BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Isnin, 6 Oktober 2014 at 3:15 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 05 Oct 2014 07:07 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Sempena Aidiladha, 80 Ekor Lembu Diqurbankan Di Bawah PAS Cawangan Dalam DUN Sura

Posted: 05 Oct 2014 07:15 AM PDT

DUNGUN, 5 Oktober 2014 - Berpandukan qaedah perlaksanaan agihan daging qurban seperti tahun-tahun sebelumnya, beberapa cawangan yang tidak melaksanakan sembelihan qurban akan turut menerima agihan daging dari beberapa pusat agihan yang telah ditetapkan untuk diagihkan kepada faqir miskin di cawangan berkenaan.

PAS Cawangan Bukit Chatak 1 mencatat jumlah sembelihan terbanyak iaitu 32 ekor daripada 80 ekor jumlah keseluruhan di Dun Sura. 

Pada hari raya pertama sahaja sebanyak 67 ekor telah disempurnakan penyembelihannya sementara bakinya sebanyak 13 ekor lagi bakal disempurnakan pada hari raya kedua.

"Beberapa cawangan yang tidak melaksanakan sembelihan qurban telah ditetapkan menerima daging di pusat agihan pada raya pertama iaitu di Surau Ustaz Haji Omar Shukri sementara baki cawangan lain akan menerima daging di pusat agihan pada raya kedua iaitu di Surau Haji Wan Ahmad," demikian menurut ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik merangkap Pengerusi MTD Sura yang ditemui di tapak penyembelihan di cawangan Bukit Chatak 1.

"Melalui qaedah perlaksanaan agihan ini, mana-mana cawangan yang tidak melaksanakan sembelihan qurban akan turut menerima daging qurban untuk diagihkan kepada faqir miskin di cawangan mereka," tambah beliau lagi.

Beliau sendiri menyingsing lengan bersama para petugas membantu urusan agihan berkenaan.

Berdasarkan qaedah agihan ini, seramai hampir 300 orang faqir miskin dari beberapa cawangan yang tidak melaksanakan sembelihan qurban akan menerima agihan daging sempena Aidiladha tahun ini.


Sementara itu di cawangan Bukit Chatak 1, ADUN Sura menyampaikan sumbangan daging qurban dan beras kepada seramai lebih 200 orang faqir miskin sebaik urusan penyembelihan selesai.

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan