Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (LA DPPP) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong diatas kejayaan partinya mempertahankan kerusinya pada pilihanraya negaranya tempohari.
Walaupun peratus undi yang diperolehi partinya PAP hanya 60 peratus, yakni merosot teruk sejak Singapura merdeka, namun mereka masih dapat mengekalkan majoriti kerusi mereka iaitu 81 daripada 87 yang dipertandingkan.
Pilihanraya Singapura baru-baru ini telah memperlihatkan kebangkitan rakyat Singapura yang mahukan perubahan dan berani menyuarakan isihati mereka dengan menghadiri majlis-majlis kempen pembangkang sehingga Berjaya menumpangkan beberapa menteri kanan.
Bagi pihak LA DPPP, harapan yang dianjurkan ialah agar Perdana Menteri Lee akan menunaikan permohonan maafnya secara terbuka kepada rakyat Singapura 3 hari sebelum hari mengundi atas segala permasalahan dan kelemahan kerajaan pimpinannya. Satu tindakan yang perlu dipuji kerana berani bertanggungjawap dan mengakui kelemahan dan kesilapan kerajaan dibawah pimpinannya.
LA DPPP juga berharap Perdana Menteri Lee mengotai janjinya kepada umat Islam Singapura untuk memperbaiki taraf hidup dan kebajikan umat Islam di Singapura.
Lantaran itu LA DPPP berharap Perdana Menteri Lee akan melantik lebih ramai Menteri-menteri dari kalangan umat Islam berbanding sesi yang lalu di mana beliau hanya mempunyai seorang menteri penuh Islam iaitu Dr Ibrahim Yaacob.
LA DPPP yakin dengan perlantikan lebih ramai menteri Islam, nasib dan kebajikan umat melayu dan Islam di Singapura akan lebih terbela dan terjaga. Disamping itu juga, ianya akan meningkatkan lagi tahap keprihatinan politik dikalangan orang Melayu dan Islam yang dilihat kurang prihatin terhadap isu semasa dan politik di Singapura.
LA DPPP yakin dengan kebolehan dan pencapaian umat Islam di Singapura mampu untuk memenuhi kabinet Singapura hatta sebagai menteri kanan seperti Menteri Luar Negara yang dilihat tiada calon yang dilihat sesuai.
IPOH – Setiausaha PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir menyatakan kini gelombang kebangkitan rakyat untuk memastikan PAS menggantikan UMNO selaku kuasa politik utama orang melayu di negara ini bagaikan angin yang sedang bertiup kencang.
Justeru PAS Perak akan membawa program besar-besaran yang dinamakan sebagai himpunan kebangkitan rakyat 'PAS Ganti Umno' di negeri Perak pada 14-15 Mei 2011 di zon utara Perak iaitu di Padang Rengas dan 28-29 Mei 2011 di zon Selatan Perak iaitu di Pasir Salak, jelas beliau.
Menurut beliau lagi, PAS Perak akan menggerakkan Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS ganti UMNO ini dengan bersungguh dan penuh komitmen agar program yang dirancang ini dapat berlangsung dengan jayanya..
Beliau juga menyatakan, program besar- besaran PAS ganti UMNO ini adalah antara usaha PAS Perak untuk kembali memerintah negeri Perak sejak ia dirampas oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam kes rampasan kuasa secara zalim oleh UMNO BN ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak selepas PRU 12 selama 11 bulan.
Setiausaha PAS Perak itu juga menyatakan, PAS Perak akan terus berusaha dan merancang serta melaksanakan pelbagai program untuk menawan hati rakyat.
Memetik ucapan beliau,
''Kita berhasrat dan memang berniat untuk mengambil semula pemerintahan negeri Perak, jadi beberapa perancangan dan program yang telah dan sedang rancak dijalankan untuk menghadapi Pilihanraya Umum 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.
" Oleh itu kita memikirkan sesuatu yang boleh menggerak dan menawan hati rakyat, kita mendokong penuh program yang disarankan diperingkat PAS Pusat iaitu program "PAS Ganti Umno", dan kita akan jayakannya di peringkat negeri Perak.
Menurutnya lagi, kejayaan Himpunan PAS ganti UMNO di pantai timur tanah air menyebabkan pemimpin Umno akur melihat kekuatan rakyat yang begitu ramai berhimpun untuk menyatakan aspirasi mereka menyokong perjuangan PAS.
Justeru Ijtima' PAS Ganti UMNO adalah manifestasi perjuangan yang sekian lama dilaungkan oleh PAS dalam usaha menggantikan UMNO dalam penguasaan politik negara, ia juga merupakan matlamat utama parti mewujudkan sebuah pemerintahan yang adil mengikut lunas-lunas Islam.
Rakyat pasti akan lebih terbela masa depannya, manakala negara akan lebih stabil dalam semua aspek pembangunan sekiranya PAS berpeluang menggantikan UMNO yang sudah lama pincang dengan amalan rasuah, kronisme, salah guna kuasa, menzalimi hak rakyat, budaya fitnah dan beribu penyelewengan lagi.
GEORGETOWN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, semalam, meluluskan usul melarang wartawan Utusan Malaysia daripada menghadiri dan membuat liputan sidang DUN pada masa depan.
Usul itu turut melarang wartawan Utusan Malaysia untuk berada di pekarangan dan memasuki bangunan DUN.
Usul itu dibentangkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) pada hari terakhir Mesyuarat Pertama Penggal Yang Keempat DUN Ke-12.
Ia adalah cadangan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Pulau Pinang selepas siasatan mendapati laporan Utusan Malaysia yang bertarikh 11 November 2010 mengenai kos kerja pembaikan banglo kediaman Guan Eng berjumlah RM1.5 juta adalah tidak tepat.
Guan Eng berkata, selain laporan kos pembaikan banglonya tidak tepat, berita muka depan akhbar itu bertajuk 'Malaysia Negara Kristian? beberapa hari lalu turut menjadi faktor usul berkenaan dibawa ke DUN.
Pada 11 November 2010, Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahaya di DUN bahawa kos kerja pembaikan banglo yang didiami Guan Eng mencecah RM1.5 juta.
Laporan media itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan negeri dan sebanyak dua mesyuarat diadakan untuk membincangkan hasil siasatannya.
Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair.
Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :
"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang . Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang di ufuk barat. Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam.
Beliau mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.
Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua umat Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka berkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuang tentera Islam.
Nasihat Khansa kepada anak-anaknya, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturunan kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."
Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung."
Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insyaAllah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah kamu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."
Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga.
Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik saja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .
Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,
"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. InsyaAllah akan kita buktikan sedikit masa lagi."
Kemudian dia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api dia bersyair,
"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur musuh-musuh bersama-sama sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,
"Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang. Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang. Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri. Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri. Dapatkan kemenangan yang bakal membawa kegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."
Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,
"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal. Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahaya, dan musnah mangsa oleh senjataku."
Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu.
Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lainnya.
Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil saja yang dapat menyelamatkan diri.
Umat Islam lega.
Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,
"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengaharapkan dari Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"
Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperangan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada' yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid.
Allah Taala telah menjadikan perkahwinan di antara tanda-tanda kekuasaanNya.
Menurut Syeikh Prof. Muhammad Ali al-Sabouni di dalam kitabnya az-Zawaaj al-Islami al-Mubakkir, Allah Taala menganugerahkan tiga kurniaan kepada hamba-hambaNya yang telah hidup berkeluarga (berkahwin) iaitu:
01.Pertama:
Isteri merupakan seorang manusia mulia yang Allah Taala ciptakan dari jenis yang sama dengan lelaki (suami). Oleh itu, kemuliaan suami itu menjadi sejajar dengan kemulian dan kemanusiaan isterinya juga.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).
Allah Taala juga menciptakan isteri dari jenis yang sama agar mereka saling kenal-mengenali dan berkasih-sayang sepertimana kata orang: Setiap jenis akan berkasih sayang dengan sesamanya juga.
Begitu juga dengan sebuah syair Arab yang indah ini:
Dalam asmara aku telah dikenakan baju indah bersulam cinta
Oleh seorang gadis yang amat jelita
Hingga purnama pun malu di hadapannya
Bila mata ini berbuat salah kerananya
Maka dengan airmata ia basuh semua dosa.
02.Kedua:
Ketenteraman dan ketenangan jiwa yang dirasakan oleh suami ketika berdampingan dengan isteri yang solehah. Ini akan membawa kepada ketenteraman dan ketenangan dalam kehidupan berumahtangga.
Firman Allah Taala bermaksud:
Isteri-isteri supaya kamu merasa tenteram kepadanya. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).
Isteri yang menjadikan suami merasa tenteram dan suami juga menjadikan isteri merasa tenang menepati firman Allah Taala bermaksud:
Dialah yang menciptakan kalian dari diri yang satu dan darinya Dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya.
(Surah al-Araaf: Ayat 189).
03.Ketiga:
Dengan ikatan kasih sayang dan cinta maka Allah Taala mengikat hati suami dan isteri itu.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Surah ar-Ruum: Ayat 21).
Tanpa adanya nikmat ini nescaya seseorang suami tidak akan merasa senang kepada isterinya.
Dengan kekuasaan-Nya maka tertanamlah perasaan cinta ini sehingga apa yang menyakiti akan disakiti bersama dan apa yang disenangi akan disenangi bersama.
Perkahwinan Itu Satu Ibadah
Secara umumnya kita telah mengetahui bahawa perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW. Perkahwinan juga adalah suatu ibadah serta salah satu cara mendekatkan diri kepada-Nya.
Dengan perkahwinan, seseorang Islam itu akan mendapat ganjaran dan pahala daripada Allah Taala bilamana perkahwinan itu dilakukan dengan ikhlas dan bukan kerana nafsu semata-mata.
Bahkan hubungan kelamin di antara suami isteri juga mendapat ganjarannya.
Sebuah hadis Rasulullah SAW bermaksud:
"Dan pada kemaluan seseorang dari kalian terdapat sedekah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwat (kepada isterinya) memperolehi pahala? Rasulullah SAW bertanya: Apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwatnya dengan cara yang haram (berzina) ia berdosa? Mereka menjawab: Betul. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Demikian juga jika ia menyalurkan pada tempat yang halal maka ia akan memperolehi pahala."
(Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad).
Halangan Dalam Melaksanakan Dakwah
Mungkin ada yang bertanya sendirian, mengapa saya memilih tajuk ini? Bukankah tajuk 'hebat' yang lain lebih banyak untuk dibicarakan?
Saya memilih tajuk ini kerana saya teringat satu tulisan ulama yang pernah saya baca suatu ketika dahulu mengenai halangan-halangan utama untuk berdakwah.
Di antara halangan tersebut ialah suami/isteri serta keluarga.
Asas dakwah sudah tentulah bermula dari institusi keluarga dengan suami dan isteri menjadi ketuanya.
Jika mereka sendiri tidak sehaluan dan rapuh pegangannya, mana mungkin dakwah ini dapat dijalankan dengan jayanya di rumah, apatah lagi untuk masyarakat Islam yang lain.
Oleh itu, suami atau isteri (serta bakal) perlu memahami perkara ini dengan sebaiknya agar usaha dakwah kita tidak terbantut di tengah jalan.
Kesimpulan ringkas dari tazkirah kali ini ialah:
1. Perkahwinan itu satu ibadah dan anugerah dariNya.
2. Percepatkan perkahwinan jika sudah bersedia.
3. Selain memilih pasangan hidup yang beragama, pasangan hidup yang memahami perjuangan kita juga perlu diutamakan.
4. Suami dan isteri perlu melayari bahtera rumahtangga dengan perasaan kasih sayang dan cinta.
5. Mendidik anak dengan agama adalah tanggungjawab ibubapa.
"Artikel semalam berkaitan password (link), mendapat beberapa responder ada yang mengatakan tidak tersenarai dalam list password yang paling selalu digunakan. Baguslah tetapi adakah anda yakin password anda betul-betul selamat dari diceroboh oleh cracker?
Ramai dari pakar sekuriti online mencadangkan password yang baik ialah:
1- Selalu ditukar-tukar. Tapi awas jangan sampai terlupa pula.
2. Menggunakan password kata yang panjang.
3. Menggunakan gabungan huruf capital dan small letter.
4. Menggunakan karakter gabungan alfa-numberik dan simbol-simbol.
Bagaimana kita boleh membuat password yang benar-benar selamat.
Ada satu alat pengukur password online yang bagus yang dapat menunjukkan seberapa kuat password anda
Klik –> Passwordmeter
* Masukkan password yang ingin diuji dalam Password Meter
* Periksa semua saranan untuk menyukarkan dan memantapkan password anda.
* Meter akan menunjukkan jika password menggunakan simbol, angka tengah, huruf kecil, huruf besar bersama dengan panjang password.
* Jika percentage password belum 100% ubah password dengan beberapa tambahan untuk membuatnya kuat iaitu sebesar 100%.
Password meter ini sebagai alat ini dapat digunakan untuk memudahkan penggunaan untuk mengingati password menjadi lebih kompleks. Kebanyakan dari orang membuat password berdasarkan dari data diri sendiri atau hal-hal yang disukai.
Password begini dapat mudah diteka oleh orang lain tetapi jika password berisi dengan berbagai jenis karakteristik seperti huruf besar, huruf kecil serta simbol atau menambahkan nombor yang mudah diingati maka kombinasi tersebut cukup untuk password tidak mudah diteka.
Sebenarnya selain web passwordmeter.com ini, banyak lagi website dan perisian yang anda boleh gunakan untuk menguji kekuatan password anda. Anda boleh googling sendiri.
Tumbuhan ini berasal dari Asia Selatan (India).Halia (Zingiber officinale) merupakan tumbuhan herba yang tumbuh sepanjang tahun. Hidup liar di ladang-ladang tanah lembab serta memperolehi banyak sinar matahari.
Kandungan kimia
Halia mengandungi banyak atsiri, damar, mineral sineol, fellandren, kamfer, borneol, zingiberin, zingiberol, gigerol(misalnya di bahagian bahagian merah), zingeron, lipidas, asam aminos, niacin, vitamin A, B1, C dan protein. Minyak halia berwarna kuning dan kental. Minyak ini kebanyakkannya mengandungi terpen, fellandren dan dextrokamfen.
Kandungan & Manfaat
Menurut farmakologi Belanda, umbi Zingiber officinale mengandungi 6% bahan ubat-ubatan yang sering diguna sebagai rumusan ubatan di 23 buah negara. Sejak dahulu lagi , halia dipergunakan sebagai ubat atau bahan untuk memasak. Halia boleh merangsang kelenjar pencernaan, baik untuk membangkitkan nafsu makan dan pencernaan.
Halia berguna sebagai ubat gosok untuk badan dan sakit kepala. Halia segar yang ditumbuk halus boleh digunakan sebagai ubat luar. Rasa dan aromanya pedas dapat menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh.
Minyak atsirinya bermanfaat untuk menghilangkan rasa lenguh, anti inflamasi dan anti bakteria. Air perahan umbinya (akar tongkat) digunakan untuk penyakit katarak. Ia juga amat baik untuk mengubati luka luar dan dalam, merawat gatal-gatal(umbinya ditumbuk halus) dan juga dapat mengubati gigitan ular.
Kegunaan lain
Sakit kepala atau migrain, batuk, masuk angin, reumatik, lenguh pinggang, mengeluarkan angin dari perut, bengkak-benkak, mual dan mabuk dalam perjalanan, panau, digigit ular, ubat cacing gelang dan gatal akibat gigitan serangga.
Khasiat Halia
Membantu untuk menghadamkan makanan.
Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.
Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambahkan air mani.
Membuang angin yang terdapat dalam usus-usus kecil dan besar.
Membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikit gula dan diminum dengan air panas.
Menghilangkan bau busuk mulut.
Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud:
"Dan mereka (ahli syurga) meminum di syurga satu gelas air yang campurannya dari halia."
Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri (DPPKM) bersedia mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk YB Daud demi untuk kepentingan dakwah Islam, khususnya di Miri. DPP Miri melihat kerajaan negeri perlu membuat perubahan drastik dengan memberi perhatian serius ke atas perkembangan agama lslam di Sarawak dalam konteks yang lebih luas bukan hanya berasaskan sentimen politik sempit semata-mata, tetapi perlu dilihat secara telus tanpa ada sebarang unsur prejudis. Hasrat ini dinyatakan oleh Ketua Pemuda PAS Miri, Saudara Wan Husni berhubung kenyataan YB Daud dalam akhbar Borneo Post baru-baru ini.
Menurutnya lagi, Sarawak merupakan sebuah negeri yang mempunyai sempadan geografi yang sangat luas dan Islam adalah kelompok minoriti di negeri ini. DPP Miri merasakan masjid dan surau adalah antara medium yang paling sesuai untuk memperkasakan lagi agenda dakwah. Fenomena ini perlu diberi perhatian serta fungsi masjid dan surau mestilah diperluaskan untuk kepentingan masyarakat. Kita melihat realiti yang berlaku dimana fungsi masjid dan surau pada hari ini diperkecilkan dengan hanya menumpukan soal ibadat ritual semata-mata. Ada sesetengah masjid begitu usang dan uzur tanpa ada pengimarahan dan program yang dilaksanakan. Sepatutnya masjid dan surau ini menjadi pusat kegiatan masyarakat, contohnya dalam menguruskan soal poliItik, ekonomi, masyarakat dan sebagainya. Selain itu juga majlis ilmu perlulah dihidupkan secara berterusan bukan hanya bermusim, maka DPP Miri bersedia untuk membantu dalam sudut tenaga, masa dan idea yang diperlukan dan bersedia merangka dan menyusun program yang bersesuaian kepada masyarakat.
Selain itu juga DPP Miri menggesa pentadbiran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) diperkemaskan. Kita sering mendengar keluhan masyarakat berkaitan isu tenaga-tenaga JAIS yang sangat terhad dan menyukarkan untuk merangka dan memantau program-program agama yang dilaksanakan. Program susulan kepada saudara baru perlu disusun dan dipantau secara sistematik dan berkesan serta dilaksanakan secara berterusan. Kita tidak mahu hanya menjalankan tanggungjawab seperti 'melepaskan batuk ditangga' sahaja tanpa ada ada sebarang tindakan dan pantauan.
Institusi pendidikan agama seperti SMKA, SRA juga perlulah diperbanyakkan khususnya di Miri. Sebenarnya permintaan masyarakat sangat menggalakkan dan rakyat merasakan ini adalah satu keperluan asas dalam membentuk masyarakat yang rabbani dan taat kepada Allah. Masalah sosial yang begitu kritikal berlaku pada masa kini tanpa ada jalan penyelesaian, maka DPP Miri merasakan langkah ini sebagai usaha untuk membendung masalah yang terus berleluasa ini.
Justeru DPP Miri mengharapkan hasrat dan pandangan kami ini diteliti serta diberi perhatian oleh mana-mana pihak yang terlibat. DPP Miri bersedia pada bila-bila pada masa untuk bertemu dan berbincang dengan sesiapa sahaja untuk kepentingan ummah khususnya di Miri.
PARIT BUNTAR, 11 Mei : Ketua Penerangan Pas Perak YB Drs Khalil Idham Lim berkata Perdana Menteri sekali lagi membohongi rakyat apabila menyatakan negara sedang mengorak langkah ke arah Model Baru Ekonomi (MEB) bagi merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi, mampan dan inklusif.
"Rakyat tetap berpendapatan rendah, yang berpendapatan tinggi cuma beberapa kerat elit umno, kewangan rakyat makin tertekan bukan sahaja selepas kenaikan harga minyak bahkan terkini harga gula pula dinaikkan,' katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, rakyat Malaysia terus mengalami kesempitan berbelanja dengan pelbagai kenaikan harga barang dan lebih malang lagi Najib sebagai Menteri Kewangan tidak kreatif dan lemah untuk mencari alternatif perolehan wang negara.
Dalam pada itu YB khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat menasihati Najib sekiranya mahu jadikan negara sebagai wilayah berkedudukan lebih kukuh dan pesaing yang kompetitif di dunia jangan selalu mengaut wang rakyat dengan sewenang wenangnya.
Menurutnya usaha menarik subsidi adalah usaha kerajaan mengurangkan pengagihan kekayaan negara kepada rakyat.
Janganlah sampai wang rakyat dari lapisan bawahan pun mahu di kikis, jadilah orang yang kreatif dan bukannya pengkikis wang rakyat," ujarnya.
"Apalah salahnya salurkan keuntungan Petronas kepada rakyat Malaysia setelah perusahaan minyak negara itu mendapat untung berlipat ganda apabila harga minyak pasaran dunia meningkat," jelasnya lagi.
"Pakatan Rakyat telah menawarkan pelan untuk kesenangan rakyat untuk 100 hari pertama dan seterusnya seperti yang termaktub dalam Buku Jingga bahawa rakyat akan mendapat pelbagai keuntungan apabila Pakatan Rakyat mendapat mandat pada PRU 13 nanti," katanya lagi.
BN bukan berhasrat menyenangkan rakyat tetapi menyusahkan cara hidup rakyat, keran itu rakyat perlulah memberi harapan kepada PR demi untuk pembangunan dan pengagihan kekayaan negara Malaysia secara menyeluruh," katanya.
MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.
Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)
Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.
Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.
Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia dimuka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.
Maka berkata Izrail:
'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'"Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.
Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?
Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya ataumiskin.
Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.
Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yangamat menyeksakan.
Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).
Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.
"Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia." (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)
Kematian 'menjemput' manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.
Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.
Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.
Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."
Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.
Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.
Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.
"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
"Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.
Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.
Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.
Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan. Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.
Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.
Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.
Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.
Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam
a.s.Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.
Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit,
tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.
Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu. Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.
Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya.Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.
Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.
Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian. Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.
Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah.
KEADAAN bangunan kerajaan yang didakwa diserang melalui udara di Tripoli, semalam.
SEKUMPULAN wakil media mengambil gambar keadaan bangunan yang musnah.
NATO lancar siri serangan terbaru
TRIPOLI: Pesawat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melancarkan satu siri serangan terbaru ke atas ibu negara Libya dengan sekurang-kurangnya lapan letupan besar kedengaran sepanjang awal pagi semalam, manakala dua serangan dilancarkan berhampiran pejabat media beberapa jam sebelum itu, kata saksi.
Laporan menyatakan, empat letupan kedengaran sejurus selepas jam 2 pagi semalam, menggegarkan tingkap sebuah hotel yang menempatkan sekumpulan wartawan, sebelum disusuli dua lagi letupan.
Bunyi siren dan jeritan kedengaran selepas serangan, disusuli tembakan raifal dan senjata berat, ketika pesawat terbang melintasi ruang udara bandar raya itu.
Awal kelmarin, saksi melaporkan mendengar dua letupan di ibu negara Libya itu ketika pesawat melintas di atasnya, manakala asap kelihatan berkepul berhampiran pejabat stesen televisyen Libya dan agensi berita JANA.
Seorang pegawai berkata sekurang-kurangnya satu serangan terkena sebuah bangunan yang pernah dibom 30 April lalu dan menempatkan beberapa pejabat pertubuhan awam.
Seorang pengawal berkata bangunan itu terkena serangan kira-kira jam 11 malam. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Sementara itu, seorang doktor di Pusat Pembedahan Plastik dan Rawatan Melecur di kawasan Shariah Zawiya di Tripoli berkata, seorang pesakit muda cedera terkena serpihan kaca dari tingkap yang pecah akibat salah satu serangan.
Wartawan tidak dibenarkan pergi ke lokasi serangan dikatakan berhampiran sebuah bangunan yang pernah digunakan sebagai pejabat perisikan tetapi kini menempatkan kementerian pertanian.
Letupan berlaku selepas ketua NATO, Anders Fogh Rasmussen berkata pemimpin Libya Muammar Gaddafi semakin kesuntukan masa dan akan 'menyedari bahawa tiada lagi masa depan untuk beliau dan rejimnya.'
Pada 1 Mei lalu, anak Gaddafi, Seif al-Arab, dan tiga cucunya terbunuh dalam satu serangan di rumahnya di Tripoli. – AFP
BUKIT KATIL, 11 Mei: Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong (gambar) mencabar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya membuktikan dakwaan bahawa DAP memindah pengundi ke kawasan parlimen Bukit Katil.
"Kita cabar Ali Rustam supaya buktikan bahawa DAP memindahkan pengundi dari kawasan lain ke kawasan Parlimen Bukit Katil.
"Jika beliau gagal buktikan bermakna beliau menipu rakyat," kata Khoo yang juga Setiausaha Publisiti DAP negeri pada sidang akhbar di pejabatnya di Bukit Beruang semalam.
Ali Rustam dalam kenyataan medianya semalam menyatakan bahawa DAP telah memindahkan pengundi ke parlimen Bukit Katil dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat siasatan.
Beliau berkata terdapat 25 orang pemilih pada alamat yang sama.
Khoo berkata beliau akan bertemu dengan SPR untuk meminta badan tersebut menyiasat dakwaan Ali itu.
"DAP bersedia untuk disiasat dan jika kita juga meminta SPR menyiasat pihak lain, jika DAP terbukti melakukan perkara tersebut, kami sedia untuk dilucutkan keistimewaan menjadi Penolong Pendaftar SPR.
"Tidak ada apa yang DAP hendak takutkan kerana kami yakin ianya adalah tuduhan dan fitnah kepada DAP," katanya.
Sementara itu Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab pula berkata kerja-kerja jahat seperti itu biasanya dilakukan oleh BN di kawasan-kawasan yang mereka rasakan akan kalah.
"Di Selangor, Umno dan BN memunggah pengundi-pengundi dari luar untuk merampas negeri Selangor dari PR, ianya didedahkan secara jelas dengan bukti-bukti yang nyata oleh PAS dan PR negeri Selangor.
"Ali Rustam cuba memfitnah PR di Melaka sedangkan kerja-kerja sedemikian sudah menjadi darah daging Umno dan BN," kata Yusof.
JARANG BERLAKU...bayi kembar siam anak kepada pasangan petani China masih ditempatkan di hospital.
ISTIMEWA...seorang doktor dan jururawat melihat kembar siam yang kritikal akibat masalah pernafasan di sebuah hospital di Suining, Sichuan, semalam.
BEIJING: Seorang wanita melahirkan bayi perempuan yang berkepala dua di wilayah Sichuan, lapor media semalam.
Bayi terbabit yang berkongsi tubuh, mempunyai dua tangan dan dua kaki, dilahirkan secara pembedahan caesarean minggu lalu.
Menurut media, bayi terbabit dipercayai mengalami dicephalic parapagus - sejenis kembar siam yang sangat jarang berlaku.
Menurut pakar, disebabkan bayi terbabit berkongsi tubuh, adalah mustahil untuk doktor memisahkan mereka.
Kakitangan Hospital Pusat Suining berkata, bayi itu dilahirkan Khamis minggu lalu.
"Pada awalnya, ibu bapa bayi itu enggan menerimanya kerana bimbang tidak mampu membesarkan anak mereka dengan baik kerana menyara hidup sebagai petani," katanya.
Jurucakap itu berkata, kembar terbabit kemudian dipindahkan ke sebuah hospital berhampiran Chong- qing untuk diperiksa pakar.
Menurut akhbar Huaxi Metropolis Daily, kembar itu seberat 4 kilogram dan tinggi 51 sentimeter.
Walaupun berkongsi tubuh, kembar itu memiliki dua tulang belakang dan saluran makanan bersaingan.
Pakar perubatan berkata, kembar dicephalic parapagus berlaku apabila sel telur gagal berpisah sepenuhnya dan amat jarang berlaku.
Walaupun kebanyakan kes dicephalic parapagus dilaporkan di Asia dan Afrika, kelahiran sebegitu pernah berlaku di Barat.
Antaranya, pada Julai 2009, Lisa Chamberlain, dari Portsmouth, melahirkan pasangan kembar Joshua and Jayden yang berkongsi tubuh.
Bagaimanapun, Jayden hanya sempat hidup 32 minit selepas dilahirkan. - Agensi
TIKRIT 11 MEI : Sekurang-kurangnya 11 terbunuh apabila sebuah kereta yang membawa bom meletup ketika sebuah kereta peronda polis melalui pusat bandar Tikrit di utara Baghdad, awal hari ini.
Pegawai keselamatan berkata, beberapa pegawai polis terkorban ketika serangan berlaku 9.19 malam waktu tempatan di bandar kelahiran bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein. Walaupun tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, namun ia ada kaitan dengan ikrar Al-Qaeda sebelum ini yang mahu membalas serangan Amerika Syarikat (AS) selepas kematian pemimpin rangkaian itu, Osama bin Laden, 2 Mei lalu.
Serangan itu adalah yang terbaru selepas kejadian pertumpahan darah antara Al-Qaeda dan AS, 29 Mac lalu yang mengakibatkan 58 orang terbunuh. - AFP
Kerajaan mengumumkan bahawa mulai 1 Julai depan, ujian PTK bagi penjawat awam akan digantikan dengan penilaian berkonsepkan 360 darjah. Dalam konsep ini, prestasi setiap penjawat awam bukan hanya akan dinilai oleh penyelia masing-masing, malah mereka juga akan diperhatikan dan dinilai secara berterusan oleh rakan sejawat dan kakitangan bawahan.
Penilaian ini kemudiannya akan dipertimbangkan oleh panel khas bagi kenaikan pangkat, pengisian jawatan kosong yang lebih tinggi dan penempatan baru.
Saya ingin mencadangkan supaya sistem penilaian ini diperluaskan supaya merangkumi penilaian rakyat. Dalam erti kata lain, selain dinilai oleh penyelia, rakan sejawat dan kakitangan bawahan, rakyat juga seharusnya diberikan peluang bagi menilai prestasi penjawat awam.
Memang diakui bahawa rakyat tidak dapat menilai prestasi setiap seorang penjawat awam di Malaysia secara individu. Namun demikian, sudah tentu rakyat mampu menilai prestasi sesebuah badan kerajaan dan juga pengurusan tertingginya.
Pada masa yang sama, pada peringkat individu, sebarang maklumbalas positif ataupun negatif (jika ada) mengenai seseorang penjawat awam perlu diambil kira bagi menilai prestasi penjawat awam berkenaan. Dengan demikian, barulah semua penjawat awam di Malaysia lebih terdorong bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Selain itu, penilaian ini juga tidak harus terhad pada penjawat awam semata-mata, malah perlu juga digunakan bagi menilai prestasi para menteri. Prestasi setiap menteri perlu juga dinilai oleh kakitangan bawahan dan juga rakyat.
Pandangan rakyat dapat dikumpulkan sepanjang tahun, sama ada secara terbuka ataupun dengan menggunakan format tertentu, dan dengan memanfaatkan semua saluran, termasuk surat dan emel.
Maka setiap akhir tahun, prestasi setiap menteri dan badan kerajaan akan dinilai dengan mengambilkira penilaian dan maklumbalas oleh rakyat jelata. Akhir sekali, hasil penilaian prestasi setiap menteri dan badan kerajaan akan diperhalusi dan diumumkan kepada rakyat oleh Jabatan Audit Negara.
SHAH ALAM 11 MEI : Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap media kawalan Umno-Barisan Nasional(BN), Utusan Malaysia kerana mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim serta mendakwa Ketua Pembangkang itu melabel Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai 'pandi kutty'.
Nik Aziz melalui laman sosial Facebooknya berkata adalah menghairankan bagaimana Utusan, sebuah akhbar yang menjadi juara penyebaran kelucahan kepada masyarakat kini mahu menjuarai adab sopan.
"Saya terbaca tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, "Anwar Dikecam," kononnya kerana guna kata-kata kesat serang Perdana Menteri.
"Hairan saya, akhbar yang menyebarkan segala bentuk kelucahan dalam masyarakat hari ini menjadi juara adab sopan?" katanya.
Utusan Malaysia pada muka depannya semalam meletakkan tajuk 'Anwar dikecam' dengan membawa beberapa pandangan individu membidas sikap Anwar yang didakwa melabelkan Najib sebagai 'pandi kutty' - perkataan bahasa Tamil yang bermaksud anak babi.
Malah, akhbar kawalan Umno itu turut mencetak bidasan seperti pemimpin Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin yang berkata Anwar mengalami "sindrom pra-haid (PMS), kesan daripada kes liwat dan video seks yang sedang dihadapinya."
Hamidzun seperti pemimpin-pemimpin Umno yang lain termasuk Khairy Jamaluddin, Datuk Ibrahim Ali dan Mohammad Ezam Mohd Noor membidas Anwar hanya berasaskan laporan Utusan, tanpa mengesahkan kesahihan komen Anwar itu.
Mengulas isu yang sama, Najib dalam laporan Bernama, berkata kata-kata kesat yang dilemparkan itu tidak menjejaskan waktu tidur beliau.
"Ini tak menyebabkan saya tak tidur jendera (lena) waktu malam kerana dia (Anwar) buat sebutan sebegitu sebab saya yakin rakyat boleh menilai perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin sepertinya," katanya.
Najib juga berkata ketua umum PKR itu sebagai sudah terjebak mengamalkan politik tidak beretika dan yakin rakyat boleh menilai sikap sebenar Anwar.
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, gesaan MCA sebelum ini agar Utusan dipulaukan, sangat tepat.
"Tepat sungguh gesaan MCA agar Utusan Malaysia dipulaukan,"tulisnya lagi.
MCA bulan lalu menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' diutamakan. Parti itu mendakwa cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.
Anwar dalam Twitternya semalam menulis serangan terbaru isu 'pandi kutty' terhadapnya itu adalah fitnah terbaru Umno BN.
Dalam ceramah perdananya di Klang, Sabtu lalu, Anwar tidak langsung menghemburkan perkataan itu terhadap Najib.
Sebaliknya Anwar pada ceramahnya berkata perkataan pandi kutty mungkin dianggap kasar namun mengingatkan hadirin bahawa tidak ada dalam mana-mana budaya di dunia ini menggunakan taktik-taktik kotor seperti video lucah untuk menjatuhkan pemimpin politik.
"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutty." kata Anwar pada ceramah tersebut.
Sebelum ini, Utusan juga dikecam banyak pihak berikutan tindakan keterlaluan akhbar itu menyiarkan pelbagai berita fitnah di muka depan laporan serta gambar, termasuk berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar .
Sabtu lalu, akhbar itu mendakwa golongan paderi bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini.
FERGUSON (depan) bertekad untuk membalas dendam di atas kekalahan United kepada Barcelona pada final Liga Juara-Juara 2009
MANCHESTER - Alex Ferguson tampak seperti sudah mempunyai strategi bagi menyekat kemaraan Barcelona pada final Liga Juara-Juara di Stadium Wembley pada 28 Mei ini.
Menurut pengurus Manchester United itu, beliau akan menggunakan corak permainan menyerang habis-habisan bagi memastikan misi tersebut tercapai.
"Kami memiliki para pemain yang mampu menyebabkan corak permainan lawan terganggu. Diharapkan jentera serangan kami dapat menghadirkan masalah kepada Barcelona.
"Semua menganggap Barcelona sebagai pasukan yang hebat tetapi United sudah berjaya memasuki pentas final.
"Ramai juga berkata yang United bukan sebuah pasukan yang kuat musim ini tetapi persembahan kami di laman sendiri masih hebat dan kami juga belum tewas di pentas Eropah," kata Ferguson.
United pasti mahu membalas dendam di atas kekalahan kepada Barcelona pada final 2009 dan Ferguson mahu anak-anak buahnya merantai pergerakan Xavi, Andres Iniesta dan Lionel Messi sebaik mungkin kali ini.
"Pada final 2009 itu, kami bermula dengan baik tetapi memberikan gol mudah kepada Barce- lona. Jadi kami perlu cari penyele- saian untuk menghentikan ancaman daripada Xavi, Messi dan Iniesta.
"Semua orang mencari cara untuk menyekat pemain-pemain itu kerana mereka merupakan pemain yang cukup hebat. Tetapi kami juga memiliki kemampuan untuk melakukan perkara yang sama," jelas Ferguson.
Sementara itu, Ferguson tidak bersetuju jika pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti dipecat setelah gagal memenangi sebarang piala musim ini.
"Ia mungkin mengejutkan saya tetapi ia bukanlah satu kejutan. Industri bola sepak sering membuatkan saya berasa bingung.
"Ancelotti merupakan individu yang telah dua kali menjulang trofi Liga Juara-Juara. Musim lalu beliau menghadiahkan kejuaraan berganda buat Chelsea. Jadi apa lagi perlu dipersoalkan tentang kemampuannya?" soal Ferguson. -
KUALA LUMPUR, 10 Mei: Kerajaan BN diminta menangguhkan cadangan untuk mewujudkan makmal rasionalisasi subsidi di negara ini, bagi mengelakkan rakyat mengalami bebanan lebih berat dengan kenaikan harga barangan yang tersusun.
Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen bermula hari ini merupakan salah satu petanda buruk dari cadangan mewujudkan makmal itu dan sekiranya diteruskan, pelbagai barangan lain pula pasti turut dinaikkan berperingkat-peringkat dari semasa ke semasa.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen bermula hari ini dari RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram merupakan sesuatu yang amat tidak wajar kerana ia jelas lebih menghimpitkan lagi kehidupan rakyat.
Menurut beliau, namun tanpa berfikir panjang, Kerajaan BN telah pun melakukannya, setelah harga petrol RON97 dinaikkan beberapa hari lalu, tetapi harga petrol RON95 tidak pula diturunkan.
Dalam masa yang sama, Perdana Menteri melaung-laungkan negara ini sedang menuju era negara yang berpendapatan tinggi, tetapi rakyat pula sentiasa terbeban dengan kenaikan harga barangan utama.
"Jadi apa ertinya itu semua? Macam mana negara ini boleh muncul sebagai negara berpendapatan tinggi, sedangkan rakyat sentiasa tidak berkecukupan wang, berbelanja lebih dan sentiasa hidup dalam keadaan tertekan ekoran kenaikan harga barangan," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.
Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen bermula hari ini, tegas beliau, pasti akan menyebabkan kenaikan harga barangan lain nanti yang turut melibatkan gula dan ia pasti akan lebih membebankan rakyat.
Tindakan kenaikan harga gula itu diyakini berpunca dari rancangan Kerajaan BN untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat yang kini ternyata amat tidak praktikal, malah amat membebankan rakyat dari pelbagai aspek.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sehubungan itu meminta Kerajaan BN melihat kembali cadangannya untuk mewujudkan makmal rasionalisasi subsidi itu, dengan mengadakan perbincangan menyeluruh terlebih dahulu dengan pelbagai pihak bagi mendapatkan rumusannya.
Dalam masa yang sama, beliau tidak menafikan kenaikan harga petrol RON97 sebanyak 20 sen dari RM2.70 kepada RM2.90 seliter mulai 5 Mei lalu dan gula sebanyak 20 sen sekilogram mulai hari ini, berpunca dari masalah kewangan yang dialami oleh Kerajaan BN.
"Tetapi ini jelas melambangkan kegagalan Kerajaan BN dalam mengurus kewangan, di samping kegagalannya mencari sumber baru bagi kewangan negara," jelasnya.
Bagi mengatasi masalah kewangan negara, katanya, Kerajaan BN tidak sepatutnya membebani rakyat dengan kenaikan harga barangan, tetapi mencari sumber baru.
"Jadi, kesemua ini perlu dilihat dan dinilai sendiri oleh rakyat, setelah pelbagai pihak menjadi amat terbeban dengan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan BN sejak sekian lama," tegas beliau.
KUALA LUMPUR, 10 Mei: Laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia bertajuk "Kristian agama rasmi?' yang disiar 7 Mei lalu adalah perbuatan jenayah, kata Pakar Udang-undang, Profesor Dr Abdul Aziz Bari (gambar).
Menurutnya, laporan tersebut cenderung mencetuskan api perkauman dan pertelagahan agama di negara ini.
Sehubungan itu jelasnya, Utusan boleh didakwa sama ada di bawah Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan atau di bawah Kanun Keseksaan kerana menerbitkan berita palsu.
"Jelas apa yang dipaparkan oleh Utusan itu sebenarnya cerita bohong. Berita palsu dan tidak wujud.
"Ini semua menangani perlakuan jenayah. Apa yang dilakukan oleh Utusan pada saya prima facie satu perbuatan jenayah," katanya kepada Keadilandaily.
Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan yang sehingga kini dilihat 'lepas tangan' terhadap jenayah Utusan tersebut tanpa ada sebarang tindakan terhadap akhbar itu.
"Laporan polis sudah dibuat tapi apa hasilnya?" soalnya lagi.
Mengulas lanjut, Aziz Bari berkata, tulisan Utusan yang tidak masuk akal itu, merupakan bukti Umno panik untuk menarik simpati orang Melayu dan Islam terhadap parti itu yang dilihat semakin hilang sokongan.
"Lagipun apa isunya? Bukankah DAP dan sekutu Pakatannya telah pun mengisytiharkan bahawa mereka akan pertahankan perlembagaan?
"Bukankah Perdana menteri sendiri kata tahun lepas bahawa peruntukan yang dimaksudkan itu telah 'dikunci mati'? Anehnya Najib cakap lain pula sekarang.
"(Menteri kebudayaan, Warisan dan Kesenian) Rais Yatim pun dua kali lima. Mereka dah lupa atau buat-buat tak faham perlembagaan," katanya.
Dalam laporan 7 Mei lalu, Utusan mengambil sumber bloger Umno Zakhir Mohamed 'Making Christianity the official religion' yang mendakwa Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi telah menganjurkan pertemuan dengan paderi kristian di mana kumpulan berkenaan berdoa supaya Kristian dijadikan agama rasmi dan seorang kristian dilantik sebagai perdana menteri.
Jeff Oii turut membuat laporan polis terhadap Utusan dan blog berkenaan kerana cubaan memfitnah dan berniat jahat.
Beberapa laporan polis turut dibuat agar Utusan disiasat kerana didakwa cuba meniup api perkauman.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga sebelum ini berpendapat, tindakan Utusan itu sebagai permainan politik Umno menjelang pilihan raya.
Beliau bagaimanapun menasihatkan seluruh ahli PAS tidak terjerumus dalam 'perangkap' politik itu seperti apa yang berlaku pada Operasi Lalang 1987.
PAS memang sebuah parti politik yang penuh berwibawa dan taat setia kepada konsep perjuangan dan persahabatan. Di saat rakan seperjuangannya dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP sedang berhadapan dengan serangan dari Umno-BN dan sebuah akhbar harian yang menjadi mikrofon Umno atas isu ugama Kristian, pemimpin-pemimpin PAS telah menyuarakan pendapat mereka mempertahankan fakta yang benar.
Ia bukan merupakan semata-mata mempertahankan DAP, bukan begitu tetapi hakikatnya ialah menentang fitnah dan mempertahankan kebenaran.
Para pemimpin PAS mesti diberi penghormatan sebab berani bersuara dalam isu yang sensitif ini. Malah, ada setengah-setengah pemerhati politik yang berpendapat bahawa mungkin PAS akan kehilangan sokongan orang Melayu kerana dilihat sebagai mempertahankan DAP.
Jika itu yang berlaku, maka ini akan menunjukkan bahawa orang Melayu belum lagi matang dan cerdik dalam membuat analisis mendalam mengenai situasi politik di negara ini sebab apa yang dipertahankan oleh PAS bukanlah DAP tetapi fakta yang benar.
Begitu juga apabila para pemimpin PAS mempertahankan rakan seperjuangan mereka PKR khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau telah terpalit dalam skandal video seks angkara Datuk T. Ia adalah satu helah musuh Pakatan Rakyat, dibuat dengan tujuan untuk menjatuhkan Pakatan, seperti juga apa yang telah dilakukan oleh 2 penulis blog itu terhadap DAP apabila mereka mendakwa DAP bersama dengan ketua agama Kristian hendak menggantikan ugama Islam dengan ugama Kristian sebagai ugama rasmi.
PAS mempertahankan kebenaran dan keadilan dan menentang fitnah dan politik durjana.
Sepanjang masa PAS berada dalam Pakatan Rakyat, PAS tidak pernah terpesong dari jalan yang betul dan lurus walaupun telah diajak berkalik-kali oleh UMNO untuk menyertai Barisan Nasional (BN).
Inilah yang perlu diteliti dan diingati oleh para pengundi Melayu sebelum mengundi. Mereka harus ingat bahawa PAS adalah parti Islam yang tulen yang tidak akan berganjak dari pendiriannya untuk berjuang demi kebaikan semua golongan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Oleh itu, PAS adalah benar-benar sebuah parti yang adil yang memegang kuat kepada ajaran ugama Islam.
Selain daripada itu, saya berharap dalam pemilihan parti kali ini, sekurang-kurangnya seorang bukan-Melayu akan dipilih untuk mewakili orang bukan-Melayu dalam Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.
Ini bukanlah sesuatu hasrat yang luar biasa sebab sekarang orang bukan-Melayu sudah pun boleh menyertai PAS dengan adanya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Semoga dalam Muktamar dan pemilihan parti yang akan dilangsungkan bulan depan nanti, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, iaitu Khalil Idham Lim akan dipilih untuk mewakili orang bukan-Melayu dalam AJK PAS Pusat.
Saya berpendapat ramai ahli DHPP selain daripada saya akan berasa amat gembira dan teruja sekiranya ini berlaku sebab ini akan membuktikan bahawa slogan PAS Untuk Semua adalah satu slogan yang benar dan bukan sekadar retorik kosong sahaja seperti slogan 1Malaysia itu.
Saya berdoa PAS akan mengorak langkah maju ke depan dan bersama-sama dengan rakan seperjuangannya PKR dan DAP tidak akan mengenal penat-lelah dalam usaha menentang kezaliman yang sedang berlaku sekarang dibawah pentadbiran Kerajaan BN.
DAMSYIK 7 MEI : Anggota keselamatan Syria dilaporkan menembak mati sekurang-kurangnya 26 penunjuk perasaan yang mengambil bahagian dalam demonstrasi sempena 'Hari Penentangan' bagi menggulingkan rejim Presiden, Bashar al-Assad, semalam.
Pada masa sama, kumpulan bersenjata dilaporkan membunuh soerang pegawai dan empat anggota polis ketika tunjuk perasaan itu berlangsung. Di Brussels, Kesatuan Eropah (EU) bersetuju untuk menguatkuasakan sekatan terhadap Syaria selepas 13 pegawai negara itu terbabit dalam serangan kejam ke atas penunjuk perasaan sebelum ini.
EU juga sedang berbincang untuk mengheret Assad dalam perkara itu, menurut diplomat hari ini.
Kumpulan hak asasi Syria, Insan berkata angka kematian semalam mencecah 26 orang dan jumlahnya dijangka bertambah lagi.
Satu lagi kumpulan hak asasi, Najati Tayara, berkata anggota keselamatan Syria dilihat melepaskan tembakan bagi menghalang penunjuk perasaan selepas solat Jumaat di tengah bandar raya berkenaan dengan lapan terbunuh manakala beberapa lagi cedera parah. - AFP
SHAH ALAM, 10 Mei: Cendekiawan Islam dari Syria, Dr Wahbah Az Zuhaily (gambar) akan menyampaikan syarahan bertajuk 'Sumpah dan Qazaf' di Dewan Solat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada 14 Mei ini.
Beliau yang dipilih Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H akan mengupas tajuk berkenaan pada majlis yang berlangsung jam 2.30 hingga 4.30 petang itu.
Program tersebut adalah anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Sehubungan itu, PUM dalam satu kenyataan menjemput orang ramai hadir majlis syarahan berkenaan bagi memahami isu sumpah dan qazaf.
Dr Wahbah mempunyai penglibatan dan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam dan umat Islam.
Beliau yang juga tenaga pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami), mempunyai kepakaran yang amat tinggi dalam penulisan ilmiah.
Karya Dr Wahbah menjadi rujukan umat Islam di dunia antaranya yang tersohor di Malaysia adalah Kitab Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Syariah Wa Al-Minhaj dan Kitab Fiqh Perundangan Islam.
Wawasan beliau sangatlah tinggi, mahu melihat ajaran al- Quran dan Sunnah terus bertebar di muka bumi.
Justeru itu, beliau menginfaqkan sepenuhnya diri beliau untuk kemajuan Islam.
PUTRAJAYA 10 MEI : Perdana Mneteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Bajet 2012 pada minggu pertama Oktober ini, yang dilihat penganalisis sebagai "bajet pilihan raya" sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.
Bajet 2012 akan dibentangkan pada 7 Oktober.
Najib tahun lalu membentangkan Bajet 2011 pada 15 Oktober, namun mempercepatkannya seminggu kali ini.
Pengumuman mengenainya dibuat ketika spekulasi bertiup kencang bahawa pilihan raya umum akan diadakan sebelum Ramadhan tahun ini.
Difahamkan Kementerian Kewangan sedang mengakan sesi dialog tahunan mengenai bajet.
Kerajaan BN pernah membubarkan Parlimen ketika Dewan Rakyat sedang membahaskan ucapan belanjawan negara 2000 bagi membuka laluan kepada pilihan raya umum 1999.
Dalam pada itu, laporan Bernama Online memetik Najib berkata, Bajet 2012 adalah inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi.
Ia akan menjadi satu lagi kejayaan ke arah merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020, kata Najib.
Tahun lalu, kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
SHAH ALAM 10 MEI : - Utusan Malaysia sekali lagi menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mendakwa Ketua Pembangkang itu menggunakan perkataan kesat "pandi kutty" terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada satu ceramah di Klang Sabtu lalu.
Rakaman ceramah itu oleh TvSelangor menunjukkan Anwar tidak menggunakan perkataan itu terhadap Najib tetapi terhadap taktik kotor politik yang digunakan untuk menjatuhkan beliau.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu menyifatkan Umno sebagai parti terdesak yang menggunakan video lucah untuk mengaibkannya.
Berikut adalah petikan ucapan Anwar yang dimaksudkan di Dewan Hamzah Klang :
"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus kearah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul "pandi kutty".
Pada ceramah itu juga, Anwar berkata perkataan pandi kutty mungkin dianggap kasar namun mengingatkan hadirin di ceramah bahawa tidak ada dalam mana-mana budaya di dunia ini menggunakan taktik-taktik kotor seperti video lucah untuk menjatuhkan pemimpin politik.
"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada," kata Anwar di ceramah itu.
Utusan Malaysia hari ini menyiarkan muka depan komen juak-juak Umno yang membidas Anwar, kerana kononnya menggunakan ungkapan pandi kutty terhadap Perdana Menteri .
Malah, akhbar milik Umno itu mencetak reaksi lucah seperti pemimpin Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin yang berkata Anwar mengalami "sindrom prahaid (PMS), kesan daripada kes liwat dan video seks yang sedang dihadapinya."
Hamidzun seperti pemimpin-pemimpin Umno yang lain termasuk Khairy Jamaluddin, Ibrahim Ali dan Mohammad Ezam Mohd Noor membidas Anwar hanya berasaskan laporan Utusan, tanpa mengesahkan kesahihan komen Anwar itu.
Utusan Malaysia sebelum ini diselar pelbagai pihak kerana kerap menyiarkan berita fitnah termasuk isu video lucah untuk mengaibkan Anwar.
Sabtu lalu, akhbar itu mendakwa golongan paderi bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini.
Antara yang mengecam akhbar itu adalah Kesatuan Wartawan Kebangsaan. Presidennya Hatta Wahari bekerja di Utusan tetapi dipecat minggu lalu kerana didakwa bertindak melanggar kepentingan syarikat.
Harakahdaily KUALA LUMPUR, 10 Mei: PAS berpendapat tindakan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram sebagai lambang kegagalan BN.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen).
Alasan daripada kerajaan ia akan menjimatkan wang negara ialah RM116.6 juta setahun apabila gula dinaikkan 20 sen.
"Apakah kerajaan BN tidak ada jalan lain untuk menguruskan kewangan negara?" soalnya.
Nampaknya, kata beliau pemimpin negara jika tidak ada wang, jalan keluarnya dengan menyusahkan rakyat seperti saman ekor, menaikkan harga petrol, gula dan tol.
PAS, ujarnya hairan kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup memberi peruntukan kepada Permata yang dipengerusikan oleh Datin Seri Rosmah sebanyak RM111 juta untuk tahun 2011.
"Apa lebih Permata, hanya setaraf dengan pasukan kompang sahaja, tetapi memperolehi peruntukan begitu banyak hampir dengan pelupusan subsidi gula RM116.6 juta sedangkan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat hanya RM95 juta sahaja," katanya.
Baginya, kerajaan memberi alasan yang dangkal untuk menipu rakyat ialah harga gula di Malaysia masih lebih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Begitu juga, katanya alasan kenaikan harga gula sebagai langkah untuk hidup sihat supaya rakyat mengurangkan pengambilan gula.
KUALA LUMPUR, 10 Mei: Kerajaan BN diminta menangguhkan cadangan untuk mewujudkan makmal rasionalisasi subsidi di negara ini, bagi mengelakkan rakyat mengalami bebanan lebih berat dengan kenaikan harga barangan yang tersusun.
Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen bermula hari ini merupakan salah satu petanda buruk dari cadangan mewujudkan makmal itu dan sekiranya diteruskan, pelbagai barangan lain pula pasti turut dinaikkan berperingkat-peringkat dari semasa ke semasa.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen bermula hari ini dari RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram merupakan sesuatu yang amat tidak wajar kerana ia jelas lebih menghimpitkan lagi kehidupan rakyat.
Menurut beliau, namun tanpa berfikir panjang, Kerajaan BN telah pun melakukannya, setelah harga petrol RON97 dinaikkan beberapa hari lalu, tetapi harga petrol RON95 tidak pula diturunkan.
Padang Besar "B" razil.. Bakal-bakal Ronaldo and Kaka Adik Afif Syazwan Shahnon sebagai penjaring terbanyak
KANGAR - Pasukan Padang Besar B mengungguli Pesta Sukan Pasti Negeri Perlis apabila mucul sebagai johan acara bolasepak dengan menewaskan pasukan Kangar A.
Sementara itu, pasukan Kangar A pula menjuarai acara bola jaring dengan menewaskan pasukan Kangar A.
Pesta Sukan Pasti Negeri Perlis diadakan pada 9 Mei lalu di D'Futsal Centre dekat sini dengan disertai oleh pasukan dari Pasti kawasan Padang Besar, Kangar dan Arau.
Dua pasukan dari setiap kawasan menyertai kedua-dua acara yang dipertandingkan iaitu bolasepak dan bola jaring. Pesta Sukan ini dijadikan medan pemilihan untuk memilih pemain-pemain untuk mewakili Pasti Perlis ke pertandingan di peringkat kebangsaan yang akan diadakn tidak lama lagi.
Begitulah nasib usia makhluk, apabila tiba masanya ia akan berakhir, setelah lebih 100 tahun memberi perkhidmatan untuk mengawal trafik jalan masuk ke hospital bahagia tanjong rambutan akhirnya ia dirobohkan kerana pembinaan jalan masuk ke kolej sains perubatan bersekutu di dalam.
Sekali lagi rakyat Malaysia dibodohkan oleh kerajaan Malaysia apabila gula naik kerana nak jaga kesihatan rakyatnya... apakah baru-baru ini gula berharga RM1.80 orang yang mengidap diabetes berkurangan? apakah dengan kenaikan 20sen dan menjadi RM2.00 rakyat akan mengurangkan jumlah gula dari 2 sudu menjadi 1 sudu? dan apakah semasa harga gula 60sen sekati dahulu rakyat mengunakan gula 5 sudu satu gelas teh 'O' kerana gula murah???
Jangan nak bodohkan rakyat ... para menteri ooooii.. kalau korang nak suruh rakyat gunakan 1 sudu untuk satu gelas teh 'O' korang naikkan menjadi RM5 satu kilo baru le sepadan nak mejaga kesihatan rakyat..
KP : Rakyat Malaysia sudah terlalu lama dibodohkan oleh Kerajaan mereka sendiri apabila nak naikkan harga barang..
You are subscribed to email updates from PAS TAMBUN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PAS hari ini menuntut dua orang menteri – Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Rais Yatim – supaya memohon maaf berhubung kenyataan mereka mengulas laporan media bahawa ada kumpulan Kristian merancang untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia. Naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar menuntut kedua-dua menteri itu memohon maaf “di atas kesengajaan [...]
Semasa Majlis Perasmian Projek Bagan 29-Jalan Siram, satu bantahan telah diadakan oleh beberapa individu. Empat dari ahli kumpulan bantahan itu telah ditahan polis. Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang turut hadir dan membawa dua isu kepada perhatian Ketua Menteri Lim Guan Eng, i.e. bantahan jalan baru itu dan juga isu Utusan Malaysia. Sekumpulan pemberita yang tidak [...]
Parti Islam Semalaysia Pas berpendapat tindakan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram sebagai lambang kegagalan BN. Kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen)
Alasan daripada kerajaan ia akan menjimatkan wang negara ialah RM116.6 juta setahun apabila gula dinaikkan 20 sen. Apakah kerajaan BN tidak ada jalan lain untuk menguruskan kewangan negara. Nampaknya pemimpin negara jika tidak ada wang, jalan keluarnya dengan menyusahkan rakyat seperti saman ekor, menaikan minyak petrol, naik harga gula, naik harga tol.
Pas hairan kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup memberi peruntukan kepada Permata yang dipengerusikan oleh Datin Rosmah sebanyak RM111 juta untuk tahun 2011. Apa lebih Permata, hanya setaraf dengan pasukan kompang sahaja, tetapi memperolehi peruntukan begitu banyak hampir dengan pelupusan subsidi gula RM116.6 juta.Sedangkan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat hanya RM95 juta sahaja.
Alasan yang dangkal untuk menipu rakyat ialah harga gula di Malaysia masih lebih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Kenaikan harga gula sebagai langkah untuk hidup sihat supaya rakyat kurang mengambil gula Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ketua: Ustaz Yussaine Yahya Timbalan Ketua : Ustaz Muhammad Azmir Azizan Naib Ketua: Meor Hassan Sazali Meor Hajar Setiausaha: Mohd Sahir Ab Raman Penolong Setiausaha 1:Norhasyimi Yaakob Penolong Setiausaha 2:Mohd Nazri Abdullah Bendahari: Ustaz Rosmadi Ramli Ketua Penerangan: Bashir Ishak Jabatan Pilihanraya Pemuda:Mohd Sahir Ab Raman Jabatan PASTI :Meor Hassan Sazali Meor Hajar Jabatan AMAL: Sharul Mutminin Mat Isa Jabatan Kebudayaan,Kesenian dan Sukan (DACS): Wan Abd Rahman Wan Ahmad Akademi Tarbiyah & Pembelaan Islam: Ustaz Muhammad Azmir Azizan Akademi Kepimpinan Pemuda:Mohd Iqbal Mohd Shariff Lajnah Siyasah :Ustaz Yussaine Yahya Lajnah Pentadbiran & Organisasi :Meor Hassan Sazali Meor Hajar Lajnah IT / Media Baru : Bashir Ishak Lajnah Perpaduan Nasional / NGO : Mohd Iqbal Mohd Shariff Lajnah Kebajikan : Shuhairi Samsuddin Lajnah Pendidikan & Dakwah: Ustaz Mohd Fuad Hashim AJK: Yasir Arafat Abni Hajar, Nurdin Isa, Muniery Abd Rahman,Ustaz Zulhelmi, Fizul Izul, Asrul Aimran, Mohd Fallah Azizan, Mohamed Yasser Mohamed Desa, Nordin Othman, Aswad, Nasrul, Mohd Yassin.
CERAMAH PERDANA 13 Mei 2011/Jumaat 9.00 malam Kg Lambar Batu 11, Labu, Seremban. Penceramah utama: YB Dato' Johari Abdul, YB Yusmadi Yusof, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas Hotline:013-239 2456 (Zulrisyah)
AMK BERSAMA ANAK MUDA 15 Mei 2011/Ahad 8.30 malam Dataran PR Jemapoh, Juasseh, Kuala Pilah. Penceramah utama: Shamsul Iskandar Akin, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas, Nazree Yunos Hotline: 019-266 1213 (Fendi), 013-239 2456 (Zulrisyah)
CERAMAH UMUM "MENGOMBAK KEMENANGAN TELOK KEMANG" 22 Mei 2011/Ahad Kg Telok Pelandok, Pasir Panjang (DUN Linggi) 8.30 malam Penceramah utama: Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) YB Rodziah Ismail (Exco Selangor/Adun Batu Tiga) YB Dato' Kamarul Baharin Abbas (Ahli Parlimen Telok Kemang) Shamsul Iskandar Akin (Ketua AMK Pusat) Hotline: 017-240 6627 (Zulkifly)
NURUL IZZAH BERSAMA WANITA KEADILAN KUALA PILAH 27 Mei 2011 /Jumaat Dioh, Kuala Pilah 8.30 malam
PROGRAM BERSAMA PEMIMPIN DI DUN AMPANGAN 28 Mei 2011/Sabtu 5.00 petang Pejabat ADUN Ampangan, Jalan Seremban-Kuala Pilah, Jemputan utama: YB Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) YB Zuraidah (Ketua Wanita Pusat) YB Dato Kamarul Baharin Abbas (Pengerusi PKR Negeri Sembilan) YB Rashid Latiff (Adun Ampangan)
Petang ini , Selasa 10 Mei 2011, YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, bersama rombongannya bertemu rakyat di Kedai Makan Pak Lah di Kampung Parit Samsu Muar. Beginilah di antara aktiviti YB bertemu masyarakat secara santai tetapi berkesan. Sebagai 'YB Yang Berkhidmat" seperti kata seorang penduduk yang ditemui dan bukan 'YB Yang Berhormat' inilah di antara tugas beliau bertemu rakyat untuk bertanya khabar dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Ada kalanya waktu begini disertakan dengan Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma.
Pertemuan secara santai ini dapat merapatkan hubungan di antara Wakil Rakyat dan masyarakat. Penerimaan masyrakat sangat baik.
InsyaAllah program ini akan berterusan dari semasa ke semasa, pagi atau petang.
Selamat datang ke Kedai Makan Pak Lah di Parit Samsu,
Jalan Temenggong Ahmad, Muar.
Mee bandong, Bakso, makanan ala Thai dan macam-macam lagi....
Dewan Pemuda PAS Selangor melihat kenaikan harga gula selepas kenaikan harga minyak di pasaran sebanyak 20 sen sebagai satu lagi kegagalan besar BN mengurus tadbir negara. BN cuba menutup kegagalan mereka membendung kenaikan harga gula dengan mengalih dan mencipta isu lain seperti video seks dan kristian. Justeru Dewan Pemuda PAS Selangor untuk sepakat menolak BN dalam PRU ke 13 kerana terbukti walaupun dengan kuasa di hujung tanduk BN tetap membelakangkan kepentingan rakyat. Slogan hanya tinggal slogan tetapi tauke dan kroni tetap diutamakan. Alasan untuk mengurangkan subsidi kerajaan dan digunakan untuk pembangunan lain hanyalah menyerlahkan sikap berlepas tangan dan mungkin BN sudah tak cukup duit maka rakyat dipaksa menanggungnya. Dewan Pemuda PAs Selangor juga menuntut supaya menteri berkenaan meletak jawatan.
HASBULLAH MOHD RIDZWAN Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
*Ucapan sulong selaku Pengerusi DUN Jabi di Mesyuarat MTD Jabi kali pertama sesi 2011/2013
Memikul amanah bersama Tuan Guru Hj Mohammad Awang Teh selaku Timbalan Pengerusi DUN.
Alhamdulillah, syukurkepada Allah RabbulJalil, denganizindanhidayahnyakitadapatmengadakanmesyuarat MTD untuk kali yang pertamabagisesi 2011/2013, sesiuntukberdepandengan PRU 13.Tahniah besertatakziahkepadasemuasahabat-sahabat yang dipilihmenerajuicawangan-cawanganbagisesi 2011/2013. Tahniahdantakziahjugakepadasahabat-sahabat yang dipertanggungjawabkanmenerajuiurusanpemudadanmuslimatdanselamatmemikulamanahdiucapkankepadasahabat-sahabat yang terpilihmendudukijawatankuasakerja PAS Kawasan. Tahniah kerana dengan jawatan yang ada, kita berpeluang untuk membuat kebaikan. Takziah atas beratnya amanah yang dipikul dan persoalan yang akan kita tanggung di hadapan Allah nanti.
Jawatandalam Islam adalahtanggungjawabdanbukanpenghormatan.Takliflaatasyrif.Bermakna, kitapilihseseorangataukitadipilihadalahuntukmemainkanperanansesuaidengantanggungjawab yang diberikandanbukannyapengiktirafanterhadapdirikita.
Sebabitulahdalam PAS disebutsebagaijawatankuasakerja.Jawatankuasakerja PAS Pusat, Jawatankuasakerja PAS Kawasan.Penekanandiberikankepadaperkataan KERJA. Di DUN, MajlisTindakan DUN. Penekanankepadaperkataan TINDAKAN.Denganmaksudfungsikitaadalahuntukbertindaksewajardengantugas yang diamanahkan.Pemilihanatasdasartaklif, atasdasartanggungjawabmengambilkirakerja yang perludilakukandananggotaparti yang dianggap paling mampuuntukmelakukannya, walaupunmungkinbukan yang terbaikdarisegenapsegi.
Ucapankhalifah Abu Bakarketikadilantikjadikhalifahsangatsesuaijadipanduankita."Sayabukanlah yang terbaikdikalangankamu, tapisaya yang paling beratpikulamanah, kalausayabetulbantulahsaya, kalausayasilapbantulahdenganmemperbetulkankesilapansaya."KhalifahUmar pun ulangucapan yang sama, "kalausayabetul, bantulahsaya, kalausayasalah, perbetulkanlahsaya." Bangunseorangrakyatdiahak'bekeng'. "WahaiUmar, kalaukamusalah, akuakanbetulkamudenganpedangni." Umarkata, "Alhamdulillah sebabadadikalanganrakyataku yang sedia memperbetulkanakudenganpedang."
Kita mensasarkanuntuksesini, gerakkerjakitatumpudenganserampang 2 mata. Kedalamdankeluar.Tumpuankedalamterutamanyauntukmengaktifkancawangan, pengukuhanorganisasi, memperkasakantarbiyah, daftarkeahliandandaftarpemilihdandanapilihanraya. Dengantugas, yang banyakbelumselesai, masakitasudahsangatsuntuk, kitaakanpanggildewanharianbermesyuaratseminggusekali, cawangan-cawanganperlumesyuarat paling kurangsebulansekalisebelummesyuaratbulanan DUN. Laporandalammesyuarat, bukansetakatlaporanlujnahtapi yang lebihpentinglaporandarisetiapcawangan.
Gerakkerjakeluarmaknanyakitakeluaruntukberbaktikepadamasyarakatterutamanyaaspekkebajikan, BadanKebajikandanKhairatKematian Dun kitaakanaktifkansemaksimunmungkin. Gerakkerjasebaran, penerangandantarikorangmaribersamakita.
MTD jugabukansetakatpelaksanaarahannegeridankawasan, tapikitaperlurancang program kitasendiridanbagisetiap program DUN, disinilahtempatuntukkitabincangdanambilkeputusan. Keputusan dari hasil perbincangan adalah yang terbaik. Tidak timbul soal kerja sendiri-sendiri. 'Long ranger' kerana jemaah adalah hak kita bersama dan yang kita perjuangkan adalah agama Allah. Pemimpin dalam melangkah perlu menoleh ke belakang sekali-sekala. Jangan terlalu laju sehingga orang lain ketinggalan jauh di belakang dan jangan terlalu perlahan sehingga terpijak kaki.
Marilah kita mulakan mesyuarat dengan keberkatan daripada Allah...
DEWAN PEMUDA PAS MIRI BERSEDIA BERBINCANG DENGAN YB DAUD UNTUK MENYUBURKAN DAKWAH DI MIRI Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri (DPPKM) bersedia mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk YB Daud demi untuk kepentingan dakwah Islam, khususnya di Miri. DPP Miri melihat kerajaan negeri perlu membuat perubahan drastik dengan memberi perhatian serius ke atas perkembangan agama lslam di Sarawak dalam konteks yang lebih luas bukan hanya berasaskan sentimen politik sempit semata-mata, tetapi perlu dilihat secara telus tanpa ada sebarang unsur prejudis. Hasrat ini dinyatakan oleh Ketua Pemuda PAS Miri, Saudara Wan Husni berhubung kenyataan YB Daud dalam akhbar Borneo Post baru-baru ini. Menurutnya lagi, Sarawak merupakan sebuah negeri yang mempunyai sempadan geografi yang sangat luas dan Islam adalah kelompok minoriti di negeri ini. DPP Miri merasakan masjid dan surau adalah antara medium yang paling sesuai untuk memperkasakan lagi agenda dakwah. Fenomena ini perlu diberi perhatian serta fungsi masjid dan surau mestilah diperluaskan untuk kepentingan masyarakat. Kita melihat realiti yang berlaku dimana fungsi masjid dan surau pada hari ini diperkecilkan dengan hanya menumpukan soal ibadat ritual semata-mata. Ada sesetengah masjid begitu usang dan uzur tanpa ada pengimarahan dan program yang dilaksanakan. Sepatutnya masjid dan surau ini menjadi pusat kegiatan masyarakat, contohnya dalam menguruskan soal poliItik, ekonomi, masyarakat dan sebagainya. Selain itu juga majlis ilmu perlulah dihidupkan secara berterusan bukan hanya bermusim, maka DPP Miri bersedia untuk membantu dalam sudut tenaga, masa dan idea yang diperlukan dan bersedia merangka dan menyusun program yang bersesuaian kepada masyarakat. Selain itu juga DPP Miri menggesa pentadbiran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) diperkemaskan. Kita sering mendengar keluhan masyarakat berkaitan isu tenaga-tenaga JAIS yang sangat terhad dan menyukarkan untuk merangka dan memantau program-program agama yang dilaksanakan. Program susulan kepada saudara baru perlu disusun dan dipantau secara sistematik dan berkesan serta dilaksanakan secara berterusan. Kita tidak mahu hanya menjalankan tanggungjawab seperti 'melepaskan batuk ditangga' sahaja tanpa ada ada sebarang tindakan dan pantauan. Institusi pendidikan agama seperti SMKA, SRA juga perlulah diperbanyakkan khususnya di Miri. Sebenarnya permintaan masyarakat sangat menggalakkan dan rakyat merasakan ini adalah satu keperluan asas dalam membentuk masyarakat yang rabbani dan taat kepada Allah. Masalah sosial yang begitu kritikal berlaku pada masa kini tanpa ada jalan penyelesaian, maka DPP Miri merasakan langkah ini sebagai usaha untuk membendung masalah yang terus berleluasa ini. Justeru DPP Miri mengharapkan hasrat dan pandangan kami ini diteliti serta diberi perhatian oleh mana-mana pihak yang terlibat. DPP Miri bersedia pada bila-bila pada masa untuk bertemu dan berbincang dengan sesiapa sahaja untuk kepentingan ummah khususnya di Miri. Ketua Pemuda PAS Miri Wan Husni Wan Osman
PAS MIRI YOUTH READY TO DISCUSS WITH YB DAUD TO DENOTE THE PREACHING OF ISLAM (DAKWAH) IN MIRI The PAS Miri Youth (DPP) prepared for a discussion with any party, including the YB Datuk Daud for the sake of preaching Islam, especially in Miri. Miri DPP view at the state government should make drastic changes to give serious attention to the development of the Islamic religion in Sarawak in a broader perspective not only narrow-based political sentiment alone, but must be viewed in a transparent manner with no element of prejudice. This desire expressed by PAS Miri Youth chief Wan Husni in respect of YB Daud comment in the Borneo Post newspaper recently. According to him, Sarawak is a state that has a very wide geographical boundary, and Islam is a minority group in this country. DPP Miri feels mosques and prayer places are the most appropriate medium to empower the missionary agenda. This phenomenon should be considered as well as the function of mosques and prayer places must be extended to the public interest. We see the reality that occurs in which the function of mosques and prayer places on this day diminished to only focus on the question of worship merely ritual. Some mosques are so old and in poor condition without prosperity and programs. Mosques and prayer places is supposed to be a community centre, for example in dealing with the political issues, economy, society and so forth. In addition the council must be switched on knowledge continuously and not only seasonal, the DPP Miri willing to help with the energy, time and ideas are needed and willing to plan and develop appropriate programs to the community. DPP also urged the administration of Sarawak Islamic Religious Department (JAIS) to restructure. We often hear complaints from the public on issues of workforce of JAIS are very limited and difficult to plan and oversee religious programs implemented. Converted Muslim program must be followed up and to be compiled and monitored in a systematic and effective and ongoing. We do not want just carry the responsibility as "coughing at the stair' only without any action and monitoring. Religious educational institutions such as SMKA, SRA has to be improved, especially in Miri. In fact the demands of society is very encouraging and the people feel this is a basic requirement in shaping society Cherisher and obedient to God. Social problems that are so critical in the current situation without any solution, and then the DPP Miri feels this move as an effort to curb the further spread of this problem. Thus, DPP Miri hopes and aspirations that they view is examined and given attention by any of the relevant parties involved. DPP Miri is ready at any time to meet and talk with anyone for the sake of the nation, especially in Miri. PAS Miri Youth Chief Wan Husni
Komen : bacalah antaranya banyak fakta benar yang membuatkan Menteri Dalam Negeri kantoi dalam KPInya. Sampai ada cadangkan Hisahm ini ditukar ke Kementerian Belia & Sukan yang sesuai dengannya. Semuanya luahan dari blogger BN/UMNO yang meluat dengan tindak-tanduknya.
Seterusnya baca di sini :-
Bila UMNO Sembrong nak SINGKIR Hisham?! 1. Memula hunus keris, pastu sarung semula sambil minta maaf.
2. Pastu nangis depan polis dan banduan.
3. Lepas nangis bagi amaran pulak sambil sengih dan goyang kaki.
4. Ingatkan lulusan undang-undang hebatlah pegang KDN, tapi rupa-rupanya...Gallus gallus domesticus!
5. Meh kita recall apa kes yang menyebabkan umat Melayu di Malaysia ni meluat sangat dengan Hisham.
i. Ong Tee Keat (mantan Presiden MCA) & Yong Khoon Seng (Naib Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang pernah menuntut agar biasiswa JPA diberikan berdasarkan merit dan bukannya berdasarkan kuota Bumiputra yang sedia termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. - TIADA TINDAKAN.
ii. Namawee yang jelas mengutuk wanita Islam bertudung, menghina azan, menghina Raja-Raja Melayu, menghalau Melayu balik ke hutan dan hidup macam sakai. - TIADA TINDAKAN.
iii. Surind Thambi yang pernah menghina Islam dalam blognya. - TIADA TINDAKAN.
iv. Wee Ka Siong yang mempersoalkan kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan. - TIADA TINDAKAN.
v. Chua Soi Lek Kong Kek Khuat yang menuntut kuota perniagaan Melayu dikurangkan serta menghina Islam secara tersirat dalam kenyataannya sebelum ini. - TIADA TINDAKAN.
vi- Majlis Peguam Malaysia yang jelas menghina Islam sebagai Agama Persekutuan dengan menganjurkan Forum Memeluk Islam serta memperlekehkan peranan Mahkamah Syariah di Malaysia. - TIADA TINDAKAN.
vii. Teresa Kok yang meminta Azan diperlahankan, serta menggantikan tulisan Jawi kepada tulisan berbahasa Cina. - TIADA TINDAKAN.
viii. Lau Bee Lan dan Pakiam terhadap percubaan mempersenda umat Islam serta Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dalam kes tuntutan penggunaan kalimah "Allah" dalam Injil. - BACUL TINDAKAN.
viiii. DAP Komunis yang jelas memperlekehkan Islam, Melayu & Raja Melayu di negara ini. - TIADA TINDAKAN.
x. Akhbar-akhbar berbahasa Cina yang sering menerbitkan kenyataan berbau perkauman yang paling dahsyat dalam sejarah Ketamadunan Malaysia. - TIADA TINDAKAN.
xi. Masjid di Temiang, Seremban di simbah cat, surau diletakkan kepala babi, tapi pembakar gereja jugak yang ditangkap. - DAYUS TINDAKAN.
xii. Dua orang guru Melayu di Penang dan Johor dikenakan tindakan tatatertib oleh Kementerian Pelajaran, kononnya mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan. Tapi Cinapex DAP, MCA, GERAKAN serta Pariah Majlis Peguam boleh bebas bercakap sesuka hati menghina Melayu dan Islam. - BACUL TINDAKAN.
xiii. Bible dalam bahasa Melayu menggunakan perkataan "Allah" yang jelas bertentangan dengan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1998, telah dilepaskan KDN kepada awam. - DAYUS TINDAKAN.
xiv. Terbaru, tuntutan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia? Bab ni kami akan ulas lanjut di artikel akan datang.
6. Hisham...kau tak rasa ke yang kau telah memalukan keturunan Onn? UMNO Sri Tambak, Sembrong memang sayang sangat ke dengan Hisham? UMNO Sembrong ni paloi ke apa?
7. Eloklah Najib pertimbangkan dengan serius...se..serius..seriusnya menukar portfolio sepupu kesayangan tu ke kementerian baru iaitu Kementerian Permata bagi menjaga kepentingan sepupu ipar dia, Rosmah.
8. Yolah, sementelah si Hisham ni kuat nangis dan cembeng, dok Kementerian Permata tu eloklah sangat.
9. Tarikh 13 Mei 2011 dah makin hampir ni Hisham. Kau nak biar sejarah berulang ke?
10. Siapa yang untung kalau 13 Mei berulang kembali? Bukan Bro Anwarkutti dan sekutu yahudi dia ke?
11. Kalau tak nak Malaysia jadi macam Iraq, cegahlah sebelum parah!
PKR hari ini mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan bahawa Umno cuba mendapatkan kerakyatan Malaysia untuk tidak kurang 2,000 penghuni tetap di Hulu Selangor bagi mengukuhkan sokongan undi mereka pada pilihan raya akan datang.
Timbalan pengerusi PKR selangor, Zuraida Kamaruddin pada sidang media hari ini menunjukkan kepada wartawan surat yang didakwa bukti Umno menyalahgunakan proses kerajaan.
Surat bertarikh 23 Mac dari ketua Umno bahagian Hulu Selangor Mohamed Idris Abu Bakar dialamatkan kepada Menteri Dalam Negeri dan naib presiden parti itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
"Dengan sukacita kami memaklumkan telah mengenalpasti dan mengesahkan memperolehi senarai individu-individu bakal pengundi (PR) yang boleh membantu kemenangan BN dalam kawasan parlimen Hulu Selangor untuk pilihan raya ke-13," petik surat berkenaan.
Mereka adalah daripada kalangan para pelajar, usahawan tulen dan yang berkerjaya, di mana mereka ini boleh sama-sama membangunkan negara ke arah yang lebih maju dan progresif di samping akan memenangkan BN bagi setiap pilihan raya, khususnya semasa plihan raya umum yang ke-13.
"Dengan ini, diharapkan Datuk Seri dapat memberi kelulusan awal (minit kelulusan) supaya pihak kami dapat menguruskan permohonan ini dengan lancar dan sempurna," kata Idris dalam suratnya itu.
Surat itu mempunyai logo Umno dan dialatkan ke Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.
Amalan menginfaqkan harta bagi jalan Allah merupakan satu amalan yang amat terpuji di sisi Allah SWT. Sesungguhnya para sahabat R.A sangat bersemangat untuk menginfaqkan harta mereka sebanyak-banyaknya. Di antaranya Abu Bakar As-Siddiq, Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain. Abu Bakar As-Siddiq contohnya menginfaqkan semua hartanya, kerja keras dan waktunya demi kejayaan Islam. Persoalannya mampukah kita melakukan seperti para Sahabat R.A. tadi.
Seandainya kita tidak mampu melaksanakan seperti para sahabat, mungkin kita boleh keluarkan untuk infaq ini sedikit dari harta kita, yang pentingnya ada harta kita itu kita sumbangkan untuk kebaikan orang lain, untuk agama Allah dan lain-lain kebaikan. Yang pentingnya semua infaq itu liLLah.
Ada tiga golongan Manusia dalam Berinfaq :
1- Orang yang berinfaq kerana riyak ( ingin dilihat dan menunjuk kepada orang) dan sum'ah ( ingin didengar bahawa ia seorang dermawan ), maka diakhirat kelak dia tidak akan mendapat pahala dan keuntungan, bahkan dia termasuk orang yang pertama dimasukkan kedalam neraka ..Nauzubillah..
2- Orang berinfaq kerana malu, maka dia akan memperolehi ganjaran dan pahala ..sikap ini menjadi kebiasaan kebanyakan orang
3- Orang yang berinfaq kerana sebuah misi, kerana niat dan keikhlasan, maka golongan ini adalah golongan yang akan memperolehi pahala dan yang betul-betul menjadi hamba Allah.
Jangan lupa dalam rezeki yang Allah SWT anugerahkan kepada kita ada sebahagiannya yang perlu kita infaqkan ..Insha Allah.. SAMA-SAMA KITA BERINFAQ Alhamdulillah kami mewakili Nazir dan ajk Masjid AsSalam mengucapkan syukur pada Allah yang dapat membuka dan menonjolkan ramai peinfaq dan peyumbang kepada Masjid AsSalam dengan tujuan mengimarakkan lagi masjid melalui aktiviti-aktivitinya. Serat terima kasih kepada penyumbang individu atau syarikat serta ngo-ngo. Juga jutaan terima kasih kepada penyumbang tenaga semasa gotog-royong mengemas, memasak, membersih lantai, membasuh pingan mangkuk, membasuh tandas dan banyak lagi tanpa bayaran apa-apa. Mudahan keredhaan Allah saja yang dapat membalas jasa tuan-puan.
SH] MARANG - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jangan terlalu yakin untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR).
Sebaliknya, Penasihat PR itu berkata, Najib tidak patut amalkan 'politik rampas' semata-mata untuk memerintah negara ini.
"Rampas merampas ini mana punya kerja? Ini politik rampas tidak boleh (diamalkan), Perak rampas, Selangor nak rampas, mana boleh macam ini?
"Insya-Allah kami akan tawan Putrajaya dan anda (Najib) akan jadi ketua pembangkang yang baru," katanya pada ceramah perdana isu-isu semasa di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh, di sini, malam kelmarin.
Dalam ucapan di hadapan kira-kira 3,000 orang itu, Anwar meminta rakyat melakukan perubahan dan memilih PR bagi menggantikan UMNO-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
"Kita akan tambah bilangan kerusi Parlimen; di Terengganu kita tambah tiga atau empat kerusi, Pulau Pinang tambah lagi satu, Perak kita boleh tambah tiga kerusi dan di Selangor dua kerusi lagi.
"Di Wilayah Persekutuan kita menang 11 kerusi, kalah satu kerusi di (Parlimen) Setiawangsa. Itu pun sebab undi pos; 14,000 undi pos, paling banyak dalam sejarah. Melihat kepada keputusan pilihan raya Sarawak, kita boleh tambah 10 hingga 11 kerusi lagi (di Sarawak)," katanya.
Anwar berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri dan Pengerusi UMNO Selangor yang menggesa UMNO negeri itu melupakan kekalahan pada PRU 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada PRU-13, yang disifatkannya 'sudah hampir tiba'.
Presiden UMNO itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada PRU akan datang, warga UMNO Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.
Pada 2008, selain Selangor, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Perak, Pulau Pinang dan Kedah dan mengekalkan Kelantan, namun Perak dirampas semula BN setahun kemudian.
Anwar berkata, PR akan mempertahankan setiap kerusi yang dimenangi, walaupun terpaksa berhadapan pelbagai strategi kotor UMNO-BN.
"Kita perlu pertahankan kerusi-kerusi ini. Saya percaya UMNO akan gunakan apa sahaja cara untuk melemahkan kita.
"Mereka (UMNO-BN) kata kita bermimpi (untuk tawan Putrajaya) tapi jangan lupa kita pernah menang di Terengganu, Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan malah di Wilayah Persekutuan juga kita menang. Cukuplah dengan sistem sedia ada, kita perlukan perubahan," katanya.
Bercakap soal Buku Jingga yang dilancarkan PR, Anwar berkata, janji yang terkandung dalam dasar bersama tiga parti itu - PKR, Pas dan DAP - akan dilaksanakan jika PR berjaya menawan Putrajaya.
"Apa yang kita buat dalam Buku Jingga ini adalah buku program yang akan kita laksanakan jika berjaya tawan Putrajaya. Yang penting kita perlu tawan Putrajaya.
"Tawan Putrajaya hari ini, dalam tempoh 24 jam saya akan buat pengumuman, (harga) minyak akan turun, dari Perlis sampai ke Sabah, malah kita akan berikan wang royalti kepada negeri pengeluar minyak sehingga 20 peratus," katanya.
Anwar, yang juga Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, setiap janji PR akan dilaksanakan.
Buku Jingga yang mengandungi dasar kerajaan Pakatan Rakyat dan 10 inisiatif 100 hari pertama pemerintahan diperkenalkan pada konvensyen keduanya di Pulau Pinang Disember lalu.
MIAKBAIT memaparkan cerita seorang yahudi yang telah memeluk Islam ini.Cerita beliau boleh dijadikan panduan untuk kita bahawa Islam bukan hanya milik bangsa Arab,Melayu bahkan ia milik segala bangsa umat manusia di muka bumi Allah ini.Bacalah kisah beliau ini dan pandangan beliau setelah memeluk Islam.
"Pada tahun 1998, Joseph Cohen seorang Yahudi Ortodoks kelahiran AS berhijrah ke Israel kerana keyakinannya yang sangat kuat pada ajaran Yahudi. Dia kemudian tinggal di kawasan penempatan Yahudi Gush Qatif di Gaza (Israel berundur dari wilayah Jalur Gaza pada tahun 2005).
Cohen tak pernah menyangka bahawa perpindahannya ke Israel akan membawanya pada cahaya Islam. Setelah tiga tahun menetap di Gaza, Cohen memutuskan untuk menjadi seorang Muslim setelah dia bertemu dengan seorang syeikh berasal dai UAE dan berbincang tentang teologi dengan syeikh tersebut melalui internet. Setelah masuk Islam, Cohen menggantikan namanya dengan nama Islam Yousef al-Khattab.
Gush Qatif
Tak lama setelah dia mengucapkan syahadat, isteri dan empat anak Yousef mengikuti jejaknya menjadi Muslim. Sekarang, Yousef al-Khattab aktif berdakwah di kalangan orang-orang Yahudi, meskipun dia sendiri tidak diakui lagi oleh keluarganya yang tidak suka melihatnya masuk Islam.
"Saya sudah tidak berhubung lagi dengan keluarga saya. Kita tidak boleh memutuskan hubungan kekeluargaan, tapi pihak keluarga saya adalah Yahudi dengan identiti yahudi yang amat kuat. Kami tidak mempunyai pilihan lain, selain memutuskan hubungan untuk masa terdekat ini. Kata-kata terakhir yang mereka lontarkan pada saya, mereka mengatakan saya barbarian," kata Yousef tentang hubungan dengan keluarganya sekarang.
Dia mengakui, berdakwah tentang Islam di kalangan orang-orang Yahudi bukan pekerjaan yang mudah. Menurutnya, langkah pertama yang harus dilakukan dalam mengenalkan Islam adalah, bahawa hanya ada satu manhaj dalam Islam iaitu manhaj yang dibawa oleh Rasululullah saw yang kemudian diteruskan oleh para sahabat-sahabat dan penerusnya hingga sekarang.
"Cara yang paling baik untuk membuktikan bahawa Islam adalah agama untuk semua umat manusia adalah dengan memberikan penjelasan berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan yang membezakan antara umat manusia adalah ketaqwaannya pada Allah semata mata," ujar Yousef.
"Islam bukan agama perkauman yang membezakan warna kulit dan bangsa. Kita punya bukti-bukti yang sangat kuat, firman Allah dan kata kata Rasulullah saw. Kita berjuang bukan untuk membenci kaum kafir. Kita berjuang hanya demi Allah semata mata, untuk melawan mereka yang ingin membunuh kita, yang menjajah tanah air kita, yang menyebarkan kemungkaran dan menyebarkan ideologi Barat di negara kita, misalnya ideologi demokrasi," sambung Yousef.
Dia mengatakan bahawa dasar ajaran agama Yahudi sangat berbeza dengan Islam. Perbezaan utamanya dalam masalah tauhid. Agama Yahudi, kata Yousef percaya pada perantara dan perantara mereka adalah para rabbi. Orang-orang Yahudi berdoa melalui perantaraan rabbi-rabbi mereka.
"Judaisme adalah kepercayaan yang berasaskan pada manusia. Berbeza dengan Islam, agama yang berasaskan pada al-Quran dan Sunnah. Dan keyakinan pada Islam tidak akan pernah berubah, di semua masjid di seluruh dunia al-Quran yang kita dengarkan adalah al-Quran yang sama," ujar Yousef.
Lebih lanjut dia mengatakan bahwa Jahudisme di sisi lain bersumberkan pada "tradisi oral" misalnya kitab Talmud yang disusun berdasarkan informasi dari mulut ke mulut yang kemudian dibukukan. Para rabbi sendiri, kata Yousef mengakui, mungkin saja banyak hal yang sudah orang lupa sehingga kesahihan kitab tersebut boleh dipersoalkan.
Kitab Taurat
Yousef memberitahu, kitab Taurat yang diyakini kaum Yahudi sekarang memiliki sebelas versi yang berbeza dan naskah-naskah Taurat itu bukan lagi naskah asli. "Alhamdulillah, Allah memberikan rahmat pada kita semua dengan agama yang mudah, di mana banyak orang yang mampu menghafal al-Quran dari generasi ke generasi. Allah memberkati kita semua dengan al-Quran," tegas Yousef. Meskipun demikian, dia percaya dialog adalah cara terbaik dalam berdakwah terutama di kalangan Yahudi.
Ditanya tentang kelompok-kelompok Yahudi yang mendakwa anti-Zionis. Yousef menjawab bahawa secara peribadi mahupun dari segi keagamaan, dia tidak percaya dengan Yahudi-Yahudi yang mendakwa anti-Zionis. "Dari sejarahnya saja, mereka adalah orang-orang yang selalu melanggar kesepakatan. Mereka membunuh para nabi, oleh sebab itu saya tidak pernah percaya pada mereka, meskipun Islam selalu menunjukkan sikap yang baik pada mereka," paparnya.
Yousef menegaskan bahawa pernyataannya itu bukan untuk membela orang-orang Palestin ataupun atas nama seorang Muslim. Pernyataan itu merupakan pendapat peribadinya. "Allah Maha Tahu," tegasnya.
Sebagai orang yang pernah tinggal di kawasan penempatan Yahudi di wilayah Palestin, Yousef mengakui adanya diskriminasi yang dilakukan pemerintah Israel terhadap Muslim Palestin. Yousef sendiri pernah dipukul oleh askar-askar Israel meskipun tidak seburuk perlakuan askar-askar Zionis itu kepada warga Palestin.
"Saya masih beruntung, penderitaan yang saya alami tidak seberat penderitaan saudara-saudara kita di Afghanistan yang berada dibawah penjajahan AS atau saudara-saudara kita yang berada di kem penjara AS di Kuba (Guantanamo)," katanya dengan rasa syukur.
Allah memberikan hidayah pada umatnya, kadang-kadang dengan cara yang tak terduga. Seperti yang dialami Cohen atau Yousef yang terus masuk Islam setelah berpindah ke wilayah pendudukan Israel di Gaza. oleh...zharifjenn
LEPAS NAIKKAN HARGA PETROL RON 97 , KINI HARGA GULA NAIK 20 SEN. APA ERTI INI? ISU KRISTIAN HANYA MODAL UNTUK MENUTUP MATA RAKYAT ELAKKAN RAKYAT SEDAR & MELIHAT KENAIKAN HARGA BARANG DAN MINYAK YANG MEMBEBANKAN RAKYAT.
CARI MODAL UNTUK BELANJA RAKYAT ? NAK LAYAN PERASAAN GAJI KAKITANGAN AWAM YANG DISARANKAN CUEPACS SEBANYAK 15%? KITA BOLEH LIHAT ADA KENAIKAN APA LAGI SELEPAS INI ? YB ANAK MAHATHIR BERPENDAPAT PRU13 SEBOLEHNYA JANGANLAN MASA YANG TERDEKAT INI, BEGITU JUGA DENGAN PENDAPAT AYAHNYA TUN MAHATHIR YANG MENYATAKAN BN SANGAT LEMAH SEKARANG DAN BELUM LAYAK UNTUK PRU13 TAMBAHAN LAGI RAMAI PEMIMPIN BN BERMASALAH DENGAN DISIPLIN DAN RASUAH. PADA TEMAN NAJIB PUNYA KEKUATAN PADA RM, BELIAU SANGGUP BERBELANJA BESAR UNTUK 'DEMI UNTUK RAKYAT'.PUNCA WANG TIDAK BELIAU PEDULI. BAKAT BERBELANJA BESAR DAN KASAR TERSERLAH SEMASA BELIAU DILANTIK SEBAGAI MENTERI BESAR PAHANG TERMUDA DALAM SEJARAH.
Harga gula naik 20 sen
Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei).
Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.
azlan"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.
ALASAN BN YANG MEMUALKAN RAKYAT MALAYSIA : Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.
Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).
Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.
Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1.
Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu.
Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah "agama rasmi" negara, kata peguam Syahredzan Johan ketika kontroversi tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.
Akhbar milik Umno itu dan beberapa kumpulan Melayu-Muslim termasuk pemimpin-pemimpin Umno sendiri menekankan pandangan bahawa undang-undang tertinggi negara mengisytiharkan Islam sebagai agama "rasmi" dan hanya Muslim boleh menjadi perdana menteri.
Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai "tanggapan salah yang bahaya", yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial.
"Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.
"Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.
Beliau merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa "agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan" dan menekankan bahawa perkataan "rasmi" tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian.
Syahredzan berkata, seksyen dalam Perlembagaan mesti ditafsir bersama Artikel 11, di mana setiap orang ada hak untuk mengamalkan agama masing-masing dan tertakluk kepada Klausa (4) yang mana berkaitan dengan Islam - untuk menyebarluaskannya.
"Kita kena faham terminologi yang betul untuk digunakan apabila kita bercakap apa sahaja berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan," kata beliau.
Beliau menambah, "setiap orang, daripada kalangan menteri sehinggalah NGO, malah sehingga blogger mengatakan macam-macam, yang menunjukkan mereka tidak tahu apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan."
KUALA LUMPUR, 10 Mei: Dengan pengalaman 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) sebenarnya tahu betapa perlu dan pentingnya keamanan, keharmonian dan perpaduan kaum di negara Malaysia tercinta ini dipelihara dan berupaya menjadi seorang penasihat yang baik untuk negara.
"Berbekalkan pengalaman tersebut, sepatutnya Tun Mahathir dapat menjadi sebarang penasihat yang baik untuk negara dalam memelihara keamanan dan perpaduan kaum yang menjadi sumber asas kekuatan negara selama ini," kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri).
Namun, kata beliau, adalah amat dikesali mantan perdana menteri telah memilih untuk tidak membantu sebagai penasihat baik untuk kerajaan, sebaliknya sentiasa menjadi masalah kepada kepimpinan negara.
"Contohnya, dalam kes Tun Abdulah Ahmad Badawi, Tun Mahathir yang melantik beliau sebagai Perdana Menteri. Tiba-tibalah, beliau jugalah yang mengkritik, merungut dan menekan dengan pelbagai bahasa yang kesat.
"Beliau gagal membantu kerana ada sesuatu perasaan halus dalam hati beliau yang tersimpan kukuh," ulas Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Kini, tambahnya, adalah amat sedih Mahathir terjebak dengan agenda menyemarakkan api perkauman dan agama semata-mata cuba mengekalkan kuasa Umno dan parti perkauman komponen parti Barisan Nasional yang semakin ditolak oleh rakyat.
"Apa tujuan beliau memainkan sentimen perkauman yang beliau sendiri tahu kesannya bilamana ianya gagal dikawal?
"Apakah semata-mata kerana untuk mengekalkan kuasa Umno dan parti perkauman yang semakin ditolak oleh rakyat, beliau terus menaruh harapan pada elemen perkauman sebagai agenda utama pada setiap kali pilihanraya?" soal Tuan Ibrahim.
Melihat sikap Mahathir yang kini semakin tidak bertindak sebagai seorang bekas perdana menteri yang sepatutnya, Tuan Ibrahim merenung apakah hasrat Mahathir untuk negara Malaysia dengan permainannya kini.
"Saya terkadang berfikir sendiri ke mana Tun Mahathir nak bawa negara kita ini.
"Betul, beliau seorang ahli umno dan bekas pimpinan lama, namun jikalau beliau bukan bekas perdana menteri, tak kisahlah sangat, tetapi segala tindakan beliau benar-benar meluahkan rasa kecewa kerana 'sepatutnya' beliau kena bertindak seperti beliau masih PM (dalam menjaga perpaduan kaum)," kata Tuan Ibrahim.
Parti Islam Se-Malaysia menganggap Tun Dr Mahathir semakin merapu, kerana mendakwa PAS alat DAP, ketika beliau merasmikan Mesyuarat Agung Umno Cheras. Tun Mahathir mendakwa kewujudan PAS menyebabkan orang Melayu berpecah. PAS hendak tanya balik kepada Tun Dr Mahathir kenapa Umno diwujudkan pada tahun 1946, sedangkan sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) 1945 yang mewakili orang Melayu. Menunjukkan Umno juga parti yang ditubuhkan untuk memecah belah orang Melayu atas restu penjajah, buktinya kenapa Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Darurat 1948 sehingga semua parti yang tidak sealiran diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin. PAS alat DAP adalah modal lapok Umno ketika orang Melayu menolak Umno dan cuba untuk menutup kelemahan Umno yang menjadi kuda tunggangan MCA, Gerakan dan MIC. Siapa yang bagi kerusi majoriti Melayu kepada MCA, MIC dan Gerakan.? Apa bukti PAS alat DAP?. PAS boleh buktikan pengkhianatan Umno kepada Melayu atas nama Melayu terutama di zaman beliau memerintah negara selama 22 tahun. Tahun 1990 seramai 80 penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang tinggal di tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort. 300 ekar tanah rezab Melayu di Pulau Redang Terengganu dijual kepada Vicent Tan.
Nampaknya Tun Dr Mahathir masih cuba untuk membodohkan rakyat kononnya ulama' yang berada di dalam Umno menubuh PAS, kerana tidak mendapat tempat kerana tidak pandai berbahasa Arab. Faktanya ialah ulama' keluar untuk menubuhkan PAS kerana teguran ulamak mengenai judi tidak diperdulikan, maka ulamak merasakan perlu ada jamaah yang bebas daripada Umno supaya Islam terpelihara. Dulu Tun menipu rakyat mengatakan PAS ditubuhkan restu penjajah, hakikatnya Umno ditubuhkan atas restu penjajah. PAS ingin mengingatkan kepada Tun Mahathir tidak boleh tipu orang dalam setiap masa, insyaAllah PAS akan membetulkan fakta yang ditipu oleh Tun supaya rakyat tahu siapa pengkhianat Melayu dan Islam.
PAS merasa geli hati apabila Tun memuji perjuangan PAS zaman Dr Burhanudin Helmi dan Datuk Asri, kerana perjuangan mereka betul. Bukankah beliau orang yang bertanggungjawab sehingga PAS ditendang daripada BN, ketika krisis politik di Kelantan. Beliaulah orang yang diamanahkan oleh Umno untuk menyelesaikan kemelut tersebut, akhirnya PAS ditendang kerana menentang undang-undang darurat di Parlimen. Bukankah waktu itu PAS dipimpin oleh Datuk Asri Muda? Kenapa sekarang baru memuji Datuk Asri?
Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah kali pertama bagi sesi 2011-2013 yang diadakan semalam telah membentuk Kabinet baru DPPNK seperti berikut :-
Bil
Nama
Jawatan
1
Ust. Ahmad bin Yahya
Ketua Pemuda
Pengerusi Lajnah Politik dan Organisasi
2
Hj Muhammad Sanusi bin Md Nor
Timbalan Ketua
Pengerusi Lajnah Penyelidikan dan Isu semasa
3
YB Ahmad Izzat bin Hj Shauki
Naib Ketua
Pengerusi Lajnah Tarbiyyah dan latihan Kepimpinan
4
Ust. Mohd Rosli bin Azmi
Setiausaha
5
Mohd Noor Rahimin bin Abd Rahim
Penolong Setiausaha
Dilantik
6
Hj Yusrin Zakri bin Adnan
Bendahari
Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan
7
Yb Nasir bin Zakaria
Ketua Penerangan
Pengerusi Lajnah Penerangan , Dakwah dan Media baru
8
Mohd Helmi bin Abd wahab
Pengarah Jabatan Pilihanraya
Dilantik
9
Ust. Mohamad bin Ismail
PengerusiJabatan Pendidikan
10
Ust. Hj Mohd Azam bin Abd Samat
Pengarah Jabatan PASTI
11
Ust. Salim bin Mahmud
Pengarah Jabatan Pembangunan Mahsaiswa
12
Ust. Saiful Syazwan bin Shafie
Pengerusi Lajnah Sukan, Kebudayaan dan Rekreasi
13
Mohd Helmi bin Khalid
Pengerusi Lajnah Perhubungan Awam dan Media
14
Ust. Mohd Yusuf bin Awang
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan
15
Nasri bin Muarat
Pengerusi Kelab Profesional Muda
16
Ust Zelani bin Nik Chik
Pengarah Jabatan Amal
Dilantik
17
Fakhrudrizal bin Mokhtar
Pengerusi Sukarelawan Pemuda
Dilantik
18
Zulkifli bin Zainuddin
Pengerusi Lajnah Perpaduan nasional
Dilantik
19
Ust Ahmad Najhie bin Hayazi
Pengerusi Jabatan Pembangunan Remaja
Dilantik
20
Ust. Farid bin Hj Din
Ahli Jawatankuasa
Dilantik
21
Rizal bin Md Nor
Ahli Jawatankuasa
Dilantik
22
Izwan bin Abdul Halim
Ahli Jawatankuasa
Dilantik
23
Abd Aziz bin Hatt
Ahli Jawatankuasa
Dilantik
24
Akasyah bin Azinan
Ahli Jawatankuasa
Dilantik
25
Faizal bin Musa
Ahli Jawatankuasa
Dilantik
You are subscribed to email updates from DPPN KEDAH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dewan Pemuda PAS Selangor melihat kenaikan harga gula selepas kenaikan harga minyak di pasaran sebanyak 20 sen sebagai satu lagi kegagalan besar BN mengurus tadbir negara. BN cuba menutup kegagalan mereka membendung kenaikan harga gula dengan mengalih dan mencipta isu lain seperti video seks dan kristian. Justeru Dewan Pemuda PAS Selangor untuk sepakat menolak BN dalam PRU ke 13 kerana terbukti walaupun dengan kuasa di hujung tanduk BN tetap membelakangkan kepentingan rakyat. Slogan hanya tinggal slogan tetapi tauke dan kroni tetap diutamakan. Alasan untuk mengurangkan subsidi kerajaan dan digunakan untuk pembangunan lain hanyalah menyerlahkan sikap berlepas tangan dan mungkin BN sudah tak cukup duit maka rakyat dipaksa menanggungnya. Dewan Pemuda PAs Selangor juga menuntut supaya menteri berkenaan meletak jawatan.
HASBULLAH MOHD RIDZWAN Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
PETALING JAYA: KEADILAN hari ini mendedahkan senjata kotor Umno bagi mengukuhkan undi dengan memberikan kerakyatan kepada 2000 pengundi baru warga Indonesia.
Timbalan pengerusi KEADILAN selangor, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya mendapat maklumat itu berdasarkan surat yang ditulis Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Idris Abu Bakar kepada Menteri Dalam negeri, Datuk Seri HIshamuddin tun Hussien.
"Dalam surat itu, Idris memohon kelulusan untuk mendapatkan warganegara Malaysia (PR) bagi kawasan Parlimen Hulu Selangor. Berdasarkan senarai nama yang disertakan dalam surat itu seramai 2000 orang telah dipilih," kata Zuraida ketika sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Zuraida menyifatkan tindakan terbaru itu menunjukkan Umno khususnya di Selangor terlalu terdesak untuk merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang.
Menurut beliau, nama-nama yang sudah dikenal pasti itu dengan jelas dinyatakan dalam surat tersebut sebagai bakal pengundi yang boleh membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
"Idris dengan jelas menyatakan individu-individu yang dipilih seramai 2000 orang itu akan membantu kemenangan PRU ke-13 nanti.
"Menurut surat itu, mereka telah menjalankan ujian saringan terhadap 2000 warga Indonesia itu bebas daripada kesalahan jenayah, dadah dan ideologi yang berbahaya serta terpesong. Mereka semua adalah daripada kalangan pelajar, usahawan tulen dan berkerjaya.
"Idris meminta supaya Hishamuddin memberi kelulusan awal (minit kelulusan) supaya pihaknya dapat menguruskan permohonan dengan lancar dan sempurna," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Ampang.
Sementara itu, Zuraida turut menegaskan bahawa KEADILAN akan membuat laporan polis berkenaan jenayah dan dan salahguna kuasa yang dilakukan Umno itu secepat mungkin.
"Kita akan membuat laporan polis terhadap Hishamuddin dan Idris secepat mungkin. Supaya polis menyiasat perkara ini terutamanya di Hulu Selangor.
"Surat ini kita terima daripada sumber yang menyokong PR pada Jumaat lepas," katanya.- keadilandaily
You are subscribed to email updates from BGM online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
CERAMAH PERDANA 13 Mei 2011/Jumaat 9.00 malam Kg Lambar Batu 11, Labu, Seremban. Penceramah utama: YB Dato' Johari Abdul, YB Yusmadi Yusof, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas Hotline:013-239 2456 (Zulrisyah)
AMK BERSAMA ANAK MUDA 15 Mei 2011/Ahad 8.30 malam Dataran PR Jemapoh, Juasseh, Kuala Pilah. Penceramah utama: Shamsul Iskandar Akin, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas, Nazree Yunos Hotline: 019-266 1213 (Fendi), 013-239 2456 (Zulrisyah)
CERAMAH UMUM "MENGOMBAK KEMENANGAN TELOK KEMANG" 22 Mei 2011/Ahad Kg Telok Pelandok, Pasir Panjang (DUN Linggi) 8.30 malam Penceramah utama: Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) YB Rodziah Ismail (Exco Selangor/Adun Batu Tiga) YB Dato' Kamarul Baharin Abbas (Ahli Parlimen Telok Kemang) Shamsul Iskandar Akin (Ketua AMK Pusat) Hotline: 017-240 6627 (Zulkifly)
NURUL IZZAH BERSAMA WANITA KEADILAN KUALA PILAH 27 Mei 2011 /Jumaat Dioh, Kuala Pilah 8.30 malam
PROGRAM BERSAMA PEMIMPIN DI DUN AMPANGAN 28 Mei 2011/Sabtu 5.00 petang Pejabat ADUN Ampangan, Jalan Seremban-Kuala Pilah, Jemputan utama: YB Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) YB Zuraidah (Ketua Wanita Pusat) YB Dato Kamarul Baharin Abbas (Pengerusi PKR Negeri Sembilan) YB Rashid Latiff (Adun Ampangan)
Selagimana penggunaan Wang Kertas di amalkan, selagi itu amat sukar untuk mengelak dari tertempias dengan debu-debu riba. perkara ini diakui sendiri oleh Nabi Muhammad SAW. Usaha perubahan kepada matawang yang mempunyai nilai pada zat atau ain wang perlu dilakukan; iaitu ke arah mewujudkan mata wang terus kepada emas dan perak, atau dikenali sebagai dinar dan dirham.
Wang kertas menjadi bernilai, apabila ia diiktiraf oleh sesebuah kerajaan. Tetapi, emas dan perak atas nama Dinar dan Dirham tetap bernilai tanpa pengiktirafan kerajaan. Cuma sesuatu negara itu mungkin tidak mengiktirafnya sebagai matawang sahaja.
Kelantan telah melakukan perubahan ini. Ia boleh dianggap sebagai strategi berani dalam usaha mengelakkan diri dari terlibat dengan riba, atau debu-debu riba. Mungkin ada pihak yang menganggap ia sebagai satu perkara yang mustahil, tetapi jika diteliti, ia adalah satu perkara yang tidak mustahil.
Jika dahulu, iaitu diawal kemenangan PAS di Kelantan. Kerajaan Negeri kelantan dibawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah mengambil sikap berani dengan mengeluarkan segala wang kerajaan Negeri dari bank ribawi, lalu dipindahkan kepada bank Islam. Ternyata tindakan itu menjadi tekanan kepada bank ribawi sehingga mereka memasukkan elemen "anti-riba" dalam bank mereka, malahan berkembang di seluruh Malaysia. Keadaan kini pula,Bank Ribawi sendiri sudah semakin memasukkan elemen Islam dalam bank mereka, sehingga unsur ribawi semakin mengecil dalam bank mereka.
Jika usaha ini dilihat semakin berjaya, waima ia bermula dari tahun 1990. Jadi, ia tidak mustahil jika tindakan memulakan usaha mewujudkan dinar dan dirham di Negeri Kelantan dilakukan. Permulaan mungkin ia tidak dianggap sebagai matawang, tetapi apabila penggunaannya semakin berleluasa, tidak mustahil pihak bank terpaksa mengiktiraf penggunaan ini.
Jika ini berjaya, sebenarnya ia telah menjadi satu usaha yang berkesan dalam mengugat kekuatan amerika yang menjadi bapa monopoli wang dunia, seterusnya menindas negara umat Islam yang kita dapat lihat berlaku pada hari ini.
KUALA LUMPUR: Dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene didedah kerajaan Perancis bernilai RM32.5 juta, kata Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael.
Menurut Cynthia, rasuah itu terbongkar apabila siasatan dijalankan pihak berkuasa negara itu sejak lima bulan lalu.
"Bayaran itu, didapati memang ada dibuat tetapi tidak tahu kepada siapa dan besar kemungkinan ia dibiayai kerajaan Malaysia.
"Jika benar, ini bermakna dalam penbelian peralatan itu (kapal selam Scorpene), kerajaan membayar dua kali rasuah kepada pihak yang belum dinamakan lagi," katanya.
Berita mengenainya disiarkan dalam Suara Keadilan, edisi ke 15 yang berada di pasaran sejak hari ini.
Cynthia berkata, dokumen itu diperoleh selepas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia, diserbu pihak berkuasa melalui Akta Kebebasan Maklumat.
"Proses bayaran tidak dibuat secara terus, sebaliknya dilakukan melalui sebuah syarikat iaitu Gifen yang berpangkalan di Malta. Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan kerajaan Perancis mengesan pembayaran itu.
Baru-baru ini, laman web Rue89 yang berpusat di Perancis mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar komisyen RM493 juta sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.
Laporan itu berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berjalan di Perancis sekarang.
Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei).
Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.
"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.
Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.
Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).
Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.
Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1.
Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu.
Harga gula pula naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa hari ini. (10 Mei).
Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.
"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.
Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.
Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).
Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.
Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1.
Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu.
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR - ISU KENAIKAN GULA
Dewan Pemuda PAS Selangor melihat kenaikan harga gula selepas kenaikan harga minyak di pasaran sebanyak 20 sen sebagai satu lagi kegagalan besar BN mengurus tadbir negara. BN cuba menutup kegagalan mereka membendung kenaikan harga gula dengan mengalih dan mencipta isu lain seperti video seks dan kristian. Justeru Dewan Pemuda PAS Selangor untuk sepakat menolak BN dalam PRU ke 13 kerana terbukti walaupun dengan kuasa di hujung tanduk BN tetap membelakangkan kepentingan rakyat. Slogan hanya tinggal slogan tetapi tauke dan kroni tetap diutamakan. Alasan untuk mengurangkan subsidi kerajaan dan digunakan untuk pembangunan lain hanyalah menyerlahkan sikap berlepas tangan dan mungkin BN sudah tak cukup duit maka rakyat dipaksa menanggungnya. Dewan Pemuda PAs Selangor juga menuntut supaya menteri berkenaan meletak jawatan.
HASBULLAH MOHD RIDZWAN Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
KOTA BHARU, 9 Mei: Setelah berteka-teki ke manakah Sobree Shafii akan pergi selepas keluar dari Umno akhir tahun lepas, hari ini terjawab apabila beliau menyerahkan borang permohonan menyertai PAS.
Sobree menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz di pejabat MB Kelantan jam 10.30 pagi tadi.
Sobree Shafii digelar penglima hitam Umno sejak tahun-tahun 80-an
Menurut Mohd Sayuti Omar dalam blognya, ekoran kemasukan Sobree ke dalam PAS itu, seorang orang kanan Ketua Umno Bahagian Ketereh, Annuar Musa akan mengambil keputusan yang sama bersama beberapa pengikutnya.
Dengan berlangsung peristiwa itu pada pagi ini maka tamatlah teka teki mengenai kedudukan Sobree yang sebelum ini kabur sama ada hendak bersama PKR atau Pas.
Sobree meninggalkan Umno akhir tahun lepas selepas kecewa dengan sistem diamalkan parti berkenaan dan juga tindak tanduk pemimpin parti berkenaan.
Katanya semasa mengumumkan keluar dari Umno, beliau rela kecewa di luar Umno dari kecewa di dalam Umno.
"Kalau Tuhan mahukan saya menyertai PAS, tidak ada usaha lain yang saya boleh lakukan melainkan akur saja sebab saya makhluk kerdil di mana sepanjang masa dalam kawalan takdir Allah," ujarnya tenang dalam satu majlis sebelum ini.
Mengulas mengenai pertemuan beliau dengan Nik Abdul Aziz hari ini, Sobree melahirkan rasa gembria yang amat sangat.
"Saya tidak ada bahasa untuk melukiskan perasaan gembira saya kecuali hanya bersyukur kepada Allah dan terima kasih banyak kepada Tok Guru dan seluruh kepimpinan PAS Kelantan," ujarnya.
Beliau juga menyifatkan kemurahan hati Tok Guru untuk menerima borang kemasukannya menggambarkan sikap tawaduk, rendah diri dan jiwa besar Menteri Besar Kelantan itu sebagai seorang mursyid.
"Beliau senang saja menerima kemasukan saya bila saya menyatakan hasrat, tanpa ada dolak dalih dan membayangkan berbagai kemungkinan dan implikasinya," ceritanya.
Sebelum ini beliau sudah berjumpa dengan Nik Aziz dan setiap kali berjumpa MB itu selalu bertanya beliau bila nak serah borang dan berceramah bila mana beliau mula memberi gambaran berminat dengan PAS.
Malam esok Sobree akan muncul di pentas ceramah di Ketereh buat pertama sekali sebagai bakal ahli PAS bersama Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan Husam Musa.
Katanya dalam ceramah itu dia akan mendedahkan kepincangan kepimpinan Umno Ketereh khasnya mengenai Alwi Che Amat. PA Exco Negeri Sembilan sertai PAS
(Gambar:Anuar [dua dari kanan] ketika bercakap kepada media selepas umumkan sertai PAS) Sebelum ini, bekas Pembantu Khas (PA) Exco kerajaan Negeri Sembilan, Yunus Rahmat iaitu Anuar Hashim meninggalkan Umno dan menyertai PAS.
Beliau menyerahkan borang permohonan menyertai PAS itu kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefli Mohd Omar.
Anuar berkata, beliau meninggalkan Umno kerana parti itu sudah membelakangi perjuangan asalnya dan menyalahgunakan Islam.
"Umno telah mengambil pendekatan fitnah dalam politiknya dan ia sudah tidak selari dengan kehendak Islam," kata beliau dalam satu sidang media bersama Pesuhjaya PAS Negeri Sembilan itu.
"Saya menyertai PAS kerana perjuangannya sentiasa konsistem dengan Islam sejak dahulu hingga kini," kata Anuar.
Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei).
Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.
"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.
Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.
Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).
Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.
Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1. Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan