Jumaat, 20 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 20 May 2011 01:38 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


Ziarah pelajar terlantar di Kampung Darat

Posted: 19 May 2011 07:41 AM PDT



BESERI - Melihat keadaannya sudah pasti memilukan siapa sahaja yang menziarahi Mohd Basri Basharuddin, 17, yang terlantar di rumahnya sejak empat bulan lalu.

Pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Tengku Sulaiman ini hidup tanpa sebahagian tempurung kepalanya yang terpaksa dibuang akibat kemalangan jalanraya yang dialami pada 31 Januari lalu.

Beliau bagaimanapun akan menjalani pembedahan tidak lama lagi untuk memasukkan kembali sebahagian tempurung kepalanya yang dibuang itu. Namun menurut bapanya, Basharuddin Bakar, proses untuk memulihkan kembali Mohd Basri akan mengambil masa yang lama.

Penderitaan Mohd Basri ini turut dikongsi oleh pimpinan PAS Padang Besar yang menziarahi beliau di rumahnya di Kampung Darat dekat sini 19 Mei lalu.

Antara pimpinan yang hadir ialah Naib Yang Dipertua, Ustaz Yahaya Ahmad; Ketua Urusan Ulama, Ustaz Azamhari Mahamood serta Ketua Pemuda, Shuhairi Samsuddin bersama Exconya.

Selain menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga ini, Ustaz Yahaya berkata pimpinan dan ahli PAS akan sentiasa memberikan sokongan dan berdoa agar Mohd Basri akan pulih seperti sediakala.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 20 May 2011 01:36 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


35 Pekerja Binaan Di Afghanistan Maut

Posted: 20 May 2011 01:30 AM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KHOST: Sekurang-kurangnya 35 pekerja pembinaan terbunuh dan 24 lagi cedera dalam satu serangan yang dilancarkan oleh pemberontak Taliban di selatan Afghanistan.

Pegawai kerajaan, Abdullah Durani berkata, 10 anggota militan turut terbunuh dan 13 lagi pekerja binaan masih hilang selepas berlaku serangan di daerah Zadran, wilayah Paktia itu kelmarin.

Taliban mengesahkan membunuh ramai pekerja pembinaan itu, tetapi menafikan mengambil mereka sebagai tebusan, menurut jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahidin. – REUTERS

Empat Disyaki Militan Terbunuh Di Yala

Posted: 20 May 2011 01:25 AM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

BANGKOK: Empat orang disyaki militan terbunuh dalam pertempuran 10 minit dengan tentera dan polis di Yala pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Yala Kol Peera Boonliang berkata insiden berbalas tembakan itu berlaku setelah militan terbabit enggan menyerah diri selepas rumah mereka di daerah Tharn To, Yala, dikepung oleh tentera dan polis pada 6.30 pagi.

"Mereka yang mula melepaskan tembakan dan menghalakan peluru ke arah pasukan keselamatan. Kami kemudian membalasnya," katanya.

Mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Arsae Hulu, 30, Masawbee Arsue, 28, dan Muhammad Orlee, 28. Identiti mangsa keempat masih belum diketahui.

Beliau berkata pasukan keselamatan turut menemui dua laras raifal AK47, dua pucuk pistol .38 dan peluru di rumah itu.

Lebih 4,000 orang terbunuh sejak puak disyaki pemisah meneruskan kempen bersenjata mereka untuk menuntut kemerdekaan bagi tiga wilayah di selatan -- Narathiwat, Pattani dan Yala -- tujuh tahun lepas. - BERNAMA

Peranan RoS Bimbing, Bukan Haramkan Pertubuhan

Posted: 20 May 2011 01:00 AM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 20 MEI : Pendaftar Pertubuhan (RoS) digesa memainkan peranan untuk membantu menyelesaikan masalah sesuatu pertubuhan bukannya bingkas mengugut untuk mengharamkan mana- mana pertubuhan yang berdaftar dibawahnya.

RoS juga didesak melatih semula pegawai mereka supaya meneliti terlebih dahulu sebarang aduan yang diterima sebelum mengambil tindakan seraya menggambarkan ia tidak ubah seperti alat kepada kerajaan pemerintah, mahu menguburkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

ADUN Sungai Pinang, Teng Chang Kim berkata demikian mengulas tindakan gelojoh RoS menghantar notis mahu membatalkan pendaftaran parti itu, kononnya melanggar peruntukan 32.2.1 perlembagaan PKR kerana memecat seorang ahli tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti.

"Mereka tidak professional, tidak membuat semakan yang teliti dan seharusnya mereka perlu menghalusi peruntukkan parti berkenaan, sekiranya ada kes ambil penjelasan dulu daripada kedua-dua pihak selepas itu baru cari jalan pendamaian, sekalipun telah melanggari peraturan kita ada banyak jalan penyelesaian," katanya.

Menurut Teng, tindakan disiplin dalam parti adalah perkara biasa dan bukan PKR sahaja yang mempunyai masalah dalaman tetapi semua parti termasuk UMNO BN.

"Kalau ada aduan itu biasa, tapi kalau jabatan pendaftaran mahu ambil tindakan drastik untuk membatalkan pendaftaran sesebuah parti politik kerana ada aduan, saya rasa mereka akan sibuklah sebab semua parti ada masalah, UMNO pun ada masalah parti dalaman," katanya.

Sebagai reaksi kepada tindakan RoS yang mensabitkan dakwaan rapuh terhadap PKR, parti itu bertindak membuat sidang media di ibupejabat PKR di Tropicana menjelaskan kekeliruan yang timbul.

Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution menjelaskan peruntukan yang dirujuk itu tidak ada dalam pelembagaan parti.

Yang ada cuma fasal 32 "yang tidak langsung berkaitan dengan isu displin dan Lembaga Displin".

Fasal 32 memerincikan bahawa Majlis Pimpinan Pusat mempunyai kuasa muktamad menyelesaikan sebarang pertikaian mengenai tafsiran perlembagaan atau peraturan tetap mengenai kongres parti.

Malah Ahli yang dinamakan sebagai Rajagopal dalam notis ROS itu juga tidak wujud.

Ahli yang dipecat oleh PKR adalah Jayagopal dan bukan Rajagopal a/l Andaikkalam seperti yang didakwa RoS.

Mengulas lanjut isu ini, Teng tidak menolak bahawa tindakan drastik RoS disulami unsur sabotaj berikutan tuduhan seperti ini tidak pernah dilakukan terhadap parti-parti lain.

Tambahnya lagi, DAP dan PAS tidak ada masalah untuk meminjamkan logo parti mereka kepada PKR jika RoS tetap mahu membatalkan pendaftaran parti itu, namun beliau percaya PKR akan buat pendaftaran parti yang baru kerana PKR mempunyai falsafah dan identiti tersendiri.

"Saya kira rakan parti dalam Pakatan (PAS&DAP) sudah pasti sudi untuk meminjam lambang kita untuk rakan kita dari PKR untuk bertanding," ujar Teng.

Tv Selangor/-

Wanita Warga Emas Ke Tali Gantung Edar Ketamin

Posted: 20 May 2011 12:40 AM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 20 MEI : Seorang wanita warganegara India berumur 64 tahun dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah mengedar ketamin seberat 2,925 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di Sepang dua tahun lepas.

Hukuman itu diputuskan setelah Hakim Noor Azian Shaari berpuas hati bahawa tertuduh, Fazila Bee Abdul Kareem gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Fazila dikesan membawa ketamin di Balai Ketibaan Antarabangsa, KLIA, kira-kira jam 2.30 petang pada 13 Februari 2009.

Wanita beranak tiga itu didakwa mengikut Seksyen 39 B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Noor Azian berkata tertuduh dalam pembelaannya mendakwa dia datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan kerana berasal daripada keluarga susah.

"Keterangan tertuduh penuh dengan percanggahan, tidak konsisten, lebih kepada rekaan dan difikirkan semula. Saya dapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan tertuduh didapati bersalah.

"Kalau nak kerja mesti dah tahu tempat mana nak kerja, nama majikan dan ada permit kerja. Tertuduh juga dikatakan berumur 64 tahun tetapi berdasarkan penampilannya, umur tertuduh dilihat lebih daripada 64 tahun, jadi tidak mungkin ada orang yang nak ambil dia bekerja sebagai pembantu rumah.

"Hanya ada satu hukuman sahaja iaitu tertuduh digantung sampai mati," katanya.

Sejurus Noor Azian membacakan keputusannya, Fazila Bee yang memakai t-shirt putih, berseluar sukan dan bertudung hitam tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Bagaimanapun, selepas dia keluar dari kandang tertuduh dan diterangkan oleh peguamnya K.A.Ramu mengenai hukuman yang dijatuhkan ke atasnya, Fazila Bee dilihat menangis sambil mengangkat tangan seperti berdoa.

Tertuduh juga dilihat berterusan menangis sambil memegang sehelai tuala kecil dan berdoa ketika diiringi anggota polis keluar dari mahkamah.

Sepanjang perbicaraan, seramai enam saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sementara pembelaan mengemukakan seorang saksi.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya daripada Kastam Diraja Malaysia Nursarah Dina Baharudin yang menyebut bagi pihak Timbalan Pendakwa Raya Naziah Mokhtar.

Tv Selangor/-

Subsidi IPP Akan Disemak Semula

Posted: 20 May 2011 12:30 AM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 20 MEI : Subsidi bahan bakar kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) akan disemak semula dan dikurangkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Perdana, Datuk Seri Idris Jala.

Malaysiakini melaporkan, buat masa ini IPP menikmati sebahagian besar subsidi bagi barangan berasaskan petroleum yang dibekalkan oleh kerajaan pusat.

Menurut Idris kontrak mereka hampir luput dan subsidi berkenaan akan disemak semula.

"Ia sedang dirunding semula. Perbincangan sedang berlangsung dan ada juga yang telah beres. Kami akan membuat pengumuman tidak lama lagi," katanya.

Pengumuman berkenaan perkara itu adalah dalam bidang kuasa Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, Datuk Seri Peter Chin.

"Rundingan semula masih berterusan dan sesetengahnya sudah ada penyelesaian," kata Idris yang juga mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

Didesak sama ada rakyat boleh mengharapkan pemotongan subsidi kepada IPP, beliau berkata: "Sudah, tentu," tetapi tidak mahu mengulas lanjut.

Pengeluar tenaga bebas atau IPP adalah entiti swasta yang memiliki kemudahan bagi membekalkan tenaga elektrik untuk dijual.

Buat masa ini terdapat 26 IPP di seluruh negara dan semua mereka menikmati pembelian harga gas dan barangan berasakan petroleum pada harga diskaun.

Pada tahun 2008, subsidi gas kepada IPP bernilai RM8.1 bilion, manakala Tenaga Nasional Bhd pula menerima RM5.7 bilion.

Tv Selangor/-

Pulau Pinang terselamat risiko paras laut naik

Posted: 20 May 2011 12:00 AM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

MOHD Hafiq Abdullah menunjukkan pokok rhu dan kelapa yang tumbang akibat dipukul ombak di pantai Terengganu.
GEORGETOWN: Pusat Kajian Pantai, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) mendapati Pulau Pinang tidak menghadapi risiko peningkatan paras air laut kerana hanya mencatat kenaikan 2.33 milimeter (mm) setahun.

Pengarahnya, Ir Mohd Radzi Abdul Hamid, berkata pihaknya melakukan kajian di seluruh negara termasuk di Pulau Pinang melalui Stesen Tolok Pasang Surut yang ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan pemantauan satelit.
"Kita akui ada peningkatan tetapi ia tidak memberi impak yang besar atau memberi gangguan kepada kawasan penduduk, pertanian dan perumahan.
"Hanya ada kenaikan di empat lokasi iaitu Sungai Sarawak, Sarawak; Kuala Kedah, Kedah; Kuala Terengganu, Terengganu dan Sandakan, Sabah dengan catatan 0.5 meter pada 2010, tetapi masih awal (kemungkinan ditenggelami) dan tidak memberi sebarang risiko," katanya ketika dihubungi.

Sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara dikatakan meningkat purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.

Mohd Radzi berkata, pihaknya menjalankan kajian lanjut mengenai peningkatan paras laut bagi membolehkan tindakan diambil.

"Semua kajian yang dilakukan masih awal dan baru-baru ini kami membuat lawatan ke kawasan yang sudah dikenal pasti bagi melihat kesan dan risiko pada masa depan.
"Kajian terperinci dijangka dapat diketahui sebelum akhir tahun ini dan kenaikan bukan saja dialami di Malaysia tetapi membabitkan seluruh dunia," katanya.

Remaja cipta motosikal Transformers

Posted: 19 May 2011 11:00 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


MOTOSIKAL Uno III Streetbike yang belum berubah bentuk.

BENTUK motosikal Uno III Streetbike selepas berubah bentuk.

MASSACHUSETTS, Amerika Syarikat - Seorang pencipta muda Amerika Syarikat (AS) berusia 17 tahun, Benjamin Gulak melakar sejarah tersendiri apabila mencipta motosikal berkuasa elektrik ala robot dalam filem Transformers bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Motosikal luar biasa itu dihasilkan oleh syarikatnya, BPG Motors dan diberi nama Uno III Streetbike atau U3.

Menurut Gulak, 20, cetusan idea untuk mencipta jentera itu berlaku semasa dia mengikuti bapanya ke Asia atas urusan perniagaan dan mendapati bandar raya Shanghai, Beijing dan Hong Kong mengalami kesesakan jalan raya yang teruk.

Justeru, dia mencipta motosikal yang boleh berubah bentuk dengan bergerak tanpa roda depan yang disimpan di celah dua roda belakang dengan hanya menekan butang.

Motosikal itu sesuai disimpan di dalam bilik dan dibawa masuk ke dalam lif. 

Agensi

Wajah kekasih Terminator disiar

Posted: 19 May 2011 10:00 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



LOS ANGELES - Wajah amah Mildred Baena yang melahirkan anak luar nikah pelakon terkenal yang pernah menjadi gabenor California, Arnold Schwarzenegger disiarkan media kelmarin.

Anak luar nikah itu dilahirkan lima hari selepas anak keempat Schwarzenegger dilahirkan oleh isterinya ketika itu Maria Shriver.

Shriver kini sudah berpisah pada Januari lalu ekoran pengakuan Schwarzenegger mengenai skandal tersebut.

Anak luar nikah itu dilahirkan pada 2 Oktober 1997 seperti yang tercatat dalam dokumen sijil kelahiran.

Shriver, 55, pula melahirkan anak Schwarzenegger, Christopher pada 27 September tahun sama.

Laman web TMZ yang menunjukkan bukti sijil kelahiran anak luar nikah Schwarzenegger dan Baena kelmarin tercatat nama Rogelio Baena sebagai bapa kepada anak tersebut.

Dokumen penceraian yang difailkan oleh Baena dan Rogelio pada Februari 2008 bagaimanapun menyatakan pasangan itu tidak mempunyai cahaya mata.

Identiti anak luar nikah berusia 13 tahun itu kini dilindungi, namun dia dilihat memiliki persamaan dengan Schwarzenegger terutama bahagian mulut dan giginya.

Jiran-jiran menerangkan personaliti remaja tersebut sebagai comel, kelakar dan berwajah tampan, gemar bersukan dan melibatkan diri dalam majlis amal di kawasan rumahnya.

Baena yang bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman Schwarzenegger dan Shriver sejak lebih 20 tahun lalu menerima bayaran sebanyak AS$1,200 (RM3,636) setiap minggu.

Dia yang mula menjalin hubungan sulit dengan Schwarzenegger sekitar hujung tahun 1990-an melakukan pelbagai tugas termasuk membersihkan rumah, dobi, memasak dan lain-lain sebelum berhenti kerja pada Januari lalu.

Baena kini tinggal di rumahnya yang dipercayai dihadiahkan oleh Schwarzenegger berharga AS$243,015 (RM736,456) di Bakersfield di utara Los Angeles.

Schwarzenegger mengumumkan perpisahan dengan Shriver minggu lalu selepas mereka mendirikan rumah tangga selama 25 tahun.

Pasangan itu yang berkahwin pada 26 April 1986 di Hyannis, Massachusetts serta mempunyai empat cahaya mata iaitu Katherine, 21, Christina, 19, and Patrick, 17, dan Christopher, 13.

Baena yang berasal dari Guatamala kini menjadi buruan media ekoran skandal sulit Schwarzenegger yang menggegarkan dunia hiburan dan politik Amerika Syarikat. 

Agensi

CAT bantu penganggur diberhenti kerja

Posted: 19 May 2011 09:25 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN, 20 Mei: Pusat Kerjaya dan Latihan (CAT) yang berfungsi sebagai membantu para penganggur yang diberhentikan kerja oleh majikan akan digubal semula peranannya sesuai dengan moto barunya 'My Penang, My Workplace', kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Baginya, penggubalan itu sekaligus membantu mereka yang diberhentikan kerja dapat menjalankan aktiviti seperti biasa di samping meningkatkan taraf hidup, mencari peluang baru serta menjana ekonomi agar lebih berjaya pada masa depan.

Justeru itu, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir dengan melatih bakat-bakat baru dalam beberapa segi seperti pembangunan sains dan teknologi.

Bercakap pada sidang media di Invest Penang, katanya bagi menyasarkan RM6.1 bilion pelaburan tahun 2011 semua pelaksanaan mesti terurus dan inovatif untuk memperolehi tambah nilai yang tinggi terhadap pendapatan berasaskan teknologi masa kini.

Tahun 2010 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya menjadi negeri pertama di Malaysia duduki tangga pertama apabila memperolehi pelaburan yang tinggi iaitu RM12.2 bilion.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Gartner pada Septerber 2010 menunjukan bahawa pertumbuhan pendapatan semi konduktor dunia dijangka akan menurut daripada 31.5 peratus tahun 2010 ke 4.6 peratus tahun 2011.

"Maka penggabungan dan penyatuan merupakan langkah terbaik untuk menjamin rekod pertambahan tahun lalu supaya pengurangan tenaga kerja dan pekerja mahir tidak akan melimpah ruah yang boleh merosakan industri.

"RM12.2 bilion pelaburan di Pulau Pinang membolehkan penjanaan 21,000 peluang pekerjaan baru di negeri ini walaupun terpaksa berhadapan dengan situasi yang mencabar," tambahnya.

Oleh itu, katanya kerajaan negeri melalui Invest Penang telah merancang beberapa program seperti penubuhan Penasihat Pemasaran (SME), Pusat Sumber dan Latihan (SMART) dan Pusat Kerjaya dan Latihan (CAT) untuk mengatasi semua halangan yang mendatang.

Dari situ sambung Lim lagi, SMART yang ditubuhkan secara khusus untuk memudahkan semua SME di negeri ini untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui penyediaan kepelbagaian aktiviti yang dilakukan oleh pusat tersebut.

"Kerajaan Negeri melalui Invest Penang sedang merancang program seperti menubuhkan SME, SMART dan CAT supaya perjalanan semua pusat itu membantu pengembangan perniagaan yang sedia ada bagi menghindarkan terjadinya kejatuhan ekonomi, " tegas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih, Balik Pulau.

Harakahdaily/-
Oleh : Mohd Sabri Said

Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud landa Jepun

Posted: 19 May 2011 09:20 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO: Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud menggegarkan Tokyo dan beberapa wilayah di timur Jepun, awal pagi ini, kata agensi meteorologi.

Gempa itu berlaku pada kira-kira jam 9.46 pagi waktu tempatan dan mengakibatkan beberapa bangunan di Tokyo bergegar.

Tumpuan kejadian itu ialah di wilayah Ibaraki, kira-kira 130 kilometer dari ibu negara negara berkenaan, lapor agensi berita Jepun. - AFP

Tengkorak Mona Lisa ditemui di biara

Posted: 19 May 2011 09:00 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


FLORENCE, Itali - Para arkeologi menemui satu tengkorak wanita yang dipercayai menjadi model untuk pelukis terkenal, Leonardo da Vinci melukis potret Mona Lisa, lapor sebuah akhbar semalam.

Tengkorak dan tulang wanita itu ditemui semasa mereka menggali kubur bawah tanah di biara St. Ursula, Florence yang dipercayai milik seorang wanita yang menjadi model pelukis tersebut melukis potret Mona Lisa.

TENGKORAK wanita yang dipercayai Mona Lisa ditemui di kubur bawah tanah di biara St. Ursula, Florence

Pasukan penggalian mendedahkan pada minggu lalu bahawa mereka menemui bilik kawasan rahsia selepas dua minggu melakukan kerja-kerja mencari di biara St. Ursula yang telah tidak digunakan lagi.

Kubur itu dipercayai milik Lisa Gherardini Del Giocondo.

Wanita itu yang merupakan isteri seorang saudagar sutera yang kaya mati pada 1542.

Di Itali, Mona Lisa dikenali sebagai La Gioconda.

Beberapa pegawai berkata, tengkorak itu ditemui 1.52 meter di bawah lantai sebuah biara bersama tulang rusuk dan tulang belakang selepas kerja-kerja menggali dilakukan.

KUMPULAN wartawan dibawa melawat ke kawasan penggalian kubur seorang wanita 
dipercayai Mona Lisa di biara St. Ursula, Florence.

Kini para saintis akan menguji asid deosirikbonukleik (DNA) tulang itu dengan tulang dua kanak-kanak yang ditanam dekat kubur tersebut.

Jika saintis dapat mengesahkan tengkorak itu milik model tersebut, artis forensik akan cuba membina semula muka wanita berkenaan untuk dibandingkan dengan lukisan berusia 500 tahun yang dilukis oleh da Vinci.

Penemuan itu diharap dapat menyelesaikan misteri identiti wanita yang menjadi model untuk da Vinci melukis potret Mona Lisa. 

Agensi

Pakatan yakin tawan semula Perak

Posted: 19 May 2011 08:53 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

PARIT BUNTAR, 20 Mei: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata, Perak bakal diterajui PR semula pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 kerana sokongan rakyat semakin meningkat dan akan menafikan BN yang merampas kuasa sebelum ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas peluang Pakatan Rakyat untuk kembali berkuasa di negeri ini.

Katanya, Umno BN Perak seharusnya cermin diri dahulu sebelum berkata PR wujud masalah dalaman.

Hakikatnya, kata beliau kemelut dalaman BN telah menjadikan parti itu lesu dan gagal mengurus tadbir negeri dengan baik dan mereka bercakaran sesama sendiri menyebabkan rakyat semakin terabai.

Tambahnya, pendedahan Ketua Pembangkang Dun Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin bahawa terdapat Adun BN yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri yang disoal siasat SPRM selama lima jam baru-baru ini berikutan kes rasuah, sehingga kini gagal dijawab oleh Menteri Besar, Datuk Dr Zambry termasuk ketika ditanya dalam sidang Dun lepas.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri berkata, PR Perak amat komited dengan misi kebajikan kepada rakyat, walaupun cuma sempat memerintah selama 11 bulan, banyak isu dan perkara berjaya diselesaikan dengan baik.

Beliau juga mendedahkan kerajaan BN Perak telah menciplak dasar-dasar kebajikan Pakatan Rakyat dalam pentadbiran kerajaan negeri sekarang.

"Antaranya dasar pemberian tanah kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah SUWA, pemberian sagu hati kepada anak-anak Perak yang berjaya ke IPTA, dasar tanah, meneruskan penubuhan jawatan kuasa hal ehwal bukan Islam dan banyak lagi," ujarnya.

Khalil yang juga Adun Titi Serong mendakwa kekayaan negeri diagihkan kepada kaum keluarga terdekat dengan sewenang-wenangnya.

"Oleh kerana terlalu sibuk mengagihkan kekayaan negeri kepada keluarga sehingga telah menyebabkan nasib rakyat terabai, kini janji membela rakyat cuma tinggal janji sahaja," katanya lagi.

Menurutnya, legasi Pakatan Rakyat telah menghasilkan kesan positif di hati rakyat dan yang pastinya rakyat negeri Perak merindukan perkara tersebut dan akan meneruskan sokongan seperti mana pada Mac 2008 lalu.

Tambahnya, BN tetap akan ditolak walaupun mereka menaburkan janji politik yang merupakan pemanis mulut untuk kekal berkuasa sedangkan merekalah pengkhianat sebenar kepada rakyat Perak dan Malaysia selepas lebih 50 tahun memerintah.

"PR Perak komited menjalankan sesi penerangan ke seluruh negeri, pemimpin Pakatan Rakyat Perak di semua peringkat telah bekerja keras untuk memastikan maklumat tentang kerja jahat Umno BN sampai ke pengetahuan rakyat.

"Kita juga menyampaikan maklumat mengenai prestasi baik yang dicapai oleh negeri di bawah Pakatan Rakyat yang telah dinafikan pemberitaannya oleh media massa yang dikawal ketat oleh BN," katanya.

Tambahan pula, katanya dengan ledakan maklumat melalui internet, blog, facebook, twitter dan sebagainya akan memudahkan maklumat diterima rakyat dan cetusan gelombang maklumat ini akan mempercepatkan kejatuhan BN di Perak.

"Rakyat semua bangsa dan agama perlu berganding tenaga bagi menjatuhkan BN pada PRU 13 nanti, jangan biarkan BN terus menipu dan perompak hak rakyat negeri Perak," katanya.

Harakahdaily

PAS setuju tetapi bukan kesatuan Melayu saja

Posted: 19 May 2011 08:45 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Mei: PAS bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Umno bila-bila masa tetapi bukan atas dasar ketuanan Melayu semata-mata tetapi mengajak parti itu melaksanakan keadilan Islam.

AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, beliau yakin PAS sejak dari awal bersedia berbincang dan berdiskusi dalam semangat dan tuntutan 'agama itu nasihat', semangat 'at-Tawaasi- ingat mengingait' dan 'at-Tadaafu'-semak dan imbang' seperti yang tuntut al-Quran.

"Ajaran agama inilah yang menjadi dasar dan asas kami bertindak sekaligus merupakan tuntutan Allah SWT dalam Al-Quran," kata beliau.

Bagaimanapun, kata Dr Dzulkefly yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor, tentunya pertemuan ini perlu melepasi hanya isu dan topik kesatuan Melayu "kerana ada yang lebih penting, lebih besar dan lebih dhoruri dan menekan hari ini untuk dibincangkan."

Dr Dzulkefly menjawab pelawaan Umno melalui ketua penerangannya, Datuk Ahmad Maslan yang sekali lagi mengundang PAS untuk berbincang atas nama kesatuan Melayu.

Bagi beliau, Umno telah menggunakan kaedah dan pelawaan ini beberapa kali dalam waktu yang lalu, bagi membuktikan bahawa mereka serius tentang isu ini dan PASlah yang enggan dan dipaparkan oleh media Umno-BN sebagai sombong dan angkuh.

"Ini adalah taktik Umno memenangi hati-budi orang Melayu terutama golongan yang tidak mendapat maklumat selain dari sumber media kawalan Umno-BN seperti Utusan Malaysia, RTM cetak dan elektronik," katanya kepada Harakadaily.

Sehubungan itu, beliau memberikan beberapa asas penting yang perlu menjadi topik perbincangan yang antaranya:-

(i) Bagaimana Islam hari ini telah tercemar dan kesucian Islam sebagai agama dan satu cara hidup yang menatijahkan kehidupan bernegara yang berkat dan sejahtera, kerana amalan dan urus-tadbir sebuah kerajaan yang hanya mengaku Islam tetapi membawa tata-kelola dan pengurusan kerajaan atau 'governance' yang sarat dengan rasuah, salah guna kuasa dan amalan kronisme yang kesemua merosakkan imej dan kesucian Islam dan tanggapan buruk kaum dan agama lain terhadap orang Melayu-Islam. PAS merasakan topik ini paling penting untuk Islam dan survival dan daya saing orang Melayu.

(ii) Bagaimana Islam sebagai agama dan Rasul sebagai 'Rahmatan lilL 'Aalamin' rosak dengan doktrin yang diperjuangkan oleh Umno dengan mengangkat ketuanan Melayu sempit mereka. Islam tercemar dengan gagasan ketuanan Melayu ini, dan orang Melayu-Islam sangat mahu Islam dan kedudukan orang Melayu sebagai etnik terbesar di negara ini tidak perlu dilihat sebagai melakukan 'dominasi' dan 'menindas' kaum dan agama lain.

Islam akan menyelamatkan orang Melayu-Islam khususnya dan agama serta kaum-budaya lain di negara ini dengan sifat Islam yang Rahmah dan Ihsan-Belas kepada semua. Umno memburukkan imej dan citra Islam – ini perlu dibincangkan segera terutama mutahir ini.

(iii) Bagaimana Umno sebagai paksi pemerintahan BN hari ini terus-menerus gagal menggunakan media perdana cetak-elektronik bagi mewujudkan iklim dan suasana yang sihat untuk kebangunan akhlak dan minda serta sikap yang positip di kalangan muda-mudi dan orang dewasa tetapi sebalik secara jelek dan keji, menggunakan media perdana menonjolkan dan mencorakkan serta menaja 'politik jelek, keji dan jijik' dalam media perdana yang merosakkan akhlaq serta imej baik Islam di Negara ini.

Media sepatutnya memurnikan akhlak dan iklim politik bukan sebaliknya merosakkan termasuk juga segala program buruk yang mencetuskan pelbagai gejala kebejatan dan keruntuhan akhlak muda-mudi dan juga tabiat serta gelagat buruk golongan dewasa.

(iv) Bagaimana sebuah negara yang kaya dengan hasil sumber per kapita yang tertinggi di dunia seperti yang diakui oleh Bank Dunia, hari ini mengalami dan berdepan dengan kedudukan ekonomi yang hilang daya-saing sekaligus gagal mengamit pelaburan asing.

Negara juga terperangkap dalam jajaran ekonomi 'berpendapatan sederhana', jurang antara kaum dan dalam kaum yang terus melebar, hutang awam semakin meningkat, jurang pembangunan wilayah semakin ketara anatara negeri miskin dan kaya, ketirisan dalam system 'delivery' kerana rasuah dan salah guna kuasa.

Semua ini bertentangan dengan tuntutan Islam yang mahukan pertumbuhan mapan dan agihan adil serta pengurusan yang bebas rasuah dan pembaziran. Ini yang wajar dan wajib diperbincangkan atas tuntutan 'At-Ta'awun – tolong menolong dalam kebajikan dan ketaqwaan.

(v) Orang Melayu sudah bersatu kerana pegangan akidah – ini tuntututan Allah SWT – Wa'tasimu bi HabliLah – bersatu berpegang tali Allah yakni Islam! Kita sudah Islam – PAS dan Umno sudah Islam. Tetapi mengapa Umno tidak komited untuk memperjuangkan tuntutan Islam seperti yang ditegaskan secara ringkas di atas tadi? Kesatuan memperjuangkan Islam itu yang penting dengan apa jua cara dan organisasi itu yang dituntut Alah SWT.

"Ini yang perlu kita bincangkan dan diskusikan! Bukan kesatuan Melayu!" tegas Dr Dzulkefly lagi.

Katanya, buat apa Melayu bersatu kalau membelakangi dan tidak komited mendokongi Islam.

"Ahli akar umbi Umno mesti menyeru pimpinan tertinggi mereka untuk melaksanakan tuntutan Islam sepenuhnya – bukan bila ianya sesuai dengan kepentingan politik mereka – melaungkan slogan jihad pada tempat yang salah dan memperjungakan Islam secara sempit yang akhirnya menakutkan orang bukan-Islam dan mencemarkan kemurnian dan kesejagatan Islam.

"Islam bukan untuk orang Islam sahaja dan Islam tentunya bukan untuk orang Melayu sahaja. Islam ialah "Rahmatan lIlL'," kata beliau lagi.

Sehubungan itu, katanya, PAS mengundang Umno, demi kepentingan Islam dan orang Melayu khasnya, kesejahteraan negara amnya berdiskusi dan mencari penyelesaian tuntas atas semua isu-isu ini.

"Melayu akan selamat dan kaum serta agama lain juga akan selamat dengan cara ini," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily.

Harakahdaily

Jepun dilanda kemelesetan ekonomi

Posted: 19 May 2011 08:30 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO - Jepun mengalami kemelesetan ekonomi yang jauh lebih teruk daripada jangkaan awal dalam suku pertama tahun ini selepas negara itu dilanda bencana gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu.

Kabinet negara itu melaporkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menyusut kepada 0.9 peratus dengan jangkaan kadar kuncupan tahunan setinggi 3.7 peratus akibat kejatuhan dalam perbelanjaan domestik.

Menteri Ekonomi, Kaoru Yosano berkata, ekonomi negara itu dijangka terus merosot pada masa ini tetapi diyakini meningkat kembali jika ada permintaan berterusan terhadap projek pembinaan semula struktur binaan yang telah musnah di negara tersebut.

Bank pusat Jepun turut menjangka pertumbuhan ekonomi negara tersebut akan meningkat sedikit secara perlahan pada suku tahun kedua walaupun dilanda pelbagai halangan seperti krisis di loji nuklear dan kekurangan bekalan tenaga.

Sinar Harian/-

Nasruddin dijangka menang tanpa bertanding

Posted: 19 May 2011 08:20 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Mei: Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan (gambar) dijangka mengekalkan jawatannya selepas tiga lagi calon lain membayangkan tidak akan bertanding jawatan tersebut.

Terbaru, calon terakhir yang ditunggu membuat keputusan, iaitu ketua penerangan dewan itu, Suhaizan Kaiat, juga mengumumkan tidak akan bertanding jawatan tersebut.

"Setelah mempertimbang pelbagai jawatan yang ditawarkan oleh ahli-ahli PAS seluruh negara maka saya membuat keputusan untuk menawarkan diri bertanding secara harmoni dan penuh ukhuwah jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat dan AJK PAS Pusat," katanya yang membuat pengumuman melalui blognya awal pagi ini.

Semalam, dua lagi calon iaitu timbalan ketua pemuda PAS sekarang ini, Azman Shapawi Abd Rani dan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar, telah menyatakan hasrat tidak akan bertanding jawatan tersebut.

Azman seperti laporan Harakahdaily semalam berkata, beliau tidak akan bertanding jawatan ketua pemuda sekiranya Nasruddin berhasrat mempertahankan jawatan yang disandangnya kini itu.

Firdaus pula semalam memaklumkan hanya akan bertanding merebut kerusi nombor dua dewan itu sekaligus menolak untuk bertanding ketua pemuda.

Dengan pengumuman Suhaizan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor itu, bermakna sah Nasruddin mempunyai laluan selesa untuk mengekalkan jawatan yang sedang disandangnya.

Bagaimanapun keputusan rasmi calon yang akan bertanding hanya akan diketahui selepas 26 Mei ini.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu berkaitan pemilihan yang akan diadakan awal bulan depan.

Mengulas pertemuan malam tadi itu, Nasruddin ketika dihubungi berkata, pertemuan itu tidak menjurus kepada perbincangan untuk berkompromi terhadap mana-mana jawatan yang dipertandingkan.

"Malam tadi kita membuat keputusan terbuka.

"Kita serah kepada semua perwakilan untuk menentukan siapa yang mereka mahu pilih.

"Dalam masa yang sama, semua calon juga bebas sama ada mahu bertanding atau menarik diri,"katanya.

Keputusan itu ujarnya lebih baik sebagai menghormati kepercayaan ahli akar umbi yang telah membuat pencalonan.

Dalam pada itu, mesyuarat khas malam tadi turut memaklumkan bahawa perasmian muktamar dewan itu akan diadakan pada 1 Jun di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Manakala muktamar penuh akan diadakan pada keesokannya.

Berikut ialah senarai penuh calon layak bertanding jawatan tertinggi Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013:

Ketua

1. Azman Shapawi Abd Rani, ustaz
2. Mohd Firdaus Jaafar, ustaz YB
3. Nasruddin Hassan, usaz
4. Suhaizan Kaiat

Timbalan Ketua

1. Ahmad Sabki
2. Azman Shafawi
3. Firdaus Jaafar, YB
4. Mohd Nor Hamzah, YB
5. Nasaruddin Hassan
6. Nik Abduh Nik Aziz
7. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob
8. Riduan Mohd Nor
9. Suhaizan Kaiat

Naib Ketua

1. Azman Shafawi, Ustaz
2. Firdaus Jaafar, YB
3. Kamaruzaman Mohamad
4. Khairi Faizi Kamil
5. Mohd Nor Hamzah
6. Mohd Sany Hamzan
7. Nasir Zakaria, YB
8. Nik Abduh Nik Aziz
9. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob
10. Riduan Mohd Nor
11. Sabki Yusof
12. Suhaizan Kaiat

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah

Ferguson cari tiga bintang baru

Posted: 19 May 2011 08:00 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson kini sedang mencari tiga bintang baru untuk dibawa masuk ke Old Trafford bagi menghadapi saingan musim depan.

Langkah yang diambil oleh Ferguson itu adalah untuk mengukuhkan skuad kendaliannya yang bakal kehilangan khidmat beberapa tonggak utama.

Penjaga gol skuad The Red Devils, Edwin van der Sar bakal mengakhiri kariernya hujung musim ini, manakala tonggak pertahanan, Gary Neville telah mengumumkan persaraannya.

Seorang lagi pemain vateran United, Paul Scholes pula kini sudah mula berbicara untuk mena- matkan kariernya.

"Kami sudah ada beberapa calon pemain yang difikirkan layak untuk beraksi bersama kami mu- sim depan. Kami berharap dapat membawa masuk mereka ke sini (Old Trafford).

"Ketika ini Ryan Giggs dan Scholes sudah se- makin hampir untuk menamatkan karier mereka, manakala Neville pula sudah bersara. Sama seperti van der Sar yang akan bersara pada penghujung musim ini.

"Jadi... kami perlu mencari beberapa pemain baru bagi menggantikan mereka sebagai perse- diaan untuk masa akan datang.

"Saya sedang mencari tiga pemain yang mampu memenuhi kriteria-kriteria yang kami perlukan," jelas Ferguson. 

Agensi

Dimaki, diugut akibat tegur jiran

Posted: 19 May 2011 07:45 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

AMPANGAN – Hanya kerana menegur jiran sebelah yang dilihat kurang prihatin meletakkan bahan binaan untuk mengubahsuai rumahnya sesuka hati, seorang ibu tunggal dimaki hamun selain turut diugut akan dipukul.

Tidak tahan dengan karenah jiran yang suka membuat kacau, ibu tunggal terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Zahara akhirnya membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan diri dan anaknya.

Malah, kerja pengubahsuaian yang dilakukan jirannya itu menyebabkan bumbung dan syiling rumahnya mula mengalami kerosakan.

"Saya dan anak sampai di rumah kira-kira jam 5 petang dan secara tiba-tiba ditegur dengan kasar oleh jiran terbabit. Saya memberitahunya air telah masuk ke garaj rumah saya akibat kerja pengubahsuaian yang sedang dilakukan.

"Jiran saya itu mengatakan kontraktor masih belum menyiapkan kerja tersebut dan saya turut dituduh menggunakan bomoh Siam disebabkan semua orang sudah tahu. Saya juga mempunyai perasaan dan melawan cakap jiran itu," katanya.

Disebabkan tidak mahu perkara itu berlarutan, anak Zahara menghubungi pihak polis dan dia diminta untuk membuat laporan di balai polis sebelum beberapa pegawainya datang membuat tinjauan.

Malah katanya, sebelum ini juga, beberapa laporan polis dan aduan kepada pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) telah dibuat, namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil.

"Anak saya turut menghubungi MPS bagi menyatakan rasa tidak puas hati disebabkan jiran telah membina dinding di sempadan rumah tanpa kebenaran bertulis.

"Selepas itu, MPS menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) memaklumkan tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan oleh Jabatan Bangunan dan notis meroboh serta kompaun telah dikeluarkan.

"Namun, kerja pengubahsuaian terus dilakukan dan saya harap MPS dapat mengambil tindakan seperti apa yang dimaklumkan," katanya.

Zahara berkata, sekiranya perkara ini berlarutan, dia dan anaknya berkemungkinan akan membawanya ke mahkamah berikutan keselesaannya untuk terus tinggal di situ terjejas.

Selain itu katanya, dia percaya nilai rumahnya juga turut jatuh jika jirannya tidak mahu bertanggungjawab terhadap kerosakan yang terpaksa ditanggungnya itu.

"Saya mahu jiran saya bertanggungjawab dan membaik pulih rumah saya secepat mungkin sebelum keadaan menjadi lebih teruk," katanya.

Sinar Harian/-

Calon Ketua Muslimat tiada

Posted: 19 May 2011 07:30 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM – Jawatan Ketua Muslimat Pas masih menjadi teka-teki kerana mereka yang dicalonkan untuk jawatan tersebut belum buat keputusan rasmi.

Mereka yang dicalonkan ialah ketuanya, Nuridah Salleh, timbalan ketua, Siti Zailah Mohd Yusof, pengarah pilihan raya (Muslimat), Mariah Mahmud dan ahli jawatankuasa kerja (Muslimat), Dr Asiah Ali.

Keempat-empat mereka turut dicalonkan bagi jawatan timbalan ketua, naib ketua dan ahli jawatankuasa kerja sayap muslimat parti itu.

Siti Zailah, yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, beliau belum membuat keputusan kerana masih menunggu surat tawaran pencalonan pemilihan parti.

Katanya, pimpinan muslimat memerlukan gandingan generasi baru dan lama bagi memantapkan sayap parti itu.

Mariah, yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata akan mengadakan perbincangan pada hujung minggu ini sama ada untuk bertanding atau sebaliknya.

"Kebiasaannya, keputusan untuk menerima atau sebaliknya pencalonan itu bergantung kepada keperluan parti," katanya.

Sinar Harian/-

Krisis di Libya makin kritikal

Posted: 19 May 2011 07:20 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Krisis yang berlarutan di Libya kini menjadi amat kritikal, apabila pemerintah diktator Libya, Muammar Ghadafi terus melakukan serangan dan kekejaman terhadap rakyatnya, walaupun berhadapan dengan serangan tentera NATO yang diketuai Amerika Syarikat dan Britain.

Sehubungan itu, ratusan orang awam terbunuh dan cedera setiap hari akibat serangan yang dilalukkan oleh tentera yang setia kepada rejim diktator itu.

Ketua Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, kota Benghazi yang merupakan kota kedua terbesar di Libya kini menjadi 'markas tentera revolusi rakyat' bagi menentang Ghadafi.

Menurut beliau, terlalu banyak kesan kemusnahan yang berlaku di sekitar kota tersebut akibat pertempuran yang berlaku antara tentera rejim Ghadafi dengan 'tentera rakyat' yang bangkit menentang rejim kejam itu.

Katanya, ribuan anak-anak muda bangkit di kota Benghazi dengan keluar beramai-ramai secara aman ke jalan-jalanraya untuk menumbangkan pemerintahan rejim Ghadafi, dengan berbekalkan semangat kebangkitan yang berlaku di Tunisia dan Mesir.

"Mereka hanya bersenjatakan slogan 'keluar kamu dari Libya' dan 'kuasa rakyat' serta mengadakan demonstrasi membantah kekejaman rejim diktator itu," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang turut berkunjung ke Cairo hari ini untuk menghadiri mesyuarat gerakan Islam sempena pelancaran parti baru Ikhwan Muslimin Mesir berkata, pemuda-pemuda itu akhirnya telah berjaya menumbangkan pentadbiran tentera yang setia kepada Ghadafi.

Katanya, yang penting, 'rasa takut' mereka telah hilang demi mengembalikan maruah dan mendapatkan kembali hak serta kebebasan mereka.

"Semasa kunjungan singkat saya ke sana, saya dapat melihat ratusan anak-anak muda yang sedang berbaris di kem tentera untuk mendaftar diri menjadi sukarelawan bagi menentang tentera Ghadafi.

"Mereka berbaris berjam-jam hanya untuk mendapatkan giliran bagi dilatih menggunakan senjata-senjata ringan seperti pistol dan senapang yang ditinggalkan oleh tentera Ghadafi yang belot dan kini berjuang bersama rakyat," katanya.

Walaupun serba kekurangan semasa menghadapi ancaman serangan dari tentera Ghadafi, menurut beliau, semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak muda itu adalah amat tinggi.

Matlamat utama mereka adalah membebaskan Libya dan rakyatnya dari kekejaman rejim kuku besi Ghadafi yang telah berkuasa lebih 40 tahun.

'Tentera rakyat' yang diwujudkan itu terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, dari petani, buruh dan penganggur membawa kepada pensyarah universiti, doktor dan ahli korporat yang kesemuanya bersatu dengan satu tekad untuk membebaskan bumi Libya dari kekejaman Ghadafi.

Menurutnya, dari sudut kemanusiaan pula, menurut pegawai perubatan dan kumpulan hak asasi manusia yang sempat ditemuinya, sejak kebangkitan rakyat berlaku di seluruh Libya, dianggarkan lebih 2000 penduduk awam telah terbunuh dan lebih 5000 orang awam kini menjadi tahanan di bawah tentera Ghadafi.

Di dua hospital terbesar di kota Benghazi, doktor-doktor kini berhadapan dengan kekurangan ubat dan kelengkapan perubatan bagi menampung mangsa yang tercedera dalam pertempuran yang berterusan di bandar-bandar yang berdekatan dengan Benghazi.

Kota Misarata yang terletak di barat Benghazi kini masih terus menjadi medan pertempuran yang sengit antara tentera rakyat dan tentera rejim Ghadafi.

"Ramai rakyat awam yang cedera dan terpaksa dipindahkan dan kini ditempatkan di Hospital Benghazi. Doktor-doktor dan pegawai perubatan terpaksa berkerja siang dan malam bagi menyelamatkan nyawa ratusan rakyat awam yang tercedera akibat serangan berterusan tentera Ghadafi.

"Sebahagian dari mangsa yang tercedera juga sempat dipindahkan ke hospitak di Turki melalui kapal-kapal bantuan kemanusiaan yang disediakan oleh kerajaan Turki," jelasnya.

Kini, katanya, Benghazi ditadbir di bawah kerajaan sementara yang menubuhkan 'majlis syura kepimpinan negara' yang diwakili oleh pimpinan masyarakat serta wakil-wakil kabilah yang berpengaruh.

Segala urusan harian kerajaan di Benghazi ditadbir di bawah majlis itu dengan bantuan serta sokongan majoriti rakyat di seluruh Benghazi.

"Seluruh lapisan masyarakat di Benghazi telah memberikan kerjasama yang baik, walaupun mereka menghadapi pelbagai ancaman serta serba kekurangan akibat konflik yang berlaku," jelasnya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Manakala di peringkat antarabangsa, negara-negara Barat pula telah mengambil ketetapan terhadap keputusan yang dibuat pada sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 17 Mac 2011, dengan Amerika Syarikat berserta Britain dan Perancis telah mendapatkan kebenaran untuk menyerang dan mengebom Libya melalui 'Operasi Odyssey Dawn'.

Mandat yang diluluskan oleh PBB itu, katanya, adalah untuk memaksa Ghadafi menghentikan serangan ke atas rakyatnya sendiri dan berundur dari jawatan beliau.

Ia bertujuan untuk menyelamatkan rakyat Libya dari pembunuhan beramai-ramai tentera rejim Ghadafi serta mengenakan tekanan ketenteraan bagi memastikan Ghadafi meletakkan jawatan.

"Namun banyak persoalan yang timbul selepas penglibatan Amerika Syarikat dan sekutunya ini. Apakah corak pemerintahan Libya selepas Ghadafi?

"Apakah sistem demokrasi akan dilaksanakan di Libya ataupun akan menjadi seperti Afghanistan atau Iraq dengan campurtangan dan penjajahan tentera asing yang berpanjangan di sana?

"Bagaimana pula dengan penguasaan hasil minyak dan gas di Libya? Apakah Amerika Syarikat dan Perancis akan turut juga menguasai hasil bumi Libya itu? katanya.

Realitinya, jelas beliau, campurtangan kuasa asing itu pada hakikatnya bukan secara mutlak mahu membantu serta menyelamatkan rakyat awam Libya, tetapi ia tidak lebih daripada penguasaan strategik kuasa-kuasa besar ke atas Libya serta mahu menguasai hasil minyak dan gas yang amat penting bagi ekonomi dunia.

"Bagi Barat, tidak wujud istilah hak asasi dan kebebasan apabila mereka mempunyai kepentingan strategik serta kekayaan hasil bumi yang Libya miliki," katanya.

Namun, rakyat Libya hanya mahukan hak serta maruah mereka dikembalikan. Mereka mahukan kebebasan dan keadilan sepertimana yang dikecapi oleh rakyat di negara-negara Barat.

Mereka mahukan hasil kekayaan negara diagihkan secara adil dan telus kepada seluruh rakyat Libya. Mereka juga mahukan suara mereka didengar secara adil.

"Bagi saya, 'Kuasa Rakyat' akan menjadi penentu kepada masa depan Libya yang baru," tegas beliau.

Harakahdaily/-
Oleh : Aziz Muda

Bentuk tapak kaki gergasi di sawah padi

Posted: 19 May 2011 07:20 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


SLEMAN, Indonesia - Satu bentuk tapak kaki manusia gergasi ditemui di satu kawasan sawah padi di sini dengan ukuran seluas 3,000 meter persegi, lapor akhbar Tribunnews.com semalam.

Ia ditemui oleh pemilik sawah itu, Rebo Suwardi pada Ahad lalu pada pukul dua petang.

Menurutnya, bentuk itu disebabkan oleh angin dan sebahagian pokok padinya telah tumbang akibat ditiup angin kuat.

Dia berkata, selepas hujan turun dengan lebat, dia kembali melihat sawah tersebut dan mendapati terdapat bentuk seperti kaki manusia gergasi.

PENDUDUK di Sleman digemparkan dengan kemunculan satu bentuk kaki manusia gergasi di Minomartani, Ngaglik, Sleman 

Bagaimanapun, polis di Sleman, Yogyakarta akan melakukan siasatan sama ada bentuk itu dibuat oleh manusia.

Seorang pegawai polis, Irwan Ramaini menyatakan pihaknya masih belum mengetahui siapa yang membuat bentuk tapak kaki manusia itu.

Sebelum ini, beberapa lingkaran misteri yang dikaitkan dengan objek terbang tidak dikenali (UFO) ditemui di kawasan sawah padi Pulau Jawa.

Bentuk lingkaran misteri yang dalam pelbagai bentuk itu pada kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat. 

Agensi

Van Persie bakal dapat gaji setanding Fabregas

Posted: 19 May 2011 07:00 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



LONDON - Arsenal kini dilapor bersedia untuk menjadikan penyerang Belanda, Robin van Persie sebagai salah seorang pemain yang menerima gaji tertinggi kelab tersebut selepas kapten, Cecs Fabregas.

Ketika ini van Persie yang telah merekodkan 21 gol dalam saingan musim ini menerima gaji sebanyak £70,000 (kira-kira RM342,000) seminggu dengan kontraknya bersama skuad The Gunners masih berbaki selama dua tahun setengah lagi.

Seandainya ia menjadi kenyataan, van Persie dijangka bakal menerima gaji yang sama seperti Fabregas iaitu £90,000 (RM440,000) seminggu.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada perbincangan pihak pengurusan Arsenal dengan van Persie yang dijangka bakal dilakukan sebaik saingan Liga Perdana England musim ini tamat. 

Agensi

Penduduk Setinggan Bawa Ular Sawa Jumpa MB Perak

Posted: 19 May 2011 06:55 PM PDT



17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

IPOH 19 MEI : Dukacita dengan kerajaan negeri Perak yang meremehkan masalah mereka, wakil penduduk Kampung DBI membawa seekor ular sawa ke pejabat Menteri Besar Zambry Kadir.

Tindakan itu untuk menyerlahkan masalah ular yang berkeliaran di perkampongan setinggan itu.

Seorang penduduk dilaporkan mati akibat dipatuk ular.

Mereka juga membantah kegagalan kerajaan Umno-BN gagal menunaikan janji untuk menawarkan lot perumahan baru yang dijanjikan 14 tahun lalu.

Penduduk terbabit merangkumi golongan berpendapatan rendah dan ramai antara mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berkeluarga besar.

Dihimpit dengan sara hidup tinggi, mereka juga berdepan dengan soal keselamatan kerana masalah ular yang berkeliaran bebas sekian lama.

Buntu dengan nasib diri, penduduk terbabit mengambil keputusan menangkap seekor ular sawa untuk diserahkan bersama surat aduan kepada pejabat Zambry pagi tadi.

Bagaimanapun mereka hanya berjaya menyerahkan surat aduan itu kepada Pegawai Khas Zambry, Zulkefli Abdullah manakala ular itu di ambil oleh sepasukan anggota bomba.

Penduduk mendakwa ular sering memasuki kawasan rumah mereka dan ramai daripada mereka menjadi mangsa patukan ular.
Penduduk kampung harap kerajaan negeri mengambil tindakan segera sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku.

"Kita bawa ular sawa supaya Menteri Besar sendiri boleh tengkok masalah macam mana yang kita hadapi," kata wakil penduduk S. Subramaniam. -tvsnews

Panduan pimpinan menghadapi cabaran perjuangan Islam

Posted: 19 May 2011 06:48 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
"Sempena Muktamar ke-57"

Firman Allah yang bermaksud: "Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa (8); Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (10)." (Surah Asy-Syams 91:8-10)

Sesuatu yang penting dihayati dan diambil iktibar ialah mengenai pengiktirafan masyarakat Mekah kepada Nabi Muhammad SAW sebelum baginda dilantik oleh sebagai Rasul. Syakhsiyah baginda sudah masyhur sebagai seorang 'al-amiin' sudah diterima baik oleh semua lapisan masyarakat.

Ini bererti sifat al-amiin itu sudah menghiasi syakhsiyah Nabi Muhammad SAW sehingga terserlah kepercayaan dan keyakinan masyarakat, betapa baginda seorang yang benar-benar 'boleh diharap' sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

Justeru semua individu yang bergelar pimpinan perlulah utamakan muhasabah diri supaya boleh diterima sebagai al-amiin. Ia sesuai dengan maksud firman Allah di atas (seperti maksud ayat di atas) yang meletakkan sifat membersih diri sebagai tangga kejayaan.

Maknanya, seseorang itu perlu bersih diri dan cara membersih diri ialah dengan mengawal nafsu. Percayalah, sifat peribadi (syakhsiyah) seseorang itu tidak boleh baik dan sempurna kalau nafsu tidak boleh dikawal.

Selain itu, cara bersih diri dari pengaruh nafsu buruk ialah menggunakan 'taqwa.' Melalui taqwa kepada Allah sahaja yang boleh menyebabkan masyarakat percaya dan yakin kepada seseorang pemimpin. Atas sifat taqwa jugalah apa sahaja yang kita buat––sembahyang, puasa, jaga keluarga hatta mengurus kemasyarakatan––masyarakat akan rasa yakin dan boleh percaya.

Begitu juga, bila seseorang itu bertaraf pemimpin, syakhsiyahnya akan dilihat baik atau sempurna bila ia tidak merokok, lekat sembahyang berjemaah, berterusan dengan amalan sunat, tidak kedekut bersedekah, ringan kaki tulang kerana kerja kebajikan rakyat atau seumpamanya. Ia sebagaimana sifat dan amalan Nabi Muhammad SAW. Apa yang utama, sifat Nabi itu hendaklah dijadikan asas melakukan muhasabah diri.

Ambillah pengajaran daripada kisah tatkala Nabi Muhammad balik dari Gua Hira' selepas bertemu Malaikat Jibrail. Ketika itu, isteri baginda Siti Khadijah menjadi pendorong dan penguat semangat untuk Nabi berhadapan dengan tugas dan tanggungjawab setelah menerima wahyu. Kata-kata mulia Siti Khadijah berbunyi: "Sekali- kali tidak! Demi Allah, sekali- kali Allah tidak akan menghinakan kamu selamanya. Sesungguhnya kamu benar-benar orang yang suka menyambung tali persaudaraan, menghormati tetamu, membantu orang yang sengsara, memenuhi keperluan orang yang memerlukan, dan membantu orang-orang yang ditimpa musibah."

Dalam konteks masyarakat Malaysia yang diselubungi fahaman sekular dibawa oleh Umno, ia telah menjauhkan kehidupan rakyat dari agama. Oleh itu terlalu penting bagi setiap rakyat (kalangan Melayu, Cina dan India dan semuanya) menjaga diri masing-masing supaya tubuh badan kita boleh menjadi bahan dakwah, contoh kepada semua orang.

Demikian pengalaman PAS di Kelantan yang sudah masuk 20 tahun memimpin rakyat ke jalan kehidupan beragama. Justeru di Kelantan kini wujud senario atau suasana ke'Islam'an, sekaligus mendidik rakyat menghayati amalan mengikut syariat Islam. Wujud suasana di masjid-masjid sekitar bandar yang dimakmurkan dengan sembahyang berjemaah pada setiap waktu puncak.

Begitu pula, cukup terasa ketenangan dan keselamatan ketika berada di pusat bandar. Terasa perubahan suasana, apabila hotel-hotel yang dulunya sinonim dengan aktiviti tidak sihat, sehingga ada tok-tok lebai terasa goyah bila ke hotel. Namun kini, berkat peraturan Islam, hotel sudah jadi tempat selamat didiami.

Diikuti pula, perkembangan baik berlaku dari segi sistem kewangan Negeri berikutan majoriti bank sudah bertukar kepada sistem kewangan Islam. Tidak ketinggalan, pihak bank luar negara turut membuka cawangan di Kelantan, seperti mana yang terbaru dari sebuah bank dari Kuwait. Ia disokong lagi dengan kemajuan sistem pajak gadai Ar-Rahn yang diperkenalkan oleh Kerajaan Kelantan turut diterima oleh Bank Rakyat dan Bank Islam. Malah yang terbaru, RHB Bank turut melancarkan pajak gadai Islam (ar-Rahnu).

Tidak ketinggalan, selama 20 tahun Kelantan di bawah kepimpinan Islam telah mencipta perkembangan baik di bidang pendidikan Islam. Sehingga merakam kejayaan sistem pengajian Yayasan Islam Kelantan (YIK). Malah turut berkembang sama sistem pengajian tahfiz al-Quran dan sains di bawah Kerajaan Negeri dan swasta. Kesannya telah lahir bijak pandai (intelek) Islam menguasai bidang profesional yang hafal al-Quran.

Berkat daripadanya, wujud suasana kerukunan hidup masyarakat Kelantan dan hubungan harmoni antara kaum––Melayu, Cina, India dan Siam––hidup dengan aman dan sejahtera.

Kesemuanya meletakkan asas kukuh bahawa tanggungjawab kepimpinan ke arah memerintah secara Islam adalah wajib. Lihat sahaja perjalanan Nabi Muhammad SAW sepanjang menjadi nabi dan pemimpin negara. Ketika sistem pemerintahan telah zaman-berzaman wujud di dunia, tetapi Nabi sendiri yang bawa Islam dan tatkala Islam berkuasa, maka Nabi tidak meniru sistem pemerintahan yang sedia ada. Nabi sendiri rela bergadai nyawa, demi menegakkan pemerintahan Islam. Ketika di Mekah pun, Nabi sendiri ditawar dengan serba-serbi kekuasaan dan kemewahan. Namun kesemuannya ditolak. Malah Nabi sendiri meninggalkan Mekah (berhijrah ke Madinah) demi menegakkan pemerintahan Islam.

Di Madinah pula, Nabi mengadakan tahaluf-siyasi dengan puak-puak bukan Islam (Yahudi dan Nasrani). Nabi sendiri memimpin dan mengendalikan semua urusan politik dan pentadbiran negara. Maka kepimpinan Nabi telah berlaku selama 23 tahun, bermula dari Mekah hinggalah ke Madinah.

Biarpun selama itu, apa sahaja cara dan gaya kepimpinan Nabi dilihat 'berlawan arus' atas semata-mata untuk tegakkan Islam. Natijahnya, Nabi berjaya menunjukkan contoh kepimpinan terbaik (khudwah hasanah) yang mesti ditiru oleh semua pemimpin dari dahulu sampailah sekarang.

Di sebalik kebaikan kepimpinan Nabi, baginda sering mengutamakan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab atas apa yang dipimpin. Justeru Nabi bukanlah seorang yang bermewah kerana jawatan, malah pernah berhutang dengan seorang Yahudi dan sanggup mencagarkan baju rantai untuk membayar hutang. Walau pun ada sahabat sedia menyara Nabi, tetapi baginda tidak bersedia untuk hidup atas bantuan orang lain.

Pengajaran daripada syakhsiyah dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW itu, harapnya semua pemimpin PAS hari ini perlu meletakkan 'peribadi Nabi' sebagai khudwah. Maka, seorang pemimpin itu hendaklah bergantung bulat kepada apa yang Nabi tunjuk itu. Ia sesuai dengan apa yang kita baca di dalam sembahyang. Sebab itulah, setiap kali sembahyang diwajibkan menyebut dan memuji Nabi. Dan sembahyang itu berlaku sebelum awal fajar dan ketika mata hari terbenam. Kesemuanya menuntut untuk kita sentiasa menyebut-nyebut sifat Nabi. Agar sifat itu sentiasa menjadi ikutan kita. Sesungguhnya, kebaikan kepimpinan Nabi Muhammad SAW jelas membawa rahmat dan kesejahteraan untuk sekalian alam. Justeru kenapakah kita tidak mahu menjadikan Nabi sebagai khudwah hasanah?

Semoga sekalian pemimpin PAS menjadikan syakhsiyah Nabi Muhammad SAW sebagai khudwah hasanah. Kepimpinan akan beroleh kejayaan dan jemaah akan terus utuh menuju matlamat perjuangan, yakni kemenangan Islam.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS.

Perangkap andartu Awang Hitam

Posted: 19 May 2011 06:40 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR - Tindakan seorang ahli perniagaan wanita yang sanggup 'terbang' sejauh kira-kira 3,237 kilometer dari Taiwan ke negara ini bagi melaporkan satu kes tipu berjumlah RM380,000 nyata berbaloi apabila dua lelaki Nigeria dan seorang wanita tempatan ditahan Isnin lalu.

Bukan itu sahaja, andartu berusia 43 tahun tersebut turut berpuas hati apabila mendapat sebahagian wang ditipu itu iaitu sebanyak RM59,700 hasil kecekapan polis yang menyerbu kediaman ketiga-tiga suspek itu di Cheras dan Serdang Raya, Seri Kembangan dekat sini.

Difahamkan, suspek wanita itu merupakan isteri salah seorang lelaki Nigeria berusia 39 tahun yang masuk ke negara ini menggunakan visa pelancong. Seorang lagi suspek berusia 26 tahun merupakan pelajar di sebuah kolej di sini.

Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof berkata, penipuan bermula sebaik mangsa mula menjalinkan hubungan cinta selepas berkenalan dengan suspek bergelar John Miller melalui laman sosial Facebook pada Februari lalu.

Katanya, selepas tiga bulan bercinta, suspek mula memperdaya mangsa mengatakan yang dia hendak menghantar bungkusan mengandungi barang berharga bernilai hampir RM4.65 juta sebagai bukti cinta.

"Suspek kemudian memberi arahan supaya mangsa memasukkan wang kononnya untuk proses penghantaran.

"Mangsa membuat sebanyak tiga transaksi ke dalam akaun milik isteri suspek berjumlah RM380,000," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tambahnya, mangsa akhirnya sedar dia ditipu selepas barang yang dikatakan itu tidak kunjung tiba sebelum mengambil keputusan menaiki pesawat untuk membuat laporan di pejabat Kedutaan Taiwan di sini pada Februari lalu.

Menurut Mohd. Rodwan, selepas disiasat, polis telah menyerbu sebuah apartmen di Cheras dan menahan suspek berusia 26 tahun pada Isnin lalu.

"Beberapa jam kemudian, kita menyerbu sebuah rumah teres di Seri Kembangan dan menahan pasangan suami isteri tersebut," katanya.

Selain menahan suspek, polis turut merampas sejumlah barangan kemas bernilai RM100,000, peralatan komputer, dokumen, kad kredit, telefon bimbit, wang RM59,700 dan empat buah kenderaan iaitu Honda Civic, Toyota Rush, Honda CRV dan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Naza Ria," katanya yang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.

ADUN Limbongan masuk hospital.

Posted: 19 May 2011 06:18 PM PDT


17 Jamadilakhir 1432H. [MOD]

Sahabat saya Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Limbongan, YB. Drs Zainuddin Awang Hamat sedang dirawat di Hospital Pasir Puteh , namun kesihatannya sehingga gambar yang dikirim oleh sdr. Mat Ali adalah dalam keadaan stabil.

Kami seluruh warga Blog Cina Islam mendoakan kepada YB semuga terus bersabar dan cepat sembuh untuk kembali kepada rakyat di DUN Limbongan bagi meneruskan kerjanya sebagai ADUN kawasan tersebut.

BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN

Posted: 20 May 2011 01:20 AM PDT

BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN


Ustaz Shahril Ketuai Pemuda Pahang

Posted: 19 May 2011 07:20 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Pahang bertukar nakhoda hari ini apabila Ustaz Shahril Azman menang tanpa bertanding sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang yang baru menggantikan Ustaz Suhaimi Saad yang bersara wajib.

Ustaz Shahril sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang selama dua sesi bermula tahun 2007.Beliau juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Krau selama tiga sesi berturut turut.

Turut menang tanpa bertanding ialah penyandang jawatan Pengerusi Tetap,Ustaz Rosli abdul Jabar.

Manakala bagi jawatan Timbalan Ketua dan Naib Ketua masing masing menyaksikan pertandingan tiga penjuru.Seramai 22 calon bertanding untuk jawatan exco DPP negeri.

Pengiraan undi sedang berjalan dan dijangka diumumkan selewat lewatnya jam 2.00 petang.

Sumber berita : http://tukulbesi.blogspot.com/

Idris Ahmad

Posted: 19 May 2011 11:11 PM PDT

Idris Ahmad


GST, Kerajaan BN Tidak Mampu Urus Rakyat

Posted: 19 May 2011 07:45 AM PDT

Parti Islam Semalaysia tetap membantah GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan. Tindakan ini melambangkan kerajaan BN, gagal memberi keselesaan kepada rakyat dan lari daripada tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan. Apakah tugas kerajaan  hanya menaikkan cukai sahaja, sedangkan kualiti hidup rakyat semakin teruk seperti perkhidmatan awam yang tidak pernah selesai, subsidi gula, minyak dip otong menyebabkan hidup rakyat semakin tertekan.

Pas bersetuju dengan pandangan Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, biarpun GST mampu meningkatkan pendapatan negara, kemampuan rakyat menghadapi tekanan harga barang yang lebih tinggi juga perlu diberi perhatian.

Alasan Datuk Seri Najib yang mangatakan cukai pendapatan akan dikurangkan apabila kerajaan melaksanakan GST. Ini alasan Pak Pandir untuk melindungi kebebalan kerajaan yang tidak kreatif dan inovatif untuk menjana pendapatan negara akibat daripada rasuah dan pembaziran yang melampau.

Apakah Datuk Seri  Najib tidak terfikir hanya 2 juta rakyat negara ini yang layak membayar cukai. Bagaimana manfaat yang didapati oleh majoriti rakyat,  terutama rakyat miskin yang tidak membayar cukai. Maknanya manfaat pengurangan cukai hanya kepada pembayar cukai, sedangkan GST semua terbeban kerana tidak ada pengecualian ketika membeli barang keperluan.

Tidak cukup lagikah wang kerajaan yang diperolehi melalui cukai perkhidmatan yang dinaikkan daripada 5% kepada 6%. Setiap pemegang kad kredit wajib dikenakan membayar RM50 untuk setiap kad.
Pas menegaskan jika kerajaan BN tidak mampu menjaga kebajikan rakyat, sila serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang terbukti dan teruji. Jika Datuk Seri Najib dan rakan-rakan BN hanya hendak menyusahkan rakyat lebih baik berundur secara terhormat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Ekonomi

Salam Perjuangan

Posted: 19 May 2011 11:02 PM PDT

Salam Perjuangan


'ROS' - SKRIP TERBARU NYAH PKR?

Posted: 19 May 2011 03:58 AM PDT

DPP PADANG TERAP

Posted: 19 May 2011 09:38 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Adun UMNO Kuala Nerang Anjur Program Untuk Murid Bekerjasama Dengan Pejabat Pendidikan Daerah

Posted: 19 May 2011 10:12 AM PDT



UMNO terus menyuntik agenda dan propaganda parti di tempat pendidikan,20 Mei 2011 ,Menteri Pelajaran rasmi mesyuarat perwakilan UMNNO di dewan Sekolah Menengah kebangsaan Syed Ahmad Kuala Nerang,dan Wanita UMNO Bahagian bermesyuarat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang,kali ini kita dapat melihat warga pendidikan terus dimanupulasi sehabis-habisnya sehingga melibatkan murid-murid. he he syoknya..banyak duit ..PPD boleh join dengan ADUN UMNO buat program ni..duit rakyat ker..rekod lama UMNO di Padang Terap ni pernah guna duit syarikat anak syarikat kerajaan negeri ,STDC untuk parti hampir RM 97,000!

PAS Negeri Sembilan

Posted: 19 May 2011 09:29 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Pekerja Indonesia tanpa permit berleluasa di Rantau, Negeri Sembilan

Posted: 19 May 2011 07:09 PM PDT

Aduan Rakyat Online
May 19th, 2011

Pendatang warga Indonesia yang masuk sebagai pelancong dan bekerja tanpa permit sah mula berleluasa di pekan kelahiran Menteri Besar N.Sembilan – pekan RANTAU.

Kebanyakan bekerja di restoren/gerai makan yang dimiliki warga tempatan terutama yang di buka pada waktu malam. Tiada yang berani bertindak kerana pengusaha perniagaan di percayai mempunyai pengaruh politik dan pihak polis tempatan.

Pembantu rumah yang keluarga kami ambil secara sah turut melarikan diri untuk bersama2 suami/ saudara mara mereka bekerja secara haram di sana.


Harap pihak imigresen ambil tindakan segera.

By: norlia

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/pekerja-indonesia-tanpa-permit-berleluasa-di-rantau-negeri-sembilan

Peningkatan kes demam denggi di Taman Tasik Jaya, Seremban

Posted: 19 May 2011 07:09 PM PDT

Aduan Rakyat Online
May 17th, 2011

Kejadian demam denggi di Taman Tasik Jaya, SEREMBAN sejak kebelakangan ini meningkat secara mendadak beberapa minggu ini, terdapat laporan yang menyatakan hampir 5 kes minggu lepas sahaja.

Pihak bertanggungjawab telah mengambil tindakan membuat semburan dan melihat keadaan sekeliling. Namun bilangan nyamuk di kawasan ini masih tinggi, secara rambangnya kami merasakan punca perdana masalah ini, adalah pembanggunan projek perumahan di kawasan sekeliling.

Isu denggi ini mula mendadak sejak penebangan hutan dikawasan sejeliling taman, dan apabila tapak projek di kawasan ini dimulakan dalam jangka masa 2 tahun.

Laporan saya ini bukan berniat untuk meminta projek ini diberhentikan, namun pihak pemaju harus menjaga kawasan sekeliling untuk mengelak daripada berlakunya pembiakan nyamuk dan menjaga kebersihan tapak projek.

Saya berharap pihak tuan/puan mengambil tindakan untuk membantu mengurangkan kes demam denggi di kawasan ini

By: Sanathanan Kandayah

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/peningkatan-kes-demam-denggi-di-taman-tasik-jaya-seremban

Pemuda PAS Hulu Kelang

Posted: 19 May 2011 07:49 PM PDT

Pemuda PAS Hulu Kelang


Saf UPM Hulu Kelang 2011-2013

Posted: 18 May 2011 11:21 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 19 May 2011 07:44 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Program Rakyat Celik IT - Asas Pemasangan Komputer - Terbuka Untuk Semua, Yuran RM20 Sahaja

Posted: 19 May 2011 01:14 AM PDT




Anda boleh cetak dan isi borang di atas

PAS Kawasan Miri

Posted: 19 May 2011 07:43 PM PDT

PAS Kawasan Miri


24 Mei 2011: Ceramah Umum Perdana

Posted: 19 May 2011 12:38 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING

Posted: 19 May 2011 07:16 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING


Posted: 19 May 2011 04:14 AM PDT

USRAH DPPB KALI KE 3
BERTEMPAT DI MADRASAH ISLAHIAH
MEMALI KG MEMALI
11/5/2011
RABU(MALAM PEMUDA)
MULA 7.20 MALAM-11.00 MALAM
NAQIB OLEH UST ROSHIDI PENGERUSI LUJNAH TARBIAH

Posted: 19 May 2011 03:55 AM PDT

DPPB SESI 2011-2013
ZIARAH KEMATIAN AKTIVIS PAS CAWANGAN KG HANGUS
KUPANG BALING
PADA 11/5/2011
JAM 6.30 PTG
DI KENALI SEBAGAI PAK DIN MERUPAKAN SEORANG PENGGERAK DAN AMILIN PAS, SENTIASA BERSAMA DALAM PROGRAM DAN PILIHANRAYA2 KECIL SERTA HADIR MESYUARAT AGUNG PEMUDA PAS KAWASAN BALING (berbaju Putih sedang pegang gambar calon dun galas)

Rembau Hari Ini

Posted: 19 May 2011 07:09 PM PDT

Rembau Hari Ini


Pekerja Indonesia tanpa permit berleluasa di Rantau, Negeri Sembilan

Posted: 19 May 2011 07:08 PM PDT

Aduan Rakyat Online
May 19th, 2011

Pendatang warga Indonesia yang masuk sebagai pelancong dan bekerja tanpa permit sah mula berleluasa di pekan kelahiran Menteri Besar N.Sembilan – pekan RANTAU.

Kebanyakan bekerja di restoren/gerai makan yang dimiliki warga tempatan terutama yang di buka pada waktu malam. Tiada yang berani bertindak kerana pengusaha perniagaan di percayai mempunyai pengaruh politik dan pihak polis tempatan.

Pembantu rumah yang keluarga kami ambil secara sah turut melarikan diri untuk bersama2 suami/ saudara mara mereka bekerja secara haram di sana.


Harap pihak imigresen ambil tindakan segera.

By: norlia

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/pekerja-indonesia-tanpa-permit-berleluasa-di-rantau-negeri-sembilan

Peningkatan kes demam denggi di Taman Tasik Jaya, Seremban

Posted: 19 May 2011 07:08 PM PDT

Aduan Rakyat Online
May 17th, 2011

Kejadian demam denggi di Taman Tasik Jaya, SEREMBAN sejak kebelakangan ini meningkat secara mendadak beberapa minggu ini, terdapat laporan yang menyatakan hampir 5 kes minggu lepas sahaja.

Pihak bertanggungjawab telah mengambil tindakan membuat semburan dan melihat keadaan sekeliling. Namun bilangan nyamuk di kawasan ini masih tinggi, secara rambangnya kami merasakan punca perdana masalah ini, adalah pembanggunan projek perumahan di kawasan sekeliling.

Isu denggi ini mula mendadak sejak penebangan hutan dikawasan sejeliling taman, dan apabila tapak projek di kawasan ini dimulakan dalam jangka masa 2 tahun.

Laporan saya ini bukan berniat untuk meminta projek ini diberhentikan, namun pihak pemaju harus menjaga kawasan sekeliling untuk mengelak daripada berlakunya pembiakan nyamuk dan menjaga kebersihan tapak projek.

Saya berharap pihak tuan/puan mengambil tindakan untuk membantu mengurangkan kes demam denggi di kawasan ini

By: Sanathanan Kandayah

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/peningkatan-kes-demam-denggi-di-taman-tasik-jaya-seremban

Dr Azman Ibrahim

Posted: 19 May 2011 07:06 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


i-SHARP, projek belum berjalan, penduduk mula terima tempias

Posted: 19 May 2011 12:04 AM PDT

Aktiviti pembersihan hutan paya gelam dan pembinaan prasarana ternakan udang i-SHARP oleh pemaju Blue Archipelago Berhad di Kampung Nyatoh, Permaisuri, Setiu mula 'menempiaskan hasil' kepada penduduk di sekitar Kampung Rhu Sepuluh dan kawasan berdekatan apabila populasi kera yang sebelum ini menjadikan kawasan hutan ini sebagai habitat semulajadi mereka mula menunjukkan 'protes' di atas kerakusan tangan-tangan manusia mengorbankan kedamaian alam sekitar yang dihuni mereka sekian lama demi keuntungan projek i-SHARP yang dikatakan akan mencecah ratusan juta ringgit setahun.

Kehilangan habitat asal ditambah lagi dengan kerancakan kerja-kerja pembinaan memaksa populasi kera ini berkeliaran menjadikan kawasan kampung sekitar terutamanya di Kampung Rhu Sepuluh yang mula dilanda fenomena baru yang menganggu keselesaan dan ketenteraman serta rasa bimbang para ibu-bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka.

Abang Him dalam satu program i-BANTAH
Ketua PAS Cawangan Rhu Sepuluh yang mesra dipanggil Abang Him ketika menghubungi Pengerusi i-BANTAH semalam memaklumkan, projek belum lagi berjalan, udang belum lagi diternak malah meninjau secara umum kerja-kerja pembinaannya, kelihatan masih jauh lagi untuk disiapkan tetapi kumpulan kera 'berkunjung' menjadi tetamu baru yang tidak kami undang bukan setakat mula menganggu kehidupan seharian penduduk malah kami yang sedang sembahyang berjamaah di surau pun turut sama dikunjungi kera-kera yang melompat masuk ke surau.

Ternyata kebimbangan yang berulang kali disuarakan i-BANTAH berkaitan impak alam sekitar dan ekosistem terhadap perlaksanaan projek i-SHARP ini mula menampakkan kenyataannya.
Antara kebimbangan berfakta yang berulang kali disuarakan i-BANTAH, tetapi terus dipandang sepi pihak berwajib:

Kemusnahan Habitat Bagi Hidupan Liar
Hutan Gelam Air Tawar adalah habitat bagi spesis kera serta hidupan liar terancam seperti Tapir (Tapirus indicus), Tenggiling (Manis javanica), Kongkang (Nyticebus coucang), Bangau China (Egretta eulophotes dan Burung Botak Kecil (Leptoptilos javanicus). Spesis hidupan liar terancam seperti tuntung juga menerima impak kerana tuntung bergantung kepada kawasan tersebut untuk bertelur. Jelas! Kera antara yang terawal menunjukkan 'protes'! Pertarungan merebut kepentingan antara alam dan manusia tidak akan berakhir dengan situasi menang-menang. Yang kuat akan menang dan ada yang akan menjadi korban.

Kemusnahan Kawasan Pembiakan Hidupan Laut
Pengaliran sisa buangan (effluent) dari projek i-SHARP yang mengandungi kepekatan garam yang tinggi disebabkan penggunaan air laut sepenuhnya, akan mengubah ekosistem Sungai Chalok dan Sungai Setiu serta Lagun Setiu lalu menjejaskan hidupan di dalamnya. Lagun Setiu di samping merupakan kawasan pembiakan hidupan laut, juga merupakan tempat perlindungan dan asuhan bagi pelbagai hidupan laut seperti ikan, udang, ketam, siput dan kerangan yang menjadi sumber pendapatan nelayan. Tabung Perlindungan Hidupan Liar Dunia (WWF) cawangan Malaysia menyatakan kira-kira 60% anak ikan kerapu dan benih tiram untuk ternakan di Malaysia datangnya dari kawasan Setiu. Tempiasnya belum lagi dirasakan lantaran ternakan udang belum lagi bermula, tetapi ianya akan menyusul. Ketika itu siapa yang akan tampil memikul tanggungjawab terhadap kemusnahan ini?

Air Sungai Menjadi Toksik dan Tercemar
Ubat-ubatan dan baja yang digunakan dalam industri akuakultur mengandungi bahan kimia. Sebahagian daripada bahan kimia ini adalah toksik kepada hidupan laut dan menjurus kepada kemerosotan sumber laut. Selain itu ia akan menyebabkan pencemaran air bawah tanah dan permukaan. Sisa akuakultur yang mengandungi kandungan bahan nutrient, bahan kimia dan ubat-ubatan yang dialirkan ke sungai juga akan menjejaskan kualiti air sungai. Kandungan nutrient daripada najis dan makanan udang yang tidak dimakan menggalakkan pertumbuhan alga (eutrofikasi) yang akan mengurangkan kandungan oksigen di dalam sungai. Kekurangan oksigen di dalam sungai boleh membunuh hidupan di dalamnya.

Sangkar Penternakan Ikan Penduduk Tempatan Terjejas
Terdapat projek akuakultur dalam sangkar dijalankan penduduk setempat di kawasan hilir Sungai Setiu seperti penduduk Kampung Fikri. Sangkar-sangkar akuakultur milik penduduk tempatan ini akan terjejas akibat dari pengaliran air sisa buangan kolam udang seperti pencemaran bahan kimia, penyebaran penyakit serta peningkatan kadar kemasinan air sungai.

Kehilangan Tanah Pertanian
Sebanyak lebih 200 ekar tanah yang diusahakan untuk aktiviti pertanian di Kampung Banggol telah diambil untuk menjalankan projek akuakultur ini. Saguhati antara RM3,000 – RM5,000 yang dibayar untuk satu lot tanah RTB dengan keluasan 2.4 ekar tak banyak memberi makna berbanding kehilangan pergantungan petani kepada hasil pertanian yang dimusnahkan menyebabkan mereka kehilangan sumber pencarian. Walaupun dijanjikan peluang pekerjaan di kawasan projek, tetapi tinjauan Pengerusi i-BANTAH mendapati buat masa ini tenaga kerja dari Indonesia, Bangladesh dan Kemboja masih mendominasi. Janji adalah suatu janji tetapi situasi semasa itu yang dilihat. i-BANTAH tidak menyatakan pemaju berbohong, tetapi mohon diberikan penjelasan.

Banjir
Kawasan yang sedang dibangunkan adalah kawasan paya bertanah rendah yang terdedah kepada kesan pasang surut Sungai Chalok dan dilimpahi air ketika musim banjir. Dari segi ekosistem, kawasan paya bertanah rendah dikategorikan sebagai kawasan takungan air. Lantas, untuk mengelakkan kawasan projek bernilai jutaan ringgit ini ditenggelami air banjir, kerja-kerja tebus guna tanah sedang dilakukan supaya kolam udang berada di aras yang lebih tinggi dari air banjir. Keadaan ini akan menyebabkan aliran air itu beralih ke kawasan yang lebih rendah di sekitar tapak projek dan ini akan menyebabkan air membanjiri kawasan penempatan penduduk sekitar. Tunggulah musim tengkujuh akan datang dan phenomena ini cukup akan menjadi kebimbangan.

Hakisan Tanah dan Pemendapan Tanah
Kegiatan pembersihan tanah dan penambakan tanah serta pembinaan infrastruktur i-SHARP telah dan akan menyebabkan berlakunya hakisan dan pemendapan di Sungai Chalok. Hakisan tanah yang disebabkan oleh aktiviti pembukaan tanah ini meningkatkan pengaliran sedimen ke dalam sungai dan menyebabkan pemendapan di dalam sungai sekaligus mengeruhkan Sungai Chalok.

Masalah Sosial
i-SHARP digembar gemburkan akan menjanjikan sebanyak 1,500 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Peluang pekerjaan sebanyak ini adalah mustahil untuk dijawat penduduk tempatan. Sekiranya peluang-peluang pekerjaan ini tidak dipenuhi, potensi untuk mendapatkan pekerja warganegara asing adalah tinggi. Kenyataannya telah mula terserlah. Jemputlah meninjau di kawasan projek walaupun kita adalah tetamu yang tak diundang tetapi kita adalah rakyat yang berhak mengetahui apa yang sedang berlaku di sekitar kita. Lihatlah siapa yang sedang bekerja. Kebanyakkannya Indonesia, Bangladesh dan Kemboja! Ini akan menyebabkan perubahan struktur sosial tempatan dan adalah tidak mustahil akan berlakunya masalah sosial dan kejutan budaya di kawasan setempat.

Akhirnya, kenapa pentadbiran Menteri Besar Ahmad Said hanya mengembar-gemburkan kemegahan projek yang masih samar kononnya untuk menjadikan Setiu sebagai hub pengeluaran udang terkemuka tetapi membisu dengan kesan negatif yang mula dirasai penduduk.

Lantaran itu, i-BANTAH mengulangi tuntutan ini kepada pihak kerajaan negeri kerana pengurnian ribuan hektar tanah kerajaan kepada pemaju Blue Archipelago Berhad dengan status pajakan selama 30 tahun bukan suatu isu remeh :

1.   Kerajaan negeri harus memberi penerangan menyeluruh  status sebenar projek ini kepada rakyat termasuk risiko yang bakal dihadapi penduduk.
2. Kerajaan harus mengkaji semula Laporan Kesan Terperinci Alam Sekitar (DEIA) yang dikeluarkan kerana DEIA yang telah dikeluarkan mempunyai banyak keraguan.

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak i-BANTAH

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 19 May 2011 03:49 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


PEKERJA RESTORAN DAKWA DIPUKAU... RUGI RM11K....BOLEH CAYA KE?

Posted: 19 May 2011 03:14 AM PDT

KAJANG: Seorang kakitangan sebuah restoran kerugian lebih RM11,000 selepas dipukau dalam kejadian di sebuah bank di Tanming Jaya, di sini kelmarin.


Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari restorannya di Jalan Duta Mas ke bank berkenaan untuk memasukkan wang keuntungan jualan, namun dipukau seseorang tidak dikenali sebelum menyerahkan wang dalam sampul itu dalam keadaan tidak sedar.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Roslan, 32, berkata, dia ditugaskan memasukkan wang keuntungan jualan ke dalam bank setiap hari.

Katanya, penyelia restoran menyerahkan wang itu di dalam sampul kepadanya dan sebaik tiba di bank itu, dia terus dipukau.

"Saya tidak sedar langsung dan tidak tahu sama ada lelaki atau perempuan yang memukau hingga sanggup menyerahkan sejumlah wang kepada mereka.

"Saya hanya ingat wang jualan itu diberi penyelia di dalam satu sampul dan saya perlu memasukkan wang itu ke dalam bank seperti biasa, namun nasib malang menimpa apabila dipukau orang tidak dikenali," katanya di sini, semalam.

Roslan berkata, dia hanya menyedari kehilangan wang itu pada waktu petang selepas penyelianya meminta resit bank.

"Pada masa itu, kepala saya pening dan berada dalam keadaan bingung sebelum menyerahkan sekeping kertas kepada penyelia saya yang kemudian terkejut kerana keadaan saya tidak terurus.

"Berikutan keadaan saya, penyelia itu menyuruh saya pulang berehat, namun hingga kini saya masih kebingungan dan tidak mampu mengingati apa yang terjadi," katanya yang berharap individu tidak bertanggungjawab ditangkap.

Menurutnya, dia tidak dapat mengingati apa-apa dan kini masih dalam keadaan bingung dan tidak terurus kerana memikirkan kejadian itu.

Katanya, laporan mengenai kejadian itu sudah dibuat di Balai Polis Batu 9, Cheras.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan laporan dan siasatan sedang dijalankan.

* gambar hiasan

AMK vs perkasa : APAKAH BERLAKU PERTUMPAHAN DARAH ESOK?

Posted: 19 May 2011 02:06 AM PDT

 
Mesej yang pertama :
" Salam Amk - Prgrm Anjuran AMK MALAYSIA. Ketua Amk Malaysia Shamsul Iskandar Md Akin akan ketuai ' Himpunan Suara Keadilan Angkatan Muda Tolak Fitnah Politik akhbar Utusan 1Malaysia - Sokong Suara Keadilan'. Jumaat 20 Mei jam 2.30ptg Depan Pjbt Utusan Malaysia Jln Chan Sow Lin KL Pudu.

Pelbagai acara simbolik boikot Utusan - kempen sokong akhbar Suara Keadilan akan dijalankan. Tk.Rozan Biro Penerangan Amk Malaysia. "

Mesej kedua :

Pemuda UMNO & NGO Melayu akan turun ke Pejabat Utusan Mal d jln Chan Sow Lin dlm menyatakan sokongan serta menghantar MEMO bahkan Pemuda UMNO bersedia utk bertembung dgn pemuda AMK yg d katakan akan hadir bersama, pd Jumaat ini jam 230 ptg 200511, mohon pejuang2 UM BERKUMPUL d Dewan UMNO Bhg Cheras Jln Peel (Pusat Rekreasi Cheras) jam 1230 tghari, prog seterusnya d beritahu d lokasi nanti, MOHON D SEBARKAN, WIP - GAPS

Mesej ketiga:

Kita sudah BERTEKAD DGN IKRAR MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH.GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG.. AYOH KELUAR AHLI PERKASA, WP DAN SGOR, KELUAR RAMAI RAMAI PD 2OHB MEI JUMAAT JAM 2.3Optg (selepas solat jumaat) DI JALAN CHOW SOW LIM, 500 ela dari Pejabat UTUSAN MALAYSIA..Angkatan Muda Keadilan Mahu Ganyang UTUSAN..Ini puak2 barua yg jadi alat DAP dan kumpulan boneka Anwar. Mereka nak datang utk tunjuk perasaan thdap Utusan. Satu Usaha Biadap. UTUSAN MILIK MELAYU, SUARA MELAYU DAN SATU2NYA MEDIA YG BELA MELAYU. AYOH KORBAN SEDIKIT MASA DEMI PERJUANGAN. PERHIMPUNAN KITA AMAN, ELAK PROVOKASI DAN JAGA UNDANG2 NEGARA. KITA BERHIMPUN HANYA UTK MEMPERTAHANKAN UNDANG2. ALLAHU AKBAR! ~IRWAN FAHMI, KETUA WIRA PUSAT.

.....Apa tindakan Polis/ FRU.... ? Rasanya Polis akan menghalang AMK dari berhimpun dan membenarkan PERKASA!!! Kita tengok je la keadilan Polis kita esok!!!

PEKIDA CEKEK DARAH PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA?

Posted: 19 May 2011 01:30 AM PDT

(klik untuk besarkan)

Untuk makluman sebelum ini memang para peniaga di wajibkan membeli Kanopy dengan Persatuan aka PEKIDA dengan kadar harga RM450 satu unit kanopy 8x8. Walaupun terdapat rungutan mengenai harga yang terlalu mahal namun para peniaga membayar RM450 kepada Pihak persatuan kerana tidak mahu di panjangkan kepada pihak yang berkenaan.

Namun kali ini berbeza apabila para peniaga merasakan tindakan Persatuan yang mengurus bazar Uptown Danau Kota keterlaluan dan sungguh KEJAM sama sekali.

Bayangkan harga sebelum ini yang di jual persatuan Penjaja dengan harga RM450 sebulan telah di naikkan dengan kadar harga RM650 seunit Kanopy. Alasan yang di berikan kali ini adalah kerana Kanopy yang baru ini berukuran 8x12 kaki.

Lebih memeranjatkan Paksaan di lakukan kepada para peniaga dengan menyatakan Jika peniaga tidak membeli kanopy yang di jual persatuan maka para peniaga yang tidak membeli itu TIDAK BOLEH MENJALANKAN PERNIAGAAN.

Hebat benar kah Persatuan '******'? Persatuan Penjaja Peniaga MELAYU? Ini bukan lagi Membantu Melayu sebaliknya MENINDAS para peniaga di Uptown Danau Kota yang 99% adalah peniaga Melayu.

Mohon DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan Menghalang dari Penindasan yang cuba di lakukan oleh pihak Persatuan kepada para peniaga Uptown Danau Kota dan kita juga minta pihak DBKL menyiasat mengapa begitu tinggi harga yang di kenakan ke atas Kanopy bersaiz 8x12 kaki yang mana sedangkan di pasaran harganya tidak sampai RM300.
JANGAN BEBANKAN RAKYAT, PARA PENIAGA PUN RAKYAT JUGA JANGAN AMBIL KESEMPATAN DENGAN MENGHISAP DARAH PARA PENIAGA YANG KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG.

APA KE JADAH BANK MUAMALAT GABUNG DENGAN BANK ISLAM

Posted: 19 May 2011 01:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Mei — PAS mempersoalkan penggabungan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) dan Bank Muamalat sambil menyifatkan ia tidak akan mendatangkan sebarang faedah kepada bank Islam terawal itu.

Kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, beliau percaya tindakan penggabungan itu adalah satu usaha untuk "menyelamatkan" Bank Muamalat.

BIMB adalah anak syarikat BIMB Holding Bhd yang mana Tabung Haji memegang saham terbesar dengan 51 peratus kepentingan dalam BIMB Holding Bhd.

"Saya cukup bimbang berlaku satu lagi budaya tidak sihat yang akan merugikan rakyat di mana BIMB Holding mahu mengambil alih atau beli atau bergabung dengan Bank Muamalat.

"Apa guna Bank Islam mahu bergabung dengan Bank Muamalat? Apa faedahnya? Bank Islam ada 115 cawangan di seluruh negara, apa guna mahukan lagi Bank Muamalat, kalau cawangan sikit, baru ada rasional tapi Bank Islam ada rangkaian di seluruh negara, begitu juga dengan Tabung Haji," kata Salahuddin pada sidang media di sini.

Justeru beliau percaya, kemungkinan penggabungan itu disebabkan Bank Muamalat mengalamai masalah besar.

Pemegang saham terbesar Bank Muamalat adalah DRB-HICOM iaitu 70 peratus saham dan baki oleh Khazanah Nasional Bhd.

"Saya harap Bank Muamalat telus dalam isu ini, mesti nyatakan status kewangan dengan jelas, kena beritahu apa sebenarnya yang berlaku pada Bank Muamalat . . . kalau ada masalah, apa masalah? Dan, apa guna Bank Islam mahu mengambil alih bank bermasalah ini?

"Saya bimbang penggabungan Bank Islam dengan Bank Muamalat ini akan menjejaskan potensi dan masa depan Bank Islam yang mungkin diarah oleh tangan-tangan ghaib," katanya.

... BNM kene tengok petul-betul isu ini......

JMM DESAK TUTUP MALAYSIAN INSIDER... KITA DESAK TUTUP UTUSAN & JMM....

Posted: 18 May 2011 05:58 PM PDT

JMM desak agar  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia agar mengambil tindakan keatas Malaysian Insiders... kami desak agar JMM ambil tindakan terhadap Utusan dan JMM sendiri...

(Ana tak berminat nak petik semua dari wed JMM) Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa SKMM kini sudah tidak mempunyai sebarang peranan dan seolah-olah sudah kehilangan taring.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah berkata, dakwaan tersebut berasas kerana SKMM gagal mengambil sebarang tindakan ke atas portal berita The Malaysian Insider berdasarkan beberapa laporan yang dibuat JMM sebelum ini.

Menurutnya, laporan JMM ada asasnya dan pihaknya mempunyai bukti kukuh di mana portal berita tersebut memang terkenal dengan artikel biadab yang cuba membangkitkan isu perkauman terutama bersifat anti-Melayu dan kerajaan.

Jaringan Mangkuk Malaysia (JMM)

NIE BARU LOGO HALAL KOREA JAMIL WOI... KE JAKIM PUN SAMA MANGKUK?

Posted: 18 May 2011 05:33 PM PDT

Macammane la Menteri Agama sekoq nie boleh dakwa yg semata-mata tulisan HALAL (seperti sebelah) itu adalah keluaran Korea Federation Halal Comittee? Semalam JAKIM dakwa benda tue dalam proses.... tup-tup hari ini dah sahkan logo 'HALALA' tue.... cepat betul Jakim gie korea buat inspection kat kilang depa...

YAN: Logo halal pada kotak susu 1Malaysia yang diragui statusnya sejak mula diagihkan secara percuma kepada pelajar sekolah mulai 11 Mei lalu disahkan sebagai produk yang mematuhi prosedur dan piawaian halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum diedarkan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata meskipun produk berkenaan dikeluarkan di Korea, ia mematuhi piawaian halal berdasarkan penilaian JAKIM dan badan Islam di negara itu.

Katanya, banyak produk keluaran badan Islam dari negara luar ketika ini dijual menggunakan logo halal selain logo yang dikeluarkan JAKIM, namun ia tetap perlu mematuhi peraturan dan piawaian negara ini sebelum boleh dipasarkan.

"Ada badan Islam luar negara yang mengeluarkan produk mereka sendiri dan kini dipasarkan secara meluas di Malaysia, namun ia memenuhi piawaian serta peraturan ditetapkan JAKIM.

"Dalam hal ini, JAKIM sendiri membuat pengawasan dan penilaian terus terhadap produk itu sebelum ia boleh dipasarkan sebagai produk halal.

....... ini logo halal yang dikeluarkan oleh Korea Muslim Federation Halal Com.....

.... tak tau berapa banyak benda syubhah yang dihalalkan BN masuk ke dalam perut anak-anak kita...?

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 19 May 2011 03:22 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


DAH KDN TAK AMBIL PEDULI, RAKYAT PULA KENA ADILI

Posted: 18 May 2011 10:32 PM PDT



SHAH ALAM : Seksyen 298A Kanun Keseksaan boleh dikenakan ke atas ahli parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali kerana mencetuskan suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan, benci-membenci, niat jahat atau memudaratkan ekoran pengisytiharan perang salib yang dibuatnya.

Namun menurut N Surendran melihat kepada perkembangan semasa dan pengalaman lalu, adalah tidak mustahil seseorang yang membangkitkan isu sensitif dan menimbulkan ketegangan seperti Ibrahim akan terlepas daripada tindakan perundangan.

" Malangnya kuasa mutlak untuk membuat tuduhan adalah hak peguam negara. Dan kita tahu peguam negara berpihak kepada kerajaan," kata Surendran.

" (Namun) kesalahan itu jelas dan itu bukanlah tempat atau hak Nazri untuk melepaskan Ibrahim Ali. Undang-undang dan sistem keadilan jenayah di negara ini perlu diteruskan," tambah Surendran lagi.

Menteri Undang-undang, Datuk Seri Mohd Nazri semalam berkata, tidak ada tindakan yang boleh diambil ke atas Ibrahim kerana kenyataan seumpama itu sudah menjadi norma di Malaysia pada waktu ini.

Katanya, walaupun kenyataan itu mungkin tidak disenangi, tetapi rakyat "perlu hidup" dan "jadi matang" dalam menangani watak-watak seperti Ibrahim Ali.

"Adalah sukar untuk bertindak terhadap Ibrahim sekarang dengan adanya Twitter dan blog... kerana kita tidak boleh memilih dalam membuat membuat pendakwaan," Nazri dipetik sebagai berkata kepada portal Malaysiakini.

Ibrahim pada 14 Mei lalu dalam satu ceramah di Kampung Changkat Gombak berkata, sekiranya orang Kristian meneruskan agenda seperti yang didakwa Utusan Malaysia, beliau akan melancarkan perang salib ke atas penganut Kristian.

Sebelum Nazri, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien membayangkan ugutan Ibrahim untuk melancarkan perang salib bukanlah sesuatu yang memudaratkan.

Hujah beliau, ugutan itu hanya "mencerminkan tahap pemahaman yang berlainan".- TVS

TAHNIAH MKINI , PUNAH UTUSAN MELAYU !

Posted: 18 May 2011 09:53 PM PDT



Tahniah Malaysiakini, jadi portal berita nombor 1 di Malaysia untuk bulan April walaupun disekat kerajaan semasa pilihanraya Sarawak. Eh.. No 1 macam Siti pula. Malaysiakini portal berita bebas mengalahkan pesaingnya media haprak kerajaan. Ia disahkan oleh Persatuan Digital Rakyat Malaysia (MDA)

Dengan 2.7 juta pelawat unik pada April, Malaysiakini mendahului the Star (2.4 million), Harian Metro (1.6 million) dan Utusan Malaysia (1.3 million).

Utusan Rugi RM6.893 Juta Suku Tahun Pertama
SHAH ALAM 18 MEI : Ketika akhbar lain mencatat keuntunganm Utusan Melayu (M) Bhd mengalami kerugian sebelum cukai RM6.893 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2011, berbanding RM6.524 juta pada suku yang sama pada 2010.


Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan mendakwa kerugian itu disebabkan peningkatan bahan mentah sebanyak 30 peratus.

Ia berkata perolehan bagaimanapun meningkat kepada RM85.828 juta berbanding RM74.830 juta sebelumnya.

Utusan berkata peningkatan saingan untuk penguasaan pasaran perbelanjaan pengiklanan dijangkakan berterusan tahun ini.

"Bagaimanapun unjuran pertumbuhan positif dalam keluaran dalam negara kasar dan perbelanjaan pengiklanan bagi 2011 akan menyediakan peluang untuk kumpulan itu meningkatkan perolehan pengiklanan," katanya.TVS

PAS KOTA TINGGI

Posted: 19 May 2011 01:42 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Jangan Kurangkan Subsidi Untuk Menindas Rakyat

Posted: 18 May 2011 05:12 PM PDT


Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan kerajaan jangan menjadi alasan untuk menindas rakyat dengan mengurangkan subsidi sehingga mengakibatkan kenaikan harga barang keperluan rakyat. Tan Sri Muhyiddin Yasin merungut kerajaan telah mengunjurkan kadar subsidi bagi tahun ini mencecah RM20.58 bilion berbanding RM10.32 bilion tahun lalu. Menurut beliau RM18 bilion daripada unjuran tahun ini adalah khusus untuk sektor berkaitan minyak seperti subsidi RON95, diesel dan gas memasak LPG berbanding RM8 bilion untuk kegunaan itu pada tahun lalu. PAS telah menjangka ini adalah alasan untuk kerajaan menaikkan minyak RON 95 yang digunakan oleh kebanyakan rakyat.

Kenapa kerajaan perlu mengeluh mengenai hal ini, apakah kerajaan sudah tidak mempunyai antibodi untuk memikirkan bagi kebahagiaan rakyat. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat yang mempunyai kekangan kewangan setiap saat memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat. Kelantan negeri yang sering didendangkan negeri miskin walaupun hakikatnya tidak, telah mencari dana untuk merakyatkan ekonomi dengan skim kifalah untuk warga emas dengan perbelanjaan tahunan sebanyak RM7 juta, skim al-ziwaj (bantuan perkahwinan) RM1.5 juta , skim it'am (bantuan beras kepada orang miskin). Inilah contoh kepimpinan rakyat yang prihatin kepada rakyat dengan memikirkan bagaimana untuk beri kepada rakyat bukan memikir untuk ambil hak rakyat.

Kenapa kerajaan hanya hendak menyalahkan subsidi sehingga kerajaan rasa terbeban dengan pemberian subsidi kepada rakyat.

PAS ingin mengingatkan kepada pemimpin BN, tugas pemimpin (menteri) ialah khadam rakyat, bukan tuan rakyat. Khadam yang dibayar dengan imbuhan yang besar setiap bulan tidak kurang RM15,000 mestilah berbaloi untuk memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat. Rakyat tidak cemburu dengan imbuhan yang diperolehi, dengan syarat mestilah dibayar dengan pembelaan kepada rakyat melalui perkhidmatan yang sepatutnya, bukan dengan menaikkan cukai dan mengurangkan subsidi.

Jika tugas sebagai pemimpin hanya untuk ambil gaji dan beku otak untuk fikir menyelesaikan masalah rakyat, maka lebih baik diberi kuasa kepada mereka yang buta huruf . Apa tidaknya, gaji diambil, pembaziran dan ketirisan dibiarkan, apabila kerajaan tidak ada wang maka dibeban kepada rakyat.

Kenapa jalan pintas yang diambil untuk tarik subsidi sehingga barang keperluan rakyat naik mendadak? Kenapa pemimpin BN tidak memerangi rasuah dan pembaziran?. Pemimpin BN tidak pernah mengambil nasihat dan memperbaiki segala teguran yang diberi setiap tahun seperti pembaziran dan ketirisan.Teguran Ketua Audit Negara seperti negara kehilangan wang sebanyak RM28 bilion kerana ketirisan, sebanyak RM888 bilion wang haram hilang daripada negara perkara ini yang perlu diselesai dahulu.Sebelum potong subsidi rakyat kena potong dulu projek yang tidak menguntungkan majoriti rakyat seperti Menara Merdeka 100 tingkat (RM5 bilion), upah APCO Yahudi RM77 juta setahun, subsidi untuk IPP sebanyak RM 19 bilion setahun, Permata RM111 juta setahun.Kemana wang cukai Petronas yang diberi sejak 2007-2010 sebanyak RM325 bilion (hitung panjang setiap tahun kerajaan dapat RM80.1 bilion). Jika RM20 bilion diambil untuk subsidi maka terdapat lagi lebihan untuk perkara lain. Ini tidak termasuk hasil getah, sawit, mutiara, balak, silikon dan sebagainya. Persoalannya kenapa pemimpin negeri Pakatan Rakyat mampu? Jawapannya kerana ada nilai amanah dan kesungguhan untuk rakyat.


DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB

Posted: 19 May 2011 01:37 PM PDT

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB


Generasi baru dijinakkan dengan bahan sejarah

Posted: 18 May 2011 09:02 PM PDT

ALOR SETAR, 15 Mei - Benarkah sejarah berupaya menanam semangat jati diri dan cintakan bangsa serta tanah air? Sama ada benar atau tidak, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah telah berjaya menarik para pelajar sekolah menengah sekitar Alor Setar mengikuti seminar yang berlandaskan sejarah serta ketamadunan tanah air.

http://wartakedah.net/images/prof1.jpg


Usaha murni ini telah berjaya merapatkan generasi baru terutama para pelajar dengan generasi lama terdiri daripada pakar sejarah serta ahli-ahli persatuan sejarah.

Sejarah akan berubah selagi ada pengkaji dan penemuan artifak baru-baru ini sangat menggemparkan kerana berjaya membuktikan tamadun Melayu Semenenjung bermula di Kedah semenjak abad ke-4 Masihi.

Ini berdasarkan penemuan kilang melebur bijih di Kampung Cemara, Jeniang dalam Daerah Sik dan kompleks industri besi di Sungai Batu dalam Daerah Kuala Muda.

http://wartakedah.net/images/prof.jpgDemikian diberitahu Prof Dr Mokhtar Saidin dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia pada ceramah Tamadun Kedah Sebelum Islam dengan tajuk 'Sumbangan Kompleks Sungai Batu Kepada Kerajaan Kedah Tua Kurun Pertama hingga ke-4 Masihi' di Auditorium Perpustakaan Awam Negeri Kedah.

Katanya, semua bukti itu lahir dalam bentuk struktur binaan dan barangan perdagangan seperti seramik, manik, kaca dan porselin.

"Contoh batu-bata serta arang yang terdapat di situ dihantar ke makmal di luar negara dan keputusan menunjukkan contoh itu terhasil pada awal abad ke-4 Masihi dan aktiviti peleburan besi sejak kurun pertama hingga ke-14 Masihi lagi," katanya di hadapan para pelajar dan peminat sejarah berjumlah 200 orang.

Menurutnya, struktur senibina pengkalan atau jeti tepi sungai menunjukkan aktiviti perdagangan yang pesat serta struktur organisasi masyarakat yang tinggi sehingga terdapat antara mereka ahli geologi yang mampu mengenal besi mentah untuk dilombong dan dibawa ke tapak Sungai Batu untuk dileburkan bagi pelbagai kegunaan.

Masyarakat setempat ketika itu sudah ada yang bertindak sebagai arkitek membina jeti, bangunan beserta dewan, bilik makan selengkapnya selain bahan ini diniagakan kepada pedagang luar yang singgah di Sungai Batu.

Berikutan itu katanya, penemuan itu mendedahkan kepentingan Kedah Tua di Lembah Bujang dalam kajian tamadun awal rantau ini khasnya dan dunia amnya.

Katanya, rekod awal menyatakan kerajaan Kedah Tua meliputi keluasan sekitar 400 kilometer di sempadan bahagian Selatan Bukit Mertajam, Utara Bukit Choras, Barat Selat Melaka dan di Timur Lebuhraya Utara Selatan.

"Kajian menunjukkan Kedah Tua berlangsung sejak akhir kurun ke- 4 hingga ke-14 Masihi dengan pembahagian kawasan mengikut masa. Perkembangannya dikaitkan dengan bukti pelayaran Selat Melaka yang digunakan sejak zaman sebelum Masihi memungkinkan Kedah Tua wujud sebelum abad ke 4 Masihi lagi," katanya.

Bukti ini diperkukuhkan dengan kajian aras laut kuno di Kedah Tua didapati pada kurun pertama hingg ke-3 Masihi, muara Sungai Merbok letaknya di sekitar Sungai Batu.

"Kajian yang dilakukan pada tahun 2007 menemukan jumpaan batu-bata di permukaan ladang kelapa sawit dan di kiri kanan jalan raya Semeling ke Merbok yang memberi sumbangan bukti Sungai Batu adalah kesan tinggalan tamadun Kedah Tua," katanya.


Seminar itu dirasmikan oleh Ahli Exco Kerajaan Negeri YB Dato' Dr Hamdan Mohamed Khalib yang diwakili oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah Dr Zahidi Dato' Zainal Rashid. Turut hadir Yang Dipertua PSMCK Dato' Dr Wan Shamsudin Mohd Yusuf.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 19 May 2011 01:11 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Program Rakyat Celik IT - Asas Pemasangan Komputer - Terbuka Untuk Semua, Yuran RM20 Sahaja

Posted: 19 May 2011 01:14 AM PDT




Anda boleh cetak dan isi borang di atas

PEMUDA PAS LIPIS

Posted: 19 May 2011 11:54 AM PDT

PEMUDA PAS LIPIS


Pemuda Mengisi Kemenangan

Posted: 18 May 2011 06:19 PM PDT


Saya gembira mengikuti proses pemilihan kepimpinan parti yang berjalan lancar. Ahli PAS yang telah mendapat tarbiah begitu memahami bahawa jawatan adalah satu amanah, dan bukan kebanggaan. Namun,terdapat pelbagai scenario yang sering mewarnai pemilihan kepimpinan. Ada yang mengatakan `hanya menawarkan diri'. Ada juga yang tidak mahu dilantik jawatan dalam parti. Sehingga, terdapat sahabat yang terpaksa memegang extra jawatan.

Teringat saya saat kemenangan PAS di Terengganu dan berjaya memerintah negeri. Tiba-tiba muncul ramai `tokoh' yang mendakwa pendokong perjuangan. Sebelum ini tak nampak kelibat mereka. Mereka `tawarkan diri' memegang jawatan parti dan seterusnya cuba untuk mendapat tempat dalam beberapa `kekosongan' dari serendah-rendah `jawatankuasa syura rakyat' (JSR) di peringkat kampung, hingga ke peringkat negeri. Iktibarnya, pentarbiyahan perlu berterusan. Kemilau kebendaan bisa mengubah haluan. Tragedi di Uhud, ketika pejuang melihat timbunan harta rampasan, perlu sentiasa dalam ingatan.

Kini, sudah setahun saya bertugas di Kedah, di sebuah negeri yang MBnya daripada PAS. Dalam kesempatan lain, saya ingin berkongsi warna-warni pemerintahan PR. Walaupun saya hanya menumpang tuah `Kedah Sejahtera', banyak yang saya belajar. Semasa menjalankan tugas, saya berkesempatan mengunjungi banyak kementerian dan agensi kerajaan Persekutuan. Depa semacam tak mengiktiraf YAB DS Ustaz Azizan. Saya baru sahaja balik dari MIDA. Di lobi pejabat mereka, tergantung gambar pemimpin negara, tapi tak sudi meletak gambar MB.

Program rasmi pertama yang saya hadir melibatkan YB PAS ialah Kulim Industrial Tennants Association (KITA) Annual Gathering pada 20 Oktober 2010. VIP yang hadir memberikan ucapan ialah YB Dato' Ir. Hj. Amiruddin Hamzah. Saya puji melihat kemampuan beliau berucap dan bermesra dengan tokoh-tokoh industri di Kulim. Sebelum naik ke pentas, beliau sempat bersalam dengan saya dan tetamu yang lain. Waktu itu isu panas ialah kenaikan tarif air oleh SADA (Syarikat Air Darul Aman). Beliau dilihat mampu mengawal suasana.

Pada 27 November 2010, kami menghadiri `Sedim River Cleaning Program'. Seorang pemuda yang baru dilantik sebagai penghulu mukim telah memberikan ucapan aluan mewakili penduduk Kg. Sedim. Saya yakin dia dilantik selepas PR memerintah Kedah. Ucapan dan perwatakan beliau adalah menarik dan menepati kehendak majlis. Apa yang ingin saya sampaikan ialah Allah menjanjikan kemenangan kepada Islam. Justeru, para Pemuda perlu bersedia kerana mengisi sebuah kemenangan adalah amanah yang berat.

DUN Lembah Jaya

Posted: 19 May 2011 11:53 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Ceramah YB Khalid Samad & YB Azmin Ali - "Perlukah PAS Keluar Pakatan Rakyat?"

Posted: 19 May 2011 12:47 AM PDT


SEMUA DIJEMPUT HADIR


Merasmikan Sambutan Hari Ibu JKP MPAJ Zon 12

Posted: 19 May 2011 12:35 AM PDT


PROGRAM : Sambutan Hari Ibu JKP MPAJ Zon 12
Tarikh : 15 Mei 2011
Hari / Masa : Ahad / 4:00ptg
Perasmian Oleh : YB Tuan Hj Khasim Bin Abdul Aziz
*Ceramah Motivasi oleh Dr. Rubiah Hamzah

Dr. Rubiah menyampaikan ceramahnya

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 19 May 2011 11:51 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Orang Asal ditaja ’demo’ di Gua Musang

Posted: 19 May 2011 04:43 AM PDT

GUA MUSANG,19 Mei: Pagi semalam kelihatan dua bas disewa khas bagi membawa penduduk Orang Asal dari Kuala Betis, Jias dan Lambok berhimpun di hadapan Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang.
Selain itu beberapa orang lagi datang dengan motosikal. Jumlah keseluruhannya sekitar 100 orang yang ditaja pihak tertentu kononnya bagi membantah Ladang Rakyat.
Apakah benar isu Ladang Rakyat yang dibantah mereka, sedangkan di kawasan terbabit belum ada projek perladangan milik Ladang Rakyat dijalankan.
Penghulu Orang Asal di Gua Musang, Anjung Alang berkata, penduduk Orang Asal diangkut khas datang dari beberapa penempatan untuk berhimpun di sini semalam.
Katanya, setiap mereka diberi duit antara RM5 hingga RM10 sebagai sagu hati kerana datang ke perhimpunan tersebut.
"Isu sebenar bukan berkaitan Ladang Rakyat sebaliknya bantahan terhadap perobohan rumah ibadat yang dibina di tanah rezab kerajaan beberapa tahun lalu.
"Pihak tertentu membawa penduduk Orang Asal dari beberapa penempatan untuk berhimpun di sini dan bukan berkaitan isu Ladang Rakyat seperti dilaporkan media," katanya di sini.
Difahamkan isu perobohan sebuah rumah ibadat tersebut dibawa ke mahkamah oleh pihak tertentu dan sudah diselesaikan kerajaan negeri.
Beberapa media hari ini melaporkan seramai 500 penduduk Orang Asal dari 40 kampung di pedalaman berhimpun di hadapan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang menyerah memorandum menuntut supaya menghentikan pengambilan balik tanah adat mereka.
Penyelia Parlimen Gua Musang, Ustaz Abdullah Hussin berkata, memorandum yang diserah penduduk Orang Asal kepada kerajaan negeri pada Febuari lalu bukan berkaitan isu Ladang Rakyat.
"Isu sebenar mereka mahu kerajaan negeri mengiktiraf tanah adat untuk masyarakat Orang Asal dan tidak timbul projek perladangan di bawah Ladang Rakyat.
"Lagi pun isu syarikat yang memajukan projek Ladang Rakyat di Pos Balar sudah diselesaikan apabila tiga penduduk Orang Asal yang memiliki enam batang pokok getah disodok syarikat telah dibayar pampasan.
"Setiap seorang mendapat sebanyak RM1,200. Jadi isu tersebut tidak berbangkit lagi," katanya.
Malah kata beliau dakwaan Adun Galas, Abdul Aziz Yusof kononnya kerajaan negeri merampas tanah milik Orang Asal tidak berasas sama sekali.
Sementara itu di Kota Bharu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri sehingga kini telah memberi kelulusan sebanyak 78 lot kepada penduduk Orang Asal di Gua Musang.
"Selain itu kerajaan negeri sedang berusaha mewartakan melalui Seksyen 62 Kanun Tanah Negara di empat kawasan di Gua Musang.
"Ini termasuk seluas 428 ekar di Pos Jedip, di mana susun atur dan pelannya sudah siap cuma kita hanya menunggu pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia mengukur," katanya di pejabatnya hari ini.
Selain itu, katanya sebanyak 600 ekar lagi di Pos Blau, Kuala Betis, 3,500 ekar termasuk di Tanah Tinggi Lojing akan direzabkan untuk masyarakat terbabit.
Oleh itu beliau menasihat Orang Asal tidak mudah diperalatkan pihak tertentu bagi memburukkan kerajaan negeri.
Pada April lalu Suhakam mengakui kerajaan Kelantan prihatin terhadap masyarakat Orang Asal di mana usaha sedang dilakukan bagi mewartakan kawasan penempatan mereka.

Ustaz Kasim Ahmad kembali ke rahmatullah

Posted: 19 May 2011 04:42 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 19 Mei: Pengerusi Kelab Veteran PAS Terengganu, Ustaz Kasim Ahmad, 74, (gambar)kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10.30 pagi tadi di rumahnya di Kampung Tuan Mandak, Pekan Batu Enam.
Beliau meninggal dunia di sisi isteri keduanya, Puan Zainab Awang, 41, dan anak-anak setelah diserang penyakit angin ahmar hampir sebulan lalu dan pernah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini.
Ustaz Kasim yang juga Bendahari Dewan Ulamak PAS Terengganu meninggalkan dua balu, Puan Noraidah Sulaiman dan Puan Zainab Awang bersama 13 orang anak hasil perkongsian hidup dengan kedua-dua isterinya.
Jenazah allahyarham disembahyangkan di Masjid at-Taqwa, Pekan Batu Enam yang diimamkan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Husain Awang yang disertai oleh kira-kira 1,000 orang selepas solat Asar tadi dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Che Limah.
Semasa hayat, beliau yang dilahirkan pada 11 September 1937 di Kuala Rompin, Pahang pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Terengganu pada 1972 hingga 1975 dan Pengerusi Tetap PAS Pusat.
Selain pesuruhjaya negeri, beliau pernah diamanahkan sebagai setiausaha, bendahari dan ketua penerangan PAS negeri, Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, Hulu Terengganu dan Marang.
Selain itu, beliau juga merupakan Bendahari Pembangunan Ma'ahad Darul Quran (MDQ) Rusila dan Pengerusi Koperasi Insaf Negeri Terengganu (KoINSAF).
Antara pimpinan PAS yang menziarahi allahyarham pagi tadi ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Ketua dan Setiausaha Muslimat PAS negeri, Safinah Jusoh dan Raja Endun Raja Abdul Rahman, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri, Dr B Chandran dan Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus, Ustaz Ismail Dagang.
Allahyarham yang merupakan anak sulung daripada enam beradik juga pernah menjadi Exco Kerajaan Terengganu pada 1972 hingga 1974 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Marang.

Ketua Pemuda: Keputusan malam ini?

Posted: 19 May 2011 04:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Pucuk pimpinan Dewan Pemuda PAS akan mengadakan mesyuarat khas malam ini  antaranya untuk membincangkan pertandingan untuk jawatan utama dewan itu dalam muktamar akan datang.

Sehingga ini, tidak ada calon ketua pemuda yang mengesahkan pertandingan untuk jawatan yang disandang oleh Nasrudin Hassan itu. 

Pengarah Pilihan Raya Pemuda, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar berkata, beliau menolak untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS biarpun dicalonkan.

Ketika dihubungi Harakahdaily, beliau bagaimanapun memberitahu, akan bertanding merebut kerusi timbalan ketua.

"(Bertanding) ketua pemuda tak kot, timbalan sahaja,"katanya yang juga ahli parlimen Jerai.

Selain beliau, dua lagi calon yang layak bertanding jawatan nombor satu sayap pemuda PAS itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS sekarang ini, Azman Shapawi Abd Rani dan Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat.

Azman ketika dihubungi bagaimanapun memberitahu keputusan sama ada beliau akan bertanding atau tidak jawatan tersebut, bergantung kepada keputusan rasmi Ketua Pemuda PAS sekarang ini, Nasruddin Hassan.

"Saya ambil sikap begini, kalau Ustaz Nasruddin nak kekal, saya tak lawan, saya akan bagi laluan mudah.

"Kalau dia kata nak berundur untuk diberi calon lain, saya akan lawan.

"Apapun saya tunggu pendirian rasmi Ustaz Nasruddin dahulu,"katanya.

Seorang lagi calon, Suhaizan pula berkata, beliau masih belum membuat keputusan untuk bertanding atau tidak jawatan tersebut.

"Saya belum buat keputusan lagi. Lagi pun masa panjang lagi.

"Malam ni ada mesyuarat khas pemuda, dan saya akan bincang dahulu," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Sementara itu, keputusan rasmi calon yang bertanding hanya akan diketahui selepas 26 Mei ini apabila kesemua calon menjawab surat tawaran dari Jawatankuasa Pemilihan 2011.

Berikut ialah senarai penuh calon layak bertanding jawatan tertinggi Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013:

Ketua

1. Azman Shapawi Abd Rani, ustaz
2. Mohd Firdaus Jaafar, ustaz YB
3. Nasruddin Hassan, usaz
4. Suhaizan Kaiat 

Timbalan Ketua

1.    Ahmad Sabki
2.    Azman Shafawi
3.    Firdaus Jaafar, YB
4.    Mohd Nor Hamzah, YB
5.    Nasaruddin Hassan
6.    Nik Abduh Nik Aziz
7.    Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob
8.    Riduan Mohd Nor
9.    Suhaizan Kaiat

Naib Ketua

1.    Azman Shafawi, Ustaz
2.    Firdaus Jaafar, YB
3.    Kamaruzaman Mohamad
4.    Khairi Faizi Kamil
5.    Mohd Nor Hamzah
6.    Mohd Sany Hamzan
7.    Nasir Zakaria, YB
8.    Nik Abduh Nik Aziz
9.    Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob
10.    Riduan Mohd Nor
11.    Sabki Yusof
12.    Suhaizan Kaiat

Naib presiden: Mujahid tolak, Idris sahkan tanding

Posted: 19 May 2011 04:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Bekas calon Naib Presiden PAS sessi lepas, Mujahid Yusof mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan itu kali ini manakala Ketua Penerangan, Idris Ahmad sahkan akan bertanding.
Dalam kenyataannya kepada Harakadaily hari ini, Idris mengesahkan beliau akan bertanding untuk jawatan itu dalam muktamar kali ini.
Dengan pengesahan ini, sudah dua calon mengesahkan bertanding iaitu Idris dan Salahudin Ayub manakala Mujahid Yusof mengesahkan beliau tidak akan bertanding jawatan itu.

Dalam kenyataan bertulisnya kepada Harakahdaily, Mujahid berkata, buat masa ini beliau belum mampu membawa pertanggungjawaban di tahap tersebut namun untuk masa hadapan "saya serahkan kepada Allah dan kepada ahli untuk menilai prestasi saya."

"Walaupun demikian saya bersetuju menerima pencalonan untuk jawatan AJK PAS Pusat dan selagi khidmat saya diperlukan saya akan terus berkhidmat untuk parti demi agama, bangsa dan negara," kata beliau.
Dalam Muktamar 2009, Mujahid bertanding jawatan naib presiden tetapi tewas. Namun begitu beliau menang jawatan AJK PAS Pusat.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pula berkata, beliau akan mempertahankan jawatannya itu kerana menganggap tidak layak untuk bertanding jawatan yang lebih tinggi.
Seorang lagi naib presiden, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau akan mengumumkan pendiriannya Ahad ini melalui satu sidang media yang akan diadakan. Beliau kini berada di Singapura untuk menyertai satu majlis di sana.
AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman pula akan membuat keputusan 24 Mei nanti iaitu dua hari sebelum tarikh tutup pengesahan penerima pencalonan ini sebagaimana yang ditetapkan Jawatankuasa Pemilihan 2011.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak juga belum membuat sebarang keputusan sehingga kini. Ketika ditanya wartawan dalam sidang medianya tengahari tadi, beliau berkata akan membuat keputusan selepas menerima surat pengesahan pencalonan dari JK Pemilih, beritahu Setiausaha Akhbarnya, Helmi Khalid.
Selain naib presiden, Azizan juga layak untuk bertanding timbalan presiden dan juga AJK PAS Pusat.
Bekas Naib Presiden, Datuk Husam Musa juga belum membuat sebarang keputusan dan mengambil sikap tunggu dan lihat dahulu. Selain naib presiden, sebagaimana Azizan, Husam juga layak bertanding timbalan presiden dan AJK.
Ketika dicalonkan sebagai presiden oleh PAS Kawasan Bukit Bintang, Husam menolaknya dengan membuat kenyataan sokongan penuhnya kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi dan berkata beliau hanya akan bertanding AJK sahaja.
Jawatankuasa Pemilih PAS 2011 memaklumkan, 14 calon layak untuk bertanding dalam pemilihan kali ini.

Enam dari mereka turut dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden iaitu timbalan presiden sekarang, Nasharudin Mat Isa,  Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, naib-naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Selain mereka, turut layak bertanding jawatan naib presiden adalah:

1. Idris Haji Ahmad (ketua penerangan)
2. Mahfuz Omar (naib presiden)
3. Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat)
4. Datuk Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan)
5. Mohd Hatta Md Ramli (Bendahari PAS Pusat)
6. Mujahid Haji Yusof Rawa (AJK PAS Pusat)
7. Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Peneranagn Dewan Ulamak)
8. Datuk Seri Nizar Jamaluddin (AJK PAS Pusat).

Forum Keluarga

Posted: 19 May 2011 12:03 AM PDT

Batu Gajah Mari

Posted: 19 May 2011 11:49 AM PDT

Batu Gajah Mari


keLUCAHan UMNO ditahap melampau!!

Posted: 19 May 2011 02:04 AM PDT

Jumlah VCD lucah yang didakwa Anwar telah dirampas oleh PR mencapai jumlah 6532 keping. Satu jumlah yang begitu banyak. Paling teruk dan paling hina ia diedarkan sempena majlis solat Hajat, diedar oleh mereka yang mendakwa pembela Islam.

Paling sedih juga pengedarannnya video lucah itu dihalalkan polis atas nama UMNO kerana polis hanya membiarkan dan membutakan mata pengedaran itu berlaku. Sejarah baru Malaysia, pengedaran video lucah dibenarkan. Paling menghairankan juga penyebar video lucah boleh terlepas dari tindakan polis.

Anggota Unit Amal membawa sebakul VCD lucah yang dirampas ke balai polis untuk dibuat laporan

Salah satu tindakan keji Umno untuk mengekalkan kuasa dan kelucahan melampau UMNO. Pihak PR mengutuk keras tindakan itu dan menegaskan kepada pihak pimpinan Umno itu supaya bertanggungjawab dan berhenti melakukan tindakan keji ini atas sebab sensitiviti umum. Takkan tak reti pula, pakcik, makcik, ustaz, ustazah, remaja sekolah, belia, lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak tak cukup umur pun boleh pegang dan lihat VCD dan risalah lucah ini. Takkan main balun aje!!

Jadi kepada pihak UMNO, lawanlah secara jantan!! Takkan nak merosakkan masyarakat dengan video lucah.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 19 May 2011 11:30 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Moksu kembali ke rahmatuLlah

Posted: 18 May 2011 11:46 PM PDT

Menziarhi jenazah Moksu, isteri mantan ADUN Chukai dan bekas YDP Kemaman Ustaz.Hj.Awang Dagang. yang telah kembali ke rahmatullah pada lebih kurang jam 3 pagi, Khamis 19 Mei, 2011.

Semoga ruhnya dicucuri rahmat dan diampubkan oleh Allah SWT serta dimasukkan dikalangan orang-orang yang solehah.

Pemuda Guchil

Posted: 19 May 2011 09:36 AM PDT

Pemuda Guchil


Kelantan akan bina stadium berkapasiti 40,000 penonton dilengkapi masjid

Posted: 18 May 2011 06:49 PM PDT

Umno kaki tipu

Posted: 18 May 2011 06:49 PM PDT

Golongan Muda Tertipu Dengan Skim Rumah Pertamaku Yang Dijaja Najib

Posted: 18 May 2011 06:48 PM PDT

400,000 guru biasa kecewa dipinggirkan

Posted: 18 May 2011 06:47 PM PDT

Lim Guan Eng: Hapuskan candu besar dahulu

Posted: 18 May 2011 06:47 PM PDT

Video : Konspirasi Terbongkar

Posted: 18 May 2011 06:46 PM PDT

Pas Kawasan Paya Besar

Posted: 19 May 2011 09:24 AM PDT

Pas Kawasan Paya Besar


Video seks: Polis tak akan tunduk desakan

Posted: 19 May 2011 01:31 AM PDT


19/05/2011 3:16pm

PEKAN 19 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, polis berpegang kepada peruntukan undang-undang dan peraturan serta tidak akan terpengaruh dengan mana-mana pihak.


Beliau memberitahu pemberita demikian di Istana Abu Bakar di sini hari ini semasa ditemui selepas mengetuai 155 penerima darjah kebesaran negeri Pahang sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.


Khalid berkata, tiada keperluan daripada segi undang-undang bagi polis mendedahkan perkara itu.


"Banyak kali saya dah beritahu mengenai perkara ini, saya pun tak faham kenapa orang ini tak faham-faham bahawa tidak ada peruntukan undang-undang yang membolehkan kita membuat pendedahan. Jadi kalau undang-undang tak benarkan, tak bolehlah," katanya ketika diminta mengulas desakan sesetengah pihak supaya polis segera mendedahkan identiti pelaku itu. - Bernama

Sumber: Utusan Malaysia Online 19 Mei 2011 (Khamis)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_27.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan