Selasa, 27 Januari 2015

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Landskap Siasah

Posted: 26 Jan 2015 07:44 AM PST

Landskap Siasah


Kenyataan Media - HUKUMAN ROTAN SATU JENAYAH ; MENTERI DINGATKAN PERHALUSI BERDASARKAN BUDAYA ISLAM DAN MASYARAKAT TEMPATAN

Posted: 25 Jan 2015 07:02 PM PST


IMG_38593285338162
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS KEDAH
26 JANUARI 2015
HUKUMAN ROTAN SATU JENAYAH ; MENTERI DINGATKAN PERHALUSI BERDASARKAN BUDAYA ISLAM DAN MASYARAKAT TEMPATAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) memandang kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang mengaitkan hukuman rotan dengan peruntukan undang-undang Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) sebagai tindakan yang membelakangkan syariat agama Islam dalam hal tarbiatul awlad (pendidikan kanak-kanak dalam Islam).
Beliau telah menyatakan semalam bahawa tindakan merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.
Pandangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini juga bahawa merotan hanyalah sebahagian budaya masyarakat kita (malaysia atau asia) adalah tidak tepat kerana merotan adalah suatu tindakan berteraskan agama jika dilaksanakan menurut syariat.
Walaupun kita sedar Malaysia cukup sensitif dan bergerak ke arah negara yang selamat terhadap kanak-kanak, namun mengharamkan hukuman seminima rotan tapak kaki dan tidak mencederakan tubuh kanak-kanak adalah tindakan yang sekadar mencetak budaya hidup masyarakat Barat yang membina rangka kerja dalam CRC berkenaan.
Pihak Barat yang percaya dengan kebebasan mutlak dan hak sama-rata yang sebenarnya mencabuli hak ta'dib terhadap.kanak-kanak sebenarnya adalah masyarakat yang gagal mencipta formula sendiri mengurus akhlak dan moral kanak-kanak dan remaja di Barat termasuk Amerika. Atas dasar sekularisme, mereka cuba mencipta formula yang jauh daripada semangat agama mereka sendiri dan CRC adalah sebahagian gambaran worldview Barat dalam hal pendidikan kanak-kanak.
Adakah kita berbangga dengan budaya hidup barat yang sebenarnya telah lama gagal mencetak 'manusia' yang berjiwa manusia?
Namun begitu Dewan pemuda PAS Kedah tetap menentang penggunaan rotan tanpa kawalan dan menghukum anak-anak dengan nafsu. Banyak kes penderaan, memukul separuh mati dilakukan akibat pengaruh dadah, alkohol dan kerosakan rumah tangga. Misalnya dalam media tempatan banyak kali melaporkan penderaan hingga maut dilakukam oleh kekasih ibu yang mana suaminya (bapa kanak-kanak berkenaan) samaada bercerai atau terlibat dalam najis dadah.
Perbincangan Konvensyen hak kanak-kanak adalah rentetan banyaknya kes salah guna kanak-kanak, penyeludupan buruk kanak-kanak, penjualan organ, penculikan dan penderaan. Hal sebegini perlu ditangani di peringkat Malaysia melalui rangka Malaysia yang masih memiliki agama persekutuan. Rencah dan resepi meningkatkan hak kanak-kanak perlu dilakukan dalam pemerkasaan rumahtangga umat Islam, mengurus statistik penceraian Melayu Islam yang kian bertambah, mengurus penggunaan arak dan dadah di kalangan umat Islam, mengurus pasangan muda yang ingin bernikah tanpa ilmu yang mencukupi, mengurus hutang isi rumah yang menjadi punca jenayah di kalangan pasangan Islam dan akhirnya menatijahkan penderaan dan kemerosotan hak asasi kanak-kanak.
Pihak kami juga tidak bersetuju jika kes Azizul Rahim Awaluddin dan Shalwati Norshal) yang dihukum penjara kerana memukul anak di Sweden kononnya perlu dijadikan iktibar kerana pasangan tersebut tidak mendera anak, mereka hanya menta'dib anak untuk bersolat dan kebetulan ta'dib itu dilakukan di negara bukan Islam, maka budaya hidup Islam itu dianggap bersalah menurut akta yang digubal berteraskan gaya hidup liberal Barat.
DPPNK berpandangan pihak kementerian perlu mengkaji dan melihat secara menyeluruh penyelesaian isu ini.
Kami mencadangkan sebuah buku yang menarik dan kompresensif untuk ditekuni oleh pihak kementerian iaitu Tarbiyyatul awlad fil Islam ataupun Pendidikan Anak-anak Menurut Islam yang dikarang oleh Abdullah Nasih Ulwan. Buku ini menyarankan pendidikan anak-anak adalah bermula daripada mencari pasangan hidup.
Mohd Nasir Zakaria
Ketua Pemuda PAS Kedah
penderaan-kanak-kanak1
bayi dibelasah
article-14-crc

Tiada ulasan:

Catat Ulasan