Cucu Tok Selampit Posted: 08 Nov 2014 01:23 PM PST Karnival Dan Kenduri Rakyat - Seeloknya Makan Semeja Dengn Rakyat Posted: 08 Nov 2014 03:34 AM PST Tahniah kepada pihak penganjur kerana mengadakan Karnival & Kenduri Rakyat Bersama JKKKP Kampung Melayu Subang. Program telah berlangsung di Pengkalan TUDM Subang. Tokoh-tokoh UMNO Selangor turut turun memeriahkan majlis seperti YB DS Noh Omar, Dato' Zein Isma dan YB Hajjah Halimaton Saadiah. Pada pandangan CTS kalau majlis sebegini diadakan dengan nama dan untuk Rakyat, maka hendaklah Rakyat kita utamakan.
Bukankah lebih elok makan semeja dengan Rakyat. Duduk dekatkan diri dengan Rakyat dan menyelami masalah mereka. Lebih elok kalau turut beratur mengambil makanan sekali dengan Rakyat. Jangan kita buat program syok sendiri. CTS tidak ada niat untuk membelasah atau membuat posting menjatuhkan UMNO Selangor. CTS sayang negeri Selangor. Cumanya kita perlu sedar, UMNO/BN adalah pembangkang di Selangor. Sistem kasta seolah-olah kita masih menjadi Kerajaan Selangor janganlah diteruskan. | |
PEJUANG BANGSA Posted: 08 Nov 2014 11:23 AM PST 7 TAHUN PERINTAH , ADUN KERAJAAN DAP TERKEDU DITANYA RUMAH KOS RENDAH DIBINA Posted: 07 Nov 2014 11:00 PM PST
Ini lah soalan maut yang hingga kini tak mampu dijawab langsung Adun2 PR di P.Pinang.
Kalau ditanya kepada CM Penang , dia akan ulang ayat walaupun 100 kali pun iaitu Kerajaan Negeri Pulau Pinang telag melancarkan dana RM500 juta untuk projek pembinaan rumah mampu milik di Batu Kawan
Namun selepas hampir tiga tahun, tiada tanda-tanda projek pembinaan ini akan dilaksanakan.
Itu terbukti kerajaan DAP ditadbir Guan Eng ini cakap tak serupa bikin atau selalu disebut macai PR iaitu " JANJI DICAPATI "
- Wakil rakyat DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas tergamam apabila diminta menunjukkan jumlah rumah mampu milik dan kos rendah yang telah dibina untuk rakyat negeri ini sepanjang tujuh tahun memerintah.
Mereka sebelum itu membuat tuduhan melulu apabila Pengerusi Perancangan Bandar dan Desa dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo mendakwa, Kerajaan Pusat gagal melaksanakan projek perumahan mampu milik di negeri ini.
Tuduhan berkenaan menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid bangun dan meminta kerajaan negeri menyatakan jumlah rumah kos rendah yang sudah dibina dan jika ada, beliau ingin tahu lokasinya.
Jahara (BN-Teluk Air Tawar) berkata, jika kerajaan DAP Pulau Pinang menuduh Kerajaan Pusat gagal dalam isu rumah mampu milik dan kos rendah di negeri ini, kerajaan negeri juga gagal kerana tidak membinanya.
"Sekiranya kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan dasar perumahan yang akan dilaksanakan Kerajaan Pusat, maka rundingan perlulah dilakukan dan bukannya membuat tuduhan tanpa asas," katanya ketika mencelah dalam sesi soalan lisan Yeoh Soon Hin (DAP-Paya Terubong) dalam Sidang DUN, di sini hari ini.
Jahara kemudian menjelaskan, Barisan Nasional (BN) akan melaksanakan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) di negeri ini bagi membantu rakyat memiliki kediaman sendiri pada harga mampu milik.
Katanya, wakil rakyat BN boleh memberi jaminan bahawa PRIMA akan dilaksanakan di negeri ini dan Kerajaan Pusat akan menunaikan janji terhadap rakyat kerana jika tidak ia akan memberi tamparan hebat terhadap BN.
| SIDANG DUN : GANTUNG ISZUREE UNTUK TUTUP MULUT ISU RAKYAT PP - BN @dzainalabidin Posted: 07 Nov 2014 10:09 PM PST Isu penggantungan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim oleh kerajaan DAP Pulau Pinang bulan lalu kembali panas apabila dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Iszuree Ibrahim Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid mempersoalkan keputusan berkenaan kerana menurutnya Iszuree yang juga Setiausaha Pas negeri hanya membangkitkan isu rakyat dan memperjuangkan prinsip demokrasi tetapi telah 'dihukum'.
Jahara (BN-Teluk Air Tawar) berkata, tindakan menggantung Ahli Majlis MPPP belum pernah berlaku dalam sejarah negeri ini dan bertentangan dengan slogan pakatan pembangkang yang kononnya memperjuangkan kebebasan dan demokrasi.
"Di sini kita melihat penggantungan Iszuree sebagai satu hukuman dan usaha menutup mulutnya daripada terus membangkitkan masalah rakyat dan isu yang membelenggu mereka di negeri ini," katanya.
Iszuree yang juga Bendahari Pas negeri bulan lalu digantung daripada tugasnya dan dilarang daripada menyertai mana-mana jawatankuasa kecil MPPP selain peruntukannya juga dibekukan kerana didakwa mengkritik dasar kerajaan DAP Pulau Pinang dalam Muktamar Pas di Johor.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Negeri, Chow Kon Yeow kemudian menjelaskan, keputusan berkenaan diambil kerana Iszuree telah membuat kenyataan tidak benar mengenai dasar kerajaan DAP negeri dan beliau tidak menggunakan saluran betul untuk membangkitkan masalah rakyat.
"Iszuree telah membangkitkan perkara tidak benar dalam kongres partinya dan tiada wakil kerajaan negeri yang boleh menjawab ketika itu. Lagipun apa yang dibangkitkan itu tidak benar," katanya.
Jahara kemudian terus mengasak Kon Yeow dengan mempersoalkan adakah kerajaan DAP Pulau Pinang menggunakan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) dalam menangani isu berkenaan kerana Iszuree seolah-olah menjadi mangsa.
Kon Yeow kemudian mengesahkan keputusan menggantung Iszuree dibuat selaras dengan prinsip berkenaan.
Sementara itu, wakil tunggal Pas dalam DUN, Datuk Mohd. Salleh Man (Pas-Permatang Pasir) hanya berdiam diri walaupun Iszuree dirujuk sebagai bercakap bohong dalam DUN. | |
Taipingmali (tm) Posted: 08 Nov 2014 01:28 AM PST |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 07 Nov 2014 11:33 PM PST SANTAI PAGI SABTU: ANAK-ANAK ANWAR DITEMUI, TOLONG JANGAN GELAK! Posted: 07 Nov 2014 05:15 PM PST Mungkin ini rupa anak-anak ber DNA kan Anwar. Dah besar yer mereka.
Anak-anak ini perlu diberi makan-minum namun disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat, anak-anak ini terpaksa diheret ke jalanan berdemo menuntut hak-hak mereka.
Mereka ni perlu diberi nafkah berterusan kerana menjadi hakim-hakim negara memerlukan biaya yang agak besar.
Mereka selama ni menuntut pendidikan dan PTPTN percuma, barang murah, kereta berjenama yang harganya murah dan segala bentuk pemberian berkebajikan sama seperti negara Finland, Ostolia, Amerika dan United Kingdom.
Mereka juga nakkan minyak murah macam di Arab Saudi, Qatar takpun macam Venezuela.
Semua ini ade kerajaan Malaysia mampu nak beri?
Jawapan tidak!
Jadi mereka hanya berharap bapa DNA mereka; Anwar bin Ibrahim jadi Perdana Menteri agar mereka akan dapat segala-galanya percuma.
Duit Petronaskan banyak...gunakanlah untuk bagi semua percuma pada rakyat...kenapa bagi pada kroni, Rosmah bla...bla...bla?
Hahahah sarkastik! | |
The Unspinners Posted: 07 Nov 2014 11:20 PM PST Hadith Bukhari sebut Rasulullah laknati "cross dresser"!!! Posted: 07 Nov 2014 08:00 PM PST Beberapa laporan lebih lanjut berkaitan keputusan Mahkamah Rayuan yang 'mengiktiraf' hak transgender menyebutkan bahawa ia berdasarkan penjelasan daripada ahli psikiatri berkaitan Gender Indentity Disorder, atau Gender Dysphoria - lelaki yang terperangkap dalam tubuh seorang wanita dan sebaliknya. Jika demikian, barangkali perbahasannya dari sudut pandang Islam adalah berkaitan khuntsa musykilah walaupun ia sendiri lebih mengarah kepada ambiguous genitalia (alat kelamin yang samar-samar). Pada orang dengan DIB - DIS, banyak research menunjukkan ada faktor genetic, neurohormonal dan psychosocial yang terlibat. Sebenarnya ia topik yang complicated dengan batas yang tidak jelas (grey area), ditambah pula dengan kewujudan kelompok gay, lesbian & bisexual. Faktanya kewujudan golongan transgender ini nyata dan mendakwa bahawa diskriminasi telah menyebabkan banyak di antara mereka yang menjadi 'pekerja tidak bermoral' seperti di kawasan Bukit Bintang, Lorong Haji Taib, Taman Lawang dll. Di sisi yang lain, misalkan di Indonesia, telah wujud Pesantren Waria (wanita pria) di Yogyakarta yang mengadakan pengajian agama dengan kerjasama Nahdatul Ulama dan kegiatan usahawan industri kecil di kalangan waria. Beberapa transgender pula pernah membuat kehebohan dengan berangkat mengerjakan haji seperti Sukisno, pemilik salon Novi di Bojonegoro, Jawa Timur. Tentulah persoalan transgender ini akan semakin complicated ketika berbicara soal hak untuk berumahtangga dan pengiktirafan perkahwinan, hak menduduki jawatan-jawatan penting, klasifikasi jantina ketiga : transgender dan seterusnya. Masih banyak yang perlu dibincangkan berkaitan dengan golongan ini dan ia akan semakin jelas jika golongan agamawan, ahli perubatan & ahli undang-undang dapat melihat dalam perspektif (sudut pandang) yang sama. ------------------------------- Mesej Whats App di atas sedang tersebar. Adakah ianya usaha puak transgender untuk pertahankan Mahkamah Rayuan? ------------------------------- Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengistiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan perlembagaan sebagai tindakan mencabar hukum Allah S.W.T. Menurut beliau, lelaki berpakaian seperti perempuan atau pun sebaliknya adalah salah satu perkara yang amat bertentangan dengan ajaran Islam justeru ianya perlu disekat. Katanya, tindakan Mahkamah Rayuan itu diibaratkannya sebagai menghalalkan perkara yang haram dan ianya akan menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam. "Ianya adalah kehendak dan juga hukum agama Islam bukannya adat untuk kita sesuka hati menghalalkan. Haram untuk lelaki menyerupai wanita. "Saya amat sedih, udang-udang tersebut diwujudkan bagi menjaga akhlak orang Islam untuk tidak melanggar hukum syarak Islam. Tetapi sekarang ianya seperti dihalalkan. "Dengan keputusan yang dibuat, masyrakat khususnya orang Islam akan bebas melakukan dosa dan melanggar syarak Islam tanpa rasa takut. Jangan kita mengundang bala" katanya ketika ditemui di pejabatnya pada Jumaat. Dr. Harussani juga turut menasihatkan orang ramai untuk memahami ilmu agama dengan lebih mendalaman supaya setiap perbuatan tidak akan bercanggah dengan fahaman agama Islam. "Saya harap orang ramai faham kehendak agama, belajar dan kenal Allah S.W.T serta hukum-hukumnya. "Memang kita digalak menjadi liberal, tetapi liberal dalam soal pembangunan, jangan sampai kita mencabar tuhan dan mengubah hukumnya sendiri," ujarnya. ---------------------------- Hadith berkenaan cross dresser jelas: عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنْ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنْ النِّسَاءِ وَقَالَ أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُمْ قَالَ فَأَخْرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فُلَانًا وَأَخْرَجَ عُمَرُ فُلَانًا - رواه البخاري Dari Ibnu Abbas ra berkata, bahwasanya Rasulullah SAW melaknat mukhannasin (laki-laki yang menyerupai perempuan) dan mutarajjilat (perempuan yang menyerupai laki-laki). Beliau bersabda, "Keluarkanlah mereka dari rumah-rumah kalian." Maka Rasulullah SAW mengeluarkan Fulan dari rumahnya dan Umar juga mengeluarkan Fulan dari rumahnya. (HR. Bukhari)
Tak taulah apa lagi nak dipertikaikan melainkan mereka puak anti Hadith yang senagaja mempersoalkan kebolehan ulamak, dan institusi ugama dalam menganisa 700,000 hadith untuk tahu mana yang sahih dna mana tak sahih. Tanpa ilmu dan penghayatan, ingat mereka sendiri sudah hebat untuk interpretasi sendiri quran dan hukum sendiri. Kalau pandai, kenapa main buang semua hadith? Nampak sangat ilmu tak cukup ... Rasanya penghayatan Islam tiada dalam jiwa masing-masing. Mereka ni sembahyang ke? | Adakah Kebebasan Asas mengatasi kuasa Mahkamah Syariah? Posted: 07 Nov 2014 04:58 PM PST Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan. Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyampaikan keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal. Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita. Keputusan berkenaan disambut dengan gembira oleh para penyokong dan kumpulan transgender yang hadir di mahkamah hari ini. Kes berkenaan difailkan oleh Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, pada 2 Februari 20122, untuk mencabar kesahakan peruntukan terbabit. Mengikut Seksyen 66, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam bulan penjara dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Syariah. Mereka menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan, pengarah jabatan agama Islam negeri, pengarah penguatkuasa syariah dan ketua pendakwaan sebagai responden. Mereka turut memohon perintah mahkamah untuk menghalang penahan dan pendakwaan ke atas mereka. Mahkamah Tinggi Seremban yang menolak permohonan tiga individu berkenaan memutuskan bahawa agar hak tersebut diketepikan kerana mereka dilahirkan sebagai lelaki Islam dan perlu mengikut undang-undang dan ajaran agama. Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan hari ini turut dianggotai Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan - MK---------------------Ada Article 121 (1A) yang dimasukkan dalam pindaan perlembagaan pada tahun 1988 berbunyi:The courts referred to in Clause 1 [High Court] shall have no jurisdiction in respect of any matter within the jurisdiction of the Syariah courts.Dan article seterusnya mengenai kuasa Mahkamah Rayuan dan Mahkamah persekutuan hanya berhubung dengan kuasa Mahakmah Tinggi dan bukan Mahkamah Syairiah.Tambah lagi: artikel 11 (3)(A) menyebut setiap ugama ada hak untuk mengurus dan tadbir ugama masing-masing dengan Islam mempunyai kuasa Mahkamah Syariah dari sebelum wujudnya Perlembagaan Persekutuan.Malah Artikel 8 berhubung "Equality" mempunyai perkara (5) (b) yang mengatakan klausa berhubung kesaksamaan tidak merakumi urusan pentadbiran ugama syariah. Maka adakah Seksyen berhubung Fundamental Liberties boleh melebihi kuasa Mahkamah Syariah???BACA PERLEMBAGAAN MALAYSAI DI SINI | Sekolah Demokrasi patut tanya Dyana pasal gambar ini Posted: 07 Nov 2014 04:30 AM PST Sekolah Demokrasi akan bertemu maka eloklah sapa yang mahu hadhir tanya Dyana betul ke dia ada hubungan sulit dengan Zairil. Sebab lepas tengok gambar tu rupanya mereka bermesra bukan sekali tapi banyak kali... Sampai bila nak menyorok Zairil dan Dyana???? | PAS tibai DAP kerana masuk campur hal dalaman Posted: 07 Nov 2014 12:24 AM PST Henti bangkit soal remeh, PAS selar Guan EngNAZRI ABDULLAH | 05 November 2014. KUALA LUMPUR: PAS melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyerang Presiden PAS secara terbuka. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, tindakan Guan Eng yang membangkitkan soal ketidakhadiran Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, merupakan perkara remeh yang tidak perlu diperbesar. "Perlu diingat, kerjasama dalam konteks tahaluf siyasi adalah antara parti dengan parti, bukan individu dengan individu. "Jika secara perbandingan, sejak 2008 Guan Eng lebih banyak tak hadir ke mesyuarat PR berbanding Tuan Guru Abdul Hadi. Tetapi itu bukan isu besar," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily. Mustafa menjelaskan, setakat ini tidak pernah berlaku sesuatu keputusan tidak dapat dibuat sekalipun kedua-dua mereka tidak hadir ke mesyuarat. Hakikatnya, setiap wakil parti ujarnya sentiasa datang ke mesyuarat dan keputusan boleh dibuat tanpa sebarang masalah. "Antara yang selalu hadir ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar yang mempengerusikan mesyuarat, Lim Kit Siang sebagai wakil DAP dan saya sebagai wakil PAS. Tidak ada masalah," jelasnya. Menurut Mustafa lagi, pemimpin mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat termasuk Guan Eng sepatutnya berpegang kepada etika bahawa tidak boleh campur tangan dalam isu dalaman parti lain. "Semua parti ada masalah dalaman. Tapi biar masing-masing parti selesaikan sendiri masalah mereka tanpa campur tangan luar. "PAS sendiri tidak pernah campur tangan isu dalaman DAP. Saya minta beliau hentikan tindakan membangkitkan isu remeh temeh ini," tegas beliau. - HARAKAHDAILY 5/11/2014 Memang di abanyak lansi sekarang | LIVE dari Putrajaya: Tiada usaha nafi liwat, Hanya cari silap teknikal untuk lepas Posted: 07 Nov 2014 12:13 AM PST Baca pembentangan semalam di SINI, SINI dan SINI. Oleh kerana sumber yang diambil adalah Twitter LFL ddan Mkini maka laporan mereka tak sepenuh. Banyak insiden di mana Hakim banyak persoalkan kenyataan2 peguam yang tidak di laporkan. Ram karpal paling ketara terganggu dan gelabah dengan soalan2 hakim. Di samping itu paling ketara pihak pembelaan tiada usaha untuk nafikan perbuatan anwar tapi hanya cuba menimbulkan keraguan atau create reasonable doubt. Maka bayak isu petty yag ditimbulkan dan diolah balik hujah-hujah sama di perbicarran di mahkamah rayuan dan tinggi. Maka tiada point of law yang utama telah ditimbulkan. Semua hanya modal untuk wayang politik!!! Jam 1557: Mahkamah kata pihak Pembelaan tiada isu baru maka Shafee tak perlu pembentangan baru 1533; Shafee not allowed to reply as no new issue raised. Hearing ends! Decision day to be announced. Jam 1550: Gopal kata mahkamah kena terima terima konspirasi? Jam 1341: Anwar should be forgiven for alleging conspiracy - he was convicted, jailed but ultimately acquitted. Now charged for similar offence. Now Anwar being hounded again by a complainant who is without merit & should not be believed. So he should be allowed to say conspiracy 3.38pm: Gopal says Shafee had criticised Anwar for saying it is a conspiracy and he (Anwar) should be forgiven as Anwar had been charged with a similar offence with a person who had provided questionable testimony in 1998. Only the Federal Court, he says, had in 2004 acquitted Anwar of the offence by a 2-1 majority judgment, only for Anwar to be charged again for a similar offence with a different person. He adds that Anwar is being hounded by the prosecution on the strength of a witness whose evidence cannot stand up to the truth. Gopal thanks the panel and concludes his submission. Jam 1546: Eh ... baru nak sembahyang zohor ke? Tak mahu solat Jumaat sama dengan anwar di masjid? Gambar tenggahhari tadi. Rasanya solat hajat untuk Anwar Jam 1537: Masih dengan konspirasi untuk burukkan Saiful. Mereka tak mahu usaha nak buktikan anwar tak liwat tapi hanya untuk buat teori konspirasi dan create reasonable doubt.Jam 1531; Saiful is an accomplice that demands corroboration, motive & embellishments, allegation easily made but difficult to rebut. Corroboration is only required if witness was credible. Saiful is a worthless witness, a man devoid of any credibility. Having regard to missing carpet etc - Saiful's credibility in serious doubt. Saiful in group photo, serving tea etc rebut his evidence that it was "tanpa kerelaan". 3.23pm: The former federal court judge says Saiful should be considered an accomplice. Gopal says with regard to the embellishment the complainant put on Anwar, and given the circumstances of the case, the element of motive and the allegation made can be easily rebutted. "Saiful is indeed a witness whose testimony requires corroboration. "There is serious doubt the offence took place at all, he is a man whose credibility is in doubt. Once credibility is lacking, corroboration is irrelevant," he adds. Jam 1534: Masih menegakkan benang basah Jam 1520: Gopal Sri Ram - Dr Osman s evidence must have been consistent with his stmt to the police - that's why no impeachment. In response to Shafee saying no need to impeach Dr Osman - prosecutor must not have been confident to impeach Dr Osman. Grave injustice for CoA to discredit Dr Osman's evidence, qualification etc. Saiful is an accomplice that demands corroboration, motive & embellishments, allegation easily made but difficult to rebut 3.20pm: Gopal defends Dr Osman's testimony as being the same as the statement he gave to the police and there is no need to impeach him. He adds this shows the doctor was an honest and credible witness. Kah kah kah ... sakit perut ma Jam 1524: Sekarang tak salah pondan pakai baju perempaun. Baca MMO SINIJam 1520: Tak tahu kenapa semasa di masjid, dia perlu solat tak jauh dari Tun Mahathir. Sap belakang saja .... Nak minta Tun M selamatkan dia? Dah terbayang ke? Anwar sembahyang di masjid Mizan dan berjalan ke mahkamah. Dalam 2.40 tadi ada kumpulan kecil yang biat Yaasin Hmmm ... sikit saja. macam ... | |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 07 Nov 2014 09:39 PM PST Fahmi Zainol Terbukti Pengecut, Hanya Berani Dengan Pagar Sahaja Posted: 07 Nov 2014 05:58 PM PST | Takdir Tuhan, Temukan Mereka Berdua Dalam Satu Masjid Posted: 07 Nov 2014 12:40 AM PST
Jika Anwar ke dalam, penyokong PKR perlu terima hakikat. Allah SWT lebih Mengetahui segalanya, yang terbaik untuk negara ini. Usah menyalahkan takdir yang sudah ditetapkan. Dulu keluar ingatkan hendak berubah, rupanya kembali ulangi perbuatan sama. Terimalah Qada & Qadar Tuhan. | Satu Lagi Serangan Pemikiran, Boikot Khutbah Jumaat Posted: 06 Nov 2014 11:00 PM PST 1) Apa tujuan dan motif cerita Samad Said ini ditulis Malaysiakini? 2) Mahu memecah belahkan umat Islam Malaysia agar jangan solat jumaat di masjid yang khutbahnya semuanya dalam Bahasa Melayu? 3) Sebagai pejuang bahasa dan sasterawan, tindakan Samad Said mempolitikkan khutbah jumaat ini adalah satu tindakan tidak bermaruah dan terlalu "desperate" 4) Tidak perlu mempolitikkan solat jumaat, ini salah satu lagi serangan halus untuk mendidik fahaman liberal dan pluralisme di negara ini. 5) Selepas isu sentuh anjing, pesta arak dan kini mereka mahu pertikai pula khutbah jumaat. Amat jahat sekali rancangan besar kumpulan liberal ini. Itu pun ada orang Melayu masih tidak nampak? | |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 07 Nov 2014 09:17 PM PST |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 07 Nov 2014 03:19 PM PST (Foto) Aksi ghairah pasangan dalam LRT dirakam Posted: 07 Nov 2014 06:01 AM PST Seorang pelayar web stomp, Farhanah telah merakamkan aksi ghairah sepasang kekasih di dalam keretapi dan berkongsi foto tersebut di dalam web berkenaan. Aksi ghairah terlampau berlaku dalam keadaan yang amat memalukan dengan pasangan lelaki meramas payudara teman wanitanya sambil bercumbuan. Farhanah menulis: "Saya lihat pasangan ini berkelakuan tidak senonoh. "Mereka terus melakukannya walaupun menyedari perlakuan tersebut disedari ramai penumpang lain." Stomp.sg | Rakyat hakim negara Posted: 07 Nov 2014 05:53 AM PST | Gadis hamil, lahir anak 'benih' ayah kandung Posted: 07 Nov 2014 04:01 AM PST KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan tidak layak digelar bapa apabila sanggup bertindak di luar kewarasan dengan merogol anak gadisnya sendiri sehingga melahirkan dua orang anak, yang kini masing-masing berusia empat tahun dan dua bulan.
Semalam, di Mahkamah Sesyen berasingan, dia yang berusia 49 tahun itu mengaku salah atas dua pertuduhan merogol mangsa, yang merupakan anak kedua daripada sembilan beradik.
Bagi pertuduhan pertama di Mahkamah Sesyen 2, dia yang beralamat di Marang, mengaku salah merogol mangsa yang ketika itu baru berusia 14 tahun sebulan.
Dia mengaku salah di hadapan Hakim Murtazadi Amran melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam semak di belakang sebuah sekolah di Marang, antara jam 1 petang dan 6 petang, pada September 2009.
Mengikut pertuduhan kedua pula di Mahkamah Sesyen 3 di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman pula, dia mengaku salah mengulangi perbuatan sama ke atas mangsa di lokasi dan waktu yang sama, pada Disember 2013 yang mana ketika itu mangsa berusia 18 tahun.
Dengan itu, dia mengaku salah melakukan perbuatan yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan tidak kurang 10 sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Bagaimanapun, kedua-dua hakim menetapkan 8 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula bagi hukuman sementara menunggu laporan lengkap ujian DNA. Bagaimanapun, sebarang jaminan tidak ditawarkan.
Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Nazlyza Mohamad Nazri. | 200 diperkosa Posted: 06 Nov 2014 10:01 PM PST Mangsa - termasuk 80 pelajar perempuan - dijadikan 'tebusan' selepas seorang daripada anggota tentera Sudan dilaporkan hilang.
Seorang penduduk di petempatan Tabit berkata, beberapa jam selepas kehilangan itu dikesan, pasukan keselamatan Sudan memberi tempoh sehingga senja kepada orang kampung untuk mengesan rakan mereka.
"Kami terkejut apabila tentera mengepung kampung kira-kira jam 8 malam.
"Mereka memukul orang ramai dengan senapang dan menghalau semua lelaki keluar dari kampung," katanya.
Selepas itu, kata saksi, tentera Sudan mula merogol kira-kira 200 wanita dan kanak-kanak.
Katanya, serangan itu berlaku dari awal malam Jumaat hingga jam 4 pagi Sabtu.
Pada pagi Jumaat, katanya, seorang komander tentera datang ke Tabit dan mendakwa ada anggotanya hilang pada petang Khamis.
AllAfrica.com melaporkan, komander terbabit menuntut penduduk kampung menyerahkan anggota yang hilang itu.
Kata saksi, pegawai tentera itu mengakui anggotanya melakukan jenayah seksual di situ dan meminta maaf kepada mangsa. | Wanita Rayu Perompak Tidak Dirogol Posted: 06 Nov 2014 07:30 PM PST PORT DICKSON – Seorang perompak merogol dan menyamun seorang wanita yang juga pekerja kedai serbaneka 24 jam, di sini, awal pagi kelmarin.
Ketika kejadian jam 6.15 pagi itu, mangsa berusia 20-an hanya mampu menangis dan merayu supaya tidak dirogol, namun tidak dihiraukan suspek bersenjatakan sebilah pisau terbabit.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa dan seorang pekerja lelaki berusia 20-an bertugas di kaunter pembayaran sebelum didatangi suspek.
Menurut sumber, lelaki itu yang memakai topi keledar mengacukan pisau kepada kedua-dua mangsa dan mengarahkan mereka masuk ke stor di bahagian belakang.
"Bagaimanapun, sewaktu berada di dalam stor berkenaan, suspek mengarahkan mangsa menutup suis lampu bahagian hadapan kedai dan dalam stor menyebabkan rakaman oleh kamera litar tertutup (CCTV) terhalang kerana gelap," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sumber berkata, berdasarkan rakaman CCTV itu, kelihatan seorang penghantar akhbar memasuki kedai dan pergi ke kaunter pada jam 6.25 pagi, lapor Hmetro.
--KL Post | Bomoh jalin hubungan sulit dengan isteri orang mati dibunuh Posted: 06 Nov 2014 04:01 PM PST Seorang bekas kapten kapal dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang bomoh yang menjalin hubungan sulit dengan isterinya dengan menembak mati mangsa, awal tahun lepas. Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim memerintahkan tertuduh, Shahrunizam Salleh, 44, dari Bandar Kinrara, Puchong, Petaling Jaya, menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 8 Januari tahun lepas. Shahrunizam didakwa menyebabkan kematian Asli Hamid, 44, di tepi Jalan Pekaka 8/70A, Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, antara jam 8.30 malam hingga 9.30 malam pada 4 Jan tahun lepas. Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda. Tertuduh sebelum ini menghadapi pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Shahrunizam bagaimanapun mengaku bersalah selepas pihak pendakwaan mengemukakan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan. Mengikut fakta kes, tertuduh dan isterinya mengenali mangsa yang dikenali sebagai Ustaz Lee atau Atok. Mangsa pada mulanya mengubati bapa tertuduh di Kedah dan selepas itu, tertuduh serta mangsa mempunyai hubungan yang baik dan tertuduh banyak membantu mangsa dari segi kewangan kerana lelaki itu (mangsa) tidak mempunyai pekerjaan tetap. Mangsa seterusnya menjalin hubungan intim dengan isteri tertuduh hingga melibatkan hubungan seks. Isteri tertuduh kemudian memberitahu suaminya mengenai perkara itu menyebabkan tertuduh telah mengarahkan isterinya menghubungi mangsa dan mereka bersama-sama pergi ke tempat kejadian berjumpa dengan mangsa. Apabila mangsa tiba di tempat kejadian dengan menunggang motosikal, tertuduh yang berada di bahagian tempat duduk belakang kereta telah menembak mangsa. Keterangan forensik seterusnya menyatakan mangsa mempunyai tiga kesan luka tembakan iaitu satu tembakan di dada sebelah kiri menembusi belakang, satu kesan di sebelah rusuk kiri hingga menembusi belakang dan satu kesan tembakan di tangan kanan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wong Poi Yoke sementara tertuduh diwakili peguam Datuk Haniff Hashim. - Bernama | Penggal rakan sebilik kerana dituduh diliwat Posted: 06 Nov 2014 03:31 PM PST Dubai: Seorang penjual daging dituduh memenggal teman sebiliknya selepas tersebar khabar angin yang mendakwa mangsa memeliwatnya ketika dia tidur. Akhbar Al-Bayan melaporkan, warga Mesir itu didakwa melakukan perbuatan itu di bilik mereka di Al-Qusais Jun lalu. Ketika dibicarakan semalam, tertuduh mengaku menyerang mangsa tetapi menafikan ia merancang pembunuhan itu. Katanya, dia tidak berniat membunuh rakannya itu. Siasatan polis mendedahkan, lelaki itu duduk sebilik sejak dua tahun lalu dan tertuduh berang apabila rakannya yang lain menggelarnya 'pengantin perempuan.' Dia memberitahu mahkamah, beberapa rakannya menuduh dia diliwat oleh mangsa. Dia juga mendakwa menyedari perubahan pada tubuhnya apabila bangun pagi pada hujung minggu dan berkata, mangsa mengambil kesempatan ketika dia mabuk. Lelaki berkenaan memberitahu mahkamah, dia membeli pisau untuk membunuh mangsa tiga hari sebelum melakukannya. "Saya menolak hingga dia jatuh dan mengelar lehernya. Dia menggelupur dan saya keluar membeli air dan menghisap rokok sementara menanti polis tiba," kata lelaki itu. - Agensi | |
waadat Posted: 07 Nov 2014 01:07 PM PST Kes buli di rumah yatim Posted: 06 Nov 2014 06:31 PM PST Menurut angin pus-pus yang singgah di tangan Demang salah satu video kes buli itu berlaku di sebuah rumah anak yatim. Agak mengejutkan kerana yang menjadi mangsa dikatakan baru berumur 11 tahun. Keluhan Demang: kenapalah sama-sama senasib yakni ditinggalkan di rumah anak yatim pun saling bergaduh? Demang katakan 'ditinggalkan' kerana anak-anak yatim terutama yang masih kecil tidak sepatutnya berada di mana-mana pusat penjagaan. Tempat mereka adalah di rumah dan bersama keluarga. Tidak kiralah samada keluarga kandung, datuk-nenek, atau bapa saudara. Rasulullah sendiri adalah anak yatim dan baginda tidak pernah diletakkan di mana-mana pusat. Kalau diikutkan, baginda memang biasa dipisahkan daripada ibu kandung semasa umur menyusu. Namun setelah bonda baginda meninggal, tanggungjawab ibubapa yang dijemput lebih awal mengadap Ilahi diambil oleh Abdul Mutalib iaitu datuk baginda dan setelah itu oleh bapa saudara baginda iaitu Abi Talib. Abdul Mutalib dikatakan bukan orang kaya walaupun menjadi ketua masyarakat Mekah ketika itu namun beliau mengambil tanggungjawab tersebut kerana itulah peraturannya. Bagaimana kita hari ini? Kanak-kanak tidak tahu apa-apa sehinggalah ia dicorak oleh persekitaran dan didikan. Manusia mempunyai fitrah yang menyaluti diri dan tidak boleh diabaikan. Sentuhan kasih sayang dalam keluarga tidak kan sama dengan disiplin dan peraturan asrama. Demang tidak katakan tidak boleh menghantar anak ke asrama. Anak-anak biasa tinggal di asrama kerana sekolah jauh daripada rumah dan bagi memudahkan pembelajaran. Pada waktu-waktu tertentu, mereka akan pulang ke rumah. Dalam hal ini pun bagi Demang sepatutnya anak-anak dibenarkan lebih kerap pulang ke rumah sendiri. Apabila anak-anak jarang berada bersama keluarga maka apabila dewasa dan berumah tangga, jangan salahkan mereka jika mereka jarang menjengah ibu bapa. Berbalik pada isu anak yatim, lihatlah contoh yang berlaku pada Rasulullah saw. Anak yatim tidak termasuk dalam 8 asnaf yang layak menerima zakat kerana mereka tidak semestinya miskin. Adakalanya harta ibu bapa mereka terlepas pada orang lain. Namun jika mereka miskin maka layaklah mereka menerima zakat. Begitu juga jika bapa saudara yang menjaga mereka itu miskin maka layaklah bapa saudaranya menerima zakat. Demang bukan ahli dalam hukum Islam namun begitulah yang Demang faham.
| |
Apa Yang Tersirat Posted: 07 Nov 2014 01:07 PM PST Sodomi II: Tiada Keraguan Memang Saiful Diliwat Posted: 07 Nov 2014 05:50 AM PST PEGUAM Anwar tidak dapat menafikan bahawa mangsa liwat II, memang diliwat; namun mereka berhujah bahawa bukan Anwar yang meliwatnya melainkan lelaki Y.
Peguam Anwar Gopal Sri Ram, sangsi, apa kah benar Anwar meliwat mangsa, kerana karpet buatan cina yang dikatakan digunakan semasa pelakuan sodomi itu; tidak dikesan bukti-bukti berlakunya hubungan seks antara tertuduh dan mangsa.
Mengaitkan dengan kejadian di Australia, bahawa selepas 13 tahun, sehelai tuala dapat dianalisis terdapatnya DNA yang mengaitkan jenayah; namun pada karpet yang dirampas pada unit 11-5-2 itu tidak terdapatnya kesan DNA tertuduh mahupun mangsa; meskipun karpet itu dikenal pasti mangsa semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Apakah mungkin, karpet itu telah dibersihkan? atas sebab karpet itu menurut mangsa berada di unit 11-5-1 di mana perlakuan seks berlaku.
Hakim mahkamah persekutuan tidak boleh menerima bulat-bulat hujah peguam Anwar, walaupun mereka tidak percaya dengan karpet terbang.
Pokok pangkal kepada kes ini, adalah terdapatnya DNA male Y didubur Saiful; jika Mahkamah Persekutuan menerima bahawa Male Y adalah Anwar; maka seluruh hujah peguam Anwar yang kelihatannya mampu menimbulkan keraguan terhadap bukti-bukti, seperti karpet, keketerangan Dr Osman daripada Hospital Puswari ; akan mampu diketepikan; jika para hakim menerima bahawa male Y itu adalah Anwar.
Meskipun Gopal menganggap bahawa mangsa bukan saksi yang beritegriti; namun para hakim perlu memberi nilai kepada sumpah laknat mangsa; berbanding tertuduh yang enggan melakukannya. | Sodomi II: Akan Kah Anwar Dilepas? Posted: 07 Nov 2014 01:33 AM PST NAMPAKNYA Anwar berpuashati berkaitan hujah peguam belanya yang diketuai Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram. Anwar diwakili 14 peguam yang kesemuanya berketurunan india.
Dalam pegulungan hujah peguam utama Ketua Pembangkang itu, terus menyerang saksi utama yang juga pengadu dalam kes sodomi II. Gopal memberi jolokan kepada saksi utama itu sebagai "broken tree" dan seorang saksi yang tidak bernilai.
Apa yang menarik pada pendengaran hari ini, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria tidak membenarkan DPP utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdulah untuk berhujah; apa kah ini satu petanda, bahawa barisan peguam Anwar berjaya mematahkan hujah pendakwaan?
Penghakiman akan ditentukan kemudian. | Sodomi II: Gopal Sri Ram Terus Serang Saiful Posted: 07 Nov 2014 12:31 AM PST TAN SRI Gopal Sri Ram mantan Hakim Persekutuan yang tiba-tiba mengetuai barisan 14 peguam yang membela Anwar bermula pada 28 oktober, dalam hujahnya hari ini terus mempertikai serta menyerang saksi utama yang juga mangsa liwat II.
Peguam itu berhujah, bahawa Saiful bukan saksi yang bernilai dan menganggapnya sebagai kayu mati yang tidak boleh dipercayai langsung. Sebaliknya peguam itu mengaungkan Dr Osman doktor Hospital Puswari sebagai indivdu yang berintegriti dan boleh dipercaya.
Hujah Gopal itu bertentangan dengan hujah DPP utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengatakan bahawa Saiful seorang saksi yang berwibawa dan Dr Osman seorang saksi yang tidak boleh dipercaya. Malah Shafee berhujah, jika Dr Osman dipanggil sebagai saksi, maka DPP akan kehilangan jawatan, kerana kesilapan memanggil saksi.
Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menangguhkan penghakiman pada satu tarikh lain dan meneruskan ikat jamin tertuduh. | Sodomi II: Anwar Masih Bebas- Penghakiman Ditangguhkan Pada Tarikh Lain Posted: 07 Nov 2014 12:03 AM PST ANWAR masih bebas. Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan Rayuan tertuduh pada tarikh lain. | Sodomi II: Gopal Sri Ram Terus Menyerang Saiful Posted: 06 Nov 2014 11:58 PM PST PEGUAM Utama Anwar Ibrahim, Tan Sri Gopal Sri Ram terus menyerang saksi utama yang juga mangsa liwat II, dengan hujah bahawa saksi itu adalah seorang yang tidak boleh dipercaya; malah mantan hakim itu mendakwa bahawa saksi utama itu bersubahat dalam kes yang dihadapi tertuduh. | Sodomi II: Apa Kah Anwar Bebas atau Masuk? Posted: 06 Nov 2014 11:25 PM PST RAYUAN kes sabitan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan yang masuk hari kelapan hari ini menjadi pendengaran rayuan paling lama di Malaysia.
Rayuan penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan kepada Anwar Ibrahim kerana didapati bersalah meliwat pembantu pribadinya pada 26 Jun 2008 pada mulanya dijadulkan selama dua hari 28-29 Oktober,
Rayuan Ini merupakan usaha terakhir Anwar untuk mengenepikan sabitan kes meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Persoalan utama hari ini: Adakah panel Mahkamah Persekutuan akan memutuskan kes tersebut hari ini selepas mendengar penghujahan. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan