Ahad, 8 Februari 2015

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 07 Feb 2015 11:31 PM PST

Puteri Bahagian Segambut


Puteri UMNO Ajak Rara Kempen #TurunHargaBarang

Posted: 07 Feb 2015 08:17 AM PST

Tindakan Rara Othman yang menyeru Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato' Seri Ismail Sabri meletakkan jawatan adalah keterlaluan dan tidak matang. Pendirian YAB Perdana Menteri dan YB Menteri ini adalah jelas iaitu mendesak golongan peniaga dapat menurunkan harga dan mengajak rakyat menggunakan hak sebagai pengguna. Ianya tidak berkaitan dengan isu perkauman.

Rara sudah terikut-rikut gaya politik DAP yang hanya pandai bercakap, tetapi tidak pandai buat kerja. Rakyat juga ingin tahu apa pula sumbangan Rara Othman dalam isu menurunkan harga barang selain daripada mempolitikkan isu dan menjadi suara DAP. Apabila harga petrol naik, mereka bising, "Barang Naik". Apabila harga turun, ambil kesempatan hentam pemimpin. Bukankah lebih baik Rara Othman dan DAP bersama turut serta berkempen supaya peniaga menurunkan harga barang demi rakyat Malaysia.

Berbeza dengan tindakan yang diambil oleh YB Menteri - Kerajaan " 1Malaysia " yang turun padang melancarkan kempen turun harga barang kepada peniaga-peniaga pasar tani seluruh Malaysia, menjawab dan menyelesaikan isu, memantau harga barang dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa kepimpinan yang ada kini bertanggungjawab dan sentiasa mendengar denyut nadi rakyat.

Oleh yang demikian, kami menyeru kepada semua pihak termasuk pembangkang bersama-sama berganding bahu untuk memberi tekanan kepada peniaga-peniaga agar menurunkan harga barang. Pihak kerajaan juga digesa supaya dapat memperkukuhkan penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan bagi mengekang tindakan peniaga yang mengambil kesempatan diwaktu ini. Selain daripada itu adalah dikhuatiri apabila Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (GST) dilaksanakan bermula 1 April 2015 nanti, para peniaga menaikkan lagi harga barangan dan rakyat merasa terbeban seterusnya menyalahkan kerajaan sedia ada.

Tekanan bagi penurunan harga barang ini memerlukan kerjasama semua pihak samada peniaga, pembeli dan kerajaan. Langkah proaktif dan cara tangani yang efektif ini adalah lebih baik daripada mempolitikkan isu dan menunding jari kepada sesama sendiri.

- Haryaty Hamdzah,
Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan