TETAMU KHAS ANTARABANGSA : BUKTI DUNIA BERSAMA PAS
KENYATAAN MEDIA
LAJNAH ANTARABANGSA
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
28 Jamadil Akhir 1432 H | 31 MEI2011
BersempenaMuktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS tahun ini, Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat mengalu-alu kehadiran tetamu-tetamu luar bagi memeriahkan lagi perjalanan Muktamar
Diantara yang telah mengesahkan kehadiran mereka adalah Dr Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia, Bapak Ansor dari Gabungan Pelajar Islam Indonesia, Dr Jamal T. A. Saleh dan Dr Atef I. M. Adwan yang juga merupakan Ahli Parlimen Hamas dari Palestin, Najeeb Sahul; Ketua Fraksi Muda Angkatan Profesional Singapura dan beberapa wakil dari Thailand dan Filipina.
Buat pertamanya juga, Majlis Perwakilan PAS United Kingdom dan Eropah akan menghadiri dan akan berucap mewakili Kelab PAS Luar Negara bagi zon Eropah, Presidennya, Ir Jupri Bade dijangka akan menyampaikan ucapannya. Begitu juga perwakilan PAS Timur Tengah akan turut menyampaikan ucapan mereka.
Kehadiran para perwakilan luar Negara pada tahun ini akan diserikan lagi dengan Pentas Pemuda yang akan di adakan pada 3 hb Jun jam 9 malam bertempat di Dataran Pejabat Adun Gombak Setia , JAlan Berjaya 6, Taman Berjaya, Batu Caves (Berdekatan KUISZM) yang akan membariskan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, AJK PAS Pusat, Tuan Haji Mohammad Sabu, YM Raja Ahmad Al-Hiss, Ketua Lajnah Antarabangsa, Dr Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia.
Disamping itu kedutaan-dutaan luar akan turut hadir pada majlis perasmian Muktamar ini yang dijangka akandirasmian oleh Timbalan Presiden PAS ,Ustaz Nasharudin Mat Isa pada 1 hb Jun 2011 jam 8malam di Dewan MBSA.
IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, menyatakan PAS kini sedang giat menyampaikan segala maklumat berkenaan kezaliman dan pengkhianatan UMNO terhadap rakyat di Malaysia.
Hal ini kerana, menurut beliau, UMNO sangat takut dan bimbang jika rakyat bermaklumat kerana ia akan mempercepatkan rakyat memastikan kezaliman UMNO berakhir.
Beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat kinimenggunakan sebaik mungkin pendekatan medium baru bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat melalui blog, Facebook dan Twitter .
Memetik ucapan beliau " UMNO kini resah dengan teknologi maklumat tanpa sempadan. Mereka hanya boleh kongkong media bercetak dan berlesen sahaja, tetapi mereka gagal membendung media baru yang mempunyai kuasa tersendiri. Segala fitnah yang mereka siarkan dalam media perdana, terus dijawab dalam beberapa minit sahaja dengan fakta dan data".
" PAS mengharapkan semua jentera parti perlu melipat gandakan usaha penerangan dan supaya rakyat di peringkat akar umbi memahami perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat serta mengetahui penyelewengan UMNO selama memerintah Malaysia ".
PAS yakin UMNO kini dalam keresahan, hal ini kerana jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mengoptimumkan penggunaan media baru untuk melakukan pencerahan minda rakyat yang rosak angkara media perdana yang tidak beretika, jelas beliau.
Pecayakah anda bila Peguam bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak (gambar) menyatakan bahawa bekas pemimpin Mesir itu mempunyai kekayaan tidak lebih daripada AS$1 juta (RM3 juta) dan beliau tidak memiliki aset di luar negara.
Farid el-Deeb yang mendedahkan perkara itu dalam wawancara dengan CNN, semalam juga berkata, bekas Presiden itu menafikan terlibat dengan rasuah dan membunuh penunjuk perasaan semasa pemberontakan rakyat yang membawa kepada penyingkirannya pada Februari lepas.
"Beliau sangat sedih dan kesal kerana beliau tidak pernah terbayang akan menghadapi tuduhan seperti itu.
"kekayaannya hanya berjumlah kira-kira enam juta pound Mesir (RM3 juta) yang disimpan hasil bekerja selama 62 tahun," kata Deeb. .
PKR hari ini melabelkan pengumuman kenaikan tarif elektrik semalam sebagai 'rompakan di siang hari' kerana ia hanya menguntungkan kapitalis dan membebankan rakyat.
Ketua strategi parti itu, Rafizi Ramli, apa yang berlaku sebenarnya adalah kenaikan kos yang ditanggung oleh pembekal tenaga bebas akan dipindahkan kepada TNB yang kemudian menyalurkannya kepada pengguna.
Lebih malang, katanya, mekanisme baru itu juga akan menyaksikan tarif elektrik dinaikkan sebanyak dua kali kerana kos arang batu dan gas yang digunakan bagi menghasilkan tenaga akan disemak setiap enam bulan.
"Kedudukan kewangan TNB pada status quo, rakyat yang menanggung kenaikan tarif dan IPP langsung tidak menerima sebarang kesan daripada langkah ini kerana kos bahan api disalurkan melalui mekanisme itu.
"Ini benar-benar merompak rakyat bagi menyuap kroni dan kapitalis," kata Rafizi kepada wartawan hari ini.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, parti itu membuat pembayaran sewa bangunan yang memempatkan ibu pejabatnya di Petaling Jaya dan tidak timbul dalam mesyuarat biro politik dan majlis pimpinan pusat.
Sehubungan itu, katanya, laporan media bahawa PKR tidak membayar sewa bagi tempoh 30 bulan adalah tidak benar.
"Setahu kami, tiada sebarang perbincangan tentang perkara ini... (PKR) telah tunaikan tanggungjawab seperti termaktub dalam perjanjian sewaan," katanya.
Katanya, mereka hanya menyedari masalah itu apabila mendapat surat daripada bank berhubung perkara itu.
Minggu lalu, dilaporkan bangunan itu akan dilelong oleh Addin Bank pada 0 Jun selepas pemiliknya gagal membayar balik pinjaman.
Pemimpin PKR mengakui parti itu membayar sewa RM20,000 seperti termaktub dalam perjanjian yang ditandtangani pada 2008. Bagaimanapun, Free Malaysia Today yang memetik sumber memaklumkan perkara itu tidak benar.
KUALA LUMPUR 31 MEI : Jenazah bonda Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mangkat pagi tadi sedang dalam proses untuk dimandikan.
Krew TV Selangor, wartawan Nur Atiqah Abd Samad dan jurukamera Mohd Asfarizan Muliana yang membuat liputan di Istana Alam Shah, melaporkan sebaik sahaja dimandikan, jenazah Raja Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah akan dibawa ke Makam Diraja Shah Alam untuk dikebumikan.
Allahyarhamah akan dikebumikan selepas solat Asar.
Setakat ini hanya kaum kerabat yang hadir memberikan penghormatan yang terakhir kepada allahyarhamah.
Turut kelihatan EXCO- EXCO negeri Selangor, ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dan pegawai- pegawai Majlis Perbandaran Klang.
Allahyarhamah disahkan menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Pakar Ampang Puteri pagi tadi, kira- kira jam 9 pagi.
Teka-teki tarikh pilihan raya umum ke-13 timbul lagi. Memang begitulah. Melepasi tempoh tiga tahun penggal Parlimen, selalunya ramalan dan jangkaan tarikh pilihan raya hangat dibincangkan. Bualan mengenainya heboh diperkatakan terutama selepas memerhati gelagat Perdana Menteri yang mempunyai kuasa mutlak untuk mencadangkan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.
Terbaru, ramai menyebut Julai ini, hanya sekitar dua bulan lagi. Nampak macam begitu tergesa-gesa. Saya sendiri agak payah mencari rasionalnya. Tidak mudah BN menghadapi pilihan raya dalam suasana sekarang. PRU13 adalah hidup-mati buat Najib dan BN. Juga sama penting kepada Pakatan Rakyat. Pertarungan ini perlu persiapan rapi dari segi taktik, strategi dan logistik. Di samping faktor kekuatan, kecenderungan mengundi juga dipengaruhi oleh "siapa yang paling sedikit melakukan kesilapan"?
Apakah Najib Razak, yang pertama kali bakal memimpin BN dalam pilihan raya paling sengit pernah disaksikan di negara ini, yakin bahawa momentum Mac 2008 sudah dimatikan? Mampukah dia mengembalikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan menebus maruah di negeri-negeri Pakatan? Sukar dipastikan apakah petunjuk yang dipegang Najib? Selain itu, dan ini di antara yang terpenting buat jentera BN, bagaimana dengan kantung dana politiknya, yang akan digunakan untuk membeli undi nanti?
Umno juga sering dihantui perpecahan dalaman apabila calon-calon pilihan rayanya dipilih. Begitu juga dengan prestasi merudum komponen BN, yang belum dapat dipulihkan lagi, khususnya parti-parti berasaskan kaum Cina. Pakatan wajar meneliti apakah benar amarah pengundi India terhadap BN sudah diubati?
Selain itu, "peperangan" merebut hati pengundi Melayu tidak seharusnya dibebankan kepada PAS semata-mata. Imej Pakatan di kalangan Melayu -- jika terdapat "gangguan" -- mesti dijernihkan secara bersepadu. Persepsi pengundi jangan diremehkan. Banyak perkara yang bersarang dalam kepala pengundi (sebahagiannya nampak seperti mudah ditepis) harus ditangani dan diperbetulkan.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, selain membayangkan kemungkinan tarikh PRU13 berlegar di antara hujung Ogos sehingga Oktober, turut menekankan soal "pertarungan sebenar adalah di kerusi-kerusi yang majoriti pengundinya adalah Melayu".
"Ya, itu satu cabaran dan kita mungkin masih belum melakukannya dengan mencukupi (memberi tumpuan kawasan Melayu). Tetapi kami akan ke akar umbi dan Umno menyedari ini," kata Anwar apabila diwawancara Malaysiakini.
Melaka dan Johor, secara tradisionalnya dianggap kubu BN dan diperkukuhkan baru-baru ini dengan 'mengharamkan' Anwar daripada berceramah di negeri-negeri berkenaan.
"Saya gagal mendapatkan satu permit (polis) pun sekarang untuk berceramah di Johor, kecuali jika ia jamuan makan dengan orang Cina -- ini tidak boleh diterima. Jadi dalam kes ini, Melayu didiskriminasi tetapi Cina tidak," kata Anwar.
Lebih merimaskan adalah manipulasi BN terhadap senarai daftar pemilih. Melalui kerjasama rapat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga pihak polis, komplot terancang menjatuhkan Pakatan terlaksana lebih awal sebelum hari mengundi. Berulang kali Harakah membongkar taktik kotor ini, terutama di Selangor dan dipercayai ia juga mensasarkan Kedah. Kelantan turut dimasukkan dalam agenda.
Soalnya, apakah dengan siri pendedahan itu membuatkan konspirasi ini terbantut, ataupun mereka "hanya memekakkan telinga dan buat bodoh sahaja" serta meneruskan tipu-muslihat tanpa segan-silu? Cukupkah satu dua bantahan dibuat kepada SPR, apatah lagi kos hangus yang terpaksa ditanggung cukup besar?
Atau, apa yang kita harapkan dengan perhimpunan raksasa Bersih, 9 Julai depan? Sejauh mana empat tuntutan asas pilihan raya bersih dan adil itu, yang ditambah dua lagi, akan dipenuhi sebelum Parlimen dibubarkan?
Sebagai warga media, saya lebih terdorong untuk memikir dan merencanakan persiapan terbaik Harakah berdepan kempen PRU13 ini. Selain membekalkan maklumat semasa, menjelaskan kekeliruan, mempamerkan perubahan kerajaan negeri Pakatan atau mendedahkan kebobrokan elit penguasa BN, bagi pembaca tertentu, Harakah harus lebih "beremosi" dan mampu "menginspirasikan" transformasi.
Begitu juga dengan tugas sukar membetulkan persepsi, terutama bagi masyarakat Melayu di kampung-kampung, yang berada di luar wilayah tradisi PAS. Harakah dituntut untuk membongkar komplot jahat BN, memerangi penyakit korupsi yang bertambah kompleks dan sukar dikesan undang-undang, tanpa melupai tawaran formula penyelesaian, mengubati krisis sosial, merawati keluh-kesah kenaikan kos sara hidup dan menguruskan secara berhemah khazanah negara; tentunya tidak sekadar membutirkan kembali dokumen Buku Jingga.
Berbanding PRU Mac 2008, kekerapan Harakah hanya dua kali sebulan. Apabila Parlimen dibubarkan, kami terpaksa menerbitkan akhbar tidak berkala, Kempen dan menambahkan halaman Harakah bagi menampung bahan-bahan yang melimpah, termasuk manifesto dan senarai calon. Peningkatan muka surat bermakna penambahan kos cetak.
Agak beruntung waktu itu, tempoh berkempen agak lama, lebih kurang dua minggu. Kuasa siber juga cukup dominan, terutama YouTube, blog dan laman-laman web, menjadikan pengundi selesa mendapatkan informasi daripada dalam bilik tidur sahaja!
Kini, cabaran terbesar Harakah -- selain mempertingkatkan kandungan dan persembahannya bagi menambat hati pembaca -- jumlah edarannya juga mesti dilipatgandakan sebelum tarikh pilihan raya ditentukan. Alhamdulillah, kekerapannya telah dikembalikan kepada dua kali seminggu. Mungkin target 350,000 naskhah seperti dicatatkan menjelang pilihan raya umum 1999 cukup tinggi untuk digapai, tetapi sekurang-kurangnya setiap pelosok dan ceruk rantau harus ditembusi Harakah.
Berdasarkan respons pembaca dan tinjauan rambang, edaran Harakah masih terbatas. Malah terdapat rungutan bahawa pimpinan dan aktivis PAS sendiri seperti tidak memberi sokongan sepenuhnya kepada Harakah. Lidah rasmi parti itu hanya berkembang atas kehendak pasaran, tidak didokong oleh pelan pemasaran yang lebih agresif. Harus diingat sekatan KDN tetap membelenggunya.
Justeru, ada pihak mencadangkan agar kempen meningkatkan pengedaran Harakah disegerakan. Beberapa syor untuk "memasyarakatkan" Harakah telah dikemukakan, termasuk dalam kolum Wacana Budaya Dinsman, dengan mencari dermawan bagi mengagihkannya secara percuma, selain sokongan terbuka pimpinan tertinggi PAS sendiri. Jika Utusan Malaysia (yang kerap menyiarkan "bahan lucah") itu pun diedarkan secara meluas ke sekolah-sekolah melalui penajaan khas, mengapa Harakah harus bersikap apolegetik.
Sebagai permulaan saya menggagahkan diri mengunjungi pimpinan PAS di peringkat negeri, sekurang-kurangnya mendengar sendiri harapan dan mungkin kekecewaan mereka terhadap Harakah. Berbanding KeADILan dan DAP, tumpuan PAS mungkin lebih difokuskan di peringkat Dun. Berdasarkan pengagihan kerusi dalam pilihan raya Mac 2008, hampir di semua negeri, PAS diberi kepercayaaan untuk bertanding paling kerusi negeri.
Di samping mengharapkan ada inisiatif segera mempergiatkan rangkaian jualan Harakah, seterusnya memastikan setiap pengundi mendapat maklumat dan penjelasan, sama ada melalui akhbar bercetak atau versi online, kami di bahagian editorial bertekad untuk memastikan satu lagi sejarah baru politik Malaysia bakal terbentuk dalam PRU13, insya-Allah.
Namun begitu, ingatan seorang pembaca Harakah melalui emel kepada saya elok untuk direnung: "Saya kira, Pakatan Rakyat jangan ghairah sangat sebut hendak tawan Putrajaya atau lantang bercakap menambah bilangan negeri untuk dikuasainya, atau terlalu asyik membincangkan hal pilihan raya. Bukan semua rakyat suka dengan teka-teki tarikh PRU13 ini. Mereka lebih prihatin dengan masalah seharian yang bertindan-tindih, dan mahu segera diselesaikan, termasuk di negeri-negeri Pakatan."
KUALA LUMPUR, 31 Mei: Jika sebelum ini Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm) yang terletak di Taman Melewar, di sini, agak sunyi, sepanjang 3 hingga 5 Jun ini, suasananya pasti akan berubah sama sekali dengan kunjungan orang ramai dari seluruh negara.
Kolej tersebut yang turut menempatkan Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor akan menjadi tempat berhimpun 1,150 perwakilan PAS dari seluruh negara, manakala di persekitarannya pula dimeriahkan dengan gerai-gerai perniagaan yang pasti mencetuskan hiruk pikuk dan riuh rendah suara orang ramai yang berkunjung ke gerai-gerai yang disediakan.
Suasana tersebut berlaku lantaran Muktamar Tahunan PAS Ke-57 yang akan berlangsung di kolej itu selama tiga hari, mengiringi suara para perwakilan membahaskan pelbagai perkara bagi memantapkan lagi perjuangan parti, sekali gus menyemarakkan lagi semangat para pemimpin dan ahli-ahli PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.
Menjelang hari-hari akhir muktamar, pihak panitia dan para petugas semakin sibuk melaksanakan persiapan berlandaskan bidang tugas masing-masing, bagi memastikan segala penyusunan kerja dan perancangan yang diatur berjalan lancar dan sempurna.
Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad yang sebelum ini merupakan Markas Tarbiyah PAS Pusat, ternyata telah berubah wajah setelah dijadikan kolej, bagi menyesuaikannya dengan keperluan semasa sebagai pusat pengembangan ilmu.
Bangunan setinggi dua tingkat itu dibahagikan kepada dua bahagian utama. Di tingkat atas ditempatkan bilik-bilik kuliah dan asrama para pelajar, manakala di tingkat bawahnya dikekalkan dewan besar untuk dimanfaatkan sebagai tempat perhimpunan yang dinamakan Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor.
Nama dewan tersebut dipadankan dari nama Presiden PAS sebelum ini yang telah kembali ke rahmatullah, sebelum digantikan Presiden PAS sekarang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Allahyarham yang cukup besar terhadap perjuangan PAS.
Bagi Muktamar PAS Ke-57, dewan tersebut yang sebelum ini telah menampung pelbagai perhimpunan besar dalam PAS, akan kembali menyaksikan detik bersejarah bagi parti, dengan suara-suara lantang para perwakilan membahaskan pelbagai usul penting untuk dirumuskan.
Justeru, bagi pihak panitia muktamar dan para petugas, perlaksanaan kerja-kerja utamanya pasti turut tertumpu ke atas dewan itu untuk dihias indah, dilengkapi pelbagai keperluan termasuk pentas utama, pemasangan sistem pembesar suara, sistem hawa dingin yang sempurna.
Begitu juga dengan keperluan utama lain termasuk pemasangan lampu-lampu yang bersesuaian serta mencukupi, penyusunan kerusi yang teratur untuk diduduki para perwakilan, hiasan landskap yang indah dipersekitarannya dan sebagainya.
Selain itu, tumpuan kerja juga turut terarah pada tingkat atas bangunan itu kerana di tingkat itulah nanti yang menempatkan ruang rakan-rakan media melaksanakan tanggungjawabnya dan tempat duduk para muslimat.
Tinjauan Harakahdaily hari ini mendapati kerja-kerja tersebut sudah hampir selesai, dengan anggaran melebihi 90 peratus telah terlaksana, untuk menyambut mesra dan ceria kedatangan para pemimpin utama parti dan para perwakilan yang mewakili 180 kawasan PAS dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Begitu juga dengan penyediaan tempat parking kenderaan kepimpinan utama PAS di luar bangunan Kolej dan tapak 105 buah gerai perniagaan untuk disewa para peniaga, kini telah terlaksana dengan baik yang antara lainnya dengan pemasangan khemah-khemah bersesuaian berwarna putih dan agak ceria bagi mewarnai suasana.
Pada muktamar tahun ini, pihak panitia turut terpanggil membuka kaunter derma darah yang ditempatkan di suatu penjuru, bagi membolehkan orang ramai menderma darah untuk membantu mereka yang memerlukan darah.
Sepanjang tinjauan dilakukan, para petugas kelihatan bertungkus lumus melaksanakan kerja masing-masing, dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan dan rakan-rakannya yang diamanahkan dengan kerja-kerja persiapan di dalam dewan, turut berpeluh menyiapkan kerja-kerja yang masih berbaki.
Bagi memastikan segalanya berjalan lancar, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi sendiri turut berkunjung ke kolej tersebut kelmarin, untuk meninjau tahap persediaan yang telah terlaksana dan dimaklumkan cukup berpuas hati dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh para petugas.
Muktamar Tahunan PAS Ke-57 akan bermula 3 Jun dengan agenda pertama selepas perasmian pada sebelah pagi mengesahkan peringatan muktamar yang lalu, berakhir dengan pemilihan kepimpinan dalam parti yang berjalan mengikut susunan berperingkat-peringkat, manakala pada sebelah malamnya, bermula jam 9.00 malam akan diadakan persembahan kebudayaan.
Pada hari Sabtu, 4 Jun, bermula jam 8.30 pagi dengan usul terima kasih kepada presiden dan perbahasan ucapan dasar, manakala pada sebelah malamnya, bermula jam 9.00 malam, akan diadakan ceramah umum yang akan disampaikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan Pakatan Rakyat.
Ahad, 5 Jun, bermula jam 8.30 pagi dengan agenda kelima berupa perbahasan usul-usul, sebelum ditutup dengan agenda keenam mulai jam 2.00 petang dengan penggulungan dan ucapan penangguhan serta doa.
TOKYO - Sebanyak 70 peratus daripada penduduk Jepun mahu Perdana Menteri, Naoto Kan digantikan selepas beliau dilihat gagal mengendalikan bencana yang melanda negara itu, menurut tinjauan akhbar tempatan, semalam.
Namun, hampir setengah daripada jumlah peratusan itu turut berpendapat beliau harus kekal dengan jawatannya dan mengawasi krisis di negara itu sehingga ianya selesai sebelum meletak jawatan.
Selain itu, hampir tiga per empat daripada responden dalam tinjauan mengatakan kerajaan Jepun tidak cekap dalam menangani krisis di loji nuklear Fukushima Daiichi yang rosak selepas dilanda gempa bumi berkekuatan 9.0 pada skala Richter, 11 Mac lalu.
Undian terbaru ini dijangka menambahkan lagi tekanan ke atas Kan yang terpaksa mengendali krisis nuklear terburuk di dunia dalam tempoh 25 tahun itu dan beliau kemungkinan berdepan undi tidak percaya, minggu ini.
LETUPAN daripada serangan udara mengakibatkan asap tebal di kawasan Tajura, 30 kilometer dari timur Tripoli.
NATO yakin operasi di Libya berjaya
VARNA (Bulgaria): Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berkata rejim Muammar Gaddafi hampir sampai ke penghujung hayatnya.
Setiausaha Agung NATO Anders Fogh Rasmussen berkata demikian semalam ketika presiden Afrika Selatan Jacob Zuma dalam perjalanan ke Libya bagi memujuk Gaddafi berundur dan ketika NATO meningkatkan serangannya terhadap Tripoli.
Britain berkata kelmarin ia akan buat pertama kali dalam kempen menyerang Libya menggunakan bom pemusnah kubu bagi memberi mesej kepada Gaddafi agar berundur.
"Operasi kami di Libya sudah mencapai matlamatnya ... kami sudah mengurangkan keupayaan Gaddafi untuk membunuh rakyatnya sendiri," Rasmussen memberitahu satu forum NATO di sini semalam.
"Pemerintahan zalim Gaddafi hampir berakhir. Beliau kini semakin disisih bukan saja di luar negara tetapi di negaranya sendiri."
Britain dan beberapa negara anggota NATO sedang meningkatkan pembabitan masing-masing di Libya bagi memecahkan kebuntuan yang menyaksikan Gaddafi terus berkuasa walaupun ditentang pemberontak yang dibantu serangan udara NATO sejak beberapa minggu lalu.
Gaddafi yang menafikan menyerang orang awam, berkata tentera beliau terpaksa bertindak untuk melawan pemberontak dan militan al-Qaeda.
Pemimpin Afrika Selatan, Zuma yang mewakili Kesatuan Afrika tiba di Tripoli semalam, lawatan keduanya sejak tentangan terhadap pemerintahan empat dekad Gaddafi dicabar bagi mengusahakan gencatan senjata.
Lawatan Zuma sebelum ini tidak membuahkan sebarang hasil berikutan Gaddafi enggan berundur, manakala pemimpin pemberontak meletakkan syarat pengunduran itu sebelum bersetuju untuk diadakan gencatan senjata.
Menteri luar Gaddafi mengadakan perbincangan dengan bekas menteri Britain, Lord David Trefgarne di Tunisia, Sabtu lalu, kata seorang bekas duta ke Libya yang terbabit sama dalam perbincangan itu.
Bagaimanapun bekas duta yang tidak dinamakan itu enggan mengulas mengenai butiran perbincangan.
Britain berkata bom Enhanced Paveway III – setiap satu seberat satu tan berupaya menembus bumbung atau dinding bangunan yang diperkukuhkan.
"Kami bukan mahu menyasarkan individu yang rapat dengan Gaddafi tetapi kami mahu menghantar mesej jelas kepada mereka," Setiausaha Pertahanan Britain Liam Fox berkata dalam satu kenyataan kelmarin.
"Gaddafi mungkin tidak mahu mendengar tetapi mereka di keliling beliau harus bijak mendengar."
NATO berkata tindakannya dilakukan di bawah mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melindungi orang awam daripada diserang tentera Gaddafi.
Namun, tindakan semakin agresif NATO memberi petanda badan itu mungkin akhirnya akan mengerah tentera ke bumi Libya.
Ahad lalu, rangkaian televisyen antarabangsa, Al Jazeera menunjukkan rakaman video kehadiran tentera asing – kemungkinan Britain di Misrata, bandar dikuasai pemberontak.
Britain dan Perancis sebelum ini berkata pihaknya akan meningkatkan pembabitan masing-masing di Libya dengan mengerah helikopter tempur untuk menyerang tentera Gaddafi. – Reuters
SHAH ALAM – Kenaikan tarif elektrik yang baru dengan kenaikan purata sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj) berkuat kuasa 1 Jun ini, bukanlah pada waktu yang sesuai.
Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd Khairun Aseh berkata, kenaikan tersebut bakal membebankan rakyat termasuklah golongan peniaga dan industri.
Katanya, walaupun kenaikan tarif elektrik itu tidak melibatkan pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan atau kurang, kesan kenaikan tersebut tetap akan dirasai rakyat berpendapatan rendah.
"Sudah pasti peniaga dan industri akan menghadapi peningkatan tarif elektrik yang diumumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan mereka dikhuatiri akan mengembalikannya semula kepada pengguna.
"Oleh itu, rakyat berpendapatan rendah tetap tidak akan selamat dengan kenaikan tarif yang katanya dikecualikan daripada mereka apabila peniaga dan industri yang memberi perkhidmatan mengembalikannya semula kepada pengguna," katanya.
Khairun cadangkan kerajaan mengenakan cukai kepada pengeluar tenaga elektrik persendirian dan pengeluar-pengeluar tenaga bebas (IPP).
Cadangan itu, katanya, antara alternatif lain yang boleh diberi perhatian serius oleh kerajaan agar tidak melibatkan rakyat berpendapatan rendah.
"Mungkin juga kerajaan boleh melaksana Akta Pencatutan 2010 sebagai jalan lain, selain meningkatkan kos barangan domestik," katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda MIC, T Mohan berkata, kenaikan itu tidak patut dilakukan pada waktu ini.
Katanya, ia adalah disebabkan rakyat masih berada pada takuk pendapatan yang sederhana, sedangkan kos sara hidup semakin meningkat.
"Jangan sentuh nadi rakyat. Kerajaan perlu mencari jalan yang lebih sesuai bagi menampung kos subsidi, itu tidak dinafikan, namun tidak perlu melibatkan kenaikan harga barang kegunaan domestik.
"Saya percaya masih banyak pembaziran elektrik akan berlaku sekalipun kenaikan tarif elektrik dilakukan. Namun sekiranya peningkatan itu alasan kepada peningkatan taraf ekonomi negara, ia mungkin boleh diterima," katanya kepada Sinar Harian.
Semalam, kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dan turut mengumumkan pemberian bekalan elektrik percuma kepada pengguna berpendapatan rendah yang menggunakan elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember tahun ini.
Pemberian bekalan elektrik percuma itu dijangka melibatkan kos sebanyak RM122 juta setahun bagi membiayai kegunaan 900,000 pengguna di Semenanjung.
Kenaikan tersebut juga bagi membolehkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur pembekalan elektrik yang lebih baik termasuk pengukuhan sistem penghantaran dan pengagihan.
THE HAGUE: Kemboja memulakan proses perundangannya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi mendapatkan perintah pengunduran serta-merta tentera Thailand dari kawasan kuil purba di Preah Vihear, semalam.
Timbalan Perdana Menteri, Hor Namhong, berkata Kemboja meminta ICJ segera menetapkan langkah mempertahankan keamanan serta mengelak meningkatnya konflik bersenjata di situ.
"Kemboja meminta mahkamah melaksanakan langkah menghalang sebarang tindakan pemusnahan kuil serta kawasan sekitarnya," katanya.
Hor memberi keterangan di depan 16 hakim yang bersidang di The Hague, semalam.
ZAMBOANGA CITY: Penculik di Basilan semalam mengancam memancung seorang tebusan mereka - budak lelaki berusia 16 tahun yang dilarikan di Lamitan pada 19 Mei lalu - kecuali keluarganya membayar wang tebusan.
Kakak mangsa, Janet Sebastian Tahil, berkata penculik menuntut bayaran sebanyak 2.5 juta peso (RM174,197) bagi membebaskan Nico Sebastian.
Nico dilaporkan hilang sejak pergi ke rumah kawannya pada 19 Mei lalu.
Pegawai polis Lamitan berkata, penculik terbabit membenarkan Nico bercakap dengan ibunya pada 26 Mei lalu dan dia merayu diselamatkan.
Kata Janet, penculik itu memberi mereka tempoh tiga hari untuk memenuhi tuntutan berkenaan.
"Jika tidak, Nico akan dipancung dan kepalanya akan dipos kepada kami," katanya.
KUALA LUMPUR, 30 Mei: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyeru belia agar mempertahankan Putrajaya di Himpunan Sejuta Belia, kelmarin membuktikan Umno BN cemas dengan kemaraan Pakatan Rakyat.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Umno BN berada dalam keadaan terdesak apabila kali kedua mengeluarkan seruan agar mempertahankan Putrajaya.
Kali pertama Najib membuat seruan tersebut dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Umno Oktober lalu.
"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Najib yang juga presiden Umno.
Nasrudin berkata, seruan kepada belia itu menunjukkan Pakatan Rakyat mempunyai pelaung yang cerah untuk menawan Putrajaya.
"Kenyataan itu jelas menunjukkan mereka (Umno BN) benar-benar tersepit dan terdesak dan apa yang paling peenting, kemaraan Pakatan Rakyat jelas memberi kesan kepada mereka.
"Apabila Perdana Menteri sendiri mengeluarkan amanah sedemikian kepada belia yang hadir, beliau sudah merasakan bahawa kedudukan Putrajaya terancam dan membuktikan peluang Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya semakin cerah," kata belia ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Mengulas mengenai himpunan itu pula, Nasrudin berkata, anak muda sekarang sudah celik maklumat dan tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji manis kerajaan sedangkan isu sebenar seperti peningkatan kadar pengangguran di kalangan belia cuba ditutup.
"Belia kini telah matang dan mempunyai infomasi yang lengkap. Sebagai "generasi Y" mereka rata-ratanya mesra cyber menyebabkan mereka mendapat maklumat kedua dan ketiga sebelum membuat keputusan dan penilaian
Oleh itu Umno BN tidak lagi mudah untuk memperdaya dan mempergula-gulakan mereka dengan pelbagai bentuk janji dan tawaran," katanya.
Pada perhimpunan Sabtu lalu, Najib mengumumkan beberapa habuan untuk memikat golongan belia, antaranya memperkenalkan khidmat sukarelawan, portal belia, ikon remaja dan mewujudkan 'youth park' di sekitar Putrajaya.
Beliau juga berkata kerajaan akan mewujudkan Parlimen Belia bagi mengetahui pandangan, cadangan dan citarasa golongan belia di negara ini.
Sementara itu, Nasrudin mahu Umno BN sedar bahawa bukan semua belia ikhlas menyokong mereka.
Buktinya kata Nasrudin, kehadiran belia ke perhimpunan tersebut jauh tersasar daripada jumlah yang sebenar, sejuta orang.
"Himpunan sejuta belia itu hanyalah dihadiri sekitar lapan ke sepuluh ribu ertinya jauh daripada sasaran sebenar.
"Ini sepatutnya menjadi iktibar kepada kerajaan Umno BN supaya baiki dasar dan juga polisi terhadap belia negara pada hari ini
Sebaliknya beliau berkata, kerajaan harus mengutamakan isu-isu sebenar yang membelenggu para belia.
"Sebagai contoh dari sudut kos hidup, peluang pekerjaan dan pendidikan, pentingnya belia ini dapat dibimbing untuk searas dengan pihak-pihak lain yang mengaut keuntungan dan kepentingan dalam negara kita.
"Sebagai contoh sektor kepimpinan negara, belia harus ditonjolkan dan diberikan peluang untuk menunjuk bakat dan berkhidmat untuk negara," katanya.
ROME: Inter Milan menewaskan Palermo 3-1 di Stadio Olimpico semalam untuk merangkul gelaran Piala Itali sekali gus menyelamatkan aksi hambar mereka sepanjang kempen musim ini.
Samuel Eto'o muncul wira Inter apabila menjaringkan dua gol untuk menambah koleksi jaringannya kepada 37 gol dalam semua pertandingan musim ini sekali gus mengatasi rekod terdahulu dengan kelebihan satu gol.
"Dalam bola sepak, apa yang paling penting ialah menang. Tanpa kemenangan, rekod saya tidak akan memberi sebarang makna," kata ketua pasukan Cameroon itu.
Bagi jurulatih Inter, Leonardo, ia adalah trofi pertama yang berjaya diraihnya selepas membimbing pasukan itu.
"Ini adalah keputusan yang sangat memuaskan bagi saya serta Inter selepas melalui musim yang turun naik," kata pengendali dari Brazil itu.
"Menamatkan musim ini dengan dua trofi sememangnya satu keputusan yang amat menakjubkan," katanya merujuk kepada saingan Kelab Piala Dunia yang dimenangi Inter pada Disember lalu ketika di bawah kendalian Rafael Benitez.
Ezequiel Munoz menyumbat gol pada lewat permainan untuk menghidupkan semula harapan Palermo, namun Diego Milito mengesahkan kemenangan buat Inter pada masa kecederaan. - AFP "Kami sudah melakukan yang terbaik tapi ia masih belum mencukupi. Jelas pasukan yang lebih berpengalaman memenangi saingan ini," kata jurulatih Palermo, Delio Rossi.
Pemain tengah Palermo, Giulio Migliaccio berkata: "Kami wajar untuk berasa bangga meskipun kalah kerana sudah memberikan segala-galanya, namun lawan ternyata mempunyai barisan pemain lebih hebat."
AMPANG: Hanya kerana menuntut bayaran minuman RM30, seorang lelaki berusia 49 tahun maut apabila ditumbuk bertubi-tubi seorang lelaki warga Britain.
Sebelum itu, lelaki terbabit tiba-tiba naik berang dengan insiden pergaduhan membabitkan mangsa dan seorang pelanggan wanita di sebuah restoran di Pandan Indah, di sini, awal pagi semalam. Difahamkan, lelaki yang juga abang kepada pemilik restoran berkenaan maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Sumber berkata, semuanya bermula kira-kira jam 1 pagi apabila seorang pelanggan wanita dipercayai warga Thailand menikmati minuman di restoran berkenaan.
"Wanita terbabit memesan minuman keras dan selepas meminumnya, dia mahu meninggalkan restoran berkenaan tanpa membuat bayaran.
"Bagaimanapun, tindakan wanita itu cuba dihalang mangsa, malah turut memujuknya supaya membayar minuman berkenaan. Ketika itu, wanita terbabit dalam keadaan mabuk," katanya.
Menurutnya, wanita berusia 20-an itu berdegil dan mahu terus beredar.
"Bengang dengan tindakan wanita itu, mangsa menarik tangannya untuk dibawa berjumpa pemilik restoran berkenaan.
"Malangnya, dalam pergelutan itu, seorang lelaki warga asing tiba-tiba menghampiri mereka dan menumbuk muka mangsa," katanya.
Beliau berkata, lelaki terbabit menumbuk mangsa bertubi-tubi beberapa minit walaupun mangsa menjerit dan meminta suspek berhenti menumbuknya.
"Lelaki terbabit hanya berhenti menumbuk mangsa selepas mendapati muka mangsa berdarah dan tidak bergerak.
"Orang awam yang menyaksikan kejadian itu menghubungi polis sebelum sepasukan polis tiba di tempat kejadian," katanya.
Sumber berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ampang, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Menurutnya, suspek direman enam hari dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
DHAKA: Seorang wanita Bangladesh berusia 40 tahun memotong alat sulit seorang lelaki ketika lelaki itu cuba merogolnya dan kemudian membawanya ke balai polis sebagai bahan bukti, kata polis di kawasan terpencil di negara ini, semalam.
Menurut polis, ibu tiga anak itu diserang ketika sedang tidur di gubuknya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer di selatan Dhaka pada malam Sabtu lalu. "Ketika suspek cuba memperkosanya, wanita itu memotong alat sulit lelaki itu dengan pisau. Dia kemudian membalut kemaluan lelaki berkenaan dalam plastik politena dan membawanya ke balai polis sebagai bukti jenayah," kata Ketua Polis Jhalakathi, Abul Khaer.
SEORANG pegawai melihat lubang besar di jalan raya yang 'menelan' sebuah lori di Changchun, China
CHANGCHUN - Tindakan sebuah lori melalui jalan raya yang merekah mengundang padah apabila jalan berkenaan tiba-tiba runtuh dan menyebabkan kenderaan itu terbenam ke dalam satu lubang besar.
Kemalangan itu berlaku Changchun, wilayah Jilin di timur laut China kelmarin.
Pemandu dan kelindan lori cedera dalam nahas tersebut, tetapi tiada laporan sama ada mereka parah atau sebaliknya.
Pihak berkuasa yang menyiasat kejadian tersebut mengesyaki lori berkenaan membawa muatan berlebihan semasa kejadian.
Terdapat sekitar 100,000 kematian pada setiap tahun akibat kemalangan jalan raya di China iaitu dua kali ganda lebih tinggi daripada Amerika Syarikat (AS). Sedangkan AS memiliki empat kali ganda lebih banyak kenderaan berbanding China. .
Tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.
"Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan," kata Chin di Putrajaya semalam.
Beliau berkata demikian ketika menjelaskan arahan kerajaan kepada Petronas supaya menaikkan harga gas asli daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga ia mencecah harga pasaran menjelang tahun 2016.
Pada sidang akhbar berasingan di Kuala Lumpur, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh (bawah, tengah) berkata FCPT bermakna pengguna terpaksa menanggung kos.
"Kerajaan akan juga melaksanakan mekanisma FCPT bagi sektor tenaga. Mengikut FCPT, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan.
"Sebarang perubahaan sama ada menaik ataupun menurun pada kos bahan api, khususnya gas, arang batu dan minyak akan ditanggung oleh pengguna," katanya.
BARCELONA - Barcelona mula berpesta selepas kejayaan skuad The Catalan menjuarai gelaran Liga Juara-Juara pada awal pagi Ahad lalu.
Barisan pemain bintang kelab gergasi Sepanyol itu diraikan oleh hampir 100,000 penyokong mereka di jalan-jalan utama di Barcelona sebe- lum mereka sekali lagi berpesta di Stadium Nou Camp.
PARA pemain Barcelona berarak di sekitar bandar Barcelona menuju ke Stadium Nou Camp bersama-sama trofi Liga Juara-Juara dan Liga Sepanyol kelmarin.
Terdahulu, Barcelona mengesahkan kejuaraann Liga Juara-Juara musim ini selepas berjaya mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Manchester United pada aksi final yang berlangsung di Stadium Wembley.
Kejayaan merangkul trofi paling berprestij di Eropah itu adalah yang kedua buat Barcelona dalam tempoh tiga tahun dan yang keempat secara keseluruhannya selepas berjaya memenanginya pada 1992, 2006 dan 2009.
Pesta barisan pemain skuad The Catalan bermula sejak mereka berlepas pulang ke Sepanyol dari London semalam apabila kapal terbang yang dinaiki mereka dihiasi warna rasmi kelab tersebut dan gambar kesemua pemain.
Sebaik tiba di Lapangan Terbang El Prat, barisan pemain Barcelona menaiki sebuah bas dua tingkat dan dibawa berarak di sekitar bandar Barcelona menuju ke Stadium Nou Camp bersama-sama trofi Liga Juara-Juara dan Liga Sepanyol.
Tiba sahaja di Stadium Nou Camp, lebih kurang 100,000 penyokong setia skuad The Catalan telah menunggu kehadiran wira-wira mereka termasuklah tiga pemain yang menjaringkan gol pada aksi final kelmarin iaitu Lionel Messi, David Villa dan Pedro.
Diiringi dengan percikan bunga api dan muzik 'rock', barisan pemain Barcelona diperkenalkan seorang demi seorang sebelum kelibat jurulatih, Pep Guardiola dan penolongnya, Tito Vilanova dilihat membawa trofi Liga Juara-Juara ke tengah padang.
Selepas ucapan ringkas daripada kapten, Carles Puyol dan Guardiola, Messi tampil menggegarkan arena Nou Camp dengan ucapannya.
"Tidak banyak yang saya ingin perkatakan selain mengucapkan jutaan terima kasih kepada kamu semua (penyokong-penyokong Barcelona) yang selama ini telah banyak menyo- kong kami (Barcelona).
"Diharapkan, lebih banyak kejayaan akan dicapai pada masa akan datang." kata Messi dalam ucapannnya itu.
Wira-wira Barcelona akan terus meraikan kejayaan tersebut apabila dijangka hadir menyaksikan konsert penyanyi Colombia, Shakira yang juga teman wanita kepada pemain pertahanan, Gerrard Pique di Stadium Olympic, Ahad ini.
Harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik, kata ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng.
Katanya, ini ekoran industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.
"Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Hasil daripada tekanan inflasi, Yeah berkata, kerajaan sebaiknya mengatur pemotongan subsidi untuk barangan yang berbeza-beza, sebagai contoh petrol.
"Sekiranya kerajaan memotong subsidi petrol sekarang, ia akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna," katanya.
Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bagi pengguna antara 301kW hingga 1000kW unit, tarifnya dinaikkan daripada 0.1 hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30 bermula 1 Jun.
Yeah berkata, pengumuman hari ini akan memberikan tekanan kepada kumpulan berpendapatan rendah walaupun jumlahnya mungkin kecil.
"Ia mungkin tidak signifikan namum ia menjadi perbelanjaan tambahan untuk golongan miskin dan perlu ditelan," katanya.
BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah apabila motosikal yang mereka tunggangi terlibat dalam kemalangan di Kilometer 147.5, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Juru di sini semalam.
ANGGOTA polis berkawal di lokasi Saw Ping mati akibat dirempuh Pajero dekat Plaza Tol Juru, Bukit Mertajam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, motosikal yang ditunggangi kedua-dua mangsa dikatakan telah dilanggar dari belakang oleh sebuah Proton Persona ketika berada di lorong kiri menyebabkan pasangan suami isteri itu tercampak ke lorong kanan.
Menurut sumber, ketika kejadian, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang berada di lorong kanan gagal mengelak lalu merempuh tubuh Ong Saw Ping, 36, menyebabkan wanita itu mati di tempat kejadian.
Suaminya, Tan Ee Siang, 37, pula cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya.
"Suami mangsa yang turut tercampak mengalami cedera parah dan telah dikejarkan ke hospital. Dia bernasib baik kerana tercampak agak jauh dari isterinya yang mati dirempuh Pajero tersebut," kata sumber itu.
KENYATAAN MEDIA Pejabat Ketua Penerangan PAS Negeri Perak.
Perkembangan mutakhir menunjuk kemungkinan besar tidak akan berlakunya pembubaran parlimen yang memberi laluan kepada PRU ke 13 berlangsung dalam masa terdekat.
Alasan pertama saya ialah langkah yang diambil dengan pengumuman pihak kerajaan yang tidak menaikkan harga minyak dilihat tidak memberi kesan positif untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada BN.
Walapun ianya dinafikan oleh pemimpin BN sebagai satu langkah yang diambil bagi mengelakkan BN semakin ditolak oleh rakyat, namun sangat jelas langkah tersebut adalah langkah yang ada kaitan dengan meredakan kemarahan rakyat kepada BN.
Tetapi rakyat Malaysia nampaknya sudah matang dan mereka tetap memahami padah sedang menunggu kalau BN menang pasti harga yang ditangguhkan akan dinaikkan juga..
Juga tiadanya jaminan minyak tidak di naikkan dalam tempoh tertentu semakin menjadikan penangguhan itu semakin tidak populer . Apalagi sudah ada yang memahami sepatutnya harga diturunkan seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat.
Realitinya isu tersebut yang di tegaskan oleh pimpinan PR adalah kesilapan dan kepincangan pengurusan kewangan negara oleh pemimpin BN menyebabkan isu itu memojokkan BN kekandang orang salah bahawa BN mesti di tolak dan dihukum.
Selain itu kenaikan tarif elektik yang telah diumumkan semalam dan tindakan mengapungkan harga gas asli merupakan langkah yang juga menyebabkan BN semakin tidak populer . Kenaikan tarif elektrik akan dirasai oleh rakyat sekitar sebulan dari sekarang.
Kenaikan itu bagi saya tetap menjadi isu besar kepada rakyat dan ianya memberi kesan kepada kenaikan harga barang lain akan berlaku seperti cendawan tumbuh selepas hujan kerana kenaikan tarif elektrik.
Himpunan sejuta belia juga tidak memberi jaminan besar kepada Najib supaya kumpulan itu akan bersamanya bagi pertahankan Putrajaya. Kehadiran yang sangat kecil ternyata mengecewakan Najib walapun dia cuba menyogok belia dengan berbagai tawaran manis yang tidak tahu kesudahannya.
Tambahan pula tidak semudah itu untuk menyeret golongan belia bagi mempertahan kejahatan dan kepincangan yang selama ini dilakukan oleh BN selama memerintah negara. Mereka adalah kelompok yang matang dan punya pendidikan serta terdedah kepada dunia maklumat media baru yang sentiasa panas, benar dan segar.
Selain itu pergolakan dalam batang tubuh BN termasuk UMNO semakin hari semakin panas walaupun mereka menangguh mesyuarat agung tahunan mereka . Persaiangan merebut jawatan tetap berlaku dan kegusaran sesetengah ketua bahagian kalau mereka tidak dicalonkan menambahkan lagi kekusutan dalam batang tubuh UMNO.
Media pro UMNO juga menyiarkan beberapa pergolakan dalam dalam UMNO yang nampaknya tidak dapat di tutup lagi antaranya seperti yang berlaku pada UMNO Sabah sebagaimana yang didedahkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Namun ianya cuba diredakan oleh Salleh Keruak yang menafikan wujud perang dingin antara pemimpin-pemimpin tertentu dalam UMNO Sabah dengan katanya semua bersatu di bawah Pengerusi UMNO yang juga Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.
Begitu juga dalam keghairahan BN untuk merampas kembali Pulau Pinang bertiup berita pergolakan yang berlaku dalam parti Gerakan sehingga Timbalan Presiden nya, Ko Youn menafikan ada usaha untuk menyingkir Presiden Parti, Tsu Koon. Ko Youn juga cuba menafikan dakwaan semakin ramai tidak berpuas hati dengan Tsu Koon.
Serangan kepada pimpinan PR dari segenap penjuru dengan pelbagai senjata termasuk dengan cara yang diharamkan selama ini oleh Islam dan undang-undang negara nampak nya tidak memberi kesan yang terbaik.
Bayangkan Malaysia sudah menjadi negara porno bila penayangan video lucah oleh trio Datuk T yang pada mulanya melibatkan individu terpilih telah bertukar kepada sebaran di youtube . Paling memalukan bila ianya diedarkan dimerata tempat pada waktu ini.
Akhbar dan media pecacai BN juga sudah bertukar sama menjadi media porno dengan memberi liputan meluas kepada isu tersebut.
Serangan bertalu-talu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz, DS. Anwar, dan pimpinan PR yang lain nampaknya membawa impak kepada kesepakatan PR yang lebih utuh. Sedang apa yang diharapkan PR berpecah seperti isu PAS cerai DAP, UMNO bersatu dengan PAS dan sebagainya namun semuanya gagal.
Malang sekali semuanya itu masih tidak berpihak kepada BN. Malah rakyat semakin benci kepada BN akibat dari perbuatan tidak bermoral pemimpin UMNO bagi mengaibkan pimpinan PR.
Isu negara Kristian juga tidak menjadi walaupun kemuncaknya raja katak sudah bertukar menjadi panglima perang salib. Ibrahim Ali yang lebih sudu dari kuah itu nampaknya menjadi alat untuk menarik sokongan melayu kepada UMNO walaupun dengan ucapan yang mengancam keselamatan negara.
Kesimpulannya banyak perkara yang saya huraikan diatas menggambarkan pecutan akhir yang cuba dilakukan oleh Najib sebelum mengumumkan tarikh PRU 13 semacam gagal semuanya, walaupun masih tidak dinafikan masih ada penyokong tegar BN yang terhibur dan percaya semuanya.
Kerana itu bagi saya Najib tidak akan mengumumkan tarikh dalam tempoh terdekat namun Pakatan Rakyat sentiasa bersedia untuk menghadapi kemungkinan seperti yang dikehendaki oleh Muhyiddin supaya PRU diadakan dalam tempoh terdekat.
Apalagi PAS yang akan bermuktamar pada hujung minggu ini nampaknya melonjakkan kedudukan PAS sebagai parti yang diperhatikan khusus oleh orang Islam dan Melayu. Pemilihan pucuk kepimpinan parti PAS sempena muktamar kali ini bagi saya menyebabkan ia nya menjadi perhatian ramai dan menyebabkan PAS semakin dikenali.
BN nampaknya gusar dengan kekuatan dan keutuhan perpaduan dalam PAS yang memilih tanpa mengeluarkan wang jutaan ringgit seperti yang berlaku dalam batang tubuh UMNO. Perwakilan memilih berdasarkan siapa yang layak bukannya siapa yang bagi lebih diberi makan dan habuan.
Pimpinan PAS yang akan terpilih bagi sesi 2011-2013 pada hujung minggu ini adalah mereka yang dipilih menjadi "Panglima Perang" bagi menngalahkan UMNO dan BN sekaligus merelisasikan hasrat besar PR menawan Putrajaya.
Selain itu muktamar PAS pasti akan bergema dengan perbahasan dari awal hingga akhir termasuk bagi semua sayap parti mengenai persiapan pilihanraya yang pastinya akan melonjakkan semangat jihad seluruh petugas parti bagi memastikan BN akan jadi pembangkang selepas PRU 13.
Rakyat juga seluruhnya sudah bersedia untuk jatuhkan BN dan meletakkannya kekerusi pembangkang. Kalimat ini saya cadangkan diulang sebanyak mungkin oleh pemimpin PR supaya ia terpahat dan menjadi moto PRU akan datang.
Kerana itu lambat atau cepat adalah sesuatu perkara yang kita cuma jangkakan. Tetapi hasrat besar PR untuk berada di Putrajaya dan meletakan BN ke kerusi pembangkang mesti direalisasikan. Ianya hanyalah boleh direalisasikan dengan keraja kuat secara berterusan oleh semua petugas PR tanpa rasa penat dan lelah.
Ingatlah inilah peluang yang terbaik untuk kita pastikan Malaysia di selamatkan dari kemusnahan dalam segala bidang kesan dari dosa dan kepincangan pemerintahan BN lebih 50 tahun.
Kenyataan Media,DRS. KHALIL IDHAM LIM,PARIT BUNTAR, 31 Mei 2011.
KUALA LUMPUR: Kerajaan terlebih dahulu perlu membanteras amalan pembaziran, ketirisan dan rasuah keterlaluan sebelum meminta rakyat menanggung beban subsidi.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan Umno-Barisan Nasional juga perlu bersedia mengkaji semula subsidi dan pampasan besar diperuntukkan kepada syarikat kroni seperti Tenaga Pengeluar Bebas (IPP) dan konsesi lebuh raya, sebelum memindahkan beban itu kepada rakyat.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bahawa rakyat perlu bersedia menanggung sebahagian kos subsidi yang kini ditampung kerajaan.
"Sebelum Muhyiddin meminta rakyat menanggung semua kos subsidi, kita minta dua perkara daripada kerajaan BN. Pertama kawal semua pembaziran, ketirisan dan kawal amalan rasuah yang begitu berleluasa.
"Kedua, kaji balik subsidi yang tinggi diberikan kepada sektor pengeluaran tenaga seperti Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) kerana kerajaan memberikan subsidi yang begitu tinggi dan membebankan rakyat," kata Saifuddin.
"Sebelum meminta rakyat memikul beban yang ditanggung kerajaan, dia sendiri perlu meminta perdana Menteri, Najib dan jemaah menteri supaya tidak boros dan melakukan pembaziran," ujarnya kepada keadilandaily.com..
Saifuddin dalam pada itu turut menangkis kenyataan Muhyiddin, bahawa pengekalan harga bahan api seperti petrol RON95, gas asli cecair (LPG) dan diesel menunjukkan kerajaan prihatin dengan masalah rakyat.
"Mengekalkan harga dari kenaikan sebelum ini, bukan bermakna kerajaan tidak akan menaikkan harga bahan api. Kita pasti kerajaan akan menaikkan harga selepas mereka menang pilihan raya.
"Jadi rakyat Malaysia jangan tertipu dengan tindakan kerajaan mengekalkan harga bahan api pada masa ini kerana mereka pasti akan menaikkannya selepas pilihan raya," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Machang.
Kerajaan pimpinan Umno-BN sebelum ini dilihat begitu boros dengan melakukan pembaziran wang rakyat, antaranya pembinaan Menara Warisan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion.
Ketika rakyat dihimpit dengan peningkatan kos, kerajaan pimpinan Najib juga tidak segan silu membelanjakan sebanyak RM6 bilion untuk membeli enam kapal peronda pesisir pantai.
Malah, kerajaan juga mampu meluluskan kontrak sebanyak RM77 juta kepada syarikat pro Israel, Apco bagi tujuan perunding perkhidmatan komunikasi.
Senarai pembaziran Umno-BN terlalu panjang untuk disenarai, termasuk pembaziran yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak yang membelanjakan sebanyak RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke luar negara, sepanjang menjadi perdana menteri.
Malah, Najib juga gagal mengawal tabiat isterinya Datin Seri Rosmah Mansur yang gemar berbelanja besar seperti menghabiskan RM4.5 juta hanya untuk mengadakan sidang wanita pertama di Kuala Lumpur tahun lalu.
Rosmah turut membelanjakan lebih RM100,000 semalam hanya untuk menginap di hotel Atlantis di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu ketika mengadakan lawatan ke negara berkenaan.
SHAH ALAM 30 MEI: Reputasi dan kredibiliti pimpinan yang menjadi tunjang dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang merupakan antara parti terawal di Malaysia, tidak mudah dipengaruhi atau diganggu gugat oleh elemen luar, menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
Ini kerana, ketokohan dan disiplin yang diterapkan dalam jiwa setiap ahli parti itu menjadikannya sebagai sebuah entiti yang matang dan tidak gentar dilanda badai.
Meskipun bergabung di bawah satu nama yang menyatukan parti tersebut bersama PKR dan DAP di bawah satu wadah perjuangan yang sama, namun menurut Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang, masing-masing menghormati sejarah perjuangan setiap parti terutama PAS, yang jauh lebih berpengalaman.
Kenyataan Saifuddin itu sekaligus menyangkal dakwaan bahawa PKR dan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebagai faktor wujudnya pembahagian puak dalam PAS seperti yang dibangkitkan pihak pro Umno-Barisan Nasional mutakhir ini.
"Suatu parti (PAS) yang matang tidak boleh dipengaruhi mana-mana elemen yang dikaitkan dengan elemen luar apatah lagi dengan pengaruh Anwar Ibrahim.
"Tidak pernah menjadi amalan Anwar atau parti Keadilan sendiri untuk campur tangan dalam urusan rumah tangga parti lain," kata Saifuddin ketika dihubungi Tv Selangor.
Menjelang Muktamar PAS ke-57 hujung minggu ini, media pro Umno-BN dilihat sering kali menuding jari ke arah Anwar dan PKR sebagai faktor wujudnya puak 'erdogan' dalam parti yang ditubuhkan sejak 31 Mei 1955 itu.
Malah ada pihak yang turut berani mempersoalkan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Ketua Pembangkang dari tuduhan liwat kedua dan rakaman video seks selain menyifatkan beliau meletakkan PAS dalam bahaya.
PAS sebelum ini menolak tanggapan kononnya wujud dua kumpulan dalam barisan kepimpinan parti Islam itu yakni persaingan antara pihak pro Anwar dengan golongan ulama yang dilihat 'berpengaruh'.
Malah PAS menegaskan yang wujud hanyalah kelainan pendekatan yang digunakan untuk mendapatkan sokongan ahli dan rakyat dalam parti itu.
Saifuddin kemudiannya menegaskan bahawa asas penubuhan yang didokong setiap parti komponen dalam Pakatan Rakyat juga berbeza, sekaligus tidak mengganggu atau mempengaruhi perkembangan setiap parti.
Jelasnya lagi, fokus utama Pakatan Rakyat adalah untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN yang semakin tidak relevan kepada masyarakat majmuk negara ini termasuk menjaga kepentingan bersama.
"Asas kerjasama dalam Pakatan Rakyat ialah Barisan Nasional adalah musuh utama. Jadi kita tidak bercakap asas parti. Mustahil parti PAS, DAP dan Keadilan boleh disatukan dengan polisi yang sama.
"Tetapi atas nama Pakatan Rakyat kita ada satu persamaan iaitu musuh kita yang satu (BN) dan kita memperjuangkan prinsip keadilan sejagat. Jadi siapa pun kepimpinan yang dipilih oleh PAS, saya yakin kerjasama dalam Pakatan Rakyat akan hanya diperkuatkan dan tidak akan terjejas sama sekali," ujar beliau lagi.
Dalam pada itu, calon Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kecaman media terutama akhbar Utusan Malaysia mengenai ulasan Nik Aziz terhadap pemfitnah Anwar perlu diabaikan.
Ini kerana menurut beliau laporan yang disiarkan hanya bertujuan untuk memburukkan imej penasihat parti itu.
"Tidak perlu komen sebab (laporan) seperti tidak siuman. Tak perlu ulas," katanya.
Rakyat bakal berdepan risiko berganda sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) masih diberi peluang mentadbir negara selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Padah yang bakal ditanggung rakyat antaranya kenaikan harga petrol RON95, diesel dan LPG biar pun kenaikannya ditangguh sementara sekarang.
Lebih membimbangkan lagi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diketepikan sebelum ini akan dilaksanakan sepenuhnya apabila rakyat memberi kuasa politik kepada BN.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, bebanan besar bakal ditanggung rakyat akan menjadi kenyataan sekiranya BN masih diberi mandat pada pilihan raya umum nanti.
"Ini kerana keputusan kerajaan tidak menaikkan harga RON95, diesel dan LPG hanya sebagai taktik memenangi hati rakyat semata-mata.
"Pengumuman tersebut dilakukan bertujuan mengelakkan BN tidak lagi menjadi pilihan rakyat dalam pilihan raya umum nanti,".
Baru-baru ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor menafikan tindakan kerajaan tidak menaikkan harga RON95 ada kaitan dengan pilihanraya umum.
keputusan kerajaan BN menangguhkan kenaikan harga bahan api dan LPG sebagai menandakan pilihanraya imum ke-13 semakin hampir sekarang.
AMK berhujah kenaikan harga barang pastinya tidak lagi terkawal selepas pilihan raya umum nanti apabila BN masih memiliki kuasa politik.
"Rakyat jangan terpedaya dengan taktik menunda kenaikan harga RON95, diesel dan LPG sekarang. BN perlu dihalang daripada terus menindas rakyat,".
Menurutnya juga bebanan kehidupan rakyat semakin berat sekarang berikutan keputusan kerajaan sebelum ini menaikkan harga barangan keperluan harian termasuk gula dan memperkenalkan tarif baru elektrik.
"AMK mencabar Perdana Menteri supaya subsidi kepada syarikat besar penjana bebas elektrik (IPP) dimansuhkan bagi membolehkan subsidi itu digunakan untuk rakyat,".
Sekarang hampir 34 peratus warga pekerja di Malaysia yang berjumlah 4 juta dibayar gaji kurang RM700 sebulan, manakala 40 peratus rakyat berpendapatan kurang RM1500 sebulan.
Azihan juga berharap rakyat perlu bersatu-padu berjuang memastikan kuasa yang dimiliki kerajaan BN sekarang tidak lagi disambung hayatnya selepas pilihan raya umum ke-13.
"Rakyatlah yang akan menjadi tuan yang sebenar dalam menentukan situasi negara pada masa depan. Silap percaturan mereka akan menerima padah,".
Malaysiakini melaporkan:Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.
Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.
Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.
Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.
Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.
Sebelum ini, agensi berita nasional itu melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang ini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting.
Meskipun Muktamar PAS ke-57 belum memulakan tirai secara rasminya 1 hingga 5 Jun ini, namun aspirasi perjuangan dari muktamar yang dicetuskan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-56 di Kelantan 13 Jun 2010 membawa makna yang sangat besar dalam usaha Pakatan Rakyat menuju Putrajaya.
Peringatan dalam lafaz penggulungan yang disematkan Ustaz Hadi membungkam semangat juang yang tinggi para perwakilan dan ahli PAS untuk sama berikrar memperkukuhkan parti bersama Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dari tangan BN.
Laungan Ustaz Hadi "Adakah anda tahu Putrajaya? Adakah anda pernah ke Putrajaya? Suatu hari kita akan mengambil alih Putrajaya," mempersona seluruh perwakilan yang menyahut dengan laungan Takbirr "Allahukahbar" ketika itu.
Kelangsungan ucapan Ustaz Hadi membawa kepada pelan bertindak yang telah disenaraikan dalam ucapan dasarnya dan dijalankan gerak kerjanya itu sepanjang tahun 2010 hingga 2011.Perjalanan penuh berliku PAS mengharugi pasca Muktamar 56 membawa satu dampak baru kepada parti ini untuk melakar perjalanan Muktamar ke-57 Jun ini dengan wajah yang jauh meyakinkan.
Setelah ucapan dasar dihadam dan diperbahaskan oleh perwakilan yang datang dari pelbagai latar belakang termasuk dari bukan Islam, gagasan "Islam Adil Untuk Semua" telah diterjemahkan pasca Muktamar ke-56 untuk menjadi santapan dalam menggerakkan strategi.
Lihat sahaja pada pilihan raya umum Negeri Sarawak (PRN) pada dua bulan lalu yang memberikan satu suntikan kuat kepada PAS yang mampu memberi saingan sengit kepada BN di sana termasuk hampir menang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Beting Maro.
Sambutan masyarakat bukan Islam dari kaum Dayak, Iban dan sebagainya di sarawak membuktikan PAS boleh diterima dengan idea 'Islam Adil Untuk Semua' yang disematkan Ustaz Hadi pada muktamar lalu di Kelantan.
Idea yang sangat baik disampaikan Ustaz Hadi ini sedikit sebanyak telah dilunaskan dengan pendekatan-pendekatan yang telah digariskan setiap dewan, dan PAS Pusat untuk memastikan gerak kerja menjelang pilihan raya umum ke-13 bertambah mantap.
Kesan dari gerak kerja memantapkan sokongan, PAS berjaya menjadi 'pesaing sengit' dalam setiap pilihan raya yang dihadapi, lebih-lebih lagi di Sarawak dengan BN sendiri terasa kehadiran PAS 'mengugat' PBB di sana.
Yang pentingnya, pelan bertindak harus digariskan lagi dan perlu sama-sama juga digarab dalam Muktamar ke-57 untuk memfokuskan usaha menarik undi tradisi PAS iaitu dikalangan orang Melayu Islam sementara meneruskan kerjasama dengan bukan Islam.
Benar seperti kata Adun Titi Serong, Drs Idham Lim Abdullah, PAS atau mana-mana komponen Pakatan Rakyat kini perlu menumpukan terus 'serangan' kepada musuh iaitu Umno/BN.
PAS juga harus melaksanakan beberapa inisiatif baru yang mensasarkan segmen pengundi seperti golongan belia, wanita dan warga emas.
Usaha mendaftar ahli baru (Gempa) yang dicanangkan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan dalam Muktamar ke-56 yang lalu harus dibincangkan semula dalam Muktamar ke-57 dengan memfokuskan kepada sejauhmana pencapaiannya dan sejauhmana golongan sasar dapat didekati sayap parti ini.
Apakah gerakan Gempa yang mensasarkan kira-kira 2.2 juta golongan muda yang layak mengundi tetapi belum lagi mendaftar telah tercapai, ianya harus dibincangkan.
Demikian juga di peringatan Muslimat PAS dimana dalam muktamar yang lalu, Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh mendambakan ahlinya istiqamah membantu parti dalam menggerakkan massa apakah kesan besarnya dan bagaimana hasilnya.
Malah harus juga diingatbakan bagaimana gerakan mentarbiyah dan memperkasakan parti seperti yang dilaungkan Dewan Ulama PAS Pusat dalam muktamar lalu dan seterusnya semasa membawa usul ke Muktamar Pusat adalah faktor penting untuk menentukan kejayaan menawan Putrajaya nanti satu kejayaan yang hakiki.
Hanya dengan dasar Islam yang syumul, dan keadilan yang dijanjikan oleh Islam, sesebuah gerakan itu akan menuju ke mercunya dengan pengertian yang sebenar.
Paling penting, muktamar yang juga akan terselit di dalamnya agenda memilih kepimpinan baru sessi 2011-2013 tridak harus menjadi ladang yang mencetuskan permusuhan sesama sendiri seperti yang berlaku dalam Umno-BN
Sebaliknya pemilihan kali ini harus menjadi satu lapangan melahirkan kepimpinan yang berjiwa besar, ukhuwwah yang mantap yang boleh merencana satu pelan bertindak dan melaksanakan pelan itu ke arah menjadikan PAS parti 'Menggantikan Umno'.
BN gagal untuk menjalankan tugas menjaga kepentingan rakyat. Pemimpin sudah lari daripada tanggungjawab sebenar sebagai seorang pemimpin kepada rakyat. Sepatutnya sebagai pemimpin yang menjadi khadam rakyat perlu mencari formula bagaimana hendak menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat.
Realiti kesusahan rakyat
Kenaikan harga barang keperluan rakyat seperti bawang merah RM7.00, bawang putih RM8.00 sekilo, sayuran,ikan dan minyak masak.
Baru-baru ini di negeri Pahang minyak masak tidak ada di pasaran, sedangkan Pahang pengeluar sawit terbesar di negara ini.
Pada tahun 2010 harga gula telah naik sebanyak 55%. Pada Jan 2010 harga gula hanya RM1.10 sekilo telah naik sebanyak tiga kali, bulan januari 20 sen, julai 25 sen dan 4 disember 20 sen, sehingga mencecah RM2.10 sekilo. Pada 10 Mei 2011 gula naik lagi 20 sen menjadi harga RM2.30 sen.
Mulai 1/1/11 Persatuan Kedai Kopi WP/Selangor menaikkan harga minuman RM1.20 kepada RM1.40 sen secawan.∙
Kenapa harga barang naik
Pemimpin bukan berjiwa rakyat, tidak fikir masalah rakyat. Mereka hanya membela kroni dan anak pinak sahaja. Mereka tidak terasa keperitan kerana yang menanggung keperluan mereka ialah rakyat.
Rasuah meningkat, meyebabkan harga jualan meningkat kerana terpaksa membayar rasuah oleh peniaga akhirnya bebanan kos rasuah ditanggung oleh pengguna (rakyat).
Pemimpin tidak kreatif untuk memajukan hasil bumi walaupun Malaysia negara yang subur sehingga kadar import makanan terlalu tinggi sedangkan bumi Malaysia cukup subur.Nilai import makanan meningkat mendadak daripada tahun 2005 sebanyak RM17.7 bilion kepada RM26.7 bilion pada tahun 2009. Import makanan menjadi tinggi kerana andaian lebih ekonomik tanah didirikan industri daripada memajukan pertanian.
Unsur untuk mengutamakan kroni melalui permit import makanan menyebabkan kos naik mendadak, akhirnya beban ditanggung oleh rakyat.
Tidak ada keberkatan daripada Allah kerana banyak maksiat dan perkara munkar berlaku berterusan.
Pelabur tidak yakin kerana rasuah, menyebabkan ekonomi mengucup.
Alasan untuk membodoh rakyat
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Hal Ehwal Pengguna berkata rakyat digalak menanam sayur-sayuran untuk meringan beban keluarga.
Datuk Seri Ismail Sabri berkata "bawang naik kerana di India banjir. (UM 7/1/11).
Datuk Seri Ismail Sabri marah kepada peniaga kerana membuat spekulasi sehingga harga barang melambung. (UM 8/1/11)∙
Datuk Seri Ismail Sabri mengarahkan supaya kurangkan makan manis supaya kurangkan makan gula dan rakyat makan makanan rebus sahaja.∙
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mencadangkan supaya negeri Pakatan Rakyat menurunkan harga barang. (UM 16/1/11)
Datuk Tan Lian Hoe memberi alasan pergolakan politik dunia seperti di Libya menyebabkan harga barang naik. (Bernama 27/2/11)
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daging mahal kerana Australia (Queensland) banjir. (UM 5/3/11)
Negara akan bankrap jika subsidi tidak dihentikan.
Barang naik kerana rakyat di negara ini semakin ramai maka permintaan melebihi tawaran. (UM 5/3/11)
Pemimpin mengeluarkan slogan "Ubah Gaya Hidup Anda" untuk kempen jimat cermat.
Datuk Seri Ismail Sabri cuba bermain wayang dengan kenyataannya "Kerajaan berusaha untuk pastikan barang tidak naik dan tidak akan hapus subsidi. (Ismail Sabri, Bernama 5/3/11)
Jawapan kepada pemimpin Pak Pandir
PAS bersetuju rakyat kurang makan manis, tetapi bagaimana pula rakyat yang berniaga kuih mesti cukup rasa.
Memang kerajaan perlu menaikkan harga gula, tepung, minyak masak untuk elak negara bankrap pada tahun 2019 seperti kenyataan Datuk Idris Jala, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
Pemimpin negara tidak kisah kerana semua keperluan mereka rakyat tanggung.
Alasan kerajaan kenapa harga minyak naik
Gunakan istilah penyelarasan, bukan kenaikan supaya rakyat boleh ditipu.
Arahkan media jangan letak perkataan "naik", tetapi gunakan perkataan "penyelarasan".
Datuk Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan berkata "supaya minyak tidak diseludup ke negara jiran".
Harga minyak di negara ini lebih murah daripada negara jiran.
Datuk Tan Lian Hoe, rakyat perlu terima kasih kepada kerajaan kerana hanya menaik minyak 5 sen sahaja sepatutnya banyak lagi∙
Harga minyak di peringkat antarabangsa naik maka Malaysia juga terkesan.
Wang subsidi minyak akan digunakan untuk memajukan pengangkutan awam.
Wang subsidi yang ditarik akan membantu rakyat miskin.
Jawapan untuk pemimpin Pak Pandir
Jangan bandingkan dengan Singapura, kerana ia bukan negeri pengeluar minyak. Kena banding dengan negara pengeluar minyak seperti Brunei, Iran, Saudi, Bahrain.
Walaupun minyak mahal di Singapura, rakyatnya masih mampu kerana taraf hidup rakyatnya tinggi.
Jika minyak peringkat antarabangsa naik, Malaysia tentu beruntung kerana negara kita pengeluar minyak. Petronas telah membayar cukai kepada kerajaan daripada tahun 2007-2010 sebanyak RM325 bilion (setiap tahun kerajaan dapat RM80.1 bilion). Jika kerajaan ambil RM14 bilion untuk subsidi masih berbaki RM76.1 bilion. Kenapa kerajaan boleh beri subsidi untuk IPP sebanyak RM19 bilion setahun. Semata-mata kerana kroni. Rakyat ditekan dengan kenaikan harga barang.
Tidak adil wang subsidi minyak ditarik hanya untuk memajukan perkhidmatan awam di bandar, sedangkan harga minyak di kampung sama seperti di bandar.
Perdana Menteri dan anggota kabinet Britain dan Singapura mengumumkan pemotongan gaji dan elaun mereka tapi di Malaysia, Perdana Menterinya mengumumkan pemotongan subsidi untuk rakyat.
Bagaimana PR mengawal harga barang
Insya Allah, jika mandat diberikan kepada PR untuk memerintah di peringkat pusat kita mampu memberi yang terbaik untuk rakyat.
Mengambil model kerajaan Kelantan yang berjaya menguruskan negeri hampir 21 tahun walaupun mengalami kekangan kewangan tanpa terencat untuk merakyatkan ekonomi melalui program kebajikan seperti kifalah, skim al ziwaj (bantuan perkahwinan), bantuan beras secara bulanan kepada orang miskin. Sekarang negeri Kelantan termiskin nombor enam, berbanding ketika mula-mula memerintah nombor dua.
Kedah negeri yang terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM2.3 bilion telah berjaya mencipta sejarah dengan lebihan wang RM19 juta pada tahun 2010. Jika Kedah pun mampu membuat lonjakan sudah barang pasti jika PR memerintah pusat, sudah tentu boleh membela rakyat dengan pendapatan negara yang melimpah ruah.
Berusaha untuk memerangi rasuah yang berlaku di dalam negara, seperti laporan Ketua Audit Negara 2008 yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM28 bilion, alangkah baiknya wang ini digunakan untuk rakyat.
Model pengurusan kewangan dan menjaga kebajikan rakyat di negeri maju seperti Selangor dan Pulau Pinang boleh dijadikan contoh jika PR memerintah kerajaan pusat.
Memerangi ketirisan dan pembaziran adalah satu cara untuk memastikan manfaat kemewahan di pulangkan kepada rakyat. PR tidak akan mengulangi pembaziran wang rakyat seperti Majlis Bandaraya Bersejarah Melaka yang membina dua tandas awam berharga RM190,000.
Mengoptimumkan penggunaan tanah yang subur untuk menghasilkan bahan makanan supaya wang negara tidak mengalir keluar. Lebih daripada itu ia menjadi satu keselamatan makanan tanpa bergantung kepada negara luar jika berlaku bencana di dalam negara.
Menarik balik subsidi kepada Penjana Kuasa (IPP) sebanyak RM19 bilion dan diagih kepada 27 juta rakyat supaya dapat menyekat kenaikan keperluan rakyat.
Ini adalah sebahagian daripada jawapan untuk membuktikan bahawa BN turun, barang turun. BN naik, barang naik, banyak naik dan binasa negara.
Jalan maut di kawasan Gemas Aduan Rakyat Online May 30th, 2011
ShareSaya rasa bertanggung jawab untuk menyampaikan pekara ini kepada umum,jalan di antara Sungai Kelamah ke Pekan Gemas dan jalan dari pasir besar ke Gemas ada lah amat merbahaya kepada penguna jalan raya di sebabkan banyak kayu yang jatuh di atas jalan.
Ini adalah disebabkan banyak lori yang membawa kayu ke kawasan kilang dengan muatan yang berlebihan dan menyebabkan kayu yang tidak di ikat dengan betul jatuh ke atas jalan ini akan menyebakan penunggang motor boleh tersungkur di atas jalan dan cermin kereta pecah di timpa kayu mungkin berlaku.
Kepada mereka yang ada kuasa tolong lah ambil tindakan sebelum keluarga kamu menjadi mangsa atas perbuatan yang tak patut berlaku.
Anjing liar berkampung undang bahaya Aduan Rakyat Online May 30th, 2011
Salam sejahtera,
Di Jalan Sikamat-Pantai, Jelebu, Negeri Sembilan di sini, umpama "kampung" bagi anjing liar dan terbiar. Saya terpanggil untuk mengajukan aduan ini kerana pihak yang bertanggungjawab menguruskan hal ini sekian lama bersikap sambil lewa.
Masalah ini sekiranya dibiarkan sepi tanpa sebarang tindakan akan mengundang padah kepada pengguna jalan di sini. Hampir setiap hari ada saja anjing yang mati digilis dengan kenderaan yang lalu-lalang di situ, malah tidak terkecuali juga kenderaan yang hampir terbabas & nyaris kemalangan akibat mengelak haiwan yang tidak diundang ini. Berapa lama lagi pihak berwajib perlu menunggu untuk mendapat berita kes kemalangan maut di situ?, kemudian barulah diambil tindakan.
Lebih membahayakan lagi, kawasan terbabit terlalu hampir dengan kawasan-kawasan perumahan sekitar Sikamat. Anjing-anjing yang terdiri daripada pelbagai jenis ini, seringkali ber"santai" ditepi-tepi jalan, kadangkala di tengah jalanraya!, bersama-sama anak-anak anjing yang masih kecil. Bukankah keadaan ini akan lebih memburukkan lagi masalah pengguna jalan raya di sini akibat komuniti anjing yang kian bertambah.
Pelajar-pelajar sekolah rendah & menengah dari sekitar Pekan Pantai juga kerap menggunakan jalan di sini kerana ia merupakan jalan alternatif ke sekolah-sekolah yang terletak di Bandar Seremban. Saya selalu memikirkan tentang keselamatan anak-anak ini berulang -alik ke sekolah dengan melalui jalan yang penuh dengan anjing yang seperti menunggu mangsa untuk dibaham.
Saya berharap, pihak yang terbabit dengan masalah penduduk ini segera menghulurkan tanggungjawab anda supaya kejadian yang tidak diingini berlaku. Jangan sudah terhantuk, baru nak terngadah. Lebih baik hulurkan tanggungjawab, daripada hulurkan bantuan setelah jadi mangsa kelak.
ADUN -ADUN Pakatan Rakyat mengalu-alukan rakyat Johor khususnya untuk menyampaikan maklumat, permasalahan rakyat atau soalan-soalan untuk dibawa ke dalam Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Johor.
Sila hubungi wakil rakyat Tuan/Puan.
Dari kiri: YB Gwee (Bentayan), YB Ong (Senai), YB Dr Boo (Skudai),
YB Dr Sheikh Ibrahim (Sg Abong), YB Dr Mohammad (Maharani) dan YB Ng (Mengkibol).
Sila ambil perhatian:
INI MUNGKIN MESYUARAT PERTAMA DAN TERAKHIR PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE - 12 sebelum PRU 13.
Hari Persidangan untuk pertama kalinya disingkatkan hanya selama 7 hari sahaja (masanya pagi dan petang)
Sebelum ini secara tradisinya Mesyuarat Pertama Dewan Negeri Johor adalah selama 12 atau 13 hari (pagi sahaja).
Mungkinkah PRU 13 akan diumumkan pada bulan Julai 2011 ???
Harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik, kata ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng.
Katanya, ini ekoran industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.
"Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Hasil daripada tekanan inflasi, Yeah berkata, kerajaan sebaiknya mengatur pemotongan subsidi untuk barangan yang berbeza-beza, sebagai contoh petrol.
"Sekiranya kerajaan memotong subsidi petrol sekarang, ia akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna," katanya.
Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bagi pengguna antara 301kW hingga 1000kW unit, tarifnya dinaikkan daripada 0.1 hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30 bermula 1 Jun.
Yeah berkata, pengumuman hari ini akan memberikan tekanan kepada kumpulan berpendapatan rendah walaupun jumlahnya mungkin kecil.
"Ia mungkin tidak signifikan namum ia menjadi perbelanjaan tambahan untuk golongan miskin dan perlu ditelan," katanya.
admin-media kerajaan pula mengugut peniaga supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikan harga makanan........sampai bila le nak menipu rakyat..jom kita ubah kerajaan..selamatkan malaysia
Esok Nizar akan bertemu penduduk Pekan Simpang,DUN Changkat Jering.DS Nizar akan menyampaikan pesanan dan tazkirah kepada jemaah Surau Taman Mawar,Simpang,Taiping.
Bagi mereka yang mempunyai masa kelapangan bolehlah datang bersama keluarga dan jiran-jiran.
Banyak perkara yang akan disampaikan oleh DS Nizar.
KUALA LUMPUR, 30 Mei: Ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menumpukan kepada manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
Setiausaha politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Ustaz Hadi juga akan menjelaskan kaedah menawarkan 'negara berkebajikan'iaitu manifesto yang dibawa parti itu pada PRU lalu.
Ianya juga termasuk tawaran terbaru Pakatan Rakyat iaitu tawaran 100 hari yang terkandung dalam Buku Jingga.
"Tentunya, ada beberapa agenda yang perlu dilaksanakan dalam mencapai maksud tersebut (negara berkebajikan), agenda untuk membetulkan pemikiran rakyat, membetulkan salah urus tadbir negara dan agenda untuk melaksanakan perubahan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Tambah beliau lagi, ucapan dasar Presiden juga akan menyentuh mengenai pemerkasaan gerak kerja pilihan raya di setiap peringkat bagi menghadapi pilihan raya.
Ia juga berbentuk seruan kepada seluruh ahli agar mempersiapkan mental dan fizikal ke arah PRU ke-13 yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.
"PAS juga menggunakan ruang ini untuk memperkasakan jentera pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya umum.
"Seluruh jentera termasuk lajnah-lajnah dan dewan-dewan perlu digerakkan ke arah itu dan segala yang disampaikan menjurus ke arah konteks pilihan raya umum ke 13," katanya.
Ustaz Hadi akan menyampaikan ucapan dasar ini selepas majlis perasmian muktamar PAS Pusat pada 3 Jun di Dewan Utama Kolej Universiti Islam Zulkifli Ahmad (KUIZM), Taman Melewar untuk dibahaskan perwakilan dewan-dewan dan setiap negeri.
Muktamar penuh akan berlangsung 2 hingga 5 Jun sementara muktamar Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat akan berlangsung pada 2 Jun.
Adakah yang hadir sebenar mencapai angka itu? Berapakah kos anggaran itu siapakah yang menanggungnya? Bagaimanakah pengisiannya? Yang jelas pembohongan dan penipuan kepada rakyat. Para belia yang cerdik pastinya nampak begitu bersusah payah satu golongan satu golongan yang lain yang mengaut keuntungan. bayangkan kalau untuk menyediakan makanan, sejuta X sekali makanan RM10.00 dalam masa 3 kali makan kasar saja sudah RM 30juta. Pengangkutan pula bagaimana, ditambah kalau wang saku RM100 seorang (itupun tak padan) dah jadi RM100 juta. disana saja sudah mencapai 130juta tak termasuk persediaan. siapa yang mengaut isi dan kuah dan kerdak hanya kepada belia.
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
ALOR SETAR, 26 Mei - Seramai 600 ribu penduduk Kedah memerlukan rumah mampu milik. Ini kerana berlaku transformasi corak hidup yang menyebabkan 60 peratus penduduk luar bandar berpindah ke bandar yang secara tidak langsung meningkatkan permintaan memiliki rumah kediaman. Kerajaan memberi fokus kepada perkembangan ini dan langkah utama yang akan dan telah dilaksanakan ialah menyediakan seberapa banyak rumah untuk rakyat. Ini diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pembangunan Luar Bandar, Membasmi Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air Sumber Air dan Tenaga YB Ir Dato' Phahrolrazi Zawawi pada Majlis Perasmian Pameran Mapex 2011 di Alor Setar Mall, Tandop. Pameran ini menawarkan sejumlah 3,830 unit rumah kepada orang ramai dengan nilai RM821 juta iaitu 1,814 unit di Alor Setar, 898 di Sungai Petani dan 1,117 di Kulim. "Peningkatan permintaan rumah berikutan pertambahan penduduk sebanyak 1.9 juta pada tahun 2008 kepada 2.1 juta pada tahun ini," katanya. Menurutnya pada tahun 2020 nanti penduduk negeri Kedah hanya mampu membeli rumah secara bayaran pinjaman kerana penduduk berkenaan bekerja dengan majikan dan sumber kewangan mengikut bulanan. "Oleh kerana kos hidup semakin tinggi dan pendapatan bulanan tidak membenarkan mereka membeli tanah atau membina kediaman sendiri secara pukal," katanya. Menyedari hakikat ini, mulai sekarang Kerajaan Negeri merancang membina rumah-rumah mampu milik menerusi Bina Darulaman Realty dan Seri Temim. Namun begitu, Kerajaan Negeri sangat menghargai usaha pihak pemaju perumahan swasta yang secara tidak langsung telah berjaya membangun pekan-pekan baru seperti Bandar Darulaman sebagai model selain Pokok Sena yang sedang dimajukan. Bagi pihak Kerajaan Negeri beliau mengharapkan Pameran Mapex 2011 berjaya memberikan sesuatu yang terbaik untuk rakyat Kedah khususnya mereka yang belum memiliki rumah idaman bersesuaian dengan tema pameran 'Rumah Pilihan Hati'. Hadir sama pada majlis itu pengerusinya Encik Rick Cheng Wooi Seong dan Pengerusi Rehda Kedah/Perlis Dato' Ricqe Lew Yin Chew. Pameran yang melibat 24 pemaju dan tiga bank akan bergerak ke Sungai Petani dan Kulim. - Warta Kedah
Program MyDaftar anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sebuah sekolah di sini agak kelam kabut apabila diserbu ramai penduduk terutamanya berasal dari negara jiran. Ketika kaunter pendaftaran yang juga melibatkan Jabatan Imigresen dibuka jam 8.30 pagi ruang dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur diserbu orang ramai.
Sebahagian besar mereka berasal dari Thailand yang mendakwa sudah lama menetap di Pengkalan Kubur. Ada juga kelihatan datang menggunakan kenderaan nombor berdaftar negara jiran.
Malah malam tadi Umno dipercayai melancarkan kempen supaya warga asing yang belum memiliki kad pengenalan datang ke program berkenaan.
Hebahan mengenai program berkenaan juga dibuat sejak dua minggu lalu melalui mimbar-mimbar khutbah Jumaat.
Bagaimanapun program terbabit tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri terlebih dahulu sehingga menimbulkan banyak persoalan ekoran terbongkar sindiket membuat kad pengenalan melibatkan warga asing untuk mendaftar sebagai pemilih di Selangor.
Ekoran itu PAS memantau program yang berlangsung hari ini bagi memastikan tidak ada unsur-unsur tidak sihat digunakan bagi tujuan politik.
Turut memantau dari dekat program tersebut anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rusli Wan Ibrahim dan penghulu.
Kehadiran orang ramai pada program itu di luar jangkaan JPN apabila sambutan hangat sekali sehingga tidak terlayan pada sebelah pagi.
Malah ada yang datang membawa surat pengesahan sebagai anak mukim hanya menggunakan surat ditandatangani Ketua Cawangan Umno Pengkalan Kubur.
Ada juga wanita dari Thailand yang datang memberitahu mereka diberitahu pihak tertentu supaya menuntut kad pengenalan di kaunter JPN pada program berkenaan.
Bagaimanapun ramai pulang hampa memandangkan proses untuk memohon kad pengenalan tidak semudah disangka.
Pengarah Bahagian Pendaftaran Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat JPN, Mohd Azimin Hassan berkata, pihaknya tidak menerima pengesahan sebagai anak mukim hanya berdasar surat ditandatangani ketua cawangan Umno.
"JPN mempunyai prosedur yang ketat untuk melayakkan seseorang boleh memohon kad pengenalan," katanya pada sidang media bersama Kamaruddin di sini.
Menurutnya program tersebut dimulakan sejak 2008 bagi memberi penjelasan mengenai proses pendaftaran kelahiran, kematian dan permohonan kad pengenalan.
Kata beliau terdapat seramai 751 kes daftar lewat kelahiran di Kelantan sekarang melibatkan penduduk yang tinggal di kawasan sempadan.
Kamaruddin berkata, PAS mendapat maklumat program tersebut dikatakan memberi ruang lebih mudah kepada bukan warga negara mendapat kad pengenalan.
Katanya, sebelum ini dikesan di Selangor di mana ada warga asing mendapat taraf pemastautin tetap bagi membolehkan mereka mengundi.
"Jadi berasaskan maklumat tersebut PAS dan pemimpin masyarakat di Tumpat memantau program hari ini kerana bimbang perkara yang berlaku di Selangor boleh berulang di sini.
"Bagaimanapun berdasar kepada penjelasan dibuat pegawai kanan JPN di sini kita agak berpuas hati terhadap perkembangan setakat ini.
"Kita tidak mahu program MyDaftar direbut peluang oleh pihak tertentu bagi mendaftarkan warga asing sebagai pemilih secara mudah," katanya.
Beliau juga berkata, Umno menggunakan sepenuhnya program terbabit sehingga ada ketua cawangan mengesahkan status anak mukim orang tertentu, sedangkan ia bukan di bawah bidang kuasanya.
Mohd Zaki pula bimbang kerana ramai warga Thailand datang ke program berkenaan semata-mata untuk memohon mendapatkan kad pengenalan.
Katanya, ramai di kalangan mereka ketika ditemui menjelaskan datang ke sini kerana diberitahu pihak tertentu JPN membuka peluang bukan warga negara mendapatkan kad pengenalan.
"Kami juga berharap kerajaan negeri mendapatkan maklumat lebih lengkap daripada JPN mengenai program MyDaftar bagi mengetahui perkara sebenar," ujarnya.
Wan Rusdi bimbang program MyDaftar dianjur JPN dan Jabatan Imigresen tersembunyi agenda lain, biar pun diakui tidak berlaku sebarang penyelewengan seperti disebut pegawai kanan JPN.
PUTRAJAYA, 30 Mei – Tarif elektrik akan mengalami kenaikan sebanyak 7.12 peratus berkuat kuasa I Jun ini.
Bagaimanapun ia tidak akan memberi impak ke atas 75 peratus pengguna domestik.
Langkah itu sebahagian daripada proses merasionlisasikan subsidi yang sedang dilaksanakan.
Di bawa keputusan itu, kerajaan mengumumkan purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kw sejam daripada 31.31 sen kw sejam.
Laporan Bernama Online menyebut, bagaimanapun langkah berkenaan tidak akan menjejaskan kira-kira 75 peratus penduduk yang menggunakan kurang daripada 300kw sebulan.
Pengumuman berkenaan dibuat pada sidang akhbar bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Tenaga, Tenaga Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin.
Mereka berkata kenaikan 7.12 peratus itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.
Dalam pada itu, kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Tenaga, Hijau dan Air menyebut harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjun daripada RM10.70/MMBtu kepada RM13.70/MMBtu, maka tarif elektrik di Semenanjung perlu disemak semula.
"Berkuat kuasa 1 Jun 2011, kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen/kWj atau 7.12 peratus daripada kadar purata semasa 31.31sen/kWj kepada 33.54sen/kWj," katanya.
30 Mei — Kementerian Tenaga, Hijau dan Air akan mengadakan sidang media pada pukul 4 petang ini, tiga hari selepas kerajaan mengatakan bahawa ia sudah memuktamadkan kajian semula tarif elektrik, yang ramai meramalkan ia akan mengalami kenaikan.
Pegawai-pegawai kementerian yang dihubungi Reuters tidak memberikan butiran lanjut.
Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan satu mesyuarat telah diadakan pagi tadi berhubung perkara tersebut.
Laporan itu berkata kerajaan dijangka mengumumkan kenaikan tarif dalam usahanya mengawal kos subsidi.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan meneliti laporan hasil mesyuarat Majlis Ekonomi Negara (NEC) berhubung dengan tarif elektrik.
"Apa pun kita akan tengok dulu. Kita tak boleh kata apa. Itu laporan... terpulang kepada mereka," kata Najib.
Mengulas mengenai pendirian kerajaan mengenai subsidi serta kesannya kepada rakyat, beliau berkata: "Saya sudah maklumkan dasar kita tetapi banyak orang tidak berapa faham."
"Ini bukan pengurangan subsidi tetapi sebenarnya kurangkan kenaikan subsidi. Subsidi bukan sahaja tetap diberikan tetapi bertambah daripada RM11 bilion kepada RM20 bilion.
"Jadi, kerajaan terpaksa cari tambahan lebih RM8 bilion, bukan satu jumlah kecil," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata isu berhubung semakan harga gas dan tarif elektrik telah dibincangkan dalam mesyuarat NEC, Jumaat lalu.
Memang patut Datuk Nakhaie Ahmad meninggalkan PAS dan menyertai Umno. Ini bukan kerana ideologi mahupun cara pengurusan atau kepemimpinan PAS yang tidak betul, tetapi personaliti seperti Nakhaie memang tidak sesuai berdiri dalam saf perjuangan PAS.
Rumusan ini boleh dibuat daripada kenyataan Nakhaie yang dipetik oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia semalam.
Dalam kes pelbagai tuduhan terhadap Anwar Ibrahim, Nakhaie mengesyorkan supaya ulama PAS membuat penyiasatan sendiri akan kebenaran tuduhan-tuduhan salahlaku seks terhadap Anwar.
Matlamat Nakhaie ialah supaya PAS kemudian boleh membuat pendirian tegas berhubung isu kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar.
Sekali imbas mungkin nasihat bekas naib pesiden PAS itu ada logiknya. Namun mengambil kira Nakhaie ini adalah orang yang pernah bermufarakah dari jemaah PAS, apa yang dapat disimpulkan daripada saranannya tentu berbaur politik.
Nakhaie ingin menabur jasa menyelamatkan Umno yang sedang menggelepar dalam gelanggang politik. Nakhaie sedar pemikiran politik Umno sekarang ialah ia perlu dapatkan sokongan Melayu semula.
Jika orang Melayu bersatu di bawah Umno, pasti parti berusia 65 tahun itu tidak akan jadi parti pembangkang selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.
Sebab itu, Nakhaie cuba menjadi guru tuisyen politik kepada ulama PAS – siasat sendiri tuduhan terhadap Anwar dan kemudian nyatakan pendirian sama ada hendak terus dalam Pakatan Rakyat atau bergabung dalam usul "penyambung hayat" Umno membentuk kerjasama dan perpaduan dengan PAS.
Memang terdesak
Nakhaie memang terdesak. Kontrak sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah - habuan terbaik yang diperolehinya kerana cuba menggadaikan maruah PAS dengan mentalak jawatan naib presiden PAS dan bersenggama dengan Umno – kini sudah jatuh ke tangan orang lain. Beliau tiada kedudukan dalam Umno dan tidak mungkin berpeluang menjadi calon Umno dalam pilihanraya akan datang.
Lantas inilah ketika yang sesuai pada fikiran Nakhaie untuk membuktikan pada kepimpinan Umno, beliau masih ada guna dalam parti itu. Pada congakan Nakhaie jika ada ulama PAS memberi reaksi akan cadangannya itu, tentu ia akan dapat menggoncang perpaduan PAS.
Memang diketahui umum, perpaduan dalam PAS hari ini amat kental. Malah bak kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Kepimpinan PAS, Abdul Halim Abdul Rahman, beliau amat tenang menjalankan proses pemilihan parti yang akan berlangsung minggu depan, walaupun ia adalah paling sengit dalam sejarah PAS.
Justeru bagi Nakhaie jika saranan beliau itu dapat menggugah sedikit perpaduan PAS, tentu Umno akan terhutang budi padanya.
Kegoyahan perpaduan PAS bererti pendirian tegas PAS agar tuduhan salahlaku seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim diselesaikan mengikut perintah Allah – laksana hukum qazaf – mungkin berubah dan PAS mungkin boleh dipujuk untuk keluar Pakatan Rakyat dan membuka pintu rundingan dengan Umno.
Pemikiran Nakhaie ini memang Umno. Hal ini disahkan oleh Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang bercakap di mesyuarat perwakilan Umno Bukit Gantang di Taiping semalam bahawa Umno hanya boleh mengekalkan kuasa jika ada perpaduan di kalangan parti itu dengan PAS.
Adalah jelas Umno memang terdesak sekarang. Sebab itu, golongan yang sudah lama terpinggir dari arus kepimpinan Umno cuba mencari-cari jalan untuk kembali ke arus perdana parti itu.
Tan Sri Isa Samad, bekas Naib Presiden Umno yang pernah terpelanting dari barisan kepemimpinan Umno kerana rasuah dalam pemilihan parti, kini sudah dapat peluang jadi calon pilihan raya kecil tahun lalu. Kemungkinan beliau kembali memimpin Negeri Sembilan adalah terbuka.
Katak melompat
Begitu juga dengan bekas ketua pemuda Umno dan juga mantan ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik. Beliau diberikan tempat untuk memimpin Risda. Tidak puas dengan itu, Rahim membentuk regu 'Datuk T' yang menaja dan menjaja video seks yang cuba dikaitkan dengan Anwar.
Nampaknya, dalam keadaan Umno yang cemas menghadapi pilihanraya umum ini, ahli politik "aliran katak melompat parti" seperti Nakhaie, Zulkifli Noordin, Rahim Thamby Chik, menghidu peluang untuk menggunakan talian hayat politik masing-masing untuk kembali ke barisan pimpinan utama Umno. Persamaan mereka ialah mereka menggunakan modal yang sama – pertikai dan aibkan Anwar Ibrahim, orang yang paling digeruni oleh Umno hari ini.
Bagi mereka harapan ini bukan mustahil dicapai. Selain Isa Samad, mereka melihat paling berjaya mendekati Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sekarang ialah Datuk Ibrahim Ali. Dengan menggunakan pendekatan ultra-Melayu Ibrahim dan PERKASA, Ibrahim semakin hari semakin dilihat "berguna" untuk menggertak orang Melayu supaya bersatu di bawah pimpinan Umno.
Namun Nakhaie pula berhajat menggunakan pendekatan lebih "berani dan berbaloi" bagi mencapai maksud "memaksa" orang Melayu berlindung di bawah payung Umno. Nakhaie cuba menyergah ulama-ulama PAS supaya "bangkit" dan ambil pendirian tinggalkan Anwar dan Pakatan Rakyat.
Dalam congakan Nakhaie, jika ini bisa dilakukan, tentu habuan untuknya kali ini lebih besar daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Porak-perandakan PAS
Saat yang dipilih oleh Nakhaie untuk memporak-perandakan PAS ialah di ambang pemilihan kepimpinan PAS minggu depan. Namun Nakhaie kurang bernasib baik.
Ulama PAS kini kental pandangan politik mereka hingga langsung tiada persaingan dalam pemilihan Dewan Ulama. Sergahan Nakhaie pasti tidak menjadi.
Jika Nakhaie berharap ada calon yang bertanding dalam pemilihan PAS kali ini akan mengutip saranannya dan menggugah perpaduan dalam parti, beliau pasti hampa. PAS hari ini bukan seperti PAS yang ditinggalkannya dahulu.
Walau bagaimana ganas atau lembut serta liciknya pujukan serta cabaran yang dihadapinya, perpaduan PAS tidak akan tergugat. Bak kata pepatah, biduk lalu kiambang bertaut. Itu sifat politik PAS.
Perpaduan PAS diikat oleh ideologi tauhid. Tiada permainan politik yang boleh merungkai prinsip yang berpaksi aqidah. Mungkin Nakhaie telah terlalu lama meninggalkan jemaah PAS. Sebab itu dia gagal membaca pemikiran perjuangan PAS hari ini.
Atau, mungkin juga Nakhaie memang tidak pernah faham apa sebenarnya perjuangan PAS. Sebab itu, walau sudah menduduki kerusi naib presiden PAS, Nakhaie berasa rimas "ghanimah" perjuangan yang diharap-harapkan tidak kunjung tiba. Sebab itu, agaknya, beliau melompat ke pangkuan Umno. M/kini
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang
Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.
Suasana Konsert Super Junior M (SUJU M) sempena Hari Sejuta Belia sabtu lepas... penuh orang....
beribu-ribu anak muda melayu turut sebelum margrib utk tengok konsert syaitan iblis... tak tau le solat dimana?
pukul 8.00... keadaan tapak konsert yg penuh sesak dengan belia....
sekitar jam 9 .... syaitan-syaitan yang dibawa oleh UMporNo untuk menyesatkan belia melayu naik ke pentas... keadaan memang hirok-pikok
Bila SUJU M kuar, belia kita macam gila! Menjerit jerit.
Belia dijempu naik ke pentas dan diberi peluang bertanya soalan-soalan dekat SUJU M nie then dapat pilihan nak hug (peluk) or shake hand dengan dorang. Of course laa belia kita pilih hug kan. Ada yang menangis,lompat2 atas pentas tu bila dapat artis pujaan.
Tengah nyanyi adelaa orang pengsan. malam tue je dah ada 3 orang pengsan . X selesa kot tempat pepanas nie kan? Berhimpit-himpit camtu.
Sebab mangkuk tahap gaban... UMporNo terpakse letak gambar solat jahat Sultan Kelantan dengan TG Nik Aziz utk cover majlis belia yang tiada sambutan...wakakakaka
KUALA LUMPUR, 30 Mei — Seorang pemimpin veteran PAS mengakui ini kali pertama parti itu berhadapan dengan persaingan paling sengit bagi kesemua jawatan utamanya tetapi menasihatkan lebih 1,000 perwakilan agar tidak mengundi "secara emosional" dalam memberikan mandat baru hujung minggu ini.
Pengerusi Tetap PAS Abu Kassim Abdullah berkata, beliau secara peribadi merasakan sukar untuk membuat pilihan calon yang terbaik untuk mengisi kedudukan sama ada bagi jawatan timbalan presiden ataupun naib presiden.
"Ini pandangan peribadi saya... cakap banyak pun susah nanti, dulu sangat jelas, nak pilih tiada masalah. Sekarang nak pangkah mana satu, saya rasa sangat sukar, saya sendiri pun tidak tahu nak pangkah siapa.
"Saya rasa berbanding dengan pemilihan tahun 2009, ini adalah (pemilihan) yang paling sengit, tetapi lebih sengit daripada tahun-tahun lalu," kata beliau yang memegang jawatan pengerusi tetap sejak 24 tahun lalu.
PAS, yang berusia enam dekad, mengadakan pemilihan dua tahun sekali sempena muktamar tahunan ke-57 di Gombak hujung minggu ini.
PETALING JAYA, 29 Mei — Datuk Ibrahim Ali, yang mengetuai pertubuhan bukan kerajaan Perkasa sejak tiga tahun lalu, merupakan seorang ahli politik Malaysia yang paling buruk, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu mendakwa presiden Perkasa itu cuba melaga-lagakan umat Islam dan Kristian antara satu sama lain dengan mengisytiharkan sanggup mengadakan perang jihad terhadap komuniti Kristian.
Tindakan-tindakan Ibrahim, menurut Anwar, dilakukan atas restu Umno.
"Masalahnya ialah sistem yang kita ada bertolak ansur dan menggunakan mereka seperti Ibrahim Ali," kata Anwar ketika sesi ramah mesra dengan golongan profesional di sini petang ini.
"Ketepikan pelawak-pelawak ini," kata Anwar.
Dalam ceramahnya tiga minggu lalu, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan perang jihad jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.
Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.
Bagaimanapun beberapa pemimpin dari BN dan PR membantah tegas kenyataan tersebut dan meminta agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.
aku malas nak kate... kang aku kate... kate aku tak sayang mulut...
Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.
Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.
Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.
Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.
Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.
Aturcara Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat Kali ke-52
Majlis Perasmian (Rabu, 1 Jun 2011 / 29 Jamadil Akhir 1432) Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam
Masa Aturcara 12.00 - 06.00 ptg : Pendaftaran dan Taklimat Program 07.45 - 08.00 p.m : Para Perwakilan dan Pemerhati mengambil tempat 08.00 - 08.10 p.m : Ketibaan Ketua, Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat, Ketua Pemuda PAS Negeri-negeri 08.10 - 08.20 p.m : Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat 08.20 - 08.40 p.m : Ketibaan Perasmi (YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa – Timbalan Presiden PAS) : Pemeriksaan perbarisan Unit Amal / dan Exco DPPP 08.40 - 08.45 p.m : Ucapan Aluan Pengerusi 08.45 - 08.50 p.m : Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu PAS 08.50 - 09.00 p.m : Bacaan ayat suci Al Quran 09.00 - 09.10 p.m : Ucapan Aluan Setiausaha merangkap Ketua Pengarah Panitia Muktamar 09.10 - 10.00 p.m : Ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat 10.00 - 10.05 p.m. : Persembahan Multimedia 10.05 - 10.50 pm : Ucapan Perasmian Muktamar Tahunan ke 52 10.50 - 11.10 p.m : Penyampaian anugerah-anugerah 11.10 - 11.30 pm : Jamuan Ringan / Sidang Media
Muktamar Penuh (Khamis, 2 Jun 2011 / 30 Jamadil Akhir 1432 ) Masa Agenda 08.15 - 08.30 a.m. : Aluan Pengerusi Tetap 08.30 - 08.40 a.m : Membentang dan mengesahkan Peringatan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat ke 51 08.40 - 10.00 a.m. : Memilih Pengerusi Tetap, Timb. Pengerusi Tetap, Ketua, Timb. Ketua, Naib Ketua, 12 Ahli Jawatankuasa Kerja DPPP & 2 Pemeriksa Kira-kira 10.00 - 10.20 a.m : Minum pagi 10.20 - 10.30 a.m : Membentang dan membahas Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan berakhir Disember 2010 10.30 - 11.45 tgh : Sesi menjawab dan menerima Laporan Tahunan, dan Penyata Kewangan berakhir Disember 2010 11.45 - 01.30 tgh : Membahas Ucaptama Ketua Pemuda 01.30 - 02.30 p.m : Makan tengahari dan solat Zuhur 02.30 - 05.30 p.m. : Sambungan perbahasan Ucaptama Ketua Pemuda 05.30 - 05.35 p.m. : Menerima Ucaptama Ketua Pemuda 05.35 - 06.00 p.m : Rehat / Solat Asar / minum petang 06.00 - 07.15 p.m. : Perbahasan Usul-usul 07.15 - 08.00 p.m. : Solat Maghrib / Makan malam 08.00 - 09.30 p.m. : Sambungan perbahasan dan menerima Usul-usul 09.30 - 09.40 p.m. : Memilih 15 orang wakil ke Muktamar Tahunan PAS ke 57 09.40 - 10.00 p.m. : Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Kerja DPP Pusat sesi 2011-2013 10.00 - 10.20 p.m. : Ucapan Penangguhan Perwakilan 10.20 - 10.35 p.m. : Anugerah Khas "Jasamu Dikenang" 10.35 - 11.00 p.m. : Ucapan Penangguhan Ketua DPP Pusat 2011-2013 11.00 p.m. : Doa Penutup / Doa Wehdah dan bersurai
Siasatan pemberian komisen pembelian kapal selam Scorpene kini memasuki peringkat perbicaraan terbuka di mahkamah Perancis.
Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel berkata Kementerian Pertahanan termasuk kerajaan Malaysia boleh disapina untuk memberikan keterangan, manakala bukti akan didedahkan sepanjang perbicaraan tersebut.
"Suaram dimaklumkan peguam, siasatan akan dimulakan beberapa minggu dari sekarang.
Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.
"Dalam siasatan sebelum ini terdapat penemuan 2 lagi bayaran komisen berjumlah 30 juta Euro kepada Thales dan 2.4 juta Euro yang penerimanya tidak lagi dipastikan," katanya ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di Jalan Maharajalela di sini hari ini.
Beliau memaklumkan, hakim dan pendakwaraya akan dilantik oleh Mahkamah Kebangsaan Perancis, manakala siasatan akan lebih terbuka dengan bukti didedahkan di mahkamah.
Menurut Cynthia, memberi atau menerima komisen adalah salah bagi undang-undang, kerana Perancis telah menandatangani konvensyen Organization for Economic Cooperation and Development (OECD) yang melarang komisen bagi sebarang urusniaga pembelian senjata.
"Kes ini menjadi lewat kerana karenah birokrasi.
Perbicaraan ini cuba membongkar pihak mana yang memberi komisen, sama ada pihak di Malaysia atau Perancis,"ujarnya yang menambah, kes ini menjadi isu penting menjelang pilihan raya di Perancis.
Dalam pada itu, Suaram mengalu-alukan tawaran Menteri Pertahanan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang mahu tampil ke mahkamah untuk membantu siasatan.
"Beliau mengatakan bahawa Kementeriannya menghargai inisiatif yang kami lakukan.
Walaupun bukan dia yang menjadi Menteri pada waktu urusniaga itu dilakukan, tetapi bagi mewakili kerajaan Malaysia ia cukup membantu.
"Kita berpegang kepada kata-katanya.
Kita akan pastikan dia tunaikannya," ujarnya.
Dalam pada itu Cythia memaklumkan, sehingga kini, peguam yang mewakili Suaram memberi khidmat guaman secara sukarela, atau 'pro-bono'.
Justeru, bagi menampung kos guaman dua program bagi mengumpul dana iaitu majlis minum petang pada 21 Julai di Pulau Pinang dan makan malam pada 23 Julai di Kuala Lumpur menjangkakan kutipan sehingga RM 100,000.
Peguam yang mewakili mereka, William Bourdon akan hadir ke majlis tersebut bagi memberikan taklimat berhubung perjalanan kes dan sistem perjalanan perundangan di Perancis.
Suaram turut mengalu-alukan sebarang tajaan dana melalui bank Hong Leong di akaun bernombor 0300-0065-200.
Manakala, perkembangan mengenai program ini boleh diperolehi melalui maklumat di laman web rasmi www.suaram.net
Kerajaan terlebih dahulu perlu membanteras amalan pembaziran, ketirisan dan rasuah keterlaluan sebelum meminta rakyat menanggung beban subsidi.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan Umno-Barisan Nasional juga perlu bersedia mengkaji semula subsidi dan pampasan besar diperuntukkan kepada syarikat kroni seperti Tenaga Pengeluar Bebas (IPP) dan konsesi lebuh raya, sebelum memindahkan beban itu kepada rakyat.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bahawa rakyat perlu bersedia menanggung sebahagian kos subsidi yang kini ditampung kerajaan.
"Sebelum Muhyiddin meminta rakyat menanggung semua kos subsidi, kita minta dua perkara daripada kerajaan BN. Pertama kawal semua pembaziran, ketirisan dan kawal amalan rasuah yang begitu berleluasa.
"Kedua, kaji balik subsidi yang tinggi diberikan kepada sektor pengeluaran tenaga seperti Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) kerana kerajaan memberikan subsidi yang begitu tinggi dan membebankan rakyat," kata Saifuddin.
"Sebelum meminta rakyat memikul beban yang ditanggung kerajaan, dia sendiri perlu meminta perdana Menteri, Najib dan jemaah menteri supaya tidak boros dan melakukan pembaziran," ujarnya kepada keadilandaily.com..
Saifuddin dalam pada itu turut menangkis kenyataan Muhyiddin, bahawa pengekalan harga bahan api seperti petrol RON95, gas asli cecair (LPG) dan diesel menunjukkan kerajaan prihatin dengan masalah rakyat.
"Mengekalkan harga dari kenaikan sebelum ini, bukan bermakna kerajaan tidak akan menaikkan harga bahan api. Kita pasti kerajaan akan menaikkan harga selepas mereka menang pilihan raya.
"Jadi rakyat Malaysia jangan tertipu dengan tindakan kerajaan mengekalkan harga bahan api pada masa ini kerana mereka pasti akan menaikkannya selepas pilihan raya," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Machang.
Kerajaan pimpinan Umno-BN sebelum ini dilihat begitu boros dengan melakukan pembaziran wang rakyat, antaranya pembinaan Menara Warisan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion.
Ketika rakyat dihimpit dengan peningkatan kos, kerajaan pimpinan Najib juga tidak segan silu membelanjakan sebanyak RM6 bilion untuk membeli enam kapal peronda pesisir pantai.
Malah, kerajaan juga mampu meluluskan kontrak sebanyak RM77 juta kepada syarikat pro Israel, Apco bagi tujuan perunding perkhidmatan komunikasi.
Senarai pembaziran Umno-BN terlalu panjang untuk disenarai, termasuk pembaziran yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak yang membelanjakan sebanyak RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke luar negara, sepanjang menjadi perdana menteri.
Malah, Najib juga gagal mengawal tabiat isterinya Datin Seri Rosmah Mansur yang gemar berbelanja besar seperti menghabiskan RM4.5 juta hanya untuk mengadakan sidang wanita pertama di Kuala Lumpur tahun lalu.
Rosmah turut membelanjakan lebih RM100,000 semalam hanya untuk menginap di hotel Atlantis di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu ketika mengadakan lawatan ke negara berkenaan.
KUALA NERUS - Apabila orang-orang bukan Islam di negara ini memahami dan mula menghayati Islam, Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadi gusar serta menggelepar.
Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri Terengganu Dr. Balachandran, berkata hanya satu sahaja perkataan yang boleh diberikan kepada Umno terhadap Islam, iaitu 'munafik'
Katanya, Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi beliau keatas pemikiran orang-orang Umno terhadap hukum Hudud.
"Bila kita dah mula menghayati Islam, yang serabut dan menggelepar itu (adalah) Umno dan Barisan Nasional, sebab kita tahu setelah kita membaca, memahami dan menghayati Islam, satu sahaja perkataan yang boleh digunakan untuk Umno (iaitu) munafik,
"sebab bila (ketika) kita tak tahu pasal hukum Hudud, ini pengalaman saya sendiri, banyak (rmai) kawan-kawan MIC dengan Umno sekali mengatakan hukum Hudud itu terlalu kuno, potong tangan sisni, potong kaki sana,"ujarnya ketika berucap dalam Majlis Ceramah Sempena Sambutan Hari Keluarga Teluk Pasu, dekat sini 26 Mei.
Menurutnya, beliau tidak faham bagaimana kerajaan Umno dan Barisan Nasional boleh memisahkan hukum Hudud daripada perlaksanaan Islam.
Katanya, beliau hairan, ramai orang Islam bersembahyang lima waktu, berpuas di bulan Ramdhan, mengeluarkan zakat dan lain-lain tetapi menolak perlaksanaan hukum Hudud.
"Hukum Hudud sebahagian daripada Islam, ia bukan hukum PAS ataupun hukum (yang dicipta oleh) sesiapa, ia adalah Hukum Allah,
"bila orang Islam bersembahyang, berzakat dan (membuat) amalan-amalan lain, (semua) amalan itu ikut hukum Islam,"tegasnya.
Namun begitu, beliau hairan mengapa orang-orang Umno dan Barisan Nasional menolak hukum Islam termasuk hukum Hudud yang adil kepada semua manusia
KEMAMAN – Harga petrol RON95, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG) dijangka akan naik selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), sekali gus terus membebankan rakyat, kata Penolong Setiausaha Badan Perhubungan Pas Terengganu, Hanafiah Mat.
Sehubungan itu, beliau yang juga Pengarah Pas Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai, mengingatkan rakyat agar membuat pilihan tepat kerana wisel PRU 13 akan berbunyi bila-bila masa sahaja.
Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diperoleh Pas, kemungkinan PRU 13 akan dipercepatkan disusuli dengan kenaikan harga bahan api berkenaan.
"Rakyat marah dengan kenaikan harga bahan api sebelum ini yang mengakibatkan harga barangan lain juga melambung. Dengan senario ini, ramai juga bercakap, kemungkinan politik Terengganu pada PRU 13 nanti akan kembali berulang sebagaimana 1999 yang mana rakyat memilih Pas.
"Buat masa ini kerajaan Barisan Nasional (BN) takut untuk menaikkan harga bahan api ini kerana khuatir sokongan rakyat berkurang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan program al-Falah berupa wang tunai dan barangan keperluan dapur kepada seramai 36 orang miskin, orang sakit, orang tua dan pemimpin masyarakat (Moswa) di kawasan Rumah Murah Geliga, Dalam Baram.
Hadir sama, Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Kemaman, Fainah Mat.
"Pas Terengganu kini sudah bersiap sedia untuk memerintah kembali, bahkan kita juga menyiapkan semua jentera yang bukan sahaja sudah bersedia untuk menghadapi PRU 13, tetapi memilih calon untuk berkhidmat di jabatan Kerajaan Negeri apabila mengambil alih pemerintahan dan pentadbiran Terengganu nanti," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai program itu, katanya, penyerahan bantuan itu bertujuan meringankan beban penerima yang tidak berkemampuan seterusnya memperkukuhkan hubungan sesama insan.
"Insya-Allah program sebegini akan berterusan menjelang Ramadan dan sampai bila-bila atas kesedaran membantu meringankan beban rakyat," katanya.- SH
Anjing liar berkampung undang bahaya Aduan Rakyat Online May 30th, 2011
Salam sejahtera,
Di Jalan Sikamat-Pantai, Jelebu, Negeri Sembilan di sini, umpama "kampung" bagi anjing liar dan terbiar. Saya terpanggil untuk mengajukan aduan ini kerana pihak yang bertanggungjawab menguruskan hal ini sekian lama bersikap sambil lewa.
Masalah ini sekiranya dibiarkan sepi tanpa sebarang tindakan akan mengundang padah kepada pengguna jalan di sini. Hampir setiap hari ada saja anjing yang mati digilis dengan kenderaan yang lalu-lalang di situ, malah tidak terkecuali juga kenderaan yang hampir terbabas & nyaris kemalangan akibat mengelak haiwan yang tidak diundang ini. Berapa lama lagi pihak berwajib perlu menunggu untuk mendapat berita kes kemalangan maut di situ?, kemudian barulah diambil tindakan.
Lebih membahayakan lagi, kawasan terbabit terlalu hampir dengan kawasan-kawasan perumahan sekitar Sikamat. Anjing-anjing yang terdiri daripada pelbagai jenis ini, seringkali ber"santai" ditepi-tepi jalan, kadangkala di tengah jalanraya!, bersama-sama anak-anak anjing yang masih kecil. Bukankah keadaan ini akan lebih memburukkan lagi masalah pengguna jalan raya di sini akibat komuniti anjing yang kian bertambah.
Pelajar-pelajar sekolah rendah & menengah dari sekitar Pekan Pantai juga kerap menggunakan jalan di sini kerana ia merupakan jalan alternatif ke sekolah-sekolah yang terletak di Bandar Seremban. Saya selalu memikirkan tentang keselamatan anak-anak ini berulang -alik ke sekolah dengan melalui jalan yang penuh dengan anjing yang seperti menunggu mangsa untuk dibaham.
Saya berharap, pihak yang terbabit dengan masalah penduduk ini segera menghulurkan tanggungjawab anda supaya kejadian yang tidak diingini berlaku. Jangan sudah terhantuk, baru nak terngadah. Lebih baik hulurkan tanggungjawab, daripada hulurkan bantuan setelah jadi mangsa kelak.
Jalan maut di kawasan Gemas Aduan Rakyat Online May 30th, 2011
ShareSaya rasa bertanggung jawab untuk menyampaikan pekara ini kepada umum,jalan di antara Sungai Kelamah ke Pekan Gemas dan jalan dari pasir besar ke Gemas ada lah amat merbahaya kepada penguna jalan raya di sebabkan banyak kayu yang jatuh di atas jalan.
Ini adalah disebabkan banyak lori yang membawa kayu ke kawasan kilang dengan muatan yang berlebihan dan menyebabkan kayu yang tidak di ikat dengan betul jatuh ke atas jalan ini akan menyebakan penunggang motor boleh tersungkur di atas jalan dan cermin kereta pecah di timpa kayu mungkin berlaku.
Kepada mereka yang ada kuasa tolong lah ambil tindakan sebelum keluarga kamu menjadi mangsa atas perbuatan yang tak patut berlaku.
MENGAPA Umno begitu bimbang jika Mat Sabu dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS? Tidak lain tidak bukan adalah kerana Mat Sabu begitu lantang menentang kerjasama politik Umno dan PAS. Ini bukan bermakna pemimpin lain tidak menentang kerjasama itu, tetapi Mat Sabu lebih lantang daripada beberapa pimpinan lain.
Memetik ucapan berapi Mat Sabu sewaktu ceramah di Markas PAS Kerdau kelmarin, beliau sekali lagi membidas kerjasama yang kununnya untuk perpaduan Melayu itu. "Sewaktu ke Terengganu, Najib kata PAS cerailah dengan DAP. DAP banyak penyakit. Saya nak kata, DAP cuma ada penyakit gatal sahaja, letak ubat boleh baik tapi Umno ada penyakit Aids, tak boleh ubat dah. "Kita dah ada pengalaman bersama Umno. Jangan percaya senyum Umno kerana senyumannya beracun. "Sekali kau hulur tangan, akan ku tampar segera," katanya dalam ceramah di Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang Tapak Kompleks Pas Pahang, Kerdau kelmarin.
Tentulah tektik Umno ingin berpura-pura dengan PAS atas dasar kerjasama perpaduan Melayu ini gagal seandainya Mat Sabu berada di kerusi Timbalan Presiden PAS itu. Apakah Umno mengharapkan Mat Sabu tewas? Tentulah begitu, tetapi Umno jangan lupa bahawa sekiranya Mat Sabu tidak dipilih untuk menjadi Timbalan Presiden PAS kali ini, Umno jangan berharap tektik murahannya itu boleh dilaksanakan jika Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang memenangi jawatan tersebut. Meskipun Ustaz Tuan Ibrahim tidak selantang Mat Sabu menentang kerjasama Umno-PAS ini, namun tidak pernah kita menyaksikan tokoh PAS dari Pahang ini menunjukkan tanda-tanda positif untuk bersama Umno. Bahkan, di dalam setiap siri ceramah Pesuruhjaya PAS Pahang ini berterusan membongkar kemungkaran Umno.
Kepimpinan di bawah Us Nasha telah kita lihat, tentu ada yang menyokongnya dan ada yang tidak. Itu pilihan masing-masing setelah melihat sendiri rekod yang beliau tunjukkan. Pada saya, saya mengharapkan Ustaz Tuan Ibrahim berpeluang menjadi Timbalan Presiden PAS kerana saya mempunyai sebab-sebab tertentu menyukainya, tetapi jika beliau tewas dan Mat Sabu dipilih, saya tidak kecewa kerana Mat Sabu adalah idola saya di dalam PAS. Mungkin benar kata mereka, PAS lebih ditakuti oleh Umno jika `ayam sabung' PAS ini berada di sisi Presiden.
Mesyuarat Agung PIBG SRA Pekan Meru telah berjalan dengan lancar dengan kehadiran lebih dari 130 orang ibu bapa dan guru-guru.
Professor Madya Dr Habib Mat Som yang menjadi YDP PIBG sekolah tersebut menggariskan beberapa aktiviti mega yang telah di laksanakan oleh AJK PIBG sekolah tersebut dan beliau telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru dan AJK PIBG yang telah memainkan peranan yang berharga dalam menyumbang kearah peningkatan mutu pelajaran dan penguasaan ilmu para pelajar di sekolah berkenaan.
YB Dr Rani yang merasmikan mesyuarat tersebut menekankan kepentingan konsep syura dalam menentukan mana-mana halatuju setiap aktiviti yang dirancangkan bagi manafaat pelajar.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR, 30 Mei: Pemilihan pucuk kepimpinan PAS kali ini menggambarkan kestabilan parti, ketelusan pimpinan, ketokohan yang ada dalam parti dan sekaligus kredibiliti calon-calon yang bertanding. Ketua Lajnah Penerbitan Dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu, Nik Nasri Nik Malek berkata, ini kerana pemilihan pucuk pimpinan PAS dalam Muktamar Tahunan kali ini dibuat dalam keadaan negara menunggu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Katanya, parti-parti lain menangguhkan pemilihan masing-masing atas alasan mahu menumpukan kepada pilihan raya. Tambahnya, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi menegaskan kesediaan PAS meneruskan pemilihan. "Kesediaan ini menunjukkan pemilihan pucuk pimpinan peringkat pusat ini tidak akan mengganggu gerak kerja ke arah PRU 13 nanti," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Menurutnya, akhbar dan tv terutama yang menjadi tali hidung kepada Umno BN barang kali menunggu dan mencari isu-isu yang dirasakan boleh menggugat kestabilan parti dan kredibiliti calon-calon timbalan, naib presiden dan lain-lain. "Alhamdulillah, tarbiyah PAS kepada pendokong jemaah dalam tempoh yang panjang dan berterusan menjadikan pemilihan PAS berjalan lancar dan cukup harmoni," ujarnya. Mungkin, katanya ada cakap-cakap tentang kecenderungan seorang kepada seseorang calon. Namun, ujarnya ia adalah perkara biasa dalam sesebuah jemaah dan parti tetapi kecenderungan itu tidaklah sampai menjatuhkan yang lain dengan tidak beradab. Tambahnya, ia boleh berlaku dalam parti sekular tetapi jika berlaku dalam parti Islam, maka ia amat asing. "Alhamdulillah sekali lagi. Tiada calon terlibat dengan rasuah, skandal seks, menipu dan lain-lain perkara yang merobek kredibiliti," tegasnya. Ini, katanya tidak sebagaimana dalam pemilihan Umno terutamanya politik wang, calon dipalit dengan skandal seks, latar belakang peminum arak dan perasuah menjadi barah yang parah. Tambahnya, ada akhbar yang cuba melihat pemilihan perwakilan PAS akan berdasarkan kredibiliti atau populariti tetapi ia adalah persepsi akhbar itu. Tegasnya, pendukung PAS sudah diajar sebelum ini dan sekali lagi kepimpinan terus mengingatkan tentang tanggungjawab pemilihan di mana kesemua calon ada kredibiliti dan mereka juga popular. Namun, katanya popular dalam PAS diajar oleh tarbiahnya bukan kerana mahukan populariti, tetapi kerana mereka terkehadapan dalam kerja-kerja al-amr bilmakruf wannahy anil-munkar, sama ada dalam konteks politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan lain-lain, kerana itu mereka dicalonkan. Beliau berkata, cuma fitrah manusia, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan di mana kelebihan dalam satu aspek dan kekurangan dalam aspek lain tetapi kelemahan itu tidaklah menghilangkan kredibiliti dan kelebihan yang ada secara total. Dengan kata lain, ujarnya perwakilan akan memilih yang terbaik dari kalangan yang terbaik. "Rakyat, terutama masyarakat Melayu perlu sedar bahawa pemilihan dalam pucuk pimpinan PAS sekarang dalam muktamar yang akan berlangsung ini yang tenang, harmoni, telus, penuh semangat ukhuwwah, menyedari jawatan bukan kemuliaan tapi pertanggungjawaban inilah yang boleh menjadi petunjuk bahawa PAS mampu memimpin dengan ertikata sebenar, bukan sahaja orang Melayu, bahkan rakyat dan sebagai pemimpin negara bagi menggantikan Umno BN yang sudah lama korup itu," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan