Barisan Nasional

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Sabtu, 6 Disember 2014 at 1:03 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 06 Dec 2014 03:35 AM PST

bumiyang


Penang Untuk Warga Penang!!! Siapa KM Penang Selepas PRU 14???

Posted: 05 Dec 2014 06:59 AM PST

Taipingmali (tm)

Posted: 06 Dec 2014 01:50 AM PST

Taipingmali (tm)


Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak Akan Berlangsung Pada 8 Disember...

Posted: 06 Dec 2014 01:35 AM PST

Anwar Ibrahim ft Rafizi: Your Love is Lifting Me Higher

Posted: 06 Dec 2014 01:32 AM PST

ADUN DAP YB Chen Fock Chye hanya bijak main judi

Posted: 06 Dec 2014 01:23 AM PST

Majlis Peguam Guna Cara Kuno Untuk Pilih Ahli Jawatankuasa

Posted: 05 Dec 2014 07:41 AM PST



Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang, Jefree Zain Affendi berkata, sistem yang digunakan untuk pemilihan ahli jawatankuasa majlis peguam baru-baru ini adalah cara kuno yang membuka ruang yang luas untuk penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Menurut beliau, sistem pemilihan majlis peguam amat diragui dan tidak menepati ciri-ciri ketelusan dan membuka ruang yang luas kepada sebarang kemungkinan penyelewengan untuk berlaku.

"Kertas undi dihantar melalui pos kepada semua ahli-ahli Majlis peguam. Cara begini adalah cara kuno dan membuka ruang yang luas kepada penyalahgunaan dan penyelewengan kuasa dengan sistem dan proses pemilihan sebegini.

"Malah ramai juga ahli majlis peguam yang langsung tidak ambil peduli dengan kertas balot yang dihantar kepada mereka," tegas beliau kepada UMNO-Online ketika diminta mengulas berhubung pemilihan majlis peguam baru-baru ini.

Tambah beliau lagi yang juga seorang peguam, dalam proses pengiraan undi pula, calon-calon hanya ditempatkan dalam satu bilik di mana mereka hanya boleh menyaksikan pengiraan undi hanya melalui kamera litar.

"Mengapa calon-calon yang bertanding tidak boleh menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri pengiraan undi tersebut. Mengapa perlu melalui kamera litar? Sekiranya calon duduk melihat pengiraan undi tersebut saya rasa tidak akan mendatangkan sebarang masalah, sepertimana yang dilakukan oleh SPR.

"Sudah tentu cara ini akan menimbulkan syak wasangka kerana calon-calon tidak dapat menyasikan dengan mata kepala mereka sendiri apa yang berlaku di dalam bilik pengiraan undi itu," jelas beliau.

Selain itu, Jefree turut mempertikaikan syarat yang ditetapkan oleh Majlis Peguam di mana sesiapa yang ingin menyaksikan proses pengiraan undi itu perlu menandatangani satu akujanji untuk tidak merekodkan apa-apa perkara berhubung pengiraan undi tersebut.

"Perkara ini tidak termaktub dalam Legal Profesion Act 1976, namun mengapa ia dijadikan satu syarat oleh majlis peguam?

"Apakah yang terlalu sangat dibimbangkan oleh majlis peguam sehinggakan calon tidak dibenarkan untuk melihat sendiri pengiraan undi, dan sekiranya mahu maka satu akujanji perlu ditandatangani?," soalnya.

Sehubungan itu kata beliau lagi, majlis peguam patut merasa malu apabila mereka selama ini begitu lantang mengkritik dan mempertikai sistem pemilihan SPR di mana jelas hari ini bahawa sistem SPR itu adalah lebih telus dan lebih adil berbanding sistem pemilihan yang dilakukan oleh majlis peguam itu sendiri.

"Bagi saya, sistem dan proses pemilihan majlis peguam itu membuka ruang syak wasangka dan mereka sendiri sebenarnya tidak telus dalam hal ini. Selepas ini saya rasa majlis peguam tidak perlulah sibuk-sibuk mendesak dan mengkritik SPR kerana mereka sendiri sebenarnya tidak layak untuk mengkritik SPR," ujarnya.-MediaUMNO

Aspirasi Bangsa

Posted: 06 Dec 2014 01:41 AM PST

Aspirasi Bangsa


#RCIsabah Anwar jangan hanya pandai menuduh, kemukakan bukti!!

Posted: 05 Dec 2014 07:08 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 05 Dec 2014 11:41 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PAS TIDAK MAHU BERSEKONGKOL DENGAN PARTI KAKI JUDI

Posted: 05 Dec 2014 04:36 AM PST

Sepatutnya, seorang ADUN yang mewakili kawasannya menjadi contoh kerana dia memikul tanggungjawab dan integriti sebagai ahli politik.
Maka kisah seorang ADUN DAP yang 'kantoi' sedang berjudi di Genting Highland ini memang memalukan.
Melalui sekeping foto yang kini tersebar di internet, susuk tubuh seorang lelaki mirip Chen Fook Chye, ADUN Keranji, Perak kelihatan telah ditangkap secara curi-curi di sebuah kasino di situ.
Fook Chye kemudiannya mengakui kesahihan gambar tersebut apabila dihubungi akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, malah mengakui itu merupakan dirinya sedang berjudi di kasino di Genting!
Walau bagaimanapun, dia mempertahankan tindakan tersebut kerana menganggap bahawa ia dilakukan secara suka-suka untuk bersantai dan tidak meletakkan pertaruhan besar.

Katanya, dia memilih untuk 'bersantai' di situ setelah penat dengan tugas seharian. Jadi, dia pun mengambil bas ke Genting Highlands dengan tambang RM8 seorang.
Tambahnya lagi, gambar tersebut dirakamkan ketika dia di sana 30 November lalu yang mana ketika itu, dia hanya menukarkan RM300 sebagai wang pertaruhan selain mendapat kupon makan percuma.
Parah kalau macam ini.. tapi kalau difikir-fikirkan balik, pengundi yang memilih seseorang individu untuk menjadi wakil rakyat mereka, kan?
Maka, terimalah hakikat wakil rakyat yang dipilih mereka memilih untuk menghilangkan penatnya di kasino lepas penat bertugas.

KELANTAN SEGERAKANLAH HUKUM HUDUD

Posted: 30 Nov 2014 10:00 PM PST

Kerajaan Persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membentangkan ke Parlimen rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud bagi dilaksanakan di negeri itu.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan, bukannya bidang kuasa Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hukum berkenaan.
"Kita (Kerajaan Pusat) tidak ada masalah mengenainya (rang undang-undang tersebut), dan ianya adalah hak kerajaan negeri," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran GLCs Peringkat Kebangsaan kali Pertama 1436/2014M di Balai Islam di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Jamil Khir mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru ini berkaitan hukum hudud di negeri itu.
Mohd Amar berkata Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hudud akan bermesyuarat Disember ini untuk merumus dan mencadangkan kepada kerajaan negeri serta pusat bagi memastikan ia dapat direalisasikan tahun depan.
Beliau berkata mesyuarat kali ketiga itu juga akan turut memutuskan keperluan untuk meminda Akta 355 atau Perkara 76 (A) yang memerlukan satu rang undang-undang persendirian untuk dibawa ke Parlimen 

SIAPA BLOGGER BANGANG?

Posted: 30 Nov 2014 08:10 PM PST

Para Blogger tersentak apabila Presiden UMNO menyebut istilah bangang kepada beberapa blogger. Kepada siapakah DS Najib tujukan teguran itu?

Beberapa rakan blogger memang agak vokal apabila mengkritik dasar-dasar Kerajaan khususnya menujukan kritikan itu kepada DS Najib. Mereka mengkritik apa sahaja polisi-polisi kerajaan seperti 1MDB, BR1M, FGVH, GST dan sebagainya. 

Pada pandangan saya, isunya ialah sebagai Ketua Kerajaan dan Presiden UMNO yang menjadi tulang belakang BN, mengapa menyerang DS Najib sepanjang masa? 

Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mungkin akan menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri semula. Adakah kita tidak sedar bahawa DS Najib telah memberi ruang, membuka peluang malah memberi tempat yang paling banyak dan terbuka kepada Tun Dr. Mahathir untuk bercakap apa sahaja, memberi pandangan apa sahaja malah kritikan Tun Dr. Mahathir bukan alang-alang pedasnya kepada Kerajaan.

Masalah utama kita ialah, blogger melihat kritikan Tun Dr. Mahathir sebagai bangkangan kepada DS Najib. Sebenarnya, seperti yang selalu saya katakan bahawa DS Najib amat-amat menghormati kepada Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ada yang gagal mentafsir teguran Tun Dr. Mahathir itu dengan bijaksana.

Memang akan berlaku perbezaan pandangan dalam pentadbiran, namun ianya bukan kesilapan yang disengajakan. Sebagai contoh, DS Najib memberi peluang kepada Hindraf mempunyai wakil menteri di dalam kerajaan. Niat DS Najib ialah memenuhi permintaan kumpulan tersebut, dan ianya dipenuhi. Malangnya wakil Hindraf sendiri gagal menggunakan peluang yang sudah diberikan. Dan kegagalannya itu bukan kegagalan DS Najib. Kegagalan itu adalah Hindraf.

Contoh lain, apabila kita mengkritik Saifuddin Abdullah kerana dia sehati sejiwa dengan pihak pembangkang memansuhkan Akta Hasutan, adakah kita dalam kategori bangang? Sama ada dia menyokong pemikiran pembangkang atau sama ada dia rapat dengan DS Najib itu hal lain, tiada kaitan dengan keselamatan negara. Isunya apabila ianya menjadi isu Kenegaraan, Saifuddin Abdullah adalah salah kerana dia gagal membezakan kepentingan peribadi dengan kepentingan dan keselamatan Negara.

Sebaliknya, satu contoh lain, apabila anda berkata DS Najib mesti diturunkan kerana nilai Ringgit Malaysia menjunam berbanding USD atau SD, itu saya fikir yang dimaksudkan oleh DS Najib? Kerana sudah pasti esok nilai Ringgit Malaysia akan naik semula. 

Maka itu, bangang atau tidak bangang, saya fikir balik semula kepada konteks penulisan kita. Kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan oleh kita para blogger, supaya maklumat yang kita persembahkan benar dan tepat. 

Cadangan
Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya mana-mana keputusan penting seperti kenaikan dan penurunan harga minyak, malah hal-hal kecil seperti kerosakan rumput di Stadium Nasional, perlu dikongsi dengan para blogger. Kerajaan sendiri sudah mengiktiraf para blogger dengan memberikan mereka Pas Media (Blogger/Portal Online).

Sebagai contoh, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil blogger untuk menerangkan polisi-polisi, kejayaan dan kekangan SPRM. Begitu juga Tun Taib Mahmud semasa menjawat Ketua Menteri, memanggil blogger khas untuk menerangkan isu-isu BN Sarawak sebelum PRU-13 dahulu. Pertemuan-pertemuan seperti ini boleh membantu sesebuah organisasi dengan lebih cepat dan berkesan. 

Dalam kajian saya terdapat blog yang jumlah pembacanya melebihi 100,000 orang pembaca sehari, dan ada blog yang mencecah 1 juta sebulan. Sekiranya kita kira dalam bentuk Ringgit, maknanya 100,000 X RM1.50 (harga Utusan Malaysia/Berita Harian) = RM150,000.00 sehari X 30 hari = RM4.5 juta. Malangnya mereka bukan blogger yang dibayar. Memberi saguhati atau hadiah dalam bentuk wang bukanlah gaji atau rasuah, melainkan ianya suatu bentuk penghargaan dan terima kasih. Saya juga mengetahui terdapat blogger yang meraih purata USD3,000 hingga USD5,000 sebulan hasil blognya. 

Saya percaya parti-parti politik pembangkang mempunyai pasukan blogger yang lebih besar berbanding UMNO. Walaupun Red Bean Army nampak semakin perlahan, tetapi pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri mempunyai pasukan media yang sangat berkesan. 

Saya berpandangan kita para blogger tidak perlu kecewa dengan ucapan DS Najib. Kita perlu terus menulis. Pandangan anda dihargai.

Sumber

LUAHAN KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT

Posted: 30 Nov 2014 05:18 PM PST

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff meminta kepimpinan muda menjaga PAS dengan baik agar parti itu terus mantap pada masa hadapan.

Beliau turut berharap agar kepimpinan muda yang akan menerajui PAS dalam tempoh 63 tahun akan datang menghayati pengorbanan kepimpinan terdahulu yang membawa parti ke tahap sekarang.

"Kepada pimpinan muda serta anak muda yang ada sekarang di dalam PAS, saya menyeru agar mereka menjaga parti ini dengan baik.

"Pengorbanan pimpinan terdahulu sangat besar untuk mereka bawa PAS sehingga tahap sekarang, ini yang sepatutnya pimpinan muda hargai," katanya ketika ditemui pada Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 di sini, hari ini.

‎Ahli Parlimen Rantau Panjang itu turut berpesan agar anak muda beristiqamah meneruskan perjuangan dan menghadapi cabaran dengan penuh kesabaran.

"‎Remaja yang lahir hari ini, untuk 63 tahun akan datang akan jadi pemimpin dan kami semua telah tiada pada waktu itu.

"Jagalah perjuangan ini sebab perjuangan yang dibina sebelum ini penuh dengan cabaran, bukan setakat keringat tetapi turut disulami air mata dan ada yang terkorban dalam menegakkan perjuangan Islam," sambung beliau.

Beliau juga berharap agar pemimpin akan datang mengambil pengalaman mereka sebelum ini sebagai panduan untuk memelihara PAS pada masa hadapan.

PUAK PR MEROYAN MARAHKAN UMNO-BN BILA HARGA MINYAK GLOBAL JATUH!!!

Posted: 30 Nov 2014 02:00 PM PST


Dah beberapa jam berlalu harga petrol RON 95 dan RON 97 turun masing masing RM0.04 sen dan RM0.09 sen. Manakala harga Diesel naik sikit RM0.03 sen seliter.

Puak-puak pemakan petrol nampaknya mendapat malu apabila sebelum ni mengatakan harga minyak RON 95 dan RON 97 akan naik.

Kononnya juga kerajaan hanya nak tipu rakyat kerana tiada sebarang perubahan harga semuanya kerana nak ambil hati rakyat semasa perhimpunan Agong UMNO lah, nak alih pandangan rakyat berkaitan Akta Hasutan lah, nak itu nak ini pot pet pot pet...

Malam tadi juga stesen-stesen minyak agak lengang sikit tak macam semasa nak naik harga sampai sesak dan habis stok dibuatnya. 

Tapi ada juga kutu brahak yang kufur tak pernah nak syukur dan berterima kasih. Masih nak salahkan kerajaan. 

Agaknya berasa apalagi modal yang boleh digunakan untuk hentam kerajaan bila harga minyak RON 95 dan RON 97 turun.

Mungkin mereka akan kata Diesel naik akan menyebabkan harga barang naik mendadak sebab kerajaan tak cukup duit... kerajaan zalim, GST, rakyat tak cukup duit sekolah anak, duit makan tak cukup nanti terpaksa mintak sedekah bla...bla...bla....semua salah Rosmah!...nauzubillah! 

Puak pemakan petrol dan diesel ini akan terus meroyan di alam siber atau ceramah di tepi longkang dan padang-padang mengutuk-ngutuk kerajaan selagi boleh.


Pagi ni pula banyak pulak kenderaan isi minyak sampai sesak jalan. Maklumlah semalam tak nak isi tunggu harga jatuh. Boleh jimat...ramai juga yang lega bersyukur dan berterima kasih pada kerajaan BN.

Hakikatnya kerajaan telah menunaikan janjinya untuk menurunkan harga minyak apabila harga minyak mentah dunia turun. Lepas ini naik turun harga minyak akan ditentukan oleh mekanisme apungan berdasarkan harga pasaran dunia sepertimana RON 97, tanpa suntikan subsidi.

Walaupun tanpa subsidi kerajaan masih mempunyai mekanisme untuk mengawal harga minyak dan diesel agar tidak melepasi tahap kritikal hingga menyukarkan hidup rakyat. 

Wang hasil penjimatan subsidi inilah yang disalurkan untuk pelbagai program membantu rakyat di bandar dan luar bandar tanpa memilih kaum. 


Itulah keadilan dan keprihatinan kerajaan, bukan sekadar tabur janji, melalak, mengutuk, demo sana sini heret rakyat bela isu peribadi...tapi jasa all nothing

Sekarang ni trend harga minyak mentah jatuh di bawah paras US$70.00 (RM231.00)....ulang sekali lagi harga minyak mentah bukan minyak diproses siap. 

Kalau puak pemakan minyak dan diesel nak harga murah lagi mereka digalakkan untuk berdayung sampan ke tengah-tengah lautan dan mencarigali sendiri minyak mentah di sana. 

Tak pun cer cuba gali belakang rumah atau ceduk air perigi kot-kot hasil berkat tok guru maka akan jumpa minyak mentah untuk kenderaan sendiri dan boleh dijual. Macam bukti bawah ni...


Sebenarnya harga minyak mentah sekarang jatuh adalah disebabkan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) tidak bertindak mengurangkan pengeluaran minyak mentah mereka.

Malahan beberapa negara OPEC seperti Amerika, Kanada, Rusia meningkatkan pengeluaran minyak mentah mereka sejak Jun tahun ini bagi menampung permintaan domestik menjelang musim sejuk di negara masing-masing.

Beberapa negara pengeluar lain seperti Libya kini kembali mengeksport minyak mentah selepas reda krisis politik dan perang saudara di negara berkenaan tercetus pada tahun 2011 lalu. 

Krisis perang saudara di Syria dan ancaman IS di Iraq juga dilihat kurang mempengaruhi harga minyak dunia.


Terusan Suez yang menjadi laluan kapal tanker antarabangsa juga tenang tanpa ancaman. Konflik Palestine -Israel pun sudah reda. 

Ringkasnya minyak mudah dibawa keluar dan dieksport merata ceruk dunia hingga tidak banyak risiko perjalanan dan urusniaga penjualan telah menyebabkan harga menjadi lebih stabil dan terus menurun.

Bahkan permintaan minyak mentah di Eropah dan Jepun mudah diperolehi tanpa risiko ancaman keselamatan, Eropah makin pulih dari krisis ekonomi. 

Musim sejuk di kutub utara juga mempengaruhi bilangan permintaan apabila kenderaan kurang di jalanan, banyak sektor industri pula menghentikan operasi. 

Paling ketara permintaan minyak mentah untuk kenderaan dan kilang di Jepun, Korea Selatan bahkan di China, Eropah dan US semakin menunjukkan penurunan apabila negara-negara tersebut mula menumpukan usaha membangunkan dan mengeluarkan lebih banyak kenderaan cekap tenaga, hibrid, solar dan elektrik atau sekurang-kurangnya menggunakan gas asli bagi menggantikan petrol. 

Selain jimatkan wang ia dapat mengurangkan pencemaran udara sekaligus dapat meningkatkan teknologi mesra alam. 

Harga minyak turun bermakna runtuhnya keegoan seorang kaki penipu...

Jadi bila harga petrol global turun mesti ada sebabnya...Ia tak de kena mengena sama sekali dengan desakan si Rapussy, Nuar Berahim atau para Ah Beng DAP yang lancang berbicara.

Malah ia juga tak de kaitan langsung dengan mitos karut marut kononnya ia berkat dari jampi serapah Tok Garu serta para pengikutnya yang meratib-ratib hiba dan berguling-guling di tengah-tengah jalanan.   

Paling penting, trend harga minyak ditentukan oleh faktor ekonomi iaitu penawaran dan permintaan.

Kita berharap agar harga minyak mentah turun lagi untuk bulan Januari 2015 nanti, Insya Allah.

Korang boleh rujuk dan baca ni jugak;



UMAIRAH HAMPIR TERPEDAYA

Posted: 30 Nov 2014 04:18 AM PST



DIA hampir tersilap pilih jalan. Rujuklah kepada para ulama dan ustaz-ustaz apakah itu jihad. Apakah pengertian Jihad yang sebenar. Apakah cara Jihad yang betul. Bagaimanakah jihad yang diterima oleh Allah SWT. Semoga Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada umat Islam di Malaysia supaya mereka diberi keselamatan di dunia dan di akhirat. 


The Unspinners

Posted: 05 Dec 2014 11:31 PM PST

The Unspinners


Pensyarah UTAR kata Guan Eng jual tanah tutup lubang

Posted: 05 Dec 2014 09:04 PM PST


Laporan portal berita online The Malaysian Insider bertarikh 14 November 2014 yang bertajuk "As profits rise, Penang spends more on its people" berjaya mencengkam perhatian saya terhadap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang melibatkan beberapa isu kontroversi mengenai pentadbirannya. 

Hakikatnya, kenyataan beliau bukan sahaja gagal menjawab kontroversi-kontroversi ini malah lebih banyak menimbulkan kekeliruan semata-mata.




 
Fakta 1

Kenyataan oleh Lim Guan Eng kepada The Malaysian Insider sebagai berkata "tuduhan bahawa kerajaan telah menjual tanah untuk menjana pendapatan tidak benar" ("accusations that the state had been selling land to generate revenue were not true.")

Jika begitu keadaanya, Ketua Menteri Pulau Pinang ini harus menjelaskan kepada rakyat dari mana datangnya wang untuk dibelanjakan bagi menampung perbelanjaan kerajaan negeri yang meningkat sebanyak empat kali ganda? Adakah hasil daripada cukai taksiran yang dikenakan kepada rakyat?

Malah kenyataan beliau juga bercanggah dengan Laporan Ketua Audit Negara 2012 dengan jelasnya menyatakan bahawa Perbelanjaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meningkat hampir dua kali ganda daripada RM283 juta pada tahun 2008 kepada RM540 juta pada tahun 2012. Hasil tahunan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meningkat daripada RM371 juta pada tahun 2008 kepada RM654 juta pada tahun 2012. Namun hakikatnya, hasil cukai hanya meningkat sedikit sahaja daripada RM110 juta pada tahun 2008 kepada RM116 juta pada tahun 2012.

Ini jelas bahawa pertumbuhan hasil cukai tahunan adalah rendah sedangkan perbelanjaan kerajaan negeri setiap tahun bertambah dua kali ganda. Persoalannya ialah bagaimana kerajaan negeri menguruskan negeri tanpa mengalami defisit dalam bajet? Jawapannya mudah iaitu melalui hasil bukan cukai.

Dalam jadual 4.13, Laporan Ketua Audit Negara 2012 menyatakan bahawa "Premium Tanah – Pemberian Hak Milik" telah meningkat 10 kali ganda iaitu RM19 juta pada tahun 2008 kepada RM206 juta pada tahun 2012. Malah, Jadual 4.14 pula menjelaskan berlakunya peningkatan pendapatan kerajaan negeri antara tahun 2011 dan 2012 melalui Premium Tanah iaitu penjualan tanah di Bayan Mutiara melibatkan RM110 juta yang merupakan sebahagian daripadanya ialah pembayaran jualan tanah bernilai RM1.07 bilion yang dilakukan pada awal tahun 2012.

Maka ini menyimpulkan bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang buat masa kini adalah bergantung secara langsung dengan aktiviti penjualan tanah secara drastik dan menyokong fakta bahawa stok tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya tinggal 6% sahaja berbanding 18% pada tahun 2008.



Fakta 2

Kenyataan Lim Guan Eng juga dalam portal berita yang sama bahawasanya "Sejak tahun 2008, negeri ini tidak pernah melupuskan mana-mana lot yang besar milik kerajaan negeri kepada sektor swasta. Tanah yang telah dilupuskan adalah terpencil dan merupakan tanah kediaman untuk Kampung-Kampung Baru, Lim berkata PR hanya menjual 1.1 ekar tanah di Jalan Zainal Abidin (RM10.2 juta) dan 102 ekar tanah di Bayan Mutiara (RM1.1 bilion) sejak mengambil alih pentadbiran negeri 

(Since 2008, the state did not dispose of any large lots belonging to the state to the private sector. Lots that were disposed of were only secluded ones and residential land for new villages, Lim said PR had only sold 1.1 acres on Jalan Zainal Abidin (RM10.2 million) and 102 acres in Bayan Mutiara (RM1.1 billion) since taking over the state administration.)

Laporan Bernama bertarikh 11 November 2011 melaporkan tanah di Bayan Mutiara dijual kepada Ivory Properties dengan nilai RM1.07 bilion. Manakala laporan The Malaymail Online bertarikh 11 Oktober 2013 pula melaporkan tanah di Batu Kawan dijual kepada PE Land dengan nilai RM65.34 juta. Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu sendiri bertarikh 12 Januari 2014 melibatkan penjualan tanah juga di Batu Kawan kepada Aspen Vision (49% dimiliki oleh Ivory Properties) yang bernilai RM484 juta turut dirujuk. Laporan The Star bertarikh 26 Mac 2014 pula melaporkan penjualan tanah di Batu Kawan kepada Paramount Group yang bernilai RM67 juta serta laporan The Star bertarikh 15 September 2014 pula melaporkan penjualan tanah kepada syarikat Eco World yang bernilai RM1.02 bilion.

Bagaimana seorang Ketua Menteri dengan begitu mudah lupa akan fakta-fakta penjualan tanah ini dan tidak disebutkan langsung dalam kenyataannya?

Fakta 3



 
Kenyataan seterus yang dibuat oleh Lim Guan Eng ialah PDC menjual tanah kepada pemaju swasta untuk tujuan tertentu. Tanah tersebut dijual adalah untuk tujuan awam,"Kami menjual tanah itu kepada Aspen kerana kita mahu membawa (perabot kedai runcit) Ikea ke Pulau Pinang." 

(Lim earlier said at a press conference that PDC sold land to private developers for specific purposes. he lands sold were for public purposes" "We sold the land to Aspen because we want to bring (furniture retail outlet) Ikea to Penang.)



  Tanah yang dijual kepada syarikat Aspen adalah berskala besar iaitu melibatkan 245 ekar tanah. Apakah Ikea bercadang untuk membina dan membuka gedung jualan perabut terbesar di dunia bertempat di Pulau Pinang?

Fakta 4

 
Dan kenyataan beliau mengenai dakwaan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang ketika dibawah Barisan Nasional telah menjual sekurang-kurangnya 3,661 ekar tanah dengan nilai sebanyak RM1.058 bilion sedangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah PR pula hanya menjual 103.1 ekar tetapi pulangan yang lebih tinggi iaitu RM1.11 bilion 

(BN had sold at least 3,661 acres for RM1.058 billion over the years while PR only sold 103.1 acres. However, we got higher returns at RM1.11 billion.)

Saya memetik kenyataan Lim Guan Eng yang disiarkan dalam www.fz.com bertarikh 28 Jun 2014 mengenai senarai tanah yang dijual oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah pentadbiran Barisan Nasional ialah 980 ekar tanah di Tanjung Tokong (Tanjung Pinang) pada RM1 setiap kaki persegi, 325 ekar tanah di Jelutong Expressway pada RM20 setiap kaki persegi, 750 ekar di Batu Kawan pada RM3.24 setiap kaki persegi dan 1,606 ekar tanah di Butterworth pada RM8.40 setiap kaki persegi. Kecuali tanah di Batu kawan, kesemua isu yang dinyatakan oleh beliau merupakan perjanjian penambakan tanah dan bukannya penjualan tanah.




Perjanjian melibatkan 980 ekar tanah di Tanjung Tokong (Tanjung Pinang) telah ditandatangani pada tahun 1990 dan hakikatnya ia adalah projek penambakan yang telah dianugerahkan 15 tahun yang lalu dan harga RM1 adalah hak untuk menuntut semula tanah yang ditambak dan pemaju masih perlu membayar premium tanah serta memulangkan semula 10% tanah yang ditambak kepada kerajaan negeri secara percuma.




Situasi yang sama juga berlaku dalam isu 325 ekar tanah di Jelutong Expressway yang pada asalnya bukan tanah tetapi ditambak oleh pemaju. Perjanjian ini ditandatangani pada tahun 1997 dan pemaju telah diberi hak untuk menuntut semula 325 ekar tanah sebagai pertukaran untuk membina Lebuhraya Jelutong dengan kos anggaran RM300 juta dengan bayaran RM25.4 juta.



Manakala perjanjian melibatkan 750 ekar tanah di Batu Kawan pula ditandatangani pada tahun 2004 bagi memudahkan urusan pemindahan Penang Turf Club ke Batu Kawan. Pemaju sepatutnya membina pusat ekuestrian baru tanpa sebarang kos bagi pihak Penang Turf Club tetapi projek tersebut dibatalkan. Berdasarkan kenyataan di laman sosial Facebook milik Ketua Menteri Pulau Pinang yang bertarikh 5 April 2011 menyatakan bahawa Parcel 1, 2A, 2B 3A, 3B yang berukuran 450 ekar tanah dan diperuntukkan untuk pembangunan industri dan bukan untuk pembangunan kediaman atau komersial yang menguntungkan.

Sementara parcel 1 dan 2A (150 ekar tanah) telah ditandatangani pada 16 Januari 2004 manakala Parcel 2B, 3A dan 3B (300 ekar tanah) telah ditandatangani oleh Lim Guan Eng sendiri pada 5 Apr 2011 dengan harga RM 3 setiap kaki persegi. Maka jelas bahawa hanya 150 ekar tanah telah ditandatangani oleh kerajaan BN pada tahun 2004 dan dijual pada harga RM3.24 setiap kaki persegi sedangkan 300 ekar tanah telah ditandatangani oleh kerajaan DAP pada tahun 2011.






Nilai pasaran bagi tanah di Batu Kawan pada tahun 2011 adalah hanya RM15 setiap kaki persegi dan kini nilainya lebih tinggi selepas pembukaan jambatan kedua Pulau Pinang. Ini menjadikan tanah dijual pada tahun 2004 pada harga RM3.24 setiap kaki persegi tidak dianggap sebagai berlebihan.

Perjanjian 1997 yang menyaksikan pemaju diberikan hak untuk menambak tanah melibatkan 1,606 ekar tanah di Butterworth. Dibawah perjanjian ini, pemaju telah diberikan hak untuk menambak tanah dengan 900 ekar tanah diperuntukkan untuk kerja-kerja memperluaskan Terminal Kontena Butterworth Utara serta apa-apa kegunaan yang berkaitan dengan pelabuhan dan zon penampan untuk kegunaan pelabuhan pada masa hadapan. Manakala 706 ekar tanah pula diperuntukkan untuk pembangunan oleh firma tersebut dengan kira-kira 200 ekar tanah diperuntukkan untuk infrastruktur awam serta kawasan lapang. Dan ini perlu diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.

Di samping itu, firma berkenaan juga perlu membina tujuh kuarters kerajaan di Bertam dalam masa tiga tahun. Ini bermakna firma berkenaan hanya mempunyai kira-kira 500 ekar tanah untuk dibangunkan dengan selebihnya diserahkan semula kepada kerajaan negeri. Malah, pemegang konsesi juga membiayai lebuh raya 5 kilometer daripada Butterworth ke Kulim Expressway bermula dari Butterworth. Sebagai balasan, syarikat tersebut dibenarkan mengutip tol di plaza tol Sungai Nyior.

Nasihat buat Ketua Menteri Pulau Pinang


Tuan Ketua Menteri, akuilah bahawa anda telah menjual tanah milik kerajaan negeri untuk menguruskan perbelanjaan negeri. Walaupun hakikatnya adalah untuk rakyat namun mengurus negeri dengan menjual tanah milik negeri bukan sistem ekonomi yang mampan dan cekap. Dan secara jujur, mohon untuk hentikan menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional. 


Adalah sadis bunyinya apabila anda sudah memerintah selama enam tahun tetapi masih berkecendurungan untuk menyalahkan pentadbiran yang lepas sedangkan realitinya itu tidak mencerminkan kredibiliti seorang Ketua Menteri yang berprinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus.

Edwin Michael merupakan Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman

Cina DAP mahu hapus atau mahu jadi Bumiputera???

Posted: 05 Dec 2014 05:34 PM PST



Pondan Pandan dibangang Rosmah, Bakal dibangang Azmin

Posted: 05 Dec 2014 07:30 AM PST


Ramai ingat Rafizi cerdik sebab berani cakap. Masaalahnya 90% tuduhan yang dibuatnya berdasarkan fakta salah atau yang diputarbelit.

Bagi yg kagumi Rafizi, bermakna mereka telah kagumi seorang yang bangang. Maka ia menjadikan mereka sama bangang.

Dari tulisan TFK terbaru SINI, Rafizi dikatakan tak faham Rosmah sedang troll dia. Rafizi tak faham sebab dia tak faham sindir.

Orang tak faham sindir selalu bodoh bendul dan pada orang Melayu, hanya orang bangang dan bertamadun rendah saja yang tak faham bahasa sindir dan kias.

Baik Azmin pangkah saja si bangang ni.


Katanya Azmin yang pangkah Anwar dengan menghasut Sultan untuk tarik balik anugerah pada Anwar.

Halus mainan Azmin. Mampus si Rafizi bodoh bendul.

Sekor bang ngang kata PM tak boleh saman, hanya untuk difitnah

Posted: 05 Dec 2014 04:33 AM PST





Cina DAP pun mula meluat dengan Guan Eng

Posted: 05 Dec 2014 01:30 AM PST


Pentadbiran, ekonomi dan kewangan penang sudah topsy turvy. Dari pusat elektronik, penang jadi pusat maksiat.

Anwar biar kezaliman DAP terhadap Melayu

Posted: 04 Dec 2014 11:30 PM PST




Panglima Perang Cyber

Posted: 05 Dec 2014 11:13 PM PST

Panglima Perang Cyber


@Zahid_Hamidi : Jangan Pertikai Tindakan Pendakwah Luar Negara Akan Ditapis @PDRMsia

Posted: 05 Dec 2014 06:52 PM PST

Jangan pertikai prosedur tapisan pendakwah

06 Disember 2014 2:06 AM
Ahmad Zahid Hamidi merangkap Penaung Kempen Global Selamatkan

Ahmad Zahid Hamidi merangkap Penaung Kempen Global Selamatkan Al-Quds menandatangani poster simbolik perasmian kempen tersebut di Masjid Tuanku Mizan Abidin, Putrajaya semalam. Yang turut hadir Pengarah Urusan Yayasan al-Quds Malaysia (QFM), Dr. Mohammad Makram Balawi (kiri) yang juga Koordinator Kempen. – bernama

Advertisement

PUTRAJAYA 5 Dis. – Kementerian Dalam Negeri meminta semua pihak akur dengan prosedur tapisan polis terhadap pendakwah luar negara yang ingin memberikan sebarang syarahan di mana-mana lokasi di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, arahan tersebut bertujuan memastikan fahaman ekstrem termasuk berunsur militan tidak disebarkan di Malaysia melalui syarahan.

Beliau berkata, ini merupakan usaha kerajaan untuk menentang sebarang kegiatan yang boleh mewujudkan elemen keganasan terutamanya merekrut anggota militan dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Prosedur tersebut perlu diikuti oleh semua pihak bagi memastikan tiada sebarang kegiatan untuk mewujudkan elemen keganasan di negara ini.

"Saya juga akan meneliti mekanisme dan prosedur yang dinyatakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Global Selamatkan Al-Quds, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ayob Khan tentang keperluan prosedur tapisan terhadap pendakwah luar negara yang ingin membuat syarahan di negara ini.

Ayob Khan berkata, berdasarkan pengalaman lalu, ideologi berunsur militan dan ekstremisme dibawa oleh orang asing ke negara ini, antaranya Jemaah Islamiah dan Jemaah Anshorut Tauhid (JAT).

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Malaysia akan menggunakan kelebihan menganggotai kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membantu membebaskan Palestin daripada kekejaman Israel.

Katanya, ketika ini semua pihak ingin membantu Palestin keluar daripada kekejaman rejim Zionis dan untuk tujuan itu, sebanyak 134 negara telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat dan terbaharu ialah Sepanyol.

"Kita serahkan kepada Wisma Putra untuk bawa isu Palestin ke peringkat antarabangsa, khususnya dalam Majlis Keselamatan PBB, kita minta masyarakat dunia mengikut resolusi yang ditetapkan bagi tujuan pemberian bantuan," katanya.

Mengulas tentang Kempen Global Selamatkan Al-Quds, Ahmad Zahid berkata, kempen seumpama itu perlu diperbanyakkan dan dianjurkan secara berterusan bagi memberi tekanan kepada Israel.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-pertikai-prosedur-tapisan-pendakwah-1.33179#sthash.ki13xGoM.dpuf

Malaysia guna saluran PBB perhebatkan pembelaan Palestin - @Zahid_Hamidi | Berita Harian

Posted: 05 Dec 2014 06:01 PM PST

JUMAAT, 5 DISEMBER 2014 - 6:10PM  


DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menurunkan tanda tangan pada poster Kempen Selamatkan Al -Quds sebagai melancarkan kempen berkenaan anjuran Yayasan Al-Quds Malaysia di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari ini. Turut sama Pengarah Urusan Yayasan Al - Quds Malaysia, Dr Mohammad Makram Balawi (kiri). - Foto Fariz Iswadi Ismail

PUTRAJAYA: Malaysia akan menggunakan kedudukannya sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk memperhebatkan usaha pembelaan terhadap Palestin daripada kekejaman rejim Zionis, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kerajaan menyerahkan peranan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, untuk mengetengahkan isu-isu berkenaan Palestin pada mesyuarat PBB berkaitan.

"Tentunya Malaysia akan memainkan peranan dengan menggunakan kerusi di PBB untuk memperjuangkan negara serta rakyat Palestin, dan yang penting menyelamatkan Masjid Al-Aqsa daripada dikuasai rejim Zionis," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Global Selamatkan Al-Quds di sini, hari ini.

Kempen Global Selamatkan Al-Quds, dengan Ahmad Zahid selaku penaungnya, adalah inisiatif untuk mendedahkan kepada rakyat mengenai keadaan kritikal yang kini menyelubungi Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa, sekali gus meletakkan tekanan kepada Israel supaya menghentikan segera usaha 'pengyahudian' Al-Quds.

Ahmad Zahid berkata, kewujudan Palestin yang kini diiktiraf oleh 134 negara, memberi isyarat dan membangkitkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dunia tentang perlunya pembelaan sewajarnya diberikan.

"Walaupun sesetengah negara yang bersahabat dengan Malaysia masih bersama-sama Israel tetapi kita harap sokongan negara dunia terhadap Palestin yang kian bertambah, secara tidak langsung mampu memberi tekanan kepada kuasa-kuasa besar yang selama ini mendokong Israel, agar tunduk kepada permintaan masyarakat dunia yang mahu keganasan dihentikan," katanya.

Diminta mengulas saranan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, supaya pendakwah asing melalui tapisan keselamatan polis sebelum dibenarkan memberi syarahan, Ahmad Zahid berkata beliau akan meneliti perkara itu.

Beliau berkata, pegawai polis, selaku pihak yang arif tentang isu ekstremis dan militan, pasti mempunyai sebab untuk mengemukakan saranan sedemikian selaras dengan keputusan kerajaan menentang sebarang kegiatan yang boleh mewujudkan fahaman ekstrem dan elemen keganasan.

Ayob Khan dilaporkan berkata satu mekanisme perlu diwujudkan bagi menapis pendakwah dari negara luar yang antara lain bagi mengekang kemasukan individu yang kononnya pendakwah sedangkan membawa fahaman ekstremisme dan bertentangan dengan landasan Islam sebenar.

- BERNAMA


http://www.bharian.com.my/node/21696?m=1


Gambar sekitar program 
















Sent from my iPhone

Skuad polis wanita bantu masyarakat | Berita Harian

Posted: 05 Dec 2014 05:46 PM PST


irwansha@bh.com.my


PEGAWAI AMANITA Polis DiRaja Malaysia (PDRM) (dari kiri) Nurul Hidayah Taman, Aniza Mohd Zainudin, Norhayati Rashid dan Siti Nooridah Mohd Nordin bersama skuter elektrik selepas majlis perasmian seminar Pelaksanaan Perolehan Hijau Kerajaan (GGP) PDRM yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di sini baru-baru ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Skuad Aman Wanita (AMANITA) yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Mac tahun lalu terus diperkasa apabila menerima tambahan aset 33 skuter eletrik yang berkonsepkan teknologi hijau baru-baru ini.

Penambahan aset berkenaan diyakini mampu meningkatkan keupayaan skuad AMANITA untuk bergiat lebih cergas dalam program pencegahan jenayah dan pada masa sama, menyokong Program Amalan Hijau dan Teknologi Hijau PDRM.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata sebagai permulaan 33 unit skuter berkenaan akan digunakan skuad AMANITA di sekitar Lembah Klang sebelum diperluaskan penggunaannya ke seluruh negara bergantung kepada peruntukan dan keperluan.

"Penambahan aset ini adalah sebahagian daripada Program Amalan Hijau dan Teknologi Hijau PDRM. Kita yakin penggunaan aset ini mampu memperkasa keupayaan skuad ini terutama dalam rondaan pencegahan jenayah.

Jimat 23% bahan bakar

"Pada masa sama, penggunaan teknologi hijau dengan kerjasama GreenTech Malaysia ini mampu memberi penjimatan sehingga 23 peratus penggunaan bahan bakar.

"Ia turut mengurangkan pengeluaran karbon dioksida sehingga 19 peratus, sekali gus meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar," katanya ketika ditemui pemberita pada Seminar Pelaksanaan Perolehan Hijau Kerajaan (GGP) PDRM, di sini baru-baru ini.

Skuad AMANITA adalah inisiatif PDRM di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dilancarkan Mac tahun lalu, yang mana polis wanita dikerah mendekati setiap lapisan golongan hawa terutama suri rumah untuk mengetahui permasalahan berkaitan jenayah di kawasan persekitaran tempat tinggal mereka.


KETUA Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tertarik dengan skuter elektrik AMANITA yang akan digunakan anggota polis wanita pada majlis perasmian seminar Pelaksanaan Perolehan Hijau Kerajaan (GGP) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di sini baru-baru ini. - Foto BERNAMA

Khalid berkata, skuad AMANITA yang ditubuhkan PDRM setakat ini mendapat maklum balas yang baik daripada masyarakat awam terutama golongan suri rumah.

Berdasarkan statistik PDRM, kini terdapat 11,571 anggota polis wanita iaitu kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan anggota polis di negara ini dan Khalid menetapkan sasaran untuk menambahnya sehingga menjadi 30 peratus.

Skuad dipercayai

Skuad AMANITA terbukti berkesan kerana mudah meraih kepercayaan masyarakat setempat terutama golongan suri rumah dan banyak membantu mengurangkan kadar jenayah di kawasan kejiranan masing-masing.

Dalam erti kata lain, suri rumah menjadi mata dan telinga pihak polis manakala semua polis wanita adalah anggota Skuad AMANITA yang perlu menjalin rangkaian kerjasama antara masyarakat setempat dan pihak polis.

Dapatkan sisipan BH2 dalam BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


http://www.bharian.com.my/node/21611?m=1


Sent from my iPhone

Pertabalan Sultan Perak 6 Mei 2015

Posted: 05 Dec 2014 05:40 PM PST

 

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
               


Ipoh: Istiadat Pertabalan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah akan dilangsungkan di Istana lskandariah Kuala Kangsar pada 6 Mei tahun depan.

Setiausaha Dewan Negara Perak Toh Amar Seri Diraja Datuk Ayop Hashim berkata, dengan nasihat Dewan Negara Perak yang bersidang kali ke-162 pada 22 November 2014, Sultan Nazrin berkenan menetapkan Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35 dilangsungkan pada 6 Mei 2015.

Beliau berkata, Istiadat Tabal Adat akan berlangsung di Istana lskandariah Kuala Kangsar pada pagi hari berkenaan diikuti dengan Istiadat Tabal Pusaka dan Istiadat Bersiram Tabal pada malam keesokannya.

Sultan Nazrin bersama Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim selanjutnya akan berangkat menziarahi makam Sultan Perak terdahulu, kemudiannya menghilir Sungai Perak dari Pasir Salak ke Teluk lntan.


Istiadat pertabalan akan berakhir dengan keberangkat Sultan Nazrin untuk mencecahkan kaki Baginda di Beting Beras Basah iaitu tempat pertama Sultan Perak pertama Sultan Muzaffar Shah I menjejakkan kaki ketika sampai di Perak, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Disember 2014 @ 2:26 PM
  
SULTAN Nazrin. FOTO fail NSTP Muhaizan Yahya
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14097#sthash.vdA3TS9l.dpuf

Belantan

Posted: 05 Dec 2014 11:12 PM PST

Belantan


Mahkamah Persekutuan Sedang Siapkan Penghakiman Kes Anwar – Ketua Hakim Negara?

Posted: 05 Dec 2014 09:24 AM PST


Mahkamah Persekutuan sedang menyiapkan penghakiman berhubung rayuan terakhir Penasihat PKR Anwar Ibrahim untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas sabitan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria ketika dihubungi Bernama hari ini berkata beliau tidak dapat memberikan tarikh tepat kerana panel hakim masih menyiapkan penghakiman mereka.

"Saya tidak boleh memberitahu tarikh sebenar sehingga kami (hakim-hakim) melengkapkan penghakiman. Kami masih membaca penghujahan, biarlah kami membaca terlebih dahulu sebelum menulis penghakiman. Berilah kami ruang untuk menyediakannya," katanya ketika ditanya mengenai tarikh pengumuman keputusan kes rayuan Anwar oleh Mahkamah Persekutuan.

Arifin, yang mempengerusikan panel lima hakim dalam kes rayuan itu berkata, seseorang hakim diberi tempoh yang munasabah untuk menyelesaikan penghakiman kerana setiap kes adalah berbeza.

Empat lagi hakim ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.


Arifin menjelaskan, amalan standard bagi Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan untuk menyiapkan penghakiman mereka ialah dalam tempoh tiga bulan selepas kes itu didengar.

"Tetapi dalam kes-kes tertentu, mahkamah (Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) akan mengambil masa lebih lama, mungkin sehingga enam bulan untuk menyiapkan penghakiman. Ia bergantung kepada kerumitan kes itu," katanya.

Pada 7 Nov, Mahkamah Persekutuan menangguhkan penghakiman berhubung rayuan kes itu selepas mendengar hujahan peguam Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang mengetuai pasukan 15 peguam termasuk tiga anak mendiang Karpal Singh, Ramkarpal Singh Deo, Sangeet Kaur Deo dan Gobind Singh Deo serta peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mengetuai pasukan pendakwaan.

Pendengaran rayuan itu yang pada awalnya ditetapkan dua hari mulai 28 Okt telah berlarutan selama lapan hari berikutan pihak pembelaan dan pendakwaan menyampaikan hujahan panjang lebar dan mengemukakan banyak rujukan kes undang-undang dalam rayuan itu.

Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi di negara ini, akan membuat keputusan sama ada membenarkan atau menolak rayuan Anwar bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas, selepas ia membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskannya.

Sekiranya Anwar gagal dalam rayuannya, beliau akan hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen (MP) kawasan Permatang Pauh berikutan Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Kerajaan Persekutuan menetapkan seseorang MP lucut kelayakan sekiranya dijatuhi hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000.


Pihak pendakwaan juga telah memfailkan rayuan balas untuk menambah tempoh hukuman penjara.

Bagaimanapun rayuan itu hanya akan akan hanya didengar jika Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful dengan alasan mahkamah tidak pasti 100 peratus tentang integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada individu yang didakwa menjadi mangsa.

Mahkamah memutuskan bahawa sampel berkenaan mungkin telah diusik sebelum sampai ke Jabatan Kimia untuk analisis.

Bagaimanapun, ketika mensabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat itu, Mahkamah Rayuan berpendapat hakim perbicaraan terkhilaf dalam dapatannya tentang sampel berkenaan, yang didasarkan kepada keterangan dua saksi pakar yang dipanggil pihak pembelaan.

Ini kes liwat kedua melibatkan Anwar. Dalam kes pertama, beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya Azizan Abu Bakar di Tivoli Villa di sini pada 1994, dan dihukum sembilan tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.


Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar menjalani hukuman itu selepas beliau selesai menjalani hukuman penjara enam tahun kerana kesalahan rasuah. Beliau didapati bersalah terhadap empat tuduhan rasuah pada 4 April 1999.

Bagaimanapun, setelah merengkok selama hampir enam tahun di penjara kerana rasuah, beliau dibebaskan pada 2 Sept 2004 apabila Mahkamah Persekutuan, yang diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudian menjadi Ketua Hakim Negara, mengubah sabitan kesalahan dan mengetepikan hukuman penjara terhadap Anwar bagi tuduhan meliwat Azizan dalam keputusan majoriti 2-1.

Abdul Hamid dan Hakim Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud membuat keputusan yang memihak kepada Anwar, manakala keputusan Hakim Datin Paduka Rahman Hussein pula adalah sebaliknya.

Bagaimanapun, Abdul Hamid, yang menulis penghakiman majoriti itu, berkata para hakim berkenaan mendapati Anwar dan tertuduh bersama, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, "terlibat dengan kegiatan homoseksual" dan oleh itu para hakim terdorong untuk mempercayai bahawa perbuatan liwat yang didakwa itu memang berlaku – BERNAMA

Suara Politik
Belantan

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 05 Dec 2014 11:05 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Pencapaian Guan Eng Yang Tak Mampu Di Ikuti Oleh Mana-Mana Pemimpin BN

Posted: 05 Dec 2014 09:00 PM PST

Kudos guan eng...

Tahniah rakyat pulau pinang...

Rakyat pulau pinang harus berbangga kerana mendapat pemimpin hebat seperti guan eng....

APANAMA

Posted: 05 Dec 2014 11:04 PM PST

APANAMA


Siapa bangang Datuk Seri?

Posted: 01 Dec 2014 07:31 AM PST

Suara hati rakyat MALAYSIA

Posted: 28 Nov 2014 02:44 PM PST

I see...

Posted: 25 Nov 2014 04:31 PM PST

Ketua Bahagian Umno letak jawatan?

Posted: 23 Nov 2014 12:30 PM PST

1MDB, Cayman Islands and our very own Kancil

Posted: 23 Nov 2014 06:15 AM PST

Degung Sunda Sabilulungan

Posted: 14 Nov 2014 09:07 AM PST

Sejarah pemimpin bukan bangsawan

Posted: 12 Nov 2014 03:01 PM PST

This cannot be BESTARI

Posted: 11 Nov 2014 03:12 AM PST

Cameron Highlands - Hear the MB out

Posted: 10 Nov 2014 08:22 AM PST

AL-Fatihah - Ex-IGP Tan Sri Bakri Omar passes away

Posted: 10 Nov 2014 02:54 AM PST

Jangan marah Pendekar Bujang Lapok pulak

Posted: 09 Nov 2014 02:00 AM PST

The 1st woman Prime Minister of Malaysia

Posted: 04 Nov 2014 03:48 AM PST

British Advisor for the Malaysian Prime Minister ?

Posted: 02 Nov 2014 02:00 AM PST

If you are a 'daun keladi', its your funeral

Posted: 30 Oct 2014 10:18 AM PDT

A trophy many moons ago

Posted: 28 Oct 2014 09:00 AM PDT

Hidden agenda against or in 1MDB ?

Posted: 27 Oct 2014 09:20 AM PDT

What are we coding in our young ?

Posted: 26 Oct 2014 06:38 AM PDT

Enter Huracan, Lamborghini's latest bull-et

Posted: 25 Oct 2014 04:23 PM PDT

Ahmad Johan to lead MAS

Posted: 24 Oct 2014 09:01 AM PDT

Fake Chinese watches - Mufti Menk

Posted: 23 Oct 2014 05:30 AM PDT

Happy Deepavali

Posted: 22 Oct 2014 02:00 AM PDT

Bunga Seroja - Amigos

Posted: 19 Oct 2014 07:53 PM PDT

Satan

Posted: 17 Oct 2014 07:19 AM PDT

MACC deserves a pat on the back

Posted: 16 Oct 2014 07:59 AM PDT

Malaysia needs ISA-like law

Posted: 15 Oct 2014 05:34 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 05 Dec 2014 09:46 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Akta Hasutan Perlu Tahan Dua Orang Ini

Posted: 05 Dec 2014 08:07 PM PST



Individu Hina Sultan Ini Perlu Ditahan Polis

Posted: 05 Dec 2014 05:24 PM PST

Seorang lelaki yang menggunakan nama Paul Ang dilaman Facebook telah mengeluarkan perkataan yang amat biadap terhadap Sultan serta institusi Raja Berperlembagaan di Malaysia.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh individu berkenaan berikutan isu penarikan balik pingat kebesaran terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim oleh Sultan Selangor baru-baru ini.

Paul Ang telah mengeluarkan kenyataan yang menyamakan Sultan dengan Anjing dan juga menganggap institusi BeRaja di Malaysia adalah tidak berguna.

Selain itu, individu berkenaan juga menganggap Sultan-Sultan di negara ini hanya menghabiskan duit rakyat dan langsung tak menyumbang apa-apa terhadap rakyat.

Kenyataan biadap sebegini semakin banyak dikeluarkan oleh individu-individu yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat dan ianya dilihat semakin menjadi trend untuk memburukkan institusi Raja Berperlembagaan di Malaysia.

Difahamkan pihak berkuasa sudah mengenal pasti individu yang menggunakan akaun Paul Ang ini dan tindakan lanjut bakal di ambil bagi menjamin kesejahteraan negara.

Rakyat tentunya mahu melihat hukuman berat dikenakan kepada individu berkenaan dan rakyat juga pastinya mahu keamanan negara terpelihara dari manusia-manusia biadap seperti ini. ~ Utaranews



Lakonan Drama Apakah Ini?

Posted: 05 Dec 2014 09:20 AM PST

Bilik Pensyarah Jadi Mangsa Politik Kampus Di UiTM

Posted: 05 Dec 2014 01:24 AM PST





GERAKAN ANTI PKR

Posted: 05 Dec 2014 09:19 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


INI ADALAH REALITI DILEMA MASYARAKAT KOTA.

Posted: 05 Dec 2014 07:27 AM PST

WARIS PURBA

Posted: 05 Dec 2014 03:12 PM PST

WARIS PURBA


DAP KEBAL ?????

Posted: 04 Dec 2014 05:46 PM PST

Parti Alternatif Rakyat (PaP) mempersoalkan 'kekebalan' yang seolah-olah dinikmati DAP kerana tiada sebarang amaran keras serta keputusan muktamad dibuat Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung kemelut yang sedang dihadapi parti tersebut. Presiden Penaja PaP, Zulkifli Mohd. Noor berkata, pemimpin DAP masih bebas menjalankan urusan parti di sebalik keraguan tentang keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang berlarutan sejak dua tahun lalu. Menurutnya, DAP yang ketika ini 'berfungsi' dalam keadaan status diragui menyebabkan rakyat negeri ini berada dalam dilema berhubung urusan pentadbiran negeri. Antaranya tambah beliau, berhubung beberapa keputusan meragukan seperti menaikkan tarif air, cukai pintu dan menandatangani projek mega termasuk pembinaan terowong dasar laut. "Semua perkara itu diputuskan dalam keadaan pemimpin DAP tidak diiktiraf jawatan mereka dan lebih memburukkan keadaan ROS seolah-olah berdiam diri walaupun berlaku pelanggaran undang-undang," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Sehubungan itu, Zulkifli berkata, PaP mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi campur tangan sekali gus menyelesaikan isu membabitkan DAP dan ROS. Menurut beliau, pihaknya bimbang Kementerian Dalam Negeri tidak mendapat maklumat tepat berhubung kemelut CEC DAP daripada ROS selain bimbang ada pihak-pihak tertentu di dalam ROS sendiri tidak menyalurkan maklumat tepat kepada kementerian tersebut. Berhubung urusan pentadbiran parti pula, Zulkifli membangkitkan tindakan pemimpin dan pemegang jawatan CEC yang tidak diiktiraf dalam membuat keputusan penting. "Antaranya keputusan berhubung watikah pelantikan calon DAP untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor dan Teluk Intan," katanya. Katanya, dalam tempoh ber­kenaan juga, ada ahli baharu didaftarkan serta dipecat selain DAP bebas mengutip dana melalui penganjuran majlis makan malam serta mengadakan konvensyen peringkat negeri. "Terbaharu, saya dimaklumkan DAP akan mengadakan konvensyen kebangsaan pada 7 Disember ini di ibu negara dan amat menghairankan tiada langsung tindakan dalam bentuk amaran daripada ROS," katanya. Sementara itu, Setiausaha PaP, Rahmad Isahak berkata, status DAP sebagai pentadbir di negeri ini juga menimbulkan persoalan kerana hanya bersifat wakil rakyat Bebas sahaja. Katanya, barisan kepemimpinan negeri sepatutnya diisi pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sementara menunggu keputusan siasatan ROS.

PKR TARAKKKK NYANJIII...MAU KASI TIMBALAN SPEAKER DUN

Posted: 04 Dec 2014 05:36 PM PST

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan pernah bersetuju serta mengadakan perjanjian untuk memberikan jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kepada DAP. Mohamed Azmin Ali Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, perjanjian sedemikian tidak wujud sama sekali selain tidak pernah diputuskan oleh majlis pimpinan pusat pakatan pembangkang. Sebaliknya beliau memaklumkan isu jawatan Timbalan Speaker DUN yang dituntut oleh DAP hanya satu cadangan daripada parti itu yang pernah dibangkitkan semasa perbincangan majlis pimpinan pusat sebelum ini. "Tidak timbul soal janji. Kalau betul sudah janji, tidak perlulah kita bincang lagi. "Isu jawatan ini adalah cadangan daripada DAP yang dibangkitkan oleh Tony Pua (Pengerusi DAP Selangor). Sepatutnya perkara baharu seperti itu perlu diputuskan oleh majlis pimpinan pusat," katanya yang juga Menteri Besar Selangor kepada pemberita, di sini hari ini. Penjelasan Mohamed Azmin itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Setiausaha DAP, Ng Suee Lim pada 1 Disember lalu yang menuntut satu lagi jawatan Timbalan Speaker DUN dilantik daripada wakil mereka sebagaimana yang diberikan kepada Pas yang diisi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Mohd. Shafie Ngah. Malah, Suee Lim turut mengakui wujudnya perjanjian untuk memberikan jawatan tersebut kepada DAP selepas tamat krisis Menteri Besar sebelum ini selain mendapat persetujuan daripada majlis pimpinan pusat pakatan pembangkang. Sementara itu, Mohd. Shafie ketika ditemui menyatakan beliau sendiri tidak tahu menahu mengenai kewujudan persetujuan berhubung cadangan mewujudkan jawatan Timbalan Speaker DUN II. Beliau turut berpendapat cada­ngan tersebut adalah sesuatu yang tidak wajar.

LADANG SAYUR HARAM DIMUSNAH

Posted: 04 Dec 2014 05:26 PM PST

Pihak berkuasa mula 'mengambil alih' tanah pertanian yang diteroka tanpa kebenaran di daerah ini apabila merobohkan struktur binaan di kebun-kebun yang diusahakan secara haram tersebut. Operasi sulung itu melibatkan 500 anggota daripada 16 agensi, antaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan pegawai dari Pejabat Peguam Negara. Dalam operasi di Blue Valley dekat sini, pihak berkuasa merobohkan struktur binaan seperti tiang besi dan penutup plastik di sebuah kebun yang diteroka secara haram. Kerja-kerja meroboh dijalankan dengan menggunakan tenaga manusia dan peralatan seperti pemotong besi serta jentolak. Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Tajudeen Wahab yang mengetuai operasi tersebut berkata, pihaknya akan mengambil alih tanah-tanah yang diusahakan secara haram berkenaan. Menurut beliau, ada pemilik kebun di situ dikesan telah meneroka tanah lebih dari 11 hektar daripada had dibenarkan atau tiga hingga empat kali ganda daripada sepatutnya. "Kebun ini sudah beroperasi lebih empat tahun dan telah melabur lebih RM10 juta. "Kita telah merobohkan struktur binaan di atas tanah haram dan kita akan mengambil alih tanah ini. "Tindakan merobohkan struktur binaan di sini adalah mengikut undang-undang di bawah Seksyen 425/426 Kanun Tanah Negara," katanya ketika ditemui hari ini. Dalam pada itu, Mohamed Tajudeen mengakui, pihak berkuasa berdepan masalah untuk merobohkan struktur binaan terutama daripada besi. Katanya, ini kerana struktur yang dibina sukar untuk dirobohkan jika menggunakan peralatan biasa seperti pemotong besi sebaliknya perlu menggunakan jentera berat. "Ini mungkin menyebabkan operasi mengambil alih semua tanah haram di daerah ini memerlukan masa lebih lama daripada tempoh tiga bulan yang ditetapkan. "Selain itu kejayaan operasi juga bergantung kepada keadaan cuaca," jelasnya. Operasi tersebut turut menahan 20 pekerja warga asing untuk pemeriksaan dokumen. Mengenai usaha menggempur pendatang asing tanpa izin (PATI) yang membanjiri kawasan tanah tinggi itu, Mohamed Tajudeen berkata, operasi akan dijalankan secara berterusan. "Kita akan terus memburu mereka sehingga Cameron Highlands bebas daripada PATI," tegasnya.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 05 Dec 2014 03:04 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Foto Disembah Pekerja, Penyanyi Wanita Dikecam Peminat

Posted: 05 Dec 2014 04:13 AM PST


KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Syahrini dikecam hebat baru-baru ini selepas sekeping foto yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya menunjukkan lima orang bekerja di Princess Syahrini Entertainment Indonesia melutut sambil menyembah Syahrini sebagai tanda hormat.

Tindakan memuat naik foto tersebut di laman Instagramnya menimbulkan pelbagai kecaman hebat oleh umum selepas dianggap ianya agak keterlaluan dan salah disisih agama Islam. Rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan Syahrini dan menuduh Syahrini tidak habis-habis cuba mencari publisiti murahan.

Namun menurut Syahrini, foto tersebut hanya gurauan semata-mata dan bukan sengaja ingin menimbulkan kontroversi murahan.

"Saya seorang Muslim, dan sebagai salah seorang yang beragama Islam hanya Allah SWT yang harus disembah. Tiada tuan selain Allah dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah. Tidak mungkin saya mahu mereka menyembah saya.

"Itu sekadar gurauan dan tidak bermaksud mahu menimbulkan kontroversi murahan. Sudah tertulis ianya 'Just For Fun'," jelas Syahrini kepada pihak media.

Minggu lalu Syahrini terus kekal mempertahankan gelaran 'Penyanyi Paling Popular' lima tahun berturut-turut di Anugerah SCTV 2014.

Sebelum ini, Syahrini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan Malaysia dua tahun lalu namun putus ditengah jalan akibat masalah persefahaman.

- Astro Awani

Guru perkosa pelajar di pusat tuisyen

Posted: 04 Dec 2014 06:45 PM PST

ALOR SETAR – Akibat merogol seorang remaja berusia 15 tahun yang juga merupakan salah seorang pelajarnya tahun lalu, seorang guru tuisyen dihukum penjara 50 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Azhar Mokhtar menjatuhkan hukuman terhadap Lee Kian Kiong, 24, selepas tertuduh gagal membangkitkan sebarang keraguan dalam kes semasa pembelaan.

Bagi pertuduhan pertama, Kian Kiong yang merupakan guru Matematik dituduh merogol pelajarnya di pusat tuisyen Super Education Group, No. 11, Tingkat Dua, Kompleks Perniagaan, Taman Bistari, Lebuh Raya Sultan Abdul Halim di sini kira-kira pukul 3 petang pada 4 Februari 2013.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3KzEICsdU
Hakcipta terpelihara

Coklat haram

Posted: 04 Dec 2014 06:29 PM PST


Apa Yang Tersirat

Posted: 05 Dec 2014 01:44 PM PST

Apa Yang Tersirat


Amerika Cuba Campur Tangan Urusan Negara

Posted: 05 Dec 2014 08:35 AM PST

SELEPAS Al-Gore, kini Joe Biden, dua-duanya Naib Presiden Amerika, daripada Parti Demokrat.

Biden, mengeritik Malaysia, kerana memperkukuhkan Akta Hasutan 1948, sambil memberi memberi cadangan, martabat Malaysia, masih boleh dikembalikan, jika membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat II.

Kenyataan Biden melalui tweeter itu mendapat maklum balas daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Paul Low, dengan berkata " Kamu Salah Naib Presiden", manakala Khairy Jamaluddin pula, meminta Naib Presiden itu bercermin, dan mengaitkan Penjara Guantanamo, Cuba, di mana berlaku penahanan warga asing tanpa bicara.

Nampaknya lobi Anwar, berjaya, kerana sebelum ini, Amerika seolah-olah lepas tangan berkaitan sodomi II.

Sodomi II: Ketua Hakim Negara Perlu Masa

Posted: 05 Dec 2014 12:11 AM PST

KETUA Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria, tidak dapat menjanjikan, bila Keputusan Sodomi II akan diumumkan.

Menurut beliau, Mahkamah Rayuan atau Persekutuan, biasanya memerlukan antara 3-6 bulan untuk membuat penghakiman.

7 November lalu, Rayuan Sodomi II yang disabitkan Kesalahan Meliwat dan dihukum 5 tahun Penjara oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu.

Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Negara bersama-sama 4 Hakim yang lain akan membuat keputusan terakhir berkaitan rayuan Anwar.

Semakin lambatnya penghakiman itu, memberi ruang kepada Anwar melobi negara-negara sekutunya, untuk menekan Kerajaan Malaysia. Hari ini Naib Presiden Amerika, Joe Biden melalui tweeter, menulis, seolah-olah mahu mempengaruhi Kerajaan Malaysia; agar tidak mengenakan hukuman kepada Ketua Pembangkang itu.

Sodomi II: Nampaknya Anwar Dapat Sokongan Amerika

Posted: 04 Dec 2014 09:37 PM PST

Tweet Naib Presiden Amerika disebar luas oleh Anwar Ibrahim. Naib Presiden Amerika itu lupa, bahawa penindasan kemanusian sedang berlaku di Penjara Guantanamo, Cuba. Seharusnya negara itu menutup penjara itu untuk menunjukkan negara itu pengamal demokrasi dan kebebasan kehakiman.

Joe Biden, cuba menyamakan Malaysia , di mana sodomi atau hubungan sesama  bukan sahaja satu jenayah di Malaysia,  malah dikutuk dalam agama Islam.

Jika dahulu Al-Gore, yang juga Naib Presiden Amerika menyokong sodomi I, kini Naib Presiden Amerika yang juga daripada Parti Demokrat, menyokong Ketua Pembangkang itu.

Demokarsi ala Amerika, tidak boleh di bawah ke Malaysia, kerana sistem Demokrasi negara itu; hanya berpihak kepada rakyatnya sahaja, bukan kepada manusia sejagad.

Cucu Tok Selampit

Posted: 05 Dec 2014 01:11 PM PST

Cucu Tok Selampit


Pelik Tapi Benar - Majikan India Hantar Pembantu Rumah Menunaikan Umrah

Posted: 04 Dec 2014 06:26 PM PST


Tersentuh hati CTS apabila membaca posting seorang kenalan CTS di laman sosial Facebook. Dalam keadaan sosio politik negara yang penuh dengan permasalahan perkauman dan pergeseran antara Agama, masih ramai insan di luar sana yang masih menjunjung nilai perpaduan antara kaum dan Agama yang kita nikmati sejak merdeka. Salah seorang daripadanya adalah Tuan Manickan Letchuman. Beliau telah menaja pembantu rumahnya yang telah bekerja dengannya sejak tahun 2002 untuk menunaikan umrah. 

Kebaikan yang diberikan oleh individu ini melampaui batasan kaum dan Agama. Foto ini amat bermakna bagi CTS dan patut CTS viralkan untuk menunjukkan kepada dunia, inilah Malaysia yang kita cintai. Maaf Tuan Manicham Letchuman, setelah membaca posting ini, barulah CTS mencari siapakah sebenarnya insan ini. Rupanya beliau adalah ADUN Jeram Padang dan EXCO Kerajaan Negeri Sembilan. Terima kasih YB.

Comments:

There are 0 ulasan for Barisan Nasional

Catat Ulasan