Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa yang mendapat gelaran 'ustaz' dalam kalangan ahli parti itu bertindak biadab apabila menggelarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai 'Haramsani'.
Dalam satu ceramah beliau yang dimuat naik di laman web Youtube, Nor Azli memberikan gelaran itu kerana mendakwa Harussani tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.
Tindakannya itu ternyata memakan diri apabila kesemua 19 komen yang diterima daripada pengunjung web berkenaan, termasuk beberapa individu yang mengaku penyokong Pas mengkritik isi ceramah tersebut.
Berikut adalah petikan ceramah tersebut yang baru dimuat naik individu bernama MrPanglimaHarimau pada 23 Mei lalu.
"Duit kerajaan negeri perak, gaji-gaji kakitangan, termasuk Menteri Besar tak diasingkan, maka duit kerajaan negeri Perak bercampur, duit pelacur di situ, duit judi di situ, duit arak di situ, duit babi di situ, duit hiburan di situ, bercampur...
"Mufti tak 'respons' sebab dia tahu gaji dia duit pelacur, gaji mufti duit pelacur, gaji mufti duit babi, gaji mufti duit judi, gaji mufti duit haram.
"Itu sebab bila orang kata dia, dia bukan Harussani tetapi Haramsani. Dua kali haram....
"Itu sebab dia tak respons judi sebab dia tau gaji yang dia terima ini mungkin sumber judi, gaji dia mungkin sumber babi, sumber pelacur, sumber haram, sumber hiburan... Suruh dia respons," katanya.
Rakaman video bertajuk 'Mufti Perak digelar Haramsani' itu tercatat tarikh 7 Februari 2011 pukul 10.12 malam.
Semua sedia maklum, pemilihan PAS bakal berlangsung tak lama lagi, kalau takde aral minggu depanlah katanya. Satu keputusan yang tak berapa penting sudah diketahui – Presiden PAS menang tanpa bertanding. Kenapa kita kata tak berapa penting? Sebab, walaupun namanya Presiden, dia bukan 'nakhoda kapal' pun. tu yang buat kita tak faham apa yang gegak gempita sangat pasal pemilihan PAS setiap 3 tahun sekali ini, kokok dan sorak macam mana sekalipun, situasinya tidak berbeza langsung dengan situasi sama yang berlaku dalam PKR – ketua sebenar tidak dipilih secara demokrasi.
Hakikat yang sebenar, pemilihan ini hanya nak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) saja, kalau tak buat kang parti kena haramkan pulak sebab tak ikut peraturan dan perlembagaan yang telah ditetapkan. Bila itu berlaku, pihak yang akan disalahkan ialah UMNO, macam kes PKR sekarangla.
Apa tujuan setiap parti politik berdaftar mengadakan pemilihan setiap beberapa tahun sekali (selain menepati peraturan ROS)? Tujuannya untuk membolehkan ahli parti menunaikan hak mereka memilih kepimpinan tertinggi parti, maksudnya dari yang paling tinggi sampai yang paling kodi.
Itu baru boleh kita kata demokrasi, contoh paling baik UMNO, MCA, MIC dan semua parti dalam BN.
Kalau pilih yang kedua tinggi dan kebawah saja, sedangkan yang paling berkuasa terlepas dari sebarang apa jenis pemilihan till death do us apart, itu demokrasi style mana pulak? Atau nak bandingkan dengan zaman Nabi? Nabi sama ke dengan Nik Aziz?
Dah lama dah benda ni berlaku iatu sejak revolusi Iran mengubah landskap kepimpinan PAS pada 1979 tapi entah kenapa tiada siapa di dalam PAS yang berani nak mempersoalkan kedudukkan Nik Aziz atau Mursyidul Am for that matter.
Sekurang-kurangnya PKR yang memiliki amalan kepimpinan yang sama, ada juga suara dari dalam partinya yang menyuarakan soal ini (jawatan Ketua Umum dipertandingkan). Walaupun cadangan itu dibakul sampah tanpa sempat dibahaskan, sekurang-kurangnya ada jugaklah.
Tapi dalam PAS langsung tak ada.
Apa gunanya perwakilan berbahas dan mengundi dalam pemilihan PAS kalau undian mereka itu tidak membawa sebarang kesan kepada polisi dan dasar parti yng dibahaskan tadi. PAS bukanlah parti yang sempurna pun dan memerlukan perubahan yang berterusan tapi macam mana perubahan nak berlaku kalau hanya satu orang yang buat semua keputusan.
Presiden nak perpaduan, mursyidul taknak, tak jadi juga.
So, Hadi Awang laung macam mana pun, gambarkan macam mana pun bagi nak menunjukkan yang PAS ini mengamalkan demokrasi yang sebenar, situasi sebenanya tidak langsung mendekati itu.
Nak kata demokrasi dalam PAS dah mati, tapi macam hidup, nak kata hidup tapi macam mati. Yang hidup tak mati pun tak ni zombie je.
Yang sering digebang kerajaan diperintah Pakatan adalah negeri berkebajikan, sebagai bukti kepada slogan itu dibagila sedikit gula-gula dalam bentuk air subsidi sebanyak 20m3 padu pada setiap bulan atau bersamaan RM 11.40 atau RM 11 juta sebulan. Tapi dia punya wayang, macam semua bagi subsidi yang sama, walhal satu out of empat negeri yang diperintah dan yang duduk rumah pangsa tak merasa pulak tu.
Yang ramai terlupa ialah, dibandingkan RM 11.40 satu bulan oleh kerajaan Pakatan (Selangor sahaja) tu, BN bagi lebih banyak subsidi kepada rakyat di seluruh negara tanpa mengira siapa.
Takla macam kerajaan Pakatan, bagi subsidi hanya untuk segelintir, yang lebih layak tidak merasa.
Meh kita buat kira-kira, daripada sejumlah pendapatan satu bulan rakyat Selangor (tolak yang duduk rumah pangsa), RM 11.40 dapat dijimatkan. Gamaknya dapat beli banyak bendalah dengan RM 11.40 ini kot.
Tapi jimat tetap jimat, itu kita akui.
Ok, mari kita bandingkan pulak dengan subsidi yang diberikan kerajaan BN. Satu liter petrol yang dipam masuk ke dalam kereta, rakyat dapat jimat RM 0.43 sen, sekali isi secara purata 15 liter atau bersamaan RM 6.45 sen, itu SEKALI ISI tau. Satu bulan berapa kali isi? Tak payah kiralah, yang nyata jauh lebih banyak dari RM 11.40 yang dijimat rakyat dari subsidi air kerajaan Pakatan (Selangor sahaja).
Dan subsidi minyak ini semua dapat. duduk rumah pangsa ke tidak, tak macam di Selangor dalam soal subsidi air.
Itu baru satu, bagaimana pulak dengan subisidi lain seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan segalanya. Semua ini yang membawa kepada perbelanjaan besar kerajaan sehingga mencecah RM 20 bilion setahun untuk subsidi sahaja.
Mungkin ada yang kata itu kewajipan kerajaan untuk bagi subsidi kepada rakyat. Yakah? Kalau kewajipan, kenapa Pulau Pinang tak bagi subsidi air? Kenapa Kedah tak bagi subsidi air? Kenapa rakyat yang duduk rumah pangsa di Selangor tak dapat subsidi air?
Kedah, subsidi beras pun tak boleh bagi kepada rakyatnya, on top of subsidi sedia ada yang diberikan kerajaan BN, walhal dia pengeluar utama beras di Malaysia. Kenapa? Tak boleh lah nak bagi alasan kerajaan pusat kontrol atas sebab logik sama yang digunakan pembangkang dalam soal subsidi petroleum yang diberikan kerajaan pusat.
Kenyataan semua kerajaan wajib bagi subsidi itu sendiri adalah satu pembohongan sebab kita semua tahu tak semua macam tu, kalau ya, taklah minyak subsidi kita, gula subsidi kita, beras apa segala diseludup keluar ke negara jiran.
Selangor adalah negeri terkaya di Malaysia hasil kejayaan kerajaan BN, ini Pakatan tak boleh nak nafi tapi bagaimana rakyat rasa hasil kekayaan itu selain dari subsidi air yang bukan semua merasa pun? Kalau kita turun padang hari ini, tak siapa dikalangan rakyat Selangor yang rasa negeri yang depa duduk itu negeri kaya!!
Tapi perwakilan PKR Sabah merasa hasil kekayaan Selangor sebab semua perbelanjaan penginapan mereka ditanggung kerajaan Selangor.
Tapi subsidi yang diberikan kerajaan BN, semua merasa termasuklah beberapa kerat dari negara jiran. Kalau tidak kerana cetusan ide Perdana Menteri, rakyat asing diharamkan untuk guna minyak RON95, rakyat asing ini juga akan merasa nikmat dari kemurahan hati kerajaan BN.
Kita akuila sumber kerajaan pusat lebih banyak tapi itu bukan isunya, isunya dapat banyak, bagi subsidi pun banyak juga, bukan dapat banyak tapi subsidi sikit macam di Selangor.
Anyway dipandang dari apa sudut sekalipun, kerajaan BN lebih-lebih memberi kebajikan kepada rakyat negara ini dibanding negeri-negeri Pakatan macam Selangor, Kedah dan Pulau Pinang yang gebang besar pasal negeri berkebajikan ini.
Kelantan? Penulis takyah sebutlah atas alasan yang semua sedia maklum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan