Jumaat, 20 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


umno bahagian cheras

Posted: 19 May 2011 01:04 PM PDT

umno bahagian cheras


Bela diri kes liwat ; Anwar tidak layak ketua pembangkang - Syed Ali

Posted: 18 May 2011 11:58 PM PDT

DATUK Seri Anwar Ibrahim tidak layak lagi memegang jawatan ketua pembangkang di parlimen berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan beliau membela diri dalam kes meliwat Mohd. Saiful Bukhari.


"Walaupun tiada peruntukan yang mengarahkan beliau meletakkan jawatan, tetapi dengan masalah moral yang menjijikkan itu boleh menjejaskan kredibiliti dan reputasi keseluruhan Ahli Parlimen di negara ini," tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.


Beliau mempersoalkan bagaimana Anwar akan memberi tumpuan di Parlimen sedangkan diri beliau sendiri terbelenggu dengan kes meliwat dan kini dikaitkan pula dengan isu video seks membabitkan pelacur China.


"Jawatan ketua pembangkang di Dewan Rakyat merupakan jawatan penting, tetapi dengan peribadi dan moral Anwar sedemikian rupa, bagaimana rakyat hendak menghormatinya," kata beliau lagi.

Beliau berkata, Anwar sepatutnya mencontohi prinsip bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang sanggup melepaskan jawatan ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ekoran disiasat berhubung isu rasuah.


"Walaupun Dr. Khir belum disabitkan kesalahan, tetapi kerana mengambil tanggungjawab beliau sanggup melepaskan jawatan tersebut. Inilah prinsip pemimpin UMNO yang tidak gilakan jawatan," tegasnya.


Sehubungan itu,beliau berpendapat Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dilihat sebagai calon berwibawa dan layak menggantikan Anwar.


"Jika dendak dibandingkan moral Anwar dengan Haji Abdul Hadi, ibarat jauh bumi dengan langit. Hadi seorang tokoh agama yang setakat ini tidak tercemar dengan skandal moral yang mengaibkan," tegasnya.


Katanya, Anwar juga dilihat sudah tidak lagi berfungsi sebagai Wakil Rakyat Permatang Pauh kerana masanya banyak dihabiskan untuk melepaskan diri daripada pertuduhan liwat.


"Keadaan bertambah teruk apabila beliau dikatakan kerap keluar negara dan memburuk-burukkan imej kerajaan dan pemimpin UMNO," tegasnya.


Syed Ali mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengesahkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR akan tetap kekal sebagai ketua pembangkang miskipun telah diarahkan untuk membela diri dalam perbicaraan liwat II.


"Kami tidak akan menggantikan ketua pembangkang selagi beliau tetap adalah MP," kata Guan Eng, selepas merasmikan Festival Georgetown di Kuala Lumpur hari ini dan kenyataan tersebut disiarkan oleh portal berita malaysiakini.


Mengulas lanjut kenyataan tersebut, Syed Ali berkata DAP memang mahukan Anwar kerana mereka banyak 'menyimpan' rahsia periabdi pemimpin PKR itu.


Lagipun kata beliau, DAP lebih senang menjadikan Anwar sebagai kuda tunggangan berbanding dengan pemimpin PAS.


"Untuk memecahbelahkan orang Melayu di negara ini, DAP akan memperalatkan Anwar dan beliau (Anwar) sememangnya sanggup berbuat demikian asalkan matlamat politiknya tercapai," tegasnya.


Anwar dan PKR mengalami tamparan hebat Isnin lalu apabila hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamed Zabidin Mohamed Diah memerintahkan beliau membela diri kerana berpendapat Mohd Saiful adalah saksi yang "berkata benar dan berwibawa".

Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 19 May 2011 09:03 AM PDT

Dr Mohamad Khir Toyo


Mendoakan Kesihatan Dr. Mahathir

Posted: 18 May 2011 10:24 AM PDT

Apo Kono Eh Jang!

Posted: 19 May 2011 07:07 AM PDT

Apo Kono Eh Jang!


Sendiri cetak, sendiri edar, sendiri kutip dan salahkan UMNO..

Posted: 18 May 2011 05:43 PM PDT

Hari ini puak-puak Pakatan di Selayang telah menyerahkan sebanyak 6,532 keping salinan VCD Lucah Anwar Ibrahim ke Balai Polis. Mereka juga membuat satu laporan Polis terhadap penyebaran tersebut yang mereka dakwa dilakukan oleh pihak UMNO dan jugak kerajaan.

VCD tersebut dikatakan telah diedarkan semasa majlis Solat Hajat di Stadium Selayang baru-baru ini. Ia diletakkan pada cermin kereta dan juga pada motorsikal orang ramai dikawasan tempat parking majlis tersebut. Risalah serta VCD itu juga mereka dakwa ditaburkan ditepi dan juga bahu jalan Stadium.

Didalam satu sidang media selepas itu di Pejabat PAS, YDP PAS Selayang iaitu Zaini Abdul Talib mendakwa penyebaran VCD lucah Anwar ini mendapat restu dari pihak Polis. Dia juga mempersoalkan kredibiliti pihak Polis yang ada di kawasan majlis tersebut kerana kononnya membiarkan perbuatan pihak yang menyebarkan VCD itu kepada orang ramai.

Ini katanya adalah satu lagi taktik keji dari UMNO untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan. Malah, mereka juga telah menuduh pihak pembangkang di Selangor sudah terdesak untuk melumpuhkan sokongan orang ramai kepada Pakatan dengan menaburkan fitnah terhadap Anwar Ibrahim.

Didalam hal penyebaran VCD lucah Anwar ini, terdapat beberapa keraguan didalam kenyataan puak-puak PAS yang mebuat laporan Polis. Sejak bila pula Polis ditugaskan untuk menjaga parking dikawasan majlis atau ceramah yang di anjurkan oleh mereka?

Bukankah selama ini parking dan lalulintas dikawal oleh Unit Amal PAS sendiri? Jadi mengapa pula Polis yang hendak disalahkan? Polis bukannya balaci Pakatan yang boleh diperkudakan untuk menjaga kawasan ceramah mereka. Dan gaji Polis bukannya dibayar oleh puak-puak Pakatan ini semua.

Jika Unit Amal PAS yang bertanggung jawab menjaga parking dan lalulintas disekitar Stadium berkenaan, mungkin mereka sendiri yang mengedarkan VCD tersebut dan kemudiannya menuduh UMNO yang melakukannya. Ini tak mustahil kerana Pakatan memang sanggup melakukan apa saja untuk memburukkan UMNO.

Lagi pun, takkanlah petugas-petugas Unit Amal PAS tak dapat mengesan siapa yang mengedarkan VCD tersebut kerana jumlahnya bukan sedikit yang diedarkan. Kalau 6532 keping VCD berserta dengan risalah, ianya mesti bukan dilakukan secara bersendirian. Mustahil kalau petugas-petugas PAS tak menyedari hal ini.

Sebab itulah dikatakan bahawa dalang sebenar didalam pengedaran VCD tersebut adalah dikalangan orang Pakatan sendiri. Ini kerana, hanya mereka sahaja yang ada dikawasan parking tersebut.

Ini sebenarnya merupakan satu lagi taktik kotor puak-puak Pakatan untuk menarik sokongan masyarakat kepada mereka dengan menyalahkan UMNO. Mereka sendiri yang cetak, mereka sendiri yang sebar, dan mereka sendiri yang kutip semula bagi dan menuduh UMNO supaya rakyat benci kepada UMNO dan kerajaan.

Hanya inilah yang mereka mampu lakukan setelah mereka tak mampu menepis pendedahan yang dilakukan terhadap Ketua Umum mereka. Orang yang tak siuman sahaja yang akan mempercayai taktik kotor puak-puak Pakatan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan