Selasa, 17 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 17 May 2011 03:44 AM PDT

PEMUDA RANTAU ABANG


Posted: 17 May 2011 02:55 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 17 May 2011 02:20 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


SENARAI CALON BERTANDING DI MUKTAMAR PAS 2011

Posted: 17 May 2011 01:57 AM PDT


14Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 17 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala enam orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 14 lagi untuk jawatan naib presiden. Manakala 82 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Demikian dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan yang juga Pengarah jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini. Bagi jawatan timbalan presiden, enam orang yang dicalonkan termasuklah penyandangnya, Nasharudin Mat Isa.

Lima lagi yang dicalonkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, naib-naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub,ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Keenam-enam mereka turut dicalonkan untuk bertanding jawatan naib presiden bersama lapan yang lain iaitu:

1. Idris Haji Ahmad (ketua penerangan)
2. Mahfuz Omar (naib presiden)
3. Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat)
4. Datuk Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan)
5. Mohd Hatta Md Ramli (Bendahari PAS Pusat)
6. Mujahid Haji Yusof Rawa (AJK PAS Pusat)
7. Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Peneranagn Dewan Ulamak)
8. Datuk Seri Nizar Jamaluddin (AJK PAS Pusat)

Mengikut perlembagaan PAS, seseorang itu hanya memerlukan dua pencalonan sahaja untuk melayakkan diri bertanding jawatan parti termasuk jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden.

Pertandingan bagi jawatan AJK pusat adalah untuk 18 kerusi, manakala enam lagi kerusi AJK dilantik oleh parti. Berikut ialah 82 calon untuk AJK PAS Pusat:

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
3. Abdul Halim Abdul Rahman, Dato' Ustaz
4. Abdul Rani Osman, YB Dr. Hj
5. Abdul Wahid Endut, YB Hj
6. Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz ,
7. Abu Bakar Hussein, Ustaz
8. Adly Zahari,
9. Ahmad Sabki Yusof,
10. Aiman Athirah Al-Jundi
11. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
12. Anuar Tan Abdullah, Dato' Hj
13. Asmuni Awi, Hj
14. Azizan Abdul Razak, YB Dato' Seri Ustaz,
15. Azman Shapawi, Ustaz
16. Halimah Ali, YB Dr.
17. Hamzah Abdullah,
18. Hamzah Jaafar, Dr.
19. Hanipa Maidin, Hj
20. Hashim Jasin, YB Ustaz
21. Hassan Ali, YB Dato' Dr.
22. Hayati Othman, YB Dr.
23. Husam Musa, YB Dato'
24. Idris Ahmad, Ustaz
25. Iskandar Abdul Samad, YB
26. Kamarudin Jaffar, YB Dato'
27. Khairuddin Dato' Abdul Malek, Dr.,
28. Khalid Abd Samad, YB Hj.
29. Khalil Idham Lim, YB
30. Lo'Lo Dato Ghazali, YB Dr.
31. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr.
32. Mahfuz Omar, YB Dato'
33. Mazlan Aliman,
34. Misbahul Munir Masduki , Ustaz
35. Mohamad Abdullah, (Sabah)
36. Mohamad Nor Mohamad, Hj.
37. Mohamad Sabu, Hj.
38. Mohd Anuar Tahir, Hj
39. Mohd Apandi Mohamed, Hj.
40. Mohd Firdaus Jaafar, YB
41. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
42. Mohd Nasir Mustafa,
43. Mohd Nasir Zakaria, YB,
44. Mohd Nizar Jamaluddin, YB Ir. Dato' Seri
45. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
46. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB
47. Mustafa Ali, Dato'
48. Najihatusolehah Ahmad, Dr.
49. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz
50. Nasuruddin Hj Daud, Dato' Ustaz Hj
51. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,
52. Nik Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz
53. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz
54. Norazli Musa, Ustaz Hj.
55. Normala Sudirman,
56. Nuridah Salleh, Ustazah
57. Phahrolrazi Zawawi, YB Ir. Dato' Hj
58. Razman Zakaria,
59. Riduan Mohd Nor, Ustaz,
60. Rosidi Hussin
61. Sa'ari Sungib, YB Hj.
62. Salahudin Ayub, YB,
63. Salleh Man, YB Ustaz
64. Sallehen Mukhyi, Ustaz
65. Shafie Abu Bakar, YB Dr.
66. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.
67. Siti Zailah Yusoff, YB
68. Suhaizan Kaiyat,
69. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr.
70. Taib Azamuddin Md Taib, YB Dato'
71. Takiyuddin Hassan, YB Dato'
72. Taufek Ghani, YB
73. Wan Abd Rahim Wan Abdullah, YB Dato'
74. Wan Hasrina Wan Hassan,
75. Wan Nik Wan Yusof,
76. Wan Ubaidah Wan Omar, YB
77. Yusof Embong, Ustaz Hj.
78. Zainuddin Yusof, YB Hj
79. Zaki Ibrahim, YB
80. Zuhdi Marzuki, Dr.
81. Zulkefly Muhamad Omar, Hj
82. Zulkifly Ahmad, Hj (Johor)

Manakala bagi jawatan pengerusi tetap, terdapat tiga pencalonan iaitu Abu Kassim Abdullah, Hussin Ismail dan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Bagi jawatan timbalan pengerusi tetap pula terdapat lima pencalonan iaitu:

1. Hussin Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir
4. Nasuruddin Daud, YB
5. Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, YB Dato'

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media sama berkata, surat tawaran akan dihantar kepada semua calon untuk mendapatkan pengesahan mereka sama ada menerima pencalonan tersebut atau tidak.

"Jadi mustahil kalau ada yang kata mereka tak tahu layak bertanding," katanya.

Tarikh tutup untuk membuat pengesahan adalah pada 26 Mei ini. Pencalonan bagi jawatan utama parti ditutup pada 15 Mei lalu.

Katanya, PAS mempunyai 180 kawasan di seluruh negara dan 152 daripadanya menghantar pencalonan bagi jawatan utama namun enam borang ditolak menjadikan 146 pencalonan diterima. Seramai 1,100 perwakilan akan menghadiri muktamar tahunan parti itu bermula Jun depan. (harakahdaily)

Dakwa dipukau sebelum dinoda

Posted: 17 May 2011 12:40 AM PDT

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


AMPANG: Seorang gadis bukan saja dipukau lelaki yang baru dikenalinya, malah turut dirogol dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Permai, pertengahan April lalu.

Gambar hiasan

Kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu berlaku tanpa disedari gadis berusia 18 tahun berkenaan apabila mendakwa dipukau lelaki terbabit yang melihat kedua-dua matanya sambil membaca sesuatu. 
Sumber polis berkata, dalam perkenalan singkat itu, mangsa hanya mengikut arahan lelaki berusia 20-an itu supaya keluar berehat bersama untuk makan tengah hari. 

Katanya, mangsa yang dipukau hanya membonceng motosikal menghala ke rumah lelaki itu di Taman Bukit Permai sebelum dirogol tanpa sedar.

"Selepas beberapa jam, lelaki itu menghantar mangsa ke tempat kerja dan pada masa itu, mangsa masih dalam keadaan tidak sedar.

Redknapp inspirasi Spurs

Posted: 17 May 2011 12:10 AM PDT

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



LIVERPOOL: Harry Redknapp mencetus inspirasi kepada Tottenham Hotspur untuk mencatat kemenangan 2-0 ke atas Liverpool selepas mengugut pemain akan kembali daripada cuti lebih awal jika gagal meraih tempat di Liga Europa.

Skuad bimbingan Redknapp itu merampas tangga kelima daripada Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris selepas gol awal Rafael Van der Vaart dan sepakan penalti Luka Modric pada babak kedua di Anfield, kelmarin.

Ia bermakna kemenangan menentang Birmingham City pada hari terakhir saingan liga akan memastikan tempat Tottenham dalam pertandingan kelas dua peringkat Eropah itu musim depan.

Redknapp mendakwa taktik menakutkan pemainnya sebelum perlawanan itu berbaloi selepas beliau memberitahu pasukannya, jika gagal menduduki tangga kelima, mereka terpaksa bermain awal dalam kelayakan Liga Europa kerana kedudukan tinggi mereka dalam Liga Fair Play.

"Saya menakutkan mereka sebelum perlawanan dan nyata ia menjadi," kata Redknapp.

"Kami mengungguli Liga Fair Play yang bermakna mereka perlu kembali dalam dua minggu dan terpaksa beraksi sekali lagi Jun ini.

"Tapi kami sebenarnya tidak bertarung untuk tiket ke Liga Europa, kami berjuang untuk menduduki tangga kelima dan menamatkan saingan sebaik mungkin serta memenangi perlawanan sebanyak mungkin.

"Kemenangan ini amat bermakna buat kami. Kami perlu menang untuk mengatasi Liverpool dan kini kami berpeluang melakukannya.

"Bagaimanapun kami akan berdepan perlawanan sukar menentang Birmingham yang berusaha menyelamatkan kedudukan mereka tapi ini satu keputusan yang bagus." 

AFP

Lelaki rebah

Posted: 16 May 2011 11:40 PM PDT

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



ALOR SETAR: Seorang lelaki yang didakwa bersubahat dengan bekas isterinya menculik seorang bayi lelaki di Hospital Sungai Petani (HSP) enam tahun lalu, tiba-tiba rebah selepas Mahkamah Tinggi di sini, menolak rayuannya semalam, dan mengekalkan hukuman penjara tiga tahun terhadapnya yang dijatuhkan sebelum ini.

Tertuduh, Muhamad Sabri Sabidin, 36, yang sugul sejak awal perbicaraan semalam, terpaksa dipapah beberapa anggota polis memasuki bilik tahanan selepas keputusan rayuannya diketahui.

Selain tertuduh, bekas isterinya, Noraini Mat Zainol, 31, yang juga bekas jururawat HSP dikenakan tahanan di Hospital Bahagia, dekat Tanjung Rambutan, Perak kerana disahkan menghidap masalah mental. Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abd Wahab menetapkan tempoh membuat rayuan dalam masa tujuh hari manakala wang jaminan dinaikkan dari RM5,000 kepada RM10,000 dengan seorang penjamin selepas peguam bela C Shanmugiah meminta penangguhan hukuman terhadap Mohd Sabri sementara pihaknya mengemukakan rayuan. Noraini diwakili peguam, M Chandran manakala pihak pendakwaan diwakili Datuk Razali Che Ani.

Pada 7 September tahun lalu, Noraini dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun selepas disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan manakala Muhamad Sabri dikenakan hukuman penjara tiga tahun selepas disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani pada 5 Julai 2005 atas tuduhan menculik seorang bayi lelaki pada 19 Jun 2005 di HSP. Mereka yang ketika itu masih suami isteri bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret, Ainy Suhailah Yunus. Pada 23 Jun 2005, pasangan itu ditahan anggota polis yang menyerbu rumah mereka di Kampung Teluk Wang Kecil, Sungai Petani dan menemui seorang bayi lelaki yang kemudiannya disahkan sebagai Nor Syabil Syakirin iaitu anak kepada pasangan Mohamad Nordin Derais, 34, dan ibunya, Noryati Abu Bakar, 31 selepas menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Hizbullah puji penunjuk perasaan

Posted: 16 May 2011 10:40 PM PDT

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



BEIRUT: Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah semalam memuji keberanian penunjuk perasaan yang berdepan dengan tembakan tentera Israel di sempadan Lubnan, Syria dan Gaza sebagai mengulangi amarannya terhadap nasib negara Yahudi itu.

"Kami tabik dengan ketabahan, keberanian mereka yang melakukan bantahan semalam di sempadan Lubnan, Syria dan Palestin kerana menghadapi musuh tanpa sebarang ketakutan," kata Hassan dalam kenyataan yang dikeluarkan kumpulan itu. "Mesej anda kepada musuh kuat dan jelas bahawa anda akan membebaskan negara anda. Nasib musuh akan berakhir dengan kematian dan tiada sempadan dan perjanjian akan melindungi mereka," tambahnya. 

AFP

Abdul Hadi kekal Presiden PAS, 6 layak tanding timbalan, 14 naib presiden

Posted: 16 May 2011 10:19 PM PDT

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Selepas pencalonan ditutup, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi kekal sebagai Presiden PAS TANPA DI CABAR MANAKALA enam orang layak bertanding jawatan timbalan presiden PAS manakala 14 lagi layak bertanding untuk tiga jawatan naib presiden dalam pemilihan pucuk pimpinan parti Islam itu bulan depan.

Mereka yang layak bertanding timbalan ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Datuk Husam Musa (exco kerajaan Kelantan), Mohamad Sabu (bekas naib presiden), Nasharudin Mat Isa (penyandang) dan dua naib presiden - Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ia diumumkan oleh pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dalam satu sidang media hari ini.

Bagaimanapun Abdul Halim berkata pihaknya tidak mahu mendedahkan jumlah yang diperolehi oleh setiap calon.

"Kita tidak umum...Kita tidak mahu terlibat seolah-olah dibaca sebagai berkempen (kepada calon)," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat parti.

Manakala 14 yang layak bertanding naib presiden termasuklah tiga penyandangnya - Salahudin, Tuan Ibrahim dan Datuk Mahfuz Omar. Yang lainnya termasuklah ketua penerangan Idris Ahmad, AJK pusat Mazlan Aliman, exco kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Amar Abdullah dan bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, dan penyandang sekarang Mujahid Yusof Rawa.

Husam, Mohamad Sabu, Azizan dan Nasharuddin turut menerima pencalonan yang mencukupi untuk layak bertanding naib presiden.

Manakala 82 orang lagi layak untuk bertanding mengisi 18 kerusi jawatankuasa PAS pusat (AJK).

Abdul Halim berkata, pihaknya hanya akan memaklumkan jumlah pencalonan yang diterima, kepada calon-calon yang layak.

Menurutnya, pihaknya akan memaklum kepada mereka melalui surat bermula hari ini sehingga 26 Jun ini.

Dan mereka perlu menjawab sama ada untuk menerima atau menolak pencalonan melalui surat, atau sms atau faks.

"(Hantar sesuatu) yang kita boleh pegang oleh jawatankuasa (pemilihan)," kata Abdul Halim yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa.

Demontrasi Umno gagal himpun ramai peserta

Posted: 16 May 2011 10:10 PM PDT

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KOTA BHARU, 17 Mei: Arahan seorang pemimpin wanita Umno Kelantan supaya setiap bahagian menghantar 500 peserta menyertai demontrasi membantah Ladang Rakyat semalam ternyata gagal.

Kelihatan hanya beberapa wanita dan Puteri sahaja yang hadir biar pun arahan mahu setiap bahagian menghantar 500 wanita dengan berpakaian merah.

Ramai berhujah agenda permulaan Pemuda dan sayap lain Umno menggugat kerajaan negeri tersasar jauh apabila tidak sampai 500 peserta menyertai demontrasi di hadapan Kota Darulnaim semalam.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, Umno sengaja mencipta persepsi buruk terhadap kerajaan negeri bagi  menafikan manfaat yang diperolehi rakyat miskin melalui dividen bulanan sebanyak RM200.

"Sepatutnya usaha membantu rakyat miskin turut disokong Umno dan bukannya berdemontrasi seperti budak-budak. Ini jelas menggambarkan Pemuda Umno tidak mengikuti perkembangan semasa.

"Tindakan Pemuda itu boleh menguris perasaan lebih 4,500 penerima dividen bulanan Ladang Rakyat kerana cuba menghalang usaha murni kerajaan negeri membantu penduduk," katanya di sini.

Oleh itu AMK Kelantan menyokong penuh sebarang tindakan undang-undang terhadap media dan pihak yang sengaja menuduh kerajaan PAS merampas tanah rakyat.

Semalam hanya kira-kira 200 pemuda dan wanita Umno berdemontrasi di hadapan Kota Darulnaim bagi membantah Ladang Rakyat kononnya merampas tanah rakyat.

Bagaimanapun media harian seperti sepakat menggambarkan 1,000 hadir pada demontrasi tersebut. Ia dilakukan bagi menyelamatkan maruah Pemuda dan Wanita Umno Kelantan.

Demontrasi tersebut diketuai Ketua Pemuda Umno, Anuar Safian yang turut disertai pemuda-pemuda Umno peringkat bahagian.

Mereka berselindung di sebalik NGO yang dikenali sebagai Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (Ombak).

Lagi enjin pesawat Airbus terbakar

Posted: 16 May 2011 09:40 PM PDT

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


SINGAPURA - Sebuah enjin pesawat gergasi Airbus A330-300 milik syarikat penerbangan Cathay Pasific yang dalam penerbangan ke Jakarta, Indonesia terbakar semalam.

Kebakaran itu menyebabkan pesawat itu terpaksa membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi di sini sejurus selepas ia berlepas.

BEBERAPA anggota perkhidmatan kecemasan memadamkan kebakaran pada sebuah enjin pesawat Airbus A330-300 di Lapangan Terbang Changi, Singapura

Bagaimanapun, kesemua 136 penumpang yang menaiki pesawat Airbus A330-300 itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pihak berkuasa lapangan terbang dalam satu kenyataan berkata, anggota-anggota perkhidmatan kecemasan berjaya memadam kebakaran pada salah satu enjin pesawat berkenaan.

"Disebabkan isu berkaitan enjin, pesawat itu berpatah balik ke Lapangan Terbang Changi dan mendarat dengan selamat pada pukul 1.57 pagi," kata kenyataan itu.

Satu landasan di lapangan terbang yang menerima penumpang di antara 25 juta hingga 40 juta setahun terpaksa ditutup lebih satu jam disebabkan kejadian itu.

Jurugambar Reuters, Beawiharta yang menaiki pesawat itu memberitahu terdapat bunyi yang kuat 20 minit selepas ia berlepas.

Menurutnya, pesawat itu bergoyang dan dia menghidu bau terbakar.

Anak lelakinya, Pradipta, 15, yang melihat tingkap pesawat kemudian menjerit: "Saya lihat api!Saya lihat api!Adakah kita akan mati?"

Menurut jurugambar itu, terdapat penumpang yang berdoa meminta perlindungan daripada Tuhan.

Dia berkata, seorang jururawat kemudian memberitahu, satu enjin terbakar dan pesawat itu berpatah balik ke Singapura.

Kejadian itu telah dilaporkan kepada Jabatan Penerbangan Awam Hong Kong.

Syarikat Cathay Pacific dan pembuat enjin pesawat terbabit, Rolls-Royce sedang menyiasat kejadian itu.

Menurut satu kenyataan syarikat penerbangan itu, pesawat itu menerima amaran dari enjin No.2 sejurus ia berlepas.

"Kru-kru menutup enjin Rolls-Royce itu apabila mereka menerima amaran dan pendaratan kecemasan diisytiharkan," kata kenyataan tersebut.

Pada November tahun lalu, sebuah pesawat Airbus A380 membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi kerana salah satu enjin pesawat meletup di udara. 

Agensi

Hadi akan kekal presiden PAS penggal kelima tanpa dicabar

Posted: 16 May 2011 09:20 PM PDT

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 17 Mei — Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) akan mengekalkan jawatan presiden PAS untuk penggal kelima kerana tidak ada calon yang layak untuk jawatan itu selepas semua bahagian mengadakan mesyuratnya.

Semua bahagian diberikan sehingga semalam untuk mengadakan mesyuaratnya yang juga merupakan hari terakhir untuk mengemukakan sebarang pencalonan.

Sumber-sumber parti berkata Bukit Bintang merupakan satu-satunya bahagian yang mencalonkan Exco Kelantan Datuk Husam Musa untuk jawatan tertinggi parti itu.

Bagaimanapun, Husam secara terbuka berkata beliau belum berminat untuk bertanding jawatan parti tertinggi itu.

Malahan, bakal calon mestilah menerima sekurang-kurangnya dua pencalonan untuk melayakkan bertanding bagi sebarang jawatan.

"Setakat ini, nampaknya Datuk Seri Hadi akan mengekalkan jawatannya," kata seorang sumber parti dipetik laporan Bernama.

Setiausaha Agung parti Datuk Mustafa Ali dan pengerusi pemilihan PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dijadual mengadakan sidang media pagi ini untuk mengumumkan senarai calon yang layak untuk jawatan tertinggi parti itu.

Abdul Hadi mula dilantik sebagai pemangku presiden pada Julai 2002 dan dipilih sebagai presiden PAS pada pemilihan parti 2003 dan telah memegang jawatan itu tanpa dicabar sehingga sekarang.

Bagi jawatan timbalan presiden, setakat ini hanya dua pemimpin PAS, penyandang Nasharuddin Mat Isa dan anggota jawatankuasa pusat Mohamad Sabu, mengesahkan akan bertanding untuk jawatan nombor dua itu jika mereka menerima pencalonan yang mencukupi.

Turut dicalonkan ialah naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahudin Ayub, anggota jawatankuasa pusat dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pemilihan akan berlangsung awal bulan depan.

M/insider

Ronaldo samai rekod Sanchez

Posted: 16 May 2011 09:00 PM PDT

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



MADRID: Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo menyamai rekod jaringan gol liga sepanjang zaman dengan 38 gol hasil dua jaringannya ketika kemenangan 3-1 Real Madrid ke atas Villarreal, kelmarin.

Ronaldo menjaringkan sembilan gol dalam tiga perlawanan terakhir dengan sepakan percuma pada minit ke-22 dan jaringan minit terakhir untuk mencerahkan peluang merangkul trofi Pichichi bagi penjaring gol terbanyak La Liga Sepanyol.

Penyerang Barcelona, Lionel Messi yang juga pencabar terdekat, mengumpul 31 gol liga.

Jumlah 38 gol Ronaldo menyamai rekod terbaik sepanjang zaman dicatat pemain Athletic Bilbao, Telmo Zarra pada 1951 sebelum disamai penyerang ikon Real dari Mexico, Hugo Sanchez pada 1990. Dia memiliki baki satu perlawanan untuk mencatat rekod baru.

Juara yang baru dinobat, Barcelona yang bersiap menghadapi perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Manchester United pada 28 Mei ini, merehatkan bintang utama ketika seri 0-0 menentang Deportivo La Coruna di Nou Camp.

Mereka memastikan kejuaraan Rabu lalu apabila seri 1-1 menentang Levante sekalipun kebanyakan bintang Barcelona berada di bangku simpanan.

Deportivo bergelut dengan penyingkiran dan gembira melihat Messi dan rakannya menyaksikan perlawanan dari tepi padang untuk meraih satu mata berharga bagi mengelak tersingkir ke liga bawahan.

Deportivo, juara liga 2000 hanya satu mata di atas tiga pasukan tercorot menjelang perlawanan terakhir liga hujung minggu ini.

Sementara itu, Valencia meraih tangga ketiga buat musim kedua berturut-turut selepas seri 0-0 dengan musuh setempat, Levante.

Valencia meraih tempat automatik ke Liga Juara-Juara manakala pasukan tangga keempat Villarreal terpaksa berdepan pusingan kelayakan.

Perebutan bagi dua tempat ke Liga Europa hanya akan ditentukan pada hari terakhir dengan Athletic Bilbao, Atletico Madrid dan Sevilla semuanya terikat 55 mata. 

AFP

Adik Thaksin bertanding rebut jawatan PM

Posted: 16 May 2011 08:40 PM PDT

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


BANGKOK - Adik perempuan bongsu bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra semalam mengumumkan akan bertanding sebagai calon parti pembangkang untuk merebut jawatan perdana menteri Thailand pada pilihan raya umum Julai depan.

Pencalonan wanita Yingluck Shinawatra, 43, oleh parti yang pernah dipimpin Thaksin, Parti Puea Thai menjadikannya wanita pertama bertanding merebut jawatan tertinggi itu selain mengesahkan peranan Thaksin dalam senario politik Thailand walaupun beliau kini tinggal dalam buangan.

YINGLUCK SHINAWATRA dikerumuni jurugambar di ibu pejabat Parti Puea Thai, Bangkok 

"Saya bersedia berjuang menurut undang-undang dan saya meminta peluang untuk membuktikan diri saya. Saya meminta kepercayaan anda dan anda semua pernah memberikan kepercayaan kepada abang saya," katanya dalam satu perhimpunan parti Puea Thai di sini.

Keputusan parti itu yang sebulat suara memilih Yingluck sebagai calon utama mereka dibimbangi akan meningkatkan ketegangan di Thailand terutamanya di kalangan mereka yang tidak mahu Thaksin kembali ke negara itu. 

AFP

Selepas Orkid Abdullah, suami pula meninggal dunia

Posted: 16 May 2011 08:20 PM PDT

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 17 Mei – Lima hari selepas penyanyi yang popular dengan lagu Penawar Rindu, Datin Orkid Abdullah meninggal dunia, suaminya Datuk Mokhtar Omar pula menyusul.

Allahyarham Mokhtar, 70, menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 6.15 pagi ini di Hospital Ampang, Cheras.

Allahyarham dimasukkan ke hospital tersebut sejak lebih 4 Mei lalu kerana jangkitan kuman di paru-paru.

Jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, dekat sini sebelum waktu Zohor.

Kereta api unik untuk masa depan

Posted: 16 May 2011 07:40 PM PDT

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


KERETA API unik yang dicipta oleh para penyelidik di Universiti Tohoku, timur laut Jepun baru-baru ini

TOKYO - Para penyelidik di Universiti Tohoku, Sendai, di timur laut Jepun yang diketuai Yusuke Sugahara berjaya mencipta prototaip sebuah kereta api unik yang terapung, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kereta api itu mempunyai sayap dan ia kelihatan seperti kenderaan antigraviti dalam filem Star Wars, Landspeeder.

Sayap pada kereta api itu akan membantu kenderaan unik tersebut bergerak pada kelajuan yang tinggi. 

Agensi

Ibu bapa berkulit hitam dapat anak kulit putih

Posted: 16 May 2011 07:20 PM PDT

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


LEICESTER, Britain - Satu pasangan suami isteri berkulit hitam begitu terkejut kerana cahaya mata baru mereka merupakan seorang bayi lelaki berkulit putih, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan itu, Francis Tshibangu, 28, dan Arlette, 25, sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun yang juga berkulit hitam.

Namun, Arlette melahirkan seorang lagi anak lelaki 11 bulan lalu yang berkulit putih dan berambut perang di sebuah hospital di sini.

FRANCIS TSHIBANGU dan Arlette bergambar bersama cahaya mata baru mereka yang berkulit putih dan anak lelaki mereka berusia dua tahun

Cahaya mata baharu itu didapati bukan sindrom albino yang menyebabkan penghidapnya mempunyai kulit berwarna putih.

"Saya berasa amat terkejut sehingga tidak mampu untuk bercakap dan saya dapat melihat beberapa doktor saling melihat antara satu sama lain dengan berfikir bayi itu bukan milik saya.

"Kemudian Arlette dan saya saling berpandangan dan tersenyum dan saya kemudian tahu bayi itu adalah milik kami," kata Francis yang merupakan seorang pelajar universiti jurusan antropologi.

Menurutnya, dia sudah tinggal bersama dengan isterinya selama tiga tahun dan isu mengenai kecurangan tidak pernah dipersoalkannya.

"Gambaran awal jururawat ialah Arlette mempunyai hubungan sulit. Namun, saya pasti bayi itu milik saya," tambahnya.

Dia berkata, bayi lelaki itu mewarisi hidungnya dan bibir isterinya.

Pasangan itu percaya kelahiran itu berlaku mungkin disebabkan nenek moyang Arlette pernah melahirkan anak berkulit putih enam generasi lalu. 

Agensi

Ferguson kagum sikap pemain

Posted: 16 May 2011 07:00 PM PDT

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson memuji sikap tidak mudah berputus asa para pemain selepas pasukan itu merangkul gelaran Liga Perdana England ke-19, Sabtu lalu.

Kini, United berpeluang untuk meraih gelaran berganda musim ini sekiranya berjaya menewaskan kelab Sepanyol, Barcelona pada final Liga Juara-Juara di Stadium Wembley, 28 Mei ini.

Pengurus kelahiran Scotland itu yakin sekiranya para pemain mampu mengekalkan sikap itu, tidak mustahil bagi mereka untuk menumbangkan Barcelona.

BARISAN pemain United meraikan kejayaan mereka muncul juara Liga Perdana England buat kali ke-19 musim ini

"Para pemain langsung tidak cepat atau mudah berputus asa dan itu adalah kualiti yang dimiliki mereka.

"Diakui, kami (United) akan turun menentang kelab hebat seperti Barcelona pada aksi final tetapi itu langsung tidak menggerunkan kami kerana kami tahu kekuatan yang kami miliki.

"Kami mampu melakukan yang terbaik pada aksi final nanti," jelas Ferguson yang merekodkan gelaran juara ke-12 sepanjang membimbing United sejak 1986.

Ditanya adakah kemenangan ke atas Barcelona mampu menutup mulut segelintir pihak yang sebelum ini sering kali mempertikaikan kemampuan skuad The Red Devils, Ferguson menjawab: "Sudah pasti.

"Ia merupakan salah satu cabaran terbesar kami pada perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Wembley itu dan kami memang bagus dalam menghadapi sebarang cabaran.

"Tidak kiralah daripada mana mereka (Barcelona) datang, kami tetap akan membuktikan kemampuan kami," ujar Ferguson. 

Agensi

Mati disengat tebuan

Posted: 16 May 2011 06:40 PM PDT

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



DUNGUN: Hasrat seorang kakitangan Risda untuk melapor diri pada hari pertamanya bertugas di tempat baru tidak kesampaian apabila dia maut disengat tebuan di ladang sawit milik majikannya di Serdang, semalam.

Mohd Taufik Jusoh, 26, yang bekerja sebagai mandor dikatakan baru bertukar dari Pejabat Risda Marang ke Dungun dan ketika kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, dia dalam perjalanan melaporkan diri kepada penyelia tempat kerjanya yang baru.

Mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dipercayai disengat tebuan di kepala dan badan terpaksa menahan kesakitan sambil memecut kenderaannya ke Klinik Kesihatan Kampung Delong yang terletak kira-kira dua kilometer dari ladang berkenaan untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa dikatakan sempat memaklumkan dia disengat tebuan kepada kakitangan di pusat kesihatan berkenaan dan beberapa minit selepas itu mangsa dilaporkan pengsan sebelum dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Dungun.

Mangsa yang masih bujang dan berasal dari Kampung Batu 48, meninggal dunia dalam perjalanan sebelum jenazahnya dibawa ke bilik mayat untuk bedah siasat.

Sementara itu, ibu mangsa, Habsah Yusof, 56, berkata, dia tidak menyangka kemunculan seekor kucing putih yang sering bermanja dan menemani arwah anaknya bersembahyang petanda anaknya itu pergi buat selama-lamanya.

Katanya, kehadiran kucing berwarna putih itu yang sering berada di sebelah kanan ketika anaknya mengerjakan solat sejak seminggu lalu membuatkan arwah sendiri tertanya-tanya.

"Arwah pernah bertanya saya kenapa kucing itu sering bermanja dan duduk menemaninya solat dan semalam (kelmarin), secara tiba-tiba seekor kucing lain naik ke rumah dan menghambat kucing terbabit," katanya.

Menurutnya, kucing putih itu yang ketakutan memanjat pokok kelapa di tepi rumah menyebabkan arwah memanggil pasukan bomba menurunkan kucing itu kerana bimbangkan keselamatannya.

"Bagaimanapun kucing itu gagal diturunkan kerana pokok kelapa itu sangat tinggi dan sebelum ke tempat kerja arwah melihat kucing berkenaan di atas pokok itu sebelum berkata, 'nasib engkaulah kucing, mungkin ajal kamu ditentukan di atas pokok'," katanya.

Habsah berkata, sejurus arwah anaknya ke tempat kerja, dia menyambung membuat kerja rumah sebelum menerima panggilan daripada rakan anaknya memaklumkan arwah disengat tebuan dan berada di Hospital Dungun jam 10 pagi.

"Saya bergegas ke Hospital Dungun dan sebaik tiba, saya dimaklumkan arwah meninggal dunia. Arwah adalah anak yang baik," katanya.

Habsah berkata, dia juga hairan kerana ketika makan malam bersama sehari sebelum kejadian, arwah berubah sikap dengan kerap merenungnya.

Dipaksa cerai isteri

Posted: 16 May 2011 06:20 PM PDT

14 amadilakhir 1432H. [MOD] -



SEREMBAN: Gara-gara enggan menceraikan isteri yang dikahwini selama 15 tahun, seorang lelaki cedera parah dibelasah keluarga mentuanya dalam kejadian di Sungai Ujong, di sini, kelmarin.

Difahamkan, sebelum kejadian itu berlaku, mangsa berbincang sesuatu dengan isterinya bagi mengakhiri kemelut rumah tangga dihadapi mereka. 

Namun, belum sempat perbincangan itu selesai, mangsa mendakwa dibelasah dengan kerusi oleh sekumpulan lelaki dipercayai ahli keluarga isterinya. 

Akibatnya, mangsa, Mohd Zulkifli Mustafa, 41, kini terlantar di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini, apabila disahkan mengalami retak tulang pipi, lebam di muka, siku dan terdapat darah beku di bahagian kepalanya.

"Saya tak sangka, hanya kerana enggan menceraikan isteri, saya dipukul mereka (keluarga mentua), apa salah saya hingga diperlakukan begini," katanya ketika ditemui di HTJ, di sini, semalam.

Zulkifli mendedahkan, perkahwinannya itu sememangnya diatur keluarga mentuanya yang mahukan dia mengahwini anak mereka. 

Israel tembak Rachel Corrie

Posted: 16 May 2011 06:00 PM PDT

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


Kapal bantuan Palestin dipaksa berundur, berlabuh di pelabuhan Mesir

KAPAL kargo The Spirit of Rachel Corrie yang membawa bantuan kemanusiaan ke Palestin bersama 12 krew dan penumpang, termasuk tujuh rakyat Malaysia dipintas dan ditembak kapal peronda Israel di zon selamat Palestin, sebelum dipaksa berundur ke perairan Mesir, 1.5 batu nautika dari perairan Gaza jam 6.54 pagi waktu Jordan, semalam.

Bagaimanapun, semua yang berada atas kapal itu, termasuk empat aktivis anti-perang dan tiga wakil media selamat. Kapal yang dinaiki masing-masing dua warga Ireland dan India serta seorang warga Kanada itu membawa paip PVC sepanjang 7.5 kilometer bagi membaik pulih dan membina semula sistem pembetungan dan bekalan air di Gaza, diiringi kapal peronda tentera Mesir ke pelabuhan terdekat 30 batu nautika dari kawasan itu.

KREW kapal The Spirit Of Rachel Corrie bersiap sedia memulakan perjalanan dari Greek menuju ke Palestin untuk menghantar bantuan kemanusiaan

Sebelum itu, kapal misi kemanusiaan tajaan Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) itu diarah menurunkan sauh di perairan Mesir sambil dikawal dan dipantau kapal peronda tentera laut Israel dan Mesir.

Jurucakap PGPF di Jordan, Tan Sri Samsudin Hitam memaklumkan mengenai insiden yang kini berada di Kaherah untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah bagi melaporkan perkembangan misi kemanusiaan tajaan yayasan itu. 

"Kapal kargo itu memasuki zon keselamatan Palestin sebelum dipintas dan ditembak serta dipaksa berundur ke perairan Mesir," katanya.

Wartawan akhbar yang berada atas kapal itu berkata, dua kapal peronda Israel melepaskan empat tembakan amaran sebelum mengarahkan kapal berundur ke perairan Mesir. 

"Tentera rejim itu juga menaiki kapal bagi memeriksa kargo yang dibawa bagi memastikan ia bukan bahan larangan," katanya.

Kapal kargo itu berlepas dari pelabuhan Piraeus, Greece, Rabu lalu, membawa paip PVC seberat 30 tan yang akan diagihkan kepada penduduk Palestin untuk membaiki sistem pembetungan dan bekalan air yang musnah teruk akibat serangan Israel pada Disember 2008.

Ia adalah kesinambungan daripada pelayaran kapal kargo MV Rachel Corrie yang membawa bantuan kemanusiaan pelbagai keperluan seberat 1,500 tan ke Gaza pada Mei tahun lalu sebelum ditahan tentera Israel dengan 19 krew dan penumpang dibawa ke Pelabuhan Ashdod. MV Rachel Corrie antara tujuh buah kapal yang menyertai misi flotilla kebebasan diketuai kapal penumpang MV Mavi Marmara dari Turki bertujuan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Flotila kebebasan yang membabitkan lebih 700 penumpang dan aktivis pelbagai latar belakang agama dan bangsa dari seluruh dunia itu gagal sampai ke destinasi, namun kematian sembilan aktivis Turki yang ditembak mati komando Israel dan meninggalkan puluhan lain cedera, mengembalikan tumpuan masyarakat dunia kepada krisis kemanusiaan yang semakin menekan di Gaza.

INFO

THE SPIRIT OF RACHEL CORRIE

Nama asal: MV Finch

Jenis: Kapal kargo (reka bentuk tongkang)
Ukuran saiz : 54.9 meter panjang, 9.4 meter lebar dengan kedalaman 4.75 meter
Tahun: 1989
Buatan: United Kingdom
Kelajuan: 8.5 knot
Muatan kargo: 1,200 tan
Flagship: Moldova
Pelabuhan kapal didaftarkan: Giurgiulesti
Muatan: Paip PVC sepanjang 7.5km seberat 30 tan

MV Rachel Corrie mengambil sempena nama aktivis keamanan dari Amerika Syarikat, Rachel Corrie, 23, yang meninggal dunia digilis jentolak Caterpillar D9 tentera Israel ketika cuba menghalang rejim Zionis memusnahkan rumah penduduk Palestin pada 2003. Rachel Corrie meninggal dunia selepas digilis dua kali oleh jentolak seberat 48,988 kilogram itu.

Tentera Israel bunuh 4 lagi penunjuk perasaan

Posted: 16 May 2011 05:45 PM PDT

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



DAMASCUS 17 Mei - Seramai empat orang terbunuh manakala 209 yang lain cedera apabila askar Israel melepaskan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah ribuan penunjuk perasaan yang lain walaupun mempunyai perjanjian genjatan senjata dengan Syria, semalam.

Menurut agensi berita rasmi Syria, SANA memetik kenyataan ketua hospital Qunietra, Ali Kanaan, kesemua yang terbunuh adalah lelaki dan manakala 53 daripada 209 orang cedera akibat terkena peluru hidup, antaranya ada yang parah.

Pasukan perubatan berkata, seramai dua orang dibunuh manakala ramai yang cedera semasa kekacauan tercetus pada Ahad lepas. 

AFP

Kebakaran hutan di Kanada merebak ke bandar, 7,000 penduduk dipindahkan

Posted: 16 May 2011 05:30 PM PDT

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


OTTAWA 17 Mei - Kira-kira 7,000 penduduk terpaksa dipindahkan selepas kebakaran hutan merebak ke bandar Slave Lake di barat Kanada, di awal musim kebakaran hutan, kata pihak berkuasa semalam.

Dua kebakaran telah memusnahkan 2,900 hektar hutan berhampiran sebelum merebak ke bandar ini dan turut mengancam tiga bandar yang lain.

"Tiada amaran dikeluarkan terhadap kebakaran yang merebak dengan pantas.

"Berkemungkinan tiupan angin menyebabkan api menyeberangi lebuh raya dengan pantas ke bandar," kata Datuk Bandar Slave Lake, Karine Pillay-Kinee kepada CBC.

Banyak rumah dan bangunan telah musnah dan siaran televisyen menunjukkan 1,000 anggota bomba berusaha keras untuk memadamkan api yang sedang marak membakar sebaris bangunan, sebagai usaha menyelamatkan saki baki bandar yang terletak di 250 kilometer utara Edmonton, Alberta. 

AFP

Empat tentera NATO terbunuh di Afghanistan

Posted: 16 May 2011 05:12 PM PDT

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KABUL 17 Mei - Empat tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) maut dalam serangan bom di selatan Afghanistan, salah satu daripada pertempuran dahsyat sejak 10 tahun pemberontakan kumpulan Taliban, kata kenyataan tentera bersekutu.

Bagaimanapun, Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) yang diketuai Amerika Syarikat (AS) tidak menyediakan maklumat warganegara tentera yang maut itu, sekali gus, menyerahkan hal itu kepada negara asal mangsa untuk mengumumkannya.

"Empat anggota yang berkhidmat bersama ISAF terbunuh akibat serangan bom di selatan negara ini," katanya tanpa memberi maklumat lanjut. - AFP

Najib umum kenaikan pangkat secara terpilih, buktikan tawaran 100 hari PR lebih relevan.

Posted: 16 May 2011 03:30 AM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Oleh : Hafizi Pauzi.

PARIT BUNTAR, 16 Mei :-Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

"Pengumuman ini sekaligus menafikan apa yang pernah disebutkan dalam program 100 hari buku jingga Pakatan Rakyat untuk memberi tambahan gaji kepada semua guru sebanyak RM 500 adalah sesuai dilaksanakan dan bukannya membawa kepada negara bankrap seperti yang pernah diucapkan oleh Menteri pelajaran, Muhyiddin Yassin".

"Namun begitu terdapat sedikit kekeliruan mengenai kenaikan pangkat secara terpilih dan tidak melibatkan semua guru secara selakigus seperti yang telah diumumkan Najib" Demikian ulasan dari ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa dihubungi sebentar tadi.

Beliau juga melahirkan rasa terkejut dengan terdapat pilih kasih dan ada matlamat tertentu yang disifatkannya sebagai "ada udang disebali batu" dengan pengumuman kenaikan pangkat secara terpilih tersebut.

"Realitinya yang berkerja kuat ialah semua guru khususnya yang tidak berpangkat dan mereka sepatutnya mendapat imbuhan kenaikan secara menyeluruh seperti yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat" Kata Khalil.

"Dengan kerja keras mereka yang tidak berpangkat itulah prestasi pendidikan negara terus meningkat dan mereka mestilah dihargai semuanya, bukanya secara terpilih sahaja"Katanya

"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," kata Najib dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di Kuching hari ini.

Perdana Menteri mengumumkan kenaikan pangkat ke Gred Khas, Namun menjanjikan semua guru lain peluang menikmati pergerakan gaji tahunan sepereti biasa.

"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," Umum Najib.

Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.

Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.

"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," kata najib.

Dalam perkembangan yang berkaitan juga,Khalil idham Lim yang juga merupakan Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menegaskan tawaran 100 hari Pakatan Rakyat dilihat sangat relevan kerana tambahan gaji yang dicadangkan melibatkan semua guru termasuk yang diumumkan mendapat kenaikan pangkat dan gaji pada hari ini.

"Ianya tidak pilih kasih dan melibatkan kumpulan tertentu sahaja, sepatutnya ianya dilaksanakan oleh pihak kerajaan" katanya

Khalil Idham Lim yang juga pernah menajdi Guru sebelum spenuhnya aktif sebagai ahli politi mengambil peluang untuk mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua warga pendidik sempena Hari Guru yang disambut pada hari ini.

"Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik, jasa guru sangatlah besar dan tinggi nilainya"

"Selain itu saya menyeru kepada seluruh warga pendidik untuk bersedia dari sekarang bagi menentukan Pakatan Rakyat mampu mengambil tampuk pemerintah Malaysia dan untuk diPerak mengembalikan kuasa yang telah di rampas oleh UMNO dan BN".

"Harapan saya Guru tidak akan tunduk dengan ugutan dan desakan pihak tertentu dan berani melakukan perubahan ke arah Malaysia yang lebih Selamat pada masa akan datang" Tegasnya

Polis gagalkan cubaan sindiket seludup masuk dadah guna ubi kayu dan keledek

Posted: 16 May 2011 03:25 AM PDT

KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir (kanan) menunjukkan syabu yang disorokkan dalam ubi kayu pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam hari ini.

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM: Polis berjaya menggagalkan kegiatan satu sindiket jenayah yang cuba membawa masuk dadah ke dalam negara dengan cara menyembunyikannya di dalam ubi kayu dan ubi keledek, dalam dua rampasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini sejak dua hari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, taktik baru itu dikesan selepas polis menahan dua lelaki warga Nigeria, masing-masing pada Sabtu lalu dan pagi ini di KLIA, sebaik sahaja mereka tiba dengan penerbangan dari Lagos, Nigeria.

Beliau berkata, ketika ditahan kedua-dua lelaki yang berumur 31 dan 32 tahun itu didapati membawa dua beg, iaitu beg pakaian dan sebuah beg plastik bersaiz besar yang diisi dengan ubi kayu serta ubi keledek yang masih mempunyai kesan tanah.
Katanya, selepas diperiksa beg plastik itu, ia didapati mengandungi beberapa ketul ubi kayu serta keledek dan apabila diteliti terdapat kesan potong serta cantuman menggunakan dawai pada bahagian ubi yang dibawa mereka.

"Selepas diperiksa kami menemui 11 bungkusan berisi dadah dipercayai syabu disembunyikan di dalam ubi kayu dan keledek yang dibuang isi dalamnya itu," katanya dalam satu persidangan media di sini hari ini.

Nordin berkata, kesemua bungkusan dadah jenis syabu seberat 9.64 kilogram itu bernilai kira-kira RM2.41 juta.

"Kami percaya kedua-dua lelaki ini merupakan anggota sindiket yang sama berdasarkan modus operandi dan taktik yang digunakan. Ketika ditanya mengapa mereka bawa ubi kayu dan ubi keledek itu, mereka mendakwa ia dipesan oleh rakan yang tinggal di sini," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan rekod, suspek berumur 32 tahun yang ditahan Sabtu lalu datang ke Melaysia buat pertama kali, manakala bagi suspek kedua berumur 31 tahun yang ditahan kira-kira jam 7.30 pagi ini, ia adalah kunjungan kali kedua ke Malaysia.

Katanya, kedua-dua suspek bekerja di kedai menjual barangan aksesori motosikal di negara mereka.

Nordin berkata, mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Ulasan :

Sebagaimana kelicikan dan pelbagai penipuan yang dilakukan oleh UMNO untuk kekal berkuasa begitulah kelicikan penyeludup yang sempat dicium baunya oleh pihak polis.

Begitulah selicik manapun penipuan UMNO dan BN menipu rakyat necaya rakyat tahu PR adalah harapan mereka untuk kerajaan di Putrajaya selepas PRU ke 13 nanti.

Majlis Makan Malam sempena Ulangtahun ke-3 Pakatan Rakyat Negeri Perak Meriah!!

Posted: 16 May 2011 03:23 AM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
http://demokrasi93.blogspot.com

Jamuan makan malam yang kali pertama diadakan oleh Pakatan Rakyat Perak pada malam tadi itu telah menarik lebih 1000 orang dari pelbagai bangsa yang datang dengan membeli kupon bagi tuan kutipan Dana Pakatan Rakyat yang turut dilancarkan dalam Majlis Makan Malam sempena Ulangtahun ke-3 Pakatan Rakyat Negeri Perak .

Hadir sama dalam Program tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng dan Wakil MB Selangor, Yb. Rodziah Ismail, Pengerusi PR Perak, Dato Seri Muhammad Nizar jamaluddin, Seluruh Pimpinan PR Perak dari PAS, DAP dan PKR serta ahli Parlimen dan ADUN PR Perak.























anak-anak Dato' Seri Nizar

pejuang rakyat



















Ketua DHPP Perak


Wakil MB Selangor, Yb. Rodziah Ismail


Ketua Menteri Pulau Pinang


Kampar Mari






Adun Changkat Jong, YB Anuar Sudin


YDP Pas Batu Gajah, Haji Ismail Ariffin



Muaz memeriahkan program tersebut


V Sivakumar menjamu selera


Pengarah Program, Dr Khairuddin


YB Husin Din dan YB Ramli Tusin


Kampar Mari




walaupun suara beliau tiada, namun masih bersemangat memberi ucapan


Adun Simpang Pulai


kesepaduan Pakatan Rakyat


UMNO takut tgk gambo ni.. hehe


YB Lim Guan Eng Menyempurnakan Plag tulisan jawi








dibida dengan rm 700


plag yang disempurnakan oleh DS Nizar dibida dengan harga rm1200




sdr ini membida lagu DS Nizar rm1000


suaranya sungguh syahdu.. hehe




Majlis jamuan makan malam sempena 3 Tahun PR Perak

Posted: 16 May 2011 03:17 AM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
http://pastambun.blogspot.com

Gambar sekitar majlis jamuan makan malam sempena 3 Tahun PR Perak yang diadakan di Jelapang beberapa hari lepas.

Dato Seri Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Rakyat menyampaikan ucapan.

YB Puan Radziah Ismail , Exco Negeri Selangor

Masih bersemangat dan semakin kental.. untuk memperjuangkan nasib rakyat.. azam untuk perintahs semula perak..

Pelancaran Dana PR Perak Meriah
YAB Yuan Lim Guan Eng

YB Cina Islam memimpin bacaan doa
Pengarah Program Dr Khairuddin Dato Abd Malik

Lebih 100 meja habis dijual

PAS TELUK INTAN

Posted: 16 May 2011 11:35 PM PDT

PAS TELUK INTAN


Posted: 16 May 2011 10:50 PM PDT

Salam Perjuangan

Posted: 16 May 2011 11:10 PM PDT

Salam Perjuangan


SKRIP 1998 BERULANG

Posted: 16 May 2011 07:26 AM PDT

Peghelih La...

Posted: 16 May 2011 11:07 PM PDT

Peghelih La...


Terjah D'Lagi Pemuda PAS & AMK

Posted: 16 May 2011 03:06 AM PDT

KANGAR - Pemuda PAS Kangar mempelopori aktiviti lasak dengan mengadakan program Terjah D'Lagi iaitu ekspidisi pendakian Bukit Lagi dekat sini pada 14 Mei lalu.

Program ini disertai seramai 35 orang pemuda PAS dan KeADILan. Pendakian bermula pada jam 9.30 pagi dan peserta sampai ke puncak bukit pada jam 12.15 tengah hari.

Mereka kemudiannya memasang bendera PAS dan KeADILan sambil berehat dan menikmati pemandangan indah dari puncak bukit sebelum turun pada jam 2.15 petang dan sampai di bawah pada jam 3.30 petang.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Kangar, Mohd Iqbal Shariff, program ini diadakan bagi menjana minda yang cerdas dan badan yang cergas di kalangan pemuda khususnya yang berminat dengan aktiviti lasak.

"Selain itu, kita dapat memupuk semangat kerjasama berjamaah dan membina ketahanan mental dan fizikal di kalangan ahli pemuda," katanya.


















Ibrahim, nak 'berjihad' pun bayar 'hutang' dulu

Posted: 16 May 2011 02:34 AM PDT


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Mei: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali diingatkan agar tidak menyalahgunakan kalimah 'jihad' apatah lagi menyelitkan agenda politik Machiavelli.

AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menyatakan demikian sebagai merujuk kepada kenyataan terbuka Ibrahim bahawa beliau dan Perkasa sanggup melancarkan 'perang salib' atau 'jihad' untuk menentang rakyat Malaysia yang beragama Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini seperti yang tersebar dalam laman web Malaysiakini bertarikh 15 Mei 2011 dan lain-lain laman web berita.

"Saya menasihatkan agar beliau tidak menyalahgunakan kalimah 'jihad' apatah lagi menyelitkan agenda politik Machiavelli untuk mengekalkan Umno BN terus berkuasa dengan konsep jihad sebenar yang suci dan bersih," ujarnya dalam satu kenyataan.

Pertama, katanya isu yang berbangkit mengenai kumpulan Kristian ingin menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi adalah samar-samar dan berunsur fitnah sedangkan Islam tidak mengizinkan jihad dilancarkan atas kedudukan yang samar-samar seperti ini.

Kedua, ujarnya Perkasa sendiri adalah badan bermotif politik yang jelas mempertahankan sesetengah kemungkaran dengan cara tidak menegur atau bersuara amalan seperti korupsi, kehilangan rule of law, kepincangan sosial, kecelaruan dasar-dasar dan kegagalan Umno BN selama ini.

Baca selanjutnya...

Info Rakyat 6

Posted: 16 May 2011 12:58 AM PDT

Klik difoto



SILA SEBARKAN!!!

Mesyuarat Penuh Pertama DPP Perlis

Posted: 16 May 2011 12:10 AM PDT

Mesyuarat pertama AJk DPP Perlis diadakan di Kompleks PAS Perlis pada 14 Mei lalu
Ketua baru, Ustaz Yussaine menyerahkan watikah perlantikan AJK sesi 2011-2013

DPP PADANG TERAP

Posted: 16 May 2011 09:27 PM PDT

DPP PADANG TERAP


UMNO PADANG TERAP GUNA SEKOLAH UNTUK PARTI

Posted: 16 May 2011 09:50 AM PDT




Menteri Pelajaran Rasmi Mesyuarat UMNO BAHAGIAN PADANG TERAP DI DEWAN SEKOLAH! adakah wajar..??Begitu juga Wanita UMNO bahagian Padang Terap guna dewan Sek Men keb Kuala Nerang untuk mesyuarat agung mereka..

KITA MENDAPAT INFO DARIPADA GURU2-MEREKA MELUAT DIPERGUNAKAN OLEH UMNO.PERCAYAKAH ANDA HAT DOK BULI GURU2 NI PENYAMUN? UMNO PADANG TERAP PENAH SAPU DUIT ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI KEDAH SERI TEMIN( STDC) UNTUK KEPENTINGAN PARTI UMNO: DIANTARANYA :

1) Bayar cenderahati bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap sebanyak RM26,150.00. (01.01.08, no cek: 631831).

2) Bayar pemasangan billboard sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap sebanyak RM10,000.00. (01.01.08, no cek: 631851)


3) Persiapan tempat Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00. (23.01.07, no cek 502564)

4) Sewa khemah dan meja untuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00 (16.01.08, no cek 631876)

5) Makan dan minum Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM21,700.00 (15.02.08, no cek 631876)

Sempena hari guru 16 Mei..golongan guru harus mendahului peradaban manusiawi..mendepani kebenaran dan membelakangi pemimpin yang memperbodohkan mereka..

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 16 May 2011 09:21 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


SELAMAT HARI GURU 2011

Posted: 16 May 2011 10:07 AM PDT

 
Sambutan Hari Guru Tahun 2011 bertemakan 'Guru Pencetus Transformasi Pendidikan Negara'.
Tahun ini YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, mengadakan kunjungan muhibbah ke beberapa buah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Menengah dalam DUN Maharani. Jika tahun lalu kami membawa Kek Hari Guru, tahun ini kami sampaikan bunga telur untuk guru-guru.Lawatan dimulakan seawal 8.00 pagi hari Isnin 16 bMei 2011 dan berakhir hingga lewat tengahari. Pada sebelah petang lawatan ke beberapa buah Sekolah Agama juga dilakukan.

YB Dr Mohammad Taslim diiringi oleh Ustaz Abu Bakar Lajat  (Yang Dipertua PAS Kawasan Muar), Sdr Abu Bakar Ismail (Pengarah Majlis Tindakan DUN Maharani), Sdr Hamidun Omar (Pegawai Khas ADUN), juga AJK PAS Kawasan Muar dan DUN Maharani serta Nisa' Kawasan Muar. Kunjungan kami kali ini sangat istimewa dengan kehadiran Sdr Ahmad Ibrahim bin Zakaria, Calon Pelajar Cemerlang SPM 2010 Negeri Johor, dalam rombongan kami untuk bersama mengucapkan SELAMAT HARI GURU dan UCAPAN TERIMA KASIH di atas sumbangan dan pengorbanan guru -guru kepada murid-murid. Kehadiran kami disambut mesra oleh Guru Besar, Pengetua, Guru-guru dan juga murid-murid. Terima kasih Cikgu kerana menerima kehadiran kami dengan baik. Semoga ia menjadi perangsang untuk terus menyumbang tenaga dan kemahiran mendidik generasi yang akan menjadi pelapis dan memimpin masyarakat


Di pagi hari ini, Isnin 16 Mei 2011 kami menziarahi sekolah ini dan berkesempatan beramah mesra dengan Puan Pengetua dan Guru-Guru. Alhamdulillah kehadiran Sdr Ahmad Ibrahim, anak Kampong Parit Raja Darat, Muar, dimanafaatkan oleh Pengetua dengan memberi beliau menyampaikan  ucapan ringkas untuk   membakar semangat pelajar-pelajar supaya dapat mencontohi anak muda ini yang mendapat 11A+ dalam SPM dan dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang Negeri Johor. 

Rahsia kejayaan beliau mudah sahaja : hormati guru-guru, beri tumpuan sepenuhnya dalam kelas dan berdoa.

Disamping itu Ahmad juga sedang melakar sejarahnya sendiri  dengan mengikuti Kursus Tahfiz di Darul Quran (JAKIM). Syukur alhamdulillah dalam mas 4 bulan ini beliau telah berjaya menghafaz 14 juzuk al Quran. Syabas anak muda. Selepas ini beliau akan menyambung pelajaran dalam bidang perubatan.
 

 Bunga Paha pengganti diri  dengan iringan doa dan harapan supaya 
terus mendidik anak bangsa dengn penuh dedikasi dan seikhlas hati

Terima kasih Cikgu....

 Bunga telur disampaikan dengan ucapan 'Terima Kasih Cikgu'



 Bunga telur ini cukup untuk Cikgu-Cikgu ?



Sambutan mesra daripada Guru Besar dan Guru-Guru.
Kami dijamu makan tengahari ! Lihat hidangan di bawah nanti.
Terima Kasih Cikgu dan Pengusaha kantin yang menjadi Cef hari ini.
 

YB Dr Mohammad diberi penghormatan bersam memotong Kek Hari Guru.
Di sebelah kiri Ustaz Abu Bakar dan di sebelahnya Sdr Ahmad Ibrahim. 

 'Selamat Hari Guru'
;;
 Kemeriahan Hari Guru terasa dengan kegirangan murid-murid
menyambut Hari Guru. Terkenang zaman persekolahan dahulu.....




 Sumbangan kami hanya sedikit tetapi balasan daripada Guru Besar 
dan Guru-Guru sungguh mengharukan. Terima Kasih cikgu !

 
Nisa' Muar turut mengiringi YB Dr Mohammad.
Lihat betapa mesranya sambutan Guru-Guru ini.....

 

Guru-guru PASTI juga tidak dilupakan. Nisa' menghadiahkan 
jambangan bunga untuk mereka.
  
 
Tanda kehadiran YB .......
 
Kegembiran di wajah murid-murid ini dapat bermesra dengan 
YB Dr Mohammad dan rombongannya 

Dalam siri lawatan kami ke sekolah-sekolah sempena Hari Guru ini kami bukan sahaja diterima dengan mesra tetapi kami juga dihidangkan dengan jamuan yang tidak kami jangkakan sekali. Sebahagiannya tidak dapat kami penuhi dengan mohon kemaafan kerana kesuntukan masa.
  


 YB Dr Mohammad, Sdr Ahmad dan Sdr Abu Bakar Ismail
dengan hidangan dihadapan mereka. Terima Kasih Cikgu...


Hidangan ada di hadapan.....
Ikan Siakap..... sayur....... untuk makan tengahari.

 Ada lagi....tomyam....sayur...... Rezeki.....

 Sdr Ahmad bersama Sdr Rozi


 Sdr Hamidun bersama Sdr Tupin

YB Dr Mohammad dan Sdr Abu Bakar bersama tuan rumah.
Terima kasih Cikgu.Rezeki Hari Guru.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 16 May 2011 09:12 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


YB Saifuddin Nasution 22 Mei 2011 di Seremban

Posted: 15 May 2011 11:47 PM PDT



CERAMAH UMUM
Tarikh : 22 Mei 2011 , AHAD
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Penceramah :
YB Saifuddin Nasution
Hanipa Maidin
Hj Anuar Tahir
Zulkefly Mohamad Hj Omar
Semua dijemput hadir
Anjuran BPPNS

Mohamad Sabu 22 Mei 2011 di Dewan Cina Seremban

Posted: 15 May 2011 11:46 PM PDT



WACANA PEKERJA
TAWARAN BUKU JINGGA
Bersama :
Abang Mohamad Sabu
Tuan Haji Anuar Tahir
Hanipa Maidin, Peguam
Tarikh : 22 Mei 2011 , AHAD
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Dewan Perhimpunan Cina NS, Temiang, Seremban
Semua dijemput hadir
Maklumat lanjut tel 013-2066505

PAS Kawasan Miri

Posted: 16 May 2011 07:40 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Kerajaan BN Makin Tertekan Untuk Naikkan Harga Ron 95

Posted: 16 May 2011 06:22 PM PDT

Peningkatan harga gula yang berkuatkuasa semalam, kini menimbulkan spekulasi sama ada harga petrol RON95 akan menyusul selepas ini - ataupun kenaikkannya akan ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum.

Mengikut rancangan penyelarasan subsidi yang dicadangkan oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), harga petrol RON95 sepatutnya telah dinaikkan oleh kerajaan kepada RM2.05 seliter sekarang. Mengikut perancangan, ini seharusnya dilakukan dengan dua pelarasan - iaitu 15 sen sekitar akhir tahun lalu dan 10 sen lagi pada separuh masa pertama tahun ini.

Namun harga sekarang tetap kekal pada RM1.90 seliter. Harga RON95 dinaikkan dua kali tahun lalu - iaitu lima sen setiap kali pada 16 Julai dan 4 Disember. Tahun ini sahaja, harga petrol RON97 dinaikkan empat kali dan kini pada paras RM2.90 seliter, iaitu paras tertingginya.

Menurut akhbar China Press, harga petrol RON95 sekarang adalah 80 sen lebih murah berbanding harga pasaran - bermaksud harga sepatutnya adalah RM2.70 seliter jika diselaraskan mengikut harga pasaran.Bagi mengekalkan kadar harga sekarang, pembayar cukai terpaksa menanggung kos subsidi petrol sebanyak RM14 bilion. Ini merupakan 40 peratus lebih tinggi daripada bajet RM10 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan.
Walaupun jumlah yang ditanggung itu besar, ketua penyelidik Jupiter Securities Pong Teng Siew berkata beliau menjangkakan kerajaan akan menangguhkan sebarang kenaikkan harga petrol RON95 sehingga pilihan raya umum selesai kerana petrol mempunyai kesan yang lebih besar berbanding gula.

"Bagi sekarang, kerajaan cuba mewujudkan persekitaran yang sesuai menjelang pilihan raya."

Spekulasi tersebar luas bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan membubarkan parlimen akhir tahun ini ataupun pada tahun depan kerana ekonomi dikatakan semakin merudum sejak kebelakangan ini.Jika rasionalisasi harga petrol ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum, rakyat berkemungkinan akan menghadapi kenaikan agak ketara sehingga boleh menyebabkan inflasi petrol.Setakat ini, hanya sasaran rasionalisasi subsidi untuk gula yang disaran dinaikkan 20 sen sekilo bagi setiap setengah tahun berjaya dipatuhi.

Barangan kawalan lain seperti tepung, minyak masak dan gas asli juga termasuk dalam rancangan pengurangan subsidi tetapi kerajaan belum mengumumkan sebarang kenaikan barangan itu bagi tahun ini.Najib pada 1 April lalu mengumumkan kerajaan akan memperlahankan pelaksanaan skim rasionalisasi subsidi dengan alasan bagi membantu rakyat mengurangkan bebanan mereka.

Kabinet bincang kemungkinan kenaikkan


Sementara itu, Nanyang Siang Pau melaporkan harga petrol RON95 mungkin dinaikkan 10 sen dalam masa terdekat ini bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung kerajaan.
Seorang menteri yang tidak mahu dikenali memberitahu akhbar Cina itu bahawa jemaah menteri telah membincangkan subsidi petrol hari ini tetapi tidak ada keputusan muktmad dibuat.Jemaah menteri bagaimanapun mengarahkan Kementerian Kewangan untuk menyediakan laporan terperinci mengenai perkara berkenaan.Seorang lagi menteri memberitahu jemaah menteri juga bersetuju tiada keperluan bagi kerajaan untuk menaikkan harga minyak bagi mengurangkan beban kewangannya.Katanya, buat masa ini kerajaan membayar RM11 bilion setiap tahun untuk subsidi petrol RON95 dan kos itu mungkin naik menjadi RM18 bilion jika harga tidak diselaraskan tidak lama lagi.

Perundingka chara malas pengangkun pengajar: PAS

Posted: 16 May 2011 07:09 AM PDT

MIRI: Parti Islam Malaysia (PAS) Miri minta perintah berundingka chara malas pengangkun pengajar setipak enggau tanggung pengawa sida ke ngiri pemandai sereta ngemansangka pengawa pelajar menua tu.

PAS minta perintah berundingka sekeda pekara kena malas budi raban pengajar ti udah ngangkatka tikas pemandai ba menua tu beserimbai enggau Hari Pengajar taun tu.
Parti tu, ba siti penerang minta perengka guna enggau rumah pengajar ba sekula menua pesisir patut diangkatka manah agi. Kelimpah ari nya, Opis Menteri Pelajar Malaysia patut ngeamatka semaya ti deka ngelatih bala pengajar ke diambi ngarau ngajar ba sekula sekondari nampung pengawa sida.

"Kitai ngarapka raban ti megai tanggung pengawa tu beratika penanggul ti nuntung bala pengajar nya ngambika sida nyamai gawa lalu ngajar bala nembiak enggau naka ulih," ku penerang nya.Penerang nya mega, madahka pengajar besai amat tanggung pengawa kelebih agi ba dunya kemaya hari tu ti majak tegap sereta mar.

"Batang pengawa pengajar ukai semina ngajar, ngiring, ngasuh, ngelatih sereta beratika nembiak ti diajar sida iya aja, tang bungkur pengawa pengajar diatu majak besai," ku penerang nya.

Beduduk ari nya, perintah patut meri terima kasih ngagai bala pengajar ti udah ngajar nembiak ba kandang mengeri enggau menua pesisir ngambika tau nyadi serak pemansang ngagai menua tu jemah ila.Ba penerang nya mega, PAS Miri ngenataika selamat ngintu Hari Pengajar ngagai semua pengajar ba serata menua Malaysia ti diintu sehari tu (hari Satu).

theborneopost.com

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 16 May 2011 07:38 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Awasi Banner...

Posted: 16 May 2011 04:00 AM PDT

PAS mengesan beberapa insiden merosakkan banner disekitar Hulu Langat oleh anak-anak muda yang menaiki motor yang disyaki merupakan orang upahan. Mereka ini disyaki diupah oleh golongan yang tidak senang dengan program penerangan yang dilaksanakan oleh PAS disekitar Hulu Langat. Sehubungan dengan itu, semua jentera parti dan penyokong diarahkan membuat pemantauan dan buat laporan POLIS dengan segera apabila melihat aktiviti-aktiviti provokasi seperti ini berlaku. Kalau boleh tangkap mereka ini dan dedahkan siapa dalang disebalik kerja-kerja tidak sihat ini....

Pemuda PAS Hulu Kelang

Posted: 16 May 2011 07:33 PM PDT

Pemuda PAS Hulu Kelang


Sekitar Gerakerja Gotong Royong mengemas MTD oleh UKJHK

Posted: 15 May 2011 08:54 PM PDT





Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 16 May 2011 07:33 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Menteri: Bersedia hadapi kenaikan petrol RON95

Posted: 15 May 2011 07:57 PM PDT


Petrol RON95 bakal naik? Apa kata anda? Luahkan pandangan anda di ruangan komen..

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 16 May 2011 07:27 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Posted: 15 May 2011 08:10 PM PDT

                          

Harga RON95 dijangka naik sebelum Akhir Tahun ini?

Posted: 15 May 2011 08:02 PM PDT

Rakyat Diminta Bersedia Kemungkinan Harga RON95 Naik


Putrajaya,15 Mei 2011(Bernama)- Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95,kata Menteri Perdangangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.


"Saya ingin rakyat bersedia,saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," katanya kepada pemberita di sini.


Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.


Ismail Sabri  berkata kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak beberti harga bahan mentah itu tidak akan naik.


kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada harga RM1.90 seliter. - Bernama

PAS Kawasan Pekan

Posted: 16 May 2011 07:04 PM PDT

PAS Kawasan Pekan


BANTAH LYNAS - TEMURAMAH KETUA PEMUDA PAS PAHANG

Posted: 16 May 2011 07:39 AM PDT





ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 16 May 2011 03:40 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


HAKIM ARAH ANWAR BELA DIRI, JANGAN SAKSI DIKETEPI WALAU PERDANA MENTERI !

Posted: 16 May 2011 02:01 AM PDT

Pasukan bela DSAI akan memanggil 30 saksi pada sesi pembelaan yang akan bermula 6 Jun ini. Antara saksi yang akan dipanggil ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Mumtaz Jaafar.

"Kami akan mempertahankan kedudukan kami. Kami akan memanggil kesemua saksi termasuk Najib, Rosmah, Musa Hassan dan Mumtaz.

"Adalah jelas dalam keterangan sebelum ini, Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara terlibat dalam kes ini," kata Anwar.

Salah seorang peguam pasukan pembela Sankara Nair berkata, mereka juga akan membawa saksi pakar untuk memberi keterangan.

"Kami kecewa dengan keputusan dipanggil membela diri," kata beliau sambil menambah, tertuduh seharusnya telah dibebaskan.

Beliau juga mengesahkan Anwar akan menjadi saksi pertama pembela untuk memberi keterangan.

"Beliau perlu (jadi saksi utama)," katanya.

BN TERDESAk, TAIB MASAK !

Posted: 15 May 2011 10:41 PM PDT

HARTA TAIB DIBEKU
PRESIDEN SWITZERLAND ARAH DIADAKAN SIASATAN KE ATAS HARTA TAIB!
Dalam sepucuk surat yang ditujukannya kepada badan NGO yang beribu-pejabat di Switzerland, the Bruno Manser Foundation, Presiden Persekutuan Swiss Micheline Calmy-Rey telah mendedahkan bahawa dia telah mengemukakan maklumat mengenai harta Taib Mahmaud kepada badan penasihat kewangan pasaran Swiss, FINMA, untuk disiasat.

Calmy-Rey adalah ketua persekutuan negara bagi Switzerland.

Surat berkenaan, yang dihantar pada 8hb April yang lalu bertajuk "Membekukan apa sahaja aset milik Abdul Taib Mahmud, ketua kerajaan negeri Sarawak di Malaysia, di Switzerland". Dalam surat itu Presiden Swiss itu dengan lantang menyeru kepada pihak-pihak berwajib di negaranya untuk mengambil segala langkah yang serius mengenai kritikan dan bantahan di seluruh dunia mengenai harta Taib yang beliau perolehi secara haram dari pembalakan, dan meluahkan rasa tidak puas hatinya bahawa harta Taib mungkin dilaburkan di Switzerland.

Pujian kepada Bruno Manser Foundation



Presiden Calmy-Rey memulakan suratnya dengan mengucapkan terima kasih kepada Bruno Manser Foundation atas komitmen yayasan itu menentang rasuah. Yayasan itu telah ditubuhkan sebagai memperingati Bruno Manser, seorang pejuang alam sekitar berbangsa Swiss yang telah hilang secara bermisteri di Sarawak setelah berkempen menentang pembalakan haram bagi pihak kaum Penan. Baru-baru ini yayasan BMF adalah pelopor kepada rapat-rapat umum antarabangsa yang diadakan di luar harta yang dikaitkan dengan Taib Mahmud, termasuk di London, Seattle, San Francisco, Tasmania, Sydney, Adelaide dan Ottawa.

Yayasan Bruno Manser menegaskan bahawa Taib Mahmud dipercayai telah melabur dengan banyaknya di dalam sistem perbankan Swiss dan salah seorang dari ahli keluarganya juga berkahwin dengan bangsa Swiss. Sejak beberapa dekad yang lalu Taib dikatakan melabur di Switzerland sehingga suatu ketika tidak lama dahulu dia telah beralih ke negara Monaco, sebuah negara yang terkenal dengan kelonggaran peraturannya dalam pekara yang berkaitan dengan penyelewengan kewangan. Malah, keluarga Taib telah secara umumnya mengeratkan hubungan mereka dengan Putera Albert dari Monaco sejak dua-tiga tahun yang lalu, termasuklah membiayai yayasan milik putera itu, yang dikatakan mempunyai kepentingan terhadap alam sekitar!

Putera Albert telah mengadakan lawatan di-Raja ke Mulu Resort pada tahun lalu, yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Taib Mahmud, setelah kawasan itu dirampas dari kaum Berawan.

Keseluruhan kawasan hutan di situ telah ditebang dan kini menghadapi masalah banjir berskala besar, sejajar dengan rancangan Taib untuk membina empangan di sungai-sungai di seluruh Sarawak. Ini adalah sebahagian dari projek SCORE, yang dikatakan menjanjikan kontrak yang lumayan kepada keluarga Taib Mahmud.

Kini pihak UN telah menjelaskan hasratnya untuk menarik-balik status Warisan Dunia ke atas kawasan Taman Negara Mulu yang pernah suatu ketika mendapat pengisytiharannya. Keraguan seperti ini, di samping pendedahan-pendedahan lain mengenai kesalahan rampasan tanah yang dilakukan oleh keluarga dan kroni Taib Mahmud secara meluas dan juga tanggapan masyarakat dunia mengenai dominasi 30 tahun Taib berkuasa ke atas negeri Sarawak.

Surat utama


Di dalam suratnya kepada yayasan Bruno Manser, Presiden Persekutuan Swiss itu menyatakan bahawa dia merujukkan kepada sepucuk surat:

"aset-aset yang disyaki milik Ketua Menteri bagi negeri Sarawak di Malaysia, dan orang-orang yang dalam rombongannya".

Surat itu seterusnya mengandungi ucapan terima kasih kepada yayasan BMF atas "komitmen mereka menentang rasuah" dan telah mengesahkan 'akan mengembalikan dana-dana' kepada pihak berkuasa sesebuah negara penaja pelaburan itu. Calmy juga menyatakan bahawa negaranya telah mengembalikan 1.7 billion Swiss Franks dengan cara sedemikian (yang mereka anggap sebagai sebahagian kecil dari keseluruhan nilai kekayaan peribadi milik Taib Mahmud).

Dalam suratnya juga presiden Swiss itu menegaskan bahawa dia sendiri telah ambil maklum mengenai kempen anti rasuah pembalakan dan menganggap perkara itu sebagai amat serius. Dia juga telah mengesahkan bahawa, secara peribadi, menyerahkan perkara itu kepada FINMA, sebuah badan Swiss yang paling berkuasa yang menjalankan siasatan terhadap kesalahan penyelewengan wang.

Pihak kami kini sudah dapat melaporkan bahawa FINMA telah menghubungi yayasan Bruno Manser sebagai langkah memaklumkan bahawa FINMA telah dipertanggungjawabkan untuk menyiasat aset-aset milik Taib Mahmud dan akan mengeluarkan segala laporan mengenai tugas mereka itu.

Peranan utama Kerajaan Malaysia

Dalam suratnya juga, Presiden Calmy-Rey telah menjelaskan bahawa dalam masalah penyelewengan wang awam, Kerajaan Malaysia dibebani tanggungjawab untuk memohon kerajaan Swiss membekukan aset-aset yang berpotensi sebagai haram, maka negara-negara seperti Switzerland akan tertekan kerana menunggu suatu keadaan sehingga Taib disingkirkan.

Sebaliknya Presiden Switzerland itu telah secara rasminya merujukkan tindakan negaranya membekukan aset-aset yang dilaburkan oleh tokoh-tokoh bermasalah dari Libya, Mesir dan Tunisia yang telah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan undang-undang.

Persoalannya di sini, adakah PM Malaysia Najib Razak sanggup dan bersedia untuk bertindak ke atas pembiaya utamanya itu? Di Malaysia Taib dipercayai mendominasi BN, kerana telah berjaya memenangi banyak kerusi DUN di kawasan-kawasan pedalaman Sarawak. Jika Najib gagal bertindak menjalankan siasatan sebagai mana yang disyaratkan oleh pihak berkuasa Swiss, masalah ini tetap akan menular dengan lebih buruk lagi.

AHLI POLITIK SINGAPURA AMAT 'GENTLEMAN', AHLI POLITIK MALAYSIA LIAT DAN TAK MAKAN SAMAN

Posted: 15 May 2011 09:18 PM PDT

Ahli politik Singapura undur pabila kalah, ahli politik Malaysia lain ceritanya
Saya menghormati sikap ahli politik Singapura yang kalah pada pilihan raya republik itu baru-baru ini yang bukan sahaja menerima kekalahannya dengan tenang tetapi mengambil keputusan untuk terus bersara daripada politik.

Brig-Jen George Yeo, Menteri Luar Singapura dan salah seorang yang pernah disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri republik itu, gagal mempertahan kerusi GRC Aljunied yang diwakilinya.

Kekalahan beliau dan rakan-rakan GRCnya adalah yang pertama membabitkan seorang menteri kanan dan turut memeranjatkan kepimpinan PAP yang memerintah. Sebelum memegang portfolio Kementerian Luar, beliau menerajui Kementerian Penerangan dan Kebudayaan.

Mantan panglima tentera Singapura itu dilihat sebagai seorang 'gentleman' dalam politik Singapura dan ada ketikanya dikatakan mampu menggugat kedudukan PM Lee Hsien Loong. Mungkin itulah antara sebab kenapa Lee Kuan Yew enggan bersara kerana dia mahu mempertahankan kedudukan anaknya itu.

Tindakan BG Yeo bersara daripada politik melambangkan sikapnya yang tegas menerima penghakiman rakyat atau pengundi. Jika rakyat sudah tidak menerimanya, maka diapun berundur sebagai tanda menghormati kehendak rakyat.
Sebaliknya di Malaysia, ahli politik yang kalah pada pilihan raya atau pemilihan parti, amat sukar untuk berundur apatah lagi bersara terus daripada politik. Ia seolah-olah harta warisan yang tidak boleh dilepakan ke tangan orang lain.
Mereka akan menunggu peluang untuk dilantik sebagai Senator atau pengerusi mana-mana agensi, syarikat berkaitan kerajaan atau badan-badan berkanun seperti MARA, RISDA, FELDA, PERDA, KEDA, MADA, KADA, DARA, PETRONAS, SIME DARBY, FINAS, MAS dan banyak lagi.
Perkataan bersara atau berundur tidak berada dalam perbendaharaan kata mereka. Yang ada hanyalah 'habuan, habuan dan habuan' untuk meneruskan keselesaan hidup yang dinikmati menerusi kegiatan politik.
Sebab itulah saya hormati sikap BG George Yeo yang terus bersara apabila kalah pada pilihan raya. Sikap sedemikian tiada pada ahli-ahli politik 'cari makan' di Malaysia.

DOAKAN SEMOGA HAKIM, PENDAKWA, YANG DIDAKWA DAN YANG BERSALAH AKAN SENTIASA DI BAWAH KEADILAN ALLAH S.W.T

Posted: 15 May 2011 05:48 PM PDT


fOTO IHSAN DARI sharpshooter


Keputusan kes liwat Anwar hari ini

KUALA LUMPUR – Selepas hampir 3 tahun berlanjutan, kes Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan diputuskan hari ini oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md. Diah akan memberi keputusan pagi ini selepas meneliti dan mempertimbangkan hujah kedua-dua belah pihak di akhir pendakwaan sama ada akan membebaskan Anwar atau memanggil bela diri.

Pada 7 Ogos 2008, Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful, 26, tanpa kerelaan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di sini, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh menyebabkan Anwar dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Anwar yang kini dihimpit kontroversi rakaman video seks pernah didakwa atas tuduhan serupa iaitu meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar pada 2000 namun selepas disabitkan bersalah dan menjalani hukuman penjara empat tahun, hukuman terhadapnya diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan.

Seramai 27 orang saksi dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 3 Februari tahun lalu dengan saksi pertama ialah pengadu sendiri, Mohd. Saiful mendakwa diliwat oleh Anwar ketika menghantar fail yang tertinggal di pejabat.

Mohd. Saiful dalam keterangannya juga mendakwa tidak membuang air besar selama dua hari selepas kejadian sebelum membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 16 May 2011 03:33 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


HAKIM : TERPAKSA ATAU DIPAKSA?

Posted: 16 May 2011 04:00 AM PDT

PANAS!!

Kau dipaksa untuk menurut kata
Sang penguasa zalim rakus kuasa
Sedangkan hati kecil meronta
Kezaliman tapi tak terdaya

Namun apakah itu semua cukup
Memuaskan hati sang penguasa
Atau hati sendiri merasa
Terpaksa dalam paksaan
Tersepit dalam penyepit
Tersangkut dalam penyangkut
Terhenyek dalam tempeyek

Sudah puaskah hatimu Zabidin Mohd Diah
Sudah lupakah kau akan hadith Nabi
3 dari 4 hakim akan terperosok di dasar neraka
Aku cuma ingin bertanya
Apakah kau sudah sedia dengan azab-Nya??

JALAN PULANG


Kes Anwar : Hakim Terima Segala Keterangan Saksi Pendakwaraya

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zabidin Mohd Diah dibidas peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tindakannya menerima kesemua keterangan yang diberikan oleh saksi pendakwaan walaupun mendapati sebahagiannya tidak konsisten.

Mengulas keputusan Zabidin bersabit perbicaraan kes fitnah liwat 2 itu pagi tadi, Sankara Nair mempersoal kredibiliti hakim tersebut yang dilihat gagal menyaring maklumat kurang tepat yang dikemukakan 26 orang saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan.

Ini berikutan jelasnya terdapat beberapa insiden yang mencatatkan saksi utama, Saiful Bukhari Adzlan menukar kenyataan berhubung dakwaan perbuatan liwat oleh Anwar pada hari kejadian 26 Jun 2008 di Kondominium Desa Damansara.

"Kita dapati ianya menyedihkan kerana anda(hakim) boleh percaya kesemua yang dinyatakan saksi pendakwaraya. Mungkin ada satu atau dua yang anda tidak boleh percayai sebab bukan semua orang memberitahu perkara betul.

"Tapi ia amat mengejutkan kerana beliau percaya kesemuanya namun saya tidak dapat memberi komen lanjutan sebab kes ini masih pra-matang. Selepas kita masuk ke peringkat membela diri dan kita akan membuat komen selanjutnya," kata beliau sejurus keluar dari galeri awam.

Berdasarkan nota kes yang dibacakan oleh Zabidin dalam mahkamah, beliau mendapati cubaan peguambela menggambarkan saksi utama iaitu Saiful tidak berwibawa adalah tidak relevan.

Ini katanya, sekiranya mahkamah menerima cadangan tersebut maka tertuduh akan dibebaskan serta merta.

"Jika mahkamah mendapati PW1 (Saiful) sebagai saksi tidak berwibawa, maka tertuduh akan bebas. Tidak mengejutkan peguambela cuba menggambarkan PW1 sebagai seorang yang tiada kredibiliti. Denga rasa hormat, saya mendapati ianya tidak relevan," ujar Zabidin.

Saiful dalam keterangannya sebelum ini berkata telah dipaksa oleh Anwar melakukan liwat namun didapati seolah-olah selesa diperlaku sedemikian apabila hadir ke pejabat Ketua Pembangkang keesokkan harinya tanpa perasaan trauma.

Saiful juga mengaku minum kopi dan makan karipada di kondominium berkenaan selepas kononnya dipaksa liwat oleh Anwar.

Hakim menetapkan 6 hingga 30 Jun 2011 untuk mendengar hujah pembelaan termasuk saksi-saksi yang akan dipanggil.

Pasukan peguambela akan memanggil Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor sebagai saksi diikuti Mumtaz Jaafar dan Ezam Mohd Nor yang ditemui Saiful selepas kejadian.



Video ihsan Malaysiakini TV

Ibrahim, nak 'berjihad' pun bayar 'hutang' dulu

Posted: 16 May 2011 03:53 AM PDT


Oleh Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali diingatkan agar tidak menyalahgunakan kalimah 'jihad' apatah lagi menyelitkan agenda politik Machiavelli.

AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa(gambar) menyatakan demikian sebagai merujuk kepada kenyataan terbuka Ibrahim bahawa beliau dan Perkasa sanggup melancarkan 'perang salib' atau 'jihad' untuk menentang rakyat Malaysia yang beragama Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini seperti yang tersebar dalam laman web Malaysiakini bertarikh 15 Mei 2011 dan lain-lain laman web berita.

"Saya menasihatkan agar beliau tidak menyalahgunakan kalimah 'jihad' apatah lagi menyelitkan agenda politik Machiavelli untuk mengekalkan Umno BN terus berkuasa dengan konsep jihad sebenar yang suci dan bersih," ujarnya dalam satu kenyataan.

Pertama, katanya isu yang berbangkit mengenai kumpulan Kristian ingin menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi adalah samar-samar dan berunsur fitnah sedangkan Islam tidak mengizinkan jihad dilancarkan atas kedudukan yang samar-samar seperti ini.

Kedua, ujarnya Perkasa sendiri adalah badan bermotif politik yang jelas mempertahankan sesetengah kemungkaran dengan cara tidak menegur atau bersuara amalan seperti korupsi, kehilangan rule of law, kepincangan sosial, kecelaruan dasar-dasar dan kegagalan Umno BN selama ini.

Bahkan, kata beliau hanya menggunakan isu-isu kaum dan agama bagi kepentingan politik sebelah pihak yang menunjukkan Perkasa tidak berpijak atas ajaran Islam yang syumul dan tidak layak membangkitkan isu jihad yang seharusnya tulen dan bersih.

"Sebagai contoh, di manakah Perkasa apabila Presiden MCA selaku rakan utama Umno dalam BN datang ke Kelantan untuk mengubah amalan tidak mengizinkan premis-premis perjudian dibuka bagi rakyat Kelantan yang majoriti 95% beragama Islam," katanya.

Ketiga, ujarnya kekeliruan yang berlaku dalam politik negara pada hari ini ialah kerana kebimbangan Umno BN kehilangan kuasa hasil 'kemungkaran' politik dan ekonomi yang berterusan yang telah ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia pelbagai kaum.

Menurutnya, jika jihad hendak dilaksanakan mengikut keutamaan ajaran Islam, kepincangan-kepincangan yang berterusan yang dilakukan oleh Umno BN adalah lebih utama diperbetulkan.

Keempat, jelasnya Islam menganjurkan pendekatan yang menarik hati manusia lain contohnya sepertimana yang dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam Surah 'Ali Imran ayat 159 yang bermaksud: "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya."

"Jika diamati ayat ini, sekiranya Perkasa ingin menguatkan lagi Islam, ia boleh dilakukan bukan hanya dengan kata-kata yang berapi-api tetapi dengan polisi dan amalan yang selari dengan Islam seluruhnya seperti berlaku adil, dan good governance/tatakelola yang baik.

"Akhir sekali, nasihat saya kepada Datuk Ibrahim Ali, jika beliau ingin terus 'berjihad', saya sarankan beliau mengembalikan semula kerusi parlimen Pasir Mas terlebih dahulu kepada PAS yang beliau tandingi juga atas tiket PAS dalam PRU-12 yang lalu," ujarnya.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan secara sinis berkata, orang yang hendak berjihad adalah wajib membayar hutang terlebih dahulu kerana ruh orang tidak membayar hutang tergantung antara bumi dan langit.

"Kerusi parlimen Pasir Mas adalah dikira sebagai 'hutang' Datuk Ibrahim Ali," katanya.

SEMINAR MAQASID AL- SYARIAH

Posted: 16 May 2011 03:41 AM PDT


SHAH ALAM: PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Pusat menganjurkan satu Seminar Maqasid Syari'ah yang diadakan di Dewan Jubli Perak Bangunan SSAAS di sini. Peserta Seminar sekitar 700 orang adalah terdiri dari AJK Syura Ulamak, AJK PAS Pusat, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, ADUN-ADUN , wakil badan Perhubungan Negeri, Wakil PAS Kawasan dan wakil Ngo dari seluruh negara. Program yang akan berlangsung sehingga jam 2.00 petang itu dihadiri oleh Presiden PAS, YB. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebangai pembentang utama kepada kertas kerja bertajuk Maqasid Syari"ah.

Kertas kerja yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bertajuk maqasid al-Syariah. Dalam pembentangan itu, antara perkara yang dibentangkan ialah konsep, objektif, pembahagian maqasid syariah, pelaksanaan maqasid al-syariah, peranan kerajaan Islam dan sikap terhadap maqasid al-syariah. Selepas Pembentangn kertas kerja tersebut akan diulas oleh dua pengulas iaitu oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, YB. Dato' Ustaz Haji Harun Taib dan pengulas kedua pula ialah Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan And Razak yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah.

Antara yang disentuh juga berkaitan dengan Enam Feqh perlu difahami secara mendalam iaitu auroq (kesesuaian lokasi), haraki (memahami perkara berlaku), Waqie' (situasi yang berlaku), Nawazil (peristiwa berlaku), Muwazanat (pertimbangan terperinci perkara yang berlaku tahap pelaksanaan hukum) dan Aulawiyyat (memahami perkara keutamaan, terpenting, besar dan kecil bagi nyatakan hukum dan pelaksanaannya).
Presiden PAS membentangkan kertas kerja Maqasid al-Syariah

HARI BELIA : HAYATI PERUTUSAN KETUA PEMUDA PAS PUSAT

Posted: 16 May 2011 12:29 AM PDT

Salam perjuangan dan persahabatan dari saya dan EXCO DPP Malaysia buat seluruh warga belia negara. Sempena sambutan Hari Belia, suka saya menarik perhatian semua khasnya para belia kepada beberapa noktah untuk penelitian bersama ke arah membina masa depan agama, bangsa dan negara yang mendapat keampunan tuhan.


1. Sesungguhnya belia merupakan tonggak kepada sesebuah negara. Belia yang mempunyai nilai jati diri hebat juga merupakan aset terpenting negara. Kita mengerti proses pembaratan [ westernization ] semakin menular namun langkah kita tidak boleh berhenti dan membiarkan ia terus melanda generasi belia hari ini, lantaran syair yang mendesak semangat juang kita senantiasa berdengung di cuping telinga :

لنا يد و العمل لنا غد و الأمل

Kita mempunyai sumber tenaga dan tugasan [ yang perlu diurus ], kita juga mempunyai masa depan dan wawasan [ yang perlu ditunai ]

2. Kita seharusnya konsisten mengatur langkah untuk menganjakkan kepompong paradigma belia. Dewan Pemuda PAS Malaysia menyarankan supaya negeri - negeri yang diterajui Pakatan Rakyat membuka ruang seluas - luasnya kepada golongan belia untuk mereka mengasah bakat kepimpinan termasuklah menyediakan platform yang sesuai bagi mereka bersuara seperti sudut pidato dan forum anak muda.

3. Sementara itu, Kita juga harus menyedari bahawa generasi belia yang ada hari ini merupakan acuan sistem pendidikan kebangsaan terhadap generasi remaja sewaktu mereka di alam persekolahan beberapa tahun sebelum ini. Generasi remaja yang sedang dibangku sekolah hari ini pula, merupakan generasi belia di masa akan datang.

4. Gejala keruntuhan akhlak dan kebejadan sosial yang berlaku dikalangan belia hari ini juga menjadi indikator yang jelas tentang kelemahan sistem pendidikan kebangsaan. Malah sekiranya kita melihat kepada aspek yang lain seperti perpaduan kaum, keyakinan upaya diri dan daya saing dikalangan generasi belia, kesemuanya menunjukkan sistem pendidikan nasional perlu direformasikan.

5. Malang sekali dasar - dasar berkaitan dengan pendidikan seumpama "sekali air bah sekali pantai berubah" iaitu mengikut kehendak atau selera siapa yang menjadi menteri berkenaan.

6. Peranan golongan belia dan anak muda bukan hanya perlu diperkasa dalam sektor sosial dan ekonomi semata - mata tetapi juga dalam politik. Peranan mereka dalam PRU ke 12 yang lalu sememangnya diakui, malah mereka juga berperanan penting dalam siri pilihanraya kecil pasca tsunami politik 2008. Dewan Pemuda PAS begitu menyedari bahawa golongan anak muda ini tidak mewarisi politik lama yang lebih menjurus kepada perkauman dan konflik, sebaliknya golongan ini lebih terbuka dan rasional.

7. Lantaran itu, saya turut mengambil kesempatan untuk menyeru kepada setiap peringkat anggota pemuda PAS agar mendalami perubahan ini yang bakal mewarnai wajah politik Malaysia di masa hadapan. Wajah baru politik Malaysia sebenarnya telah direalisasikan oleh golongan anak muda, justeru peranan mereka dalam sektor politik tidak boleh diperkecilkan.

8. Meledak suhu perubahan ke arah kerajaan dan pemerintahan yang lebih baik, sejahtera, adil, berkebajikan dan mesra anak muda, saya ingin mengingatkan dan malah menekankan betapa pentingnya golongan belia hari ini yang telah layak mengundi untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih yang sah dan layak.

9. Sekiranya generasi belia ini terdidik dengan tanggungjawab politik mereka sebagai rakyat Malaysia, saya yakin mereka lebih bertanggungjawab dalam memilih pemimpin yang bakal menerajui negara kelak dan kemungkinan untuk mereka menjana satu lagi tsunami politik adalah lebih besar dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

10. Justeru itu, kita memberi penegasan kepada semua angkatan belia agar menolak perancangan halus pihak yang tidak bertanggungjawab menaja budaya hedonisme untuk melalaikan pemikiran dan merosakkan peribadi belia agar terus hanyut dan tenggelam dibawa arus jahiliyyah tanpa perlu lagi mereka memberikan perhatian kepada gerakan perubahan demi masa depan negara, bangsa apatah lagi agama.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sambutan Hari Guru N.Sembilan 2011, KONSERT LETS ROCK

Posted: 16 May 2011 12:26 AM PDT


Oleh: amkns

"Kalau tahun 2010 sempena Sambutan Hari Guru , Kerajaan Negeri Sembilan telah menjemput Mawi untuk buat konsert. Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan tahun 2011 pula Ketua Sektornya galakkan pelajar jadi artis. Sementara Kementerian Pelajaran pula galakkan pelajar menyertai My School Rocks dengan tarian terkangkang-kangkang. Elok tukar je nama Kementerian Pelajaran ke Kementerian Hiburan.

Jadi tahun ni Menteri Besar Negeri Sembilan nak jemput siapa pula untuk konsert sempena menghargai jasa guru?

Artikel sebelum ini Guru N.Sembilan tak senonoh, memalukan, MB bertanggungjawab diamkns.blogspot.com

Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan galakkan pelajar jadi artis diamkns.blogspot.com

Kementerian Pelajaran galakkan pelajar jadi Rockers di amkns.blogspot.com

"



Saypol akan terus berdoa & istiqamah sabar...

Posted: 15 May 2011 11:23 PM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Mei — Mohd Saiful Bukhari Azlan mengucapkan terima kasih dan bersyukur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar membela diri atas tuduhan meliwatnya tiga tahun lalu.


Dalam reaksi segera berhubung keputusan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah pagi tadi, Saiful yang merupakan pengadu dan saksi utama berkata, dia berharap perbicaraan peringkat seterusnya akan berjalan dengan lancar.

"Syukur dengan keputusan pada hari ini. Diharap peringkat perbicaraan seterusnya berjalan dengan lancar. Akan terus berdoa, istiqamah sabar," katanya dalam mesej menerusi Twitter sebentar tadi.

Mohd Zabidin memutuskan bahawa ada kes prima facie terhadap Anwar, 63, Ketua Umum Pakatan Rakyat, yang berhadapan dengan kes liwat keduanya dalam tempoh 13 tahun.

... berdoalah Saiful... moga dipanjangkan umur agar sempat bertaubat kepada Allah....

REKOD DUNIA PALING RAMAI BERBOGEL DI MALLL

Posted: 15 May 2011 07:10 PM PDT

Seorang fotografi terkenal dunia Spencer Tunick berjaya menghimpunkan seramai 600 orang sukarela berbogel beramai-ramai di sebuah shopping complex untuk di buat rekod dunia yang pelik..

Berapa harga gambar yang akan dijual oleh fotografi ni , bila dah siap nanti untuk dijual..

Mesti mahal harganya...sebab susah nak cari sukarelawan yg sanggup bogel..

Dah tentu diaorang minta harga tinggi...

..... akhir zaman....

Baca Dulu Sejarah Perang Salib Brahim oiii

Posted: 15 May 2011 07:07 PM PDT

oleh ANAKKEDAH007

ehsan fb kedahlanie

Awat juak sangat si brahim katak nie... Kan PM dah kata dah hari tu selepas berjumpa dengan paderi semua bahawa mereka tak ada apa apa agenda berkaitan isu yg di bincangkan serta ketua paderi pon dah nafikan semua tuuu..

Yang hang dok gatai mulut dok merak tunjuk hebat nie apapasai mangkok oi... rumah hang takpa laa dok atas bukit tak ada jiran berkawan dengan org bukan muslim nie... macamana dengan rumah rakyat yang dok keliling kelalang depa dengan org kristian nie.. mcmana perasaan mereka... takan nak bagi ada syak wasangka sesama rakyat malaysia...

kalau macam tu mana dia 1malaysia yg hangpa dok canangkan semua.... JIKA yg bercakap nie MAT SABU kaa BLOGGER PR kaa rasanya dah jadi lauk dah hangpa pie sumbat boh dalam ISA atas sebab menimbulkan perasaan kurang senang sesama rakyat Malaysia....

Thah laaa kelaku hangpa nie padikutty jaa bila ditengok-tengoknya....lagi baguih.... Pi hantaq puak2 Indon balik Indonesia dulu, depa tu pun ancaman jgk bg Malaysia.. Kristian dah lama bertapak di Malaysia, gereja bercambah2...baru la nak perjuang Islam??? Puiiii!!!

SYAITAN BERJUBAH ROMPAK STESEN MINYAK!

Posted: 15 May 2011 05:37 PM PDT


JOHOR BAHRU: Empat beranak yang berperwatakan alim dengan berjubah dan memakai kopiah serta bertakbir, tiba-tiba bertukar menjadi 'syaitan' apabila masing-masing bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya, kira-kira jam 1.30 tengah hari, kelmarin.


Dalam kejadian itu, empat beranak yang pernah menyamun di premis sama sebanyak dua kali Jumaat lalu, bertindak lebih ganas apabila cuba mengelar leher pengusaha stesen minyak berkenaan ketika menghalang perbuatan mereka.

Lebih pelik, bukan saja bapa berusia 49 tahun membawa parang, malah tiga anaknya berusia 15, 14 dan lapan tahun turut membawa senjata sama ketika kejadian, manakala isterinya berusia 37 tahun yang berada di dalam teksi bersama anak perempuan berusia 12 tahun dan bayi berusia lapan bulan dikatakan turut berparang.

Menceritakan detik mencemaskan itu, pemilik stesen minyak berkenaan, Sulaiman Che Kutty, 45, berkata, dia yang berada di masjid bergegas ke stesen minyak selepas isterinya yang berada di rumah, dihubungi seorang pekerja memaklumkan kejadian itu.

"Akibat bimbangkan keselamatan pekerja, saya ke stesen sebelum melihat tiga individu berparang menetak meja kaunter dan kotak gula-gula.

LAHANAT MANA YG PUKUL ORG NAK TUNTUT HAK ROYALTI KELANTAN

Posted: 15 May 2011 05:29 PM PDT

KUALA LUMPUR : Setiausaha Gegar, Hisyamuddin Ghazali dipukul seorang lelaki ketika beliau sedang memasang banner menuntut royalti Kelantan di hadapan Masjid Kampung Sireh.

Mangsa yang ditemani isteri dan ibu ketika kejadian itu mendakwa penyerang tersebut yang ditemani seorang lagi rakannya secara tiba-tiba datang memberhentikan kereta yang dipandunya di belakang kereta mangsa, dan terus keluar meluru dan memukul beliau tanpa usul periksa.

Beliau dipukul di perut, kepala, mata dan telinga sehingga dirinya pitam seketika.

Manakala ibunya pula telah ditolak sehingga jatuh di atas jalan raya.

Ekoran itu mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Hisyamuddin yang turut hadir bersama rakan Gegar yang lain malam tadi bagaimanapun berkata, biarpun dipukul beliau tidak akan serik untuk terus memperjuang hak royalti rakyat negeri itu.

"Saya dan rakan-rakan dalam Gegar tidak akan berdiam diri dalam isu ini dan akan ke seluruh negeri dalam menyedarkan kembali tindakan sesetengah pihak menghalang royalti minyak untuk Kelantan adalah satu langkah pengkhianat kepada bangsa dan negeri ini sendiri," katanya kepada Harakahdaily.

Mereka mensasarkan 140 keping baner lagi untuk dinaikkan di seluruh negeri.

Sehubungan itu juga, beliau mewakili Gegar turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang turut memberi sokongan terhadap usaha mereka itu.

ANTI-LYNAS : POLIS TAHAN 4 ORANG

Posted: 15 May 2011 05:10 PM PDT

KUANTAN, 15 Mei — Polis menahan empat anggota DAP pagi ini kerana mengadakan demonstrasi memprotes loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.

Program membantah bermula dengan pembukaan pusat khidmat DAP Kuantan di Jalan Beserah di sini pada pukul 10 pagi tadi sebelum memulakan demonstrasi ringkas.

"Ia hanya demonstrasi kecil... tiga daripada kami memberikan ucapan, (Adun Triang), Leong Ngah Ngah, (Ahli Parlimen Indera Mahkota dari PKR) Azan Ismail dan kemudian saya.

"Ketika saya hendak berucap, OCPD Kuantan datang dan minta kami menghentikan acara ini. Saya memberitahu bahawa kami hampir mahu mengakhiri majlis, jadi selepas hujah kecil, kami berjaya menamatkan demonstrasi kami dan meminta setiap orang supaya bersurai," katanya ketika dihubungi.

Loke menjelaskan, pemimpin-pemimpin DAP berkumpul untuk sesi bergambar untuk media dan ketika empat anggota parti menunjukkan kain rentang anti-Lynas yang hanya tertera logo.

Empat yang ditahan itu terdiri daripada timbalan ketua DAPSY Kuantan Lee Chin Chen, timbalan ketua DAP Bentong Chow Yu Hui, pegawai khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Ting Siow Shuen dan pemberita Rocket Khor Huey Ying.

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB

Posted: 16 May 2011 01:37 PM PDT

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB


Selamat Hari Guru

Posted: 15 May 2011 07:34 PM PDT

Selamat menyambut Hari Guru kepada semua warga pendidik.
Semoga Allah akan membalas segala jasa Cikgu

PAS KOTA TINGGI

Posted: 16 May 2011 01:19 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Konvensyen PAS Johor

Posted: 15 May 2011 10:41 PM PDT



















Corat Coret

Posted: 15 May 2011 10:27 PM PDT













Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 16 May 2011 01:18 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Menteri: Bersedia hadapi kenaikan petrol RON95

Posted: 15 May 2011 07:57 PM PDT


Petrol RON95 bakal naik? Apa kata anda? Luahkan pandangan anda di ruangan komen..

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 16 May 2011 01:09 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Cara Pemikiran Seekor Lembu Apeko.

Posted: 16 May 2011 08:22 AM PDT

Berdasarkan gambar di atas tu, gua bukannya nak berkisah tentang katak2 yang tengah gila melaung melalak mulut masing2 ternganga luas sampai lalat boleh pancutkan telur langau dalam mulut katak2 hipokrit itu semua. Ahhh... pergi mampus la... dengan katak2 pencacai apeko tu...,  part tu lu orang pergi tanya bro Tukar Tiub, dia boleh perjelaskan.


Yang gua nak sentuh di sini pasal lembu sekor ni, gua pun tak tau macam mana dia boleh jadi Ketua Penerangan umno dan di lantik sebagai Timbalan Menteri.

Punyalah bangang yaaaa amat..., kerana tak tahu membezakan akan "maksud" sebuah Kera..jaan dan Parti. Apa peranan kerajaan pada sebuah negara dan apa peranan parti yang mendapat mandat untuk membentuk sesebuah kera..jaan.

Lembu sekor nih..., harus sedar dan faham kalau dia nak persoalkan bahawa Barisan Najis yang membina semua prasarana seperti sekolah dan pelbagai lagi seperti yang di dakwanya. Maka sah lah dia ni seekor lembu apeko yang bebal lagi menyesatkan.

Gua rasa eloklah dia ambil gaji bulanannya sebagai Timbalan Menteri daripada Barisan Najis, jangan sentuh wang kera..jaan, kerana wang kera..jaan adalah hasil dari kutipan cukai rakyat dan pelbagai cukai yang lain.

Itulah yang dikatakan selama ini, puak2 lembu umno haramjadah ni, bukannya tahu membezakan fungsi Kerajaan terhadap rakyat dan negara. Apa yang terpahat dalam kepala otak lembu2 nih... kalau barisan najis menjadi kerajaan seolah2 kewangan dan harta kerajaan barisan najis yang punya.

Apa pasal bangang sesangant si lembu sekor ni..., dah la bodoh tukil... nak jugak perbodohkan rakyat supaya ikut jadi bodoh macam diorang. Bangsat wal cibai betul malaun sekor ni...., apa katanya...?
"Semua pembangunan lama BN yang bina, sebagai contoh, kita (BN) bina 50 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah (di Hulu Selangor)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program motivasi keibubapaan dan anugerah kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kerling di Hulu Selangor hari ini.
Selanjutnya lu orang baca jelah apa yang dia cakap lagi kat sini, asyik nak menipu dan manipulasi minda rakyat jer... kerja lembu2 apeko ni... itupun ada juga lagi rakyat yang terikut jadi lembu macam puak2 apeko ni...

Raja Katak Bangga Jadi Lembu Pulak...!!!!

Posted: 16 May 2011 08:21 AM PDT

"Saya adalah seorang jaguh kampung macam lembu jantan berani berjuang... apa yang datang di depan saya, saya akan lawan habis," kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini.

- MInsider

Dulu marah2 bila orang panggil dia Raja Katak.

Sekarang ni mengaku pulak bangga dan mengaku macam lembu jantan... ha...ha..ha... lawak betul si Raja Katak sekoq ni....

Kalau jadi lembu jantan macam kat sepanyol tu pun nak buat apa...??? Kena tikam dan di rodok dengan pisau oleh Matador mampuih jugak..., kalau jadi lembu jantan yang gagah berjuang sekalipun tapi tahap bangang dan bebal perkauman masih menebal nak buat apa.... bodoh serupa lembu jugak...

Macam si KJ katakan..., jangka hayat Raja Katak dah dekat nak mampus... lepas ni dah takda title YB lagi dah... lu jadi Presiden Perkasa yang tak perkasa jelah... lepas PRU-13 lu akan senyap kerana dah tak laku lagi, justeru itu Malaysia akan menjadi aman sejahtera tanpa lu..
http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2010/06/raja-katak-bangga-jadi-lembu-pulak.html

Pengumuman Dari Raja Katak.

Posted: 16 May 2011 08:19 AM PDT

Perkasa mahu undang-udang digubal bagi melarang bukan Islam daripada memasuki kawasan masjid dan surau meskipun tokoh agama berpandangan bahawa tidak salah bagi masyarakat bukan Muslim berbuat demikian. - MalaysianInsider.

Gua dah tak tau nak kata apa dengan katak sekoq ni, nak kata dia ni takda otak... di sahkan dia berotak, cuma dia takda akal jer.... sejibik macam apa...???? Ha... tak tau jawapannya... hahahaha....

Bila baca sepenuhnya dalam MalayianInsider tu, gua gelak guling2 pasal kebengapan seekor katak dari Pasir Mas nih..., nampak sangat kebodohan dan kedunguannya. Cuba lu orang kaitkan semua kata-katanya itu pada gambar di bawah ni...

Kononnya nak mempertahankan kesucian Islam, piiraaaahhh.... sekadar mempertahankan jelah..., mengimarahkan masjid selalu ke... katak ooiii...., ehhh... katak boleh masuk masjid ke...???

Ahh... mampuih pi la kat katak ni nak kata apa pun... sikit hari lagi mampuih kena lenyek kereta... senyap la tu....

Bermula dari esok, Masjid Negara akan menharamkan semua pelancong asing yang bukan beragama Islam dari memasuki Masjid... arahan ini di keluarkan oleh Raja Katak dari Negeri Pasir Mas... ha..ha..ha....

Apabila si bangang bersuara, maka nampaklah kebangangannya... BANGANG...

Tapikan... gua minat ayat Raja Katak ni... "Apa akan berlaku jika saya bercakap mengenai politik di kuil atau gereja? Orang Hindu tidak akan menyukai. Orang Kristian juga tidak akan menyukai," kata beliau.

Muaaaakakakakakahhhhh.... pandai jugak katak buat lawak yeaaa...,  katak ni dah makan paracetamol ke belum....

Sebelum Perang Katak Mampus Dulu

Posted: 16 May 2011 08:18 AM PDT

 "Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.

"Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah," katanya disambut tepukan kira-kira 150 hadirin.
kah..kah..kah... itulah kata2 Presiden Perkasa Al-Kataki... si bebal yang menjadi puppet umPORno untuk bermain isu perkauman dan agama bagi melaga-lagakan kaum melayu dan kaum lain di negara ini.

Apakah si katak ini yang bertaraf Ahli Parlimen masih bangang dengan Perlembagaan Negara yang sudah jelas dan terang menyatakan Islam sebagai Agama Persekutuan dan kaum lain bebas mengamalkan agama masing2.

Apakah dengan tuduhan bangang dari seekor Anjing Besar yang di mainkan oleh Utusan Meloya boleh di jadikan asas terhadap isu ini. Sedangkan tuduhan tersebut masih samar2 dan berkemungkinannya tak benar langsung, hanya provokasi politik murahan.

Gua setuju dengan Menteri Kpop bahawa Al-Kataki tidak mewakili melayu keseluruhannya, bagi gua statement Menteri Kpop nih... terbahagi kepada dua faktor, pertamanya kerana Al-Kataki nih... barua diorang yang secara tak langsung memberi political mileage kepada umPORno dan keduanya statement beliau sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja untuk menghalalkan supaya Al-Kataki tidak di ambil tindakan undang2 atas kenyataannya yang mengugat keharmonian pelbagai kaum di Malaysia..

Gua juga menyokong gesaan Gerakan supaya di ambil tindakan terhadap Al-Kataki atas kenyataan beliau yang boleh mengugat kestabilan negara.

Kepada melayu2 sekalian, tak perlulah termakan hasutan Ibrahim Ali tuuuu..., kalau dia nak perang biar dia perang sorang2... dan biar mampus dulu... orang macam tu tak perlu di ikut kerana hanya bersandarkan kepada tuduhan yang tak berasas dah melompat tak tentu pasal.

Gua konfiden... belum start perang jantung dia yang dah kondem tu... berhenti berdegup dulu. So... pedulikan jelah mamat sengal tu.. dan pastikan dalam PRU-13 nanti Katak sekor nih takda tempat lagi dalam Parlimen...

Papagomo Suruh ISAkan "Anjing Besar", Blogger Marahku Gantung Keyboard?

Posted: 16 May 2011 08:14 AM PDT

 Sebuah blog pro-Umno mengecam pendedahan provokasi yang dibawa blogger "Bigdog" berhubung dakwaan wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu.

Ekoran pendedahan penulis blog Bigdog itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan pada Sabtu lalu dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi? yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

Laporan muka depan akbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.

Blog "Bigdog" atau nama sebenar penulisnya, Zakir Mohammed menerusi entri bertajuk "Making Christianity the official religion? mendakwa paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik daripada kalangan penganut agama itu.

Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.

Blogger "Papa Gomo" menerusi entri "Negara Kristian - Tangkap Sumbat Dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Si Bigdog Ini" mengecam tindakan yang dilakukan"Bigdog" atas alasan mengeluarkan laporan berunsur fitnah dan tidak benar.

"Dalam isu gereja dan negara Kristian ini memang dari awal saya merasakan sangsi berhubung laporan yang ditulis Bigdog ini sebab dalam laporan itu tiada asas yang kukuh untuk mengatakan perjumpaan paderi itu adalah untuk membentuk jemaah yang sebulat suara menyatakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian.

"Secara logik mustahil pihak Kristian dalam Malaysia boleh berikrar secara terbuka dalam hal ini, mereka tahu kewajaran dalam nak menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian tidak dapat dilaksanakan.

"Jadi bagaimana pula Bigdog ini boleh mengeluarkan satu perkara yang tidak pasti yang mana sekarang kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa akibat dari kebodohan Bigdog ini," katanya.

Justeru kata "Papa Gomo", kerajaan harus peka dan memandang serius terhadap laporan palsu yang dikeluarkan blog "Bigdog" kerana ia boleh menimbulkan ketegangan antara agama.

Selain itu, penulis itu juga mahu "Bigdog" ditahan di bawah ISA jika terbukti laporan yang dikeluarkan itu berunsur fitnah.

"Jika blog Bigdog terbukti menyebarkan fitnah sehingga menggugat keselamatan negara adalah satu kewajaran untuk Bigdog ditahan di bawah ISA bagi mengelakkan kekacauan dan ketenteraman awam tergugat.

"Kerajaan harus memandang serius isu yang dimomokkan blog Bigdog kerana yang menanggung beban dalam hal ini adalah kerajaan BN dan bukannya Pakatan Rakyat. Bagaimana hendak kita bela blogger yang merosakkan keharmonian kaum di Malaysia?" katanya.

Tegasnya, konsep 1 Malaysia yang diperjuangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan dapat direalisasikan jika kerajaan tidak dapat mengambil sebarang tindakan terhadap "Bigdog".

"Apa guna 1 Malaysia jika hal begini tidak dapat dibendung oleh kerajaan Malaysia. Saya yakin dan amat pasti pembangkang (Pakatan Rakyat) juga akan turut sama bersetuju agar ISA dikenakan ke atas blogger Bigdog jika terbukti dia salah menyebarkan laporan.

"Sudah sampai masa KDN (Kementerian Dalam Negeri) bertindak tegas dalam hal ini bagi menjamin ketenteraman awam, bagi saya berbaloi jika Bigdog ditahan di bawah ISA kerana dapat menyelamatkan Malaysia," katanya.

Blog Bigdog juga menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang minggu lalu.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Penganjur program itu — Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan. -TMI


"Konspirasi Kristian' dipadam di blog 'Marahku'




Ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mempersoalkan tindakan seorang penulis blog yang memadamkan semua posting berhubung artikel kontroversinya "konspirasi negara Kristian".

Shamsul Yunus, yang menulis di blog Marahku, adalah antara dua penulis yang dipetik oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dalam laporannya yang menuduh DAP berkemungkinan bersekongkol dengan paderi untuk menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan dan membolehkan penganut agama itu dilantik sebagai perdana menteri.

"Sebuah blog yang 'mendedahkan' isu negara Krstian telah memadamkan entri berkenaan. Mengapa?" soal Khairy pada laman mikro-blognya di Twitter.

"Jika penulis blog itu memadamkan pautan itu kerana beliau menyedari apa yang ditulis adalah tidak benar, maka ia sudah terlambat. Kerosakan telah dilakukan. Bagaimanapun, saya menunggu hasil siasatan," tulisnya lagi.

Blog Shamsul di marahku. blogspot.com didapati kosong sejak semalam. Semua posting juga didapati telah dipadamkan.

Utusan memetik postingnya yang berjudul "Agong under threat? DAP wants to make Christianity the official religion of Malaysia?" yang membidas DAP kerana cuba meminda perlembagaan persekutuan bagi membolehkan penganut agama Kristian menjadi perdana menteri.

Namun artikel berkenaan masih boleh dibaca di bebeberapa laman lain yang telah menyalinnya.

Namun, seorang lagi penulis blog pro-Umno yang dipetik oleh Utusan - Zakhir Mohamed, yang menulis di Bigdog.com, masih menulis dan meneruskan isu berkenaan di blognya.

Utusan memetik tulisannya yang berjudul"Making Christianity the official religion?" yang mendakwa 35 paderi pada satu majlis yang dianjurkan oleh ahli parlimen DAP Jelutong mengambil ikrar untuk menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia. -mk

Tangkap Ibrahim Ali Segera - NGO Aman Ibrahim Ali ditahan guna Akta Darurat

Posted: 16 May 2011 08:09 AM PDT

 (Aman) menggesa Kementerian Dalam Negeri menahan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali di bawah Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) ekoran kesediaan melancarkan "perang jihad" ke atas komuniti Kristian.

Ibrahim (gambar) dalam ceramahnya kelmarin memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Menurut Pengerusi Aman AP Raja Retinam, kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim itu "amat bahaya", boleh mencetuskan keadaan tidak aman dalam negara.

"Kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim Ali berhubung perang jihad adalah satu kenyataan amat bahaya, kami mahu beliau ditahan di bawah Seksyen 4 Akta Darurat kerana keluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya.

"Malah dalam kenyataannya itu beliau seolah-olah mencabar polis, macam mana sehingga hari ini masih tiada tindakan yang dikenakan terhadap Ibrahim Ali... sudah lebih 48 jam tapi kenapa tiada tindakan diambil?"
katanya selepas membuat laporan polis terhadap Ibrahim di Balai Polis Sentul di sini.

Selain itu, tegas Raja Retinam, Ibrahim perlu menerima hukuman seperti mana yang dikenakan terhadap ketua rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden awal bulan.

Sebelum ini Aman mendakwa ia merupakan gabungan kira-kira 200 pertubuhan bukan kerajaan.

"Beliau dilihat cuba menghasut rakyat untuk bertindak menentang komuniti Kristian, ini tidak boleh," katanya.

Tambah Raja Retinam, ini bukan kali pertama Perkasa dan Ibrahim mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara.

"Kenyataan yang dikeluarkan beliau adalah amat dahsyat, Kementerian Dalam Negeri harus ambil tindakan segera, tahan beliau di bawah Akta Darurat.

"Ini bukan kali pertama Perkasa dan Ibrahim Ali mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman seperti ini, ini sudah menjadi budaya Perkasa dengan sekarang disokong Pembela (Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam).

"Saya tidak nampak kenapa Ibrahim Ali ini kebal, begitu juga dengan Utusan Malaysia, sepatutnya terbitan Utusan Malaysia digantung dan editor juga perlu digantung sehingga siasatan selesai," katanya merujuk kepada laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian agama rasmi?" yang diterbitkan pada 7 Mei lalu.

Bercakap secara peribadi sebagai anak jati kelahiran Kelantan, Raja Retinam menyifatkan Ibrahim tidak layak untuk menjadi rakyat negeri itu.

"Saya sebagai anak Kelantan berasa malu dengan kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim Ali, saya anak jati Kelantan dan rakyat Kelantan tidak akan kata perkara sebegitu.

"Saya rasa kelayakan beliau sebagai anak Kelantan perlu digugurkan kerana mengeluarkan kenyataan yang menjatuhkan imej orang Melayu dan Islam, beliau tidak layak untuk jadi rakyat Kelantan, rakyat Kelantan bukan seperti itu," katanya.

Selain itu, beliau juga menegaskan, Umno tidak sepatutnya bertindak mempertahankan Utusan Malaysia yang mengeluarkan laporan yang tidak benar dan bersifat fitnah.

"Umno terpaksa mempertahankan Utusan Malaysia sebab Umno adalah bos walaupun apa yang dilaporkan itu tidak betul.

"Utusan Malaysia bukan mewakili orang Melayu," katanya dengan merujuk kepada edaran akhbar itu yang dikatakan merosot.

Ekoran kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.

"Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau (masyarakat) Muslim (negara ini). Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam," katanya.

Semalam, Presiden Gerakan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon meminta polis agar menyiasat ucapan-ucapan Ibrahim sejak beberapa hari lalu.

Malah hari ini DAP menggesa Putrajaya mengambil tindakan tegas terhadap Ibrahim. -TMI


Perang Salib: Pemimpin gereja mahu tindakan

Pemimpin masyarakat Kristian hari ini memilih untuk tidak membidas ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang didakwa menyemaikan benih kebencian agama di kalangan masyarakat majmuk negara ini.

Sebalik mereka mendesak pihak berkuasa segera bertindak kerana kegagalan berbuat demikian akan membawa padah kepada keharmonian negara.

Ibrahim yang juga presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA, pada Sabtu lalu berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.

"Kenyataannya yang tersirat itu boleh menghancurkan keharmonian dan menimbulkan rasa benci ke atas masyarakat Kristian tanpa sebarang asas.

"Gereja tidak rasa tidak selamat kerana keselamatan kita adalah berdasarkan hubungan dengan Tuhan, tetapi kerajaan mesti bertindak bagi menjamin ketenteraman awam," kata presiden Majlis Gereja Sabah biskop Albert Voon.

Sikap membisu

Katanya, kenyataan Ibrahim itu tidak wajar kerana ia hanya berasaskan laporan Utusan Malaysia yang mendedahkan kononnya paderi Kristian berkonspirasi bagi menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan.

"Apabila gereja kami dibakar, adakah awak melihat masyarakat Kristian bertindak balas dengan berang?...

"(Polis kata) mereka masih menyiasat (dakwaan konspirasi Kristian)…tetapi bayangkan jika ada seorang biskop yang menggunakan istilah Perang Salib - dia akan (ditangkap) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada keesokannya harinya."

Dengan nada yang sama, presiden Majlis Gereja-gereja Reverend Thomas Philips berkata adalah penting bagi pemimpin kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kata-kata melampau berkenaan.

"Dengan semua kenyataan itu, siapa yang akan bercakap bagi pihak yang diserang itu? Sikap membisu pemimpin negara yang gagal mempertahankan hak minoriti menimbulkan kecurigaan di kalangan mereka. Seseorang meniupkan sentimen agama akan membangkitkan kemarahan ramai orang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, terdapat pelbagai peruntukkan dan undang-undang di negara ini bagi menangani mereka yang cuba menyebabkan huru-hara di negara ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengulas isu berkenaan berkata kenyataan Ibrahim tidak mewakili majoriti orang Melayu-Islam. Namun beliau tidak mahu melabelkan Ibrahim sebagai seorang ektremis. -mk


Ulasan GB

Yang GB lihat, kenyataan Ibrahim Ali itu menambah-parahkan sakit tenat yang sedang menimpa UMNO BN kini.

Ditambahi pula dengan sikap kerajaan yang enggan untuk bertindak ke atas Ibrahim & Utusan akan menyebabkan pekung UMNO BN semakin terserlah. Pekung apa? Pekung assabiyah dan perkauman sempit.

Membiarkan Ibrahim bercakap dan bertindak sesuka hatinya, menimbulkan porak peranda dengan kalimah jihad yang dia sendiri keliru dan jahil mengenainya, akan hanya membantu kecepatan berakhirnya riwayat BN sendiri. Teruskan.

Hakim/Pendakwaraya Bersekongkol, Kata Prof. Dr. Aziz Bari

Posted: 16 May 2011 08:05 AM PDT

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima segala keterangan saksi pendakwaraya dilihat sebagai sebagai sebahagian daripada agenda untuk menjayakan pendakwaan politik terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, kata Professior Dr Aziz Bari.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangs itu berkata keputusan Hakim Zabidin Mohamad Diah mengarahkan Anwar membela diri atas tuduhan liwat adalah satu keperluan untuk memastikan beliau disabit kesalahan fitnah itu bagi kali kedua.


"Rakyat melihat bahawa hakim dan pendakwaraya mencari seboleh-bolehnya ingin mengenakan Anwar ini kerana terdapat saksi dan bukti yang mana selalunya tidak diterima, jadi untuk kes Anwar ini jelas kes yang ganjil," kata Dr Aziz kepada TvSelangor.

"Dakwaan dan tuduhan yang dikenakan keatas Anwar ini jelas satu pendakwaan politik," tambah beliau.

Hakim Zabidin pagi tadi mengejutkan ramai pihak apabila menerima semua keterangan saksi-saksi pendakwaraya walaupun ada antaranya mencurigakan dan bercanggah antara satu sama lain.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata hakim gagal menyaring keterangan saksi dengan cermat. Pertubuhan Peguam Untuk Kebebasan pula menyifatkan perbicaraan Anwar sebagai "memalukan."

Aziz berkata keputusan Zabidin sekali lagi menunjukkkan badan kehakiman negara ini masih belum belum adil dan bebas terutama jika ia melibatkan pemimpin pembangkang.

"Sesiapa pun yang mengikuti perjalanan kes ini dari awal termasuk orang biasa yang tidak tahu undang-undang sekali pun sudah menjangkakan atau merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perbicaraan itu,"katanya.

Pendakwaan terhadap Anwar, kata Dr Aziz, adalah berasaskan kepada keperluan melumpuhkan karier politik Ketua Pembangkang itu dan bukannya dibuat atas pertimbangan undang-undang.

"Apa yang berlaku dan dihadapi oleh Anwar ini berbeza dengan pertuduhan untuk orang lain, pada cara beliau diburu polis, cara beliau dilayan mirip dengan kes ketika beliau dipecat dari kerajaan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr mahathir Mohammad,"ujar beliau.

Gara-gara ganggu isteri orang, awang hitam dibelasah 30 lelaki

Posted: 16 May 2011 08:01 AM PDT

 KUALA LUMPUR: Bukan saja biadab, empat Awang Hitam yang mengganggu isteri orang turut mengugut mahu membelasah suami mangsa yang datang bertanyakan suspek mengenai tindakan warga asing berkenaan yang bertindak luar batasan.

Kejadian bermula kira-kira jam 7 malam semalam apabila suri rumah membawa anak-anaknya bermain di taman permainan di Jalan 3/7, Taman Wangsa Permai, Kepong diganggu empat warga asing terbabit yang cuba menggoda mangsa selain mengeluarkan kata-kata lucah.

Wanita terbabit yang ketakutan pulang bersama anak-anaknya sebelum menceritakan kejadian kepada suaminya.

Harian Metro difahamkan, suami mangsa yang tidak tahan dengan tindakan empat suspek itu pergi ke taman permainan berkenaan untuk berbincang dengan suspek yang cuba mengganggu isterinya.

Difahamkan, sebaik tiba di taman permainan itu, kumpulan warga asing terbabit mengugut mangsa mahu membelasahnya menyebabkan penduduk di kawasan terbabit yang sudah muak dengan kekecohan Awang Hitam yang mendiami kawasan berkenaan keluar beramai-ramai.

Apabila melihat kehadiran penduduk setempat yang ramai, kumpulan warga asing terbabit semakin kurang ajar dengan mencabar penduduk bertumbuk dengan mereka.

Difahamkan, penduduk yang marah menghalau kumpulan berkenaan beredar dari kawasan itu, bagaimanapun semua suspek enggan menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka.


Akibat pergelutan itu, kira-kira 30 penduduk yang berang dengan tindakan biadap warga asing berkenaan membelasah suspek hingga lembik.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, polis yang mendapat maklumat menghantar unit kereta peronda ke lokasi kejadian.


Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, polis menemui empat warga Afrika di situ dalam keadaan lemah selepas bergaduh dengan penduduk setempat.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 kanun sama kerana melakukan khianat.

"Kami juga meletakkan anggota polis di kawasan itu bagi mengelak kejadian itu berulang," katanya. 

Ibrahim bersedia perang salib terhadap Kristian...Wow!!

Posted: 16 May 2011 07:57 AM PDT

[MK] Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara
ini.

"Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.

"Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan
darah," katanya disambut tepukan kira-kira 150 hadirin.

Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak malam tadi,
Ibrahim menuduh orang Kritisn "mencabar posisi, kedaultan
orang Melayu Islam".

Beliau merujuk kepada dakwaan bahawa sekumpulan pastor merancang untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini, dan melantik seorang perdana menteri Kristian. Ia dilaporkan Sabtu lalu oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia

"Ini satu cabaran ke arah kedaulatan umat Islam yang majoriti
Negara ini…Mula dengan bangsa berjangkit dengan agama. Bila bangkit soal agama ertinya soal jihad," tegas Ibrahim.

Ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa kumpulan minoriti berani mencabar ketuanan Melayu dan Muslim kerana mereka
digalakkan oleh ketua umum PKR Datuk Anwar Ibrahim untuk menarik undi mereka.

"Ramai orang Kristian di Malaysia orang Cina. Orang Kristian (di dunia) ramai di Amerika Syarikat. Tali barut Amerika Syarikat di Malaysia Anwar Ibrahim. Kita nampak, dah masuk saf-safnya," katanya.

Tetapi Ibrahim silap kerana Kristian Bumiputera merupakan kumpulan terbesar dalam masyarakat Malaysia, manakala Mexico mempunyai penganut Kristian yang paling ramai.


P/s: Beranikah orang Islam berjihad? Kalau dilihat anak-anak muda Melayu Islam kini  duk lena dengan  tuntutan hawa nafsu semata-mata...Kalau nak berjihad pun, berjihadlah melawan hawa nafsu dahulu, betulkan diri dengan Allah...

Kes Anwar : Najib, Rosmah, Musa Hassan, dan Mumtaz Akan Dipanggil (Kemaskini)

Posted: 16 May 2011 07:55 AM PDT

Saya petik:
[TVS] KUALA LUMPUR 16 MEI : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan akan dipanggil sebagai saksi pada perbicaraan liwat fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan depan.
Ketua Pembangkang itu berkata beliau sudah menjangka Hakim Zabidin Mohamad Diah akan mengarahkannya untuk membela diri atas tuduhan itu namun terkejut kerana Zabidin memberi penghakiman seolah-olah beliau sudah pun didapati bersalah,
Dalam memberi keputusan itu pagi tadi, Zabidin menerima sepenuhnya semua bukti pendakwaraya, termasuk keterangan Saiful dan pakar-pakar perubatan dan pegawai polis yang sering bercanggah dan mengelirukan.
Contohnya Saiful mendakwa beliau "dipaksa' melakukan liwat itu namun mengakui selepas kejadian itu, beliau minum kopi dan makan karipap sebelum pulang ke rumah.
Beliau juga mendakwa tidak membuang air besar selama 48 jam namun doktor yang memeriksanya mendapati dubur Saiful kosong.
Hakim Zabidin bagaimanapun mendapati Saiful seorang saksi yang bercakap benar dan berwibawa.
Zabidin juga bersetuju bahawa sampel-sampel DNA rosak kerana disimpan terlalu lama tetapi menegaskan kerosakkan itu tidak menjejaskan hasil keputusan.
"Saya tidak terkejut dengan keputusan kerana saya tahu sistem kehakiman kita tetapi keputusan itu mengejutkan seolah-olah yang dibuat (hakim) itu hukuman terus. Semua keterangan yang dibawa oleh pendakwa seolah-olah sah.
"Oleh yang demikian kita harus siap membela diri untuk mempertahankan kebenaran kita dan mendedahkan kotor dan jijiknya sistem yang cuba menggunakan mahkamah sebagai alat mainan politik," ujarnya.
"Maka keputusan kita akan memanggil Datuk Najib, Rosmah, Khairul Anas, Mumtaz. Selain daripada keterangan-keterangan perlu untuk dedahkan bagaimana seluruh sistem polis dan pendakwa diperalatkan," tambah Anwar.
Khairul Anas adalah pegawai khas kepada Najib. Mumtaz adalah rakan karib kepada isteri Perdana Menteri. Kedua-dua mereka dilaporkan terbabit dalam mengatur pertemuan antara pengadu Saiful Bukhari Azlan dengan Najib dan Rosmah.
Dalam pada itu Anwar memberitahu media terdapat laporan mengatakan bahawa pihak polis melakukan intimidasi kepada saksi yang bakal dipanggil pada sesi pembelaan Jun nanti.
Hakim Zabidin menetapkan 6 hingga 30 Jun 2011 sebagai tarikh pihak peguambela mengemukakan hujah pembelaan dan memanggil tiga puluh orang saksi yang disenarai pendekkan bagi memberi keterangan.
Ini termasuk pegawai perubatan Hospital Pusrawi, Dr Osman Hamid iaitu individu pertama memeriksa Saiful selain tuan rumah unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Hassanuddin Abdul Hamid yang berada bersama Anwar sepanjang hari kejadian.
Ratusan penyokong Anwar hadir di mahkamah hari ini untuk memberi sokongan kepada Ketua Pembangkang itu. Mereka melaungkan "Reformasi" dan "Bangkit Rakyat" dalam suasana yang mirip kepada kebangkitan gerakan rakyat menolak penindasan apabila Anwar dipecat dari Umno dan kerajaan pada tahun 1998.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.
Penyokong-penyokong Anwar tiba seawal jam 4.30 pagi dan berkumpul ke Masjid Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang itu.
Mereka juga bersarapan nasi lemak yang berbungkuskan akhbar Utusan Malaysia sebagai protes simbolik mengenai peranan akhbar milik Umno yang didakwa menyiarkan pelbagai fitnah dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat.
Penyokong juga menunaikan solat hajat subuh sebelum beredar ke mahkamah. Ada yang datang sejauh dari kawasan kerusi parlimen Anwar di Permatang Pauh dan terdapat juga beberapa bas yang dari Gopeng, Perak.
Beberapa anggota pemuda PKR membantah tindakan pihak polis yang membuat sekatan jalan ke perkarangan kompleks Mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini.
Ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat masuk ke bilik perbicaraan kemudian menyantikan lagu 'ole ole' dengan lirik 'bebas, bebas, bebas, bebas, bebas Anwar, bebas Anwar'.
Mereka juga membawa sepanduk yang tertera "Hapuskan Politik Fitnah", " Rakyat Bangkit Lawan Fitnah" dan mesej-mesej lain yang menuntut keadilan untuk ditegakkan.

VIRUS `KATAK GILA'

Posted: 16 May 2011 07:49 AM PDT



NAMPAKNYA katak ini sudah menjadi `katak gila'. Virus `katak gila' amat merbahaya dari virus JE yang banyak membunuh manusia di Kg Nipah, Port Dickson suatu masa dahulu. Kali ini virus `katak gila' dibawa dari Pasir Mas, Kelantan.

Sebenarnya sudah lama kita terbau akan busuknya katak ini terutamanya apabila dia mula berbunyi. Rupa-rupanya bau yang busuk itu sebagai tanda bahawa katak ini semakin tenat dan terbukti benar katak tersebut kini menjadi `katak gila'.

Setakat dia seekor yang gila tidak mengapa juga, tetapi masalahnya dia kaitkan orang lain dengan gilanya. `Katak gila' ini berkata, "Ramai orang Kristian di Malaysia orang Cina. Orang Kristian (di dunia) ramai di Amerika Syarikat. Tali barut Amerika Syarikat di Malaysia Anwar Ibrahim. Kita nampak, dah masuk saf-safnya," katanya.

Kununnya katak ini akan `mati katak' terlebih dahulu bergelimpang di depan katak-katak yang lain sekiranya orang Kristian di negara ini ingin berperang dengan orang Islam. Bila masa orang Kristian mahu berperang? Mana `katak gila' ini dapat maklumat sedemikian? Nampak sangat `katak gila' ini ingin mencari publisiti kununnya ingin menjadi hero di kalangan katak-katak sepertinya. Jika benar sekali pun orang Kristian mahu berperang dengan orang Islam, kita selaku orang Islam tidak akan membenarkan `si katak gila' ini turut bersama. 'Katak gila' ini tidak boleh dipercayai langsung dan akan menyusahkan kita nanti.

Hakikatnya rakyat di negara ini waras tidak gila seperti `katak gila'. Sebenarnya `katak gila' ini pasti akan bergelimpang juga nanti tetapi bukan di tangan orang-orang Kristian. `Katak gila' ini akan bergelimpang di kampung halamannya di Pasir Mas di dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

Batu Gajah Mari

Posted: 16 May 2011 11:21 AM PDT

Batu Gajah Mari


Hakim ikut telunjuk pendakwa raya – DSAI

Posted: 16 May 2011 04:27 AM PDT



Hakim Zabidin mengikut telunjuk dan terikat dengan hujah pendakwa raya, tegas Anwar

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengikut telunjuk pendakwa raya apabila memutuskan beliau perlu membela diri dalam kes Fitnah II.

"Kita kesal kerana keputusan hakim itu seolah-olahnya begitu terikat sepenuhnya dengan hujah pendakwaan," kata Anwar ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas keputusan itu dibacakan.

Hakim Zabidin hari ini memerintahkan Anwar untuk membela diri dalam kes berkenaan dengan menetapkan tarikh perbicaraan pada 6 hingga 30 Jun 2011.

Beliau membuat keputusan itu selepas membacakan nota penghakimannya selama hampir sejam lima belas minit di dalam mahkamah.

Zabidin memutuskan Anwar perlu membela diri kerana saksi utama pendakwa, Saiful Bukhari Azlan boleh dipercayai dan berwibawa' walaupun diketahui Saiful memberikan keterangan bercanggah dengan pertuduhan.




Pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar adalah bersabit kes liwat tanpa kerelaan namun Saiful sendiri tidak melarikan diri walau pun beberapa kali berpeluang berbuat demikian.

Menurut Anwar, keputusan hari ini menunjukkan hakim bukan sahaja kelihatan seperti mengikut skrip yang sudah disediakan pendakwa raya tetapi juga beranggapan seolah-olah pertuduhan yang dikenakan terhadapnya sudah terbukti benar.

"Beliau bukan sahaja menentukan samada terdapat prima facie tetapi mengambil kesemua 'rencah' pertuduhan sebagai satu fakta dalam kes ini," kata Anwar kepada wartawan di luar mahkamah hari ini.


Ratusan penyokong Anwar membanjiri perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap Ketua Pembangkang itu

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata Anwar akan mengambil tempat sebagai saksi pertama pihak peguam bela apabila mahkamah bersidang 6 Jun ini.

"Anwar akan jadi saksi pertama. Beliau perlu jadi saksi utama," kata Sankara.

Beliau seterusnya menegaskan keputusan mahkamah hari ini tidak bermakna peluang Anwar untuk membuktikan kebenaran sudah tertutup.

"Ada lagi peluang. Ini bukan keputusan akhir, kita sekarang berada di peringkat pertengahan," kata Sankara.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 16 May 2011 11:12 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Nik Aziz nasihatkan Anwar banyak bersabar

Posted: 16 May 2011 01:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Mei: "Saya nasihatkan supaya DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) banyakkan bersabar, kezaliman akan kalah jua akhirnya," ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
"Saya diberitahu tentang keputusan mahkamah yang memerintahkan DSAI membela diri dalam kes liwat II.
"Nampak sangat bahawa DSAI cuba disabitkan bersalah dalam apa jua keadaan sekalipun," tulis Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan di laman twitter.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, berdasarkan bukti beliau mendapati ada kes prima facie sekaligus mengarahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membela diri.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Peguam bela utama Karpal Singh dalam hujahnya sebelum ini juga berkata pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.
Katanya, saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya.

Anwar terkejut hakim buat hukuman awal

Posted: 16 May 2011 01:22 AM PDT

 KUALA LUMPUR, 16 Mei: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diperintahkan untuk membela diri dalam kes fitnah II hari ini melahirkan rasa terkejut kerana hakim telah menjatuhkan hukuman awal.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, hakim Datuk Mohd Zabidin seolah-olah terikat dengan hujah pendakwaan.

"Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau (Mohd Zabidin) telah membuat pengadilan terlebih dahulu dalam kes ini dan menjangkaui kes prima facie," kata beliau kepada pemberita di perkarangan mahkamah selepas selesai mendengar keputusan hakim hari ini.

Hakim Mohd Zabidin hari ini berkata, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa  diliwat oleh  Anwar  telah disifatkan sebagai "saksi yang benar dan berwibawa".

Pengakuan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika memerintahkan Anwar supaya membela dirinya.

Anwar mempertahankan bahawa beliau tidak bersalah sambil berhujah bahawa kesnya tidak mengambil kira keterangan beberapa saksi penting, antaranya doktor hospital Pusrawi Dr Osman Hamid dan pemilik unit kondominium Desa Damansara.

"Saya telah menegaskan saya tidak bersalah, mengikut undang-undang kes ini tiada asas," katanya yang juga ketua pembangkang di parlimen.

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk menyambung perbicaraan kes liwat peringkat bela diri.


Cabar Najib hadir sebagai saksi


Sementara itu, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar hadir ke mahkamah sebagai saksi kerana beliau merupakan saksi yang sangat relevan dalam kes ini.

Ini kerana katanya, Saiful sendiri mengaku bertemu dengan Najib selepas beliau didakwa diliwat Anwar.

Beliau juga memberi amaran kepada Najib agar tidak mengikut jejak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang enggan hadir ke mahkamah meskipun beliau salah seorang saksi pening dalam kes liwat pertama dahulu.

"Kita nak tengok keberanian Datuk Najib untuk hadir ke mahkamah memberi keterangan kerana beliau orang yang pertama bertemu Saiful.jadi beliau sangat relevan sebagai saksi.

"Saya ingin cabar Perdana Menteri supaya jangan guna alasan seperti mana yang digunakan Tun Mahathir dalam kes pertama untuk mengelakkan diri dari hadir ke mahkamah. Kita nak selesaikan di mahkamah," katanya yang juga ditemui di perkarangan mahkamah hari ini.

Shamsul turut 'terkejut' dengan keputusan mahkamah yang seolah-olah telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Anwar.

"Ini keputusan yang telah kita jangka dan saya yakin peguam bela Anwar akan menyusun strategi dan mengumpul seramai mungkin saksi kerana mentaliti pemikiran hakim sebentar tadi lebih menjurus kepada memutuskan Anwar telah bersalah walaupun sebelum mendengar keseluruhan kes.

"Ini agak meranjatkan kerana pada masa ini bukan hakim kena buat keputusan yang muktamad siapa yang bersalah, hanya perlu buat keptusan samaada Anwar perlu membela diri atau tidak," katanya.

Beliau turut mendakwa BN akan menggunakan sepenuhnya mahkamah untuk mengherat Anwar ke penjara kerana isu video seks dilihat bukan lagi 'peluru yang berkesan' untuk menjatuhkan Anwar.

"Saya yakin akan ada lagi sokongan rakyat kerana kes ini digunakan sepenuhnya untuk mengekang kemaraan Anwar kerana isu video seks ini bukan lagi peluru yang berkesan," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat agar terus memberikan sokongan kepada Anwar bagi memastikan keadilan terlaksana di Malaysia.

Minyak naik: Jangan sampai rakyat hilang sabar

Posted: 16 May 2011 01:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Kerajaan sekali lagi dilihat mahu perbodohkan rakyat negara ini dengan kajian rasionalisasi subsidi minyak yang dijalankan dan berkemungkinan menaikan harga petrol RON95.

Menurut Mohd Anuar Mohd Tahir, Pengerusi Lajnah Buruh & Setinggan PAS, Kerajaan dilihat mahu mencabar rakyat dan menguji kesabaran rakyat dengan mahu menaikkan harga minyak sekali lagi.

"Selepas menaikkan harga gula dan minyak petrol RON97 sekian ini, tidak sampai sebulan pun masih lagi mahu menaikan harga minyak petrol RON95 pula.

"Pekara ini dilihat menyeksakan rakyat dan terus membebankan rakyat yang berpendapatan sederhana, tambahan lagi kita semakin hampir mendekati bulan Ramadan seterusnya menyambut Syawal tiba.

"Hal ini tidak patut dilakukan oleh kerajaan pusat yang dilihat tidak bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan rakyat," jelas beliau yang sedikit terkejut dengan tindakan kerajaan itu.

Beliau sewaktu dihubungi tengah hari tadi dengan lantang dan keras menegaskan bahawa kerajaan tidak usah terus memperbodohkan rakyat dan membohongi lagi rakyat.

"Kita adalah antara negara pengeluar minyak terbesar dunia, mana mungkin harga minyak boleh dinaikan dengan sewenang-wenangnya.

"Kerajaan jelas nampak membohongi rakyat dengan membandingkan harga minyak negara dengan harga minyak negara serantau seperti Thailand, Singapura dan Filipina.

"Sedangkan negara-negara tersebut bukanlah negara pengeluar minyak seperti Malaysia, kerajaan dilihat sengaja membutakan mata rakyat untuk kita tidak membandingkan harga minyak dengan negara pengeluar minyak terbesar dunia yang lain.

"Negara-negara pengeluar minyak yang lain seperti Arab Saudi dan Venezuela yang mencatatkan harga minyak paling rendah berbanding Malaysia.

"Malah contoh yang paling dekat yang dapat dilihat ialah negara Brunei yang jauh lebih rendah harga minyak berbanding negara kita tapi tidak dibandingkan oleh kerajaan, atau sengaja dibutakan mata dipekakkan telinga oleh mereka," kata Anuar (gambar) yang penuh bersemangat dengan pekara ini.

Beliau yang sebelum ini adalah bekas Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menambah kerajaan dilihat gagal memainkan peranannya dalam menguruskan perbelanjaan negara dan memberi anologi terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Umno itu sebagai "buruk siku"

"Kerajaan memberi subsidi kepada rakyat kemudian menarik balik subsidi tersebut atas dasar-dasar untuk menampungi perbelanjaan boros yang dilakukan oleh kerajaan seperti projek-projek "kosmestik" atau "projek solekan" yang diutamakan oleh kerajaan atau Umno ini dilihat banyak membazir duit negara.

Pekara ini dilihat kerajaan pimpinan Umno ini gagal mengimbangi perbelanjaan negara, sebagai contohnya menambah kos infrasruktur di ibu negara tanpa melihat kos pembaikannya pada masa yang sama.

Pekara ini dipetik dari laporan Bernama di Putrajaya semalam, di mana Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memaklumkan kemungkinan akan berlaku kenaikan harga petrol RON95.

Beliau mejelaskan lagi kemungkinan kenaikkan harga minyak tersebut berdasarkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi yang dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

Justeru itu, beliau meminta rakyat bersedia dan tidak terkejut dengan kenaikan harga minyak nanti.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini.

SMS: SPR jangan undur ke belakang

Posted: 16 May 2011 01:20 AM PDT

KUANTAN, 16 Mei: PAS mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengambil jalan undur ke belakang dengan melarang ejen calon membawa telefon bimbit untuk mengelakkan penyaluran tidak rasmi berlaku di hari pengundian seperti yang dilaporkan di sebuah akhbar tempatan hari ini.
"Adalah lebih baik untuk SPR mencari jalan yang lebih telus dengan menyiarkan keputusan jumlah undian di setiap peti undi melalui tayangan skrin besar di luar kawasan penjumlahan.
"Ini sekaligus akan berjaya mengelakkan maklumat tidak rasmi di setiap peti undi," kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam reaksinya terhadap laporan akhbar Berita Harian hari ini.
Berita Harian melaporkan bahawa mulai pilihan raya umum ke-13 yang dijadualkan tidak lama lagi, ejen parti politik yang bertugas di pusat pengiraan undi dan pusat mengundi dilarang membawa masuk telefon bimbit.
"Ia bagi mengelakkan parti politik menyalurkan maklumat, khususnya keputusan tidak rasmi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Facebook atau Tweeter sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai seperti yang berlaku ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10, baru-baru ini," tambah laporan itu lagi.
Namun begitu, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berpendapat bahawa dengan kecanggihan teknologi masa kini adalah sukar untuk menghalang penyebaran maklumat.

Selepas Kedah, pemuda PAS berhimpun di Kelantan

Posted: 16 May 2011 01:19 AM PDT

PENGKALAN CHEPA, 16 Mei: Rakyat Kelantan khususnya golongan muda di negeri ini diseru menghadiri majlis munajat rakyat Kelantan menerusi program Himpunan 10,000 Pemuda Kelantan (Ipon 10,000).

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Hafiz Musa ketika ditemui selepas program di sini memberitahu program berkenaan diadakan bertujuan untuk mempertahankan kerajaan Kelantan.

"Ianya juga diadakan bertujuan untuk menghalang perancangan pihak musuh yang tidak pernah letih untuk mengganggu-gugat pentadbiran kerajaan negeri,"ujarnya.

Jelasnya, ianya juga diadakan bertujuan untuk melancarkan jentera pemuda di peringkat negeri dan kawasan agar sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan diadakan bila-bila masa sahaja.

"Program ini juga untuk mendedahkan kepada rakyat Pemuda PAS Kelantan tidak pernah meninggalkan kepimpinan kerajaan negeri di bawah Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz walau setapakpun,"ujarnya lagi.

Program perhimpunan ini akan bermula pada jam 3.00 petang di Padang Perdana pada 20 Mei nanti.

Majlis akan bermula dengan solat Asar berjamaah, kemudian solat Maghrib berjemaah, kuliah Maghrib, bacaan al-Quran beramai-ramai untuk menjayakan 100 kali khatam.

"Kemudian solat sunat hajat, solat Isyak dan berakhir dengan ceramah isu-isu semasa,"ujarnya lagi.

Sehubungan itu beliau menyeru rakyat Kelantan hadir beramai-ramai menjayakan majlis itu dengan membawa anggota keluarga bersama-sama.

PAS KAWASAN KENINGAU

Posted: 16 May 2011 11:08 AM PDT

PAS KAWASAN KENINGAU


KETUA PENERANGAN PAS SABAH SELAR JOSEP KUROP

Posted: 15 May 2011 09:44 PM PDT


Merujuk kepada laporan laman web Sabahkini dibawah tajuk "DEMOSTRASI JALANAN BAHAYA",.Ketua Penerangan Pas Negeri Sabah,Hisammuddin Sulaiman menyelar dakwaan Tan Sri Josep Kurop yang menyatakan bahawa kehadiran penduduk kampung ke Mahkamah Anak Negeri Pekan Kecil Sook bertujuan ingin mengadakan demostrasi jalanan semata-mata.


Ahli Parlimen Pensiangan itu dilaporkan berkata demikian di Majlis Perasmian Balai Masyarakat Kg.Lintuhun Baru, Sook.Di majlis itu.Tan Sri Josep Kurop mengulas tindakan beberapa orang yang telah mengadakan Demonstrasi Jalanan di hadapan Pejabat Daerah Kecil Sook.

Bagi Ketua Penerangan PAS SABAH,ucapan Tan Sri Josep Kurop itu berbentuk menggugut orang dan mengertak orang kampung,tetapi seribu macam masalah termasuk rumah pemujaan penduduk yang dirobohkan itu tidak dapat diselesaikan.Ahli Parlimen Pensiangan itu,dingatkan jangan hanya pandai bermain dengan kata-kata, tetapi penyelesaian dan tuntutan penduduk kampung yang terlibat dengan rampasan tanah hendaklah diselesaikan segera.

Ahli Parlimen Pensiangan itu juga diminta jangan jadikan penduduk kampung sekadar alat politik sahaja. Tan sri Josep Kurop seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri.Kehadiran Pas adalah penyelamat rakyat.

Untuk makluman,kehadiran Ketua Penerangan Pas Sabah pada hari itu adalah atas arahan Pas Negeri Sabah adalah untuk menyaksikan proses prosiding Mahkamah Anak Negeri.Apatah lagi,pakaian penduduk-penduduk kampung pada hari tersebut adalah pakaian suku etnik yang ada dalam kalender Tourism Sabah.Tiada sebarang kekacauan dan huru hara.Pihak Polispun tidak mengkelaskan sebagai demostrasi.Kehadiran mereka dalam keadaan aman.Jangan bermain dengan kata-kata sehingga melupakan perkara yang sebenarnya yang harus diselesaikan.

Hisammuddin Sulaiman,yang juga merupakan YDP Pas Keningau mengatakan bahawa PAS bersedia mengantikan PBRS di Pensiangan pada pilihanraya akan datang.

UCAPAN HARI GURU KETUA PENERANGAN PAS SABAH

Posted: 15 May 2011 09:42 PM PDT



Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.




Saya bagi pihak Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah,ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan "selamat hari guru"untuk seluruh guru di Sabah bumi bertuah ini.

Guru adalah contoh anak-anak kita di sekolah.Mereka adalah ibarat arkitek yang membina dan terus membina serta membimbing anak-anak kita ke arah kejayaan.Islam juga meletakkan guru ditempat yang mulia sinonim dengan taraf ilmu yang mereka ada.

Jesteru itu,guru-guru di seluruh pelusuk negeri Sabah ini,perlu berkerja keras ke arah memantap serta memartabatkan ilmu pengetahuan kepada anak-anak kita di sekolah.Guru-guru perlu banyakkan aktiviti murid yang akan menyumbang kepada modal insan yang bertaqwa dan berakhlak mulia.

Ibarat pasir pantai yang memutih,guru perlu menunjukkan tauladan dan akhlak yang terpuji kepada para anak-anak kita di sekolah agar mereka terus dijadikan model yang unggul dan terbaik.Guru yang terbaik ialah yang amanah dan jujur dalam kerjaya mereka serta ikhlas mendidik pelajar mereka.

Saya akhiri dengan serangkap pantun buat guru,



Ucapan rindu teramat,


Lama tidak berjumpa,


16 Mei tarikh keramat,


Jasamu guru ndak akan dilupa.



SELAMAT HARI GURU.



HISAMMUDDIN HJ. SULAIMAN

KETUA PENERANGAN PAS NEGERI SABAH

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 16 May 2011 09:44 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Masa untuk recaj spiritual

Posted: 16 May 2011 06:36 AM PDT

Bagaimana bacaan meter spiritual anda?
Perlu isi minyak?

JOM KE PESTA BUKU SELANGOR 2011

Posted: 16 May 2011 06:11 AM PDT

Selepas kerajaan Selangor mengumumkan HARI ILMU SELANGOR yang disambut 26.6.2010 dan GERAKAN MEMBACA PERDANA dilancarkan oleh DYMM Sultan Selangor, kadar keahlian PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR meningkat hingga 60% .Minat membaca semakin meningkat dan budaya membaca semakin menyerlah. 
   Kerajaan Selangor melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor(PPAS) SEKALI LAGI AKAN MENGANJUR SAMBUTAN HARI ILMU pada 26.6.11 .Ada sedikit kelainan tahun ini di mana kejayaan pada tahun lalu menghimpun 15271 orang yang membaca serentak memecah MALAYSIA BOOK OF RECORDS. Tabiat membaca akan melonjakkan keperluan untuk bahan bacaan. Untuk mempasti rakyat Selangor boleh dibekalkan dengan hasil karya yang berasal daripada Selangor yang mempunyai unsur tempatan samada daripada nilai mahupun budaya maka, pihak penganjur mahu menarik penulis-penulis pelbagai jenis dan pelajar-pelajar yang berpotensi serta pesara yang mampu mendokumenkan pengalaman mereka samada dalam bidang kerajaan mahupun swasta. Kita tidak mahu 'tacit knowledge' ini hilang begitu sahaja setelah mereka meninggal dunia.Sepatutnya pengalaman berharga itu dijadikan bahan rujukan untuk menjana generasi akan datang yang lebih maju dan berjaya.
Keterangan lanjut sila layari http://www.ppas.gov.my

.http://pestabukuselangor.my/index.php?option=com_content&view=article&id=4%3Alargest-writers-gathering-event&catid=8%3Aevent-highlight&Itemid=5

FLASHBACK PESTA BUKU PADA HARI ILMU 2010

Posted: 16 May 2011 04:44 AM PDT

Selangor Hub Pendidikan & Hub Ilmuan – YB. Dr. HalimahTerlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PPAS kerana mengundang saya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan majlis sepetang bersama media pada hari ini. Pesta Buku Selangor ini merupakan program tahunan dan telah dianjurkan semenjak tahun 2007 oleh PPAS dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor dan kerjasama erat agensi-agensi Kerajaan yang lain. 1. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Pengarah PPAS dan keseluruhan Jawatankuasa kerja dan pihak-pihak yang terlibat, kerana inilah yang sentiasa digalakkan oleh kerajaan dalam usaha penyebaran ilmu kepada masyarakat secara berterusan dan seterusnya dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan diri dan keluarga serta melahirkan warga Selangor yang ...
>


Pesta Buku Negeri Selangor, Pesta Buku Negeri Terbesar Malaysia – Puan Mastura

1. Syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan hidayah-Nya kita dapat bersama-sama berkumpul di majlis yang bermakna ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua Ahli jawatankuasa Pelaksana bagi Pesta Buku Negeri Selangor 2009. Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor... [Read more]

Negeri Selangor Hub Pendidikan & Hub Ilmuan – YB. Dr. Halimah

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PPAS kerana mengundang saya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan majlis sepetang bersama media pada hari ini. Pesta Buku Selangor ini merupakan program tahunan dan telah dianjurkan semenjak tahun 2007 oleh PPAS dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor dan kerjasama erat agensi-agensi Kerajaan yang lain. 1. Syabas... [Read more]

Sasaran Pengunjung Pesta Buku Negeri Selangor 2009, 400,000 orang

Pihak penganjur Pesta Buku Negeri Selangor 2009 meletakkan sasaran pengunjung yang melebihi jumlah pengunjung tahun lepas. Berdasarkan statistik kehadiran pengunjung tahun 2006 sebanyak 50,000 orang, tahun 2007 sebanyak 93,000 orang dan yang terakhir pada 2008 adalah seramai 262,370 orang pengunjung. Pada tahun ini, Pesta Buku Negeri Selangor 2009 mensasarkan seramai 400,000 orang pengunjung. Dengan... [Read more]

Pesta Buku Negeri Selangor 2009 24 Julai hingga 4 Ogos 2009

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) akan menganjurkan PESTA BUKU SELANGOR 2009. Ia merupakan program tahunan Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan. Pelaksanaan Pesta Buku ini adalah dengan kerjasama Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri, Persekutuan, Swasta, NGO dan kerjasama Media. Diantara yang terlibat ialah Jabatan Pelajaran... [Read more]

Pihak Pesta Buku Selangor dengan Kerjasama Selangor FM Menganjurkan Kuiz

Pihak Pesta Buku Selangor 2008 dengan kerjasama Selangor FM akan mengadakan kuiz khusus buat para pendengar. Setiap pendengar yang berjaya menjawab soalan-soalan yang akan dikeudarakan oleh para penyampai Selangor FM mendapat hamper buku khusus daripada para penerbit buku yang membuka gerai di Pesta Buku Selangor 2008. Kuiz bakal dikeudarakan pada Isnin 21 Julai hingga 31 Julai 2008. Nantikan siarannya.  Read More →

Read More Posts From This Category

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 16 May 2011 09:43 AM PDT

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


Muktamar Pemuda Negeri Pahang, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim 'Menang' Tanpa Bertanding Bagi Jawatan Ketua Pemuda PAS Sessi 2011 - 2013

Posted: 15 May 2011 06:34 PM PDT

KERDAU, 15 Mei - Ustaz Shahril Azman Abdul Halim (foto) memenangi jawatan Ketua Pemuda PAS Pahang tanpa bertanding untuk sesi 2011-2013 dalam Muktamar Pemuda Negeri hari ini. Beliau menggantikan Ustaz Suhaimi Saad yang sudah melepasi usia 40 tahun. Shahril ialah Timbalan Ketua sebelum ini dan merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau. Timbalan Ketua Pemuda Negeri pula disandang oleh Ketua Pemuda Kuantan, Ustaz Fadhli Ibrahim dalam pertandingan satu lawan satu dengan Setiausaha Dewan, Ustaz Junaidi Ishak. Ustaz Nazri dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda setelah mengalahkan Ustaz Yuslaidi dari Jerantut. Bagi jawatankuasa pula, undi teringgi diperolehi oleh muka lama Ustaz Hazmi Dibok diikuti naib pada sesi lalu Fadzli Ramly. Muktamar Pemuda bermula petang semalam dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi berlangsung di Darul Hikmah, Kerdau. Sementara itu Muktamar Dewan Pemuda PAS yang sedang berlangsung hari ini di Dewan Markas PAS Kerdau mengambil ketetapan mengutuk penangkapan empat aktivis rakyat dari DAP dalam himpunan Bantah Lynas di hadapan Pusat Khidmat DAP, Jalan Beserah pagi tadi. Pihak polis sepatutnya bertindak untuk menjaga keselamatan rakyat dan bukannya jaga syarikat yang meresahkan rakyat dalam isu Lynas menurut satu kenyataan petang tadi. selamatkanpahang

[Pahang Daily Online (PDO) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang yang baru, Ustaz Shahril Azman atas kemenangan yang sungguh menyakinkan ini. Semoga dengan ini pemuda akan bertambah perkasa dengan arus perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara tercinta ini hendaknya. Amatlah diharapkan agar Ketua Pemuda PAS yang baru dapat mengembling tenaga dengan Ketua Pemuda DAP dan Ketua AMK PKR dalam merealisasikan hasrat untuk membawa perubahan besar rakyat negeri ini dalam Pilihanraya Umum akan datang hendaknya. Selama ini dilihat, PAS lebih banyak menjuarai berbagai program seperti ceramah dan aktiviti lain tanpa melibatkan mereka yang terbabit. Justeru itu, selaras dengan perubahan semasa sekarang ini Pemuda Pakatan Rakyat Pahang perlu dibentuk segera untuk memberi ruang yang lebih terbuka kepada semua pihak memainkan peranan menjelangnya pilihanraya umum ke-13 nanti].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan