Barisan Nasional

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Jumaat, 9 Januari 2015 at 1:09 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 09 Jan 2015 11:38 AM PST

PEJUANG BANGSA


ALAHAI ...AMK PKR KATA TAK SIHAT LANTIK DR MAZLAN PENGERUSI SKMM

Posted: 09 Jan 2015 12:36 AM PST

Apa masalahnya AMK PKR meroyan sangat jika Dr Mazlan Ismail dilantik menjadi Pengerusi SKMM ? 
Sebab ia orang UMNO  dan akan mempolitikkan jawatan itu ?? 

Bagi GPB dia adalah calon yang layak dari segi kelayakan kerana pernah menjadi Pengurus Besar TM  .Beliau memiliki ijazah dalam bidang Komunikasi Elektronik daripada Universiti Salford, United Kingdom (UK) dan mempunyai Ijazah Sarjana dalam Operational Telecom daripada Universiti Co- ventry, UK serta Ijazah Kedoktoran Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia atas biasiswa TM.

Kalau Nik Nazmi mempersoalkan jawatan ini kerana orang politik , sepatutnya jawatan-jawatan di GLC kerajaan negeri PR & Ahli Majlis PBT di negeri Selangor , Kelantan dan P.Pinang patut semua letak jawatan sebab ia tak sihat !! 



SKMM perlukan seseorang yang berkredibiliti untuk menangani kes-kes fitnah dan tohmahan di dunia siber. SKMM perlukan seseorang yang boleh berkata kepada Peguam Negara 'teruskan dakwaan kerana SKMM ada bukti kukuh, masih disimpan kemas data fitnahnya,'.



Angkatan Muda PKR (AMK) bimbang sekiranya kerajaan benar-benar melantik seorang pemimpin BN, Mazlan Ismail ke jawatan pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pergerakan itu bimbang bahawa pelantikan itu akan memberi "perkembangan tidak sihat".

Katanya, ini memandangkan Mazlan pernah bertanding untuk merebut kerusi parlimen Permatang Pauh daripada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhbar milik Umno,Utusan Malaysiajuga mempromosi Mazlan sebagai calon yang diura-urakan ke jawatan berkenaan.

"Kontrak (pengerusi sebelum ini) Mohamed Sharil tidak disambung dan wujud dakwaan ada rancangan untuk menggantikannya dengan Dr Mazlan.

"Akhbar milik Umno, Utusan telah mengkritik Sharil dan mempromosikan Dr Mazlan secara terbuka.

"Jika ini benar, ia adalah satu perkembangan yang tidak sihat," kata Nik Nazmi dalam kenyataannya.

Sementara itu, MP Bayan Baru Sim Tze Tsin dalam kenyataannya berkata pelantikan Mazlan mungkin memberi kuasa kepada Umno untuk mengawal Internet.

"PKR melihat perkara ini sebagai tindakan mempolitikkan badan pengawal Internet dan menguatkan kawalan Umno ke atas Internet.

"Ini boleh membawa kepada tindakan keras ke atas suara tentangan di Internetm seperti laman berita dalam talian, media sosial dan blog independen.

"Dengan perkembangan baru ini, PKR bimbang jika benteng terakhir yang menjaga kebebasan Internet akhirnya dibolosi dan ditawan," kata Sim dalam kenyataannya.

HISHAMUDDIN RAIS BERSALAH KERANA HASUT GULING KERAJAAN

Posted: 08 Jan 2015 11:41 PM PST




Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mendapati aktivis politik dan bekas wartawan, Hishamuddin Rais bersalah atas tuduhan menghasut dengan menggesa orang ramai untuk ke jalan raya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam sebuah forum dua tahun lalu.

Hakim Azman Mustafa ketika menyampaikan keputusannya berkata mahkamah berpuas hati bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes tersebut melampaui keraguan munasabah.

"Tertuduh tidak menafikan bahawa beliau mengucapkan kenyataan meminta orang ramai turun ke jalan raya untuk memprotes dan menggulingkan kerajaan BN," katanya.

"Dia tidak sepatutnya menghasut orang ramai ke jalan raya kerana tidak gembira dengan keputusan pilihan raya umum," katanya.

Peguam Hishamuddin Syahredzan Johan kini sedang cuba untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan.

Hishamuddin, 64, mengeluarkan kata-kata menghasut itu di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur pada 13 Mei, 2013.

Hishamuddin dan lima lain bercakap pada forum diadakan tidak berapa lama selepas PRU13 menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) digulingkan kerana pilihan raya yang tidak adil.

Hakim Azman kini masuk ke kamar mahkamah selepas mendengar rayuan daripada Timbalan Pendakwa Raya Kee Way Loon dan Syahredzan Johan.

Enam lagi pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Hishamuddin, juga didapati bersalah atas kesalahan menghasut.

Mereka adalah Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, bekas pemimpin PAS Tamrin Ghafar, aktivis Anything But Umno (ABU) Haris Ibrahim, bekas Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia Safwan Anang dan aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim.

Masing-masing dibicarakan berasingan.

Chua yang juga merupakan ahli Parlimen Batu, dan Haris masih berusaha melawan dakwaan menggunakan alasan kesalahan tersebut menghalang kebebasan bersuara mereka.

Tamrin, 64, diarahkan memberikan kesnya minggu lepas dan akan bersambung pada 15 Januari.

Safwan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun pada 5 September sementara Adam Adli dijatuhkan penjara setahun dua minggu selepas itu.

Kedua-duanya memfailkan rayuan terhadap dakwaan dan hukuman mereka. – 9 Januari, 2015.

DIMENSI

Posted: 09 Jan 2015 11:20 AM PST

DIMENSI


Toyota Agya Review dan Harga 2015

Posted: 09 Jan 2015 02:22 AM PST

Toyota agya adalah salah satu mobil terbaru dari toyota. Toyota agya merupakan mobil yang dibandrol dengan harga cukup murah untuk menjangkau masyarakat kelas menengah. Dengan  Harga yang murah dan dilengkapi dengan teknologi terbaru membuat mobil ini menjadi salah satu mobil terlaris. Toyota Agya cukup nyaman dikendarai dan cocok untuk anda yang memiliki keluarga kecil. Mobil toyota agya ini memiliki bentuk yang agresif dan memberikan kesan tersendiri untuk pengendaranya, sehingga banyak diminati anak-anak muda saat ini. Berikut review toyota agya secara ringkas untuk referensi anda.

Toyota Agya Exterior

Toyota agya kini hadir dengan tampilan lebih agresif dikelasnya, berbeda dari beberapa pesaingnya seperti Honda Brio dan Daihatsu Ayla. Toyota agya menawarkan kesan yang lebih berani dan sporty terutama pada tipe TRD S yang dikeluarkan PT. Toyota Astra Motor ini. Banyak tambahan pada tipe TRD S yang membuat toyota agya ini semakin membuat nya terlihat sporty dan cocok untuk anda yang berjiwa muda, tambahan seperti TRD S Sideskirt, TRD S Side Sticker, TRD S emblem dibagian belakang, Front TRD S Aeorikt, Rear Wiper(Type G & TRD S) seperti dibawah ini :

Toyota Agya Interior

Interior yang ditawarkan toyota agya membuat anda cukup nyaman dalam berkendara karena sudah dilengkapi berbagai fitur terbaru. Bagasi yang cukup besar yang mampu memuat hingga tiga buah koper berukuran besar sekaligus sehingga dapat memperbanyak barang bawaan Anda. Panel instrumen yang berwarna hitam membuat seisi interior terlihat sporty dan lebih mudah dibersihkan. Di dalam interiornya terpasang sistem hiburan 1 DIN Integrated audio yang mampu memutar berbagai media seperti CD/MP3/USB/AUX dengan sangat lancar. Mobil ini juga dilengkapi seatbelt di kursi belakang yang akan menambah keamanan saat berkendara dan juga cocok bagi anda yang mempunyai bayi. Selebihnya dapat langsung Anda lihat dibawah ini:


Toyota Agya Safety

Untuk urusan safety toyota agya telah dilengkapi dual SRS aribag untuk semua tipe, sehingga memberikan keamanan lebih untuk anda dalam berkendara.

Toyota Agya Engine

Mobil toyota Agya hadir dengan mesin yang cukup modern dengan spesifikasi  3 Silinder sejajar yang mengawalinya, 12 katup yang melengkapi mesinnya. Selain itu hadir dengan DOHC/3 cylinder, 12 Valves, DOHC yang mampu menghasilkan daya maksimal 6000 rpm. Daya tersebut cukup untuk menghantarkan anda keliling perkotaan dengan puas karena mobil ini di desain sebagai city car/mobil perkotaan. Sedangkan torsi maksimum yang bisa dihasilkan mobil Toyota agya adalah sebesar 3600 rpm. Di dalam tangki bensinnya mobil ini bisa membuat bahan bakar sebanyak 33 liter.
 Demikian review singkat dari toyota agya yang telah diuraikan diatas, kesimpulan dari review ini dengan harga yang murah dan dana yang terbatas anda dapat merasakan mobil bergaya sporty dan memiliki mesin yang cukup tangguh untuk digunakan dalam kota, untuk harga toyota agya 2015 dapat anda lihat dibawah ini:

Agya E A/TRp. 113.800.000,00Agya TRD S M/TRp. 114.650.000,00Agya G A/TRp. 119.950.000,00Agya TRD S A/TRp. 124.450.000,00Agya G M/TRp. 110.150.000,00Agya E M/TRp. 103.200.000,00 - See more at: http://www.toyota.astra.co.id/price-list/#ilm-survey

Agya E A/TRp. 113.800.000,00Agya TRD S M/TRp. 114.650.000,00Agya G A/TRp. 119.950.000,00Agya TRD S A/TRp. 124.450.000,00Agya G M/TRp. 110.150.000,00Agya E M/TRp. 103.200.000,00 - See more at: http://www.toyota.astra.co.id/price-list/#ilm-survey

IPOHMALAY

Posted: 09 Jan 2015 09:59 AM PST

IPOHMALAY


Amaran banjir di Johor

Posted: 08 Jan 2015 03:10 PM PST

Hujan berterusan sejak beberapa jam lalu di Johor dan selatan Pahang berkemungkinan menyebabkan banjir.

Hujan diramal berterusan untuk beberapa jam lagi. 

Sehubungan itu penduduk di kawasan ini hendaklah membuat persiapan yang perlu. 

3.11 pagi

4:33 pagi

6:30 pagi

Imej radar Met Malaysia

Imej satelit JMA dari BMKG Indonesia

tunku

Posted: 09 Jan 2015 03:24 AM PST

tunku


Religious leader condemns cartoonists after Paris massacre

Posted: 08 Jan 2015 11:15 PM PST

Bill Donohue knows who is responsible for the massacre at Charlie Hebdo — the cartoonists themselves.

The outspoken Catholic League president put a post on his group's website called "Muslims are Right to be Angry," in which he blasted the French paper for "the vulgar manner in which Mohammed has been portrayed."

Donohue said he abhors the violence, but blasted Stephane Charbonnier, the slain editor of the paper, where 12 people were shot dead by terrorists Wednesday.

"It is too bad that he didn't understand the role he played in his tragic death . . . Had he not been so narcissistic, he may still be alive," Donohue said.

The New York-based Catholic activist — whose group is not part of the official church — also complained that Charlie Hebdo mocked Catholics.

"[The paper has] a long and disgusting rec­ord of going way beyond the mere lampooning of public figures and this is especially true of their depictions of religious figures," he said. "For example, they have shown nuns masturbating and popes wearing condoms."

bumiyang

Posted: 09 Jan 2015 03:11 AM PST

bumiyang


Kartunis Pemfitnah Zunar Mahu Iktiraf Kartunis Penghina Nabi Muhammad - Dah Mengalahkan Yahudi???

Posted: 08 Jan 2015 08:51 PM PST

Pemimpin Terpalit Skandal Bela Pemimpin Punya Kekayaan Melampau???

Posted: 06 Jan 2015 05:00 PM PST

RAPERA ..

Posted: 09 Jan 2015 01:49 AM PST

RAPERA ..


ApabIla bencana Berlaku

Posted: 08 Jan 2015 07:58 AM PST

The Unspinners

Posted: 08 Jan 2015 11:46 PM PST

The Unspinners


Ngeh Nga nafi mereka membalak kah kah kah

Posted: 08 Jan 2015 10:33 PM PST



Ngeh kata dia tak buat pembalakan. Cuma tanam semula ...




Abis tu ... kenapa sampai togel ladang mereka dalam gambar berikut:


Ngeh ngaku tanah dia.


Dahlah menyamun dan membinasakan alam sekitar serta membuat rakyat merana, guna duit kerajaan pulsk tu????

Tabung banjir PASMA untuk bantu DAP jadi Raja Balak Sarawak

Posted: 08 Jan 2015 07:30 PM PST



Dah puas sebat balak, tidak cukup duit juga. Lalu PAS lancarkan tabung.


Ingatkan untuk tujuan banjir, tapi rupanya ...


Cari duit untuk pilihanraya Sarawak. Bukan PAS boleh menang pun mana2 kerusi.

Mereka hanya akan bantu DAP untuk berkuasa dan terus jadi tsukeh balsk lagi besar...


Tujuan sebenar Impian Sarawak yang Pribumi perlu tahu

Posted: 08 Jan 2015 04:25 PM PST





Impian Sarawak hanya melibatkan beberapa tempat yang mereka mahu menang,  akan usaha serius untuk selesaikan masaalah pendalaman.

Program kerajaan negeri lebih banyak dilakukan tanpa bising-bising.

DAP ni bila menang jadilah berikut nanti ...





Tak boleh ngaku kerajaan Islam bila tak jaga alam sekitar

Posted: 08 Jan 2015 01:30 AM PST


Akibat Banjir Besar Jatuhnya Sebuah Kerajaan Islam di Kelantan?

Bila sesebuah kerajaan mengaku sebagai Kerajaan Islam dan mendapat gelaran negeri Serambi Mekah, sudah tentu kita anggap setiap ciri perundangan, ekonomi, sosial, pengurusan dan lain-lain bercirikan Islam. Bukan hanya pakaian dan lagak saja Islam, tapi patut diterapkan cara dan halatuju sesebuah kerajaan mencirikan Islam.




Akan tetapi, bencana alam yang berlaku di Kelantan akhir-akhir ini membongkarkan segalanya. Bila alam dengan rakus dirogol dan diperkosa hingga hilang ekosistem semulajadi, bahananya apabila alam mula rosak dan akibat itu ditanggung oleh manusia.

Pokok-pokok yang subur menghijau bukan sekadar dilihat sebagai ciptaan Allah yang mendamai dan menakjubkan, bahkan Rasulullah SAW mengajar umatnya agar memeliharanya daripada ditebang dan dimusnahkan.

Ini terserlah melalui larangan keras Baginda terhadap usaha penebangannya yang tanpa sebab dan melampau bermaksud: Barang siapa yang memotong pokok (bidara) - tanpa manfaat atau kepentingan - nescaya Allah SWT akan menghumbankan kepalanya ke jurang neraka. 

(Rujuk: Abu Daud, Sulaiman bin al-Asyath al-Sijistani. T.th. Sunan Abi Daud. Kitab Adab. No. Hadis: 4561. Juzuk 4. Hal. 361).




Imam Abu Daud mengulas maksud hadis ini setelah disoal mengenainya dengan penjelasannya: Barangkali yang dimaksudkan dengan amaran Nabi SAW dengan penebangan pokok tanpa sebab ini adalah terhadap pokok-pokok yang terdapat di padang pasir yang dijadikan tempat teduhan orang yang lalu lalang atau para musafir.

Kalau nak dikiaskan dengan geografi negara kita, maka pokok-pokok di lerengan bukit-bukau itu juga dilarang Islam menebangnya tanpa bersebab dan kawalan. Kalau isu penebangan pokok atau peneresan bukit-bukau ini tidak dikawal secara serius, maka tidak mustahil bahawa kita akan menyaksikan banyak lagi penempatan di kawasan-kawasan bukit akan menjadi mangsa.

Memang benar alam tidak menjerit dan melolong apabila diperlakukan penebangan atau peneresan bukit-bukau dengan sewenang-wenangnya, namun kerakusan ini akan berakhir dengan hilangnya keseimbangan alam, kemudian terjadinya tanah runtuh, banjir besar dan lain-lain.



Perbuatan merosakkan alam sekitar adalah sama seperti menafikan sikap adil dan ihsan, sedangkan kedua-dua sikap ini merupakan perintah Allah yang perlu dilaksanakan. Perbuatan mencemar dan merosakkan alam sekitar juga menodai fungsi kekhalifahan yang telah dibebankan kepada manusia.

Ini kerana bumi bukan milik manusia untuk dia berbuat sesuka hati tetapi bumi ini adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada manusia yang kemudiannya dituntut untuk menjalankan segala perintah Allah di atasnya.

Oleh yang demikian, manusia perlu ingat bahawa dia dilantik sebagai khalifah di atas muka bumi yang juga milik Allah. Maka tidak sepatutnya manusia bertindak seperti raja yang seolah-olah tidak akan dipertanggungjawabkan di atas segala yang telah dikerjakannya.

Jadi bagaimana kita boleh kata Kelantan itu merupakan Kerajaan negeri yang berteraskan Islam?

Mampukah mereka melaksanakan hudud secara adil jika mereka sendiri tidak adil kepada alam?

Hanya Allah yang maha mengetahui. - Mc



Hmmm ... padan Husam tolak hudud untuk kelantan. Rasa bersalah ....

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 08 Jan 2015 11:26 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RAFIZI PENING " APA AKU CAKAP NE ? "

Posted: 08 Jan 2015 11:11 PM PST



Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli disoal adakah beliau memperjuangkan rakyat atau bersama peniaga petrol.

Pertanyaan itu dibuat oleh Ketua Biro Hak Asasi dan Undang-Undang Gerakan, Baljit Singh merujuk kepada kenyataan Rafizi yang mendakwa bahawa mekanisme penetapan harga petrol yang digunakan kerajaan hari ini tidak adil kepada peniaga.

"Jika harga minyak naik, rakyat akan menderita.

"Yang mana satu dia lebih suka? Rakyat hilang wang atau kedai minyak buat duit?",katanya dilaporMalaysiakini.

Baljit berkata, orang awam sudah pun terbeban dengan kenaikan harga barang, walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) masih belum dilaksanakan.

"Perkara ini berlaku kerana kebanyakan peniaga tidak bertanggungjawab," katanya.

Pertanyaan sama turut dilontarkan oleh facebooker R Ed Mikael yang membangkitkan kenyataan Rafizi seperti itu bermakna beliau lebih suka harga petrol dinaikkan supaya menguntungkan peniaga.




HUSAM SEMBUNYI DIRI ELAK CAKAP HAL LOJING

Posted: 08 Jan 2015 02:30 AM PST



Husam Musa mempersoalkan TNB di dalam status FBnya pada 7:55 pagi 31 Dis 2014 dengan berkata:

Adakah TNB penyumbang terbesar banjir terpelik ini???

Dan seolah-olah mengatakan bahawa beliau ada maklumat:

Info mula muncul limpahan dari situ menjadi punca.

Sebagai seorang yang berpengalaman, yang dulunya kalau di Parlimen seperti seorang jagoan berhujah dengan "fakta" dan mampu menerbitkan buku bagi mempersembahkan hujahnya untuk bacaan ramai, boleh terbawa-bawa dengan tuduhan liar tanpa siasatan cerdik untuk menyelidik maklumat yang lebih logik (kecuali kali ini dia merasa rendah diri atau dia sudah jadi kurang cerdik semenjak tidak lagi menjadi exco). Apakah dia sudah diserang Alzheimer?

Dalam pada rata-rata orang bercakap tentang kawasan tadahan hujan tanah tinggi di Kelantan (antaranya Lojing) yang dirodok dan digondol musnah tinggal hanya botak warna merah menadah hujan – Husam masih tidak mahu tumpu pandangannya ke arah Lojing.

Kenapa Husam mahu layan cerita pembinaan empangan Kenyir 2 yang langsung tidak masuk akal (kalau dia rasa dia masih cerdik) SEBALIKnya tidak pula melayan teori yang jauh lebih munasah bahawa kawasan tadahan tanah tinggi di Kelantan sudah tidak mampu lagi menahan curahan hujan yang banyak?

Kenapa Husam tidak mahu membersihkan namanya yang diterpalitkan dengan skandal pemusnahan alam sekitar di tanah tinggi Lojing?

Dalam pada TNB telahpun menjelaskan bahawa MUSTAHIL bagi kemusnahan di Kelantan disebabkan kerja-kerja pembinaan di Terengganu, Husam pilih untuk membetulnya tuduhan asalnya hanya sekadar menampal kenyataan TNB pada FBnya dan kemudian menghalakan sasaran baru kepada Gunung Gagau sebagai punca "banjir terpelik"nya.

Husam masih tidak mahu sentuh LOJING. Kenapa?

Belantan

Posted: 08 Jan 2015 11:13 PM PST

Belantan


Tiga tahun jual daging babi kepada muslim?

Posted: 08 Jan 2015 08:55 AM PST


SWITZERLAND – Seorang penjual daging 'halal' dihadapkan ke mahkamah awal minggu lepas kerana menjual daging babi kepada pelanggan beragama Islam.

Pengusaha daging berbangsa Swiss itu dilaporkan telah menjual sebanyak 3.1 tan daging khinzir sepanjang tiga tahun.

Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati lelaki tersebut telah menipu pelanggan dengan menyatakan daging terlarang tersebut sebagai daging anak lembu.

"Jika para pelanggan mengetahui bahawa ia merupakan daging babi, mereka tidak akan membelinya kerana Islam melarang penganutnya dari makan daging berkenaan," jelas pendakwaraya.

Pengusaha bahan mentah itu didakwa atas kesalahan penipuan dan salah nyataan, dan kini berdepan penjara selama enam bulan serta denda sebanyak 18,000 Swiss franc (RM63,000).

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 08 Jan 2015 09:38 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Berani Mat Sabu Ambil Tindakan Ke Atas Bukti Ini?

Posted: 08 Jan 2015 08:05 PM PST


Bukti di bawah ini bagaimana? Siasat pun tidak berani rasanya


Mana Hilang Penyokong BERSIH Ketika Banjir?

Posted: 08 Jan 2015 06:42 PM PST



tok gajah

Posted: 08 Jan 2015 09:31 PM PST

tok gajah


Nilai kerosakan banjir seluruh Malaysia boleh cecah RM2 bilion, kata menteri

Posted: 08 Jan 2015 02:56 AM PST

Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini menganggarkan nilai kerosakan akibat bencana banjir yang melanda seluruh negara boleh mencecah sehingga RM2 bilion.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan itu berkata, negeri yang paling teruk terjejas akibat bencana itu mengalami kerugian sebanyak RM932 juta.

Beliau berkata, anggaran kerosakan itu membabitkan kerosakan infrastruktur bangunan kerajaan, jalan raya, jambatan dan sebagainya.

"Ada beberapa perkara yang perlu kita laksanakan bagi membaiki struktur ‎rosak, sekolah, hospital, klinik, jambatan, jalan dan peralatan," katanya pada sidang media selepas melancarkan forum Pertama Usahahawan Muda Malaysia 2015 di Pusat Konvesyen dan Eksibisi Matrade di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata demikian sebagai mengulas laporan peruntukan mangsa banjir sebanyak RM800 juta yang dibuat Datuk Ahmad Maslan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, peruntukan itu dibelanjakan kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Susulan pendedahan Ahmad, Pengerusi Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) Datuk Jazlan Mohamed Selasa lalu berkata mahu memanggil Kementerian Kewangan dan MKN bagi memperjelaskan‎ peruntukan tersebut.

‎Katanya jumlah yang diumumkan tersebut besar dan memerlukan ketelusan dalam cara menguruskannya.

Menjelaskan mengenai isu tersebut katanya, kerajaan bukan sahaja terpaksa menyalurkan wang ihsan namun mengambil kira pembinaan rumah, dan pembaikan infrastruktur.

"Ini beberapa perkara perlu dilaksanakan iaitu wang ihsan pada mangsa banjir itu kita selalu lakukan pada setiap tahun kalau berlakunya‎ mangsa banjir.

"Yang kedua, kita perlu tangani pembinaan rumah ada juga pampasan pertanian, perladangan, namun angka yang kita beri masih tidak lengkap," katanya sambil menjangkakan bandar di Kelantan dapat dibersihkan pada hujung bulan ini.

Pada masa sama ditanya mengenai cadangan kerajaan campuran bagi PAS dan Umno bagi menangani pasca banjir, beliau hanya menegaskan hanya kerjasama perlu diberi tumpuan.

"Ini adalah kerjasama bagi menangani masalah pasca banjir, yang lain tak penting.

"Ia masalah rakyat apa jua parti kita nak bantu rakyat, jadi kita buat keputusan hal ini merentasi parti politik untuk membantu mangsa banjir dan turut dipersetujui kerajaan pusat," katanya.

Isu mengenai kerajaan campuran dibangkitkan oleh pengasas Kumpulan Media Karangkraf Datuk Dr Hussamuddin Yaacub apabila menyeru kepimpinan PAS dan Umno di Kelantan membentuk kerajaan campuran dan mengetepikan fahaman politik demi memastikan rakyat Kelantan bangkit menghadapi situasi selepas banjir yang meranapkan kediaman dan harta benda mereka.

Dalam wawancara eksklusif bersama akhbar terbitan syarikatnya, Sinar Harian, Hussamuddin berkata rakyat Kelantan sudah terlalu lama terhimpit dalam pertembungan ideologi dua parti politik antara Barisan Nasional (BN) dan PAS di negeri itu.

"Sudah berpuluh-puluh tahun rakyat Kelantan tersepit sehingga kita terpaksa berhijrah disebabkan pertelingkahan antara dua kerajaan. Jadi saya rasa untuk pulihkan Kelantan bagi jangka masa pendek dan panjang, perlu sebuah kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang betul-betul jujur.

"Maknanya, kedua-dua belah pihak dapat bekerjasama erat dalam erti kata yang sebenar kerana kita mahu semua perkara yang dirancang berjalan lancar. Dengan hubungan sekarang seperti yang kita lihat pada rekod lepas, setakat kerjasama saja tidak akan jadi (tidak mencapai matlamat) dan rakyat Kelantan akan sengsara," kata Hussammudin, dipetik daripada laporan akhbar berkenaan. – TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=233672:nilai-kerosakan-banjir-seluruh-malaysia-boleh-cecah-rm2-bilion-kata-menteri&Itemid=2#ixzz3OE5Kwh9c
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 08 Jan 2015 03:04 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Wanita disamun, dipaksa seks oral dalam ladang kelapa sawit

Posted: 08 Jan 2015 07:05 AM PST

Gambar hiasan
BATU PAHAT – Sekumpulan penyamun terdiri daripada tiga lelaki bukan sahaja menyamun seorang wanita, malah seorang daripadanya memaksa wanita malang berkenaan melakukan seks oral.

Dalam kejadian jam 2 petang, 4 Disember lalu, di Kampung Parit Abdul Rahman, mangsa terpedaya dengan tindakan suspek yang meminta pertolongan daripadanya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kejadian berlaku setelah mangsa didatangi suspek untuk bertanyakan arah dan menunjukkan lokasi Taman Puteri Indah.

Katanya, selepas itu mangsa bersetuju menghantar suspek ke lokasi dimaksudkan dengan motosikal milik mangsa.

"Dalam perjalanan ke lokasi, suspek mengarahkan mangsa memasuki sebuah ladang kelapa sawit dan kemudiannya menyamun mangsa dengan mengambil kesemua barangan milik mangsa.

"Mangsa yang tidak mengenali suspek diacu pisau dan di situ mangsa dicabul serta dipaksa melakukan seks oral.

"Mangsa kemudian diarah berlari sebelum kesemua suspek melarikan diri," katanya semalam.

Menurut Din, seorang daripada suspek didapati turut terlibat dengan kejadian ragut yang berlaku di Jalan Mohd Akil, 26 Disember lalu.

Katanya, hasil siasatan, suspek pertama berjaya ditahan yang membawa kepada penangkapan dua lagi suspek di sekitar daerah ini.

"Dengan tertangkapnya ketiga-tiga suspek, kami percaya dapat menyelesaikan dua kes dilakukan kumpulan penyamun ini.

"Daripada ujian air kencing didapati kesemua suspek positif dadah dan direman sehingga 14 Januari untuk siasatan lanjut.

"Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 362 Kanun Keseksaan, Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377c Kanun Keseksaan," katanya. – Sinar Harian Online

Artis hamil dicekup bersekedudukan

Posted: 07 Jan 2015 11:01 PM PST

Gambar hiasan
Kedua-dua pasangan ini dibawa ke balai polis. Kedua-duanya dibenarkan untuk diikat jamin oleh dua warga tempatan.

Tak lama kemudian, datang dua orang lelaki untuk menjamin pasangan ini. Pasangan ini dikehendaki datang ke Jabatan Agama keesokan harinya jam 8.30 pagi.

Sebelum dibenarkan pulang, penguatkuasa memberi amaran kepada pasangan ini supaya tidak duduk sama lagi di dalam rumah itu pada malam itu untuk mengelakkan tangkapan kedua berlaku.

Esoknya, di Pejabat Agama, pasangan ini datang bersama dua orang penjamin. Hasil soal siasat, pasangan ini mengaku tidak mempunyai ikatan mahram atau suami isteri. Perempuan umur lewat 20-an masih mempunyai suami tetapi sudah tidak duduk bersama suaminya hampir 2 tahun lalu. Perempuan ini sedang menuntut cerai secara fasakh di mahkamah syariah dan mempunyai peguam untuk urusan tersebut.

Maknanya, selagi mahkamah belum membuat keputusan, dia masih dikira ada suami yang sah. Kanak-kanak itu adalah anaknya yang sah melalui perkahwinan itu.

Lelaki pula umur 30-an berstatus duda yang sudah bercerai kira-kira tiga tahun lepas. Dia mempunyai dua orang anak yang dipelihara oleh bekas isterinya. Mereka mengaku bercita-cita untuk bernikah tetapi status perempuan yang masih isteri orang menghalangnya. Katanya dia bersimpati dengan wanita ini dan nak menolong wanita ini yang tidak bekerja.

Siapa Pengadu? Lelaki ini bertanya kepada penguatkuasa iaitu siapakah pengadu dalam kes ini sehingga mereka ditangkap.

Lakonan dan perancangan pasangan ini yang duduk macam suami isteri sejak beberapa bulan lamanya termasuk menipu tuan rumah tersebut. Yang kena tipu juga adalah pak imam surau berkenaan yang jadi jiran dia di taman itu.

Majlis hari raya dan marhaban juga turut naik rumah ini dan jiran-jiran percaya betul yang mereka adalah suami isteri. Kanak-kanak pula seronok dapat duit raya seringgit masa marhaban tu. Jiran tak syak lansung mereka tidak kawin rupanya.

Soalnya siapa pengadu? Kalau dikatakan pengadu adalah jiran taman tersebut, kenapakah begitu lama, makan berbulan-bulan baru aduan dibuat kepada Jabatan Agama?

Mungkin tidak.

Tapi ada kemungkinan juga iaitu kalau bukan jiran, siapa pula yang pecah lubang? Pasangan ini bukanlah orang sini. Duduknya di daerah lain yang jauhnya dalam 100km juga.

Sebenarnya, yang tahu siapa pengadu hanyalah penguatkuasa yang tertentu sahaja. Dengan aduan inilah baru penguatkuasa bertindak. Kalau tak ada aduan, takkanlah nak periksa semua rumah di setiap taman, rumah kondo, rumah panjang atau kotai.... tak mungkin.

Maknanya ada pengadulah dan pengadu itu tak akan diberitahu kepada sesiapa. Keselamatan dan kerahsiaan pengadu itu dilindungi untuk mengelakkan perkara tak baik berlaku.

Tapi ada juga kes yang orang tahu siapa pengadu. Mulanya ingatkan siapalah yang bocorkan maklumat pengadu. Rupanya pengadu sendiri yang bukak cerita kat warung yang dialah jaguh dan wira kampung sehingga pasangan itu kena tangkap.

Dalam hal ini penguatkuasa tak tanggunglah kalau apa-apa berlaku, sendiri tanggunglah.

Tapi biasanya orang yang berani istihar dia pengadu bukan calang-calang orang.

Kalau macam cerita KLGenster2, macam Malek Aeron Aziz juga atau 'abang kawasan' yang ada beberapa line. Kalau macam saya ni setakat ada line Celcom sajalah.... Hehe.

Senang cerita kalau ada sesiapa nak mengadu pasal maksiat, mengadu sajalah kepada Jabatan Agama Johor yang ada penunggu 24 jam yang akan jawab panggilan itu.

Sila dail 1-800-88-3072 iaitu talian bebas tol. Jangan malu, jangan takut, jangan segan kerana identiti anda dirahsiakan yer.... SEKIAN.

Sumber

Kalendar 'seksi' Jabatan Bomba jadi perhatian

Posted: 07 Jan 2015 10:39 PM PST


Kalendar terbaru yang dilancarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bagi tahun baru 2015 menjadi pehatian ramai.
Rata-rata memuji foto ahli-ahli bomba yang segak bergaya yang dipaparkan di dalam kalendar tersebut.
Walau bagaimanapun, kalendar ini diterbitkan bukan untuk dijual, hanya untuk edaran kepada pegawai-pegawai JBPM dan kementerian yang berkaitan.
JBPM sendiri telah membuka pertandingan di laman Facebook rasminya pada Selasa bagi memberi peluang orang ramai memiliki kalendar esklusif ini.
Ini merupakan kali kedua JBPM mengeluarkan kalendar bertemakan 'cara hidup sihat' dalam siri kalendar tahunan mereka. Sebelum ini adalah pada tahun 2014.
Jasa dan sumbangan JBPM sering disebut-sebut sejak akhir ini apabila banyak membantu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir di pantai timur.
Di bawah ini adalah sebahagian daripada gambar-gambar di dalam kalender bomba 2015.
10410155_10152592961606762_8713791072821054306_n
10369685_10152592961861762_12735491792955266_n
10406416_10152592961821762_5415415448077191073_n
10926464_10152592961801762_4737637138891882538_n
10438985_10152592961711762_7814250626280345695_n
988923_10152592961761762_6021988480410285895_n
10408534_10152592961701762_8125625019307460746_n
10922637_10152592961601762_5099698385990062852_n
10350608_10152592961431762_5706942707395725189_n
10922710_10152592961456762_3229498652642754690_n


Foto suami, isteri dalam kereta di lebuhraya Elite viral

Posted: 07 Jan 2015 10:01 PM PST

Seorang lelaki mengalami detik cemas apabila dia terpaksa membidankan isterinya yang bersalin dalam kereta di Lebuhraya Elite tanpa sebarang bantuan perubatan.

Dalam kejadian pada jam 6 petang semalam, lelaki berkenaan hanya menerima bantuan dari petugas hospital melalui telefon. Hasil tunjuk ajar yang diberikan itu, lelaki itu berjaya mengikuti tunjuk ajar yang diberikan dan beliau mendapat seorang bayi lelaki yang sihat.

Bagaimanapun, 15 minit kemudian Ambulans Putrajaya tiba di lokasi kejadian. Ibu dan bayi berkenaan dibawa ke Hospital Putrajaya bagi mendapat rawatan lanjut.

Pastinya ini mejadi satu kenangan yang tidak ternilai harganya bagi pasangan ini terutama si suami yang menyambut kelahiran anaknya sendiri. Tahniah kepada pasangan terbabit.




Ustaz: Cara Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha Boleh Pesongkan Akidah

Posted: 07 Jan 2015 08:01 PM PST

Walaupun ramai yang beranggapan lamaran Hairul Azreen di atas pentas Gegar Vaganza hujung minggu lalu sesuatu yang manis buat Hanis Zalikha, tidak boleh kita nafikan yang ianya ada sedikit melanggar norma adat dan budaya kita sebagai orang Timur.

Perkara ini turut diakui pakar motivasi Ustaz Zulkefli Hamat yang beritahu cara lamaran sebegitu boleh menjatuhkan maruah wanita itu jika perhubungan tersebut terputus di tengah jalan.

"Lamaran adalah sama maksudnya dengan meminang atau khitbah yang mana ia patut dilakukan hanya dalam keluarga sahaja bagi mengelakkan perkara buruk berlaku. Sekiranya hubungan itu putus sebelum diijabkabulkan ia akan mengaibkan dan memalukan wanita itu sendiri melainkan lamaran tersebut disusuli terus dengan majlis akad nikah," ujarnya.

Berkata kepada mStar Online, beliau menambah yang lafaz ayat will you marry me terhadap Hanis Zalikha menyerupai budaya agama lain & perbuatan itu boleh memesongkan akidah umat Islam.

"Cara melamar itu juga tidak sesuai dan dia seharusnya berhati-hati dengan ayat will you marry me itu kerana ia menyerupai perkahwinan agama Kristian di dalam gereja. Kalau dalam agama Islam, perlu lakukan solat hajat sebelum melamar dan bukan dengan tarian seperti dalam program itu"

Dari segi positifnya, Ustaz Zulkefli Hamat berkata ianya bagus kerana menggalakkan lebih ramai muda mudi dan orang di luar sana untuk mendirikan rumahtangga. (rtky/m)

Rakam aksi mandi bogel tujuh rakan wanita

Posted: 07 Jan 2015 07:01 PM PST

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 7 Jan. – Keseronokan sekumpulan remaja perem­puan yang dipelawa seorang lelaki bercuti di kampung halamannya bertukar mimpi ngeri apabila rakannya itu merakam aksi mereka ketika mandi.

Lelaki yang dikenali sebagai Aw, 24, dikatakan merakam aksi mandi tujuh rakan wanitanya menggunakan sebuah kamera berbentuk pen yang diletakkan di dalam bilik mandi rumahnya di Sibu, Sarawak baru-baru ini.

Bagaimanapun, kesemua mangsa hanya menyedari aksi mereka dirakam lima hari kemudian apabila salah seorang daripadanya menjumpai pen terbabit diletakkan di dalam bekas berus gigi.

Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Tan, 24, berkata dia mengenali lelaki terbabit kira-kira lima tahun lalu ketika belajar bersama di sebuah kolej di ibu negara.

Menurutnya, mereka melawat ke kampung halamannya pada 24 Disember lalu dan tinggal di rumah lelaki terbabit selama enam hari.

"Saya hanya menyedari perbuatan kami dirakam apabila terlihat sebatang pen yang diletakkan di dalam bekas berus gigi berhampiran tingkap bilik mandi berkenaan pada malam terakhir kami di rumahnya.

"Apabila saya memeriksa pen terbabit, terdapat sebuah kamera kecil selain kad memori kecil di dalam pen berkenaan," katanya ketika ditemui di Wisma MCA di sini hari ini.

Tambah Tan lagi, curiga de­ngan penemuan itu, dia bertindak melihat isi kandungan kad memori terbabit menggunakan komputer riba dan terkejut apabila mendapati rakamannya serta rakan-rakannya sedang mandi di dalam tandas.

Berikutan itu, dia terus membe­ritahu rakannya yang lain sebelum membuat keputusan pulang semula ke rumah masing-masing.

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai Fong, 25, berkata, selepas kejadian, dia serta rakannya ada bertanyakan perkara terbabit kepada lelaki berkenaan.

Katanya, lelaki itu seterusnya me­ngakui merakamkan semua aksi mereka ketika mandi dan hanya memohon maaf atas tindakannya itu.

"Kami terus mendesak dia sekiranya ada rakaman lain. Akibat takut, dia seterusnya menye­rahkan sebuah pendrive yang mengandu­ngi rakaman kami mandi berbogel,"ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, kesemua mang­sa masih belum membuat laporan polis mengenai perkara itu kerana ibu bapa serta peguam masih lagi mengadakan perbincangan.

Sehubungan itu, Michael Chong menggesa pihak berkuasa mengambil perhatian terhadap penjualan kamera intipan yang dikhuatiri di­salah guna oleh orang ramai.

Menurutnya, sepanjang tahun lalu, pihaknya menerima tiga laporan membabitkan kes yang sama menggunakan kamera intipan tersebut dan kesemua mangsa adalah wanita.

"Apa yang membimbangkan, sekiranya tiada tindakan diambil. Saya khuatir gajet ini akan disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab terutamanya di tempat-tempat awam seperti hotel dan bilik persalinan pakaian wanita," katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/aksi-mandi-dirakam-bekas-rakan-kolej-1.45645#sthash.zD6ZDKSr.dpuf

Dua awek dirompak, diperkosa kerana terlalu 'cun'

Posted: 07 Jan 2015 06:01 PM PST

Sekadar gambar hiasan
Kuala Lumpur: Detik cemas dilalui dua wanita jelita apabila mereka tidak hanya dirompak, malah diculik sekumpulan empat penjenayah sebelum dijadikan tawanan seks lebih 48 jam.

Mangsa yang berusia 20-an itu bagaimanapun terselamat apabila sepasukan polis menyerbu sebuah hotel di Kepong, di sini yang dijadikan lokasi mengurung mangsa, awal pagi semalam.

Sumber polis berkata, kejadian dilaporkan berlaku apabila mangsa yang juga rakan sekerja dirompak sekumpulan penjenayah yang menyerbu masuk asrama didiami mangsa di Sungai Buloh sekitar jam 2 pagi, Sabtu lalu.

"Mangsa yang sedang tidur terkejut dengan kehadiran sekumpulan empat penjenayah. Suspek merampas wang tunai dan telefon bimbit mangsa.

"Kumpulan penjenayah itu menculik dua daripada empat penghuni asrama berkenaan kerana dipercayai tertarik dengan kecantikan mangsa," katanya.

Menurutnya, kumpulan penjenayah yang menggunakan sebuah kereta membawa mangsa ke hotel di ibu kota.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Khalwat dengan warga Indonesia, gadis rayu jangan beritahu ibu

Posted: 07 Jan 2015 05:01 PM PST

Johor Bahru: Seorang wanita merayu kepada pihak berkuasa supaya tidak memaklumkan kepada keluarganya yang dia ditahan kerana berkhalwat dengan seorang lelaki warga Indonesia di sebuah hotel bajet di Skudai di sini, kelmarin.

Wanita berusia 24 tahun itu yang ditemui dalam keadaan hanya bertuala mengaku baru mengenali lelaki berumur 37 tahun terbabit yang bekerja sebagai tekong bot di Batu Pahat.

Bagaimanapun, kedua-duanya memberi kerjasama ketika disoal-siasat sebelum dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) untuk proses dokumentasi.

Mereka ditahan pada operasi sempena cuti umum Awal Muharram 1436 Hijrah yang dijalankan antara jam 11 malam hingga 2 pagi semalam di hotel bajet sekitar Skudai.

Operasi itu membabitkan 10 anggota dan pegawai Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAIJ Mohd Zamri Kambari berkata, tiga lagi pasangan turut ditahan di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat.

"Sudah menjadi kebiasaan, apabila cuti umum, segelintir pasangan kekasih melakukan aktiviti tidak bermoral. Operasi kali ini tertumpu di sekitar Taman Universiti dan TUTA.

"Tujuan operasi ini untuk membanteras dan mencegah maksiat di hotel bajet selain membersihkan imej sektor perhotelan daripada tanggapan negatif masyarakat premis berkenaan banyak mengundang gejala tidak bermoral," katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4177#sthash.iEqELPWL.dpuf

WARIS PURBA

Posted: 08 Jan 2015 03:03 PM PST

WARIS PURBA


BALA, BENCANA ALAM, IKTIBAR DAN SOLIDARITI

Posted: 07 Jan 2015 11:10 PM PST

BERAT mata memandang berat lagi bahu memikul. Jika kita sedih membaca rintihan dan keluhan, lebih sedih dan menderita mangsa yang mengalaminya. Itulah ungkapan kepada suasana yang berlaku di negeri-negeri yang sedang dilanda banjir terutama di Kelantan, negeri yang mendapat jolokan sebagai negeri Serambi Mekah. Banyak kawasan di Kelantan dilanda banjir. Kota Bharu Bandar Raya Islam tenggelam. Stadium Sultan Muhammad IV yang pernah mencatat rusuhan ketika perlawanan bola sepak dan mencetuskan doa kontroversi akibat fahaman politik berbeza turut tenggelam. Stadium bertukar menjadi kolam. Sama ada ia dianggap satu kemurkaan Allah untuk membasuh dosa atau sebagai bencana akibat kerakusan manusia terhadap alam, akhirnya kita harus menerima hakikat sebagai ketentuan dan kehendak-Nya. Manusia tidak mampu menghalang. Kita hanya mampu bertawakal setelah berusaha dan berikhtiar untuk mencegah atau melakukan sesuatu di atas muka bumi ini ke arah kebaikan. Akhirnya kita terpaksa berserah kepada qada dan qadar. Ingatlah, umat Melayu beragama Islam merupakan majoriti mangsa banjir ini.
Anggaplah bencana ini ada hikmah. Kita bersatu meng­hulurkan bantuan yang termampu, mengadakan solat hajat, tahlil dan berdoa bersama di masjid dan surau. Kebanyakan negeri membatalkan perayaan tahun baharu 2015.

Bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar Kelantan, Terengganu dan Pahang hanya mampu berdoa dan melihat. Pada masa yang sama, mereka juga menggerakkan usaha untuk mengatur bantuan berupa pakaian, makanan, minuman, ubat-ubatan dan sebagainya. Syukurlah rakyat Malaysia me­nunjukkan semangat solidariti dalam menghadapi saat-saat sukar ini. Tidak dapat diceritakan di sini mengenai penderitaan mangsa banjir. Cukup sudah kita mendengar, membaca dan melihat pelbagai berita berkaitan banjir terutama yang masuk di telefon bimbit kita sama ada dalam bentuk teks, gurindam, gambar dan video. Ada sahaja berita cemas di sana sini yang menyatakan mangsa terperangkap. Malangnya ada juga berita atau khabar 'sampah' yang memualkan masuk ke dalam telefon bimbit kita melalui WhatsApp atau Telegram. Mungkin ini satu tabiat orang Malaysia yang suka 'bercerita' walaupun satu rekaan. Jangan disulitkan keadaan dengan berita-berita yang tidak sahih yang melibatkan nyawa manusia. Adalah lebih baik menyebarkan kata-kata semangat kepada mangsa serta rayuan menghulur bantuan. Ketika pihak berkuasa bertungkus lumus membantu gerakan menyelamat, mereka juga terpaksa menjawab dan menguruskan berita-berita 'sampah' yang tidak sahih. Memanglah berita sebegini tidak boleh didapati di akhbar kerana kesahihannya diragui.

Eloklah kita mendapat pengesahan terlebih dahulu sebelum menyebarkannya. Kita tidak nafikan, melalui maklumat itu, pihak-pihak berkenaan dapat bertindak menyelamatkan mangsa sekiranya mendapat maklum balas mengenai lokasi mangsa yang terperangkap. AdvertisementBagaimanapun jangan melampau dalam mengirim berita-berita yang tidak benar ini. Tapis dahulu. Salah satu yang menarik perhatian ialah gurindam seorang ibu me­ngenai bayinya yang meninggal dunia dan cerita tersepak mayat yang bergelimpangan sesudah banjir surut. Jika benar, pihak berkuasa pastinya tidak akan menyembunyikannya.

Masalahnya rakyat Malaysia memang gemar dan mudah percaya cerita-cerita begini. Ada juga laporan berunsur fitnah mengaitkan politik dengan bantuan. Wujud persepsi buruk mengenai bantuan. Tolonglah, hentikan seketika gerakan politik dalam situasi begini. Ketika Allah murka menurunkan bala bencana, masih ada yang bercakap hal-hal politik, menghentam dan menyindir pemimpin. Sebenarnya golongan ini sepanjang masa tidak akan berpuas hati. Bagi orang Islam, wajarkah penyebaran berita palsu dan fitnah ini? Ada juga kiriman berbaur sinis terhadap pemimpin kerajaan dan kerajaan negeri Pas Kelantan. Semalam, ketika berita kehilangan pesawat AirAsia, ada juga WhatsApp yang masuk "Mujurlah pesawat yang dinaiki PM tak hilang''. Ada juga yang mengaitkan banjir di Kelantan dengan hudud (pandangan pro dan kontra). Pihak berkuasa pula digambarkan seolah-olah tidak melakukan sesuatu dan 'berpeluk tubuh' Ada juga yang bertanya kenapa tidak isytiharkan darurat?

Eloklah pihak berkuasa mengambil inisiatif supaya orang ramai memahami mengenai pengisytiharan darurat ini. Bercakap, menyeru dan mengarah memang mudah tetapi untuk bertindak dan melaksanakannya bukan sekadar 'serbu dan redah'. Ini banjir terburuk yang pernah berlaku walaupun ada pihak mendakwa, bencana ini bukan yang terburuk! Kadang-kadang pandangan yang diberi menggambarkan pasukan keselamatan kita tidak cekap menyusun strategi dan tidak layak berada di lapangan. Banyak halangan yang meng­halang bantuan sampai se­gera. Ini satu pengalaman yang perlu dijadikan iktibar supaya kita lebih bersedia pada masa hadapan. Adakah peralatan se­perti bot penyelamat yang ada sesuai dengan keadaan banjir? Adakah pusat menyim­pan stok makanan mencukupi dan berada hampir di kawasan berisiko? Adakah pasukan penyelamat benar-benar terlatih menghadapi bencana seumpama ini? Ada juga kirimanWhatsApp mengenai gambar sebuah kapal selam sedang melintasi kawasan banjir. Apakah tujuannya? Bergurau ketika keadaan sukar? Berilah ruang kepada pihak berkuasa menangani keadaan ini. Jangan diperkecil dan dipersendakan.Kita tahu ramai yang terpaksa lari sehelai sepinggang. Mereka menyelamatkan diri ke kawasan berbukit, tanpa makanan dan minuman. Ibarat tsunami 2004, kita sedar ramai yang hilang kediaman, kenderaan, harta benda dan banyak lagi. Kita perlu berusaha untuk membangunkan semula apa yang musnah. Syukurlah, dalam menghadapi bencana ini, sebahagian besar rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik menunjukkan semangat solidariti untuk membantu mangsa.

Selepas ini, atas nama apa sekali pun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik, syarikat swasta, persatuan penduduk dan apa sahaja, bersedialah untuk menghulurkan bantuan pasca banjir. Tenaga kita amat diperlukan ketika bantuan pemulihan dan pembangunan semula. Jangan bantuan kita terhenti sekadar wang ringgit, pakaian, makanan dan perubatan semasa banjir. Banyak rumah yang perlu dibina semula atau diperbaiki. Begitu juga dengan masjid, surau, sekolah, jambatan, jalan raya, longkang, parit, kemudahan awam dan pelbagai lagi yang tidak mampu diurus bersendirian oleh kerajaan atau pihak berkuasa tempatan. Manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Redalah dengan bencana ini. Anggaplah ia satu ujian setelah kita hidup selesa sebelum ini. Banyakkan berdoa dan tidak mudah patah semangat dalam menghadapi kesulitan. Eloklah, menjelang beberapa hari lagi menjelang tahun 2015, kita selak semula apa yang berlaku sepan
jang 2014 ini. Mana yang baik jadikan teladan. Apa yang buruk jadikan iktibar untuk kita me
mperbaikinya.

tun faisal dot com

Posted: 08 Jan 2015 01:53 PM PST

tun faisal dot com


Pasukan Baru UMNO Selangor: Budiman patut jadi Ketua Penerangan?

Posted: 07 Jan 2015 10:00 PM PST


Yang Berhormat (YB) Budiman Mohd Zohdi should be 
appointed UMNO state Information Chief 

Nota: Jelas UMNO Selangor perlu dirombak dan memerlukan penstrukturan semula. Ada yang sebut, perlu pasukan yang lebih menggerunkan. Ada yang kata perlu pasukan yang lebih rajin bekerja. Ada yang kata perlu pasukan dengan pemimpin yang lebih muda. Secara umumnya, ramai yang menyatakan bahawa perlu ada kombinasi di antara muka baru dan yang berpengalaman. Perlu lebih ramai yang bukan sahaja rajin bekerja, tetapi tahu dan bijak bekerja untuk memenangi pilihan raya yang akan datang. Perlu pemimpin yang bersifat `team player' bukan `lone ranger' atau `syok sendiri'. Baca apa pandangan blogger The KL Chronicle tentang `pasukan baru' UMNO Selangor di bawah :-


YB Budiman Mohd Zohdi, Dato' Zein Isma Should be promoted in Selangor UMNO


This blog has previously written a few articles with respect to Selangor UMNO. We have shared with our readers who we think should helm Selangor UMNO and the "dream team" that he (Datuk Seri Noh Omar) should have.

Based on the feedback we have received, it is obvious that there needs to be changed in Selangor UMNO. The change would be a positive one since new faces would integrate with old heads in the state chapter.

This new and old combination will definitely be more energetic and experienced to tackle the high number of issues currently facing the people of Selangor. In return, this will create a sense of trust between the people and Selangor UMNO.

The two people that we think should be given a bigger role in charting Selangor UMNO would be YB Budiman and Dato' Zein Isma as they have proven to be able to work together with Datuk Seri Noh Omar and not create fiction in the state chapter.

Based on our view, YB Budiman should be appointed the Selangor UMNO information chief. The ability is there. He is one of a few UMNO leaders that have published a book, a great orator and is able to disseminate information effectively via writing, video or audio and disseminating information is one of UMNO's main problem.


Dato Zein Isma should be appointed State UMNO Secretary

Besides YB Budiman,  Dato' Zein Isma is another candidate that have caught our attention. Based on his vast experience in people management and human resource, we think that Dato' Zein Isma ought to be appointed the state UMNO secretary.This is because he is able to lead, organize and manage the party works effectively based on his experience and knowledge.

In our next article, we would provide further recommendation on what structural changes that needs to be done in Selangor UMNO to ensure that BN wrest back Selangor from Pakatan Rakyat in the next election. What say you?

- See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/01/yb-budiman-mohd-zohdi-dato-zein-isma.html#more



Banjir: Kesiapsiagaan, belajar dari kealpaan lalu @ShaberyC #PascaBanjir

Posted: 07 Jan 2015 04:00 PM PST

B6v-970CQAEC2wV

Banjir adalah bencana yang boleh dijangka. Justeru persiapan awal boleh dilakukan bagi mengurangkan kesan akibat bencana tersebut, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di dalam sebuah rancangan bual bicara di TV1 semalam. Beliau juga menyebut, tahun lepas, ramai yang kelihatan tidak bersedia kerana tidak menjangka fenomena perubahan iklim yang mendadak mengakibatkan bencana banjir yang lebih buruk berbanding tahun sebelumnya.


Terdapat banyak perkara menarik yang dikongsikan oleh Shabery mengenai persiapan menghadapi banjir di kawasan Parlimen beliau, Kemaman. Di antaranya, beliau menyebut, "dari segi falsafah, penyampaian bantuan semasa banjir adalah salah kerana bantuan sepatutnya telah tiba sebelum banjir melanda. Apabila banjir sudah melanda, amat sukar untuk menyampaikan bantuan kerana kebanyakan perhubungan dan laluan sudah terputus."





Dalam keadaan cuaca buruk, bukan mudah juga bagi helikopter penyelamat untuk terbang. Cubaan untuk terbang dalam cuaca buruk boleh membahayakan pasukan penyelamat seperti kejadian helikopter mendarat cemas baru-baru ini. Bukan mudah juga untuk mencari sesuatu kawasan dari udara jika ia tidak ditandakan. Selain sukar mendarat dalam cuaca buruk, helikopter juga tidak boleh turun di kawasan yang sempit.

Menurut beliau, perancangan perlu dibuat lebih awal meliputi persiapan sebelum, semasa dan selepas banjir. Di Kemaman misalnya, struktur organisasi persiapan banjir yang diketuai Pejabat Daerah Kemaman, kemudahan di pusat penempatan sementara dan tapak pendaratan helikopter telah dibuat setahun lebih awal. Malah simulasi menghadapi banjir telah diadakah pada 8 Disember, seminggu sebelum banjir bermula.

Berdasarkan ramalan cuaca, keperluan harian mangsa banjir berbentuk makanan, selimut, tilam, bantal, lampin pakai buang, air bersih, susu dan `sleeping bag' telah disediakan untuk sejumlah 42,000 orang mangsa. Keperluan yang diunjurkan ini sudah tertentu lebih dari mencukupi bagi mangsa yang terlibat tahun ini, iaitu sekitar 32,000 orang.

Dari segi strategi, Shabery menyebut bahawa pengurusan banjir bukan mengenai bantuan makanan semata-mata, tetapi juga meliputi infrastruktur komunikasi, komunikasi dan pengurusan persepsi.

Komunikasi semasa banjir penting kerana ia menentukan hidup mati mangsa banjir. Justeru pemancar komunikasi di seluruh negara termasuk di Kuantan, Pekan dan Kuala Krai telah dinaikkan agar tidak ditenggelami air,. Malangnya air naik lebih tinggi dari yang dijangka di Kuala Krai, mengakibatkan komunikasi terputus di kawasan tersebut.

Komunikasi dengan penduduk di kawasan banjir juga penting kerana ia membantu pemindahan dan penyampaian bantuan dilakukan dengan berkesan dan sistematik. Di Kemaman misalnya, dijangka ketika air pasang tinggi, air akan naik setinggi tiga meter. Jika hujan turun ketika ini, banyak tempat akan ditenggelami. Semua penduduk di kawasan berisiko di Kemaman telah diberikan kad dan diminta berpindah ke kawasan yang telah ditetapkan jika hujan turun semasa air pasang tinggi.


Memandangkan komunikasi amat penting, perancangan perlu dibuat agar ia tidak terputus semasa banjir. Selain merangka pelan alternatif untuk tidak hanya bergantung kepada syarikat telekomunikasi untuk memastikan komunikasi tidak terputus, `power bank' juga telah dimasukkan ke dalam prosedur operasi banjir. Perkhidmatan talian kecemasan 999 juga dicadangkan agar diperluaskan untuk bencana seperti banjir.

Sebagai langkah memastikan kesiapsiagaan nasional, Shabery mencadangkan agar kempen kesiapsiagaan menghadapi banjir diadakan di dalam bulan September atau Oktober tahun ini.


Banyak perkara menarik yang dikongsikan oleh Shabery sepanjang rancangan bual bicara selama satu jam ini. Jika penduduk, masyarakat, agensi kerajaan, wakil rakyat dan pemimpin negeri di kawasan berisiko banjir dapat mengaplikasikan pendekatan yang sama, kita yakin pengurusan banjir pada tahun ini akan berjalan dengan lebih lancar.

Cucu Tok Selampit

Posted: 08 Jan 2015 01:25 PM PST

Cucu Tok Selampit


Kerajaan Sibuk Bantu Rakyat Kelantan, PAS Kelantan Sibuk Kutip Dana PRN Sarawak!!!

Posted: 07 Jan 2015 06:14 PM PST


Memang tak boleh pakai perangai pemimpin-pemimpin PAS. Dalam Kerajaan, agensi-agensi, kementerian-kementerian yang berkaitan serta NGO sibuk membantu Rakyat Kelantan dalam pasca banjor di Kelantan, Pemuda PAS Malaysia masih sempat mengadakan Majlis Makan Malam Kutipan Dana untuk Pilihanraya Negeri Sarawak. Untung PAS jadi Kerajaan di Kelantan. Mereka merosakkan negeri dengan memberikan projek pembalakan di Kelantan sehingganya berlakunya banjir besar. 

Selepas Rakyat menjadi mangsa, mereka lepas tangan. Yang jadi tukang perbaiki Kerajaan pusat, NGO dan pihak swasta. Ada satu negeri tak dapat nak jaga, ada hati bercita-cita untuk merampas lagi satu negeri nun jauh di Borneo. Mungkin mereka nampak banyak lagi hutan tropika dan kayu balak di Sarawak yang boleh dijual kalau mereka memerintah kot? Persoalan utama, yang mana lebih penting sekarang ini, dana pilihanraya atau dana untuk membantu mangsa banjir terutama di bumi Kelantan itu sendiri. Bala sudah menimpa, namun PAS masih tidak sedar.

Duke of UMNO

Posted: 08 Jan 2015 01:09 PM PST

Duke of UMNO


WOW! MAHFUZ SUDI KERJASAMA DENGAN "PENDERA, PENZALIM, PEMBULI"? BERBELIT LAAAAA!

Posted: 08 Jan 2015 05:42 AM PST

Mahfuz Omar menggantikan Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah
KUALA LUMPUR – PAS Pusat menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir Peringkat Negeri Kelantan hasil persetujuan bersama diantara kerajaan Kelantan dan Kerajaan Persekutuan.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, hubungan erat dan kerjasama baik itu satu episod baharu dalam sejarah pentadbiran PAS di Kelantan sejak tahun 1990.
"Hubungan baik ini sewajarnya sudah sekian lama dibina kerana semangat federalisme itu ada termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.
 


 "Perbezaan idelogi politik parti pemerintah di peringkat pusat dan negeri tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menafikan hak rakyat yang sepatutnya dibela oleh semua pihak," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terus baca kat sini... apa raaa... buat malu PAS Kedah saja... 

INI NAMANYA BUDAK KURANG AJAQ....

Posted: 07 Jan 2015 09:08 PM PST


Heran saya dengan umat akhir zaman ni... orang yang susah payah terbongkok-bongkok suami isteri tolong mangsa-mangsa banjir pun depa sanggup kutuk itu dan ini... ni apa nak jadi ni dengan orang kita ni?

Dah takdak kerja sangat ka? Kawan tu dok teruk-teruk bersihkan rumah mangsa banjir, depa dok sedap-sedap terhenam atas kerusi empuk sambil pegang gajet kutuk orang?

Berdakwah? Rasulullah SAW pun berdakwah jugak... tapi takdak la sampai sakitkan hati orang. Rasulullah SAW berdakwah dengan akhlak mahmudah... depa tu berdakwah guna akhlak mazmumah? Sapa ajaq?


Pada saya, tu tandanya kurang ajaq. Kalau kurang ajaq, maksudnya kurang mendapat pendidikan dan pemahaman sempurna. Jadi depa yang kurang ajaq ni memang selalunya buat perkara tak patut disebabkan diri mereka yang kurang mendapat ajaran, tapi ada hati nak mengajaq! Heh!

Ni cuba baca kat sini... patut ka lagu tu?

Orang tu sebok buat pahala...depa sebok buat dosa? Heh! Macam-macam aihhhh...

Comments:

There are 0 ulasan for Barisan Nasional

Catat Ulasan