Aminuddin Harun Posted: 09 Jun 2011 07:25 AM PDT SEMBANG MALAM - PELANCARAN TABUNG DANA PILIHANRAYA DUN SIKAMAT Posted: 08 Jun 2011 09:57 PM PDT
Assalamualaikum w.b.k.t / salam sejahtera,
Kepada semua ahli parti pakatan rakyat dan semua para penyokong, saya meminta sokongan semua pihak bagi menjayakan program ini yang bertujuan untuk mengisi Tabung Dana Piliharaya DUN Sikamat. Bersama kita menjayakan perjuangan rakyat ini. Terima kasih.
| KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP DUN SIKAMAT Posted: 08 Jun 2011 09:23 PM PDT Semua dijemput menyertai dan bersama meraikan program ini . | |
ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG Posted: 09 Jun 2011 03:39 AM PDT EKONOMI & PEMBANGUNAN, TELUR SUDAH PECAH, ANI AROPE DEDAHKAN SKANDAL TNB RM131.3 BILLION Posted: 08 Jun 2011 05:41 AM PDT
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab pendedahan mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tan Sri Ani Arope mengenai skandal subsidi gas yang mengakibatkan negara menanggung kos sebanyak RM131.3 bilion.
"Najib harus menjawab pendedahan yang dibuat oleh Ani Arope berhubung skandal subsidi minyak ini," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini hari ini.
Bekas CEO TNB itu mendedahkan bahawa Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bertanggungjawab terhadap skandal subsidi minyak yang menyebabkan rakyat Malaysia menanggung kos berjumlah RM131.3 bilion pada tahun 2010.
Lim berkata, Ani Arope sanggup memilih untuk melepaskan jawatan beliau daripada menandatangani perjanjian berat sebelah, yang melihat penciptaan generasi pertama IPP, seperti YTL Power Services, nPowertek dan Malakoff semasa pentadbiran mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
"EPU telah memaksa Tenaga untuk membeli kuasa daripada pengeluar bebas elektrik (Independent Power Producer – IPP), yakni Genting Sanyen, sebanyak 14sen/kWh walaupun terdapat penawaran sebanyak 12sen/kWh; dan IPP mengenakan bayaran sebanyak 16sen/kWh.
Menurut Lim, Ani Arope turut menggelar EPU sebagai 'Economic Plundering Unit' dengan menaikkan tarif elektrik sewenang- wenangnya.
Ani Arope menyatakan bahawa agensi janakuasa tersebut telah memaksa syarikat janakuasa nasional untuk menandatangani perjanjian pembelian berat sebelah hampir 20 tahun yang lalu di mana Tenaga mesti membeli tenaga yang tidak diperlukan.
Margin simpanan elektrik tertinggi di dunia
"Hal ini menyebabkan Malaysia mengalami margin simpanan elektrik yang tertinggi di dunia iaitu 52.6% pada tahun 2010," ujar Setiausaha Agung DAP itu.
Menurutnya lagi, sehingga akhir tahun 2010, Petronas telah menjengkakan subsidi gas asli terhadap sektor janakuasa dan sektor bukan janakuasa sebanyak RM131.3 bilion.
"Sekiranya harga gas asli tidak berubah (dalam sektor janakuasa pada RM10.70/MMBTU; sektor bukan janakuasa pada RM15.35/MMBTU), sejumlah RM27 billion terpaksa ditanggung pada 2011," katanya.
Beliau berkata TNB dibenarkan untuk menaikkan 7% kenaikan kerana Tenaga perlu membayar lebih untuk harga gas asli yang naik sebanyak RM3 se MMBTU, di mana ianya akan mengurangkan kos subsidi kepada RM25.64 bilion daripada RM27.22 bilion.
Jelas sekali, tiada justifikasi untuk Putrajaya menaikkan tarif elektrik sebanyak 7% apabila kajian semula syarat asal IPP adalah memadai daripada pemotongan nilai subsidi tersebut.
Katanya, 'Federation of Malaysian Manufacturers' (FMM) telah menyatakan bahawa harga dalam sektor janakuasa
Malaysia belum menjadi lebih kompetitif, walaupun bayaran untuk gas asli adalah lebih murah (RM13.70/mmBtu) berbanding Thailand (RM18.23), Singapura (RM43.32) dan Indonesia (RM21.04).
"Kos elektrik di Malaysia berikutan kenaikan kadar adalah menghampiri kadar di Thailand. Sekiranya kita membandingkan kadar tenaga elektrik di Thailand yang berkategori tenaga bervoltan rendah, sederhana dan tinggi, kadar tarif Malaysia antara kategori tersebut adalah lebih tinggi.
"Perdana Menteri harus menjawab kepada rakyat Malaysia kenapa rakyat harus 'membayar' bagi kesilapan atau perjanjian yang tidak seimbang oleh EPU yang bertentangan dengan kepentingan nasional kerana ia hanya menguntungkan beberapa IPP dengan mengorbankan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia," tambahnya. | APA KATA BEKAS KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TENAGA NASIONAL BERHAD, TAN SRI ANI AROPE TERHADAP KEPUTUSAN KENAIKAN TARIF ELEKTRIK Posted: 08 Jun 2011 05:29 AM PDT Tarif Elektrik: Ani Arope selar EPU, Gelar 'Unit Penyamun Ekonomi' Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Ani Arope menyalahkan Unit Perancang Ekonomi kerana menaikkan tarif elektrik. Laman web The Malaysian Insider memetik Ani sebagai berkata, TNB dipaksa menandatangani perjanjian berat sebelah, sejak hampir 20 tahun lalu. Ani, yang menyifatkan EPU sebagai 'Economic Plundering Unit', memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen n kemudiannya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/ kwj. "Kamu tidak perlu pergi sekolah perniagaan untuk memahami mengapa perlu kenaikan tarif elektrik- hanya melihat semula syarat diberikan kepada beberapa IPP," kata Ani yang menerajui syarikat utiliti itu antara 1990 hingga 1996 dalam status di laman sosial, Facebook. "Dengan fasal ambil-dan bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui. "Bagus EPU — Unit Plundering Ekonomi," katanya mengejek unit ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu. Justeru, Ani meminta satu kajian semula syarat-syarat asal dengan IPP kerana perjanjian tenaga itu terus dilakukan. Ani menimbulkan kegemparan pada 15 tahun lalu apabila meletakkan jawatan daripada jawatan pengerusi eksekutifnya kerana enggan menandatangani persetujuan tak seimbang dalam Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) Ia menyebabkan kewujudan generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff, semasa negara di bawah pentadbiran Dr Mahathir. "TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya," katanya. | |
R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang Posted: 08 Jun 2011 11:25 PM PDT |
The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah Posted: 08 Jun 2011 11:21 PM PDT Masalah-masalah yang dihadapi oleh peneroka-peneroka Felda di Negeri Johor Posted: 08 Jun 2011 06:51 PM PDT Didalam lawatan kami dari Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat dan hasil daripada Majlis-Majlis Dialog diantara Biro ini dengan peneroka-peneroka Felda di Felda Sg Mas, Felda Adela, Felda Bukit Batu, Felda Ulu Dengar, Felda Redong dan Felda Maokil serta pertemuan dengan peneroka-peneroka Felda Cahaya Baru, Felda Papan Timur, Felda Nipah 2, Felda Ulu Betong, Felda Lok Hing, Felda Chempelak, Felda Tenang, Felda Kahang dan Felda Kemelah, pelbagai masalah telah ditimbulkan.
Di Felda Redong, lebih kurang 43 orang peneroka-peneroka dihalang oleh pihak pengurusan Felda daripada mengambil alih ladang mereka untuk mereka menguruskan sendiri.
Mereka telah melantik seorang peguam di Negeri Johor untuk mengambil tindakan saman di Mahkamah terhadap Felda.
Peneroka-peneroka tidak berpuas hati kerana ladang-ladang mereka dibiarkan didalam keadaan semak samun, tidak diurus dengan baik dan tidak dibaja.
Peneroka-peneroka bimbang kerana keadaan yang menimpa kebun-kebun mereka tidak membolehkan sawit mereka mengeluarkan hasil yang baik dan dengan itu keupayaan mereka untuk membayar hutang kepada Felda menjadi terbatas sedangkan hutang mereka semakin bertambah kerana elaun sara hidup yang mereka terima dari Felda sebanyak RM1500.00 sebulan dikira sebagai hutang manakala kebun mereka tidak mengeluarkan pendapatan sewajarnya untuk menjelaskan hutang mereka kepada Felda.
Rata-rata hutang mereka kepada Felda sudah meningkat melebihi RM70,000.00 setiap orang.
Peneroka-peneroka rata-rata tidak puas hati dengan pengurusan yang dijalankan oleh Felda Technoplant, anak syarikat Felda itu gagal menguruskan ladang mereka. Sawit-sawit yang mati tidak disulam, tidak dijalankan pembajaan yang betul, dan dibiarkan tanah-tanah mereka didalam keadaan yang tidak terurus, semak-samun.
Peneroka-peneroka Felda Cahaya Baru pula mengatakan bahawa 7 ekar tanah getah mereka telah diserahkan kepada sebuah Syarikat Pemaju dan telah digadaikan kepada Bank dan terlepas tangan daripada mereka dengan janji bahawa mereka akan dibayar RM1.2 juta. Kini mereka sudah kehilangan tanah dan kehilangan pendapatan. Ada lebihan tanah seluas 2 ekar tetapi setiap bulan mereka hanya dibayar RM55.00 sahaja. Dua ekar tanah sawit itu boleh mendatangkan pendapatan tidak kurang daripada RM600.00 sebulan, tetapi mereka hanya dibayar dengan RM55.00 sahaja sebulan.
Mereka telah minta Menteri Besar Johor, Perdana Menteri dan semua jabatan-jabatan yang sepatutnya boleh memberikan pertolongan tetapi tidak ada Wakil Rakyat, Menteri Besar dan Perdana Menteri yang mahu mendatangkan bantuan, bahkan pemimpin-pemimpin besar ini pula yang menempelak mereka dengan kata-kata yang sangat menghinakan seperti: "Dulu kenapa ghairah sangat nak jadi jutawan?" walhal peneroka-peneroka itu dipujuk dan dirayu oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk menyerahkan tanah mereka.
Seorang peneroka di Felda Chempelak menyatakan bahawa pada tahun 2009, beliau mendapat Penyata bahawa hutang beliau dengan Felda termasuk bekalan baja semasa berbaki RM29,799.71. Dengan kerjasama adik-beradik, beliau telah jelaskan hutang itu sepenuh kepada Felda. Tetapi pada bulan April 2010, beliau menerima Penyata Hutang yang baru bahawa beliau masih terhutang sebanyak RM14,000.00. Beliau sangat tidak berpuas hati lantas menemui Pengurus Felda rancangan untuk mendapatkan penjelasan kerana beliau telah mengambil alih ladang untuk kerja sendiri dan tidak lagi mengambil apa-apa elaun atau bekalan baja dan lain-lain dari Felda. Pengurus meminta beliau pergi ke Ibu Pejabat.
Setelah berbincang dengan Ibu Pejabat Felda, beliau diberitahu bahawa Felda telah menerima daripadanya terlebih RM1200.00 dan lebihan itu dikembalikan kepadanya.
Pada bulan April 2011, sekali lagi beliau menerima surat dari Felda untuk beliau menjelaskan baki hutang beliau iaitu hutang baja semasa berjumlah RM5752.03. Beliau sangat tidak puas hati kerana seolah-olah Felda mengenakan hutang atas angin daripada beliau. Insya Allah, saya mengambil alih untuk menjawab Surat Tuntutan daripada Felda ini dan notis akan dihantar kepada Felda didalam sehari dua ini selepas saya kembali dari Rompin.
Di Felda Nipah 2, Tanam Semula yang dilaksanakan oleh Felda Technoplant diatas tanah peneroka-peneroka masih gagal dibuat walaupun tempoh tanaman sudah berlalu lebih dari satu tahun.
Masalahnya Felda Technoplant tidak mempunyai semaian anak-anak sawit, dan anak-anak sawit yang dibekalkan adalah anak-anak sawit baka yang tidak elok. Bukan sahaja anak-anak sawit itu tidak membesar bahkan menjadi ketot setelah ditanam.
Tanaman itu pula tidak dibaja dan mati begitu sahaja. Apabila peneroka-peneroka mahu melaporkan kepada polis dan SPRM, pihak pengurus meminta kerjasama daripada peneroka-peneroka supaya beliau tidak dibebankan dengan kesukaran kerana tidak lama lagi mahu bersara.
Dan pengurus itu membuat helah bahawa anak-anak sawit yang ditanam itu mati kerana diserang oleh haiwan. Justeru, telah digali parit besar, dan direntang pagar berelektrik yang sebenarnya tidak ada aliran elektrik, dan kesemua kos pembangunan tambahan ini dikenakan kepada peneroka-peneroka menjadikan hutang peneroka-peneroka kepada Felda meninggi hasil kecuaian pengurusan Felda menguruskan tanaman mereka.
Dihampir kesemua rancangan Felda yang kami lawati, peneroka-peneroka mengadu mengenai Tabung Tanam Semula yang masih tidak dibayar oleh Felda kepada peneroka-peneroka yang menanam sendiri dan tidak bersama Felda.
Berhubung dengan isu ini kami telah meminta peneroka-peneroka menubuhkan Jawatankuasa Bertindak dan menyenaraikan semua peneroka-peneroka yang terlibat dengan isu Tabung Tanam Semula agar pihak Peguam PKR dapat mengambil tindakan saman terhadap Felda.
Bagi peneroka-peneroka yang tanam semula dengan sawit, mereka mempersoalkan kenapa mereka tidak dibayar oleh MPOB berhubung dengan Insentif Tanam Semula sebanyak RM5000.00.
Di Felda Lok Hing pula peneroka-peneroka mempersoalkan kenapa geran tanah mereka masih belum dikeluarkan walaupun mereka telah lama menjelaskan BK kepada Felda dan cac melalui Felda. Mereka sedar bahawa tujuan Felda melengah-lengahkan pemberian geran ini adalah untuk dimanipulasi supaya mereka menanam bersama Felda dan dengan itu akan membelenggu mereka dengan hutang besar berterusan.
Team guaman daripada Biro Masyarakat Felda akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh peneroka-peneroka Felda di Negeri Johor.
Nampaknya, Felda tidak mempunyai sikap untuk berkebajikan kepada peneroka-peneroka dan "lagu" yang difahami oleh Felda hanyalah dalam bentuk saman yang akan dikemukakan kepadanya.
| Lawatan Biro Masyarakat Felda Ke Negeri Johor Posted: 08 Jun 2011 07:13 AM PDT Biro Masyarakat Felda Parti Keadilan Rakyat Pusat telah mengambil tindakan berani dengan program-program lawatannya ke Negeri-Negeri yang diliputi oleh Felda. Setelah selesai dengan program lawatan ke Negeri Sembilan, pihak Biro memutuskan untuk membuat lawatan ke Negeri Johor.
Didalam rombongan lawatan itu adalah saya sendiri selaku Pengerusi Biro dan dianggotai oleh Sdr T. Kumar selaku Timbalan Pengerusi, Sdr Rebin Birham selaku Setiausaha, Sdr Zabdie Abas selaku Ketua Generasi Muda Biro, dan dibantu oleh pimpinan Biro Felda dan Orang Asal Negeri Johor yang diketuai oleh Sdr Zulkifli Daud, Pengerusi Biro Felda PKR Negeri Johor.
Rombongan kami tiba di Felda Sg Mas jam lebihkurang 2.00 petang pada 5hb Jun 2011, disana kami mengadakan Dialog dengan wakil-wakil peneroka Felda Sg Mas dan rancangan-rancangan sekitarnya dan diakhir majlis dialog itu kami telah melancarkan Borang Permohonan Menjadi Peneroka Baru dari kalangan anak-anak peneroka Felda dari Generasi Ke-2 dan Generasi Ke-3.
Selesai Majlis itu kami berlepas ke Felda Adela dimana satu Majlis Ceramah PKR telah diadakan, dan diakhir Majlis itu telah dilancarkan pembentukan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Negeri Johor selepas pelancaran Borang Permohonan Menjadi Peneroka Felda baru.
Esuknya kami pergi ke Felda Bukit Baru dan dijamu makan tengah hari di Rumah Sdr Zabidie Abas sebelum kami ke Felda Ulu Dengar di Gugusan Kahang untuk mengadakan Majlis Dialog di rancangan Felda tersebut untuk peneroka-peneroka Ulu Dengar dan kawasan-kawasan sekitarnya. Diakhir Majlis Dialog itu, kami lancarkan Borang Permohonan Menjadi Peneroka Baru dari Generasi Ke-2 dan Generasi ke-3.
Pada jam 9.00 malam, kami meneruskan perjalanan kami ke Felda Bukit Batu dalam kawasan Parlimen Kulai untuk mengadakan Ceramah serta Majlis Dialog. Disana kami telah ditemani oleh Datuk Chua Jui Meng. Majlis Ceramah itu cukup berjaya kerana dia dihadiri oleh tidak kurang dari 200 orang anak-anak muda, dan anak-anak muda ini menyambut baik dan menerima Borang Permohonan Menjadi Peneroka Baru.
Malam itu kami menginap di Stay Inn Hotel di Bandar Simpang Renggam. Selepas mengambil sarapan pagi pada keesukan harinya, kami menziarahi Dr Ann, seorang aktivis PKR di Bandar Simpang Renggam. Beliau adalah diantara mereka yang akan bertanding disalah satu kawasan DUN disana.
Selesai berbincang dengan Dr Ann (bukan seorang wanita), kami meneruskan lawatan kami ke Felda Redong di kawasan Parlimen Sekinjang dan didalam Majlis Dialog di Felda itu pada jam 3.00 petang, Dr Gurmit Singh, Ketua PKR Cabang Segamat, Pn Natrah Ismail, Ketua Wanita PKR Negeri Johor, Pn Siti Halijah Hj Mohamad, Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal Wanita PKR Pusat, dari Generasi Ke-2 Felda Cahaya Baru. Ucapan beliau di Majlis Dialog itu memberikan kesan mendalam kepada para hadirin yang sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa peneroka-peneroka Felda Cahaya Baru yang menjadi "jutawan fakir". Pn Natrah juga turut memberikan ucapan.
Pelancaran Borang Permohonan Menjadi Peneroka Baru Felda mendapat sokongan yang begitu menggalakkan dan lebih dari 300 Borang Permohonan itu telah diambil oleh anak-anak muda yang hadir.
Sebaik saja selesai Majlis Dialog di Felda Redong itu, saya dan isteri saya terus ke Segamat untuk menempah bilik Hotel.
Kemudian kami pergi ke Labis untuk mengambil makan malam bersama-sama dengan Zabidie Abas, Zulkifli Daud, Natrah Ismail, Siti Halijah dan rombongan dari Felda Cahaya Baru sebelum kami pergi ke Felda Maokil untuk Majlis Ceramah.
Sesampai di Maokil, kami diberitahu oleh Cikgu Saadon, Ketua PKR Cabang Pagoh bahawa tempat ceramah telah dipindahkan kerana berlaku satu kematian kepada keluarga tuan rumah. Kami mendapat kebenaran dari sebuah Restoran untuk mengadakan ceramah di restoran itu.
Pada malam itu Cikgu Saadon, Siti Halijah Mohamad, Rebin Birham dan saya sendiri menjadi penceramah manakala Sdr Zabidie mempengerusikannya.
Sebaik sahaja Siti Halijah berucap, Majlis itu telah diganggu oleh Pengurus Felda Maokil yang mengarahkan Majlis Ceramah itu diberhentikan. Arahan daripada beliau itu dibuat diatas kuasa yang diberikan kepadanya dibawah GSA. Cikgu Saadon cuba berbincang dengan Pengurus itu, tetapi suara Pengurus itu semakin meninggi untuk Ceramah itu diberhentikan.
Saya masuk campur dan bertanya Pengurus itu kenapa Majlis Ceramah yang berjalan dalam suasana baik itu hendak diberhentikan. Semakin kami cuba meminta kerjasama darinya semakin bongkak Pengurus itu, akhirnya, saya tanyakan dibawah Seksyen apa dibawah GSA beliau mahu memberhentikan ceramah itu. Beliau mengatakan bahawa beliau mempunyai kuasa dibawah Seksyen 36 Akta GSA itu.
Saya pergi ke kereta saya dan mengambil Buku Akta GSA itu, dan saya tunjukkan kepada Pengurus itu bahawa Seksyen 36 tidak memperuntukkan kuasa kepada Pengurus Felda untuk memberhentikan Ceramah.
Seksyen 36 itu langsung tidak menyebut sebarang kuasa Pengurus, maka kami teruskan saja Ceramah itu.
Giliran saya berceramah dan saya terangkan dalam ceramah saya itu Seksyen 36 yang ditambatkan kepada Seksyen 38 sebelum saya berceramah mengenai maudho' ceramah itu iaitu mengenai peruntukan Buku Jingga didalam Perkara 8 yang menerangkan tentang keputusan Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang akan memansuhkan Felda Plantation dan tanah ladang Felda Plantation itu akan diagih-agihkan kepada Generasi ke-2 dan ke-3 Felda.
Sebaik saja saya menamatkan ceramah saya lebihkurang jam 11.45 malam, beberapa buah kereta Polis telah menyerbu tempat kami berceramah, mereka itu dipanggil oleh Pengurus Felda yang bongkak itu.
Polis nak buat apa? Majlis Ceramah sudah tamat, dan mereka menyatakan bahawa kalau dah tamat tak perlulah mereka masuk campur. Alangkah keciwanya Pengurus itu!
Diakhir Majlis Ceramah itu, kami juga melancarkan Borang Permohonan Menjadi Peneroka Felda Baru.
Sepanjang 3 hari kami berada di Negeri Johor dengan mengadakan 3 Majlis Dialog dan 3 Majlis Ceramah, tidak kurang dari 2000 borang permohonan menjadi peneroka baru Felda telah diambil oleh pihak generasi ke-2 dan generasi ke-3.
Sementara itu, saya sendiri menerima jemputan lagi untuk datang lagi memberikan ceramah di Felda Cahaya Baru, Felda Air Itam, Felda Siboi, Felda Lok Heng, Felda Kahang, Felda Chempelak dan beberapa Felda yang lain di Negeri Johor.
Saya menetapkan satu lagi lawatan Biro Masyarakat Felda PKR Pusat akan diadakan dipenghujung bulan Julai untuk lawatan beberapa hari, lawatan itu merubah persepsi generasi ke-2 dan ke-3 terhadap peranan yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat dan mereka berpandangan positif terhadap peranan yang dimainkan oleh Parti Keadilan Rakyat melalui Biro Masyarakat Feldanya. | |
Suara Sri Andalas Posted: 08 Jun 2011 11:17 PM PDT Pesta Hari Pekerja Daerah Kuala Selangor 2011 Posted: 04 Jun 2011 03:00 AM PDT Kuala Selangor, 4 Jun 2011 - Lebih 1,300 hadir meraikan Hari Pekerja di stadium tertutup Kuala Selangor pada hari ini.
Antara tetamu kehormat yang hadir dan memberikan ucapan adalah YB Dr Xavier Jayakumar, YB Ng Sue Lim dan Pegawai Daerah Kuala Selangor. Majlis ini telah dianjurkan dan dibiaya sepenuhnya dibawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama pihak Majlis Daerah Kuala Selangor. Antara program yang diadakan pada hari ini adalah pemberian hadiah kepada para pemenang bagi sukaneka yang telah diadakan pada 22 Mei dan 29 Mei yang lepas. Sukaneka tersebut telah dianjurkan di tujuh zon di seluruh daerah Kuala Selangor iaitu Ladang Selangor River, Ladang Sungai Tinggi, Ladang Raja Musa, Ladang Tennarom, Ladang Bukit Panjang, Ladang Taman Rajawali dan Ladang Tuan Mee. Pada hari sukaneka tersebut, permainan bolasepak 9 sebelah, sepak takraw, bola jaring, kabadi untuk lelaki dan perempuan turut dipertandingkan. Untuk pertandingan bolasepak, hadiah RM1,000 diberikan kepada tempat pertama, RM750, tempat kedua, RM500 tempat ketiga, RM300 tempat keempat dan lapan pasukan terbaik, masing-masing menerima set jersi lengkap. | |
Zulkifli Noordin Posted: 08 Jun 2011 09:19 PM PDT ANAK CINDIA Posted: 07 Jun 2011 11:51 PM PDT Salam 2 all. Teman tertarik dengan kontroversi baru yang dicetuskan oleh kaum biaDAP baru-baru ini berkaitan isu status "bangsa anak" didalam Sijil Kelahiran. Lapuran yang jelas bersikap provokasi ini disiarkan oleh media portal pro-Anwar MalaysiaKini (dilampir dibawah). Ceritanya ADUN biaDAP Hannah Yeoh baru-baru ini beranak hasil perkahwinan dengan seorang suami India bernama Ramachandran Muniandy. Beliau cuba mendaftarkan anak perempuannya yang dinamakan Shay Adora Ram sebagai kategori keturunan "bangsa Malaysia" kerana mendakwa anaknya keturunan Cina bukan India pun bukan! Tapi campuran benih kopi susu Cina-India. Hannah bukan tak tahu tidak ada bangsa bernama bangsa Malaysia. Malaysia adalah nama sebuah negara yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu. Sebarang rujukan kepada rakyat sesebuah negara disebut "warganegara", bukannya bangsa. Adakah Hannah mahu anaknya dilabel sebagai bangsa keturunan "Anak Tanah Melayu?" Dan Malaysia terdiri daripada gabungan etnik besar bangsa Melayu-Cina-India-Iban-Dayak-Kadazan dan banyak lagi. Jadi kalau Hannah nak main wayang kata anaknya "anak Malaysia" juga tidak boleh - kerana tidak cukup syarat. Campuran benih India dan Cina sahaja tidak cukup untuk melayakkan anaknya dipanggil "anak Malaysia". Kalau betul mahukan anaknya dilabel dengan label "anak Malaysia", maka Hannah perlu dapatkan benih semua bangsa yang ada dalam Malaysia, dan setelah disahkan campuran DNA semua bangsa itu, barulah boleh dipertimbangkan samada layak atau tidak anak Hannah dilabel "anak Malaysia". Atau lebih canggih lagi, teman boleh cadangkan kepada Parlimen anak campuran benih semua kaum dan bangsa ini dilabel sebagai keturunan "Anak 1-Malaysia"!!! Kalau setakat campuran benih "Cina-India", bolehlah Hannah memohon untuk melabelkan anaknya sebagai "anak Cindia". Itupun kalau mahu. Mungkin boleh minta wakil rakyat biaDAP yang ada untuk usulkan dalam Parlimen untuk label baru "Cindia" tersebut. Satu persoalan besar yang timbul daripada keengganan Hannah meletakkan label keturunan anaknya itu ialah adakah Hannah ini sendiri bersikap cauvinis, prejudis dan rasis: sebab kalau mengikut amalan pendaftaran anak negara ini anak tersebut wajar mengikut keturunan bapanya - iaitu Tamil, atau India. Adakah Hannah tidak mahu anaknya dikenali sebagai keturunan Tamil atau India? Kalau ini benar, maka sikap Hannah Yeoh ini sudah pasti memberi persepsi yang sangat rasis dan cauvinis!!! Apatah lagi didalam amalan masyarakat Cina, nama keluarga sang isteri akan hilang sebaik sahaja berkahwin. Bukankah ini juga satu bentuk diskrimanasi? Teman tengok ini tidak lain selain tindakan mencabar dan provokasi oleh kaum biaDAP ini. Masa kakitangan wakil rakyat biaDAP bernama Teoh Beng Hock ditemui mati terterap di SPRM, maka riuh kata dia telah membuntingkan teman wanitanya sebelum kahwin. Dalam bahasa orang Melayu - anak haram. Bukan main kaum biaDAP menuntut anak haram itu didaftarkan atas nama Teoh Beng Hock. Ini sekaligus memberi gambaran seolah-olah kaum biaDAP ini menggalakkan hubungan seks sebelum perkahwinan. Padanlah dema tak kisah bila ada kutu "mengunyit" China-doll sampai naik muntah si amoi dikerjakannya! Tak tahulah teman mungkin dibawah konsep "negara kebajikan", semua ni halal lah kot yop. Sejak-sejak "negara Islam" dah jadi arwah ni, macam-macam boleh yop! Silap-silap Karpal Singh boleh jadi tukang patwa Negara Kebajikan nanti yop!!! Dan teman cabar kaum biaDAP ni, kalau sampai anak sendiri campuran Cina-India pun dia tak mahu mengaku sebagai Cina + India, macam tu tutup saja semua sekolah aliran Cina atau Tamil. Pasal kalau ikut logik wakil rakyat biaDAP ni, semua sekolah patut dinamakan sekolah Malaysia, atau lebih tepat lagi Sekolah Kebangsaan Malaysia, sekolah bagi semua bangsa di Malaysia. Kalau macam tu, eloklah kita tukar semua sekolah aliran Cina dan Tamil kepada "Sekolah Kebangsaan 1-Malaysia"!! Okay ke ke tu kaum biaDAP? Adios amigos. Grasias senorita! Wallahua'lam & wassalam. Zulkifli Bin Noordin Rabu 06 Rejab 1432 08 Jun 2011 * Gambar ini sekadar hiasan sahaja dan tiada kena mengena dengan sesiapa pun samada kaum Anwarinas atau Anwariyun, ianya sekadar gambar seekor beruk sedang nak tidoq sebagai penghias artikel!@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ ( Lapuran portal pro-Anwar MalaysiaKini bertarikh 07.06.2011)
ADUN gagal daftar bayinya sebagai 'anak Malaysia' Kuek Ser Kuang Keng Jun 7, 11 6:12pm Dalam usaha menolak politik perkauman, seorang ADUN cuba mendaftarkan keturunan anak perempuannya sebagai 'Anak Malaysia' tetapi diberitahu oleh pegawai jabatan pendaftaran, sistem sekarang tidak membenarkannya. Bayi berusia enam hari yang diberikan nama Shay Adora Ram, hampir menjadi 'anak Malaysia' pertama yang didaftarkan oleh pasangan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya Ramachandran Muniandy. Pasangan ibu bapa itu ke ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya hari ini bagi mendaftarkan kelahiran Shay. "Kami diberikan borang untuk diisi. Jadi kami letak 'anak Malaysia' di ruangan 'bangsa' tetapi seorang pegawai berkata bangsa mestilah didefinisikan mengikut keturunan ibu bapa mereka, iaitu Cina atau India," kata Yeoh ( kanan) kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini. "Kami jawap anak perempuan kami bukan Cina ataupun India." Yeoh kemudiannya memilih untuk membiarkan ruangan itu kosong tetapi ini juga ditolak oleh pegawai berkenaan. "Mereka berkata tiada peruntukan bagi mengosongkan ruangan itu. Sistem sedia ada tidak boleh mendaftarkan anak kami. Kami mesti memilih mana-mana satu bangsa," kata ADUN DAP itu sambil menambah kategori 'lain-lain' juga tidak dibenarkan dipilih olehnya. Pasangan yang kecewa itu kemudian memutuskan untuk menangguhkan pendaftaran anak mereka tetapi diberitahu tindakan berkenaan akan mengusutkan lagi keadaan dan mungkin menjejaskan anak itu, umpamanya apabila mendapatkan rawatan perubatan dan perkara lain. Oleh kerana bagi menjamin kepentingan anak mereka, pasangan itu mendaftarkan Shay sebagai berbangsa Cina buat masa ini. "Saya akan menulis kepada perdana menteri dan ketua pengarah jabatan pendaftaran negara untuk membuat rayuan. "Sistem mendaftarkan rakyat mesti mencerminkan apa yang dilaungkan oleh perdana menteri setiap hari," kata Yeoh. | |
Anwar Ibrahim Posted: 08 Jun 2011 07:32 PM PDT Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Selangor & Negeri Sembilan Posted: 08 Jun 2011 05:51 PM PDT 10 Jun 2011 (Jumaat) Program 1 – Selangor 9.00 – 12.00 Malam – Ceramah Perdana 1 Lokasi : Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang Penceramah: - YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
- YAB Tan Sri Khalid Ibrahim
- YB Teresa Kok Suh Sim
- YB Dr Xavier Jayakumar
Program 2 – Negeri Sembilan 9.00 – 12.00 Malam – Ceramah Perdana 2 Lokasi: Kampong Sirusa, Batu 4, Port Dickson Penceramah: - YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
- YB Dato' Kamarul Baharin Abbas
- YB Loke Siew Fook
- YBhg Zulkifli Omar
| Avatar Video Seks Posted: 08 Jun 2011 06:56 AM PDT OLEH HASMI BIN HASHIM "If they can make Avatar, they can make every thing". ~ Dr Mahathir Mohamad. Kata-kata itu tak kosong. Ia adalah sebuah keyakinan hati mantan perdana menteri ke-4. Samalah ketika ditanya apa yang beliau mahu selepas melepas jawatan Perdana Menteri, dengan nada seloroh dan jenaka katanya, "saya nak jadi Agong, mereka tak kasi". Dari kaca mata politik-kekuasaan, itu bukan jenaka—walaupun nadanya terdengar seperti mudah dan seloroh. Maka, "Avatar" yang dimaksudkan Dr Mahathir seolah-olah apa sahaja gambaran dapat dibuat—termasuk, tentu sahaja, video seks yang pelakonnya menyamai wajah sesiapa sahaja. Termasuk wajah Anwar Ibrahim. Anwar tetap musuh nombor satu beliau. Sekali Dr Mahathir pernah coba menyekat Anwar daripada menjadi perdana menteri; tak ada alasan untuk beliau dengan mudah melepaskan Anwar pada mana-mana waktu. Meskipun selepas beliau berundur daripada jawatan PM, ia bukan sebab untuk tidak terus menyerang Anwar. Kemarahan terbesar Mahathir kepada Abdullah Badawi, dalam pengamatan saya, bukanlah kerana Barisan Nasional (BN) hilang banyak kerusi di dalam Pilihanraya Umum ke-12. Di bawah kritikan mendesak Abdullah berundur, tentulah kerana Abdullah dilihat 'membebaskan' Anwar. Apabila Anwar bebas, maka oposisi terpandu untuk kembali mengejar jejak ke Putrajaya. Inilah yang paling ditakuti Dr Mahathir. Beliau tanpa sedar atau tidak, pernah mengakui akan lari dan tinggal di luar negara kalau Anwar berjaya menjadi perdana menteri. Ternyata, walaupun selepas Dr Mahathir berundur daripada jawatan PM, kerja politik beliau tidak terhentikan. Beliau masih coba aktif mengatur itu-ini. Orang-orangnya masih ramai. Kepentingan dan sumber ekonomi yang mahu beliau pertahan, tetap sahaja banyak. Sementara di dalam diam-diam, timbul nama Shazryl Eskay Abdullah—seorang yang pernah mempunyai kepentingan langsung terhadap projek Jambatan Bengkok. Apakah kita lupa bagaimana projek Jambatan Bengkok adalah antara projek emas Dr Mahathir. Di sinilah hubungan antara Dr Mahathir-dengan-Eskay yang tak dapat disembunyikan. Watak-watak lain di dalam drama pendedahan video seks yang didedahkan Eskay juga punya hubungan terus dengan Dr Mahathir. Terutamanya Rahim Tamby Chik, mantan Ketua Menteri Melaka. Rahim, malah di dalam satu kenyataannya menyebutkan bagaimana beliau percaya karier politiknya dahulu pernah dibinasakan oleh Anwar yang ketika itu adalah Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri. Rahim sendiri mengakui beliau bertanya kepada Dr Mahathir, apakah Dr Mahathir yang menyebabkan kes "rogol budak bawah umur" dibawa ke mahkamah? Khabarnya Dr Mahathir menafikan. Lalu menuduh ia disebabkan Anwar. Rahim konon-kononnya percaya sehingga ramai sekali orang percaya hal itu, langkah Rahim kali ini tak lebih hanya untuk membalas dendam terhadap Anwar. Di dalam riuh-riuh kes video seks, terdengar pula nama Shuib Lazim. Beliau adalah orang kuat Perkasa. Jawatannya penting iaitu sebagai Bendahari Agung. Maka dengan mudah kita bisa faham bagaimana Perkasa tak lain adalah sebuah "kenderaan politik" Dr Mahathir. Tak hairan juga bagaimana Perkasa jadi antara pehak yang paling banyak membuat komen terhadap video seks berkenaan melalui presidennya, Ibrahim Ali. Begini, konspirasi tetap konspirasi. Hal "perut boroi" jadi kantoi sehingga menimbulkan pertanyaan meluas apakah benar pelaku di dalam video berkenaan adalah tulen Anwar? Polis melalui Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar hanya berani menyebutkan bahawa video itu tulen, tetapi tak berani menyatakan bahawa Anwar-lah pelaku di dalam video yang kemudiannya tersebar meluas di Youtube. Alasannya ialah tak ada keperluan undang-undang untuk mendedahkan lelaki pelakunya—sedangkan beliau terlupa, apakah ada peruntukan undang-undang untuk menyatakan video itu tulen atau tidak? Keadaan ini hanya menimbulkan satu lagi keraguan. Melihat pengalaman dua kali fitnah yang dilempar ke atas Anwar, pehak polis sebelum ini begitu tangkas untuk bertindak—meskipun banyak tindakan polis bukan sesuatu yang mengikut lunas undang-undang. Sebagai contoh, serbuan segera yang dibuat di rumah Anwar pada malam 20 September 1998; apakah sepenuhnya mengikut undang-undang? Begitu juga tangkapan kali kedua terhadap Anwar di hadapan simpang rumah beliau di Bukit Segambut—selepas Saiful Bukhari membuat aduan konon beliau diliwat—juga sangat jauh daripada mengikut undang-undang. Lantaran itu, 'kelembapan' polis bertindak kali ini menunjukkan bagaimana sesungguhnya Polis juga tahu apakah pelaku di dalam video berkenaan bernar-benar Anwar atau tidak. Arakian langkah tidak mengumumkan pelakunya hanya meninggalkan persepsi negatif di dalam fikiran masyarakat (khususnya orang Melayu) terhadap Anwar. Dalam kata mudah, orang Melayu khususnya di luar bandar yang susah mendapat maklumat barangkali telah menyakini bahawa pelaku seks itu adalah Anwar. Sebab itu kes ini adalah kes politik. Sebab itu tindakan pehak polis, khususnya Khalid sendiri boleh ditafsir juga sebagai "langkah politik" yang telah memenangkan sang konspirator dan pemerintah Umno-BN. Gelanggang politik Malaysia bukanlah sebuah gelanggang yang terlalu besar dengan para pemain utama terlalu ramai. Balik-balik orang itu, orang itu jugalah. Lantas, adalah sesuatu yang sangat mustahil apabila seorang perdana menteri, seperti Najib Razak tidak mengetahui lebih awal mengenai sebuah rakaman video seks yang dikatakan melibatkan musuh politik nombor satu beliau sendiri. Ya, seperti kata Dr Mahathir, "kalau Amerika boleh buat [filem] Avatar," apa sahaja boleh dibuat secara visual dan filem. Untuk membentuk wajah Anwar sedang melakukan hubungan dengan seorang wanita (dikatakan pelacur) Cina, bukanlah terlalu sukar. Belanjanya juga bukanlah terlalu mahal, dan tak perlu dibuat sampai ke Hollywood. Saya tak fikir Najib tak tahu semua ini—tapi untuk mudah-mudah lepas tangan kononnya beliau 'bersih' tak terlibat, dan kononnya Umno juga tak ada kena -mengena di dalam komplot kali ini adalah satu kenyataan hipokrit. Lebih-lebih lagi, hari pertama video itu mahu ditayang; ia ditayangkan kepada editor-editor kanan media perdana—orang yang tentu sahaja mempunyai hubungan terus dengan HP dan emel Najib. Sejak era Dr Mahathir sebagai PM, Najib bukanlah seorang menteri yang bersarang idea yang lebih hebat daripada Dr Mahathir. Najib selalunya menurut sahaja apa kehendak Dr Mahathir. Lalu, tidak mustahil untuk Najib sekali ini memberi restu kepada sebuah rakaman video fitnah yang sudah siap dibuat untuk dipublikkan seraya apa yang beliau perlu katakan cukup mudah, iaitu "Umno tak terlibat". Namun kata-kata sedemikian tidak semestinya dapat membersihkan Umno daripada dosa yang maha besar. Dalam arti kata lain, kerosakan selepas lebih sedekad, dengan konspirasi demi konspirasi menjadikan orang Melayu dalam tak sedar telah belajar berbohong. Melihat pembohongan sebagai sesuatu yang seakan-akan diizinkan demi mencapai matlamat apapun. Termasuklah matlamat politik. Media milik Umno, khususnya Utusan Malaysia juga dilihat tidak memainkan isu ini cukup kuat. Andailah memang pelakunya Anwar, kita yakin Utusan akan mencetak foto petikan video berkenaan saban hari di muka surat depan, di samping tak perlu bersusah payah mengalih isu kepada isu sumpah. Belum pernah di dalam kehidupan budaya orang Melayu, sebegini bobrok dan hodohnya digambarkan wajah tamadun bangsa Melayu. Inilah dosa besar dua pimpinan Umno, iaitu Dr Mahathir dan Najib di mana mereka boleh dikatakan sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa. Itu mereka punya pasal. Orang Melayu sendiri sesungguhnya harus menolak amalan politik ala Mahathir-Najib ini. Kita tidak boleh lagi mendiamkan diri dan menerima fitnah sebagai satu amalan biasa politik. Memang tak ada lagi alasan untuk menerima Umno yang ternyata telah merosakkan akal-budi bangsa sampai ke tahap ini. Menolak Umno buat sekali ini berarti menyelamatkan bukan sahaja negeri, malah menyelamatkan bangsa daripada terus binasa; tenggelam dengan fitnah—sepertimana sebelum ini Tuhan menghancurkan bangsa-bangsa yang menjadi fitnah sebagai sebahagian daripada makanan harian mereka. Saya percaya, Melayu tidaklah selemah itu. | Scorpene, Altantuya, Inflasi: Tekanan untuk Najib Posted: 08 Jun 2011 12:25 AM PDT Dari Merdeka Review Perbicaraan mahkamah berhubung kes pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia yang didakwa mempunyai gejala rasuah bakal berlangsung di Perancis. Sekali lagi, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Najib Razak dihantui kes pembunuhan Altantuya, yang didakwa berkait rapat dengan pembelian kapal selam dengan bayaran komisen yang tinggi. Kini, arus inflasi semakin menderas. Model Ekonomi Baru pula sukar menampakkan keberkesanannya. Najib (gambar kiri) berdepan dengan perebutan sumber dalam UMNO. Sayap kanan dalam parti mungkin mengambil kesempatan untuk menekan agar Najib berundur – seandainya Najib gagal memulihkan keadaan, lebih-lebih lagi menjadi liabiliti dalam parti – berikutan skandal yang terpalit pada dirinya. Untuk Najib, beliau berdepan dengan pelbagai rintangan – dalam pertimbangannya untuk mengumumkan pilihan raya umum awal sebagai strateginya membalas serangan. Kes pembunuhan Altantuya Berkali-kali PKR mengaitkan kes pembelian kapal selam dengan kes pembunuhan wanita Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu. Ketiga-tiga orang tertuduh, Razak Baginda, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didakwa mempunyai hubungan dengan Najib. Razak Baginda, adalah think tank untuk Najib; sementara Ketua Inspektor Azilah dan Koperal Sirul didakwa sebagai pengawal Najib. Najib terpaksa menjawab isu ini setelah diserang bertalu-talu oleh Anwar Ibrahim dalam PRK Ijok pada tahun 2007. Najib mendakwa dirinya tidak mengenali Altantuya, dan Kementerian Pertahanan membuat kenyataan bahawa wang bernilai 114.96 juta Euro (kira-kira RM535.8 juta) yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd bukan “komisen”, tetapi kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama enam tahun. Syarikat Perimekar dimiliki isteri Razak Baginda (gambar kanan). Selepas empat tahun, kes ini hampir melabuh tirai, dengan Razak Baginda dibebaskan, sementara Azilah dan Sirul dijatuhkan hukuman mati. Kedua-dua tertuduh boleh membuat rayuan, namun perbicaraan belum berlangsung sebagaimana yang diketahui buat setakat ini. Sebelum Najib mengorak langkahnya untuk menjadi PM, beliau dihujani tuduhan daripada Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan penyiasat persendirian Balasubramaniam a/l Perumal, yang membuat akuan bersumpah untuk membabitkan Najib dan isterinya Rosmah Mansor dalam kes Altantuya (gambar kiri). RPK melarikan diri ke luar negeri, dan tampil di TV3 pada April 2011 – semasa pilihan raya negeri Sarawak – untuk menafikan bahawa dirinya yang membuat tuduhan terhadap Najib dan Rosmah, sebaliknya hanya mendedahkan maklumat yang diterimanya dari sumber. Bagaimana sekalipun pertikaian selanjutnya tentang “pengakuan” RPK ini, yang penting adalah Najib telah mendakwa bahawa nama dirinya “dibersihkan” lantaran daripada wawancara TV3 tersebut. Sejauh manakah impak isu ini, yang dibangkitkan semula selepas empat tahun berlalu? Perbicaraan bakal bermula di Perancis Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel berkata kepada MerdekaReview, perbicaraan kes pembelian kapal selam ini akan bermula dalam tempoh sebulan dua akan datang mengikut prosedur mahkamah Perancis. Lebih banyak maklumat dalaman yang terperinci bakal didedahkan pada ketika itu. Cynthia (gambar kanan) menjelaskan bahawa buat masa kini rakyat gagal memperolehi dokumen-dokumen ini daripada kerajaan Malaysia lantaran daripada Akta Rahsia Rasmi (OSA). Namun, dokumen berkenaan boleh diperolehi daripada Perancis setelah perbicaraan mahkamah bermula, malah hakim boleh memanggil saksi untuk memberi keterangan di mahkamah. Sebelum ini, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi mendakwa bahawa dirinya sedia memberi keterangan di mahkamah Perancis seandainya dibenarkan kabinet. Bagaimanapun, Cynthia berkata mahkamah di Perancis tidak boleh mewajibkan kehadiran Menteri Malaysia di mahkamah kerana melibatkan isu kedaulatan negara. Setakat ini belum diketahui apakah maklumat dalaman yang bakal didedahkan. Namun demikian, PKR baru-baru ini mendakwa bahawa ada “pihak ketiga” yang menemani Razak Baginda dan Altantuya dalam lawatan mereka ke Macau. Tanpa menamakan identiti “orang ketiga” itu, PKR mendesak Najib agar menunjukkan passportnya untuk membuktikan dirinya tidak terlibat. Kita tidak lupa bahawa Najib pernah bersumpah atas nama Allah bahawa dirinya tidak kenal Altantuya – di depan kira-kira 900 orang pemimpin akar umbi UMNO, pada Julai 2008. Seandainya apa-apa bahan bukti dalam mahkamah Perancis menunjukkan bahawa Najib mengenali Altantuya, maka beliau bakal berdepan dengan krisis integritinya. Najib mungkin menjadi liabiliti UMNO Di samping itu, Model Ekonomi Baru (MEB) yang diketengahkan Najib mencungkil saraf golongan sayap kanan dalam UMNO, yang menentang hebat rancangan ekonomi tersebut. Najib perlu menjelaskan bahawa ia sekadar “cadangan”, selepas bahagian pertama MEB dikemukakan – memperlihatkan rintangan yang dihadapinya dalam parti. Najib kini tersepit dalam dilema. Politik naungan telah lama berakar umbi dalam UMNO. Najib tidak boleh kembali ke pangkal jalan untuk meneruskan pendekatan perkauman yang ekstrem, pada masa yang sama “Najibnomics“-nya yang tidak meneliti masalah struktur juga gagal mentransformasikan ekonomi negara. Negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 setakat sasaran – realitinya rakyat terus bergelut dalam suasana inflasi yang menekan. Mereka yang menguasai sumber pada masa yang sama menggenggam kuasa. Perebutan sumber bertambah rancak apabila sumber semakin berkurang. Kenaikan tarif elektrik, pengurangan subsidi untuk bahan api, cukai perkhidmatan yang melonjak dari 5% hingga 6% – segala-gala ini membuat rakyat merasakan bahawa khazanah negara semakin kekosongan dipunggah, dan kerajaan kini perlu menyedut wang dari rakyat. Zahid Hamidi berpaling tadah? Kini, pergelutan dalam UMNO sendiri menjadi menarik. Kenyataan Zahid Hamidi yang mendakwa dirinya bersedia untuk memberi keterangan di mahkamah – dengan syarat dibenarkan kabinet – juga menarik. Beliau meletakkan semua beban atas bahu Najib, sebagai Ketua Kabinet – untuk menentukan sama ada beliau boleh atau tidak untuk tampil di mahkamah Perancis. Zahid (gambar kiri, kanan) dilihat sebagai “orang Najib” dalam pemilihan UMNO pada tahun 2009. Menteri Pertahanan ini kelihatan telah meninggalkan kem Najib. Perlu diingatkan, skandal kapal selam gagal selam, kecurian enjin jet – pendedahan ini memperlihatkan bahawa “ada pihak yang melepaskan khabar” – tentang skandal yang berlaku ketika Najib merangkap jawatan Menteri Pertahanan. Baru-baru ini Zahid dikatakan calon yang bakal memainkan peranan “Muhyiddin Yassin” dalam usaha menjatuhkan Abdullah Ahmad Badawi – seandainya usaha baru diperlukan untuk menjatuhkan Najib Razak. Ini kerana Najib berdepan dengan cabaran untuk mengembalikan majoriti dua pertiga dalam PRU ke-13, malah kuasa kerajaan negeri Selangor yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Cabaran buat Najib Najib kini perlu berhati-hati untuk membuat percaturannya. Soal selidik yang diumumkan Merdeka Center pada 4 Disember 2010 menunjukkan bahawa sejumlah 59% rakyat tidak berpuas hati dengan prestasi Najib membanteras rasuah. Lebih-lebih lagi, ketiga-tiga kaum menganggap kerajaan Najib perlu mendahulukan isu membanteras rasuah. Apa yang menarik, seandainya perbicaraan kes pembelian kapal selam ini menunjukkan bahawa Najib turut terlibat dalam amalan rasuah – maka beliau semestinya berdepan dengan tekanan rakyat dan UMNO agar beliau berundur. Nampaknya Najib tidak mempunyai ruang yang lebih selesa. Meskipun Najib dan Timbalannya, Muhyiddin Yassin memainkan peranan berasingan untuk menyasarkan undi dari komuniti berlainan – iaitu Najib dengan 1Malaysia-nya, dan Muhyiddin dengan “Kemelayuan”-nya, tapi jelas, Muhyiddin kelihatan lebih disenangi dalam UMNO. Dalam keadaan sedemikian, mungkinkah Najib mengambil langkah untuk mempercepatkan pilihan raya umum, menggunakan kuasa yang ada pada Presiden untuk melantik calon, lantas menyingkirkan orang yang tidak taat kepadanya? Dan seandainya beliau berbuat demikian, apakah keadaan seperti PRU ke-12 bakal berulang – iaitu sabotaj daripada peringkat akar umbi kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Presiden UMNO? Saf pimpinan PAS yang baru lahir dari pemilihan mungkin menjadi faktor pertimbangan Najib. Seandainya PRU diadakan tahun ini, mungkin PAS belum sempat mengatur langkahnya untuk bersedia. Jikalau dilihat tarikh yang ada, bulan puasa bermula pada akhir Julai, dan masyarakat muslim bakal menyambut Hari Raya pada awal September. Tempoh ini bukanlah tempoh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya. Jikalau PRU diadakan pada awal Julai, maka Najib perlu mengambil kira kemungkinan rakyat melepaskan kemarahan melalui undi lantaran kenaikan tarif elektrik. Justeru itu, tempoh antara September hingga Oktober mungkin masa yang sesuai, kerana pantai Timur sering dilanda banjir mulai November. Menurut pemimpin di akar umbi UMNO, mereka telah bersiap sedia 24 jam untuk PRU sejak dua, tiga bulan yang lalu. Namun tarikh PRU ke-13 kekal menjadi teka-teki. Untuk Najib, bukan senang untuk mencari satu tarikh yang menjamin kemenangan BN. Kenaikan harga barang, ketegangan hubungan antara sekta dalam UMNO, saf pimpinan baru PAS yang menyuntik semangat kepada Pakatan Rakyat, cetusan isu perkauman dan agama yang mencungkil ketidakpuasan masyarakat… Sehingga bila “suasana baik” boleh dikekalkan dengan Program Transformasi yang direkacipta Najib? | Apakah Umno-BN Faham Erti Negara Berkebajikan? Posted: 07 Jun 2011 11:30 PM PDT Dari TV Selangor KOMENTAR : Ini satu lagi ujian bagi rakyat Malaysia; sekurang-kurang untuk menyukat kefahaman dan kebijaksanaan mereka. Persoalan kali ini mudah – apakah erti kebajikan? Dan, setelah mengerti istilah kebajikan, apakah pula yang dimaksudkan dengan Negara Berkebajikan? Seperti biasa pemimpin Umno-BN akan menggunakan segala kudrat media dan instrumen penerangannya untuk memberi takrif kebajikan dari sudut pandang mereka. Umumnya, pemimpin Umno-BN mendakwa mereka telahpun melaksanakan tuntutan Negara Berkebajikan dalam urusan pentadbiran negara. Tanpa sebenarnya mengulas dan memperinci erti kebajikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, misalnya, terus mendabik dada mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Berkebajikan. Dalilnya, kata beliau, kerajaan telah memberi dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat di bidang pendidikan, prasarana, subsidi sara hidup dan sebagainya. Lantas, beliau dan timbalannya, Muhyiddin Yassin, memperlekehkan teras perjuangan PAS kini untuk menegakkan sebuah Negara Berkebajikan. Malah diperli-perli pula PAS yang kononnya tergamak meninggalkan perjuangan menegakkan sebuah Negara Islam. Seolah-olah meratapi anjakan keutamaan PAS ini, Umno mahu perjuangan mulia PAS menegakkan Negara Islam diteruskan. Namun rakyat yang peka tentu dapat membaca dalam usaha memikat pengundi Melayu-Islam, Umno melalui bekas presidennya, Dr Mahathir Mohamad, dengan selamba menabalkan Malaysia sebuah Negara Islam hanya kerana Perlembagaan menyebut Islam agama rasmi Persekutuan. Langkah itu semua diambil dengan tujuan mematikan langkah politik PAS terus memenangi hati dan minda orang Islam di negara ini untuk menyokong agenda menegakkan sebuah Negara Islam di Malaysia! Kini apabila PAS memperkenalkan konsep perjuangan Negara Berkebajikan, Umno (melalui Presiden dan Timbalan Presiden) beria-ia benar mengumumkan kerajaan Umno-BN memang sudah lama memperjuangkan konsep Negara Berkebajikan itu. Memang diakui demikian. Namun tindakan Umno-BN itu adalah satu usaha yang dilakukan sudah terlalu lama dahulu. Itupun ketika Umno-BN belum lagi dirasuk nafsu serakah untuk menghimpunkan dividen kebajikan kerajaan kepada sanak saudara dan suku sakat Umno dan sedikit sahaja untuk ahli komponen BN yang lain. Sejak berjaya melakarkan impian bahawa Malaysia akan menjadi sebuah Negara Maju menjelang tahun 2020, Umno mula memusatkan perhatian untuk menghimpunkan kekayaan dan kemewahan atas nama Dasar Ekonomi Baru. Kira-kira RM54 bilion dikumpulkan untuk menjana kekayaan bagi pihak kaum Bumiputera. Hari ini hanya RM2 bilion sahaja yang boleh dikaitkan dengan pemilikan Bumiputera baki RM52 bilion itu lesap atau tiris entah ke mana. Hanya Umno dan pemimpinnya tahu siapakah yang benar-benar mendapat manfaat daripada kerangka kebajikan yang diwar-warkan oleh Najib dan Muhyiddin ini. Adalah selamat dikatakan bahawa Umno-BN Cuma faham erti kebajikan dari sudut material semata-mata. Dari tindak tanduk dan sikap, boleh dirumuskan bahawa Umno tidak menghitung bahawa pengertian Negara Berkebajikan juga mempunyai dimensi rohaniah atau kejiwaannya. Seseorang yang bernaung di bawa sebuah Negara Berkebajikan mungkin tidak lengkap dibantu dengan kebajikan material sahaja. Kebajikan yang hakiki ialah ketenangan, kesejahteraan dan kemakmuran jiwa dan akal fikiran. Perspektif ini amat penting diterjemah dan dihayati dalam sesebuah negara yang berkebajikan. Soal bantuan ekonomi dan materi lain memang mutlak menjadi tanggungjawab kerajaan. Namun bantuan dan kebajikan hakiki mestilah dijelmakan dalam soal bebas menghayati rasa aman, sejahtera dan selamat daripada segala onar. Rakyat harus bebas dari ketakutan harta-benda dan nyawa mereka dicerobohi. Jika ia disakiti oleh hasad dengki insan lain, ia tahu bahawa ia akan dapat pembelaan dan, jika ia dibicarakan, ia yakin bahawa ia akan dihakimkan dengan adil. Bila disebut Negara Berkebajikan, ia bermakna rakyat mestilah dilindungi oleh hambatan ekonomi seperti inflasi, menghuni sistem perumahan yang munasabah dan mampu memelihara maruah individu dan keluarganya. Kemudahan hidupnya seperti peluang pendidikan, prasarana pengangkutan dan sebagainya mestilah diapit erat oleh ketenangan, keamanan dan keadilan yang dijamin oleh pemerintah. Maka apabila Najib dan Muhyiddin bersorak bahawa Umno-BN sudahpun mengamalkan konsep Negara Berkebajikan, ia pasti satu pengertian dan cerminan kefahaman dan kepemimpinan yang cacat. Kebajikan material Umno-BN tidak diimbangi dengan dimensi kebajikan kejiwaan. Bagaimana mungkin akan ada ketenangan jika dalam kehidupan seharian kos sara hidup semakin merentap nilai setiap sen yang diperolehi dari jerih rakyat oleh inflasi lantaran kebebalan pengurusan kerajaan memotong subsidi barangan perlu tetapi masih mempertahankan jaminan RM19 bilion subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) saban tahun? Kebajikan apa namanya jika setiap ibubapa sentiasa musykil, bimbang dan ngeri akan keselamatan anak dan keluarga dalam kes kejadian jenayah yang semakin parah? Kebajikan apa namanya, jika agensi keselamatan dilihat lebih mudah diarah oleh pemerintah untuk menggertak dan mengancam rakyat yang mahu bersuara tentang kepincangan sistem pilihanraya, mahkamah dan menuntut hak untuk bebas bersuara? Untuk mencapai status Negara Maju, Malaysia memerlukan warga yang tinggi pendidikannya dan lapang pemikirannya tanpa cengkaman peraturan dan undang-undang yang zalim. Rakyat memang dengan penuh komitmen sentiasa membimbing keluarga masing-masing ke arah itu. Maka zaman untuk terus menjadi tukang angguk kepada sebuah pemerintah seperti Umno-BN yang berpendirian "hanya kerajaan yang lebih tahu" sudah berlalu. Rakyat hari ini lebih mengerti maksud Negara Berkebajikan. Usah Najib, Muhyiddin atau mana-mana pemimpin Umno-BN beranggapan bahawa rakyat jahil dalam membezakan ciri-ciri sebuah Negara Berkebajikan dengan sebuah pemerintah yang hanya menghimpunkan kebajikan kepada juak-juak mereka sahaja. | Pendedahan PPA: TNB Terus Mengelak… Posted: 07 Jun 2011 10:48 PM PDT Dari Malaysiakini Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengelakkan diri daripada menjelaskan kedudukannya dalam perjanjian pembelian tenaga (PPA) yang dimeterai dengan pengeluar tenaga bebas (IPP). Dalam reaksinya kepada soalan wartawan, jabatan perhubungan korporat TNB hanya berkata pihaknya tidak dapat memberikan sebarang komen dan merujuk Malaysiakini kepada Unit Perancangan Ekonomi, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Semalam, Persatuan Pengeluar Tenaga Bebas dalam satu kenyataan menafikan mereka mendapat manfaat daripada subsidi gas dan berkata harga yang dibilkan ditentukan mengikut kadar yang ditetapkan oleh kerajaan. Ia meminta rakyat supaya "rasional dan objektif" dan membabitkan mereka melalui dialog. Sebelum ini dipercayai PPA di bawah bidang kuasa EPU, namun ia dinafikan oleh kerajaan yang menyatakan ia adalah perjanjian yang dimeterai oleh entiti swasta. Perjanjian berkenaan dikatakan terikat dengan klausa yang ia tidak boleh didedahkan dan telah lama dibidas kerana disifatkan berat sebelah dan memihak IPP. Semalam, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir berkata butirannya boleh dibekalkan kepada ahli parlimen jika isu itu ditimbulkan di Dewan Rakyat tetapi tidak boleh dimaklumkan kepada orang ramai. Sikap ingin tahu orang ramai mengenai kandungan PPA itu semakin memuncak apabila kerajaan memutuskan untuk mengurangkan subsidi ke atas pelbagai barangan dan perkhidmatan. Harga gas akan naik sebanyak RM3 bagi setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga Disember 2015, dan kemudiannya ia akan diapungkan mengikut harga pasaran mulai 2016. | Dedah PPA Kepada Rakyat, Bukan Hanya Ahli Parlimen- Saifuddin Posted: 07 Jun 2011 10:06 PM PDT Dari KeadilanDaily Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata, kerajaan sepatutnya mendedahkan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) kepada seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya terhad kepada ahli parlimen. Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir bahawa dokumen perjanjian antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) itu, hanya boleh didedah di Dewan Rakyat. "Saya menolak idea Datuk Mukhriz untuk memberi akses Perjanjian Pembelian Tenaga kepada hanya 222 ahli parlimen. Sesuatu perjanjian yang melibatkan rakyat terbanyak seharusnya didedah secara terbuka kerana mereka adalah kelompok yang paling terkesan terhadap butiran perjanjian yang telah dimeterai antara TNB dan IPP. "Jika butiran perjanjian tersebut hanya menguntungkan syarikat pengeluar tenaga (IPP) kerajaan harus bersedia untuk semakan semula. Sebaliknya jika perjanjian ini disembunyikan, sudah tentu rakyat yang menjadi mangsa. "Ia bukan memenuhi prinsip paling minima mengenai amalan keterbukaan oleh sesebuah kerajaan. Ringkasnya, saya menolak idea dan cadangan yang dibawa Datuk Mukhriz," katanya yang juga Setiausaha Agung KEADILAN. Saifuddin, menambah, sebelum ini PPA bukan sahaja tidak didedahkan kepada umum, malah kerajaan juga tidak pernah memberikan butiran perjanjian tersebut di parlimen meskipun diasak Pakatan Rakyat. "Setiap kali kita minta dedahkan, kerajaan hanya memberi maklumat-maklumat cebisan," katanya kepada keadilandaily.com. Menurut Saifuddin, dalam mekanisme Fuel cost pass through yang diperkenal, perjanjian tersebut sepatutnya meletakkan rakyat sebagai pihak terakhir yang memikul beban. "Namun sebaliknya, TNB berada pada kedudukan disadvantage apabila syarikat pengeluar tenaga yang mengaut keuntungan hasil daripada perjanjian. "Jualan gas oleh Petronas kepada IPP berupa subsidi gas juga hanya menguntungkan syarikat pengeluar tenaga. Ini juga meletakkan kedudukan Petronas dalam keadaan disadvantage," ujarnya. | |
PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN Posted: 08 Jun 2011 11:54 AM PDT Posted: 07 Jun 2011 09:46 PM PDT | Program Semasa Posted: 07 Jun 2011 09:42 PM PDT | Peneroka Felda Palong 9 Menang Kes Posted: 07 Jun 2011 09:35 PM PDT 7 Jun 2011, Seremban. Hakim Mahkamah Tinggi Seremban hari ini telah memutuskan kemenangan berpihak kepada peneroka Felda Palong 9, Jempol dalam kes injuksi oleh Felda ke atas penjualan kayu getah para peneroka.
Peguam T. Kumar yang mewakili para peneroka terbabit melahirkan rasa gembira dan penuh kesyukuran dengan keputusan tersebut. Beliau turut meletakkan harapan tinggi agar kemenangan kes ini memberi sebuah inspirasi kepada perjuangan peneroka dan mencetuskan kemenangan PR khususnya di kawasan-kawasan Felda pada PRU-13 akan datang.
| |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 08 Jun 2011 11:43 AM PDT Chegubard kekal dengan PKR, buat masa ini Posted: 08 Jun 2011 12:53 AM PDT Roketkini.com 8 June 2011 - Pemimpin muda PKR Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan panggilan Chegubard yang dikatakan akan keluar parti untuk menyertai DAP atau PAS, masih kekal dengan PKR yang disertainya sejak 1999. Ketua Cabang PKR Rembau itu menjelaskan bahawa selagi beliau tidak dipecat oleh PKR, selagi itu beliau akan terus bersama dengan parti berkenaan. "Biarlah saya katakan bahawa saya akan tetap menegur apa yang salah dan mempertahankan apa yang benar, termasuk dalam parti. Saya belum buat apa-apa keputusan. "Lagi pun, kalaulah saya (yang mengkritik pimpinan parti) sekarang berada dalam mana-mana parti komponen Barisan Nasional, rasanya sudah lama saya dipecat," katanya kepada Roketkini. Beliau yang telah mempertikaikan proses pemilihan PKR pada akhir tahun lalu – sebelum dan selepas pengundian diadakan – di mana beliau bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan tetapi tewas kepada penyandang Shamsul Iskandar Md Akin, telah dikecam hebat oleh beberapa pemimpin utama parti. Apabila ditanya sama ada DAP atau PAS bakal menjadi pilihan, jika benar-benar membuat keputusan meninggalkan PKR, Chegubard ketawa dan hanya menjawab: "Belum tahu lagi". Beliau mengakui faham dengan matlamat dan konteks prinsip Malaysian Malaysia serta Utamakan Rakyat Malaysia yang dibawakan oleh DAP. "Saya tak nampak pun elemen negatif di situ, tetapi ia diwajahkan menjadi negatif oleh Barisan Nasional, sentiasa ditakutkan, sentiasa dimomokkan," katanya. Menurutnya, serangan UMNO dan BN terhadap DAP adalah kerja pecah perintah dan taktik lama yang mereka warisi dari penjajah. Beliau menjelaskan, UMNO mahu menakutkan orang Melayu kerana bimbang DAP yang sudah membentuk kerajaan dan mentadbir dengan baik bersama dengan PKR dan PAS di Pulau Pinang akan dapat menarik sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat. "(Mengikut propaganda UMNO) apabila orang Cina sokong MCA atau SUPP, itu bukan perkauman, tetapi jika orang Cina menyokong DAP, maka ia perkauman. Jadi DAP menanggung beban yang lebih. "Jika DAP berjaya bawa masuk orang Melayu menjadi ahli, menerima orang Melayu sebagai pemimpin, DAP akan berjaya menjadi parti yang benar-benar berwajah Malaysia. Dengan itu habislah UMNO dan BN," tambah beliau. Chegubard yakin DAP dapat kekal sebagai parti pelbagai kaum yang berprinsip dan adil walau pun ia membuka ruang yang lebih dan memberi pendidikan politik kepada kelompok pemimpin Melayu yang muda. "Saya percaya dan yakin, dalam tempoh satu atau dua penggal ini, jika DAP berjaya mengubah wajah seperti itu, dengan menampilkan tokoh-tokoh kepimpinan muda Melayu, atau yang bukan Cina, DAP akan menjadi sebuah parti teraju dalam negara ini," katanya. Menurutnya eksperimen politik telah pun ditonjolkan sedikit melalui pilihan raya umum 2008 apabila PKR, PAS dan DAP enggan mengikut rentak BN yang meletakkan calon mengikut kaum. "Ada tempat yang BN letak calon Melayu, kita letak calon Cina, ada tempat yang BN letak calon India, kita letak Melayu. Kita tak guna pakai lagi sistem ikut kaum. Sebab dalam perang, kejayaan yang pertama ialah kita jangan bermain di padang mereka. "Sekarang yang BN panik kerana kita tak bermain di padang dia, jadi bila keluar dari padang mereka, kita main sistem peraturan lain dan akhirnya kita boleh menang," jelasnya. – Roketkini.com Ikuti wawancara Roketkini dengan Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) dalam ruangan Wawancara http://roketkini.com/2011/06/08/chegubard-kekal-dengan-pkr%e2%80%a6-buat-masa-ini/ | Aktiviti Judi Berleluasa di Perhentian Teksi Kuala Terengganu Posted: 07 Jun 2011 11:21 PM PDT Aduan Rakyat Online, 8 Jun 2011 - Di sini saya ingin menyampaikan rasa tidak senang hati dengan aktiviti judi yang sangat bereluasa dan terang-terangan berhampiran Stesen Teksi Kuala Terengganu. Aktiviti haram ini kebiasaannya dijalankan pada waktu pagi hari hingga berlarutan lewat malam. Apa yang saya kesalkan, seolah-olah tiada tindakan yang diambil oleh pihak tertentu seperti Jabatan Agama Islam Terengganu dan pihak Polis. Malah aktiviti ini dijalankan di depan org ramai dan bersebelahan kedai makan dan tapak kedai makan itu pula disewa dengan pihak stesen teksi dan Bandaraya Negeri Terengganu. Ini boleh mencacat kan pemandangan org ramai dan pelancong. Oleh itu saya berharap pihak tuan dapat memanjangkan aduan saya ini kepaada pihak yang sepatutnya dan pihak yang boleh ambik tindakan yang betul. Bukan pihak yang makan gaji buta dan makan duit haram. Saya cadangkan robohkan bangunan dan kedai berhampiran serta tumbangkan pokok besar berhampiran kedai itu kerana saya dapati disitu lah tempat yang biasa menjadi port atau stesen untuk mereka melakukan aktiviti haram ini. Saya juga cadangkan supaya dipagar kawasan kubur kerana kawasan itu seolah-olah tidak diperdulikan oleh orang ramai terutama nya perjudi tersebut. Sedar lah wahai pihak berkuasa, nama je Terengganu Darul Iman tapi aktiviti judi yang dijalankan seperti bersuluh di tempat terang tdiak dipedulikan..kalu ader pun tangkapan yg dibuat, seminggu dua keluar balik pejudi tersebut, malah aktiviti judi masih berjalan seperti biasa..saya memang sangat berharap pihak tuan dapat ambil tindakan dengan segera..sekian terima kasihh… Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/aktiviti-judi-berleluasa-di-perhentian-teksi-bandar-kuala-terengganu | Saifudin Nasution di Seremban 19 Jun 2011 Posted: 07 Jun 2011 06:38 PM PDT CERAMAH PAKATAN RAKYAT Tarikh : 19 Jun 2011, AHAD Masa : 9 mlm. Tempat : Markas Keadilan, Taman Bukti Setia, Ampangan, Seremban Penceramah : YB Saifuddin Nasution (SU Agung PKR, AP Machang) YB Taufek Abd Ghani - ADUN (PAS) Paroi, N.Sembilan YB Ng Sue Lim - ADUN (DAP) Sekinchan, Selangor
Semua dijemput hadir | Persatuan Penjual Kereta Terpakai Protes Peraturan Pemeriksaan Baru Posted: 07 Jun 2011 06:36 PM PDT KUALA LUMPUR, Selasa Jun 7, 2011 Penjual-penjual kereta terpakai kecewa dengan punguatkuasaan peraturan baru yang mewajibkan kenderaan yang mahu dijual semula menjalani pemeriksaan 18 aspek selaras dengan Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010). Mulai 15 Jun, semua kenderaan terpakai yang mahu dijual semula perlu menjalani pemeriksaan berkenaan dikenali sebagai B7. Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM), Khoo Kah Jin berkata, B7 akan menyebabkan para pelanggan terbeban dengan kos yang tidak sepatutnya dikenakan. Katanya, pemeriksaan empat aspek sedia ada (B5) melibatkan nombor casis, nombor enjin, tingkap dan cermin depan selain bahagian potong dan sambung adalah memadai. "Pemeriksaan B7 amat tidak perlu dengan tambahan 14 aspek yang berasaskan pemeriksaan visual semata-mata amat tidak munasabah," katanya kepada pemberita semasa protes oleh sekumpulan ahli-ahli Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Kuala Lumpur serta Selangor di sini, Selasa. Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, individu dan syarikat yang ingin menjual kereta terpakai perlu mendapatkan sijil kelulusan Pemeriksaan Sewa Beli daripada Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) sebaik Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) Sijil yang akan dikeluarkan Puspakom mesti melalui pemeriksaan mekanikal yang merangkumi 18 aspek termasuk nombor casis, nombor enjin, nombor pendaftaran, cermin, tayar dan brek. Khoo berkata, peraturan baru itu hanya akan menguntungkan Puspakom sedangkan pelanggan terpaksa membayar sehingga RM90 untuk tujuan pemeriksaan itu berbanding RM30 bagi B5. Isu lain yang dibangkitkan ialah bayaran tempahan sebanyak 1 peratus, yang memerlukan penjual kereta terpakai mengembalikan bayaran berkenaan sebanyak 90 peratus sekiranya jual beli dibatalkan . "Jika kami ambil Rm100 untuk kenderaan berharga RM10,000, kami hanya dapat RM10 jika pelanggan membatalkan proses pembelian pada saat akhir. Ini tidak adil," katanya. http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/6/7/mstar_berita/20110607194728&sec=mstar_berita | |
MOH...KITE LAWAN YEOP!!! Posted: 08 Jun 2011 09:09 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan