Khamis, 9 Jun 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 09 Jun 2011 03:16 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


DELIGASI DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR KE IPK SELANGOR

Posted: 08 Jun 2011 10:11 PM PDT


8 Jun 2011. Shah Alam. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor yang di wakili Timb Ketua Pemuda Sdr Sany Hamzan dan Exco nya telah melakukan kunjungan hormat ke ibu pejabat Polis kontijen Selangor yang baru Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, Beliau yang menggantikan tempat Datuk Khalid Abu Bakar yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Didalam sesi taklimat , pihaknya akan meneruskan visi Ketua Polis Negara yang menekankan konsep 4P - "Protective" (Melindungi), "Performance" (Prestasi), "Proactive" (Proaktif) dan "People Oriented" (Berorientasikan Masyarakat) dalam memberi khidmat terbaik kepada masyarakat. 

Beliau berkata, konsep itu perlu ditambah dengan 3P lain yang mempunyai elemen manusia yang penting iaitu "Personnel" (Anggota ataupun Pegawai polis), "Personal Interaction" (Interaksi personal) dan "Professionalism" (Profesionalisme). berkata beliau berazam untuk memperhebatkan lagi usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan barisan hadapan pasukan itu kepada masyarakat. 

Tun Hisan berkata usaha untuk menilai semula kaedah atau cara sesuatu tugas polis dijalankan akan dijadikan keutamaan beliau semasa memegang jawatan itu.

Beliau berkata, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan jenayah tahun ini menunjukkan kejayaan memberangsangkan apabila menyaksikan penurunan indeks jenayah dan jenayah jalanan masing-masing sebanyak 11 dan 26 peratus di Selangor. 

"Kejayaan itu adalah sebahagian daripada usaha polis Selangor mewujudkan balai polis komuniti di kawasan perumahan yang di kenali sebagai "OPS PAYUNG" dalam meningkatkan tahap keselamatan penduduk di kawasan itu,"

Didalam lawatan tersebut pihak DPPNS sempat juga bertanyakan beberapa isu berkaitan ceramah Pakatan Rakyat yang di ganggu gugat oleh pihak polis. Isu permit ceramah juga turut di persoalkan. Selain itu juga kes pemberian ic kepada warga asing juga di perbincangkan. 

Pihak beliau berjanji akan bekerjasama dengan semua pihak yang membatu menjaga keamanan. 

Setelah selesai sesi dialog, pihak DPPNS dibawa melawat ke bangunan baru IPK Selangor yang akan di rasmikan oleh DYMM Sultan Selangor dalam masa terdekat.  




CINA ISLAM (林川興)

Posted: 09 Jun 2011 01:21 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Biasiswa Selangor Merentasi Perkauman - Halimah Ali

Posted: 09 Jun 2011 01:20 AM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 8 JUN : Biasiswa Pelajaran oleh Yayasan Selangor diberikan tanpa mengira kaum dan agama namun kaum Cina dan India kurang memberi sambutan kepada bantuan itu berbanding kaum Melayu.

Exco Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menafikan dakwaan MIC dan MCA kononnya kerajaan negeri dan Yayasan Selangor menimbangkan latar belakang agama dan kaum dalam memberikan biasiswa itu.

Beliau menjelaskan rekod pengambilan pinjaman pelajaran bagi tahu 2000 hingga 2011 menunjukkan pelajar bukan bumiputera iaitu Cina dan India tidak membuat permohonan pinjaman dengan Yayasan Selangor sebaliknya membuat pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinngi Nasional (PTPTN) yang menawarkan jumlah pinjaman yang lebih tinggi.

"Pada tahun 2011, Yayasan Selangor mendapat 350 permohonan daripada bumiputera, daripada jumlah itu 227 ditawarkan pinjaman kerana yang lain tidak menepati syarat dan sebagainya. Daripada 227 hanya 142 yang menerima tawaran.

"Ini adalah merupakan trend dan dari segi keperluan pinjaman itu sendiri samada pelajar tersebut mahukan atau tidak," katanya.

Halimah berkata demikian mengulas dakwaan MIC dan MCA yang menuduh Yayasan Selangor berat sebelah dalam memberikan biasiswa dan pinjaman pendidikan dan meminggirkan pelajar berbangsa Cina dan India.

"Kaum Tionghua hanya 4 memohon daripada 4, 2 ditawarkan pinjaman dan tidak ada daripada mereka menerima tawaran kerana rata- rata mereka mengambil kursus yang melebihi bantuan pinjaman yang ditawarkan.

"Untuk pelajar India, kita menerima 19 permohonan dan 11 telah ditawarkan pinjaman, 6 menerima tawaran," Jelas Halimah.

Beliau menambah Yayasan Selangor hanya menawarkan jumlah biasiswa yang terhad iaitu sebanyak RM35,000 sahaja. Faktor itu memungkinkan kebanyakan pelajar tidak menerima tawaran tawaran tersebut.

Halimah menambah, Yayasan Selangor giat menawarkan biasiswa dan pinjaman pendidikan kepada pelajar Selangor yang mendapat keputusan cemerlang, menerusi akhbar berbahasa Melayu, Cina dan India.

"Nak membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak berat sebelah dalam memberi bantuan pinjaman, yayasan Selangor telah mengiklan permohonan bantuan pinjaman tersebut di surat khabar Tamil (Makkal Ossai) dan surat khabar Cina dan Melayu," ujar Halimah.

Tv Selangor/-

Gaddafi dikaitkan dengan dasar rogol

Posted: 09 Jun 2011 01:00 AM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Penyiasat Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mempunyai bukti yang mengaitkan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, dengan dasar merogol lawan dan mungkin akan mengemukakan pertuduhan berasingan berhubung isu itu, menurut pendakwa raya badan itu.

Pendakwa raya ICC, Luis Moreno-Ocampo, memohon waran tangkap pada 16 Mei lalu terhadap Gaddafi, anaknya Saif al-Islam dan ketua badan risikan Libya kerana jenayah terhadap kemanusiaan semasa usaha mematikan pemberontakan.

Hakim ICC sedang menimbang permohonan Moreno-Ocampo tetapi pendakwa raya itu berkata selepas keputusan dibuat beliau mungkin mengemukakan pertuduhan rogol itu.

Dakwaan rogol itu bukan perkara baru. Ia dibangkitkan di Majlis Keselamatan PBB oleh Duta Amerika Syarikat, Susan Rice, yang mendakwa tentera Gaddafi diberikan Viagra untuk membantu mereka merogol wanita. - Reuters

Bakar rumah selepas rompak

Posted: 09 Jun 2011 12:50 AM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

ZABRI menujukkan rumahnya yang dibakar perompak di Taman Desa Mewah, semalam. - Foto Effendy Rashid
Penjenayah dikesan bertindak ganas lupus bukti pecah masuk

SEMENYIH: Perompak kini dikesan bertindak kejam kerana bukan saja merompak rumah, malah dipercayai turut membakar kediaman itu untuk melupuskan bahan bukti selepas berjaya mendapatkan barangan.

Kegiatan kejam itu dipercayai didalangi beberapa lelaki warga asing berdasarkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) milik seorang mangsa rompak dan bakar itu.

Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, empat kes dilaporkan membabitkan modus operasi sama di tiga lokasi berlainan iaitu Taman Desa Mewah, Taman Tasik Semenyih dan Sungai Kantan, Kajang.

Difahamkan, sekumpulan penjenayah itu dikatakan mensasarkan kediaman tiada penghuni dan waktu malam, sebaik penghuni sudah tidur.

Malah, kejadian rompak dan bakar itu nyaris meragut nyawa empat beranak termasuk seorang budak lelaki kuramg upaya (OKU) yang nyaris rentung apabila rumahnya dibakar ketika mereka sedang tidur.

Menceritakan kejadian itu di Taman Tasik Semenyih, mangsa, Mahani Hashim, 33, berkata ketika kejadian Ahad lalu, mereka sekeluarga sedang tidur di bilik tingkat atas bersama suami dan dua anak.

"Bagaimanapun, kira-kira jam 1 pagi, saya tersedar apabila elektrik terpadam dan sebaik membuka bilik tidur, asap tebal dari tingkat bawah. Saya dan suami terpaksa mencari kunci membuka tingkap atas bagi menyelamatkan nyawa terutama anak bongsu yang OKU, sebelum kami semua terjun dari tingkap dan disambut penduduk kampung.

"Saya pada mulanya fikirkan kebakaran akibat lintas pintas tetapi terkejut apabila mendapati dompet dan empat cincin saya yang ada di tingkat atas, hilang sedangkan kawasan itu tidak terbakar.

"Selepas menghubungi bomba untuk mendapatkan kepastian, saya dimaklumkan ketika mereka sampai untuk memadam kebakaran, pintu belakang sudah terbuka akibat diumpil, selain dawai pagar belakang sudah digunting," katanya yang bersyukur kerana mereka selamat.

Seorang lagi mangsa kejadian sama, Mohd Zabri Yusof, 40, dari Taman Desa Mewah, berkata ketika kejadian yang memusnahkan keseluruhan rumahnya pada Jumaat lalu, beliau sekeluarga berada di kampung.

"Saya mulanya menyangka kebakaran akibat litar pintas, tetapi menyedari dua komputer riba dalam almari bilik hilang dan percaya rumah dipecah masuk sebelum dibakar.

"Sejak tinggal di rumah ini tujuh tahun lalu, ini kejadian kedua berlaku di rumah saya, tetapi kejadian pertama awal bulan lalu, dua lelaki dipercayai warga asing itu tidak berjaya memasukinya selepas menyedari isteri membuka lampu rumah," katanya.

Mohd Zabri turut menyerahkan salinan pita rakaman CCTV kepada polis sebagai bahan bukti, tetapi sehingga kini tiada tindakan lanjut dan perkembangan terbaru dilaporkan kepada penduduk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Rashid Ab Wahab ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima tiga laporan berhubung kebakaran itu sejak bulan lalu.

"Bagaimanapun, sehingga kini, satu daripadanya mempunyai kesan pecah masuk iaitu pagar belakang dipotong, namun dua lagi kes tiada bukti mengatakan rumah berkenaan dirompak sebelum dibakar.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu bencana dan api, tetapi sebuah rumah yang ada kesan pecah masuk disiasat mengikut Seksyen 457 dan 436 Kanun Keseksaan," katanya.

Berita Harian/-

Polis Cari Empat Saudara Bagi Bantu Kes Bunuh

Posted: 09 Jun 2011 12:50 AM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

NIBONG TEBAL: Polis mencari empat saudara lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang mekanik kereta maut selepas diserang sekumpulan lelaki di kawasan Tasek Mutiara di sini 5 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supritendan Shafien Mamat berkata kesemua mereka yang berusia antara 18 dan 29 tahun itu dipercayai terlibat dalam pergaduhan sehingga menyebabkan mangsa S.Vijinran, 24, maut akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.

"Polis mencari pasangan adik-beradik iaitu V.Veeran, 29, dan V.Yogarajan, 27, serta sepupu mereka iaitu S.Sasitharan, 18, dan S.Kalaimohan, 20, bagi membantu siatan berhubung kejadian itu," katanya pada sidang akhbar di sini Khamis.

Beliau berkata kumpulan seramai tujuh orang yang diketuai Veeran itu dipercayai tidak berpuas hati dengan Vijinran kerana didakwa mengganggu sepupu perempuan salah seorang anggota kumpulan terbabit dan menyerang mangsa menggunakan senjata tajam ketika dia sedang minum di sebuah kedai makan.

Katanya tiga lelaki berusia lingkungan 20-an daripada anggota kumpulan berkenaan ditahan dua jam selepas kejadian yang berlaku pada 12.15 tengah malam, dan kini direman sehingga 11 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Polis kini giat mengesan empat lagi anggota kumpulan itu dan percaya mereka yang tidak memiliki pekerjaan tetap itu masih berada dalam Malaysia dan orang ramai yang mengenali mereka boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menahan tiga lelaki berusia antara 25 dan 30 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian rompakan di sebuah bengkel kereta di Jalan Changkat, 16 Mei lepas.

Katanya ketiga-tiga suspek ditahan secara berasingan di sekitar Nibong Tebal dan Parit Buntar, Perak pada Selasa lepas dan polis menemui pelbagai barangan yang dicuri antaranya generator, enjin kereta dan sebuah lori.

"Kesemua barangan bernilai RM30,000 itu ditemui semula di sebuah bengkel lain di sini dan dipercayai akan dijual kepada pihak tertentu," katanya.

Shafien berkata kesemua mereka yang bekerja sendiri itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Gaddafi saman NATO

Posted: 09 Jun 2011 12:45 AM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

KEPULAN asap menjulang selepas kediaman Gaddafi di tengah Tripoli dibom jet NATO. - Foto REUTERS

Tuduh serangan terhadap Libya jenayah perang

PARIS: Peguam anak perempuan pemimpin Libya Muammar Gaddafi, Aisha al-Gaddafi, semalam menuduh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara melakukan jenayah perang apabila serangan udaranya membunuh empat anggota keluarganya akhir April lalu, dengan memfailkan tuntutan saman di Paris dan Brussels.

Saman itu tidak menamakan sesiapa sebagai defendan tetapi mendakwa serangan bom yang dilakukan Tentera Bersekutu berpejabat di Brussels dan Paris sebagai punca jenayah terbabit.

Pegawai pendakwa raya negeri berkata, pihaknya sedang meneliti sama ada satu kes boleh diwujudkan dan proses ini mungkin mengambil masa beberapa minggu.

Tentera Bersekutu diketuai NATO melancarkan serangan udara ke atas Libya di bawah resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan matlamat melindungi orang awam daripada tentera Gaddafi.

Serangan udara semalam adalah yang paling hebat dengan lebih 60 bedilan dilancarkan di Tripoli menyebabkan 31 terbunuh.

Salah seorang daripada tiga orang peguam Perancis yang mewakili Aisha, Dominique Atdjian berkata, saman yang dikemukakan di Brussels mendakwa NATO melakukan jenayah perang.

"Dalam saman yang dikemukakan di Paris, Aisha meminta pihak berkuasa kehakiman di Perancis mengenal pasti identiti dan menghukum mereka yang terbabit dalam serangan 30 April sehingga menyebabkan anak bongsu Gaddafi, Seif al-Arab serta tiga cucunya, terbunuh.
Saman itu menyatakan bahawa salah seorang cucu Gaddafi yang terbunuh adalah anak perempuan Aisha.

Wujud laporan bercanggah mengenai sama ada anggota keluarga Gaddafi terbunuh dalam serangan itu. Pegawai Libya berkata, Gaddafi berada di dalam rumah ketika serangan tetapi terselamat.

Sementara itu, Menteri Luar Sepanyol, Trinidad Jimenez berkata, negaranya mengiktiraf Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) di Benghazi sebagai pemerintah Libya yang sah.

"Saya berada di sini (Benghazi) hari ini untuk mengesahkan bahawa NTC adalah pemerintah rakyat Libya yang sah," katanya kepada wartawan.

Negara lain yang sudah berbuat demikian termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Britain, Itali, Qatar dan Jordan. – AP

JPN: Tak boleh ada 'Anak Malaysia'

Posted: 09 Jun 2011 12:40 AM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menegaskan bahawa 'Anak Malaysia' tidak boleh diterima sebagai satu etnik dan penentuan bangsa seseorang anak adalah ditentukan berdasarkan bangsa ibu bapa mereka.

"Jabatan ini ingin memaklumkan bahawa, penentuan keturunan bagi kanak-kanak adalah berdasarkan kepada keturunan ibu atau bapa kanak-kanak sahaja.

"Jabatan ini tidak dapat mendaftarkan sesuatu keturunan selain daripada keturunan ibu atau bapa kanak-kanak tersebut," kata Pegawai Perhubungan Awam Jainisah Mohd Noor dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini semalam berhubung permohonan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya Ramachandran Muniandy yang mahu mendaftarkan anak perempuan mereka bernama Shay Adora Ram sebagai 'Anak Malaysia'.

Bagaimanapun, JPN menolak permohonan itu dengan mengatakan yang pasangan itu hanya dibenarkan memilih sama ada Cina atau India. Hannah (kanan) akhirnya terpaksa memilih Cina dan memutuskan untuk menulis surat rayuan kepada Najib dan JPN.
Bawa ke mahkamah

Susulan itu ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo melalui laman twitter menyokong tindakan pasangan tersebut dan mencadangkan perkara berkenaan dibawa ke mahkamah.

Sementara itu NGO 'Saya Anak Bangsa Malaysia' (SABM) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera mengarahkan JPN menerima pendaftaran semua kanak-kanak sebagai 'Anak Malaysia' berdasarkan tuntutan ibu bapa.

"Kami sepenuhnya menyokong ibu bapa dalam menentukan identiti anak tercinta mereka.

"Kami dengan sepenuh hati memuji Hannah dan Rama di atas keberanian dalam menegakkan pendirian mereka.

"Pendirian mereka mengingatkan kita tentang identiti umum sebagai manusia biasa, dan sebagai ahli kolektif yang dipanggil Malaysia, layak untuk mendapat penghormatan paling tinggi," kata SABM dalam satu kenyataan hari ini.

Dua tahun lalu, kerajaan telah mengumumkan untuk menyemak keperluan dalam kategori 'etnik' dalam semua borang rasmi.

Dianggap tempang

"Kami hairan terhadap status semakan terhadap perkara ini. Apa yang jelas JPN belum bertindak terhadap keputusan itu.

"Dalam era teknologi maklumat, alasan JPN bahawa sistem baru belum dibentuk bagi menentukan 'identiti' baru itu boleh dianggap tempang," kata kenyataan itu.

SABM berkata Najib dan kabinet perlu mengambil tindakan serta-merta bagi menunjukkan keikhlasan kerajaan memperkenalkan konsep 1Malaysia.

"Kita, sebagai rakyat, memerlukan secara sedar menolak etnik yang dicipta oleh ahli-ahli politik dan ahli birokrat yang membezakannya". Kata SABM

"Kami menyeru semua rakyat Malaysia menyokong Hannah dan Rama dalam perjuangan mulia untuk mencabar paradigma ketinggalan zaman pentadbiran berdasarkan 'keetnikan'" mengulas kenyataan.

Malaysiakini/-

Selepas S'gor, video seks ditabur di Terengganu pula

Posted: 09 Jun 2011 12:30 AM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

Selepas ditaburkan di sebahagian besar di kampung-kampung Melayu, Cina dan India di kebanyakan tempat di Selangor, video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini diedarkan pula di Terengganu.

Sasarannya adalah di beberapa kawasan yang dijangka akan ditandingi oleh PKR pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Cabang PKR Dungun Abdul Rahman Yusof berkata video seks tersebut diletakkan berdekatan tandas di beberapa stesyen minyak di kawasan Felda dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

"Semuanya diletakkan dekat tandas stesen minyak petrol dengan jumlah 20 keping. Ia diletakkan di dalam sampul surat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurutnya, beliau menerima aduan penyebaran itu daripada penduduk sekitar Durian Mas dalam parlimen Dungun dan Bukit Bading dalam parlimen Hulu Terengganu yang memaklumkan perkara itu kepadanya semalam.

Beliau berkata video itu turut tersebar di bebarapa lagi kawasan di Bukit Besi (Dungun), Jerangau (Hulu Terengganu), Chalok (Setiu) dan Cheneh (Kemaman).

Ditanya sama ada terdapat aduan daripada ketua-ketua kampung berhubung penyebaran video tersebut, Abdul Rahman berkata setakat ini belum.

"Kita sedang memantau (penyebarannya). Kita meminta siapa yang menjumpainya membuat laporan polis," katanya.

Beliau juga bercadang untuk membuat laporan polis berhubung penyebaran video seks tersebut dalam masa beberapa hari lagi.

Malaysiakini/-

Status Halal Barbican Belum Diputuskan - Jakim

Posted: 09 Jun 2011 12:20 AM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menentukan status halal bir Barbican selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan perbincangan mengenainya.

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memutuskan status minuman jenama Barbican yang didakwa sebagai 'bir halal' selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan perbincangan mengenainya.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata perkara tersebut perlu dilihat secara holistik sebelum keputusan akhir diumumkan.

"Berdasarkan perbincangan yang kita buat dengan pihak pengedar Isnin lalu, kita hanya mendengar penerangan mengenai mereka berhubung kaedah pembuatan serta bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan bir tersebut.

"Setakat ini pihak kami tidak dapat memutuskan status halal produk tersebut. Kita perlu tunggu Majlis Fatwa bermesyuarat mengenainya," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Hakimah mengesahkan empat daripada lima syarikat pengedar produk minuman bijirin barli itu hadir pada mesyuarat selama tiga jam yang diadakan Isnin lalu.

Menurutnya, keputusan mesyuarat bersama pengedar yang diadakan pada hari tersebut bukan keputusan akhir sebaliknya Bahagian Hub Halal Jakim akan terus mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa mengenai produk bir tersebut.

"Kita akan terus membuat kajian mendalam serta mendapatkan maklumat daripada pengedar bir Barbican ini. Jadi buat masa ini kita tidak ada kata putus mengenainya," katanya.

Isu 'bir halal' itu timbul selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) mendedahkan ada produk minuman yang terkenal dari negara Arab mempunyai kandungan alkohol 0.5 peratus, iaitu melebihi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Minggu lepas, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihati umat Islam di Malaysia supaya tidak minum 'bir halal' tersebut kerana kandungan alkohol dalam minuman itu melebihi paras yang dibenarkan oleh Islam.

Jamil Khir berkata syarikat itu mendakwa bahawa bir berkenaan mengandungi hanya 0.01 peratus alcohol tetapi kajian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Johor mendapati kandungan alkohol dalam minuman itu ialah 0.5 peratus

Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Asia Barat itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini yang dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.

mStar/-

Terima kasih Khairy kerana sahkan pertunangan anak PM

Posted: 09 Jun 2011 12:00 AM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin kerana mengesahkan Perdana Menteri ke Kazakhstan untuk menguruskan pertunangan anaknya.

Sehubungan itu beliau mendesak Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku.

"Rakyat berhak mendapat penjelasan dari Perdana Menteri," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily.

Tindakan Suami Anggap Isteri 'Pelacur Terhormat' Diselar

Posted: 08 Jun 2011 11:30 PM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 9 JUN : Tindakan segelintir suami yang menjadikan isteri sebagai tempat melepaskan nafsu seks semata-mata tanpa memikirkan kepentingan hidup berkeluarga diselar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Malah katanya, perkahwinan yang digalakkan oleh Islam adalah untuk menjamin keutuhan hidup berumah tangga sekali gus membentuk keluarga bahagia dengan kedua-dua suami isteri sama-sama memegang tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak.

"Justeru jangan ada di kalangan suami yang cuba mengabui pemahaman isteri kononnya satu pengorbanan bagi mereka dengan jaminan masuk syurga jika membenarkan suami berkahwin lain," katanya di Kangar semalam.

Menurut Mashitah, adalah tidak wajar seseorang suami meletakkan isteri mereka sebagai 'pelacur terhormat' sedangkan taat setia tidak boleh diletakkan kepada isteri sahaja sebaliknya suami juga dituntut untuk berbuat demikian.

Dipetik Bernama Online, beliau menyifatkan perbuatan sedemikian tidak boleh dibiarkan kerana isteri akan terus teraniaya sedangkan apa yang lebih penting adalah jaminan masa depan keluarga dan anak-anak, bukan semata-mata memuaskan nafsu seks seseorang suami.

"Dalam rumah tangga memang menjadi tanggungjawab isteri melayan suami tetapi jangan pula seseorang suami mengambil kesempatan daripada layanan baik isteri mereka hingga sanggup mempergunakan isteri tersebut untuk memuaskan hawa nafsu sendiri," ujarnya.

Tv Selangor/-

Tun M wajar mohon maaf pada PAS, Anwar

Posted: 08 Jun 2011 09:30 PM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 9 Jun: Nasihat segera bertaubat Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilihat sangat tepat pada masanya.

Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Swee Lim (gambar) berkata, nasihat itu sewajarnya diikuti baik oleh Mahathir memandangkan beliau seorang perdana menteri selama 22 tahun yang banyak melakukan kesilapan.

Menurut Swee Lim, Tun Mahathir mestilah menerima nasihat itu kerana sebagai seorang beragama Islam, beliau wajib percaya kepada konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka.

Katanya, jika Mahathir tidak menerima nasihat bertaubat itu, nescaya di akhirat nanti, beliau akan disiksa dengan azab pedih ekoran kesalahan besar yang dilakukan semasa hidup di dunia.

"Antara kesalahan paling besar adalah memfitnah PAS dan menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan liwat yang tidak dapat dibawa saksi yang adil dan mencukupi.

Swee Lim yang juga Adun Sekinchan, Selangor berkata, sekiranya Tun Mahathir sudi bertaubat, maka selepas itu beliau hendaklah memohon maaf kepada PAS, Anwar serta keluarganya secara terbuka.

"Saya seorang bukan Islam tetapi saya menerima konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka apatah lagi agama Islam (Allah SWT) itu Maha Pengampun.

"Semua orang pernah melakukan kesalahan, jangan berdegil, wajib dan sudah sampai masanya untuk beliau bertaubat serta memohon maaf sesama umat kerana jika enggan, ada bara api neraka menunggu di akhirat kelak," tegasnya.

Adun dua penggal itu berkata, Mahathir pernah menulis surat kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menghalang dilaksanakan Kanun Jenayah Syariah II dan hari ini, tiba-tiba beliau pula yang sukakan hukum Islam itu.

Sekiranya masih tidak mahu bertaubat, Swee Lim berkata, tunggulah satu hari nanti Mahathir terpaksa menjawab di akhirat kelak kerana sebagai manusia biasa, tiada apa yang rakyat boleh lakukan terhadapnya.

Dalam pada itu, Swee Lim berkata, apa yang dilakukan Mahathir adalah bertolak dari perasaannya yang kesunyian sekarang dan tidak dipedulikan lagi, lalu keluarkan berbagai kenyataan merapu.

Terbaru, Mahathir mengulas keputusan pemilihan pimpinan PAS dalam Muktamar Tahunan ke 57 dari 3 hingga 5 Jun lalu yang disifatkannya sebagai kemenangan kepada Karpal.

Ini ekoran tema ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Membangun Negara Berkebajikan yang pada Mahathir, PAS membuang perjuangan tegakkan Negara Islam yang ditentang Karpal.

Bertindak balas dari jawapan itu, Karpal pula menasihatkan Mahathir agar segera bertaubat.

Sementara itu, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, pihaknya masih menyimpan surat ancaman daripada Mahathir sewaktu beliau menjadi perdana menteri yang menghalang Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II termasuk Hukum Hudud.

Harakahdaily/-
Oleh : Ismail Hashim

'Meriam bersejarah' Melaka disamun

Posted: 08 Jun 2011 09:20 PM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

Besar kemungkinan angkara 'penyamun besi buruk' sehingga menyebabkan 10 buah roda besi yang dipasang pada lima replika meriam terletak di lokasi bersejarah Bukit Senjuang di Melaka didapati hilang.

Kejadian itu disedari kakitangan pembersihan di bawah seliaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pagi kelmarin ketika sedang melakukan tugas harian.

Kesal dengan kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Md Yunos Hussin berkata, kehilangan barangan terbabit mempunyai nilai sejarah dan dianggap harta berharga untuk negara.

"Sepatutnya kita semua menjaganya dan bertanggungjawab memastikan khazanah milik negara terus terpelihara untuk tatapan generasi akan datang.

"Saya berharap siasatan dapat dilakukan dan pihak yang bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan," katanya ketika meninjau di kawasan Bukit Senjuang hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Khamis Abas dan Pegawai Inspektorat dan Pembangunan Komuniti MBMB, Md Derus Tompang.
Besi pagar dipotong

Sementara itu, di pihak kerajaan tempatan, menurut Md Yunos, telah mengambil beberapa langkah perlu termasuk memasang kemudahan lampu awam, menjaga kebersihan dan keceriaan di ke semua kawasan serta tempat-tempat bersejarah.

"Semua ini, kita laksanakan bagi memastikan semua tempat-tempat terbabit sentiasa ceria dan bersih bagi menarik minat kedatangan pengunjung khususnya pelancong.

"Justeru, kita ingin mencadangkan kepada pihak Jabatan Warisan Negara dan Perzim supaya menempatkan pengawal keselamatan bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang.

"Dalam masa yang sama roda yang hilang akan diganti roda baru dan serupa dengan roda asal sebelum ini," katanya.

Dalam pada itu, Md Yunos turut mengesahkan beberapa kemudahan lain di situ juga telah dirosakkan pihak terlibat seperti besi pagar yang dipotong manakala sebahagiannya telah diketuk.

Khamis ketika diminta mengulas mengenai kejadian itu memaklumkan, replika meriam terbabit diletakkan di Bukit Senjuang sejak lebih 30 tahun lalu.

"Replika meriam ini adalah hampir menyamai rupa meriam asal yang pernah digunakan penjajah Belanda bermula tahun 1641.

"Semua ini adalah di bawah Jabatan Warisan dan kami sudah memaklumkan kepada mereka agar membuat satu laporan polis berhubung kejadian," katanya.

Malaysiakini/-

Ulamak bersatu hadapi isu Islamofobia

Posted: 08 Jun 2011 09:00 PM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 9 Jun: Hari terakhir Muktamar Ulamak Sedunia di sini yang berlangsung bermula 6 hingga 8 Jun menggesa seluruh ulamak bersatu bagi menghadapi isu Islamofobia.

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Samsudin (gambar) dan Setiausahanya, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid menyertai muktamar itu dan menghantar laporan ke sini bagi mengemaskinikan maklumat kepada umat Islam di Malaysia.

Menurut Azmi, di peringkat antarabangsa propaganda terhadap imej Islam perlu segera dinilai kerana Barat sedang memberi kesan yang negatif terhadap Islam dan ini penting agar realiti umat tidak disalahgambarkan dengan fitnah jahat kuasa Barat.

"Ulamak perlu bersama umat bukan hanya dalam masjid semata, Ulamak perlu turun beraksi di lapangan rakyat supaya kefahaman Islam pada peringkat dalaman dapat disampaikan secara mantap dalam kalangan umat Islam sendiri sebelum menangani persoalan imej yang cuba digambarkan dari luar.

"Isu tidak membenarkan kaum Muslimah memakai hijab, menayangkan filem yang menggambarkan fitnah terhadap Rasul, pembatalan projek Pusat Islam dan tidak membenarkan pembinaan masjid adalah antara isu yang menterjemahkan sikap Islamofobia Barat, tegas Azmi.

Dalam muktamar sama, Ustaz Abdul Ghani membentangkan bagaimana Rasulullah SAW menegaskan Islam agama tertinggi dan ulamak bertanggungjawab mempertahankan kesatuan sosio, ekonomi dan politik umat demi menjamin imej umat sebagai umat terbaik.

Beliau turut mengupas masalah umat yang dijajah kerana ada pemimpin Islam sendiri yang menyalahguna kuasa dan bersikap korup di Negara Islam.

Ustaz Abdul Ghani juga menegaskan ada kalangan umat yang menolak Islam sebagai penyelesaian dan ada yang memilah-milah Islam dalam pemikiran dan amalan kerana itu, ulamak perlu mengukuhkan kesatuan politik dan ekonomi serta ketenteraan dalam kalangan umat melalui fikrah yang betul terhadap Islam.

Dari sudut status sosio-ekonomi, beliau menyatakan ulamak perlu berwaspada supaya perpecahan dan penyelewengan dapat dibenteras kerana konflik sesama ulamak dan umat akan merugikan bukan sahaja umat Islam akan tetapi juga seluruh manusia.

Dalam hal kepimpinan, beliau menegaskan perlu diusahakan pemulihan keyakinan umat terhadap para pemimpin dan ulamak. Isu hilangnya keyakinan umat terhadap kebanyakan pemimpin dan ulamak kini amat serius.

Di samping itu, beliau juga mencadangkan semua sumber media dan para seniman dilibatkan dalam menghadapi isu Islamofobia.

"Seluruh pihak dalam kalangan ulamak, ahli profesional, aktivis NGO dan ahli politik, ahli budayawan hendaklah digemblengkan dengan efektif untuk mempertahankan maruah Islam.

"Amat perlu diwujudkan Pusat Penyelidikan yang berkesan untuk memantau pelbagai isu yang dihadapi oleh umat di peringkat antarabangsa dan menggariskan agenda bertindak yang perlu diambil.

"Wajar digerakkan program latihan yang mantap dalam pelbagai bidang untuk para ulamak menghadapi pelbagai cabaran global; kemahiran pengurusan, komunikasi dan keupayaan mengendalikan isu umat, perlu dilaksanakan untuk menyiapkan umat mengendali pelbagai isu global," tegasnya.

Harakahdaily/-

7 Cedera Dalam Letupan Di Kilang Intel

Posted: 08 Jun 2011 08:30 PM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

PHOENIX : Satu letupan di kilang cip mikro Intel Corp di Arizona mencederakan tujuh pekerja tetapi tahap kerosakan dan butiran lain tidak diketahui.

Intel, pengeluar terbesar cip mikro, tidak dapat dihubungi untuk mengulas letupan itu.
Letupan berlaku sejurus selepas 2 petang (2000 GMT) di satu daripada dua kampus besar Intel di Chandler.

Bangunan terbabit segera dikosongkan. - Reuters

Negara kebajikan: Umno ibarat 'kena picit lada hitam'

Posted: 08 Jun 2011 08:00 PM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

Umno sedang menggelupor dengan perjuangan Pakatan Rakyat, khususnya PAS yang berikrar menjadikan Malaysia sebuah negara berkebajikan, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut beliau kegusaran Umno dan BN itu adalah kerana negara berkebajikan yang menjadi agenda Pakatan itu menawarkan penyelesaian kepada rakyat di tengah-tengah kegagalan kerajaan sekarang menjaga rakyat marhaen.

"Apabila PAS mengutarakan negara berkebajikan, tak tersangka pula Umno yang mengelupor dengan istilah tersebut, bak kata tok bomoh, picit lada hitam pada jari kaki orang masuk hantu. Barangkali memang Umno ini dah lama kena rasuk… Cuma mungkin tak kena cara tiupnya saja.

"Kini, kita boleh lihat dengan nyata bahawa Umno benar-benar terasa dengan istilah 'negara kebajikan' ini kerana ia memberi ancaman kepada mereka.

"Maklumlah, PAS menawar sebuah negara berkebajikan di tengah-tengah kegagalan Umno menjaga kebajikan rakyat marhaen demi menjaga hati kroni yang semakin angkuh, sombong dan tamak," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataan akhbarnya yang disiarkan di Harakahdaily.

Sejak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan gagasan penubuhan sebuah negara berkebajikan semasa ucapan dasarnya di muktamar PAS ke-57 minggu lalu, pimpinan Umno dan media arus perdana milik mereka telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.

"Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam," kata Tuan Ibrahim.

Istilah 'negara kebajikan' yang dilaungkan PAS, katanya berjaya menunjukkan kepada rakyat isi perut Umno sebenar yang sememangnya 'rakyat dahulu' menjadi mangsa dalam segala hal berkaitan dengan program pengurangan subsidi berbanding kroni-kroni Umno BN seperti penjana tenaga bebas (IPP).

Mengenai serangan Umno terhadap pimpinan baru PAS, Tuan Ibrahim berkata selain istilah 'negara kebajikan', Umno juga menerima tamparan hebat apabila pewakilan PAS membuat kejutan dengan memilih barisan kepimpinan baru yang di luar jangkaan mereka.

"Kebijaksaan perwakilan membaca keperluan barisan pimpinan bagi mengempur Umno menyebabkan mereka rasa tertekan. Ini dapat dibaca dari luahan kenyataan mereka.

"Mulanya menyerang, kemudian menyatakan bahawa Umno sudahpun melaksana negara kebajikan dan kini bertukar kepada rayuan 'Umno tetap membuka ruang untuk penyatuan Melayu' dan kad simpati dengan mengatakan 'Umno kecewa PAS tolak perpaduan' dan sebagainya," katanya.

Malaysiakini/-

Periksa tahap kesihatan mental Tun Dr Mahathir

Posted: 08 Jun 2011 07:34 PM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA.
ADUN Titi Serong.

Saya amat terkejut dengan kenyataan Tun Dr Mahathir yang menulis dalam blognya bahawa Karpal tidak lagi perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.

"Belum pun dia mati, PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan," kata Mahathir dalam blognya.

Nampaknya TDM telah cuba mengulas mengenai Muktamar PAS yang baru berlangsung dan beliau ternyata gagal untuk mengulas dengan baik malah mengeruhkan lagi suasana terutama pandangan kepada tahap mental beliau pada masa sekarang?

Kenyataan Mahathir menggambarkan sesuatu yang sangat janggal dan tidak masuk akal dengan realiti yang sebenarnya setelah kita mendapati beliaulah yang telah menghalang pelaksanaan rang undang-undang jenayah Syariah II yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan dimana di dalamnya terkandung undang-undang hudud.

Mahathir telah menghantar satu surat amaran selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 .

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Dan sekiranya tidak ada ugutan dari mahathir saya yakin undang-undang itu telahpun dilaksanakan di Kelantan sehingga sekarang.

Kerana itu saya sangat hairan dengan apa yang diucapkan oleh Mahathir sejak akhir-akhir ini dan mengambarkan ada sesuatu yang tidak kena terutama setelah beliau mendapat rawatan di hospital baru-baru ini.

Oleh itu saya memohon jasa baik Tun Dr. Mahathir atau pihak yang dekat dengannya untuk sekali lagi menggunakan khidmat doktor pakar untuk menguji tahap mental beliau adakah masih dalam keadaan baik atau tidak.

Pengesahan dari doktor pakar saya rasakaan perlu memandangkan kenyataan dari beliau yang terus menerus dikeluarkan oleh media tempatan boleh menimbulkan pelbagai tanggapan negetif kepada beliau dalam keadaan beliau perlu banyak berehat dan menghabiskan waktu pencennya bersama keluarga, anak, cucu dan cicitnya .

Semuga dengan langkah itu dapat mengekalkan kehormatan rakyat sebagai bekas PM Malaysia pada satu masa dulu. Kerana sebaliknya saya takut beliau terus mendapat cemuhan dan penghinaan dihujung usia emas yang berharga itu.

DRS. KHALIL IDHAM LIM, PARIT BUNTAR, 9 Jun 2011

Umno guna baktisiswa untuk raih sokongan

Posted: 08 Jun 2011 07:30 PM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

IPOH, 8 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak membantah keras tindakan Umno memperalatkan para pelajar universiti dalam program baktisiswa perdana mereka.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss (gambar) berkata, Umno telah terlibat secara langsung program Bakti Siswa Perdana yang telah melibatkan seramai 80 mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis yang berkampung selama lima hari di Kampung Bagan Tiang bersama keluarga angkat baru-baru ini.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian Parit Buntar, Datuk Abdul Raman Suliman di Sekolah Kebangsaan Sungai Megat Aris, Bagan Tiang.

"Usaha terakhir dan memperalatkan mahasiswa atas nama Umno amat dikesali," kata Raja Ahmad.

Bagi beliau, jika program tersebut tiada kaitan dengan politik, mengapakah Datuk Abdul Raman selaku Ketua Umno Parit Buntar merasmikannya program tersebut?

"Kami mengingatkan agar pengurusan UUM dan UiTM tidak menjadikan program mahasiswa mereka sebagai alat politik Umno dan kami merasakan setiap tindakan tersebut amat bercanggah sama sekali kerana mengizinkan ianya berlaku atas nama program pengurusan Universiti," katanya dalam satu kenyataan.

Sudah tentu program seumpama itu yang telah diadakan di Parit Buntar berikutan kerusi pilihanraya di situ bukan dimiliki Barisan Nasional (BN) menjadi persoalan apakah program tersebut sebagai program politik mereka.

Dalam isu ini, kata Raja Ahmad, Umno mengheret mahasiswa bagi meneruskan gerak kerja mereka kerana Umno ketandusan tenaga bagi berdepan dengan musuh politik mereka dan menjadikan mahasiswa sebagai alat untuk mencapai matlamat yang ditolak oleh rakyat.

"Sudah tentu Umno akan terus menggunakan institusi pendidikan ini sebagai alat politik murahan mereka untuk mencapai kemenangan secara tidak terhormat dan akan terus mengheret mahasiswa bagi mencapai cita-cita mereka selama ini," dakwa beliau.

Harakahdaily/-

Mengapa Umno menggelupor dengan negara kebajikan

Posted: 08 Jun 2011 07:00 PM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 8 Jun: Mengapa Umno menggelupor dengan 'negara kebajikan'? Ia adalah kerana PAS menawarkan penyelesaian kepada rakyat di tengah-tengah kegagalan Umno BN untuk menjaga rakyat marhaen.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika mengulas sikap Umno dan medianya yang terlalu melampau dalam menunjukkan kebimbangannya dengan negara kebajikan itu.

(Gambar: Presiden PAS berucap ketika membentangkan gagasan negara kebajikan di Muktamar PAS ke 57)

"Apabila PAS mengutarakan negara berkebajikan, tak tersangka pula Umno yang mengelupor dengan istilah tersebut, bak kata tok bomoh picit lada hitam pada jari kaki orang masuk hantu. Barangkali memang Umno ini dah lama kena rasuk… Cuma mungkin tak kena cara tiupnya saja.

"Kini, kita boleh lihat dengan nyata bahawa Umno benar-benar terasa dengan istilah 'negara kebajikan' ini kerana ia memberi ancaman kepada mereka.

"Maklumlah, PAS menawar sebuah negara berkebajikan di tengah-tengah kegagalan Umno menjaga kebajikan rakyat marhaen demi menjaga hati kroni yang semakin angkuh, sombong dan tamak," nukil Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ni.

Semenjak Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membentangkan gagasan penubuhan sebuah negara kebajikan semasa ucapan dasarnya di Muktamar PAS ke 57, pimpinan Umno dan medianya telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.

"Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam," kata Tuan Ibrahim (gambar).

Istilah 'negara kebajikan' yang dilaungkan PAS, kata beliau telah berjaya menunjukkan kepada rakyat isi perut Umno sebenar yang sememangnya 'rakyat dahulu' menjadi mangsa dalam segala hal berkaitan dengan program pengurangan subsidi berbanding kroni-kroni Umno BN seperti penjana tenaga bebas (IPP).

Mengenai serangan Umno terhadap pimpinan baru PAS, Tuan Ibrahim berkata selain istilah 'negara kebajikan', Umno juga menerima tamparan hebat apabila pewakilan PAS membuat kejutan dengan memilih barisan kepimpinan baru yang di luar jangkaan mereka.

"Kebijaksaan perwakilan membaca keperluan barisan pimpinan bagi mengempur Umno menyebabkan mereka rasa tertekan. Ini dapat dibaca dari luahan kenyataan mereka.

"Mulanya menyerang, kemudian menyatakan bahawa Umno sudahpun melaksana negara kebajikan dan kini bertukar kepada rayuan 'Umno tetap membuka ruang untuk penyatuan Melayu' dan kad simpati dengan mengatakan 'Umno kecewa PAS tolak perpaduan' dan sebagainya," terang beliau.

Harakahdaily/-

Negara kebajikan: Umno ibarat 'kena picit lada hitam'

Posted: 08 Jun 2011 06:49 PM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -



Umno sedang menggelupor dengan perjuangan Pakatan Rakyat, khususnya PAS yang berikrar menjadikan Malaysia sebuah negara berkebajikan, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut beliau kegusaran Umno dan BN itu adalah kerana negara berkebajikan yang menjadi agenda Pakatan itu menawarkan penyelesaian kepada rakyat di tengah-tengah kegagalan kerajaan sekarang menjaga rakyat marhaen.

"Apabila PAS mengutarakan negara berkebajikan, tak tersangka pula Umno yang mengelupor dengan istilah tersebut, bak kata tok bomoh, picit lada hitam pada jari kaki orang masuk hantu. Barangkali memang Umno ini dah lama kena rasuk… Cuma mungkin tak kena cara tiupnya saja.

"Kini, kita boleh lihat dengan nyata bahawa Umno benar-benar terasa dengan istilah 'negara kebajikan' ini kerana ia memberi ancaman kepada mereka.

"Maklumlah, PAS menawar sebuah negara berkebajikan di tengah-tengah kegagalan Umno menjaga kebajikan rakyat marhaen demi menjaga hati kroni yang semakin angkuh, sombong dan tamak," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataan akhbarnya yang disiarkan di Harakahdaily.

Sejak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan gagasan penubuhan sebuah negara berkebajikan semasa ucapan dasarnya di muktamar PAS ke-57 minggu lalu, pimpinan Umno dan media arus perdana milik mereka telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.

"Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam," kata Tuan Ibrahim.

Istilah 'negara kebajikan' yang dilaungkan PAS, katanya berjaya menunjukkan kepada rakyat isi perut Umno sebenar yang sememangnya 'rakyat dahulu' menjadi mangsa dalam segala hal berkaitan dengan program pengurangan subsidi berbanding kroni-kroni Umno BN seperti penjana tenaga bebas (IPP).

Mengenai serangan Umno terhadap pimpinan baru PAS, Tuan Ibrahim berkata selain istilah 'negara kebajikan', Umno juga menerima tamparan hebat apabila pewakilan PAS membuat kejutan dengan memilih barisan kepimpinan baru yang di luar jangkaan mereka.

"Kebijaksaan perwakilan membaca keperluan barisan pimpinan bagi mengempur Umno menyebabkan mereka rasa tertekan. Ini dapat dibaca dari luahan kenyataan mereka.

"Mulanya menyerang, kemudian menyatakan bahawa Umno sudahpun melaksana negara kebajikan dan kini bertukar kepada rayuan 'Umno tetap membuka ruang untuk penyatuan Melayu' dan kad simpati dengan mengatakan 'Umno kecewa PAS tolak perpaduan' dan sebagainya," katanya.

Undian tajuk Kabinet Pilihanraya

Posted: 08 Jun 2011 06:30 PM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Mulai semalam, undian sedang dilakukan terhadap tajuk muka depan Harakah, wajarkah perkataan "KABINET PILIHANRAYA" digunakan sebagai tajuk berita utama.

Sejauh mana popularnya tajuk ini yang merupakan respons Presiden PAS terhadap keputusan pemilihan PAS dalam muktamar ke 57 yang baru berakhir digunakan sebagai tajuk utama akhbar Harakah akan dilihat dalam tempoh dua hari ini, hari ini dan esok. Manakala pada hari Sabtu nanti, kita akan mengundi tajuk lain pula.

Undian ini terbuka kepada semua pembaca dan mereka boleh mengundi sekali sahaja sama ada untuk setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan. Untuk membuat undian tinjauan@harakah, boleh terus kepada link http://myharakah.net.

Sementara itu populariti undian bagi tajuk "MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN" yang merupakan tema uacapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada muktamar ke57 yang baru berakhir telah meningkat kepada 472 undian sahaja berbanding dengan seramai 123 undian telah diperolehi terhadap tajuk edisi sebelum ini.

Untuk melihat keputusan terperinci terhadap undian semasa dan yang telah dilakukan sebelum ini, boleh terus kepada link http://myharakah.net/polls.php

Keputusan undian bersetuju bagi tajuk " MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN" meningkat lagi kepada 95,55 % atau 451 undian berbanding dengan 19 undian sahaja atau 4.03 % sahaja yang tidak bersetuju dengan tajuk tersebut.

Terdapat 2 undian atau 0.42 % pula yang memilih tidak pasti dengan tajuk tersebut sesuai digunakan sebagai tajuk utama.

Harakahdaily/-

Tun M wajar mohon maaf pada PAS, Anwar

Posted: 08 Jun 2011 06:29 PM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -



SHAH ALAM, 9 Jun: Nasihat segera bertaubat Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilihat sangat tepat pada masanya.

Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Swee Lim (gambar) berkata, nasihat itu sewajarnya diikuti baik oleh Mahathir memandangkan beliau seorang perdana menteri selama 22 tahun yang banyak melakukan kesilapan.

Menurut Swee Lim, Tun Mahathir mestilah menerima nasihat itu kerana sebagai seorang beragama Islam, beliau wajib percaya kepada konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka.

Katanya, jika Mahathir tidak menerima nasihat bertaubat itu, nescaya di akhirat nanti, beliau akan disiksa dengan azab pedih ekoran kesalahan besar yang dilakukan semasa hidup di dunia.

"Antara kesalahan paling besar adalah memfitnah PAS dan menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan liwat yang tidak dapat dibawa saksi yang adil dan mencukupi.

Swee Lim yang juga Adun Sekinchan, Selangor berkata, sekiranya Tun Mahathir sudi bertaubat, maka selepas itu beliau hendaklah memohon maaf kepada PAS, Anwar serta keluarganya secara terbuka.

"Saya seorang bukan Islam tetapi saya menerima konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka apatah lagi agama Islam (Allah SWT) itu Maha Pengampun.

"Semua orang pernah melakukan kesalahan, jangan berdegil, wajib dan sudah sampai masanya untuk beliau bertaubat serta memohon maaf sesama umat kerana jika enggan, ada bara api neraka menunggu di akhirat kelak," tegasnya.

Adun dua penggal itu berkata, Mahathir pernah menulis surat kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menghalang dilaksanakan Kanun Jenayah Syariah II dan hari ini, tiba-tiba beliau pula yang sukakan hukum Islam itu.

Sekiranya masih tidak mahu bertaubat, Swee Lim berkata, tunggulah satu hari nanti Mahathir terpaksa menjawab di akhirat kelak kerana sebagai manusia biasa, tiada apa yang rakyat boleh lakukan terhadapnya.

Dalam pada itu, Swee Lim berkata, apa yang dilakukan Mahathir adalah bertolak dari perasaannya yang kesunyian sekarang dan tidak dipedulikan lagi, lalu keluarkan berbagai kenyataan merapu.

Terbaru, Mahathir mengulas keputusan pemilihan pimpinan PAS dalam Muktamar Tahunan ke 57 dari 3 hingga 5 Jun lalu yang disifatkannya sebagai kemenangan kepada Karpal.

Ini ekoran tema ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Membangun Negara Berkebajikan yang pada Mahathir, PAS membuang perjuangan tegakkan Negara Islam yang ditentang Karpal.

Bertindak balas dari jawapan itu, Karpal pula menasihatkan Mahathir agar segera bertaubat.

Sementara itu, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, pihaknya masih menyimpan surat ancaman daripada Mahathir sewaktu beliau menjadi perdana menteri yang menghalang Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II termasuk Hukum Hudud.

Mati takut ditahan polis

Posted: 08 Jun 2011 06:06 PM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Nigeria yang ditahan dalam serbuan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman tiba-tiba rebah sebelum disahkan mati di sebuah rumah di Taman Sri Kuching, di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian itu, suspek berusia 22 tahun cuba melarikan diri selepas terlihat empat rakannya yang lain ditahan anggota polis dalam serbuan dilakukan jam 9.30 malam. 

Gambar hiasan

Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Othman Harun berkata, suspek yang terkejut apabila melihat rakannya dicekup melarikan diri. 

"Namun, seorang pegawai dapat mengesan kelibat suspek cuba meloloskan diri mengejarnya. Suspek berlari sejauh 500 meter sebelum terjatuh.

"Lelaki terbabit yang ditahan dibawa ke rumah dipercayai tempat menyimpan dadah kumpulan terbabit sebelum ditempatkan bersama empat lagi rakannya," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Kes Khir Toyo - Saksi Menggelabah, Perbicaraan Ditunda Esok

Posted: 08 Jun 2011 06:00 PM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM : Perbicaraan kes rasuah bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo di tunda ke esok apabila Pengarah Syarikat Ditamas, Shamsudin Hayroni menggelabah ketika memberi jawapan dari kandang saksi.

Beliau tidak memberikan jawapan- jawapan dengan jelas dan kerap kelihatan murung apabila ditanya mengenai dua lot tanah yang di dakwa di jual kepada Khir Toyo pada harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Isnin lalu, Shamsudin dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan Khir Toyo untuk melakukan rasuah bersabit urusniaga jual beli dua tapak itu.

Ditamas membeli dua lot Seksyen 7, Shah Alam pada harga RM6.5 juta pada tahun 2004 tetapi kemudian menjualnya kepada Khir pada harga RM3.5 juta sahaja pada tahun 2007.

Dua lot itu digunakan untuk membina apa yang disebut oleh pembangkang sebagai Istana Khir iaitu kediaman mewah dengan kos pembinaan didakwa mencecah RM24 juta.

Sebagai balasan, Khir Toyo selaku Menteri Besar ketika itu di dakwa memberikan Shamsudin dan Ditamas pelbagai kontrak.

Shamsudin kelihatan menggelabah apabila ditanya oleh pendakwaraya Abdul Wahab Mohamed mengenai keputusan Ditamas membeli dua tapak tanah itu sebelum dijual kepada Khir Toyo.

Hakim Mohtarudin Baki kemudian bertanya samada Shamsudin bersedia untuk terus memberi keterangan.

Samsudin berkata beliau mahu berbuat demikian tetapi sekali lagi membisu kepada persoalan yang ditanya oleh pendakwaraya.

Selepas berbincang dengan peguam Shamsudin, Hakim Mohtarudin kemudian memutuskan untuk menuda perbicaraan kepada esok.

Khir Toyo yang diikat jamin RM750,000 hadir di mahkmah hari ini diiringi dengan beberapa saudara maranya. Namun isteri beliau Zaharah Kechik tidak hadir.

Jika disabit kesalahan, Khir boleh dihukum penjara dua tahun atau didenda atau kedua- duanya sekali.

Tv Selangor/-

Gerhana Bulan di Malaysia 16 Jun 2011

Posted: 08 Jun 2011 05:30 PM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Rakyat negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan separa selama kira-kira enam jam bermula pukul 1.25 pagi pada 16 Jun ini. Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), fenomena yang biasanya berlaku ketika fasa bulan penuh itu disebabkan bulan melintasi bayang bumi.

"Fenomena gerhana tersebut pada 16 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra (P1) pada pukul 1.25 pagi. Menurut Angkasa lagi, gerhana akan jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) bermula pukul 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum pada 4.13 pagi.

"Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 7.01 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap," tambahnya.

SAMBUTLAH GERHANA BULAN DENGAN BANYAK BERSOLAT , BERSEDEKAH , BERZIKIR DAN BERDOA.

Karpal nasihatkan Dr M supaya bertaubat

Posted: 08 Jun 2011 02:00 AM PDT

6 Rejab 1432H. [MOD] -

Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berkelakuan seperti seorang negarawan ulung dan menutup mulutnya.

Katanya, Dr Mahathir yang sedang "meniti usia yang senja" sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya supaya bertaubat atas segala salah laku silamnya.

"Dia banyak buat kesalahan (semasa menjadi perdana menteri) dan sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak bersalah kepada negara dan rakyat," katanaya.

"...Sebagai perdana menteri, dia sangat degil dan tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu."

Menurut Karpal lagi, Mahathir juga tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal Pakatan Rakyat.

Beliau mengulas komen dalam blog yang dimuat-naik oleh Mahathir semalam yang mendakwa Karpal sepatutnya gembira dengan barisan kepimpinan baru PAS yang dikatkan lebih rapat dengan DAP.

Mahathir menulis Karpal tidak lagi perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.

"Tokoh yang memang besar di sebalik muktamar kali ini adalah Karpal. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam yang akan menguatkuasa hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya.

"Belum pun dia mati, PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan," kata Mahathir dalam blognya.

Mengulas tulisan itu, Karpal berkata Mahathir juga tidak harus lupa bahawa sekitar 2001 di perhimpunan Gerakan, mantan perdana menteri itu telah berkata Malaysia adalah sebuah "negara Islam".

"Kenyataan di blognya itu tak perlu kerana dia sudah berkata demikian, kali pertama pada 2001, kecuali dia sudah lupa," kata Karpal.

Beliau juga mengalu-alukan tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu membawa Malaysia ke sebuah negara berkebajikan jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

Malaysiakini/-

PAS TAMBUN

Posted: 09 Jun 2011 01:12 AM PDT

PAS TAMBUN


AHLI DHPP HADIR TAKLIMAT DAFTAR PEMILIH UPU KLEBANG

Posted: 08 Jun 2011 09:28 AM PDT


KP : Mr Pavelan khusyuk mendengar taklimat gerak kerja daftar pemilih pada 12 Jun 2011 (ahad) ini jam 8pg berkumpul di markaz Tmn klebang Jaya

PAS TELUK INTAN

Posted: 08 Jun 2011 11:14 PM PDT

PAS TELUK INTAN


Scorpene, Altantuya, Inflasi: Tekanan untuk Najib berundur?

Posted: 08 Jun 2011 07:27 AM PDT

Chen Shaua Fui | Jun 08, 2011 02:52:10 pm
 
Perbicaraan mahkamah berhubung kes pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia yang didakwa mempunyai gejala rasuah bakal berlangsung di Perancis.  Sekali lagi, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Najib Razak dihantui kes pembunuhan Altantuya, yang didakwa berkait rapat dengan pembelian kapal selam dengan bayaran komisen yang tinggi.
Kini, arus inflasi semakin menderas.  Model Ekonomi Baru pula sukar menampakkan keberkesanannya.  Najib (gambar kiri) berdepan dengan perebutan sumber dalam UMNO.  Sayap kanan dalam parti mungkin mengambil kesempatan untuk menekan agar Najib berundur - seandainya Najib gagal memulihkan keadaan, lebih-lebih lagi menjadi liabiliti dalam parti - berikutan skandal yang terpalit pada dirinya.  Untuk Najib, beliau berdepan dengan pelbagai rintangan - dalam pertimbangannya untuk mengumumkan pilihan raya umum awal sebagai strateginya membalas serangan.
Kes pembunuhan Altantuya
Berkali-kali PKR mengaitkan kes pembelian kapal selam dengan kes pembunuhan wanita Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu.  Ketiga-tiga orang tertuduh, Razak Baginda, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didakwa mempunyai hubungan dengan Najib.  Razak Baginda, adalah think tank untuk Najib; sementara Ketua Inspektor Azilah dan Koperal Sirul didakwa sebagai pengawal Najib.
Najib terpaksa menjawab isu ini setelah diserang bertalu-talu oleh Anwar Ibrahim dalam PRK Ijok pada tahun 2007.  Najib mendakwa dirinya tidak mengenali Altantuya, dan Kementerian Pertahanan membuat kenyataan bahawa wang bernilai 114.96 juta Euro (kira-kira RM535.8 juta) yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd bukan "komisen", tetapi kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama enam tahun.  Syarikat Perimekar dimiliki isteri Razak Baginda (gambar kanan).
Selepas empat tahun, kes ini hampir melabuh tirai, dengan Razak Baginda dibebaskan, sementara Azilah dan Sirul dijatuhkan hukuman mati.  Kedua-dua tertuduh boleh membuat rayuan, namun perbicaraan belum berlangsung sebagaimana yang diketahui buat setakat ini.
Sebelum Najib mengorak langkahnya untuk menjadi PM, beliau dihujani tuduhan daripada Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan penyiasat persendirian Balasubramaniam a/l Perumal, yang membuat akuan bersumpah untuk membabitkan Najib dan isterinya Rosmah Mansor dalam kes Altantuya (gambar kiri).  RPK melarikan diri ke luar negeri, dan tampil di TV3 pada April 2011 - semasa pilihan raya negeri Sarawak - untuk menafikan bahawa dirinya yang membuat tuduhan terhadap Najib dan Rosmah, sebaliknya hanya mendedahkan maklumat yang diterimanya dari sumber.  Bagaimana sekalipun pertikaian selanjutnya tentang "pengakuan" RPK ini, yang penting adalah Najib telah mendakwa bahawa nama dirinya "dibersihkan" lantaran daripada wawancara TV3 tersebut.
Sejauh manakah impak isu ini, yang dibangkitkan semula selepas empat tahun berlalu?
Perbicaraan bakal bermula di Perancis
Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel berkata kepada MerdekaReview, perbicaraan kes pembelian kapal selam ini akan bermula dalam tempoh sebulan dua akan datang mengikut prosedur mahkamah Perancis.  Lebih banyak maklumat dalaman yang terperinci bakal didedahkan pada ketika itu.
Cynthia (gambar kanan) menjelaskan bahawa buat masa kini rakyat gagal memperolehi dokumen-dokumen ini daripada kerajaan Malaysia lantaran daripada Akta Rahsia Rasmi (OSA).  Namun, dokumen berkenaan boleh diperolehi daripada Perancis setelah perbicaraan mahkamah bermula, malah hakim boleh memanggil saksi untuk memberi keterangan di mahkamah.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi mendakwa bahawa dirinya sedia memberi keterangan di mahkamah Perancis seandainya dibenarkan kabinet.  Bagaimanapun, Cynthia berkata mahkamah di Perancis tidak boleh mewajibkan kehadiran Menteri Malaysia di mahkamah kerana melibatkan isu kedaulatan negara.
Setakat ini belum diketahui apakah maklumat dalaman yang bakal didedahkan.  Namun demikian, PKR baru-baru ini mendakwa bahawa ada "pihak ketiga" yang menemani Razak Baginda dan Altantuya dalam lawatan mereka ke Macau.  Tanpa menamakan identiti "orang ketiga" itu, PKR mendesak Najib agar menunjukkan passportnya untuk membuktikan dirinya tidak terlibat.
Kita tidak lupa bahawa Najib pernah bersumpah atas nama Allah bahawa dirinya tidak kenal Altantuya - di depan kira-kira 900 orang pemimpin akar umbi UMNO, pada Julai 2008.  Seandainya apa-apa bahan bukti dalam mahkamah Perancis menunjukkan bahawa Najib mengenali Altantuya, maka beliau bakal berdepan dengan krisis integritinya.
Najib mungkin menjadi liabiliti UMNO
Di samping itu, Model Ekonomi Baru (MEB) yang diketengahkan Najib mencungkil saraf golongan sayap kanan dalam UMNO, yang menentang hebat rancangan ekonomi tersebut.  Najib perlu menjelaskan bahawa ia sekadar "cadangan", selepas bahagian pertama MEB dikemukakan - memperlihatkan rintangan yang dihadapinya dalam parti.
Najib kini tersepit dalam dilema.  Politik naungan telah lama berakar umbi dalam UMNO.  Najib tidak boleh kembali ke pangkal jalan untuk meneruskan pendekatan perkauman yang ekstrem, pada masa yang sama "Najibnomics"-nya yang tidak meneliti masalah struktur juga gagal mentransformasikan ekonomi negara.  Negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 setakat sasaran - realitinya rakyat terus bergelut dalam suasana inflasi yang menekan.
Mereka yang menguasai sumber pada masa yang sama menggenggam kuasa.  Perebutan sumber bertambah rancak apabila sumber semakin berkurang.  Kenaikan tarif elektrik, pengurangan subsidi untuk bahan api, cukai perkhidmatan yang melonjak dari 5% hingga 6% - segala-gala ini membuat rakyat merasakan bahawa khazanah negara semakin kekosongan dipunggah, dan kerajaan kini perlu menyedut wang dari rakyat.
Zahid Hamidi berpaling tadah?
Kini, pergelutan dalam UMNO sendiri menjadi menarik.  Kenyataan Zahid Hamidi yang mendakwa dirinya bersedia untuk memberi keterangan di mahkamah - dengan syarat dibenarkan kabinet - juga menarik.  Beliau meletakkan semua beban atas bahu Najib, sebagai Ketua Kabinet - untuk menentukan sama ada beliau boleh atau tidak untuk tampil di mahkamah Perancis.
Zahid (gambar kiri, kanan) dilihat sebagai "orang Najib" dalam pemilihan UMNO pada tahun 2009.  Menteri Pertahanan ini kelihatan telah meninggalkan kem Najib.  Perlu diingatkan, skandal kapal selam gagal selam, kecurian enjin jet - pendedahan ini memperlihatkan bahawa "ada pihak yang melepaskan khabar" - tentang skandal yang berlaku ketika Najib merangkap jawatan Menteri Pertahanan.
Baru-baru ini Zahid dikatakan calon yang bakal memainkan peranan "Muhyiddin Yassin" dalam usaha menjatuhkan Abdullah Ahmad Badawi - seandainya usaha baru diperlukan untuk menjatuhkan Najib Razak.  Ini kerana Najib berdepan dengan cabaran untuk mengembalikan majoriti dua pertiga dalam PRU ke-13, malah kuasa kerajaan negeri Selangor yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Cabaran buat Najib
Najib kini perlu berhati-hati untuk membuat percaturannya.  Soal selidik yang diumumkan Merdeka Center pada 4 Disember 2010 menunjukkan bahawa sejumlah 59% rakyat tidak berpuas hati dengan prestasi Najib membanteras rasuah.  Lebih-lebih lagi, ketiga-tiga kaum menganggap kerajaan Najib perlu mendahulukan isu membanteras rasuah.  Apa yang menarik, seandainya perbicaraan kes pembelian kapal selam ini menunjukkan bahawa Najib turut terlibat dalam amalan rasuah - maka beliau semestinya berdepan dengan tekanan rakyat dan UMNO agar beliau berundur.
Nampaknya Najib tidak mempunyai ruang yang lebih selesa.  Meskipun Najib dan Timbalannya, Muhyiddin Yassin memainkan peranan berasingan untuk menyasarkan undi dari komuniti berlainan - iaitu Najib dengan 1Malaysia-nya, dan Muhyiddin dengan "Kemelayuan"-nya, tapi jelas, Muhyiddin kelihatan lebih disenangi dalam UMNO.
Dalam keadaan sedemikian, mungkinkah Najib mengambil langkah untuk mempercepatkan pilihan raya umum, menggunakan kuasa yang ada pada Presiden untuk melantik calon, lantas menyingkirkan orang yang tidak taat kepadanya?  Dan seandainya beliau berbuat demikian, apakah keadaan seperti PRU ke-12 bakal berulang - iaitu sabotaj daripada peringkat akar umbi kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Presiden UMNO?
Saf pimpinan PAS yang baru lahir dari pemilihan mungkin menjadi faktor pertimbangan Najib.  Seandainya PRU diadakan tahun ini, mungkin PAS belum sempat mengatur langkahnya untuk bersedia.
Jikalau dilihat tarikh yang ada, bulan puasa bermula pada akhir Julai, dan masyarakat muslim bakal menyambut Hari Raya pada awal September.  Tempoh ini bukanlah tempoh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya.  Jikalau PRU diadakan pada awal Julai, maka Najib perlu mengambil kira kemungkinan rakyat melepaskan kemarahan melalui undi lantaran kenaikan tarif elektrik.
Justeru itu, tempoh antara September hingga Oktober mungkin masa yang sesuai, kerana pantai Timur sering dilanda banjir mulai November.
Menurut pemimpin di akar umbi UMNO, mereka telah bersiap sedia 24 jam untuk PRU sejak dua, tiga bulan yang lalu.  Namun tarikh PRU ke-13 kekal menjadi teka-teki.
Untuk Najib, bukan senang untuk mencari satu tarikh yang menjamin kemenangan BN.  Kenaikan harga barang, ketegangan hubungan antara sekta dalam UMNO, saf pimpinan baru PAS yang menyuntik semangat kepada Pakatan Rakyat, cetusan isu perkauman dan agama yang mencungkil ketidakpuasan masyarakat... Sehingga bila "suasana baik" boleh dikekalkan dengan Program Transformasi yang direkacipta Najib?
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disunting dan diterjemah dari teks asal.

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 08 Jun 2011 09:36 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


PAS PARIT PUNGGUR GOTONG ROYONG MEMBAIKI JAMBATAN

Posted: 08 Jun 2011 05:03 AM PDT

Pada pagi  Ahad 29 Mei 2011, Ahli Jawatankuasa DUN  Maharani dan PAS Cawangan Parit Punggur Muar serta beberapa orang penduduk tempatan telah bergotong royong membaiki jambatan yang terbenam mengakibatkan kesukaran kenderaan kereta melaluinya. Alhamdulillah, gotong royong siap pada jam 2.30petang.

Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang dapat melapangkan masa untuk datang membantu. Kami juga diberitahu telah beberapa kali perkara ini dibawa kepada pihak yang berkenaan namun tiada tindakan diambil.









PAS Negeri Sembilan

Posted: 08 Jun 2011 09:26 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Ceramah Md Sabu 18 Jun 2011 di Rembau tunda lepas BERSIH

Posted: 08 Jun 2011 06:57 PM PDT



Adalah dimaklumkan ceramah Tn Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS yang dijadualkan pada 18 Jun 2011 di Kg Astana Raja, Rembau ditunda selepas Perarakan BERSIH (BERSIH RALLY). Maklumat terkini ceramah di Rembau akan dikemaskini di blog PAS Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/

Maklumat lanjut mengenai PERARAKAN BERSIH atau BERSIH RALLY yang dijadualkan pada Sabtu 9 Julai 2011 di laman web BERSIH di http://bersih.org/

Maklumat PELANCARAN PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 adalah seperti berikut :

Tarikh :19 Jun 2011 (Ahad)
Masa :8.30 p.m. – 10.30 p.m
Tempat : Dewan utama, Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, 1 Jalan Maharajalela Kampung Attap, 50150 Kuala Lumpur

Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah satu inisiatif yang dipimpin oleh masyarakat madani dengan niat untuk menjemput semua rakyat dan parti-parti politik untuk bergabung kuasa untuk mempromosikan dan menegakkan demokrasi di negara ini.

T-shirt rasmi Perhimpunan BERSIH 2.0 akan dijual di acara ini.

JAWATANKUASA PEMANDU BERSIH ialah :
Dato' Ambiga Sreenevasan (Chairperson), Andrew Khoo, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay and Arul Prakkash.

KULIAH Tuan Guru Tajuddin Jali 10 Jun 2011 Senawang

Posted: 08 Jun 2011 06:54 AM PDT



KULIAH HIRAKI
Oleh Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali , Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak
Tarikh : 10 Jun 2011 (JUMAAT)
Masa : 7.30 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar, Senawang
Semua dijemput hadir

Peneroka Felda N.Sembilan menang kes mahkamah lagi

Posted: 08 Jun 2011 12:52 AM PDT



Peneroka Palong 9 berjaya halang injuksi kontraktor Felda

Keadilan Daily 8 Jun 2011, JEMPOL: Seramai 36 peneroka dari Felda Palong 9 dekat sini berjaya menghalang permohonan injunksi kontraktor lantikan Felda untuk kerja penebangan dan membeli pokok getah di tanah mereka.

Peneroka tersebut memfailkan afidavit balas di Mahkamah Tinggi Seremban Januari lalu untuk mencabar permohonan injunksi berkenaan.

Menurut Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Rebin Berham, keputusan oleh Hakim Datuk Zulkifli Bakar itu semalam sangat bermakna dan bersejarah bagi semua peneroka di seluruh negara yang berjuang menuntut keadilan dan hak mereka yang ditindas selama ini.

"Felda yang bersikap angkuh dan sombong telah menafikan hak peneroka sebagai tuan tanah dan pemilik kayu getah untuk mengurus dan menjual kayu getah secara sendiri atau berkelompok (tidak melalui felda).

"Sikap felda yang tidak membenarkan peneroka berurusniaga atau menjual kayu sendiri menunjukkan tindakan yang tidak profesional dan menafikan hak asasi peneroka. Ini adalah bertentangan dengan undang-undang GSA (Akta Penempatan Berkelompok) 1960," katanya dalam satu kenyataan.

Rebin yang juga Penyelaras Warga Felda Prihatin berkata, sebelum ini Felda menjual kayu getah peneroka Felda Palong 9 hanya pada kadar RM33,000 sedangkan peneroka boleh menjual dengan harga RM46,000 setiap sepuluh ekar.

"Kerugian RM13,000 setiap peneroka adalah perbezaan yang amat besar dan oleh itu mereka berhak untuk menentukan kepada siapa kayu hendak dijual.

"Semoga kemenangan ini menjadi inspirasi di dalam perjuangan dan medan pertempuran menuntut hak peneroka di dalam PRU (pilihan raya umum) ke 13 nanti," kata Exco Angkatan Muda KEADILAN itu lagi.

http://www.keadilandaily.com/?p=14961

Felda settlers win again
Zefry Dahalan June 8, 2011

A Seremban High Court judge says they can appoint their own contractors to clear their land.

SEREMBAN: Another judge has affirmed the right of Felda settlers to appoint their own contractors to clear their plantations for re-seeding.

The Seremban High Court yesterday gave victory to the settlers of Felda Palong 9, dismissing a suit brought against them by Evergreen Sdn Bhd, the company that got the job from the Felda management to clear the land.

Evergreen was trying to prevent the settlers from appointing contractors offering more money.

The judgment appears to be part of a trend of decisions favouring settlers since last year's Federal Court dismissal of Felda's appeal against the Kota Baru High Court's award of damages to the settlers of Kemahang 3, who had sued the authority for manipulating palm oil grading.

Subsequently, settlers in Sungai Koyan 2, Sungai Koyan 3 and Raja Alias 2 also won their cases against Felda.

The case that ended yesterday involved 30 settlers who plant rubber. Judge Zulkifli Bakar gave his decision in chambers.

PKR deputy secretary-general T Kumar, one of the lawyers for the settlers, said they could now appoint their own contractors to clear the land and take the lumber.

He said they had collectively decided on a contractor who was offering RM50,000 for each acre. Evergreen's price was RM33,000 an acre.

In dismissing Evergreen's suit, the judge ordered the company to pay RM15,000 in costs.

According to another lawyer for the settlers, P Rajasundram, Evergreen got the job as a subcontractor for LBJ Global SdnBhd, the company that the Felda management appointed.

"The judge said the plaintiff could not enforce the agreement between LBJ Global and Felda," he told FMT.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/06/08/felda-settlers-win-again/

20 tahun rakyat di Mantin, N.Sembilan hidu sampah

Posted: 08 Jun 2011 12:11 AM PDT



Dah 20 tahun dan mungkin dah 4 Pilihanraya Umum diadakan masalah tapak pelupusan berhampiran kawasan penduduk kampung di Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan tak selesai-selesai. Apakah para pengundi di Mantin perlu tunggu lagi 20 tahun lagi dan lagi 4 Pilihanraya Umum?

BAU BUSUK MENGANGGU KEHIDUPAN PENDUDUK KAMPUNG GEBOK

Penduduk Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan ingin membuat aduan kepada pihak tuan tentang masalah bau busuk yang telah lama menganggu penduduk kampung di kawasan saya.

Masalah ini timbul dari tempat pembuangan sampah yang terletak bersebelahan dengan kampung saya.Pelbagai aduan telah dihantar tetapi tiada sebarang tindakan yang dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Artikel penuh di http://pasns.blogspot.com/2011/04/bau-busuk-ganggu-penduduk-mantin.html

BILA HENDAK TUTUP TAPAK LUPUS SAMPAH?

Bukan cerita rekaan apabila sudah 20 tahun penduduk di kawasan Kampung Gebok Mantin terpaksa tinggal dalam keadaan persekitaran bau busuk membuatkan masing-masing mula tertekan.

Mereka mendakwa bau busuk yang datang tanpa kira waktu pagi atau malam berpunca kehadiran tapak pelupusan sampah di kawasan berhampiran.

Impian untuk tinggal dalam keadaan persekitaran bersih tanpa adanya sebarang gangguan tidak akan menjadi kenyataan apabila saban tahun pihak berwajib menabur janji menutup tapak pelupusan sampah terbabit, sedangkan ia tidak pernah berlaku.

Artikel penuh di http://pasns.blogspot.com/2010/01/dah-20-tahun-orang-mantin-berjiran-dgn.html

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 08 Jun 2011 09:19 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Edar perjanjian IPP kepada anggota Parlimen

Posted: 07 Jun 2011 09:44 PM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) meminta kerajaan memastikan dokumen rahsia perjanjian pembelian tenaga (PPA) yang dimeterai antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pengeluar tenaga bebas (IPP) diedarkan kepada ahli-ahli Parlimen.

"Mewakili ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) saya berharap salinan dokumen tersebut diedarkan kepada setiap Ahli Parlimen pada hari pertama sidang Dewan Rakyat yang akan datang.

"Kami sangat memerlukan dokumen itu untuk memudahkan kami menunaikan tanggungjawab kami kepada rakyat," kata beliau.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan dokumen tersebut boleh didedahkan kepada ahli Dewan Rakyat.

Mukhriz juga berkata, butiran perjanjian itu tidak boleh didedahkan kepada orang ramai kerana ia adalah perkara sulit.

"Kami, ahli-ahli Parlimen, akan memastikan Mukhriz tidak berbohong dengan kenyataannya itu kerana kami sangat memerlukan dokumen perjanjian itu yang menimbulkan rasa tidak amat puas hati rakyat kerana dianggap berat sebelah dan hanya menguntungkan IPP," kata Mahfuz.

Dalam perjanjian itu, katanya, IPP dipaksa membeli tenaga yang dijana oleh IPP walaupun tidak diperlukan.

IPP juga tetap menerima subsidi yang besar dari kerajaan ketika pelbagai subsidi kepada rakyat telah dipotong dan kerajaan pula setiap hari mengugut hendak memotong subsidi kepada rakyat tertindas, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Walaupun Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sendiri menyifatkan perjanjian dengan IPP itu tidak adil kepada rakyat, tetapi kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat-syarikat IPP seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen.

Malah, kecaman hebat bekas Pengerusi Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope terhadap perjanjian itu telah beberapa kali menjadi berita sejak beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TNB 15 tahun lalu.

Baru-baru ini, ketika menulis dalam laman Facebooknya, Ani menyalahkan perjanjian dengan IPP itu sebagai punca kenaikan tariff elektrik.

Beliau juga mendedahkan bahawa Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri sebagai pihak yang bertangungjawab memaksa TNB menandatangani perjanjian itu.

Lantaran itu, Ani menyifatkan EPU sebagai Economic Plundering Unit atau Unit Penyamun Ekonomi.

PAS LENGGONG

Posted: 08 Jun 2011 07:33 PM PDT

PAS LENGGONG


Bukti Muhyiddin dan UMNO Penipu

Posted: 07 Jun 2011 09:52 PM PDT

Bila dibaca dari kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda yang mahu PAS segera mengadakan JK pemandu bagi menggubal konsep negara kebajikan.
Konsep itu telah dinyatakan oleh Tuan Guru Ustaz Hadi Presiden PAS dalam muktamar PAS ke 57.
Namun begitu Najib dan Muhyiddin menegaskan bahawa UMNO telah melaksanakan dasar negara kebajikan.
Soalannya Kenapa Mufti minta PAS tubuhkan JK tersebut? Sepatutnya Mufti itu mintak pada umno dasar negara kebajikan itu? Ini bermakna umno sememang tiada dasar negara kebajikan. Bila PAS kata negara kebajikan dia pun kata negara kebajikan. Mereka sekadar hendak menciplak saja apa yang dilakukan oleh PAS dan PR. Lihat kepada buku jingga. macammana. lihat kepada cuti hari sabtu yang dulu di laksanakan oleh PAS. Lihat cuti bersalin semuanya ciplak dari apa yang dilakukan oleh Tok Guru Nik Aziz.
Dr juanda itu mufti lulusan PhD. Dia tahu tiada dasar itu. Sepatutnya ia menjadi tugas mufti yang ramai di seluruh Malaysia untuk menggariskannya. Tapi siapa yang boleh mengarahkan mufti untuk menggariskan dasar negara kebajikan kalau bukan parti yang berkuasa?
Tatapi kenapa Dr Juanda minta PAS membentuk JK itu. Alasannya mudah mufti tiada kuasa untuk membuat atau menggubal dasar itu. keduanya bila PAS menyebutkan negara kebajikan dan disautkan oleh mufti perlis melambangkan bahawa itu merupakancita rasa dan keinginan golongan ulama dalam negara yang mahukan sebuah negara yang diuruskan dan ditadbirkan secara baik dan memberikan kebajikan kepada semua rakyatnya.

Mufti cadang JK pemandu gubal negara kebajikan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mahu PAS segera mengadakan jawatankuasa pemandu bagi menggubal konsep negara kebajikan yang digariskan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar muktamar parti itu Jumaat lalu.

Juanda (gambar) berkata, butiran terperinci perlu bagi kebanyakan pihak khususnya mereka atas pagar dan profesional Muslim dan bukan Muslim menilai agenda PAS.

"Jawatankuasa ini perlu terdiri daripada profesional, ulama bebas, ahli politik terulung dan negarawan dan perlu bersidang dan keluarkan segera pelan rangka.

"Ini penting agar mereka di atas pagar, mereka yang tidak memihak mana-mana parti, profesional Muslim dan bukan Muslim boleh tertarik dengan agenda PAS," katanya dalam kenyataan SMS kepada laman web The Malaysian Insider mengenai agenda negara berkebajikan yang diketengahkan oleh Hadi Jumaat lalu.

Juanda (gambar) berkata ruang demokrasi yang ada mesti dijadikan ruang terbaik untuk menyuburkan keadilan, kesejahteraan, keselamatan untuk semua.

Kepimpinan Umno-BN termasuk Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya sudah pun melaksanakan dasar negara berkebajikan.

Dalam ucapan dasarnya, Abdul Hadi membentangkan dasar pihaknya bersama komponen Pakatan Rakyat untuk mewujudkan asas negara berkebajikan - pengurusan yang menurutunya tidak akan membebankan rakyat sama sekali.

Ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu yang bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan", dilihat kali pertama meletakkan komponen pengurusan dan pentadbiran ekonomi secara menyeluruh lagi terperinci. Ucapan-ucapan lalu lebih berkisar pada soal agama dan sosial.

Abdul Hadi menegaskan, dalam negara berkebajikan, kerajaan mengambil tanggungjawab dalam perkara yang menjadi rukun hidup, keperluan asasi kemudahan asas, makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan lain-lain.

Oleh itu katanya, PAS wajib menghapuskan budaya mendapat hasil secara membebankan rakyat yang menjadi amalan kerajaan Umno-BN sehingga mengambil kesempatan mendapat hasil melalui rukun hidup rakyat.

Abdul Hadi juga memberitahu, rakyat yang berniaga pula terpaksa berdepan dengan kerajaan yang berniaga.

"Kerajaan yang berniaga menerusi GLC pula, mengagihkan keuntungan kepada pemegang saham kroni tertentu manakala kerugian perniagaan pula ditanggung oleh kerajaan, yang akhirnya dibebankan kepada rakyat menerusi sistem cukai yang menekan mata pencarian hidup rakyat jelata.

"Akhirnya GLC ini akan hilang daya saingnya kerana sentiasa menerima bantuan dari kerajaan," kata beliau.

Abdul Hadi menjelaskan, PAS percaya bahawa perolehan pendapatan negara bukannya dengan cara membebankan rakyat dengan kaedah menaikkan cukai atau menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan.

"PAS yakin bahawa keadilan sosial yang berteraskan kebajikan kepada rakyat dan amalan yang adil membawa berkat yang mengembangkan hasil negara," kata beliau lagi.

Hadi, yang juga bekas menteri besar Terengganu berkata, PAS telah melaksanakan sebahagian daripada konsep negara berkebajikan di negeri yang diperintahnya, mengikut kemampuan dan bidang kuasa yang ada di Kelantan dan Kedah, pernah di Terengganu dan Perak dan memperkenalkan di negeri PAS menyertai kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

Katanya, PAS bersama Pakatan Rakyat telah memperkenalkan konsep negara berkebajikan melalui Buku Jingga yang dilancarkan Disember lalu.

Manifesto PAS ketika pilihan raya umum 2008 juga bertemakan negara kebajikan.

Anjing - Anjing dan SiBadut-Badut yang menyalak

Posted: 07 Jun 2011 09:02 PM PDT

Lupakan Kisah Silam.....

Umno Mahu PAS Lupakan Kisah Silam Demi Perpaduan Umat Islam....

Salam Sejahtera.

Senang sungguh badut UMNO ni memujuk dang mengungkap kata, meminta PAS melupakan kisah lama yang berlaku dalam tahun 70han dahulu, itu semua orang lama UMNO yang melakukan sehingga jatuhnya kerajaan PAS Kelantan waktu tu.....

Amboi sedap sungguh kata-kata lidah tak bertulang.... lupakan yang lama.... yang baru apa cerita....

Royalti minyak, kenapa sibuk nak mencelah bila Kerajaan PAS Kelantan menyaman Petronas.... Itu perbuatan orang lama ke orang baru UMNO......

Rampasan kerajaan Negeri Perak sehingga terlucutnya jawatan Nizar sebagai MB Perak, itu perbuatan orang lama ke orang baru......

Kesian kat orang UMNO... macam ni punya standard Ketua Penerangan mereka.... makan nasi ka dia atau makan ubi kayu....
Atas tadi dari segi perpaduan, dari segi Agama
Pasal ancak
Pasal tolak Qazaf
Pasal Hina orang islam dengan liwat dan video
macam-macam lagi yang dilakukan oleh umno. Mereka itu (pemimpin) merupakan ajning yang munafik dan fasik. Berdosa kalau dipercayai dan berdosa kalau dituruti atau dipatuhi.

UMNO- Pemimpin kaya, ahli kayat (berkudis)

Posted: 07 Jun 2011 08:50 PM PDT

Miskin, cerita di Sabah sebahagian sahaja, di Lenggong juga serupa. Lihat kepada para YB-yb umno, bagaimana harta mereka, lihat sahaja kepada kereta mereka.
M P Lenggong bukan main kaya lagi dia.
Rakyat yang celek nampak. rakyat yang dibutakan tak nampak. Warga lenggong akan bangun. dan sedang bangun.

Rabu, Jun 08, 2011

PEMIMPIN KAYA, AHLI UMNO MERANA


Oleh : HJ.WAHAB TIMPAI.
SEORANG ahli Jawatankuasa cabang PKR Tenom, Omar Ahmad mendakwa bahawa UMNO/BN gagal menaikkan taraf ekonomi ahli-ahlinya di Kedai Sapong, Tenom.

Justeru itu, Omar yang juga mantan Ketua Cawangan Umno-BN Kedai Sapong mengambil keputusan beralih memberikan sokongan kepada Parti Keadilan untuk mengubah keadaan dalam politik semasa, khususnya Sapong.

Beliau juga meminta masyarakat di Sapong supaya berfikir tentang masa hadapan anak cucu mereka dengan menyertai pembangkang khususnya, PKR.

Menurut Omar, para pemimpin UMNO-BN hanya pandai bercakap dan berlakon untuk memperkayakan diri mereka sendiri sahaja dan membelakang konsep asal perjuangan Umno.

"Saya bukan cakap bohong. Lihatlah begitu ramai Pemimpin Umno di Tenom yang kaya raya dan berlagak memandu memiliki kereta mewah," kata Omar lagi.

Pada mulanya, kata Omar, Kedai Sapong memang menjadi kubu kuat Umno-BN, tetapi rakyat sedar bahwa pemimpin Umno hanya mementingkan diri sendiri sahaja.

Omar yakin bahawa PRU 13, Pentadbiran Putrajaya akan berjaya diambil alih oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, termasuklah kerajaan negeri Sabah.

Rakyat kini telah merasa bahawa mereka tertipu memberikan sokongan kepada Umno-BN pada pilihan raya umum 12 sehingga menerima hukuman dengan kenaikan harga barang keperluan harian, termasuk minyak dan gula.-sabahkini

Beranikah ROS?

Posted: 07 Jun 2011 08:36 PM PDT

Sebelum itu kena masuk mahkamah terlebih dahulu. Adakah pengadu akan menang? berat punya cerita.
Yang pentingnya Rakyat perlu disedarkan. Cakap puak-puak munafik tak boleh dipercayai dan kalau percaya akan menambah dosa belaka. Rakyat yang berfikit tidak akan memikul dosa yang dilakukan oleh orang lain.
Dengar khabar kes nak bubarkan PKR telah selesai? Barangkali ini satu antara puncanya.

Rabu, Jun 08, 2011

Umno bakal diharamkan oleh ROS ?

KUALA LUMPUR, 8 Jun — Seorang ahli Umno yang dipecat tahun lalu kerana melanggar perlembagaan parti telah memfailkan kes terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam untuk mendapatkan balik keahliannya — kes yang mengingatkan kembali krisis 1987 dalam parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Seorang ahli perniagaan dari Kelantan Amran Abdul Rahman, yang pernah menjadi ahli Umno selama 14 tahun, mencabar RoS untuk menunjukkan bukti bahawa cawangan-cawangan di bahagian Tanah Merah telah didaftarkan secara sah, dan jika tidak, agensi itu harus mengisytiharkan Umno Kelantan haram, satu langkah yang akan membawa kepada pembatalan pemecatan beliau daripada parti.

Amran, 47, merupakan setiausaha Umno bahagian Tanah Merah ketika beliau dilucutkan keahlian pada 1 Mac 2010 mengikut Perkara 20.7 perlembagaan parti kerana membawa ketua bahagiannya Datuk Ikmal Hisham ke mahkamah.

Ekoran krisis kepimpinan 1987 yang menyaksikan parti itu diisytiharkan sebagai haram, satu perlembagaan baru dirangka selepas penubuhan Umno Baru, sekali gus melarang ahlinya membawa sebarang pertikaian ke mahkamah.

Dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider selepas memfailkan kesnya, Amran berkata, isu utama ialah impak ke atas parti itu di negeri yang ditadbir PAS ekoran pemilihan bahagian 2008.

Umno mengadakan pemilihan pusat awal 2009.

"Isunya ialah 190 perwakilan yang menghadiri perhimpunan yang memilih anggota Majlis Kerja Tertinggi pada 2009 adalah haram," katanya sambil menambah, perpecahan dalam parti Melayu itu akan menjejaskan peluangnya untuk mendapatkan balik Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Dalam permohonannya, Amran berkata: "saya percaya bahawa responden (RoS) telah mendaftarkan Umno Baru di bawah Seksyen 7 akta tersebut (Akta Pertubuhan 1966) dan Sijil Pendaftaran telah dikeluarkan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 8 akta tersebut.

"Saya juga percaya bahawa peruntukan Seksyen 12 akta tersebut menyatakan bahawa kesemua cawangan yang hendak ditubuhkan mesti mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan," katanya.

Amran menambah, beliau setelah dinasihatkan oleh peguamnya percaya bahawa peruntukan Seksyen 12(3) Akta Pertubuhan 1966 menyatakan bahawa cawangan yang ditubuhkan tanpa kebenaran responden adalah pertubuhan haram.

justeru Amran memohon semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan RoS yang menafikan aksesnya kepada dokumen-dokumen mengenai 126 cawangan dan 14 bahagian di Kelantan, dan juga perintah mahkamah mengarahkan RoS membekalkan maklumat yang diperlukan.

Peguamnya, Adlan Hadi Mohamed Yusof menjelaskan, di bawah Seksyen 10 Akta Pertubuhan mana-mana individu ada hak untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan berhubung satu-satu pertubuhan yang didaftarkan.

Terdapat 131 cawangan Umno di Kelantan.

Menurut Amran, daripada jumlah itu hanya lima yang sah manakala yang baki termasuk cawangan Simpang Tiga Seri Mahligai tidak pernah didaftarkan.- t,m.insider

DUN CHINI

Posted: 08 Jun 2011 07:17 PM PDT

DUN CHINI


FIFA LARANG PEMAIN PUTRI IRAN BERAKSI

Posted: 08 Jun 2011 01:24 AM PDT

Zurich - Tim sepakbola wanita Iran dicoret dari turnamen Olimpiade Yunior karena peraturan FIFA melarang para pemain mengenakan penutup kepala ala muslim alias jilbab.

Dalam keterangan di situs resminya, Senin (5/4/2010), Konfederasi Sepakbola Asia (AFC) menyebutkan bahwa Thailand dinominasikan untuk menggantikan tim Iran yang dicekal karena soal seragam tersebut.

"FIFA menetapkan bahwa mengenakan penutup kepala Islam (jilbab) tidak sesuai dengan peraturan permainan ini," demikian AFC yang dilansir AP.

Komite Olahraga Iran sebelumnya telah meminta FIFA dan IOC untuk me-review larangan penggunaan jilbab, yang merupakan kewajiban berpakaian untuk kalangan wanita muslim dewasa. Namun permintaan tersebut telah ditolak FIFA melalui suratnya kepada Federasi Sepakbola Iran.


Peraturan yang dipakai FIFA untuk masalah tersebut adalah Law 4 yang berbunyi, "Perlengkapan dasar yang diharuskan adalah tidak berhubungan dengan pernyataan politik, agama atau pribadi tertentu". Tim yang pemainnya mengenakan perlengkapan terkait politik, agama atau slogan atau pernyataan tertentu akan dihukum oleh penyelenggara kompetisi atau FIFA.

Penggunaan jilbab oleh pesepakbola wanita musim pertama kali terangkat di tahun 2007, setelah seorang remaja 11 tahun di Kanada dilarang memakainya dengan dalih keamanan bermain.


Iran semula dijadwalkan mengikuti turnamen enam negara untuk pemasanan Olimpiade Yunior di Singapura pada 12-25 Agustus. Karena dicoret, Thailand akan menggantikan mereka sebagai wakil Asia, bersaing dengan Turki, Equatorial Guinea, Trinidad dan Tobago, Cile, dan Papua Nugini. Sekitar 3.600 atlet berusia 14-18 tahun akan berkompetisi di 26 cabang olahraga.

Ada ada saja aturan FIFA. Padahal memakai jilbab merupakan kewajiban bagi muslimah. Apalagi Iran merupakan negara Islam. Q yakin iran lebih baik mundur daripada menuruti aturan FIFA. Mendingan cabut aja tu peraturan FIFA ganti ama yang lebih menghormati hak asasi manusia. Katanya negara-negara barat HAM harus ditegakkan. tapi kenyataannya







Sumber dari sini

PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 08 Jun 2011 07:15 PM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat


ANDAIKATA SULTAN MELAKA KEMBALI BERKUASA ....

Posted: 07 Jun 2011 11:25 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 08 Jun 2011 07:15 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Posted: 07 Jun 2011 08:38 PM PDT

Akhirnya impian Fadzil Noor tercapai – oleh Liew Chin Tong


7 June 2011


7 JUN – Selepas pimpinan PAS mengumumkan Dokumen Negara Islam pada 2003, setelah dicabar oleh Perdana Menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad, ia menjadi salah satu faktor utama parti itu tewas teruk dalam pilihan raya umum 2004.

Daripada 27 kerusi Parlimen yang dimenanginya dalam PRU 1999, PAS hanya mampu kekalkan 6 kerusi Parlimen. Banyak pihak mengatakan PAS kehilangan undi bukan sahaja dari kalangan bukan Islam tetapi juga dari orang Melayu yang dikatakan "resah" dengan konsep negara Islam parti itu.

Sebenarnya Dokumen Negara Islam 2003 adalah kosep yang berlawanan dengan cadangan asal yang dibawakan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor selaku Presiden PAS, sejak 2001 dalam bentuk Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia – Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21.

Di antara Disember 2001 dan Mac 2002, draf empat muka surat telah dibincangkan oleh sabahat-sabahat PAS termasuk aktivis NGO yang kemudiannya dibawakan oleh Fadzil dalam muktamar PAS ke-48 di Kota Bharu, Kelantan pada Mei 2002.

Fadzil yakin memorandum itu yang masih dalam peringkat persediaan itu mampu mencari titik pertemuan pelbagai peradaban, kepercayaan dan pegangan politik rakyat. Baginya, sifat pemerintahan Islam perlu ada syura, pemilihan dan demokrasi kerana pembinaan negara mesti berpaksikan kepada akhlak dan sistem nilai yang tinggi bertunjangkan sistem kepercayaan yang benar.

Beliau turut menjelaskan bahawa pentadbiran yang dicita-citakan PAS ialah yang mendukung kedaulatan undang-undang serta menekankan aspek khidmat dan kebajikan sehingga melahirkan "Negara Berkebajikan" yang diharapkannya dapat memakmurkan negara dengan kebajikan serta mengelakkan kerosakan, pembaziran dan kemusnahan.

Tujuh perkara asas dalam Memorandum itu adalah:

●      Masyarakat madani

●      Hak saksama (al-musaawah)

●      Kedaulatan undang-undang berasaskan syariah yang luas makna dan ruang lingkupnya

●      Keadilan (al-'adalah)

●      Meritokrasi (as-solahiyah)

●      Negara berkebajikan

●      Pentadbiran dinamik dan inovatif

Sayangnya, Fadzil meninggal dunia tidak lama selepas muktamar itu, pada 23 Jun 2002, yang mengakibatkan Memorandum itu tidak lagi menjadi keutamaan PAS.

Namun begitu, sebulan selepas perginya Fadzil, PAS menyusun semula Memorandum itu untuk dibincangkan bersama dengan rakan-rakan seperjuangan di luar parti di mana tujuh perkara asas dikekalkan dengan huraian yang lebih panjang.

Apa yang mengejutkan ialah satu dokumen yang berlainan sama sekali telah dikeluarkan pada November 2002 atas namaDokumen Negara Islam yang direstui oleh Majlis Syura Ulama PAS.

Dokumen itu juga mempunyai tujuh prinsip, seperti mana Memorandum, tetapi ia berbeza dalam banyak segi.

Tujuh perkara asas Dokumen itu ialah:

●      Negara undang-undang di mana dijelaskan bahawa hudud, qisasa dan takzir akan dikenakan kepada orang Islam sahaja tetapi yang bukan Islam boleh memilih sama ada menerima hukum itu atau common law

●      Sistem khilafah di mana pemerintah mesti melaksanakan hukum Islam, jika tidak mereka dianggap pengkhianat amanah Allah

●      Takwa

●      Sistem syura (concensus) di mana ia akan membincangkan perkara-perkara yang boleh diijtihadkan sahaja, dan tidak boleh dalam hukum-hukum tetap Islam (qat'i)

●      Keadilan dan kesamarataan (al-'adaalah wal musaawaah) yang dijelaskan tidak sama dengan persamaan (equality) dan sama bahagian (fairness)

●      Kebebasan (al-hurriyyah) yang tidak boleh bercanggah dengan syara'

●      Ketuanan mutlak  (as-siyaadah wal haakimiyah) atau sovereignty yang mana hak ketuanan adalah milik Allah dan tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak.

Walau apa pun niat baik pimpinan PAS dalam menyediakan Dokumen ini, persepsi orang ramai terhadapnya telah menyebabkan parti itu ditolak dalam PRU 2004. Ia dlihat sebagai menakutkan orang bukan Islam dan orang Islam yang berpendirian sederhana.

Menjelang 2007 di mana pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lemah telah membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat, ramai pemimpin PAS terutamanya mereka yang bersikap sederhana telah menyertai gerakan-gerakan mobilisasi demokrasi seperti perhimpinan Bersih yang mendesak kerajaan Barisan Nasional supaya telus dan adil dalam pilihan raya.

Pada masa itu juga PAS mula kembali kepada idea asal Fadzil yang mahu parti itu menjadi lebih terbuka dan berarus perdana dalam menarik sokongan rakyat. Ia juga usaha sesetengah pemimpin PAS untuk membuktikan bahawa Islam bukan sempit ajarannya, Islam adalah untuk semua.

Kejayaan besar PAS bersama PKR dan DAP dalam PRU 2008 meyakinkan banyak pihak supaya parti itu berjuang bersama-sama dalam satu gabungan yang kemudiannya dinamakan Pakatan Rakyat.

Dengan adanya barisan baru PAS yang dipilih dalam muktamar PAS ke-57 di Kuala Lumpur hujung minggu lalu, hasrat Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk meluaskan usaha promosi Negara Berkebajikan dilihat akan membuahkan hasil.

Seperti yang dijelaskan oleh Hadi, Negara Berkebajikan adalah konsep yang berteraskan Islam dan boleh diterima oleh semua orang tanpa mengira agama dan kaum. Ini bermakna PAS tetap boleh memperjuangkan agenda Islam yang benar-benar memberi manfaat kepada semua manusia.

Memetik kata-kata Hadi, "Kita mulakan dengan pelaksanaan Negara Berkebajikan. Ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut Negara Islam, ia sebut Negara Berkebajikan", ia mengingatkan kita semua kepada apa yang diperjuangkan oleh Allahyrahm Ustaz Fadzil untuk membawa imej Islam yang lebih demokratik, inklusif, terbuka dan adil tanpa mengorbankan prinsip perjuangan PAS.

Sejak 2004, PAS telah melalui jalan yang sukar dan penuh berduri. Rasa kurang keyakinan diri di kalangan pemimpin tertentu PAS juga membuatkan mereka serba-salah dengan tawaran UMNO untuk bersatu padu demi perpaduan Melayu.

Sekarang ternyata impian Fadzil sudah menjadi kenyataan. PAS dilihat sudah bersedia untuk kembali dengan penuh komitmen terhadap Pakatan Rakyat, selaras dengan impian Fadzil yang mahu menawarkan alternatif terbaik kepada rakyat pelbagai kaum dan agama, untuk mengambil alih pentadbiran negara daripada UMNO dan BN. – Roketkini.com

Liew Chin Tong adalah Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera-Roketkini.

Tarif Elektrik: Perjanjian Berat Sebelah....?

Posted: 07 Jun 2011 08:02 PM PDT

IPP: Najib harus jelaskan subsidi gas RM131.3 bilion

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng desak Perdana Menteri jawab skandal subsidi gas yang didedahkan oleh bekas CEO TNB Tan Sri Ani Arope.

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab pendedahan mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tan Sri Ani Arope mengenai skandal subsidi gasyang mengakibatkan negara menanggung kos sebanyak RM131.3 bilion.

"Najib harus menjawab pendedahan yang dibuat oleh Ani Arope berhubung skandal subsidi minyak ini," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini hari ini.

Bekas CEO TNB itu mendedahkan bahawa Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bertanggungjawab terhadap skandal subsidi minyak yang menyebabkan rakyat Malaysia menanggung kos berjumlah RM131.3 bilion pada tahun 2010.

Lim berkata, Ani Arope sanggup memilih untuk melepaskan jawatan beliau daripada menandatangani perjanjian berat sebelah, yang melihat penciptaan generasi pertama IPP, seperti YTL Power Services, nPowertek dan Malakoff semasa pentadbiran mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

"EPU telah memaksa Tenaga untuk membeli kuasa daripada pengeluar bebas elektrik (Independent Power Producer – IPP), yakni Genting Sanyen, sebanyak 14sen/kWh walaupun terdapat penawaran sebanyak 12sen/kWh; dan IPP mengenakan bayaran sebanyak 16sen/kWh.


Menurut Lim, Ani Arope turut menggelar EPU sebagai 'Economic Plundering Unit' dengan menaikkan tarif elektrik sewenang- wenangnya.

Ani Arope menyatakan bahawa agensi janakuasa tersebut telah memaksa syarikat janakuasa nasional untuk menandatangani perjanjian pembelian berat sebelah hampir 20 tahun yang lalu di mana Tenaga mesti membeli tenaga yang tidak diperlukan.

Margin simpanan elektrik tertinggi di dunia

"Hal ini menyebabkan Malaysia mengalami margin simpanan elektrik yang tertinggi di dunia iaitu 52.6% pada tahun 2010," ujar Setiausaha Agung DAP itu.

Menurutnya lagi, sehingga akhir tahun 2010, Petronas telah menjengkakan subsidi gas asli terhadap sektor janakuasa dan sektor bukan janakuasa sebanyak RM131.3 bilion.

"Sekiranya harga gas asli tidak berubah (dalam sektor janakuasa pada RM10.70/MMBTU; sektor bukan janakuasa pada RM15.35/MMBTU), sejumlah RM27 billion terpaksa ditanggung pada 2011," katanya.

Beliau berkata TNB dibenarkan untuk menaikkan 7% kenaikan kerana Tenaga perlu membayar lebih untuk harga gas asli yang naik sebanyak RM3 se MMBTU, di mana ianya akan mengurangkan kos subsidi kepada RM25.64 bilion daripada RM27.22 bilion.

Jelas sekali, tiada justifikasi untuk Putrajaya menaikkan tarif elektrik sebanyak 7% apabila kajian semula syarat asal IPP adalah memadai daripada pemotongan nilai subsidi tersebut.

Katanya, 'Federation of Malaysian Manufacturers' (FMM) telah menyatakan bahawa harga dalam sektor janakuasa Malaysia belum menjadi lebih kompetitif, walaupun bayaran untuk gas asli adalah lebih murah (RM13.70/mmBtu) berbanding Thailand (RM18.23), Singapura (RM43.32) dan Indonesia (RM21.04).

"Kos elektrik di Malaysia berikutan kenaikan kadar adalah menghampiri kadar di Thailand. Sekiranya kita membandingkan kadar tenaga elektrik di Thailand yang berkategori tenaga bervoltan rendah, sederhana dan tinggi, kadar tarif Malaysia antara kategori tersebut adalah lebih tinggi.

"Perdana Menteri harus menjawab kepada rakyat Malaysia kenapa rakyat harus 'membayar' bagi kesilapan atau perjanjian yang tidak seimbang oleh EPU yang bertentangan dengan kepentingan nasional kerana ia hanya menguntungkan beberapa IPP dengan mengorbankan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia," tambahnya. -FMT



Ani Arope blames high power tariffs on 'Economic Plundering Unit'

KUALA LUMPUR, June 3 — Former Tenaga Nasional Berhad (TNB) chief executive Tan Sri Ani Arope is blaming the Economic Planning Unit (EPU) for rising electricity tariffs, saying the powerful agency forced the national power company to sign lopsided purchase deals nearly 20 years ago.

Ani said EPU, which he sarcastically dubbed "Economic Plundering Unit", forced Tenaga to buy electricity from an independent power producer (IPP), believed to be Genting Sanyen, at 14 sen per kilowatt hour (kWh) despite an existing offer of 12 sen/kWh then; other IPPs then were charging 16 sen/kWh.

Genting Sanyen became the first IPP to transfer 15 million watts (MW) in electricity to TNB's national grid on April 15 and is scheduled to complete a RM1.8 billion upgrade on its existing gas-fired plant with a capacity for 720 MW by June next year.

"You don't need to go to a fanciful business school to figure out why we need a tariff hike — just revisit the terms given to some IPPs," Ani, who helmed the utility company between 1990 and 1996, said in his last Facebook posting three days ago.

"With the take-or-pay clause and with the 40 per cent excess reserve that we have today, one only has to produce half of one's capacity and be paid 80 per cent of the agreed capacity. Well done the then-EPU — Economic Plundering Unit," he added, mocking the economic unit under the Prime Minister's Department.

Ani called for a review of the original terms with the IPPs as the storm over energy price deals continues to build up.

DAP publicity chief Tony Pua cited today Ani's 2006 interview with English daily, The Star, to increase pressure on the federal government to declassify the power purchase agreements (PPAs) inked between TNB and the IPPs.

Ani caused a stir 15 years ago when he chose to resign from his executive chairman post rather than sign the imbalanced deals, which saw the first generation of IPPs created, such as YTL Power Services, Powertek and Malakoff during the Mahathir administration.

"TNB is the whipping boy. TNB has no control of the price it has to pay to the IPPs. Get to the source of the problem," said the Penang-born who turned 79 on May 17.

The Najib administration has been savaged for allegedly protecting the interests of IPPs rather than the public.

Putrajaya announced the 7.12 per cent hike in electricity rates in an effort to trim a subsidy bill that would otherwise double to RM21 billion this year and promised the hike will not affect 75 per cent of domestic consumers.

But power prices will now rise by as much as 2.3 sen per kWh in areas taking TNB's electricity supply, a potential source of public anger just ahead of a general election expected within the year.

The Star daily reported today the government was close to inking a deal for a 1,000 MW coal-fired plant in Manjung which will charge 25 sen/kWh. -TMI


-dipetik dari GB

Rembau Hari Ini

Posted: 08 Jun 2011 07:07 PM PDT

Rembau Hari Ini


Ceramah Md Sabu 18 Jun 2011 di Rembau tunda lepas BERSIH

Posted: 08 Jun 2011 06:55 PM PDT



Adalah dimaklumkan ceramah Tn Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS yang dijadualkan pada 18 Jun 2011 di Kg Astana Raja, Rembau ditunda selepas Perarakan BERSIH (BERSIH RALLY). Maklumat terkini ceramah di Rembau akan dikemaskini di blog PAS Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/

Maklumat lanjut mengenai PERARAKAN BERSIH atau BERSIH RALLY yang dijadualkan pada Sabtu 9 Julai 2011 di laman web BERSIH di http://bersih.org/

Maklumat PELANCARAN PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 adalah seperti berikut :

Tarikh :19 Jun 2011 (Ahad)
Masa :8.30 p.m. – 10.30 p.m
Tempat : Dewan utama, Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, 1 Jalan Maharajalela Kampung Attap, 50150 Kuala Lumpur

Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah satu inisiatif yang dipimpin oleh masyarakat madani dengan niat untuk menjemput semua rakyat dan parti-parti politik untuk bergabung kuasa untuk mempromosikan dan menegakkan demokrasi di negara ini.

T-shirt rasmi Perhimpunan BERSIH 2.0 akan dijual di acara ini.

JAWATANKUASA PEMANDU BERSIH ialah :
Dato' Ambiga Sreenevasan (Chairperson), Andrew Khoo, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay and Arul Prakkash.

KULIAH Tuan Guru Tajuddin Jali 10 Jun 2011 Senawang

Posted: 08 Jun 2011 06:57 AM PDT



KULIAH HIRAKI
Oleh Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali , Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak
Tarikh : 10 Jun 2011 (JUMAAT)
Masa : 7.30 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar, Senawang
Semua dijemput hadir

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 08 Jun 2011 03:43 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Pemuda PAS Selangor Bantah Cadangan Pelepasan Kuota Bumiputera

Posted: 08 Jun 2011 12:11 AM PDT

Pemuda PAS Bantah Cadangan Pelepasan Kuota Bumiputera
Posted on Tuesday, June 07 @ 19:53:01 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Kenyataan MediaOleh: attakiri

"8 Jun 2011 (Shah Alam) – Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) membantah cadangan pelepasan kuota Bumiputera secara automatik yang akan diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

Cadangan terbaru ini adalah membelakangkan beberapa cadangan yang dilihat sangat baik untuk menjaga dan menyediakan satu garis panduan pelepasan kuota Bumiputera yang telah diluluskan pada Mac 2011.

Cadangan terdahulu adalah seperti berikut:

i. Penandaan Pelan

Jawatankuasa Penandaan Unit Kuota Bumiputera akan menentukan unit bumiputera sewaktu penyediaan Pelan.

ii. Pemaju hendaklah mengemukakan rekod jualan termasuk senarai nama pembeli Bumiputera dan bukan Bumiputera.

iii. Jawatankuasa Pelepasan Kuota Bumiputera (JPKB) akan bersidang selepas 6 bulan projek Perumahan mendapat CF/CCC.

Walaubagaimanapun didalam cadangan baru ini, ketiga-tiga elemen tersebut tidak lagi wujud. Ini bermakna pemaju akan berhak menentukan lot-lot Bumiputera dan sudah pasti dengan harga potongan 7% Bumiputera, pemaju akan meletakkan lot bumiputera di lokasi yang tidak strategik.

Pemaju juga akan memanipulasi senarai nama pembeli di kalangan pekerja Bumiputera mereka atau mana-mana pihak Bumiputera dan ini menghalang pembeli tulen (genuine buyer) untuk membeli hartanah tersebut.

Ini juga akan menyebabkan Jawatankuasa Pelepasan Kuota Bumiputera tidak akan berfungsi dengan pelepasan kuota Bumiputera yang diberi secara automatik. Cadangan awal yang melibatkan JPKB adalah untuk membuat kajian pasaran dan JPKB melalui Perumahan Hartanah Selangor Sendirian Berhad boleh membeli hartanah jika difikirkan perlu, namun cadangan baru ini tidak membolehkan JPKB berbuat demikian.

Oleh sebab ini, DPPNS membantah cadangan baru ini atas prinsip berikut:

i. Isu Hak Bumiputera telah disepakati oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat agar tidak boleh disentuh.

ii. Kelemahan pelaksanaan penjualan unit Kuota Bumiputera hendaklah diperbaiki dan cadangan baru ini akan menyebabkan hak bumiputera semakin hilang.

iii. Konsep Self Regulatory pemaju akan menyebabkan penjualan kuota perumahan Bumiputera tanpa kawalan yang akan menyebabkan berlakunya penyelewengan.

iv. Pihak Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (REHDA) Cawangan Selangor terlalu mendesak Kerajaan Negeri dengan pelaksanaan pelepasan kuota bumiputera secara automatik yang dilihat ingin mendapatkan keuntungan yang lebih sedangkan mereka telah pun mendapat keuntungan dengan sistem sedia ada.

Oleh itu, DPPNS meminta supaya cadangan baru ini dikaji semula dan dibincangkan secara telus dengan NGO-NGO Melayu dan pihak-pihak yang berkepentingan. Ini bagi membuktikan ketelusan sistem Good Governance iaitu dengan mengambil kira pandangan rakyat sebelum satu-satu keputusan dikeluarkan.

Hasbullah Mohd Ridzwan

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6370


Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 08 Jun 2011 03:28 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


KENAPA KJ PERTAHAN NAJIB? PULAK TUE SAHKAN MAJLIS PERTUNANGAN..

Posted: 08 Jun 2011 05:42 AM PDT


KUALA LUMPUR, 8 Jun — Khairy Jamaluddin mempertahankan lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan sambil menafikan perdana menteri menyalahgunakan dana awam untuk menghadiri majlis pertunangan anak perempuannya di negara itu.

Dalam akaun Twitternya, Ketua Pemuda Umno dan BN berkata (gambar), Najib berada di negara bekas Kesatuan Soveit itu untuk menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia Ketujuh (WIEF), di mana beliau akan menyampaikan ucapan hari ini, dan untuk membalas lawatan diplomatik presiden Kazakh Nursultan Nazarbayev ketika Tun Abdullah Badawi merupakan perdana menteri.

"Lawatan PM ke Kazakh telah lama dirancang sebelum majlis pertunangan anak perempuannya.

"Malah, sebenarnya membalas lawatan Presiden Nazarbayev ke Malaysia ketika masa Pak Lah," katanya pagi ini.

"WIEF sudah lama dirancang. Kazakhstan membuat tawaran untuk menganjurkannya tahun lalu," katanya.

"Berapa lama anda rasa akan diambil untuk menganjurkan forum antarabangsa yang besar seperti WIEF? Adakah anda ingat ini dilakukan untuk tujuan itu?" katanya.

... kan dah kantoi.... selama ini ingatkan fitnah pembangkang... rupenya betul Najib anak beranak gie meminang... bodo punye KJ kasi kantoi...wakakakakaka

CAMNE PETRONAS BYR RM30 BILLION... SEDANGKAN HARGA PETROL MAHAL??

Posted: 08 Jun 2011 05:33 AM PDT

Pelik la pulak rasenya... camne Petronas boleh bayar RM30 billion kepada kerajaan sedangkan kerajaan sendiri tak mampu nak tanggung subsidi petrol sebab kenaikan harga minyak dunia.... mane petronas dapat duit byk2 tue...minyak dunia naik...petronas dapat duit?... pening aku memikirkannya...

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Petronas melihat perolehan dan keuntungan yang lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang lebih tinggi produk utamanya di celah-celah pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh sungguhpun ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS.


Presiden dan ketua pegawai eksekutif Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata perolehan meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion.

Keuntungan pracukai meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini, demikian menurut laporan Bernama Online.

Syarikat minyak negara itu mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.

Harga yang lebih tinggi dan permintaan rancak menyebabkan prestasi yang lebih tinggi bagi semua perniagaan teras, kata naib presiden eksekutif kewangan Petronas Datuk George Ratilal.

"Prestasi Petronas sendiri juga selaras dengan pesaing kami, menunjukkan satu tahun lagi prestasi berdaya tahan kumpulan," katanya.

Beliau berkata perolehan kasar meningkat 12.9 peratus dengan perniagaan hiliran menjadi penyumbang perolehan terbesar pada 42.4 peratus daripada jumlah perolehan kasar.
Tunai daripada operasi adalah RM70.8 bilion berbanding RM56.1 bilion tahun lepas, satu peningkatan 26.2 peratus berikutan perolehan yang lebih baik.

Sejumlah RM34.9 bilion pada perbelanjaan modal digunakan kebanyakannya kepada merancakkan aktiviti eksplorasi dan pengeluaran dan meneruskan usaha-usaha lain.

Dalaam pada itu, Petronas sedang mengkaji untuk menetapkan jumlah dividen yang akan dibayar kepada kerajaan pada kadar 30 peratus daripada keuntungan bersih mulai tahun kewangan 2013.

"Ini menjadikannya sesuatu yang agak pasti dan boleh dijangkakan," kata Naib Presiden eksekutif Kewangannya, Datuk George Ratilal.

"Petronas telah berbincang dengan kerajaan dan telah mencapai persefahaman tentang perkara ini," katanya kepada pemberita pada pengumuman keputusan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu.

Syarikat minyak nasional itu mengisytiharkan pembayaran dividen sebanyak RM30 bilion kepada kerajaan bagi tahun berkenaan.

Petronas juga membayar dividen yang serupa kepada kerajaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2010.

... mana hak kerajaan kelantan?....

FIFA HALANG TUTUP AURAT... MALAYSIA GALAK TAK TUTUP AURAT..

Posted: 07 Jun 2011 08:15 PM PDT


Tak kan lah nak tutup aurat pun jadik masalah..? Jumaat minggu lepas, team bolasepak wanita Iran tak dibenarkan main perlawanan Pre Olympic London 2012 sebab players Iran tutup aurat..!!

"I will file a complaint to FIFA against the individual in charge of holding the match," kata Presiden Iranian Football Federation Ali Kaffashian...

Shahrzad Mozafar bekas head coah bolasepak wanita Iran pula beritahu " kerajaan Iran tak akan hantar pasukan bolasepak wanita sekiranya tidak tutup aurat…"

Disebabkan team Iran tetap nak pakai hijab tutup aurat, FIFA terpaksa batalkan perlawanan Iran lawan Jordan dan beri walk over kepada Jordan 3 – 0.

FIFA tak patut diskriminasi cara islam berpakaian…, yang penting semangat kesukanan! Kalau pakai dedah sana sini pun, bila beraksi hampeh pun tak guna jugak….

ini pasukan kebanggaan 1 Malaysia

DASAR UMNO ..TAK DAPAT PROJEK..BUAT FITNAH... KINI UDA HOLDING JAWAB...

Posted: 07 Jun 2011 07:34 PM PDT

KENYATAAN AKHBAR DATUK NUR JAZLAN TAN SRI MOHAMED, PENGERUSI UDA HOLDINGS BHD BERHUBUNG PROJEK PEMBANGUNAN TAPAK BEKAS PENJARA

PUDU (BUKIT BINTANG CITY CENTRE)

SAYA ingin mengulas mengenai kenyataan Datuk Musa Sheikh Fadzir (gambo), Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di Buletin Utama dan Utusan Malaysia Sabtu lalu, berhubung projek pembangunan tapak bekas Penjara Pudu atau Bukit Bintang City Centre (BBCC).

Ingin saya tegaskan bahawa projek ini, yang dibangunkan atas tanah seluas 7.76 hektar di Kuala Lumpur tidak akan langsung meminggirkan kepentingan masyarakat Bumiputera.

Atas sebab itu, saya berasa amat sedih atas tuduhan melulu Datuk Musa terhadap Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings Bhd tanpa mahu menghubungi UDA Holdings BHd terlebih dahulu untuk mendapatkan butir-butir mengenai pembangunan projek BBCC ini.

Saya ingin memaklumkan bahawa UDA Holdings Bhd menjemput 14 syarikat asing dan tempatan yang pernah menyatakan minat menyertai projek pembangunan BBCC ini, membentangkan kertas cadangan terhadap projek ini.

Daripada 14 syarikat, 11 syarikat hadir membentangkan kertas kerja kepada Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings Bhd pada 7 dan 8 Mac lalu dengan semuanya bukan milik Bumiputera sepenuhnya kecuali satu.

Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings BHd kemudian membuat penilaian secara telus dalam memastikan syarikat yang dipilih benar-benar dapat memberikan pulangan terbaik kepada syarikat tetapi juga kepada kepentingan masyarakat Bumiputera secara keseluruhannya.

Jadi, tuduhan Datuk Musa menyatakan bahawa UDA Holdings Bhd membelakangkan syarikat Bumiputera adalah tidak benar sama sekali kerana semua syarikat Bumiputera yang berminat membangunkan projek ini, menjalinkan kerjasama dengan syarikat bukan Bumiputera dan mereka tidak mempunyai pegangan majoriti dalam kerjasama strategik berkenaan.

Sebenarnya, dalam projek pembangunan BBCC ini, UDA Holdings Bhd yang memegang kepentingan Bumiputera dengan memastikan kontraktor Bumiputera yang berkelayakan bersama-sama dengan UDA Holdings Bhd menyertai projek pembangunan BBCC ini.

Semua perlu sedar bahawa kedudukan UDA Holdings Bhd pada waktu ini, bukanlah sama seperti 40 tahun lalu, di mana ketika itu, UDA adalah sebuah syarikat pemaju hartanah yang terkemuka.

Ketika ini, UDA Holdings Bhd mengalami masalah kewangan serta bank tanah yang amat kritikal kerana selepas UDA Holdings Bhd disenaraikan dalam Bursa Saham, syarikat ini, langsung tidak menerima suntikan kewangan atau bank tanah daripada kerajaan secara langsung.

Akibat keadaan ini, UDA Holdings Bhd tidak mampu lagi untuk memperjuangkan agenda Bumiputera seperti digariskan sebelum ini, dalam penubuhannya. UDA Holdings Bhd tidak sama seperti 40 tahun lalu, syarikat ini, tidak mampu lagi bersaing dengan syarikat hartanah swasta yang ada pada waktu ini, menyebabkan fungsinya kurang lagi dihormati seperti dulu.

Bagaimanapun, kepentingan 1,400 kakitangan UDA Holdings Bhd perlu diutama serta dipelihara dan sebab itu, UDA Holdings Bhd perlu teliti dan telus dalam melaksanakan pembangunan bekas Penjara Pudu.....

Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed
Pengerusi
UDA Holdings Bhd
22 Mei 2011.

(Ana tidak berminat nak copy sepenuhnya... cukuplah kenyataan jawab Datuk Nur Jazlan terhadap puak-puak UMporNO yang melemparkan fitnah sebab tak dapat kontrak nak majukan tapak terebut...alahai UMporno...)

CAW. UMNO KELANTAN .. 5 JE SAH.. 126 HARAM ... MEMANG ANAK HARAM

Posted: 07 Jun 2011 04:41 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Jun — Seorang ahli Umno yang dipecat tahun lalu mendakwa di Kelantan terdapat 131 cawangan.
Namun daripada jumlah itu hanya lima yang sah manakala yang baki termasuk cawangan Simpang Tiga Seri Mahligai tidak pernah didaftarkan.

Seorang ahli perniagaan dari Kelantan Amran Abdul Rahman dipecat kerana melanggar perlembagaan parti telah memfailkan kes terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam untuk mendapatkan balik keahliannya — kes yang mengingatkan kembali krisis 1987 dalam parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Dia yang pernah menjadi ahli Umno selama 14 tahun, mencabar RoS untuk menunjukkan bukti bahawa cawangan-cawangan di bahagian Tanah Merah telah didaftarkan secara sah, dan jika tidak, agensi itu harus mengisytiharkan Umno Kelantan haram, satu langkah yang akan membawa kepada pembatalan pemecatan beliau daripada parti.

Amran, 47, merupakan setiausaha Umno bahagian Tanah Merah ketika beliau dilucutkan keahlian pada 1 Mac 2010 mengikut Perkara 20.7 perlembagaan parti kerana membawa ketua bahagiannya Datuk Ikmal Hisham ke mahkamah.
Ekoran krisis kepimpinan 1987 yang menyaksikan parti itu diisytiharkan sebagai haram, satu perlembagaan baru dirangka selepas penubuhan Umno Baru, sekali gus melarang ahlinya membawa sebarang pertikaian ke mahkamah.

Dalam permohonannya, Amran berkata: "saya percaya bahawa responden (RoS) telah mendaftarkan Umno Baru di bawah Seksyen 7 akta tersebut (Akta Pertubuhan 1966) dan Sijil Pendaftaran telah dikeluarkan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 8 akta tersebut.
Amran menambah, beliau setelah dinasihatkan oleh peguamnya percaya bahawa peruntukan Seksyen 12(3) Akta Pertubuhan 1966 menyatakan bahawa cawangan yang ditubuhkan tanpa kebenaran responden adalah pertubuhan haram.

justeru Amran memohon semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan RoS yang menafikan aksesnya kepada dokumen-dokumen mengenai 126 cawangan dan 14 bahagian di Kelantan, dan juga perintah mahkamah mengarahkan RoS membekalkan maklumat yang diperlukan.

RAKAN LAHANAT... DIBOGEL...DISAMUN...TETAPI TIDAK DIROGOL...

Posted: 07 Jun 2011 04:26 PM PDT

AMPANG: Malang bertimpa bagi seorang lelaki apabila dia bukan saja kerugian kira-kira RM5,000 selepas disamun rakan baiknya, malah suspek turut mengugut akan menyebarkan gambar bogel mangsa kepada umum sekiranya membuat laporan polis dalam kejadian di Taman Datuk Ahmad Razali, di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 8 malam itu menyebabkan mangsa berusia 34 tahun cedera di muka dan hidung selepas ditumbuk dua rakannya kerana tidak mengikut arahan.
Sumber polis berkata, dua rakannya itu yang berusia 30-an datang ke rumah mangsa dan meminta tolong menghantar mereka pulang ke rumah di taman berdekatan.

Katanya, mangsa yang mahu mandi menyuruh mereka menunggu di ruang tamu, tetapi sebaik mahu melangkah, dua lelaki itu menarik tangannya menyebabkan dia meronta-ronta.

Menurutnya, kedua-dua suspek kemudian menggeledah rumah dan mengambil beberapa barangan berharga termasuk komputer riba, dua telefon bimbit, jam tangan dan kad bank milik mangsa.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya sejurus kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamalluddin mengesahkan laporan itu.

.... mujur mangsa tu lelaki...kalu tak lama dahhh....

PASANGAN CURANG 'BERAKSI' DALAM KERETA DI PARKIR

Posted: 07 Jun 2011 04:11 PM PDT

Hanya dengan bayaran RM2 untuk sekali masuk, parkir sebuah pasar raya, di sini, tidak ubah seperti 'parkir asmara' apabila dijadikan sasaran suami dan isteri curang untuk melampiaskan nafsu ketika keluar dari pejabat pada waktu makan tengah hari.


Mereka membawa kenderaan secara berasingan untuk mengelak gerak-geri dihidu kenalan atau keluarga masing-masing sebelum melakukan aksi terlarang di kawasan gelap di dalam kereta mereka.

Difahamkan, walaupun waktu rehat hanya sejam, pertemuan singkat terbabit digunakan sebaik mungkin untuk melepaskan rindu.

Perkara itu didedahkan seorang kakitangan pasar raya berkenaan yang mengakui terkejut melihat gelagat suami dan isteri curang yang menjadikan parkir pasar raya itu untuk bermadu kasih.

Dia yang enggan dikenali berkata, bukti perlakuan tidak senonoh itu kerap kali disaksikannya bersama pekerja lain menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di setiap ruang tempat meletak kenderaan itu.

... kerap-kali?...awat tak report pada pihak berkuasa... ke memang kaki skodeng?...

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 08 Jun 2011 12:05 PM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Ziarah warga cina meninggal dunia

Posted: 07 Jun 2011 11:22 PM PDT

Pengarah DUN Cukai ziarah warga cina meninggal dunia
Cukai 7/6/2011, Pengarah PAS DUN Cukai Tuan Hj Hanafiah mat ziarah warga tionghua meninggal dunia di Kg Cina Dusun Nyior jam 9.30 malam bersama-sama Chin Fook Cheen dan Lip Woon Chang. Mediang ah loi 70 thn meninggal kerana sakit tua.

KABINET KEPUTRAJAYA

Posted: 07 Jun 2011 04:54 PM PDT

.
Sekarang ini semua pihak termasuk semua parti-parti politik mula sibuk membuat ramalan bilakah tarikh pilihanraya umum ke-13 akan diadakan. Malah sesetengah parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang telah menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti masing-masing kecuali PKR (akhir tahun 2010) dan PAS (pada 3-5 Jun, 2011) untuk membuat persiapan menghadapi pilihanraya tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengiyakan atau menafikan akan mengadakan PRU ke-13 pada 11.11.11 tapi masih berlegar kepada permainan angka seolah-olah dia cuba bermain teka-teki berdasarkan angka-angka tertentu mengenai tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Najib dalam temubual dengan sebuah rangkaian radio tempatan yang disiarkan secara langsung baru-baru ini menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya. Katanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.
Diantaranya Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11. Sementara, ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.
Analisa Pemilihan PAS
Pasca Pemilihan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu media ketika diminta mengulas tentang keputusan pemilihan PAS 2011 bahawa beliau telah mendapat kabinet pilihanraya.  Kita akan lihat sama ada kabinet PAS kali ini yang penuh dengan professional menggantikan ulamak akan memaukau rakyat atau tidak untuk memilih PAS menggantikan UMNO dalam PRU-13 nanti untuk menuju ke Putrajaya?
Seperti dilaporkan dalam HarakahDaily, "Tengok kepada AJK PAS Pusat, lapan di kalangan ulamak,  dua doktor, dan selebihnya jurutera dan pemimpin masyarakat," katanya yang ditemani timbalan presiden yang baru, Mohammad Sabu dan tiga Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.
Dalam pemilihan kali ini, satu kejutan telah dilakukan oleh perwakilan PAS bilamana mereka menobatkan Hj. Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang secara tidak langsung memecah rekod kepimpinan PAS apabila beliau menjadi timbalan presiden pertama dari kalangan bukan ulama selepas konsep kepimpinan ulama diperkenalkan PAS pada tahun 1983.
Mohamad menang pada pemilihan kali ini apabila mendapat 420 undi berbanding Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399) dan Nasharudin Mat Isa (224). Pada pemilihan 2009, Nasharudin mendapat 480 undi diikuti Husam dengan 281 undi dan Mohamad 261 undi.
Jika dilihat pada kedua-dua keputusan pertandingan Timbalan Presiden ini, ternyata Husam seorang strategis politik yang hebat, bila kawasan Kubang Kerian yang dipimpinnya mencalonkan Mohamad Sabu, saingannya untuk kerusi Timbalan Presiden pada 2009 sebagai calon Timbalan Presiden pada kali ini dan beliau hanya bertanding Naib Presiden di saat-saat akhir.
Ternyata percaturan Husam dan Mat Sabu berjaya kali ini berbanding dengan pemilihan 2009. Pada saya tidak susah untuk perwakilan untuk mengembalikan beliau semula kepada salah satu daripada 3 kerusi Naib Presiden dan meletakkan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden, bila perwakilan kerana mereka "keliru" sama ada untuk memilih Nasharuddin Mat Isa atau Tuan Ibrahim untuk meneruskan tradisi yang dipegang sebelum ini.
Subky Latif, seorang pengamat politik terkenal tanahair ketika mengulas perkara ini menyebut,  Mohamad Sabu umpama akar selepas rotan (ulama yang sesuai) tidak ada tetapi 'akar ini akar tunjang yang menjalar merata'. Katanya, "Ulama tak menang kerana tidak ada yang sesuai umpama rotan tidak ada, jadi akar yang menjadi pilihan…tetapi Mohamad Sabu ini umpama akar tunjang yang cabangnya merayap merata,"
Bagi kerusi Naib Presiden pula, Salahudin Ayub mendapat 753 undi, Husam Musa (660), Mahfuz Omar (616), Idris Ahmad (491), Nik Mohd Amar (321) dan Nizar Jamaluddin (217). Kehadiran Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS  dan Mohd Amar Nik  Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan) serta Mohd Nizar Jamaluddin (bekas Menteri Besar Perak)  tidak cukup untuk menyakin perwakilan bagi meletakkannya sebagai Naib Presiden PAS.
Mohd Amar juga tidak bernasib baik kerana masih ada Husam Musa juga calon dari Kelantan. Beliau dilihat masih dibelakang Husam bagi politik PAS peringkat nasional. Jika tiada Husam,yang turut bertanding kerusi Naib Presiden, peluang beliau mungkin lebih baik.
Walaupun Idris Ahmad seorang ulamak muda yang dinamik serta dilihat seorang yang 'perfom' sebagai Ketua Penerangan PAS, beliau gagal untuk mengikut jejak bekas Ketua Penerangan PAS apatah lagi bagi menyaingi kewibawaan Datuk Mahfuz Omar, yang mempertahankan kedudukan Naib Presiden bagi penggal kedua.
Sementara Sallehuddin Ayub pula dilihat sebagai  'Mr nice guy' yang berjaya memukau perwakilan PAS setelah Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat tidak dapat mempertahankan prinsip awalnya untuk tidak bertanding kerusi Timbalan Presiden dan hanya mempertahankan kerusi Naib Presiden yang telah disandangnya.
Pemerhati politik melihat, Ir Nizar telah melepaskan peluang keemasannya untuk mencuba kerusi menjadi Naib Presiden PAS ketika popularitinya memuncak pada pemilihan 2009. Pada tahun itu, jika beliau menyertainya, peluangnya adalah lebih baik dari pada 2011 ini ketika ahli PAS telah melupai kehebatan bekas Menteri Besar Perak tersebut.
Sementara bagi 18 kerusi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2011-2013 tiada muka baru kecuali Abdul Wahid Endut, Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam serta Ustazah Nuridah Salleh, bekas Ketua Muslimat PAS. Keputusan penuh adalah seperti berikut :1) Mazlan Aliman (804), 2) Dr Mohd Hatta Md Ramli (765), 3) Datuk Kamarudin Jaafar (739), 4) Hanipa Maidin (735), 5) Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721), 6) Dr Zulkefly Ahmad (702), 7) Dr Mujahid Yusof Rawa (651), 8) Khalid Samad (643), 9) Abdul Ghani Shamsuddin (579), 10) Amiruddin Hamzah (576), 11) Abdul Wahid Endut (556), 12) Abu Bakar Chik (527), 13) Datuk Mohd Amar Abdullah (470), 14) Dr Siti Mariah Mahmud (445), 15) Datuk Mahfodz Mohamed (449), 16) Datuk Hassan Ali (437), 17) Abdul Ghani Abd Rahman (430), 18) Nuridah Salleh (416)

Batu Gajah Mari

Posted: 08 Jun 2011 11:56 AM PDT

Batu Gajah Mari


Umno guna baktisiswa untuk raih sokongan!!

Posted: 08 Jun 2011 11:14 AM PDT


IPOH, 8 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak membantah keras tindakan Umno memperalatkan para pelajar universiti dalam program baktisiswa perdana mereka.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss (gambar) berkata, Umno telah terlibat secara langsung program Bakti Siswa Perdana yang telah melibatkan seramai 80 mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis yang berkampung selama lima hari di Kampung Bagan Tiang bersama keluarga angkat baru-baru ini.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian Parit Buntar, Datuk Abdul Raman Suliman di Sekolah Kebangsaan Sungai Megat Aris, Bagan Tiang.

"Usaha terakhir dan memperalatkan mahasiswa atas nama Umno amat dikesali," kata Raja Ahmad.

Bagi beliau, jika program tersebut tiada kaitan dengan politik, mengapakah Datuk Abdul Raman selaku Ketua Umno Parit Buntar merasmikannya program tersebut?

"Kami mengingatkan agar pengurusan UUM dan UiTM tidak menjadikan program mahasiswa mereka sebagai alat politik Umno dan kami merasakan setiap tindakan tersebut amat bercanggah sama sekali kerana mengizinkan ianya berlaku atas nama program pengurusan Universiti," katanya dalam satu kenyataan.

Sudah tentu program seumpama itu yang telah diadakan di Parit Buntar berikutan kerusi pilihanraya di situ bukan dimiliki Barisan Nasional (BN) menjadi persoalan apakah program tersebut sebagai program politik mereka.

Dalam isu ini, kata Raja Ahmad, Umno mengheret mahasiswa bagi meneruskan gerak kerja mereka kerana Umno ketandusan tenaga bagi berdepan dengan musuh politik mereka dan menjadikan mahasiswa sebagai alat untuk mencapai matlamat yang ditolak oleh rakyat.

"Sudah tentu Umno akan terus menggunakan institusi pendidikan ini sebagai alat politik murahan mereka untuk mencapai kemenangan secara tidak terhormat dan akan terus mengheret mahasiswa bagi mencapai cita-cita mereka selama ini," dakwa beliau.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 08 Jun 2011 11:45 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2011

Posted: 07 Jun 2011 07:38 PM PDT


RM16,300 untuk pertandingan blog kreatif

Posted: 07 Jun 2011 07:37 PM PDT

SHAH ALAM, 7 Jun: Kerajaan Negeri Selangor terus mempelbagaikan promosi konsep negeri itu yang terkenal dengan Negeri Idaman; Maju, Sejahtera dan Berkebajikan, kali ini dengan menganjurkan Pertandingan Blog Kreatif yang menawarkan hadiah lumayan.

Dengan kerjasama penuh Fakulti Industri Teknologi Maklumat, Universiti Industri Selangor (Unisel), Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Hajah Halimah Ali melancarkan pertandingan itu petang tadi.

Hadiah lumayan yang ditawarkan untuk keseluruhan kategori berjumlah RM16,300 dan hadiah iringan yang lain.

Dr Halimah berkata, dengan adanya pertandingan yang terbuka kepada tiga kategori pelajar sekolah, penuntut institut pendidikan tinggi dan umum, diharapkan dapat mencapai banyak manfaat berkaitan dengannya.
(Gambar: Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Hajah Halimah Ali melancarkan Pertandingan Blog Kreatif, petang tadi)

Katanya, bermula hari ini hingga 31 Oktober 2011, pertandingan itu dibuka kepada warganegara Malaysia mengemukakan penyertaan mereka mengikut syarat-syarat tertentu.

"Objektif pertandingan untuk menggalakkan penggunaan internet secara positif oleh pelajar-pelajar sekolah dan IPT, memberikan ruang seluasnya untuk semua lapisan rakyat khususnya golongan muda berbicara dan meluahkan pendapat serta impian mereka dalam pembikinan Selangor sebagai sebuah Negeri Idaman.

Selain itu, jelasnya, ia bertujuan menyediakan ruang perbincangan maya untuk membangunkan Selangor agar idea terbaik boleh dicetus, dikembang serta dikongsi bersama dalam perbincangan konstruktif.

"Pertandingan ini juga bertujuan membentuk masyarakat berilmu dan gemar menulis kerana kemahiran ini merupakan elemen utama di dalam pembentukan masyarakat cintakan ilmu.

"Lebih dari itu, pertandingan ini juga menyediakan ruang luas kepada masyarakat menyatakan bagaimana bentuk Negeri Selangor Impian yang  mereka inginkan agar dapat diberi perhatian oleh pimpinan di peringkat kerajaan negeri," tegasnya.

Untuk info awal, Kategori Pelajar Sekolah Menengah terbuka semua pelajar sekolah di seluruh Malaysia yang berumur antara 13 hingga 17 tahun.

Manakala semua pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia yang berumur antara 18 hingga 25 tahun boleh menyertainya dan kategori umum pula terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.

Penyertaan adalah secara individu yang hanya boleh mendaftarkan satu laman blog sahaja dengan menggunakan sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Peserta bebas menggunakan sebarang aplikasi, tool atau perisian untuk membina blog masing-masing.

Kandungan blog mestilah asli dan jika diambil daripada sumber lain, perlu dinyatakan sumber tersebut dengan jelas.

Kandungan yang diambil sepenuhnya daripada sumber lain tanpa kredit kepada sumber asli akan dikira batal.

Kriteria penilaian blog melibatkan kreativiti termasuk penggunaan teks dan elemen multimedia yang mampu menarik perhatian, kadar maklumat yang diposkan pada blog dan bilangan pelawat yang melawat blog.

Maklumat lanjut pertandingan boleh didapati di www.selangor.idamanku.com

Pemuda selesai lantik AJK, majoriti profesional

Posted: 07 Jun 2011 07:36 PM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) memenuhkan exconya dengan melantik ramai golongan profesional dalam kabinet yang dibentuknya.

Dewan itu melantik 20 ahli jawatankuasa (AJK) barunya sebagai tambahan kepada anggota yang telah dipilih di dalam Muktamar ke-52 dewan itu di Shah Alam baru-baru ini.

Majoriti yang dilantik untuk bersama kabinet baru itu adalah dari kalangan profesional dalam bidang masing-masing.

Mereka termasuklah dua orang bekas calon timbalan ketua yang tewas, Suhaizan Kaiat dan Firdaus Jaafar dan bekas calon Naib Ketua, Nasir Zakaria.

Ketiga-tiga mereka dilantik sebagai exco dewan itu.

Keputusan itu dibuat pada perbincangan hampir empat jam mesyuarat pertama kabinet baru dewan itu, pada 5 Jun lalu di Pejabat Dewan Pemuda PAS Malaysia, bangunan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Untuk Jawatankuasa Dewan Harian Pemuda PAS pula, Khairul Faizi Ahmad Kamil kekal sebagai setiausaha dewan itu manakala jawatan bendahari diisi oleh Ir Hj Muhd Khairil Nizam Khairudin.

Ketua penerangan dewan itu pula diamanahkan kepada Ustaz Riduan bin Mohamad Nor manakala pengarah pilihan raya disandang Mohd Sany Hamzan.

Ketuanya, Nasrudin Hassan ketika diminta mengulas parlantikan AJK baru itu berpendapat dewan itu kini mempunyai kabinet berimbang setelah banyak pihak melihat keputusan pemilihan dewan itu dimenangi majoriti oleh kelompok ulama.

"Struktur organisasi DPP Malaysia sebagaimana biasa disusun dan dilengkapkan secara seimbang dan sepadu berasaskan kepelbagaian tahap upaya dan latar belakang disiplin penguasaan ilmu.

"Saya mengharapkan kabinet ini mampu menghadapi cabaran baru dalam iklim politik masa kini sekaligus menunaikan amanah anggota Dewan Pemuda PAS dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi," ulasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Katanya, biarpun sukar untuk memuaskan hati semua pihak, namun beliau yakin kabinet baru itu mampu menggalas tanggungjawab untuk memimpin kebangkitan anak muda dan mendepani Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.

Dalam pada itu beliau juga menyatakan kesediaan untuk ditegur bukan sahaja oleh pimpinan parti malah semua pihak termasuk dari luar PAS.

"Dalam masa terdekat, insyaallah DPP Malaysia akan mengadakan retreat untuk memantapkan roadmap pemuda, mengatur strategi terkini dan menyesuai potfolio serta memperkasakan organisasi DPP Malaysia.

"Sungguhpun keputusan ini mungkin tidak mampu memuaskan hati semua pihak, saya mengharapkan ia adalah skuad yang boleh membantu parti dengan lebih baik dan insyaallah, lebih dari hari semalam," tegasnya.

Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatan Kuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat:

Ketua

Ustaz Nasruddin bin Hassan

Timbalan Ketua

Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz

Naib Ketua
Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob


Ahli Jawatankuasa [Dipilih dalam muktamar]

1. Ustaz Riduan bin Mohamad Nor
2. Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
3. YB Ustaz Ahmad Baihaki bin Atiqullah
4. Sdr Mohd Adram bin Musa
5. Sdr Kamaruzaman bin Mohamad
6. Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari
7. Ustaz Khalil bin Abdul Hadi
8. Ustaz Mohd Nazri bin Chik
9. Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin
10. Sdr Mohd Sany bin Hamzan
11. Ustaz Mohd Yusni bin Mat Piah
12. YB Ustaz Mohd Nor bin Hamzah


Ahli Jawatankuasa  [Dilantik dalam Mesyuarat Pertama]

1. Sdr Suhaizan bin Kaiat  [ Exco ]
2. YB Ust Mohd Firdaus Jaafar [ Exco ]
3. YB Ust Nasir bin Zakaria [ Exco ]
4. Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin [ Exco ]
5. Sdr Nasaie bin Ismail [ Exco ]
6. Dr. Suhazeli bin Abdullah [ Exco ]
7. Dr. Zuhdi bin Marzuki [ Pengarah Jabatan ]
8. Dr. Aminurrasyid bin Yatiban [ Pengarah  Jabatan ]
9.  Herman Samsudee [ Pengarah  Jabatan ]
10. Sdr Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus [ Pengarah  Jabatan]
11. Sdr Mohd Syahir bin Sulaiman [ Pengarah  Jabatan ]
12. Sdr A. Halim B. Ahmad [ Pengarah  Jabatan ]
13. Ustaz Ahmad Tarmizi Mohd Din [ Pengarah  Jabatan ]
14. Sdr Mohd Idris Bin Mohd Yussoff [ Pengarah  Jabatan ]
15. Sdr Wan Asrul Afendi Wan Mohamad [ Pengarah  Jabatan ]
16. Sdr Ahmad Zamri bin Asa'ad Khuzaimi  [ Pengarah  Jabatan ]
17. Sdr Juhari Uthman [ Pengarah  Jabatan ]
18. Sdr Hassan bin Aladi [ Pengarah  Jabatan ]
19. Sdr Basri bin Din Kamar [ Pengarah Jabatan ]
20. Sdr Khairul Fahmi bin Mat Som [ Penolong Setiausaha ]


Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Malaysia.


Ketua
Ustaz Nasruddin bin Hassan

Timbalan Ketua
Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz

Naib Ketua
Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob

Setiausaha
Sdr Khairul Faizi bin Ahmad Kamil

Penolong Setiausaha 1: Sdr Kamaruzaman bin Mohamad
Penolong Setiausaha 2: Sdr Nasaie bin Ismail
Penolong Setiausaha 3: Sdr Khairul Fahmi

Bendahari
Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin

Ketua Penerangan
Ustaz Riduan bin Mohamad Nor

Pengarah Pilihanraya
Sdr Mohd Sany bin Hamzan

Kuasa undi anak muda boleh tawan Putrajaya

Posted: 07 Jun 2011 07:34 PM PDT

KOTA BHARU, 7 Jun: Pemuda PAS Kelantan kini mempergiatkan usaha mendaftar anak-anak muda yang belum berdaftar sebagai pemilih bagi mencapai matlamat melangkah ke Putrajaya.
Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman (gambar)  berkata, tanpa ada usaha secara serius sasaran menguasai Putrajaya tidak akan menjadi kenyataan.
Oleh itu katanya golongan muda perlu diberi kesedaran bagi membolehkan mereka menggunakan peluang yang berbaki sekarang mendaftar sebagai pemilih.
"Peluang yang ada sekarang perlu direbut anak muda yang belum berdaftar sebagai pemilih. Tanpa disenarai sebagai pemilih mereka tidak mampu melaksanakan tanggungjawab besar menafikan kuasa politik Barisan Nasional (BN) sekarang.
"Saya berharap jentera pemuda di seluruh jajahan mengesan anak-anak muda yang belum mendaftar sebagai pengundi," ujarnya di sini.
Menurutnya pendaftaran perlu dibuat segera bagi membolehkan anak muda melaksanakan tanggungjawab demi masa depan mereka.
"Anak muda yang mencecah umur 21 tahun hendaklah beramai-ramai mendaftar sebagai pemilih. Mereka menjadi penentu masa depan negara," katanya.
Kata beliau sekiranya pilihan raya umum ke-13 diadakan hujung tahun ini, pengundi baru masih berpeluang mengundi memandangkan proses pendaftaran sebagai pemilih dijangka selesai dalam tempoh enam bulan.
Beliau yang juga Adun Mengkebang berharap jentera Pemuda di setiap kawasan memikul tanggungjawab bagi menyedarkan anak muda yang belum berdaftar.
Abdul Latiff juga bimbang usaha pihak tertentu menggunakan jentera kerajaan bagi mendaftar warga asing sebagai pemilih seperti yang dibongkar di Selangor baru-baru ini.

"Banyak komen, Umno buat pemilihan kalau berani"

Posted: 07 Jun 2011 07:33 PM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Umno yang dilihat tidak putus-putus menghentam Muktamar PAS, dicabar mengadakan pemilihan parti itu segera jika benar-benar berani, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim.

Beliau berkata demikian sebagai membidas ulasan beberapa pemimpin tertinggi Umno termasuk Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Muktamar PAS ke-57 yang berlangsung 3 hingga 5 Mei lalu banyak mengambil pertimbangan soal pilihan raya dan bukan memfokuskan perjuagan Islam parti itu lagi.

"Kalau begitulah saya ingin mempersoalkan tindakan menangguhkan pemilihan Umno pada tahun ini adalah dengan pertimbangan apa?

"Jelas mereka menanguhkan pemilihan kerana takut berlaku perpecahan dan menyukarkan mereka untuk menghadapi PRU ke 13," katanya membidas tindakan Umno dan parti komponen BN yang lain yang menangguhkan pemilihan semata-mata berdepan Pilihan Raya Umum ke-13.

Najib ketika mengulas Muktamar PAS kelmarin menggambarkan perjuangan PAS tidak lagi untuk membangunkan sebuah negara Islam ataupun untuk kepentingan Islam itu sendiri.

Beliau merujuk kepada ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bertemakan 'Membangun Negara Berkebajikan' yang didakwanya sudah lama dipraktikkan oleh kerajaan Umno BN selama ini.

"Dia (Najib - gambar) sendiri telah membuka pekung didadanya. Kebajikan yang dimaksudkannya ialah dalam konteks yang sangat sempit dan melibatkan kepentingan kroni dan rakan terpilih sedangkan rakyat Malaysia mengharapkan kebajikan yang lebih luas terutama dalam soal harga barangan yang sering naik," kata Khalil yang juga Adun Titi Serong.

Tambahnya, kalaulah Umno sudah jadi penakut dan menangguhkan pemilihan pada tahun ini yang sepatutnya diadakan, apalah nilai ulasan yang berjela-jela dari 'si penakut' itu.

Kejayaan PAS mengadakan Muktamar katanya lagi, secara jelas telah memberi tamparan hebat kepada Umno BN.

"Kerana itu saya kira layak juga saya mengambil peluang untuk mencabar Najib untuk melakukan pemilihan Umno pada tahun ini.

"Jangan hanya berani memberi ulasan dari pelbagai sudut dan membuat pelbagai andaian yang tidak masuk akal terhadap PAS sedangkan Umno sangat kecut perut untuk membuat pemilihan pada tahun ini," tegasnya.

Dupahang's Weblog

Posted: 08 Jun 2011 11:11 AM PDT

Dupahang's Weblog


RPK lebih sesuai dengan parti KITA

Posted: 07 Jun 2011 03:31 PM PDT

Oleh Khairi Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan hasrat dan rayuan bloger yang pernah menggemparkan negara dengan isu-isu sensasi seperti pembunuhan Altantuya, Raja Petra Kamarudin (RPK), yang berharap dapat bergandingan dengan PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Tuan punya blog Malaysia-today itu dianggap 'belot' kepada perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim kebelakangan ini. Bercakap [...]

Sekolah Pondok: Satu Renungan

Posted: 07 Jun 2011 03:28 PM PDT

oleh : BayangDiAir Amat mendukacitakan apabila para ustaz pondok mengucapkan kepada pelajar pondoknya, 'kalau mahu belajar, belajar ;  kalau tidak minat, balik". Ada pondok yang tidak menghiraukan pelajarnya hadir atau tidak. Pelajar yang rajin akan sentiasa memenuhi ruang kehadiran. Pelajar yang malas dan letih pula akan menghadiri kelas wajib dan kelas-kelas tertentu sahaja. Ketahuilah bahawa [...]

PAS Kawasan Gerik

Posted: 08 Jun 2011 09:39 AM PDT

PAS Kawasan Gerik


Ceramah Mazlan Aliman Di Felda Bersia Gerik

Posted: 08 Jun 2011 06:13 AM PDT





















N45 Dr Halimah Ali

Posted: 08 Jun 2011 09:37 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


How does the political analysts perceive PAS muktamar, new leadership?

Posted: 08 Jun 2011 09:17 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 08 Jun 2011 09:33 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


UMNO memang sah nyanyuk

Posted: 08 Jun 2011 12:25 AM PDT


Umno mudah lupa dan pemimpinnya juga jenis mudah lupa.


Sekarang pemimpin Umno sibuk dengan hal dalaman Pas,padahal ia bukan parti mereka,


Apabila PAS membawa slogan dan konsep negara Islam, UMNO menolaknya. Apabila PAS membawa undang-undang hudud di Kelantan dan Terengganu, UMNO turut menolaknya.


Walau pun ia tidak bererti semua rakyat Malaysia pelbagai kaum setuju dengan tindakan PAS, ia membuktikan UMNO menolak apa yang PAS perjuangkan selama ini.


Buktinya ialah apabila PAS membawakan negara berkebajikan yang selaras dengan konsep negara Islam bersifat universal, UMNO masih menolaknya.


Apabila PAS mendapat saf pimpinan baru yang seimbang baru-baru ini – ulama, profesional, akademik, aktivis dan birokrat – UMNO tetap menolaknya, walau pun ia tidak ada kena-mengena dengan parti itu kerana ia adalah hal dalaman PAS.


Selepas keputusan pemilihan kepimpinan di muktamar PAS ke-57 diumumkan hujung minggu lalu, UMNO mencipta bermacam-macam alasan dan konspirasi.


Yang jelas dalam propaganda UMNO, tidak ada orang PAS yang menang dalam pemilihan PAS.


Bagi UMNO, yang menang dalam pemilihan PAS adalah DAP, PKR, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Reçep Tayyip Erdogan dan entah siapa lagi.


Semuanya gara-gara UMNO gagal dalam kempen mereka yang mahu apa yang mereka takrifkan sebagai golongan ulama menjadi presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan ahli jawatankuasa pusat PAS.


Hingga mereka lupa bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat juga adalah ulama.


UMNO juga lupa bahawa pimpinan Dewan Ulama PAS semuanya menang tanpa bertanding; maksudnya semua mereka adalah para pemimpin ulama yang "disokong" oleh UMNO melalui lidah rasminya Utusan Malaysia.


UMNO turut lupa bahawa Dewan Pemuda PAS juga dipimpin oleh wakil yang dilihat setia dengan golongan ulama.


Bagi UMNO, semua itu tidak penting kerana kempen Utusan dan UMNO untuk menjadikan ulama pilihan mereka sebagai presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan AJK pusat PAS telah gagal.


Yang pelik ialah mengapa UMNO yang menolak Negara Islam ala PAS, yang menolak hudud ala PAS, yang menolak apa sahaja yang PAS perjuangkan selama ini, begitu kemaruk mahu melihat PAS diterajui oleh golongan ulama?


Persoalan yang belum dijawab oleh UMNO sehingga kini ialah:


Adakah UMNO bercadang untuk melaksanakan kepimpinan ulama?


Adakah UMNO mahu ulama menjadi presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden serta menduduki kerusi majlis tertinggi UMNO?


Adakah UMNO bercadang untuk melaksanakan negara Islam mengikut versi PAS yang dibawakan sebelum ini?


Adakah UMNO bercadang untuk melaksanakan hudud mengikut versi PAS yang dibawakan sebelum ini?


Dan di mana sebenarnya para pemimpin UMNO meletakkan ulama dalam parti mereka?


Akhirnya terdedah konspirasi UMNO melalui rencana Utusan pada 6 Jun yang kembali mempertikaikan PAS di bawah tajuk "Layakkah PAS ganti UMNO?" – yang bermaksud PAS memang selama-lamanya tidak layak dan tidak ada class seperti UMNO.


Maksudnya lagi, segala kempen Utusan untuk ulama dalam PAS selama ini tidak ikhlas dan tidak jujur; semata-mata mahu melihat ulama yang mereka anggap tidak cerdik serta buta politik dapat menguasai PAS untuk melemahkan Pakatan Rakyat.


Dalam rencana Utusan itu, PAS diperlekehkan dengan pertanyaan:


Layakkah PAS berada pada kedudukan itu (untuk menggantikan UMNO sebagai wadah orang Islam) atau setaraf dengannya (dengan UMNO)?


Apakah PAS mempunyai kemampuan memperjuangkan nasib orang Melayu dan umat Islam seperti mana UMNO?


Dengan angkuh, rencana itu mendabik dada, "Akui sahajalah PAS tidak ada keupayaan itu, sebaliknya matlamat PAS hanyalah untuk memastikan tidak ada lagi parti yang akan bermati-matian untuk orang Melayu".


Tidak cukup dengan itu, Utusan mendakwa:


PAS sekarang bukan lagi sebuah parti Islam


PAS adalah sebuah parti sekular sama dengan PKR dan DAP kerana…menegakkan negara berkebajikan.


Hairan juga, bagaimana Utusan boleh menjatuhkan hukum bahawa PAS bukan lagi mewakili Islam sedangkan UMNO sentiasa menuduh PAS mengkafirkan UMNO. Apakah kini UMNO menganggap PAS parti kafir?


Tembelang UMNO juga terdedah apabila rencana itu menyatakan PAS "bukanlah parti dominan dalam pakatan pembangkang, tidak seperti mana UMNO dalam Barisan Nasional (BN)".


Para pemimpin Pakatan Rakyat telah banyak kali menjelaskan bahawa PAS, PKR dan DAP berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dalam satu saf dengan status hak saksama, dan tiada siapa yang dominan dalam gabungan itu.


Apa yang UMNO dedahkan sekarang ialah hanya UMNO yang menjadi tuan dalam BN manakala 12 parti komponen lain hanyalah pengikut sahaja.


Yang perlu menjawab persoalan ini ialah 12 parti berkenaan – MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, SUPP, PBRS, SPDP, PBS, UPKO, PBRS dan LDP – yang mana mereka dianggap oleh UMNO sebagai parti kelas dua.


Kesemua 12 parti itu yang mewakili majoriti kaum Cina, India, Iban, Kadazandusun, Murut, Bidayuh, Bajau, Orang Ulu dan pelbagai etnik lain hanya mampu tunduk di bawah dominasi UMNO.


Memulangkan paku buah keras rencana itu, kesemua 12 parti komponen BN itu "hanya menjadi pemerhati sahaja terhadap tindak tanduk kerajaan UMNO di negara ini yang dilihat melakukan banyak tindakan tidak adil ke atas rakyat Malaysia".


Dalam merebut sokongan orang Melayu, nampak jelas UMNO amat bimbang dengan kempen "PAS Ganti UMNO" yang menawarkan alternatif ke arah politik baru negara. Ini adalah kerana apa yang UMNO ada sekarang, PAS pun ada – profesional, akademik, aktivis dan birokrat.


Malah, PAS ada lebih dari itu. PAS adalah ramai ulama yang aktif sedangkan dalam UMNO golongan itu dipinggirkan.


Selain "PAS Ganti UMNO", orang Melayu kini sudah ada banyak pilihan, bukan sahaja boleh menyertai PKR dan DAP tetapi juga SNAP di Sarawak dan SAPP di Sabah. Malah UMNO patut bimbang jika Melayu yang masih mahu bersama BN mula menyertai Gerakan, PPP dan parti-parti komponen lain.


Dan apabila seorang pemimpin UMNO melahirkan rasa dukacita kerana PAS tidak mahu kepada perpaduan Melayu, maka Pakatan Rakyat juga sedih kerana UMNO tidak mahu kepada perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. – Roketkini.com

ICC beri amaran rejim Zionis akan segera bina ‘ibu negara Yahudi’.

Posted: 08 Jun 2011 12:22 AM PDT

Rabu, 08/06/2011 - Jawatankuasa Islam dan Kristian (ICC) memberi amaran bahawa kerajaan rejim Zionis sedang memperhebat usaha untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Dalam ucapannya di hadapan Kongres AS pada minggu lepas, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa pihaknya tidak akan mengurangkan wilayah jajahan rejim Zionis kepada wilayah yang terbentuk pada tahun 1967 serta menyatakan
hasratnya untuk menjadikan keseluruhan Bailtulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Rejim Zionis telah "memalsukan sejarah, ketamadunan, agama, budaya dan warisan kemanusiaan," kata ICC dalam satu kenyataan yang disiarkan pada Rabu lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Masukkan daging babi dalam kasut jemaah masjid

Posted: 08 Jun 2011 12:15 AM PDT

LONDON: Seorang lelaki memasukkan daging babi ke dalam kasut penduduk Islam yang ditinggalkan di luar masjid ketika mereka menunaikan solat.

Jamie Knowlson, 30, yang melakukan perbuatan itu ketika mabuk, juga meninggalkan kepingan daging babi pada pagar sekeliling masjid berkenaan.

Gambar hiasan

Sebuah mahkamah di sini diberitahu, ketika meninggalkan tempat berkenaan, Knowlson menjerit ke arah jemaah di dalam masjid: "Lain kali saya akan melakukan lebih teruk daripada ini. Orang terkutuk." Knowlson melakukan perbuatan jahat itu di Masjid Al-Baseera di St Judes, Bristol yang sering dikunjungi kira-kira 2,000 umat Islam keturunan Somalia.

Apabila ditangkap berhampiran masjid itu, dia memberitahu polis, dia hanya bergurau.

Dia kemudian mengaku menyedari perbuatan itu menyakitkan hati umat islam dan kembali ke masjid itu untuk meminta maaf.

Hakim mengenakan hukuman penjara tertangguh enam bulan kerana Knowlson sudah meminta maaf.

Imam Masjid Al Baseera, Mubarak Mohamud berkata: "Kami terkejut dengan perbuatannya tetapi kami diajar untuk bersabar dan bertolak ansur."

Agensi

SIAPA SEBENARNYA YANG SEKAT HUDUD?

Posted: 08 Jun 2011 12:07 AM PDT


6 Rejab 1432 H | 7 Jun 2011

"Mesej saya mudah Dr M tak layak langsung cakap Karpal anti Islam sebab rekod Dr M sendiri paling membenci Islam," tegas Saifudin yang mengulas tuduhan Tun M yang berkata Karpal Singh berjaya menyekat PAS laksana hudud.

Ini kerana, ketika Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir yang menyekat pelaksanaannya. Ia disekat melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.

"Dr M hantar surat amaran kepada TG Nik Aziz jangan laksana hudud, aneh hari ini Dr M kata Karpal berjaya sekat PAS jalankan hudud!" tulis Saifudin dalam Twitternya.

Menurut beliau, Dr Mahathir pernah berkata kalau dibuat hukum hudud habis orang Islam mundur sebab kena potong tangan tetapi hari ini Dr Mahathir salahkan Karpal.

Bagi Saifudin, kalaupun Karpal tolak negara Islam dan Hudud beliau boleh memahaminya sebab dia bukan Muslim, tetapi Dr Mahathir tentang negara Islam dan Hudud, ini yang beliau tidak dapat faham.

Surat Dr Mahathir


Surat Dr Mahathir sampai kini masih diingati oleh Tuan Guru Nik Aziz hatta dalam satu majlis baru-baru ini.


"(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.


"Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran… Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua," katanya.


"Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran… dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik
," kata Nik Aziz dalam satu dialog bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, baru-baru ini.


Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan.
Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka "diambil secupak-secupak" sehingga habis.

"Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS," katanya. - Harakahdaily

Jasindaily Online

Posted: 08 Jun 2011 09:26 AM PDT

Jasindaily Online


PERANCIS KEMUKA BUKTI KUKUH ISU KAPAL SELAM SCOPHENE

Posted: 07 Jun 2011 11:06 PM PDT

Kantoi Sudah ....

Posted: 07 Jun 2011 10:59 PM PDT

UMNO KELANTAN PERTUBUHAN HARAM ??

Posted: 07 Jun 2011 10:35 PM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 08 Jun 2011 09:25 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


KULIAH Tuan Guru Tajuddin Jali 10 Jun 2011 Senawang

Posted: 08 Jun 2011 06:55 AM PDT



KULIAH HIRAKI
Oleh Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali , Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak
Tarikh : 10 Jun 2011 (JUMAAT)
Masa : 7.30 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar, Senawang
Semua dijemput hadir

20 tahun rakyat di Mantin, N.Sembilan hidu sampah

Posted: 08 Jun 2011 12:18 AM PDT



Dah 20 tahun dan mungkin dah 4 Pilihanraya Umum diadakan masalah tapak pelupusan berhampiran kawasan penduduk kampung di Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan tak selesai-selesai. Apakah para pengundi di Mantin perlu tunggu lagi 20 tahun lagi dan lagi 4 Pilihanraya Umum?

BAU BUSUK MENGANGGU KEHIDUPAN PENDUDUK KAMPUNG GEBOK

Penduduk Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan ingin membuat aduan kepada pihak tuan tentang masalah bau busuk yang telah lama menganggu penduduk kampung di kawasan saya.

Masalah ini timbul dari tempat pembuangan sampah yang terletak bersebelahan dengan kampung saya.Pelbagai aduan telah dihantar tetapi tiada sebarang tindakan yang dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Artikel penuh di http://pasns.blogspot.com/2011/04/bau-busuk-ganggu-penduduk-mantin.html

BILA HENDAK TUTUP TAPAK LUPUS SAMPAH?

Bukan cerita rekaan apabila sudah 20 tahun penduduk di kawasan Kampung Gebok Mantin terpaksa tinggal dalam keadaan persekitaran bau busuk membuatkan masing-masing mula tertekan.

Mereka mendakwa bau busuk yang datang tanpa kira waktu pagi atau malam berpunca kehadiran tapak pelupusan sampah di kawasan berhampiran.

Impian untuk tinggal dalam keadaan persekitaran bersih tanpa adanya sebarang gangguan tidak akan menjadi kenyataan apabila saban tahun pihak berwajib menabur janji menutup tapak pelupusan sampah terbabit, sedangkan ia tidak pernah berlaku.

Artikel penuh di http://pasns.blogspot.com/2010/01/dah-20-tahun-orang-mantin-berjiran-dgn.html

Saifudin Nasution di Seremban 19 Jun 2011

Posted: 07 Jun 2011 06:40 PM PDT



CERAMAH PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 19 Jun 2011, AHAD
Masa : 9 mlm.
Tempat : Markas Keadilan, Taman Bukti Setia, Ampangan, Seremban
Penceramah :
YB Saifuddin Nasution (SU Agung PKR, AP Machang)
YB Taufek Abd Ghani - ADUN (PAS) Paroi, N.Sembilan
YB Ng Sue Lim - ADUN (DAP) Sekinchan, Selangor

Semua dijemput hadir

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 08 Jun 2011 08:02 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


DEDAH PPA : DAP PERSOAL TAWARAN MUKHRIZ

Posted: 08 Jun 2011 06:04 AM PDT

NEGARA KEBAJIKAN UMNO MENEKAN RAKYAT

Posted: 08 Jun 2011 05:47 AM PDT

UMNO TIDAK BOLEH DISELAMATKAN LAGI- DR. AZIZ BARI

Posted: 08 Jun 2011 05:45 AM PDT

KENYATAAN NAZRI : NAJIB PM TERAKHIR BN

Posted: 08 Jun 2011 05:35 AM PDT

PEGAWAI KANAN SPR PERTAHAN AGENDA UMNO?

Posted: 08 Jun 2011 05:33 AM PDT

SINGAPURA BAKAL ATASI LAS VEGAS

Posted: 08 Jun 2011 05:20 AM PDT

PALESTIN : MASJID DIBAKAR DI TEBING BARAT

Posted: 08 Jun 2011 05:17 AM PDT

NEGARA KEBAJIKAN :NAJIB SILA DIAM - MAT SABU

Posted: 08 Jun 2011 05:15 AM PDT

MENGAPA UMNO MENGGELUPOR DENGAN NEGARA KEBAJIKAN

Posted: 08 Jun 2011 05:09 AM PDT

MALAM KESENIAN ISLAM BERSAMA AKHIL HAYY

Posted: 08 Jun 2011 05:07 AM PDT

PERJANJIAN KONSESI TOL JUGA PERLU DI DEDAH: PAS

Posted: 08 Jun 2011 05:05 AM PDT

BAKTI SISWA DISALAH GUNA UMNO RAIH SOKONGAN

Posted: 08 Jun 2011 05:03 AM PDT

i n t a n h i j a u

Posted: 08 Jun 2011 07:31 AM PDT

i n t a n h i j a u


AMARAN SULUNG DARIPADA TIMBALAN PRESIDEN : NAJIB, LEBIH BAIK HANG DIAM...

Posted: 08 Jun 2011 01:02 AM PDT


SHAH ALAM, 8 Jun: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu melahirkan rasa kasihan terhadap kenyataan Perdana Menteri Najib Razak yang ketinggalan zaman.

Najib dalam laporan media dari Astana, Kazakhstan menyifatkan Ucapan Dasar Presiden PAS bertemakan Membangun Negara Berkebajikan hanya untuk hadapi PRU13.

Mohamad dalam jawapan balas berkata, konsep Negara Berkebajikan telah diwujudkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi ketika Baginda mentadbir Madinah sebagai sebuah Negara Islam.

"PAS perjuangkan dasar Negara Berkebajikan yang didirikan oleh Baginda Nabi sejak zaman Madinah lagi dan bukan hanya untuk PRU13 sahaja.

"Nampak sangat Najib tidak tahu di dalam hal ini, saya kasihan, lebih baik beliau diam sahaja dalam perkara yang beliau tidak tahu.

"Sebaik beliau bercakap, rakyat tahu bahawa perdana menteri tidak tahu tentang perkara ini," jelasnya menzahirkan rasa kasihan pada Najib.

Mohamad memenangi jawatan kedua utama dalam PAS sempena Muktamar Tahunan ke 57 yang berlangsung di Taman Melewar dari 3 hingga 5 Jun baru lalu.

Bercakap lebih lanjut, Mohamad berkata, Negara Berkebajikan itu disebut juga di dalam Al-Quran sebagai baldatun Toyyibatun wa Rabbul-Ghafur iaitu Negara yang baik yang mendapat pengampunan Tuhan.

Mengulas perkara sama, Timbalan Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Zainal Abidin Kidam berkata, itulah tahap pemikiran sebenar Najib dalam situasi tidak disediakan info berkaitan Negara Berkebajikan.

Najib disifatkannya sebagai tidak bersedia dengan soalan wartawan dan tidak mempunyai maklumat tentang ucapan dasar Presiden PAS tetapi tetap ingin menjawabnya.

"Sewajarnya beliau menjawab sebagai seorang negarawan dengan hujah kuat dan bukannya menolak ucapan dasar yang penuh ilmiah dengan hanya mengatakan 'itu modal PRU13' sahaja.

"Berikanlah komitmen sebagai seorang pemimpin negara, apakah yang telah, sedang dan akan diberikan kepada rakyat bagi mengatasi dan lebih baik dari konsep Negara Berkebajikan itu," tegasnya.

Bercakap kepada HarakahDaily dalam satu pertemuan dengannya, Prof Zainal berkata, rakyat boleh menilai antara gagasan besar Presiden PAS dengan jawapan cetek Najib.

Sementara itu heboh diperkatakan di dalam perbincangan maya tentang lawatan Najib ke Kazakhstan yang mempunyai agenda keluarga.

Dikatakan beliau mengambil kesempatan lawatan itu untuk merisik bakal tunang anaknya yang disebutkan sebagai anak pembesar bekas negara komunis itu.

PAS menerusi AJKnya, Dr Dzulkifley Ahmad menyatakan bantahan terhadap lawatan negara yang disifatkan mempunyai agenda keluarga.(harakahdaily)

JANGANLAH CEMBURU ...

Posted: 07 Jun 2011 04:41 PM PDT

Para pemimpin Umno benar-benar terpukul dengan apa yang dicapai dalam muktamar PAS ke 57 baru-baru ini, kata AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Katanya, ia dibayangkan dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin bawahan Umno yang agak tahu agama termasuk Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya.

"Ketika pemimpin bawahan mereka meminta Umno mencontohi sikap yang ditunjukan PAS dalam muktamar baru- baru ini, pemimpin atasan Umno cuba melaga-lagakan PAS dengan pimpinan Pakatan Rakyat dan juga dalaman PAS sendiri.

"Inilah sebenarnya permasalahan dalam Umno. Apabila mereka jengkel dan cemburu dengan pencapaian PAS, mereka cuba melagakan kita pula," kata Dr Dzulkefly mengulas kenyataan Datuk Seri Najib, Datuk Seri Nazri Aziz serta Tun Dr Mahathir yang cuba melagakan antara pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

Bagi beliau, Umno tahu, team yang dibentuk oleh perwakilan muktamar tahunan PAS ke 57 baru-baru ini adalah pasukan yang bakal menghancurkan penguasaan Umno.

"Mainan jahat media Umno ini nyata semuanya helah untuk akui PAS telah lakukan tranformasi yang diperlukan semua rakyat negara ini," kata beliau.

Perkara ini berlaku ketika wajah Umno menjadi begitu hodoh apabila cuba menggunakan Islam untuk kepentingan politiknya.

"Sikap dan tindakan Umno menghasilkan Islam itu bersifat eksklusif untuk umat Islam sahaja, ekstrem, takutkan orang dengan kepala lembu, orang lain tidak boleh baca al Quran dan sebagainya," kata Dr Dzulkefly (gambar).

Beliau juga mendakwa, tindakan Umno melalui agen-agennya seperti Perkasa telah menyebabkan para penganut agama lain rasa tidak senang dan takut kepada Islam.

"Malam tadi saya sertai satu program dialog dengan pemimpin agama lain dan Pakatan. Jelas mereka menyambut baik apa yang berlaku dalam muktamar PAS baru-baru ini," kata beliau.

Turut serta dalam dialog itu adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Siti Mariah Mahmod, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS.

"Apa yang dibangkitkan para pemimpin Umno bukan isu sebenarnya tetapi akibat dari mereka rasa terpukul dengan apa yang berlaku dalam muktamar baru-baru ini.

"Muktamar telah memberikan nafas baru kepada PAS yang dilihat sangat berintergriti, bernafas baru dan memberikan harapan baru kepada rakyat.

"Bagi saya, Umno bimbang, pasukan ini bakal meraih kemenangan yang lebih besar dari pilihan raya umum 2008 lalu," katanya lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan