BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Jumaat, 6 Februari 2015 at 3:40 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 05 Feb 2015 11:31 PM PST

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Berfesyen sekadar ikut trend atau sunnah?

Posted: 05 Feb 2015 06:38 AM PST

Oleh NORSHARI NASIR 


ISLAM agama relevan dengan setiap keadaan dan tempat, bukan sahaja ia sesuai pada zaman baginda Rasulullah s.a.w., akan tetapi sesuai sepanjang zaman hingga hari kiamat. Ini kerana ia adalah satu-satunya agama daripada Allah SWT yang lengkap, sejagat dan menepati naluri manusia, termasuklah dalam isu pemakaian khususnya kepada muslimat.

Islam menitik-beratkan persoalan menutup aurat ketika berpakaian adalah untuk memelihara kehormatan wanita daripada sebarang pencerobohan ke atas diri mereka. Namun etika berpakaian dalam Islam mempunyai garis panduan dengan tidak berlebihan dalam hingga dianggap sebagai fesyen.

Walaupun Islam tidak menghalang berfesyen, ia mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Di Malaysia masa kini nyata ramai yang berfesyen bertujuan untuk menonjol pada khalayak ramai berbanding dalam mengekalkan imej bersopan mengikut sunnah yang digariskan dalam Islam terutama golongan wanita. Bahkan dilihat mereka telah semakin jinak dengan perkembangan hidup masyarakat "luar" yang jelas tidak mementingkan agama sebagai nilai kehidupan.

Masyarakat luar yang dimaksudkan adalah masyarakat Barat yang kini seakan-akan telah mengubah pemikiran dan cara hidup masyarakat Islam khususnya di Malaysia pada ketika ini secara keseluruhannya.

Tidak salah bagi setiap wanita untuk mengikuti perkembangan fesyen semasa selagi panduan syarak diutamakan dalam semua keadaan dan mampu mengawal diri supaya tidak melanggar batasan yang digariskan dalam Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.

Aurat itu adalah perkara yang perlu dijaga dan ditutupi oleh semua anggota masyarakat Islam dulu kini dan selamanya.

Paling ketara kita dapat lihat dalam pemakaian tudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden.

Tetapi ada juga sebahagian wanita yang mengutuk golongan bertudung ini dengan mengatakan bahawa mereka pakai tudung tetapi akhlak mereka tidak baik. Pada hari ini juga dapat kita perhatikan ramai wanita mulai sedar akan kewajipan mengenakan tudung (menutup aurat sepenuhnya).

Walau bagaimanapun, sayangnya kebanyakan daripada mereka masih belum mengenakan tudung yang benarbenar sesuai dengan kehendak syariat dan hanya lebih selesa mengikut trend masa kini.

Dalam keghairahan bertudung mengikut pembangunan fesyen semasa, mereka masih alpa mengenai aurat sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan umat Islam. Kini, pelbagai fesyen tudung dipakai mengikut proses transformasi dan permodenan semasa. Namun, pemakaiannya masih dianggap tidak sempurna jika masih menampakkan bahagian leher dan dada.

Menutup aurat bukan sekadar jika kepala sudah kemas diliputi tudung sudah dikira menutup aurat tetapi wajib menutup seluruh badannya kecuali pada bahagian muka dan kedua-dua tapak tangan. Padahal telah jelas dalil menyebutkan: "Dan hendaklah mereka menutupkan tudung ke dada mereka…" (QS. An Nur : 31)

Dalam isu pemakaian tudung, ia bukan sekadar berfesyen atau budaya untuk dijadikan ikutan semata-mata tetapi demi menjaga maruah mereka sebagai wanita Islam. Jika wanita itu berpakaian dengan sempurna pasti dapat mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan mungkar.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka.

Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya." (Riwayat Muslim) Namun, apa yang ditonjolkan oleh golongan wanita pada hari ini masih tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan syariat Islam. Oleh itu, setiap wanita Muslim perlu mengambil serius perkara ini supaya mereka terlepas daripada fitnah pandangan lelaki bukan mahram selain menjaga maruah wanita Muslim.

Wanita juga perlu mengelak daripada berhias atau berpakaian secara berlebihlebihan sehingga menarik perhatian orang ramai. Islam tidak pernah melarang umatnya untuk berfesyen dan mengikuti aliran fesyen terkini tetapi pastikan setiap wanita yang bertudung menutup aurat keseluruhannya bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

>> Penulis adalah siswi Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), USIM

PAS Kawasan Miri

Posted: 05 Feb 2015 07:40 PM PST

PAS Kawasan Miri


SPR Perlu Telus dan Adil dalam Persempadanan Semula DUN Sarawak

Posted: 05 Feb 2015 03:38 AM PST

SPR perlu mengkaji semula persempadanan semula DUN Sarawak

Setelah kita meniliti cara persempadanan semula dalam Bahagian Pilihan Raya Persekutuan seperti yang dicadangkan oleh pihak SPR, kita dapati beberapa perkara yang agak mengelirukan seperti kawasan atau daerah tempat mengundi baru tidak dinyata dengan jelas. Bagaimana pengundi tahu daerah tempat mengundi baru sedangkan kawasan DUN mereka sudah bertukar?

Kebanyakan kawasan yang padat penduduk juga tidak dipisahkan menjadi satu DUN baru sedangkan kawasan yang kurang penduduk seperti kawasan luar bandar pula dipisahkan menjadi satu DUN baru.  Di sini berlaku ketidakseimbangan dalam perjumlahan pengundi dimana kawasan yang ramai pengundi sepatutnya boleh dibahagi kepada kawasan baru.

Sudah tentu ini memberi kelebihan kepada pihak pemerintah memandangkan penduduk luar bandar masih banyak bergantung bantuan dari kerajaan yang memerintah. Perkara ini nampak macam berat sebelah dan pada dasarnya memang kita tidak setuju cara persempadanan semula dilakukan kerana berlaku ketidakseimbangan antara kawasan bandar dengan luar bandar walaupun alasan pihak SPR untuk memberi kemudahan kepada penduduk luar bandar untuk menunaikan hak mereka mengundi.

Jumlah bilangan pemilih dalam Sarawak sebanyak 1,109,134 orang seperti yang tercatit dalam Bahagian Pilihan Raya Persekutuan 2014.

Kami juga dapati daerah mengundi di Tanjong dan Luak sudah bertukar ke dalam DUN Piasau. DUN Senadin sekarang meliputi Kuala Baram, Lopeng dan Riam saja. Kebanyakan pengundi tidak tahu berlaku perubahan tempat mengundi baru mereka sekiranya mereka tidak melihat jadual baru persempadanan semula yang dipamerkan di daerah masing-masing. Mereka mungkin tidak begitu kisah sebab tidak ada berlaku sebarang perubahan atau persempadanan semula dalam Parlimen Miri.

Sepatut kawasan bandar yang padat dengan penduduk seperti di kawasan Senadin boleh di tambah DUN baru dengan adanya pertambahan penduduk dalam kawasan perumahan di Lopeng, jalan Airport, Riam dan di Luak.

Kalau ikut kawasan sempadan Lopeng dan Riam yang terpisah dari kawasan DUN Senadin sepatutnya dipisahkan dari kawasan Kuala Baram. Mengapa ianya tidak digabung dengan Tanjong dan Luak menjadi satu DUN baru yang berjumlah lebih dari 14 ribu pengundi.

Memandangkan kepadatan penduduk di kawasan DUN Senadin yang meliputi kawasan  perumahan baru di Tudan, Permyjaya dan Kuala Baram sepatutnya kawasan Lopeng dan Riam tidak dimasukkan dalam DUN Senadin.

Kita mahu semua pihak yang terlibat perlu dipanggil bersama untuk bincangkan masalah ini agar ianya dapat memberi kepuasan kepada semua pihak yang terlibat.

Kita tidak mahu ada berat sebelah dalam  persempadanan semula berlaku dalam DUN Sarawak. Sekiranya ianya diluluskan nanti tentu DUN Sarawak akan bertambah banyak dari 71 menjadi 82.

Sekiranya berlaku persamaan dalam kerusi DUN suatu hari nanti, pihak SPR perlu mengkaji semula angka genap sekarang menjadi angka ganjil agar tidak berlaku perebutan kuasa nanti apabila jumlah kerusi pembangkang dengan BN sekarang ada persamaan. Ini tidak mustahil berlaku pada masa hadapan kerana BN tidak akan jadi pemerintah selamanya.

Kita mengesa pihak SPR mengkaji semula cadangan mereka untuk memisahkan DUN yang sedia ada sebelum digazetkan untuk digunakan dalam Pilihan Raya Umum Sarawak nanti. Kerjasama dengan pihak SPR untuk mengkaji semula cadangan mereka amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

The EC should review the delineation exercise of the state assembly

Once we examine the way of delineation exercise in the Federal Constituency as proposed by the EC, we found a few things that are a little misleading as the area or polling district that is not stated clearly. How do voters know a new voting district while their constituency have changed?

Most densely populated areas are not separated into a new DUN while sparsely populated areas such as rural areas are separated into a new DUN.  Here there is an imbalance in the area where voter's summation of many voters should be divided into new areas.

Of course this is favourable to the government as the rural population still depends very much on assistance from government. This thing looks like bias and basically we did not agree the way delineation exercise is done because there is an imbalance between urban and rural areas although the reason the EC to provide facilities to the rural population to fulfil their right to vote.

The total number of voters in Sarawak as many as 1,109,134 as stated in Federal Constituency 2014.
We also found that voting district in Tanjong and Luak already turned into DUN Piasau. DUN Senadin now includes Kuala Baram, Lopeng and Riam only. Most of the voters do not know there are changes in their new polling station if they do not see the new schedule delineation exercise as display in each area. They may not quite oblivious because there are no any changes or delineation exercise in Miri Parliament.

It should have been densely populated urban areas with population in areas such as Senadin can add new DUN with the population increase in residential areas at Lopeng, Airport road, Riam and in Luak.

If you follow the border areas of Lopeng and Riam that separated from the Senadin DUN should be separated from Kuala Baram area.  Why it is not combined with Tanjong and Luak into a new constituency which totaling more than 14 thousand voters.

Given the population density in Senadin constituency which covers an area of new housing in Tudan, Permyjaya and Kuala Baram should Lopeng area and Riam is not included in the Senadin constituency.

We want all parties involved should be called together to discuss these issues so that they can give satisfaction to all parties involved.

We do not want to be bias in delineation exercise occurred in the state assembly. If it is approved later certainly Sarawak constituency will increase from 71 to 82.

In the event of equality in the seat someday, the EC should review the current round figures be an odd number so as to avoid power struggles later when the number of opposition seats with BN now there are similarities. It is not impossible happen in the future because BN government will not be forever.


We urge the EC to review their proposal to separate the existing constituency before gazetted for use in Sarawak General Election later. Cooperation with the EC to review their proposal is greatly appreciated. 

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan