Sabtu, 6 Disember 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 05 Dec 2014 09:16 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Tempoh sebulan cari wang tampung kos bedah

Posted: 04 Dec 2014 10:44 PM PST




Tempoh sebulan cari wang tampung kos bedah
4 Disember 2014

SEREMBAN - Seorang pelajar sebuah sekolah di Senawang, di sini tidak menyangka keadaan jantungnya yang sering berdegup kencang sejak setahun lalu, merupakan petanda dia menghidap jantung berlubang.

Nur Suzana Zainal Abidin, 15, berkata, penyakitnya itu dikesan 3 November lalu selepas melakukan pemeriksaan kesihatan di Hospital Tuanku Ja'afar, di sini.

"Ketika itu saya sakit perut dan perlu membuat pembedahan kerana apendiks. Ketika pemeriksaan, doktor mengesan saya menghidap sakit jantung dan meminta saya merujuk kepada Institut Jantung Negara (IJN)," katanya.

Pelajar tingkatan tiga itu berkata, dia seperti putus harapan apabila mengetahui penyakit dihadapinya.

"Saya tak sangka jantung berdegup laju sebelum ini rupa-rupanya saya sakit jantung. Saya ingat selama ini saya ada asma saja. Rasa seperti tiada harapan bila dapat tahu.

"Tetapi bila doktor cakap penyakit saya ini boleh dirawat, saya kembali bersemangat dan sentiasa berdoa supaya saya sembuh," kata anak sulung daripada empat beradik itu.

Sementara itu, bapanya, Zainal Abidin Sidek, 51, berkata, dia dan isteri, Sabariah Ismail, 46, runsing memikirkan kos pembedahan anaknya yang mencecah RM25,000.

Lebih membimbangkan, katanya, dia mempunyai tempoh sebulan untuk mencari wang sebanyak itu memandangkan anaknya itu dijadualkan akan dibedah pada 7 Januari depan.

"Mana saya nak cari duit sebanyak itu. Saya tidak boleh bekerja dan bergantung gaji isteri sebagai operator kilang sebanyak RM1,000 sebulan.

"Gaji isteri pun cukup-cukup untuk tampung perbelanjaan kami sekeluarga, malah kami terpaksa berjimat cermat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Rumah Pangsa Senawang Jaya, di sini.

Zainal Abidin yang menghidap penyakit sawan itu bagaimanapun berkata, dia menerima bantuan bulanan Baitulmal sebanyak RM200.

"Saya tak mampu menanggung kos pembedahan ini. Kalau RM5,000 pun, saya masih tak mampu. Saya buntu fikirkan mana saya mahu cari duit sebanyak itu. Saya mahu anak saya sihat tetapi kos pembedahan buatkan saya tak tidur lena," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu, boleh menyalurkan sumbangan kepada akaun 0511-2410-0004-2717 (Bank Simpanan Nasional) atas nama Zainal Abidin Sidek.

PAS Kawasan Miri

Posted: 05 Dec 2014 07:30 PM PST

PAS Kawasan Miri


Kebanjiran Pekerja Asing Perlu Dikawal

Posted: 05 Dec 2014 05:49 PM PST

Kebanjiran pekerja asing boleh mengancam penduduk tempatan dan keselamatan negara
Baru-baru ini Malaysia dan Bangladesh telah bersedia untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala ke tahap lebih tinggi dengan perjanjian yang ditandatangani dalam empat bidang kerjasama.
Antara bidang kerjasama berkenaan ialah mengenai pengecualian visa untuk pegawai dan pemegang pasport diplomatik, dua memorandum persefahaman (MOU) dalam bidang kebudayaan dan pelancongan, serta protokol untuk memudahkan pengambilan pekerja Bangladesh di Sarawak.
Dalam sidang itu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib berkata protokol untuk memudahkan pengambilan pekerja Bangladesh itu akan melihat penambahan 12,000 pekerja negara berkenaan tiba di Sarawak pada awal tahun hadapan untuk menampung keperluan 62,000 pekerja yang diperlukan bagi sektor peladangan.
Kata beliau "Sekiranya mereka dapat menyesuaikan diri, maka boleh pertimbangkan penambahan pekerja-pekerja Bangladesh pada masa akan datang".  Menurut Perdana Menteri pada masa ini, terdapat kira-kira 299,000 pekerja Bangladesh secara sah, khususnya dalam sektor pembinaan dan pembuatan di Malaysia.
Mengapa perlu mengambil terlalu ramai pekerja asing masuk ke Sarawak pada tahun hadapan? Sekiranya terlalu ramai pekerja asing datang dan bekerja dalam sektor perladangan dan pembinaan maka penduduk tempatan akan sukar untuk mendapatkan kerja dalam bidang tersebut.
Walaupun tujuan kerajaan untuk mengambil pekerja asing sebagai memenuhi keperluan pekerjaan dalam sektor peladangan , sektor pembinaan dan pembuatan tapi penduduk tempatan juga perlu diberi peluang yang sama dengan memberi sedikit kelebihan agar penduduk tempatan berminat untuk bekerja dalam sektor tersebut.
Kalau terlalu ramai pekerja asing bekerja dalam sektor tersebut, ini secara tidak langsung boleh mengancam pendapatan penduduk tempatan sebab apabila ramai pekerja asing menguasai dalam sektor tersebut lama-kelamaan penduduk tempatan akan terpinggir dan juga sukar mendapatkan pekerjaan.
Bukan saja dalam sektor peladangan dan pembinaan bahkan terdapat juga pekerja asing yang datang ke negara ini mengambil kesempatan menjual barangan mereka secara terbuka sehingga menjejaskan peniagaan penduduk tempatan.
Kami juga menerima aduan dari penduduk tempatan yang tidak mahu namanya disebut mengatakan ada pekerja asing Muslim yang bekerja dengan non Muslim di restoran yang tidak memiliki sijil Halal.
Menurut pengadu lagi, ada juga diantara mereka ini terpaksa bekerja di restoran dan kedai makanan yang tidak memiliki sijil Halal dengan pakaian bertudung seolah-olah restoran tersebut  memiliki sijil Halal.
Perkara ini boleh mengelirukan umat Muslim yang hendak makan di restoran atau kedai makan tersebut sebab mereka mungkin menyangka yang restoran tersebut menyediakan makanan Islam. Kebanyakan umat Muslim yang makan di restoran tersebut datang dari luar disebabkan mereka menyangka pelayan Muslim yang bekerja di situ sudah pasti makanan yang dihidang adalah Halal.
Kita harap perkara ini mendapat perhatian dari pihak berkuasa agar pekerja Muslim dari negara jiran tidak dipaksa bekerja di tempat kerja yang bercanggah dengan amalan agama masing-masing. Pihak berkuasa jangan memandang remeh masalah ini kerana ianya melibatkan akidah pekerja asing Muslim yang terpaksa mencari makan di negara ini.
Masalah sosial dan juga masalah penempatan pekerja asing akan menyebabkan sewa dan harga rumah akan meningkat naik tanpa kawalan sebab untuk menampung keperluan kebanjiran pekerja asing yang terlalu ramai datang ke negara ini.
Mungkin dari segi ekonomi yang ianya baik untuk merancakkan pembangunan negara tetapi apabila ianya tidak dikawal maka ianya boleh mengancam keselamatan negara.
Kita tidak mahu pekerja asing ini disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan pihak yang tidak bertanggungjawab seperti apa yang berlaku di Sabah dimana mereka ini digunakan untuk tujuan tertentu yang boleh mengancam keselamatan negara.
Kita mengesa pihak berkuasa sentiasa memantau pekerja asing yang datang ke negara ini agar ianya tidak menyalahgunakan permit mereka untuk bekerja di tempat yang bukan sepatutnya atau berniaga tanpa kebenaran dari pihak berkuasa tempatan.
Kerjasama dengan pihak berkuasa mengatasi masalah kebanjiran pekerja asing tanpa kawalan yang boleh mengancam penduduk tempatan dan keselamatan negara ini amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Influx of foreign workers could threaten local residents and national security

Recently, Malaysia and Bangladesh was willing to further enhance bilateral relations to a higher level with the agreements signed in the four areas of cooperation.
Among the areas of collaboration is on visa exemption for official and diplomatic passport holders, two memorandums of understanding (MOU) in the field of culture and tourism, as well as a protocol to facilitate the intake of Bangladeshi workers in Sarawak.
In the conference, Prime Minister Datuk Seri Najib said protocol to facilitate the labor recruitment of Bangladesh will see an additional 12,000 state workers arrived in Sarawak early next year to accommodate the needs of 62,000 workers will be needed for the plantations sector.
He said, "If they can adapt, it may consider adding employees of Bangladesh in the future". According to the Prime Minister at the moment, there are about 299,000 Bangladeshi workers legally, especially in the construction and manufacturing sectors in Malaysia.
Why take too many foreign workers entering Sarawak in the next year?  If too many foreign workers come and work in agriculture sector and construction then the local residents will be difficult to get a job in that field.
Although the purpose of the government to employ foreign workers as meeting the requirements of the job in the plantations sector, construction and manufacturing sectors but local residents must also be given equal opportunities by give a slight advantage so that local residents are interested to work in the sector.
If too many foreign workers employed in that sector, this may indirectly threaten the income of local residents because when many foreign workers dominate in that sector in the long run local residents will be marginalized and even harder to get a job.
Not only in the plantations sector and construction nay there are also foreign workers who come to this country to take the opportunity to sell their products openly thus affecting local resident's businesses.
We also receive complaints from local residents who wished to remain anonymous said there are Muslim foreign workers who work with non-Muslims in a restaurant that does not have Halal certificate.
According to the complainant, there are also among those are forced to work in restaurants and food outlets that do not have Halal certificate with a hooded dress as if they are Halal-certified restaurant.
This can confuse Muslims who want to eat in that restaurant or eatery because they may think that these restaurants provide Muslim food. Most of Muslims who ate at that restaurant come from the outside because they thought Muslim waitress who works there certainly is Halal food served.
We hope this matter gets the attention of authorities so that the Muslim workers from neighboring countries are not forced to work in a workplace that conflict with their religious practices. The authorities do not look trivial this problem because it involves the Muslim faith of foreign workers who had foraging in the country.
Social problems and also the problem of placement foreign workers will cause rents and house prices will rise up without control reason to meet the needs of the influx of foreign workers that is too many came to this country.
Perhaps it is economically better to boost development of the country but when it is not controlled then it could threaten national security.
We do not want foreign workers are abused by certain parties to the interests of the unscrupulous parties like what happened in Sabah where they are used for specific purposes that could threaten national security.
We urge the authorities to constantly monitor the foreign workers who come to this country so that they do not abuse their permit to work in a place that is not supposed to or do business without permission from the local authorities.
Cooperation with authorities to resolve the problem influx of foreign workers without control which can threaten the local population and national security is very much appreciated.

KHIDMAT MERU

Posted: 05 Dec 2014 09:05 AM PST

KHIDMAT MERU


Sebelum solat Jumaat.

Posted: 05 Dec 2014 12:09 AM PST










Alhamdulillah sebelum solat Jumaat Yb Dr Rani sempat mengunjungi beberapa orang pesakit warga emas dikediaman mereka dan melawat jalan2 di beberapa taman yg telah diturap oleh pihak mpk berikutan aduan2 yg dimuatkan dlm watsaap.

Landskap Siasah

Posted: 05 Dec 2014 07:43 AM PST

Landskap Siasah


ANALISA ISU KEDAH 6: Sikap BN sejati sebelum dan selepas menang semula

Posted: 04 Dec 2014 08:47 AM PST


ANALISA ISU KEDAH 6: Sikap BN sejati sebelum dan selepas menang semula
Lajnah Penerangan DPPN Kedah 2014

  1. 4 Buah BAS berkumpul dan berdemo di hadapan Wisma Darul Aman kerana ingin bantah pembinaan perkuburan Cina yang dikatakan diatas tanah simpanan Melayu 190 ekar di Sungai Kob. Setiap kereta diketuk tingkap untuk pastikan MB Ustaz Azizan tidak terlepas - selepas BN menang? Diam.
  2. UMNO dan PERKASA bantah besar-besaran terhadap projek Aman Central kononnya merobohkan surau 100 tahun sedangkan surau itu baru 4 tahun dibina! Dato' MUkhriz antara yang lantang.- kini BN diam.
  3. Dato' Mukhriz antara peserta lantang demostrasi menghentam KUIN kerana kononnya lewat bayar gaji- selepas BN menang, 5 bulan gaji pekerja KUIN Holding tidak dibayar.


ANALISA ISU KEDAH 5: Beza Gaya Dato’ Seri Mukhriz dan Ustaz Azizan

Posted: 04 Dec 2014 08:29 AM PST


ANALISA ISU KEDAH 5: Beza Gaya Dato' Seri Mukhriz dan Ustaz Azizan
Lajnah Penerangan DPPN Kedah 2014

  1. 2 minggu dilantik MB - Dato' Mukhriz bersama keluarga melancong ke London- tiket penerbangan ditanggung Pejabat Menteri Besar Kedah. Ustaz Azizan hanya ke luar negara selepas 3 tahun memerintah itu pun kerana urusan kerja.
  2. Tangguh tarikh angkat sumpah walaupun surat telah dikeluarkan atas alasan bercuti di luar negara.
  3. Sewa bot mewah ke Langkawi 2 Jun 2013 untuk hadir program LADA- Ustaz Azizan dan Raja Permaisuri pun hanya menaiki bot biasa.
  4. Arah semua perabot dan pinggan mangkuk di Seri Mentaloon diganti baru.
  5. Semua pegawai khas ada pemandu peribadi.
  6. Bila berkuasa terus nyatakan hasrat mahu kaji dan tutup KUIN atas alasan tiada keuntungan.
  7. Tangguh Pusat Tahfiz Sains Pulau Tuba -walaupun kemudian barulah setuju diteruskan.
  8. Beli kain RM 15000 pada 12 Jun 2013
  9. Larang pembangkang guna stadium sedangkan zaman Ustaz Azizan UMNO boleh dibenarkan menggunakan stadium.
  10.  Mukhriz membelanja sejumlah RM200,000.00 wang kerajaan negeri untuk kediaman bapanya di Titi Gajah bagi kegunaan dirinya.
  11. Kuliah agama pertama di Dewan Seri Mentaloon, sebaik Mukhriz angkat sumpah hanya di hadiri 30 orang sahaja dan Kem Anak Soleh (KAS) yang memberi latihan untuk anak-anak bersolat dan memahami agama yang mana yurannya hanya RM20.00 sahaja tidak diteruskan oleh kerajaan BN. Termasuklah pemberian skim Kafalah untuk golongan miskin yang berlaku kematian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan