Rabu, 10 Disember 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 09 Dec 2014 09:13 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Mohon Sumbangan Bantuan Pelajar Miskin Kembali Ke Sekolah 2015

Posted: 09 Dec 2014 06:32 AM PST

Dimaklumkan pihak kami akan meneruskan siri program "Bantuan Pelajar Miskin Kembali Ke Sekolah 2015" untuk tahun yang ke 7. Setiap tahun, kami menerima banyak permohonan bantuan daripada pelajar miskin khususnya ibubapa/penjaga yang berpendapatan rendah. Mereka ini terdiri dari keluarga yang tidak berkemampuan, sebahagian mereka adalah penerima bantuan tetap Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, manakala yang lain dalam proses memohon. Juga, kita membantu mendaftarkan semula pelajar yang keciciran dalam persekolahan.

Jumlah permohonan tersebut meningkat saban tahun, memandangkan keadaan ekonomi semasa, kenaikan harga barangan dan ramai yang hilang pekerjaan.

Bantuan yang diberikan meliputi kelengkapan sekolah (beg, pakaian, kasut dan alatulis) dan setiap pelajar memerlukan bantuan minima sebanyak RM100. Anggaran sebanyak RM 20,000 diperlukan untuk membantu 200 pelajar.

Sehubungan dengan itu, Pusat Khidmat Dun Paroi merayu sumbangan dari pelbagai pihak yang prihatin. Semoga sumbangan yang diberikan akan meringankan bebanan keluarga pelajar terbabit disamping memberi semangat kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebarang sumbangan boleh dibuat melalui akaun BIMB "Pas Dun Paroi"; 05012010063902 atau berhubung dengan Encik Mohamad Hassan bin Tamby, Penyelaras Program , Tel 019 2171942

Sumbangan juga boleh dihantarkan terus ke ;

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN PAROI
No 22, Jalan Bunga Raya 27, Taman Tasik Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel/Fax : 06-6794609
Hp : 019-2171942

Rembau Hari Ini

Posted: 09 Dec 2014 07:07 PM PST

Rembau Hari Ini


Mohon Sumbangan Bantuan Pelajar Miskin Kembali Ke Sekolah 2015

Posted: 09 Dec 2014 06:34 AM PST

Dimaklumkan pihak kami akan meneruskan siri program "Bantuan Pelajar Miskin Kembali Ke Sekolah 2015" untuk tahun yang ke 7. Setiap tahun, kami menerima banyak permohonan bantuan daripada pelajar miskin khususnya ibubapa/penjaga yang berpendapatan rendah. Mereka ini terdiri dari keluarga yang tidak berkemampuan, sebahagian mereka adalah penerima bantuan tetap Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, manakala yang lain dalam proses memohon. Juga, kita membantu mendaftarkan semula pelajar yang keciciran dalam persekolahan.

Jumlah permohonan tersebut meningkat saban tahun, memandangkan keadaan ekonomi semasa, kenaikan harga barangan dan ramai yang hilang pekerjaan.

Bantuan yang diberikan meliputi kelengkapan sekolah (beg, pakaian, kasut dan alatulis) dan setiap pelajar memerlukan bantuan minima sebanyak RM100. Anggaran sebanyak RM 20,000 diperlukan untuk membantu 200 pelajar.

Sehubungan dengan itu, Pusat Khidmat Dun Paroi merayu sumbangan dari pelbagai pihak yang prihatin. Semoga sumbangan yang diberikan akan meringankan bebanan keluarga pelajar terbabit disamping memberi semangat kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebarang sumbangan boleh dibuat melalui akaun BIMB "Pas Dun Paroi"; 05012010063902 atau berhubung dengan Encik Mohamad Hassan bin Tamby, Penyelaras Program , Tel 019 2171942

Sumbangan juga boleh dihantarkan terus ke ;

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN PAROI
No 22, Jalan Bunga Raya 27, Taman Tasik Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel/Fax : 06-6794609
Hp : 019-2171942

Jasindaily Online

Posted: 09 Dec 2014 09:41 AM PST

Jasindaily Online


Kegagalan MAS Bukti Malaysia Tak Boleh

Posted: 08 Dec 2014 08:20 PM PST

KUALA LUMPUR: Pelantikan Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airline Berhad (Mas NewCo) yang baru membuktikan kegagalan Barisan Nasional (BN) merealisasikan slogan 'Malaysia Boleh'. Berkata kepada Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar‎, jikalau sebelum ini pemimpin BN sering mencanang bahawa kita mampu dalam segala bidang tetapi dengan pelantikan warga asing sebagai penerajui baru Mas membuktikan kegagalan Malaysia. 


 "Dalam isu ini kita gagal melahirkan tokoh pengurusan koperat tempatan, ini menjadikan slogan 'Malaysia Boleh' adalah slogan palsu. "‎Pemilihan warga asing untuk menerajui Mas menjadikan slogan Malaysia boleh bertukar menjadi 'Malaysia Bodoh' sepertimana kenyataan sinis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang rakyat Malaysia ini bodoh dan tidak layak untuk terajui Mas," kata beliau. ‎ ‎Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, isu menyelamatkan dan memulihkan Mas bukan cerita baru kerana kerugian terus berlaku walaupun pelbagai pelan pemulihan telah dilaksanakan. ‎‎ Katanya, sepertimana pelantikan Datuk Seri Idris Jala, Tan Sri Azman Mokhtar dalam menyelesaikan masalah Mas sebelum ini sehingga Syarikat Penerbangan Malaysia itu terpaksa tutup kedai.‎ 

‎"Sungguh menghairankan apabila mereka yang telah terbukti gagal menyelesaikan masalah sebelum ini antara yang terlibat dan bertanggungjawab dalam memulihkan Mas dengan pelan pemulihan antaranya membawa masuk tokoh asing untuk menyelamatkan Mas.‎ "Sepatutnya secara lo‎jiknya jawatan yang mereka pegang sekarang seharusnya diisi oleh warga asing yang berkebolehan kerana mereka berdua telah terbukti gagal memulihkan Mas. "Langkah melantik warga asing telah membentuk sikap hilang kepercayaan rakyat Malaysia terhadap kebolehan anak-anak Malaysia untuk diberi tanggungjawab besar demi masa depan negara," sambung beliau.

‎ ‎Mahfuz yang turut mempersoalkan adakah kerajaan turut mencadangkan untuk menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada warga asing memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal memulihkan ekonomi negara. "Najib terbukti gagal dalam memulihkan beban hutang negara yang semakin meningkat termasuk kejatuhan nilai Ringgit Malaysia. "Bagaimana pelan pemulihan Mas, Najib perlu serahkan jawatan tersebut kepada warga asing agar ekonomi negara ini kembali pulih," katanya.‎

Landskap Siasah

Posted: 09 Dec 2014 07:12 AM PST

Landskap Siasah


TPPA BAHANA NEGARA; CUKUP TERDIDIKKAH ANAK MUDA MENGENAINYA

Posted: 08 Dec 2014 09:01 AM PST



TPPA BAHANA NEGARA; CUKUP TERDIDIKKAH ANAK MUDA MENGENAINYA
Muhammad Nuruddin Bashah
Timbalan Ketua Penerangan DPPN Kedah

Tulisan ini ditaip sepanjang penulis berada di hadapan televisen menonton siaran langsung Persidangan UMNO 2014 yang sarat dengan dogma Malaysia itu UMNO dan UMNO itu Malaysia. Malah mungkin kena dengan tajuk yang penulis ingin coretkan disini iaitu apabila Presiden UMNO tercinta menyatakan "kukuhnya negara dengan kukuhnya UMNO", "Negara akan makmur dan maju jika rakyat cintakan UMNO" jika telinga penulis tidak tuli.

Cukup meluap dan lahap ucapannya namun penulis menguap dan lali kerana tiada wacana mencabar minda yang dilontarkan melainkan amaran, ugutan dan paranoid ilusi yang dicipta untuk membuatkan peserta persidangan tidak senang tidur.

Penulis menantikan lontaran cabaran bagaimana bangsa etnik majoriti Melayu menghadapi pasca kolonialimse dan neo kolonialisasi yang dihidang dalam bentuk baru. Baik dari aspek hidangan pemikiran baru yang mengubah landskap politik, masa depan rakyat mahupun dihidang melalui kelicikan perjanjian dan usaha ekonomi yang mengancam masa depan rakyat tidak kira Melayu, Cina dan India.

TPPA adalah perkara yang ingin penulis gariskan dalam tulisan ini lantaran isu ini tidak menghasilkan amarah rakyat amhupun pemimpin politik. Apabila isu tidak menghasilkan reaksi kerajaan melalui Akta Hasutan sudah memadai menandakan isu TPPA belum dipanaskan dan belum cukup menggugat keselesaan Putrajaya.


Perjanjian ini bukan sahaja bakal menguak satu lembaran baru dunia ekonomi tanpa sempadan yang mana menyaksikan negara kita akan menjadi 'alat remote control' kuasa besar kapitalis, ia juga sebenarnya bakal menyaksikan generasi muda yang hari ini masih belum memiliki kereta, belum berkeluarga, masih kerja part-time di kedai serbaneka, masih sambung pengajian sarjana, masih belum memiliki rumah suatu hari nanti selepas melepas usia yang memerlukan semua kemudahan berkenaan, sudah matang berkeluarga, mereka semua akan terperangkap dalam perangkap ekonomi liberal yang menghancurkan status quo yang sedang mereka nikmati sekarang ini.

Anak muda sudah tidak boleh dilayan sebagai pak pacak dan aktor tamabahan penambah peserta sahaja dalam himpunan atau gerakan mendesak bantahan TPPA,. Anak muda perlu dipartisipasikan dari aspek ilmiah dan intelektual. Sekurangnya jika tidak belajar tinggi, mereka peru difahamkan fakta asas kebejatan TPPA yang sedang merobek lelangit sosial mereka.

Penulis menyaksikan anak muda yang amarah dalam isu TPPA ada yang hanya bersemangat tetapi dengan minda yang separuh penuh. Bergaya dengan T-Shirt Che Guevera ke sana ke mari, berkumpul berarak dengan topeng muka V for Vendetta, atau T shirt bersuara dengan tulisan maki hamun kapitalis dalam keadaan mereka tidak difahamkan secara adil apa realiti kapitalis dan apa altenatif terbaik kepada kapitalisme yang menjerut leher mereka kelak.

Bagi penulis yang mengambil medan juang PAS, amat berbesar hati jika PAS menggerakkan seluruh jentera dan lajnahnya yang memiliki ketumbukan, kemahiran dan kepakaran tersendiri memacu isu agar rakyat bangun menghumban TPPA jauh dari kosmos Malaysia.

Isu TPPA terlalu banyak literasinya disediakan oleh penggerak gerakan NGO aliran kiri dan multi rasial. Namun dalam ketumbukan pasukan Islamis ia masih belum cukup panas dan rasanya cukup masak diwacanakan.

Ia bukan sekadar isu lajnah ekonomi atau Lajnah Penerangan, ia juga boleh dijadikan isu homofili yang disepakati semua segmen dalam PAS, tidak mengira aliran pemikiran, latar belakang pendidikan. TPPA bakal menjahanamkan kesemua sekali ala-ala Perang Amargedon. Jika ia dipacu secara bersama, manual operasi pengurusan berdasarkan objektif boleh disediakan agar semua Jabatan dan Lajnah memainkan isu ini. Lajnah tarbiah dan Dewan Ulama' boleh berwacana sehingga masak berkenaan serangan neo-kolonial ini dari aspek fiqh Nusus dan Syariah. Ia wajar dibuka kepada semua anak muda untuk diberi maklumat yang absah berkenaan bercanggahnya TTPA daripada aspek syariah Islam.

Jabatan PASTI, Amal dan lajnah Profesional, boleh melarutkan intpati anti TPPA dalam setiap program yang mereka adakan. TPPA boleh dianggap bahana yang perlu dihadapi seara komprehensif, munazzamah dan konsisten. Inilah idea yang cuba dilontar oleh penulis kali ini.

Permudahkan istilah
Bahasa susahnya adalah TPPA didefinasikan sebagai perjanjian multilateral terikat yang melibatkannegara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA adalah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsepglobalisasi.

Bahasa mudahnya selepas ni barang-barang kita dapat masuk pasaran negara ahli yang dinyatakan tadi, dengan BEBAS. Bagi yang selama nibercita-cita untuk memasarkan produk mereka ke luar negara akhirnya akan tercapai melalui TPPA.Manakala barangan negara lain juga mudah masuk ke negara kita malah dengan harga tertentu (mungkin terlalu rendah) yang menyukarkan peniaga tempatan meletak harga.

Sifir mudah TPPA
Umumnya TPPA meliberalkan serta mengurangkan kuasa kerajaan tempatan serta menaikkan pengaruh syarikat gergasi luar negara dalam perkara :
  1. perkhidmatan,
  2. Pelaburan dan saham tempatan,
  3. peraturan ke atas Korporat Kaitan Kerajaan (GLC),
  4. Peraturan Industri Kecil dan Sederhana (SME)
  5. dan Hak Milik Intelektual.

Kesannya pula secara umum untuk difahami:
  1. Harga ubatan meningkat
  2. Nilai Hartanah meningkat
  3. Kerajaan kurang kedaulatan -mudah disaman syarikat luar
  4. Petani tempatan kurang ruang ekonomi, diasak barangan luar negara
  5. Kesihatan terancam - makanan lambakan remeh/ sintetik.
  6. Industri tempatan, kecil dan sederhana diasak, dikawal peraturan kerana saham dikawal oleh pihak kapitalis luar negara.
  7. Rasuah boleh menjadi-jadi untuk memenuhi kehendak piawaian kapitalis luar negara.
  8. Peniaga kecil musnah- peluang pekerjaan mengucup dan pengangguran mungkin berlaku.
  9. Budaya tempatan, agama terhakis kerana arus global yang menguasai segenap sendi sosial.

Bagaimana kesan-kesan ini berlaku?

Pemimpin generasi akan datang bakal disaman?
Anak muda adalah keompok utama yang perlu diberi kesedaran. Mereka adalah generasi yang bakal menerima impak maksima TPPA. Siapakah yang bakal menerajui negara ini jika bukan anak muda hari ini? Jika TPPA ditandatangani, kemungkinan mereka sebagai pemimpin masa dean berhadapan dengan ancaman disaman oleh syarikat trans nasional gergasi. Lihat sahaja syarikat rokok Philip Moris yang menyaman kerajaan Australia kerana kerajaan Australia mengarahkan rokok dijual dalam kotak kosong bermula 1 Disember 2012. Begitu juga nasib Uruguay kerana kerajaan tersebut mebgarahkan iklan kesihatan diletak pada kotak rokok sebanyak 80 % sehingga menenggelam hiasan kotak yang menggiurkan selera perokok. Hal yang sama bakal berlaku di Malaysia kerana iklan sedemikian juga dilakukan oleh kerajaan malaysia.

Pada Mei 2011 Jerman mengumumkan bakal menamatkan program nuklear menjelang 2022. Akibatnya syarikat Sweden Vattenfall mengumumkan akan menyaman Jerman sebanyak RM 4.6 billion!

Isu yang menjadi kebimbangan adalah mekanisme penyelesaian pertikaian pelabur (inventor state dispute settlement ) ISDS yang merestui pelabur mencabar undang-undang dalaman sesebuah negara walaupun diluluskan dalam parlimen dan untuk matlamat kebaikan warganegara negara berkenaan.

Negara-negara TPPA mesti bersetuju untuk membenarkan syarikat luar mengambil tindakan saman di tribunal arbitrasi antarabangsa (International Center for Settlement of Investment Disputes yang bertapak di Washington) untuk menuntut pampasan disebabkan eskpropriasi (expropriation). Eskpropriasisecara mudah untuk anak muda faham didefinasikan sebagai tindakan kerajaan kita yang mungkinmerampas harta dan membatalkan kontrak atau tindakan dan polisi kerajaan yang memberi impak pengurangan keuntungan kepada syarikat gergasi luar negara. Maka "Eskpropriasi" inilah musuh kepada kapitalis walaupun tindakan ini menyelamatkan keseihatan, keselamatan, budaya dan agama rakyat tempatan.

Industri di bawah kawalan TTPA

Pengasas bersama Badan Bertindak Bantah TPPA Anas Alam Faizli pernah menyatakan bahawa, generasimuda tidak boleh mengelak diri daripada wacana bencana TTPA. Beliau menggariskan impak TPPA terhadap dunia industri yang menjadi punca pendapatan negara kerana rundingan ini akan akan memberi kesan kepada perolehan kerajaan, industri kecil dan sederhana. Hal ini ini kerana TPPA bakal memegang lebih 80% industri di Malaysia.

Misalnya dalam hal industri juga isu SOE (State Own Enterprise) TTPA menghakis pengaruh kerajaan terhadap saham tempatan. Mana-mana SOE dimana kerajaan punya saham didalamnya, TPPA menetapkan kerajaan tidak boleh menentukan dasar yang memihak kepada pelabur tempatan.

Kesan parah akan berlaku ke atas syarikat GLC dan SME tempatan. Mengikut TPPA, sebarang layanan istimewa kepada syarikat tempatan untuk mendapat sebarang kontrak kerajaan akan dianggap menyalahi TPPA kerana tidak memberi "fair and equitable treatment".Anak muda hari inilah yang bakal menerajui GLC dan hak-hak yang wajar mereka perolehi akan terhakis.

Kesihatan generasi akan datang musnah

Tahukah kita mengapa penyakit kenser boleh dikatakan amat kurang zaman dahulu? Perlukah nenek moyang kita memakan deadoran untuk elak bau badan? Rasanya tidak perlu kerana bahan makanan yang tiada bahan sentetik dan bahan kimia boleh menghasilkan badan yang sihat, bau badan yang kurang. Kini dari hujung rambut hingga kaki perlukan pewangi dan pembasuh kerana badan kita menyahkan toksik dan menghasilkan bau tidak menyenangkan.
Akan datang makanan sentetik akan bercambah lagi. Generasi akan datang akan lebih tenat lagi. Dengan termeterainya TPPA, segala bahan asas yang berasaskan kimia akan dibawa masuk ke tanah air kita seperti
GMO (Genetically Modified Organism) yang terkandung dalamberas, kacang soya, tumbuh-tumbuhan dan banyak lagi.

GMO adalah bahan asas atau makanan yang telah diubah secaragenetik menggunakan bahan-bahan kimia yang mampu mendatangkan bahaya kepada sesiapa yang memakannya. Hari ini kerajaan mungkin masih mampu menghalang bahan- bahan berbahaya ini dijual kepada umum. Akan datang?....

Ubat tidak bersifat ubat lagi
Ubat adalah untuk sesiapa yang perlu dan sakit. Malah menjadi dasar sesebuah negara untuk mengagih ubat secara adil, murah, mudah untuk rakyatnya sendiri. CAP serta banyak NGO lain telah memberi senarai Garis merah berkenaan ancaman TPPA antara yang popular adalah isu kenaikan harga ubat-ubatan kerana pemanjangan tempoh paten atau hak cipta ubat berjenama.

TPPA bersifat melindungi harta intelak dan ia berlaku secara melampau sehingga sesuatu penemuan, kajian itu kelihatan tidak lagi memberi harapan atau manfaat kepada masyarakat dunia sebaliknya tujuan penemuan dan kajian lebih kepada mengumpul kekayaan, laba akibat pemanjangan paten sesuatu penemuan dan kajian. Bukankah tujuan sainstis membuat kajian untuk manfaat masyarakat? Kapitalis telah memesong tujuan asal budaya saintis kepada budaya membolot keyaan peribadi. Anak muda yang sihat wal afiat hari ini suatu hari mungkin akan bergantung dengan ubat kolesterol, buah pinggang, jantung dan sebagainya. Mereka akan berhadapan dengan kos harga ubat yang begitu mahal sehingga kerajaan sendiri tidak mampu menampungnya dengan subsidi.

Satu kajian yang dilakukan oleh Oxfam pada 2007. Dalam tempoh 5 tahun sejak Jordan menguatkuasakan TRIPS-Plus hasil perjanjian US-Jordan Free Trade Agreement (FTA), harga ubat-ubatan dalam pasaran meningkat 20 peratus, tanpa sebarang pembaharuan pun di dalam inovasi ubatan seperti yang didakwa oleh golongan pro-TPPA.

PAS dan gerakan islam perlu sedarkan anak muda apa itu ubat generic (yang murah) yang sedang membantu hayat ibu dan bapa mereka. Suatu hari nanti ubat generic kian sukar diperolehi dan mereka (anak muda) akan terima habuannya.

Harga hartanah akan meningkat

Antara cita-cita besar anak muda tentunya ingin memiliki tanah sendiri, kenderaan sendiri. Hari ini FOMCA melaporkan sejumlah 47 peratus pekerja muda di negara ini ibebani jumlahhutang yang begitu serius. Malah lebih 53% rakyat Malaysia tidak mempunyai apa-apa aset kewangankerana tidak mampu dan dibebani hutang berpanjangan. Bagaimana dengan keadaan akan datag dengan adanya TPPA?

Pengarah Penyelidikan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Azlan Awang berkata, apabila kerajaan menyertai TPPA, Bank Negara Malaysia (BNM) tidak boleh lagi mengawal aliran keluar masuk wang dari luar negara untuk pelaburan di negara ini kerana antara klausa dalam perjanjian itu ialah aliran modal yang bebas.

Hari ini rralitinya ramai anak muda tidak mampu membeli rumah sekarang kerana rumah dijadikan satu barangan komoditi untuk dispekulasi oleh spekulator tempatan kerana kelemahan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT), kurangnya pengawalan penggunaan duit pasaran gelap dan kelonggaran pinjaman oleh institusi perbankan. Hal ini dianggap serius walaupun baru penangan daripada spekulator tempatan.

Akan datang selepas Malaysia tandatangani TPPA, wang yang besar akan datang dari luar negara. Pelabur asing boleh melabur dalam industri sebenar, pasaran saham dan hartanah.Harga hartanah akan dimanipulasi oleh pelabur asing. Hal ini tidak boleh disangkal lagi.

Ancaman budaya dan agama

Generasi anak muda telah berhadapan dengan suatu perubahan sosial dan penjajahan budaya selepas proses globalisasi berlaku sejak era awal milenium.

TPPA adalah bentuk baru kehadiran globalisasi yang bejat tetapi secara terhormat, rasmi dan berkuasa kerana ia adalah perjanjian. Perjanjian ini adalah janji setia kita untuk menerima tanpa sekatan sebarang lambakan nilai, budaya dan agenda kapitalis antarabangsa. TPPA adalah bentuk batu globalisasi. J A Scholte (2002) dalam bukunya menyimpulkan globalisasi sebagai internasionalisasi, liberasi, universalisasi, westernisasi atau modernisasi (lebih banyak dalam bentuk Americanised) dan globalisasi sebagai penghapusan batas-batas kewilayahan (atau sebagai persebaran supra-teritotorialitas).

Filem tanpa tapisan adalah antara ombak besar yang bakal merosakan generasi muda. Seperti yang dinyatakan diatas, harta intelak dan copyright pengeluar filem dipertahan sehingga sebarang tindakan menapis dan mengurangkan babak yang merosakkan filem asal boleh disaman oleh pengeluar filem berkenaan.

Ternyata daripada sedikit hujah di atas, anak muda adalah antara generasi yang bakal terancam dari segala aspek.
Di sinilah peranan PAS mencelikkan anak muda berkenaan penangan bejat TPPA. Ia isu kita bersama. Ia isu Islam!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan