"APABILA saya bertemu orang ramai, mereka bertanya, kenapa (Datuk Seri) Anwar Ibrahim tidak saman (Datuk) Sazryl Eskay Abdullah yang dedahkan isu video seks kalau benar dia tidak terbabit," kata Ketua UMNO Bahagian Cheras,
Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.
Kata mereka lagi, "kalau Anwar takut nak saman Eskay, maka pelaku dalam video seks itu mungkin benar diri beliau," jelasnya.
"Setahu saya, Anwar sebelum ini memang terkenal sebagai kaki saman," tambah Syed Ali.
Katanya, jika ada sebarang tuduhan terhadap beliau, Anwar akan lekas-lekas ambil tindakan menyaman, tetapi dalam isu video seks, dia diam membisu
Beliau memberitahu, di merata tempat orang sedang bercakap kenapa Anwar tidak berani membuat laporan polis terhadap Eskay yang mendedahkan pelaku dalam video berkenaan.
Sebaliknya kata Syed Ali, Anwar berterusan menuduh UMNO membuat fitnah dan konspirasi untuk menjatuhkan beliau.
"Ini jelas menunjukkan Anwar penakut dan pembohong, di luar, di kata UMNO, tetapi tidak berani pula untuk menyaman Eskay," tegasnya.
"Ada juga yang tanya saya, kenapa pihak polis seperti cuba menyembunyikan hasil siasatan video seks tersebut, sedangkan ketulinan rakaman itu telah disahkan oleh pakar antarabangsa," ujarnya lagui.
"Saya pun berasa hairan, kenapa Anwar tak mahu saman Eskay dan kenapa polis pun diam diri (tak mahu dedah), susah saya nak jelaskan kepada penyokong parti di peringkat akar umbi.
Sehubungan itu tegas Syed Ali, selagi pihak polis masih enggan mendedahkan identiti sebenar lelaki dalam video seks itu, selagi itulah masyarakat akan memandang serong kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Kenapa polis takut nak dedahkan ? apakah polis juga menerima tekanan dalam hal ini ?, soal beliau lagi.
Beliau turut bersetuju dengan pandangan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa kredibiliti polis akan terus terjejas jika masih teragak-agak untuk mendedahkan identiti pelaku dalam rakaman video seks sedangkan seseorang telah dikaitkan dengan skandal itu.
Zaid seperti yang dilaporakn oleh akhbar
Utusan Malaysia hari ini dipetik sebagai berkata :
" Jangan sampai masyarakat melihat polis pun mengikut rentak orang politik. Kalau bukan polis yang dedahkan pelaku, pihak mana yang hendak diharapkan. Ini bukan lagi soal ada keperluan perundangan atau tidak,".
Menurut Syed Ali lagi, dua soalan itu juga yang menjadi tajuk perbahasan orang ramai sehingga ada yang beranggapan seperti sia-sia sahaja Eskay mendedahkan pelaku seks berkenaan.
"Anwar bukan pemimpin istimewa, maka tidak ada sebab kenapa kes video seks itu dilengah-lengahkan," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan