Selasa, 17 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 16 May 2011 11:40 PM PDT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Wesak Day Celebration at Bandar Utama

Posted: 16 May 2011 11:39 PM PDT

YB Sivarasa, Ahli Parlimen Subang telah diberi penghormatan untuk melancarkan perayaan menyambut Hari Wesak oleh Persatuan Penganut Buddha Bandar Utama. Turut hadir bersama adalah YB Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan.

Perayaan bermula dengan mengibarkan Jalur Gemilang, nyanyian lagu Negara-ku dan ucapan perasmian oleh YB Sivarasa. Ini diikuti dengan persembahan oleh kanak-kanak persatuan tersebut serta upacara doa untuk memberkati semua yang hadir dan mendoakan pendamaian untuk Malaysia.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Sivarasa mengingatkan semua yang hadir mengenai tanggungjawab masing-masing untuk bersuara menuntut  Keadilan untuk semua. Sepertimana dalam ajaran Gautama Buddha, apa yang kami lakukan sekarang hasilnya adalah untuk generasi yang akan datang.

Begitu juga, sekiranya kami pilih untuk berdiam diri, walaupun melihat ketidak adilan dalam masyarakat; maka anak cucu kami lah yang akan menerima padah nya.




Perayaan Hari Wesak di Bandar Utama dijadikan lebih bermakna lagi dengan adanya program menderma darah dan juga sumbangan sebanyak RM35,000 membantu mangsa Tsunami di Jepun.

Wesak Day Greetings

Posted: 16 May 2011 06:58 AM PDT

I would like to extend my greetings and best wishes to all Buddhists on this special day.


The teachings of the Lord Buddha especially on the subject of peace has brought tremendous benefits to his believers all over the world including Malaysia.

Let us use the occasion of the birth of his Holiness Lord Buddha to become even more aware of the challenges that the nation is facing at this particular period of our history.

We must remember that whatever we do today, the results would only be appreciated in the future.

Similarly, if we choose not to act now, our children and their children may suffer the consequences.

Thus I urge everyone to dare to stand up for truth and justice and what better time to start doing that than on this special day, Wesak Day which is of course a triple celebration of the birth, enlightenment and the passing of the Lord Buddha.

I wish all celebrating Buddhists a Happy and Blessed Wesak Day.

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 16 May 2011 11:07 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Saya bertanding kawasan DUN saja

Posted: 16 May 2011 09:19 PM PDT

Didalam kawasan DUN yang ditandingi oleh pemimpin-pemimpin peringkat negeri seperti saya, maka pandai-pandai saya sendirilah nak atur program parti, kukuhkan organisasi, buat aktiviti, tambah ahli dan tambah ranting.

Kalau nasib sedikit baik, boleh buat ceramah panggil pimpinan pusat atau pimpinan dari negeri-negeri lain.

Kawasan DUN yang bukan termasuk didalam kawasan Parlimen yang ditandingi oleh PKR juga tidaklah menjadi tumpuan Pusat, hanya menjadi tumpuan PKR Negeri. Pandai-pandailah aturkan ceramah dengan memanggil pimpinan Negeri.

Bagaimana pun, DUN Jenderak ditempat saya bertanding, ada juga masanya pimpinan Pusat sudi datang. Pertama datang kerana gembar-gembur politik yang saya hayunkan. Saya berpegang kepada motto: Buat kerja belum tentu menang, tak buat kerja sudah tentu tidak menang.

Saya tidak menghabiskan masa dengan sia-sia. Setiap hari ada saja kerja parti dan kerja masyarakat yang saya buat. Mesyuarat, pertemuan, tambah ahli, tambah ranting, daftar pengundi baru, buat ceramah, dan bertemu serta bersembang dengan anggota masyarakat di kedai-kedai kopi dan pekan-pekan sari. Buat edaran rumah ke rumah menjadi agenda mingguan yang seolah-olah sudah diwajibkan. Begitu juga tampal poster. Tenaga kerja tidaklah begitu ramai walaupun ahli-ahli ramai. Saya kurang yakin bahawa ahli yang ramai boleh melakukan kerja parti dengan baik.

Oleh kerana itu saya buat task force. Saya pecahkan DUN Jenderak kepada 4 zon. Zon 1 adalah untuk perkampongan Orang Asal. 3 orang dari setiap kampong diletakkan dialam task force zon 1 diketuai oleh Sdr Kin, Basri, Mustafa, Nazmi dan Wan Kisan.

Zon 2 adalah kawasan Felda diketuai oleh Zaleha dan Awang.

Zon 3 adalah kawasan bersempadan dengan DUN Kerdau dari Kg Chengkenik, ke Gajah Mati, Kg Jenderak, Kg Dato Shariff, Taman Bahagia membawa ke pekan Kuala Krau dan kawasan-kawasan Taman disitu diketuai oleh Sdr Razak Husin, dan Sdr Srinivasan.

Manaka Zon 4 adalah dari Pekan Kuala Krau ke Kg Masjid, Kg Seboi, Kg Kuala Mai, Gong Halt, Kg Sg Mai Estet dan Kg Paya Sok diketuai oleh Sdr Ramli dan Sdr Khalid.

Walaupun task force ini mengandungi keanggotaan keseluruhannya tak melebihi 20 orang, tetapi Alhamdulillah, kami berjaya membuat edaran rumah ke rumah dan menampal poster sekurang-kurangnya 2 minggu satu kali.

Memandangkan kerja kami berjadual, maka ramai juga pimpinan pusat dan pimpinan dari Negeri-Negeri lain mahu melihat kami, dan memberikan bantuan kepada kami.

Kami nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Che'GuBard, Felicia Ling, yang tak jemu-jemu datang membantu, dan ada juga pimpinan pusat yang sudi memberi ceramah seperti Sdr Rafizi, Nik Nazmi, Saifuddin Nasution, Chua Jui Meng, Tian Chua, Chai Tong Chai, Chang Lih Kang, Siti Aishah, Zuraida Kamaruddin dan banyak lagi.

Saya memang ada memohon supaya Azmin Ali dan Dato Seri Anwar hadir ke Jenderak. Agak-agaknya kerana dah terlalu menjemukan kerana saya sentiasa membuat jemputan, Anwar sudi hadir ke Jenderak, walaupun Jenderak bukan kawasan Parlimen yang ditandingi dan bukan kawasan tumpuan, maka pada 28hb Mei 2011 dia akan hadir juga ke Felda Jenderak Utara jam 8.30 malam.

Kamii curi-curi begitulah masa pimpinan pusat untuk hadir ke DUN Jenderak, moga-moga kehadiran mereka itu memberikan perangsang kepada anggota-anggota parti.

Saya tidak dapat hendak mengucapkan ribuan terima kasiih kepada Dato Fauzi Abdul Rahman, kerana dia tidak pernah menolah berceramah di Kuala Krau dan kadang-kadang pula menghulukan bantuan dan sumbangan bagi menjayakan program kami.

Hanya Allah swt sahajalah yang boleh membalas baik budi Dato Fauzi Abdul Rahman, Amiin.

Saya bertanding kawasan DUN saja

Posted: 16 May 2011 09:19 PM PDT

Didalam kawasan DUN yang ditandingi oleh pemimpin-pemimpin peringkat negeri seperti saya, maka pandai-pandai saya sendirilah nak atur program parti, kukuhkan organisasi, buat aktiviti, tambah ahli dan tambah ranting.

Kalau nasib sedikit baik, boleh buat ceramah panggil pimpinan pusat atau pimpinan dari negeri-negeri lain.

Kawasan DUN yang bukan termasuk didalam kawasan Parlimen yang ditandingi oleh PKR juga tidaklah menjadi tumpuan Pusat, hanya menjadi tumpuan PKR Negeri. Pandai-pandailah aturkan ceramah dengan memanggil pimpinan Negeri.

Bagaimana pun, DUN Jenderak ditempat saya bertanding, ada juga masanya pimpinan Pusat sudi datang. Pertama datang kerana gembar-gembur politik yang saya hayunkan. Saya berpegang kepada motto: Buat kerja belum tentu menang, tak buat kerja sudah tentu tidak menang.

Saya tidak menghabiskan masa dengan sia-sia. Setiap hari ada saja kerja parti dan kerja masyarakat yang saya buat. Mesyuarat, pertemuan, tambah ahli, tambah ranting, daftar pengundi baru, buat ceramah, dan bertemu serta bersembang dengan anggota masyarakat di kedai-kedai kopi dan pekan-pekan sari. Buat edaran rumah ke rumah menjadi agenda mingguan yang seolah-olah sudah diwajibkan. Begitu juga tampal poster. Tenaga kerja tidaklah begitu ramai walaupun ahli-ahli ramai. Saya kurang yakin bahawa ahli yang ramai boleh melakukan kerja parti dengan baik.

Oleh kerana itu saya buat task force. Saya pecahkan DUN Jenderak kepada 4 zon. Zon 1 adalah untuk perkampongan Orang Asal. 3 orang dari setiap kampong diletakkan dialam task force zon 1 diketuai oleh Sdr Kin, Basri, Mustafa, Nazmi dan Wan Kisan.

Zon 2 adalah kawasan Felda diketuai oleh Zaleha dan Awang.

Zon 3 adalah kawasan bersempadan dengan DUN Kerdau dari Kg Chengkenik, ke Gajah Mati, Kg Jenderak, Kg Dato Shariff, Taman Bahagia membawa ke pekan Kuala Krau dan kawasan-kawasan Taman disitu diketuai oleh Sdr Razak Husin, dan Sdr Srinivasan.

Manaka Zon 4 adalah dari Pekan Kuala Krau ke Kg Masjid, Kg Seboi, Kg Kuala Mai, Gong Halt, Kg Sg Mai Estet dan Kg Paya Sok diketuai oleh Sdr Ramli dan Sdr Khalid.

Walaupun task force ini mengandungi keanggotaan keseluruhannya tak melebihi 20 orang, tetapi Alhamdulillah, kami berjaya membuat edaran rumah ke rumah dan menampal poster sekurang-kurangnya 2 minggu satu kali.

Memandangkan kerja kami berjadual, maka ramai juga pimpinan pusat dan pimpinan dari Negeri-Negeri lain mahu melihat kami, dan memberikan bantuan kepada kami.

Kami nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Che'GuBard, Felicia Ling, yang tak jemu-jemu datang membantu, dan ada juga pimpinan pusat yang sudi memberi ceramah seperti Sdr Rafizi, Nik Nazmi, Saifuddin Nasution, Chua Jui Meng, Tian Chua, Chai Tong Chai, Chang Lih Kang, Siti Aishah, Zuraida Kamaruddin dan banyak lagi.

Saya memang ada memohon supaya Azmin Ali dan Dato Seri Anwar hadir ke Jenderak. Agak-agaknya kerana dah terlalu menjemukan kerana saya sentiasa membuat jemputan, Anwar sudi hadir ke Jenderak, walaupun Jenderak bukan kawasan Parlimen yang ditandingi dan bukan kawasan tumpuan, maka pada 28hb Mei 2011 dia akan hadir juga ke Felda Jenderak Utara jam 8.30 malam.

Kamii curi-curi begitulah masa pimpinan pusat untuk hadir ke DUN Jenderak, moga-moga kehadiran mereka itu memberikan perangsang kepada anggota-anggota parti.

Saya tidak dapat hendak mengucapkan ribuan terima kasiih kepada Dato Fauzi Abdul Rahman, kerana dia tidak pernah menolah berceramah di Kuala Krau dan kadang-kadang pula menghulukan bantuan dan sumbangan bagi menjayakan program kami.

Hanya Allah swt sahajalah yang boleh membalas baik budi Dato Fauzi Abdul Rahman, Amiin.

Perjumpaan yang bermenfaat dengan YB Elizabeth Wong

Posted: 16 May 2011 05:51 PM PDT

Saya bersama-sama dengan anggota-anggota Task Force Felda Negeri Selangor berpeluang menemui YB Elizabeth Wong di Pejabatnya di Shah Alam pada jam 5.30 petang semalam, hadir dipertemuan itu adalah Sdr Rebin Birham, Setiausaha Task Force Felda Selangor, Sdr Zulkifli, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Johor, Sdr Amri, Sdr Aziz kedua-duanya adalah Jawatankuasa Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Selangor, Sdr Cikgu Nahar dan rakannya daripada PAS.

Perbincangan kami adalah berpusat kepada kemudahan yang dipohon oleh peneroka-peneroka Felda Gedangsa, isu pemberian geran tanah kepada peneroka-peneroka Fasa 6 Felda Suharto, geran tanah untuk peneroka-peneroka Felda Sungai Tengi Selatan dan tanah yang sudah dikenalpasti di Felda Suharto untuk perumahan generasi kedua.

Saya membukakan gelanggang perbincangan untuk mendapat tindakan terakhir dari YB Elizabeth Wong.

Mengenai tanah untuk perikanan air tawar di Gedangsa, YB Eli menyatakan bahawa perbincangan telah dibuat dengan Pegawai Daerah Hulu Selangor, dan Pejabat Tanah tidak mempunyai apa-apa masalah untuk mengeluarkan tol dengan syarat Felda tidak menghalang kerana tanah itu dalam perimeter Felda, dan Kerajaan Selangor akan berbincang dengan Felda agar dapat memberi kebenaran.

Mengenai tanah fasa 6 di Felda Suharto itu, saya memberitahu YB Eli akan peruntukan yang ada didalam GSA dimana pihak berkuasa terhadap tanah adalah Kerajaan Negeri Selangor, dan mengikut GSA Felda hanyalah agensi pengurusan sahaja dan tidak ada kuasa terhadap tanah.

Saya ceritakan tentang apa yang dilakukan oleh Kerajaan PAS Negeri Terengganu dulu di Felda Kerteh 1 dimana Felda menentang pemberian geran kepada peneroka-peneroka disana. Tetapi Kerajaan Negeri sebagai pihak yang berkuasa keatas tanah mengarahkan Pejabat Tanah berkenaan mengeluarkan geran tanah untuk ladang di rancangan itu untuk diserahkan kepada peneroka-peneroka. Dan geran-geran tanah diberikan oleh Pejabat Tanah.

Saya nyatakan bahawa tanah di Fasa 6 Felda Suharto serta semua tanah di Felda Sungai Tengi Selatan boleh diberikan geran diatas kuasa Kerajaan Negeri Selangor.

Sdr Aziz menerangkan bahawa peneroka-peneroka di Felda Sungai Tengi Selatan sudah mendiami kawasan itu sejak 30 tahun yang lampau. Sudah lama menjelaskan BK (hutang kepada Felda) dan membayar CAC melalui Felda. Mengikut GSA, sebaik sahaja CAC sudah dijelaskan maka berhak bagi Kerajaan Negeri mengeluarkan geran tanah kepada peneroka-peneroka berkenaan walaupun tidak disyorkan oleh Felda. Itu hak Kerajaan Negeri, dan berharap Kerajaan Negeri dibawah Pakatan mengambil peluang dan melaksanakan peruntukan undang-undang seperti yang dinyatakan didalam GSA dan Kanun Tanah Negara.

Sdr Rebin memberitahu bahawa satu diskusi khas akan diadakan mengenai GSA (Group Settlement Act) untuk dihadiri oleh semua EXCO dan wakil-wakil rakyat PR di Selangor dan panel kepada diskusi itu terdiri daripada mereka yang pakar disegi undang-undang yang akan dipimpin oleh Sdr Sivarasa. Tarikh diskusi yang akan dijalankan di Sekretariat Negeri Selangor sudah ditetapkan dan dipersetujui oleh YB Eli.

Melalui diskusi itu, akan diperjelaskan undang-undang GSA dan kuasa-kuasa yang ada di tangan Kerajaan Negeri dan kedudukan Felda yang hanya berperanan sebagai pengurusan sahaja dan tidak mempunyai kuasa terhadap tanah. Namun, oleh kerana semua pihak sudah sepakat seolah-olah Felda berkuasa 100% terhadap tanah-tanah didalam rancangan Felda, dan semua pihak tidak didedahkan dengan Undang-Undang GSA dan ucapan Tun Razak semasa membentangkan Rang Undang-Undang GSA di Parlimen pada tahun 27.4.1960 dulu mereka mengandaikan bahawa Felda (and only Felda) berkuasa untuk pengurusan dan berkuasa keatas tanah, termasuklah kerajaan-kerajaan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Saya menerangkan bahawa apa yang didedahkan didalam Buku Jingga untuk PR memansuhkan Felda Plantation adalah sebenarnya sudah termaktub didalam GSA dan tak perlu menunggu PR memerintah Putrajaya untuk melakukannya. Hanyakan, Felda sudah pasti menjadikan isu ini isu yang panas, dan tak akan sudah-sudah menyerang pemansuhan itu jika PR belum memerintah.

Sebenarnya, jika mana-mana Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat berani dan sanggup memansuhkan Felda Plantation, seluruh warga peneroka boleh memberikan sokongan kerana yang akan mendapat faedah dan menfaatnya adalah anak-anak peneroka Felda yang rata-rata sekarang ini tidak mempunyai pekerjaa yang tetap dan masih tinggal bersama ibu-bapa walaupun sudah berumah tangga.

Satu lawatan kerja oleh Jawatankuasa Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan dibuat pada 21hb Mei 2011 di Felda Suharto dan Felda Gedangsa dan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin masyarakat peneroka, dan lawatan ini akan diikuti dengan lawatan kerja oleh YB Eli ke Felda Sg Tengi Selatan, Felda Suharto dan Felda Gedangsa.

Suatu kursus untuk pemimpin-pemimpin muda dari Felda Gedangsa, Felda Suharto, Felda Sg Tengi, Felda Sg Tengi Selatan dan Felda Sungai Buaya akan diadakan di Selangor pada 24, 25 dan 26hb Jun 2011 anjuran Task Force Felda Negeri Selangor, dan kertas kerjanya telah pun diserahkan kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor dan salinannya diserahkan oleh Sdr Rebin Birham kepada YB Eli.

Cerita2 lama orang Temerloh

Posted: 16 May 2011 04:47 PM PDT

Pagi tadi selepas Suboh, saya pergi ke Kedai yang popular didepan Restoran SZ Rahmah nak beli nasi lemak dan roti canai. Di Rumah saya hari ini ramai juga kerana ipar saya dan seorang anaknya dan 2 orang cucunya ada, mereka akan pulang ke Melaka selepas sarapan pagi.

Maka saya belilah 9 bungkus nasi lemak. Sementara menunggu nasi lemak dibungkus, ramai di kedai itu yang saya kenali. Mereka ajak saya duduk bersama mereka untuk sembang-sembang kosong.

Walaupun kosong tapi isinya padat dengan cerita-cerita lama. Persoalan mulanya ada berhubung kait dengan kes Anwar. "Meluat betul, tak sudah-sudah mereka nak aibkan, malukan Anwar, orang kampong dah naik meluat, tak sudah-sudah" kata seorang yang berkopiah putih yang kalau dikira umurnya sudah menjangkau 70-an, giginya dah jarang-jarang.

"Haji, awok gi mana malam tu, kome (kami) kat sini jer, tak larat gi jauh-jauh, tapi kat sini pun ribuan juga yang datang, Mat Sabu taulah ceritanya tak mengeringkan gusi, telopong orang-orang tua macam koi (saya) ni nengornya (mendengarnya)" kata seorang lagi bertanya saya.

"Saya gi nengor Anwar di Kerayong, dalam hujan lebat, penuh dengan manusia, dan selepas Nuar di Kerayong dia gi pulok (pulak) kat Felda Purun, ribuan orang ada disana." kata saya.

Jawab dik (oleh) sorang lagi, "Ah zaman ni, buat ceramoh dekat-dekat pun orang tetap ramai, orang nak dengor cerita alternatif, tak terdaya jugek nak makan nasi sambal belacan, pagi, petang siang malam".

"Dulu katanya lagi nok gi KL kena bawok bekal, isi dalam upih, goren ikan takok dan sambal gesek, sampai jer kat Llentang, bas pun berenti, dan semua bukok (buka) nasi bekal, dan makan disitu. Dah habih (habis) seme (semua) makan bas pun bertolak semula ke Kuala Lumpur nuju ke Jalan Melaka, senun (disana) lah baru nak cari basikal roda 3 ke, teksi ke, ke tempat nok dituju."

Katanya lagi: "kalo (kalau) nak buat ceramoh di kampong, kene (kena) pasang lampu gaslin (gaslamp), pam, pam barulah ceroh (bercahaya) di rumah, bukan ada pembesor suara, suara asli tulah yang dipakai. Yang nengor ceramoh itu adalah dalang (dalam) 20 orang, tu pun dah kuatlah, tapi mase (masa) tu tak de (tiada) lah nok pakai permit-permit polih (polis), bebaah (bebas) nak buat ceramoh, polih tak ganggu, UMNO buat hak dia, PRM buat hak dia, PAS buat hak dia, sedap zaman tu. Radio, surat khabor, tak gila-gila nyokong satu parti jer macam sekarang."

Ceritanya lagi: "Kawan pernoh ikut Pak Sako gi ceramoh. Kome ni kene tolong pikul bateri untuk pembesor suara. Naik motor sangkut (boat berenjin) mudik ke hulu dari Kuala Semantan. Singgoh (singgah) di Balik Gantang (Kg Berhala Gantang), Bintang, Sanggang dan Sanggang Seberang, tidur dalam motor sangkut tu lah, kadang-kadang sampai 3 hari tak balik-balik rumoh (rumah). Pok Sako cakap orang Temerloh jer, cerita pasal jering, petai, air perigi. Dan dia pun mengaku dia yang bawok Jepun ke Malaya, dia kata dia tindik hidung Jepun tu, dia eret Jepun tu macam kerbau dia letok (letak) Jepun tu di merata tempat, dan lepas tu, Jepun tu tawan Malaya, dia cakap gitu sebab En Yahya (UMNO) seumor tuduh Pok Sako yang bawok Jepun ke Malaya. Dan Pok Sako juga mengaku dia yang bawok boh (banjr) meroh (merah) taun (tahun) 26, dia kata susohnya lah manusia dik boh yang dia bnawok. Itu cara Pok Sako matohkan (mematahkan) tuduhan parti lawan. Dan Pok Sako hanya kalah seribu lebih undi jer di Temerloh pada waktu itu, taun berapa hek, tak silap koi taun 1964, tak gitu Haji, awok yang seumor ikut Pok Sako masa tu." Dia pandang kepada saya. "Ha'ah," jawab saya, "Yer ke 1964, bukan 1958?" saya tak berapa ingat.

"Awok duk di rakit masa tu, kan Haji" tanya kawan disebelah saya. "Haah," jawab saya. Sebenarnya saya tinggal di rakit Temerloh.

"Masa ayoh koi baru bebas dari tahanan politik Inggeris, kome (kami) sekeluarga) duduk di rakit di muara Sg Sementan. Semelah (semualah) ada di rakit tu, ayoh, mok, aki, wan, abang Dol, Abang Din, Abang Ri, Adik Jaenoh (Jaenah) dan koi, dan ada seorang pupu, yang kini menjadi mok kepada ahli EXCO Kerajaan Pahang, orang UMNOlah anoknya tu, itu hai (hal) dia, saudara tetap saudara, perjuangan asing-asing." hentak saya.

"oih, awok ni Haji ramai sangat wakil-wakil rakyat Temerloh ni bersaudara dengan awok, Sabbaruddin Chik, Dato Haryani, Dato Sarkar, awok ni rugi dah duduk kat Pembangkang" kata Pak Haji, bekas Imam masijid kampong saya.

"Rugi?" jawab saya. "Sebab ada orang macam koi (saya) nilah UMNO/BN itu dapat kita kontrol sikit, kalo (kalau) tidok (tidak) dah licin harta dan khazanah Negeri Pahang ni digodam dik mereka tu. Sekarang ni pun dah habih (habis) tanah Negeri Pahang, balok (balak), emas, bijih Pahang ni dikobek dik mereka, dia berbagi-bagi balok macam harta mok-bapok mereka punya".

"Awok memang gitu Ji," kata seorang lagi. "Mana ada orang Temerloh ni yang sanggup kena tangkap bawoh ISA sampai dua kali macam awok, jasa awok kepada peneroka-peneroka Felda bukan sedikit, kawan ingat lagi ngikut awok gi cermoh di Felda, awok kata Felda tak patut kerana nok beri geran tanoh ladang berkongsi 20 orang atas nama Koperasi, awok yang lawan, awok tuntut supaya dikeluarkan geran secara individu. Awok juga menentang bayaran yang diptong dari elaun peneroka tentang jalan pertanian setiap bulan, tapi jalan pertanian tetap jugek tak elok, potong baja, tapi baja penuh dengan tanoh (tanah) aje, hak perwarisan yang ikut cara syarak dan undang-undang tanoh, awok membela nasib peneroka-peneroka, tapi bila awok kena tahan ISA berapa orang peneroka yang ingat kat awok. Saya sanjung awok Ji, tapi awok ni macam lilin, membakor (membakar) diri sendiri untuk terangkan orang lain. Nasib awoklah Ji. Awok bukan tak ada pilihan. Orang Temerloh tak ada yang terdedoh (berpeluang) macam awok, awok pernoh (pernah) kerja dengan Tunku Abdul Rahman, dengan Tun Razak hingga Tun Razak taworkan (tawarkan) menjadi calon BN pun awok tolok, Tuanku Pahang pun awok rapat masa tu, tapi awok ni orang degil, nok berjuang, berjuan, berjuang, apa awok dapat? Berapa lama ngat orang nak kenang jasa dan budi awok ni? Kalo koi, tak nok buat kerja sia-sia gini." syarahan dia. "Tapi Ji, koi tetap sokong awok. Awok orang Temerloh, saudara ramai, kawan ramai, seme orang termasuk Cina Kg Baru tu kawan awok, yang awok lari ke DUN Jenderok tu, buat apa? Bukan kampong awok, ssaudara mara pun tak ada, terkoteng-koteng awok disana, tapi masa 2008 tu, awok berjaya kurangkan majoriti BN sampai 50%. Awok baliklah tanding di Temerloh ni Ji, ambik kawasan DUN ke, kawasan Parlimen ke, awok ni jenih (jenis) orang tak tau duk diam, kerja-kerja-kerja untuk parti, tak penat-penat, kadang-kadang koi rasa awok ni bodoh jugalah." katanya.

Saya tersenyum sahaja mendengar "pidato"nya, ada macam puji saya, ada macam hentam saya, ada macam sayang saya, ada macam benci saya.

"Ha'ah-ha'ah (ya ya)" sampuk yang lain. "Ji, baliklah ke Temerloh Ji, tanding sini Ji, ni kampong awok, kami tak dapat undi awok kalo tanding di Jenderak tu."

"Mari kita cakap pasal hal lainlah, saya ni orang parti, kalau parti suruh saya tanding lagi, saya tanding, kalau tak suruh, saya membantu parti, jadi calon ni tak penting bagi saya, tapi yang penting parti saya (PKR) mesti menang kali ini di Temerloh dan juga di Jenderak." kata aya.

"Insya Allah" kata saya bahawa kali ini Pakatan Rakyat (PKR-PAS-DAP) akan memerintah Putrajaya. Tak banyak sangat dah tambahan yang kita perlukan. Dapat tambahan dalam 15 kerusi lagi, kita sudah boleh ambil alih Putrajaya. Dan saya meramalkan di Pahang sahaja kita boleh tambah 3 lagi kerusi Parlimen untuk PR. Di Sarawak kalau kita lihat undi terkumpul dikawasan-kawasan yang ditandingi Pembangkang memungkinkan kita menang tidak kurang dari 8 kerusi Parlimen, dan tambahan di Sabah tidak kurang dari 4 atau 5 kerusi lagi. Di Semenanjung ni, serata-rata PR akan tambah kerusi. Selepas PRU-13 ni, Insya Allah Najib akan jadi Ketua Pembangkang. Dan Menteri-Menteri yang buat taik, akan diadili di Mahkamah yang adil, bukan Mahkamah kangaroo macam di bawah BN ni.

Kemudian seorang demi seorang keluar dari kedai restran itu, ada yang beli roti canai, nasi lemak, laksan, kuih-kuih, ada yang sudah makan di kedai tu.

Nasi lemak yang saya order sudah siap, kena RM33.50 sen. Saya pun bayar, dan ucapkan Assalamualaikum kepada yang masih ada di kedai.

"Esuk datang lagi Ji, yer," kata towkay kedai. Adiknya kahwin dengan anak buah saya, anak kepada Abang Ri saya.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Posted: 16 May 2011 11:04 PM PDT

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


DAP mahu KDN bertindak, dakwa Umno lindungi Perkasa

Posted: 16 May 2011 01:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Mei — DAP menggesa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan terhadap Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang melahirkan kesediaan melancarkan "perang jihad" ke atas komuniti Kristian jika meneruskan agenda mahu "merampas" kedudukan Islam di negara ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein harus mengambil tindakan terhadap mana-mana individu termasuk Ibrahim yang menyemarakkan api perkauman dan keagamaan.

"Keengganan Umno mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali dan Perkasa akan mewujudkan suasana tidak aman selain akan berlaku ketegangan di kalangan rakyat Malaysia.

"Selain itu, ia menunjukkan seolah-olah Umno melindungi Perkasa walaupun Perkasa cuba menghasut rakyat membenci komuniti Kristian.

"Keengganan Menteri Dalam Negeri mengesahkan lagi Umno sekadar berlakon untuk melindungi Ibrahim dan Perkasa," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Lim (gambar) yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan laporan berunsur fitnah terbitan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian Agama Rasmi?", 7 Mei lalu, memberi peluang keemasan Ibrahim untuk mewujudkan kebencian kepada komuniti Kristian.

"Pembohongan yang berbahaya oleh Utusan Malaysia telah memberi satu peluang keemasan kepada pelampau-pelampau seperti Ibrahim Ali untuk mecetuskan kebencian dan menghasut permusuhan di kalangan rakyat Malaysia.

"Hishammuddin terus mempertahankan Ibrahim Ali dan Perkasa walaupun mahu melancarkan jihad menentang komuniti Kristian, bayangkan bagaimana jika komuniti Kristian melancarkan jihad menentang orang Islam... sudah pasti dia akan ditangkap dengan segera," katanya.

Dalam ceramah di Gombak kelmarin, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang.

Bagaimanapun Hishammuddin menegaskan apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.

"Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau (masyarakat) Muslim (negara ini). Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam.

"Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tolong jangan salah petik saya, tetapi saya mengatakan ada tahap pemahaman yang berlainan," katanya.

Semalam, Presiden Gerakan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon meminta polis agar menyiasat ucapan-ucapan Ibrahim sejak beberapa hari lalu.


Sumber: The Malaysian Insider

Ibrahim, nak 'berjihad' pun bayar 'hutang' dulu

Posted: 16 May 2011 01:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali diingatkan agar tidak menyalahgunakan kalimah 'jihad' apatah lagi menyelitkan agenda politik Machiavelli.

AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menyatakan demikian sebagai merujuk kepada kenyataan terbuka Ibrahim bahawa beliau dan Perkasa sanggup melancarkan 'perang salib' atau 'jihad' untuk menentang rakyat Malaysia yang beragama Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini seperti yang tersebar dalam laman web Malaysiakini bertarikh 15 Mei 2011 dan lain-lain laman web berita.

"Saya menasihatkan agar beliau tidak menyalahgunakan kalimah 'jihad' apatah lagi menyelitkan agenda politik Machiavelli untuk mengekalkan Umno BN terus berkuasa dengan konsep jihad sebenar yang suci dan bersih," ujarnya dalam satu kenyataan.

Pertama, katanya isu yang berbangkit mengenai kumpulan Kristian ingin menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi adalah samar-samar dan berunsur fitnah sedangkan Islam tidak mengizinkan jihad dilancarkan atas kedudukan yang samar-samar seperti ini.

Kedua, ujarnya Perkasa sendiri adalah badan bermotif politik yang jelas mempertahankan sesetengah kemungkaran dengan cara tidak menegur atau bersuara amalan seperti korupsi, kehilangan rule of law, kepincangan sosial, kecelaruan dasar-dasar dan kegagalan Umno BN selama ini.

Bahkan, kata beliau hanya menggunakan isu-isu kaum dan agama bagi kepentingan politik sebelah pihak yang menunjukkan Perkasa tidak berpijak atas ajaran Islam yang syumul dan tidak layak membangkitkan isu jihad yang seharusnya tulen dan bersih.

"Sebagai contoh, di manakah Perkasa apabila Presiden MCA selaku rakan utama Umno dalam BN datang ke Kelantan untuk mengubah amalan tidak mengizinkan premis-premis perjudian dibuka bagi rakyat Kelantan yang majoriti 95% beragama Islam," katanya.

Ketiga, ujarnya kekeliruan yang berlaku dalam politik negara pada hari ini ialah kerana kebimbangan Umno BN kehilangan kuasa hasil 'kemungkaran' politik dan ekonomi yang berterusan yang telah ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia pelbagai kaum.

Menurutnya, jika jihad hendak dilaksanakan mengikut keutamaan ajaran Islam, kepincangan-kepincangan yang berterusan yang dilakukan oleh Umno BN adalah lebih utama diperbetulkan.

Keempat, jelasnya Islam menganjurkan pendekatan yang menarik hati manusia lain contohnya sepertimana yang dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam Surah 'Ali Imran ayat 159 yang bermaksud: "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya."

"Jika diamati ayat ini, sekiranya Perkasa ingin menguatkan lagi Islam, ia boleh dilakukan bukan hanya dengan kata-kata yang berapi-api tetapi dengan polisi dan amalan yang selari dengan Islam seluruhnya seperti berlaku adil, dan good governance/tatakelola yang baik.

"Akhir sekali, nasihat saya kepada Datuk Ibrahim Ali, jika beliau ingin terus 'berjihad', saya sarankan beliau mengembalikan semula kerusi parlimen Pasir Mas terlebih dahulu kepada PAS yang beliau tandingi juga atas tiket PAS dalam PRU-12 yang lalu," ujarnya.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan secara sinis berkata, orang yang hendak berjihad adalah wajib membayar hutang terlebih dahulu kerana ruh orang tidak membayar hutang tergantung antara bumi dan langit.

"Kerusi parlimen Pasir Mas adalah dikira sebagai 'hutang' Datuk Ibrahim Ali," katanya.


Sumber: Harakah Daily

Nik Aziz nasihatkan Anwar banyak bersabar

Posted: 16 May 2011 01:48 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Mei: "Saya nasihatkan supaya DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) banyakkan bersabar, kezaliman akan kalah jua akhirnya," ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Saya diberitahu tentang keputusan mahkamah yang memerintahkan DSAI membela diri dalam kes liwat II.

"Nampak sangat bahawa DSAI cuba disabitkan bersalah dalam apa jua keadaan sekalipun," tulis Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan di laman twitter.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, berdasarkan bukti beliau mendapati ada kes prima facie sekaligus mengarahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membela diri.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Peguam bela utama Karpal Singh dalam hujahnya sebelum ini juga berkata pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.

Katanya, saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya.


Sumber: Harakah Daily

Kes Anwar : Najib, Rosmah Dan Musa Hassan Akan Dipanggi

Posted: 16 May 2011 01:44 AM PDT


KUALA LUMPUR 16 MEI : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan akan dipanggil sebagai saksi pada perbicaraan liwat fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan depan.
Ketua Pembangkang itu berkata beliau sudah menjangka Hakim Zabidin Mohamad Diah akan mengarahkannya untuk membela diri atas tuduhan itu namun terkejut kerana Zabidin memberi penghakiman seolah-olah beliau sudah pun didapati bersalah,
Dalam memberi keputusan itu pagi tadi, Zabidin menerima sepenuhnya semua bukti pendakwaraya, termasuk keterangan Saiful dan pakar-pakar perubatan dan pegawai polis yang sering bercanggah dan mengelirukan.
Contohnya Saiful mendakwa beliau "dipaksa' melakukan liwat itu namun mengakui selepas kejadian itu, beliau minum kopi dan makan karipap sebelum pulang ke rumah.
Beliau juga mendakwa tidak membuang air besar selama 48 jam namun doktor yang memeriksanya mendapati dubur Saiful kosong.
Hakim Zabidin bagaimanapun mendapati Saiful seorang saksi yang bercakap benar dan berwibawa.
Zabidin juga bersetuju bahawa sampel-sampel DNA rosak kerana disimpan terlalu lama tetapi menegaskan kerosakkan itu tidak menjejaskan hasil keputusan.
"Saya tidak terkejut dengan keputusan kerana saya tahu sistem kehakiman kita tetapi keputusan itu mengejutkan seolah-olah yang dibuat (hakim) itu hukuman terus. Semua keterangan yang dibawa oleh pendakwa seolah-olah sah.
"Oleh yang demikian kita harus siap membela diri untuk mempertahankan kebenaran kita dan mendedahkan kotor dan jijiknya sistem yang cuba menggunakan mahkamah sebagai alat mainan politik," ujarnya.

"Maka keputusan kita akan memanggil Datuk Najib, Rosmah, Khairul Anas, Mumtaz. Selain daripada keterangan-keterangan perlu untuk dedahkan bagaimana seluruh sistem polis dan pendakwa diperalatkan," tambah Anwar.

Khairul Anas adalah pegawai khas kepada Najib. Mumtaz adalah rakan karib kepada isteri Perdana Menteri. Kedua-dua mereka dilaporkan terbabit dalam mengatur pertemuan antara pengadu Saiful Bukhari Azlan dengan Najib dan Rosmah.

Dalam pada itu Anwar memberitahu media terdapat laporan mengatakan bahawa pihak polis melakukan intimidasi kepada saksi yang bakal dipanggil pada sesi pembelaan Jun nanti.

Hakim Zabidin menetapkan 6 hingga 30 Jun 2011 sebagai tarikh pihak peguambela mengemukakan hujah pembelaan dan memanggil tiga puluh orang saksi yang disenarai pendekkan bagi memberi keterangan.

Ini termasuk pegawai perubatan Hospital Pusrawi, Dr Osman Hamid iaitu individu pertama memeriksa Saiful selain tuan rumah unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Hassanuddin Abdul Hamid yang berada bersama Anwar sepanjang hari kejadian.

Ratusan penyokong Anwar hadir di mahkamah hari ini untuk memberi sokongan kepada Ketua Pembangkang itu. Mereka melaungkan "Reformasi" dan "Bangkit Rakyat" dalam suasana yang mirip kepada kebangkitan gerakan rakyat menolak penindasan apabila Anwar dipecat dari Umno dan kerajaan pada tahun 1998.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.
Penyokong-penyokong Anwar tiba seawal jam 4.30 pagi dan berkumpul ke Masjid Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang itu.
Mereka juga bersarapan nasi lemak yang berbungkuskan akhbar Utusan Malaysia sebagai protes simbolik mengenai peranan akhbar milik Umno yang didakwa menyiarkan pelbagai fitnah dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat.
Penyokong juga menunaikan solat hajat subuh sebelum beredar ke mahkamah. Ada yang datang sejauh dari kawasan kerusi parlimen Anwar di Permatang Pauh dan terdapat juga beberapa bas yang dari Gopeng, Perak.
Beberapa anggota pemuda PKR membantah tindakan pihak polis yang membuat sekatan jalan ke perkarangan kompleks Mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini.
Ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat masuk ke bilik perbicaraan kemudian menyantikan lagu 'ole ole' dengan lirik 'bebas, bebas, bebas, bebas, bebas Anwar, bebas Anwar'.
Mereka juga membawa sepanduk yang tertera "Hapuskan Politik Fitnah", " Rakyat Bangkit Lawan Fitnah" dan mesej-mesej lain yang menuntut keadilan untuk ditegakkan.


Sumber: TVSNEWS

Projek Langat 2, Kerajaan Pusat Terus Takutkan Rakyat

Posted: 16 May 2011 01:41 AM PDT


SHAH ALAM 16 MEI : Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan tindakan media kawalan Umno-Barisan Nasional(BN) dengan mendakwa tiga kawasan padat penduduk dan maju seperti di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal berdepan krisis bekalan air menjelang 2014 merupakan satu lagi usaha Kerajaan Pusat untuk menekan Kerajaan Negeri supaya memberi sokongan terhadap Projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Malah menurut Dr Dzulkefly, usaha berterusan daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hanya untuk menakut-nakutkan rakyat serta disifatkan sebagai satu desakan yang tidak bertangggung jawab.

Dr Dzulkefly berkata, laporan SPAN yang mengatakan margin simpanan air akan merosot ke paras merbahaya dalam masa empat tahun akan datang adalah berbeza dengan pandangan Lembaga Urusan Air Selangor (LUAS) dan badan bukan kerajaan (NGO) lain yang pernah membuat penilaian mengenainya.

"Kalau Kementerian Tenaga, Teknlogi Hijau dan Air (KeTTHA) dan SPAN benar-benar mahu memastikan Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Putrajaya tidak mengalami defisit mahupun kekurangan air pada tahun 2014 sepertimana yang digembar-gemburkan.

" KeTTHA dan SPAN perlu segera menamatkan pertikaian serta persoalan dalam pemberian pajakan itu kepada kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Dr Dzulkefly berkata demikian ketika dihubungi Tv Selangor bagi mengulas laporan akhbar Harian Metro bahawa SPAN mendakwa margin simpanan air di tiga wilayah utama iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan pengurangan ketara dari setahun ke setahun.
Ujar Dr Dzulkefly lagi, usaha menakutkan dan menekan kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim adalah sesuatu yang tidak wajar semata-mata untuk menyokong kerajaan pusat bagi melaksanakan projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang menelan belanja RM8.6 bilion kerana ia telah dipersetujui oleh kerajaan negeri sebelum ini ketika Selangor diterajui Barisan Nasional (BN).

"Projek sebesar ini perlu diberikan penilaian yang teliti kerana kita telah diperingatkan oleh pakar-pakar ekonomi dan para analisis serta investment analise daripada investment bankers bahawa projek-projek mega yang dikendalikan kerajaan pusat seperti empangan Bakun, PKFZ dan yang lain lazimnya akan berakhir dengan pelbagai lebihan kos.
"Ianya jelas dari sudut kos efektifnya dimana ia tidak boleh diyakinkan mengapa pembayar cukai yang perlu membayarnya dan yang paling ketara adalah Bakun iaitu projek dengan lebihan kos yang mencecah hampir RM1 bilion," katanya.

Tambah Dr Dzulkefly, Kerajaan Pusat seharusnya sedar bahawa Kerajaan Negeri akan sentiasa berusaha untuk mencari sumber air yang lain tanpa perlu menjejaskan pengguna dan rakyat Selangor khususnya.

Katanya lagi, usaha itu bukan sahaja akan menjimatkan kantong negara malah ia tidak memerlukan kos besar kerana Selangor merupakan salah satu negeri yang mempunyai sumber air terbesar di negara ini.

"Melalui sumber air bawah tanah ini kalau dihitungdari sudut kos ianya jauh lebih murah yakni senisbah kecil dari lapan billion tak sampai pun ratusan juta berbanding dengan lapan ribu juta," katanya.

SPAN semalam dilaporkan berkata margin simpanan air di tiga wilayah utama iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan pengurangan ketara dari setahun ke setahun.

Pengurangan di tiga wilayah utama itu juga dijangka akan berkurangan sebanyak enam peratus (263 JLH sehari) pada 2010 kepada 4.98 peratus (221 JLH) pada 2011, 5.25 peratus (244 JLH) pada 2012 dan kepada 0.4 peratus atau 19 JLH pada 2013.

SPAN turut menjangkakan menjelang akhir 2014 margin simpanan air ini akan mengalami defisit sebanyak 217 JLH dan jumlah defisit ini akan meningkat kepada 460 JLH pada 2015 dan ia berada pada tahap kritikal.


Sumber: TVSNEWS

Liwat II: Kes prima facie, Anwar diperintah bela diri

Posted: 16 May 2011 01:35 AM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

court anwar trial 160511 police and crowd jostling as anwar exitHakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai danditerima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "berwibawa."

"Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri," katanya Mohamad Zabidin dalam penghakiman lebih dua jam.

Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

anwar court trial 160511 crowd after decisionMendengar penghakiman itu, Anwar mengeluh manakala isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata keputusan itu satu lagi hari yang sedih untuk keadilan.

Mohamad Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan seketika untuk menentukan tarikh bagi mendengar pembelaan Anwar.

Beliau kemudiannya menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk menyambung perbicaraan kes liwat peringkat bela diri.

anwar court trial 160511 police lineup outside lobbyHakim Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan dan hujah daripada Peguamcara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, dan peguam-peguam bela diketuai Karpal Singh di penghujung kes pendakwaan.

Pihak pendakwaan menyimpulkan kes mereka pada 24 Mac, dengan 26 saksi memberi keterangan di perbicaraan yang bermula 3 Feb tahun lalu.

Mohd Saiful, 25, saksi utama pendakwaan yang memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan memberitahu mahkamah mengenai kejadian yang didakwa itu.

anwar court trial 160511 anwar press conference outside court buildingButir-butir kejadian didengar secara tertutup walaupun beliau memberi keterangan di mahkamah terbuka mengenai persekitaran yang mendorong beliau membuat laporan polis terhadap Anwar.

Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun, 2008.

Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.


Sumber: Malaysiakini

Helah simpati: PKR tuntut Zahid Hamidi mohon maaf

Posted: 16 May 2011 01:22 AM PDT

Naib presiden PKR N Surendran menuntut naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf dan menarik balik satu kenyataannya sebelum ini bahawa ugutan culik yang diterima ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai helah untuk mendapatkan simpati.

Surendran juga berkata, Ahmad Zahid sebagai seorang menteri kanan tidak sepatutnya membuat kenyataan berkenaan memandangkan ianya prejudis ke atas kes yang masih dalam siasatan polis.

NONE

"Kenyataan Zahid itu tidak benar, tidak patut dan sangat prejudis ke atas siasatan polis yang dijalankan ke atas ugutan penculikan itu," kata Surendran.


Tambahnya, Ahmad Zahid sepatutnya menunjukkan keprihatinan terhadap ugutan yang didakwa telah dilakukan ke atas anak Nurul.

"(Sebaliknya) Zahid telah mencemarkan kedudukannya dengan bermain politik," kata Surendran lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Ahmad Zahid itu adalah berhubung tindakan Nurul Izzah yang membuat laporan polis pada Jumaat lalu berhubung satu kiriman SMS ugutan yang diterima oleh ahli parlimen berkenaan daripada seorang individu tidak dikenali.

Nurul Izzah mendakwa, kandungan SMS itu mengugut bahawa anaknya akan diculik jika Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersara daripada dunia politik.

"Kita juga memohon jaminan daripada polis bahawa sisasatan ke atas ancaman penculikan ini dijalankan dengan cepat dan adil," kata Surendran lagi.


Sumber: Malaysiakini

Anwar Ibrahim

Posted: 16 May 2011 07:42 PM PDT

Anwar Ibrahim


Anwar To Chat Live With Yahoo! Users

Posted: 16 May 2011 05:36 AM PDT

By http://my.news.yahoo.com/anwar-to-chat-live-with-yahoo–users.html

Klik Herehttp://my.news.yahoo.com/questiontime/

Parliamentary Opposition Leader and former deputy prime minister Anwar Ibrahim will be the first Malaysian to appear on Yahoo! Malaysia’s newly-launched interactive 'Question Time' segment at 11:30 am this Thursday, May 19. The politician will spend at least an hour with Yahoo! Malaysia editors who will act as facilitators during the live chat session.

Early indications point to a strong interest in this event from Yahoo! users not only from Malaysia but also from South East Asia and other parts of the world where Anwar has a strong following.

The live Q&A session will be conducted via the 'Cover It Live' platform, which features real-time chat sessions. Yahoo! Malaysia Country Editor S Vicknesan said it was a great opportunity for the man-(and woman)-in-the-street citizen to interact directly with Anwar, one of the country’s most prominent politicians.

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim, left, and his wife Wan Azizah arrive at a courthouse in Kuala Lumpur, …
“Questions from our audience, which can be in English and Bahasa Malaysia, must be concise, on topic, to the point and relevant to the discussion at hand,” he said, adding that brevity would be important due to the large volume of participants expected.

“Of course, Yahoo! users need no reminding with regards to respecting the dignity of the forum as the conversations they generate will help raise the level of political discourse in Malaysia.

“We will try our best to accommodate all questions but constraints of time and volume may not allow this. We pray for the understanding of our users," he said, adding that the main aim of the event was to provide a more direct and frequent link for interaction between the Malaysian public and their leaders.

‘Empowerment for voices’

In a pre-event release, Anwar said the live session was an opportunity for him to hear the 'concerns of the wider audience' and questions people may have on the path of Malaysian politics.

"I am excited to be working with Yahoo! on this interview as they demonstrate their commitment to provide an open and truly transparent platform to communicate and engage with people.

“I want to hear the concerns of the wider audience and address any questions that people may have about the future of politics in Malaysia. The Internet delivers true empowerment for voices, however small, to be heard" said Anwar.

Anwar, politically active since his days as a radical Muslim youth leader, has one of Malaysia’s most remarkable political careers. Once seen as the country’s brightest political star, he was elevated to the deputy prime minister-ship by former premier Dr Mahathir Mohamad, who, along with many others, saw Anwar as his heir apparent.

But Anwar fell from grace as dramatically as he rose to prominence. In 1998, he was sacked from his post as deputy prime minister and investigated for corruption and sodomy – charges widely believed to have been trumped-up.

The charges led to open and widespread demonstrations in the Malaysian capital of Kuala Lumpur. However, the chants of ‘Reformasi’ (‘Reforms’) from Anwar’s army of supporters did not save him from being found guilty and jailed by the Malaysian courts.

Political tsunami

He was released in 2004 and from there went on to rebuild his shattered political career, notably spearheading the co9ming together of three opposition parties – his own PKR (People's Justice Party) along with the Democratic Action Party (DAP) and the Islamist PAS – into a single coalition know as 'Pakatan Rakyat' (The People's Coalition).

Anwar accuses judge of 'prejudging' sodomy trial
Harnessing the power of the Internet and social media as well as Anwar’s unmatched oratory skills, the opposition Pakatan made tremendous gains in the March 2008 general elections, sweeping up five states and denying the ruling Barisan Nasional (BN) coalition a two-thirds majority, an event which was later described as a political tsunami.

However, just as things were looking up for the Permatang Pauh member of Parliament, controversy struck again in 2008 when a male aide claimed he was sodomised by Anwar. Anwar has denied the accusation but nevertheless arrested was today ordered by the High Court to enter his defence on the charge.

Anwar's situation hasn’t been helped with the emergence of a sex video allegedly featuring him with an unknown woman. Once again, he has been vehement in his denial.

Anwar’s situation as it stands today is complicated. On one hand, he is at the vanguard of the first true threat to Barisan Nasional’s political hegemony. On the other, his court battles could spell the end of his political career and quite possibly the tenuous coalition that is Pakatan Rakyat.

Whatever the final outcome, one thing is for certain – Anwar will continue to be a headline maker for a while yet.

Anwar on Radio Australia

Posted: 16 May 2011 05:25 AM PDT

http://www.radioaustralia.net.au/asiapac/

Please note that you can hear my interview with Datuk Seri Anwar 'live' on Radio Australia http://www.radioaustralia.net.au/asiapac/ at 8pm KL.

Alternatively, a podcast of audio & the full transcript will be available on the ASIA PACIFIC website from 8.30pm KL time or 12 midday GMT.

Zahid Hamidi Must Withdraw False Statement On Kidnap Threat

Posted: 16 May 2011 12:19 AM PDT

PRESS RELEASE

I refer to the statement by UMNO Vice President Ahmad Zahid Hamidi
that the kidnap threat against Keadilan Vice -President and Lembah
Pantai MP Nurul Izzah’s child is an opposition ploy to gain sympathy. The threat was politically motivated and called for Opposition Leader Anwar Ibrahim to withdraw from politics. Zahid’s statement is false, inappropriate and extremely prejudicial to the ongoing police investigation into the kidnap threat. It is also grossly unbecoming for a senior cabinet minister to issue such a statement, knowing full well that the matter is the subject of a police investigation. Instead of showing concern for the serious threat made against an innocent child, Zahid has disgraced his high office by playing politics.Similarly, despite the ongoing police investigation, Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin last week insinuated that the person in the sex video is Oppostion Leader Anwar Ibrahim. He said this in a statement directed towards Kelantan MB Nik Aziz. Muhyiddin’s statement proves that UMNO and the Government with the collaboration of the police and AG’s chambers are bent on making the public believe that Anwar is the person in the video.

The statements of both these Ministers demonstrates that UMNO leaders have no interest in ensuring that the criminal justice system and independent institutions operate fairly and impartially. Wherever it involves UMNO’s interests, they are prepared to disregard the law and improperly exert influence in order to achieve their purposes. We condemn this reprehensible statement by Ahmad Zahid Hamidi and demand that he withdraw and apologise for it. We also ask for an assurance from the police that the investigations into the kidnap threat are being carried out expeditiously and fairly.

N SURENDRAN
VICE PRESIDENT
KEADILAN

Hakim Jatuh Hukuman Sebelum Bela Diri

Posted: 15 May 2011 10:45 PM PDT

Dari Malaysian Insider

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa hakim kesnya Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah telah menjatuhkan 'prahukuman' meskipun beliau belum lagi melangkah ke proses bela diri.

Ketua Pembangkang berusia 63 tahun ini berkata, meskipun beliau sudah menjangkakan keputusan hari ini, tetapi terkejut dengan alasan-alasan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menerima hujah pihak pendakwa bulat-bulat meskipun telah dibantah oleh pembela terhadap kredibiliti pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga saksi utama.

"Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau (Mohd Zabidin) telah membuat pengadilan terlebih dahulu dalam kes ini dan menjangkaui kes prima facie," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini.

"Ini membuat kedudukan pembela lebih bahaya," kata Anwar kepada pemberita selepas mahkamah memerintah beliau agar membela diri dalam kes liwat keduanya ini dalam 13 tahun.

Anwar mempertahankan bahawa beliau tidak bersalah sambil berhujah bahawa kesnya tidak mengambil kira keterangan beberapa saksi penting, antaranya doktor hospital Pusrawi Dr Osman Hamid dan pemilik unit kondominium Desa Damansara.

"Saya telah menegaskan saya tidak bersalah, mengikut undang-undang kes ini tiada asas," kata Ketua Umum PKR ini.

The Malaysian Insider difahamkan pasukan pembela akan memanggil 30 saksi.

Kes peringkat pembelaan akan bermula 6 Jun ini.

Antara saksi yang akan dipanggil ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Mumtaz Jaafar.

"Kami akan mempertahankan kedudukan kami. Kami akan memanggil kesemua saksi termasuk Najib, Rosmah, Musa Hassan dan Mumtaz.

"Adalah jelas dalam keterangan sebelum ini, Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara terlibat dalam kes ini," kata Anwar.

Salah seorang peguam pasukan pembela Sankara Nair berkata, mereka juga akan membawa saksi pakar untuk memberi keterangan.

"Kami kecewa dengan keputusan dipanggil membela diri," kata beliau sambil menambah, tertuduh seharusnya telah dibebaskan.

Beliau juga mengesahkan Anwar akan menjadi saksi pertama pembela untuk memberi keterangan.

"Beliau perlu (jadi saksi utama)," katanya.

Anwar, 63, dituduh meliwat Saiful, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Perbicaraan bermula awal tahun lepas dan pendakwa menamatkan kes mereka bulan lepas.

Kezaliman Akan Tewas Jua Akhirnya

Posted: 15 May 2011 10:35 PM PDT

Dari Harakah

"Saya nasihatkan supaya DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) banyakkan bersabar, kezaliman akan kalah jua akhirnya," ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Saya diberitahu tentang keputusan mahkamah yang memerintahkan DSAI membela diri dalam kes liwat II.

"Nampak sangat bahawa DSAI cuba disabitkan bersalah dalam apa jua keadaan sekalipun," tulis Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan di laman twitter.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, berdasarkan bukti beliau mendapati ada kes prima facie sekaligus mengarahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membela diri.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Peguam bela utama Karpal Singh dalam hujahnya sebelum ini juga berkata pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.

Katanya, saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya.

Wee Choo Keong

Posted: 16 May 2011 03:37 PM PDT

Wee Choo Keong


HAPPY WESAK DAY

Posted: 16 May 2011 08:00 AM PDT

May I wish all Buddhists a HAPPY WESAK DAY. To Malaysians of other faith, have a pleasant break.  On this special day, I hope that all Malaysians from all walks of life will be more tolerance toward each other and mindful of the religious sensitivities of others in whatever things we do. Lets keep politics [...]

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

Posted: 16 May 2011 01:23 PM PDT

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


CABANG ANAK BERANAK

Posted: 16 May 2011 03:06 AM PDT

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Posted: 16 May 2011 11:40 AM PDT

Gwo-Burne for Kelana Jaya


DEMOLITION OF METAL BRIDGE BESIDE NPE HIGHWAY NEAR DESARIA

Posted: 15 May 2011 09:07 AM PDT

On 8th May, 2011, my office received numerous complains on a notice stating demolishing work of a metal brigde beside NPE Highway. On 14th May, residents from PJS 2, 3, 5, 7, Desa Mentari, Desa Ria and Temple Kuil Sri Gengai Amman devotees held a protest and a Memorandum was handed to me to take [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 16 May 2011 11:25 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Berita Baik untuk dua peratus guru, selebihnya sokong Pakatan Rakyat

Posted: 16 May 2011 05:11 AM PDT



Hari ni Najib dan Muhyiddin kononnya mengumumkan berita baik untuk guru sempena Hari Guru. Bukan berita baik untuk semua guru, hanya berita baik untuk 2 peratus guru. Eloklah tu biar 2 peratus guru saja yang akan sokong Umno BN, 98 peratus lagi yang tak dapat berita baik akan sokong Pakatan Rakyat. Terimakasih Najib dan Muhyiddin yang memudahkan kerja kempen Pakatan Rakyat.

Itu tak termasuk 13,000 Guru Sandaran Tak Terlatih yang tidak mendapat berita baik tersebut. Jadi 98 peratus dari 350,000 guru tambah 13,000 guru GSTT akan sokong Pakatan Rakyat nanti.

Pakatan Rakyat perlu perluaskan pemahaman rakyat mengenai Buku Jingga !

Jangan lupa baca artikel sebelum ini bertaju Guru-guru dah meyampah, Menteri Pelajaran PENIPU? di http://amkns.blogspot.com/2011/05/guru-guru-dah-meyampah-menteri.html


LET'S ROCK ! MY SCHOOL ROCKS 2011 !

Isnin Mei 16, 2011

Durian Runtuh Untuk Guru Januari Depan - Najib

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Jan depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.

Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan telah memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru.

Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.

Beliau berkata kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak seratus peratus dengan menambah sejumlah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru.

Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan, katanya.

Beliau berkata manakala semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48, akan melibatkan 6,585 jawatan.

Najib berkata semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan.

"Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, telah terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru," katanya. - BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/5/16/mstar_berita/20110516191152&sec=mstar_berita

Isnin Mei 16, 2011

TEKS UCAPAN PENUH MENTERI PELAJARAN SEMPENA HARI GURU

KUCHING: Berikut adalah teks ucapan penuh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Guru 2011 yang berlangsung di Borneo Convention Centre di sini pada petang Isnin.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/5/16/mstar_berita/20110516193239&sec=mstar_berita

Sambutan Hari Guru N.Sembilan 2011, KONSERT LETS ROCK

Posted: 15 May 2011 08:04 PM PDT



Kalau tahun 2010 sempena Sambutan Hari Guru , Kerajaan Negeri Sembilan telah menjemput Mawi untuk buat konsert. Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan tahun 2011 pula Ketua Sektornya galakkan pelajar jadi artis. Sementara Kementerian Pelajaran pula galakkan pelajar menyertai My School Rocks dengan tarian terkangkang-kangkang. Elok tukar je nama Kementerian Pelajaran ke Kementerian Hiburan.

Jadi tahun ni Menteri Besar Negeri Sembilan nak jemput siapa pula untuk konsert sempena menghargai jasa guru?

Artikel sebelum ini Guru N.Sembilan tak senonoh, memalukan, MB bertanggungjawab http://amkns.blogspot.com/2010/06/guru-nsembilan-tak-senonoh-memalukan-mb.html

Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan galakkan pelajar jadi artis di http://amkns.blogspot.com/2011/05/jabatan-pelajaran-galak-pelajar-jadi.html

Kementerian Pelajaran galakkan pelajar jadi Rockers di http://amkns.blogspot.com/2011/05/kementerian-pelajaran-lagi-teruk-dari.html

Harga RON95 Mungkin Naik Lagi kata Menteri Umno

Posted: 15 May 2011 05:50 PM PDT



PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) - Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

NAK BERSEDIA MACAMANA, CAKAPLAH !

1. Bersedia undi Umno BN lagi dalam pilihanraya akan datang?
2. Bersedia tukar Naza Ria ke Viva? Ada value ke nak trade in Naza Ria?
3. Bersedia guna motosikal? Selamat ke guna motosikal di Malaysia ini, elok sangatkah lorong motosikal, senang dan murah ke dapat lesen motosikal?
4. Bersedia guna basikal? Selamat ke anak-anak kita ke sekolah naik basikal?
5. Bersedia jalan kaki ke tempat kerja? Siapa sanggup?
6. Bersedia naik bas ke tempat kerja? Berapa jam nak tunggu bas di Jelebu kalau nak pergi kerja di Seremban?

Soalan yang paling utama , bersediakah pemimpin negara, terutama pemimpin Umno BN ubah cara hidup, guna kereta yang jimat minyak, tiada lagi polis escort, tiada lagi pengawal peribadi, kurangkan penggunaan helikopter semasa pilihanraya, kurang sambutan besar-besaran himpun rakyat di stadium dan sebagainya.

**********
Rakyat Diminta Bersedia Kemungkinan Harga RON95 Naik

PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) - Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

"Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.

Ismail Sabri berkata kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=586636

BULETIN RAKYAT

Posted: 16 May 2011 11:05 AM PDT

BULETIN RAKYAT


KUNJUNGAN AHLI MAJLIS DAERAH KE PUSAT TUISYEN RAKYAT DUN BATANG KALI (15 MEI 2011 AHAD)

Posted: 16 May 2011 11:02 AM PDT


Kunjungan Pn Kameliyah Bien, Ahli Majlis Daerah Hulu Sgr bersama Pn Norhayatie, Naib Ketua Wanita PKR Cabang ke pusat tuisyen rakyat  (PTRS) di Bukit Sentosa baru-baru ini telah sedikit sebanyak memberikan suntikan semangat kepada peserta -peserta PTRS, selepas dapat mendengar nasihat dan pengalaman yang di kongsikan.. Ahli Majlis Zon Bukit Beruntung jugak bersetuju membiayai sarapan pagi pelajar-pelajar tersebut pada minggu berikutnya sebagai tanda sokongan dan prihatin..

SELAMAT HARI GURU !

Posted: 15 May 2011 07:13 PM PDT

Selamat hari guru kepada semua insan yang bergelar guru. Terima kasih buat guru-guruku yang telah mengajar dan mendidikku dan anak bangsaku dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Tidak lupakan ku ucapkan Selamat Hari Guru buat rakan-rakan yang menjadi guru !! Anda umpama sebatang lilin, membakar diri menerangi org lain...

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 16 May 2011 09:18 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Video Persidangan Umno Sungai Besar Kena Boikot

Posted: 16 May 2011 04:26 AM PDT



jawapan kepada noh omar yang nak tawan 35 kerusi Dun Selangor..

Sumber: http://abushahid.wordpress.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan