkuatkuasa," katanya.
Berucap merasmikan pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Tumpat di Pantai Sri Tujuh dekat sini malam tadi katanya, rakyat sudah merasai kesan kenaikan tarif elektrik sekarang.
Hadir sama pada program itu Yang Dipertua PAS Tumpat, Datuk Ahmad Yakob, timbalannya, Mohd Zaki Ibrahim, Naib YDP, Che Abdullah Mat Nawi, anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rusdi Wan Ibrahim.
Program tersebut bermula dengan solat Maghrib diikuti solat hajat dan Isyak. Setiap unit peti undi PAS di Tumpat menghantar seramai 15 petugas.
Amarah rakyat dijangka berganda tahun hadapan apabila banyak lagi kesan sampingan dirasai.
Bagi mengelaknya, November depan merupakan masa terbaik selepas kemarahan rakyat disejuk dengan Bajet yang menghidangkan pelbagai janji.
SABTU 17.6.11 Pengakalan Batu, Klang. ADUN SELAT KLANG, YB Dr Hjh Halimah melepaskan konvoi motor golongan belia DUN SELAT KLANG ke HULU LANGAT. Golongan muda perlu digalakkan menyalur tenaga kepada aktiviti yang positif
TPM: Himpunan BERSIH untuk tumbangkan BN Jun 18, 11 9:06pm Kongsi 394 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini bertujuan untuk menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.
NONEKatanya, BERSIH adalah sebagai satu cubaan pihak Pakatan Rakyat untuk menjadikannya sebagai jalan pintas ke Putrajaya.
"Saya fikir tujuan mereka tidak baik. Ambiga (Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan) itu kepala saja. Saya tahu di belakangnya ialah pihak-pihak pembangkang apabila Mohamed Sabu diletakkan sebagai timbalan pengerusinya," kata Muhyiddin kepada Bernama selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian di Beaufort hari ini.
Timbalan presiden Umno itu berkata Pakatan Rakyat sebenarnya berselindung di sebalik badan bukan kerajaan itu yang mempertikaikan sistem pilihan raya umum di negara ini bagi merealisasikan niat mereka untuk menumbangkan kerajaan BN.
Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun memberi penjelasan berkali-kali bahawa pilihan raya dijalankan secara teratur mengikut peraturan sedia ada.
bersih rally istana negara tv 101107 large crowd"Kalaulah mereka membangkitkan isu yang berkaitan pilihan raya kenapa sekarang mempertikaikan soal itu. Kenapa tidak mempertikainya pada pilihan raya lalu," katanya.
Menurut Muhyiddin lagi, tujuan BERSIH mengadakan perhimpunan itu bukan setakat mempersoalkan isu SPR atau perjalanan pilihan raya, tetapi kemungkinan juga sebagai platform untuk membangkit isu yang mungkin menjadi perhatian rakyat dan seterusnya membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.
Tolak kerajaan
"Mereka mungkin akan meneruskan momentum ini supaya apabila sampai pilihan raya nanti, kebencian rakyat akan mencapai ke tahap yang tinggi dan menolak kerajaan," katanya.
bersih rally 271207 04Beliau berkata demonstrasi jalanan bukan penyelesaian terbaik berkaitan dengan sistem pilihan raya negara, sebaliknya mereka boleh menggunakan demokrasi berparlimen untuk membetulkan keadaan.
Muhyiddin berkata pihak polis tidak meluluskan permit perhimpunan kerana tidak mahu kejayaan, kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh negara selama ini akan terjejas hanya kerana kelompok kecil ini.
bersih rally 271207 06Justeru itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan taktik pembangkang yang mengamalkan 'doube standard' yang mengunakan isu pilihan raya sebagai jalan pintas ke Putrajaya.
"Bila BN menang mereka pertikaikan. Bila mereka (pembangkang ) menang, mereka tidak pertikaikan," katanya.
Mengenai hasrat Pemuda Umno yang mahu mengadakan perhimpuan pada hari yang sama, Muhyiddin berkata ini adalah reaksi yang jelas bahawa banyak pihak tidak bersetuju dengan perhimpunan BERSIH itu.
Berlari-lari antara satu program ke satu program perkara yang biasa bagi wakil rakyat.YB Dr Hjh Halimah Ali, selaku ADUN SELAT KLANG sempat singgah ke PUSAT KOMUNITI WANITA SELAT KLANG di Kpg Delek untuk bersama-sama peserta kursus latihan kemahiran kraf tangan jangka pendek selama 2 hari. Dr Halimah berjaya menganyam sebuah bakul telur dalam keadaan berdiri dalam tempoh masa satu jam.Peserta-peserta juga teruja dengan kursus yang menjadi lebih ceria dengan kehadiran ADUN mereka.
Nik Aziz worse for Islam than Ayah Pin, says Utusan By Yow Hong Chieh(malaysian insuder) June 19, 2011
KUALA LUMPUR, June 19 — Umno-owned Utusan Malaysia continued its tirade against Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat today with its Sunday edition saying the PAS spiritual leader has done greater damage to Islam than even the deviant teachings of Sky Kingdom cult leader Ayah Pin. The paper's Mingguan Malaysia said Nik Aziz (picture) has a laundry list of offences against Islam, including giving support to Christians in the "Allah" issue, promising heaven to Muslims who vote for PAS and telling beautiful women not to work. It also pointed out that Nik Aziz has rejected repeated overtures from "Islamic" Umno to form a unity government in favour of greater cooperation with DAP, a party dead set against the establishment of an Islamic nation. "More confusion has been sown (in Islam) by Nik Aziz compared to other individuals including Ayah Pin, who is now being hunted by the authorities," Awang Selamat — nom de plume of the Umno-owned paper's editors — said today.
The paper was commenting on the "DAP-aping" decision by Nik Aziz, who is also Kelantan mentri besar, to ban the paper from covering the state assembly in response to the "Kekeliruan kes rogol" (Confusion in rape cases) cartoon it ran last week.
The two-panel comic strip on page 15 of Wednesday's edition depicted a tudung-clad woman seeking advice after being raped.
"I only managed to record the incident with a handphone," the sobbing woman is shown telling her serban-clad village head in the first panel.
"You were raped? Were there four witnesses?" he replies. "The recording device cannot be a witness because it has no ears and eyes. It's only metal... enough, it's better for you to drop the case."
But the woman's same complaint in the second panel to a figure resembling a police officer draws a different response.
"Superb... the tool can be used as evidence!" the moustachioed man informs her while appearing to type out a report.
Nik Abdul Aziz Nik Mat had described Utusan Malaysia as "Malaysia's Denmark" for publishing the cartoon, which he said was an affront to Islam.
The Malaysian Islamic Youth Movement (Abim) and Persatuan Ulama Malaysia (PUM) have also condemned the cartoon for its inaccurate portrayal of Islam. Follow the discussion Comments (33)
Sort by: Date Rating Last Activity +121 JoeA · 8 hours ago The rakyat Malaysia knows better about Nik Aziz than Utusan Malaysia. The people of Kelantan love him.
peace Lover · 7 hours ago Nik Aziz sir, I suggest you to ignore the remarks. There is a saying "Barking dogs never bites". Rakyats are watching. MainDuaBola 132p · 7 hours ago Friend I beg to differ, not only the people of Kelantan love him but the majority of the raayat of Malaysia love him too.
not only Kelantan , but people from all over the country have come to have a respect and high regards to Tok Guru. Beyond race and religion, we find him to be a man of principles and integrity as opposed to those who run him down... Report Reply +7 yhappy's avatar - Go to profile
yhappy 120p · 1 hour ago The world most immortal newspaper try to talk Islam .. Day in day out open eyes and frabicate stories ( instead of reporting the news ) and telling lies ...
Tak tahu malu . Report Reply +84 New Deal's avatar
New Deal · 8 hours ago Utusan Malaysia has completely exhausted all the issues it can use and now has gone on a wild run throwing all kinds of accusations against those who disagree with it. Report Reply +66 Illuminati's avatar
Illuminati · 8 hours ago As if Utusan a very Islamic paper. Utusan's integrity has flown out the window long ago. Report Reply +80 1patriot's avatar
1patriot · 8 hours ago Very soon even UMNO members will be ashamed to read Utusan because of its stupid comments! Report Reply +74 Joseph Chong's avatar
Joseph Chong · 8 hours ago Actually UMNO is the one that had done the most damage to Islam and when Utusan says doing harm to Islam it is so obvious what they mean is doing harm to UMNO. Report Reply +50 Dol's avatar
Dol · 8 hours ago utusan and umno have no more modal to make readers and the electorate to consider buying the paper or support umno, ignore them - confirm and double confirm! Report Reply +59 decency's avatar
decency · 8 hours ago Utusan and Ayahpin 2x5...says Malaysians...get lost Utusan Umno...look at yrself in the mirror b4 u spew nonsensical views at this decent old man in leadership for many decades...shame on Uuu... Report Reply +67 MainDuaBola's avatar - Go to profile
MainDuaBola 132p · 8 hours ago A bankrupt newspaper will do anything to please its master. Report Reply +60 diba's avatar
diba · 8 hours ago Utusan just wants to justify the squandering of the nation by the Malay elites. UMNO is a looting organization. Report Reply +56 ibnuhussein's avatar
ibnuhussein · 8 hours ago Oh my... oh my. Seems like the days are over for Utusang meloya. Disrespecting Islam, causing racial instability, junk... junk and junk.
Why oh why they are not appologizing for tarnishing Islam? I sincerely do not understand those who still reads Utusang and support umNO Report Reply +59 MainDuaBola's avatar - Go to profile
MainDuaBola 132p · 8 hours ago It also pointed out that Nik Aziz has rejected repeated overtures from "Islamic" Umno to form a unity government in favour of greater cooperation with DAP, a party dead set against the establishment of an Islamic nation.
He reject UMNO's brand of Islam because of corruption and cronyism. It will go against his conscious if he join UMNO brand of Islamic State. He is too mulia to do that. Report Reply +55 jacque's avatar
jacque · 8 hours ago Utusan Malaysia challenge and make fun of what had been ordained by God. And now they are saying TG Nik is worse than Ayah Pin just because TG refused to form Kerajaan Perpaduan with the corrupt and thieving UMNO?
Hello Awang Tak Selamat. . ., look at yourself in the mirror before bad mouthing a pious and humble man! Report Reply +47 JomUbah's avatar
JomUbah · 7 hours ago Utusan the mouthpiece of UMNO has none more damage to Islam than any other papers on earth. It is high time for all the rural Malays to boycott this racist paper and make them go bankrupt and disappear from the street. Report Reply +36 CorruptFree's avatar - Go to profile
CorruptFree 120p · 7 hours ago Utusan had lost it's functions as a news media:- a watchdog to protect general public from government and corporate corruption, a scorekeeper to point out the losers and winners in politics and finally a gatekeeper for central source of information instead it has became an UMNO's flying guillotine. Report Reply +41 aboi's avatar
aboi · 7 hours ago Go Utusan...keep on condemning Nik Aziz. The more you condemn, the more people will hate Umno coz majority of Malays have a high respect to Ulama. Thanks to Utusan, fence sitting Malay will now have clearer pic who to vote in next election. Report Reply han · 7 hours ago For Utusan to say UMNO is islamic is the biggest bull of the year. My foot. This is UMNO's way of getting even with Nik Aziz for not wanting to form an unity government with it. It only shows the hypocrispy and falsehood of UMNO. Report Reply entang · 7 hours ago Just because Tok Guru firm stand on his principle not to join the corrupted UMNOPutra, this Utusan bark everyday.
Dear Comrade, the more this Utusan published the better, keep those DISTORTED articles then display them during election campaign and let Malaysian view who is the Real EVIL !!! musica Being a non-muslim, I have more faith in Nik Aziz than Utusan. At least he is a man of truth and not distortion like some newspaper claimed to be.... Nik Aziz is a holy and pious muslim while all the Utusan editors and news reporters are hiding behind the cloak of Islam. Utusan editors and reporters are real munafiqs claiming to be muslims. ayoiapi 122p · 6 hours ago Masya Allah Utusan. I am so disgusted by this article????!!!!!. It just makes me hate Utusan even more. So low lah.... Report Tuan Guru Nik Aziz is the example for all Muslims to follow.
It is incredible that UMNO leaders can continue to allow the Utusan to be managed so badly by such immoral men for so long. span · 3 hours ago Anyone can say anything he likes, Nik Aziz is an exemplary leader everyone should follow. Utusan can run him down but the truth in him can't be ignored by everyone. I am an UMNO man but I have high respect for this grand leader. i shall miss him when he dies. atimah juling · 2 hours ago to them ayah pin's too holy than nik aziz ..so that's why he never been caught. we only hope that 1day they send utusan's ultraman bring back ayah pin from sky kingdom! men32 I am a Malay, a Muslim and a thinking person. Nik Aziz is a person of high integrity. He is not a mad man. UM is worth only as toilet papers. Only idiots read this crap. Hebat Tan's avatar I am non muslim but UMNO have confused me whether I should utter the word ALLAH when I am in West Malaysia and shall be safe once I am in East Malaysia. Doesn't it confuse in the name of Islam. sendipity hopeful Utusan, who is the one who is using religion to stay afloat? Who is so afraid of Tok Guru solid standing in the Muslim community that it is using all it has got to discredit the Tok Guru?
Why are the Chinese losing the fear of PAS if Tok Guru is as bad as you are making him out to be? Why are more and more Malays and non-Malay getting wary of the BN and deserting it? Utusan you are barking up the wrong tree. But people understand, you are just doing what you are paid to do. Newchief · 1 hour ago utusan has to make up stories becuase it is losing customers by the second !!! it targets bad mouth on the oppositions so that the oppositions will buy their newspapers and make noises or condeming about it . my suggestion : DON'T BUY their newspapers for good so that one day, najib will say, the government needs to bail utusan out by making use of our epf savings or by upping up fuel cost again !!! Black Sheep's avatar Nik Aziz is the true Islamic leader not only in Malaysia but in the world. He should be the head of OIC. World over yopu can see muslims living at peace and not war. gopalraja · 1 hour ago i suggest that umno sell utusan to other company and then ban its printing forever...with this umno can shut awang selamat big mouth and in same time gain profit from the selling of utusan merayu (if there is ppl to buy....)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan