The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah Posted: 30 May 2011 11:38 PM PDT LAWATAN BIRO MASYARAKAT FELDA PARTI KEADILAN RAKYAT KE NEGERI JOHOR Posted: 30 May 2011 07:16 PM PDT LAWATAN BIRO MASYARAKAT FELDA PKR KE NEGERI JOHOR
Bersama Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda PKR Pusat, Sdr T. Kumar (Peguam), Timbalan Pengerusi, SdrRTebin Birham, Setiausaha bersama Pimpinan PKR Negeri Johor Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Johor, Sdr Hasan Karim (Peguam), Naib Pengeusi, Sdr Gurmit Singh Hullon (Peguam), Pengerusi Biro Guaman PKR Johor.
1. Tarikh: 5hb Jun 2011 (Ahad)
1.1: Lawatan ke Ladang Peneroka dan sesi dialog Isu Felda Setempat, Masa: 2.30 petang . Tempat: Felda Sg Mas, Pengerang
1.2: Ceramah dan Pelancaran Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Negeri Johor masa: 9.00 malam Tempat: Felda Adilla, Pengerang
2. Tarikh: 6hb Jun 2011 (Isnin) 2.1: Dialog Bersama Peneroka Masa: 2.30 petang Tempat: Felda Dengga, Sembrong
2.2: Ceramah Isu Felda dan Politik Semasa Masa: 9.00 malam Tempat: Felda Bukit Batu, Kulai
3. Tarikh: 7hb Jun 2011 (Selasa) 3.1: Dialog bersama Peneroka Masa: 2.30 petang Tempat: Pejabat PKR Sekijang
3.2: Ceramah isu Felda dan Politik Semasa Masa: 9.00 malam Tempat: Felda Maokil, Pagoh
Selepas Negeri Johor, Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan bertandang ke Negeri Perak, dan Pengerusi PKR Negeri Perak, akan membuat jadual lawatan.
Lawatan Ke Negeri Sembilan: Tarikh 31 Mei 2011
3.00 petang: Perasmian Papan Tanda Ranting bagi PKR Felda Palong 14, 15 dan 16.
4.00 petang: Pelancaran Kempen "Mansuhkan Felda Plantation" di Palong 9 oleh Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi MPN PKR Pahang, turut hadir Dato Kamarul Baharin Abas, Pengerusi MPN PKR Negeri Sembilan.
8.00 malam: Perasmian Bilik Gerakan PKR DUN Serting di Felda Serting Hilir 2.
9.00 malam: Ceramah Isu Felda dan Isu Semasa di Felda Serting Hilir 2. Penceramah: Dato Fauzi Abdul Rahman, Dato Kamarul Bahrin Abas, Haji Suhaimi Said, Rebin Birham
Lawatan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal ke Negeri Pahang. Tarikh 9hb Jun 2011
Kawasan Rompin:
2.30 petang: Felda Keratong 1
4.30 petang: Felda Keratong 8
8.30 malam: Gugusan Felda Selancar.
Kawasan Temerloh } Akan ditetapkan oleh Cabang berkenaan. Kawasan Bentong }
Lawatan Ke Felda Gedangsa, Sungai Tengi Selatan, Sungai Tengi dan Suharto di Hulu Selangor ditetapkan pada 21hb Jun 2011:
1. 9.00 pagi - di Felda Sungai Tengi Selatan 2. 10.30 pagi - di Felda Sungai Tengi 3. 12.00 t.h - di Felda Suharto 4. 3.00 petang - di Felda Gedangsa
Terlibat dalam lawatan:
YB Elizabeth Wong Haji Suhaimi Said T. Kumar Rebin Birham Zabidie Abas Man Kadir (Pak Jabit) Pimpinan Biro Masyarakat Felda Negeri Selangor.
Lawatan ke rancangan Felda Perlis sedang diatur oleh Pengerusi MPN PKR Negeri Perlis.
| |
Zulkifli Noordin Posted: 30 May 2011 09:36 PM PDT MEMBELA ULAMA' PAS Posted: 30 May 2011 02:16 AM PDT ( Presiden Reccep Tayyib Erdogan & Parti AK memperjuangkan Islam bersendirian, tanpa bersekongkol dengan mana-mana elemen anti Islam, apatah lagi kafir harbi)Salam 2 all. Alhamdulillah dengan izin ALLAH teman dapat menulis semula ke blog www.zul4kulim.blogspot ini setelah teman dihalang oleh para pencabul cyber yang menceroboh dan mencabul blog ini sejak kempen Pilihanraya Negeri Sarawak. Jihad untuk kebenaran memang berisiko tinggi, dan bagi segelintir pihak, kebenaran itu perlu dihalang, at all cost. Kebenaran itu kekadang memang pahit, tetapi ia menjadi penawar bagi jiwa yang punya segelintir iman, insyallah. Teman mengambil kesempatan ini untuk mengulas komentar yang dibuat oleh Ms. Joceline Tan yang disiar dalam akhbar The Star hari ini bertajuk "Tok Guru Has His Favorites (Tok Guru Ada Calon Pilihan)". Pada teman apa yang disebut sebagai suatu analisa oleh Joceline merupakan satu penghinaan kepada para ulama' didalam PAS. Pada teman ianya hanyalah satu komentar yang ditulis dan diolah begitu rupa untuk mengangkat dan berkempen bagi kumpulan Anwarinas yang sedang kelemasan, dan diwaktu yang sama memperlekeh dan memperkolotkan para ulama' didalam PAS. Teman sebenarnya kerap membaca komentar dan tulisan Joceline. Teman tidak begitu kisah bila ada komentar dan tulisan Joceline yang memperlekeh UMNO atau Barisan Nasional samada secara halus atau secara tidak langsung. Memang kekadang bagus juga UMNO dan Barisan Nasional dikritik supaya ia tersedar dari diulit mimpi indah dan mengasyikkan, didalam dunia complacent mereka. Tetapi bila Joceline memperlekeh dan memperkolotkan para ulama' dalam PAS, teman tidak boleh biarkan ia berlalu begitu sahaja! Saperti yang selalu teman sebut, I am a Muslim first, all others are second. Bila Joceline memilih untuk mempertikai para ulama' didalam PAS, beliau telah cross the line.
Dalam komentarnya, Joceline, dengan berlapikkan nama Tok Guru yang kononnya membela Anwar Ibrahim menulis "his remarks, coming just a week before the party polls, was immediately read as a campaign bid for the Erdogans in the party – the group seen as staunch allies of Anwar. Moreover, the leading Erdogan in PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, was there beside Nik Aziz at the ceramah that night. Dr Dzulkefly does not have the grassroots reach, but he is a formidable intellectual who has Nik Aziz's ear. The Erdogans are very involved – some say too involved – in the politics of Anwar. They want to bring PAS away from its conservative, ulama-dominated politics into the real world. They are for working with DAP and they need Anwar to be around to provide the glue between PAS and DAP. Anwar's political survival has become part of their own survival and they have been concerted in condemning the sex video. There are a number of Erdogans vying for the vice-presidency as well as for posts in the central committee". Ringkasannya, Joceline didalam komentarnya cuba memberi persepsi politik yang mudah. Tok Guru bela Anwar. Kaum Anwarinas didalam PAS mempertahankan Anwar. Anwar diperlukan oleh PAS sebagai jambatan dengan DAP. Dengan cara itu, PAS akan dapat ke Putrajaya bersama Anwar dan DAP. Oleh itu sifirnya mudah: TGNA + Anwar = Kaum Anwarinas; tolak ulama' dan sokong kaum Anwarinas . Alasannya - PAS perlu dibawa kedunia realiti politik. Dan kaum Anwarinas sahajalah yang sedang berjuang membawa PAS kedunia realiti. Mafhum daripada itu ialah cubaan menggambarkan seolah-olah para ulama' PAS tidak hidup di alam realiti politik. Masih didalam dunia kekolotan dan kejumudan politik!!!
Ini pada teman adalah satu komentar dan analisa yang tidak wajar daripada seorang wartawan kanan. Wartawan sepatutnya membuat analisa yang bebas, dan tidak dilihat berat sebelah. Tetapi membaca tulisan Joceline memberi gambaran beliau mengambil sikap partisan, menyebelahi kaum Anwarinas, berkempen secara halus untuk kaum Anwarinas yang sedang lemas. Apatah lagi komentar saperti ini dibuat tidak beberapa hari lagi pemilihan untuk Jawatankuasa PAS Pusat. Ini satu sikap yang tidak sepatutnya berlaku. Apatah lagi Joceline sudah tentu lebih daripada sedar para ulama' PAS tidak akan membuat apa-apa komen, apatah lagi berkempen secara terbuka untuk sebarang jawatan. Sehingga ianya menimbulkan satu persoalan kepada teman, adakah Joceline ini anti para ulama' didalam PAS? Dan Joceline menutup komentarnya dengan satu kenyataan yang teman rasa sangat menghina Tok Guru Nik Aziz, bila beliau menyebut: "But what is crystal clear is that Nik Aziz believes that politics cannot be left entirely to the Almighty to determine and he has no qualms about tweaking the political process now and then. (Apa yang terang lagi bersuluh ialah Nik Aziz percaya politik tidak boleh diserahkan kepada ALLAH semata-mata untuk ketentuan, dan beliau tiada keraguan untuk memutar proses politiking sekali sekala (untuk tujuan itu)".
Pada teman, adalah satu penghinaan kepada mana-mana umat Islam, apatah lagi yang berlabel ulama' untuk dilabel sebegitu. Mana-mana umat Islam yang punya walau sekelumit iman, apatah lagi seorang ulama' yang tulin, pasti akan dan wajib menyerahkan bulat-bulat kepercayaan dan keyakinan kepada ALLAH untuk segala ketentuan. Ini dinamakan konsep tawakkal dan taqwa. Walaupun Islam menyuruh umatnya berusaha, tetapi untuk menyatakan seorang ulama' mempercayai ketentuan politik tidak boleh diserahkan bulat-bulat kepada ALLAH adalah saperti mempertikai aqidah seorang umat Islam, apatah lagi seorang yang berlabel ulama' dan Tok Guru!
Pada teman, Joceline wajib meminta maaf kepada para ulama' didalam PAS, kerana memberi gambaran seolah-olah mereka tidak hidup di alam realiti politik. Kedua, Joceline wajib meminta maaf kepada Tok Guru kerana memberi gambaran seolah-olah aqidah Tok Guru tidak mantap dan syumul kepada ALLAH swt. Hormati proses pemilihan PAS yang sedang berlangsung dengan baik mengikut cara dan acuan PAS.
Dan kepada Joceline dan mereka yang sewaktu dengannya, hentikanlah melabel kaum Anwarinas didalam PAS sebagai Kumpulan Erdogan. Ini satu penghinaan kepada Presiden Reccep Tayyib Erdogan. Pada teman, kualiti dan metode perjuangan Islam yang dibawa oleh Presiden Republik Turki itu bagai langit dan bumi dengan Kaum Anwarinas. Jauh sangat bezanya. Kalau mahu sangat memberi mereka perasa Turki, beri sahaja mereka label kaum Attarturk. Tetapi pada teman, lebih baik kekalkan sahaja mereka dengan label kaum Anwarinas.
Kerana bagi kaum Anwarinas ini, qiblat mereka adalah kepada manusia yang dilabel bininya sebagai anugerah tuhan ini. Pemimpin mereka BUKAN Tuan Guru Haji Hadi, tetapi Anwar Ibrahim!
Adios amigos, grasias senor. Jazakallah dan wassalam.
SOKONGLAH PARA ULAMA', TOLAK KAUM ANWARINAS!!!
SAY NO 2 ANWARINAS!!!
Zulkifli Bin Noordin Isnin 26 Jamadil Akhir 1432 30 Mei 2011
| |
AMK KEDAH Posted: 30 May 2011 09:08 PM PDT 17 ahli majlis Sg Petani mogok Posted: 29 May 2011 11:07 PM PDT Sekumpulan ahli majlis menggesa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak campurtangan bagi menolak pengerusi bagi kawasan perbandaran Sungai Petani. Mereka mengaku sudah hilang keyakinan pada pentadbiran Rozaina Radzi. Semalam, seramai 17 daripada ahli majlis itu bertindak keluar daripada mesyuarat kewangan bulanan semalam akibat tidak puas hati. Difahamkan, perasaan tidak puas hati yang mendalam itu berpunca daripada perobohan 16 gerai penjaja berhampiran Kelab Cinta Sayang pada Khamis lalu. Menurut seorang ahli majlis, Simon Ooi (kanan), kumpulan 17 orang itu memutuskan tidak akan hadir dalam sebarang majlis sehingga Rozaina dan setiausaha majlis digugurkan. "Walaupun insiden perobohan itu menyebabkan kami keluar dewan, kami turut sedar Rozaina gagal bekerjasama membawa banyak pembangunan ke Sungai Petani sejak sekian lama," kata Simon. "Apabila kami mencadangkan beberapa projek pembangunan seperti pembinaan stesen bas dan pasar untuk orang ramai, tetap tiada tindakan susulan, maklum balas atau taklimat daripadanya sama sekali." Simon yang juga setiausaha politik kepada anggota parlimen Singai Petani Datuk Johari Abdul berkata, kumpulan itu telah berunding dengan Azizan. Dalam masa yang sama, tambahnya, ahli majlis daripada PKR memaklumkan pada ketua negeri berhubung tindakan mereka itu. SIMON OII MERUPAKAN NAIB KETUA AMK KEDAH | |
Anwar Ibrahim Posted: 30 May 2011 07:43 PM PDT Perjanjian IPP Bukan Sulit, Dedahkan Pada Umum- REFSA Posted: 30 May 2011 04:42 AM PDT Dari KeadilanDaily Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) mahu Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dideklasifikasi dan didedahkan kepada umum. Pengarah Eksekutifnya, Teh Chi Chang berkata demikian mengulas dua kenyataan berbeza daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek mengenai isu itu. "REFSA percaya penyelesaian terbaik bagi debat ini adalah untuk mendeklasifikasi PPA dan membukanya untuk penelitian umum. "Akses terbuka akan membolehkan orang awam yang berminat mengemukakan pertanyaan dan analisis, menyumbang secara bijak bagi menyelesaikan isu ini," ujarnya. Menurutnya, PPA bukan merupakan dokumen sulit kerana ia didedahkan bagi tujuan pelaburan dan mendapatkan pinjaman intensif supaya memudahkan pembiayaan, berikutan agensi penilaian dan bank mempunyai akses kepada perjanjian itu. Katanya lagi, peraturan Bursa Malaysia juga menyatakan PPA disediakan untuk penelitian para pemegang saham syarikat IPP yang disenarai dalam Bursa Malaysia. "Dua contoh adalah apabila Tanjong Plc mengambil alih Powertek Berhad dan Malakoff Berhad mendapat loji kuasa Tanjong," ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini. Tambah beliau, PPA hanya merupakan kontrak perdagangan untuk peruntukan khidmat penjanaan kuasa, sebagaimana konsesi tol yang merupakan kontrak perdagangan untuk prasarana lebuh raya. "Pengubahan status konsesi tol menyebabkan hasil yang positif untuk rakyat Malaysia – dua kadar tol PLUS telah ditangguhkan dan kemungkinan kenaikan akan datang lebih rendah daripada yang dicadangkan. "Memandangkan hasil positif dari pengubahan status konsesi tol, REFSA menyeru kerajaan mendeklasifikasi perjanjian pembelian kuasa. Ini akan membolehkan semua rakyat Malaysia memperoleh fakta dan angka yang tepat bagi perdebatan yang membina," tegasnya. Di sebalik bantahan berterusan Pakatan Rakyat, Barisan Nasional hari ini tetap bertegas mengumumkan kenaikan tarif elektrik secara purata sebanyak 7.12 peratus berkuatkuasa Jun ini. Pakatan Rakyat sebelum ini beberapa kali mengulangi bahawa perjanjian berat sebelah antara IPP dan Tenaga Nasional Berhad, menyebabkan IPP mengaut keuntungan berbilion ringgit setahun. Syarikat-syarikat IPP yang terdiri daripada kroni antaranya Tanjung PLC, Genting Sanyen, Malakoff dan YTL menerima kira-kira RM19 bilion sehingga RM22 bilion subsidi tahunan daripada kerajaan. | Scorpene Deal Heads For French Court Posted: 30 May 2011 12:49 AM PDT From The Malaysian Insider Suara Rakyat Malaysia's (Suaram) suit in a French court over the controversial Scorpene deal will soon enter the full trial stage, which could see top government officials, including Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, being asked to testify. Suaram leaders told a press conference today that its December 2009 suit against DCNS, the French makers of the Scorpene submarine, was nearing the end of its inquiry stage and its lawyers in France were confident they had enough evidence to move into full trial. Cynthia Gabriel, a Suaram director, announced that an application had already been filed in March this year to a French court for an instruction judge and if evidence was sufficient, the case would be brought for trial in open court. She said this meant that top Malaysian officials, particularly the Defence Ministry and those involved in the 2002 procurement, said to cost RM6.7 billion, could be summoned as witnesses in the trial. In a statement yesterday, Defence Minister Datuk Seri Zahid Hamidi said he was prepared to testify in court, provided that Cabinet gives him the green light to do so. He can decline to make a court appearance. "Once open trial is called and witnesses subpoenaed, the contract documents that we have been trying to obtain will then be made available to Suaram and other interested groups," said Gabriel. She explained that Suaram's case questions the alleged payment of €114 million (RM500 million) in commission to Perimekar Sdn Bhd, a subsidiary of KS Ombak Laut Sdn Bhd, of which the wife of Najib's (picture) aide Abdul Razak Baginda is a principal shareholder. As such, she added, the case could also open up a can of worms as it could shed more light on the murder of Mongolian Altantuya Shaaribuu, who was Abdul Razak's jilted lover at the time. The gruesome murder in 2006 has been often linked by the opposition and critics of the Barisan Nasional (BN) government to the multibillion ringgit Scorpene deal. "A few things were also discovered through the findings of our lawyers in France. We were informed that it was not just €114 that was paid out, but there were also two more commissions paid in relation to the sale — €30 million paid to Thales, a French shipping company, and another €2.5 million to unknown recipients, through dubious means. "They chose a small, Mediterranean country — Malta — to disburse the funds through a company called Gifen. There were also payouts discovered for air tickets for trips made by Altantuya and Abdul Razak and maybe more," she said. Suaram director Dr Kua Kia Soong, who was also at the press conference today, said that judges in the Paris prosecution office have also been probing other corruption charges involving similar submarine deals in France, Pakistan, Taiwan and other countries. "In fact, Altantuya's murder is considered small if compared to two other cases involving the French sale of weaponry — in the Karachi case, 11 engineers were killed, and in the sale of frigates to Taiwan, at least two were killed… a father, who was pursuing the case, and his son," he said. Kua also urged the Malaysian government to raise to issue in Parliament next month and clarify discrepancies on who had paid the commission to Perimekar — the Malaysian government or the French authorities. Suaram also launched Ops Scorpene today to raise funds for its legal fees in the case. It will hold two fundraisers — a hi-tea in Penang on July 21 and dinner in Kuala Lumpur on July 23, with French lawyer William Boudon. Suaram secretariat member Fadiah Nadwa Fikri said the group hoped to raise an initial RM100,000 to foot its legal fees through cheques written out to Suara Insiatif Sdn Bhd or to its Hong Leong Bank account at 0300-0065-200. | Jemputan Menghadiri Seminar: Social Market Economy: An Alternative for Malaysia? Posted: 29 May 2011 11:37 PM PDT * 24–25 Jun 2011 * Kayangan Ballroom, Quality Hotel, Shah Alam, Selangor. Kemelesetan ekonomi dunia yang paling dahsyat sejak Kemelesetan Agung 1930an berikutan dari krisis subprima di Amerika Syarikat mencetuskan perdebatan kritis tentang sistem ekonomi dunia. Persoalan ditimbulkan tentang kestabilan ekonomi pasaran dan tuntutan supaya ditingkatkan peraturan atau regulation kedengaran lantang. Justeru kerana perdebatan ekonomi didominasi oleh wacana melalui bahasa Inggeris maka yang sering kedengaran adalah belahan dua kumpulan, di satu pihak golongan liberal (dipanggil libertarian di Amerika) dan di satu pihak lagi adalah golongan Keynesian. Golongan liberal mempercayai sistem ekonomi yang ideal adalah sistem pasaran yang berlandaskan ukuran objektif (rule based) dan peranan wewenang atau campur tangan pemerintah adalah minimal. Sementara itu pihak Keynesian bertolak dari prinsip kegagalan pasaran maka peranan pemerintah dalam ekonomi sentiasa diperlukan. Perdebatan dua kumpulan ini digambarkan dengan begitu menarik dalam video musik Keynes versus Hayek. Namun dunia yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantaraan wacana hampir tidak mendengar wacana Ekonomi Pasaran Sosial (Social Market Economy) yang berlaku di Jerman sejak 1949, satu variasi ekonomi pasaran tetapi ekonomi pasaran yang berlandaskan matlamat-matlamat sosial. Sistem ini telah menjana ketakjuban ekonomi di Jerman selepas Perang Dunia Kedua dan seterusnya menjadikan Jerman salah satu kuasa besar ekonomi. Kejayaan Jerman untuk keluar lebih awal dari krisis kemelesetan ekonomi dunia menyebabkan dunia mula memberikan perhatian terhadap sistem tersebut. Hakikat ini juga telah mendorong Institut Kajian Dasar untuk menterjemahkan 60 Years of Social Market Economy (60 Tahun Ekonomi Pasaran Sosial) dan mengadakan seminar pertama di Malaysia tentang sistem tersebut dengan tajuk : Social Market Economy: An Alternative for Malaysia? Tarikh: 24 – 25 Jun 2011 Tempat: Kayangan Ballroom, Quality Hotel, Shah Alam, Selangor Kami telah mengundang khas Prof. Dr. Volker Nienhaus seorang pakar Ekonomi Pasaran Sosial untuk mengendalikan seminar dan perbincangan dengan tokoh-tokoh ekonomi di Malaysia. Kami dengan sukacitanya menjemput Y.Bhg YB/Dato'/Datin/Tuan/Puan hadir ke seminar ini. 50 penyertaan awal akan diberikan penginapan. (butiran program turut dilampirkan) Oleh yang demikian, pihak Y.Bhg YB/Dato'/Datin/Tuan/Puan dimohon untuk memberikan maklum balas kehadiran melalui email ini atau: ikdbudaya@gmail.com atau faks: 03 6028 2257 dan sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Encik Saifuddin di talian 012 2964244/ 03 6028 2262. Kerjasama dan perhatian daripada pihak Y.Bhg /Y.B /Dato'/ Datin/ Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. | Program Naib Presiden YB Nurul Izzah Posted: 29 May 2011 11:34 PM PDT CERAMAH DI MARKAS PAS KG PASIR LEMBAH PANTAI Tarikh : 30 Mei 2011 ( Isnin ) Masa : 9.00 malam Tempat: Markas PAS Kampung Pasir, Lembah Pantai Penceramah : 1) Tuan Haji Mohd Sabu 2) YB Nurul Izzah Anwar-MP Lembah Pantai 3) Ustaz Adlin-YDP Pas Lembah Pantai Tentatif Program : 8.00-9.00 malam : YB Nurul Izzah bersama PAS Lembah Pantai mengedarkan risalah di Kerinchi, Lembah Pantai 9.00-9.30 malam : Ucapan daripada Ustaz Adlin-YDP Pas Lembah Pantai 9.30-10.00 malam : Ucapan YB Nurul Izzah-MP Lembah Pantai CERAMAH JELAS DI DEWAN MPS TAMAN KANCHING JAYA, RAWANG Tarikh : 30 Mei 2011 ( Isnin ) Masa : 9.00 hingga 12.00 malam Tempat: Dewan Mps Taman Kanching Jaya, Rawang, Selangor Penceramah : 1) YB NURUL IZZAH ANWAR 2) YB SHUHAIMI HJ SHAFIE 3) YB WILLIAM LEONG JEE KEEN 4) YB GAN PEI NEI 5) YBg. FARIZ MUSA 6) YBg. ZAIDI ABD MUTALIB 7) YBg. SITI AISYAH 2) Program Naib Presiden-YB Nurul Izzah, 2 Jun 2011 (Khamis) di Sarawak ( Sambutan Hari Gawai ) Tarikh : 02 Jun 2011 ( Khamis ) Masa : 10.30 pagi hingga 6.00 petang Program : 10.00 am : Tiba di Kuching, Sarawak 10.30 am-02.30 pm : Program bersama Calon-calon DUN Sarawak 2011 04.30 pm : Program Santai Di Kampung Rayang 08.00 pm : Pulang Ke Kuala Lumpur 3) Program Naib Presiden-YB Nurul Izzah, 5 Jun 2011 (Ahad) Tarikh : 5 Jun 2011 ( Ahad ) Masa : 9.00 hingga 12.00 malam Tempat: Dewan Kanchong Darat, Jalan Morib, Banting, Selangor Penceramah : 1) YAB Tan Sri Khalid Ibrahim 2) YB Nurul Izzah 3) YB Khalid Samad 4) Dato Chua Jui Meng 5) YB Shuhaimi Hj Shafiei 6) YB Philip 7) YB Dr Yunus 8) YB Abdullah Sani 9) Siti Aisyah 10)Irwan AMK Negeri | Pertahan Prinsip Idelisme Anak Muda, Bangkit Jana Perubahan Posted: 29 May 2011 08:13 PM PDT | |
PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN Posted: 30 May 2011 11:21 AM PDT Mengombak Kemenangan Dun Palong Posted: 29 May 2011 11:15 PM PDT Perasmian Ranting Palong 14, 15 & 16 31 Mei 2011/Selasa 3.30 petang Palong 16, Jempol.
Kempen Mansuh Felda Plantation & Tawaran Peneroka Baru 31 Mei 2011/ Selasa 4.30 petang Palong 9, Jempol.
Ceramah Kelompok Bersama 766 Peneroka Di Serting Hilir 31 Mei 2011/ Selasa 8.30 malam Rumah Ketua Cabang Jempol, Karip Salleh Penceramah: YB Dato' Kamarul Baharin Abbas, Dato Fauzi Abd Rahman & Hj Suhaimi Said | Najib silap baca golongan muda, kata Anwar Posted: 29 May 2011 11:11 PM PDT Tindakan Datuk Seri Najib Razak menghimpunan belia-belia di Putrajaya dan merayu undi mereka memperlihatkan rasa gusar perdana menteri terhadap kebangkitan golongan itu yang kini menuntut perubahan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Najib semalam mendakwa sejuta belia yang hadir di Putrajaya untuk sambutan Hari Belia Negara selama tiga hari, kononnya untuk "mempertahankan" pusat pentadbiran negara dari diambil alih oleh Pakatan Rakyat. TV Selangor memetik Anwar berkata, hakikatnya ialah persatuan-persatuan belia itu dibawa untuk mengisi pelbagai program riadah yang dianjurkan bersama oleh agensi-agensi persekutuan dan badan-badan koperat sempena Hari Belia Negara. "Dia kata di Mesir satu juta orang muda tuntut perubahan. Jadi di sini dia minta orang muda sokong Barisan Nasional.
"Orang muda ini dikaitkan dengan idealisme, cita-cita murni. Orang muda ini benci dengan kemungkaran, benci dengan rasuah, benci dengan kezaliman. "Najib silap. (Sebenarnya belia) yang minta perubahan tumbangkan kerajaan yang ada. Jadi saya nak sambut dengan katakan sudah sampai ketikanya anak muda Felda, anak muda Malaysia bangkit tuntut perubahan," kata Anwar kepada ribuan peneroka Felda dan penduduk kampung di Kerdau, Pahang malam semalam untuk mendengar ceramahnya. Kaya-raya Anwar malam tadi juga mengupas ucapan Najib pada majlis sambutan Hari Belia itu yang dialas dengan gesaan supaya belia menyokong Umno-BN sebagai syarat menikmati kemakmuran. Kenyataan sedemikian, kata Anwar hanya menunjukkan rasa terdesak Perdana Menteri. Menurut Anwar beliau tidak menuduh Umno sebagai parti yang tidak pernah membuat apa-apa. Namun yang dipersoalkan adalah kemungkaran dan kezaliman yang menyebabkan rakyat menderita manakala pemimpin hidup dalam keadaan kaya-raya. Sehubungan itu, Anwar mengajak rakyat supaya merenung hala tuju negara di bawah pemerintahan Umno-BN dan tidak termakan dengan dakyah dan gula-gula politik yang disebarkan parti itu. "Saya tidak pertikai hak sesiapa untuk sokong parti mana-mana, tetapi kita sanggupkah pertahankan kezaliman, bolehkah kita diam tentang rasuah, mampukah kita biarkan fitnah, lucah termasuk qazaf dan semulanya berlaku?" tanya Anwar. Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Sabu, Ketua Serikandi Siti Aishah Shaik Ismail dan Presiden ANAK, Mazlan.
| |
MOH...KITE LAWAN YEOP!!! Posted: 30 May 2011 09:56 AM PDT Esok berduyun-duyun ler... warga FELDA BERSIA nak jumpa YB nii !!! Posted: 30 May 2011 03:36 AM PDT Rasa-rasa nya dah 3 tahun jadi ADUN Temenggor ni... baru nak mai jengok WARGA FELDA BERSIA ker ? Kalau dia mai aku nak minta duit sikit..YB UMNO ni kan kaya-kaya, lagi pulak tu getah sekarang tgh takder ...LETRIK pulak naik harap-harap dia beri kot....hahahaha Hahaha...jejak apa niii.. ASPIRASI.....selama ni tak jejak ker? Ikut Suka Muu Ler !!!
| BN tunai janji naikkan tarif elektrik Posted: 30 May 2011 03:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Seperti dijanjikan kerajaan Umno- Barisan Nasional menaikkan tarif elektrik dengan purata kenaikan 7.12 peratus bermula 1 Jun, sebagai usaha menarik bantuan subsidi daripada rakyat. BN dilapor menaikkan tarif elektrik kepada 2.23 sen kilowatt/jam kepada 33.54 sen daripada 31.31 sen berkuat kuasa 1 Jun. Gas asli juga dilapor meningkat pada RM3 mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga mencecah paras pasaran pada 2016, apabila harganya akan diapung sepenuhnya. Kenaikan itu susulan keputusan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota kabinetnya ketika mesyuarat Majlis Ekonomi minggu lalu. Kerajaan, secara mudah memberi alasan bahawa pengguna domestik yang menggunakan kurang 300 kw unit elektrik setiap bulan tidak tertakluk kepada kenaikan baru itu. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin berkata, 44.4 juta atau 75 peratus isi rumah tidak menerima kesan tarif baru tersebut. Namun beliau tidak menyatakan kesan tarif itu kepada sektor lain seperti pembuatan yang akan menyebabkan berlaku peningkatan kos dan kenaikan mendadak harga barang. Pakatan Rakyat sebelum ini beberapa kali mengulangi bahawa perjanjian berat sebelah antara Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), menyebabkan syarikat IPP mengaut keuntungan berbilion ringgit setahun. Syarikat-syarikat IPP yang terdiri daripada kroni antaranya Genting Sanyen, Malakoff dan YTL menerima kira-kira RM19 bilion sehingga RM22 bilion subsidi tahunan. Malah Petronas juga kerugian hampir RM21 bilion setahun kerana terpaksa menjual tenaga yang lebih murah kepada IPP. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang juga bekas Pengurus kanan di Petronas mendakwa syarikat petroleum negara itu terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual semula kepada IPP dengan harga serendah RM10. Sumber: http://www.keadilandaily.com/ | Ingat Putrajaya Pak Mu Punya Kaa !!! Posted: 30 May 2011 01:05 AM PDT | Video Penuh Ceramah Anwar Ibrahim Kebangkitan Warga FELDA!! Posted: 29 May 2011 09:11 PM PDT | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan