PUSAT Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang ditubuhkan sejak tahun 80-an menjadi pilihan ibu bapa hari ini dari pelbagai peringkat kerana kurikulum pendidikannya yang istimewa dan berbeza dengan pusat pendidikan pra sekolah yang lain. Walaupun terhad dari segi prasarana termasuklah terjejas akibat banjir di beberapa buah negeri, ini tidak menghalang Pasti meneruskan operasinya.
Ikuti butiran lanjut mengenai perkembangan Pasti bersama Pengarah Jabatan Pasti Malaysia, Hassan Hassan Ahmad Ahmad dalam wawancaranya bersama Wartawan Kanan Harakah, NYZA AYOB
WARTAWAN: Boleh saudara ceritakan perkembangan Pasti hari ini yang menyebabkan ia menjadi pilihan ibu bapa untuk menghantar anakanak mereka bagi mengikuti pendidikan pra sekolah? HASSAN AHMAD: Pasti merupakan pusat pendidikan pra sekolah yang berteraskan Islam da
n merupakan rangkaian pra sekolah milik parti Islam yang terbesar di Malaysia. Ia juga mempunyai kurikulum pra sekolah yang terbaik.
Keistimewaan Pasti dapat dilihat apabila murid-murid lepasan Pasti yang masuk ke sekolah arus perdana kebanyakannya cemerlang dan lebih ke hadapan jika dibandingkan dengan pra sekolah yang lain, termasuk pra sekolah atau tadika kerajaan.
Baru-baru ini juga Pasti telah memberi kerjasama dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dengan membenarkan sebilangan Pasti untuk dikunjungi pegawaipegawai dari kementerian ini.
Ini kerana pihak kementerian mohon untuk buat kajian di Pasti disebabkan berdasarkan dapatan NKRA menunjukkan pencapaian murid-murid lepasan Pasti ini lebih tinggi daripada lepasan tadika kerajaan mahupun tadikatadika lain.
Ini jelas membuktikan murid-murid lepasan Pasti lebih berkualiti dan tinggi pencapaiannya hasil daripada kurikulum yang terbaik. Setakat ini kita telah mempunyai lembaga pakar kurikulum Pasti yang terdiri daripada pakarpakar pendidikan dan profesorprofesor.
Sekarang kurikulum kita juga di peringkat akhir untuk pemurnian bagi menjadikan kurikulum dan jenama Pasti ini bertaraf dunia.
Bagaimana boleh direalisasikan impian membawa Pasti ini ke peringkat antarabangsa? Pencapaian Pasti mutakhir ini telah berjaya menjadi pilihan rakyat Malaysia. Yang terdekat, kami sudah berjaya membuka Pasti di Kemboja dan Sri Lanka.
Pada masa yang sama kita sedang berusaha juga membuka Pasti di Sudan dan Filipina. Akan datang, kita juga akan buka di beberapa buah negara dengan guru-guru dari neg
ara tersebut dilatih terlebih dahulu di negara kita. Dalam masa terdekat ini juga kita akan melengkapkan kurikulum Pasti ini khusus untuk non-muslim. Kami melakukan persediaan ini semua kerana mahu meningkatkan lagi kehebatan Pasti.
Apakah yang membezakan kurikulum Pasti jika dibandingkan dengan pusatpusat pra sekolah yang lain? Walaupun kemudahan Pasti agak terhad, tetapi prasarana tidak menjadi faktor utama pencapaian Pasti. Yang paling penting adalah kurikulumnya.
Kurikulum Pasti ini menyeluruh dengan memakismakan aspek kebolehan murid-murid untuk belajar. Sebab itu, kami memperkenalkan 5M berbeza dengan 3M yang diperkenalkan arus perdana.
Selain Membaca, Menulis dan Mengira, Pasti mengutamakan Menghafaz dan Mengamal.
Kami tidak mahu mereka hanya pandai membaca dan menulis.
Sebab itu pelajar-pelajar Pasti ini bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi mereka juga cemerlang dari segi agama.
Bahkan mereka cemerlang dalam penghayatan dan pengamalan agama.
Kami sudah tambah elemen dalam kurikulum Pasti iaitu pra-tahfiz. Mereka bukan sahaja bagus dari segi akhlak dan agama tetapi kami juga berusaha menyimpan al-Quran dalam dada murid-murid. Secara asasnya mereka sudah mampu menghafaz juzuk-juzuk Amma dalam al-Quran.
Pada 2015 ini, kami sudah gerakkan program pra tahfiz di seluruh tahfiz di Malaysia untuk melaksanakannya. Sebelum ini selama dua tahun kami laksanakan sebagai pilot programme di beberapa Pasti yang ada kemampuan dan kesediaan. Tetapi pada tahun ini kami sudah wajibkan semua Pasti laksanakan program pra tahfiz yang juga termasuk dalam jadual pembelajaran mereka.
Ini bermakna Pasti bukanlah pra sekolah yang berasaskan keuntungan? Pasti ini berbeza dengan tadika-tadika lain kerana tidak memfokuskan kepada keuntungan atau bisnes. Kami lebih kepada tanggungjawab sosial, tanggungjawab agama dan tanggungjawab dakwah. Dalam masa yang sama kami nak bantu masyarakat supaya dapat melahirkan generasi soleh pintar. Itu merupakan visi kami.
Tujuan kami menekankan bagi melahirkan generasi soleh pintar ini supaya dapat m
embentuk generasi yang bertakwa kepada Allah, generasi berakhlak, generasi mengamal tuntutan agama dan pada masa yang sama mereka pintar. Kami tidak mahu generasi akan datang hanya pintar, pintar menipu, pintar menyeleweng, pintar rasuah, ini yang kami tidak mahu. Sedari awal lagi kami menerapkan asas-asas Islam.
Apabila seseorang pelajar itu pandai membaca tidak semestinya dia tahu daripada segi agama. Apabila diketengahkan cepat membaca atau cepat menulis, ianya hanya satu sahaja daripada elemen pendidikan. Sedangkan kanakkanak ini mempunyai aspek yang sangat luas untuk dibangunkan. Sebab itu kami menekankan value based education.
Di negara Eropah atau Barat pun mereka sudah beralih kepada value based education. Mereka sudah melihat betapa pentingnya membina manusia. Sebab mereka juga telah melihat kerosakan generasi mereka.
Jadi, sekarang pentingnya pengamatan dan pengamalan agama sebagai teras dalam jiwa anak-anak.
Keistimewaan dan perbezaan di Pasti inilah agaknya menjadikan Pasti pilihan pelbagai golongan masyarakat? Saya belum mendapat data terperinci dari negeri-negeri tetapi data yang saya dapat dari beberapa negeri, jumlah pelajar semakin meningkat.
Terkini jumlah pelajar Pasti kira-kira 90,000 orang
di seluruh negara. Sekarang, bukan sahaja ahli PAS yang menyambut baik pakej pendidikan Pasti.
Bahkan majoriti ahli Umno dan masyarakat Malaysia yang lain.
Pada masa yang sama, masyarakat non-muslim melihat anak-anak Pasti ini apabila masuk ke sekolah rendah menjadi top ten dalam pelajaran. Bukan sahaja melihat pelajar-pelajar lepasan Pasti ini cemerlang dari segi agama tetapi juga mempunyai akhlak yang baik. Ini pun menarik minat mereka. Kami mempunyai data dan maklumat masyarakat India dan Cina menghantar anak ke Pasti. Kalau di Sabah lagi ramai.
Sejauh mana penerimaan masyarakat Sabah dan Sarawak terhadap pendidikan Pasti ini?
Jika di Sabah, kita dapat lihat masyarakat bukan Islam menghantar anak-anak mereka ke Pasti. Bahkan terdapat juga permohonan dari kalangan masyarakat Iban di Sarawak. Mereka juga berhajat Pasti dibuka di tempat mereka.
A
dakah Pasti juga menyediakan kursus-kursus pemantapan mengajar untuk guru-guru? Guru-guru Pasti ini kita wajibkan mengikuti kurikulum pendidikan guru. Kami mempunyai empat peringkat iaitu peringkat asas, peringkat sijil, peringkat lanjutan dan peringkat guru pakar. Peringkat satu hingga tiga ini mesti diikuti semua guru. Kemudian selesai tiga peringkat barulah mereka layak mengikuti
peringkat guru pakar.
Sekarang kita mempunyai lebih 300 guru pakar Pasti di seluruh Malaysia. Mereka inilah yang menjadi jurulatih Pasti di peringkat negeri. Kami juga mewajibkan semua guru mengikuti usrah bulanan yang lebih kepada in house training seperti guru-guru membincangkan mengenai teknik terkini pedagogi, kemahiran komunikasi, kemahiran mengurus kelas dan banyak lagi yang kami susun sepanjang tahun.
Kami membantu guruguru Pasti mengemaskini pengetahuan sedia ada dan menambah lagi pengetahuan mereka. Sebab itu guru-guru Pasti ini dilihat sentiasa segar dalam mendidik anak-anak. Komitmen guru-guru ini jugalah membawa kejayaan kepada Pasti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan