Menteri Datuk Seri Ismail Sabri terus membuktikan kata-katanya bila gelarkan DAP Bapa segala Rasis dengan menyindir tindakan pemimpin DAP mempersoal peraturan berkaitan Islam di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
"Mempersoalkan peraturan islam di MRSM... bukan rasis? Tak menyentuh hati orang Melayu/Bumi & Islam?" soalnya. "Oh no (tidak)... itu hak asasi,"
Edward mendakwa ibu bapa Dayak bimbang menghantar anak mereka ke MRSM di Sarawak kerana terdapat undang-undang dan garis panduan berkaitan agama.
Tetapi kenyataan seorang bekas pelajar MRSM berbangsa Cina, beliau menyangkal tuduhan DAP dan mempersoalkan dari mana info mereka dapat ?
Jadi , di sini menunjukkan siapa tembelang sebenar siapa sebenarnya RASIS ?
DAP sering mempertikaikan soal hal ehwal Islam Tak pulah dianggap rasis ??
Anwar Ibrahim hari ini dilihat cuba meraih simpati dari rakyat dengan mempergunakan cucunya.
Didalam satu kenyataan kepada sebuah portal online, Anwar mengakui bahawa anggota keluarganya berasa bimbang dengan kemungkinan beliau kembali dipenjarakan.
"Anak perempuan (Nurul) Izzah tanya saya, atuk, kenapa mereka cakap pasal penjara?
"Saya cakap pada dia, orang jahat nak sumbat atuk dalam penjara," katanya.
Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR anak sulung Anwar Ibrahim.
Keputusan kes Liwat II itu akan disampaikan pada Selasa depan.Anwar sebelum ini merayu terhadap sabitan kesalahan dan hukuman lima tahun yang dikenakan padanya. *** Masa atuk tengah sedap tak ingat cucu ..bila dah tersepit pergunakan cucu pulak sebagai modal raih simpati ..
Drama krisis dalaman PAS semakin kronik bila hari ini Dewan Pemuda PAS Kuantan mendedahkan dalang sebenar komplot dikalangan AJK PAS Pusat untuk menggulingkan Presiden PAS.
Krisis dalaman PAS dilihat semakin parah apabila sekumpulan ahli yang menyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang menuduh Ahli Jawatankuasa Pusat,Dr Hatta Ramli sebagai antara yang berkomplot untuk menggulingkan presiden parti itu. Ketua Pemuda PAS Kuantan, Fadhli Ibrahim pada Ahad mendakwa bahawa kumpulan itu mempunyai bukti dalam bentuk paparan skrin mesej aplikasi WhatsApp yang menunjukkan Ahli Parlimen Kuala Krai itu mengeluarkan arahan supaya 'menyerang' Abdul Hadi. Selain Hatta, beliau juga mengaitkan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Datuk Husam Musa; Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Nawawi Ahmad dan Ketua Penerangan Muslimat, Aiman Athirah Aljundi bersekongkol untuk menjatuhkan presiden dan kepimpinan ulama. "Kami merasakan bahawa ahli-ahli PAS perlu sedar bahawa terdapat percubaan jahat untuk menjatuhkan presiden, kepimpinan ulama dan mengambil alih PAS. "Kami juga meminta mereka yang terlibat dalam konspirasi ini untuk meletakkan jawatan berikutan mendedahkan ini," katanya sebelum menyerahkan memorandum kepada parti itu menjelang mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat di sini. Fadhli juga berkata beliau mempunyai salinan Akuan Berkanun (SD) untuk menyokong dakwaannya yang kemudiannya diedarkan kepada media di Pejabat Agung PAS di sini.
Mesej WhatsApp yang dilampirkan dalam SD itu mendedahkan bahawa kumpulan yang bernama 'Hawaii Five-O' berkenaan mendakwa bahawa presiden telah bersetuju untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno. Terdahulu, Abdul Hadi diberikan sambutan menggalakkan oleh para penyokongnya ketika tiba untuk menghadiri mesuarat Jawatankuasa PAS Pusat - mstar
Walaupun hari ini mereka cuba main wayang kononnya PAS masih bersatu lagi dalam PR , tetapi pendedahan senarai nama dalang menjatuhkan Hadi Awang pastinya mengoyangkan nama2 ini yang mana sering dikaitkan sebagai golongan Anwarinas yang berkiblatkan Anwar bukannya Presiden PAS .
Apakah mereka berani menafikan ??
Malah semasa sidang media pun hari ini , Hadi Awang tidak menyertai bersama Anwar dan PKR .
Ia boleh disimpulkan Presiden PAS tahu siapa KAKI KOMPLOT ,dan TANGAN-TANGAN GHAIB dalam Pakatan Rakyat yang membantu bersekongkol menjatuhkan beliau dalam partinya .
Jadi buat apa di nak duduk semeja dengan mereka dalam sidang media yang berniat jahat .
Saya ingin menawarkan perkongsian sama rata sama rasa. Jika tuan puan sudi menjadi agen AFFILIATES memasarkan enovel MAHAR CINTA, kita akan berkongsi rezeki dengan pemberian komisen kepada tuan puan sebanyak 50% dari harga produk. Tuan puan hanya perlu promosi pada kawan-kawan di fb atau sosial media sahaja dan jika ada pembeli, sebagai agen affiliate, komisen akan dibayar terus ke dalam akaun bank tuan puan. Mudahkan? jadi langkah pertamanya, tuan puan kena lakukan adalah : 1. daftar sebagai agen di url, http://www.drhapiza.com/affiliates/ 2. isi borang beserta maklumat yang diberikan, dan anda akan dapat satu link khusus untuk anda buat marketing kepada bakal pembeli, setiap satu jualan, anda akan dapat komisen. Sekian, selamat berAFFILIATE.
KUCHING - Pada hari Selasa, 4 Januari 2015, Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) secara rasminya telah mengumumkan bahawa memakan ulat sagu (mulong) dan mengambil bahagian dalam acara ritual 'miring' dan kaul adalah diharamkan dan dilarang dalam agama Islam.
Mufti Negeri Datuk Kipli Yassin berkata '' untuk umat islam, ia adalah haram untuk menjalankan upacara 'miring' atau mengikut ritual semasa Pesta Kaul kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam dan hukuman syarak''. Masyarakat Islam di Sarawak boleh menghadiri upacara tersebut tetapi tidak harus melibatkan diri dalam upacara pemujaan.
Untuk ulat mulong pula, keputusan sudah lama dibuat yang melarang umat Islam daripada memakannya kerana ulat dianggap sebagai suatu yang jijik dalam Islam.
Beliau juga tegaskan bahawa ''kita tidak akan menghalang masyarakat bukan Islam untuk memakannya dan kami juga tidak mengganggu dan akan menghormati budaya mereka. Tetapi, kita sebagai orang islam mempunyai hukum agama yang tertentu dan ini yang perlu diberi perhatian''.
SHAH ALAM - Syarikat pengedar dan pembekal makanan sejuk beku, Pok Brothers Sdn Bhd, memaklumkan, produk Dr Oetker Ristorante Hawaii Pizza yang mengandungi daging babi tidak diedarkan di negara ini.
Hal itu dijelaskan oleh Ketua Pegawai Operasinya, Alan Pok, yang memberitahu, syarikat itu hanya mengedarkan enam jenis piza sahaja daripada produk Dr Oetker Ristorante, dan kesemuanya bukan berasaskan daging.
Pok turut menegaskan, semua kandungan produk itu dipantau sendiri oleh Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Produk syarikat mereka, kata Pok, mempunyai logo halal antarabangsa yang diiktiraf oleh Jakim. Malah Jakim sendiri sudah berkunjung dan melakukan pemeriksaan ke atas produk piza yang dikeluarkan syarikatnya.
Minggu lalu, tiga keping gambar produk makanan sejuk beku, Dr Oetker Ristorante Hawaii Pizza tersebar di laman sosial. Produk berkenaan didakwa mengandungi daging babi, namun dalam masa sama mempunyai logo halal.
Salah satu gambar yang tersebar menunjukkan dengan jelas nama syarikat Pok Brothers sebagai pengedar.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Kuala Lumpur: Seorang gadis berjaya menyelamatkan diri selepas hampir diperkosa majikan hidung belang di dalam kereta berhampiran pusat peranginan Genting Highlands, Pahang, Jumaat lalu.
Mangsa berusia 25 tahun itu dikatakan cuba dirogol seminggu selepas bekerja di sebuah syarikat di Sentul, di sini.
Sumber berkata, suspek yang berusia 30-an itu kerap mengambil kesempatan ke atas pekerja baru kononnya mahu mengajar mereka selok-belok tugas di pejabat.
Mangsa dikenali sebagai Ema, 25, berkata, dia tidak menyangka cuba diperkosa berikutan suspek kerap menghantarnya pulang ke rumah sewa selepas tamat bekerja.
Menurutnya, suspek turut kerap menghantar seorang lagi rakan serumahnya setiap petang.
"Bagaimanapun, rakan saya mengalami sakit gigi menyebabkan dia pulang awal bersendirian pada hari kejadian," katanya.
Ema berkata, suspek meminta dia menemaninya bertemu pelanggan di Jalan Ampang.
"Dia enggan menghantar saya pulang ke rumah di Shah Alam dengan memberi alasan jalan sesak sebelum mengajak saya makan terlebih dahulu," katanya.
Dia yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju sebelum suspek membawanya makan di restoran makanan segera berhampiran Plaza Tol Gombak.
"Saya terkejut apabila dia membawa saya ke kawasan peranginan Genting Highlands sebelum memberhentikan kereta di tepi jalan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28882#sthash.MOjcsY5V.dpuf
Petaling Jaya: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan merogol, melakukan seks luar tabii dan mengugut seorang pelajar kolej berusia 19 tahun, minggu lalu.
Muhammad Fazrul Fauzi, 30, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya di dua mahkamah berasingan.
Pada prosiding di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh, tertuduh didakwa masing-masing merogol dan melakukan seks luar tabii ke atas mangsa yang ketika kejadian berusia 18 tahun 11 bulan di tandas lelaki, Dataran Sunway, Jalan PJU 5/13, dekat sini, antara jam 1 pagi dan 1.45 pagi pada 27 Januari 2015.
Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh atas alasan tertuduh sudah merosakkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kes membabitkan kepentingan awam.
Bagaimanapun, peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili Muhammad Fazrul memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin kerana tertuduh sudah berkahwin dan memberi kerjasama kepada polis dan pendakwaan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 untuk setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Mac ini untuk sebutan kes.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan ketakutan kepada mangsa yang sama bahawa dia akan dibuang kolej dan ditangkap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Tiada ulasan:
Catat Ulasan