SEMALAM, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Shahidan Kassim sanggup menjadi orang tengah, untuk mendamaikan Dato Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir, Mantan Perdana Menteri.
Agak-agak apa yang boleh dilakukan Shahidan? sedangkan beliau dilantik Perdana Menteri sebagai salah seorang anggota kabinet dan sekaligus sebagai pelaksana dasar Perdana Menteri itu.
Permintaan Tun Dr Mahathir jelas, ubah dasar Umno dan kembali ke malay centric, atau ubah orang. Jika permintaan ini sanggup dilaksanakan Najib, maka akan mudahlah tugas Dato Shahidan mendamaikan kedua-keduanya. Jika tidak, ertinya usaha beliau tidak akan ke mana-mana, kerana sifat Mahathir semua orang faham, terlalu sukar mengalah.
Pertembungan antara Najib dan Mahathir, sebenarnya sudah sampai ke puncak. Mantan PM itu, tahun lepas sudah menarik sokongannya. Maka bermulalah babak-babak bidasan mantan PM itu.
Isu utama yang diangkat adalah 1MDB, kemudian BR1M dan seterusnya dasar PM terhadap kaum melayu terutama yang berhubungan dengan ekonomi.
Ekoran bidasan itu mantan PM itu dan kadang-kadang Tun Daim turut membuat beberapa kenyataan, akhirnya menyatukan Najib dengan musuh utama Bn- Anwar Ibrahim.
Anwar dalam satu kenyataan yang mendapat liputan daripada media Umno TV3, bahawa Ketua Pembangkang itu sanggup berkerjasama dengan SPRM, jika suruhanjaya pencegah rasuah itu mahu menyiasat mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin. Kenyataan itu, macam berlaku permainan dibelakang tabir antara beliau dengan Najib.
Ini cara pemimpin DAP menegur rakan sebantalnya di dalam Pakatan. Dengan membuat kenyataan di dalam akhbar Cina yang tidak difahami oleh rakan sebantalnya. Agak sukar difahami apa tujuan Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng mengkritik Kerajaan PAS Kelantan di dalam akhbar-akhbar Cina. Semakan yang CTS buat hanya China Press dan Sin Chew Jit Poh sahaja yang melaporkan kenyataan seperti di bawah. Kenapa Joseph Lim tidak berani menegur secara berdepan? Susah sangatkah hendak angkat telefon untuk menghubungi Menteri Besar Kelantan?
China Press; 27 Januari 2015
Lim Guan Eng mengkritik kerajaan PAS Kelantan sebagai sebuah kerajaan negeri yang lemah dan gagal melaksanakan tanggungjawabnya semasa bencana banjir melanda Kelantan pada penghujung tahun lalu.
"Semasa banjir besar, keadaan yang berlaku seolah-olah tiada kerajaan negeri yang ujud di Kelantan. Kerajaan yang ada hanya lepas tangan dan tidak tahu melakukan apa-apa untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir," kata Guan Eng.
Menurut Lim lagi, walaupun kerajaan PAS Kelantan selama ini terkenal dengan pentadbiran yang bersih (tidak korup) tetapi mereka juga harus menjadi kerajaan yang boleh memberi khidmat kepada rakyat.
"Sekiranya PAS Kelantan tidak tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah kerajaan negeri, adalah lebih baik mereka tidak menjadi kerajaan negeri di Kelantan," tambah Guan Eng.
YB Pondan ... Maaf YB Pandan, Rafizi Ramli ditangkap menipu lagi. Semalam di dalam laman sosial Facebook beliau, beliau telah mempertikaikan kenapa Kerajaan Malaysia menjual tanah di Iskandar kepada syarikat hartanah dari negara China. Ini adalah penipuan terbesar Setiausaha Agong PKR. Tanah bernilai RM2.4 billion yang dikatakan dibeli dari Kerajaan sebenarnya dibeli dari Iskandar Waterfront City Bhd, sebuah syarikat pembinaan tempatan milik Rakyat Malaysia. Walaupun nama syarikat tempatan berkenaan ada Iskandar, tidak bermakna ianya milik Kerajaan.
Syarikat berkenaan dimiliki oleh seorang taikun Cina tempatan, 'billionaire' Lim Kang Hoo. Kesemua tanah ini telah dibelinya pada harga murah semasa Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997. Beliau mengambil alih RM200 juta hutang dalam agensi pelaburan negeri Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan menerima hak tebus guna tanah berkenaan sebagai pertukaran. Pembelian berkenaan berlaku pada masa kemelesetan ekonomi iaitu 9 tahun sebelum projek Iskandar dilancarkan pada tahun 2006. Kalau nak tahu cerita penuh, baca di sini.
Syarikat hartanah dari negara China membeli dari syarikat Malaysia yang memiliki tanah berkenaan secara sah, apa kaitannya dengan Kerajaan, wahai Rafizi Ramli? Rafizi Ramli mungkin cuba untuk mengalihkan isu penjualan tanah berkenaan untuk menutup isu Datum Jelatek di Selangor. Mungkin Kerajaan Johor boleh memikirkan untuk menyaman Setiausaha Agong PKR ini atas fitnah yang dilakukan olehnya.
Fortune magazine has named Malaysia as one of the new "Lucky Seven" emerging countries which will boom in the next 5 years. Malaysia is among seven countries which will replace Brazil, Russia, India, and China summed up with a simple acronym: BRIC, as an emerging market worth putting your money in. Read details in the Fortune Magazine, here.
Malaysia was chosen as where should worldwide companies turn for their strategic investments to. According to the research and votes, in Malaysia, an incumbent government is offering credible pledges for smarter economic management.
Well, that has everything to do with what investors should look for: stability and resilience. In short, Malaysia among seven countries where it would seem good governance and sustainable growth are likely to go hand in hand. The following is the excerpt of the magazine why Malaysia is the chosen one:
In Malaysia, the incumbent government is trying to stay ahead of increased demand for change. Prime Minister Najib Razak scrapped fuel subsidies and will enact a 6% goods and services tax in April to improve his government's fiscal position. Najib will likely accelerate his Economic Transformation Program by introducing further tax incentives for foreign investors. Further liberalization of the manufacturing and financial services sectors is likely as well. It's a fair bet that as growth tapers in China (and the impact of that slowdown is felt in Malaysia), Najib's government will feel pressure to boost public spending on infrastructure, education, and health care. That's a good thing—particularly if authorities, as expected, continue to advance a broad fiscal reform agenda, with support from the middle class, to balance the nation's budget by 2020.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar menafikan pernah mengeluarkan kenyataan untuk memperkenalkan kenderaan beroda tiga atau dikenali tuk-tuk di negara ini. Katanya SPAD tidak mempunyai kuasa sewenang-wenangnya untuk bercakap mengenai kenderaan awam baru untuk diperkenalkan. Bagaimanapun beliau mengakui cadangan penggunaan kenderaan itu adalah menarik kerana ia turut digunakan negara Asia lain.
SPAD sebelum ini dipetik oleh Astro Awani, di sini, berkata ura-ura untuk memperkenalkan kenderaan roda tiga tuk tuk adalah sekadar idea serta cadangan sahaja dan suruhanjaya itu belum lagi membuat sebarang keputusan mengenai penggunaannya. SPAD berkata, cadangan awal adalah bagi memperkenalkan tuk tuk sebagai pengangkutan pengantara atau 'feeder' di luar kawasan pusat bandar dan bukan untuk kegunaan di dalam pusat bandar.
SPAD tidak membuat keputusan bagi memperkenalkan tuk tuk dalam masa terdekat. Ia hanya cadangan awal bagi kegunaan dalam jarak pendek iaitu dari stesen LRT, KTM atau MRT pada masa hadapan ke kawasan berdekatan. Idea berkenaan bagaimanapun telah mendapat reaksi positif dan negatif di media sosial dan juga laporan akhbar The Sun Daily, di sini.
Dalam pada itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula berpendapat kenderaan tuk tuk yang digunakan di Thailand, khususnya di Bangkok tidak dilihat bersesuaian untuk digunakan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, katanya, SPAD yang mencadangkan perkara itu sebagai anternatif pengangkutan awam yang lebih murah, belum berbincang dengan pihaknya.
Hari ini dalam akhbar Cina Sin Chew Daily , perbalahan antara DAP - PAS semakin panas .
Guan Eng membalun lagi PAS selepas Hadi mendedahkan keburukan pilihanraya PBT diadakan kerajaan DAP dengan membidas kerajaan PAS Kelantan tak layak menjadi sebuah kerajaan yang baik untuk rakyat ekoran musibah banjir .
Serangan Guan Eng kali menggunakan modal banjir menghentam kerajaan PAS Kelantan sebagai lemah & tak wujud pastinya akan menambah lagi kemarahan pimpinan dan penyokong mereka .
Kita nak lihat apakah reaksi kepimpinan PAS termasuk PAS P.Pinang samada akan mempertahankan partinya yang dihina oleh Guan Eng dan DAP ini .
PASMA tentunya akan senyum dan melihat saja PAS dibantai saja Guan Eng dan DAP .
Mereka yang mahu dilihat altenatif baru untuk ganti PAS jika parti itu keluar Pakatan pastinya akan terlaksana tak lama lagi ..
Sin Chew Daily, 27 JAN 2015, halaman 08,
LIM Guan Eng - Ketua Menteri Pulau Pinang membidas Kerajaan PAS Negeri Kelantan sebagai sebuah Kerajaan Negeri yg lemah dan gagal melaksanakan tanggungjawabnya semasa musibah banjir yg melanda Kelantan pada penghujung tahun lalu.
Katanya, semasa banjir besar berlaku, keadaan yg berlaku adalah seolah-olah tiada Kerajaan Negeri yg wujud. Kerajaan yg ada hanya lepas tangan dan tidak tahu melakukan apa apa utk menyelamatkan mangsa mangsa banjir.
Menurut LIM lagi, walaupun Kerajaan PAS Kelantan selama ini terkenal dgn dasar pentadbiran yg bersih tetapi mereka juga harus menjadi sebuah Kerajaan yg boleh membuat kerja untuk rakyat.
Jika Kerajaan Kelantan tidak tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah Kerajaan Negeri, adalah lebih baik, mereka jangan menjadi Kerajaan Negeri di Kelantan.
LIM Guan Eng berkata demikian semasa menghadiri satu majlis kempen menambah keahlian parti DAP di Bukit Mertajam semalam.
PAS diketuai Mahfuz Bean kini ligat cuba menjadi hero membela seorang penjenayah dalam kes berprofile tinggi pembunuhan Altantuya.
Beliau mendakwa ada motif tersembunyi di sebalik kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu menawarkan diri untuk membantu Koperal Sirul Azhar Umar yang dikenakan hukuman gantung sampai mati ini . klik di sini PAS juga menerusi Mahfuz , Suhaizan dan Idris Ahmad telah berkunjung ke rumah ibu Koperal Sirul di Perak bagi meraih publisiti bahawa mereka lah paling prihatin terhadap nasib suspek dan keluarganya . Sebelum ini, Pas bersama Pakatan Rakyat antara yang kuat mendesak Sirul serta Azilah dikenakan hukuman berat diatas tuduhan membunuh Altantuya. Pas juga tidak berpuas hati apabila keputusan awal Mahkamah membebaskan kedua-dua anggota Polis berkenaan manakala pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain mengambil inisiatif mendapatkan kenyataan bapa kepada wanita Mongolia tersebut.
Hari ini mereka bertukar wajah & cuba membela Koperal Sirul . Kalau mereka betul-betul ikhlas mahu membela sepatutnya dari awal perbicaraan lagi membantu .
Ini tidak PAS dilihat mempunyai agenda tersendiri cuba mngambil kesempatan menangguh di air yang keruh .
Mereka menggunakan cakap Ibu Sirul sebagai modal raih simpati untuk menimbulkan keraguan dan menghasut rakyat mempertikaikan keputusan Mahkamah
"Sirul pernah cakap pada Mak Long, tindakannya itu dilakukan atas arahan seseorang dan dia terpaksa mengikutnya.
"Tidak kira apa pun yang berlaku, sebagai seorang ibu, Mak Long harap dia dapat pulang semula ke pangkuan keluarga. Saat ini itu saja yang Mak Long mahu," katanya. KLIK DI SINI
Desakan PAS mahu Sirul mendedahkan kes Altantuya kepada media juga sama dilihat mencabar kredibiliti sistem kehakiman negara .
PAS sewajarnya jika mempunyai bukti bahawa Sirul diarahkan pihak tertentu perlu segera melaporkan kepada pihak berkuasa bukannya menghasut rakyat mempertikaikan keputusan Mahkamah .
*** Kalau betul ada arahan daripada pihak tertentu kepada mereka supaya Altantuya dibunuh ,sudah lama bekas peguam Azilah , Datuk Zulkifli Noordin menggunakan pengakuan itu di mahkamah tetapi tidak sebab tiada bukti .
YB Datuk Zulkifli Noordin berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut telunjuk ketua pembangkang itu dengan mereka-cipta bukti palsu mengaitkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Campur tangan Anwar berlaku ketika Zulkifli menjadi peguam bela Cif Inspektor Azilah Hadri, pegawai polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu pada penghujung tahun 2006.
Menurutnya, sepanjang menjadi peguam Azilah, berdasarkan keterangan-keterangannya, tidak ada satu pun bukti yang sahih yang boleh mengaitkan pembunuhan itu dengan Najib dan Rosmah, namun Anwar tetap mendesaknya supaya mereka-cipta bukti palsu untuk mengaitkannya supaya masyarakat percaya pasangan suami-isteri yang tidak bersalah itu terlibat dalam pembunuhan tersebut.
"Saya peguam Inspektor Azilah yang dikatakan bunuh Altantuya itu. Masa itu (juga) saya peguam Anwar Ibrahim.
"Tuan-tuan ingat, kalau Azilah cakap kat saya (bahawa) Najib terlibat, saya tak (akan) guna (bukti pengakuan itu) masa itu," katanya ketika mengimbau kembali kejadian pembunuhan pada tahun 2006, di mana pada masa itu beliau masih lagi berada dalam PKR dan salah seorang kepercayaan Anwar.
"Walaupun Anwar Ibrahim suruh saya, paksa saya 'dapatkan itu' (pengakuan bersumpah) dan isytihar kata Najib terlibat, saya kata saya tidak tergamak.
"Ini kes tuduh orang bunuh tau. Saya tak dengar sendiri (dari mulut Azilah), malahan Azilah bersumpah, dia kata Datuk Seri Najib tidak tahu langsung, dia tak tahu langsung, tak ada kena mengena sikit pun.
"Saya ditekan (Anwar) lagi, suruh dia (Azilah) mengaku, dapatkan surat sumpah, suruh dia mengaku (kata) Najib terlibat, Rosmah pun terlibat.
Lizard Squad, the hacker group which claimed responsibility for hacking into Malaysia Airlines' (MAS) website, has indicated that it was also responsible for Tuesday's worldwide Facebook and Instagram outages.
"Facebook, Instagram, Tinder, AIM, Hipchat #offline #LizardSquad," tweeted the group at 2.36pm (Malaysian time) Tuesday.
On Tuesday afternoon, many Internet users took to Twitter to complain about glitches on Facebook and Instagram resulting after they were were unable to access both sites.
Instagram posted a tweet on Twitter acknowledging the problem.
"We're aware of an outage affecting Instagram and are working on a fix. Thank you for your patience," tweeted the photo-sharing service at 2.51pm.
By 3.10pm, Facebook was back online while Instagram was accessible at 3.20pm.
On Monday, MAS' website was compromised by a group calling themselves the Official Cyber Caliphate.
The "hackers" later identified themselves as Lizard Squad, the group allegedly behind the hacking of Microsoft's Xbox Live and the Sony's PlayStation Network last year.
Lizard Squad, the hacker group which claimed responsibility for taking down Malaysia Airlines' (MAS) website on Monday, has also claimed credit in the past for the hacking of Microsoft's Xbox Live and the Sony's PlayStation Network.
According to online technology news portal TechCrunch, users of Xbox Live and PlayStation Network on Christmas day last year reported suffering service disruptions and difficulty logging into the networks.
Lizard Squad also claimed to be the "Official Cyber Caliphate", a hacker group allegedly associated with the Islamic State terror group and which earlier this month took control of the Twitter and YouTube accounts of the United States' central military command.
The Cyber Caliphate hackers tweeted a message titled "Pentagon networks hacked. AMERICAN SOLDIERS WE ARE COMING, WATCH YOUR BACK. ISIS. #CyberCaliphate".
It was reported that the message also included links to supposedly confidential US Army files, although there is indication that some of the files may have previously been made public or aren't highly confidential.
In the MAS website hack, the group claimed to have taken information from the airline's servers. It later shared a screenshot of an inbox with passenger itineraries.
MAS confirmed that their Domain Name System (DNS) had been compromised and that users were re-directed to a hacker website when accessing their website.
"At this stage, Malaysia Airlines' web servers are intact. The airline has resolved the issue with its service provider and the system is expected to be fully recovered within 22 hours," said MAS in a press statement, Monday. MAS has reported the issue to CyberSecurity Malaysia and the Transport Ministry. They also assured customers and clients that the temporary glitch did not affect bookings and that user data is secure.
The airline's website was back to normal on Tuesday.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Bila Datuk Seri Hadi Awang, Datuk Haron Din dan para ulama syura PAS menolak sekeras-kerasnya cadangan DAP mengadakan pilihanraya pihak berkuasa tempatan (PBT), maka puak-puak chauvinist mula panas bontot dan menyerang keperibadian ulama-ulama tersebut.
Jika dahulu bila UMNO membantah perkara yang sama telah dianggap sebagai rasis dan tidak toleran telah menyebabkan puak-puak lahanat DAP berterusan menyerang UMNO, BN dan tak terkecuali Rosmah yang tak de kena mengena dalam soal ini.
UMNO dituduh jahat kononnya telah melakukan diskriminasi. Bertambah malang apa jua berkaitan dengan Melayu, Islam dan Sultan akan diserang habis-habisan oleh puak-puak chauvinist ekstremis ini atas alasan itu adalah hak asasi mereka.
Namun kini situasi yang sama dialami oleh PAS - sebuah lagi parti Melayu yang cuba menjaga kepentingan umat dengan cara mereka tersendiri.
Mustahil apa yang diketahui UMNO berkaitan pilihanraya PBT tidak diketahui oleh PAS. Maka PAS telah bertindak bijak untuk kali ini menentang pilihanraya PBT tersebut.
DAP di Pulau Pinang kemaruk inginkan pilihanraya PBT
Kenapa yer???
Adakah ini satu lagi usaha terancang dan tersirat kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mendapatkan kuasa autonomi pemerintahan sendiri yang mahu memisahkan pentadbiran kerajaan Negeri dengan kerajaan Persekutuan?
Umumnya mengetahui jika berlakunya pemisahan akibat pilihanraya PBT ini, maka setiap PBT akan mempunyai kuasa autonomi kewangan dan pentadbiran sendiri.
Betty dan anak-beranak dinasti Lim dibawa melihat tanah-tanah jajahan mereka di Pulau Pinang menerusi pejabat Joseph Lim Guan Eng.
Sudah pasti ini akan memudahkan pihak berkuasa tempatan yang dikuasai tokey-tokey chauvinist ini menaikkan cukai pintu dan tanah sesuka hati.
Rumah bertambah mahal, banyak pusat hiburan yang merosakkan, ramai terlibat dengan kegiatan haram ah long, gangster, pelacuran, judi... Akhirnya rakyat juga yang susah!
Bila terjadi nanti adakah Ahli - Ahli Majlis PBT ini akan ikut cakap dan kehendak kerajaan Persekutuan terutama sekali dalam soal perancangan bandar?
Tak mustahil mereka yang menguasai sesuatu PBT di bandar-bandar akan bertindak sebagai maharaja atau gabenor yang mentadbir secara diktator.
Malah secara langsung lama kelamaan juga ia akan mewujudkan sebuah pentadbiran kota yang berasingan di dalam sebuah negeri sepertimana sistem pentadbiran kota Vatican.
Pasti model Vatican ini akan dituruti oleh negeri-negeri atau bandar-bandar yang dikuasai oleh satu puak dari satu parti politik amat-amat rasis.
Kesan pilihanraya PBT
Situasi ini telah dijelaskan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS; Datok Dr Haron Din bahawa piliharaya PBT langsung tidak menyumbang ke arah keharmonian politik.
Tak mustahil apabila hanya puak-puak chauvinist kaya dan berpengaruh DAP menguasai bandar dan pekan akan bebas melakukan apa saja atas nama kebebasan dan hak asasi.
Lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang. Gerai Melayu bebas diroboh sedangkan gerai kaum-kaum mereka menyesakkan jalan dibiarkan.
Hinggakan Bendahari PAS Pulau Pinang: Iszuree Ibrahim yang menegur kekejaman regim DAP pun dipecat dalam semua jawatan dalam kerajaan negeri dan PBT, peruntukkannya pula semua ditarik. Zalimkan?
Memang tak dinafikan DAP telah sekian lama menjadikan PBT sebagai platform perebutan jawatan politik sejak pertengahan 1960an.
Parti chauvinist yang lahir dari sperma-sperma haram komunis-sosialisme anti Tuhan ini sentiasa berusaha mengawal pentadbiran bandar-bandar di seluruh negara khususnya di semenanjung.
Pilihanraya PBT: Menyubur demokrasi atau kroni autokrasi?
Kononnya pilihanraya PBT akan menyuburkan konsep demokrasi, namun ia akan menjadi autokrasi apabila hanya satu kaum saja mendominiasi pekan-pekan dan bandar-bandar.
Orang Melayu-bumiputera akan terpinggir ke kampung-kampung. Orang India kekal di estate dan ladang.
Ramai juga terpaksa berhijrah ke Seberang Perai dan Kedah kerana tekanan hidup dizalimi regim DAP yang maha kejam itu.
Lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang hinggakan azan, bacaan Al Quran dan Maulidur Rasul pun dihalang dan disekat.
Kawasan perkampungan Melayu di Balik Pulau, Tasik Gelugor, Kepala Batas, Sg Nibong rakus diceroboh dengan seenak-enaknya oleh regim ganas Joseph Lim.
Nampak sangat begitu licik keinginan dinasti Lim menguasai negara ini melalui pilihanraya PBT.
Imelda Betty Chew menjadi ratu Pulau Pinang!
Bini Joseph Lim; Betty Chew yang mendapat jolokan First Lady atau Imelda of Penang dilantik sebagai Ketua Majlis Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) di kala Joseph Lim Guan Eng sendiri menjadi Pengerusi Hal Ehwal Tanah dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Negeri Pulau Pinang.
Samada jadi ahli PCCC secara rasmi atau tidak duit rasuah dan sogokan tetap akan masuk ke beg tangan Gucci Bamboo Betty Chew
Bukti tersebut nyata berlakunya amalan kronisme dan nepotisme dalam pentadbiran regim Joseph Lim dan DAP di Pulau Pinang. Itu belum lagi pilihanraya PBT dilaksanakan di Pulau Pinang.
Apa jadi kalau ia berjaya dilaksanakan?
Mungkin Betty akan bertambah kaya dengan wang rasuah para kontraktor. Al maklumlah bininya telah dijadikan mesin money laundering mengubah wang-wang haram yang disogokkan kepada suaminya dan juga regim DAP.
Habis juga segala anak beranak dan babi-babi ternak Lim Kit Siang akan jadi penguasa-penguasa Vatican of Penang dalam PBT-PBT.
Memang puak-puak pemakan rasuah kontraktor dan tokey-tokey kaya ini berdegil kerana mahu melaksanakan pilihanraya PBT meskipun Mahkamah Persekutuan Ogos 2014 telah menolak permohonan kerajaan Pulau Pinang itu.
Hakikatnya sejak 1971 pilihanraya PBT ini telahpun ditolak dan dimansuhkan bagi mengekang politik perkauman yang mencetuskan insiden 13 Mei 1969 sebelum itu.
Nampaknya Presiden PAS Haji Hadi masih waras dan telah mengkaji implikasi pilihanraya PBT ini. Syabas Tuan Guru!
Penubuhan PPS ke arah menguasai PBT?
Puak-puak pemakan rasuah kontraktor ini telah merancang begitu teliti dengan menubuhkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) terlebih dahulu hasil wang sogokan dari tokey-tokey bisnis haram untuk menjaga bisnes-bisnes haram mereka.
PPS ini lama kelamaan akan menggantikan pegawai-pegawai penguatkuasa PBT yang kebanyakkannya orang-orang Melayu yang dipaksa menurut arahan si Joseph Lim merobohkan gerai-gerai Melayu, Mamak dan India tetapi membiarkan gerai-gerai kaum DAP beroperasi tanpa gangguan.
Tokey-tokey bisnes haram yang geletik nak jadi ahli PBT ini jugalah yang akan menjana kewangan PBT melalui apa jua bisnes tak kira halal haram janji masyuk.
Mujur KDN mengharamkan PPS dahulu. Cuma kini wang-wang rasuah itu masih digunakan untuk membiayai operasi siber troopers Red Bean Army (RBA) di seluruh negara.
Pilihanraya PBT - taktik sembunyi rahsia!
Semenjak DAP menguasai Pulau Pinang dan bandar-bandar besar di kebanyakkan negeri, sejak itu semakin banyak jenayah dan anti sosial berkembang.
Wang-wang haram yang dikumpul dari bisnes haram itulah yang banyak digunakan untuk merasuah segelintir pemimpin dan pencacai Melayu agar hati-hati mereka hitam dan bengap fikirannya supaya menurut apa saja arahan si chauvinist Joseph Lim dan Lim Kit Siang.
Sebab itulah ahli-ahli Majlis PBT perlu dipilih sendiri di kalangan kroni-kroni DAP dalam pilihanraya PBT bagi menutup banyak rahsia gelap bisnes haram DAP di bandar-bandar.
Mesin money laundering sedang mempamerkan kemewahannya....
Bagi puak-puak pemakan dan pemberi rasuah ini wang boleh membeli kuasa dan menutup rahsia.
Sebab itulah juga mereka amat sensitif dan takut dengan perlaksanaan sistem cukai GST yang akan membongkar rahsia-rahsia bisnes gelap mereka!
Joseph Lim bersama sebahagian dari jentera the Read Bean Army (RBA) yang menyebarkan propaganda jahat...duit haram rasuah kontraktor projek mengalir untuk membiayai aktiviti mereka
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) 'dipersilakan' untuk meninggalkan Pas sekiranya pendirian pertubuhan itu tidak lagi sehaluan dengan parti.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, 'bahtera' yang dikemudikan setiap parti dalam pakatan pembangkang adalah berbeza.
Beliau secara berkias meminta semua pihak di dalam Pas agar jangan membocor dan merosakkan 'bahtera' parti sekiranya mereka merasakan 'bahtera' itu bergerak perlahan serta mempunyai kekurangan.
"Pasma ini ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka, yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi.
"Pergilah ke kapal DAP, kapal Parti Keadilan Rakyat (PKR), kalau nak cepat lagi ke Putrajaya pergilah ke bahtera UMNO," katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook milik beliau hari ini.
Pada 26 Oktober lalu, Abdul Hadi membidas Pasma kerana mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang melarang ahli-ahli parti menyertai pertubuhan tersebut.
Beliau ketika itu turut mempersoalkan status Pasma yang kononnya bergerak selari dengan kepentingan parti dan secara sinis menggambarkan tidak tahu asal usul mereka yang dianggap 'entah daripada spesies mana'.
Pasma yang diketuai Presidennya, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi ditubuhkan pada 11 Ogos lalu ketika Pas dilanda konflik dalaman yang serius ekoran perbezaan pendirian dalam kalangan pemimpin-pemimpinnya berhubung krisis Menteri Besar Selangor.
Pasma yang didalangi kumpulan Anwarinas dan sering mengkritik pimpinan tertinggi Pas termasuk Abdul Hadi tidak disenangi oleh golongan ulama di dalam parti.
Phahrolrazi dalam wawancara dengan portal berita propembangkang, Malaysiakini yang disiarkan pada 21 Januari lalu mendakwa, Abdul Hadi seolah-olah tidak berminat lagi untuk berada dalam pakatan pembangkang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor itu membuat andaian tersebut berdasarkan sikap Abdul Hadi yang enggan menghadiri mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Sementara itu, Abdul Hadi turut mengingatkan tentang peranan penting yang dimainkan Majlis Syura Ulama Pas dalam memandu parti agar tidak terbabas daripada sempadan syarak.
"Kita menggabungkan para ulama yang menguasai kepelbagaian bidang dalam memutuskan sesuatu ijtihad mengikut kesesuaian zaman," ujarnya.
Beliau juga menyarankan ahli-ahli Pas mencontohi pendekatan bekas Timbalan Presiden Pas, Allahyarham Datuk Dr. Zulkifli Muhammad yang sanggup menarik balik cadangan membuka keahlian bersekutu kepada orang bukan Islam setelah dibantah oleh golongan majoriti dalam parti.
Seniman Paksi Rakyat (Paksi) bersama PAS Kawasan Batu meneruskan lagi usaha mereka "mengembalikan" Harakah kepada landasan awalnya, sepertimana sebelum ini Paksi pernah mengadakan kempen mengembalikan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kepada landasannya, hinggalah Datuk Dr Awang Sariyan dilantik menjadi Ketua Pengarah DBP (awal 2012).
Tak kiralah samada kempen itukah yang akhirnya "menyelamatkan" DBP yang waktu itu dikatakan sedang tenat, ataupun semua itu terjadi daripada proses yang lain, hakikatnya Paksi memang melakukan kempen berkenaan secaranya tersendiri (bersama dengan Gerakan Darurat Bahasa atau GDB, yang dipimpin presiden Teras, Cikgu Azmi Abdul Hamid).
Itu terjadi pada 2011. Bermula dengan majlis baca Yasin dan puisi di warong kopi di depan bangunan lama DBP, yang dihadiri oleh tokoh budaya sahabat Paksi termasuk Sasterawan Negara, A Samad Said dan Prof Shaharir Mohd Zain pada Mac, dan diikuti beberapa acara lagi di warong tersebut, termasuk menyambut ulang tahun ke-55 penubuhan DBP, pada Jun.
Apakah untuk Harakah kali ini pun perlu dibuat baca Yasin juga seperti untuk DBP yang tenat dulu itu? Rasa-rasanya Harakah belumlah sampai ke tahap tenat. Cuma cara pengurusannya meladeni pekerja wartawannya agak "kurang ihsan" mengikut akhlak Islam, atau kalau ikut istilah Cikgu Ishak Surin (YDP Pas Kawasan Batu), "zalim dan tidak Islamik".
Bagi sebuah institusi yang letaknya langsung di bawah kepimpinan pusat PAS (parti yang mendakwa segala-galanya berkaitan dengannya adalah Islam), dakwaan atau kenyataan YDP PAS Batu itu adalah sesuatu yang sangat serius.
Tentunya Cikgu Ishak tidak akan membuat kenyataan atau dakwaan begitu saja-saja suka-suka, kerana membuat dakwaan demikian itu pun adalah suatu perkara yang serius.
Sangat serius. Apatah lagi Cikgu Ishak pun adalah orang dalam PAS sendiri. Seorang tokoh veteran yang dikenali sangat kuat berpegang pada prinsip. Dan dia sendiri adalah pengasas suratkhabar Harakah itu, pada awal tahun 1987, bersama dengan Rahim Kassim dan Yusuf Jalil.
Ada perkara yang memang tidak betul telah dan sedang berlaku dalam pengurusan Harakah. Ketika Naib YDP PAS Batu, Tarmizi Md Jam diberhentikan daripada jawatannya sebagai Pengarang Harakah pada 1 Oktober 2014, Cikgu Ishak tidak berbuat apa-apa.
Tetapi apabila Roslan Hamid pula diberhentikan pada pertengahan Disember, dan serentak dengan itu kolum Wacana Budaya juga dihentikan, dan Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman juga diminta berhenti, Cikgu Ishak tak dapat lagi menahan dirinya daripada bertindak.
"Mereka sudah melampau," katanya. "Mereka hendak menyekat PAS daripada berkembang dan maju sesuai dengan keperluan zaman ini. Almarhum Ustaz Fadzil Noor bersama Tok Guru Nik Aziz telah membawa PAS maju ke depan hingga diterima oleh masyarakat kita yang pelbagai kaum dan agama, tiba-tiba sekarang mereka nak bawa PAS balik ke zaman Datuk Asri dulu. Ini tak boleh dibiarkan.
"Mereka ni cuma segan dengan Tok Guru Nik Aziz saja," katanya lagi.
"Kalau tak kerana Tok Guru Nik Aziz, PAS dah rosak dah. Sekarang Tok Guru Nik Aziz uzur, sudah tak berdaya untuk menghalang mereka, tengoklah apa yang mereka buat! Saya memang tak percaya lagi dengan puak-puak ini."
Seterusnya, Cikgu Ishak mengatakan terdapat ramai lagi pimpinan PAS pelbagai peringkat yang sedar akan "bahaya" yang sedang melanda parti mereka, tetapi kebanyakan mereka tidak berani hendak bangkit bertindak kerana nak menjaga imej PAS agar jangan tercemar.
"Tetapi sekarang imej PAS sudah tercemar," katanya.
"Semua orang tahu. Tak dapat nak sembunyi lagi. Zaman sekarang mana kita boleh sembunyi perkara macam itu. Orang dah tahu semua. Cuma puak-puak mereka yang berapa kerat itu saja yang belum sedar."
Dan Cikgu Ishak menegaskan dia amat sedar apa yang dilakukannya. Bukan dia mencemarkan imej PAS, tetapi imej PAS memang sudah tercemar, katanya. Dan dia bertindak bagi menyekat proses pembobrokan di dalam PAS itu daripada terus menjadi parah.
"Aku bukan menyerang dan memburukkan parti PAS," jelasnya bagi mengelakkan salah faham.
"Aku cuma mengkritik beberapa individu dalam saf kepimpinan sahaja. Sebab itu aku menyeru Mustafa Ali supaya berhenti daripada menjadi pengerusi Harakah. Apa yang dia buat di situ selama bertahun-tahun, kalau kebajikan wartawan yang hanya berapa orang itupun dia tak boleh ambil tahu?
"Aku malu, Din. Sebagai pengasas Harakah aku juga berasa bersalah kalau Harakah diuruskan dengan cara yang bukan seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Apa orang kata, tidak Islamik. Itu aku rasa berdosa kalau aku tak tegur tu!".
Memang dia nampak beremosi juga ketika bercakap mengenai perkara ini. Tetapi dia menegaskan berkali-kali bahawa dia sedar apa yang dilakukannya, dan dia bertanggungjawab serta bersedia menghadapi akibatnya.
Bagi Paksi, mereka bukanlah hendak bermain dengan api politik apabila mereka bergabung dengan Cikgu Ishak dan PAS Batu menganjurkan program pendedahan Harakah.
Seperti disebut di atas, sebelum ini pun Paksi pernah menjalankan program yang hampir sama – iaitu kempen bagi menyelamatkan Dewan Bahasa dan Pustaka yang sedang sakit tenat pada tahun 2011.
Kini Paksi menganggap mereka menjalankan kempen yang sama, bagi menyelamatkan sebuah penerbitan akhbar yang sepatutnya mengamalkan pengurusan secara Islam, agar dapat dicontohi pengurusannya oleh pihak lain, di samping memperjuangkan hak kebebasan bersuara.
Saya sendiri mempunyai "bukti" cukup mengesankan dalam hal kepemimpinan PAS yang enggan menerima teguran dan kritikan, iaitu kepemimpinan Ustaz Azizan Ab Razak sewaktu menjadi menteri besar Kedah.
Saya melihat unsur negatif dalam kepemimpinan yang pantang dikritik itu, lalu mengambil sikap menjauhkan diri daripadanya, hinggalah ia berakhir dengan kekalahan PAS pada PRU13 yang lalu.
Maka saya berkata kepada diri sendiri, cukuplah membiarkan yang satu itu musnah kerana semua orang akur dengan kehendaknya dan mengumpulkan segala pujian kepadanya, sedangkan adab dan akhlak Islam tidak menggalakkan yang sedemikian itu.
Dan semoga kata-kata "kepimpinan ulama" tidak menjadi topeng slogan yang sendirinya mencemarkan kesucian, keadilan dan kebenaran Islam. *Artikel ini diterbitkan di Tranungkite dan Malaysian Insider. Penulis merupakan penulis yang terkenal semasa zaman Reformasi. Ironi, setiap kali Anwar Ibrahim menghadapi masalah, PAS pula diserang bertubi-tubi dari luar dan dalam.
Dinsman
Published: 25 January 2015
Seniman Paksi Rakyat (Paksi) bersama PAS Kawasan Batu meneruskan lagi usaha mereka "mengembalikan" Harakah kepada landasan awalnya, sepertimana sebelum ini Paksi pernah mengadakan kempen mengembalikan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kepada landasannya, hinggalah Datuk Dr Awang Sariyan dilantik menjadi Ketua Pengarah DBP (awal 2012). Tak kiralah samada kempen itukah yang akhirnya "menyelamatkan" DBP yang waktu itu dikatakan sedang tenat, ataupun semua itu terjadi daripada proses yang lain, hakikatnya Paksi memang melakukan kempen berkenaan secaranya tersendiri (bersama dengan Gerakan Darurat Bahasa atau GDB, yang dipimpin presiden Teras, Cikgu Azmi Abdul Hamid). Itu terjadi pada 2011. Bermula dengan majlis baca Yasin dan puisi di warong kopi di depan bangunan lama DBP, yang dihadiri oleh tokoh budaya sahabat Paksi termasuk Sasterawan Negara, A Samad Said dan Prof Shaharir Mohd Zain pada Mac, dan diikuti beberapa acara lagi di warong tersebut, termasuk menyambut ulang tahun ke-55 penubuhan DBP, pada Jun. Apakah untuk Harakah kali ini pun perlu dibuat baca Yasin juga seperti untuk DBP yang tenat dulu itu? Rasa-rasanya Harakah belumlah sampai ke tahap tenat. Cuma cara pengurusannya meladeni pekerja wartawannya agak "kurang ihsan" mengikut akhlak Islam, atau kalau ikut istilah Cikgu Ishak Surin (YDP Pas Kawasan Batu), "zalim dan tidak Islamik". Bagi sebuah institusi yang letaknya langsung di bawah kepimpinan pusat PAS (parti yang mendakwa segala-galanya berkaitan dengannya adalah Islam), dakwaan atau kenyataan YDP PAS Batu itu adalah sesuatu yang sangat serius. Tentunya Cikgu Ishak tidak akan membuat kenyataan atau dakwaan begitu saja-saja suka-suka, kerana membuat dakwaan demikian itu pun adalah suatu perkara yang serius. Sangat serius. Apatah lagi Cikgu Ishak pun adalah orang dalam PAS sendiri. Seorang tokoh veteran yang dikenali sangat kuat berpegang pada prinsip. Dan dia sendiri adalah pengasas suratkhabar Harakah itu, pada awal tahun 1987, bersama dengan Rahim Kassim dan Yusuf Jalil. Ada perkara yang memang tidak betul telah dan sedang berlaku dalam pengurusan Harakah. Ketika Naib YDP PAS Batu, Tarmizi Md Jam diberhentikan daripada jawatannya sebagai Pengarang Harakah pada 1 Oktober 2014, Cikgu Ishak tidak berbuat apa-apa. Tetapi apabila Roslan Hamid pula diberhentikan pada pertengahan Disember, dan serentak dengan itu kolum Wacana Budaya juga dihentikan, dan Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman juga diminta berhenti, Cikgu Ishak tak dapat lagi menahan dirinya daripada bertindak. "Mereka sudah melampau," katanya. "Mereka hendak menyekat PAS daripada berkembang dan maju sesuai dengan keperluan zaman ini. Almarhum Ustaz Fadzil Noor bersama Tok Guru Nik Aziz telah membawa PAS maju ke depan hingga diterima oleh masyarakat kita yang pelbagai kaum dan agama, tiba-tiba sekarang mereka nak bawa PAS balik ke zaman Datuk Asri dulu. Ini tak boleh dibiarkan. "Mereka ni cuma segan dengan Tok Guru Nik Aziz saja," katanya lagi. "Kalau tak kerana Tok Guru Nik Aziz, PAS dah rosak dah. Sekarang Tok Guru Nik Aziz uzur, sudah tak berdaya untuk menghalang mereka, tengoklah apa yang mereka buat! Saya memang tak percaya lagi dengan puak-puak ini." Seterusnya, Cikgu Ishak mengatakan terdapat ramai lagi pimpinan PAS pelbagai peringkat yang sedar akan "bahaya" yang sedang melanda parti mereka, tetapi kebanyakan mereka tidak berani hendak bangkit bertindak kerana nak menjaga imej PAS agar jangan tercemar. "Tetapi sekarang imej PAS sudah tercemar," katanya. "Semua orang tahu. Tak dapat nak sembunyi lagi. Zaman sekarang mana kita boleh sembunyi perkara macam itu. Orang dah tahu semua. Cuma puak-puak mereka yang berapa kerat itu saja yang belum sedar." Dan Cikgu Ishak menegaskan dia amat sedar apa yang dilakukannya. Bukan dia mencemarkan imej PAS, tetapi imej PAS memang sudah tercemar, katanya. Dan dia bertindak bagi menyekat proses pembobrokan di dalam PAS itu daripada terus menjadi parah. "Aku bukan menyerang dan memburukkan parti PAS," jelasnya bagi mengelakkan salah faham. "Aku cuma mengkritik beberapa individu dalam saf kepimpinan sahaja. Sebab itu aku menyeru Mustafa Ali supaya berhenti daripada menjadi pengerusi Harakah. Apa yang dia buat di situ selama bertahun-tahun, kalau kebajikan wartawan yang hanya berapa orang itupun dia tak boleh ambil tahu? "Aku malu, Din. Sebagai pengasas Harakah aku juga berasa bersalah kalau Harakah diuruskan dengan cara yang bukan seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Apa orang kata, tidak Islamik. Itu aku rasa berdosa kalau aku tak tegur tu!". Memang dia nampak beremosi juga ketika bercakap mengenai perkara ini. Tetapi dia menegaskan berkali-kali bahawa dia sedar apa yang dilakukannya, dan dia bertanggungjawab serta bersedia menghadapi akibatnya. Bagi Paksi, mereka bukanlah hendak bermain dengan api politik apabila mereka bergabung dengan Cikgu Ishak dan PAS Batu menganjurkan program pendedahan Harakah. Seperti disebut di atas, sebelum ini pun Paksi pernah menjalankan program yang hampir sama – iaitu kempen bagi menyelamatkan Dewan Bahasa dan Pustaka yang sedang sakit tenat pada tahun 2011. Kini Paksi menganggap mereka menjalankan kempen yang sama, bagi menyelamatkan sebuah penerbitan akhbar yang sepatutnya mengamalkan pengurusan secara Islam, agar dapat dicontohi pengurusannya oleh pihak lain, di samping memperjuangkan hak kebebasan bersuara. Saya sendiri mempunyai "bukti" cukup mengesankan dalam hal kepemimpinan PAS yang enggan menerima teguran dan kritikan, iaitu kepemimpinan Ustaz Azizan Ab Razak sewaktu menjadi menteri besar Kedah. Saya melihat unsur negatif dalam kepemimpinan yang pantang dikritik itu, lalu mengambil sikap menjauhkan diri daripadanya, hinggalah ia berakhir dengan kekalahan PAS pada PRU13 yang lalu. Maka saya berkata kepada diri sendiri, cukuplah membiarkan yang satu itu musnah kerana semua orang akur dengan kehendaknya dan mengumpulkan segala pujian kepadanya, sedangkan adab dan akhlak Islam tidak menggalakkan yang sedemikian itu. Dan semoga kata-kata "kepimpinan ulama" tidak menjadi topeng slogan yang sendirinya mencemarkan kesucian, keadilan dan kebenaran Islam. – 25 Januari, 2015. * Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/dinsman/article/harakah-dalam-bahaya-atau-pas#sthash.o3LNc46t.dpuf
KUALA LUMPUR – Pengguna laman sosial Facebook dikejutkan dengan penyebaran sekeping gambar tiga gadis yang dikatakan memakai 'bikini' sejak hari Jumaat lalu.
Apa yang dimaksudkan dengan pemakaian persalinan pantai itu adalah lakaran tubuh badan yang disertakan bikini pada baju yang dipakai tiga gadis berkenaan.
Gambar kontroversi itu mulai tersebar di laman Facebook apabila dimuat naik oleh pemilik akaun Amran Fans.
Lebih mendukacitakan, dua dari tiga gadis terbabit memakai tudung sekaligus telah mencemarkan imej wanita muslimah.
Para pengguna laman sosial mula menghujani ruangan komen di page berkenaan yang rata-ratanya kecewa dengan perkara tersebut.
Individu yang memuat naik gambar itu turut menyertakan kapsyen yang berbaur teguran malah menyaran pihak bertanggungjawab supaya mengambil tindakan terhadap gadis-gadis terbabit.
Walaubagaimanapun, tidak dinyatakan di mana lokasi gambar diambil namun ia dipercayai berlaku di Malaysia.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan Akan Ulangi Tragedi 13 Mei - Hadi Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 7:30 PM
Oleh: AKIL YUNUS editor@mstar.com.my
PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran bahawa tindakan DAP mahu mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang akan menimbulkan polarisasi kaum yang akhirnya boleh mengulangi tragedi berdarah 13 Mei.
Beliau berkata DAP membuat 'kesilapan' dengan mempertimbangkan aspek penduduk bandar sebagai matlamat utama untuk mereka menang dalam pilihan raya dalam tempoh yang singkat.
"Kita tidak boleh mempertimbangkan kemenangan politik dan penguasaan ekonomi satu pihak sahaja dalam sebuah negeri yang mempunyai masyarakat berbilang kaum
"Kita tidak seharusnya mencadangkan sesuatu yang akan hanya menyebabkan ketidakstabilan, dan meluaskan lagi jurang antara penduduk bandar dan desa.
"Lebih buruk lagi, ketegangan sedemikian boleh mengakibatkan berulangnya tragedi 13 Mei, yang kekal sebagai peristiwa hitam dalam sejarah negara kita," kata Hadi dalam satu kenyataan pada Jumaat.
PAS sebelum ini sangat vokal dan menentang pilihan raya pihak berkuasa tempatan dengan menegaskan perkara tersebut tidak terdapat dalam polisi bersama pakatan pembangkang.
Kenyataan Hadi itu dikeluarkan selepas berlaku perang mulut antara Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.
Mustafa melabelkan DAP sebagai sebuah parti yang 'angkuh' kerana menuduh PAS melaksanakan hudud yang bertentangan dengan polisi bersama Pakatan Rakyat.
Namun beliau dilaporkan berkata DAP sendiri melanggar prinsip bersama Pakatan Rakyat dengan pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan.
Pilihan raya pihak berkuasa tempatan pernah diadakan di Malaysia namun ia telah dimansuhkan pada 1976 di bawah Akta Kerajaan Tempatan, dan sejak itu jawatan pemimpin pihak berkuasa tempatan ditentukan oleh parti yang memerintah sesebuah negeri.
P/S Adakah DAP saja nak cetuskan pergaduhan kaum dengan agenda lama ini?
Kaitan Betty dengan Tian Chua mungkin berkait rapat dengan kedudukan Betty dalam PCCC dan demi menutup kesalahan Guan Eng menaikkan macam-macam di Penang.
Kenaikkan tarif air merupakan kelemahan dan hipokrasi pentadiran Guan Eng.
Maka Tian Chua pertahankan tindakan Guan Eng menaikkan air dengan menyalahkan kumpulan minoriti orang Melayu dan Islam.
Ini sesuai dengan Tian CHua yang berkait rapat dengan gerakan menindas dan menafikan hak-hak dan keistiewaan ugama Islam di negara ini. Selain itu, ia selari dengan perjuangan sekular Tian Chua untuk membawa agenda Hak Asasi Manusia ala barat yang hedonistik dan anti ugama.
Itu alasan dan sebab musabab yang zahir. Yang dibelakang tabir lain. Fikirlah, Tian Chua ahli PKR dan bukan DAP. Dia juga mewakili kawasan parlimen di WIlayah Persekutuan. Apa perlu dia bersuara untuk DAP yang menunjukkan sikap anti Islam mereka?
Sebabnya Tian Chua sedang mintak projek kerana dia ada masaalah hutang dengan taukeh-taukeh di KL sebanyak RM10 juta. Oleh kerana dia anti Khalid dan kini anti Azmin, dia tak boleh dapat projek dari kedua-dua mereka. Jika tidak bayar, takut jari kena potong atau kaki kudong akibat kemalangan. Harapannya adalah dengan Guan Eng, maka apa saja dilakukan untuk puaskan hati Guan Eng dan perlu juga dibodek Betty
Masalah pencemaran bau dan air melibatkan najis babi ekoran wujudnya penternakan haram yang banyak di sekitar kawasan Tanjung Sepat, Banting, Selangor. - Foto TRP/Qurnisha Hamka
SEPANG, 27 Januari: Siapa sangka di kala negara menuju ke arah negara maju yang pesat membangun, penduduk di Sepang atau lebih khusus bagi mereka yang tinggal di Tanjung Sepat berhadapan dengan masalah yang berlarutan hampir 60 tahun.
Masalah pencemaran bau dan air melibatkan najis babi ekoran wujudnya penternakan haram yang banyak di sekitar kawasan tersebut.
Tinjauan The Rakyat Post mendapati penduduk di kawasan tersebut masih berhadapan masalah yang sama walaupun pentadbiran kerajaan negeri bertukar ganti.
Anak jati Kampung Ladang Tumbuk, Noredah Endut, melahirkan kekecewaan kerana tidak ada tindakan yang efektif diambil mana-mana pihak untuk menyelesaikan masalah ini.
Katanya, masalah ini gagal diselesaikan kerana adanya unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
"Bila kita cakap, bertahun-tahun tak ada tindakan yang diambil seolah-olah ada yang menghalang. Bila tak ada bukti kita memang tak boleh tuduh, tapi cuba fikir, kalau tak ada yang memberi dan tidak ada menerima, sudah pasti masalah ini boleh selesai.
"Tapi bila ada yang memberi dan ada yang menerima memang tidak selesai masalah. Kenapa sungai-sungai lain boleh selesai masalah, sungai di Batu Untung ini tidak boleh selesai masalah bertahun-tahun.
"Kita bukan pendatang tahu di sini, kita penduduk asal. Mak saya sendiri dah berumur 90 tahun dah," katanya.
Tambah Noredah, sungai di bahagian tepi rumahnya terjejas teruk dengan hakisan najis babi.
Keadaan tebing tanah yang sekian hari sekian menipis menjadikan pemilik tanah itu enggan berputus asa untuk memperjuangkan keselesaaan penduduk setempat.
Malah katanya, masalah ini amat mudah diselesaikan sekiranya pihak kerajaan negeri mahupun pihak berkuasa melaksanakan tugas sewajarnya.
"Masalah ini memang dah berlarutan 30 ke 40 tahun, tetapi tidak ada inisiatif nak selesaikan masalah ini. Kita minta bersihkan sungai, kalau sungai itu bersih dan tak ada najis-najis melalui longkang-longkang di sekeliling rumah kita. Kita nak sungai itu dibersihkan, itu sahaja yang kita minta. Kalau kita tengok sekarang, kita buat ujikaji, dan Jabatan Kimia lihat itu sudah pasti reject, sebab apa kita tengok dengan mata kasar pun tahu air itu tidak menepati nilai PH yang sepatutunya
"Tak kan nak jadi macam Cameron Highland pula macam ada yang mati baru tindakan nak diambil. Sebab pada saya penyelesaian sangat mudah, semak nilai PH sungai, bersihkan sungai macam sungai-sungai lain-lain. Kita selesaikan ini dulu, soal pembiakan babi itu boleh kita fikirkan kemudiannya, yang penting ini selesaikan dulu. Ini tidak ada tindakan langsung," katanya kecewa.
Menurutnya lagi, penternak babi di sekitar kawasan terbabit yang gagal mengikut prosedur perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya.
Ini termasuk bagi mereka yang melakukan operasi penternakan secara haram perlu diambil tindakan dengan menyita perniagaan terbabit.
"Kita ada bercakap juga dengan penternak, masalah dia di sini, penternak berlesen buat buang najis itu ikut prosedur, yang tak ikut prosedur adalah mereka yang tidak berlesen.
"Buat la macam Cameron Highland, mana yang haram itu kita ambil tindakan. Penguatkuasa ambil tindakan, keluarkan yang tidak berlesen," tambah beliau lagi.
Sementara itu, bagi Abd Samad Ahmad, 61, beliau mengakui dirinya seakan-akan sudah lali dengan bau busuk najis haiwan tersebut.
Malah beliau seakan-akan mati akal untuk berusaha mengatasi masalah berkenaan memandangkan perniagaan ternakan babi itu dijalankan di tanah milik penternak-penternak terbabit.
"Apa yang saya boleh buat. Saya dah biasa dah dengan bau ini, tapi bila anak-anak balik memang kuat lah bau. Kalau angin bertiup bawa memang berbau. Saya memang dah lama dah hidu bau ni. Kalau aduan pula, tak ada juga tindakan yang diambil.
"Kita nak cakap lebih-lebih pun tak berani, sebab itu hak dia (penternak babi), mereka buat atas tanah mereka. Tak pernah selesai masalah ini, dari dulu, bukan tak bercakap," ujarnya ketika ditemui di rumah beliau di Kampung Ladang Tumbuk.
Bagi Morsazila Sahar, 32, yang sudah lebih 20 tahun menetap di situ, beliau juga mempunyai pendirian yang sama dengan Abd Samad.
Sekiranya bau najis babi menerpa ruang rongga pernafasan beliau sekeluarga, pendekatan yang diambil adalah hanya duduk di dalam rumah.
"Bau ini ikut angin, kalau angin lalu memang bau kuat. Lori babi lalu memang akan ada bau kuat. Mengganggu juga bau itu sebenarnya. Kalau dah mula berbau itu, saya dan anak-anak duduk sajalah di dalam rumah, tak keluar. Kalau hujan lagi la, kuat baunya.
"Nak selesai pun, saya tak rasa boleh selesai pun," katanya.
Masalah bau najis babi di kawasan tersebut bukanlah satu masalah baru, malah telah mendapat liputan meluas oleh media arus perdana dan juga media elektronik.
Namun sejauh mana kesungguhan pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah ini, ikuti siri selanjutnya bersama ADUN Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan.
Sepanjang minggu lalu, nama penyanyi Zamani menjadi bualan hangat selepas dia ditangkap akibat dadah. Malah, kisahnya semakin diperkatakan ramai selepas timbul isu video yang memuatkan rakaman dia dipaksa menyanyi sewaktu ditahan di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.
Namun, isu memuat naik rakaman video itu reda selepas Zamani menyatakan dia memaafkan pihak yang terlibat isu tersebut.
Di samping isu video Zamani, apa yang masih menimbulkan tanda tanya pada ramai peminat apabila pencipta dan penggubah lagu terkenal, Saari Amri, 49, memuat naik satu status di laman Twitter, pada minggu lalu.
Menerusi laman sosial itu, Saari menulis kenyataan merujuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza tahu punca Zamani terlibat dengan gejala penangihan dadah.
Mengulas mengenai status itu, pencipta lagu Gerimis Mengundang ini memberitahu dia tidak berniat mencetuskan apa-apa isu sebaliknya sebagai antara sahabat yang rapat dengan Zamani, dia berasa simpati dengan nasib yang menimpa vokalis kumpulan Slam itu.
Katanya, dia pernah menasihatkan Zamani agar melupakan tentang kisah silamnya dengan Siti dan terus menjalani hidup dengan sempurna.
"Saya kenal Zamani sejak dari awal dia mula menyanyi. Dia pun banyak menyanyikan lagu-lagu ciptaan saya dan kami memang rapat malah, saya sering juga banyak menghabiskan masa dengan dia.
"Pernah satu ketika saya bertanyakan pada dia mengapa dia jadi begitu dan saya nasihatkan dia supaya melupakan Siti dan menjalani hidup dengan lebih baik tetapi Zamani seorang yang sangat setia.
"Jadi, apabila berita penangkapannya tersebar, saya berasa kasihan dengannya dan atas sebab itu saya 'tweet' sekadar mahu meluahkan rasa simpati dan meluahkan apa yang betul.
"Sebenarnya ramai juga kenalan yang tahu tentang perkara itu tapi itu kisah lama. Tiada niat saya nak bangkitkan atau timbulkan apa-apa isu," katanya ketika dihubungi Malaysian Digest.
Saari sebelum ini cukup dikenali menerusi lagu-lagu lain ciptaannya yang popular seperti Lena Diulit Intan nyanyian Wings, Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan), Di Sana Menanti Di Sini Menunggu (UK's), Butakah Cinta (Spring), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Penantian (Black Rose), Sesat Dalam Rindu (Damasutra) dan Rambulan Kesiangan (Razzi Rahman).
Dedah Saari lagi, dia sebenarnya ada menulis sebuah lagu berjudul Lahirmu Untuk Dia dan lagu tersebut berkaitan dengan kisah hidup Zamani. Sepatutnya, lagu itu sudah hampir dirakamkan tetapi ekoran penangkapan penyanyi itu, Saari terpaksa memberikan lagu itu kepada penyanyi lain.
"Saya pernah bagi dia dengar lagu itu dan sepatutnya hampir dirakamkan. Lagu itu memang tentang kisah hidup dia tetapi apabila sudah jadi begini, saya berikan lagu itu kepada Aris Ariwatan untuk menyanyikannya dan lagu itu akan dimuatkan dalam album terbaru untuk projek khas yang sedang saya usahakan sekarang.
Bercerita lanjut tentang projek khas tersebut, Saari menyatakan dia sedang menyiapkan album untuk satu projek amal dalam misi membantu balu-balu anggota polis yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sekitar tahun 2013.
Album berjudul Ibarat Lilin Saari Amri itu memuatkan sebanyak tujuh lagu baru dan 21 koleksi lagu hits ciptaannya. Antara penyanyi yang terlibat seperti Aris Ariwatan, Keena (Mentor) dan turut melibatkan tiga anggota polis untuk menyanyikan antara lagu baru dalam album tersebut.
"Saya sedang menyiapkan album projek khas. Mengikut perancangan, sebanyak 70% daripada hasil jualan album ini akan disumbangkan kepada tujuh balu anggota polis yang terkorban dalam insiden di Lahad Datu.
"Album ini akan dilancarkan dalam masa terdekat ini. Sekarang ini tinggal hanya hanya proses kulit album sahaja.
"Selain Aris Ariwatan, penyanyi lain yang terlibat seperti Keena (Mentor3). Pelakon dan penyanyi Kaza juga turut terlibat, dia merakamkan semula lagu Madah Berhelah dengan susunan muzik yang baru. Selain itu tiga anggota polis juga ada menyanyikan lagu untuk album ini", katanya.
- mD
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Resit Pengurusan Pengkebumian Kematian Masjid Lama Sungai Bakap menjadi viral di media sosial. Begitu tinggi sekali harga kematian seorang mukmin pada masa sekarang. Betullah dialog yang dituturkan oleh pelakon Alias Congo di dalam filem P Ramlee, Madu Tiga, "Mati pun susah, hidup pun susah, baik pegang bendera."
Bukankah hukum menguruskan jenazah fardhu kifayah? Atau menguruskan jenazah sudah jadi bidang perniagaan? Terdapat beberapa item perbelanjaan di dalam resit tersebut yang tidak masuk akal. Pertama, sedekah sembahyang jenazah (RM4 x 250 orang) - sembahyangpun kena upah? Kedua, Sedekah sembahyang hadiah berjumlah RM25 untuk 5 orang (mungkin untuk imam kot?).
Ketiga, upah baca Al Quran di rumah sampai RM100.00? Siapa yang baca? Dan keempat, upah baca Al Quran di tanah perkuburan (mungkin talqin kot?) sampai RM1,900?!!! Beli stall burger baru RM1,500.
Terbayang apabila Allahyarham Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz yang mangkat beberapa hari lepas dan dikebumikan secara ringkas mengikut syariat dan sunnah Rasulullah SAW. Kubur Allahyarhampun tidak bertanda. Kenapa kita pula hendak menyusahkan keluarga yang meninggal dunia dalam kes di atas?
Sejak semalam, warga media sosial mengamuk serta memaki hamun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, DS Rohani Abdul Karim, di atas laporan akhbar yang kononnya mengatakan merotan anak bakal jadi kesalahan jenayah. Masyarakat Malaysia ni bab melompat nombor satu. Tidak pasti siapakah yang bersalah sama ada Menteri tersalah cakap atau media tersalah lapor.
Baca dulu penjelasan Kenyataan Media daripada Kementerian berkenaan. Yang pasti ada yang kena minta maaf dengan Menteri kerana maki berbakul-bakul. Tidak pasal-pasal beliau dapat pahala percuma. Yang dimaksudkan oleh DS Rohani tersebut bukanlah rotan mendidik, tapi rotan yang mendera dan meninggalkan trauma fizikal dan mental kepada kanak-kanak tersebut.
Jadi, pengajaran yang boleh kita pelajari, untuk masa hadapan, rasanya tidak perlulah Menteri membuat kenyataan kepada media mengenai perkara yang belum dibentangkan/diluluskan Dewan Rakyat. Ini kerana Malaysia mempunyai jumlah pengguna media sosial mudah melatah paling ramai di dunia
Good news for residents in Seremban and Kangar. SPAD's new Stage Bus Service will begin operations in your town soon. This means you can enjoy increased coverage, frequency and better service. Read the details of Media Statement from SPAD below:
Demang rasa kebanyakan kita sudah tahu berita kematian tersebut namun para pengikut golongan itu awal-awal lagi sudah memberi isyarat agar tidak memberi sedeqah Fatihah dan sebagainya.
(Demang letak kandungan mesej yang tersebar melalui media sosial sejak semalam di hujung entri ini untuk rujukan, bukan untuk sebaran).
Maka meninggal lah ketua negara Arab Saudi, kelmarin. Kematian yang amat sederhana namun kesederhanaannya sempat merentasi beberapa lautan dan benua, merayap ke telefon pintar dan diketahui seluruh dunia.
Setelah berita tiba di negara kita maka dikaranglah satu propaganda bagi memenangi hati dan perasaan rakyat Malaysia yang majoriti berfahaman ahlussunnah waljamaah betapa sederhananya keluarga Assaud dalam mengurus jenazah pemimpin mereka.
Justeru ramailah yang terpesona dan terharu dengan kemuliaan keluarga Saud mencontohi cara Rasulullah SAW dalam pengurusan jenazah sehingga lupalah mereka cara hidup keluarga diRaja tersebut selama ini yang penuh kemewahan dan pembaziran.
Di sebalik serba serbi sederhana itu diselitkan penolakan beberaoa amalan golongan Ahlussunnah waljamaah ssperti bacaan Yaasin, sedeqah Al-Fatihah, tahlil dan sebagainya.
Maka ramailah yang terpengaruh dan lupalah pada ajaran ulama kita selama ini serta hikmahnya serta kagumlah dengan amalan yang baru diketahui itu.
Demang nak tanya satu soalan, kenapa semasa masih hidup ketua negara Arab Saudi tidak mengamalkan kesederhanaan sebagaimana Rasulullah SAW? Kenapa apabila mati baru nak tunjuk baik?
Demang bukan nak mempertikai salah-benar pegangan golongan tersebut atau mengatakan golongan ini betul golongan itu salah. Demang cuma nak beritahu bahawa kita sudah menerima bahawa pegangan ummat Islam di negara kita ialah Ahluhsunnah waljamaah.
Jika ingin berpegang pada ulama lain, pintu imegresen sentiasa terbuka. Berhijrahlah ke Arab Saudi atau negara berkenaan. Faham?
Kenapa kita hanya meraikan golongan Ahlussunnah waljamaah? Jawapannya, kerana kita tidak mahu menjadi seperti di Iraq, Syria, dan lain-lain yang ummat Islam berbunuhan sesama sendiri hanya kerana berbeda pandangan.
Padahal belum ada mana-mana manusia yang telah mati, kembali kepada kita dan memberitahu pengalamannya di dalam kubur.
Berkenaan binaan kubur, Demang akan ulas kemudian.
Wallahu'alam.
Di bawah ini adalah mesej yang tersebar bagi mempromosi fahaman kumpulan berkenaan:
Raja Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud telah selamat dikebumikan dengan panduan Sunnah Rasulullah SAW yang cukup ringkas dan sederhana.
Maka seisi dunia menyaksikan bagaimana jenazah baginda disolatkan di Masjid Jami’ Imam Turki Bin Abdullah lalu disempurnakan di Perkuburan Al-Ud Riyadh dengan:
• Tidak ada tembakan meriam • Tidak ada bacaan surah Yaasin • Tidak ada payung untuk jenazah • Tidak ada taburan bunga di kubur • Tidak ada kenduri arwah dan majlis tahlil • Tidak ada kemenyan atau setanggi dibakar • Tidak ada iringan muzik ketenteraan dan kebesaran • Tidak ada doa beramai-ramai dipimpin di atas kubur • Tidak disyaratkan berpakaian berkabung yang khusus • Tidak ada siraman air mawar atau air Yaasin di kubur • Tidak ada ucapan Al-Fatihah disedekahkan merata-rata • Tidak ada tafakkur dan pengibaran bendera separuh tiang • Tidak ada bacaan talkin dan duduk beramai-ramai di kubur • Tidak ada binaan tembok, kubah dan makam di atas kubur • Tidak disyaratkan pemakaian ikat kepala atau ikatan lengan yang khusus • Tidak ada sedekah atau upah diberikan kepada rakyat yang bersolat jenazah • Tidak ada perarakan jenazah, panji-panji dan pingat kebesaran berkilometer jauhnya • Tidak ada batu nisan marmar berukir indah yang mahal, melainkan batu nisan simen tidak bertanda • Tidak ada amalan menunggu kubur dengan mengkhatamkan bacaan al-Qur’an di atas kubur • Tidak ada pentas atau tempat khas disediakan untuk kerabat DiRaja menyaksikan upacara pengebumian • Tidak ada cuti berkabung rasmi sehari atau berhari-hari, sekolah dan pejabat kerajaan dibuka seperti biasa • Tidak ada menunda-nunda penguburan jenazah sehingga ramai pemimpin atau ketua negara luar tidak sempat sampai • Tidak ada tandu usungan jenazah berpedati untuk diusung puluhan orang, melainkan pengusung biasa • Tidak ada kain baldu hijau bersulam ayat al-Qur’an menutup jenazah, melainkan menutup jenazah adalah jubah luar atau “Mishlah” yang dipakai oleh si mati ketika hidupnya • Tiada penghormatan dengan tradisi ketenteraan seperti pemberian hormat, tiupan bugle, lagu Last Post dan tembakan segerup senapang 3 kali berturut-turut dilaksanakan
Kesemua amalan di atas tidak keluarga baginda laksana, bukan kerana tidak kuat beragama. Tidak pula mereka tinggalkan kerana mereka miskin dari segi kewangan. Bahkan baginda dan kerabat baginda merupakan antara kelompok manusia terkaya di dunia.
Sebaliknya raja yang baru, Raja Salman Bin Abdul Aziz Al-Saud dan kaum kerabat baginda bersyukur dan merasa cukup senang hati untuk melaksanakan petunjuk Nabi Muhammad SAW dalam pengurusan jenazah baginda.
“Ya Allah Rahmatilah Hamba-Mu Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud. Masukkanlah Dia Ke Dalam Syurga-Mu Yang Luas”
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
APAKAH Anwar kekal bebas? atau perlu kembali ke penjara. 10 Februari ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan bagi memberi keputusan rayuan penjara 5 tahun yang dijatuhkan kepada Ketua Pembangkang itu pada 7 Mac 2014.
Sekiranya didapati bersalah, Anwar, 67, terpaksa melepaskan kerusi Parlimen yang disandangnya kini berdasarkan artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan.
Dalam rayuannya, Anwar meminta Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan Mahkamah Rayuan selepas ia membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi untuk membebaskannya.
Prosiding pendengaran rayuan terakhir kes liwat Anwar diadakan pada 28 Oktober hingga 7 November tahun lalu.
Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Kalau gitu, mungkin boleh discuss dulu dari sudut Islam, perlembagaan dan undang-undang negara secara lebih detail...
Bukan apa... nanti ada kalau akta tu ada khilaf, risau jugak kalau generasi akan datang ni jadi "besar kepala"...
Cukup la generasi sekarang ni yang makin kurang ajar, hilang adab dan makin teruk sosialnya.. takkan nak lahirkan generasi macam tu lagi lepas ni? Na'uzubillah.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan