Selasa, 17 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

Posted: 16 May 2011 09:16 PM PDT

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


JOM..JUMPA LAGI DI ZON PANTAI..PANTAI BERNAS..

Posted: 16 May 2011 05:21 AM PDT

Program JOM-Jumpa Orang Muda PPU diteruskan lagi untuk bertemu dan bersua muka dengan anak-anak muda melalui pendekatan santai kerana ini dilihat lebih berkesan.Bertempat di Kampung Pantai Bernas,program kali ini adalah merupakan perlawanan bolasepak persahabatan,makan malam BBQ,Karaoke santai,ramah mesra dan penyerahan borang keahlian baruYB Dato'KP yang turut sama bermain bola ternyata gembira dengan kehadiran ramai anak muda dan PPU sendiri telah menghuluekan bantuan dan sumbangan berupa set jersey,bola dan menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh PPU CawanMaklumbalas yang diterima oleh PPU mengenai program seumpama ini adalah positif kerana walau ianya diadakan dalam skala kecil tetapi ianya ternyata berkesan.Banyak program telah dicadangkan kearah memperlihat PPU bukan merupakan entiti yang lesu dan lemah.





Insyaallah program JOM ini akan diadakan pula di Sungai Puteri..Jumpa di sana..

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 16 May 2011 09:02 PM PDT

ahmadmaslan.blogspot.com


JANGAN NEGARA TERGADAI

Posted: 15 May 2011 10:54 PM PDT

PILIH CALON BERKALIBER

Posted: 15 May 2011 10:52 PM PDT

'Kalau tidak yakin, beri kepada Melayu'

Posted: 15 May 2011 10:46 PM PDT

Jangan terpengaruh dakyah buruk nama pemimpin

Posted: 15 May 2011 10:45 PM PDT

Kaji semula kuota kerusi

Posted: 15 May 2011 10:44 PM PDT

Hanya UMNO bela Melayu

Posted: 15 May 2011 10:44 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 16 May 2011 03:05 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


BERSYUKUR RAKYAT MALAYSIA

Posted: 15 May 2011 09:32 PM PDT

Hari ini tercipta satu lagi sejarah Malaysia yang amat mengaibkan tentang pemimpin politik di Malaysia. Bersyukurlah kita apabila sebahagian besar rakyat Malaysia bersembahyang hajat mohon untuk tunjukan kebenaran keatas kes Saiful Bukhari Azlan dan Anwar Ibrahim.

Hari ini Anwar di kehendaki membela diri, yang jelas keputusan ini dapat memberikan keadilan kepada kedua-dua pihak. Dimana Anwar perlu membukti beliau tidak bersalah dan merupakan peluang terbaik untuk Anwar membersihkan dirinya tanpa ada sekatan dan larangan seperti di dakwa dan Anwar juga berpluang untuk bersumpah sekiranya perlu untuk meyakinkan rakyat bahawa beliau bukanlah peliwat tegar.

Kepada Saiful inilah pluang terbaik untuk beliau membersihkan diri walaupun beliau telah bersumpah dan berkesempatan menunaikan haji. Walaupun beliau tahu sumpah laknatnya boleh memakan dirinya pada bila-bila masa.

Inilah pluang yang perlu ada kepada pengadu dan yang di tuduh supaya mereka di berikan pluang secukupnya untuk bukti dakwaan sebagai mana dinyatakan diatas kertas pertuduhan. Semoga Allah melindungi keadilan di Malaysia supaya meletakan yang benar kepada haknya. Syabas Malaysia!!!.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

umno bahagian cheras

Posted: 16 May 2011 01:21 PM PDT

umno bahagian cheras


KESAL POLIS BIARKAN PENYOKONG PKR BUAT KECOH, ANWAR KENA BELA DIRI

Posted: 15 May 2011 08:49 PM PDT

BERITA TERKINI : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk menyambung kes liwat membabitkan Anwar terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari di peringkat bela diri.


DATUK Wira Syed Ali Alhabshee kecewa dengan tindakan polis membiarkan penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kekecohan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

"Pihak polis sepatutnya menghalang perhimpunan tersebut kerana perbuatan itu seperti menghina kemuliaan mahkamah," tegasnya.

Beliau berpendapat, polis awal-awal lagi boleh menghalang perhimpunan tersebut dan tidak membiarkan penyokong Anwar mengadakan reformsi.


"Kalau bukan polis siapa lagi ? takkan kita (ahli-ahli UMNO) kena turun ke mahkamah dan halang mereka, takkkan kita kena bergaduh dengan mereka sedangkan ini isu peribadi Anwar," tegasnya.


Justeru katanya, jika Anwar benar-benar 'anak jantan' dia tidak perlu memaksa penyokongnya berhimpun di mahkamah kerana inginkan sokongan.


"Mereka tidak layak untuk kata mahkamah tidak adil, kerana kes liwat tersebut telah tertangguh berbulan-bulan lamanya sehingga rakyat pun naik bosan," tegasnya.


Beliau berkata, mahkamah bukan tempat untuk melepaskan rasa geram dan mengadakan perhimpunan haram.

Situasi seperti itu kata Syed Ali, akan menimbulkan tanggapan umum bahawa mahkamah tidak ubah seperti sarkas dan orang ramai bebas melakukan sesuka hati mereka.

Beliau kecewa dengan tindakan kira-kira 200 orang penyokong Anwar membuat kekecohan tersebut.


Syed Ali sekali lagi mempersoalkan kenapa pihak polis hanya menyaksikan perbuatan mereka tanpa sebarang tindakan undang-undang kerana jelas menghina institusi mahkamah.


"200 orang itu bukan mewakili suara rakyat, mereka diarah hadir oleh Anwar yang sedang ketakutan. Mereka tidak profesional,"tegasnya.


Menurutnya, dalam sesuatu kes jenayah keputusan hanya ditentukan oleh mahkamah bukannya oleh tindakan berhimpun atau melakukan kacau-bilau, berbeza dengan parti yang diputuskan oleh ahli.


"Ini menunjukkan mereka menjadi penyokong buta-tuli kepada Anwar, tidak ada kewarasan akal dalam tindakan," jelasnya.


Katanya, tingkah-laku penyokong Anwar seperti manusia tidak bertamadun dan tidak mempercayai kepada sistem perundangan negara.

"Sepatutnya mereka menyerahkan kes Anwar kepada barisan peguam yang mereka lantik, bukannya membuat bising dan menggangu ketenteraman awam," jelasnya.

Beliau berkata, mereka sepatutnya mengadakan solat hajat dan berserah kepada takdir Allah dengan mempercayai qadha dan qadhor-Nya.


"Mereka bayar peguam dengan harga yang tinggi, mengadakan solat hajat, maka sepatutnya mereka berserah kepada Allah S.W.T.

Syed Ali berkata, penyokong PKR juga perlu menerima apa jua keputusan pengadilan kerana mahkamah adalah tonggak kemulian undang-undang.

Tambahnya lagi, kes tersebut adalah masalah peribadi Anwar dan tidak ada kena-mengena dengan pihak lain.


Oleh sebab itu tegas Syed Ali, Anwar tidak sewajarnya mengheret penyokongnya turut terbabit dalam kes peribadinya dengan Mohd. Saiful Bukhari.


"Mereka sepatutnya mempercayai kepada kemuliaan undang-undang, mahkamah tidak boleh menipu kerana seluruh dunia akan mengetahuinya," ujarnya.


Lagipun kata beliau, Anwar kena berpegang kepada ' berani buat berani tanggung' dan tidak perlu takut jika yakin benar-benar tidak meliwat Mohd. Saiful.


Kes perbicaraan Anwar disambung semula hari ini (16 Mei).

Berikut adalah kronologi yang berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur setakat pukul 11 pagi ini, sepertimana dilaporkan oleh portal berita Agendadaily.Com.

Setakat jam 8 pagi sekitar 200 orang berkumpul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menunggu pengumuman kes Anwar dijangka bermula pada puku 9 pagi.Biasanya sunyi saja.

8.40pg - Dalam kamar mahkamah penuh termasuk wartawan luar negara.Di pekarangan pula penyokong-penyokong Anwar melakukan kekecohan dengan melaungkan reformasi dan lagu keadilan.

Anwar tiba 8.45 pagi.Antara kelihatan Datuk Seri Wan Azizah Ismail,Azmin Ali, Tian Chua,Datuk Chua Jui Meng, Datuk Mahfuz Omar dan lain-lain.

Pagi tadi ada daripada penyokong pembangkang yang mengadakan solat hajat di Masjid Wilayah.

9.55 pagi - macam sarkas - penyokong-penyokong Anwar berbaris buat laluan masuk ke bangunan mahkamah dan sorak orangramai yang terpaksa ikut laluan itu.

10.20pagi -dari kenyataan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam mahkamah setakat ini menjelang sampai rumusan kes nampaknya Anwar boleh KANTOI.

10.35 pagi - antara point menarik hakim kata keterangan pakar-pakar yang mendapati penetrasi berlaku adalah konsisten.Saiful Bukhari Azlan adalah saksi yang credible.

10.50 pagi- Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah umum Anwar KENA BELA DIRI.

Waspada taktik PR gunakan sentimen agama dan perkauman

Posted: 15 May 2011 08:01 PM PDT


















"WASPADA taktik halus Pakatan Rakyat (PR) untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat dengan menggunakan isu agama dan perkauman," kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Beliau mendakwa, PR menggunakan taktik tersebut setelah mereka berjaya lakukannya pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu.

"Walaupun mereka tewas di Sarawak, tetapi dengan mempolitikkan isu rasis, jumlah pengundi bukan Melayu menyokong parti pembangkang semakin meningkat," katanya.

Oleh sebab itu tegas beliau, pembangkang sengaja mengeksploitasikan pelbagai isu termasuk sentimen kaum dan agama untuk mempengaruhi rakyat supaya menolak kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kepada masyarakat Cina, DAP ingin menonjolkan dirinya sebagai juara kaum dan PAS pula menggunakan agama untuk mengelirukan pemikiran umat Islam," tegasnya.

Manakala PKR pula kata Syed Ali, sekadar parti serpihan yang cuba menjadi jaguh dengan menjaja isu Anwar kononnya mangsa fitnah.

"Ini semua persepsi karut yang cuba ditanam pembangkang dengan harapan rakyat menyebelahi mereka," tambahnya.

Sehubungan itu katanya, tindakan menggunakan sentimen rasis di Sarawak dan agama di Semenanjung adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.

"Jika sentimen itu tidak ditangani segera, ia boleh mengancam kestabilan negara," ujarnya lagi.

Beliau kesal kerana PR terutama PAS sanggup menggadaikan masa depan rakyat terutama orang Melayu kerana kepentingan politik.

Menurut Syed Ali lagi, pemimpin PR ingin mewujudkan kebencian antara kaum dan agama agar negara huru-hara seperti apa yang berlaku di Mesir dan Libya.

"Mereka mengharapkan berlaku kacau-bilau dalam negara dan kerajaan yang ada hari ini tumbang. Inilah muslihat jahat pembangkang," tegasnya.

Beliau berkata, jika berlaku huru-hara maka pemimpin utama PR akan dapat melepaskan tengkoknya dari mahkamah dan juga pelbagai skandal serta penyelewengan sedia ada.

"Kita tahu ada pemimpin pembangkang sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah, oleh sebab itu mereka mengharapkan supaya berlaku kacau-bilau dalam negara," katanya.

Pada masa yang sama, Syed Ali melahirkan rasa bimbang tindakan pembangkang boleh membawa negara kearah krisis politik, perkauman, agama dan ekonomi yang akan hanya menguntungkan pihak penganjur atau negara jiran.

" Kita telah melihat bagaimana Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berjaya mendapat keuntungan politik dengan memutarbelitkan agama," katanya.

Beliau berkata, pelbagai fatwa agama yang dikeluarkan pemimpin PAS termasuk Nik Aziz telah memecahbelahkan undi kaum Melayu.

"Inilah yang mereka inginkan walaupun perbuatan tersebut hanya menguntungkan politik bukan Melayu," jelasnya.

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 16 May 2011 01:11 PM PDT

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Kos berubat lebih mahal daripada sekilo gula, sekotak rokok!

Posted: 16 May 2011 04:12 AM PDT

Selamat Hari Guru cikgu! Khabarnya ada berita istimewa hari ini. Tetapi sebelum ini, harga gula naik lagi, RM2.30 sekilogram. Kenaikan ini tentunya disambut gembira oleh 'pelabur politik' yang sentiasa mencari modal untuk menghentam kerajaan.

Mereka peduli apa dengan alasan yang diberi. Bagi mereka, alasan itu hanya 'gula-gula' menyedapkan hati. Mereka sinis dengan alasan bahawa harga di Malaysia masih rendah berbanding Indonesia RM3.80 sekilogram, Singapura RM3.61, Thailand RM2.31 dan Filipina RM4.50. Mereka tidak peduli bahawa kerajaan masih menanggung subsidi RM283.4 juta setahun walaupun kenaikan itu menjimatkan RM116.6 juta.

Subsidi ini pula dinikmati oleh semua orang tak kira fahaman politik. Begitu juga dengan berjuta pendatang asing sama ada secara izin atau tanpa izin - dari ASEAN, Asia atau Afrika turut menikmati subsidi ini.

Tidak dinafikan semakin 'tua' dunia ini semakin tinggi kos kehidupan. Jarang sekali harga barang turun. Kebelakangan ini hujan pun dah jarang turun. Disangka panas hingga ke petang rupanya hingga ke tengah malam. Ditambah pula dengan suhu panas politik ciptaan manusia yang rakuskan kuasa dan kedudukan sehingga sanggup melakukan apa sahaja asalkan matlamat dan cita-cita mereka tercapai.

Kembali kepada harga gula. Awal tahun lalu, penulis pernah menulis mengenai Bicara harga kembar si manis dan si racun pembawa diabetes. Ia mengenai kenaikan harga gula dan rokok.

Awal tahun lalu, harga sekotak rokok 20 batang ialah RM6.40 manakala harga gula naik 20 sen menjadi RM1.65 sekilogram. Itu harga pada Januari 2010. Kini sekotak rokok 20 batang mencecah RM10 hingga RM10.70.

Seperti yang pernah diselak sebelum ini, rokok dan gula adalah kembar yang menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik. Mungkin ada yang marah-marah jika kita diminta bersyukur dengan kenaikan harga ini kerana ada hikmahnya.

Pelbagai cara sudah dilakukan khususnya oleh Kementerian Kesihatan untuk mendidik rakyat supaya menjauhi tabiat merokok dan mengurangkan penggunaan gula. Kempen yang dianjurkan termasuk mempamerkan iklan Tak Nak yang merujuk kepada katakan tidak kepada rokok. Mungkin orang lebih gemar melihat iklan Hapuskan ISA daripada menghayati kata-kata yang dipamerkan oleh Kementerian Kesihatan. Kadangkala manusia lebih suka kepada keuntungan jangka pendek daripada jangka panjang. Bagi mereka, yang utama ialah mengurangkan harga gula sementara soal kos kesihatan di tempat kedua. Mereka lupa bahawa kos mengubat penyakit akibat gula dan rokok lebih tinggi daripada harga sekilogram gula atau sekotak rokok.

Ramai yang sedar pelbagai bahan kimia dan toksik yang ada pada rokok bertukar menjadi 'racun'. Kajian menunjukkan, dalam rokok ada gas beracun pada ekzos kereta, racun rumpai, peluntur cat, pembersih lantai, racun semut putih, gas beracun, minyak pemetik api, minyak roket, racun gegat, sebatian organik yang mudah terbakar, bahan bateri kereta, racun serangga dan macam-macam lagi.

Begitu juga dengan pelbagai penyakit yang disebabkan rokok. Semua orang tahu mengenainya tetapi tidak ramai yang peduli. Lihatlah sejauh mana kesannya amaran imej ngeri pada kotak rokok.

Selak di bawah tajuk Hijrah demi undang-undang dan nyawa manusia pada 29 Disember 2008 menyentuh mengenai pengenalan imej ngeri penyakit pada kotak rokok. Turut disentuh sikap tidak ambil berat terhadap peraturan dan undang-undang serta penguatkuasaan berkaitan larangan merokok.

Pada 22 Jun 2009, penulis menulis Apabila perokok ketegar, undang-undang jadi 'hiasan'. Larangan merokok wujud di sana sini tetapi adakah perokok peduli?

Apabila pemimpin yang menjadi idola bercakap mengenai rokok, mungkin ramai yang tidak ambil pusing. Contohnya kuliah Jumaat oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mana satu yang menarik perhatian sama ada kenyataan berkaitan perokok atau pelaku video seks?

Kata Nik Abdul Aziz seperti dilaporkan oleh sebuah akhbar: Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga). Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka.

(Nota: Diharapkan kenyataan ini tidak terpakai kepada kes video seks sahaja tetapi kes lain yang pernah mendapat perhatian orang Pas. Begitu juga dengan tuduhan terhadap pemimpin BN termasuk Dr. Mahathir Mohamad pada masa lalu).

Perokok tentunya tidak tertarik dengan kenyataan Nik Abdul Aziz mengenai umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman melalui jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang- undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah). Maka mereka yang melakukan perbuatan (merokok) itu dianggap lebih hina daripada lembu.

Setakat ini, undang-undang berkaitan larangan merokok sekadar hiasan. Lebih mendukacitakan, papan kenyataan berkaitan larangan merokok pun dirosakkan.

Kata orang mencegah lebih baik daripada mengubati. Sama seperti kesan merokok, gula juga membawa pelbagai penyakit. Ada yang kata lebih 60 dan ada yang percaya lebih 136 jenis penyakit.

Semua orang sedar penyakit angkara gula tetapi sekali lagi lebih ramai yang lupa penyakit ketika memesan teh tarik atau minuman bergula yang lain. Biar berapa harganya, teh tarik terus jadi pilihan.

Ketika ini lebih ramai yang 'bising' mendengar harga gula naik kerana mereka bimbang minuman dan makanan juga melambung harganya. Justeru eloklah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan lebih tegas.

Diharapkan, menteri berkenaan, Ismail Sabri Yaakob bertegas dengan kenyataannya bahawa peniaga yang didapati menaikkan harga minuman dan makanan berikutan kenaikan harga gula akan berhadapan hukuman keras termasuk penjara seperti diperuntukkan di bawah Akta Kawalan dan Anti Pencatutan 2010.

Akhirnya, bagi orang Islam, renungilah firman Allah SWT ini yang bermaksud: Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan (Surah al-Baqarah 2:195).-UM.

Warna-warni politik
Torashah..

www.pemuda-enggang.org

Posted: 16 May 2011 11:06 AM PDT

www.pemuda-enggang.org


Isu Kenaikan Harga RON 95 – Kenyataan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Posted: 16 May 2011 02:09 AM PDT

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) gusar dengan kenyataan YB Menteri  Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggesa rakyat untuk bersiap sedia dengan kemungkinan kenaikan harga minyak RON 95. Ini kerana usaha-usaha ke … Continue reading

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

Posted: 16 May 2011 03:33 AM PDT

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


Posted: 15 May 2011 08:40 PM PDT

Khairy Jamaluddin

Posted: 16 May 2011 01:24 AM PDT

Khairy Jamaluddin


Isu Kenaikan Harga RON 95

Posted: 15 May 2011 05:00 PM PDT

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) gusar dengan kenyataan YB Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggesa rakyat untuk bersiap sedia dengan kemungkinan kenaikan harga minyak RON 95.

Hamidah Osman

Posted: 15 May 2011 11:06 PM PDT

Hamidah Osman


Selagi dunia belum kiamat

Posted: 15 May 2011 05:55 AM PDT

KETIKA berada di dalam lif, dua lelaki yang kelihatan seperti golongan intelek rancak berbual. Seorang daripadanya bertanya serius, berapa ramai penduduk dunia hari ini? Kawannya itu menjawab perlahan, tetapi masih boleh didengar, "kira-kira 6 bilion orang," katanya ringkas. (pendudukan dunia hari ini dianggarkan mencecah 7 bilion orang).

Rakannya bertanya lagi, bila dunia nak kiamat? Kawannya tersentak mendengar soalan itu. Dia tidak menjawab soalan itu, sebaliknya sambil ketawa bersahaja, dia membalas pertanyaan kepada kawannya itu. "Apa pasal kau tanya soalan macam ini?". Rakan yang bertanya itu terpaksa menjawab pula soalan yang dipulangkan kepadanya itu. "Ya lah, dunia ini terlalu banyak masalah," katanya. Ketika itu, pintu lif sudah terbuka dan kedua-dua mereka berjalan keluar dan tidak tahu apa kesudahan perbincangan mereka.

Sekadar menyambung perbahasan mereka, masalah dunia tidak akan berakhir. Selagi ada bulan dan bintang dan selagi ada makhluk bernama manusia, masalah dunia akan berterusan. Agaknya, kedua-dua mereka itu merumuskan bahawa masalah dunia hanya akan selesai bila dunia kiamat.

Bagi manusia, selagi dunia belum kiamat, hidup mesti diteruskan. Pada satu sudut, manusia berhempas-pulas mengejar kemajuan, mencipta teknologi, belajar pelbagai ilmu dan sebagainya, manakala pada sudut yang lain mereka bermusuhan sesama manusia, berdendam dan berbunuhan.

Berasaskan perkembangan di dunia hari ini, hidup manusia sentiasa diancam. Tidak siapa boleh meramalkan apa akan berlaku kepada diri mereka. Setiap hari, manusia terutama di negara yang menghadapi konflik, tidak mempunyai jaminan keselamatan diri. Mereka mungkin diletupkan ketika dalam kereta di jalan raya, sewaktu membeli-belah di pasar raya atau ketika menonton televisyen bersama keluarga di rumah.

Pertikaian kaum dan agama, sering berlaku tanpa penyelesaian walau pun rundingan di peringkat tertinggi tidak diadakan sepanjang masa.
Setiap hari berlaku jenayah pembunuhan sesama manusia yang berpunca daripada sikap rakus manusia. Manusia berbunuhan sesama sendiri – ada yang dianggap jenayah dan dihadapkan ke mahkamah dan ada pula dianggap pembunuhan wajar yang terlepas daripada segala pertuduhan jenayah.

Kematian Osama bin Laden, umpamanya, bukan saja direstui, tetapi sewaktu dibunuh, peristiwa dan saat kematiannya dirakam dan dipertontonkan bagi membuktikan Osama benar-benar sudah mati.

Mereka membunuh Osama tanpa mempedulikan pandangan dunia. Mereka yang menentukan siapa yang patut dihapuskan dan siapa yang dijadikan alat untuk mencapai impian strategik mereka. Mereka berbangga kerana berjaya membunuh seseorang tanpa perlu diberi pembelaan.

Tidak ada mahkamah yang akan menghakimi atau tindakan mereka. Pembunuhan dihalalkan kerana bagi mereka Osama bukan saja penjenayah tetapi pengganas yang paling dikehendaki di dunia. Apa yang berlaku kepada Obama tidak ubah seperti zaman koboi apabila Syerif menembak mati orang yang dikehendaki.

Sememangnya dunia hari ini penuh masalah yang sukar diurus. Di negara maju yang kononnya mengakui bertamadun, manusia yang hidup dalamnya, khasnya mereka yang berada di puncak kekuasaan, bercakap tidak serupa bikin.

Mereka mengiktiraf diri mereka sebagai masyarakat bertamadun, tetapi perbuatan mereka kepada manusia lain, tidak ubah seperti melayan hamba abdi. Sesiapa saja yang dianggap boleh menimbulkan masalah, akan dihapuskan. Isu moral dan kemanusiaan bagi mereka berbeza daripada isu moral dan kemanusiaan yang dilihat oleh orang lain. Inilah budaya pemikiran manusia yang ada kuasa.

Dalam dunia moden, masyarakat bertamadun merujuk kepada kemajuan sesuatu bangsa dalam pelbagai bidang. Antara lain, manusia bertamadun adalah manusia yang maju di bidang sains dan teknologi, inovatif, masyarakat pencipta produk dan sebagainya.

Masyarakat yang berada dalam golongan atau negara ini dianggap masyarakat dan negara bertamadun khasnya di negara-negara maju. Sebaliknya, masyarakat yang kononnya sering bercakaran sesama sendiri dilabel sebagai tidak bertamadun.

Mereka melabel negara yang sering berlaku konflik sebagai tidak bertamadun, apatah lagi jika ia adalah negara dunia ketiga. Barat memperkenalkan pelbagai dasar supaya diamal di negara-negara lain seperti liberalisasi, keadilan sosial, persamaan hak, globalisasi dan sebagainya. Mereka mahu amalan ini diikuti negara lain di dunia. Menentang dasar-dasar yang mereka perkenalkan dianggap sebagai menentang tamadun.

Pada masa yang sama, dunia melihat banyak kepincangan yang berlaku di negara-negara yang menggelarkan diri mereka sebagai negara bertamadun. Mereka membunuh manusia dengan menggunakan senjata pemusnah yang amat menakutkan. Mereka menceroboh negara musuh tanpa mengenal mangsa mereka – anak kecil, orang tua dan sebagainya.

Mereka melakukan tindakan yang bercanggah dengan kepercayaan mereka. Mereka menganggap diri mereka sebagai bangsa bertamadun, tetapi tindakan mereka tidak ubah seperti 'barbarian'. Masalah kezaliman sesama manusia ini tidak akan selesai, selagi dunia belum kiamat.


Oleh Mior Kamarul Shahid

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 15 May 2011 09:34 PM PDT

ahmadmaslan.blogspot.com


15 MEI 2011

Posted: 15 May 2011 01:07 AM PDT

AHMAD MASLAN - SEMPENA ULANGTAHUN UMNO KE 65

Posted: 15 May 2011 01:03 AM PDT

MANFAAT PERSIDANGAN BAHAGIAN UNTUK PERKUKUHKAN UMNO

Posted: 15 May 2011 01:01 AM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 15 May 2011 03:32 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


MENGAPA USTAZ NASAPERLU DITONJOLKAN SEBAGAI TIM. PRESIDEN ?

Posted: 14 May 2011 09:08 PM PDT





Ustaz Nasaruddin Mat Isa patut di tonjolkan

Feb 16

DIkirim oleh dupahang

Oleh: PolisPencen

"Membaca tulisan W.Fauzdin NS yang bertajuk "Tuan Ibrahim Tuan Man Patut Diganti" membuatkan saya terfikir. Terlintas pula kenapa Timbalan Presiden PAS seolah-olah tidak begitu menonjolkan diri sedangkan sebelum ini beliau adalah antara kepimpinan muda PAS yang berkalibar.

Sebelum ini Ustaz Nasarudin Mat Isa adalah antara tokoh ulama campuran profesional dengan kebolehan dan kepetahan pelbagai berbahasa yang agak baik. Saya tahu ada yang tak suka beliau akan menyebut bahawa pimpinan bukan sahaja menjadi juru terjemah ceramah!

Saya juga agak mendalami pendapat yang akan mengkritik Ustaz Nasarudin Mat Isa dengan mengatakan beliau bukannya orang yang aktif dalam memberikan pendapat di mana-mana mesyuarat. Saya tidak berhasarat untuk mendalaminya pada penulisan kali ini.

Saya lebih berpendapat ada beberapa laluan yang sukar buat Ustaz Nasarudin menjadikan beliau dipandang negetif. Sebelum itu nama beliau juga tersohor pada umum apabila beliau begitu petah berhujah dalam program Debat di RTM.

Dalam parti menjadi kebiasaan, jika ada 'kumpulan' yang ingin menonjol akan memangsakan orang orang lain dan saya berpendapat Ustaz Nasaruddin adalah mangsa kepada politiking dalam PAS ini.

Serangan secara tidak bertanggungjawab oleh beberapa orang blogger terhadap Ustaz Nasaruddin dengan label untuk bergabung dengan UMNO satu fitnah halus untuk menjatuhkan beliau. Tidak ada bukti yang jelas tetapi hanya mencari kesempatan dengan sifat keterbukaan dan ramah beliau dengan kepimpinan kerajaan menjadi senjata untuk mengiyakan projek langgar Nasaruddin yang tak pernah diistiharkan seperti projek langgar Hadi.

Ustaz Nasaruddin menjadi mangsa dalam permainan kotor ini, akhirnya terjebat dengan fitnah besar yang menjadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai sasaran untuk membedil beliau. Saya berpendapat perancangan ini berjaya dan Ustaz Nasarudin menjadi mangsa yang teraniya. Hanya Allah sahaja mengetahui bertapa pedihnya isi hati beliau.

Serangan kepada beliau juga diteruskan melalui pengiat media PAS sendiri dengan menonjolkan sifat elit Ustaz Nasarudin Mat Isa. Saya melihat serangan peribadi ini tidak lebih kepada perancangan untuk memburuk kepimpinan beliau. Sebab utama ialah kedudukan beliau sebagai orang nombor dua dalam PAS perlu diganti kepada orang lain.

Saya setuju dengan beberapa perbincangan ilmiah idea UG yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, walaupun ditarik balik adalah menjadi senjata oleh kumpulan dalam PAS untuk menjatuhkan kepimpinan yang ada dengan hasrat membawa satu kumpulan pemikiran baru dalam PAS atau paling mudah menuju PAS baru.

Oleh itu idea Presiden ini telah cerca sehebat mungkin melalui pelbagai cara dan media. Serangan idea ini, walaupun ditarik nampak macam serangan oleh sekumpulan kepimpinan PAS sendiri dan dibantu oleh golongan profesional yang dilihat non-partion serta media-media utama dan blog seperti Malaysiakini sendiri.

Malah idea Presiden ini telah disalah tafsirkan dalam hampir semua penulis blog yang seolah-olah seperti suatu yang disengajakan.

Apabila UMNO mengambil kesempatan daripada kelemahan ini untuk memecah belahkan PAS dengan nada berlembut untuk bermuafakat, akhirnya kepimpinan PAS tersempit. Malah Tuan Guru Nik Aziz sendiri, baru-baru ini yang sebelum ini adalah 'senjata' kepada kumpulan tersebut juga terkena perangkap ini.

Orang yang paling teruk, tidak lain tidak bukan ialah Ustaz Nasarudin Mat Isa sendiri.

Saya masih berpendapat Ustaz Nasaruddin Mat Isa mesti dikembalikan kewibawaannya. Beliau perlu memimpin gerakan parti ini. Salah satu cara berikan beliau tanggungjawab. Tolak tohmahan yang jahat dengan kerja perjuangan yang murni.

http://polispencen.blogspot.com"

Why PAP should feel liberated

Posted: 14 May 2011 08:37 PM PDT

Why PAP should feel liberated
2011/05/09
By Azmi Anshar
Share |



CRITICS of the People's Action Party will expect Singapore's ruling party, despite the landslide May 7 general election victory, to sulk after losing six out of 87 constituencies and 40 per cent of the popular votes -- the highest ever -- to a burgeoning and well-organised opposition.

However, there are tantalising reasons why the PAP should regard the polls' outcome -- a minor political tsunami of sorts if one is fond of the hyperbole -- as a cathartic occasion.

Instead of falling back on vengeful ways to make life difficult for the new opposition members of parliament, the PAP should be zen-like in losing six seats and 40 per cent of the popular vote.


Here are five reasons for the therapeutic magnanimity:

- Singapore can finally dispel decades of annoying ribbing that as a country, it was run by cautiously calculative leaders for millions of automatons who only assumed "humanness" when they cross into Johor Baru;

- The true political soul that gestated for decades, the one dreaded by the ruling elders for so long, has finally metastasized into a cause celebre that the nation has grown democratic legs despite troubling past accusations that the ideal was abortive;


- The younger under-40 generation, raised on Lee Kuan Yew's singularity of steadfast social engineering, economic prosperity and the inappropriateness of Western-styled democracy, is coming of age and able to think for themselves. A big hint that they want a strong say in charting their future and destiny;

- The steady realisation that the days of "government knows best" is gone, similar to the enlightenment Malaysia awakened to after March 8, 2008 as acknowledged by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak in reinventing a government that engages its people, not lord over them; and,

- The PAP is still the leading political light, running the show and calling the shots although on their toes with a vigorous opposition snarling and barking like an authentic watchdog, which can be a good thing provided there is genuine government-opposition enablement.


Another lesson learnt is about Singaporean voters: as it can be gauged by now, they are neither fools nor bleeding heart liberals stoking in idealistic fervour, demanding a zero-sum transformation that might disrupt 50 years of careful socio-political programming.

The Singaporean opposition understands, too, the voter sentiment intimately, which explains why there was nothing in their manifesto that howled for a sea change in government. That would be delusional.

In fact, the Workers' Party victories are loaded with sensibility and earnest expectations, unlike the Pakatan Rakyat that regards every election -- general, state -- as well as insignificant by-elections as clarion calls to thrash or topple the ruling party, no matter how egotistically glib or shallow their pronouncements are.

The March 8, 2008 opposition gains have become for the Pakatan Rakyat a heroin addiction that badly needs a regular fix: you can hear and feel the need for it in every ceramah and every statement made by PR stalwarts.

And it is the need for a fix that has become a cautionary tale to Singapore's opposition, perhaps more jarring with the WP, which secured all six victories among the six opposition parties, as they carefully unthreaded 46 years of cohesion to propel their historic gains.

Singapore's opposition might like to say that they were inspired by Malaysia's March 8, 2008 phenomenon, mostly in how they constructed a loose pact of not contesting each other, but that doesn't mean that they modelled their political activism to the tenuous take-no-prisoners doctrine amplified by the likes of Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang and Datuk Seri Hadi Awang.

Forget about the technically intricate way voters cast their ballots for four to six-member Group Representation Constituencies or the declaration from Prime Minister Lee Hsien Loong that the opposition might get three additional "non-constituency" seats to raise their representation to nine seats. Or which PAP ministers won or lost what seats.

The real consequence now is this: the Singapore opposition will be wary of unnervingly jolting a sleeping giant out of its political stupor. Nudging the beast to open just one eye is all that is needed.

Basically, the Singapore opposition knows it is pointless to make gains now, only to lose it all the next time when the PAP suddenly realises that its very existence might come under threat -- unlikely as it is -- to re-invigorate, reinvent, rebrand and refuel itself so good that nothing, not even the WP, can stand in its way.

The six seats gained have to be carried with burdensome responsibility and embraced with a humbled stance, never to be exploited to humiliate the PAP.

The Singapore oppositionists will also realise that Singaporeans who courageously voted for the WP did so not because they loathed the PAP, even as many do, but because many want the option of an opposition representation that could help alleviate socio-economic concerns that became the mitigating factor for the WP's success.

Otherwise, it's a great day for good old-fashioned democracy in Singapore, where voters got up the gumption to finally kick some egalitarian dust to jolt the founding fathers and elders to listen up and not take them for granted any more.

The younger Lee certainly did and you'd have a sneaky feeling that he, too, is elated with the results, not just for his party's triumphant stranglehold, but also for the opposition which has finally given him the challenge that he needs to boost further the Singapore agenda.

Lee, too, can further foster right-thinking arguments and open-minded debates on the web as he engages his newly-minted rivals the same way Najib has rightly done so with the new rebellion.

Read more: Why PAP should feel liberated http://www.nst.com.my/nst/articles/13azm9/Article/#ixzz1MOA76ai3

Spotlight on model teachers

Posted: 14 May 2011 08:33 PM PDT

TEACHER'S DAY: Spotlight on model teachers
2011/05/14

education@nst.com.my
Share |



Five teachers' enthusiasm for the RHB New Straits Times National Spell-It-Right Challenge makes them worthy of particular mention on Teacher's Day, which falls tomorrow. SUZIEANA UDA NAGU and NURJEHAN MOHAMED report

HE narrowly escaped death on his way to Kota Kinabalu for the Sabah state RHB New Straits Times National Spell-It-Right (SIR) Challenge last year.


The four-wheel drive belonging to SK Pementerian Nabawan teacher Mohd Syazwan Yusuff had hit boulders and road signs along KM13 Jalan Kimanis-Keningau before it finally came to a stop when the two left tyres blew.


But the incident did not scare Mohd Syazwan and his colleague Aidil Remasin — who witnessed the accident — away from once again chauffeuring their pupils to the primary school challenge at Suria Sabah, yesterday.

"We must expose rural pupils to the contest as they are shy and timid. The chance to mingle with their peers from the city will raise their self-confidence," says Mohd Syazwan, 24.


Aidil, 30, agrees, adding that "participating in SIR is a 'must' for the school".


"Two years ago, pupils were afraid to spell in front of their friends at the Monday morning assembly. Now, they are excited to do so," he says.

These teachers' enthusiasm for Malaysia's premier spelling bee makes them worthy of particular mention on Teacher's Day, which falls tomorrow.


It is a fitting tribute to their continuous support for the contest over the last three years.


During this time, they had instilled the love of English language into rural children — although Mohd Syazwan does not teach the subject — and drummed into youngsters that trying their best is more important than winning.

Former pupil Chrissha Webster, 13, describes the teachers as very supportive.


"They advised me to study hard so that I can have better opportunities," she says.


Mohd Syazwan and Aidil are not the only teachers who have shown a high level of commitment to their profession.


There are three more on Learning Curve's list — English teachers Amuthavalli Sandaran from SK St Paul, Seremban, Negri Sembilan; Pagjono Kaur from SK Taman Uda, Alor Setar, Kedah and Norhaziah Mokhtar from SK Putra, Kangar, Perlis.


Amuthavalli's SIR résumé includes training two Negri Sembilan primary school state victors — 12-year-old Ernest Lee Wen Er (2010) and 14-year-old Kenneth Wu Min Jin (2009).


Lee is also last year's national primary second runner-up while Wu, the secondary national winner.

Amuthavalli believes in making spelling "fun", which means she goes beyond giving pupils a list of words to memorise on their own.


She pays attention to the different learning styles of her pupils before tailoring a training method for each of them.


"Children don't enjoy spelling words for hours. Teachers have to be creative, for example, by introducing games and crossword puzzles," she says.


Lee's mother Tan E-lynn praises Amuthavalli for raising young people's interest in spelling.


"She explains the origins of words in the form of stories. I think this is good. My son enjoys training with her. As a parent, I truly appreciate her effort," says Tan, a housewife.


Like Amuthavalli, Pagjono Kaur has also trained two Kedah state champions — Auni Amirah Abdul Rashid (2008) and Kamilia Mohd Zayad (last year) — and helped others in her school to gain a better appreciation of the English language.


A staunch supporter of SIR Challenge since its inception, Pagjono pledges to train spellers until the competition ceases to exist.


Pupils at the school have Pagjono to thank for imparting the love of words to them.


Now "taking out the dictionary and asking their friends if they have heard of those terms before" besides "using (them) in compositions" is a habit among SK Taman Uda pupils.


Kamilia was glad that Pagjono was around when she competed in the SIR Challenge last year.


"She bought dictionaries with CDs for us to prepare and on the competition day, she kept us calm," she says.


Norhaziah Mokhtar, on the other hand, should be applauded for her initiative to promote English in an environment in which young people have very little exposure to the language.


With the support of headmaster Ghazali Kassim, Norhaziah — the school's English panel head — has made participation in SIR Challenge a top priority.


Intensive training after school and on weekends happens two weeks before the state contest. But spelling is a year-round activity in SK Putra.


"We spend five minutes before each lesson spelling and learning new words. Students' writing skills and vocabulary will improve as a result," she says.


Nur Qamarina Syafiah Kamarul Effendee attributes the fact that five of 10 SK Putra pupils went through to the Perlis state finals partly to Norhaziah's hard work and devotion.


"She is our biggest supporter. She gave us many useful tips to help us in the contest," she says.


Teacher's Day, which falls on May 16, is an occasion to celebrate the extraordinary work teachers do daily.


If exemplary teachers in Malaysia are knowledge advocates, social engineers, proponents of unity and change agents, then the five teachers fit the bill.


Their names may not be on the official roll of honour but that does not make them less deserving of our attention.


The five teachers, however, feel they are just "doing their jobs".


Aidil says his duty is to "create opportunities for students to discover their talents".


Syazwan simply wants to teach rural children.


"Serving in the interior of Malaysia is why I became a teacher. It has been rewarding," he says.


Amuthavalli enjoys the challenge of training spellers for the contest.


"It's a tremendous boost to their English proficiency, self-confidence and discipline. The focus required (to train for the contest) helps pupils in other areas of their lives too," she says.


Pagjono agrees, adding that teachers have a responsibility to expose their students to activities such as the SIR Challenge.


"For my school, the parents wouldn't send their child unless the teacher has the confidence the child can make it," she says.


Seeing students who feared English transform into advocates of the language is its own reward, says Norhaziah.


"Serve with sincerity and expect nothing in return — that's what I always tell my colleagues," she adds.


It is little surprise that the five inspirational teachers make some yearn to go back to school and be inspired by them.


"If I had teachers like them, who knows what I would have accomplished today?" says a reader.

Read more: TEACHER'S DAY: Spotlight on model teachers http://www.nst.com.my/nst/articles/TEACHER__8217_SDAY_Spotlightonmodelteachers/Article/#ixzz1MO9EtHQJ

ADAKAH SEBAB INI PENCALONAN USTAZ NASA JATUH ?

Posted: 14 May 2011 07:32 PM PDT



 ATAU YANG INI

BUAT TATAPAN AHLI AHLI PAS.

Posted: 14 May 2011 07:10 PM PDT

MESTI BACA: Sejarah 1977 : Sebab Sebenar PAS disingkir dari BN....


"TERLEBIH dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato' Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.

Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.

Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.

Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato' Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato' Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato' Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.

Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.

Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.

Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.

Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.

Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.

Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?

Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?

Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."

FAKTA TAMBAHAN.


Izinkan saya memberi sedikit fakta tambahan.

AntarapPunca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.

Yang tidak diceritakan oleh PAS:

1... Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.

2... Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3...Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketiak itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4...Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.

5...Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6...Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

FAKTA TAMBAHAN 11.

.Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.
Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

8...Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9...Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.

10...Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

11...Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.

12...Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.

13...Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.

14...Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

15...Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.

16...Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

17...Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

18...Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.

Wajarkah Guru Berpolitik?

Posted: 14 May 2011 07:05 PM PDT

Wajarkah Guru Berpolitik?

 



Oleh SYED ALI ALHABSHEE

KUALA LUMOUR, 31 Julai – Semalam menerusi stesen penyiaran ASTRO Awani saluran 501, secara ringkas saya telah menjelaskan rasionalnya mengapa guru-guru tidak wajar berpolitik.

Saya membuat kesimpulan itu kerana memikirkan bahawa kebenaran tersebut dilihat lebih banyak mengundang masalah daripada kebaikannya.

Memang, banyak pihak mengalu-alukan sekatan guru berpolitik dihapuskan apatah lagi membabitkan seramai 140,000 guru terutama guru siswazah.

Pandangan penulis : rasanya tidak semuanya akan memasuki politik dan memegang jawatan.

Alasan utamanya mereka (guru) mampu memberi sumbangan besar kepada sistem dan amalan berpolitik di negara ini.

Jika kita imbau sejarah UMNO sendiri dimasa lampau, golongan guru merupakan individu yang memainkan peranan utama dalam memperkasakan institusi ini. Sehinggalah keluar arahan tidak membenarkan mereka terlibat secara langsung.

Bagaimanapun, seperti yang saya telah tegaskan sebelum ini bahawa saya lebih cenderung melihat kepada nilai dan kemuliaan profesyen perguruan yang selama dihormati masyarakat.

Profesyen perguruan merupakan tanggungjawab mulia yang dihormati segenap lapisan masyarakat, sama ada Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain.

Maknanya, guru, pendidik dan pengajar adalah manusia paling istimewa dalam proses kehidupan kita.

Kerana realti itu, kemuliaan dan keistimewaan warga pendidik tidak sewajarnya sengaja dicederakan dengan elemen politik yang bakal memberi keuntungan kapada sesetengah pihak.

Politik juga perlu dilihat dari sudut positifnya, membantu dan menolong ummah ni satu pekerjaan yang mulia.

Saya berpendapat apabila sekatan berpolitik di kalangan guru dibebaskan berkuatkuasa 1 Ogos ini sepertimana diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan, maka lubang untuk berpecah-belah sesama guru sudah terbuka luas.

Sebagai insan yang berilmu, rasanya kaum guru dapat memberikan pertimbangan yang wajar antara bersatu dan berpecah.

Ini kerana akan berlaku pertembungan sokongan yang pastinya akan berakhir dengan pertelingkahan pendapat sesama guru – satu puak akan menyokong parti pemerintah dan satu puak lagi pro-pembangkang.

Di sinilah letaknya kebijaksanaan mereka untuk berpolitik dengan tidak berasaskan emosi semata-mata.

Keadaan bertambah parah apabila corak sokongan guru-guru kepada parti politik dibuat menjuruskan kepada kepentingan kaum atau sentimen agama.

Bahana yang menular kepada kalangan pendidik secara tidak langsung akan turut mencacatkan tunpuan mereka terhadap profesyen perguruan yang mereka galas selama ini.

Saya khuatir apabila guru terlalu taksub berpolitik atas dorongan kepentingan kaum masing-masing, tumpuan mengajar mereka di sekolah akan terjejas dan kesannya turut menghimpit ke atas bahu pelajar.

Sebagai golongan profesional rasanya kaum guru dapat memisahkan antara kepentingan jawatan dengan kepentingan parti

Apatah lagi jika guru-guru bertentangan idelogi politik berpolemik secara terbuka di kantin sekolah yang ditonton oleh para pelajar dan secara tidak langsung mengheret pemikiran pelajar untuk bermain politik.

Apakah kita boleh memberi jaminan bahawa tidak akan beraku di mana guru cuba meracuni pemikiran pelajar dengan idelogi politik ekstrim yang boleh mendatangkan ketidaktenteraman kepada masyarakat ?

Sitausi yang bercelaru menjadi bertambah kusut apabila kita mengambil contoh di mana pengetua sekolah merupakan pemimpin politik berjawatan di peringjkat bahagian manakala orang dibawahnya pula berada di sebelah politik yang bertentangan.

Di sini tercetus konflik kepentingan dan tanpa sedar, akan berlaku ketidakadilan sama ada dalam sistem kenaikan pangkat atau sebagainya yang kesudahannya melebarkan lagi jurang perpecahan di sekolah.

Sekolah merupakan institusi ilmu sepatutnya dijaga dan dipuk dengan nilai-nilai estetika murni untuk melahirkan generasi berilmu dan kukuh dengan semangat jati diri dan perpaduan kental sebagai aset kepada masa depan negara.

Saya juga melihat kepada prospek Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) yang sebelum ini merupakan wadah terbaik para ibu bapa dan guru berinteraksi dalam usaha memantapkan pembangunan pendidikan di sekolah.

Tetapi apabila guru dibenarkan berpolitik, maka sudah tentu akan berlaku dorongan kepentingan politik masing-masing dan keaadaan menjadi rumit apabila guru dan peneraju PIBG berbeza fahaman politik.

Sehubungan itu, saya ingin berkongsi pengamalan saya selaku Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) yang setakat ini mempunyai 36 buah sekolah angkat, daripada peringkat pra-sekolah, sekolah rendah agama, sekolah rendah kebangsaan sehingga ke sekolah menengah.

Pada awalnya, memang saya dapati ada sekolah-sekolah yang dilihat terpinggir daripada perhatian parti pemerintah, yakni UMNO. Saya cuba mencari punca kenapa perkara ini boleh berlaku.

Pendekatan yang saya ambil ialah mudah ; iaitu merapaktkan diri dengan pihak sekolah, jalinkan hubungan baik dengan pihak pengetua atau guru besar dan memberi prhatian terhadap aktiviti, soal kemudahan asas di sekolah-sekolah terbabit di samping menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.

Haislnya, guru-guru menerima pendekatan tersebut dan secara tidak langsung wujud hubungan baik sehingga sekarang, walaupun mereka tidak menyertai parti politik termasuk UMNO.

Ada pihak berpendapat, jika guru-guru dibenarkan berpolitik, mereka akan dikawal oleh akta atau dengan kata lain kegiatan politik mereka akan dipastikan tidak terbawa-bawa ke bilik darjah.

Memang saya bersetuju dengan idea terebut, tetapi soalnya sejauhmana keupayaan kita untuk melakukan pemantauan serta menguatkuasakan undang-undang atau akta tertentu untuk menghadkan kegiatan politik mereka.

Jadi, apabila kita hadkan aktiviti politik mereka menerusi akta atau kawalan, akan timbul pula tentangan kenapa mereka harus dipantau, sedangkan kebebasan sudah diperolehi ?

Saya ingin melemparkan soalan mudah: andainya kedapatan guru yang menentang kerajaan kerana kepentingan politik, apakah yang mampu kerajaan lakukan ?

Di sini, saya teringat beberapa kejadian pada sekitar tahun 80-an dulu apabila timbul isu guru kecewa kerana di 'tendang' ke pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak hanya kerana perbezaan anutan politik.

Isu 'menghumban' guru-guru ke pedalaman kerana faktor politik menjadi isu panas di Kelantan dan Terengganu suatu masa dulu, yang akhirnya mereka mengambil keputusan menyebelahi parti pembangkang.

Dalam hal ini, bukan bermakna parti pemerintah iaitu UMNO dan Barisan Nasional (BN) takut atau gentar akan terjejas apabila sejumlah besar guru-guru dibenarkan berpolitik.

Saya tidak syak mereka akan mengambil langkah menentang kerajaan, tetapi bimbang profesyen perguruan yang selama ini menjadi tunjang kepada pembentukan tamadun bangsa akan runtuh gara-gara berpolitik.

Tidak ada satu mekanisma atau jaminan bahawa warga pendidik atau guru tidak akan berpolitik secara keterlaluan termasuk di sekolah kerana mereka sudah 'dibebaskan' setelah sekian lama tidak dibenarkan berbuat demikian.

Kesimpulannya, guru perlu bersedia untuk menerima sebarang musibah kerana berlainan idelogi politik manakala profesyen perguruan yang selama ini dimuliakan oleh masyarakat sudah tercemar secara yang disengajakan.

Pada hemat saya, biarlah guru meneruskan profesyen perguruan dengan semulianya seperti yang ada hari ini kerana tanggungjawab mereka ialah mendidikan anak bangsa dengan pemikiran yang positif untuk kepentingan negara.

Tidak perlulah kita bebankan mereka dengan pelbagai isu dan kepentingan politik yang akhirnya tumpuan mereka di bilik darjah akan terbabas yang sudah tentunya akan merugikan generasi pelajar.

Warga pendidik dan guru masih boleh malah tetap memberi sumbangan yang tidak ternilai untuk memacu pembangunan negara dan menjana pembentukan generasi berilmu walaupun tidak berpolitik.

Guru adalah manusia istimewa dan keistimewaan itu sepatutnya kita pertahankan tanpa ada unsur kepentingan politik.

DAPATKAH NIK AZIZ BERKATA BENAR MENGENAI ANWAR?

Posted: 14 May 2011 06:46 PM PDT

Nik Aziz diminta berkata benar tentang Anwar
Mei 14, 11 4:27pm
 
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat perlu "berkata benar walaupun pahit" berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan tidak pernah mengeksploitasikan isu video seks berkenaan, sebaliknya polis hanya membuat siasatan kerana ia didakwa membabitkan "seseorang yang ternama".

NONE"Bila keluar video sebegitu, dan ia dikaitkan dengan yang ternama, ketua pembangkang, sudah tentu ramai nak tahu, jadi disebabkan jadi perhatian awam, kumum, pihak kerajaan bila dibawa aduan (itu), maka perlu buat siasatan dan perlu bukti fakta yang sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program bersama warga pendidik Pahang, di Kuantan, hari ini.

Mengulas kenyataan Nik Aziz yang mengatakan "tak masuk syurga tuduh Anwar" terbabit dalam video seks berkenaan, Muhyiddin berkata:

"(Ini) fatwa baru dia (Nik Aziz), saya fikir Nik Aziz biasa(nya) begitulah, dia menjawab lebih kepada bahasa politik bukan kepada hukum," katanya.

Muhyiddin berkata apa yang penting ketika ini ialah mencari kebenaran berhubung isu video seks berkenaan bagi mengelak sebarang fitnah dan tohmahan.

nik aziz and anwar selangor anti fitnah tour"Yang penting ialah mencari hak, kebenaran, katalah benar walaupun yang benar itu pahit, jadi penting bagi kita menjelaskan hal itu, dan kerajaan tidak eksploitasi untuk kepentingan politik," kata beliau.

Menjawab soalan berkenaan kenyataan Nik Aziz sekalipun polis mengesahkan bahawa pakar-pakar asing menyatakan bahawa video seks itu tulen, Muhyiddin berkata:

"Nik Aziz mudah saja, tak ada jalan, cari pada hukum, memang kita faham apa hukum, tetapi ini soal yang besar, yang pasti penting bagi pihak kita cari jalan setidak-tidaknya cari jalan, beri, cari bukti yang sah, bukti fakta sebenar untuk elak tohmahan, fitnah dan sebagainya," kata Muhyiddin.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar semalam berkata rakaman video seks membabitkan pelaku mirip Anwar telah disahkan tulen oleh pakar pengimejan video dari luar negara.

--Bernama

Dendam dan benci Melayu jejas kestabilan

Posted: 14 May 2011 06:42 PM PDT

Dendam dan benci Melayu jejas kestabilan politik

bminggu@bharian.com.my
2011/05/08

  
  • Foto
  • Foto
DALAM reaksi segera kepada permintaan Datuk Seri Najib Razak supaya PAS menarik diri daripada pakatan pembangkang, terutama DAP, hampir semua pemimpin parti berlambangkan bulan itu bulat-bulat menolaknya. Hujah Perdana Menteri bahawa PAS hanya dipergunakan, dibalas pemimpin parti itu atas alasan `tahalul siyasi' atau kerjasama politik dibenarkan Islam. Mengapa begitu sukar PAS bekerjasama dengan parti yang sama bangsa dan agama? Wartawan Berita Minggu, ROHANIZA IDRIS mendapatkan pandangan Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr Hasan Mad dan Pensyarah Kanan Sosiologi Politik Universiti Malaya (UM), Dr Noor Sulastry Yurni Ahmad.

Dr Hassan Mad
Terlebih dulu, apa pandangan anda terhadap kerjasama antara UMNO dan PAS. Adakah ia perlu.
Bagi saya, ia perlu atas nama perjuangan bangsa Melayu dan Islam. Namun, MPM melihat pelawaan Datuk Seri Najib itu bukan ajak PAS masuk UMNO atau Barisan Nasional (BN) sebaliknya menasihatkan PAS menjauhi DAP yang jelas menjadi terlalu perkauman dalam perjuangannya. Pelawaan itu juga bukan atas kapasiti Perdana Menteri sebagai Presiden UMNO atau Pengerusi BN sebaliknya peringatan daripada seorang pemimpin utama yang bimbang dengan kestabilan politik negara akibat perpecahan kaum. Kestabilan politik boleh dicapai jika pengundi Cina menjauhi DAP kerana amat jelas parti itu amat perkauman. Seruan Najib juga untuk PAS menjauhi pakatan pembangkang yang didalangi DAP.

Ramai yang buat tafsiran kononnya ia hanya bertujuan mengajak PAS masuk UMNO dan BN, tetapi kita kena hormat ideologi politik PAS dan UMNO yang jelas berbeza dan tidak perlu kita bawa PAS masuk BN. Apa yang disarankan hanya minta PAS jauhi DAP dan membentuk perpaduan dengan UMNO, bukan masuk BN. Sekarang pertelagahan PAS dan UMNO menyebabkan orang Melayu berpecah. Kita lihat seruan itu hanya dibuat kepada PAS, bukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana PKR ditubuhkan bukan atas ideologi politik, ia ditubuhkan oleh bekas ahli UMNO yang taksub kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya saja.

MPM yakin seruan Najib juga kerana beliau bimbang berlaku perpecahan di kalangan orang Melayu disebabkan perbezaan politik. Perbalahan UMNO dan PAS bukan kerana berbeza ideologi politik, tetapi kerana kebencian dan dendam antara satu sama lain. DAP berjaya menyatukan masyarakat Cina dengan cara melemahkan kepemimpinan MCA dan GERAKAN supaya mereka tidak yakin kepada kerajaan. Ia berjaya dilakukan DAP dan sangat teruk kesannya kepada negara kerana berlaku pemisahan politik berdasarkan etnik. Melayu dipisahkan oleh politik bukan kerana ideologi sebaliknya kebencian.

Ada yang percaya UMNO dan PAS langsung tidak boleh bergabung, umpama api dan air.
Secara politiknya, jika dua parti politik Melayu bergabung dalam satu 'bakul', ia akan melemah dan merugikan orang Melayu. PAS perlu ada di luar BN kerana dapat menegur UMNO. UMNO bukan parti sempurna kerana mereka ada juga membuat kesilapan. Secara praktikal, PAS paling sesuai menegur UMNO, bukan DAP. Biar PAS di luar BN dan jadi pengimbang kuasa, menegur UMNO supaya tidak silap dalam memimpin BN.

UMNO juga dari semasa ke semasa memerlukan PAS untuk kestabilan dalam BN. Apa yang diperlukan UMNO dan PAS adalah perpaduan dan ia tidak semestinya bergabung dalam BN. Kita mahu lihat UMNO dan PAS tidak mengutuk satu sama lain tetapi tegur menegur demi kepentingan bangsa. Perbalahan UMNO dan PAS seolah-olah memperlihatkan kedua-duanya bermusuh sehingga keluar maki hamun guna perkataan yang jelas tidak selari dengan budaya Melayu.

Orang Melayu boleh berbeza ideologi politik, ia bukan malapetaka, tetapi jadi malapetaka apabila berlaku perbalahan sesama Melayu, sama ada antara orang UMNO dengan PAS, UMNO dengan UMNO atau PAS dengan PAS sendiri. Sekarang kita lihat orang Melayu tidak segan silu lagi berbalah pendapat secara terbuka. PAS perlu tegur UMNO atas kapasiti politik. Jika UMNO tak dengar, barulah pihak lain seperti institusi Raja, pentadbiran dan kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) menegur mereka.

Adakah sekarang masa yang sesuai untuk PAS dan UMNO bersatu seperti orang Cina yang lebih cenderung menyokong DAP.

Kerjasama PAS dan UMNO tidak perlu jadi amaran kepada DAP atau orang Cina sebaliknya ia peringatan dan kesedaran untuk orang Melayu bersatu. Biarkan pengundi Cina terpengaruh dengan ideologi DAP yang mahu menjauhkan Cina daripada kerajaan dengan apa cara sekali pun. MPM nampak ada parti dalam BN pun terpengaruh dengan ideologi DAP. Itu pilihan pengundi Cina, tetapi orang Melayu sebagai penduduk majoriti, tak perlu takut atau lemah dengan strategi politik DAP sebaliknya kena bangun bersatu walaupun PAS di luar BN. Apa yang penting, kita mahu lebih ramai wakil Melayu dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Salah satu sebab kebangkitan NGO seperti MPM kerana tiada pihak ketiga mampu menegur pemimpin UMNO.

Dalam politik mesti ada orang luar yang menegur. Ada juga sesetengah isu orang Melayu tak perlu ditegur atau dibincangkan secara terbuka sebaliknya secara tertutup melalui musyawarah atau forum atas nama kaum Melayu itu sendiri. UMNO dan PAS jangan bertelagah secara terbuka sebaliknya cari saluran untuk membincangkan isu orang Melayu. Saya diberitahu ada gerakan daripada PAS untuk membincangkan isu Melayu dalam forum anjuran mereka dan UMNO dijemput tetapi tiada wakil UMNO hadir. Tidakkah ini satu kerugian bagi orang Melayu sendiri. Pelawaan UMNO kepada PAS bukan hanya amaran kepada PAS tetapi kepada ahli, kepemimpinan UMNO dan orang Melayu di negara ini.

Jadi, apakah halangan untuk UMNO dan PAS bekerjasama.

Halangan paling besar adalah budaya politik kedua-dua parti sudah jauh berbeza. UMNO dan PAS mengamalkan budaya politik maki hamun, benci membenci, marah, dendam dan memecahbelahkan orang Melayu... itu ditegah Islam. Kedua-duanya kata mereka parti Melayu Islam, tetapi amalkan sikap dilarang Islam. Jika dapat membuang sikap itu, perpaduan Melayu pasti berjaya. Kepemimpinan kedua-dua parti juga perlu ikhlas dan jujur seperti Hamas dan Fatah di Palestin yang sanggup berdamai selepas bermusuhan sekian lama demi perpaduan dan kemajuan bangsa Palestin. Demi perpaduan dan kemajuan orang Melayu, sudah tiba masa UMNO dan PAS berubah dan buang budaya politik membenci.

Selepas memperkatakan semua itu, apa lagi pada pendapat anda yang perlu dilakukan untuk melihat kerjasama kedua-dua parti terbabit mampu jadi kenyataan.

PAS bukan tak pernah kerjasama dengan UMNO. Dalam perspektif Islam, tidak salah, janggal atau aneh jika kita bersatu atau muafakat. Tak semestinya muafakat itu bersatu dalam satu parti tetapi boleh dilaksanakan melalui sikap mengelakkan pertelagahan secara terbuka sehingga mewujudkan mudarat pada orang Melayu. Kita kena ingat walaupun PAS menolak pelawaan itu, kalau UMNO ikhlas, mereka perlu meneruskan usaha memujuk untuk penyatuan itu. Saya percaya ramai sanggup membantu supaya wujud kerjasama ini, malah MPM sedia menyediakan ruang dan tempat atau menganjurkan forum atau perbincangan tertutup antara kedua parti Melayu ini.

Selagi berpegang kepada ideologi politik membenci satu sama lain, marah dan dendam, selagi itulah kerjasama PAS dan UMNO tidak akan tercapai. Mesti ada usaha berterusan daripada UMNO, NGO, media, ahli akademik untuk memastikan PAS menerima idea kerjasama ini demi perpaduan orang Melayu.
Kerja ini perlu berterusan, konsisten, usaha gigih dan kuat kerana ia tidak boleh berlaku sekelip mata. Saya nampak, bagi PAS mereka bukan mudah mahu terima idea ini dengan satu jemputan saja. UMNO perlu sabar dan jangan putus asa. Reaksi pertama PAS yang dilihat melenting adalah normal. Faktor personaliti dalam kepemimpinan UMNO juga antara punca penolakan PAS dan ia perlu diambil kira. UMNO perlu lihat beberapa perkara dalam parti itu yang tak dapat diterima PAS, perbetulkan dulu supaya kerjasama yang diinginkan tercapai.

Saya percaya sikap sedemikian mampu mengubah pendirian PAS. Transformasi politik dalam UMNO perlu digerakkan sekarang supaya ia dapat menarik atau meredakan kebencian PAS kepada UMNO atau orang di luar kedua-dua parti itu. Kita kena lihat apa yang dilaksanakan DAP untuk menarik pengundi Cina dan dipraktikkan UMNO serta PAS untuk menarik sokongan orang Melayu. Lagipun kini, kebanyakan generasi muda Melayu tidak ramai mendaftar sebagai pengundi kerana muak dengan politik Melayu, sama ada UMNO atau PAS. Oleh kerana UMNO lebih besar daripada PAS maka UMNO perlu lebih proaktif.


Dr Noor Sulastry Yurni Ahmad

Ramai yang melihat PAS dan UMNO ibarat api dengan air, tidak boleh bekerjasama.

Tidak bagi saya kerana saya lihat UMNO dan PAS umpama saudara kandung tetapi berlainan emak, berbeza ideologi. UMNO dengan perjuangan orang Melayu manakala PAS bawa ideologi Islam. Hendak dikatakan tidak boleh bersatu sebenarnya sejak 1970-an sudah ada, tetapi PAS keluar BN sebab tiada muafakat. Gabungan UMNO-PAS ketika itu berbeza kerana perjuangan politiknya bukan atas ideologi untuk menyatukan orang Melayu Islam. Jika pegangan agama dijadikan tunjang dalam perjuangan kedua-dua parti, tidak akan timbul masalah.

Masalahnya kini apabila kedua-dua ada ego dan mahu menegakkan 'benang basah', hanya mereka yang betul dan satu pihak lain yang salah. Ideologi mereka berbeza, maka perlu ada perbincangan dan musyawarah cari jalan bagi memakmurkan lagi parti politik selepas penggabungan atau kerjasama itu. Usaha musyawarah kedua-dua parti sudah ada sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamed, namun ego masih tidak terungkai kerana masing-masing tetap dengan ideologi mereka.

Ketika orang Melayu terus berbalah, orang Cina lebih bersatu dan kini cenderung menyokong DAP. Apa pandangan anda.

Sokongan kepada DAP wujud sejak pilihan raya kecil di Sibu, malah bibit itu ada pada Pilihan Raya Umum ke-12. Pengundi Cina oportunis, jika ada peluang naikkan taraf hidup dan menyuarakan hak mereka, mana-mana parti yang dapat penuhi kehendak itu, akan diundi. Aliran sokongan ini akan terus berlaku pada pilihan raya umum akan datang. Undi pengundi India kepada BN juga perlu diberikan perhatian.

Jadi jika ada kerjasama UMNO dan PAS atas nama perpaduan Melayu, ia tidak boleh dilihat sebagai amaran kepada pengundi Cina, bukan Melayu atau pengundi Melayu sendiri kerana Malaysia tidak mengamalkan politik perkauman. Bukan Melayu sudah terima dan akui seperti termaktub dalam Perlembagaan, Melayu golongan majoriti yang amalkan agama Islam dan bukan Melayu bebas mengamalkan adat, agama dan budaya mereka.

UMNO dan PAS perlu bersatu bukan atas nama politik sebaliknya atas perjuangan Islam. Pada saya, PAS sedar DAP lebih beruntung atas kerjasama ini, tetapi menafikannya kerana ego. Datuk Seri Hadi Awang dan Datuk Nik Aziz Nik Mat dilihat ada pendirian sendiri. Mereka rasa mereka betul sehingga menafikan orang lain yang lebih betul daripada mereka.

Ego kedua-dua pemimpin parti ini perlu dibuang, mereka perlu berbincang dan berfikir untuk masa depan umat Islam. PAS rela hati masuk pakatan pembangkang, sedangkan ada pilihan berjuang sendiri. PAS ada pilihan tidak bersekongkol dengan DAP atau PKR. Kerjasama PAS dengan DAP dan PKR wujud tanpa paksaan, tetapi ramai tak faham kenapa mereka perlu bersama dalam satu pakatan.

Jika PAS tahu mereka boleh berjuang atas nama Islam tanpa bantuan PKR atau DAP, mengapa perlu teruskan hubungan tanpa 'ikatan sah' itu. PAS sebenarnya sengaja tidak mahu memikirkan kedudukannya sejak penubuhan Barisan Alternatif pada 2004 lagi kerana percaya akan jadi lebih kuat jika terus bergantung kepada DAP dan PKR. Mereka tidak mahu masuk BN kerana beranggapan kedudukan tidak akan berubah. PAS sebenarnya neutral, tetapi pada saya, mereka jual mahal walaupun sudah banyak kali dijemput menyertai BN. Saya khuatir suatu hari nanti kerana terlalu jual mahal, PAS pula akan 'terjual'.

Mungkin penggabungan tidak berlaku kerana ada pemimpin khuatir akan hilang jawatan dalam parti masing-masing.

Penggabungan bukan bererti PAS dibubar dan ahlinya masuk UMNO, sebaliknya jadi komponen BN. PAS tidak perlu tukar nama jadi 'NOPAS' misalnya. Maksudnya, Hadi masih presiden, cuma dalam penggabungan ini, UMNO perlu dengar pendapat PAS. UMNO yang menjemput jadi mereka perlu hormat tetamu. PAS pula perlu diberi ruang lebih besar menyatakan hasrat dan harapannya dalam penggabungan itu.

UMNO dan PAS perlu bincang bagaimana mahu menjalinkan kerjasama memajukan kedua-dua parti. Perbincangan pula hanya tertumpu kepada UMNO dan PAS, bukan BN. Selepas penyatuan itu berjalan lancar baru bincang dalam BN. Jika ini dilaksanakan mungkin kepemimpinan PAS bersedia untuk menerima pelawaan UMNO. Perlu ada jaminan yang jelas dalam penggabungan supaya PAS tahu tanggungjawab dan peranan mereka, begitu juga UMNO.

PAS tidak mahu bergabung dan 'melukut di tepi gantang' kerana mereka parti besar. Jadi UMNO perlu wujudkan garis panduan penggabungan termasuk tugas, peranan serta sumbangan PAS. Begitu juga pengagihan kerusi pilihan raya. Persoalannya adakah UMNO bersedia dengan konsep perkongsian nisbah kerusi itu.

Mungkin juga PAS khuatir akan hilang sokongan pengundi Cina jika bekerjasama dengan UMNO.

Pada saya PAS parti aneh kerana beranggapan mereka unik. Jika kita lihat parti politik di negara ini, PAS memang aneh kerana penubuhannya berdasarkan perjuangan Islam manakala parti lain atas dasar demokrasi, perkauman dan simpati. Ahli setiap parti lain pelbagai kaum tetapi PAS hanya orang Melayu Islam atau mualaf.

PAS melangkaui batas kaum kerana berorientasi agama. Pernah ada cadangan PAS terima bukan Melayu sebagai ahli bersekutu namun ditolak. Berbeza dengan UMNO yang jelas menyatakan bukan Melayu boleh menyertai mereka dengan jadi ahli komponen dalam BN. Islam agama yang luas dan tidak merumitkan, tetapi PAS merumitkan keahlian walaupun mendakwa perjuangkan Islam. Jika PAS buka keahlian bersekutu kepada bukan Islam, mungkin tidak timbul masalah mendapat sokongan bukan Islam.

Saya tahu PAS tidak ada pemikiran begitu kerana perjuangan mereka jelas, namun pandangan bukan Islam berbeza kerana mereka tidak faham. Apabila PAS menempel atau menumpang parti lain dalam pakatan pembangkang, mereka sebenarnya bergoyang dan bila-bila masa boleh jatuh. Duduk di bawah bayang DAP tidak sihat untuk PAS yang ada sokongan kuat pengundi Melayu.

Jadi, apa sebenarnya halangan terbesar penggabungan UMNO dan PAS.

Ideologi perjuangan, kepemimpinan dan struktur dalam parti adalah halangannya. UMNO bergabung dengan parti lain dalam BN, jadi tidak boleh menidakkan pandangan parti lain jika mahu bergabung dengan PAS. UMNO bukan hanya perlu beritahu kepada parti komponen, mereka juga perlu beri penjelasan mengenai penggabungan itu.

Untuk PAS, parti itu tidak perlu berbincang dengan DAP atau PKR kerana mereka berdiri atas kaki sendiri atau individualistik. UMNO perlu ambil kira pendapat komponen supaya tidak dilihat sebagai parti pentingkan diri.

Apabila UMNO dan PAS bergabung, hubungan dengan komponen perlu diambil kira.
Persoalannya adakah komponen BN sedia bekerjasama dengan PAS. Ini semua perlu dikupas kerana UMNO adalah 'treler panjang' yang bersamanya MCA, MIC, GERAKAN dan sebagainya. Satu lagi halangan adalah pantang larang atau cakap-cakap pihak luar seperti pendapat pihak lain, lebih-lebih lagi jika reaksinya negatif.

BERSETIA, BERSATU, BERKHIDMAT.

Posted: 14 May 2011 06:39 PM PDT

 

Kesetiaan ahli UMNO diuji


2011/05/15

NAJIB bersama pemimpin tertinggi parti sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-65 di PWTC, Rabu lalu. - Foto Abdullah Yusof
NAJIB bersama pemimpin tertinggi parti sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-65 di PWTC, Rabu lalu. - Foto Abdullah Yusof
Kemenangan PRU Ke-13 jadi keutamaan bukan soal jawatan, calon

JIKA melihat usianya yang sudah menjangkau 65 tahun, UMNO bukan saja dewasa malah sudah matang.

Justeru, mereka yang berada dalam parti ini sama ada di cawangan, bahagian, negeri mahupun dalam Putera, Puteri, Pemuda, Wanita serta Majlis Tertinggi, semestinya matang dengan perubahan atau transformasi yang sedang berjalan.
Transformasi yang dibawa kepemimpinan UMNO kesan kemerosotan sokongan akibat tsunami politik pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU Ke-12) pada 2008 - jika diteliti - kini sedang memasuki fasa terakhir.
Malah Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan sambutan ulang tahun parti terbesar orang Melayu itu, Rabu lalu dengan tegas menyatakan bahawa hanya kemenangan parti pada pilihan raya nanti yang menjadi keutamaan, bukan soal pembahagian jawatan atau siapa yang dicalonkan.

Beliau juga lantang menegaskan akan menguji kesetiaan ahli UMNO pada PRU Ke-13, melihat sama ada mereka akan menyerahkan mandat sepenuhnya kepada pucuk pimpinan memilih calon bertanding atau akan adakah lagi suara sumbang yang kemudian disertai sabotaj dalaman.

Kesetiaan ahli UMNO akan diuji sama ada mereka akan terus bersatu padu serta sama-sama bekerja keras dalam satu jentera yang mantap bagi memastikan kemenangan parti pada PRU Ke-13 kelak walaupun tidak terpilih menjadi calon.

Persoalannya, mengapa Presiden UMNO mahu membuat ujian sedemikian. Adakah beliau belum yakin dengan ahli pada peringkat akar umbi atau itu cabarannya untuk melihat kesetiaan dan perubahan dalam parti yang diterajuinya sejak 2010.
Penganalisis politik, Prof Shamsul Adabi Mamat melihat ucapan Najib itu lebih kepada peringatan buat akar umbi kerana mungkin sudah ada cubaan sesetengah pihak melobi untuk menjadi calon terutama sejak beberapa minggu lalu apabila banyak pihak membuat andaian mengenai PRU Ke-13.

Beliau berpandangan mesej Presiden itu sudah jelas dan diulang kembali kerana dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, calon yang dipertaruhkan parti bukan pun ketua bahagian atau 'orang lama' tetapi mereka yang punya latar belakang bersih, boleh bekerja untuk parti dan diterima baik pengundi.

Justeru, mesej Najib kali ini satu lagi penegasan jelas bahawa keutamaan UMNO adalah mengekalkan sokongan rakyat kepada parti bukan politiking. Tidak perlu lagi ada yang tampil melobi mahu jadi calon, membodek, cah keting, mengugut atau merayu simpati termasuk `menunjukkan muka' pada setiap majlis dihadiri Presiden parti.

Paling menjengkelkan ada orang mahu jadi calon pilihan raya muncul di lapangan terbang setiap kali Perdana Menteri mahu berangkat ke luar negara.

Laungan Presiden UMNO turut bergema pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) di Putrajaya, Disember lalu dan antara yang disentuh adalah mengenai kesetiaan ahli parti serta berkhidmat bersungguh-sungguh kepada rakyat dan sering mendampingi atau turun padang mendengar masalah masyarakat.

Profesor Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Datin Paduka Dr Ramlah Adam berpandangan peringatan Najib itu sebagai peringatan ulangan kepada ahli UMNO bahawa parti itu berhadapan cabaran besar di dalam dan luar parti.

"UMNO perlu lebih kuat berbanding pada 1999 atau 2004 kerana berhadapan beberapa cabaran yang perlu diselesaikan sebelum PRU Ke-13. UMNO juga perlu mendapatkan sokongan generasi muda di luar parti, profesional dan pengundi di kawasan bandar," katanya.

Malah, katanya, sikap tamak, gila kuasa dan takut kehilangan jawatan sesetengah pemimpin peringkat cawangan dan bahagian ditambah sikap tertutup terhadap pengundi baru serta berpuak-puak perlu dikikis agar UMNO bertambah kuat menghadapi cabaran semasa.

Tepatlah apa yang dilaung dan dihajatkan Najib, kini terpulang kepada pemimpin serta ahli sama ada mahu menyahut laungan itu atau terus-terusan bersikap jengkel demi kepentingan peribadi walaupun sedar ia boleh menambah layu perjuangan parti.

Oleh Rohaniza Idris dan Zanariah Abd Mutalib

TAHNIAH KEPADA MANCHESTER CITY

Posted: 14 May 2011 06:31 PM PDT

PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini, (kiri) bersama penyerangnya, Carlos Tevez meraikan kemenangan selepas menewaskan Stoke City pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Wembley, London, awal pagi tadi. Keputusan City 1, Stoke 0. - Foto AP
May 15, 2011 6:30 am

ADAKAH LIM KIT SIANG AKAN IKUT MENTORNYA...?

Posted: 14 May 2011 06:29 PM PDT


KARPAL, NIK AZIZ BAGAIMANA ? YANG LEPAS DIA KATA KALAU PARTI CALUNKAN DIA AKAN TERUSKAN. SEBENARNYA YANG NAK ADALAH .................... LU FIKIRLAH SENDIRI.....
 
Kuan Yew, Goh bersara dari kabinet Singapura
 
Menteri Mentor Lee Kuan Yew dan Menteri Kanan Goh Chok Tong membuat keputusan untuk berundur daripada Kabinet, sekali gus merintis laluan bagi Perdana Menteri Lee Hsien Loong serta pasukannya mempunyai rekod kerja tanpa apa-apa kesilapan masa silam.

NONEDalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, kedua-dua pemimpin itu berkata: "Kami telah pun mengkaji situasi politik terbaru dan memikirkan bagaimana ia boleh menjejaskan masa depan.

"Kami telah pun memberi sumbangan kepada pembangunan Singapura. Masanya sudah tiba bagi generasi muda untuk membawa Singapura maju ke hadapan dalam situasi yang lebih sukar dan rumit.

"Perdana Menteri dan pasukan pemimpin muda beliau perlu mempunyai rekod kerja tanpa apa-apa kesilapan masa silam. Generasi lebih muda, selain mempunyai kerajaan bebas rasuah dan meritokratik serta menikmati taraf hidup yang tinggi, juga ingin lebih melibatkan diri dalam keputusan yang memberi kesan terhadap mereka," kata kedua-dua pemimpin itu.

Selepas berakhirnya pilihan raya umum yang menjadi titik perubahan, kedua-dua pemimpin berkata: "Kami membuat keputusan untuk berundur daripada Kabinet dan menyerahkan kepada kumpulan menteri muda sepenuhnya untuk mendekati dan melibatkan diri dengan kalangan generasi muda dalam membentuk masa depan Singapura kita.

"Namun pasukan muda harus sentiasa mengingati kepentingan generasi lebih tua. Generasi yang telah memberi sumbangan kepada Singapura mesti dijaga dengan baik," kata mereka.

--Bernama

Gaji wakil rakyat dari air mata rakyat

Posted: 14 May 2011 06:24 PM PDT

JANGAN MARAH INI DARI JAKARTA HA...

Dari Jakarta

DI negara Republik Indonesia hari ini, golongan yang tidak pernah berhenti daripada menerima tekanan bertubi- tubi daripada masyarakat ialah wakil rakyat.

Satu demi satu tekanan diletakkan di bahu anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) bermula dengan kehendak mereka untuk bekerja di sebuah bangunan pentadbiran baru yang serba gah.

Rancangan pembinaan bangunan baru untuk anggota DPR dikecam teruk kerana kos pembinaan menara pentadbiran itu dianggarkan menelan kos sebanyak Rupiah 1.2 trilion (RM420 juta).

Belum cukup kontroversi itu, terdapat pula laporan mengenai kos perbelanjaan anggota DPR ke luar negara yang dianggap tidak munasabah dan menghabiskan duit rakyat.

Reputasi anggota DPR bertambah buruk apabila seorang anggotanya, Arifinto dari Parti Keadilan Sejahtera terperangkap dengan lensa kamera jurugambar apabila dia ghairah menonton video lucah semasa persidangan berlangsung.

Kes terbaru yang sudah seminggu didebatkan dia media-media tempatan pula satu laporan menggemparkan menunjukkan anggota DPR secara keseluruhan membelanjakan Rupiah 151 bilion (RM54 juta) untuk bil telefon setiap tahun.

Forum Transpirasi Bajet Indonesia (Fitra) menyatakan anggota DPR diberi peruntukan sangat tinggi untuk penggunaan telefon bimbit.

Setiap seorang anggota DPR menerima 14 juta rupiah (RM4,896) sebulan atau 168 juta rupiah (RM58,726.) setahun untuk kredit telefon dan tambahan 102 juta rupiah (RM35,663) setahun ketika waktu sidang berehat.

"Maka, setiap ahli Parlimen menerima 270 juta rupiah (RM94,463) setiap tahun untuk kredit telefon sahaja," kata wakil Fitra, Ucok Sky Khadafi.

Isu ini bukan perkara kecil bagi sebilangan besar rakyat Indonesia yang ketika ini sedang mengikat perut untuk meneruskan hidup. Apa lagi dengan keadaan semasa yang memperlihatkan pendapatan rakyat Indonesia sangat rendah.

Hal ini menambahkan krisis keyakinan terhadap wakil rakyat Indonesia kerana hampir 30 juta rakyat negara ini hidup dalam serba kemiskinan.

Namun, di sisi lain, golongan yang dipertanggungjawab untuk membela nasib rakyat berpeluang hidup mewah dan mengabaikan keperluan orang-orang di bawah.

Elaun bil telefon yang diterima wakil DPR merupakan salah satu daripada ganjaran kecil yang disediakan pemerintah.

Selain elaun itu, mereka juga menerima habuan yang dirumuskan sebagai lumayan berbanding dengan kualiti kerja yang tidak mencapai apa yang dikehendaki oleh negara.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan oleh DPR, setiap bulan anggota DPR membawa pulang gaji paling kurang sebanyak Rupiah 51.5 juta (RM18,000)

Kepada sesetengah daripada kita pendapatan sebanyak itu barangkali tidak terlalu besar berbanding gaji ketua-ketua eksekutif di syarikat konglomerat.

Namun, kepada sebilangan rakyat Indonesia, pendapatan wakil rakyat mereka terlalu lumayan jika mahu dibandingkan dengan kualiti kerja mereka atau khidmat yang diberikan kepada rakyat.

Justeru, isu yang menjadi perhatian utama di kalangan rakyat Indonesia ialah apakah berbaloi para wakil rakyat atau anggota DPR dibayar sebanyak itu sedangkan, tugas yang dipikul tidak memberi kesan yang efektif.

Apa lagi dengan pelbagai berita negatif yang sering dilaporkan di media tempatan berhubung perilaku anggota dewan menyebabkan keyakinan rakyat semakin terhakis. Inilah cabaran paling besar yang harus dipikul oleh DPR. Sikap tidak bertanggungjawab para anggotanya menyebabkan integriti mereka dipersoal.

Bukan sekadar menonton video porno ketika sidang berlangsung, bahkan banyak lagi isu lain yang dicetuskan anggota dewan setiap masa dan ketika.

Ada ketika, sebilangan besar daripada anggota dewan tidak menghadiri ketika sidang plenary berlangsung. Lalu, bagaimana kumpulan ini boleh diyakini untuk memimpin rakyat?

Isu-isu kompleks inilah yang mencetus kemarahan dan kebimbangan yang memuncak di kalangan rakyat kepada wakil yang dilantik untuk membuat keputusan yang ada kaitan dengan kepentingan rakyat jelata.

Seandainya tugas dilaksanakan dengan baik serta kebajikan rakyat dipelihara, isu ganjaran yang diterima barangkali tidak akan dipertikaikan.

Sayang sekali, harapan yang disandarkan kepada mereka tidak ditunaikan. Harus sentiasa diingat bahawa setiap wang yang diterima mereka adalah daripada air mata rakyat Indonesia yang membayar cukai.

Setiap seorang daripada individu tidak kira siapa perlu meneliti tanggungjawab mereka. Kalau tidak mampu untuk memimpin rakyat, undurlah diri secara terhormat.

Jangan biarkan rakyat menderita di kemudian hari ketika wakil rakyat sedang bergembira dengan wang yang dibelanjakan hasil daripada keringat rakyat yang memerlukan pembelaan

ORANG MELAKA CUKUP KENAL LGE.

Posted: 14 May 2011 06:21 PM PDT


Guan Eng amal double standard

PULAU PINANG 14 Mei - Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa mengamalkan sikap double standard apabila melarang akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada sesi akan datang.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, jika Setiausaha Agung DAP itu benar-benar mengamalkan dasar kebebasan bermaklumat (FOI), perkara tersebut tidak seharusnya berlaku.

Menurutnya, jika Guan Eng mendakwa Utusan Malaysia sering menyiarkan berita berunsur fitnah, akhbar dan portal propembangkang lebih dahsyat lagi.

"Perkara biasalah kalau akhbar mengkritik. Ia sebahagian daripada amalan FOI, itu normal.

"Cuba baca Roket, Harakah dan Suara Keadilan. Mereka lagi teruk menyiarkan fitnah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Taman Muhibah, Batu Maung di sini hari ini.

Zahrain sebelum itu menyampaikan sumbangan kerusi, meja dan khemah kepada Surau Islamiah di taman berkenaan.

Baru-baru ini, sidang DUN Pulau Pinang meluluskan usul supaya akhbar Utusan Malaysia dilarang membuat liputan sesi persidangan atau berada di pekarangan DUN kerana didakwa membuat laporan tidak tepat mengenai kos ubah suai banglo Ketua Menteri berjumlah RM1.5 juta.

Keputusan itu dibuat selepas Utusan Malaysia dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN./td>

LAWATAN PM KE QATAR..

Posted: 14 May 2011 06:18 PM PDT


PM selamat tiba di Qatar untuk lawatan rasmi dua hari

DOHA 14 Mei — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha di sini untuk memulakan lawatan rasmi dua hari.

Pesawat yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di lapangan terbang itu pada pukul 4.30 petang (9.40 malam waktu Malaysia).

Ketibaan mereka disambut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman dan Duta Besar Malaysia ke Qatar, Ahmad Jazri Ahmad Johar.

Turut menyambut ketibaan Perdana Menteri dan isteri ialah Menteri Negara bagi Hal Ehwal Luar Qatar, Ahmad Abdullah Al-Mahmoud selaku menteri pengiring.

Ini lawatan pertama Najib ke Qatar sejak menjadi Perdana Menteri.

Esok, Najib dijangka melakukan kunjungan hormat ke atas Emir Qatar, Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani manakala Rosmah pula mempunyai acara berasingan melawat sebuah pusat pendidikan di sini. - BERNAMA

BOLEHKAH PENCALONAN MAT SABU DITERJEMAHKAN KEPADA UNDI ?

Posted: 14 May 2011 06:13 PM PDT

Pas menanti penuh minat siasatan rakaman video seks - Nasharudin

KUALA LUMPUR 14 Mei - Pas mengikuti perkembangan isu rakaman aksi seks didakwa melibatkan lelaki mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran pengumuman terbaru polis mengenai ketulenan video itu seperti disahkan pakar luar.

Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, ini kerana parti itu dan masyarakat secara amnya kini semakin tertanya-tanya mengenai langkah susulan kesemua individu yang terlibat dengan isu video tersebut serta tindakan lanjut polis.

"Kita pegang kenyataan polis yang mengatakan video itu tulen seperti telah disahkan mereka (polis) sebanyak dua kali tetapi apa tindakan polis dan pihak terlibat seterusnya, adakah sebarang pendakwaan atau saman kerana isu ini berlarutan.

"Saya tidak mahu jawab soalan sama ada identiti individu (dalam rakaman) itu perlu didedahkan tetapi cukup sekadar mengatakan kami menanti penuh minat siasatan dan perkembangan seterusnya dan mengenai pemilihan parti akan datang, itu kita bincang lain kali," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, polis mengesahkan rakaman video seks membabitkan pelaku didakwa mirip Anwar adalah tulen setelah pasukan itu mendapatkan khidmat pakar pengimejan video dari luar negara dipercayai Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar ketika mengumumkan perkara itu berkata, tiada keperluan undang-undang untuk pihaknya mendedahkan pelaku di dalam video terbabit.

Sebelum ini, seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendedahkan video itu bersumpah laknat dengan mendakwa pelaku di dalam rakaman itu merupakan Anwar namun sehingga kini, Anwar belum mengemukakan saman terhadap Eskay atau bersumpah bagi menafikannya.

Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pengesahan polis mengenai ketulenan video berkenaan buat kali kedua adalah pelik serta boleh menyebabkan kredibiliti pasukan tersebut dipersoalkan.

"Tidak kira sama ada disahkan pihak tempatan ataupun pakar AS, kita semakin tidak mempercayainya kerana polis seperti tidak berani mendedahkan pelaku dalam video tersebut. Jadi saya tiada komen lanjut," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mohamad Sabu yang dijangka bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti Jun ini ketika dihubungi berkata: "Kalau isu video seks, saya tidak mahu memberikan kenyataan, minta maaf."

SELAMAT HARI GURU 2011.

Posted: 14 May 2011 06:05 PM PDT

pilihan peribadi Azhad
Nuffnang Ads
Sajak Hari Guru
116Share

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu ketika itu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Logo Hari GuruSambutan perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan bagi bagi tahun ini akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Perdana Menteri Malaysia dijangka akan merasmikan majlis ini. Tema Hari Guru kali ini adalah Guru Cemerlang Negara Terbilang manakala tahun lepas pula ialah Guru Penjana Modal Insan Gemilang.

Bersempena Hari Guru ini, disenaraikan di bawah ini beberapa sajak yang ditujukan kepada para guru untuk tatapan dan renungan bersama.


Abadi Dalam Harum Nama

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

Ismala
1988


Bunga Sirih untuk Guru

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu


Dia Seorang Guru

Dia seorang guru tua sebuah sekolab
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989


Guruku

Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.

Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.

Zam Ismail
Seremban
1985


Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang
1988


Pelita Sebuah

Dengan sinar cahaya
di malam gelita
kelip-kelip warnanya
menerangi kamar alam
sekian lama malam
merantai kegelapan
akhlrnya kukenal siang
berwajah suram
alangkah indahnya cluma
kuhhat di dalam terang.

Pelita sebuah
membawa cahaya ilmu
hutan menjadi terang
gua malam
bercahaya api
lautan menjadi tenang
gelombang clan karang
dapat direnang
kujelajahl malam
tanpa bimbang.

Ami Masra
UPM Serdang
1988


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Tiada ulasan:

Catat Ulasan