Selaku NYDP PAS Kawasan Kota Raja, sebentar tadi YB Dr Siti Mariah turun padang bertemu secara santai dengan AJK PAS dan ahli PAS Cawangan Kampung Johan Setia, Klang.
Sambutan ahli PAS Johan setia sungguh luar biasa dan diluar jangkaan kami. Turut hadir dari PAS Kawasan ialah YDP, Setiausaha, Hj Termizi, En Azmi Jusoh, Hj Mulyani dan Razif.
Pelbagai masaalah dapat dirungkaikan dalam pertemuan pada malam ini. Antara lain NYDP mahu agar PAS Cawangan Johan setia mengorak langkah dengan mengadakan semula Usrah untuk ahli dan AJK serta menghadiri Kuliah Hiraki PAS Kawasan di Bukit Naga.
Ketua Cawangan PAS Johan Setia memeberi jaminan akan melakukan tindakan terbaik bagi melaksanakan saranan oleh NYDP tersebut.
16 Mei 2011 - Lawatan YB. Dato Seri Tn.Guru Hj. Abd Hadi Awang dan Dato' Mustafa Ali ke tapak pembangunan Kampus tetap Insaniah Kuala Ketil Kedah. Bersama juga Dato Seri Ustaz Hj. Azizan Abd Razak Menteri Besar Kedah.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat negeri yang sangat prihatin terhadap kebajikan guru-guru negeri itu.
Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan dalam kenyataan sempena sambutan Hari Guru berkata, guru-guru Kafa telah menikmati beberapa kenaikan gaji walaupun Pakatan Rakyat baru memerintah selama 3 tahun.
Selain itu katanya, tawaran kenaikan RM500 untuk setiap guru dari dalam Buku Jingga juga memperlihat keprihatinan Pakatan Rakyat dalam memartabatkan guru-guru sebagai orang yang sanggup bersusah-payah,semata-mata untuk melahirkan generasi yang berilmu dan bakal menjadi pelapis kepimpinan negara.
"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan Selamat hari Guru kepada seluruh guru khususnya di Negeri Selangor.
"Tanggal 16 Mei pada setiap tahun telah dijadikan tarikh keramat untuk memperingati jasa dan pengorbanan para guru yang telah bersusah payah dalam memberikan komitmen yang cukup tinggi untuk mendidik para generasi masyarakat menjadi orang yang berilmu, beriman dan bertaqwa dan seterusnya melahirkan pelapis-pelapis kepimpinan baru yang akan mewarisi kepimpinan sedia ada.
"Pemuda PAS Negeri Selangor amat menghargai sumbangan guru-uru yang cukup bermakna kepada kami kerana di atas jerih perih guru-guru mendidik dan mengajar kami maka ada di kalangan kami kini menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
DPPNS juga katanya berharap kerajaan negeri konsisten dalam menjaga kebajikan seluruh warga guru di semua peringkat bermula dari pendidikan pra sekolah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi di Selangor.
Dalam Buku Jingga yang dilancarkan di konvensyennya November tahun lalu, Pakatan mengumumkan elaun khas RM500 sebulan untuk semua guru menjelang 100 hari, jika berjaya mengambil alih pentadbiran Putrajaya sebagai menghargai peranan guru dan memulakan proses penstrukturan sistem pendidikan negara.
Pada kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau mac lalu,Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba meniru Buku Jingga apabila berjanji memberi ganjaran Anugerah Tawaran Baru serta-merta sebanyak RM7,500 seorang kepada 586 guru besar yang mencapai prestasi cemerlang dalam membangunkan kualiti murid dan sekolah.
Pemberian berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM18.4 juta iaitu sebahagian daripada dana RM2.492 bilion yang disalurkan kepada sekolah dan jabatan-jabatan pelajaran di seluruh negara.
Seramai 12,141 guru yang mencatat prestasi serupa di semua sekolah berkenaan turut menikmati ganjaran RM1,800 seorang, manakala guru selebihnya menerima RM900 seorang.
Isnin lalu, Menteri Datuk Seri Najib Razak pula mengumumkan bahawa guru-guru akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Januari tahun depan dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.
Sehubungan itu, Pakatan Rakyat menyifatkan tawaran-tawaran ini sebagai langkah 'melawan' Buku Jingga yang dilihat mampu menarik hati rakyat.
SHAH ALAM: Kerajaan digesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan kerana dipercayai menggugat kredibiliti institusi pendakwaan dan penyiasatan negara ini.
Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim berpendapat, kesalahan mereka secara bersama atau sebaliknya memberi kesan serius kepada sistem keadilan jenayah negara.
"Tindakan mereka telah memusnahkan keyakinan rakyat terhadap Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.
"Saya menyarankan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya menubuhkan suruhanjaya atau tribunal bagi menyiasat dakwaan ini dengan telus dan adil," katanya dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam.
Katanya, masyarakat kini semakin lantang mengkritik PDRM dalam menangani isu video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Malah, mereka secara terbuka dan berani mengeluarkan kata lucah terhadap pucuk pimpinan PDRM.
"Ini kerana berdasarkan tindakan dan kenyataan yang dibuat polis dengan diperbesarkan oleh media, kita tidak dapat menyalahkan rakyat jika berpendirian sedemikian," katanya.
Beliau berkata, PDRM kini terlalu menurut kerenah Abdul Ghani yang dikhuatiri sejarah lama akan berulang lagi.
"Saya tidak gentar untuk menyatakan kerana terlalu melayan kerenah dan bergantung kepada Abdul Ghani menyebabkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor masuk penjara selama dua bulan dan membayar denda sebanyak RM2,000," katanya.
Menurutnya, tiada sekatan masa untuk sesuatu siasatan kes itu diteruskan dengan terperinci. -SH
Tidak sukar untuk meneka apa nasib yang bakal menimpa Anwar Ibrahim apabila Ketua Pembangkang itu dikehendaki oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu untuk membela diri. Masa depan beliau dijangka lebih kelam jika kita meneliti hujah-hujah Hakim Zabidin Mohamad Diah.
Ketika membacakan penghakimannya selama dua jam, Hakim Zabidin berkata, selain terdapat kes prima facie ke atas Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan -- yang mendakwa beliau diliwat oleh bekas majikannya -- telah disifatkan beliau sebagai "saksi yang benar dan berwibawa".
Proses pembelaan yang bakal berlangsung dari 6 hingga 30 Jun nanti mungkin mendedahkan pelbagai "keanehan dan kepelikan", namun ramai beranggapan "hukuman sudahpun ditentukan". Apa sahaja kes berkaitan Anwar "tidak berupaya" diputuskan semata-mata oleh mahkamah; pasti ada tangan-tangan ghaib di atas "singgahsana" yang mesti dirujuk terlebih dahulu.
Begitu juga dengan episod video seks terbaru; sekiranya membabitkan Anwar ia bukan lagi berkaitan hal personal Dato' T atau siapa saja, ia semestinya mendapat restu pemimpin no. 1.
Ya, siapa berani memberikan jaminan jika Dr Mahathir Mohamad -- bukannya Abdullah Ahmad Badawi -- masih menjadi Perdana Menteri pada 2004, bersediakah Mahkamah Persekutuan mengugurkan sabitan kesalahan liwatnya? Saya pasti, jika Abdullah bukan PM waktu itu, Anwar terpaksa menghabiskan keseluruhan sisa-sisa hukuman penjaranya.
Sejak pilihan raya umum 1999, Anwar merupakan aktor paling penting dan begitu menonjol, yang mendominasi hampir semua isu-isu politik sepanjang 12 tahun lalu. Dalam PRU12, Anwar berpeluang menjelajah ke seluruh negara berkempen dan bersama-sama menyusun strategi buat parti-parti pembangkang, juga membangkitkan isu-isu yang menarik perhatian rakyat.
Disebabkan Anwar masih dihalang bertanding sebagai calon pilihan raya ketika itu, Mac 2008, beliau lebih bebas dan selesa untuk membantu calon-calon lain. Hasilnya, satu kejutan dan tsunami politik terakam dalam sejarah moden tanahair.
PRU13 memang cukup kritikal buat BN dan juga Pakatan. Siri pilihan raya kecil sepanjang 2008-2011 menunjukkan trend mengundi tidak banyak berubah. Momentum 2008 masih bertenaga. Ditambah pula dengan keputusan pilihan raya negeri Sarawak. Sekurang-kurangnya satu mesej jelas daripada Bumi Kenyalang: Amarah pengundi Cina kepada BN langsung tidak berjaya untuk dilunakkan, malah mereka seperti bersedia untuk "menghukum" dengan lebih keras lagi.
"Saya percaya, mana-mana parti yang melakukan lebih banyak kesilapan, atau mudah terleka dan alpa, akan menerima padah dalam PRU13," kata seorang penganalisis politik bagi menggambarkan bagaimana keadaan agak sukar untuk diramal. Masing-masing, BN dan Pakatan, mempunyai kelemahan dan kekuatan tersendiri.
Persiapan pula harus melengkapi pelbagai sektor dan penjuru, termasuk menjangka (dan lebih penting, mengenal pasti langkah menyerang balas) "taktik kotor" BN yang mungkin tidak terduga. BN ternyata disokong segala kemudahan, peluang dan sumber untuk memanipulasi proses PRU13. Pendedahan senarai daftar pemilih yang meragukan di Selangor adalah cebisan kecil daripadanya.
Mahathir memang selamanya menggeruni kehebatan Anwar, sejak bekas Presiden ABIM itu belum melibatkan diri dalam politik lagi. Justeru, Anwar "diperangkap" jerat Mahathir sejak 1982 lagi. Bagi sesetengah orang, Abdullah mungkin agak naif membaca kekuatan Anwar, tetapi saya lebih suka melihat Abdullah lebih jujur bermain politik. Masih ada batas dan sempadan yang dijaganya.
Berbeda dengan Najib Razak. Rekod jahatnya "merampas kuasa" di Perak sudah memadai. Malah, segala "kelicikan dan kehodohan" di Selangor sekarang berpunca daripada Najib selaku Pengerusi Perhubungan Umno Negeri. Pengalaman Umno menawan Terengganu pada 2004 daripada PAS, juga melalui senarai daftar pemilih, akan dikongsi Selangor.
Kini, tarikh PRU13 banyak bergantung dengan kes Anwar. Sasaran rebutan pengaruh pula tertumpu di kalangan pengundi Melayu (dan juga masyarakat India yang mungkin mengalami peralihan undi). Apakah keputusan kes liwat II ini mampu menarik sokongan orang Melayu kepada Umno-BN, atau isu videa seks menyebabkan sekurang-kurangnya mereka keliru dan curiga dengan Anwar dan Pakatan Rakyat (khususnya PAS)?
Kes video seks rasanya lebih dijadikan modal politik daripada membawanya ke mahkamah. Bagi Umno, jika dapat dikekalkan status-quo sokongan Melayu pun sudah memadai. Peningkatan taraf pendidikan dan tahap ekonomi, kematangan berpolitik, dominasi kuasa siber dan berkembangnya kelas menengah di kalangan orang Melayu menjadi ancaman kepada survival Umno. Justeru, kemaraan itu mesti disekat.
Pakatan dikira terlalu bergantung kepada Anwar. Seolah-olah tanpa Anwar, ia akan bercempera, hilang fokus dan tumpul bisanya, selain memungkinkan perpecahan dalaman, terutama di antara PAS dan DAP. Dengan memastikan Anwar kembali merengkok di penjara dan memadamkan imiginasi rakyat terhadap kemunculan "Perdana Menteri alternatif", strategis Umno percaya misi mereka bertambah mudah.
Bagi saya, Pakatan mesti buktikan itu semua hanya angan-angan Umno. Kesepaduan Pakatan, apatah lagi persefahaman di antara dua parti yang teguh memegang prinsip -- PAS dan DAP -- tidak akan goyah walaupun tanpa Anwar di barisan depan. Isu-isu dan jaminan dalam Buku Jingga sudah cukup untuk menggambarkan keseriusan Pakatan menawarkan jalan keluar ke atas seribu satu masalah yang melanda negara.
Saya masih ingat, ketika menemubual Tengku Razaleigh Hamzah ekoran isu royalti petroleum Kelantan pada 18 Februari 2010, beliau membayangkan simpati rakyat, khususnya orang Melayu kepada Pakatan akan meningkat jika Anwar bakal dipenjarakan sekali lagi.
Mungkin tiada lagi demonstrasi jalanan besar-besaran seperti era reformasi 1998-99 dahulu. Tidak perlu bimbang; pengundi semakin bijak menyalurkan luahan hati mereka semasa pilihan raya. Lagi pun, sumber terhad yang ada perlu digembleng secara bersepadu untuk aktiviti politik lebih berkesan. Yang penting, usah melatah dirasuk emosi. Jangan menari mengikut gendang yang dipalu Umno.
PAS kurang senang dengan cadangan penggabungan antara Bank Muamalat dan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) yang dianggapnya sebagai satu lagi tindakan menyelamatkan syarikat menggunakan dana awam.
"Apa manfaat bagi BIMB untuk membeli atau bergabung dengan Bank Muamalat?" soal naib presiden PAS Salahuddin Ayub.
BIMB mempunyai 115 cawangan di seluruh negara dengan 600 mesin auto-teller dan justeru, Salahuddin, "terdapat sesuatu yang aneh dalam urusniaga itu yang tidak membawa manfaat kepada BIMB".
Dakwa ahli parlimen Kubang Krian itu, kebimbangannya adalah tangan-tangan tersembunyi di sebalik arahan BIMB untuk membeli Bank Muamalat daripada DRB-Hicom, yang memiliki 70 peratus bank berkenaan manakala Khazanah, pula memiliki 30 peratus lagi.
"Saya risau ini satu lagi 'bailout' yang merupakan budaya tidak sihat di negara kita dan akan terus membebankan rakyat," katanya.
Menurut Salahuddin meskipun tiada bukti bagi menunjukkan tindakan itu bagi menyelamatkan Bank Muamalat namun keputusan untuk bergabung berkenaan adalah petanda yang jelas.
"Tidak ada bank yang stabil akan mahu bergabung dan hilang identitinya," hujahnya.
Sehubungan itu, beliau mendesak Bank Muamalat untuk mendedahkan status kewangannya dan menjelaskan mengapa mereka mahu bergabung dengan BIMB.
"Saya akan tulis kepada pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atas kedudukan saya selaku ahli parlimen bagi memaksa Bank Muamalat membekalkan kenyataan kewangannya. Jika ia beroperasi dengan lancar, kita ingin tahu selancar mana? Jika ia mencatatkan kerugian, berapa banyak yang rugi? Dan kenapa ia mahu bergabung?" soal pempin PAS itu lagi.
MOGADISHU 19 MEI : Satu pertempuran membabitkan militan Islam dengan pasukan keselamatan Kesatuan Afrika menyebabkan sekurang-kurangnya 14 orang awam terkorban ketika kedua-dua pihak berbalas tembakan di sebuah pasar di ibu negara Somalia itu semalam.
"Sembilan mangsa mati di tempat kejadian dalam dua serangan berasingan di dalam Pasar Bakara. Kebanyakan yang maut adalah wanita," kata seorang saksi, Idriss Ali kepada AFP.
"Satu pusingan tembakan mortar menjadikan orang ramai yang sesak di dalam pasar menjadi panik.
"Wanita yang tidak berdosa itu menjadi mangsa ketika mereka sedang membeli-belah di tempat menjual pakaian," kata seorang lagi saksi, Mohamud Said.
Seorang penjual, Grocer Ahmed Sheikh Sahal berkata, lima lagi orang awam termasuk seorang kanak-kanak terbunuh dalam letupan mortar berdekatan kadainya.
Asar Uganda dan Burundi yang menganggotai Misi Keamanan Kesatuan Afrika di Somalia (AMISOM) melancarkan 'operasi baru' awal bulan ini yang mensasarkan kawasan yang dikuasai Kumpulan Al Shebab, kata jurucakap tentera, Paddy Ankunda, Isnin lalu.
ANISOM kini menguasai kira-kira 60 peratus bandar itu dengan tujuh daerah kini dikuasai sepenuhnya berbanding tiga daerah masih di tangan Kumpulan Al Shebab.
Enam lagi daerah kini masih lagi menjadi perebutan kedua-dua pihak. - AFP
KUALA LUMPUR, 19 Mei: Selepas Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang bertubi-tubi, dan akhbar Suara Keadilan ditarik permit penerbitan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini terus diberi tekanan dengan resiko pengharaman parti itu oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Sehubungan itu, Anwar menyifatkan tindakan ini sebagai langkah terdesak untuk mendera rakyat negara ini.
"Ini kerja pimpinan Umno yang terdesak dan terus mendera rakyat," katanya ringkas dalam siri temubual dalam "Question time' anjuran Yahoo Malaysia.
Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail pula berkata, notis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 13 ini bermakna pihak Pendaftar Pertubuhan telah "berpuashati' dengan dakwaan yang dilemparkan.
"Namun dakwaan karut ini jelas mengelirukan kerana Fasal 32.2.1 langsung tidak wujud di dalam perlembagaan KEADILAN. Walaupun ianya kesilapan ejaan, Fasal 32 tidak langsung berkaitan dengan isu disiplin dan Lembaga Disiplin," kata beliau dalam kenyataannya hari ini.
Dalam notis yang dihantar, mereka memberi alasan tindakan untuk mengharamkan parti itu disebabkan PKR telah melanggar beberapa fasa perlembagaan parti itu termasuk fasal 32.2.1.
Ianya juga dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung parti itu akhir tahun lalu dan kerana kononnya memecat seorang ahli tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Displin parti.
Sehubungan itu PKR diberi tempoh sehingga 9 Jun ini memberi penjelasan.
Menurut Saifudin, PKR telah menerima notis bertarikh 9 Mei 2011 ditandatangani oleh Datuk Abdul Rahman Othman, di bawah Kementerian Dalam Negeri di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftaran KEADILAN selepas 9 Jun 2011.
Notis telah dikirim menerusi pos berdaftar dengan salinan turut dihantar kepada Presiden dan Bendahari Agung.
Notis menyatakan pendaftaran KEADILAN akan dibatalkan selepas 9 Jun 2011 melainkan parti menyatakan sebab mengapa ia tidak wajar dibatalkan.
Dakwaan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis adalah seperti berikut:
"Telah sengaja melanggar Fasal 32.2.1 ( sic ) Undang-Undang Berdaftar Parti kerana memecat keahlian Rajagopal (sic) a/l Andaikallam pada 1/4/2009 ( sic ) dan 27/4/2009 tanpa terlebih dahulu disoalsiasat dan dibicarakan oleh Lembaga Disiplin"
Bagi Saifudin, pihak Pendaftar Pertubuhan turut melakukan kesalahan kerana rekod parti menunjukkan bahawa nama individu yang dinyatakan sebenarnya adalah Jayagopal a/l Andaikallam (No KP 520929-02-5709) dan bukannya Rajagopal a/l Andaikallam.
Tarikh pemecatan beliau dari parti adalah pada 27 April 2009 dan diputuskan dalam Majlis Pimpinan Pusat pada tarikh tersebut.
"Kami terkejut dengan dakwaan pihak Pendaftar Pertubuhan kerana bagaimana individu ini boleh dipecat sebanyak dua kali," katanya.
Bagi beliau, dakwaan dan campurtangan Pendaftar Pertubuhan dalam masalah dalaman parti ini ternyata sangat tidak berasas dan tidak adil.
Perkara tentang disiplin dan prosedur berkaitannya adalah sepenuhnya masalah dalaman parti, tegas beliau.
Tindakan tidak wajar - PAS
Sementara itu, AZIZ MUDA melaporkan, ROS tidak sepatutnya mengambil tindakan ke atas PKR dengan kemungkinan membatalkan pendaftarannya seperti yang diperkatakan sekarang, memandangkan PRU Ke-13 kini sudah semakin hampir.
Jika tindakan itu dilakukan, Kerajaan ternyata sengaja mengambil kesempatan berbuat demikian terhadap pembangkang hanya disebabkan perkara kecil, bagi membolehkan BN mendapat kemenangan mudah dalam pilihanraya.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pembatalan pendaftaran PKR ketika pilihanraya semakin hampir merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan ia perlu dinilai dengan adil oleh pihak ROS.
"PRU Ke-13 seperti yang diketahui sememanngnya sudah semakin hampir. Oleh itu, pihak kerajaan jangan sekali-kali mengambil kesempatan untuk menghadapi pilihanraya dengan mengharamkan PKR pula," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR 19 MEI : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cubaan mengharamkan parti itu oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) adalah usaha terbaru yang didalangi UMNO untuk terus mendera rakyat.
"Ini kerja pimpinan UMNO yang terdesak dan terus mendera rakyat," kata Anwar ketika menjawab soalan pelayar Internet menerusi program "Question time' anjuran Yahoo Malaysia pagi tadi.
Dalam wawancara itu, Anwar juga menolak sebarang kemungkinan balik ke Umno dan menyelar parti itu kerana menggunakan Perkasa untuk menambah ketegangan kaum di Malaysia.
Anwar juga berkata PKR dan Pakatan Rakyat akan bekerja keras untuk membawa pembahruan politik yang didahagakan oleh rakyat.
Pendaftar Pertubuhan menghantar notis kepada PKR, memberitahu parti itu akan dibatalkan pendaftarannya kerana kononnya memecat seorang ahli tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Displin parti.
Menurut ROS, pendaftaran PKR akan dibatalkan mulai 9 Jun jika parti itu tidak memberikan alasan yang munasabah kepada badan itu.
Bagaimanapun Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution mendedahkan ROS menghantar notis itu berasaskan peruntukan perlembagaan parti yang direkayasa dan maklumat salah.
ROS mendakwa tindakan memecat Rajagopal a/l Andaikkalam bercanggah dengan peruntukan 32.2.1 perlembagaan PKR.
Saifuddin berkata peruntukan yang dirujuk itu tidak ada dalam pelembagaan parti. Yang ada cuma fasal 32 "yang tidak langsung berkaitan dengan isu displin dan Lembaga Displin".
Ahli yang dinamakan sebagai Rajagopal dalam notis ROS itu juga tidak wujud. Yang dipecat adalah A.Rajagopal yang disingkir pada 27 April 2009 oleh MPP kerana bertanding sebagai calon bebas, pada pilihanraya kecil Bukit Selambau Kedah.
Sesi bersama Anwar yang dikendalikan Editor Yahoo News Malaysia itu mendapat sambutan hangat daripada warga Internet sehingga terpaksa dilanjutkan 15 minit lebih daripada sejam yang dijadualkan.
Anwar menjawab soalan yang kebanyakan berkisar kepada kemelut politik negara dan harapan rakyat terhadap situasi politik tanah air menjelang Pilihan Raya Umum tidak lama lagi.
Menurut Anwar, Pakatan Rakyat telahpun bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal dilakukan UMNO.
"Kita arif dengan penipuan PRU yang dikendali UMNO/BN. Kita akan lebih waspada dan kerja keras. Suara rakyat, suara keramat!," kata Anwar.
Menurut Anwar, politik perkauman UMNO sudah tidak lagi relevan dalam kancah politik negara.
Malah menjawab pertanyaan, Anwar menyatakan beliau tidak akan menyertai UMNO kembali walau ditawarkan jawatan Perdana Menteri.
"Saya tetap bersama golongan Mustadh'afeen. UMNO sudah tidak relevan kerana dikaitkan dengan kezaliman, keangkuhan dan rasuah," kata beliau.
"Adalah amat dikesali pemimpin parti itu sekarang menggunakan taktik kotor politik dan pornografi. Saya dianggap membahaya kerana komitment saya kepada reformasi dan membanteras rasuah serta kronisme," tambah beliau.
Anwar turut menegaskan Pakatan Rakyat menolak sebarang isu perkauman yang saban hari dijaja UMNO dan Perkasa.
"(Perkasa) ialah penghinaan kepada rakyat Malaysia dengan rentak perkauman mereka. Ia juga alat UMNO untuk membuat kacau dan menimbulkan ketegangan antara kaum.
"Kewarasan mesti menang. Rakyat Malaysia menolak perkauman. Hanya UMNO dan Perkasa terdesak mengguna isu perkauman," tegas Anwar.
Dalam wawancara maya itu, Anwar turut mengiktiraf sokongan sahabat yang masih setia kepada perjuangan beliau untuk mengubah Malaysia
"Sahabat setia dan saya terharu. Teman-teman lama ini berjuang kerana yakin dengan prinsip. Ini berbeda dengan juak-juak baru yang menuntut saham dan dana. Jazakumullah khairan kepada sahabat-sahabat setia," kata Anwar.
Sudah tiga hari perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara pasukan Terengganu dan Pahang berlalu. Namun cerita pertarungan dua pasukan tetangga itu masih hangat diperbualkan, khususnya di Terengganu.
Anak-anak muda dan para peminat bolasepak negeri ini seakan masih belum puas mengulang-ulangi cerita kejayaan manis pasukan mereka. Dalam pertembungan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Isnin lalu, pasukan tuan rumah berjaya menundukkan pasukan pelawat dengan dua jaringan tanpa balas.
Pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan, beberapa hari sebelumnya, Terengganu mempamerkan persembahan mengagumkan apabila bangkit mengalahkan pasukan tuan rumah 3-2 setelah ketinggalan 2-0 pada babak pertama.
Dengan kemenangan pada perlawanan timbal balas itu, Terengganu berjaya mengalahkan Pahang dengan agregat 5-2. Ia sekali gus mengesahkan tiket untuk Terengganu ke perlawanan akhir Piala FA bertemu satu lagi pasukan tetangga, Kelantan, pada 11 Jun nanti.
Ia dianggap catatan sejarah buat Terengganu. Kejayaan malam itu mengakhiri penantian selama tujuh tahun untuk kembali beraksi di final Piala FA setelah buat kali terakhir layak pada edisi 2004, di mana Terengganu tewas 3-0 kepada Perak.
Tidak syak lagi kemaraan ke pentas final kali ini menyemarakkan semangat khalayak peminat sukan, khususnya para penyokong bolasepak Terengganu. Turut dibuakkan ialah 'sentimen' kewilayahan yang kini bertukar ke arah kenegerian.
Sebelum ini cakap-cakap mereka banyak membungakan kebanggaan atas sentimen Pantai Timur. Mereka bangga, entah atas asas apa, bahawa arena bolasepak negara seakan dikuasai negeri-negeri Pantai Timur, apabila pentas separuh akhir Piala FA dikuasai ketiga-tiga negerinya – Pahang, Terengganu dan Kelantan. Hanya Selangor yang mampu mengisi satu lagi slot separuh akhir itu.
Kini, kebanggaan itu beransur diresapi sentimen kenegerian. Setelah sah Terengganu bakal bertemu Kelantan, dua pasukan yang secara tradisinya 'bermusuhan', para penyokong masing-masing sudah mula menyebarkan perang psikologi terhadap lawan.
Sejauh manakah pertembungan di luar padang itu bakal menggegarkan gelanggang pertarungan sebenar bulan depan, hanya Allah Ta'ala yang Maha Mengetahui.
Namun seperkara yang agak unik dan sedikit terkeluar daripada kebiasaan orang berseteru ialah wujudnya keadaan saling berbangga dengan tabiat dan gelagat para penyokong kedua-dua pasukan.
Tidak sukar dibaca komen-komen para penyokong Terengganu di media baru, terutama menerusi laman sosial facebook, yang memuji-muji tindakan sebahagian penyokong bolasepak Kelantan mengadakan solat berjamaah di atas padang sementara menunggu perlawanan bermula.
Gambar-gambar para pemuda berpakaian merah-putih mendirikan solat, termasuk sebahagian lain di celah bangunan dan di tepi stadium, dijadikan bahan perbincangan. Mereka memuji ketaatan rakan-rakan seperjuangan mereka terhadap perintah Allah.
Malah tidak sedikit antara mereka mengaitkan perubahan fenomena penghayatan memenuhi tuntutan agama di kalangan penyokong pasukan bolasepak Kelantan kini sebagai hasil tarbiyah dan keberkatan pemerintahan ulama di negeri itu.
"Nampak gaya kita (penyokong pasukan Terengganu) pun kena buat gitu jugok (bersolat sebelum perlawanan), baru berkat pasukan kita," baca salah satu komen.
Nampak di situ sudah ada unsur-unsur politik? Ya, tidak dapat disangkal lagi betapa sentimen politik turut bersemadi kukuh dalam jiwa anak-anak muda itu, walau pun mereka dianggap khalayak yang taksub dengan agenda sukan.
Sebab itu tidak sukar juga dilihat komen-komen positif penyokong pasukan Kelantan terhadap rakan-rakan mereka di belah Terengganu pula. Antara yang menarik perhatian mereka ialah apabila ada kelibat bendera hijau-putih di celah-celah keriuhan stadium meraikan kejayaan pasukan Terengganu.
Secara logiknya, hanya penyokong tegar PAS yang akan tergamak mengibarkan bendera parti mereka di tempat sebegitu. Mereka bagaikan sudah tidak dapat menahan runtunan jiwa menzahirkan pendirian politik, lalu mengambil kesempatan mempamerkannya di stadium.
Apa yang berlaku dalam stadium di Kuala Terengganu malam itu bukan suatu yang luar biasa. Difahamkan kelibat penyokong pasukan Terengganu dan Kelantan menjulang syiar parti Islam itu di tengah-tengah sorakan penyokong bolasepak sudah semakin melumrah.
Namun, ruapan sentimen politik yang terluah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Isnin lalu bukan setakat kibaran bendera 'bulan'. Ia malah telah melangkaui persefahaman biasa bahawa soal memilih parti adalah hak masing-masing.
Anak-anak muda di dalam stadium malam itu dikatakan telah menzahirkan sikap politik mereka secara serius. Manakan tidak apabila mereka sanggup menyorak dan mengejek rakan yang menaikkan bendera Umno?
Dikatakan di saat mereka bersorak-sorai kegirangan meraikan jaringan gol oleh pasukan Terengganu, sebilangan mereka mengibarkan bendera PAS. Namun sorakan mereka serta-merta bertukar cemuhan dan ejekan tatkala ada seorang yang menaikkan bendera parti Melayu itu.
Nasib baik yang mengambil sikap melawan arus itu rakan penyokong pasukan yang sama. Dapat dibayangkan betapa suasana akan lebih gamat dan hangat sekiranya yang menaikkan bendera Umno itu penyokong pasukan lawan.
Babak itu belum cukup menjadi bahan tawa dan 'hiburan tanpa dirancang' di kalangan penyokong. Apa yang menimpa Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said bahkan jauh lebih memalukan.
Dikatakan kehadirannya ke tepi padang meraikan para pemain turut menjadi bahan sorakan dan cemuhan penonton. Para penyokong Terengganu sendiri seakan 'tidak mengalu-alukan' kelibat pemimpin Umno itu.
Malah, ada antara yang berada berdekatan kumpulan yang bersorakan itu mengatakan, kedengaran tidak sedikit suara kutukan bersifat peribadi terhadap Ahmad, termasuk "Mat Said bodoh", dan sebagainya.
Cemuhan mereka itu mungkin agak keterlaluan dan tidak boleh dijadikan kebanggaan buat parti disokong mereka. Bagaimana pun jika sikap penyokong itu diambilkira, agak ketara maruah Umno tidak ada tempat di kalangan mereka.
Sikap sama mereka tunjukkan di luar stadium. Kibaran bendera PAS mengiringi kegirangan mereka meraikan kejayaan pasukan Terengganu.
Ada kereta dibaluti bendera 'bulan'. Ada penunggang menyelimuti badan mereka dengan bendera sama. Malah ada yang mengiringi kibaran bendera itu dengan laungan keramat 'Allahu Akbar'.
Sayugia diingati bahawa sebahagian amat besar penyokong yang hadir ke stadium malam itu ialah kalangan anak-anak muda. Umur mereka antara akhir belasan tahun hingga awal 40-an.
Di dunia politik, kumpulan usia ini membentuk kelompok terbesar pengundi. Dalam perkiraan lebih luas, kelompok usia mereka ini juga yang memainkan peranan besar mencorakkan perubahan politik dunia mutakhir ini.
Jika luahan sikap politik anak-anak muda di stadium malam itu dijadikan isyarat, itu bermakna gelombang menolak Umno sudah semakin menyemarak dalam masyarakat, khususnya di Terengganu. Ia satu reaksi positif untuk slogan 'PAS Ganti Umno'.
KUALA LUMPUR, 19 Mei: Membebankan rakyat kian terbukti menjadi candu yang ditagih oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, kata PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata, subsidi bahan api seperti candu. Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah perbuatan membebankan rakyat tidak ubah seperti candu yang ditagih oleh kerajaan BN yang ketuainya.
"Subsidi hendak ditarik, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) seperti tak sabar-sabar hendak dilaksanakan tanpa mempedulikan kesusahan rakyat, kenaikan harga barangan gagal dikawal,
projek-projek mewah hendak dilaksanakan termasuk projek-projek mewah dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dikecam dan diperolok-olokkan oleh orang-orang Umno sendiri malah pelbagai perkara yang menyusahkan rakyat kian terbukti menjadi candu yang kian ditagih oleh kerajaan Najib.
"Nampak benar kerajaan Najib ketagih menyusahkan rakyat," katanya.
Dalam kenyataannya Selasa lalu, Najib berkata, subsidi bahan api seperti candu kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit belanjawan.
"Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu, sukar untuk mengikis tabiat buruk," katanya.
Mahfuz menyifatkan kenyataan Najib itu terang-terangan menghina rakyat.
"Terbukti Najib melihat rakyat seburuk penagih candu. Rakyat di mata Najib begitu hina sekali dan lebih buruk lagi dia menzahirkan jiwa menghina rakyatnya itu di luar negara," katanya.
Kenyataan Najib itu juga, katanya, semakin membuktikan bahawa kerajaan Najib bukanlah kerajaan yang berfikir untuk meringankan beban rakyat tetapi sebaliknya melihat usaha-usaha meringankan beban rakyat seperti candu yang ditagih oleh rakyat.
"Ia penghinaan yang amat besar kepada rakyat. Tetapi, mengenali Najib, saya tidak fikir dia akan meminta maaf kepada rakyat sebab rakyat di matanya adalah penagih-penagih candu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz juga mengecam Najib kerana terus menjamu kroni-kroni seperti pemilik-pemilik penjana tenaga bebas (IPP) dengan subsidi yang begitu besar dan tidak pernah didengari kerajaannya mencari jalan untuk menghentikan subsidi itu.
"Begitu juga kemewahan yang kini diratah habis-habisan oleh para pemimpin Umno dan isteri-isteri mereka dengan menjadikan kepentingan Melayu sebagai alasan untuk mempertahankan kemewahan yang mereka ratah itu, adakah kemewahan itu bukan candu yang mereka tagih?" beliau mempersoalkan.
Beliau menuntut kerajaan menyatakan secara detail ke mana dibelanjakan subsidi yang dipotong itu.
"Saya akan membangkitkan perkara itu dalam sidang Parlimen akan datang," kata Mahfuz.
SHAH ALAM 19 MEI : Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftarannya dan ia dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.
Turut difahamkan PKR juga telah menerima surat berhubung pembatalan tersebut daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) awal bulan ini.
"Saya dimaklumkan RoS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya," kata sumber.
Sumber itu berkata berdasarkan surat RoS, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan part itu, yang ditubuhkan April 1999.
Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang ia tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini.
"Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti," katanya lagi.
PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian.
Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan masalah dan aduan.
Sejak selepas pilihan raya umum 2008 PKR juga tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk menggesa agar RoS mengambil tindakan ke atas parti itu.
Parti itu yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum 2008 menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar atau melompat parti.
Satu perarakan bagi membantah projek Lynas Advanced Materials Plant yang sedang membina kilang pemprosesan nadir bumi di Geneng, Kuantan akan diadakan esok pada jam 2 petang.
Peserta dijadualkan berkumpul di KLCC dan kemudiannya berarak ke Pejabat Suruhanjaya Australia bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada pesuruhjaya tinggi negara berkenaan.
Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari di laman facebook menulis selepas tsunami di Fukushima, Jepun, bulan lalu, rakyat kini lebih menyedari bahayanya bahan radioaktif.
"Kita perlu buat desakan supaya projek loji nadir bumi yang dibina di Gebeng, Kuantan, dihentikan segera," katanya.
Tambahnya, mahasiswa akan turun bersama rakyat Malaysia esok bagi menyatakan bantahan terhadap rancangan yang memudaratkan keselamatan penduduk setempat terutamanya di bandar Kuantan.
Dalam beberapa siri bantahan sebelum ini, aktivis anti-Lynas berjaya menganjurkan pelbagai acara termasuk dalam bentuk simbolik menyalakan lilin dan persembahan di bandar Kuantan dan pantai Teluk Chempedak.
Sehingga kini, bantahan berkenaan projek tersebut diteruskan termasuk usul di Parlimen, namun kerajaan masih bersikap membisu dan bertindak menagkap mereka yang berdemo.
KUALA LUMPUR, 19 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) merasa sangsi terhadap tindakan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang mahu menyekat sebaran maklumat awal keputusan pilihan raya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau telefon oleh ejen pilihan raya.
"Bagi DPPP, tindakan ini seakan menyekat kebebasan maklumat yang perlu diterima dan disampaikan oleh seseorang kepada orang lain," kata Pengarah Pilihan raya DPPP, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) kepada Harakahdaily.
Dalam kepesatan teknologi hari ini, katanya maklumat perlu disebarkan secepat mungkin bagi memudahkan rakyat akses kepada maklumat.
Justeru, katanya DPPP mempersoalkan apakah motif SPR menghalang maklumat tentang keputusan pilihan raya disebarkan awal.
Soalnya lagi, apakah kerana keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak yang pada peringkat awalnya ada maklumat daripada ejen pilihan raya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi banyak kerusi setelah selesai pengiraan undi, tetapi sebaliknya berlaku setelah diumumkan keputusan rasmi oleh SPR.
Dalam hal ini, beliau menegaskan SPR tidak perlu khuatir kerana Borang 14 ada di tangan ejen tempat mengundi dan juga SPR, justeru sebarang keputusan perlu berdasarkan kepada Borang 14 tersebut.
"Atau mungkinkah SPR berniat bermain silap mata dalam pilihan raya ke 13 nanti?" tanya beliau yang juga ahli Parlimen Jerai.
Dalam kes Pilihanraya Negeri Sarawak, ujarnya Dun Senadin dalam parlimen Miri adalah contoh terbaik bagaimana berlaku silap mata terhadap keputusan pilihan raya di tempat tersebut.
Beliau berkata, banyak pertikaian berlaku di Dun Senadin seperti tong undi yang dicerobohi, SPR tidak membenarkan pengiraan semula walaupun majoriti kurang 5%, jumlah undi yang mencurigakan dan lain-lain lagi.
Sehubungan itu, katanya DPPP meminta SPR agar menumpukan isu yang jauh lebih besar dalam pilihan raya.
Menurutnya, dunia sedang memerhatikan perjalanan pilihan raya di Malaysia yang semakin tempang dan senget sebelah.
Sepatutnya, kata beliau peranan SPR adalah untuk memperbaiki imej perjalanan pilihan raya di Malaysia, agar rakyat di negara ini khususnya dan masyarakat dunia umumnya berpuashati.
Katanya lagi, isu seperti daftar pemilih automatik, undi pos yang didesak agar dihapuskan, membersihkan daftar pemilih, akses kepada media, serta celup jari jauh lebih penting untuk ditumpukan berbanding isu remeh seperti yang diperjuangkan oleh SPR.
DPPP, tambahnya mengingatkan SPR agar terus memainkan peranan sebagai pengendali pilihan raya tanpa perlu berpihak kepada mana-mana parti.
Katanya, ketika 'mood' rakyat semakin mahu kepada perubahan, SPR tidak sepatutnya menjadi 'tali barut' kepada Umno BN.
"SPR perlu bersikap berkecuali namun rakyat kecewa dengan sikap SPR yang senantiasa mencari alasan untuk mencipta undang-undang yang sebenarnya memihak kepada Umno BN.
"Biarlah pilihanraya berlangsung di atas 'padang yang sama rata'," ujarnya.
Tambahnya, sebarang tindakan SPR sentiasa dilihat dan rakyat tidak akan berdiam diri jika SPR terus berlaku curang terhadap sistem pilihanraya di Malaysia.
SPR, ujarnya perlu ingat bahawa rakyat semakin celik maklumat dan cerdik politik berbanding 10 tahun dahulu.
"PRU ke 13 nanti adalah masanya rakyat mengadili SPR dan perjalanan keseluruhan sistem pilihan raya di Malaysia," katanya.
KUALA LUMPUR: Tiada lagi pilihan raya kecil (PRK) peringkat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara selepas tarikh 20 Mei, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata, ia berikutan semua negeri sudah mencapai mandat selama tiga tahun bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lepas, dengan Pahang adalah negeri yang paling lambat bersidang iaitu pada 20 Mei 2008.
"Ini bermakna semua negeri tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil lagi. Ada laporan yang menyatakan terdapat negeri mengadakan sidang DUN pada Julai 2008 sebelum ini dan ini tidak benar sama sekali," kata beliau kepada Bernama di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata, sekiranya berlaku kekosongan kerusi yang disebabkan oleh kematian atau penyandangnya hilang kelayakan, maka PRK (pilihan raya kecil) tidak perlu diadakan.
Beliau berkata, perkara itu adalah sejajar dengan Artikel 54(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa suatu PRK hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun.
Beliau berkata, terdapat beberapa negeri yang tarikh persidangan dewannya sama dengan tarikh persidangan Parlimen iaitu pada 28 April lepas iaitu Perlis, Kelantan dan Negeri Sembilan.
Katanya, terdapat juga negeri-negeri yang tarikh persidangannya lebih awal berbanding persidangan Parlimen seperti Melaka dan Johor pada 21 April 2008, Selangor (22 April) dan Perak (25 April).
"Manakala Kedah dan Sabah mengadakan sidang DUN pada 5 Mei, Terengganu (7 Mei) dan Pulau Pinang (2 Mei)," katanya.
Pilihan raya DUN Sarawak baru sahaja diadakan 16 April lepas, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tidak mempunyai kerusi DUN.
Sebelum ini, Abdul Aziz berkata, pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen tidak perlu diadakan selepas 28 April memandangkan penggal Parlimen ke-12 ini telah mencapai tempoh mandat tiga tahunnya.
Mandat kerajaan Persekutuan akan berakhir pada April 2013.
Abdul Aziz berkata, bagaimanapun sekiranya ada keperluan khas, Speaker DUN perlu menulis surat kepada SPR supaya mengadakan pilihan raya kecil.
Keperluan khas itu termasuklah jika berlaku situasi di mana kerajaan pusat atau negeri tidak lagi mempunyai majoriti di dalam Parlimen atau DUN, menyebabkan kerajaan sedia ada hilang kelayakan untuk memerintah negara atau negeri.
"Jika berlaku keadaan 50-50, mana-mana parti yang bergabung tak boleh wujudkan kerajaan. Speaker Dun boleh menulis kepada SPR menyatakan masalah itu dan SPR boleh panggil pilihan raya untuk selesaikan "deadlock" (kebuntuan) itu," katanya.
Selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008, sebanyak 16 PRK dijalankan, iaitu enam bagi kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN, membabitkan kos lebih RM11 juta.
PRK diadakan di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.
Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi adalah kerusi Parlimen manakala selebihnya adalah kerusi DUN.
Perlis adalah satu-satunya negeri yang tidak terbabit dalam PRK dalam tempoh tiga tahun ini.
Sebanyak 13 wakil rakyat meninggal dunia disebabkan serangan jantung, kanser, angin ahmar dan jangkitan paru-paru dalam tempoh itu.
Jumlah itu termasuk bagi kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah, apabila penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.
Manakala tiga pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas wakil rakyatnya meletak jawatan iaitu di kerusi Parlimen Permatang Pauh, kerusi negeri di Penanti, Pulau Pinang dan Bukit Selambau, Kedah. Ketiga-tiganya adalah wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 yang menyaksikan 17 PRK diadakan.
TOKYO - Sekumpulan cahaya misteri yang dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar dengan laju di ruang angkasa Shinjuku, Tokyo, lapor laman Rocketnews24 semalam.
UfO itu muncul pada 8 April lalu pada pukul 4 petang dan klip video tersebut disiarkan di laman YouTube.
KIRA-KIRA 100 objek terbang tidak dikenali (berwarna putih) berlegar-legar di ruang udara Shinjuku, Tokyo pada April lalu.
Menurut individu yang merakamkan klip itu, sejumlah orang turut melihat UFO itu di luar rumahnya.
Dia berkata, terdapat 100 UFO yang bergerak sebelum ia berkurangan sehingga menjadi 20 buah sahaja.
Terdapat dua buah pesawat terbang berdekatan UFO itu tetapi objek tersebut mungkin berada pada altitud yang lebih tinggi, katanya.
KUALA LUMPUR, 18 Mei: Keputusan pengundian tajuk muka depan Harakah bil. 1640, "PUTAR BELIT NAJIB" mencapai keputusan tertinggi setakat ini, iaitu sebanyak 1,089 undian mengatasi undian tajuk muka depan Harakah bil. 1637 "Bubar UMNO Masuk PAS" yang jatuh kepada tempat kedua tertinggi iaitu sebanyak 941 undian.
Keputusan yang bersetuju dengan tajuk tersebut juga meningkat kepada 94.31 peratus (atau 1,027 undian) berbanding dengan 92% (atau 866 daripada 941 undian) bersetuju dengan tajuk berkenaan.
Hanya 54 undian (4.96 peratus) sahaja yang tidak bersetuju dan 8 undian (0.73 peratus) pula tidak pasti.
Undian terhadap tajuk ini telah meningkat lebih 236 peratus berbanding dengan tajuk sebelumnya, "BATU API PERKAUMAN" digunakan sebagai tajuk berita utama yang mendapat sebanyak 460 undian.
Sejak undian dibuka kepada pembaca mulai 27 hingga 29 April selama 3 atau 4 hari bagi setiap tajuk muka depan Harakah, sambutannya semakin menggalakkan.
Untuk melihat keputusan terperinci, boleh terus kepada link http://myharakah.net/polls.php
Tinjauan awam ini bermula bagi Harakah bil. 1635 dengan tajuk "UMNO PUJUK DAP" digunakan sebagai tajuk berita utama dengan mendapat 365 undian.
Keputusan terhadap undian, menunjukkan 226 daripada 365 atau 61.92 % pengundi bersetuju.
Manakala jumlah yang bersetuju telah meningkat 20 peratus berbanding Harakah bil. 1635 bagi tajuk muka depan 'Bukan Kaedah Islam – Mubahalah Eskay dibenarkan Menteri dan pengarah Jawi' dalam Harakah bil. 1636, iaitu 81.63 % bersetuju atau 280 daripada 343 undian.
Begitu juga dengan keputusan undian berhubung dengan tajuk muka depan Harakah bil. 1638, wajarkah perkataan Bertarung Secara Anak Jantan – Jangan guna taktik kotor rampas Selangor' juga menunjukkan 81.69 % bersetuju atau 174 daripada 213 undian.
Manakala keputusan yang bersetuju paling rendah setakat ini adalah bagi tajuk "BATU API PERKAUMAN" menjadi tajuk berita utama dalam Harakah bil. 1639, iaitu 77.61 peratus, iaitu 357 daripada 460 undian.
Sekarang ini, undian dilakukan bagi tajuk wajarkah perkataan "NAK TAWAN KELANTAN TAPI JAMBATAN TAK SIAP" digunakan sebagai tajuk berita utama. Pembaca boleh setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan.
Untuk membuat undian, boleh terus kepada link http://myharakah.net.
SINGAPURA: Perdana Menteri, Lee Hsien Loong pada Rabu telah melakukan rombakan besar-besaran ke atas barisan kabinetnya ekoran kemunculan generasi baru parti pembangkang yang berjaya membuat kejutan pada pilihan raya umum republik itu baru-baru ini.
Ia adalah keputusan pilihan raya yang paling buruk dalam sejarah Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura sejak merdeka.
Sejurus selepas keputusan pilihan raya umum berkenaan, generasi lama yang diketuai oleh bapa Lee iaitu Lee Kuan Yew, 87, dan bekas perdana menteri, Goh Chok Tong, 70 - yang sebelum ini masih terus berkhidmat dalam kabinet telah mengumumkan persaraan mereka dari kerajaan.
Lee Kuan Yew yang memerintah selama 31 tahun sebelum ini masih terus menjadi sebahagian daripada anggota kabinet dengan memegang potfolio menteri mentor walaupun telah melepaskan jawatan perdana menteri.
Beliau telah memimpin PAP sejak pilihan raya pertama pada tahun 1959.
"Selepas memikirkan permintaan mereka (untuk bersara) dengan semasak-masaknya maka saya dengan ini menerima keputusan mereka untuk bersara dari kabinet kerajaan Singapura," ujar Perdana Menteri Lee.
Dengan persaraan kedua-dua negarawan itu, Lee, kini secara automatik menjadi anggota kabinet yang paling tua walaupun baru berusia 59 tahun.
Rata-rata anggota kabinet baru Lee berusia dalam lingkungan awal 50-an dengan yang paling muda berusia 42 tahun iaitu Chan Chun Sing, yang mengambil alih jawatan menteri Belia, Sukan dan Komuniti.
Lee juga turut membuat keputusan yang mengejutkan dengan menukar 11 daripada 14 kerusi menteri di dalam kabinetnya.
Sembilan penyandang jawatan sedia ada akan meninggalkan jemaah menteri manakala tujuh anggota baru daripada kalangan Anggota Parlimen yang dipilih semula dan yang baru dipilih pada pilihan raya umum 7 Mei lepas, dilantik menyertai Kabinet.
Beliau juga telah melantik Menteri Kewangan, Tharman Shanmugaratnam, 54, sebagai timbalan perdana menteri.
Tharman juga turut mengambil alih potfolio pengerusi bank pusat Singapura.
Bekas Menteri Luar George Yeo, 56, yang tewas di kawasan parlimen paling kontroversi iaitu AlJuned akan diganti oleh Menteri Undang-Undang K. Shanmugam, 52.
Kabinet baru Kerajaan Singapura ini dijadualkan mengangkat sumpah memegang jawatan pada Sabtu ini di hadapan Presiden S.R. Nathan di Kompleks Istana Presiden pada jam 7.30 malam.
Bercakap pada sidang akhbar di Istana, Lee berkata Kuan Yew dilantik sebagai penasihat kanan kepada Perbadanan Pelaburan Kerajaan Singapura (GIC) manakala Goh dilantik sebagai penasihat kanan kepada Lembaga Kewangan Singapura (MAS) dan diberi gelaran Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong.
Tiga lagi anggota Kabinet sebelum ini yang akan berundur ialah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras Keselamatan Nasional, Wong Kan Seng; Menteri Pembangunan Nasional, Mah Bow Tan dan Menteri Pengangkutan Raymond Lim yang juga Menteri Hal Ehwal Luar Kedua.
Melalui pembentukan Kabinet ini, Singapura akan mempunyai dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Teo Chee Hean, yang juga Menteri Pertahanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Nasional. Seorang lagi ialah Tharman Shanmugaratnam, yang juga Menteri Kewangan dan Menteri Tenaga Manusia.
Menteri Luar yang baru ialah K.Shanmugam yang juga memegang jawatan Menteri Undang-undang. Beliau sebelum ini adalah Menteri Undang-undang dan Menteri Dalam Negeri.
Mej Jen Chan Chun Sing dilantik Pemangku Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan selain Menteri Negara bagi Penerangan, Komunikasi dan Kesenian.
Menteri Pelajaran baru ialah Heng Swee Keat.Menteri Kesihatan sebelum ini Khaw Boon Wan pula dilantik sebagai Menteri Pembangunan Negara manakala Menteri Tenaga Manusia Gan Kim Yong menjadi Menteri Kesihatan yang baru.
Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Yaacob Ibrahim, akan menerajui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kesenian manakala Menteri Penerangan, Komunikasi dan Keseniaan sebelum ini, Lui Tuck Yew, dilantik Menteri Pengangkutan dan Menteri Luar Kedua.
Anggota Kabinet baru lain ialah:
Vivian Balakrishnan - Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air.
Ng Eng Hen - Menteri Pertahanan.
Lim Hng Kiang - Menteri Perdagangan dan Industri.
Lim Swee Say - Menteri Di Pejabat Perdana Menteri.
S. Iswaran - Menteri Di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dan Industri Kedua.
Grace Fu - Menteri Kanan Negara bagi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kesenian dan Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air.
Heng Chee - Menteri Kanan Negara Di Pejabat Perdana Menteri.
Halimah Yacob - Menteri Negara bagi Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan.
Josephine Teo - Menteri Negara bagi Kewangan dan Pengangkutan.
Tan Chuan Jin dan Lawrence Wong - Menteri Negara.
Lawrence Wong - Menteri Negara bagi Pertahanan dan Pelajaran.
Amy Khor - Menteri Negara bagi Kesihatan.
Teo Ser Luck - Menteri Negara bagi Perdagangan dan Industri.
Lee Yi Shyan - Menteri Negara bagi Perdagangan, Industri dan Pembangunan Negara.
Masagos Zulkifli - Menteri Negara bagi Hal Ehwal Dalam Negeri dan Hal Ehwal Luar.
PARIS - Seorang puteri Mesir yang hidup di antara 1580 dan 1550 Sebelum Tahun Masihi merupakan manusia pertama dalam sejarah diketahui menghidap penyakit jantung koronari.
Penyakit itu dikesan menerusi imbasan komputer yang memberikan imej terperinci ke atas mumia Puteri Ahmose-Meryet-Amon yang meninggal dunia semasa berumur dalam lingkungan 40-an.
Menurut Persatuan Kardiologi Eropah, puteri itu didapati mempunyai aterosklerosis atau satu pengumpulan bahan lemak di dua dari tiga saluran koronari.
GAMBAR yang disiarkan kelmarin menunjukkan salah satu mumia yang diimbas dengan menggunakan komputer di Muzium Kaherah Mesir pada 10 Mei lalu
"Pada hari ini, dia mungkin memerlukan pembedahan pintasan jantung," kata ketua analisis mumia itu, Gregory Thomas yang juga Pengarah Pendidikan Nuklear Kardiologi di Universiti of California di Irvine, Amerika Syarikat menerusi telefon.
Menurutnya, dia berasa terkejut dengan jumlah pengumpulan lemak yang ditemui itu.
Separuh daripada mumia yang dikaji itu menunjukkan terdapat tanda-tanda pengapuran dalam saluran arteri yang menunjukkan tanda aterosklerosis.
Purata kematian mumia itu ialah kira-kira 45 tahun.
IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, mengucapkan jutaan tahniah kepada seluruh jawatankuasa program yang terlibat atas kejayaan program himpunan PAS ganti UMNO peringkat negeri Perak yang dianjurkan pada 14 dan 15 Mei baru-baru ini.
Menurut beliau, komitmen yang telah diberikan oleh seluruh ahli jawatankuasa program serta sokongan dari seluruh ahli PAS Perak dapat menguatkan lagi istiqamah dan semangat PAS Perak untuk menyusun strategi bagi merealisasikan agenda PAS ganti UMNO selepas PRU 13 nanti
Beliau juga menyatakan, dengan kejayaan program PAS ganti UMNO ini,jelas menggambarkan PAS Perak sentiasa bersiap sedia untuk berhadapan dengan pilihanraya umum ke 13 pada bila-bila masa dari sekarang.
Memetik ucapan beliau " PAS harus menjadi jauh lebih baik daripada Umno dan berlumba untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, kita serius ingin menggantikan Umno dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti ".
"PAS adalah Gerakan Islam yang membawa pakej perjuangan yang menarik, mengulangi pakej asal yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw. Pakej yang dimaksudkan ialah tarbiyah, dakwah dan siasah. Melalui pakej ini, PAS bergerak ke tengah medan lantas mengadun gerakkerja amal Islaminya secara seimbang berasas ramuan 3 elemen dari pakej tersebut"
Justeru beliau mengharapkan agar himpunan rayat PAS ganti UMNO yang akan diadakan di zon selatan ( Cenderung Balai Teluk Intan Perak ) pada 28-29 Mei 2011 akan dapat menarik lebih ramai lagi kehadiran ahli dan rakyat untuk sama-sama berpadu tenaga bagi menjayakan program tersebut.
KUALA TERENGGANU - Seorang bapa tidak menyangka akan bertemu dengan anaknya yang telah bertahun tidak bertegur sapa dalam keadaan menyayat hati apabila remaja itu meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya bersama rakan wanita dirempuh sebuah kereta sewa kelmarin.
Kejadian pukul 8.30 malam itu menyebabkan Mohd. Shazwan Yusrien, 19, mati di tempat kejadian selepas dia tercampak kira-kira 50 meter dari lokasi dia dirempuh di persimpangan lampu isyarat Kuala Ibai dekat sini.
ORANG ramai mengangkat motosikal Honda EX5 ditunggang Mohd.
Shazwan yang maut dalam kemalangan di Kuala Terengganu
Rakan wanita Mohd. Shazwan bersama pemandu dan penumpang kereta sewa berkenaan turut cedera dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Difahamkan, kemalangan itu berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 ditunggang Mohd. Shazwan yang dalam perjalanan dari Jalan Tok Adis ke Masjid Tengku Tengah Zaharah telah melanggar lampu merah di persimpangan tersebut lalu dirempuh kereta sewa berkenaan. Kereta itu dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Chendering.
Yusuf Mohamad, 43, memberitahu, Mohd. Shazwan tidak menegurnya selepas dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan bekas isterinya beberapa tahun lalu.
YANGON 19 Mei - Satu letupan bom di sebuah keretapi berdekatan dengan ibu negara Myanmar mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang ketika lawatan utusan Amerika Syarikat (AS) ke kerajaan baru, hari ini.
"Ia merupakan bom masa. Kami merasakan pemberontak Kesatuan Kebangsaan Karen (KNU) yang melakukannya," ujar pegawai kerajaan merujuk kepada kumpulan pemberontak yang telah menentang kerajaan selama berdekad.
Dua orang termasuk seorang wanita terkorban manakala tujuh orang lagi cedera dalam letupan bom yang berlaku awal petang tadi di Tatkone, Naypyidaw.
Letupan itu berlaku selepas Timbalan Penolong Setiausaha Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik AS, Joseph Yun, baru sahaja tiba di Myanmar bagi perbincangandengan Menteri Luar Negara, Wunna Maung Lwin di Naypyidaw.
JALALABAD, Afghanistan 19 Mei - Seramai 13 orang terbunuh manakala 20 orang lagi cedera parah apabila seorang pengebom berani mati meletupkan sebuah kereta berdekatan dengan sebuah bas polis di timur Afghanistan.
Serangan itu berlaku pada pukul 4.45 malam (8.15 malam waktu Malaysia) di timur wilayah Nangarhar, berdekatan dengan Jalalabad dan beberapa kilometer dari lapangan terbang Jalalabad.
Serangan itu didakwa dilakukan oleh Taliban apabila jurucakapnya, Zabiullah Mujahid mengakui salah seorang ahlinya telah mati syahid dengan menyerang sebuah bas yang membawa pelatih polis.
HANGCHUN - Ratusan orang berkumpul untuk melihat detik-detik cemas seorang wanita yang memakai baju pengantin berwarna putih duduk di tepi tingkap apartmennya di sini kerana mahu membunuh diri kelmarin.
Wanita berusia 22 tahun itu cuba terjun dari tingkap di tingkat tujuh tetapi dia sempat diselamatkan oleh seorang pegawai tempatan.
LEHER wanita itu sempat ditarik daripada jatuh oleh seorang pegawai tempatan.
Dia dipercayai mahu membunuh diri selepas teman lelakinya selama empat tahun memutuskan hubungan selepas mereka merancang untuk berkahwin.
Namun, wanita itu akhirnya diselamatkan oleh seorang pegawai tempatan, Guo Zhong Fan yang pantas memegang leher, bahu dan gaun wanita tersebut.
Seorang lagi lelaki kemudian memanjat keluar dari satu lagi tingkap untuk menolak kaki wanita itu bagi membantu menyelamatkan mangsa.
KUALA LUMPUR - Rahsia sekumpulan enam penjenayah tegar termasuk dua wanita yang menjadikan sebuah rumah untuk menyimpan barang curi dan pelbagai senjata berbahaya terbongkar apabila diserbu polis di sebuah kondominium dekat Jalan Dutamas Raya di sini semalam.
Dalam serbuan pukul 2 pagi itu, polis merampas pelbagai senjata berbahaya seperti pedang samurai, parang, pisau dan alat pemedih mata daripada suspek yang berusia di antara 26 dan 40 tahun terbabit.
ZAKARIA menunjukkan pistol dan senjata berbahaya yang dirampas daripada enam individu pada sidang akhbar di Sentul
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menjalankan risikan mengenai kes menyamar polis untuk menyamun menggunakan senjata pedang samurai dan pistol di sekitar daerah tersebut.
Katanya, ketika serbuan, terdapat seorang lelaki dan dua wanita sedang berehat di dalam rumah itu.
SYDNEY - Seorang remaja berusia 22 tahun dilaporkan memandu sebuah kereta sport Lamborghini Murcielago bernilai AS$363,657 (RM1.1 juta) milik kawannya yang melanggar sebuah teksi, lapor sebuah akhbar semalam.
KERETA Lamborghini Murcielago yang remuk teruk dalam kemalangan di Sydney pada Ahad lalu.
Dia memandu kereta itu pada pagi Ahad lalu sebelum hilang kawalan di sebatang jalan raya di Sydney, Australia. Lebih malang lagi, kereta tersebut kemudian bertembung dengan sebuah teksi yang mengakibatkan kedua-dua buah kereta mengalami kerosakan teruk.
Pemandu teksi itu merupakan wanita berusia 51 tahun dan dia terperangkap di dalam kenderaan lebih sejam sebelum diselamatkan dengan sebelah kakinya patah.
Pemilik kereta Lamborghini Murcielago yang berusia 30 tahun itu mungkin berdepan masalah untuk menuntut kerugian daripada syarikat insurans kerana kereta tersebut tidak diinsuranskan kepada pemandu berusia bawah 25 tahun.
Dia memberi pinjam kepada rakannya itu namun keretanya kini sukar untuk dikenali pasti kerana remuk teruk.
"Saya menganggap pemandu kereta itu berada (dirawat) dalam ambulans kedua. Sukar dipercayai dia masih boleh berjalan tanpa sebarang kecederaan," kata seorang saksi, Daisy Buckle.
Seorang lagi penumpang kereta sport itu yang berusia 26 tahun mengalami cedera ringan di bahagian dada.
Kereta sport Lamborghini Murcielago didedahkan kepada umum pada tahun 2002.
Pembuat kereta dari Itali itu menggunakan enjin bersesaran 6.2 liter V12.
Pihak polis sedang menyiasat kemalangan itu dan akan mendakwa pemandu tersebut kerana memandu secara berbahaya.
Seorang jurucakap polis mengesahkan bahawa pemandu itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol.
16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - Oleh : Hafizi Pauzi
PARIT BUNTAR, 18 Mei : Pengerusi Idham Care Yb Drs Khalil Idham Lim berkata langkah kerajaan BN membuat pengumuman awal kemungkinan RON 95 bakal dinaikkan harganya telah mencetuskan rasa curiga dan tanda tanya banyak pihak.
"Mengapa semasa kerajaan umno BN menaikkan harga RON 97 tidak dimaklum sebegini rupa,?" Katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak bahawa kenaikan RON 97 berulang kali tidak dihebah secara meluas sedangkan minyak jenis itu masih digunakan oleh sekelompok rakyat Malaysia serta masih dijual secara meluas.
"Gambaran sebenar kepada isu ini dilhat kepada keraguan pihak kerajaan untuk menghadapi protes rakyat kerana RON 95 lebih ramai penggunanya dan melibatkan kenderaan awam yang memberi resiko kepada kenaikan harga barang lain" katanya
Menurut beliau lagi, kerana itu BN dilihat sangat berhati-hati dalam perkara ini dan melakukan sesuatu untuk terus menipu rakyat.
"Senario ini telah memberikan kita dua andaian iaitu pertama , ini adalah lakonan pemimpin BN untuk raih sokongan rakyat.Mereka mungkin menarik semula cadangan ini dengan adanya bantahan dari beberapa orang pemimpin BN dan Pemuda Umno sendiri terhadap kenaikan yang bakal berlaku," ujarnya.
"Keduanya rakyat memang akan dikenakan dengan kenaikan harga RON 95 yang naik dan alasan yang biasa digunakan untuk mengaburi mata rakyat ialah kerajaan terpaksa menarik semula subsidi yang sedia ada untuk tujuan penstrukturan semula harga minyak," katanya lagi.
"Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berpesan supaya rakyat bersedia andai berlaku kenaikan harga minyak itu, saya yakin rakyat telah bersedia untuk itu dan saya ingatkan juga kepada pemimpin BN bahawa mereka juga sudah bersedia untuk menukar kerajaan yang sedia kepada Pakatan Rakyat", katanya.
JOHOR BARU: Former DAP national vice-chairman Datuk Chian Heng Kai died of cancer at the Muar Hospital at about 4am yesterday. He was 71.
His wife Tan Chui Swee, 62, as well as their two daughters and a son were at the bedside of the former MP for Bukit Mertajam and Batu Gajah when he died. Chian's eldest daughter Hsiao Ling, 35, told The Star that her father passed away peacefully.
"He was a strong man and tried his best to fight the illness. We even told him to let himself go during the last four hours before he died but he continued to fight until his last breath," she said, adding that he was an inspiration and would be deeply missed by the family. Hsiao Ling said her father was diagnosed with liver cancer in December last year and his condition worsened last Wednesday. "He started suffering from acute diarrhoea and we admitted him to the hospital on Friday," she said. The funeral will be held here at 11am tomorrow. Chian was the first DAP veteran to receive the Datuk title, when he was awarded the DSPN by the Yang di-Pertua Negri of Penang in July 2008. Chian joined the DAP in 1967 and had held several positions in the party, including national vice-chairman, national organising secretary, national publicity secretary and disciplinary committee chairman. He was detained under the Internal Security Act (ISA) on Nov 3, 1976 with fellow party member Chan Kok Kit over their stand on the issue of the mother tongue. He was freed after four years and nine months. He and Chan won the Batu Gajah and Sungai Besi parliamentary seats respectively while under ISA detention. Chian later moved from Perak to Penang and became MP for Bukit Mertajam in 1986 and 1990.
YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani) accompanied by Haji Selamat Othman attended the condolence ceremony of the late Datuk Chian Heng Kai on Tuesday night, 17 May 2011 at Seu Teck Tong Temple at Jalan Sultan Ibrahim Muar. Also present were YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan), YB Ng Lam Hua (ADUN Mengkibol) and YB Er Teck Hwa (Bakri Member of Parliament).
YB Dr Mohammad, YB Gwee and YB Ng expressing their condolescence to Datin Tan Chui Swee
KUALA LUMPUR, 17 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala enam orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 14 lagi untuk jawatan naib presiden.
Manakala 83 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa PAS Pusat.
Demikian dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan yang juga Pengarah jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Bagi jawatan timbalan presiden, enam orang yang dicalonkan termasuklah penyandangnya, Nasharudin Mat Isa.
Lima lagi yang dicalonkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, naib-naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub,ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.
Keenam-enam mereka turut dicalonkan untuk bertanding jawatan naib presiden bersama lapan yang lain iaitu:
1. Idris Haji Ahmad (ketua penerangan) 2. Mahfuz Omar (naib presiden) 3. Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat) 4. Datuk Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan) 5. Mohd Hatta Md Ramli (Bendahari PAS Pusat) 6. Mujahid Haji Yusof Rawa (AJK PAS Pusat) 7. Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Peneranagn Dewan Ulamak) 8. Datuk Seri Nizar Jamaluddin (AJK PAS Pusat)
Mengikut perlembagaan PAS, seseorang itu hanya memerlukan dua pencalonan sahaja untuk melayakkan diri bertanding jawatan parti termasuk jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden.
'Jika dedah identiti, polis dituduh berpolitik' Mei 18, 11 4:55pm
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata tiada keperluan dari segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.
Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada keselahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.
MIRI –Terbiar dan tidak diperdulikan, itulah keadaan yang berlaku di Pangkalan Feri Lama Kuala Baram, kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar raya Miri. Suatu ketika dulu, tempat ini sangat meriah dan ekonominya berjalan rancak, namun pembinaan Jambatan Asean yang merentasi Sungai Baram menghubungkan negara Brunei Darussalam sejak hampir 10 tahun itu telah meragut suasana itu. Sedih menyaksikan pangkalan feri lama yang suatu ketika dahulu sesak dengan kedatangan pengunjung, kini ibarat bandar mati berikutan bilangan pengunjung ke sana sehari boleh dihitung dengan jari.Jika sebelum ini terdapat lebih 40 kedai yang dibuka setiap hari, kini hanya lima buah kedai yang masih meneruskan operasi, itupun nyawa-nyawa ikan kerana tiada bisnes.Memburukkan keadaan, rumah kedai dan bangunan yang disitu usang, terbiar dan tidak diselenggara, menyakitkan mata yang memandang. Seorang peniaga, Rosnani Buang, ketika ditemui memberitahu, tempat tersebut umpama tiada penghuni kecuali peniaga-peniaga sendiri yang terpaksa meneruskan perniagaan demi periuk nasi.
"Ramai peniaga terpaksa tutup kedai kerana mengalami kerugian. Sayangnya tempat ini dilupakan terus sejak pembinaan Jambatan Asean," katanya dengan nada kesal. Menurut Rosnani yang berniaga di situ sejak 15 tahun lalu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak lagi mengawasi dan menyelenggarakan tempat itu."Jika dahulu, hasil perniagaan saya boleh mencapai sehingga RM300 sehari namun kini bisnes sudah jauh merudum. Malah saya pernah mendapat RM12 sehari," katanya yang enggan berpindah ke ruang kedai berhampiran Jambatan Asean kerana kos sewa yang mahal.Seorang lagi peniaga yang hanya dikenali sebagai Lim, kerajaan harus mencari jalan untuk menghidupkan semula kawasan ini yang suatu ketika dulu pernah menjadi pusat aktiviti perniagaan.Katanya, jika tiada penyelesaian diambil, sudah pasti peniaga-peniaga yang masih ada akan gulung tikar dan tempat ini akan terus hilang.Sementara itu, pangkalan lama ini bukan sahaja pernah menjadi tempat feri beroperasi, malahan mempunyai wharf ekpress untuk ke Marudi.
MIRI: Enam puluh tujuh orang dari 17 keluarga hilang tempat tinggal apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di kawasan setinggan di Pujut Corner, di sini hari ini. Kebakaran dikatakan bermula dari sebuah rumah di kawasan itu pada pukul 10.30 pagi sebelum merebak dengan cepat dan memusnahkan 15 rumah lain dalam tempoh setengah jam.
Keadaan cuaca panas dan kesukaran mendapatkan air menyukarkan usaha untuk memadamkan kebakaran itu, kata Pegawai Kanan II Bomba dan Penyelamat Abdul Latip Kassim. Sementara itu, pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Antonio Kahti Galis berkata sebuah pusat penempatan sementara disediakan di bangunan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia di sini untuk menempatkan mangsa yang terlibat.
"Setakat ini belum dapat dipastikan lagi jumlah sebenar yang memerlukan penempatan sementara ini kerana saya dimaklumkan ada mangsa yang berpindah ke rumah sanak-saudara mereka," katanya kepada Bernama di sini hari ini. – Bernama
MIRI: A morning fire destroyed nine squatter houses in Pujut Corner here, leaving 67 people from 17 families homeless.Four teenagers were cut by shards of broken glasses in the blaze, which broke out around 10.30am yesterday.The squatters' attempts to put the fire out by dousing with buckets of water sourced from a nearby tap were in vain; the fire swept quickly through houses that were built close to each other.The fire started from one of the houses, according to an eyewitness who saw smoke issuing from it.Thirty one firemen, two fire engines from Bomba Lopeng and one from Bomba Miri rushed to the scene after receiving a call from the public at about 10.40am.Fanned by a strong wind, the fire turned into an inferno within half an hour as firemen struggled to bring it under control.The fire spread to nearby houses where occupants frantically rushed to salvage their belongings.Miri Fire and Rescue Department officer Abdul Latip Kassim was at the scene.
"The fire was finally brought under control by 1.30pm and Bomba is still investigating the cause," Abdul Latip told The Borneo Post when contacted yesterday.He revealed that three teenagers were cut by broken bottles when trying to salvage their belongings, while another was cut by a zinc sheet. A man who was caught stealing a coral during the commotion was later detained at Miri Central Police station for investigation.Abdul Latip said most of the fire victims are putting up with nearby relatives while some will be staying at MRCS Miri Centre.
A pregnant woman said most of the occupants were housewives and children while the men folk were away working."All my personal belongings were destroyed in the fire," moaned the housewife, in shock to see her house reduced to ashes.Another victim who is working in a private firm was informed about the fire by a relative and rushed home. Upon arriving home, he wept to see only ashes left.Meanwhile, the squatters are seeking the assistance of their newly elected YBs in their time of need.As at press time, total loss in the flames was yet to be ascertained, believed to be thousands of ringgit worth of household items and clothes.
Banyaknya isu, sikit sangat masa untuk menjelaskannya semua. Maka dilakukan coretan-coretan dari masa ke semasa. Harap memahami.
SERANGAN TERHADAP DAP Saya melihat dengan penuh terhibur bagaimana BN berhempas pulas ingin menangani masalah sokongan bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina, terhadap PR. Ini difahami BN sebagai masalah besar bagi mereka. Amat jelas, masyarakat bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina sudah menolak parti-parti Cina dalam BN. Maka untuk kekal sebagai "satu-satunya gabungan yang boleh menyatupadukan rakyat Malaysia", sebagai dakwaan BN selama ini, satu formula perlu dikenal pasti untuk mendapatkan kembali undi masyarakat Cina. Malangnya, undi masyarakat Cina sudah bersama PR dan kelihatan akan terus bersama PR sehingga PRU ke-13.
Oleh yang demikian, dianggap bahawa punca sokongan masyarakat Cina terhadap PR adalah berpunca dari DAP semata-mata dan untuk menanganinya, DAP perlu dijadikan sasaran. Maka bermulalah serangan terhadap DAP dengan pada mulanya mengistiharkannya sebagai sebuah parti rasis! Tuduhan DAP rasis dimainkan UMNO khususnya untuk lebih kurang dua minggu, bermula semenjak selesainya Pilihan Raya di Sarawak dan apabila dilihat ianya tidak mencapai apa yang diinginkan, berubah pula rentaknya.
Rentak kedua mengejutkan semua, ia itu setelah menyerang dan mengutuk DAP dengan begitu hebat sekali, tiba-tiba berlakunya U-turn yang amat besar apabila UMNO menjemput DAP menyertai BN! Hari itu diajaknya PAS dan MCA membantah, kali ini dijemput pula DAP. Sudah pasti MCA tergeliat dalam diam disebabkan ianya pukulan yang memalukan bagi mereka. Namun apabila DAP menolak, MCA bernafas lega tetapi bermula pula serangan seterusnya terhadap DAP.
Kali ini dikatakan pula DAP bersama Kristian ingin menjadikan Kristian agama rasmi dan melantik seorang PM Kristian. Pelik dan ajaib, bila pula Karpal Singh jadi Kristian? Walhal si Jeff Ooi sendiri bukan seorang Kristian! Tetapi, sepertimana yang telah sedia maklum, UMNO bukannya kisah dengan apa yang dikatakan, samada benar atau sebaliknya, politik mereka sudah jelas politik fitnah dan adu-domba.
Yang terkini, dikatakan pula DAP kommunis! Saya rasa UMNO/BN kena buat keputusan, adakah DAP itu rasis, fundamentalis Kristian atau Kommunis? Namun, yang jelas rakyat boleh membuat kesimpulan bahawa UMNO adalah penipu, dulu kini dan selamanya.
Dalam pada itu, perlu dinyatakan bahawa pada masa ini, dengan penolakan bukan Melayu terhadap BN, hanya PR sahaja yang mampu membentuk kerajaan berbilang kaum yang menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia!
PERANG SALIB DIISTIHAR! Ada seorang Melayu beragama Islam mengistiharkan 'perang salib' ke atas orang Kristian. Ini pun menyebabkan saya tersengih lebar. Apa pula kerja orang Melayu Islam ini mengistiharkan 'perang salib'? Jelas beliau ingin memperkasakan kejahilan dirinya sendiri. Untuk pengetahuannya dan mereka yang seangkatan dengannya, Perang salib atau dalam Bahasa inggerisnya, Crusade, diistiharkan oleh Pope sebagi peperangan demi kepentingan agama Kristian yang simbolnya adalah salib, maka dinamakan 'perang salib'! itulah si Melayu Islam ni, kalau duduk diam di rumah, orang tak akan tahu yang awak tak tahu. Sekarang satu dunia tahu bahawa awak tidak tahu apa yang awak katakan!
Orang Islam istihar perang 'sabilillah' atau diringkaskan oleh orang Melayu kita, 'perang sabil'. Bukan 'perang salib'. Kalau itu pun tidak tahu, saya nasihatkan orang Melayu Islam berkenaan untuk balik rumah dan tidur sahaja, jangan menyusahkan orang lain.
Perang sabilillah ni pula maknanya 'perang di jalan Allah'. Ianya bertujuan untuk menegakkan Islam demi keadilan untuk semua, iaitu untuk orang Islam dan juga bukan Islam. Ianya bukan untuk menegakkan 'ketuanan' satu kaum atas kaum yang lain. Konsep menegakkan ketuanan sesuatu kaum ke atas kaum yang lain ditolak Islam sebagai amalan zaman jahilliyyah kerana sebelum datangnya Islam. itulah yang sibuk dilakukan bangsa Arab jahilliyyah, iaitu perang untuk memenangkan kabilah masing-masing.
Hakikatnya, ummat Islam berjuang untuk menyeru manusia kepada jalan Allah, bukan dengan paksaan tetapi dengan membebaskan manusia dari kongkongan yang dikenakan ke atas mereka oleh pemerintah yang zalim. Kongkongan ini menafikan kebebasan mereka untuk membuat pilihan secara bebas. Setelah kongkongan ditepikan, ditarik minat manusia melalui akhlak yang mulia dan keadilan. Bagaimana kita boleh menarik minat manusia kepada Islam kalau kita hanya mementingkan bangsa kita sendiri dan ingin menegakkan ketuanan satu bangsa ke atas bangsa lain? Akhirnya kita menjadi penghalang kepada manusia datang ke jalan Allah melalui perjuangan kita yang sempit dan songsang! Oleh itu ianya tidak lagi menjadi perjuangan 'sabilillah' kerana menghalau manusia dari jalan Allah dan sebaliknya menjadi 'sabilisSyaitan' naudzubillah. Itulah sebabnya Rasulullah (SAW) telah menafi sebagai ummat mereka yang berjuang atas dasar Assobiyyah yang ditakrif Baginda sebagai "menyokong kaum kamu atas dasar kezaliman".
DEMI KUASA PAS SANGGUP KORBANKAN PRINSIP? Ada yang masih tidak faham dan termakan dengan dakyah BN yang mendakwa PAS telah korban prinsip demi kuasa kerana sanggup berkerjasama dengan DAP dan menolak kerjasama dengan UMNO! Yang termakan dengan dakyah ini memang otak mereka 'slow'. Saya ingin tanya, kalau PAS gilakan kuasa, tidakkah lebih mudah untuk PAS sekiranya terus berkerjasama sahaja dengan UMNO? Bukankah kalau PAS bersama UMNO dalam BN, PAS akan terus menjadi sebahagian dari pemerintah dan berkuasa?
Maknanya ada yang lebih penting dari sekadar 'berkuasa' bagi PAS. Ianya adalah prinsip perjuangan yang ingin terus diusahakan PAS sehingga sanggup menolak tawaran terus berkuasa bersama BN! Kalau masih tidak faham lagi, otaknya bukan sekadar slow, tetapi sudah stop?
Maka sudah pasti ada yang bertanya, apakah prinsip perjuangan yang begitu penting sehingga PAS sanggup menolak tawaran berkuasa bersama BN? Prinsipnya ialah politik bersih dan bertanggung-jawab, bebas dari rasuah, fitnah dan adu-domba. Dan inilah yang dituntut oleh Islam dan ini juga yang dipersetujui sebagai matlamat bersama PR. Kalau bersama UMNO/BN, PAS akan terpalit dengan segala amalan rasuah, fitnah dan adu-domba yang merupakan darah daging UMNO/BN.
PAS MINORITI DALAM PR Ada satu lagi kenyataan yang sering dikeluarkan mereka yang kononnya ingin sokong PAS, iaitu, "saya nak sokong PAS, tapi PAS minoriti dalam PR". Bunyinya macam bijak tetapi sebenarnya ianya kurang bijak ; seperti yang mengistiharkan perang salib tadilah!
Hakikatnya kalau masalahnya adalah "PAS minoriti dalam PR" seperti yang didakwa, maka penyelesaiannya adalah memenangkan PAS di kerusi-kerusi yang ditandingi sehingga bertambah kerusi PAS dan PAS tidak menjadi minoriti lagi! Bagaimana masalah ini dapat diselesaikan sekiranya atas alasan itu maka tidak diundi calon PAS? Adakah dengan mengalahkan PAS maka PAS tidak lagi menjadi "minoriti dalam PR"? Sudah pasti tidak! Itulah yang saya sebut tadi, bunyi macam bijak tetapi pada hakikatnya 'slow'.
Lagipun, kalau dilihat secara objektif, keadaan sebenarnya tidak seperti yang didakwa. Hakikatnya PAS mempunyai 2 Menteri Besar (dulu 3), sedangkan DAP ada 1 dan PKR juga 1. PAS mempunyai jauh lagi banyak kerusi DUN dan memang itulah yang menjadi sasaran PAS pada PRU ke 12 yang lepas. Dari sudut kerusi Parlimen pula, PAS tidak jauh kebelakang bila dibandingkan dengan PKR dan DAP.
Namun digunakan hujjah itu secara rambang. Hakikatnya, bagi Negeri Selangor, insyaAllah UMNO/BN tidak akan mampu memenanginya kembali. Oleh itu, bagi yang ingin PAS tidak menjadi minoriti, maka undilah PAS untuk menggantikan UMNO!
PERBICARAAN DSAI – LIWAT 2 Sememangnya telahpun dijangka, keputusan mahkamah akan menyebelahi pihak Saiful. Ini adalah kerana kekuatan UMNO terletak di 'tubuh' Saiful. Sekiranya kesnya ditolak, maka akan terbukti kezaliman UMNO terhadap DSAI selama ini. Dan dengan itu akan terdedah segala pembohongan mereka.
Ini adalah seperti yang didakwa Dato' Mohd Zin, bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah PDRM yang mendakwa penipuan dan putar-belit dalam kes DSAI akan terpaksa diteruskan demi menutup penipuan pemerintah. Dalam Bahasa Inggeris dikatakan, "one lie leads to another". Dalam erti kata yang lain, seseorang itu terpaksa terus menipu demi menutup penipuan asal yang dilakukannya.
Bagi saya, ini hanya menambahkan hujjah untuk kita menukar kerajaan, dari BN ke PR. Ini adalah supaya kongkongan ke atas masyarakat dan Negara ditiadakan dan semua boleh bergerak tanpa ugutan atau paksaan dari pihak berkuasa yang ingin menutup kesalahan yang telah mereka lakukan. Negara dirosakkan demi menutup kesalahan mereka, supaya mereka boleh terus berkuasa. Proses kerosakan ini berterusan sejak 1998, sehingga segala institusi keadilan hilang kredibiliti dan kerosakan ini akan diteruskan sehingga punca kerosakan itu diketepikan dan ditiadakan. Iaitu mereka yang berkuasa diganti dan kesalahan mereka didedahkan dan dengan itu penipuan tidak lagi perlu diteruskan.
Saya menjangkakan mereka akan mengulangi skrip yang lama dan memenjarakan DSAI walaupun jelas beliau tidak bersalah dalam kes ini. Mereka tiada pilihan. Pilihan lain bererti mereka akan hilang kuasa dan segala-galanya akan terdedah. Akan turut hilang harta mereka dan kedudukan mereka.
Rakyat perlu menyedari, tiada yang mampu menghalang kezaliman ini selain rakyat itu sendiri. Jangan bersekongkol dengan kezaliman, jangan bersubahat. Bersama kita menolak politik fitnah dan adu-domba, tolak BN.
WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD
You are subscribed to email updates from Khalid Samad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
DUNGUN, 18 Mei Rabu - Seperti tahun sebelumnya, ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli meraikan para jururawat yang menyambut Hari Jururawat Sedunia baru-baru ini.
Simbolik ingatan hari jururawat ini disampaikan dalam bentuk sumbangan kek yang diwakili oleh isteri kepada Y.B.ADUN Sura sendiri, Puan Hajjah Siti Zaliha Mohd.
Beliau turut diringi oleh Ketua Muslimat DUN Sura, Puan Hajjah Rokiah Yusof dan dua orang ahli jawatankuasanya, Puan Siti Aidah Deraman dan Puan Rakiah Asuak.
Penyampaian kek tersebut telah disempurnakan pada 12 Mei, 2011 hari Khamis, baru-baru ini.
Cables show the US embassy in KL feared "prosecutorial misconduct" during the sensational 2009 trial.
The US Embassy in Kuala Lumpur closely followed the trial of the accused killers of Mongolian interpreter Altantuya Shaariibuu and frequently discussed whether current Prime Minister Najib Tun Razak was involved in the killing, according to diplomatic cables supplied to Asia Sentinel by the WikiLeaks website.
The diplomats, like much of the public, also speculated that the trial was being deliberately delayed and feared what one cable calls "prosecutorial misconduct" that was being politically manipulated. The embassy officials based their concerns on sources within the prosecution, government and the political opposition.
The cables also draw attention to an intriguing allegation that then Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi may have attempted to use the proceedings to implicate Najib, a claim that was quickly hushed up in the Malaysian press.
Altantuya was murdered in October 2006 by two of Najib's bodyguards, Chief Inspector Azilah Hadri, 30 and Corporal Sirul Azhar Umar, 35. who stood trial and were pronounced guilty in April 2009. Abdul Razak Baginda, one of Najib's best friends and Altantuya's lover, was accused of participating in the murder but was freed without having to put on a defense.
The murder has been tied closely to the US$1 billion acquisition of French submarines by the Malaysian ministry of defense, which Najib headed as defense minister during the acquisitions. Altantuya reportedly acted as a translator on the transaction, which netted Razak Baginda's company a €114 million "commission" on the purchase. Reportedly she had been offered US$500,000 for her part in translating. After she was jilted, she vainly demanded payment. A letter she had written was made public after her death saying she regretted attempting to "blackmail" Razak Baginda.
French lawyers are investigating whether some of the €114 million was kicked back to French or Malaysian politicians. Despite the scandal, the US government has not publicly backed away from Najib. In April 2010, Najib visited the White House and was praised by President Barack Obama for the parliament's passage of an act allowing Malaysian authorities to take action against individuals and entities engaged in proliferation of weapons of mass destruction.
The cables are replete with accounts of a long series of meetings with opposition leader Anwar Ibrahim, who repeatedly told the Americans that Najib was connected to corrupt practices in the acquisition of the submarines as well as the purchase of Sukhoi Su-MCM-30 Flanker fighter jets from Russia. Anwar also called attention to Najib's connection to the Altantuya case.
A Jan. 24, 2007 cable, marked "secret," wrote that "Perceived irregularities on the part of prosecutors and the court, and the alleged destruction of some evidence, suggested to many that the case was subject to strong political pressure intended to protect Najib."
In a Feb. 1, 2008 cable, the embassy's Political Section Chief, Mark D. Clark, wrote that a deputy prosecutor had told him "there was almost no chance of winning guilty verdicts in the on-going trial of defendants Razak Baginda, a close advisor to Deputy Prime Minister Najib Tun Razak, and two police officers. She described the trial as interminably long." (That, of course, turned out to be wrong. Sirul and Azilah were ultimately convicted and have appealed their sentence)
Clark called the trial a "a prosecutorial embarrassment from its inception, leading many to speculate that the ineptitude was by design. On the eve of the trial,Malaysia's Attorney General Abdul Gani Patail dropped his lead prosecutors and replaced them with less experienced attorneys. Similarly, a lead counsel for one of the defendants abruptly resigned before the trial 'because of (political) attempts to interfere with a defense he had proposed, in particular to protect an unnamed third party.'"
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Berita yang aku dengar di Bulitin Utama ni berkaitan dengan kisah seorang artis yang telah ditahan oleh angota Polis untuk membantu siasatan berkaitan satu kejadian Pecah rumah di Terengganu…
Kejadian adalah rentetan daripada laporanyang dibuat pada Polis tentang kehilangan Komputer Riba oleh seorang remaja perempuan yang bermalam di rumah saudara artis berkenaan, Daripada pemeriksaan pihak polis juga menemui peralatan untuk menghisap dadah jenis Kuda di kediaman artis berkenaan…. Anak Sapo la ni ek…. tunggu je maklumat seterusnya…..
Kata polis tiada keperluan daripada segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti artis yang terlibat dalam kes pecah rumah tersebut....
So Klu Artis Pecah Rumah........
Berumur 29 tahun
Berasal dari Terengganu
Pernah menjadi artis rakaman selama beberapa tahun
Timbalan Ketua Polis Negara berkata tiada keperluan daripada segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.
Dipetik Bernama Online, Datuk Khalid Abu Bakar, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.
"Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik."
"Kita menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini, apa yang tidak boleh didedah kita tidak akan dedah. Jangan mendesak kita, kita mengikut peruntukan undang-undang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini pagi tadi kerana batuk kini berada dalam keadaan stabil dan dinasihatkan berehat supaya dapat pulih sepenuhnya.
Anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, doktor menasihatkan bekas Perdana Menteri itu supaya berehat yang secukupnya walaupun tidak mengalami sebarang masalah jantung yang serius.
"Tidak ada langsung masalah dengan jantung beliau. Cuma batuk, maksudnya paru-paru sikit...biasanya kalau dia batuk dia perlukan rehat secukupnya di IJN," kata Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ketika ditemui di lobi IJN selepas melawat ayahnya hari ini.
Katanya, ayah beliau kini perlu menjalani rawatan fisioterapi seperti biasa, mengambil ubat antibiotik dan rehat yang secukupnya supaya sembuh secepat mungkin.
"Susah nak nasihatkan dia... dulu dia dah masuk gear lima, dah lama ini nak masuk gear rendah susah, tetapi apa pun dia sendiri pun tahu kesihatan dia," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, aktiviti luaran Dr Mahathir juga dikurangkan untuk memberinya peluang berehat memandangkan keadaan kesihatan ayahnya sekarang ini.
"Emak saya kini berada di sisinya untuk menjaga beliau...kita juga tidak mengalakkan lawatan daripada kawan-kawan buat masa ini bagi mengelakkan daripada berlaku jangkitan," katanya.
Dr Mahathir, 85, dimasukkan ke wad biasa pada kira-kira jam 6 pagi tadi selepas mengadu demam dan batuk sejak dua hari lalu.
Bagaimanapun, tinjauan Bernama tengah hari tadi mendapati kawalan rapi dijalankan di sekitar kawasan wad itu di mana hanya anggota keluarga terdekat sahaja dibenarkan masuk.
Project IC' atau cubaan mendaftar warga asing sebagai pengundi dijangka akan berleluasa di Semenanjung Malaysia pula, seperti keadaan di Sabah sebelum ini.
Bekas ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Chong Eng Leong berkata, hasil penyelidikannya selama 15 tahun -- yang dimuatkan dalam bukunya Lest We Forget -- menganggarkan kira-kira 600,000 pendatang haram diberikan kewarganegaraan bawah projek di Sabah.
Dr Chong - kini merupakan ahli PKR - mendakwa bahawa projek tersebut dilihat akan ditumpukan di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat - Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
"Masalah ini bukan sahaja memberi kesan kepada keselamatan negara tetapi juga (terhadap) isu tanah di Sabah.
"Saya tidak terkejut sekiranya mereka menggunakan modus operandi ini di Selangor atau negari Pakatan yang lain," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Beliau juga mendakwa, usaha yang dikenali sebagai 'Projek Mahathir' yang didalangi Umno itu turut melibatkan kerjasama beberapa agensi kerajaan, termasuk Jabatan Pendaftar Negara (JPN) dan ketua-ketua kampung.
Sebagai contoh, dakwanya, terdapat pertemuan antara Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Megat Junid Megat Ayob dan JPN bagi mencari membincangkan perkara itu.
Menurutnya, seorang ketua kampung ketika itu Hasnar Ibrahim -- kini ahli PKR -- didakwa terlibat menandatangani dokumen tersebut.
Dr Chong juga mendakwa, sekitar tahun 1990-an Umno juga menubuhkan satu 'pasukan petugas' bagi memberikan kad pengenalan kepada warga asing yang diketuai Datuk Musa Aman yang kini merupakan ketua menteri Sabah.
Katanya, pemberian kad pengenalan tersebut bertujuan untuk menumbangkan PBS - yang belum menyertai BN ketika itu - dalam pilihan raya.
Turut hadir dalam sidang media tersebut Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Khalid Jaafar dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.
Sementara itu, Khalid berkata, ekoran pengalaman menjatuhkan PBS di Sabah, beliau "nampak" ia akan berlaku di Selangor.
Malah pada 26 Mac lalu, Khalid berkata seorang ahli PKR membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi Sepang berhubung dakwaan pemberian kad pengenalan kepada warga asing dari Indonesia.
Mengulas berhubung peningkatan jumlah pengundi di Hulu Selangor yang mencecah 15,000 orang, Khalid mempersoalkan jumlah yang tinggi itu.
"Daripada mana datangnya (angka) ini. Jentera kita akan membuat siasatan daripada mana datangnya jumlah itu," katanya.
KL 18 Mei 11: Ahli Parlimen PAS Dr Dzulkefly Ahmad(gambar) berkata, penggunaan istilah "candu" oleh Perdana Menteri Datu Seri Najib Razak bagi menggambarkan pergantungan pada subsidi adalah tidak adil memandangkan pentadbirannya tidak banyak bertindak bagi mengurangkan keadaan itu.
Katanya, dalang mengakibatkan manipulasi pasaran adalah kerajaan itu sendiri dengan memberi subsidi dan geran dalam jumlah besar kepada syarikat dan kroni.
"Dan, di satu sebelah, mereka menghukum dan mengaibkan rakyat dengan mengatakan mereka ketagih pada candu subsidi, yang mana ia tidak seberapa jika dibandingkan dengan apa yang mereka berikan kepada kroni-kroni mereka," katanya.
Justeru, Dzulkefly juga menggesa kerajaan agar mempertimbangkan dasar-dasar yang diketengahkan oleh PR dalam Buku Jingga mereka di mana ia mengesyorkan penstrukturan holistik dalam sistem subsidi.
"Kami dalam PR faham bahawa pendekatannya bukan dengan mudah memutuskan subsidi... kami meminta agar diadakan penstrukturan holistik sistem subsidi.
"Cara mereka (BN) hanya sedikit demi sedikit, kaedah jangka pendek, jika mereka teruskan akan memaksa yang miskin terdedah kepada kesan ekonomi global," kata beliau.
Dalam ucapannya di London kelmarin, Najib berkata subsidi bahan api ibarat "candu" kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pentadbirannya telah memperuntukkan subsidi bernilai RM11 bilion tahun ini tetapi paras itu telah mengalami kenaikan, sehingga mencecah RM18 bilion ekoran harga minyak mentah antarabangsa yang begitu tinggi.
"Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik," kata beliau di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford.
Dzulkefly, wakil rakyat Kuala Selangor berkata, penarikan balik subsidi total akan menyebabkan kos-kos tidak adil ke atas kumpulan-kumpulan sensitif seperti kumpulan berpendapatan rendah.
"Ini seolah-olah dasar neokonservatif memperkayakan kroni dan kumpulan berkemampuan tetapi pada masa yang sama memangsakan kumpulan miskin.
"Tanya Najib, menerusi cara ini, bukankah ia memburukkan lagi ketidakaseimbangan pengagihan kekayaan dan ekuiti?" kata beliau. (IH)
Bagi jawatan naib presiden PAS - 14 orang layak bertanding iaitu Azizan; Husam; Salahuddin; Nasharudin; Salahuddin; Tuan Ibrahim; Idris Ahmad; Datuk Mahfuz Omar; Mazlan Aliman; Datuk Mohd Amar Abdullah; Dr Mohd Hata Ramli; Dr Mujahid Yusof Rawa; Nik Zawawi Nik Salleh dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Dalam pada itu, bagi kerusi ahli jawatankuasa kerja PAS pusat seramai 82 orang layak bertanding.
Mereka ialah Abdul Ghani Abdul Rahman, Abdul Ghani Samsuddin, Abdul Halim, Dr Abdul Rani Osman, Abdul Wahid Endut, Datuk Abu Bakar Chik, Abu Bakar Hussein, Adly Zahari, Ahmad Sabki Yusof, Aiman Athirah Al-Jundi, Amiruddin Hamzah, Datuk Anuar Tan Abdullah, Asmuni Awi, Azizan dan Azman Shapawi Abd Rani.
Turut layak Dr Halimah Ali, Hamzah Abdullah, Hamzah Jaafar, Hanipa Maidin, Hashim Jasin, Datuk Dr Hasan Ali, Dr Hayati Othman, Husam, Idris, Iskandar Abdul Samad, Datuk Kamaruddin Jaafar, Dr Khairuddin Abdul Malik, Khalid Samad, Khalil Idham Lim dan Dr Lo' Lo' Ghazali.
Selain itu, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Mahfuz, Mazlan, Misbahul Munir Masduki, Mohamad Nor Mohamad, Mohama, Mohd Anuar Tahir, Mohd Apandi Mohamed, Mohd Firdaus Jaafar, Mohd Hatta, Mohd Nasir Mustafa, Mohd Nasir Zakaria, Nizar, Mujahid, Mumtaz Mohd Nawi, Mustafa, Dr Najhatussolehah Ahmad, Nasharudin, Datuk Nasuruddin Daud, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Nik Mohd Amar, Nik Zawawi, Norazli Musa, Normala Sudirman, Nuridah Salleh, Datuk Phahrolrazi Zawawi, Razman Zakaria dan Riduan Mohd Nor turut layak untuk bertanding.
Sementara itu, Rosidi Hussin, Sa'ari Sungib, Salahuddin, Salleh Man, Sallehen Mukhyi, Dr Siti Mariah Mahmud, Siti Zailah Mohd Yusof, Suhaizan Kaiat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Datuk Taib Azamuddin Md Taib, Datuk Takiyuddin Hassan, Taufek Ghani, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Wan Hasrina Wan Salleh, Wan Nik Wan Yusof, Wan Ubaidah Wan Omar, Yusof Embong, Zainuddin Yusof, Zaki Ibrahim, Zulkefly Muhamad Omar dan Zulkifly Ahmad turut tercalon bagi jawatan itu.
Hanya 18 kerusi diperuntukkan bagi jawatan ahli jawatankuasa kerja pusat.
Bagaimanapun Abdul Halim berkata pihaknya tidak mahu mendedahkan jumlah yang diperoleh setiap calon.
"Kita tidak umum ... kita tidak mahu terlibat seolah-olah dibaca sebagai berkempen (kepada calon)," katanya.
Menurut Abdul Halim, jawatankuasa pemilihan akan menghantar surat rasmi pencalonan kepada calon yang layak untuk bertanding bagi jawatan masing-masing.
Jelas beliau, calon yang layak harus membalas surat tersebut sebelum 26 Mei itu.
Selain surat, calon juga boleh memaklumkan jawatankuasa pemilihan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau melalui faks, katanya.
"Kami (jawatankuasa pemilihan) akan menghantar surat kepada semua calon yang telah disenaraikan sama ada mereka menerima tawaran untuk bertanding atau menolaknya.
"Jika surat maklum balas daripada calon tidak diterima jawatankuasa sehingga 26 Mei ini, secara automatiknya, mereka dikira menolak dan tidak akan bertanding pada pilihan raya kali ini," kata Abdul Halim.
Selain itu, jelas beliau, calon yang layak tidak boleh memberikan alasan tidak tahu mengenai pencalonan yang diterima kerana selain menghantar surat perkara itu turut dihebahkan melalui media termasuk media rasmi PAS.
Sementara itu, Mustafa berkata parti itu tidak menetapkan garis panduan untuk calon berkempen.
Namun tegas beliau, kebiasaannya mana-mana calon yang berkempen secara berlebihan peluang untuk menang sukar.
"Kita tiada peraturan (kempen), kita memang tidak ada.
"Jika berkempen secara berlebihan, ini menyebabkan perwakilan tidak senang," katanya.
Seramai 1,100 perwakilan akan membuat keputusan dan memilihan barisan kepimpinan PAS.
UPKUALA LUMPUR, 18 Mei — Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah kompleks sukan yang turut memuatkan beberapa ruang solat bagi membolehkan penonton menunaikan tanggungawabjawab.
Menurut Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kompleks sukan itu akan dibina di Bukit Merbau, Pasir Putih.
Selain membina kompleks sukan yang akan memuatkan sebuah stadium utama, jelas Nik Aziz ia turut memuatkan ruang solat di beberapa bahagian stadium bagi memastikan penonton tidak lupa tanggungjawab masing-masing.
"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanah air di mana kerajaan negeri Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.
"Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, selain itu kita juga berhasrat agar stadium yang dibina turut memuatkan ruang solat di merata-rata bahagian bagi membolehkan penonton menunaikan solat dengan mudah dalam stadium," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan.
Jelas Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, pentadbiran negeri pimpinannya tidak akan melupakan tanggungjawab terhadap tuntutan agama dan berharap penonton juga sentiasa begitu.
"Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh membangun bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri," katanya.
cuma yang atas nie tak berape sesuai untuk penyokong...
(Ini bukan berita semalam atau hari ini.... tapi berita 26 Februari 2011 dulu..)
KUALA LUMPUR: Sambil memantau perkembangan di Timur Tengah dengan rapi, kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan harga petrol RON95 buat masa ini dan sebarang langkah seterusnya berteraskan keutamaan dan perkiraan berkaitan bebanan kepada rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, buat masa ini tiada langkah menaikkan harga petrol RON95 (kini RM1.90 seliter) kerana harganya ditentukan kerajaan berdasarkan subsidi manakala RON97 terapung mengikut harga pasaran.
"Kita memperuntukkan subsidi berjumlah RM10.3 bilion iaitu bajet untuk tahun ini, tetapi kalau tiada perubahan, jumlah subsidi kita akan meningkat dengan agak ketara.
"Apa jua keputusan yang kita akan dibuat, kita akan mengambil kira bebanan kepada rakyat…ini yang kita utamakan. Meskipun kita terpaksa mengeluarkan subsidi besar, tetapi kerajaan memahami bahawa apa yang kita fikirkan adalah soal belanja atau kos hidup rakyat yang perlu dikawal supaya kadar inflasi kita tidak meningkat lebih tinggi berbanding apa dihadapi sekarang ini.
"Kita tidak mahu rakyat merungut. Saya tak boleh nak kata apa-apa pada masa akan datang, tetapi buat masa ini, kita tiada cadangan untuk menaikkan harga minyak," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Tingkat 39, Menara Datuk Onn di sini, petang semalam.
.... lantak le korang.... janji rakyat didahulukan.....
Al maklum le.... reje minyak dah start naik dari RM2.70 ke RM2.90 dan dengar cite yang RON 95 pun akan naik dalam masa terdekat.... jadi makin kurang le orang ramai untuk mengisi petrol kereta kerana beralih kepada basikal sebabi alternatif.... so staf petronas pump kat kepong start xde kerja sehingga boring tahap gaban.... so ini le kerja depa .....
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengikhtiraf logo halal yang terdapat pada kotak minumna susu 1 Malaysia yang sedang diagihkan pada murid-murid sekolah rendah di seluruh Malaysia. Logo halal dari korea itu hanya tertera tanda halal tanpa terdapat dari pertubuhan mana yang mengeluarkan logo tersebut. Menurut Jakim permohonan halal masih dalam proses pihak mereka dan pihak Jakim setakat ini tidak mengikhtiraf logo halal yang tertera pada kotak susu tersebut.
Beliau mengulas kenyataan Yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang, Shaharol Niza Omar, berkata, logo halal yang terdapat di produk itu dikesan tidak menggunakan tanda halal dikeluarkan pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).
Menurutnya, pihaknya sendiri menghubungi bahagian Hab Halal Jakim dan mereka menyatakan produk itu masih belum mendapat sijil halal serta permohonannya masih dalam proses.
"Saya kesal kerana Kementerian Pelajaran (KPM) mengedarkan produk yang belum lagi mendapat sijil halal daripada Jakim kepada murid di sekolah.
"Selain itu juga, produk berkenaan didapati dikeluarkan oleh sebuah syarikat dari Korea, sedangkan seperti yang kita tahu Korea bukanlah negara pengeluar tenusu dunia," katanya ketika ditemui media, semalam.
Shaharol Niza berkata, sedangkan sewaktu pelancaran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 16 September 2010 menyatakan susu itu akan dibekalkan pengeluar tempatan.
TEMERLOH 17 Mei — Kerajaan diminta menjalankan kajian secara mendalam sebelum membuat keputusan menaikkan harga petrol RON95, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, kerajaan perlu mencari satu mekanisme lain bagi menjimatkan pemberian subsidi untuk bahan bakar itu.
"Saya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai mekanisme lain yang boleh digunakan bagi menampung subsidi dan kenaikan harga minyak tersebut.
"Kerajaan juga boleh menggunakan pelbagai sumber cukai untuk menampung subsidi tersebut," katanya yang juga Menteri Pertahanan dipetik Bernama hari ini.
Semalam, Pemuda Umno mendesak agar Putrajaya tidak menaikkan harga petrol RON95, sebaliknya mahu kerajaan mencari jalan ke arah penjimatan bestari dan penerokaaan usaha bagi meningkatkan nilai aset dan hasil dilaksanakan terlebih dahulu demi kebajikan rakyat.
Pergerakan itu juga berkata pihaknya gusar dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam yang menggesa rakyat agar bersiap sedia dengan kemungkinan kenaikan harga minyak RON95.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, usaha-usaha ke arah penjimatan kos pengurusan dan peningkatan produktiviti serta kecekapan kerajaan haruslah mendahului sebarang langkah pengurangan perbelanjaan fiskal berupa pengurangan subsidi minyak.
.... lepas nie akan kuar cerita pasal petrol diseludup ke negara jiran... so harga ke naik sebab depa curi subsidi kita.... esoknya petrol naik....wakakaka
Unit Penerangan MTD Sg Rapat dengan kerjasama PAS Cawangan Rapat Jaya Tambahan berjaya mengadakan dialog ekonomi rakyat.
Bersama Panel YB V Sivakumar (ADUN TRONOH), YB Lee Boon Chye (AHLI PARLIMEN GOPENG) serta Ustaz Radzi Zainon (CALON PAS DUN SG RAPAT) dengan diimoderatorkan oleh Saudara Muhammad Nuruddin Bashah
Bertujuan mendidik masyarakat dan berkomunikasi secara dua hala dengan masyarakat berkenaan isu semasa yang berada di sekeliling mereka.
Juga sebagai kelas alternatif mengajar rakyat secara ilmiah dan santai berkenaan isu politik secara lebih serius dan komprehensif.
Lajnah Penerangan DPPK Gopeng juga mengedar 2 jenis risalah berkenaan perkauman UTUSAN dan PERKASA yang kini giat menfitnah PR dan DAP dengan isu negara Kristian.
Pemuda Pas Kawasan Gopeng telah mengambil inisiatif dibawah Lujnah Sukan, Seni kebudayaan dan Reakreasi sebagai sebahagian daripada usaha untuk mendekati masyarakat khususnya golongan muda dengan Pas.
Tarikh: 1I JUN 2011 SABTU.
Masa: 08.00 PAGI.
Tempat: Padang Taman Lapangan Jaya.
Hal ini kerana ,senario sekarang ini golongan muda dilihat sukar untuk mendekatkan diri dengan setiap program yang dianjurkan oleh Pas kerana beranggapan Pas merupakan sebuah parti yang ektremis agama.
Malah dalam kalangan ahli Pas sendiri dilihatkurang memberikan komitmen dalam setiap program yang dianjurkan. Atas kesedaran ini, Pemuda Pas Kawasan Gopeng telah memutuskan agar Lajnah Sukan Seni Kebudayaan dan Reakreasi perlu bergerak aktif memandangkan golongan muda dilihat lebih berkecenderungan kepada program-program yang berbentuk hiburan dan sukan.
Secara tidak langsung, Pemuda dapat mendekati golongan muda ini dengan lebih mudah kerana mereka sendiri akan melihat agenda sebenar Pas iaitu tidak seperti yang diuar-uarkan oleh media massa.
Perlawanan ini diserikan dengan kehadiran bakal Calon PAS DUN Sungai Rapat, Ustaz Radzi Zainon.
Tahniah Lajnah Sukan Dewan Pemuda Gopeng serta Ustaz Radzi yang bertindak selaku tetamu istimewa kami.
You are subscribed to email updates from DPP Gopeng To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
"16 Mei 2011, aku tidak melepaskan peluang turun ke stadium menyaksikan separuh akhir piala FA Terengganu melawan Pahang. Perlawanan separuh akhir kedua ini turut disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, Mat Said. Berbekalkan modal kemenangan 3-2 di stadium Darul Makmur tempohari, ironinya Terengganu tidak bermain bertahan, sebaliknya bertalu-talu menyerang Pahang.
Akhirnya dengan kesungguhan yang ditunjukkan serta taktikal Haji Irfan Bakti yang cemerlang, pasukan Terengganu menang 2 -0 dalam pertembungan itu, bermakna secara aggregat Terengganu menang 5-2. Terengganu akan bertemu Kelantan dalam perlawanan akhir pada 11 Jun di Stadium Shah Alam. Sungguh menarik kerana suatu sejarah tercipta, perlawanan akhir antara dua pasukan pantai timur, local derby.
Suasana di stadium memang dahsyat dan gegak gempita.Masa mula-mula aku sampai parking penuh sampai ke atas jalan di sekitar pintu masuk bersebelahan Wisma Darul Iman. Penonton berduyun-duyun. Tempat duduk penuh.Aku tak nampak jika ada tempat duduk yang kosong.Semua penuh.Munasabahlah dalam berita kata tiket sold-out.Di anggarkan penonton dalam 15,000 orang.Tak campur lagi geng-geng pemanjat tembok tepi dan belakang stadium yang menggadai nyawa 'kabbat' untuk masuk free.Ramai juga yang tak dapat masuk stadium.
Dalam kesesakan dan suasana lautan manusia tu, suatu pengumuman dibuat oleh DJ stadium meminta penyokong-penyokong hanya mengibarkan bendera dengan tangan, jangan kibar bendera dengan kayu atau yang ada kayu.Maybe atas faktor keselamatan.Member sebelah aku berbisik,"Pelik.,,pasal apa masa masuk tadi pengawal yang jaga pintu masuk tak halang diorang bawak bendera yang berkayu tu".Betul jugak, kenapa baru nak buat pengumuman time orang dah masuk dan memenuhi stadium.
Di tengah lautan kibaran bendera itu, mata aku menangkap kibaran bendera-bendera Pas di beberapa sudut dalam stadium selain kibaran bendera Palestin dan sudah tentu, kibaran bendera-bendera negeri Terengganu. Suatu pemandangan yang menarik dan mengujakan bagi aku (walaupun sebelum ni dah pernah tengok kibaran seperti ini)
Aku tulis 'kibaran' dalam bentuk jamak (bukan Wan Jamak) iaitu "kibaran-kibaran" bendera untuk menunjukkan memang banyak kelihatan dan kedapatan bendera-bendera Pas yang di kibar megah di dalam stadium.Memang nyata dan jelas.Tidak tenggelam oleh gerombolan lautan manusia di stadium.Mintak maap ya, tidak ternampak pulak aku bendera dacing.
Bila aku tulis begini, mungkin ada yang akan pertikai, mana boleh dan mana sesuai bawak bendera lambang parti politik ke dalam stadium.Itu aku tak nak argue.Itu isu lain.Aku cuma nak ulas, kibaran bendera-bendera Pas yang sekian banyak di stadium itu mungkin menunjukkan tahap dan darjah sokongan dan kecenderungan politik rakyat Terengganu sekarang banyak ke arah mana.Kebanyakan yang mari tengok bola tu generasi muda.Jika ia ibarat termometer bagi mengukur tahap merkuri raksa, atau skala richter bagi mengukur kekuatan gempabumi, aku rasa Mat Said yang duduk di tempat berbumbung VIP perlu berhati-hati.Ia suatu mesej kepada Mat Said bahawa rakyat Terengganu bukan sahaja mengharap kemenangan pasukan bola Terengganu tetapi InsyaAllah kemenangan parti Pas di Terengganu dalam PRU13 nanti.Rakyat sudah bosan dengan kebejatan dan bencana hidup bikinan BN – kenaikan harga minyak, gula, royalti minyak, isu fitnah, video seks, sumpah laknat, liwat,isu pemimpin BN yang suka bercakap 'lebong',isu rasuah dan sebagainya.
Idea baru untuk pemuliharaan ekosistem Pada masa kini terdapat lebih dari 800 juta hektar tanah di seluruh dunia digunakan untuk pertanian. Ekosistem yang dahulunnya bersifat semulajadi kini telah diubah kepada ekosistem pertanian untuk menghasilkan makanan bagi memenuhi keperluan manusia. Penduduk dunia dianggarkan bertambah dari 7 billion kepada 9 billion pada tahun 2050. Dianggarkan 60% daripada penduduk dunia akan tinggal di bandar. Di Malaysia, penduduk dianggarkan berjumlah 29 juta pada tahun 2010. Daripada 33 juta hektar tanah hanya 24% adalah kawasan pertanian yang kebanyakannya ditanam dengan kelapa sawit dan getah. Pertambahan kawasan pertanian untuk makanan amatlah terhad. Sebagai contoh kawasan tanaman padi sejak satu dekad yang lalu adalah 500 ribu hektar dan tidak bertambah hingga kini, malahan semakin menurun disebabkan pembangunan. Mengikut ramalan ahli agronomi, penggunaan teknologi pertanian terkini dianggarkan memerlukan kawasan pertanian seluas negara Brazil untuk menyara penduduk dunia. Corak pertanian masa kini menimbulkan pelbagai masalah : -Pertanian intensif menggunakan bahan kimia pertanian terutamanya pestisid dan baja dengan banyaknya. Ini mewujudkan risiko kesihatan melalui pencemaran udara, air dan makanan. -Industry pertanian terdedah kepada pelbagai jenis bencana alam yang boleh menjejaskan hasil pertanian. Terkini, banjir di Pakistan pada Ogos 2010 adalah terburuk dalam sejarah yang telah memusnahkan kawasan seluas negara England. -Destinasi pemasaran produk pertanian ke kawasan Bandar memerlukan kenderaan. Ini menyumbang kepada pembebasan gas rumah hijau dan pencemaran udara. Masalah ini menjadi lebih besar apabila permintaan makanan meningkat. Perladangan menegak Bagi mengatasi masalah kekurangan tanah, pertanian, idea 'perladangan menegak' (vertical farming) tercetus. Ladang ini terletak dalam bangunan pencakar langit. Bangunan ini dibina setinggi 30 tingkat dengan dinding kaca, bumbungnya dilengkapi panel suria dan persekitaran di dalamnya boleh dikawal. Pada setiap tingkat terdapat batas penanaman gergasi ataupun ladang dalaman (indoor field) yang dilengkapi dengan sistem pengairan yang canggih. Pelbagai jenis tanaman dan ternakan kecil akan diusahakan. Pokok diurus menggunakan kaedah rumah hijau dan kitar semula sisa-sisa makanan dan pertanian menggunakan teknologi terkini. Sumber tenaga diambil dari solar, angin dan ombak dan biogas (methana dari sisa tanaman). Sekiranya Berjaya dilaksanakan kaedah ini berpotensi mewajahkan semula bandar, mengeluarkan pelbagai makanan sepanjang tahun dan pada jangka panjangnya akan membaikpulih ekosistem. Kaedah ini telah diketengahkan oleh Professor Dickson Despommier dari Universiti Columbia Amerika Syarikat. Ladang yang dijana akan memerlukan ruang, air, tenaga fosil yang amat sedikit. Dianggarkan satu blok bangunan 30 tingkat boleh menghasilkan makanan bersamaan dengan 1000 hektar di lapangan dan boleh membekalkan makanan untuk 50000 orang (makan 2000 cal/hari/orang). Kebaikan perladangan menegak -Pengeluaran hasil dapat dibuat sepanjang tahun kerana persekitaran dapat dikawal dan efisiensi pengeluaran tinggi. -Tanaman dilindungi daripada bencana alam. -Tanaman ditanam secara organic dengan menggunakan nutrien khusus. -Larut resap dan hakisan tanah pertanian dapat dielakkan. -Mewujudkan persekitaran lestari di Bandar yang menjadikannya bersih dan lebih selesa untuk didiami.
Ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.
Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri
1. Gaji PokokRM18,000 – sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment
2. Elaun Keraian RM10,500.00- tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit – pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.
5. Elaun parkingRM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja
Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00tanpa resit.
2.Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percumaditanggung oleh kerajaan Malaysia
4.Bil telefon percumaditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumahdll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri
1. Gaji Pokok RM15,000 – sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment
2. Elaun Keraian RM9,500.00– tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM9,800.00– tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.
Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang.
Dibawah ini pula adalah antara tindakan yang pernah dibuat oleh kerajaan Kafir Britain untuk menangani masaalah ekonomi negara mereka.
Kerajaan campuran Britain merancang penjimatan sebanyak 513 juta pound sterling (RM2.5 bilion) dengan mengurangkan bajet badan-badan penasihat dan membubarkan sebahagian daripadanya
Faedah istimewa yang dinikmati kakitangan kerajaan seperti teksi, penerbangan dan kemudahan hotel juga akan turut terjejas
Gaji perdana menteri Britain dan menteri-menteri Britain dipotong sebanyak 5 %
Menteri-menteri Britain yang terdiri daripada kerajaan campuran Konservatif dan Liberal Demokrat tidak diberikan elaun pengangkutan dan……………….kemungkinan besar mereka akan menggunakan alternatif lain seperti tren atau pun bas
Kerajaan juga bakal menjimatkan sebanyak 8 bilion pound (RM38 bilion) melalui cukai khas yang dikenakan kepada bank
Kami tak dengkipun dengan gaji dato' menteri ,kami cuma nak dato' sama-sama berkorban 10 peratus sahaja dari gai dato' cukuplah.
Bila susah kami yang menangung "azab" lebih ,bila senang dato' makan sorang .tak baiklah macam tu dato'
Dato takpalah minyak naik tinggi manapun datok dapat minyak free
Dari Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.aw. bersabda: Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu yang makan sehingga kekenyangan sedangkan jirannya kelaparan.
saya tidak tahu berapa lama lagi saya boleh bertahan kerana umur saya sudah 72 tahun dan saya tak tahu apakah mungkin mampu lagi saya terus berkhidmat pada masa akan datang – Tan Sri Datok Seri Harussani
i Sekonyong-konyong diberitakan khidmat Mufti Perak yang dah tua bangka (diakui sendiri empunya badan) telah disambung 3 tahun lagi. Harapan rakyat Perak untuk mendapat mufti yang lebih berdaya saing dan sayangkan Islam lebih dari bangsanya tidak kesampaian. Entah sampai bila situa bangka ini mahu berundur diri kita pun tidak ketahui. Adakah sehingga berbagai penghinaan sudah ditimpa ALlah ke atasnya seperti Che Det nanti baru dia nak berundur? Cukup-cukupla makan duit rakyat yang susah. Aku haramkan duit dari sumber aku digunakan untuk memberinya makan. "Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, yaitu Al Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak mensucikan mereka dan bagi mereka siksa yang amat pedih." (QS Al Baqarah : 174)
IPOH: Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dituduh di Mahkamah Sesyen atas dua tuduhan mengemukakan tuntutan palsu dengan nilai keseluruhan RM235,607.63 ketika bertugas di atas kapal KD Mahawangsa sekitar Jun dan Ogos 2006.
Leftenan Komander Ahmad Shukry Othman, 39, mengaku tidak bersalah.
Hakim Julie Lack Abdullah membenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 dan kes akan disebut semula 16 Jun.
IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan beliau yakin bahawa Dewan Ulama' PAS Perak bersedia memimpin ummah bagi mendekatkan diri ummah kepada Allah dan terus bersama Pakatan Rakyat membimbing rakyat untuk menumbangkan kezaliman umno di Perak dan Malaysia.
Beliau menyatakan demikian sempena majlis perasmian muktamar Dewan Ulama' PAS Perak yang berlangsung baru-baru ini, di Pusat Tarbiyyah PAS Perak.
Menurut beliau, Kepimpinan ulama PAS sudah menjangkau suku abad, satu tempoh yang tidak pendek dan tidak terlalu panjang untuk dinilai semula pencapaiannnya, melihat sejak daripada era kepimpinan ulama, pencapaian besar perjuangan yang diletakkan atas landasan Islam bagi menuju matlamat, keagungan Islam dan memartabatkannya menjadi perjuangan yang memikat hati majoriti umat Islam di negara ini, antara hasilnya,
bermula pada 1990, PAS menang di Kelantan, dan sampai kini terus memerintah Kelantan
Selain itu beliau juga menyatakan, PAS juga pernah menang di Terengganu untuk satu penggal dan menjadi pembangkang yang kuat di Parlimen sehingga kini, pada 2008 PAS mendapat sokongan daripada bukan Islam. Kecenderungan ini mula nampak beberapa ketika sebelum pilihan raya lagi apabila kita berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS kepada bukan Islam.
Keanggotaannya bertambah dengan pesat sekali. Ini bukan retorik sokongan tetapi ia berkaya diterjemahakan oleh bukan Islam dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil selepas itu.
Dominasi majoriti dua pertiga BN berjaya dinafikan. Dengan izin Allah jua, hitungan politik yang dulunya kita rasa mustahil, misalnya untuk Pakatan menguasai negeri-negeri seperti Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang, kini menjadi realiti.
Memetik ucapan beliau, " Ulama boleh bergandingan dengan sesiapa sahaja serta sentiasa bantu-membantu di antara satu sama lain.Kepimpinan ulama hanyalah satu arah tuju yang kita nampak sebagai pengemudi parti".
" Ulama laksana juruterbang yang mambawa kapal terbang atau nahkoda bagi sebuah kapal. Namun ia bukan kerja dia seorang tetapi beserta parajurit-parajurit yang lain, kesinambungan itu yang membuatkan sesuatu perjalanan menjadi lancar".
" Analogi itu ada di dalam PAS. Begitu juga seperti sejarah peperangan. Ada yang hebat berjuang dan ke depan. Nabi Muhammad mengetuai peperangan tetapi tidak pernah sekali pun membunuh. Begitu juga ada yang diperintahkan Nabi tetapi Nabi sendiri tidak pernah lakukan seperti azan dan qamat, sesuai dengan dirinya yang sentiasa jadi imam".
"Ada ketika Nabi pernah perintah pasukan tentera Islam berkhemah tetapi ditegur oleh pakar perang bahawa kawasan itu tidak sesuai kerana jauh daripada air, dekat dengan laluan angin dan mengadap pancaran matahari.
Nabi bersetuju dan pindah tempat lain. Itu menandakan, dalam perang masing-masing ada kepakarannya. Ada yang hebat menombak, memanah dan ada yang hebat berdakwah.Begitu juga dalam PAS, masing-masing ada kelebihannya dan saling tampung-menampung".
Justeru Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan, perjuangan PAS dan UMNO sangat berbeza. UMNO pentingkan keduniaan, catur politiknya juga dunia dan modal besar serta janji mereka juga adalah dunia seperti pembangunan dan penambahan dari segi material.
Untuk berdepan dan menyaingi UMNO, PAS bukan sahaja perlukan ulama, tetapi juga tenaga dan buah fikiran berbagai pemikiran dan idea untuk memantapkan parti dan bergerak memastikan kejayaan perjuangan Islam ini, Tegas beliau.
SINGAPURA: Harga minyak melonjak kepada AS$98 setong bagi pasaran Asia, hari ini, di tengah-tengah kelemahan dollar Amerika Syarikat (AS) serta laporan bekalan minyak mentah menunjukkan tanda bercampur-campur susulan permintaan AS.
Penanda aras minyak mentah bagi Jun mencatatkan peningkatan 96 sen kepada AS$97.87 setong pada tengah hari dagangan waktu elektronik di sini pada Bursa Merkantil New York.
Penurunan nilai dollar AS menjadikan harga minyak lebih murah untuk pelabur yang mempunyai mata wang berbeza, di mana seterusnya mempengaruhi kenaikan nilai pasaran minyak mentah. - AP
AllahTaala telah menceritakan didalam alquraan tentang kemuliaan dan kehinaan bangsa Yahudi. Didalam alquraan juga allah menceritakan sebanyak 76 karakter yahudi dalam alquraan. Bagaimanakah katrakter mereka?
1. Bangsa yang pertama kali kafir kepada Nabi Muhammad SAW.(Al-Baqarah: 41).
2. Bangsa yang suka memutar balikkan kebenaran (Al-Baqarah: 42).
3. Bangsa yang diperingatkan Allah dengan keingkaran terhadap nikmat Allah (Al-Baqarah: 47-48).
4. Bangsa yang pernah diuji dalam perhambaan raja-raja mesir (Al-Baqarah: 49).
5. Bangsa yang menyembah berhala ditengah bimbingan Nabinya (Al-Baqarah: 51).
6. Bangsa yang diperintahkan untuk membunuh diri masal (Al-Baqarah: 54).
7. Bangsa yang pertama kali mengingkari sifat ghaib dan paham materialisme (Al-Baqarah: 55-56).
8. Bangsa yang suka berbuat aniaya di tengah nikmat Allah (Al-Baqarah: 57).
9. Bangsa yang paling cerewet dengan Nabinya (Al-Baqarah: 61).
10. Bangsa yang cepat melanggar janji Allah (Al-Baqarah: 65).
11. Bangsa yang paling suka mempermainkan perintah Nabi (Al-Baqarah: 67-71).
12. Bangsa yang paling keras menolak kebenaran Illahi (Al-Baqarah: 74).
13. Bangsa yang tidak boleh diharapkan beriman kepada kebenaran para Nabi (Al-Baqarah: 75).
14. Bangsa yang paling suka mengatur tipu daya di tengah masyarakat (Al-Baqarah: 76).
15. Bangsa yang suka memperjual-belikan agama Allah (Al-Baqarah: 79).
16. Bangsa yang beranggapan tidak disentuh api neraka kecuali sebentar (Al-Baqarah: 80-81).
17. Bangsa yang paling sedikit orang-orang baiknya (Al-Baqarah: 83).
18. Bangsa yang paling senang bermusuhan dengan sesamanya (Al-Baqarah: 84-85).
19. Bangsa yang paling sombong dan membanggakan etnisnya (Al-Baqarah: 91).
20. Bangsa yang paling rakus terhadap kesenangan duniawi dan takut mati (Al-Baqarah: 96).
21. Bangsa yang benci kepada malaikat Jibril dan Malaikat yang lain (Al-Baqarah: 97-98).
22. Bangsa yang paling suka mengingkari perjanjian (Al-Baqarah: 100).
23. Bangsa yang paling suka mengikuti khurafat (Al-Baqarah: 102).
24. Bangsa yang paling dengki kepada Nabi Muhammad dan umatnya (Al-Baqarah: 105)
25. Bangsa yang paling keras berupaya mengkafirkan umat Islam (Al-Baqarah: 109-110).
26. Bangsa yang sama sekali tidak mengakui agama Nasrani (Al-Baqarah: 113).
27. Bangsa yang pertama kali menyatakan Allah berputra (Al-Baqarah: 116).
28. Bangsa yang membenci kebebasan beragama (Al-Baqarah: 180).
29. Bangsa yang membenci agama ibrahim (Al-Baqarah: 130-133).
30. Bangsa yang rasialis dan apologetik (Al-Baqarah: 175).
31. Bangsa yang tidak malu bersikap sok tahu (Al-Baqarah: 139-140).
32. Bangsa yang menggangap dirinya paling pandai (Al-Baqarah: 142).
33. Bangsa yang hanya menuruti kemahuan sendiri (Al-Baqarah 145).
34. Bangsa yang paling mengenal ciri Nabi Muhammad tapi mengingkarinya (Al-Baqarah: 146).
35. Bangsa yang dikutuk Allah kerana merahsiakan kebenaran (Al-Baqarah: 159).
36. Bangsa yang paling fanatik terhadap tradisi dan leluhurnya (Al-Baqarah: 170).
37. Bangsa yang dagang dan riba sama saja (Al-Baqarah: 275).
38. Bangsa yang menjadikan agama sebagai Alat dusta (Ali Imran: 23-24).
39. Bangsa yang dilarang bagi kaum muslimin untuk bersetia kawan (Ali Imran: 28).
40.Bangsa yang pertama-tama merancang pembunuhan Nabi Isa as. (Ali Imran: 52-54).
41. Bangsa yang senang membuat siasat keragu-raguan (Ali Imran: 72-73).
42. Bangsa yang suka mengingkari amanah orang (Ali Imran: 75).
43. Bangsa yang suka mengada-ada dalam urusan agama (Ali Imran: 78).
44. Bangsa yang menjadikan agama sebagai alat untuk memperbudak bangsa lain (Ali Imran: 79-80).
45. Bangsa yang ingin membuat agama lain sebagai tandingan agama islam (Ali Imran: 83-85).
46.Bangsa yang kedlolimanya menyulitkan hatinya melihat kebenaran (Ali Imran; 86-87).
47. Bangsa yang suka menghalang orang berjalan kepada kebenaran (Ali Imran: 99).
48. Bangsa yang suka berpecah belah dan merosakkan fahaman agama (Ali Imran: 105).
49. Bangsa yang tidak suka melihat kebaikan ummat islam (Ali Imran: 118-120).
50. Bangsa yang mencela Allah sebagai si Faqir (Ali Imran: 181).
51. Bangsa yang suka membuat saiz kebenaran menurut selera sendiri (Ali Imran: 183).
52. Bangsa yang suka mencari pujian palsu (Ali Imran: 188).
53. Bangsa yang merasa dirinya paling bersih (An-Nisaa: 49).
54. Bangsa yang suka memeras orang lain apabila berkuasa (An-Nisaa: 53).
55. Bangsa yang selalu dengki gengan keberuntungan orang lain (An-Nisaa: 54).
56. Bangsa yang suka membuat kdlaliman dalam undang-undang (An-Nisaa: 60).
57. Bangsa yang berusagha mempengaruhi kearah kerosakan apabila dijadikan teman (An-Nisaa: 89).
58. Bangsa yang suka mempermainkan para Nabi (An-Nisaa: 153).
59. Bangsa yang mengaku membunuh Nabi Isa (An-Nisaa: 157).
60. Bangsa yang diharamkan Allah memakan makanan yang baik (An-Nisaa: 160).
61. Bangsa yang mengaku menjadi anak tuhan dan kekasihnya (Al-Maidah 18).
62. Bangsa yang paling pengecut (Al Maidah: 22).
63. Bangsa yang dibebani hukum berat kerana mental mereka yang bobrok (Al Maidah: 22).
64. Bangsa yang paling cepat bersikap menolak kebenaran dan menyukai kebohongan (Al Maidah: 41).
65. Bangsa yang menyuruh rakyat berkonfrontasi dengan orang-orang yang benar (Al-Maidah: 41).
66. Bangsa yang gemar melakukan usaha-usaha kotor (Al-Maidah: 42).
67. Bangsa yang lebih takut kepada sesama manusia dari pada kepada Allah (Al Maidah: 44).
68. Bangsa yang suka mengejek dan mempermainkan agama islam (Al-Maidah: 58).
69. Bangsa yang mengatakan Allah itu bakhil (Al Maidah: 64).
70. Bangsa yang gemar membangkitkan peperangan (Al Maidah: 64).
71. Bangsa yang suka mendustakan kebenaran yang tidak disukai (Al Maidah: 70).
72. Bangsa yang berani membunuh Nabi-Nabinya (Al Maidah: 71).
73. Bangsa yang dilaknat oleh Nabi-Nabinya (Al Maidah: 78).
74. Bangsa yang ulamanya tidak peduli kemungkaran di tengah masyarakatnya (Al Maidah: 79).
75. Bangsa yang mahu berkerja sama dengan musuh-musuh agama demi menghancurkan Islam (Al-Maidah: 80).
76. Bangsa yang paling keras permusuhannya dengan agama Islam (Al-Maidah: 82).
KUALA LUMPUR - Kedutaan Amerika Syarikat dilaporkan sentiasa memantau pembabitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribu, demikian menurut kabel diplomatik yang dibekalkan kepada Asia Sentinel oleh laman web WikiLeaks. Diplomat di Kedutaan Amerika juga dilaporkan sentiasa berbincang sesama mereka samada perbicaraan itu sebelum ini sengaja dilengah-lengahkan.
Kebimbangan mereka yang lahir daripada perbincangan sesama sendiri itu adalah berasaskan sumber daripada pihak pendakwa, kerajaan dan juga pembangkang. Laporan kabel itu juga menyebut tentang kemungkinan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menggunakan perbicaraan itu untuk menghalang Najib daripada menjadi Perdana Menteri pada masa itu – satu dakwaan yang didiamkan akhbar arus perdana Malaysia.
"Terdapat spekulasi meluas di kalangan komuniti dalam talian di Malaysia berkenaan kemarahan Abdul Razak Baginda, termasuklah teori konspirasi bahawa Pejabat Perdana Menteri pada masa itu menggesa Razak Baginda mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak..sebagai galang ganti kepada keputusan bersalah Razak Baginda dan hukuman mati yang mungkin dikenakan kepadanya," kata diplomat Amerika seperti dilapor kabel itu.
Altantuya yang bertindak sebagai jurubahasa dan orang tengah dalam urus niaga kapal selam Scorpene buatan Perancis dibunuh dua pengawal peribadi Najib, Cif Inspektor Azilah Hadri, 30 dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35 yang didapati bersalah pada April 2009. Najib yang merupakan Menteri Pertahanan pada masa itu mengetuai urusniaga itu dan Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib dikatakan memperoleh 'komisyen' RM534.8 juta di atas urusniaga itu.
Altantuya dilapor dibayar AS$500,000 untuk khidmatnya sebagai penterjemah. Selepas ditinggalkan, dia menuntut pembayaran tersebut. Sepucuk suratnya yang didedahkan selepas kematiannya, menyatakan dia menyesal kerana cuba "memeras ugut" Razak Baginda. Peguam Perancis pula menyiasat sama ada sebahagian daripada 114 juta euro adalah habuan kepada ahli politik di Perancis atau di Malaysia.
Dalam satu kabel bertarikh Januari 2007 ada disebutkan bahawa dalam pengakuannya Razak Baginda mengesahkan ada meminta pertolongan Musa Safri, yang kemudiannya dikenalpasti sebagai aide-de-camp Najib, untuk menghapuskan Altantuya. Dalam satu kabel lain bertarikh 16 May 2007 pula, Wan Ahmad Farid Wan Salleh, yang merupakan pembantu kepada mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat bahawa beliau pasti "pendakwa raya kerajaan akan menghadkan perbicaraan kepada pembunuhan dan ketiga-tiga tertuduh semata-mata, pendakwa raya enggan membongkar tuduhan lain berkaitan rasuah atau pun suspek lain".
You are subscribed to email updates from BGM online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Hentikan Lynas! Gerakan Hentikan Lynas akan menganjurkan Perarakan Solidarii Hentikan Lynas pada Jumaat ini 20 Mei 2011 dari KLCC ke Suruhanjaya Tinggi Australia (Australian High Commission).
Perarakan tersebut akan berakhir dengan penyerahan memorandum rakyat kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia.
Acara ini dianjurkan oleh beberapa NGO antaranya Gabungan Rakyat Hijau, Pemantau Alam Sekitar Kuantan dan Selamatkan Malaysia.(The People's Green Coalition, Kuantan Environmental Watch Group & Save Malaysia).
Perhimpunan akan dimulakan di sekitar Taman KLCC (dekat masjid) sejurus selepas Solat Jumaat kira-kira jam 2 petang dan akan dilanjutkan ke
Suruhanjaya Tinggi Australia di Jalan Yap Kwan Seng sejurus selepas itu.
Ini merupakan harapan kami bahawa anda akan dapat bergabung dengan kami dalam peristiwa bersejarah dan menunjukkan sokongan anda kepada kami, orang-orang Malaysia, yang menentang industri yang meninggalkan jumlah sisa radioaktif yang tak terbayangkan di tanah kita yang tercinta.
Melalui perarakan ini, kita akan menghantar mesej kepada kerajaan Malaysia bahawa kita tidak akan membiarkan persekitaran dan kesihatan kita dikorbankan atas nama keuntungan.
Dan yang paling penting adalah perarakan ini adalah satu penonjolan hak dan suara dari rakyat Malaysia yang perlu diperjuangkan.
Ramai para aktivis dan ahli politik pembangkang akan akan bergabung dengan kami untuk perarakan ini.
Sesiapa yang mewakili atau ahli Majlis Peguam Malaysia, NGO atau Masyarakat Sivil akan diberikan tag khas Hak Asasi Manusia
Kita perlu kerjasama anda untuk memantau Polis (terutama FRU) supaya mereka tidak melanggar hak-hak dari setiap peserta pada hari tersebut.
BERSAMA, tidak mengira kaum, agama, kelas sosial dan ekonomi, Kita akan berganding baru membuat suatu yang amat penting!
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "benar" dan "berwibawa."
"Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri," kata Mohamad Zabidin dalam penghakiman hampir dua jam itu.
Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.
Bagi mereka yang terdedah dengan undang-undang jenayah penghakiman Hakim tersebut boleh dikatakan agak aneh dan luar dari kebiasaan. Di akhir kes pendakwa jika Hakim membuat keputusan meminta Orang Kena Tuduh ( OKT ) dipanggil bela diri pihak Hakim hanya menyatakan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan prima facie. Hakim tidak akan di peringkat kes prima facie ini membuat satu kesimpulan bahawa saksi-saksi pendakwa adalah benar dan berwibawa .
Dan Hakim juga tidak akan sama sekali di peringkat kes prima facie ini menyatakan seperti Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah nyatakan di dalam kes Anwar iaitu " kejadian liwat itu benar-benar berlaku". Kenyataan Hakim tersebut benar-benar aneh dan luar biasa. Mengapa saya begitu ? Mari kita lihat contoh berikut bagi memudahkan kefahaman kita.
Di dalam kes jenayah terdapat dua fasa perbicaraan. Fasa pertama melibatkan fasa kes pendakwa. Dalam fasa ini pendakwa akan memanggil kesemua saksi mereka bagi menyokong pertuduhan ke atas OKT. Setelah kesemua saksi dan keterangan dikemukakan oleh pihak pendakwa kedua-dua pihak iaitu pihak pendakwa dan pihak peguambela OKT akan berhujah sama ada pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie. Jika Mahkamah berpendapat terdapat kes prima facie maka fasa kedua bermula iaitu OKT akan diminta oleh Mahkamah untuk membela diri.
Persoalannya adakah hanya kerana pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwa maka kesalahan yang dinyatakan di dalam kertas pertuduhan telah benar-benar berlaku dan dibuktikan ?
Mari kita lihat kes bunuh misalnya. Katakan pendakawa telah berjaya di akhir kes pendakwa membuktikan kes prima facie , adakah Hakim ketika memanggil OKT membela diri akan menyatakan bahawa "kejadian bunuh telah berlaku" ? Jawapannya sudah tentu tidak. Mengapa ? Pendakwa mungkin berjaya membuktikan prima facie bahawa kematian telah berlaku namun kematian itu bukan semestinya satu pembunuhan atau disebabkan oleh satu pembunuhan. Oleh itu seorang Hakim hanya akan dibenarkan membuat kesimpulan "kejadian bunuh telah berlaku" hanya setelah beliau meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa dan pembelaan.
Perlu diingatkan beban pembuktian bagi membuktikan pertuduhan adalah di bahu pendakwa dan beban pembuktikan itu tidak pernah berubah meskipun setelah OKT memberi keterangan membela diri.
Nampaknya hal tersebut tidak berlaku di dalam kes Anwar. Amat pelik dan luar biasa Hakim dengan tergopoh gapah menyatakan di peringkat kes prima facie bahawa " kejadian liwat telah berlaku" sedangkan Anwar dan saksi-saksi beliau ( termasuk Najib dan Rosmah ) belum memberi keterangan lagi.
Menyatakan bahawa " kejadian tusukan/penetrasi ( penetration ) ke atas anus Saiful telah berlaku" adalah berbeza dengan menyatakan " Kejadian liwat telah berlaku." Perbezaaannya adalah kenyataan pertama bermaksud mungkin tusukan ke atas anus Saiful telah berlaku namun ia tidak semestinya dilakukan oleh Anwar. Kenyataaan kedua pula bermakna hakim boleh ditafsirkan telah membuat satu kesimpulan bahawa Anwar telah meliwat Saiful. Bagi kes yang melibatkan tuduhan liwat Hakim tidak sepatutnya menyatakan " kejadian liwat telah berlaku" di akhir kes pendakwa tanpa Hakim mendengar keterangan OKT ( Anwar ) dan saksi -saksi Anwar terlebih dahulu.
Tetapi bukankah saya pernah dan seringkali mengingatkan para pembaca di ruangan ini bahawa tuduhan Anwar adalah melibatkan dakwaan Anwar melakukan perkara di luar tabie ( luar kebiasaan ) maka jangan sama sekali kita terkejut jika banyak benda-benda luar biasa berlaku di dalam kes ini. Ini adalah siri perkara luar biasa yang baru. Lepas ini apa pula sama-sama kita tunggu !!!
Saya percaya reaksi pertama rakyat Malaysia yang prihatin apabila mendengar Hakim menyatakan bahawa Saiful adalah saksi benar dan berwibawa adalah reaksi berikut : Adakah Tuan Hakim membuat satu lawak jenaka yang baru !!! Keputusan terbaru ini menuntut kita bertanya soalan ini : " Adakah sejarah lama kini berulang kembali ?
Adakah Umno fikirkan rakyat masih lupa apabila Hakim Dato' Arifin Jaka menyabitkan Anwar di atas kesalahan liwat beberapa tahun yang lalu Hakim tersebut juga memuji keterangan Azizan iaitu pihak pengadu di dalam kes tersebut. Dato' Arifin Jaka menyatakan keterangan Azizan adalah tersangat kuat dan kukuh sekuat atau sekukuh gunung Gibraltar.
Come on Mr Perdana Menteri ! Takkanlah kamu tidak ada skrip yang lebih baik !!!
Sejurus selesai Dato' Seri Anwar menghadiri Wacana Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk di Kuantan semalam, beliau telah bergegas pula untuk menghadiri satu program ceramah di kawasan Felda Purun di dalam Parlimen Bera. Sebelum itu, beliau sempat memberikan tazkirah maghrib di Masjid Batu 1, Temerloh.
Sebelum ini, sekumpulan penunjuk perasaan yang kununnya mewakili suara masyarakat felda mengadakan demontrasi untuk menghalang program ceramah oleh Ketua Umum PKR tersebut.
Markas PAS Felda Purun
Namun PKR Negeri Pahang bertegas untuk mengadakan program yang dijadualkan malahan mencabar sesiapa sahaja dari golongan yang menentang kehadiran Dato' Seri Anwar agar hadir mengikuti ceramah bagi mendengar sendiri penjelasan isu semasa oleh Dato' Seri Anwar samada ianya boleh menggugat keselamatan negara atau sebenarnya menggugat kedudukan Umno/Bn.
Ceramah di Felda Purun hanya dibenarkan di dalam kawasan Markas PAS di situ walaupun telah dijangka kehadiran orang ramai pastinya tidak boleh ditampung oleh Markas PAS, namun pihak penganjur terpaksa mengadakan juga program tersebut dengan menyediakan kawalan keselamatan oleh Unit Amal PAS yang telah menjalankan tugas mereka dengan begitu baik sekali. Ketibaan Dato' Seri Anwar seperti diduga telah cuba diprovokasi oleh beberapa kumpulan yang menjerit umpama orang hilang akal dengan menghamburkan kata-kata lucah terhadap beliau. Alhamdulillah, kematangan dari pihak kita Pakatan Rakyat telah mengelak terjadinya sesuatu yang tidak diingini walaupun kedapatan pihak Polis di situ yang mengawal keadaan.
Dato' Fauzi
Sdr Mazlan Aliman
Sambutan orang ramai di luar jangkaan samasekali, lebih 2,000 telah memenuhi ruang dalam dan luar Markas PAS Felda Purun bagi mendengar pidato yang terdiri daripada Sdr Mazlan Aliman, Dato' Fauzi Abd Rahman, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan amanat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Adun Teriang, YB Leong Ngah Ngah juga turut hadir bersama lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat Pahang.
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim
Dato' Seri Anwar Ibrahim
Orang ramai di luar Markas
Sdr Mazlan Aliman banyak menyentuh tentang isu nasib Peneroka Felda yang seringkali terkeliru dengan janji-janji pihak kerajaan. Beliau memberi jaminan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memerintah di Putrajaya, apa jua yang diperjuangkan oleh ANAK akan dilaksanakan. Pengerusi PKR Negeri Pahang menyebut tentang komitmen Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Pahang ini bagi merampas Negeri Pahang dari Umno/Bn. Beliau turut menyentuh tentang betapa takutnya pemimpin Umno kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim sehinggakan Ketua Pembangkang itu tidak pernah berehat dari diserang dengan berbagai fitnah. Selaku bekas pemimpin Umno dan juga bekas ahli kabinet di dalam Kerajaan Bn, beliau lebih mengenali Dato' Seri Anwar dan siapakah musuh-musuh di sekelilingnya.
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pula lebih banyak mengupas tentang kaedah dan perundangan di dalam Islam berkaitan kes tuduhan zina/liwat dan bab bersumpah di dalam Islam. Beliau menjelaskan di dalam Islam, tiada pilihan lain bagi seseorang yang menuduh orang lain melakukan zina melainkan dengan membawa 4 orang saksi yang adil melainkan sekiranya ada pengakuan dari mereka yang berzina.
Hukum ini Allah tetapkan adalah kerana Allah teramat menjaga maruah hamba-hambanya dan mereka yang terlepas dari hukuman di dunia ini, mereka tidak boleh lepas dari hukuman di Akhirat kelak. Di dalam isu sumpah, di dalam isu menuduh orang berzina Islam tidak tidak menetapkan sumpah sebagai bukti menuduh. Jika amalan ini diamalkan, nescaya porak poranda masyarakat kerana Allah telah jelaskan akan ada golongan yang sanggup bersumpah kerana ingin menegakkan fitnah mereka.
Dato' Seri Anwar malam itu sungguh bersemangat walaupun keletihan kerana sehari suntuk program yang beliau hadiri. Beliau menjelaskan tentang apa yang terkandung di dalam Buku Jingga dan komitmen Pakatan Rakyat jika berjaya menguasai Putrajaya nanti. Beliau tidak hiraukan betapa banyak tekanan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya, malahan semakin melampau sehingga menekan isteri, anak dan keselamatan cucu beliau tetapi demi nasib rakyat beliau tetap akan lawan rejim Umno/Bn.
Beliau kesal kerana saban hari beliau diaibkan dan dituduh dengan berbagai tuduhan yang kadangkala tidak masuk akal, tetapi beliau kerapkali dikenakan sekatan untuk berjumpa rakyat bagi menjawab segala tuduhan jahat mereka. Cabaran debat yang tidak pernah disahut oleh Najib menunjukkan betapa takutnya pemimpin Umno itu sekiranya rakyat tahu bahawa di bawah Kerajaan Bn rakyat sebenarnya ditindas dan dihimpit dengan berbagai kesulitan. Sekali lagi Dato' Seri Anwar memberi jaminan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya, beliau hanya mahu tempoh satu hari sahaja sebelum mengumumkan harga minyak petrol diturunkan.
Secara berjenaka, beliau turut menyentuh tentang isu video seks yang membuatkan `wajah dan perut' beliau kini menjadi perhatian ramai. Tentang isu jam Omega, beliau tidak mahu melayani pertanyaan tentang isu berkenaan kerana terang-terangan itu merupakan satu cerita yang direka kerana terbukti jam tersebut berasal dari Taiwan dan dibeli sekitar tahun 2004. Ketika itu beliau masih dipenjara, mana mungkin ketika itu beliau boleh keluar dari penjara? Cubaan sabotaj terhadap kenderaan beliau dan ugutan terhadap anak beliau Nurul Izzah dan keluarganya sedikit pun tidak menggoyahkan semangat mereka sekeluarga untuk menentang kezaliman Umno/Bn.
Di akhir ucapannya, Dato' Seri Anwar mahu rakyat bangkit dan bekerja kuat demi kesejahteraan bersama. Beliau menasihati rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan propaganda yang dimainkan oleh media pencacai yang berada di bawah telunjuk rejim Umno/Bn. Tentang nasibnya di dalam kes fitnah Liwat II, beliau yakin jika Hakim memutuskan untuk menerima fakta memang jelas dan nyata bahawa kes tersebut wajib dibuang ke dalam tong sampah. Tetapi jika berlaku sebaliknya, beliau sudah bersedia untuk berdepan menentang kezaliman ini.
Beliau merasa bersyukur kerana semakin beliau diaibkan dan difitnah, sambutan rakyat terhadapnya bertambah kuat dan ini menguatkan semangatnya untuk terus berjuang sehingga rejim Umno/Bn dapat dikuburkan di dalam Pilihanraya Umum nanti. Dato' Seri Anwar turut mengucapkan berbanyak terima kasih di atas segala sokongan dan doa dari rakyat berbagai bangsa dan agama samada di dalam mahu pun di luar negara.
Ternyata, provokasi dari kumpulan yang berdemontrasi menentang kehadiran Dato' Seri Anwar ke Felda Purun malam semalam tidak memberi kesan kepada rakyat jelata yang ingin mendengar sendiri apakah benar Ketua Umum PKR ini seorang pengkhianat atau pemecah belah masyarakat. Rata-rata yang hadir menunjukkan kepuasan di wajah masing-masing selepas selesai program ceramah malam itu dan ini menandakan kawasan felda tidak selama-lamanya selamat buat Umno/Bn./blogger PKR Pahang
KOTA BHARU, 18 Mei: Pemuda PAS Kelantan bersedia menyahut cadangan Pemuda Umno Kelantan untuk bertemu bagi membincangkan isu Ladang Rakyat dengan membuat cadangan balas iaitu mengadakan debat terbuka di antara kedua-dua belah pihak.
Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman dalam satu kenyataannya berkata, Pemuda PAS berpandangan banyak lagi lagi isu-isu yang lain dapat diketengahkan oleh Pemuda Umno sekiranya benar-benar mereka berjuang untuk kepentingan rakyat.
"Isu pembinaan tambahan Jambatan Sultan Yahya Petra, isu tuntutan royalti minyak yang menjadi hak rakyat Kelantan dan isu prosedur pengagihan wang ihsan yang tidak telus juga memerlukan kepada penjelasan.
"Di mana Pemuda UMNO Kelantan di dalam menangani isu-isu ini?" tanya beliau.
Beliau mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan pada 17 Mei 2011 di halaman K3.
Di dalam kenyataan tersebut, beliau dilaporkan sedia berbincang dengan mana-mana pihak termasuk Pemuda PAS berhubung isu Ladang Rakyat yang membawa kepada perarakan penyerahan memorandum di hadapan Kota Darulnaim pada pagi 16 Mei 2011 yang lalu.
"DPPNK bersedia menyahut cadangan Pemuda UMNO Kelantan ini," kata Abdul Latif.
Berhubung dengan cadangan ini, Latif berkata, debat terbuka dilihat lebih praktikal berbanding dengan perbincangan kerana Pemuda Umno telah mensensasikan isu ini dengan mengadakan perarakan penyerahan memorandum pada pagi 16 Mei yang lalu.
"Justeru, untuk membolehkan isu ini dinilai secara adil oleh masyarakat, DPPNK mencadangkan supaya debat terbuka dapat diadakan dengan turut menampilkan wakil dari pengurusan Ladang Rakyat sendiri untuk memberikan penjelasan.
"Sekiranya pihak Pemuda Umno Kelantan bersetuju dengan cadangan ini, satu jawatankuasa khas boleh diwujudkan di antara DPPNK dan Pemuda Umno Kelantan ke arah memastikan debat ini dapat dilaksanakan," katanya.
Latif berkata, pihaknya, benar-benar berharap agar Pemuda Umno Kelantan dapat menyambut baik cadangan ini sebagai membuktikan mereka benar-benar berjuang untuk kepentingan rakyat dan tidak hanya memperalatkan isu ini semata-mata untuk kepentingan politik mereka.
KUALA LUMPUR, 18 Mei: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat desakan Pemuda Umno Malaysia agar kerajaan tidak menaikkan harga petrol seolah-olah tindakan seekor kucing mendesak kawannya yang juga kucing untuk jangan memakan ikan. Begitupun, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin (gambar) menyambut baik desakan Pemuda Umno itu. Katanya, SAMM cuba menilai dari sisi positif desakan ini, yang nampaknya serius kerana ketuanya juga melalui akaun laman sosialnya turut menyatakan "telah mengarahkan mana-mana Pemuda Umno Bahagian yang belum bermesyuarat untuk membawa usul jangan naik harga petrol ini". Ini, ujarnya menggambarkan seriusnya mereka dalam tindakan itu. "SAMM meyakini usul desak tidak naik harga petrol ini akan menjadi usul utama Mesyuarat Agung Pemuda Umno Malaysia kali ini kerana arahan telah dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan. Ini, tambahnya kerana cuba memahami tradisi dalam Umno yang tanpa arahan mereka akan diam walaupun kenaikan harga minyak tetapi apabila arahan itu berlaku pasti mereka akan bawa usul itu kerana arahan. Menurutnya, memahami Pemuda Umno sebagai sebuah organisasi politik yang bertanding dalam pilihan raya mungkin saja tindakan itu ekoran untuk meraih populariti kerana mereka sedar kemarahan rakyat kepada parti penguasa yang amat tinggi ekoran siri kenaikan harga yang seolah tidak mampu dikawal rejim. Namun, katanya itu urusan mereka, bagi SAMM selaku organisasi yang cuba menjadi organisasi massa muda sudah tentu turut bersama desakan tersebut bukan sahaja tidak menaikkan tetapi menurunkan semula harga minyak dengan penstrukturan semula subsidi negara dengan mengurangkan bantuan korporat. "Namun dalam sisi yang lain ia seolah-olah tindakan seekor kucing mendesak kawannya yang juga kucing untuk jangan makan ikan," ujarnya yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard. Beliau berkata, rakyat sudah tentu tidak lupa dengan tindakan ahli-ahli parlimen BN termasuk ahli parlimen dari pemuda Umno yang pernah mengangkat tangan dalam sesi undi belah bagi dalam parlimen Malaysia awal penggal ini yang menyokong kenaikan harga bahan bakar yang merupkakan pada ketika itu tertinggi dalam sejarah negara. Menurutnya lagi, masalah sebenar negara ialah bukan harga pasaran dunia, selaku pengeluar minyak yang nilai kegunaan domestik masih jauh kurang dari yang dieksport maka sudah tentu kenaikan harga petroleum dunia boleh menjadi rahmat. Masalah utamanya, kata beliau ialah pembaziran dalam pengurusan, ketirisan, rasuah, salah guna kuasa dan pengaliran wang haram yang didalangi oleh mereka yang rapat dengan rejim merupakan punca sebenar negara hilang daya saing dan daya mampan untuk menjaga kepentingan rakyat seperti mengawal harga bahan bakar. "SAMM memandang serius perkara ini, kenaikan seolah tidak dapat dibendung. Regim begitu lemah seperti hilang kreativiti mentadbir ekonomi sehingga membiarkan rakyat lemas dalam pasaran terbuka. "SAMM juga tidak menolak ini mungkin saja propaganda menjelang pilihan raya umum menteri akan mengumumkan di mana kononnya harga minyak akan dinaikkan tetapi oleh kerana desakan pemuda Umno, maka harga minyak kekal," ujarnya. Tambahnya, lebih malang lagi seperti biasa selepas pilihan raya harga naik mendadak pula.
KOTA BHARU, 18 Mei: Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukt Merbau, Pasir Puteh.
Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.
"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.
"Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh," kata beliau.
Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium.
Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri.
Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti, katanya.
Menurut Nik Aziz, cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.
"Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah," katanya.
He taught us how to live. To live the best way.He taught us the tools to use to be the best creation. He taught us how to succeed both in this world and the Hereafter. Al Muallim
17.5.11 Selasa Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor(MPMS) berjaya mengumpul 450 orang mahasiswa daripada pelbagai IPT di negeri Selangor termasuk pelajar Selangor yang belajar di luar Selangor dalam konvensyen Mahasiswa sebelah siang hari, diikuti dengan majlis makan malam dan dialog bersama Menteri Besar Selangor dan para EXCO KERAJAAN SELANGOR. Dialog bersama Dato' Menteri Besar Selangor turut dihadiri oleh Speaker Dewan Negri Selangor, EXCO Dr Yakop Sapari,YB Ronnie Liu dan YB Dr Hjh Halimah Ali. Ramai siswa-siswi merebut peluang melontarkan soalan dan cadangan kepada MB dan EXCO-EXCO..
Ucapan Menteri Besar menyentuh tentang keperluan membebaskan pelajar IPT daripada cengkaman AUKU yang membantu perkembangan mereka. Justeru, beliau telah menyatakan seluruh Selangor adalah kampus dan pelajar akan dijemput menyertai program bersama masyarakat bagi mengasahkan kemahiran bersosial serta menyemai sifat prihatin bakal modal insan tersebut. Ramai mahasiswa mengutuk keras AUKU dan mahu negeri Selangor memperjuangkan kebajikan mahasiswa.
Semua guru menanti-nanti 16.5.11 SEBAGAI HARI ISTIMEWA untuk mereka, HARI GURU. Kebiasaannya mereka menerima hadiah berupa kad atau bunga.Yang pasti ramai anak murid mereka sekurang-kurangnya mengucap SELAMAT HARI GURU,Cikgu. Hati guru yang mana tidak merasa bahagia bila jasa mereka sebagai pendidik dihargai dan mendapat perhatian.Tidak kira siapapun yang sudi menunjuk empati dan tulus mengiktirafkan sumbangan dan pengorbanan mereka yang gtelah melayan kerenah pelajar disamping menurunkan ilmu kepada mereka..
Dengan kesedaran ini, lebih-lebih lagi selaku EXCO PENDIDIKAN KERAJAAN SELANGOR, YB Dr Hjh Halimah Ali mengambil masa turun ke Sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah agama, sekolah Cina untuk bertemu guru secara peribadi untuk mengucap SELAMAT HARI GURU dan membawa sedikit cenderahati dan kad untuk semua guru.
Guru-guru rata-rata sangat gembira atas kunjungan yang tidak diduga itu.Mereka tidak dapat menyembunyikan perasaan mereka dan ada yang ambil kesempatan bergambar dengan YB EXCO.
YB menyerahkan cendrahati kepada pengetua SMK
Guru yang berada di atas kerusi roda juga amat terharu dengan layanan istimewa yang diterima.
Ada guru-guru yang memberi signal 'good' ketika rakan setugas menerima cenderahati daripada YB EXCO.
YB EXCO juga sempat mentantuni bayi dalam rahim seorang guru ketika menghadiahkan cenderahati kepadanya.
Penduduk FELDA Sendayan dalam Parlimen Rembau kebanyakannya masih terperap dengan pelbagai masalah hasil dari proses pengambilalihan tanah yang mereka teroka. Jom dengar masalah mereka melalui 2 program di bawah ini.
CERAMAH PERDANA Isu Semasa dan Felda Tarikh : 24.05.2011 (SELASA ) Masa : 8.45 malam Tempat : Lot 382, Bandar Baru Sendayan (rumah Tanggam) Penceramah : - Wan Rohimi (Peguam kes RM 11 Juta Felda Kemahang) - Mazlan Aliman (Pengerusi ANAK) - Chegubard - YB Taufek, ADUN Paroi
********** MAJLIS DIALOG ANAK FELDA SENDAYAN Tarikh : 24 Mei 2011 (SELASA ) Masa : 5 petang Tempat : Lot. 245, Bandar Baru Sendayan (rumah Daud Idris) Panel : - Wan Rohimi (Peguam kes RM 11 Juta Felda Kemahang) - Mazlan Aliman (Pengerusi ANAK) - Chegubard - YB Taufek, ADUN Paroi
Topik : - Masalah Tanah Perkuburan Islam yang tertimbus akibat projek naik taraf jalan yang terbiar tanpa sebarang maklumat - Masalah pencemaran udara oleh kualiti alam - Masalah kes tanah 2 ekar yang melibatkan keluasan, lokasi,geran & sudah lama terbiar. - Masalah keluasan lot banglo yang tidak mencukupi serta kualiti banglo yang tidak menepati harga sebenar - Masalah anak-anak peneroka Felda yang tidak boleh mencarum dalam Koperasi Pemodalan Felda.(K.P.F). mengapa? - Isu padang sekolah menengah yang menjadi kawasan pertanian. - dan banyak lagi masalah & persoalan yang akan dibangkitkan.
********** 13 keluarga Penduduk FELDA Sendayan masih terus berjuang kerana tidak mahu terlibat dalam proses pengambil alihan dan tanah mereka telah dirampas menggunakan Akta Pengambilalihan Tanah dan dengan pampasan yang jauh lebih rendah seperti membalas dendam. Itu cuma secebis dari perbagai isu yang terperap di Sendayan.
Adakah anda sedang mencari pemberi pinjaman swasta? Adakah anda memerlukan pinjaman segera? Adakah anda mempunyai kredit yang buruk? Adakah bank anda gagal? Saya boleh membantu anda mendapatkan pinjaman. Tiada jaminan diperlukan. Saya seorang pelabur swasta yang mengkhusus dalam menyediakan semua jenis dana pelaburan, termasuk dana bersama, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, pinjaman hartanah, kombinasi pinjaman, pinjaman penyatuan, pinjaman komersial dan Tiada penipuan, lebih lagi.
Tiada permainan, perniagaan sahaja Jumlah Pinjaman: Minimum $ 1,000 sehingga jumlah pinjaman maksimum $ 50,000,000.00 Dan nilai mata wang lain Kadar faedah pinjaman: 2% Kawasan pinjaman: di seluruh dunia Tempoh maksimum: sehingga 25 tahun Tiada penalti prabayar
Pembiayaan segera selepas dokumentasi dan kelulusan yang betul. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui mesej melalui e-mel peribadi kami di gloryloanfirm@gmail.com
Adakah anda sedang mencari pemberi pinjaman swasta? Adakah anda memerlukan pinjaman segera? Adakah anda mempunyai kredit yang buruk? Adakah bank anda gagal? Saya boleh membantu anda mendapatkan pinjaman. Tiada jaminan diperlukan.
BalasPadamSaya seorang pelabur swasta yang mengkhusus dalam menyediakan semua jenis dana pelaburan, termasuk dana bersama, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, pinjaman hartanah, kombinasi pinjaman, pinjaman penyatuan, pinjaman komersial dan Tiada penipuan, lebih lagi.
Tiada permainan, perniagaan sahaja
Jumlah Pinjaman: Minimum $ 1,000 sehingga jumlah pinjaman maksimum $ 50,000,000.00 Dan nilai mata wang lain
Kadar faedah pinjaman: 2%
Kawasan pinjaman: di seluruh dunia
Tempoh maksimum: sehingga 25 tahun
Tiada penalti prabayar
Pembiayaan segera selepas dokumentasi dan kelulusan yang betul.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui mesej melalui e-mel peribadi kami di gloryloanfirm@gmail.com