DUN BUKIT PAYONG Posted: 05 May 2011 03:16 AM PDT PERCUBAAN BUNUH ERDOGAN Posted: 04 May 2011 11:29 PM PDT
4 Mei - Konvoi Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan diserang di mana seorang polis dilaporkan terbunuh dan seorang lagi cedera di Kastamonu di Barat Laut Turki, demikian dilaporkan oleh al-Jazeera dan hurriyetdailynews.
Pasukan penyerang menggunakan bom dan melepaskan tembakan terhadap kereta polis yang mengiringi bas yang membawa aktivis utama parti AKP pimpinan Erdogan, namun mereka berjaya melepaskan diri setelah berbelas tembakan di dalam kawasan dipenuhi hutan.
Ketika serangan, Erdogan telah berlepas meninggalkan Kastamonu dengan helikopter ke Amasya dalam rangka kempen pilihanraya yang akan berlangsung pada 12 Jun akan datang.
Dalam ceramah kempennya, Erdogan melahirkan rasa sedih beliau ke atas serangan tersebut dan mengaitkan serangan itu dengan gerakan pemisah Turki, sementara ramai komentator di laman al-Jazeera mengaitkan serangan itu dengan pasukan khas Syiria atau Israel lantaran sikap Erdogan yang dilihat tidak menyebelahi pimpinan kedua-dua buah negara. | DR JUANDA JANGAN GOPOH! Posted: 04 May 2011 10:50 PM PDT Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 5 Mei: PAS terkejut dengan kenyataan Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis yang mengatakan siapa yang menghalang penyatuan PAS dan Umno adalah pengkhianat. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) menasihatkan Sahibussamahah itu jangan terlalu gopoh memberi pandangan mengenai perkara itu. Perlu diingatkan, katanya sebarang pandangan yang keluar daripada orang agama ia mempunyai implikasi yang besar kepada orang awam. Beliau berkata, sepatutnya sebagai seorang mufti perlu berpegang kepada disiplin untuk mengeluarkan sebarang kenyataan, antaranya ialah perlu memahami tasawwur (gambaran sebenar) perkara yang hendak dihukum, barulah ia mendapat natijah yang betul. "PAS bimbang kenyataan ini akan diperalatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, terutama Umno yang akan menjaja pandangan ini bahawa Umno hendak kepada perpaduan, yang tidak mahu kepada perpaduan ialah PAS, sehingga rakyat nampak PAS jahat, manakala Umno baik," ujarnya kepada Harakahdaily. PAS, jelasnya tegas dengan prinsip bahawa penyatuan yang tidak berlandaskan kepada prinsip Islam, seperti bersatu dengan parti yang jelas mengkhianati amanah rakyat selama mereka memegang tampuk kuasa 54 tahun. Katanya, ketika bercakap soal perpaduan Melayu dalam masa yang sama tabiat jahat tidak pernah dibuang, seperti diskriminasi pada Kelantan mengenai tuntutan royalti minyak. "PAS menasihat kepada Sahibussamahah supaya menggunakan platform Mufti untuk menasihat pemimpin Umno BN supaya kembali kepada penghayatan agama dan laksanakan amanah dengan baik. "Tegur mereka supaya tidak zalim kepada rakyat yang berlainan ideologi," ujarnya. |
| DATO' SERI NAJIB, SIAPA PUNCA KEGANASAN ANTARABANGSA? Posted: 04 May 2011 08:54 PM PDT
KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dengan penuh sedar dan sengaja telah dua kali mengeluarkan kenyataan yang menghina umat Islam seluruh dunia.
Sebelum ini, ketika membuat lawatan ke Turki, Najib telah meminta masyarakat antarabangsa memulau Ikhwanul Muslimin daripada penyusunan kuasa di Mesir kerana katanya Ikhwanul Muslimin menjadi punca keganasan.
Bahkan, lebih terus lagi, Najib mengatakan Ulamak terkemuka dunia, Sheikh Yusof al Qardawi adalah penyokong keganasan.
Pengerusi Asian Federation of Muslim Youth (AFMY), Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata, Najib sekali lagi menghina umat Islam apabila beliau menuduh as Syahid Osama bin Laden, yang dibunuh tentera Amerika adalah menjadi punca keganasan antarabangsa.
"Najib dengan penuh sedar dan sengaja menghina umat Islam apabila beliau menuduh as syahid Osama bin Laden menjadi punca keganasan antarabangsa"
"Sebelum ini beliau telah meminta masyarakat antarabangsa memulau Ikhwanul Muslimin daripada penyusunan kuasa di Mesir kerana katanya Ikhwanul Muslimin menjadi punca keganasan bahkan beliau mengatakan Sheikh Yusof al Qardawi adalah penyokong keganasan,"ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam, Rabu 4 Mei.
Menurutnya, krisis keamanan dan keselamatan dunia yang berlaku pada hari ini adalah disebabkan oleh dasar Barat dan inperialisme mereka yang mahu menguasai dunia lain.
Barat juga, kata beliau, bersekongkol dengan 'konspirasi Yahudi' dan pelobi-pelobi Kristian untuk menghancurkan bangsa dan agama lain didunia ini, terutamanya Islam.
"Sehingga hari ini krisis keamanan dan keselamatan dunia adalah disebabkan oleh dasar Barat dan inperialisme mereka yang mahu menguasai dunia lain yang mereka anggap menentang kepentingan Barat,
"Konspirasi Yahudi untuk menghancurkan umat Islam telah bersepakai dengan konspirasi pelobi-pelobi Kristian dan dalam usaha mereka meneruskan rancangan perang salib ke atas umat Islam,"jelasnya.
Oleh sebab itulah, beliau yang juga Ahli Jawatankusa PAS Pusat berkata, perjanjian Balfore (1948) yang telah berjaya membawa Yahudi ke Palestin dan membentuk negara haram Israel yang dipimpin oleh Zionis di bawah naungan Amerika Syarikat dan sekutu-kutunya.
Menurutnya lagi, melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), telah dilantik beberapa negara yang mempunyai kuasa 'veto' iaitu, Amerika Syarikat, Great Britain, Rusia dan Perancis untuk meneruskan 'konspirasi Zionis'.
Katanya, AS dan sekutu-kutunya kini menggunakan North Atlantic Treaty Organisation (NATO) melancarkan 'imperialisme baru', dengan menggunakan seluruh kekuatan ketenteraan telah menyerang dan menguasai Afganistan serta Iraq.
Oleh itu, katanya, pendirian Najib yang menuduh secara melulu, tokoh-tokoh yang menentang kezaliman dan kepentingan Barat, menggambarkan sikap beliau yang menentang usaha-usaha menegakkan keadilah sejagat berasaskan ajaran Islam.
Justeru, beliau menyeru umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia, agar berdiri teguh dibelakang gerakan Islam diseluruh dunai bagi menumbangkan kerajaan-kerajaan zalim, yang menjadi tali barut kepada 'Barat dan Zionis'.
"Kita (saya) menyeru kepada umat Islam agar berdiri teguh dibelakang gerakan Islam diseluruh dunai bagi menumbangkan kerajaan-kerajaan zalim yang menghina umat Islam dan menjadi tali barut kepada zionis dan pelobi-pelobi Kristian sedunia."
"AS dan Yahudi adalah kuasa-kuasa durjana yang menguasai polisi Order Baru Dunia (New World Order) dan proses globalisasi yang sedang berjalan hari ini,"tegasnya.
Beliau turut mengajak semua semua bangsa dan agama, memperjuangkan Order Dunia Yang Adil (Just World Order) berteraskan kedamaian sejagat yang dimajukan oleh Islam. | |
PAS Kawasan Padang Besar Posted: 05 May 2011 01:47 AM PDT Kenyataan Mufti keterlaluan : Ustaz Hashim Posted: 05 May 2011 01:25 AM PDT PAS Perlis sedia bekalkan maklumat kepada Juanda KANGAR - Tuduhan mengatakan pihak yang menghalang usaha penyatuan PAS-Umno sebagai pengkhianat Islam adalah keterlaluan, kata Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.
Mengulas kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya baru-baru ini, beliau meminta agar Sahibussamahah itu menyiasat terlebih dahulu kenapa PAS menolak pelawaan Umno.
"Dah terlalu banyak yang mereka (Umno) lakukan kepada PAS sebelum ini dan keadaan yang ada sekarang tidak membentuk suasana yang kondusif untuk kita bersama denga mereka.
"PAS pernah berpengalaman duduk bersama mereka dulu tetapi Umno sendiri tidak bersedia untuk mendengar pandangan PAS ke arah kebaikan negara dan Islam itu sendiri," ujarnya.
Selain itu, Ustaz Hashim melihat perwatakan Umno sejak dari dahulu tidak pernah berubah khususnya berkaitan dengan Islam.
"Umno sekarang samalah seperti dulu dari segi pegangan, perangai dan tingkahlaku. Jadi PAS tidak bersedia untuk digigit pada lubang yang sama sampai dua kali. Kita tak mahu pisang berbuah dua kali," jelasnya.
Untuk itu katanya lagi, PAS Perlis bersedia untuk membekalkan kepada Juanda maklumat-maklumat berkaitan penolakan PAS untuk bersatu dengan Umno.
"Mengapa Dr Juanda tidak meletakkan syarat untuk perpaduan itu mengikut pandangan Islam dan bukannya perpaduan secara mutlak begitu saja? PAS Perlis bersedia untuk membekalkan kepada beliau maklumat yang menyebabkan pada masa ini kita masih menolak perpaduan dengan Umno," jelasnya | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 05 May 2011 01:27 AM PDT Pekerja loji memasuki bangunan reaktor nuklear Posted: 05 May 2011 01:00 AM PDT 01 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
TOKYO: Agensi keselamatan nuklear Jepun, berkata beberapa pekerja buat pertama kali sudah memasuki bangunan reaktor Unit 1 di loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang rosak susulan gempa bumi 11 Mac lalu.
Operator loji Tokyo Electric Power Co, berkata pekerjanya sudah memasang enam kelengkapan pengalihan udara, hari ini, sebagai usaha menyerap radiasi daripada udara di dalam bangunan.
Katanya, kerja-kerja itu dijangka mengambil masa empat atau lima hari. - AP | Kabinet Sarawak: Taib tidak hargai golongan muda Posted: 05 May 2011 12:45 AM PDT 01 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
KUCHING, 5 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) berpandangan pemilihan barisan kabinet baru Sarawak jelas menampakkan kelemahan BN negeri yang amat ketandusan pemimpin pelapis dari kalangan generasi muda.
Ketuanya, Mohammad Arifiriazul (gambar) berkata, dalam kerancakan pembangunan negeri yang diwar-warkan sebelum ini, tentu sekali pandangan dan pendekatan golongan muda amat diperlukan dalam memastikan kejayaan semua projek pembangunan yang cuba dilaksanakan.
Kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri (KM), Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan BN Sarawak jelas tidak menghargai suara dan peranan penting golongan muda dalam membangunkan negeri bertuah ini.
Malahan, katanya mereka lebih selesa untuk menggunakan kemenangan 'hebat' mereka kali ini untuk meneruskan dominasi golongan berkepentingan agar segala penyelewengan hasil negeri dalam mandat yang lepas akan terus didiamkan dan disembunyikan.
"Malah, adalah tidak keterlaluan untuk kita nyatakan di sini bahawa kabinet baru Sarawak ini tidak ubah seperti kabinet boneka KM yang dianggotai oleh para menteri yang 'loyalists' dan 'yes men' kepada beliau.
"Ini sememangnya satu kerugian besar kepada negeri dan rakyat Sarawak seluruhnya," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas barisan kabinet baru Kerajaan Sarawak yang baru sahaja diisytiharkan oleh Abdul Taib Mahmud pada 3 Mei lepas.
Katanya, kenyataan KM yang menyebut beliau belum bersedia untuk merombak kabinet negeri adalah satu lagi petanda bahawa janjinya untuk berundur selepas pilihan raya negeri yang lepas hanyalah gimik politik semata-mata.
DPPNS, tambahnya berasa kesal dengan permainan politik kolot KM yang lebih mementingkan kedudukan peribadi sebagai pemimpin tertinggi BN Sarawak tanpa melihat kepada kepentingan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin lain dalam BN untuk berkhidmat, khususnya dari kalangan pemimpin-pemimpin muda.
Bagi Pemuda PAS Sarawak, katanya ini sebenarnya adalah cerminan ketakutan BN Sarawak kepada Kabinet Bayangan PR Sarawak yang dianggotai oleh wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang berwibawa dan kebanyakannya dari generasi profesional muda Sarawak.
"Pemuda PAS Sarawak ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pejuang rakyat yang bakal beraksi di sidang Dun Sarawak tidak lama lagi.
"Semoga kepercayaan rakyat kepada kita dan Pakatan Rakyat digunakan sepenuhnya untuk menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman selaras dengan ajaran agung Islam," ujarnya.
Dalam masa yang sama, tegasnya Pemuda PAS Sarawak akan terus memberi komitmen yang tertinggi dalam memastikan segala kepentingan rakyat Sarawak dibela dan dipertahankan.
Harakahdaily | Kes Jambatan Bengkok Bukti Amalan Korup Umno-BN Posted: 05 May 2011 12:30 AM PDT 01 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM 5 MEI : Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Johor, Datuk Chua Jui Meng menyifatkan pemberian komisyen jutaan ringgit kepada kroni dalam sesebuah projek adalah amalan biasa pentadbiran Umno-Barisan Nasional.
Malah ujar Jui Meng amalan rakus meratah duit rakyat bukan hanya berlaku di Semenanjung malah sudah lama melarat ke Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak.
Justeru katanya, kerajaan Pakatan Rakyat dalam dasar Buku Jingganya menekankan aspek pembasmian rasuah kerana ia memberi kesan yang begitu besar kepada negara.
"Oleh kerana itu, bila kita (Pakatan Rakyat) menjadi kerajaan, kita akan pastikan urus kelola yang telus dengan amalan tender terbuka dan tidak ada lagi amalan pemberian komiysen yang tinggi seperti RM20 juta serta tidak ada lagi harga yag dinaikan dengan begitu besar dan ketara,"katanya kepada Tv Selangor.
Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga mahu institusi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di bawah pertanggungjawaban Parlimen termasuk dalam urusan pelantikan jawatan-jawatan tertingginya.
Ia adalah kesinambungan dari perang habis-habisan Pakatan Rakyat kepada pentadbiran bercorak rasuah yang diamalkan kerajaan sedia ada sejak sekian lama.
Tambah Jui Meng, walaupun SPRM sebelum ini menjadikan Hong Kong sebagai penanda aras untuk menangani rasuah di negara ini namun nampaknya Malaysia semakin jauh ketinggalan apabila indeks persepsi rasuah (CPI) negara meningkat dari tangga 47 pada 2009 kepada 56 pada tahun lalu.
"Tetapi nampaknya, SPRM tidak mengikut dan menjadikan Hong Kong sebagai contoh malah tertinggal jauh di belakang Hong Kong dan banyak yang harus diubah dalam kepimpinan SPRM sebelum kita mampu menjadi Hong Kong yang kedua," tambah Jui Meng.
Jui Meng berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan komisyen RM20 juta ahli pernigaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah untuk membina jambatan Laluan Antarabangsa Malaysia-Singapura, yang turut dikenali sebagai 'jambatan bengkok' 13 tahun lalu yang pada hematnya melambangkan betapa dahsyat amalan rasuah di negara ini.
Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenepikan saman yang dikemukakan oleh Eskay berhubung projek tersebut.
Datuk VT Singham dalam penghikamannya berkata, penganugerahan projek berkenaan tidak lagi wujud, maka tuntutan berkenaan juga perlu ditolak.
Eskay memfailkan kesnya pada Januari 2002 dengan mendakwa terdapat pelanggaran kontrak oleh defendan Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana gagal membayarnya RM20 juta selepas mendapatkan projek itu bagi mereka.
Idea pembinaan jambatan bengkok digerakkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi tidak menjadi kenyataan selepas dibatalkan semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.
Menurut Jui Meng lagi, walaupun pentadbiran dahulu dibayangi dengan amalan rasuah dan penyelewengan kuasa yang begitu dahsyat,namun Pakatan Rakyat katanya akan membuang sejarah silam itu dan menukarnya dengan sebuah kerajaan yang adil, telus dan mengutamakan kebajikan rakyat.
Malah katanya, kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat sudahpun membuktikannya di beberapa negeri yang ditadbirnya seperti di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.
"Dengan hasil penjimatan ini kerajaan boleh menyalurkannya untuk pembangunan projek dan bantuan terus kepada rakyat seperti apa yang diamalkan di Selangor dan Pulau Pinang dan negeri-negeri Pakatan Rakyat memerintah,"katanya lagi.
Tv Selangor/- | Bazar Tok Guru bakal beroperasi tidak lama lagi Posted: 05 May 2011 12:27 AM PDT 01 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
KOTA BHARU, 5 Mei: Sejak pendaftaran untuk kemasukan dibuka bermula 30 April lalu, kompleks pasar baru Bazar Tok Guru di Jalan Sultan Ibrahim kini sudah menerima kira-kira 150 tempahan peniaga.
Mereka adalah termasuk sebahagian daripada 415 peniaga dari pasar Arked Uda dan pasar lama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) yang ditawarkan berpindah dengan kaedah sewa-beli ke kompleks bangunan tiga tingkat itu.
Bazar Tok Guru atau lebih dikenali BTG di kalangan kakitangan pengurusan projek ini, bakal dibuka tidak lama lagi. Bazar yang bermoto, 'Pusat Jualan Produk Klate' ini bakal menjadi mercu tanda baru perniagaan di Kelantan.
"Nampaknya, semua projek kebajikan yang dibuat kerajaan negeri untuk rakyat dijadikan isu oleh Umno melalui media mereka. Nampak sangat ia ditakuti oleh Umno," tulis Wan Nik Yusof Ngah, Setiausaha Politik MB Kelantan dalam tulisannya di Harakah.
Antara projek untuk rakyat yang dibuat kerajaan negeri adalah Bazar Tok Guru dan Ladang Rakyat. Jika kedua-dua projek ini tidak dijadikan isu, Umno tidak ada harapan dalam pilihan raya umum nanti.
Bazar Tok Guru dijanjikan oleh Tuan Guru Nik Aziz menjelang pilihan raya umum 2008 lalu. Ia diimpikan beliau sebagai anugerah kepada para peniaga yang menjadi nadi pembangunan Kelantan. Bangunan ini bakal menjadi mercu tanda perniagaan baru di Kelantan yang terkenal dengan kegemaran untuk berniaga di kalangan rakyatnya itu.
Bazar ini akan menjadi tapak baru peniaga kecil di Kelantan selepas Arked Uda dan Pasar Lama MPKB sudah tidak sesuai lagi untuk dijadikan tapak perniagaan yang baik.
Selepas tiga tahun berjanji, Bazar Tok Guru akan dilancarkan tidak lama lagi. Jika ia berjaya dengan baik, maka tindakan Umno yang pernah merobohkan secara kekerasan Pasar Lambak di hadapan Bangunan Umno Kelantan pada tahun 1987 lalu bakal menjadi satu titik hitam penting yang tidak akan dilupakan oleh rakyat Kelantan.
Pihak pengurusan bazar iaitu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menyediakan sejumlah 451 lot kedai kepada peniaga yang sebelum ini berniaga di Arked Uda dan bangunan MPKB di samping lain-lain peniaga kecil negeri ini.
368 daripadanya adalah di tingkat bawah, 50 di tingkat satu manakala 33 unit lagi akan dibuang untuk memperbesar laluan.
Peniaga di sini juga akan ditempatkan mengikut kategori perniagaan masing-masing. Ia dibuat demikian agar urusniaga tidak tertumpu kepada tingkat bawah sahaja tetapi mengikut keperluan pengguna.
Di aras bawah diperuntukkan kepada kategori peniagaan pakaian, beg dan kasut manakala jenis perniagaan di aras satu pula adalah kedai jahit.
Untuk emas dan pertukangan pula ditempatkan di kedua-dua aras.
Bagaimanapun, difahamkan pendaftaran yang dibuat PMBK 30 April dan 2 Mei lalu, yang dibuat secara 'First come first serve' mengundang rasa tidak puas hati pihak persatuan peniaga dari kedua-dua pasar lama itu.
Dua hari lepas, selepas para peniaga mula mendaftar untuk masuk, pihak persatuan didakwa membuat pengumuman di pasar lama MPKB mengarahkan peniaga hadir ke Bazar Tok Guru bagi membuat bantahan.
Mereka didakwa mahu sistem pengundian dibuat dan mahu membatalkan mereka yang telah mendaftar awal dengan PMBK pada dua tarikh tersebut.
Bagaimanapun, tinjauan Harakahdaily pada pagi semalam mendapati hanya beberapa individu dilihat hadir namun tidak dapat berbuat apa-apa ekoran kehadiran dua kereta peronda polis (gambar) yang berkawal sejak awal pagi.
Kaunter pendaftaran PMBK yang sepatutnya dibuka juga kelihatan tutup. Difahamkan ianya ditutup atas faktor keselamatan.
PMBK telah menawarkan harga RM63,000 bagi ruang tingkat bawah premis baru di Bazar ini walaupun harga asalnya adalah RM98,000.
Kini terpulang kepada peniaga Arked Uda dan Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) untuk menduduki premis baru itu.
Harga ini adalah adalah berdasarkan konsep sewa-beli dan beberapa tawaran menarik kepada 415 peniaga di dua kawasan perniagaan yang bakal ditutup itu. Ia termasuklah percuma sewa selama dua tahun untuk tingkat bawah.
Isu Bazar Tok Guru menjadi sejata baru Umno Kelantan menyerang kepimpinan kerajaan negeri itu. Antara dakwaan ruang niaga yang disediakan sempit dan mahal.
Sedangkan saiz lot tersebut telah dipersetujui wakil peniaga melalui beberapa siri pertemuan yang diadakan. PMBK pula bersetuju dengan sais itu kerana ia dibuat untuk peniaga kecil, maka saisnya tentulah mengikut kemampuan mereka. Jika sais yang besar dibuat, bilangannya tidak mencukupi untuk memasukkan semua peniaga yang ada di samping harganya tentu lebih mahal.
Difahamkan juga, wakil persatuan seperti 'menyembunyi' fakta yang dipersetujui kepada peniaga dan ingin bermain politik.
Untuk rekod, satu lot kedai di tingkat bawah ditawarkan pada harga RM63,000 dengan sewa percuma selama dua tahun.
Peniaga ditawarkan pinjaman tanpa interes oleh PMBK dengan tempoh pembayaran balik 18 tahun. Selepas itu, lot-lot kedai itu akan menjadi milik mereka. Ini bermakna, harganya kekal RM63,000 walaupun bayaran balik adalah selama 18 tahun.
Jika pinjaman diambil dari bank-bank komersial, harganya sekitar RM40,000 sahaja manakala harga selebihnya adalah keuntungan untuk pihak bank.
Namun begitu, kerana telah diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu, ia telah ditentang oleh sesetengah pihak yang berkepentingan dan diperalatkan Umno dalam persatuan peniaga sendiri.
Umno sangat bimbang dengan projek ini. Jika ia berjalan dengan baik habislah Umno. Ini kerana, menjadi titik sejarah kejatuhan Umno di Kelantan 1990 lalu adalah kerana kebangkitan peniaga kecil Kelantan menentang Umno.
Kerajaan negeri Kelantan melalui Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) ketika itu telah bertembung dengan para peniaga Melayu. Kemuncaknya adalah apabila Pasar Lambak yang terletak di depan bangunan Umno Kelantan telah dirobohkan dengan kekerasan.
Pasar Lambak dirobohkan kerana pemandangannya yang buruk yang mencacatkan majlis perasmian bangunan Umno Kelantan oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ketika itu.
Ekoran itulah, Umno tidak akan membiarkan Bazar Tok Guru berjalan lancar. Ada sahaja isu yang dibangkitkan sehingga Tuan Guru Nik Aziz amat sedih sekali mengingat isu ini.
Harakahdaily/- Oleh : Nazri Abdullah | Tiga Maut , 11 Hilang Dalam Runtuhan Lombong Posted: 05 May 2011 12:00 AM PDT 01 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
TOREON, Mexico: Pasukan penyelamat telah menjumpai tiga mayat di sebuah lombong dekat utara Mexico dan bergegas pada pagi Rabu untuk mencari sebelas pekerja lain yang masih hilang selepas letupan gas berlaku dan menyebakan lombong terbabit runtuh.
Seorang remaja yang sedang bekerja di luar lombong terpaksa dipotong kedua-dua belah tanganya akibat terperangkap di dalam runtuhan letupan itu, demikian menurut pihak penyiasat.
Bedasarkan mesej twitter dari satu laman web, Menteri Buruh Javier Lozano memberi amaran bahawa jumlah kematian daripada kemalangan itu mungkin akan meningkat naik. Pada masa yang sama, Lozano juga mengesahkan tentang tiga kematian tersebut.
Para penyelamat mencuba sedaya upaya dalam menyelamatkan mangsa di dalam satu letupan yang berlaku pada pukul 8 pagi waktu tempatan pada Selasa lalu menyebabkan pelombong terperangkap 50 meter di bawah tanah dekat negeri Coahuila sempadan Amerika Syarikat.
Ahli keluarga mangsa yang bimbang mula berkumpul sekitar kawasan kejadian mulai tengah hari.
"Keluarga mangsa memang terdesak dan kami memahami perasaan mereka ketika ini tetapi mereka tidak boleh masuk ke kawsan lombong kerana terdapatnya tahap metana yang sangat tinggi," kata Datuk Bandar Montemayor, Jesus Maria.
Tahap metana yang sangat tinggi menyukarkan kerja menyelamat sehinggalah enam pekerja penyelamat berjaya turun di sebelah tengahari.
Pekerja pelindungan awam, pelombong dan tentera melakukan usaha mencari kumpulan yang terperangkap dalam kawasan lombong sama yang pernah menyaksikan kematian 65 pelombong di dalam satu kemalangan yang hampir serupa pada tahun 2006.
Presiden Felipe calderon menyatakan bahawa beliau telah mengarahkan usaha sedaya upaya untuk melakukan operasi menyelamat ini.
Dalam kemalangan pada 2006 itu, 65 pelombong terbunuh dan kebanyakan mayat masih belum ditemui.
Persatuan pekerja dari industri lombong, besi dan keluli Mexico menyeru kerajaan mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap syarikat yang tidak mengambil langkah keselamatan yang mencukupi di tapak pekerjaan mereka.
Dunia dikejutkan dengan peristiwa 33 pelombong yang terperangkap jauh di bawah tanah selama 69 hari sebelum diselamatkan pada pada 13 Oktober 2010.-AFP | Polis Sedang Kenal Pasti Dalang Edar Video Seks Mirip Anwar Posted: 04 May 2011 11:30 PM PDT 01 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengenal pasti dalang pengedaran salinan video seks mirip pemimpin pembangkang yang diperoleh beberapa orang kenamaan termasuk ahli politik baru-baru ini.
Beberapa individu termasuk Anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam baru-baru ini menerima sampul surat mengandungi video cakera padat rakaman aksi seks yangpelakunya mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis memandang serius perbuatan itu kerana ia boleh mengganggu proses siasatan kes rakaman video itu yang masih berjalan.
"Kami sahkan beberapa kenamaan termasuk ahli politik memperoleh salinan video yang dipercayai diedarkan pihak tertentu dan beberapa laporan polis oleh mereka yang menerima salinan itu telah dibuat.
"Siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk mengenal pasti dalang yangbertanggungjawab iaitu individu dan pihak yang mengedarkan serta motif merekamengedarkan video itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus AntiPenyeludupan dan Pemerdagangan Manusia Peringkat Asean di Maktab PDRM Cheras disini.
Kursus itu yang julung kali diadakan disertai seramai 40 peserta membabitkanpegawai polis, imigresen, kastam dan agensi berkaitan dari kalangan negara serantau, khusus untuk merangka strategi memerangi jenayah itu yang kini menjadi masalah global.
Ismail juga tidak menolak kemungkinan akan ada lagi rakaman terbaru video seks berkenaan yang akan dimuatnaik di laman web oleh individu yang tidak bertanggungjawab selepas ini.
Beliau berkata dalam zaman teknologi yang moden dan canggi ini, polis tidak mampu untuk menyekat terus penyebaran rakaman video berkenaan melalui Internet.
"Saya pun terkejut dengan perkara ini... bila sudah ada bahagian yang dimuatnaik di dalam Internet, ada kemungkinan rakaman seterusnya dimuatnaik selepas ini...siapa yang memuatnaik dan dari mana sumber rakaman diperoleh, itu sedang kita siasat.
"Untuk menyekat, memang sukar justeru setiap anggota masyarakat perlu memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam menangani pemasalahan ini dengan memastikan ia tidak terus tersebar," katanya.
Mengulas mengenai perkembangan kes video seks itu, Ismail berkata kertas siasatan sedang dikemaskini dan akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara secepat mungkin untuk tindakan lanjut.
Kertas siasatan yang dihantar ke Pejabat Peguam Negara dan kemudian dipulangkan semula sebelum diserah sekali lagi bukan perkara baru dan ia adalah antara prosedur dalam melengkapkan siasatan sebelum proses pendakwaan dibuat, katanya.
Ditanya mengenai ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dipanggiluntuk memberi keterangan di Balai Polis Kepong hari ini, Ismail berkata keterangan Eskay itu adalah prosedur biasa bagi melengkapkan siasatan kes video seks berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Ismail berkata kerjasama dengan pihak berkuasa dari negara serantau dan polis antarabangsa telah dipertingkatkan bagi mengawal dan mengekang sebarang ancaman luar yang boleh menggugat keamanan negara.
Beliau berkata langkah berwaspada dan bersiap sedia itu diambil dalam menghadapi sebarang ancaman yang kemungkinan bakal dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu ekoran laporan pembunuhan pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden, dua hari lepas.
"Kita telah bekerjasama dengan Polis Asean dan Interpol... langkah ini dibuat kerana ini merupakan ancaman bersifat global dan kita perlu memantau serta berwaspada dalam situasi ini," katanya. Beliau berkata pihaknya telah menempatkan anggota polis di lokasi-lokasi strategik dan berkepentingan Amerika Syarikat di seluruh negara.- BERNAMA | Selangor Cadang Wujud Tabung Bencana Posted: 04 May 2011 09:45 PM PDT 01 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan mewujudkan tabung warisan bencana alam dengan peruntukan dana sebanyak RM50 juta bagi menampung perbelanjaan menghadapi bencana di negeri itu.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, penubuhan kumpulan tabung berkenaan disifatkan sebagai insurans kepada rakyat Selangor sekiranya berlaku insiden bencana alam.
Menurut beliau cadangan penubuhan tabung tersebut akan dibentangkan di Dewan Udangan Negeri (DUN) Selangor yang akan bersidang bermula 11 Julai depan.
"Penubuhan tabung ini adalah satu usaha kerajaan negeri untuk menentukan bahawa pentadbiran negeri akan menjaga kepentingan rakyat bagi menampung perbelanjaan bencana-bencana alam," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Bangunan SUK di sini, Rabu.
Tambah beliau menerusi tabung berkenaan, kerajaan negeri dapat menyalurkan bantuan kepada mangsa bencana alam dengan lebih sitematik berbanding hanya menerusi belanjawan kecemasan sebelum ini.
"Walaupun pada masa sekarang kerajaan telah memperuntukan belanjawan untuk perbelanjaan kecemasan seperti banjir, tapi ini tidak cukup.
"Sekarang kita akan peruntukan dana untuk disimpan dan diuruskan supaya apabila berlaku bencana alam yang kita anggap satu yang besar, kita boleh keluarkan dana tersebut," katanya.
Jelas Abdul Khalid, tabung berkenaan akan diuruskan olah jawatankuasa khas yang akan diketuai oleh pegawai kewangan negeri.
"Ia juga akan turut dibantu oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri yang akan membentangkan mengenai tabung berkenaan kepada exco dari masa ke masa," katanya.
Ditanya sama ada kerajaan negeri akan turut menubuhkan pasukan sukarelawan bagi menghadapi bencana, Abdul Khalid berkata perkara tersebut termasuk sebagai sebahagian daripada peruntukan penubuhan tabung berkenaan.
"Ia sebahagian daripada usaha tabung ini, ada beberapa peruntukan untuk menyediakan sukarekawan yang akan digerakan untuk memberi bantuan.
"Tapi ini tidak termasuk dalam belanja tabung ini," katanya.
mStar/- | Paras radiasi Jepun meningkat Posted: 04 May 2011 09:30 PM PDT 01 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
TOKYO - Paras sisa radioaktif di dasar Laut Pasifik berhampiran loji nuklear Fukushima Daiichi yang musnah akibat gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu, dilaporkan meningkat, menurut pengendali loji itu, semalam.
Tokyo Electric Power (Tepco) menyatakan sampel yang diambil di bahagian timur utara loji itu pada jarak 15 kilometer menunjukkan kandungan bahan radioaktif yang sangat tinggi.
Ia adalah 600 kali ganda lebih tinggi daripada paras maksimum yang dikesan sebelum ini.
Tepco mengeluarkan laporan itu selepas melakukan analisis pertama terhadap kandungan pasir dasar Laut Pasifik tetapi mereka tidak mengesahkan sama ada ia berbahaya atau sebaliknya.
Sampel lain yang diperoleh dari jarak 20 kilometer turut menunjukkan paras radiasi tinggi, yang mana mereka menyatakan usaha untuk memeriksa dan menganalisis paras radiasi pada kawasan lebih jauh akan dijalankan.
Sinar Harian/- | Gempa bumi lemah dikesan di Lahad Datu, Sabah Posted: 04 May 2011 09:00 PM PDT 01 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter dikesan berlaku berdekatan Lahad Datu, Sabah pada pukul 3.43 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata, pusat gegaran itu dikesan di 4.9 darjah Utara dan 117.6 darjah Timur iaitu 79km dari barat daya Lahad Datu.
Gegaran mungkin dapat dirasai di beberapa kawasan di bahagian Tawau dan Lahad Datu, kata kenyataan itu.
Sinar Harian/- | Sultan Muhammad V bertemu jodoh Posted: 04 May 2011 08:30 PM PDT 01 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Kelantan bakal menerima Raja Perempuan setelah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin.
Dalam satu sidang akhbar khas di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang semalam bagi mengumumkan mengenai pelancaran Yayasan Kelantan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu ini, Sultan Muhammad ditanya sama ada baginda akan berkahwin dan sambil tersenyum, menjawab: "Insya-Allah saya berdoa, Insya-Allah Tuhan akan makbul."
Sultan Muhammad, 42, yang mudah membahasakan diri baginda sebagai "saya" atau "kita", berharap berkat doa pemimpin dan pembesar negeri serta sahabat, perkahwinan baginda akan menjadi kenyataan.
"Jadi saya fikir Insya-Allah dengan berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insya-Allah berjaya," titah baginda.
Sultan Muhammad, yang dimasyhurkan pada 13 Sept tahun lalu, bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.
Baginda, yang terkenal dengan sifat mendekati rakyat dengan berkopiah dan berjubah, adalah putera sulung Sultan Ismail Petra.
Baginda dan bekas isteri, Tengku Zubaidah Tengku Norudin, tidak dikurniakan cahaya mata.
Malaysiakini/- | Barca Berpesta, Rekod Mourinho Lebur Posted: 04 May 2011 08:15 PM PDT 1 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
BARCELONA - Barcelona berpesta, Real Madrid menderita.Hajat Real melangkah ke final Liga Juara-Juara sekali lagi musnah.
Rekod pengurusnya, Jose Mourinho juga tercalar selepas mencipta nama sebagai pengurus paling unik membawa tiga pasukan berbeza mara ke final.
Rekod cemerlangnya itu bermula pada tahun 2004 apabila membawa Porto muncul juara diikuti kejayaan kedua ketika membimbing Inter Milan pada 2010.
Dia turut menjadi nadi di sebalik kejayaan Chelsea melangkah ke final Liga Juara-Juara pada musim 2007-2008.
Semalam, Real ditunjuk jalan keluar oleh Barca yang menang dengan agregat 3-1 hasil kemenangan 2-0 pada separuh akhir pertama minggu lalu dan seri 1-1 pada aksi kedua.
Barca kini mungkin berdepan Manchester United, pertemuan yang dilihat sebagai ulangan final 2009 yang dimenangi kelab Catalan itu.
Real yang memerlukan tiga gol untuk menyekat kemaraan Barcelona, turun dengan rentak yang lebih agresif pada aksi kedua semalam namun gagal memberi ancaman kepada lawan mereka itu, malah ketinggalan 0-1 menerusi jaringan Pedro pada minit ke-54 sebelum Marcelo menyamakan kedudukan 1-1 sepuluh minit kemudian, namun ia sudah terlambat buat Real.
"Satu perasaan yang unik untuk beraksi di final sekali lagi," kata Iniesta yang tidak bermain pada aksi pertama minggu lalu akibat kecederaan.
Untuk menambahkan lagi derita Real, jaringan Gonzalo Higuain pada awal babak kedua dibatalkan oleh pengadil.
Situasi tersebut telah menghangatkan lagi kontroversi yang ditimbulkan Mourinho bahawa pengadil lebih memihak kepada Barcelona.
"Saya rasa semua orang sudah boleh melihat tentang apa yang kami cuba katakan sebelum ini (mengenai jaringan Higuain)," kata pembantu jurulatih Real, Aitor Karanka yang menggantikan tempat Mourinho.
Pada pertemuan itu, Mourinho dikatakan berada di bilik hotel pasukannya dan menyaksikan perlawanan tersebut menerusi televisyen.
AFP | Adik Bekas Pengarah Bersalah Terima Rasuah Posted: 04 May 2011 08:00 PM PDT 1 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM, 4 Mei: Azizi Johan Ariffin, 54, adik bekas pengarah Perbadanan Putrajaya, Datuk Shahoran Johan Ariffin menerima hukuman penjara 15 hari (serentak) dan denda RM315,000 selepas disabitkan bersalah atas enam pertuduhan di bawah Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 apabila menerima rasuah berjumlah RM63,000.
Bagi enam pertuduhan tersebut, Azizi yang pernah menjawat jawatan sebagai pengarah di sebuah syarikat lanskap didakwa menerima suapan daripada individu yang sama, iaitu Pengarah Sekitar Indah Sdn Bhd, Mohd Kamil Sapuan dalam bentuk wang tunai yang dimasukkan ke dalam akaun Affin Bank Berhad miliknya.
Kesemua wang tunai tersebut dimasukkan ke dalam akaun Affin Bank Bhd miliknya iaitu sebagai upah membantu mendapatkan tender 'Kerja-kerja Penyelenggaraan Landskap di Persiaran Persekutuan, Persiaran Utara, Persiaran Barat, Lebuh Sentosa (Jambatan Seri Saujana) dan Lebuh Wawasan (Jambatan Seri Wawasan) Putrajaya.
Pertuduhan pertama, Azizi didakwa menerima suapan wang tunai RM15,000 pada 26 Januari 2006 yang dimasukkan ke dalam akaun Affin Bank miliknya.
Pertuduhan kedua, dia dituduh menerima suapan wang tunai RM10,000 yang dimasukkan ke dalam akaun Affin Bank Bhd miliknya pada 1 Mac 2006.
Pertuduhan ketiga, dia dituduh menerima suapan wang tunai RM10,000 yang dimasukkan melalui cek ke dalam akaun Affin Bank Bhd miliknya pada 7 April 2006.
Pertuduhan keempat, dia dituduh menerima suapan wang tunai RM5,000 yang dimasukkan melalui cek ke dalam akaun Affin Bank Bhd miliknya pada 5 Mei 2006.
Pertuduhan kelima, dia dituduh menerima suapan wang tunai RM15,000 yang dimasukkan melalui cek ke dalam akaun Affin Bank Bhd miliknya pada 14 Ogos 2006.
Pertuduhan keenam, dia dituduh menerima suapan wang tunai RM8,000 yang dimasukkan melalui cek ke dalam akaun Affin Bank Bhd miliknya pada 9 November 2006.
Hakim Mat Ghani Abdullah memerintahkan supaya hukuman penjara terhadap tertuduh, yang didakwa melakukan kesalahan tersebut enam tahun lalu ditambah 30 bulan, jika gagal menjelaskan denda.
Tertuduh diwakili peguamnya Ridzuan Johan Ariffin, manakala SPRM diwakili oleh Timbalan PendakwaRaya Josiendra Abu Senin.
H/daily | Suami Isteri dibunuh di Bilik Tidur Posted: 04 May 2011 07:45 PM PDT 1 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
BENTONG - Seorang kontraktor dan isterinya ditemui mati dibunuh dipercayai menggunakan cangkul dan objek tajam di rumah mereka di Kampung Gemeti dekat sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasegaran berkata, Mohammad Yusof @ Abdul Rashid Samang, 71, ditemui mati dengan kesan tikaman di dada dan perut manakala isterinya, Timah @ Fatimah Pachu, 68, mengalami kecederaan di tengkuk.
Menurut beliau, mayat pasangan warga emas itu ditemui pada pukul 1.30 pagi dalam bilik tidur utama di tingkat atas rumah dua tingkat itu selepas polis menerima laporan orang awam pada pukul 1.30 pagi yang mengadu terdengar bunyi bising dan laungan kuat dari rumah mangsa.
"Jiran mangsa juga mendakwa semasa kejadian rumah pasangan warga emas itu gelap kerana lampu dipadamkan sebelum memberitahu ada terdengar bunyi seseorang sedang melarikan diri di belakang rumah mangsa," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.
Narenasegaran memberitahu, Mohammad Yusof ditemui terlentang di tepi pintu tandas bilik tidur itu manakala isterinya ditemui di bahagian tepi bawah katil dalam keadaan terbaring. | Real Mangsa Konspirasi Posted: 04 May 2011 07:30 PM PDT 1 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
BARCELONA - Cristiano Ronaldo mendakwa pengadil memihak kepada Barcelona selepas Real Madrid tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara awal pagi semalam.
Selepas tewas 0-2 pada aksi separuh akhir pertama di Santiago Bernabeu minggu lalu, Real sekadar seri 1-1 pada pertemuan kedua di Nou Camp, sekali gus tewas dengan agregat 1-3.
Sebelum ini, pengurus Real, Jose Mourinho turut mendakwa wujud konspirasi dalam Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) untuk membantu Barcelona mencatat kemenangan dan mara ke final di Stadium Wembley pada 28 Mei ini.
"Kami sedar, kami mampu menewaskan Barcelona tetapi pengadil tidak memberi kami peluang," kata Ronaldo.
"Sekali lagi, pengadil telah menentukan keputusan perlawanan itu.
"Pengadil pada perlawanan pertama (Wolfgang Stark) 'merampas' peluang kami untuk mara ke final. Sesiapa sahaja yang terbabit dalam bola sepak sedar Barcelona mendapat layanan yang istimewa."
Real mungkin berpeluang untuk mengalahkan Barcelona sekiranya jaringan Gonzalo Higuain pada awal babak kedua tidak dibatalkan oleh pengadil, Frank De Bleeckere.
De Bleeckere menyalahkan Ronaldo kerana mengkasari pemain tengah Javier Mascherano sebelum Higuain menewaskan penjaga gol Barcelona, Victor Valdes.
"Gol Higuain adalah sah," kata Ronaldo yang meledakkan gol tunggal kemenangan 1-0 Real ke atas Barca pada final Piala Raja Sepanyol bulan lalu.
"(Gerard) Pique menolak saya dan saya terjatuh di atas Mascherano. Dia tidak pernah berlakon di England tetapi dia mengamalkan tabiat buruk di sini sama seperti pemain lain."
Sementara itu, pemain tengah Real, Xabi Alonso turut mempersoalkan mutu pengadilan yang teruk selepas jaringan Higuain dibatalkan tanpa sebab.
"Sekiranya kami menjaringkan gol pertama, perlawanan ini sudah pasti berubah tetapi kami rasa banyak keputusan pengadil tidak memihak kepada kami dan kami tidak gembira mengenainya," kata Alonso.
"Kami rasa kami telah bermain dengan baik tetapi keputusan pengadil tidak menyebelahi kami. Itulah apa yang kami rasa."
Agensi | Siapa Pengkhianat Islam? Posted: 04 May 2011 07:15 PM PDT 1 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
1. Mereka yang menghalang penyatuan UMNO dan PAS digelar pengkhianat Islam oleh Mufti Perlis. Sekilas pandang, siapa jua yang menghalang usaha penyatuan adalah pengkhianat. Justeru penyatuan secara asasnya adalah suci malah dituntut. Tiada siapa yang mahu berpecah dan berpisah tanpa sebarang sebab atau alasan yang kukuh. Tetapi apabila bercakap soal penyatuan antara PAS dan UMNO, saya sarankan sohibus samahah Mufti Perlis mengkaji terlebih dahulu secara mendalam dan teliti. 2. Antara PAS dan UMNO jangan hanya dilihat pada bangsa dan warna kulit semata - mata lalu disogok agenda penyatuan bangsa melayu. Sebaliknya perlu dilihat bagaimana pula sikap kedua - dua parti melayu itu [PAS dan UMNO] terhadap Islam. Sikap terhadap Islam dan bagaimana mereka menanggapi Islam adalah kayu ukur yang paling penting untuk bercakap soal penyatuan antara kedua parti ini.
3. Sungguhpun Islam menggalakkan malah menyuruh supaya ummatnya bersatu padu, namun Islam meletakkan syarat serta garis panduan yang jelas bagaimana penyatuan itu wajar dilakukan atau sebaliknya. Antaranya Firman Allah yang bermaksud :
Wahai orang - orang yang beriman, bertaqwalah kamu dengan sebenar - benar taqwa dan jangan kamu mati melainkan kamu tunduk menyerah diri kepada Allah swt. dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah dan jangan sekali - kali kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika dulunya kamu saling bermusuhan maka Allah telah menyatukan hati - hati kamu, lalu dengan nikmat Allah itu kamu bersaudara sedang kamu telah berada di jurang api neraka, lantas Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah dijelaskan oleh Allah kepada kamu ayat - ayatNya, mudah - mudahan kamu beroleh petunjuk.
Surah Aali Imran 103
4. Ayat di atas jelas meletakkan syarat utama untuk tidak berpecah belah ialah berpegang teguh dengan Tali Allah iaitu Al Quran atau Al Islam bukan bangsa atau warna kulit jauh sekali harta benda, pengaruh dan pangkat. Lantaran penyatuan manusia adalah melibatkan penyatuan hati dan hati tidak boleh dijinakkan dengan harta benda dunia. Firman Allah swt yang bermaksud :
Dialah [Allah] yang telah menyatukan antara hati - hati mereka. sekiranya engkau membelanjakan keseluruhan apa yang ada di atas muka bumi ini, nescaya engkau tidak boleh menyatukan hati - hati mereka akan tetapi Allah swt telah menyatukan antara mereka sesungguhnya Ia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Surah al Anfaal 63
5. Islam adalah asas penyatuan. Tanpa Islam bagaimana mungkin penyatuan itu boleh direalisasikan. Sementara kebajikan dan taqwa pula menjadi objektif utama kepada penyatuan yang dianjurkan oleh syariah. Firman Allah swt yang bermaksud :
dan bertolong bantulah kamu dalam perkara yang membawa kepada kebajikan dan taqwa dan jangan kamu bertolong bantu dalam perkara yang mengundang dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah swt sesungguhnya balasan Allah sangat dahsyat.
Surah al Maaidah 2
6. Ayat di atas pula bukan sahaja menyuruh kita bertolong bantu, bekerja sama dan bersatu padu untuk melakukan amal kebajikan dan bertaqwa kepada Allah [ dengan melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah swt dan meninggalkan apa jua yang telah dilarang oleh Allah swt.] tetapi nas di atas juga melarang sebarang kerjasama dan penyatuan yang menumbuhkan bibit dosa serta menyuburkan permusuhan sesama ummat manusia.
7. Penyatuan antara PAS dan UMNO mesti disokong malah wajib diusahakan jika ianya berteraskan Islam dan berobjektifkan taqwa kepada Allah swt. Pengusahanya dijulang dan penyokongnya dialu - alukan. Sementara penentangnya adalah jahat dan pengkhianat.
8. Sebaliknya penyatuan antara PAS dan UMNO tidak boleh dilaksanakan jika ianya tidak diasaskan kepada Islam dan pula berobjektifkan dosa kepada Allah swt. Pengusahanya dilarang dan penyokongnya pula sia - sia. Sementara penentangnya pula adalah hebat dan berwibawa.
9. Bahkan kerjasama yang disertai PAS bersama Pakatan Rakyat adalah kerana Islam dan ianya dilandaskan di atas konsep Tahaaluf Siasi [kerjasama politik] untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional guna menamatkan siri penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, kezaliman, penindasan yang dilakukan oleh Barisan Nasional sejak lebih 50 tahun yang lalu.
10. Tanpa perlu membuang masa lagi, saya mengundang UMNO meninggalkan Barisan Nasional dan meninggalkan segala perbuatan mungkar demi masa depan agama, rakyat dan negara. Ayuh kita bersatu dan bersama dengan Pakatan Rakyat untuk membina masa depan dan peradaban baru yang lebih dinamis, jauh dari pengaruh mungkar yang dimurkai oleh Allah swt. Pengusaha yang gigih untuk menamatkan siri keangkuhan kuasa dan sombong dengan dosa yang dilakukan oleh mereka adalah pejuang sementara Penentang usaha inilah pengkhianat Islam !
Murnikan Perjuangan dan Maknakan Kemenangan
Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | Mayat Dua Beradik dijumpai Posted: 04 May 2011 07:00 PM PDT 1 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUALA PILAH - Mayat dua daripada tiga beradik yang hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika berkelah di Hutan Lipur Ulu Bendul di sini petang kelmarin ditemui semalam.
Mayat Nur Syaza Alisa Said Ahmad, 5, ditemui pada pukul 3.15 pagi semalam oleh bapa saudaranya, Abdul Azam Wahab, 23, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.
Mayat adiknya, Nur Syaza Azira, 4, pula ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.20 pagi, kira-kira 2.5 kilometer dari tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Jaafar Baba mengesahkan penemuan mayat dua kanak-kanak itu dan usaha mencari seorang lagi mangsa, Nur Syaza Sakinah, 2, sedang giat dijalankan.
Sementara itu, Abdul Azam berkata, dia bersama beberapa orang meredah air sungai paras pinggang itu dan berenang untuk mencari kesemua mangsa yang hilang.
"Ketika itu apa yang saya harap kesemua anak buah saya yang hilang mesti ditemui walau apa keadaannya sekali pun," katanya ketika ditemui di Hutan Lipur Ulu Bendul di sini semalam.
Katanya, dia sedih apabila menemui mayat Nur Syaza Alisa dalam keadaan kepalanya cedera dan bibir pecah serta lebam. | Puting Beliung Air di Hawaii Posted: 04 May 2011 06:45 PM PDT 1 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
HONOLULU - Satu puting beliung air yang berlaku di laut dekat pelabuhan Honolulu, Hawaii menjadi daya tarikan penduduk yang sanggup keluar dari kereta untuk melihat fenomena itu, lapor sebuah akhbar semalam. Seorang pelajar, Shanelle Solomon memberitahu: "Saya melihat satu kilat dekat asrama saya. Ia (puting beliung air) seperti tali berwarna ungu di udara." Puting beliung itu berlaku selama 12 minit pada Ahad lalu dan ia merupakan kejadian alam yang jarang berlaku di Hawaii. Agensi | RON97 Naik 20 sen Posted: 04 May 2011 06:30 PM PDT 1 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 naik 20 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi, demikian menurut Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).
Naib presiden PDAM, Datuk Zulkifli Mokti berkata, peningkatan ini disebabkan kenaikan harga minyak mentah. "Namun, harga RON95 dan diesel kekal seperti sekarang," katanya.
Pada 2 April, harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter ekoran krisis Timur Tengah. Petrol RON95 kekal RM1.90 seliter | Gambar Mayat Osama bin Laden Mengerikan Posted: 04 May 2011 06:15 PM PDT 1 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
WASHINGTON - Kakitangan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) bercanggah sama ada mahu mendedahkan gambar mayat Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden selepas penyokong teori konspirasi dan kumpulan Taliban mempersoalkan sama ada dia benar-benar telah mati, lapor sebuah akhbar semalam.
Presiden AS, Barack Obama keberatan menyiarkan imej tersebut kerana keadaan mayat Osama yang berlumuran darah dengan kesan kecederaan yang teruk.
Obama berpendapat pendedahan imej mayat Osama sebagai tidak menghormati orang yang telah mati dan boleh mendatangkan tindak balas negatif.
Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Leon Panetta sebaliknya berkata, foto ketua Al-Qaeda itu hanya menunggu masa untuk didedahkan kepada umum.
Berikutan tiada bukti bergambar bahawa Osama telah mati, terdapat dakwaan bahawa dia sebenarnya tidak dibunuh.
Dalam isyarat bahawa isu pendedahan imej Osama sedang hangat dibincangkan, White House menegaskan keputusan mengenainya masih belum dibuat selain menekankan tentang keadaan mayat Osama yang mengerikan.
"Boleh dikatakan bahawa gambar mayat Osama itu mengerikan," kata jurucakap White House, Jay Carney.
Beberapa pegawai kanan tentera mengesahkan kepada stesen televisyen CNN bahawa terdapat tiga set gambar Osama.
Set pertama dirakam semasa serbuan ke vilanya dan dipercayai menunjukkan mayat dua adik-beradik dan mayat anak lelaki Osama.
Set kedua yang juga set gambar paling jelas menunjukkan gambar mayatnya yang mengerikan di sebuah pangkalan tentera di Afghanistan.
Mayat Osama dilaporkan berlubang di sebelah atas sebelah matanya dengan satu lagi lubang pada bahagian jantung selepas dia mati ditembak komando AS dalam serbuan di lokasi persembunyiannya di bandar Abbottabad, Pakistan pada malam Ahad lalu.
Agensi | Cerut Paling Panjang di Dunia dihasilkan Posted: 04 May 2011 06:00 PM PDT 1 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
HAVANA - Sebatang cerut yang sepanjang 81.8 meter dihasilkan oleh beberapa orang diketuai oleh penggulung cerut di Cuba, Jose Castelar.
Castelar berharap cerut itu akan mencipta rekod sebagai yang paling panjang di dunia.
CERUT paling panjang di dunia dipamerkan di sebuah kubu lama Sepanyol di Havana, Cuba
Dia dan pekerja-pekerjanya mula menghasilkan cerut itu pada penghujung April lalu dan ia berjaya disiapkan kelmarin.
Sebelum ini, Castelar, 67, mencipta rekod dunia kerana dia menggulung cerut sepanjang 45 meter pada 2008.
Cerut itu kini menunggu pengesahan rasmi daripada pihak pengurusan Guinness World Records di London untuk disahkan sebagai yang paling panjang di dunia.
Agensi | Minum Racun Lepas Bunuh Tunang Posted: 04 May 2011 05:51 PM PDT 1 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita ditemui mati dipercayai ditikam oleh tunangnya di sebuah stesen minyak tempat wanita itu bekerja di Jalan Perusahaan Bukit Tengah di sini semalam.
Mayat Karimah Jusuh, 25, ditemui oleh rakan sekerjanya dalam bilik persalinan di stesen minyak itu pada pukul 8 pagi.
"Mangsa ditikam di beberapa bahagian di perut, leher, dada dan tangan. Kami percaya kejadian itu bermotifkan cemburu," kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar di sini semalam.
Beliau berkata, selepas kejadian itu, tunang wanita berkenaan yang bekerja di sebuah kilang di Perai dikatakan pulang ke rumahnya di Mengkuang Mak Sulong dan meminum racun.
Mengikut maklumat yang diterima, lelaki itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya. | MCA penentang Islam sebenar - Pejabat MB Kelantan Posted: 04 May 2011 03:45 PM PDT 01 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - KOTA BHARU, 4 Mei: Semua pihak diminta mengkaji pendirian politik MCA yang menjadi kawan Umno sejak sekian lama sebelum mempertikaikan hubungan antara PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Ini kerana, kenyataan-kenyataan dari pimpinan MCA terbukti menentang Islam berbanding dengan DAP, kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Fadhli Shaari ( gambar kanan). Pegawai Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu mengulas laporan muka depan lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia hari ini yang melaporkan kenyataan Mufti Perlis kononnya siapa yang menentang perpaduan antara Umno dan PAS adalah pengkhianat Islam. "Mufti Perlis seharusnya memberikan komen apakah hukum kerjasama di antara Umno dengan MCA apabila Presiden MCA menyatakan dengan jelas bahawa mereka boleh menerima kehadiran PAS di dalam BN tetapi dengan syarat PAS menggugurkan agenda perjuangan negara Islam," katanya. Begitu juga dengan cadangan MCA untuk menyaman kerajaan negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi, apakah hukumnya Umno selaku rakan kongsi MCA dalam Barisan Nasional membisu seribu bahasa? Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek mempermainkan tindakan calon PAS dalam pilihan raya kecil Tenang, Normala Sudirman, yang enggan bersalam dengan bukan muhrimnya tanpa memakai sarong tangan. Beliau juga berkata, apa gunanya beliau memahami kehendak Islam dalam isu ini. Bagi pegawai Nik Aziz itu, PAS mempunyai hujjah yang jelas kenapa parti Islam itu berkawan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. "Persoalannya, bagaimanakah PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat? Hakikatnya DAP dan PKR tidak menolak prinsip Islam yang dibawa oleh PAS dan tidak mendesak supaya PAS menggugurkan dasar perjuangannya selama ini," katanya. PAS dan DAP Sebelum ini, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad (gambar kanan) ketika berhujjah dalam isu ini berkata, "MCA menolak PAS daripada menyertai BN jika PAS kekal dengan dasar perjuangan Islam. Najib jemput, Soi Lek tolak!"
"Tapi, DAP tidak pernah sesekali meminta PAS untuk menggugurkan negara Islam, ia cuma bukan agenda bersama Pakatan Rakyat," tulis Dzulkefly di laman Twitternya, yang secara langsung ingin memberitahu Najib bahawa MCA adalah jauh lebih teruk daripada DAP dalam hal yang berkaitan dengan Islam.
Dzulkefly juga menyifatkan drama antara Najib dan Chua hanyalah sebagai satu percubaan untuk memberikan lesen kepada kedua-dua pihak untuk memburukkan kaum Tionghua, PAS dan Islam, semua pada masa yang sama, tapi kepada hadirin berlainan.
"Chua tengah memberikan Umno lesen untuk memburukkan kaum Tionghua, dan Umno memberikan lesen kepada Chua untuk membusukkan PAS dan Islam. Satu gabungan yang sesat!" kata Dzulkefly.
"Chua selalu didedahkan oleh Umno bahawa PAS sentiasa berpendirian untuk sebuah negara teokratis dan otokratik. Aduh, betapa ianya jauh menyimpang daripada kebenaran!" kata Dzulkefly.
Hari ini, Utusan menyiarkan kenyataan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang dilaporkan berkata mana-mana pihak yang menentang penyatuan di antara Umno dan PAS ialah pengkhianat kerana al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu dan Islam perlu ditegakkan.
"Dengan bersangka baik kepada Sohibus Samahah Mufti Perlis, saya menganggap kenyataan tersebut separuh masak atau sengaja dilaporkan separuh masak untuk meletakkan persepsi bahawa Mufti Perlis menghentam pihak-pihak tertentu khususnya di dalam PAS yang menentang penyatuan PAS dan Umno," tulis Fadli dalam kenyataannya.
Katanya, perlu diingat, PAS melalui pemimpinnya termasuklah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah berkali-kali menyatakan bahawa penyatuan di antara PAS dengan Umno boleh berlaku bila-bila masa dengan syarat Umno mengubah dasar kepada Islam.
Kenyataan ini pernah disiarkan dalam sebuah media Rabu 14 Julai 2010 yang lepas.
Sekiranya seseorang itu dianggap Islam melalui syahadahnya, maka syahadah sesebuah pertubuhan ialah perlembagaannya. Adakah UMNO telah bersyahadah di dalam perlembagaannya?, soal Fadli.
Justeru, beliau berharap agar Mufti Perlis dapat mengemukakan pelan cadangannya secara terperinci agar dapat difahami dengan jelas letak duduknya kenyataan beliau.
"Hakikatnya, PAS tidak pernah meletakkan ke tepi agenda perpaduan umat Islam tetapi perlulah diletakkan Islam sebagai dasar terlebih dahulu," katanya. Harakahdaily/- | Ahmad Fadhli: Kenyataan Dr Juanda 'separuh masak' Posted: 04 May 2011 03:44 PM PDT 01 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan meminta Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menjelaskan pelan cadangannya secara terperinci berhubung penyatuan PAS dan Umno supaya ia dapat difahami dengan jelas. Ahmad Fadhli Shaari yang juga ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan berkata pada hakikatnya parti itu tidak pernah meletakkan ke tepi agenda perpaduan umat Islam. "Perlu diingat, PAS melalui pemimpinnya termasuklah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berkali-kali menyatakan bahawa penyatuan di antara PAS dengan Umno boleh berlaku bila-bila masa dengan syarat Umno mengubah dasar kepada Islam. "Sekiranya seseorang itu dianggap Islam melalui syahadahnya, maka syahadah sesebuah pertubuhan ialah perlembagaannya. Adakah Umno telah bersyahadah di dalam perlembagaannya? "Persoalannya, bagaimanakah PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat? "Hakikatnya DAP dan PKR tidak menolak prinsip Islam yang dibawa oleh PAS dan tidak mendesak supaya PAS menggugurkan dasar perjuangannya selama ini," kata Ahmad Fadhli dalam satu kenyataan media. Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia semalam berhubung kenyataan Dr Juanda yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai 'pengkhianat Islam' dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan. Dr Juanda dilaporkan berkata, penyatuan kedua-dua parti itu sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam berdasarkan tuntutan al-Quran antaranya melalui ayat 13 surah Asy-Syura memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan. Dalam kenyataannya, Ahmad Fadhli turut menggesa Dr Juanda memberi komen mengenai hukum kerjasama Umno dengan MCA apabila presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek didakwa berkata parti Cina itu boleh menerima kehadiran PAS dalam BN dengan syarat parti Islam itu menggugurkan agenda perjuangan Islam. " Utusan Malaysia selaku akhbar yang membela agama, bangsa dan negara juga boleh turut mengulas isu ini. Jika pihak mufti Perlis berminat untuk mendapatkan kenyataan ini, saya sedia membekalkan salinan laporan akhbar New Straits Time pada 2 Mei 1 yang lalu di muka surat 9 untuk rujukan pihak mufti Perlis. "Atau saya menukilkan semula bahasanya untuk rujukan: However, party president Datuk Seri Chua Soi Lek said PAS had to first set aside its agenda to turn the country state into an Islamic State before it could sit down and talk with Umno about any possible return to the Barisan Nasional fold..." "Begitu juga dengan cadangan MCA untuk menyaman kerajaan negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi, apakah hukumnya Umno selaku rakan kongsi MCA dalam BN membisu seribu bahasa?" soalnya. Oleh itu, sambil bersangka baik terhadap Dr Juanda ( kiri), Ahmad Fadhli menganggap kenyataan mufti Perlis itu "separuh masak atau sengaja dilaporkan separuh masak" bagi meletakkan persepsi bahawa beliau menghentam pihak tertentu khususnya di dalam PAS yang menentang penyatuan PAS-Umno. Justeru, Ahmad Fadhli berharap agar mufti Perlis itu dapat mengemukakan pelan cadangannya secara terperinci agar semua pihak dapat memahami kenyataan beliau dengan jelas. Malaysiakini/- | Petrol RON 97 naik 20 sen lagi Posted: 04 May 2011 03:29 AM PDT 30 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.
Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini. RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter. Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.
Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.
Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.
Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97. RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter. | MUKTAMAR PEMUDA PAS PERAK KALI KE 28 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA. Posted: 04 May 2011 02:00 AM PDT 30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Muktamar Tahunan kali ke 28 Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah selesai diadakan pada 1 Mei 2011, Ahad bertempat di Dewan Tuan Guru Haji Samad Noh Markaz PAS Negeri, Air Kuning Bukit Gantang.
Majlis Perasmian berlangsung pada jam 9.30 pagi dimulai dengan nyanyian lagu tema PAS dan lagu Al Amal. Kemudian diteruskan dengan bacaan ayat suci al Quran. Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss, Pengarah Panitia Muktamar Tahunan DPPNK ke 28 kemudian diikuti dengan ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, AFadhil Ustaz Zawawi Abu Hassan dengan tema
" Pemuda Nadi Rakyat" majlis diteruskan dengan ucapan wakil perhubungan PAS Perak Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain selaku Pesuruhjaya PAS Negeri,seterusnya wakil dari dewan pemuda pas pusat, sdr Ahmad sabki yusof , seterusnya majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad Sabu.
Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak berlangsung dengan begitu baik dan jayanya, seluruh pemerhati perwakilan dan piminan dapat telah memberikan komitmen yang terbaik bagi menjayakan muktamar ini.
Pemilihan Jawatankuasa DPPNK yang baru juga telah berjalan dengan baik, seluruh perwakilan telah menunaikan amanah mereka untuk memilih kepimpinan pemuda PAS negeri bagi sesi 2011-2013.
Berikut adalah senarai Saf Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bagi Sesi 2011-2013.
Pengerusi Tetap : Ustaz Mohd Nuri Endut Tim. Pengerusi Tetap : Sdr Khalilul Rahman Abd Samad
Ketua Pemuda : Ustaz Zawawi Hassan Timbalan Ketua Pemuda : Dr Raja Ahmad Iskandar Naib Ketua Pemuda : Ustaz Khairi Jamaluddin
Ahli Jawatankuasa 1. Ustaz Mohd Hafez Sabri 2. Ustaz Abdul Fattah 3. Ustaz Akmal Kamaruddin 4. Ustaz Nazri Din 5. Ustaz Fakhrulrazi 6. Sdr Mohd Hakim 7. Ustaz Ismi 8. Ustaz Azmin 9. Sdr Aidil Abd Aziz 10.Sdr Firdaus
Pemeriksa Kira-Kira 1. Sdr Nik Nor Azman 2. Sdr Azhar Rifa'ie
Selain itu, 4 anugerah jasamu dikenang juga telah diberikan kepada 4 orang bekas exco yang telah bersara dari pentas pemuda, mereka ialah, Ustaz Nuri Endut, Sdr Ridwan Rasyid, Sdr Aminuddin dan Sdr Nik Nor Azman.
Selain itu angerah keseluruhan bagi pemuda kawasan terbaik telah dimenangi oleh Pemuda PAS kawasan Tambun, bagi anugerah PASTI dan pengurusan Blog terbaik juga dimenangi Pemuda PAS kawasan Tambun, bagi anugerah system UKJ terbaik dimenangi pemuda PAS kawasan Kampar dan anugerah jabatan amal terbaik telah dimenangi Pemuda PAS kawasan Gerik.
Diharapkan seluruh Pemuda PAS Perak, mengekalkan momentum Tarbiyah, Dakwah dan siasah bagi berhadapan apa jua cabaran dan rintangan untuk menggapai kemenagan buat perjuangan Islam di Perak ini.
mohd hafez sabri | |
Peghelih La... Posted: 04 May 2011 11:41 PM PDT Dr Juanda jangan gopoh Posted: 04 May 2011 09:52 PM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR, 5 Mei: PAS terkejut dengan kenyataan Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis yang mengatakan siapa yang menghalang penyatuan PAS dan Umno adalah pengkhianat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) menasihatkan Sahibussamahah itu jangan terlalu gopoh memberi pandangan mengenai perkara itu.
Perlu diingatkan, katanya sebarang pandangan yang keluar daripada orang agama ia mempunyai implikasi yang besar kepada orang awam.
Beliau berkata, sepatutnya sebagai seorang mufti perlu berpegang kepada disiplin untuk mengeluarkan sebarang kenyataan, antaranya ialah perlu memahami tasawwur (gambaran sebenar) perkara yang hendak dihukum, barulah ia mendapat natijah yang betul.
"PAS bimbang kenyataan ini akan diperalatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, terutama Umno yang akan menjaja pandangan ini bahawa Umno hendak kepada perpaduan, yang tidak mahu kepada perpaduan ialah PAS, sehingga rakyat nampak PAS jahat, manakala Umno baik," ujarnya kepada Harakahdaily
PAS, jelasnya tegas dengan prinsip bahawa penyatuan yang tidak berlandaskan kepada prinsip Islam, seperti bersatu dengan parti yang jelas mengkhianati amanah rakyat selama mereka memegang tampuk kuasa 54 tahun.
Katanya, ketika bercakap soal perpaduan Melayu dalam masa yang sama tabiat jahat tidak pernah dibuang, seperti diskriminasi pada Kelantan mengenai tuntutan royalti minyak.
"PAS menasihat kepada Sahibussamahah supaya menggunakan platform Mufti untuk menasihat pemimpin Umno BN supaya kembali kepada penghayatan agama dan laksanakan amanah dengan baik.
"Tegur mereka supaya tidak zalim kepada rakyat yang berlainan ideologi," ujarnya. | |
n12selinsing Posted: 04 May 2011 09:18 PM PDT PEMILIK BIMBANG DENGAN MENDAPAN BANGUNAN Posted: 04 May 2011 07:16 PM PDT Kuala Gula; 4 Mei 2011, Pemilik bangunan rumah kedai di Taman Bersatu, Kuala Gula melahirkan rasa resah dan kebimbangan mereka kerana berlaku mendapan yang serius terhadap bangunan yang baru 3 tahun diduduki. Menurut pemilik lot bangunan tersebut Lim Chong Kheng, bangunan yang telah mendapat CF pada April 2008 itu telah dikesan berlaku keretakan pada bangunan sebelum CF dikeluarkan lagi, setelah mengadu kepada pemaju, pihak kontraktor hanya menampal sahaja keretakan tersebut dan mengecatnya semula bangunan tersebut bagi menghilangkan kesan keretakan. Selepas setahun keretakan kembali berulang dan sehingga kini keadaannya semakin membimbangkan kerana keadaan bangunan tersebut jelas nampak melengkung ke bawah apabila dilihat dari jarak jauh. Menurut Mr Ong Sooi Tow yang mewakili pemilik bangunan tersebut, pihak mereka telah menghantar surat kepada pemaju bagi memaklumkan masalah tersebut, namun sehingga kini tidak ada sebarang tindakan dari pihak yang berkenaan. Keadaan di hujung bangunan yang nampak naik sehingga 3 inci dari tapak asal bangunan Keretakan jelas kelihatan di bahagian tengah bangunan Tiang bangunan juga mengalami masalah keretakan yang serius Mr Ong Sooi Tow menerangkan sesuatu kepada YB Husin | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 04 May 2011 09:12 PM PDT Anwar Ibrahim di Jelebu N.Sembilan 8 Mei 2011 Posted: 04 May 2011 08:25 PM PDT SIRI JELAJAH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM KE NEGERI SEMBILAN 8 MEI 2011 (AHAD) PROGRAM 1 7.00 -8.30 mlm - Solat Maghrib / Hajat dan Tazkirah Dato Seri Anwar Ibrahim (lokasi : Surau Kampung Petaseh, Jelebu) PROGRAM 2 8.00 - 11.00 mlm - Jamuam Makam Malam bersama Masyarakat Tionghua dan Pengundi (lokasi : Pekan Simpang Pertang, Jelebu) Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YB Dato' Kamarul Baharin Abbas 3. YB Elizabeth Wong Keat Ping 4. YB Hee Loy Sian 5. YB Anthony Loke Siew Fook PROGRAM 3 9.00 - 12.00 mlm - Ceramah Perdana (lokasi : Kampong Pilah Tengah, Kuala Pilah) Penceramah : 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YB Dato' Kamarul Baharin Abbas 3. YB Anthony Loke Siew Fook 4. YB Shuhaimi Shafie 5. YBhg Zulkefly Muhammad Omar 6. YBhg Siti Aisyah Sheikh Ismail MENGOMBAK KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT DI NEGERI SEMBILAN! Sumber dari Blog Ahli Parlimen Telok Kemang YB Dato' Kamarul Baharin Abbas di http://telokkemang.blogspot.com/2011/05/siri-jelajah-dato-seri-anwar-ibrahim-ke.html | PAS selami masalah orang Asal di Jelebu, N.Sembilan Posted: 04 May 2011 06:56 PM PDT Kuala Klawang, Jelebu - 4 Mei 2011 - PAS MTD Klawang meneruskan program "Masih Ada Yang Sayang" untuk siri yang ketiga. Pada kali ini PAS MTD Klawang telah merentasi batasan kaum dengan menyalurkan sumbangan dan bantuan kepada kaum Tionghua di Pekan Kuala Klawang dan Orang Asal di Kg Kelaka, Ulu Klawang. Di kampung orang asal iatu Kg Kelaka, Ulu Klawang PAS telah menyumbangkan sebuah kerusi roda dan juga bantuan makanan kepada Puan Hema anak Lebek. Puan Hema mempunyai seorang anak OKU. Turut menerima sumbangan adalah Wok Binti Panglima Dalam dan Debok Binti Panglima Dalam. Puan Wok dan Puan Debok adalah warga miskin orang asal dan tidak ada tempat untuk bergantung. Pada program "Masih Ada Yang Sayang" kali ini sumbangan disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Saudara Zulkefly Mohamad Omar dan juga YB Hj Taufek Ghani, ADUN (PAS) Paroi sempena lawatan kerja Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan ke Daerah Jelebu. Yang Dipertua PAS Kawasan Jelebu Hj Kateran dan juga Timbalan YDP Hj Jamalus Mansor turut hadir dalam program ini. MENGOMBAK KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT DI JELEBU ! Sumber : http://orangklawang.blogspot.com/2011/05/masih-ada-yang-sayang-siri-3.html | Temui Bob Lokman di Lenggeng 10 Mei 2011 Posted: 04 May 2011 02:17 AM PDT | Berpaut pada dahan reput Posted: 04 May 2011 12:13 AM PDT Sinar Harian 4 Mei 2011 SEREMBAN – Kegembiraan 11 sahabat menghabiskan cuti umum dengan bermandi-manda di hutan rekreasi Sungai Gunung Berambun, Pantai, di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa, S. Sasitharan dikatakan tergelincir dan tenggelam ke dalam air sebelum dibawa arus deras. Rakan mangsa dikenali sebagai Ariaran, 26, berkata, mereka tiba di tempat itu kira-kira 12.30 tengahari. Menurutnya, semasa mereka sedang berseronok bermain air, paras air di sungai berkenaan secara tiba-tiba naik mendadak. "Pada awalnya memang paras air hanya pada lutut kami. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, paras berkenaan tiba-tiba naik secara mendadak hingga paras dada selain mengalir deras walaupun cuaca tidak hujan. "Kami terkejut dan segera mahu naik ke atas tebing dengan berpaut pada tali kabel di sekitar kawasan terbabit. "Tetapi Sasitharan berkata, dia mahu mengambil begnya terlebih dahulu. Bagaimanapun, dia tidak sempat dan kami nampak dia tenggelam sebelum dihanyutkan arus deras," katanya. Menurutnya, sejurus naik ke tebing, dia terkejut melihat mangsa berada dalam jarak kira-kira 50 meter tenggelam dan sempat berpaut pada sebatang dahan pokok reput. "Kami kemudian segera membaling kayu untuk cuba menariknya dari situ, namun masih gagal dan mangsa terus dihanyutkan arus berkenaan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Sementara itu, Ketua Balai Bomba Rahang, Zakaria Ahmad berkata, sepasukan anggota membabitkan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rahang dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan. "Kita menyelamatkan kesemua mereka ke tempat selamat. Manakala, mangsa yang hanyut itu kita jumpai dan dibawa ke darat kira-kira 8.50 pagi tadi (semalam)," katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9047427.asp | Anwar Ibrahim di Kuala Pilah 8 Mei 2011 Posted: 03 May 2011 11:28 PM PDT MENGOMBAK KEMENANGAN KUALA PILAH Tarikh : 8 Mei 2011 (AHAD) Jam 9 malam di Kg. Seri Pilah, Senaling, Kuala Pilah, N.Sembilan Bersama : Dato' Seri Anwar Ibrahim Turut serta : Azmin Ali, Saifuddin Nasution, Zuraida Kamaruddin, Dato Kamarul Baharin Abas, Zulkefly Omar, Anthony Loke dan Zaharuddin Othman Anjuran Parti keADILan Cabang Kuala Pilah Semua dijemput hadir Sumber http://jemapohku.blogspot.com/2011/05/mengombak-kemenangan-kuala-pilah.html | Masalah ketiadaan air yang berlarutan di Felda Raja Alias Posted: 03 May 2011 09:37 PM PDT Masalah ketiadaan air yang berlarutan di Felda Raja Alias Aduan Rakyat, 3 Mei 2011 Saya penduduk kawasan FELDA Raja Alias yang bertempat di Bandar Sri Jempol, Negeri Sembilan. Masalah ketiadaan air yang berlarutan merunsingkan penduduk kampung. Masalah ini sudah melanda hampir setahun. Kawasan kami sering kali terputus bekalan air sehingga 2-3 hari berturut-turut dan sehingga 1-2 kali seminggu. Bekalan air cuma ada 2-3 hari sahaja seminggu. Kerja-kerja harian seperti membasuh, mandi, dan memasak terganggu sama sekali. Lebih menyedihkan lagi, terlalu jarang sekali JBA Negeri Sembilan menghantar bekalan air ke kawasan kami apabila masalah bekalan air terputus berlarutan. Contohnya 26 april 2011, sudah 2 hari kawasan kami terputus bekalan air dan tiada tanda2 bantuan. Kami berharap masalah ini dapat diatasi oleh pihak kerajaan. Kerajaan malaysia mengutamakan slogan satu malaysia dan melebihkan rakyat, Oleh itu, sy berharap sangat aduan saya dapat mengatasi masalah kami.. insyaAllah… terima kasih. Sumber Aduan Rakyat : http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-ketiadaan-air-yang-berlarutan-di-felda-raja-aliasHimpunan pelbagai masalah air di Negeri Sembilan bertajuk BN gagal tangani masalah air di N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html | |
Dr Azman Ibrahim Posted: 04 May 2011 07:54 PM PDT |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 04 May 2011 07:46 PM PDT PIBG 'Cekik Darah'? Posted: 04 May 2011 08:12 AM PDT Ramai ibubapa para pelajar merungut mengenai sumbangan yang dikenakan oleh pihak PIBG Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran (SKAC). Menurut mereka yuran PIBG telahpun dibayar semasa pendaftaran kemasukan pada awal tahun dahulu. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. "PIBG cekik darah!" kata mereka.
Bagaimana perkara seperti ini boleh terjadi? Inilah akibatnya kalau kalau institusi milik kerajaan dipolitikkan oleh Umno-BN. Justeru Dewan Pemuda PAS Ampang menyeru masyarakat dan pengundi segenap lapisan agar menumbangkan Umno dan Barisan Nasioanal dalam pilihnraya umum akan datang atas nama pejuangan menyelamatkan Malaysia bumi tercinta.
| |
PAS Kawasan Miri Posted: 04 May 2011 07:45 PM PDT PAS Miri Berjaya Menyatukan Semua Kaum Di Sarawak Posted: 03 May 2011 11:39 PM PDT PAS Miri Go Towards The concept of "Pas for All" Picture shown that Mr Yeo received Laksamana Cheng Ho Award from Dato Husam MusaPAS Miri conducted 2nd Annual General Meeting last Monday, 2nd May 2011 at Gymkhana Club MainHall. The meeting was attended by 120 delegates from 6 branches of PAS in Miri includes Senadin, Pulau Melayu, Pujut Adong, Tudan, Pujut and Piasau. In addition, more than half of delegates come from PAS Supporter Club lead by Chairman, Mr John Barah Aning and Secretary, Mr Yeo KH.In the event,Mr Yeo was being elected as Laksamana Cheng Ho Award recipient in recognition on his comitment towards the implementation of PAS for ALL Concept in Miri. The meeting was officiated by YB Husam Musa, Kelantan Exco. In his speech, he repeats the comitment of PAS towards strengthens Pakatan Rakyat and call the invitation by Najib as a desperate move by the PM. The recent Sarawak Election,particularly in Miri, the good and strong comitment by PAS to asssit his counter part DAP and PKR has show a good result that resulted capturing Pujut and Piasau. He also stress the importance of PAS to conitnue its agenda for to support the welfare of people especially the poor basic aminities,Land Issues,clean and fair government towards the two-system party. The meeting also sees that Haji Jofri Jaraiee and Engr Khairulnizam Yob were given the mandate to lead PAS Miri for the next term till 2013. Few resolutions passed thru the meeting. First; PAS Miri was offer itself to represent Pakatan Rakyat in next Parliamentary Election to forecast the PAS for ALL Concepts and a true spirit of Pakatan Rakyat in term of "setiakawan"@ cooperation after giving away the state seat to DAP and PKR recently. Only with the true friendship and cooperation will succeed the Pakatan will for Putrajaya. Others resolution passed also includes the strengthen focus of PAS miri towards increasing the support by double-up the branches includes Sibuti Parliamentary seats and focus towards welfare program includes longhouses and rural area. PAS Miri Malay version PAS Miri Menuju ke Arah Konsep "PAS for All"
PAS Kawasan Miri buat kali kedua telah mengadakan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Miri di Dewan Serbaguna Kelab Gymkhana Miri pada 2 Mei 2011 bersamaan 28 Jamadil Awal 1432 H. Mesyuarat telah dihadiri lebih 120 perwakilan dari seluruh Dewan Pemuda,Muslimat dan 6 Cawangan penaja sekitar Miri. Lebih manis buat julung kali perwakilan Dewan Himpunan Penyokong PAS Miri turut hadir diketuai sendiri Ketua DHPP ,En John Barah Aning dan Setiausaha,Encik Yeo. Encik Yeo sendiri turut terpilih penerima Anugerah Khas Laksamana Cheng Ho atas keaktifan beliau menambah keahlian DHPP seramai 70 orang di Miri. Majlis disempurnakan perasmiannya oleh YB Haji Husam Musa. YDP PAS Miri,dalam ucapan pembukaan,mengingatkan jentera PAS Miri untuk kembali fokus kepada perjuangan yang lebih besar ,iaitu dakwah dan siasah menjelang Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Biarpun peranan PAS Miri pada PRDUN Sarawak dahulu tidak melibatkan sebarang kerusi ditandingi di Miri,PAS Miri telah menunjukkan komitmen dan gerakerja tersusun bagi membantu rakan rakan Pakatan Rakyat sehingga membolehkan 2 kerusi Dun Miri dimenangi oleh Pakatan Rakyat yang ditandingi oleh DAP.Beliau mengingatkan semua ahli meneruskan kerja untuk mendapatkan seramai ahli peringkat Cawangan bagi memastikan momentum perkembangan ini berterusan. Haji Husam menegaskan, dalam ucapan perasmiannya agar PAS Miri menggunakan sepenuh kekuatan yang ada bagi merealisasikan PAS for ALL dan betapa indahnya ISLAM sebagai panduan hidup bagi masyarakat pelbagai kaum di Sarawak ini. Dengan prestasi dan penerimaan baik penduduk setempat,beliau mengharapkan usaha ini diteruskan khas di peringkat pendalaman bagi menyebarluaskan ISLAM dan PAS. Usul utama yang diluluskan sebulat suara oleh perwakilan adalah untuk mendesak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk memberi laluan kepada PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat bagi kerusi parlimen Miri bagi menterjemahkan konsep setiakawan Pakatan dan 'PAS for ALL' di bumi kenyalang ini. Dengan kemunculan aktif DHPP Miri di bandaraya ini,potensi PAS bagi meraih kemenangan adalah begitu cerah sekali. Mesyuarat kali ini juga menyaksikan ,Tuan Haji Jofri dan Engr. Khairulnizam sekali lagi diberi amanah memimpin PAS Kawasan Miri bagi sesi 2011-2013. www.pas-miri.blogspot.com | Pengguna Kenderaan Lama Lega Dengan Kenyataan Bank Negara!!! Posted: 03 May 2011 07:56 PM PDT Bank Negara wants lower insurance costs for old vehicles
By LEE YEN MUN - yenmun@thestar.com.my PETALING JAYA: Owners of cars and motorcycles that are 10 years or older will now be able to get insurance coverage without having to pay a loading of 200% to 300%. This follows a new Bank Negara ruling for all insurance companies to provide coverage with immediate effect. They are no longer allowed to implement loading fees provided the vehicles are roadworthy. In an announcement which takes effect immediately, Bank Negara said the vehicles concerned had previously been grouped as "displaced vehicles" or deemed high-risk vehicles. "Those with displaced vehicles that are currently underwritten by the Malaysian Motor Insurance Pool will no longer be subjected to the loading imposed on high-risk vehicles," said a Bank Negara statement yesterday. It added that these vehicles would only be required to undergo annual roadworthiness checks at Puspakom. Sources said yesterday that the move was made following steps taken previously by insurance companies to charge owners of old vehicles between 200% and 300% above the normal market premium rates. Prior to this, a vehicle's age on the road was used as the yardstick to categorise its insurance risk, which in turn affects its premium rate. The announcement yesterday came about a month after Bank Negara issued a directive on third-party insurance under its New Motor Cover Framework. It reportedly said that for third-party cover, those owning motorcycles of 110cc would have to pay a premium increase of between RM1 and RM3.50 per year, or a maximum of 30 sen a month, over the next four years. For private cars of 1,400cc, the premium adjustment would be between RM6 and RM34 per year (a maximum of RM2.80 per month) over the same period. The announcement in March had come under fire from consumer associations and politicians from both sides of the divide, including MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. The groups believed that the increase in premiums would burden consumers from the lower income bracket, who were considered the majority among owners of older vehicles. The framework, to take effect next January, will see an adjustment in vehicle premium rates, which have not been revised since 1978. However, Dr Chua had said that insurance companies should use profits from the comprehensive motor vehicle cover premiums to cross-subsidise third-party cover premiums instead. Bank Negara also added yesterday that insurers were prohibited from compelling their customers to buy non-motor products for the sale of a motor insurance. This includes the purchase of personal insurance as a pre-requisite or complementary to a purchase of vehicle insurance. English version Press Statement Insurance for Old Vehicle should be lowered long time ago
Referring to a press release from Bank Negara wants lower insurance costs for old vehicles. PAS and the vehicle users who are pressed for an expensive insurance payment by insurance companies to lower the price of insurance for the vehicle more than 10 years are pleased with the announcement of the Bank Negara. The users have been too long burden by this insurance company who charge the old vehicles with higher costs. PAS representative and the others representative has done their responsibility in the last parliament debate regarding on the insurance costs for the old vehicles issue. It was also an achievement for the users as demanded for the insurance companies to lower prices of old vehicles insurance which is too expensive. To make the claim successfully the users or the people must work together so that what ever we want in future will be fulfilled by the relevant authorities. This is what we called the people (rakyat) power. PAS Miri Kenyataan Media – Insurance Kenderaan lama sepatutnya turun lama duluMerujuk pada kenyataan akhbar dari Bank Negara yang ingin bayaran insurans yang lebih rendah untuk kenderaan lama. PAS dan pengguna kenderaan lama yang ditekan selama ini untuk pembayaran insurans mahal oleh syarikat insurans untuk menurunkan harga insurans untuk kenderaan lebih dari 10 tahun sangat senang dengan pengumuman Bank Negara. Para pengguna sudah terbeban terlalu lama oleh syarikat insurans yang menghendaki kenderaan lama dengan kos yang lebih tinggi. Wakil PAS dan wakil yang lain telah melakukan tanggung jawab mereka dalam debat di parlimen yang lalu berkaitan dengan masalah kos insurans untuk kenderaan lama. Itu juga merupakan kejayaan bagi para pengguna seperti yang diminta untuk syarikat insurans menurunkan harga yang lebih rendah daripada insurans kenderaan lama yang terlalu mahal. Untuk membuat tuntutan berjaya pengguna atau orang ramai harus bekerjasama sehingga apa yang kita inginkan di masa depan akan dipenuhi oleh pihak yang berwajib. Inilah yang kita sebut sebagai kuasa pengguna (rakyat). Pas Miri | |
Khalid Samad Posted: 04 May 2011 07:41 PM PDT Respon Pengunjung Mei Posted: 04 May 2011 08:17 AM PDT Kali ini saya ingin mengambil kesempatan untuk memberikan respon kepada komen di blog saya ini. Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf, kerana terlalu sibuk dengan pelbagai program lain termasuk Pilihan Raya Sarawak, maka saya tidak sempat memberi respon ini lebih awal. Begitu juga, saya dapati banyak komen-komen yang sememangnya memerlukan saya memberikan respon, tetapi oleh kerana kesuntukan masa, hanya 3 komen sahaja yang akan sempat saya ulas. Berkata BJ berhubung Respon Pengunjung Februari (II): "Adakah ini lesen utk PAS berperang dgn UMNO sehingga sanggup bersekongkol dgn DAP yang jelas menolak Islam? Dimana YB nk sembunyikan ayat Al-Quran -> Innamalmukminu na ikhwatun...iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah...maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat (Ayat 10 Surah Al-Hujarat). Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai... Kenapa PAS tidak mengambil ayat ini utk menyambut salam perpaduan UMNO? Mereka Islam, mengakui kewujudan Allah, rukun iman rukun Islam, mengucap kalimah syahadah sama juga seperti org2 PAS. PAS melaungkan keadilan yaitu meletakkan sesuatu pada haknya. Apakah ayat ini tidak cukup utk PAS melaksanakan keadilan pada UMNO? Di sinilah sebenarnya keadilan yang PAS tak pernah nampak. Jika PAS berdendam dgn UMNO ketika krisis thn 70an dulu...ingin saya katakan sekali lg...dlm Islam dosa tidak diwarisi malah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa bermaaf-maafan sesama muslim. Nik Aziz mungkin sudah lupa ajaran Islam yg ini." Terima kasih saya ucapkan pada BJ. Jawapan saya pula adalah seperti berikut: - PAS sememangnya tidak pernah menolak persaudaraan sesama Islam. Itulah sebabnya PAS mengajak ahli-ahli UMNO meninggalkan UMNO yang berjuang atas dasar politik selain dari Islam dan menyertai PAS. Supaya dengan itu lebih kukuh pegangan mereka terhadap agama Islam di mana politik adalah berasaskan Al-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qiyas.
- PAS telah berkali-kali menasihati UMNO dan pimpinannya supaya berdamai di atas dasar Islam dengan sama-sama patuh kepada perintah Allah tetapi seruan tersebut, apatah lagi semasa BN kukuh, dijawab dengan penuh kezaliman. Royalti minyak Terengganu dirompak semasa PAS memerintah Terengganu dan Royalti minyak Kelantan yang 98% orang Melayu beragam Islam terus dinafikan higga ke hari ini.
- Ayat Al-Imran 103 menuntut kita berpegang teguh kepada tali Allah dan jangan bercerai berai. Ini membawa maksud, sesiapa yang melepaskan tali Allah itu, iaitu Al-Quran dan Sunnah, maka merekalah yang merupakan punca kepada pepecahan di kalangan ummat Islam.
- Tidak, TGNA tidak lupa. Hanya TGNA, seperti kami, tidak nampak adanya perubahan dalam UMNO sejak tahun 70an. UMNO hanya ingin berbaik apabila mereka tersepit dan masih enggan melepaskan pegangan mereka terhadap politik sekular dan perkauman. Video seks yang memfitnah DSAI, tuduhan Liwat 1 & 2 merupakan bukti bahawa politik UMNO politik yang korup dan menjijikkan. Oleh yang demikian, mereka perlu meninggalkan politik ini dan kembali kepada politik Islam.
Berkata Anonymous berhubung Bible Bahasa Melayu: Di Antara Kepimpinan dan Ketuanan: " Tuan... kenapakah Tuan suka menakwil ayat Al-Quran separuh jalan?... tidak ditakwil menurut konteks?... "Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?" Dan Surah Al-Maidah ayat 72-73 : [72] Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim". [73] Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. ...Apakah Tuan masih mahu meneruskan seruan tuan?... minta tolong diperjelaskan... Saya ucapkan terima kasih pada Anonymous di atas teguran beliau. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang dirujuk olehnya dalam komennya terhadap tulisan saya berhubung isu tersebut. Hanya saya rasa memadai dengan yang di atas kerana respon saya masih tetap sama. Saya sebenarnya tidak 'menakwil' atau mentafsir ayat-ayat tersebut separuh jalan atau di luar konteks. Perkara yang saya ingin sampaikan adalah berdasarkan ayat-ayat tersebut, bahawa masyarakat Yahudi dan Nasrani menggunakan kalimah 'Allah'. Sememangnya apa yang mereka nyatakan ditolak Islam; tetapi hakikatnya mereka menggunakan kalimah 'Allah'. Itu sahaja ingin saya sampaikan dan dengan tuan menampilkan ayat-ayat yang sama ianya mengukuhkan hujjah saya. Al-Quran tidak melarang mereka menggunakan kalimah itu tetapi menjelaskan bahawa kepercayaan mereka terhadap Allah adalah tidak benar. Mereka dakwa Isa adalah anak Allah, Islam mengatakan tidak, Nabi Isa (AS) adalah hanya seorang Rasul Allah. Namun mereka gunakan kalimah Allah. Oleh itu, kalau tuan boleh membuktikan bahawa mereka tidak menggunakan kalimah 'Allah' berdasarkan ayat-ayat tadi, saya sanggup melihat 'takwil' tuan. Pejuang PAS berkata berhubung Persoalan Penyelusupan dan Jamaah Dalam Jamaah: "Masalahnya YB usaha-usaha ini jelas. Mesyuarat sebelum mesyuarat, mesyuarat dalam mesyuarat, mesyuarat lepas mesyuarat dsb. Selain itu usrah di tempat2 tertentu dalam membentuk perancangan tersendiri yg bercanggah dgn keputusan syura jamaah. malah kerja membocorkan rahsia jamaah, mengeluarkan kenyataan yg memecahbelahkan jamaah dan beberapa perkara lagi menjadi bukti yg jelas usaha tersebut masih lagi konsisten. Saya sayang YB sebagai orang lama dalam pas, tapi saya lihat YB sendiri agak cenderung utk menyokong golongan tersebut. Maaf jika saya tersalah". Terima kasih saya ucapkan kepada Pejuang PAS. Sebagai anggota jemaah Islam, maka kita perlu bertindak berdasarkan keputusan jemaah. Apabila saya maksudkan jemaah di sini, saya tidak bermaksud cawangan atau kawasan semata-mata. Saya maksudkan PAS Pusat, lebih-lebih lagi apabila ianya berhubung dengan persoalan disiplin. Seperti yang saya nyatakan dalam tulisan saya itu, jikakalau benar ianya begitu dan ianya sejelas yang digambarkan, maka buatlah aduan rasmi kepada kawasan supaya dibawa ke Negeri dan Pusat dan biarlah mereka yang tertuduh 'dibicarakan' secara adil. Sekurang-kurangnya kita akan mendapat pengesahan rasmi akan kebenaran tuduhan tersebut di mana mereka juga diberi peluang membela diri. Seterusnya, tindakan yang diambil, sekiranya didapati bersalah, akan merupakan tindakan jemaah dan bukan sekadar tindakan individu. Saya khuatir, seperti yang saya nyatakan dalam tulisan saya, ada individu yang dizalimi melalui kempen bisik-bisik ini di mana dia dituduh ini dan itu, tanpa diberi peluang membela diri. Sedangkan pada hakikatnya, kesalahannya ialah dia tidak disukai orang-orang tertentu atau dia dilihat sebagai 'ancaman' kepada orang-orang tertentu. Untuk mengelakkan ini, buat secara 'profesional' dan buat aduan bertulis dengan bukti-bukti yang kukuh. Sekiranya benar, saya percaya bahawa mereka ini akan dinasihati dan kalau ingin terus ingkar, akan dipecat keahliannya. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD | |
DUN PENGKALAN KUNDOR Posted: 04 May 2011 07:29 PM PDT Kematian Osama masih misteri Posted: 03 May 2011 08:14 PM PDT Obama enggan dedah bukti
WASHINGTON - Rumah Putih seakan bermain tarik tali apabila seperti keberatan untuk mengeluarkan foto mayat Osama Laden selepas diminta oleh beberapa Ahli Parlimen bagi menunjukkan bukti jika benar pemimpin kumpulan militan Al-Qaeda itu sudah meninggal dunia, kelmarin.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan dengan angkuh bahawa mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan semua orang mempercayai foto yang dikeluarkan itu adalah benar mayat Osama.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Perumahan, Senator Joseph Lieberman berkata, kerajaan perlu mengeluarkan foto atau rakaman video yang lebih jelas supaya tiada keraguan dan persoalan lain berhubung kesahihan itu akan timbul.
"Kami akan mempercayai berita kematian Osama jika ia disahkan oleh ahli kumpulan Al-Qaeda itu sendiri kerana ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang sedang dilakukan tidak boleh menjadi satu bukti kukuh," menurutnya lagi.
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Rumah Putih, Mike Rogers berkata, mereka yakin telah menembak Osama dan keengganan mereka untuk mengeluarkan foto atau bukti lain berkaitan kematian Osama kerana tidak mahu mencetuskan sebarang masalah.-SH | |
Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara Posted: 04 May 2011 03:36 PM PDT UMNO kini seperti Pungguk Rindukan Bulan Posted: 03 May 2011 03:53 PM PDT 1. Politik tanahair kini menyaksikan UMNO dan BN terus mendendangkan irama lama yang kian sepi tidak dipeduli. Malah seninya kian pudar dan "tone"nya kehilangan sentuhan pitching yang tepat. Persembahan tidak seimbang dan penampilan tampak pincang. Apabila UMNO mengajak PAS sekali lagi menyertai Barisan Nasional dan jikalau PAS tidak mahu menyertai Barisan Nasional, keluar Pakatan Rakyat pun jadilah. Saya lihat UMNO kini seperti Pungguk Rindukan Bulan.
2. Mengatas nama bangsa dan agama, UMNO melalui Presidennya terus mendesak agar PAS menyertai BN atau sekurang - kurangnya keluar Pakatan Rakyat. Jelas agenda mereka hanya satu iaitu mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat yang dilihat semakin utuh atau dalam erti kata lain ialah untuk meretakkan kesatuan dan keutuhan Pakatan Rakyat.
3. Demi bangsa dan agama ! begitulah tone lama yang pitchingnya sumbang. Kononnya PAS tidak boleh bersama DAP kerana DAP menentang perjuangan Islam yang didokong oleh PAS. Tiba - tiba MCA yang menjadi rakan kongsi UMNO di dalam BN bingkas memberi amaran, jika PAS menyertai BN pastikan PAS tidak memperjuangkan negara Islam. Inilah barangkali suatu contoh tindakan yang pernah disindir oleh Allahyarham P. Ramle sebagai Masuk Angin Keluar Asap.
4. Menariknya, UMNO seperti telah mengiktiraf bahawa perjuangan PAS adalah untuk Islam, justeru itu mereka sangat bimbang kalau - kalau perjuangan suci itu dihalang oleh DAP lantas menggesa PAS keluar dari Pakatan Rakyat kalaupun tidak mahu menyertai BN. Saya mahu ucapkan terima kasih diatas pengiktirafan secara tidak langsung itu setelah sekian lama sejak tahun 51, PAS diitentang serta dibelasah habis - habisan oleh UMNO dan BN lantaran mereka tidak pernah mengiktiraf perjuangan PAS untuk Islam sebelum ini.
5. Setelah saya kemukakan 4 perenggan di atas, isunya terhenti di atas dua point.
Pertama : Demi bangsa dan agama, PAS tidak boleh menyertai Barisan Nasional kerana kompenan kedua besar parti Barisan Nasional MCA telah memberi amaran agar PAS tidak memperjuangkan negara Islam. Sedang DAP melalui pengerusinya Karpal Singh di Konvensyen Pakatan Rakyat yang lalu telah memperlihatkan keterbukaan beliau terhadap dasar perjuangan PAS ini apabila Karpal Singh mengisyaratkan bahawa isu negara Islam boleh dibincang. Sedang DAP memberi isyarat bahawa isu negara Islam boleh dibincangkan, MCA pula membentak keras memberi amaran kepada PAS supaya jangan memperjuangkan negara Islam.
Kedua : Apabila UMNO telah mengiktiraf Islam yang diperjuangkan oleh PAS, lantaran itulah UMNO kelihatan malu malu sayang lalu menggesa supaya PAS keluar Pakatan Rakyat bimbang ianya dihalang oleh DAP. Maka saya berpandangan, amat wajarlah UMNO yang menyertai PAS demi masa depan bangsa dan agama atau sekurang - kurangnya UMNO keluar Barisan Nasional kerana MCA jelas lantang menentang Islam dan penubuhan negara Islam sementara UMNO kini kelihatan sangat berminat dengan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Untuk apa lagi UMNO menahan rasa dan membendung resah bersekongkol dengan MCA.
6. Saya meninjau pandangan umum dari kalangan rakyat awam yang mempunyai akses dengan maklumat ketiga dan rata - rata dalam kelompok yang saya temui mempercayai bahawa kini UMNO dan BN terdesak untuk kembali memulih potensi memiliki dua pertiga majoriti mereka di parlimen. Tiada link kedua melainkan UMNO mesti merencana sesuatu untuk memecahkan kesatuan Pakatan Rakyat ekoran inilah satu - satunya tembok penghalang untuk UMNO dan BN merealisasikan impian mereka.
7. Mengaibkan peribadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyebarkan video lucah kepada umum, pula mendahului siasatan yang adil dan saksama adalah diyakini sebagai sebahagian usaha untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Character assassination ini dilakukan dengan penuh teliti dan terancang. Merentasi kewajaran dan rasional masyarakat bertamadun. Berteraskan prinsip politik Mechavelli "matlamat menghalalkan cara", kini UMNO mencipta satu lagi sejarah hitam politik negara dengan memperkenalkan Politik Lucah yang jijik dan mual.
8. Sebahagian masyarakat pula cepat mengesan bahawa ini tidak lebih dari sandiwara UMNO dan BN apabila tangan kirinya menggapai PAS untuk menyertai mereka sementara tangan kanannya pula siap belati dan sabit bermata dua untuk menikam dan mencincang PAS. Realiti ini jelas diperhati umum, sebagai contoh pilihanraya peringkat negeri Sarawak tempohari, walaupun BN tahu PAS hanya bertanding di 5 kerusi, tetapi Presiden BN yang juga Presiden UMNO terus mengasak dan mengganyang PAS seolah - seolah PAS satu - satunya lawan mereka di Sarawak.
9. Saya tidak bermaksud malah tidak pernah berselera untuk UMNO dan BN menghulurkan simpati kepada PAS sehingga memberi laluan selesa kepada PAS untuk memenangi satu - satu edisi pilihanraya, tetapi apa yang tekankan ialah sikap. Pastinya adab kita mengundang, adab kita mahu berkawan dan sebagainya didahului dengan langkah berbuat baik, beramah mesra dan seumpamanya. Apa yang berlaku, UMNO dan BN terus menunjukkan sikap permusuhan dan dendam politiknya yang berterusan kemudian mengajak PAS menyertai mereka. Jika bukan sandiwara politik maka drama apakah ini ?
10. PAS tidak pernah menolak suatu yang diajar oleh Islam seperti perpaduan ummah dan kerjasama baik demi negara, bangsa dan agama selama mana ia benar - benar dibina di atas landasan Islam. Wajarnya UMNO pula menyertai PAS demi merealisasikan hasrat murni tersebut. Sementelah PAS pernah mempunyai pengalaman menyertai Perikatan suatu ketika dahulu, kini eloklah UMNO pula mengambil pengalaman tersebut. Jika UMNO enggan untuk menyertai PAS demi kerana bangsa dan agama maka bagaimanalah UMNO boleh fikir bahawa PAS mahu menyertai UMNO dan BN ?
Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan
Nasrudin bin Hassan Ketua DPP Malaysia | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 04 May 2011 03:18 PM PDT MAMPUKAH DPPWM MENDEPANI 8 BLOGGER PENCACAI WANGSA MAJU Posted: 04 May 2011 02:00 AM PDT Mampukan DPPWM blogspot mendepani blogger pencacai angkat tahi UMNgOk Wangsa Maju? Puak-puak ni ketuai oleh Gelombang Wangsa Maju. Gelombang Rakyat, Badut Rakyat dan Malay Delima. Kalu dilihat jumlah blogger pencacai angkat tahi UMNgOk yang bernaung di bawah Wangsa Maju lebih kurang 7 - 8 termasuk penyebar gambar lucah papa gomok. Hebat betul depa sampai 8 blogger terpaksa bergabung untuk menjatuhkan DDPWM blogspot. Kalu sebelum ini Gerakan Anti Liwat (GELI) yang kononnya memperjuangkan nasib DSAI telah terlingkup dek gara-gara kehebatan DPPWM. Apa pun kami DPPWM masih bersyukur kerana Allah masih memberi kekuatan kepada kami dan berdoa agar segala niat murni kami untuk menjatuhkan puak-puak thoghut di Wangsa Maju dimakbulkan Allah. Amin Ya Rabbal'lamin.
| LEBIH 60 LAPORAN POLIS PASAL AMK .. AWAT JAKIM TAK LAYAN? Posted: 04 May 2011 12:06 AM PDT Sehingga kini lebih 60 buah laporan polis oleh puak-puak yang BODO UMNO telah dibuat terhadap AMK yang didakwa telah membuat huru hara di dalam Masjid Amru Al Asy selepas solat Jumaat untuk adakan program sumpah Mubahalah Dato 'T' Eskay jumaat lalu. Dan puak-puak BODO itu mendakwa perkara ini bukan dalam bidang kuasa polis tetapi adalah dalam ruang kuasa JAKIM dan Majlis Ugama Islam Negeri untuk menyiasat dan mengambil tindakan. Namun sehingga ke hari ini pihak JAKIM dan Majlis Ugama Islam Negeri tidak mengambil sebarang tindakan kepada pihak masjid ataupun AMK itu sendiri kerana program sumpah tersebut tidak mendapat kebenaran pihak JAKIM dan Majlis Ugama Islam Negeri terlebih dahulu sebaliknya hanya memaklumkan kepada pihak AJK masjid. Sepatutnya pihak JAKIM dan Majlis Ugama Islam Negeri perlu mengambil tindakan kepada AJK masjid kerana telah membenarkan puak penyebar filem lucah bersumpah seks di dalam masjid yang dilihat lebih jelas jijik dan kotor perbuatan sumpah tersebut. (contoh laporan polis puak-puak UMNO BODO nie...) | (GEMPAR) YE KE? SIDANG MEDIA DS WAN AZIZAH & NURUL IZZAH Posted: 03 May 2011 08:27 PM PDT
Sidang Media Datin Seri Wan Azizah dan Yb Nurul Izzah
Tarikh : 4 May 2011
Jam : 2 Petang
Tempat: Ibu Pejabat PKR di Tropicana
"Menjawap Fitnah Tuduhan Video Seks terhadap Dato Seri Anwar Bin Ibrahim" | TALIAN HAYAT UMNO KINI PADA PAS.. UMNO GILER TALAK! Posted: 03 May 2011 08:18 PM PDT UMNO Giler Talak!!! Gelaran yang wajar dan patut dikurniakan kepada UMNODewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyifatkan tindakan UMNO yang mempelawa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan duduk bersama dengan BN sebagai tindakan tersepit dan terdesak. UMNO kini ibarat 'orang hampir lemas yang cuba berpaut pada apa sahaja' sedangkan mereka selama inilah yang memburukkan PAS di mata masyarakat dengan pelbagai tuduhan huduh dan menghinakan. Selama ini mereka sombong dengan menganggap mereka sahaja parti terbaik untuk kaum Melayu dan PAS adalah sebuah parti yang sesat serta tidak mempunyai masa depan. Perlu dingat bahawa selama puluhan tahun UMNO hidup dengan membuli dan mengganyang musuh politik mereka. PAS dan lain-lain parti pembangkang tidak pernah diberikan hak dalam pentas demokrasi yang sebenar. Bahkan hampir setiap hari media massa milik mereka memburukkan pemimpin PAS dan PR. Selain itu, hampir seluruh jentera kerajaan dipergunakan semaksima mungkin dalam memastikan pembangkang khususnya PAS terus jatuh terduduk dalam setiap pilihanraya umum dan kecil. Apakah dalam keadaan demikian, UMNO masih terhegeh-hegeh mencari simpati PAS? DPPP mengingatkan bahawa PAS telah melalui pelbagai mehnah dan tribulasi sepanjang jalan perjuangan mereka dalam pentas politik di Malaysia. Bukan sekadar ugutan dan fitnah, bahkan pemimpin PAS pernah di ISA kan, dipenjara, bahkan dibunuh. Ini semua dilakukan oleh pemimpin UMNO yang kononnya mahu memperjuangkan bangsa Melayu. Masih segar dalam ingatan bagaimana tindakan UMNO terhadap kerajaan Terengganu yang majoritinya bangsa melayu pada tahun 1999-2004 apabila dinafikan royalti petroleum hanya kerana mereka diperintah oleh PAS. Begitu juga nasib yang sama diterima oleh Kerajaan PAS Kelantan yang sehingga ke hari ini terpaksa memperjuangkan hak untuk mendapatkan royalti petroleum di mahkamah. Sejarah juga membuktikan bahawa PAS tidak pernah mengkhianati hak orang melayu sebaliknya UMNO lah yang menjadi petualang dalam menghakis hak keistimewaan orang melayu. Apakah kita lupa bahawa biasiswa telah digantikan dengan PTPTN. Bagaimana bantuan sekolah agama rakyat ditarik. Kemana perginya saham bumiputera yang bernilai 52 bilion. Ini semua berlaku kerana UMNO sememangnya tidak pernah memikirkan bagaimana mahu membantu orang melayu sebaliknya menyalahgunakan kuasa yang di amanahkan dengan mengaut keuntungan peribadi. Tindakan mempelawa PAS ini menjelaskan kepada semua bahawa sebenarnya sokongan orang melayu kepada UMNO sudah semakin terhakis. PAS pula dilihat sebagai pengganti yang sesuai bagi orang melayu.Lebih-lebih lagi dengan budaya politik kotor dan keji yang mereka amalkan seperti video lucah seperti yang dipaparkan sekarang. Orang Melayu sudah semakin meluat dengan politik 'Machiavelli' UMNO sehingga sanggup menengepikan syariat Islam. Dalam kes video lucah yang disebarkan hari ini, DPPP mencabar UMNO agar membawa kes ini ke Mahkamah Syariah dan sanggup menghadapi hukuman Qazaf sekiranya mereka terbukti benar. Sebelum ini, bangsa Cina dan India juga sudah semakin hilang kepercayaan kepada UMNO-BN akibat kegagalan BN memerintah Malaysia dengan aman dan adil. Bangsa Cina dan India telah lama membuka mata melihat keabsahan pemerintahan BN yang rasuah, korupsi, kronisme serta bersifat perkauman. Sedangkan PAS bersama PR terus konsisten dengan memperjuangkan keadilan sejagat tanpa mengira bangsa dan kaum serta mengembalikan hak-hak rakyat yang hilang selama ini. DPPP juga melihat tindakan Presiden UMNO yang mempelawa PAS keluar daripada PR dan bersama dengan BN sebagai helah politik semata-mata demi untuk menimbulkan rasa kurang senang dikalangan rakan-rakan di dalam PR. Dan ini juga merupakan jalan terakhir untuk menyelamatkan sisa-sisa riwayat UMNO yang semakin menghampiri penghujungnya. PAS tidak sesekali akan terpedaya dengan umpan UMNO sehinggalah akhirnya Pakatan Rakyat memenangi PRU ke 13. (....mintak nyawa...mintak nyawa..mintak nyawa.. UMNO dah nazak seperti Najib Nazak...) | NAJIB AKUI BLOGGER PR BAKAL GUGAT BN DALAM PRU 13 Posted: 03 May 2011 07:40 PM PDT Pengakuan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak mengenai kewujudan media internet menyukarkan kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak didakwa merupakan alasan dan jawapan terhadap kehilangan kerusi kepada Pakatan Rakyat. Menurut editor di sebuah syarikat media internet, Onn Yeoh, keputusan yang dicatatkan pada pilihan raya umum kali ini menunjukkan kerusi-kerusi di kawasan bandar beralih kepada Pakatan Rakyat membuktikan keberkesanan media atas talian kepada pengundi. "Beliau (Najib) berkata demikian sekadar ingin memberikan alasan kepada kehilangan banyak kerusi BN kepada Pakatan Rakyat," katanya. Presiden Umno itu ujarnya, perlu mencari sebab kehilangan 15 kerusi kepada Pakatan Rakyat daripada sibuk menunding jari menyalahkan media internet yang terhasil daripada ruang demokrasi yang lebih luas terbuka. Tambah Onn Yeoh, media arus perdana bersifat tradisi lebih mudah dikawal oleh BN dalam menyebarkan segala bentuk propaganda dan bahan-bahan kempen. "Kita lihat media internet yang hanya terhad kepada penduduk di kawasan bandar memberikan kesan yang sangat ketara apabila Pakatan Rakyat menang di kawasan-kawasan berkenaan. Jika di kawasan pedalaman dan kampung-kampung, mereka tidak ditembusi liputan internet menyebabkan mereka tidak memperolehi maklumat yang banyak untuk membuat penilaian," ujarnya. Hal tersebut menyebabkan Pakatan Rakyat hanya menang di bandar sahaja dan kalah di kawasan pedalaman. Jelas Onn Yeoh, kawalan yang longgar ke atas media internet sememangnya menyukarkan kejayaan BN untuk membolot lebih banyak kerusi. Terdahulu, dalam satu laporan Bernama, Najib dilaporkan sebagai berkata kemenangan BN di Sarawak amat bermakna memandangkan kesukaran berdepan dengan demokrasi terbuka. Pengerusi BN itu berkata, kewujudan media internet menjadikan ianya lebih sukar untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti besar, seperti yang berlaku di setengah negara kebelakangan ini. ... jadi sahabat-sahabat semua teruskan berkarya dengan memberi maklumat alternatif kepada seluruh rakyat Malaysia... blogger pencacai UMNgOk hanya media UMNgOk untuk sebab gambar lucah je.... media mereka sebenar TV3 suku ngan Utusan Meloya.... | NAJIB DISIKU TG NIK AZIZ... AMIK KAU! Posted: 03 May 2011 05:43 PM PDT TG Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pihak yang menyifatkan dunia lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika". "Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" soal menteri besar Kelantan itu. Kenyataan Nik Aziz itu dipercayai cuba 'menyiku' Najib yang semalam dilaporkan berkata dunia akan lebih selamat dan aman dengan kamatian pemimpin al-Qaeda itu. Perdana menteri juga dilaporkan berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak. Nik Aziz bekata, jika benar Osama dibunuh oleh Amerika Syarikat semalam, sebagai seorang Islam beliau perlu mendoakan rahmat dan keampunan saudara seagamanya itu. "Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Amerika juga pengganas "Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain," katanya dalam satu kenyataan. Mursyidul am PAS itu bagaimanapun menyerahkan kepada Allah berhubung dakwaan keterlibatan Osama dengan keganasan kerana ia disebarkan melalui propaganda yang dipelopori Amerika Syarikat. "Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. "Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti," katanya. | KEMATIAN OSAMA SUATU TEORI KONSPIRASI AS Posted: 03 May 2011 05:36 PM PDT Sejurus selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa ia sudah membunuh ketua rangakain Al-Qeada Osama bin Laden di Pakistan, teori-teori konspirasi mula muncul. Malah, saudara mara mangsa peristiwa 11 September 2001 mengatakan kematiannya yang diumumkan oleh Presiden Barack Obama dalam ucapannya di White House mencetuskan banyak persoalan. Kerajaan AS mengatakan bahawa Osama (gambar) ditembak mati di kepala ketika pasukan elit SEALS tentera laut menyerbu pekarangan awal pagi Isnin lalu (waktu Malaysia) selepas lelaki paling dikehendaki itu membolosi buruan negara berkenaan lebih satu dekad. Bagaimanapun upacara menyemadikan jenazahnya di laut dengan segera di utara Laut Arab dan keengganan pihak berkuasa menunjukkan gambar merancakkan lagi teori-teori konspirasi. Salah satu debat hangat ialah, Osama yang dikatakan sebagai 'alat' CIA sudah lama mati, hanya digunakan sebagai alasan oleh AS untuk menjustifikasikan perang ke atas Afghanistan. Keadaan ini dikongsi oleh aktivis antiperang Cindy Sheehan dan pihak-pihak lain yang meraguinya — dari Indiana sehinggalah di Kabul. "Jika anda percaya kematian terbaru OBL (Osama), anda seorang bodoh," tulis Sheehan di laman Facebooknya. Sheehan, yang memulakan kempen antiperang ke atas bekas Presiden George W. Bush di Texas pada 2005, mempertikaian fakta yang diberikan oleh kerajaan. Dia bertanya bagaimana AS boleh memperoleh hasil DNA dengan begitu cepat, mengapa upacara penyemadian dijalankan dengan pantas dan tiada rakaman video dikeluarkan. Sheehan bukan satu-satunya orang yang mengajukan soalan sedemikian. Laman Yahoo Internet berkata "carian bagi mendapatkan Osama bin Laden tidak mati", "Osama bin Laden masih hidup" dan "bin Laden tidak mati" kelihatan ketara kelmarin. Beberapa rakyat AS terikat dengan teori konspirasi seperti: "Siapa sebenarnya membunuh Presiden John F. Kennedy? Elvis Presley masih hidup! Adakah UFO mendarat di Roswell, New Mexico? Adakah peristiwa 11 September diadakan oleh AS untuk menjustifikasikan perang ke atas Afghanistan dan Iraq?" | BARCELONA SAH KE FINAL JUARA LIGA Posted: 03 May 2011 05:30 PM PDT BARCELONA, 4 Mei — Pasukan Barcelona yang memulakan pusingan kedua dengan selesa menempah tiket perlawanan akhir kejohanan Juara Liga walaupun seri satu gol. Ia yang turun dengan kelebihan dua gol menghabiskan pusingan kedua (awal pagi ini, waktu Malaysia) dengan seri satu gol di Camp Nou. Dengan keputusan hari ini, Barcelona mengatasi Real Madrid dengan kelebihan agregat 3-1 untuk bertemu sama ada Manchester United (MU) atau Schalke pada final 28 Mei ini. Pasukan itu yang pernah memenangi gelaran Juara Liga pada 1992, 2006 dan 2009 - akan mengetahui pencabar mereka awal pagi esok. MU juga akan turun gelanggang dengan kelebihan dua gol di arena Old Trafford. — Agensi | |
masanya memilih jalan yang lurus Posted: 04 May 2011 03:18 PM PDT usamah bin laden: apa selepasnya? Posted: 03 May 2011 10:20 PM PDT Semoga Allah merahmati Usamah Bin Laden, menghimpunkannya bersama para syuhada’ di jalan Allah di sepanjang zaman, diketuai Hamzah bin Abdul Muttalib radhiaLlahu anhu. Orang yang hidup sepertinya tiada mengingini selain terbunuh syahid di tangan musuh Allah yang ditentangnya habis-habisan. Semoga Allah mengurniainya kemuncak keinginannya di dunia dan di akhirat. Di dunia, dia mahu Amerika menjadikannya [...] | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 04 May 2011 03:08 PM PDT DULU TAKUT 'ISLAM' KINI TAKUT 'RAKYAT' ? Posted: 04 May 2011 02:20 AM PDT Kementerian Dalam Negeri menolak penggunaan perkataan "rakyat" bagi akhbar harian Utusan Rakyat yang dipohon. Komen : Dulu perkataan 'Islam' sangat ditakuti dan dicemburui oleh UMNO/BN. Sampai perkataan Islam pada PAS pun hendak dibuang. kan bagus nama Universiti Islam, Pusat Islam dan sebagainya ataupun Parti UMNO Islam atau bla-bla! Ini tidak, asal Pakatan Rakyat punya cadangan dan permohonan semua nak dibantah. Kini perkataan 'Rakyat' pula digaduhkan. Abis nama Bank Rakyat camner pulok? Bagus gak Nurul acah dan gempak skit KDN , kira nak test dan bertaubat atau tidak Kementerian Dalam Negeri ini. Semenjak 2 menjak Hisamudin jaga KDN. Wakil daripada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran memberitahu perkara itu kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari dalam pertemuan di Putraja hari ini. "Kementerian bimbang nama yang dicadangkan harian itu akan mengelirukan orang awam," kata Hata (kanan) dalam sidang media selepas mesyuarat itu. Bagaimanapun, kedua-dua mereka yang merupakan orang penting di belakang penerbitan itu berkata, mereka akan mendesak untuk kekal dengan nama asal yang dicadangkan itu. Nurul Izzah yang juga anggota parlimen Lembah Pantai berpendapat, rakyat patut mendapat penghormatan. NONE"Nama itu (rakyat) sebahagian daripada jatidiri kamu," kata Nurul Izzah (kiri) sambil bertanya pemberita apa perasaan mereka sekiranya terpaksa menukar nama untuk penerbitan masing-masing. Hata pula berkata, beliau menjelaskan kepada kementerian bahawa nama itu mewakili "jiwa" penerbitan itu yang berniat mengetengahkan peranannya yang prorakyat. "Tanpa perkataan rakyat, ia tidak menggambarkan perkara itu. Jadi apa yang kita perlu gelarnya? Utusan aaa, atau Utusan tut," katanya sambil berjenaka. - Mkini. source: http://cenangau.blogspot.com/2011/05/nurul-izzah-masih-tersenyum-rupanya.html#ixzz1LNEdWNO5 | MEMALUKAN PARTI UMNO BILA ADUN PERASUAH MASIH WAKIL RAKYAT ! Posted: 04 May 2011 12:14 AM PDT ADUN Lenggeng masih wakil rakyat, kata Najib K omen : Sepatutnya ADUN Lenggeng digantung bagi menunjukkan wakil rakyat tersebut telah terbukti bersalah. Memang yang bersalah boleh buat rayuan tetapi ini bukan lagui tuduhan atau dakwaan. ADUN ini telah menjalani proses mahkamah dan telah dibuktikan bersalah dan hukuman maksimum telah dijatuhkan apa lagi. Takkan takut Pilihan Raya sanggup Pengerusi BN/UMNO menyimpan wakil rakyat yang sudah dicop bersalah dan perasuah!BALIK PULAU 2 April 2011 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng Mustafa Salim masih lagi wakil rakyat bagi kawasan itu. Katanya, ADUN Barisan Nasional (BN) itu akan membuat rayuan terhadap hukuman yang telah dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen Seremban. Bulan lepas, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 terhadap Mustafa atas kesalahan menerima rasuah daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mendapatkan permit menjual pasir, tiga tahun lalu. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kedudukan ADUN berkenaan, dalam satu sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir. - Bernama | ASTAGFIRULLAH ! KEMATIAN SAUDARA SEISLAM DIKATAKAN AMANKAN DUNIA ? Posted: 03 May 2011 08:08 PM PDT Najib Razak berharap kematian pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden yang terbunuh dalam satu serangan tentera Amerika Syarikat (AS) hari ini akan membuatkan dunia menjadi lebih aman, selamat dan adil.Najib juga berharap kematian Osama akan dapat memulihkan semula nama baik Islam yang tercalar ekoran imej negatif dibawa oleh pengasas al-Qaeda itu. Beliau bagaimanapun mengingatkan kepada semua pihak bahawa meskipun kematian Osama memberi tamparan hebat kepada al-Qaeda, namun itu tidak bermakna pergerakan tersebut akan terkubur sama sekali sebaliknya ia tetap boleh disusun serta digerakkan semula. "Kita tidak boleh anggap segala-galanya telah tamat ekoran kematian Osama tetapi jelas kehilangannya merupakan satu kehilangan bagi pihak al-Qaeda terutama dari segi kekuatan kepada pergerakan itu. KENYATAAN NAJIB BERHUBUNG DENGAN OSAMA KURANG TEPAT – PERSATUAN ULAMA MALAYSIAPersatuan Ulama Malaysia (PUM) menyifatkan kenyataan Najib Razak bahawa kematian Osama Ben Laden akan menjadikan dunia ini lebih selamat dan aman, sebagai kurang tepat. Keadilan Daily melaporkan Yang Dipertua PUM,Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, ini kerana Amerika Syarikat sendiri dianggap sebuah negara imperialis yang sentiasa berusaha untuk meluaskan pengaruh mereka ke seluruh dunia, khususnya negara Islam dengan menaja keganasan. "Kenyataan Najib itu mungkin kurang tepat kerana sebenarnya kuasa Amerika sendiri tetap akan meluaskan pengaruh imperialisme mereka ke seluruh dunia yang sebenarnya menggalakkan keganasan itu sendiri," kata Sheikh Abdul Halim. Beliau juga percaya bahawa keamanan dunia tidak hanya bergantung dengan kematian seorang Muslim yang sering dilabel pengganas seperti Osama. "Keamanan ini asasnya adalah keadilan sebagai sebuah idea yang akan menghapuskan penindasan. SALAHUDIN KESAL KENYATAAN NAJIB EKORAN KEMATIAN OSAMA – harakah dailyTindakan Najib Razak seolah-olah bersorak gembira bersama dengan Amerika Syarikat ekoran kejayaan membunuh Osama Bin Ladin tidak disenangi oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub. Bagi beliau, Najib prejudis dan tidak bertanggung jawab ketika membuat kenyataan dunia akan aman selepas kematian Osama tanpa mengambil kira dasar luar Amerika yang berterusan memerangi umat Islam. "Bagi saya, PAS sama sekali tidak toleransi dengan keganasan di dunia, namun kegembiraan Najib seolah-olah bersorak sorai bersama Amerika dengan kematian Osama satu perkara yang tidak boleh diterima oleh dunia Islam. "Imej sebegini sangat buruk di kalangan umat Islam dunia," kata Salahudin. Presiden Amerika, Barack Obama mengumumkan kematian Osama dalam satu serangan tentera Amerika di bandar Obbottabat, 100 km ke utara Islamabad. | TAHNIAH JASAMU DIKENANG ! DESAKAN KESUSAHAN RAKYAT BARU MENTERI PANDANG ! Posted: 03 May 2011 07:32 PM PDT Tahniah kepada desakan dan tekanan kedua-dua Naib Presiden PAS YB Mahfuz dan YB Salahudin terhadap langkah Bank Negara cuba mengenepikan keperluan 3rd Party insuran dan membiarkan premium tinggi bagi kenderaan lebih 10 tahun dan caj tambahan yang menyusahkan.
Perlindungan Insurans Serta Merta Untuk Semua Kenderaan - BNM KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) pada Selasa mengumumkan bahawa orang ramai boleh mendapatkan perlindungan kenderaan dari semua penginsurans am serta Pos Malaysia di seluruh negara serta merta. Langkah ini adalah untuk memastikan semua pemandu mendapat akses kepada perlindungan kenderaan, kata BNM dalam satu kenyataan. Semua penginsurans am bertanggungjawab untuk memberikan perlindungan kenderaan kepada semua pemandu termasuk 'kenderaan tersisih' yang kebanyakannya adalah kenderaan peribadi melebihi sepuluh tahun dan motorsikal yang ditaja jamin oleh Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP), kata BNM. "Perlindungan kenderaan itu boleh ditaja jamin oleh penginsurans atau diberikan bagi pihak MMIP. "Mulai sekarang, kenderaan tersisih akan dikenakan caj yang sama dengan kadar premium semasa dan tidak dikenakan caj tambahan yang dikenakan kepada kenderaan berisiko tinggi," jelas kenyataan itu lagi. Kenderaan tersisih juga hanya diperlukan untuk menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom jika ia disahkan berisiko tinggi. Bank Negara juga menghalang penginsurans daripada mendesak pelanggan mereka untuk membeli produk bukan kenderaan sebagai syarat jualan perlindungan kenderaan untuk memastikan hak pengguna dilindungi. Untuk sebarang pertanyaan mengenai pembelian perlindungan kenderaan, BNM boleh dihubungi di talian 1-300-88-5465, katanya. BNM berkata langkah ini adalah untuk memastikan orang ramai terus mendapat perlindungan kenderaan yang diperlukan dalam tempoh peralihan kepada Rangka Kerja Perlindungan Kenderaan Baharu. Rangka kerja itu yang akan bermula pada Januari 2012 akan memberi penyelesaian menyeluruh kepada isu-isu pengstrukturan dalam sektor insurans motor dan takaful. Bahagian pertama rangka kerja itu termasuk perlaksanaan langkah peningkatan keberkesanan terlaras untuk meningkatkan proses penyelesaian tuntutan keseluruhan, terutamanya bagi tuntutan kecederaan dan kematian. Sementara itu, bahagian kedua adalah perlaksanaan pelarasan premium secara berperingkat sepanjang empat tahun. Inisiatif ini adalah untuk memastikan orang ramai dan perniagaan boleh mendapat perlindungan kenderaan pada premium yang berpatutan dan supaya perniagaan insurans/takaful kenderaan berdaya maju pada jangka sederhana dan panjang.-BERNAMA | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 04 May 2011 01:27 PM PDT PIBG 'Cekik Darah'? Posted: 04 May 2011 08:12 AM PDT Ramai ibubapa para pelajar merungut mengenai sumbangan yang dikenakan oleh pihak PIBG Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran (SKAC). Menurut mereka yuran PIBG telahpun dibayar semasa pendaftaran kemasukan pada awal tahun dahulu. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. "PIBG cekik darah!" kata mereka.
Bagaimana perkara seperti ini boleh terjadi? Inilah akibatnya kalau kalau institusi milik kerajaan dipolitikkan oleh Umno-BN. Justeru Dewan Pemuda PAS Ampang menyeru masyarakat dan pengundi segenap lapisan agar menumbangkan Umno dan Barisan Nasioanal dalam pilihnraya umum akan datang atas nama pejuangan menyelamatkan Malaysia bumi tercinta.
| |
TBI-PAS KEPALA BATAS Posted: 04 May 2011 01:09 PM PDT |
DUN Lembah Jaya Posted: 04 May 2011 11:18 AM PDT KERAJAAN SELANGOR YAKIN RUNDINGAN AIR CAPAI KEPUTUSAN POSITIF Posted: 04 May 2011 08:45 AM PDT KENYATAAN AKHBAR 2 MEI 2011
KERAJAAN SELANGOR YAKIN RUNDINGAN AIR CAPAI KEPUTUSAN POSITIF
Kerajaan Selangor menyedari kebimbangan pemegang-pemegang bon air susulan laporan bahawa bon mungkin menghadapi penurunan rating sekiranya perbincangan penyusunan semula industri air tidak diselesaikan.
Namun Kerajaan Selangor yakin dapat menyelesaikan isu ini dengan Kerajaan Persekutuan untuk menyusun semula perkhidmatan air seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).
Kerajaan Selangor menaruh keyakinan bahawa perbincangan yang sedang berjalan akan membawa keputusan positif dan memberi manfaat kepada rakyat serta menggalakkan lagi pertumbuhan industri.
"Penyelesaiannya menggunakan pendekatan holistik dengan mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk pemegang-pemegang saham," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menteri Besar berkata, Kerajaan Selangor menantikan jawapan dan maklum balas dari Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau untuk menyelesaikan segera rundingan ini dalam tempoh terdekat.
Kerajaan Persekutuan telah memberi lampu hijau kepada Kerajaan Selangor pada Januari 2008 untuk menyatukan pemegang konsesi air ini di bawah syarikat milik penuh Kerajaan Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Selepas Pakatan Rakyat memerintah Mac 2008, Menteri Besar memutuskan untuk menstruktur semula industri air dengan menawarkan pampasan kepada pemegang konsesi sebanyak RM5.7 billion.
Pemegang konsesi bagaimanapun menolak tawaran ini kerana mendakwa jumlahnya tidak cukup untuk menampung hutang-hutang yang ditanggung syarikat konsesi yang berjumlah RM6.4 billion.
Selepas semakan semula empat bulan kemudian, Kerajaan Selangor menawarkan pampasan sebanyak RM9.3 billion dan tawaran ini diterima SPLASH dan ABBAS.
Pada Mac 2010, Kerajaan Persekutuan membuat tawaran kepada pemegang konsesi berjumlah RM10.3 billion tetapi ditolak oleh Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).
Pada Januari 2011, Kerajaan Selangor sekali lagi membuat tawaran pengambilalihan termasuk menawarkan arbitrasi antarabangsa (International Arbitration) dalam memastikan pengambilalihan dilaksanakan dengan integriti dan adil kepada semua pemegang konsesi.
Mengenai desas desus kononnya Selangor akan mengalami krisis kekurangan bekalan air, Menteri Besar berkata, beliau telah meminta Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melakukan kajian dan melalui data yang diperolehi kita yakin bahawa Selangor mempunyai bekalan air mentah dan bersih yang mencukupi dan berada pada paras normal. Bukan setakat itu sahaja, LUAS juga telah mengenal pasti pusat-pusat rawatan air serta loji yang masih belum digunakan secara optima yang menjadi punca kepada kekurangan bekalan air.
"Laporan LUAS jelas menerangkan bekalan air mentah dan bersih mencukupi tetapi kapasiti paip yang bermasalah. Masalah ini sepatutnya ditangani oleh syarikat konsesi bagi memenuhi permintaan pengguna.Kerajaan Negeri akan memantau masalah paip ini dan yakin masalah ini dapat diatasi jika Kerajaan Negeri diberi kuasa untuk mengambilalih pengurusan air di Selangor," kata Menteri Besar. Dikeluarkan oleh SEKRETARIAT AKHBAR PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
| |
Batu Gajah Mari Posted: 04 May 2011 11:17 AM PDT Penyatuan PAS-UMNO rugikan Negara - Dr Asri Posted: 04 May 2011 04:19 AM PDT SHAH ALAM 4 MEI : Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan dakwaan 'pengkhianat Islam' hanya boleh diterima pakai untuk pihak yang membenci kepada perpaduan umat Islam dan bukan terhadap penentang penyatuan Umno dan PAS.
Beliau juga menegaskan adalah lebih baik Umno dan PAS meneruskan perjuangan masing-masing demi keseimbangan politik negara.
" Saya tidak fikir asimilasi parti ke dalam parti yang lain yakni PAS menjadi Umno, Umno menjadi PAS akan membuahkan hasil keseimbangan politik dalam negara kita," jelasnya.
" Kalau PAS menjadi Umno, Umno menjadi PAS nanti tidak akan ada keseimbangan parti politik. Apa yang akan ada hanya kerakusan kuasa dan wewenang (hak dan kekuasaan untuk berbuat sesuatu atau untuk mengeluarkan perintah)," kata Dr Mohd Asri kepada TvSelangor.
Dr Mohd Asri mengulas kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai mendakwa pihak-pihak yang menentang penyatuan Umno dan PAS adalah sebagai pengkhianat Islam.
" Kita kena tengok dulu apa maksud penyatuan itu, jika penentangan itu dibuat memang kerana dia membenci penyatuan orang Islam dalam erti kata ukhwah ummat Islam kerana dia tidak suka lihat orang islam berpadu maka kenyataan itu boleh diterima pakai," kata Dr Mohd Asri.
" Tetapi terdapat kemungkinan bahawa sesetengah pihak itu tidak menentang penyatuan ummat Islam, tetapi mungkin dia ingin melihat adanya kepelbagaian di dalam politik dan keseimbangan politik kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi," ujarnya.
Utusan hari ini memetik Dr. Juanda sebagai berkata pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.
Dr Juanda tidak dapat dihubungi untuk mempertahankan kenyataan beliau kepada Utusan.
Jelas Dr Asri, tidak salah untuk PAS dan Umno cuba mencari titik persefahaman atas isu-isu kepentingan sama yang boleh memartabatkan syiar Islam di negara ini.
Ini boleh dilakukan tanpa mana-mana parti melepaskan agenda politik masing-masing dalam membela rakyat.
" Bersatu ini boleh jadi dalam prinsip-prinsip Islam, bersatu dalam perkara-perkara yang menyentuh kepentingan bersama," kata Dr Asri.
" PAS dan Umno mesti menghubungkan diri diantara satu sama lain di atas dasar ukhwah Islamiah. Bagaimanapun jangan menafikan peranan parti-parti ini untuk melakukan check and balance dalam pentadbiran negara," tambah beliau.
Minggu lalu, Perdana Menteri Najib Razak sekali lagi menggesa PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana mendakwa hanya DAP mengaut keuntungan daripada kerjasama pembangkang itu.
Pas menolak perlawaan itu dan memberi pelbagai contoh bagaimana perjuangan Umno untuk mendokong Islam tersasar dan semakin terhakis apabila parti itu dibelit dengan rasuah dan penyelewengan kuasa.
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata pihaknya tidak sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat.
Dr Asri berkata penyatuan serta kerjasama antara UMNO dan Pas telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama, sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat.
Beliau berkata penyatuan dua parti itu adalah lebih baik dibataskan atas dasar hubungan Ukhwah Islamiah sahaja dan bukan untuk mencari kemenangan politik.
" Saya berharap PAS dan UMNO mempunyai hubungan ukhwah Islamiah persaudaraan Islam, hormat menghomati sebagai muslim, tahu hak-hak antara satu sama lain sebagai Muslim. Tetapi dalam masa yang sama ia tidak menafikan untuk mereka berbeza dalam politik dan sentiasa menjadi pengimbang antara satu sama lain dalam politik, kata beliau. -tvsnews- | Muktamar Pemuda PAS Perak berlangsung dengan jayanya Posted: 04 May 2011 04:14 AM PDT 30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Muktamar Tahunan kali ke 28 Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah selesai diadakan pada 1 Mei 2011, Ahad bertempat di Dewan Tuan Guru Haji Samad Noh Markaz PAS Negeri, Air Kuning Bukit Gantang.
Majlis Perasmian berlangsung pada jam 9.30 pagi dimulai dengan nyanyian lagu tema PAS dan lagu Al Amal. Kemudian diteruskan dengan bacaan ayat suci al Quran. Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss, Pengarah Panitia Muktamar Tahunan DPPNK ke 28 kemudian diikuti dengan ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, AFadhil Ustaz Zawawi Abu Hassan dengan tema
" Pemuda Nadi Rakyat" majlis diteruskan dengan ucapan wakil perhubungan PAS Perak Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain selaku Pesuruhjaya PAS Negeri,seterusnya wakil dari dewan pemuda pas pusat, sdr Ahmad sabki yusof , seterusnya majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad Sabu.
Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak berlangsung dengan begitu baik dan jayanya, seluruh pemerhati perwakilan dan piminan dapat telah memberikan komitmen yang terbaik bagi menjayakan muktamar ini.
Pemilihan Jawatankuasa DPPNK yang baru juga telah berjalan dengan baik, seluruh perwakilan telah menunaikan amanah mereka untuk memilih kepimpinan pemuda PAS negeri bagi sesi 2011-2013.
Berikut adalah senarai Saf Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bagi Sesi 2011-2013.
Pengerusi Tetap : Ustaz Mohd Nuri Endut Tim. Pengerusi Tetap : Sdr Khalilul Rahman Abd Samad
Ketua Pemuda : Ustaz Zawawi Hassan Timbalan Ketua Pemuda : Dr Raja Ahmad Iskandar Naib Ketua Pemuda : Ustaz Khairi Jamaluddin
Ahli Jawatankuasa 1. Ustaz Mohd Hafez Sabri 2. Ustaz Abdul Fattah 3. Ustaz Akmal Kamaruddin 4. Ustaz Nazri Din 5. Ustaz Fakhrulrazi 6. Sdr Mohd Hakim 7. Ustaz Ismi 8. Ustaz Azmin 9. Sdr Aidil Abd Aziz 10.Sdr Firdaus
Pemeriksa Kira-Kira 1. Sdr Nik Nor Azman 2. Sdr Azhar Rifa'ie
Selain itu, 4 anugerah jasamu dikenang juga telah diberikan kepada 4 orang bekas exco yang telah bersara dari pentas pemuda, mereka ialah, Ustaz Nuri Endut, Sdr Ridwan Rasyid, Sdr Aminuddin dan Sdr Nik Nor Azman.
Selain itu angerah keseluruhan bagi pemuda kawasan terbaik telah dimenangi oleh Pemuda PAS kawasan Tambun, bagi anugerah PASTI dan pengurusan Blog terbaik juga dimenangi Pemuda PAS kawasan Tambun, bagi anugerah system UKJ terbaik dimenangi pemuda PAS kawasan Kampar dan anugerah jabatan amal terbaik telah dimenangi Pemuda PAS kawasan Gerik.
Diharapkan seluruh Pemuda PAS Perak, mengekalkan momentum Tarbiyah, Dakwah dan siasah bagi berhadapan apa jua cabaran dan rintangan untuk menggapai kemenagan buat perjuangan Islam di Perak ini.
mohd hafez sabri | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 04 May 2011 09:52 AM PDT Minta daripada tuan punya yang sebenar Posted: 04 May 2011 07:53 AM PDT Manusia selalu tersasar apabila dirundung resah gelisah kerana tidak tercapai sesuatu hajat, atau hilang nikmat yang di tangan. Manusia sering lupa daripada mana sebenarnya datang nikmat itu. Dan siapa yang menghilangkan daripadanya apa yang berupa pinjaman kepadanya. Manusia lupa dirinya Allah yang punya.Manusia lupa yang sebenarnya segala yang ia capai atau 'punyai' sebenarnya adalah kepunyaan Allah. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan daripada Allah. Tiada ilmu, tiada bahagia melainkan yang diizin oleh Allah. Sewajarnya manusia meminta pagi dan petang kepada ALLAH YANG MAHA BERKUASA , MILIK SELURUH ALAM... http://www.youtube.com/watch?v=lVngt8g2kXU&feature=related | Mahasiswa Malaysia mula berjiwa rakyat Posted: 04 May 2011 05:48 AM PDT Tahniah kepada mahasiswa yang mempunyai jati diri dan kesedaran untuk bangkit menebus maruah bangsa yang kian hari merudum dek nafsu jahat pemerintah elitis untuk kepentingan peribadi dan kroni. Daya kekuatan sesebuah masyarakat tercermin daripada daya kekuatan golongan intelek muda untuk bersinergi dengan penggerak ummah untuk merubah keadaan sistem sosial yang membimbangkan dan akan memberi natijah parah jika tidak dihenti dan dirawat segera. Betapa pentingnya kebangkitan anak muda menara gading bergabung tenaga bersatu hati berkongsi visi bagi mencetus gelombang kesedaran berskala besar di kalangan rakyat biasa yang majoriti masih diulit mimpi indah kerana didodoikan oleh kaca tv yang sarat memuatkan berita dan cerita khayalan. Hazayani Zakaria (harakahdaily) | KUALA LUMPUR, 4 Mei: Sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat (GMSR) akan mengadakan Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat ke seluruh negeri di Malaysia untuk turun kepada masyarakat. Ia sebagai rentetan daripada Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat dari KL Sentral ke Seremban pada 10 April lalu. Dengan membawa mesej mahasiswa akan terus bersama dan merungkai segala permasalahan rakyat serta akan turut bersama menyelesaikan permasalahan yang melanda rakyat, mereka mensasarkan tiga negeri sebagai permulaan iaitu Pahang, Perak dan Sabah. GMSR akan turun ke Pahang 10 Jun depan bagi meneliti dan turut membantu penduduk Gebeng, Kuantan yang sedang diancam bahaya akibat rancangan projek loji nadir bumi yang dikelolakan oleh Lynas Corporation. Dari Pahang, GMSR yang terdiri daripada 20 ajk pelaksana akan ke Perak yang diketahui umum sedang berhadapan pencabulan demokrasi. GMSR akan turun dengan membawa manifestasi pendedahan demi pendedahan terhadap pencabulan demokrasi di negeri yang dimenangi Paktan Rakyat pada pilihan raya umum yang lalu, kemudiannya dirampas oleh BN. Seterusnya GMSR akan terbang ke Sabah bagi menemui masyarakat yang kini berhadapan dengan measalah pemilikan tanah akinat penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan negeri. Bagaimanapun, bagi siri jelajah ke Sabah, tidak akan disertai oleh semua ahli jawatankuasa GMSR dari Semenanjung kerana akan dibantu oleh Gamis Borneo, sebuah gerakan mahasiswa di sana. Bercakap pada sidang media di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya hari ini, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Abdul Razak berkata, GMSR sedang giat melakukan persiapan bagi tujuan siri jelajah itu seperti mengumpul dana dan memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab di kawasan yang akan dikunjungi mereka. "Kami sedang dalam proses melakukan persiapan ke arah siri jelajah ini dan sedang berusaha memaklumkan kepada pihak terbabit mengenai kehadiran kami," katanya. Menyentuh mengenai dana GMSR, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional(MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini pula berkata, mereka menggunakan dana hasil sumbangan mahasiswa sendiri, tanpa meminta bantuan daripada mana-mana pihak. "Setakat ini kami gunakan dana daripada mahasiswa sendiri, dan tak bercadang untuk meminta bantuan daripada mana-mana pihak termasuk parti-parti politik. Kami mahu tunjukkan ketulenan perjuangan mahasiswa," tegasnya. Ditanya mengenai kemungkinan halangan yang timbul akibat berlaku tangkapan pada siri jelajah pertama, jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Kamaruddin berkata, mereka telah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan menegaskan apa yang dilakukan itu tidak salah malah untuk menunjukkan peranan mahasiswa di kalangan masyarakat. "Tangkapan itu perkara biasa, dan kami akan teruskan perjuangan kami untuk bersama masyarakat dan kami yakin kami tidak melakukan perkara yang salah di sisi undang-undang, sama juga seperti NGO-NGO lain yang ingin membantu rakyat," katanya yang merupakan salah seorang yang ditangkap di KL Sentral. GMSR merangkumi beberapa kumpulan mahasiswa antaranya Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Pro Mahasiswa Nasional (Pro MN) dan Sister In Movement (SIM). |
| PAS Miri mahu bertanding Parlimen Posted: 04 May 2011 04:17 AM PDT Syabas dan tahniah kepada PAS Kawasan Miri yang terus menghirup suaana perubahan kebangkitan penduduk Sarawak yang semakin sedar track record BN memerintah negeri yang kaya dengan sumber dan boleh menjadi negeri terkaya di Malaysia tetapi hakikatnya jauh ketinggalan daripada aspek segala-galanya! PAS Miri lulus usul bertanding parlimen Harakahdaily | MIRI, 4 Mei: Mesyuarat Agung PAS Kawasan Miri sebulat suara meluluskan usul mendesak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memberi laluan kepada PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding kerusi parlimen Miri dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Ini bagi menterjemahkan konsep setiakawan Pakatan dan PAS for All di Bumi Kenyalang. Sementara itu, AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa ketika berucap merasmikan mesyuarat agung kali kedua itu, kelmarin berkata PAS Miri perlu menggunakan sepenuh kekuatan yang ada bagi merealisasikan PAS for All dan betapa indahnya Islam sebagai panduan hidup bagi masyarakat pelbagai kaum di Sarawak. Dengan prestasi dan penerimaan baik penduduk setempat, beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan mengharapkan usaha itu diteruskan khas di peringkat pedalaman bagi menyebar luaskan Islam dan PAS. Dalam pada itu, dengan kemunculan aktif Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri di bandaraya ini, potensi PAS bagi meraih kemenangan adalah cerah. Mesyuarat agung yang diadakan di Dewan Serbaguna Kelab Gymkhana Miri itu telah dihadiri lebih 120 perwakilan dari seluruh anggota Dewan Pemuda, Muslimat dan 6 cawangan penaja sekitar Miri. Lebih manis buat julung kali perwakilan DHPP Miri turut hadir diketuai sendiri ketuanya, John Barah Aning dan setiausaha, Yeo. Yeo turut terpilih penerima Anugerah Khas Laksamana Cheng Ho di atas keaktifan beliau menambah keahlian DHPP seramai 70 orang di Miri. Yang Dipertua PAS kawasan, Haji Jofri semasa menyampaikan ucapan alu-aluan mengingatkan jentera PAS Miri untuk kembali fokus kepada perjuangan yang lebih besar iaitu dakwah dan siasah menjelang Pilihan raya Umum ke-13 nanti. Katanya, biarpun PAS Miri pada pilihan raya negeri ke-10 yang berlangsung 16 April lalu tidak bertanding sebarang kerusi tetapi telah menunjukkan komitmen dan gerak kerja tersusun bagi membantu rakan-rakan Pakatan Rakyat sehingga membolehkan 2 kerusi Dun di Miri dimenangi calon DAP. Tambahnya, hanya dengan setiakawan dan kerjasama yang kukuh saja hasrat Pakatan untuk mengambil alih Putrajaya akan tercapai. Beliau mengingatkan semua ahli meneruskan kerja untuk mendapatkan seramai ahli peringkat cawangan bagi memastikan momentum perkembangan yang berlaku itu berterusan. Mesyuarat kali ini juga menyaksikan beliau dan Khairulnizam sekali lagi diberi amanah memimpin PAS Kawasan Miri bagi sesi 2011-2013. |
| |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 04 May 2011 09:17 AM PDT Temui Bob Lokman di Lenggeng 10 Mei 2011 Posted: 04 May 2011 02:22 AM PDT | 3 kanak-kanak dikhuatiri lemas Posted: 03 May 2011 11:40 PM PDT 3 kanak-kanak dikhuatiri lemas Utusan Malaysia 4 Mei 2011 Ibu kepada tiga kanak-kanak yang dihanyutkan air deras, Wan Azlela Wan Abdullah (kanan), ditenangkan oleh rakannya di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, semalam.
KUALA PILAH 3 Mei – Tiga beradik berusia dua hingga lima tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras semasa berkelah di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini petang ini. Mangsa yang hilang ialah Nur Syaza Alisa Syed Ahmad, 5; Nur Syaza Azira, 4, dan Nur Syaza Sakinah, 2. Arus deras itu dipercayai berpunca daripada kepala air ekoran hujan di kawasan tinggi di Gunung Angsi dekat sini. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu juga, bapa kepada tiga beradik tersebut, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 20-an, turut dihanyutkan arus. Bagaimanapun kedua-dua mereka berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan berkenaan. Syed Ahmad dan Alwani kini dirawat di Hospital Kuala Pilah. Usaha mencari oleh beberapa agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, polis, Rela, Jabatan Perhutanan dan pasukan pacuan empat roda Kuala Pilah yang kesemuanya berjumlah 40 orang masih diteruskan sehingga lewat petang ini. Lelaki yang berjaya menyelamatkan pasangan itu, Turiman Bostam, 42, berkata, ketika kejadian berlaku dia sedang berjalan menyusuri sungai. Dia ternampak dua kanak-kanak sedang tenggelam timbul dibawa arus yang kemudiannya tidak lagi kelihatan dalam tempoh beberapa saat. "Saya kemudian turun ke gigi air dan ketika itu saya ternampak seorang wanita sedang terkapai-kapai dihanyutkan arus dan berjaya menariknya ke tepi. "Selepas itu, saya ternampak seorang lelaki yang cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak sambil menjerit meminta tolong daripada orang ramai. "Lelaki itu berjaya diselamatkan tetapi kanak-kanak itu hilang dibawa arus yang sangat deras ketika itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htmIbu tiga beradik masih berharap anaknya selamat KUALA PILAH 3 Mei – Ibu kepada tiga kanak-kanak malang yang dihanyutkan arus deras ketika berkelah di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini petang ini, terus berada di tepi sungai itu malam ini dengan harapan dapat menemui anak-anaknya. Wan Azlela Wan Abdullah, 27, dari Taman Jasmin, Senawang dilihat sugul dan enggan bercakap dengan para wartawan yang berada di lokasi kejadian. Menurut abang Wan Azlela, Wan Adnan, 37, adiknya itu keluar bekerja di sebuah pasar raya besar di Senawang dan lazimnya akan meninggalkan kanak-kanak tersebut dalam jagaan bekas mertuanya di Taman Marida, Senawang. "Saya difahamkan, hari ini bekas suami beliau membawa anak-anaknya mandi di kawasan perkelahan ini tanpa pengetahuan adik saya. "Saya terkejut apabila dimaklumkan kejadian ini dan terus bergegas ke sini untuk melihat apa yang berlaku," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian malam ini. Tiga anak Wan Aziela iaitu Nur Syaza Alisa Syed Ahmad, 5, Nur Syaza Azira, 4, dan Nur Syaza Sakinah, 2, dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika sedang mandi-manda di kawasan perkelahan popular Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini petang ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, bapa tiga kanak-kanak tersebut, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 20-an, berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan berkenaan. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm | Masalah ketiadaan air yang berlarutan di Felda Raja Alias Posted: 03 May 2011 09:38 PM PDT Masalah ketiadaan air yang berlarutan di Felda Raja Alias Aduan Rakyat, 3 Mei 2011 Saya penduduk kawasan FELDA Raja Alias yang bertempat di Bandar Sri Jempol, Negeri Sembilan. Masalah ketiadaan air yang berlarutan merunsingkan penduduk kampung. Masalah ini sudah melanda hampir setahun. Kawasan kami sering kali terputus bekalan air sehingga 2-3 hari berturut-turut dan sehingga 1-2 kali seminggu. Bekalan air cuma ada 2-3 hari sahaja seminggu. Kerja-kerja harian seperti membasuh, mandi, dan memasak terganggu sama sekali. Lebih menyedihkan lagi, terlalu jarang sekali JBA Negeri Sembilan menghantar bekalan air ke kawasan kami apabila masalah bekalan air terputus berlarutan. Contohnya 26 april 2011, sudah 2 hari kawasan kami terputus bekalan air dan tiada tanda2 bantuan. Kami berharap masalah ini dapat diatasi oleh pihak kerajaan. Kerajaan malaysia mengutamakan slogan satu malaysia dan melebihkan rakyat, Oleh itu, sy berharap sangat aduan saya dapat mengatasi masalah kami.. insyaAllah… terima kasih. Sumber Aduan Rakyat : http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-ketiadaan-air-yang-berlarutan-di-felda-raja-aliasHimpunan pelbagai masalah air di Negeri Sembilan bertajuk BN gagal tangani masalah air di N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html | |
Jasindaily Online Posted: 04 May 2011 09:17 AM PDT |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 04 May 2011 09:02 AM PDT Isu Sumpah: Bila Hilang Rasa Takut Kepada Allah Posted: 04 May 2011 04:41 AM PDT Oleh : Lajnah Tarbiyah Pemuda Dun Sura
Hakikatnya, tidak perlu dijelaskan lagi hukum yang sedia jelas berkaitan sumpah ini. Sudah ramai ahli ilmu mengulas mengenainya. Terang dan jelas kecuali kepada sesiapa yang buta hatinya walaupun celik matanya, jelas pendengarannya. Pelik sungguh manusia ini; yakinkan kita bahawa mereka ini benar-benar takut kepada Allah Taala dengan sumpah laknatnya sambil memegang Al-Quran di dalam rumah Allah pada hari Jumaat yang mulia dalam masa yang sama mereka sendiri mengabaikan hukum Al-Quran seperti Qazaf? Adakah mereka memang jahil atau buat-buat jahil? Sumpah laknat ini hanya berlaku dalam hal yang melibatkan suami isteri. Adapun tuduhan kepada seseorang dengan kes zina perlu mendatangkan empat saksi. Sekiranya gagal, orang yang menuduh perlu dihukum qazaf dengan sebat sebanyak 80 kali sebatan. Sumpah yang berlaku hari ini tidak akan menthabitkan orang yang didakwa itu bersalah, bahkan yang menuduh perlu dihukum kerana gagal mendatangkan bukti. Perlu difahami sebaiknya, kalau seseorang ingin bersumpah sekalipun adalah untuk menafikan dirinya bukannya menuduh orang lain. Kaedah sumpah yang diajar oleh Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam disebut: " bukti bagi yang mendakwa, sumpah bagi yang didakwa". Sumpah dalam Islam adalah dengan nama Allah tanpa perlu kepada menjunjung Al-Quran. Sy Atiyyah Saqar Rahimahullah, seorang ulama' Al-Azhar As-syarif menyebut bahawa perbuatan menjunjung Al-Quran ini bukanlah amalan dalam Islam. Perlukah sumpah balas? Walaupun di sana terdapat cadangan-cadangan supaya diadakan sumpah balas diadakan bagi mempertahankan maruah dan mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat, persoalannya adakah sumpah itu menjamin suasana akan datang akan menjadi lebih baik? Hari ini, mungkin pihak yang salah bersumpah untuk mendapatkan keyakinan bahawa pihak yang benar itu benar-benar bersalah. Esok mungkin pihak yang benar pula memulakan sumpah, kemudian di pihak yang salah menjawab sumpah untuk meyakinkan orang bahawa dia sebenarnya tidak bersalah. Kerja yang pasti tidak akan selesai apabila keluar dari manhaj Nabi Sollallahu'alaihiwasallam. Jangan menambahkan kekeliruan masyarakat. Jangan sampai perkara ini menjadi amalan masyarakat akan datang. Adapun sesiapa yang mempunyai kefahaman, cubalah memahamkan masyarakat yang terkeliru. Mereka yang berkeahlian, didiklah masyarakat supaya benar-benar takut dan tunduk dengan hukum Allah Taala. Wallahua'alam…. | |
i n t a n h i j a u Posted: 04 May 2011 07:12 AM PDT PERLU PERUBAHAN DI PUTRAJAYA - DR. ABDUL AZIZ BARI Posted: 04 May 2011 04:33 AM PDT
TELUK INTAN, 4 Mei - Seminar PAS Ganti UMNO telah berjaya dianjurkan oleh PAS Kawasan Teluk Intan. Seminar tersebut telah diadakan di Hotel Grand Court dekat sini bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.
Seminar tersebut telah mengundang dua orang tokoh yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Idris Ahmad , Ketua Penerangan PAS Pusat dan Profesor Dr. Abdul Aziz dari UIA Gombak. Mereka telah membentangkan dua kertas kerja iaitu PAS Ganti UMNO : Rasional dan Tindakan dan Perlembagaan Malaysia Dalam Konteks Politik Baru. Seminar tersebut telah menarik hampir 300 orang peserta yang hadir bukan sahaja dari sekitar Teluk Intan malah ada yang datang dari kawasan Pasir salak dan Bagan Datoh. | Ustaz Ismail menyampaikan ucapan aluan. |
Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Ismail Che Nik telah membuka agenda dengan menyampaikan kata alu-aluan. Kemudian Dr. Abdul Aziz Bari telah memulakan slot pembentangan kertas kerjanya.
Istilah politik baru bukanlah satu perkara baru dan ia bukanlah satu ciptaan baru. Menurut beliau, politik baru bermaksud demokrasi yang sebenar dan tulen. Namun, malangnya ia tidak dominan dalam budaya politik di negara ini.
"Demi masa depan politik baru, ia menuntut perubahan yang mendasar dan parti-parti politik yang sedia ada. Sebahagian daripada parti politik memerlukan lebih daripada hanya perubahan kosmetik semata-mata," ujar beliau.
"Sudah tiba masanya parti politik yang ada sekarang menghentikan pertimbangan berdasarkan kaum. Sebaliknya isu keadilan, keterbukaan seumpamanya diutamakan," ujar beliau lagi. | Sesi soal jawab. |
| Wakil DHPP Teluk Intan. |
Beliau juga menekankan perlunya ada sistem dua parti seperti berlaku di negara lain sebab tanpa sistem dua parti, sukar untuk mengharapkan ideal dan perlindungan yang dijamin oleh perlembagaan dapat dilaksanakan.
Akhirnya, beliau membuat kesimpulan bahawa mesti ada perubahan dalam pentadbiran di Putrajaya kerana pemegang kuasa yang ada sekarang tidak menunjukkan minat untuk berubah. | Pembentangan kertas kerja yang begitu menarik. |
| Ada perkara yang mencuit hati. |
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad telah menggariskan beberapa sebab mengapa UMNO perlu diganti oleh PAS. Antaranya ialah :
1. Islam tidak menjadi dasar UMNO 2. Dasar UMNO yang pragmatis (ikut suasana) 3. Islam hanya kuda tunggangan UMNO 4. Program Islam sebagai alat politik 5. UMNO peralatkan Melayu untuk kepentingan peribadi 6. Sikap individualistik dalam kalangan pemimpinan UMNO 7. UMNO melahirkan pemimpin yang tidak berakhlak dan penuh dengan skandal 8. UMNO tidak membela agama 9. Ulama UMNO hanya subang tembaga 10. Amalkan dasar UMNOputera bukan bumiputera 11.Gagal meningkatkan ekonomi bumiputera 12.Khianat bangsa sendiri 13.Rasuah dalam pemilihan pimpinan UMNO 14.UMNO kena sakit 'ketuaan" - Tun Musa Hitam 15.Gagal mengatasi masalah akhlak 16.Keselamatan sosial semakin merosot 17.Peranan masjid dimatikan 18.Menyuburkan industri maksiat 19.gagal atasi masalah rasuah 20.Mengkhianati hak orang miskin 21.Membayar wang rakyat kepada Syarikat APCO Israel 22.Harta negara tergadai di tangan asing
Kedua-dua slot pembentangan kertas kerja telah dipengerusi oleh Sdr. Hj. Mohd. Azhar Rafiei dan Dr. Muhaimin Sulam.
| Dr. Muhaimin mengendalikan sesi dialog. |
|
|
| Seorang peserta mengemukakan soalan. |
| YDP PAS menyampaikan cenderamata kepada pembentang kertas kerja. |
intanhijau.blogspot.com | |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 04 May 2011 03:49 AM PDT Rumah sewa 12 Unit Di Jalan Kebun Musnah Posted: 03 May 2011 03:54 PM PDT KOTA RAJA 3 Mei: 12 buah rumah sewa di Kampung Jalan Kebun di sini, musnah dalam satu kebakaran pada kira-kira 9.40 malam tadi. Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan tiga jentera bersama anggotanya dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat daripada orang awam.
"Ketika bomba sampai, api sedang marak dan struktur rumah diperbuat daripada kayu, menyebabkan api mudah merebak," kata Ketua Kampung Tuan Hj Solehan Tahir kepada wakil kami ketika ditemui di tempat kejadian. Bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadamkan api, dan sejam untuk mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semasa kejadian, semua penghuninya dapat menyelamatkan diri," katanya. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.
Pemilik rumah sewa Hj Sham berkata kebakaran tersebut berlaku dengan sangat pantas menyebabkan beliau dan penduduk setempat tidak sempat menyelamatkan apa-apa, termasuk barangan milik penyewa yang tinggal di situ. Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja YB dr Siti Mariah Mahmud bergegas ke tempat kejadian melawat mangsa-mangsa kebakaran. Beliau merupakan pemimpin yang paling awal mengunjungi keluarga mangsa kebakaran iaitu sempat melihat pasukan bomba berusaha bertungkus lumus memadam api. Dr Siti Mariah menyatakan rasa simpatinya kepada keluarga terbabit dan berharap keluarga agar dapat bersabar dalam menempuhi ujian Allah. Beliau yang turut menyampaikan sumbangan akan berusaha agar bantuan kewangan dapat disalurkan oleh kerajaan negeri bagi meringankan bebanan mereka sekarang ini.
Tn Hj Norhalim Sirome, Ahli Majlis MBSA Zon 11 dan Tn Azmi Jusoh Ahli Majlis MPK turut hadir menghulur bantuan kepada mangsa kebakaran bersama Jawtankuasa PAS kawasan Kota Raja. -Laporan : Azman Mohd Mah Husin, AJK PAS Kawasan KR
Gambar ana akan emailkan | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan