Jumaat, 2 Januari 2015

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 01 Jan 2015 07:36 PM PST

Anwar Ibrahim


Bencana Banjir: Pupuk Muafakat dan Penyelarasan Menyeluruh

Posted: 01 Jan 2015 09:19 AM PST

Saya berkesempatan ke Kelantan semalam untuk meninjau keadaan di sana. Turut bersama-sama ialah pimpinan Pas Dato’ Husam dan Dato’ Kamaruddin Jaffar; pimpinan KEADILAN Kelantan Sdr Abd Aziz Kadir selalu Pengerusi Majis Pimpinan Negeri dan YB Roslan ADUN KEADILAN Guchil; serta beberapa pimpinan tempatan lain.

Pertama sekali saya mulakan dengan menziarahi Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Pulau Melaka, kelihatan beliau begitu uzur sekali. Saya sangat terkesan dengan tokoh ummah ini dengan sosok sederhana beliau, meski uzur tetapi terus prihatin dan cakna dengan kondisi Kelantan seluruhnya. Sama-sama kita mendoakan agar Tuan Guru terus sihat dan sejahtera.

Dalam perjalanan seterusnya, rombongan kami bertemu dengan penduduk Pasir Mas yang memohon agar bekalan makanan ditambah di dua Sekolah yang menjadi pusat penempatan. Melalui Dato’ Husam, permintaan bekalan beras segera dikirim ke pusat-pusat berkenaan.

Di Guchil dan Manek Urai – dua kawasan yang dianggap paling kritikal dan parah terkesan dek banjir besar ini – kami diberi taklimat oleh Brig Jeneral Datuk Azmy Yahya, Panglima 8 Briged ATM.

Peranan ATM nyata sekali sistematik dan terpuji melalui pengendalian mereka di Pejabat Tanah & Jajahan. Usaha menyelamat, pengawasan pusat pemindahan termasuk penyaluran bekalan makanan amat membanggakan.

Sungguhpun begitu masalah kritikal ialah kekurangan bekalan air bersih dan eletrik. Demikian juga bekalan makanan kerana meskipun disediakan tetapi harus dibekalkan dan ditambah pada skala yang konsisten. Umpamanya, berdasarkan laporan, bekalan makanan selama seminggu hanya terhad dengan bekalan sardin dan itupun hasil bantuan NGO serta sukarelawan yang turun membekalkan ikan daripada Terengganu.

Pihak ATM memuji tindakan pantas kalangan NGO, parti-parti politik dan juga badan-badan Islam seperti ABIM dan IKRAM yang giat membantu tanpa henti.

Saya suka mencadangkan agar pasukan sukarelawan dan NGO memberikan tumpuan kepada kawasan yang lebih terpencil dan juga kawasan kampung yang daif yang lokasinya berjauhan daripada kawasan pekan serta Pusat Penempatan Sementara mangsa banjir.

Secara peribadi saya berpandangan keperluan penyelarasan pasca-banjir adalah prioriti yang harus diberi tumpuan. Ini nyata sekali fasa paling mencabar khususnya kalangan rumah yang hanyut dibawa arus dan rumah yang rosak secara total. Ramai yang mengeluh kerana mereka kini tinggal sehelai sepinggang.

Kerjasama semua pihak khususnya Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri perlu diperhebat dan pemantauan perlu lebih berkesan.

Bantuan kerajaan-kerajaan negeri juga harus lebih terancang dan diselaras dengan teratur. Kalangan peneliti melihat daripada jumlah dana, jentera dan sukarelawan: bantuan daripada Negeri Selangor masih yang terbaik diikuti daripada Negeri Johor.

Langkah Sdr Azmin selaku Menteri Besar Selangor yang mengarahkan semua Majlis Perbandaran menggerakkan pasukan sukarelawan ke kawasan yang terkesan untuk fasa pembersihan harus dicontohi. Ini termasuklah pengumuman RM5 juta untuk membangun semula dan memperbaiki rumah-rumah yang rosak.

Ada keperluan mendesak untuk membekalkan makanan bukan mentah kerana ketiadaan peralatan memasak, apatah lagi bekalan air dan eletrik masih belum stabil sepenuhnya. Ini termasuk juga membekalkan peralatan memasak untuk jangka panjang. Justeru harus ada rundingan terus dengan pembekal agar harga barangan makanan dikawal supaya tidak dimanipulasi oleh peniaga. Sewajarnya jangan terlalu mudah menyerahkan kepada wakil-wakil atau orang tengah tanpa memantau kos dan harga kerana kesan langsungnya ditanggung rakyat Kelantan malah dampaknya sangat mendukacitakan.

Pada kadar segera, saya mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan memberi tumpuan kepada bekalan buku, pakaian seragam serta kelengkapan sekolah seperti beg, alatulis dan seumpamanya. Ini penting sebagai persediaan sesi persekolahan yang akan bermula 12 Januari hadapan.

Peruntukan besar jangka panjang yang diumumkan oleh pihak kerajaan, dilihat kurang memberikan impak langsung kepada rakyat yang terkesan. Justeru yang perlu disegerakan ialah peruntukan langsung secara terus kepada mereka yang terjejas.

Sebagai langkah jangka panjang, berdasarkan pandangan rakyat dan pihak berwajib yang sempat diperoleh, ada keperluan major oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk melihat semula isu tebatan banjir dan juga sistem perparitan serta saliran. Ini termasuklah menyusun semula pembinaan perkampungan serta skim perumahan yang tersusun serta berkelompok di kawasan lembah yang dilanda banjir.

Saya meyakini sepenuhnya dalam keadaan kita berhadapan dengan kemelut sebegini, muafakat harus dipupuk dan tindakan harus diselaras bersama-sama. Media tidak harus mengeluarkan kenyataan yang bersifat selektif dan mengelirukan, sebaliknya harus melaporkan senario sebenar agar permasalahan bekalan makanan dan bebanan mangsa dapat diketahui rakyat di luar Kelantan khususnya.

Semoga rakyat Kelantan yang terkesan terus bersabar dan tabah menghadapi keadaan, dan moga kolaborasi semua pihak dapat dipupuk agar bantuan pasca-bencana dapat disusun, dirancang dan dilaksanakan pada kadar segera.

ANWAR IBRAHIM

Accused gambling kingpin Paul Phua ‘assisting Malaysia on matters of national security’

Posted: 01 Jan 2015 01:21 AM PST

South China Morning Post

Paul Phua Wei-seng, the former Macau junket operator facing illegal bookmaking charges in Las Vegas, is assisting the Malaysian government in matters of national security and is not a member of Hong Kong's 14k triad society, a Malaysian cabinet minister has told US authorities.

"Mr Phua is neither a member nor is he associated with the '14k Triad', Malaysia's Minister of Home Affairs Ahmad Zahid Hamidi wrote in a letter to Mark Giuliano, deputy director of the US Federal Bureau of Investigation.

"Mr Phua has, on numerous occassions [sic], assisted the Government of Malaysia on projects affecting our national security and accordingly we continue to call upon him to assist us from time to time and as such we are eager for him to return to Malaysia," Hamidi wrote in the letter dated December 18.

The letter, marked "private & confidential", was submitted to the United States District Court in Las Vegas on Monday by Phua's defence team. Phua's lawyers have consistently refuted the allegation that Phua has ties with Hong Kong's organised crime groups since his arrest in July.

In his letter, the minister did not elaborate on what matters of national security Phua assisted the Southeast Asian nation. His office could not be reached for immediate comment on Tuesday.

Phua, 50, and his son stand accused of running an illegal gambling operation from suites at the Caesar's Palace Hotel in Las Vegas during the soccer world cup earlier this year.

An online message found on his computer during a police raid suggested that bets of the alleged operation reached a “grand total” of HK$2.7 billion, according to court documents. US federal prosecutors alleged the group made a profit of US$13 million in June and July on soccer bets.

Phua's lawyers are challenging the admissibility of evidence including the online message in court.

The allegation that Phua is a triad member is based on an FBI internal document previously submitted to the court, according to which Royal Malaysian Police (RMP) informed the FBI's representative in Kuala Lumpur, the capital, of his ties to the criminal organisation.

"The RMP has identified the 14K Triads as a local organised crime syndicate involved in illegal drugs, illegal gambling and money laundering activities in Malaysia," the internal FBI document dated July 17, 2008, read. "The RMP has also identified Malaysian Phua Wei Seng as a 14K Triad member."

The Malaysian citizen with roots in Sarawak was Macau's top earning junket operator a decade ago, before becoming a prominent high-stakes poker player. In 2011, he was granted a diplomatic passport by the European microstate of San Marino as its ambassador to Montenegro.

In June, Phua was arrested in Macau in a crackdown on an online betting ring that, according to Macau police, took HK$5 billion in wavers. He was deported from the territory.

The raid remains the largest strike on illegal bookmaking in the gambling hub's history.

The Las Vegas trial's other defendants – who include three Hongkongers and Malaysian junket operator Richard Yong Seng-chen – this week pleaded guilty to misdemeanours and were sentenced to unsupervised probation and fines.

Among the documents US prosecutors submitted to the court in Las Vegas is a passport scan of another key casino junket operator Cheung Chi-tai, labelled under the file name “HK Boss”.

Cheung is wanted for questioning by Hong Kong police. The Hong Kong resident has been called a leading triad member in the money-laundering trial of Carson Yeung Ka-sing, the former owner of soccer club Birmingham City.

In response to a question about Phua's ties to Cheung, defence co-counsel David Chesnoff and Tom Goldstein said he had none. "The only link to the case at all comes from documents found in the Caesars Palace villa of another defendant who is unrelated to Mr. Phua and has pleaded guilty in the same case. It is a false connection."

READ THE FULL LETTER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan