Barisan Nasional

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Selasa, 14 Oktober 2014 at 1:30 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


Cucu Tok Selampit

Posted: 14 Oct 2014 01:21 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Gambar-Gambar Dan Video Ribut Puting Beliung Di Kampung Alor Besar, Pendang Kedah

Posted: 14 Oct 2014 04:06 AM PDT

Kejadian ribut puting beliung berlaku jam 5.30 petang tadi di Kampung Alor Besar, Pendang, Kedah. Nampak gayanya Malaysia mula mengalami fenomena alam yang sebelum ini hanya kita lihat di layar perak seperti filem 'Twister' dan 'Into The Storm'. Bangunan sekolah dan beberapa rumah mengalami kerosakan yang teruk, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.







Apa Yang Tersirat

Posted: 14 Oct 2014 01:09 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Liwat II Anwar: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah Kekal Ketuai Pendakwaan

Posted: 14 Oct 2014 02:37 AM PDT

OKTOBER 28-29, Liwat II Anwar, akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan. Anwar sekali lagi berdepan dengan Tan Sri Muhammmad Shafee Abdullah, TPP yang tidak disenangi Anwar, kerana kelibat TPP itu menyebabkan Anwar dijatuhi penjara 5 tahun oleh Mahkamah rayuan 7 Mac lalu.

Pada perbicaraan itu nanti, selain pihak pendakwaan mahu mengekalkan sabitan terhadap pemimpin Umum PKR itu, juga pendakwaan mahu hukuman ditambah.

Anwar didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukahri Azlan pada 26 jun 2008 di sebuah kondominum, Bukit Damansara antara pukul 3.01-4.30 petang.

Jika mahakamah mengekalkan hukuman apatah lagi hukuman itu ditambah, ianya bakal pengakhir kepada karier politik MP Permatang Pauh itu.

Anwar pernah dipenjarakan selama 6 tahun sebelum dibebaskan pada tahun 2004 kerana kesalahan yan sama.

Anwar Cedok CGT Dari Barat: Annuar Musa

Posted: 14 Oct 2014 12:45 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Hasrat pakatan pembangkang untuk memperkenalkan Keuntungan Modal (CGT) sebagai alternatif kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) membuktikan sikap tidak konsisten Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) dalam mempertahankan hujahnya.

Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) (gambar) berkata, pada 1993, Anwar yang ketika itu menjadi Menteri Kewangan pernah menyatakan di Dewan Rakyat bahawa beliau menolak cukai nilai tambah (VAT) iaitu sistem percukaian yang digunakan di negara-negara Barat.

Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, Anwar kini berubah pendirian apabila mencadangkan dalam bajet pakatan pembangkang tentang pelaksanaan CGT mengikut model yang digunakan United Kingdom (UK).

"Terdapat banyak percanggahan berikutan ketidakupayaan Ketua Pembangkang untuk memahami tadbir urus ekonomi negara.

"Beliau juga mempunyai rekod buruk dalam tadbir urus ekonomi negara dan cuba menggunakan teori-teori Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam keadaan negara menghadapi krisis ekonomi," katanya ketika membahaskan Bajet 2015 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Anwar ketika membahaskan Bajet 2015 mencadangkan pelaksanaan CGT bagi menggantikan GST yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 April depan.

Annuar menambah, ketidakupayaan Anwar untuk memikul tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan terserlah apabila negara dilanda krisis ekonomi pada 1997.

Menurut beliau, Anwar cuma tahu mencedok, meniru dan mengambil teori-teori yang disalin daripada model-model ekonomi yang diperkenalkan oleh pihak lain.

"Namun, saya memahami beliau tiada latar belakang dalam bidang ekonomi dan bernasib baik kerana apabila memasuki arus politik UMNO, beliau mendapat kedudukan secara fast track," ujarnya.

Annuar berkata, krisis ekonomi negara yang semakin meruncing menyebabkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terpaksa campur tangan bagi menyelamatkan keadaan.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Duke of UMNO

Posted: 14 Oct 2014 01:03 PM PDT

Duke of UMNO


PASAL BENDA NI LA ORANG KAMPUNG TAKMAU KAT PAS DAHHHH...!!!

Posted: 14 Oct 2014 07:17 AM PDT

Tak tahu la betul ke tidak... tapi kalau dengar cakap-cakap dari kawan-kawan PAS di kedai kopi, mamat ni la penaung PasMa sebenarnya... tak tahu la sejauh mana kebenaran tu... tapi orang PAS sendiri la yang kata lagu tu...

Saya sebetulnya hairan dengan PAS ni... dulu katanya kalau menang di Selangor, sebelum ayam berkokok depa nak tutup kilang Carlsberg tu... tapi sekarang ni dah lain pulak bunyinya...

Sekarang ni, kalau rampas arak berbotol-botol di kawasan orang Melayu, depa suruh hantar balik arak yang dirampas tu... Hasan Ali yang bertanggungjawab rampas arak tu bukan setakat kena buang dari jawatan Exco... siap kena pecat keahlian dari PAS lagi... hmmmm...

 

Sekarang ni, tengah kecoh-kecoh pasal Pesta Arak kat Selangor tu, selamba je mamat tu kata"Biarlahhhh... tu hak depa"... percaya atau tidak itu la yang mamat tu kata.. Sapa mamat tu?

Ni...cuba tengok kat sini kenyataan mamat tu...  ni la kot mamat tu....


Hairan saya...dulu lain, sekarang lain... dulu ada ruh semangat syiar Islam sampai orang tua-tua kat kampung pun suka... sekarang ni lebih liberal dari liberal ni apahal? Orang kampung pun dah malu nak ngaku ahli PAS dahhh.. "aku rela takdak parti kalau macam ni"... tu la kata depa...

Kawan-kawan PAS lagu mana? Setuju?

HAIPPPP..!!! KORANG JANGAN BAGI PAK SYEIKH MARAHHHH...!!!

Posted: 13 Oct 2014 11:18 PM PDT

Aik? Tanya sikit pun nak marah? Tak baik marah-marah Pak Syeikhhh... Marah tu dari setan... Takkan Pak Syeikh nak ikut jadi setan kot? Sampai orang tanya sikit pun tak boleh?

Agak-agak laaa.. dalam parlimen, mana-mana wakil rakyat pun diberi hak bertanya kalau diberi laluan oleh pembentang dan Yg Dipertua Dewan... jangan la jadi macam budak-budak pak syeikkkhhh..

Soalan yang ditanya tu mudah sangat untuk dijawab... mudah sesangat!

 

"Saya nak tanya Permatang Pauh (Anwar) mengapa susah sangat nak beri lebih daripada dua nama? Mengapa tak ikut permintaan?"

Tu je soalannya.. mudah sangat tu... soalan berbentuk struktur...cuba tengok kat sini betapa marahnya Pak Syeikh kita baru ni.. mujoq tak terbakar dewan tu semalammm.. heh!

Cakap je la "PKR tak faham bahasa.. gagal memahami titah Sultan Selangor.. sebab tu hantar 1 nama saja..." Tu jawapan yang paling tepat, kan? Cakap je terus terang... jangan risau.. takde orang nak gelak... paling kuat pun orang cakap "Ketum Tak Reti Bahasa" saja... 

Alaaa.. Ketummm.. Ketum tu daun ketum laaa.. yang bebudak bengong suka dok minum tu. Takkan tu pun Pak Syeikh nak terasa... Awat Pak Syeikh suka minum ayaq ketum ka? Ketum tu bukan Pak Syeikh... jangan risau... heh!

waadat

Posted: 14 Oct 2014 01:03 PM PDT

waadat


Pesta arak untuk tarik pelancong?

Posted: 13 Oct 2014 06:08 PM PDT

Banyak lah mesej yang Demang terima semalam bertanya pendirian Demang tentang program minum arak beramai-ramai yang akan diadakan di Melaka tidak lama lagi.

Yang menariknya, pesta tersebut akan diadakan tak berapa jauh dari program Melaka Bersalawat.

Selagi belum pasti, tak beranilah Demang komen apa-apa. Samalah juga apabila Demang diberitahu minggu lepas bahawa MB Selangor akan membenarkan pesta yamseng (pesta arak) sempena promosi pelancongan.

Yang Demang heran, kenapa tanya Demang? Mungkin mereka fikir Demang ada dua pilihan iaitu boleh 'tidak bersetuju' dan boleh 'bersetuju'.

Kenapa mereka fikir begitu? Hukum arak ini ada khilaf ulama atau memang hukum mutlak?

Oo... mereka tanya sebab bukan orang Islam yang nak berpesta arak sebaliknya orang bukan Islam.

Kalau begitu, beginilah jawab Demang. Oleh kerana MB Selangor dan MB Melaka pun katanya dah bersetuju maka apalah sangat Demang yang cuma guru tadika ini.

Maknanya Demang TERIMA-lah keputusan kedua-dua pemimpin tersebut sebab telah terbukti mereka berdua memang jauh lebih CERDIK daripada Demang.

Kalau tidak cerdik masakan dapat jadi MB?

Cuma Demang nak terjemahkan perkataan yang Demang  gunakan tadi agar tidak berlaku salah faham dan fitnah pada Demang:

1) Demang TERIMA tetapi bukan bermakna setuju.

2) MB yang CERDIK bukan bermakna bertamadun. Orang Arab sebelum kedatangan Rasulullah SAW pun cerdik tetapi tetap dikatakan JAHILIYAH.

3) Arak dikategori sebagai maksiat dan punca maksiat. Orang yang minum arak adalah pelaku maksiat.

4) Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan yang membawa maksud Malaysia adalah negara Islam. Tidak ada istilah agama rasmi dan agama tidak rasmi dalam perlembagaan. Hanya ada SATU agama bagi Malaysia iaitu ISLAM.

5) Jikalau negara ini Islam maka bolehkah sesiapa dibenarkan melakukan maksiat yang diharamkan oleh agama negara ini?

Sepatutnya kita berusaha memperkemaskan lagi pelaksanaan hukum Islam di negara kita bukannya semakin merosakkannya.

PEJUANG BANGSA

Posted: 14 Oct 2014 11:33 AM PDT

PEJUANG BANGSA


BILA BICARA KES LIWAT MINTA SIMPATI , BILA BUAT KAJANG MOVE TAK PEDULI RAKYAT

Posted: 13 Oct 2014 11:44 PM PDT


Inilah parti Pakatan Rakyat ...rakyat juga terus menjadi mangsa politik rakus pemimpin  mereka .

Bila nak dibuat Langkah Kajang untuk tumbangkan Khalid Ibrahim   , mereka tak pedulikan pandangan rakyat yang persoal  mengapa kerusi DUN ini perlu dikosongkan kerana baru sahaja lepas PRU13  .

Tetapi bila pemimpin berdepan masalah peribadi iaitu kes liwat , mereka menagih simpati rakyat menjelang keputusan penghakiman pada 28 October ini . Ayat paling sempoi didendangkan ialah RakyatHakimNegara yang kini disebarkan macai2 mereka .

Sepatutnya rakyar tak perlu peduli pun kes liwat ini  kerana ketika diadakan PRK Kajang pun mereka tak ambil peduli pandangan rakyat.




IPOHMALAY

Posted: 14 Oct 2014 09:45 AM PDT

IPOHMALAY


Melihat sejarah Lee Kuan Yew 'hapuskan' sekolah Cina

Posted: 14 Oct 2014 01:12 AM PDT

Walaupun hubungan rapat Lee Kuan Yew dengan Utusan Melayu di Singapura sejak awal tahun 1950-an berakhir dengan persengketaan dalam tahun 1960-an, tetapi ia telah mencatat sejarah pahit manis politik dan media yang tidak mungkin dilupakan oleh kedua-dua pihak. Hubungan itu bermula apabila Kuan Yew menjadi peguam pertama Utusan Melayu yang memberi peluang kepadanya berinteraksi dengan wartawan-wartawan nasionalis kiri Utusan yang akhirnya digunakannya untuk membina jambatan politik dalam strategi melumpuhkan kekuatan politik barisan depan komunis yang terdiri daripada English Speaking Intelligentia (ESI) dan golongan cauvinis Cina.

Beliau kerap singgah di ibu pejabat Utusan Melayu, 185 Cecil Street untuk berunding dengan A. Samad Ismail, Devan Nayar dan lain-lain dalam usaha untuk menubuhkan Parti PAP. Sasterawan Negara, Usman Awang pernah menulis tentang Utusan menjadi tempat singgah dan pertemuan para pejuang anti-kolonial dan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja. Betapa rapatnya hubungan Kuan Yew dengan Utusan Melayu dan keyakinan kepada kualiti dan integriti kepimpinan di Utusan Melayu terbukti bila beliau melantik penaja dan pengarang akhbar ini, Yusuf Ishak sebagai Presiden Singapura pertama yang gambarnya kekal dalam mata wang Singapura hingga sekarang dan beberapa orang lagi orang Utusan menjadi menteri dalam Kabinetnya.

Antaranya ialah Timbalan Ketua Pengarang Utusan, Othman Wok yang menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat dan penulis rencana Pengarang, Rahim Ishak (adik Yusof Ishak) menjadi Menteri Kebudayaan. Dengan restu Kuan Yew, Othman Wok yang ketika itu masih berkerja dengan Utusan telah membawa pekerja-pekerja Utusan dari Singapura untuk mematahkan mogok golongan kiri Utusan Melayu di Kuala Lumpur yang anti Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan anti UMNO dalam tahun 1961. Pengurus Kilang Utusan Melayu, Yusuf Mahmud memberitahu saya bahawa Kuan Yew sering singgah di pejabat Utusan dan pernah memberitahunya bahawa, "Saya sahaja yang boleh ajar orang Cina." Ketika itu Singapura menghapi ancaman dan tekanan daripada golongan perkauman Cina dan komunis. Saya tidak ada keterangan bertulis dalam perkara ini. Sebagai wartawan saya sedar bahawa cakap-cakap tanpa bukti adalah fakta yang lemah tetapi sesiapa yang membaca buku-buku Kuan Yew terutamanya dua buah memoirnya serta buku, Man In White The Untold Story Of Singapore's Ruling Political Party membuktikan kebenaran kata-kata itu. Selepas kemerdekaan, Kuan Yew bertindak nekad dan berani menutup sekolah-sekolah dan universiti Cina di Singapura dan kemudian menggantikannya dengan sekolah kebangsaan Inggeris di seluruh Singapura. Universiti pula digantikan sebuah Universiti Cina dengan Univesity Nasional Singapura berpengantar bahasa Inggeris.



Walaupun ini dilakukan serentak dengan penutupan sekolah Melayu dan Tamil tetapi menutup sekolah kaumnya sendiri yang merupakan majoriti di Singapura memerlukan keazaman dan keberanian untuk bertindak luar biasa, kemungkinan menghadapi risiko kekacauan dan rusuhan besar.Untuk menghapuskan Universiti Cina dalam tahun 1980, Nanyang University dipaksa bergabung dengan University Singapore bagi mewujudkan National University of Singapore.

Orang India Singapura telah menangis apabila sebuah sekolah menengah Tamil tertua di Singapura ditutup dalam tahun 1982 kerana sekolah ini merupakan benteng terakhir bagi bahasa Tamil di Singapura. Mereka telah membinanya dalam 1946 menerusi darah, keringat dan air mata dan mengadakan tabung sumbangan bulanan bagi penyelengaraannya. Kebanyakan mereka ialah penjual akhbar Tamil yang melihat penutupan itu bererti gelaplah masa depan bahasa Tamil. Apa yang mereka takuti benar benar belaku di Singapura hari ini. Lapan minggu selepas perpisahan dari Malaysia dalam bulan Oktober 1966, Dewan Perniagaan Cina yang disokong oleh kesatuan guru-guru Cina, pengarang-pengarang akhbar Cina dan pemimpin-pemimpin berbagai-bagai persatuan suku kaum Cina meminta kerajaan Singapura memberikan jaminan untuk menjadikan bahasa Cina sebagai salah satu bahasa rasmi di Singapura.

Belum pun kempen ini bermula Kuan Yew telah mencantasnya dengan memberitahu mereka bahawa semua bahasa utama di Singapura mempunyai taraf yang sama walaupun sebenarnya pada masa itu beliau memang telah bercadang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.

Sentimen

Lima hari selepas pengumuman itu, dengan tujuan untuk menakutkan pejuang-pejuang bahasa Cina yang mewakili empat dewan Cina, Kuan Yew memanggil dan memberi amaran kepada mereka di bawah suluhan cahaya lampu televisyen bahawa beliau tidak akan membenarkan sesiapa juga mengeksploitasi bahasa Cina sebagai isu politik. Dengan itu tamatlah suatu percubaan untuk mengangkat martabat bahasa Cina. Tetapi beberapa orang pemimpin pelajar yang berasal dari Malaysia telah meneruskan tindakan bantahan dengan mengetuai tunjuk perasaan pelajar-pelajar Nanyang University dan juga Ngee Ann College di hadapan pejabatnya. Kuan Yew mengarahkan mereka ditangkap dan dihantar pulang ke Malaysia.

Dalam tahun 1987 bahasa Inggeris secara rasmi menjadi bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan di Singapura. Tidak ada lagi sekolah Cina, Melayu dan India. Aliran pemikian pendidikan Inggeris telah meruntuhkan sentimen perkauman, merasionalisasikan sikap, mengawal pengucapan dalam masyarakat berbilang kaum dan menjadi benteng pertahanan kepada masyarakat 'Singaporean Singapore.' Maka itu orang Cina Malaysia yang kebanyakannya masih kecinaan dalam cara hidup mereka berasa terasing dan sukar untuk menyesuaikan diri dengan generasi baru Singapura.Selepas merdeka, kerajaan Malaya juga telah memperkenalkan Dasar Pelajaran Kebangsaan dengan meningkatkan taraf sekolah kebangsaan pengantar Melayu ke peringkat menengah dan universiti di samping mengekalkan sekolah aliran Cina dan Tamil diperingkat rendah sahaja.

Dengan itu diharapkan dalam jangka panjang akan berlaku kemerosotan terhadap sekolah aliran Cina dan Tamil seperti pada zaman penjajah kerana taraf pelajarannya sekadar sekolah rendah. Tetapi pemimpin-pemimpin Malaya terlepas pandang terhadap hakikat kekuatan ekonomi orang Cina yang mampu memaju dan meningkatkan pelajaran mereka dengan usaha sendiri ke taraf yang sama. Buktinya ialah kelahiran Kolej Tunku Abdul Rahman. Adalah suatu pembohongan besar untuk mendakwa sekolah Cina tidak melahirkan aliran pemikiran perkauman yang sempit. Mereka sama sahaja dengan pelajar-pelajar Melayu yang hanya mendapat pendidikan agama dan Melayu yang terbatas pembacaan dan pergaulan.

Lebih buruk lagi sekolah-sekolah aliran Cina menolak guru-guru Melayu untuk mengajar bahasa Melayu di sekolah mereka. Dalam pada itu orang bukan Melayu tidak boleh disalahkan sepenuhnya dalam kemerosotan perkembangan sekolah aliran kebangsaan di Malaysia. Nasionalisme melampau dan kepentingan politik dalam pendekatan untuk mengembangkan bahasa Melayu dan meningkatkan sekolah aliran kebangsaan telah tidak membantu untuk kejayaannya. Salah satu contohnya apabila Tunku Abdul Rahman menukarkan istilah bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia telah dibantah oleh golongan fanatik bahasa Melayu dan seorang Menteri Pelajaran yang hendak mencari populariti dalam kalangan guru Melayu, orang Melayu dan fanatik bahasa antara tahun 1980-an hingga 1990-an telah menukarkannya kembali kepada bahasa Melayu dan arahan telah diberikan kepada semua akhbar perdana.

Saya sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu pada masa itu tidak mematuhi arahan ini dan terus menggunakan bahasa Malaysia supaya setiap kaum merasakan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa mereka. Itulah juga hasrat Tunku. Apabila saya menjadi Menteri Penerangan, menerusi Kabinet saya meminta istilah bahasa Malaysia digunakan semula tetapi walaupun keputusan dibuat tetapi pelaksanaannya tidak berlaku kerana bantahan daripada fanatik bahasa terutama di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tentang kejayaan Singapura mewujudkan sekolah aliran satu bahasa dicatatkan dalam buku Men In White halaman 613: "Apa yang tidak boleh dilakukan oleh British tanpa menimbulkan rusuhan, Singapura yang merdeka telah dapat melakukannya dan pencapaian yang dramatik tanpa pertumpahan darah dan persetujuan masyarakat berbagai bahasa merupakan suatu kejayaan pengurusan politik yang menakjubkan oleh kepimpinan PAP dan kematangan rakyat Singapura."



Artikel Penuh: UTUSAN 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 14 Oct 2014 03:14 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Anwar terjun untuk selamatkan diri

Posted: 14 Oct 2014 12:49 AM PDT


Satu kapal terbang yang dinaiki oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang budak berumur 8 thn, Datuk Lee Chong Wei, seorang pemuda genius 20 tahun dan seorng Doktor berumur 55thn mengalami kerosakkan dan akan terhempas ke gunung.

Beg payung terjun keselamatan hanya ada 4.

Kata Datuk Lee Chong Wei "Saya seringkali mengharumkan nama negara di mata dunia jd saya tidak boleh mati dahulu. Saya patut mendapat 1 payung terjun."

Kesemua penumpang bersetuju dan Datuk Lee Chong Wei pun melompat keluar dgn memakai beg payung terjun tersebut.

Pemuda genius juga memberikan alasan yg sama bahawa dia masih muda dan boleh menyumbangkan sesuatu kepada negara di masa akan datang dan dipersetujui untuk mendapat 1 lagi beg payung terjun tersebut.


Datuk Seri Anwar Ibrahim jg tanpa memberikan alasan terus sahaja mengambil salah satu beg dan terus memakainya sambil berkata "Saya adalah Ketua Pembangkang dan sedikti masa lagi saya bakal Perdana Menteri Malaysia. Saya jg seorang yg amat bijak dan berkebolehan dalam segala hal serta paling glamour di Malaysia."

Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya melompat keluar dr kapal terbang tersebut.

Jadi yang tertinggal hanya doktor tersebut dan budak berumur 8 tahun tersebut.

Doktor tersebut terus berkata "Nak, kau sahaja la yang pakai payung terjun itu. Kau masih muda dan mungkin akan menyumbangkn sesuatu kepada negara. Datuk sudah lama hidup dan akan mati jg sebelum kamu. Perjalanan hidup kamu masih panjang. Kamu pakai la dan selamatkn diri kamu. Datuk redha dgn takdir ini."

Lantas doktor itu pun memakaikan budak tersebut dgn beg payung terjun yg masih tersisa.

Budak 8 tahon pun berkata "Doktor tidak perlu berkorban utk saya. Marilah kita sama2 terjun menyelamatkan diri. Di bawah kerusi itu masih ada 1 lagi beg payung terjun. Saya pun tak taw kenapa Pak Cik tu yg bongkok sabut td tu pakai beg sekolah saya dan terjun. Mudah-mudahan dia selamat."


Wow! Nak mula auta nampaknya tapi permohonn sudah ditolak hari ini ....

bumiyang

Posted: 14 Oct 2014 03:09 AM PDT

bumiyang


Gagal Langkah Kajang - Rafizi Jadi Pejuang Pekerja Asing dan Rakyaat Negara Jiran Pula???

Posted: 14 Oct 2014 01:43 AM PDT

Bumbung Jejantas Pejalan Kaki Pasir Gudang Runtuh Gara2 Rasuah???

Posted: 12 Oct 2014 06:44 AM PDT

anakbukitgantang says

Posted: 14 Oct 2014 03:03 AM PDT

anakbukitgantang says


Melaka Nafi sokong pengajuran Octoberfest. Selangor bila lagi?

Posted: 13 Oct 2014 06:47 AM PDT

tunku

Posted: 14 Oct 2014 03:03 AM PDT

tunku


Malaysians who die fighting for IS are not martyrs

Posted: 14 Oct 2014 12:18 AM PDT

The Malaysians who went to the Middle East to fight and die for the cause of Islam did not die as martyrs but is a common death and tantamount to meaningless death, said Kelantan Mufti Dato Muhamad Shukri Muhamad.

He added that while many believed that going to another country to die in the name of Islam, whether or not a person who died a martyr is determined by the country they were killed in.

"In my opinion when a person joins an extremist group like Islamic State (IS) and died while fighting for such groups had a common death like any other accidents," he told reporters at the sidelines of the Kelantan State Legislative Assembly meeting here on Tuesday.

Muhammad Shukri was asked to comment on Malaysians who died fighting in the Middle East after joining militant Islamic State of Iraq and the Levant were hailed as martyrs.

He said martyrdom must first be recognised by the Islamic country where the person died before it is also recognised by the country of origin.

"In the first place persons who joins an extremist groups cannot be recognised a Muslim fighter and the basic consideration for martyrdom is when the person dies fighting a hostile Kafir (infidel) and dies in the process of freeing his country from aggressors who intend to invade their country's sovereignty and religion," he added.

Wisma Putra was reported in a statement released on June 25, confirmed that a total of 15 Malaysians had died in Syria under IS.

Shafee maintained as prosecutor in Anwar Sodomy 2 case

Posted: 13 Oct 2014 10:56 PM PDT

Muhammad Shafee Abdullah from acting for the prosecution.
The Federal Court here has dismissed Datuk Seri Anwar Ibrahim's third bid to disqualify lawyer Tan Sri

The panel lead by Justice Arifin Zakaria dismissed the attempt to nullify the Attorney General-Chambers (ACG) to appoint Shafee, finding no reason to interfere.

"The proper mode of challenge is by judicial review," said Justice Arifin Tuesday.

This was Anwar's third attempt to disqualify the veteran lawyer from leading the prosecution team in the main appeal.

In the application filed on Feb 27, Anwar stated that Muhammad Shafee was not a fit and proper person to lead the prosecution appeal team following his being fined by the Advocates and Solicitors Disciplinary Board.

However, the five-man Federal Court panel disagreed, saying the fine did not disqualify him as a lawyer.

"The AGC found him a fit and fine person to represent the prosecution.

"We are of a firm view Shafee as a prosecutor would not compromise the integrity of proceedings," said Justice Arifin.

The panel on Tuesday also included Justices Md Raus Sharif, Abdull Hamid Embong, Suriyadi Halim Omar and Ahmad Maarop.

Anwar was represent by lawyer Tommy Thomas, while Shafee acted for himself.

Anwar had first challenged the legality of Muhammad Shafee's appointment by the Attorney-General by fiat (authorisation) under Section 376 (3) of the Criminal Procedure Code (CPC).

However, this was dismissed by the Federal Court on Nov 20, last year.

His second application to disqualify Muhammad Shafee, based on a statutory declaration (SD) by former Kuala Lumpur Criminal Investigation Department chief Datuk Mat Zain Ibrahim, was also dismissed by Federal Court on Feb 11, this year.

These cross appeals were in regards to the main appeal involving Anwar's second sodomy case.
Anwar is applying to the Federal Court to acquit himself of his sodomy conviction by the Court of Appeal.

Concurrently, the prosecutor sought to increase his jail sentence from the current five years.
Anwar, 67, was acquitted by the High Court on Jan 9, 2012 for allegedly sodomising Mohd Saiful Bukhari Azlan, his former aide, at Desa Damansara Condominium in Bukit Damansara on June 26, 2008.

However, the Court of Appeal overturned the acquittal and sentenced Anwar to five years in prison for the offence.

Aspirasi Bangsa

Posted: 14 Oct 2014 01:42 AM PDT

Aspirasi Bangsa


Senarai Barangan yang dikecualikan GST #InfoGst

Posted: 13 Oct 2014 08:09 AM PDT

Kembara Politik

Posted: 13 Oct 2014 11:39 PM PDT

Kembara Politik


"BUY IN ONE UTAMA LAST "- SEBAGAI BANTAHAN PENGANJURAN PESTA ARAK SECARA TERBUKA!!

Posted: 13 Oct 2014 01:30 AM PDT



Grand final Oktoberfest (pesta arak) telah pun diadakan secara terbuka buat pertama kalinya di
Malaysia. Kemuncak pesta arak ini telah diadakan di ruang tempat letak kereta One Utama, pada 11 dan 12 oktober 2014. Ironinya Malaysia merupakan Negara islam dan mempunyai majority penduduk beragama islam.

Papan iklan mempromosikan pesta ini cukup gah di tayangkan di Shah Alam (ibu negeri yang mempunyai majority umat islam.Jika promosi terbuka seperti itu dikatakan hanya untuk orang bukan islam, memang sungguh pelik. Kalau mahu mempromosikan kepada "target customer", mungkin tidak perlu iklan terbuka seperti di shah alam. 

Umat islam di sekitar lembah klang telah menyuarakan bantahan terhadap penganjuran pesta arak secara terbuka. Tetapi malangnya bantahan ini tidak diendahkan, bantahan juga dibuat oleh parti politik melayu (UMNO dan PAS). Malangnya ada MP dari PAS
yang menyokong pesta ini. Parti politik yang berasaskan kaum lain tidak membantah pesta ini, malah pemimpin dari DAP dan PKR menghadiri pesta arak ini. MB Selangor dari PKR juga tidak mahu membantah pesta ini. Umat islam bukan mahu menidakkan hak penganut agama lain untuk minum arak, tetapi umat islam tidak mahu pesta ini diadakan secara terbuka. Pengiklanan secara terbuka di Shah alam itu juga seolah-olah seperti provokasi terhadap umat islam. Umat islam di lembah klang tidak pun membantah beberapa siri pesta arak ini, kerana ia diadakan secara tertutup, tetapi mereka membantah acara kemuncaknya kerana ia diadakan secara terbuka.

Sensitivity umat islam dinegara ini telah di kacau dengan penganjuran grand final Octoberfest 2014 secara terbuka ini. Segala bantahan umat islam kepada octoberfest ini dipandang sepi. Pemimpin-pemimpin islam hanya mementingkan kuasa daripada menjaga sensitivity umat islam. 

Sekiranya perkara ini dibiarkan, pasti akan ada pesta-pesta yang bersifat provokasi seperti ini pada
masa akan datang. Umat islam perlu bersatu dan melakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi pada masa akan datang. Umat islam perlu menggunakan kekuatan kita. Pada ketika ini antara kekuatan umat islam di Malaysia adalah kuasa membeli. Mungkin Umat islam berbelanja di pasaraya lain selain One Utama sebagai tindakan bantahan kerana menganjurkan pesta arak secara terbuka. Mungkin dengan tindakan seperti ini, umat islam dapat memberikan mesej kepada mana-mana pasaraya supaya mengambil endah tentang sensitivity umat islam sebelum menganjurkan apa-apa aktiviti secara terbuka. Umat islam sebelum ini telah Berjaya dalam kempen menyelamatkan Palestine dengan menggunakan kaedah boikot sebuah franchise makan segera terkemuka. Ini membuktikan umat islam di Malaysia mempunyai kekuatan dalam kuasa membeli. Kita perlu menggunakan kekuatan ini sekali lagi untuk mengelakkan pesta seperti ini dibuat secara terbuka di Malaysia.

Ayuh!! Bangunlah umat islam nyatakan bantahan ini. Walaupun pesta itu telah berakhir, tetapi umat islam perlu sampaikan mesej bantahan ini kepada semua rakyat dan pemimpin. Supaya ia tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang. BERBELANJALAH SELAIN DARIPADA ONE UTAMA.

The Unspinners

Posted: 13 Oct 2014 11:39 PM PDT

The Unspinners


Anwar mula tipu daya lengahkan tarikh Mahkamah lagi?

Posted: 13 Oct 2014 08:31 PM PDT


Rakyat menghakim pada pilihanraya, Peliwat dihakim mahkamahTak payahlah nak spin dan nak naikkan kemarahan seolah-olah diri tu tak salah.

Malah kalau dah serah pada rakyat,, jangan pula nak buat lakunan sakit pula. Kali ini, ianya dilakukan oleh Sulaiman Abdullah.
 
Difahamkan bahawa Sulaiman Abdullah peguam utama bagi membela Dato Seri Anwar Ibrahim pesalah seks luar tabie dalam kes liwat telah mengambil cuti sakit selama 3 bulan. 
 
Jika ianya benar cuti sakit diambil selama 3 bulan sudah pasti pada 28-29 Oktober ini pesalah seks luar tabie Anwar Ibrahim akan memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan perbicaraan kes tersebut. 
 
Ini memang satu tipu helah bermaruah oleh Anwar Ibrahim yang sengaja meletakkan seorang peguam yang sakit bagi melambat lambatkan proses keadilan di Malaysia.

Mahkamah didesak tidak menerima alasan cuti sakit peguam Sulaiman Abdullah kerana cuti sakit selama 3 bulan merupakan satu alasan yang sudah tentu diragui dan juga ianya dengan sengaja memperlekehkan Mahkamah yang mulia.

Anwar mempunyai ramai peguam dalam pasukan pembelaannya. Sulaiman Abdullah baru diamil kembali sebaik Karpal Singh mati.
 
Untuk rekod Sulaiman Abdullah merupakan peguam pertama bagi mewakili DSAI dalam kes liwat. Namun pada 2008 Sulaiman Abdullah telah menarik diri dari mewakili Anwar Ibrahim atas alasan menghidap penyakit BUASIR. Sebenarnya itu hanya alasan dan kali ini, dia tahu Awwar bersalah.
 
Isteri pernah bekerja dengan SUHAKAM, tapi Sulaiman sanggup menjilat ludh balik untuk perthankan peliwat ini.

Masaalah denggi sebab UMNO tolak hudud? Bebal Pas Piss Pus

Posted: 13 Oct 2014 05:30 PM PDT


Modus Operandi baru polis yang dikehendaki hakim

Posted: 13 Oct 2014 07:15 AM PDT

Kontena polis dihempap pokok tumbang korban dua anggota polis

POLIS-POLIS SEKALIAN!!! SILA PATUHI SOP BARU INI UNTUK MENGELAKKAN KEMATIAN PENJENAYAH!!!

 Menangkap penjenayah hendak dilakukan dengan sopan santun, serta mengekalkan budi-bahasa kita sebagai anggota Polis, sekali-gus sebagai rakyat Malaysia.

1. Sebelum memasukki mana2 premis bagi melakukan tangkapan, hendaklah didahului dengan assalamualaikum (bagi penjenayah beragama Islam) dan ucapan Selamat Pagi, Petang atau Malam bagi menangkap penjenayah2 bukan Islam.

2. Selepas bagi salam, hendaklah diikuti dgn menjual beberapa rangkap pantun sebagai kata2 aluan. Gunakan pantun 4 kerat, kalau boleh digalakkan pakai pantun 6 kerat, atau sekurang2nya pantun dua kerat, kerana kalau tak berpantun, takut kita yang kena kerat.

3. Dilarang menembak walau dalam apa keadaan sekali pun, utk mengelakkan sebarang kematian, kerana nyawa penjenayah2 itu memang amat berhagra bagi sesetengah ahli2 politik dan hakim mahkamah kita.

4. Sekiranya penjenayah melepaskan tembakan, kita hanya dibenarkan mengelak peluru tersebut macam aksi Wong Fei Hong, atau pun menangkap peluru itu, sama seperti yg dilakukan Sivaji The Bos dalam aksi2 filem2 Tamil itu. 

5. Sekiranya keadaan mendesak, kita hanya dibenarkan 'mengfire' penjenayah2 tersebut, itu pun pada kadar voltan yg rendah …. (ala2 lampu ultaman yg dah lip lap lip lap itu), utk mengelakkan kematian dipihak penjenayah.

6. Sekiranya mampu, kita juga digalakkan menggunakan pukau terhadap penjenayah (ala2 amalan gang Tuhan Harun itu), dengan harapan penjenayah akan menyerahkan senjatapi mereka selepas pukau dilakukan.

7. Sesuai dengan nasihat salah seorang ahli politik yg berstatus Presiden Parti dinegara kita ini … kita juga dinasihatkan supaya belajar silat, tak kiralah silat apa sekalipun, termasuk silat pulut.

8. Arahan2 ini perlu dipatuhi, kerana menurut sesetengah ahli2 politik dan hakim-hakim mahkamah di negara kita ini, penjenayah2 tersebut belum tentu bersalah … walau pun mereka mempunyai senjatapi, kerana mungkin saja senjatapi itu sengaja digunakan oleh penjenayah2 sebagai accessories tambahan sahaja.

9. Lagi satu, arahan supaya tidak menembak penjenayah2 ini juga perlu dipatuhi, kerana dikhuatiri kalau2 penjenayah2 ini saudara mara ahli2 politik atau hakim-hakim mahkamah, atau pun ada kabel dgn mereka. Yang lebih penting, perlu meminta kebenaran hakim terlebih dahulu untuk lepaskan tembakan walaupun penjenayah telah menembak mati beberapa orang anggota polis. Paling terbaik untuk mengelakkan kematian penjenayah, polis hendaklah memaklumkan kepada para hakim dan mengajak mereka ke tempat kejadian terlebih dahulu untuk memastikan SOP dipatuhi bagi mengelakkan 'PERTEMBUNGAN PALSU' sebagaimana yang dinyatakan oleh salah seorang hakim Mahkamah Rayuan beberapa hari lepas.

10. Akhir sekali, kejayaan sesuatu operasi itu bergantung kuat pada sejauh mana kita dapat mematuhi wSOP ini, dan eloklah SOP ini kita namakan 'Silat Orang Polis' kerana keunikannya.

Desyummmm!!!!

"Berkhidmat Untuk Ahli2 Politik dan Hakim-Hakim Mahkamah Malaysia"

*COPY PASTE DARI BULETIN 247
*

Sempatkah Ketua Pembangkang dapat gaji baru?

Posted: 13 Oct 2014 01:30 AM PDT


Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 13 Oct 2014 11:27 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PKR DAN DAP BUAT PAS MACAM TUNGGUL DI SELANGOR

Posted: 13 Oct 2014 11:00 PM PDT



Dewan Ulama Pas kesal dengan tindakan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang seperti menunjuk-nunjuk 'kemenangan mereka' apabila berjaya menganjurkan pesta minum arak, Oktoberfest di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Lebih dikesalkan jelas Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad ialah Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali tidak mengendahkan bantahan dilakukan oleh parti tersebut sebelum ini.

Tegasnya, bantahan Pas sewajarnya didengari oleh sekutu-sekutu parti itu memandangkan Selangor merupakan sebuah negeri pakatan pembangkang dan bukannya milik mutlak DAP dan PKR terutama apabila melibatkan soal sensitif seperti penganjuran pesta arak.

"Mereka kena patuhi budaya timur dan Islam yang tidak menggalakkan minum secara pesta sedangkan sebagai komponen pakatan, kita berikan bantahan. Pandangan daripada pihak ulama nampaknya tidak diendahkan pakatan pembangkang, lebih-lebih lagi oleh Menteri Besar baharu.

"Ini yang kita tidak puas hati, kita ada kuasa di Selangor, Menteri Besar pun beragama Islam dan Islam sebagai agama rasmi Malaysia jadi kenalah hormat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beberapa pemimpin kanan DAP dan PKR hadir pada acara Oktoberfest di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya dekat sini kelmarin yang menunjukkan mereka seolah-olah tidak menghormati pendirian Pas yang membantah penganjuran pesta arak tersebut.

Mengulas lanjut, Mahfodz menjelaskan, Dewan Ulama akan mengkaji tindakan DAP dan PKR tersebut bagi memastikan perkara sama tidak berulang selepas ini dan seterusnya merumitkan lagi tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang.

"Kita mesti pastikan bahawa parti dalam pakatan pembangkang menunjukkan kerjasama bersama Pas, bukan antara PKR dan DAP sahaja. Benda tidak enak (pesta arak) jangan teruskan, kita ada persefahaman politik," katanya.

 

TOKOH LIBERAL INDONESIA

Posted: 13 Oct 2014 09:00 PM PDT


Alhamdulillah, Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi telah pun mengumumkan bahawa tokoh Liberal-Plural Indonesia, Ulil Absar Abdalla, telah tidak dibenarkan masuk ke Tanah Air kita (NTL – not-to-land). Inilah yang disebut "sadduz zara'i". Kita sekat punca ancaman yang boleh membawa ajaran sesat liberal-plural dari negara jiran ke Malaysia.

Walaupun di Tanah Air kita sendiripun sudah ada tokoh-tokoh liberal belaan Barat. Namun usaha untuk menyekat jaringan seperti ini terus dibina wajar diambil.

Namun, kita mesti kenal ramai lagi tokoh-tokoh liberal dari Indonesia yang patut juga kita sekat mereka dari membawa ajaran sesat mereka kepada masyarakat kita.

Berikut adalah di antara tokoh yang sempat saya kumpulkan dalam bentuk grafik. Moga ada manfaatnya apabila kita betul-betul kenali mereka serta fahami jaringannya.




Dan ramai dari mereka menjadi penyumbang utama dalam menyiapkan rencana JAHAT Rand Corporation dalam perancangan membina jaringan Muslim Moderat untuk menjatuhkan kerajaan-kerajaan Islam di dunia. (Apakah nama Gerakan Muslim Moderat GMM di Malaysia itu satu kebetulan atau sememangnya sebagai pelaksana rancangan JAHAT Rand Corporation?)

ANWAR SOKONG RAFIZI PEGANG DUA JAWATAN

Posted: 13 Oct 2014 07:38 PM PDT




Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong Rafizi Ramli memegang dua jawatan parti iaitu Naib Presiden PKR dan Setiausaha Agung PKR.

"Ini adalah keputusan presiden yang melantik Rafizi sebagai setiausaha agung. Ia satu keputusan baik dan tiada peraturan menghalang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini, lapor Bernama.

Semalam PKR mengumumkan pelantikan Rafizi sebagai setiausaha agung parti bagi menggantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang dilantik sebagai Pengarah Bersama Pilihan Raya bersama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Pengarah Bersama Pilihan Raya PKR sebelum ini disandang Timbalan Presiden Mohamad Azmin Ali yang kini Menteri Besar Selangor.

Berikut merupakan senarai penuh pelantikan baharu yang dikeluarkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini :

Naib Presiden :
1. Xavier Jeyakumar
2. Darell Leiking

Bendahari Agung : Datin Paduka Tan Yew Kew
Timbalan Bendahari Agung : Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman

Pengarah Pilihanraya :
1. Nurul Izzah Anwar
2. Dato' Saifuddin Nasution

Pengarah Strategi : Sim Tze Tzin
Pengarah Komunikasi :Fahmi Fadzil
Pengarah Guaman : Sivarasa Rasiah
Pengarah Latihan : Fauziah Salleh
Setiausaha pengelola : Fariz Musa

Ahli MPP (Dilantik):

1. Dato' Saifuddin Nasution Ismail
2. Rodziah Ismail
3. Amirudin Shari
4. Mohdak Ismail
5. N. Surendran
6. Mustapha Sakmud

Pengerusi-pengerusi Biro:

Pengerusi Biro Pemantapan Politik: Tian Chua

Pengerusi Biro Keanggotaan: Dr Tan Kee Kwong

Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama: Dr Md Nur Manuty

Pengerusi Biro Kemasyarakatan & Aduan Rakyat: S. Manickavasagam

Pengerusi Biro Pelaburan & Perdagangan: Wong Chen

Pengerusi Biro Integrasi Nasional: Dr Edmund Santhara

Pengerusi Biro Sains & Kesihatan: Dr Azman Ismail

Pengerusi Biro Pendidikan: Haji Abas Awang

Pengerusi Biro Antarabangsa: Gooi Hsiao Leung

Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen & DUN: Dato Johari Abdul

Pengerusi Biro Masyarakat FELDA & Perladangan: Shamsul Iskandar Mohd Akin

Pengerusi Biro Masyarakat Orang Asal: Bob Manolan

Pengerusi Biro Pekerja: Abdullah Sani

Pengerusi Biro Kepenggunaan: G. Manivanan

Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan: William Leong

Pengerusi Biro Srikandi: Siti Aishah

Ahli Biro Politik Dilantik:

1. Dr Syed Husin Ali
2. Dato' Saifuddin Nasution Ismail
3. Dato Johari Abdul
4. Dato' Dr Mansor Othman
5. N. Surendran
6. William Leong

SANTAI PAGI SELASA: BILA DAP BERBOHONG, MELAYU PARASIT DIAM WALA' JER LA...

Posted: 13 Oct 2014 03:30 PM PDT


Inilah perangai buruk dan jelek DAP. Melalak kononnya ditindas, tetapi hakikatnya mereka yang memeras dan menindas.

Kita patut bersyukur hidup di Malaysia yang aman damai kerana didiami dan diperintah oleh majoriti umat Islam.

Bayangkan nasib yang menimpa umat Islam Uighur di China, nasib umat Islam di Rakhine dan Rohingya, Pattani dan sebagainya...siapa menindas mereka? 


Fikir-fikirkan. Sebarkan poster ini untuk menyedarkan ummah.

CUKAI CGT: DAP SENGAJA LETAK NEGARA PADA RISIKO KEBANKRAPAN !

Posted: 13 Oct 2014 01:00 PM PDT


Selepas selesai pembentangan Bajet 2015, puak-puak Pakatan Haram mula membelasah pihak kerajaan berhubung isu GST secara membuta tuli dengan pelbagai tohmah dan tuduhan tak berasas tanpa ada cadangan bagaimana sistem percukaian negara ini boleh diperbaiki. 

Dah dua tahun berlalu sejak YAB PM Najib membentangkan cadangan perlaksanaan GST pada Bajet 2013 dan 2014 lalu . Pada Bajet 2015 pula beliau menyatakan Malaysia akan mengguna pakai GST menggantikan cukai sekarang pada 1 April 2015 nanti.

Bila rakyat dah mula faham dan ramai peniaga sudah mula mahu menerima pakai dan mendaftar kepada Sistem GST, barulah timbul cadangan Pakatan Pembangkang memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal atau Capital Gain Tax (CGT).

Maka dipropakan oleh puak-puak pembangkang cukai ini adalah 'cukai progresif' yang akan menjana pendapatan RM3 bilion setahun dan akan menyelamatkan negara dari kemiskinan...wow tu diaaa! 

Maka terlopong mulut para pencacai di bawah sana melihat begitu bijaknya seorang pemimpin anugerah tuhan dengan idea yang begitu brilliantnya. 

Kalau jadi CGT nanti untung-untung rakyat dapat makan free selama bertahun-tahun. Tu diaa!


Para pencacai Pakatan biasanya tidak mahu tahu apa itu CGT. 

Tapi yang mereka dambakan melalui janji-janji tuan KETUM dan si kaki botol Ong Kian Ming adalah semuanya free, mereka tak perlu bayar apa-apa cukai, dapat duit melebihi BR1M, kereta murah, minyak murah, rumah murah dan boleh hidup bebas nak buat apa saja walaupun menghina orang dan agama lain.

Para pencacai Pakatan tak mau ambil tau macamana negara nak buat asalkan dapat duit banyak. Tak kira soal haram atau halal, langgar undang-undang atau belasah orang janji mereka boleh hidup senang. Itu yang 'rakyat' hendakkan. 

Gamaknya kategori 'rakyat' yang mana satukah yang hendakkan dasar liberal sebebas-bebasnya dengan duit tak kira halal haram melimpah ruah ini ya? 

Nampaknya kita tidak mempelajari kesan perlaksanaan CBT yang pernah berlaku pada Korea Selatan dan Amerika Syarikat semasa krisis ekonomi tahun 1997 dan 2008 lalu. 

CBT yang kebiasaannya dipungut hasil keuntungan transaksi perdagangan saham, bon, perdagangan komoditi, emas, derivative, option, swap dan sebagainya di bursa-bursa saham. 

Kalau dapat banyak untung maka tinggilah peratusan kutipan cukai CBTnya. Bagaimana kalau kurang dan meleset?


Mana dana yang hendak diambil untuk bangunkan negara?

Semasa krisis ekonomi Asia tahun 1997/1998, Korea Selatan hampir bankrap kerana penurunan nilai matawang Won. Bursa Saham Jakarta paling teruk terjejas apabila nilai Rupiah menjunam diikuti matawang Bath di Thailand. 

Namun Malaysia terselamat kerana Dr Mahathir segera menambat Ringgit. Bursa Saham kita dapat diselamatkan.

Bayangkan jika kita terlalu mengharapkan kutipan cukai CGT jika ada ketika itu? Apa akan jadi jika Bursa Saham kita terjejas teruk. Di manakah lagi wang hendak diambil. Ikutkan Anwar boleh pinjam dari IMF jer.

Semasa krisis ekonomi 2008 di US dan krisis ekonomi di Eropah hingga ke tahun 2010, negara-negara ini terpaksa menanggung banyak kerugian kerana terlalu mengharapkan dan bergantung kepada keuntungan urusniaga saham. 

Nilai matawang Dollar dan EURO menjadi tidak menentu. Beberapa negara Eropah seperti Portugal, Ireland, Italy, Greece dan Sepanyol (PIIGS) paling terjejas dengan krisis hutang hingga terpaksa meminjam dari IMF.

Beberapa negara Eropah lain turut menghadapi masalah yang sama.

Ini adalah sebahagian kesan buruk akibat dari pergantungan keterlaluan kepada sistem percukaian CGT dan perbelanjaan melampau untuk sistem berkebajikan (welfare) negara-negara tersebut.


Malaysia juga sedikit sebanyak terjejas ekonominya. Tapi adakah rakyat pencacai Pakatan sedar keperitan tersebut? Betapa sukar kita menahan asakan tekanan ekonomi kerana kita juga bergantung dengan sistem ekonomi dan perdagangan dunia.

Pencacai Pakatan memang tak nak faham sebab hidup mereka hanya untuk disuap saja. Bukalah mata dan lihatlah dunia, jangan ingat nak syok saja, Bersyukur kita masih selamat lagi.

Kita bukannya negara maju dan berpendapatan tinggi macam US, Jepun, Korea Selatan dan negara-negara Eropah sekarang yang boleh mengenakan CGT. 

Jika CGT mahu dilaksanakan, maka Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakannya berbanding dengan negara-negara ASEAN lain.

Apa akan jadi jika sistem ekonomi kita berbeza dengan sistem ekonomi tetangga?

Kita mahu kutip banyak cukai dan wang tapi dalam masa yang sama kita tekan para pelabur dan rakyat kita tanpa memberi mereka pilihan. 

Kita hanya lihat wang berkepuk-kepuk yang boleh dikutip dari setiap keuntungan transaksi saham. Tapi ini secara langsung akan mengakibatkan para pelabur beralih arah ke Singapura dan Hong Kong yang lebih bebas dan mesra pelabur yang tidak mengenakan CGT. 

Jadi apakah ada agenda DAP hendak melaksanakan CGT? Adakah mereka mempunyai niat agar pelabur asing lari ke Hong Kong dan Singapura?


Kini Thailand, Indonesia, Vietnam dan Cambodia bahkan Myanmar sedang berlumba-lumba menarik para pelabur asing dari Eropah, Jepun, Korea Selatan dan US yang ingin mengelak kos tinggi akibat perlaksanaan CGT di negara-negara mereka. 

Tapi mengapa kita pula nak laksanakan CGT?

Katakanlah jika kerajaan terpaksa akur melaksanakan CGT dan menolak GST, pembangkang akan kata kerajaan mencedok idea mereka. Bila CGT dilaksanakan dan memberikan kesan buruk pada ekonomi negara, mereka akan salahkan kerajaan juga. 

Bila tiada pelaburan maka tiadalah pekerjaan. Bila tiada pekerjaan adakah rakyat untung? 

Jika CGT dilaksanakan bermakna pelaburan-pelaburan milik kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) seperti ASB, ASN, AS1M, ASG, AHB, saham-saham kerajaan di KWSP, Tabung Haji, Khazanah Nasional, LTAT semuanya kena cukai keuntungan CGT.

Jadi bagaimanakah para penabung nak dapatkan pulangan bonus dan dividen yang tinggi setiap tahun apabila keuntungan mereka dicukai terlebih dahulu. Bila pulangan kurang adakah rakyat tak akan marah?

Para pelabur ASB yang tujuannya nak bantu Melayu-Bumiputera dan AS1M nak bantu rakyat berbilang kaum yang lain juga tak dapat pulangan yang banyak sedangkan tujuan mereka menabung adalah untuk mendapat pulangan lumayan.

Secara tak langsung juga usaha meningkatkan 30% pencapaian ekonomi Bumiputera juga tidak akan tercapai.

Jadi apakah motif DAP sebenarnya yang begitu galak ingin melaksanakan CGT ini?


Arak dan KetUm Memang Sifatnya Memabukkan.

Posted: 13 Oct 2014 06:00 AM PDT

Arak

Pelik dengan ahli politik Malaysia. Secara terang-terang tunjukkan mereka menyokong 'pesta arak'. Adakah minum arak sesuatu yang perlu dipromosi?


KetUm

Sebagaimana arak, ketum juga sifatnya memabukkan. Ianya pernah dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.


Mabuk Arak dan KetUm

Tidak kisahlah kalau bukan Islam mempromosi 'pesta arak', cuma pelik dengan segelintir pemimpin politik yang memainkan isu arak ikut masa dan waktu. Sebelum berkuasa, beria-ia jaja isu arak untuk raih sokongan orang Islam sampai sanggup berjanji untuk tutup kilang arak jika mereka menang pilihan raya. Bila dah berkuasa, cakap pusing-pusing. Bila rakyat tanya kenapa kilang arak masih beroperasi, mereka spin balik siapa yang rasmi kilang arak? Cakap pusing-pusing serupa pak sheikh mabuk todi.

Bila dah mabuk, bukan sahaja ada Sheikh Al-Araki, malah Sheikh Al-Gereja pun dah ada.

Lebih malang bila makin ramai jadi Pak Sheikh Al-KetUmi. Gila sangat kepada KetUm sampai baiah dengan nama Allah pun mereka langgar. Gila sangat kepada KetUm sampai sanggup jadi BARUA dan BROKER.

Benarlah......arak dan ketum memang sifatnya memabukkan.

*Simptom mabuk KetUm adalah apabila muslimah sanggup terkinja-kinja atas jalan kerana berlebihan ambil dos topeng KetUm.


DAP PUJI KHALID SAMAD PERTAHAN PESTA ARAK, OKTOBERFEST

Posted: 13 Oct 2014 04:00 AM PDT


Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua memuji keberanian Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad mempertahankan Pesta Arak, Oktoberfest.

"Terima Kasih Yb Khalid Samad

"Ini adalah jenis pemimpin yang rasional dan moderat yang kami mahu dari kepimpinan Muslim," kata Tony Pua dalam facebooknya.

Tony Pua merujuk kepada kenyataan Khalid samad dalam The Malay Mail Online yang bertajuk "Defending Oktoberfest, PAS MP says Muslims can't dictate what non-Muslims consume."

Khalid Samad dalam kenyataannya berkata umat Islam telah tersilap jika mereka berhujah terhadap pengiklanan yang meluas dan promosi perayaan tahunan pesta arak- Oktoberfest – atas dasar ketuanan Islam di Malaysia, kerana Islam membenarkan bukan Islam bebas untuk mengamalkan norma kehidupan mereka.





"Kebebasan sebegini yang dijamin syariat Islam terhadap orang bukan Islam di bawah pemerintahannya adalah di antara bukti kebenaran dan keagungan Islam. Ianya juga merupakan bukti bahawa Islam mampu memerintah Negara yang bersifat majmuk," katanya dalam siaran di blognya,khalidsamad.com:




Oktoberfest dan Pendirian Saya

Temuramah saya yang dibuat oleh ISMA berhubung isu Oktoberfest telah banyak menimbulkan kontroversi. Mungkin kerana ramai hanya membaca tajuk. Sepertimana biasa. Malas untuk membaca dan faham tetapi teringin sangat mengutuk. Lebih-lebih lagi bila yang memberi komen itu adalah diri saya. Malang sungguh nasib mereka ini. Tidak faham dan terus menceritakan mengikut selera mereka. Sampai ada yang mengatakan saya 'sokong' dan ucapkan tahniah. Biasalah. Kalau semua sudah faham, kurang pulalah kerja untuk saya!

NEGARA MAJMUK
Perenggan pertama ada disebut, penganjuran Oktoberfest ini tidak boleh dihalang kerana Malaysia adalah Negara Majmuk. Ada yang tanya pada saya, apa beza pendirian saya dengan UMNO? Sama sahaja, ujar mereka.

Bagi UMNO, bila dikatakan masyarakat majmuk ini bererti syariat Islam tidak boleh diguna-pakai. Bagi saya bila saya sebut masyarakat majmuk, maka kemajmukan itu perlu ditangani mengikut kehendak syariat Islam! Rasanya jauh berbezakan?

Mengikut syariat Islam, yang sememangnya direka Allah untuk masyarakat manusia yang bersifat majmuk, orang bukan Islam boleh hidup dengan aman di bawah pemerintahan Islam. Hak mereka tidak akan dicerobohi termasuk agama mereka. Mereka tidak akan dipaksa memeluk agama Islam dan mereka dibenarkan mengikut ajaran agama mereka dengan aman damai. Apa yang dibenarkan oleh agama mereka untuk dimakan minum, mereka akan terus dibenarkan makan dan minum. Maka mereka dibenarkan makan makanan yang haram bagi ummat Islam seperti daging khinzir, daging binatang yang tidak disembelih atas nama Allah dan sebagainya. Begitu juga dengan minuman mereka. Apa yang haram bagi ummat Islam tetapi halal mengikut agama mereka, mereka tidak akan dihalang meminumnya. Termasuklah beer dan wine yang merupakan minuman arak yang memabukkan.

SOAL 'KETUANAN ISLAM'
Ada yang membantah kenyataan saya atas alasan 'ketuanan Islam', 'Islam berkuasa', 'Islam agama persekutuan' dan sebagainya. Saya cadangkan sekiranya ingin ikut kehendak Islam maka tangani persoalan ini mengikut ajaran Islam. Ikut syariat, bukan ikut emosi.

Kebebasan sebegini yang dijamin syariat Islam terhadap orang bukan Islam di bawah pemerintahannya adalah di antara bukti kebenaran dan keagungan Islam. Ianya juga merupakan bukti bahawa Islam mampu memerintah Negara yang bersifat majmuk.

'Ketuanan Islam', 'Islam agama persekutuan' dan sebagainya bukan merupakan alasan untuk ummat Islam untuk menyimpang dari syariat sehingga prinsip hormat kepada hak bukan Islam menjadi kabur. Ianya bukan alasan untuk menekan bukan Islam sehingga memaksa mereka mengikut kehendak orang Islam. Itu merupkan Islam chauvanis seperti yang diperjuangkan ISMA.

Hujjah sensitiviti dan sebagainya adalah persoalan yang boleh ditangani dalam keadaan hak bukan Islam terus dijamin. Ianya ditangani dengan dikenakan syarat tertentu ke atas penganjurnya seperti tidak dibenarkan orang Islam bersama, tidak diiklankan di kawasan dan akhbar kebiasaan orang Islam, dianjurkan di kawasan majoriti orang bukan Islam dan sebagainya.

MASALAH ARAK DAN PEMERINTAHAN ISLAM
Dalam soal arak di kalangan masyarakat bukan Islam yang duduk di bawah pemerintahan Islam, ianya merupakan persoalan yang telah wujud sejak dari dulu lagi dan ianya bukan perkara baru.

Sebagai contoh, dalam soal percukaian, para ulama' berbahas samada cukai boleh dikenakan atas arak yang dimiliki dan diniagakan oleh orang bukan Islam yang hidup di bawah pemerintahan Islam. Ada mazhab yang mengatakan tidak boleh dan tidak perlu kerana ianya barangan haram. Ada juga mazhab yang mengatakan ianya harta rakyat bukan Islam dan oleh itu ianya boleh dikenakan cukai tetapi cukai yang dikutip dari sumber sebegini perlu diasingkan dari cukai dari sumber yang halal dan bersih. Dan ianya juga perlu digunakan hanya untuk perkara tertentu seperti pembinaan jalan dan kemudahan awam. Ia boleh juga digunakan untuk pembaik-pulihan rumah ibadat yang bukan Islam. Ia tidak boleh digunakan untuk membayar gaji dan sumbangan kepada ummat Islam.

Maka perbahasan ulama' adalah berhubung samaada dibolehkan mengambil cukai atau tidak ke atas arak. Maka tidak timbul samada ianya dibenarkan untuk orang bukan Islam memilikinya, kerana semua faham ianya hak orang bukan Islam. Ianya makan minum mereka.

Mengambil dari prinsip itu, maka saya sebut bahawa program Oktoberfest yang dianjurkan untuk orang bukan Islam tidak boleh dihalang. Kerana Syariat Islam menjamin kebebasan beragama bagi mereka. Namun ianya tidak boleh dihadiri orang Islam dan dari sudut perlaksanaannya dan cara ianya diurus, pihak PBT perlu memantau dan mengawal. Ini telah juga saya sebutkan dalam interview berkenaan.

Pendirian Islam yang sebegini menjadikan Islam mampu memerintah dunia yang bersifat majmuk.

ISLAM AGAMA RAHMAT
Ada yang berhujjah bahawa arak ini sesuatu yang buruk. Keburukannya bukan sekadar untuk orang Islam, tetapi juga bagi yang bukan Islam. Oleh itu sebagai penganut agama yang membawa rahmat untuk semua, maka kita perlu melarangnya. Ini golongan orang yang menentukan hukum mengikut akal dan nafsu mereka.

Kalau ikut lojik sebegitu, rahmat yang terbesar adalah Islam maka adakah kita boleh selepas itu memaksa yang bukan Islam memeluk Islam? Atas sebab sayangnya kita terhadap semua manusia? Sudah pasti tidak!

Sememangnya Islam itu rahmat untuk semua dan antara rahmatnya ialah dasar menghormati hak penganut agama lain dan ini dipertahankan Islam. Namun tidak boleh berhujjah untuk menyelamatkan mereka dari bencana arak dengan menyeru kepada Islam atau paling kurang dari sudut kesihatan dan sebagainya. Tetapi bukan dengan paksaan dan menggunakan kuasa. Ini akan memberi gambaran bahawa Islam tidak menghormati hak mereka untuk mengikut agama mereka.

KISAH PENDEK
Saya ingin berkongsi cerita yang pernah saya dengar semasa saya sedang belajar di United Kingdom. Yang menceritakannya adalah seorang alim dari India. Dia menyebut bahawa apabila Islam membuka bumi India, pada mulanya pada zaman Abasiyyah melalui seorang general bernama Muhammad bin Kassim, maka ummat Islam bertemu dengan masyarakat Hindu. Bila ditanya kepada Muhammad bin Kassim berhubung kuil Hindu yang penuh dengan berhala, Muhammad bin Kassim jawab, kuil Hindu diberikan kedudukan sama seperti rumah ibadah ahlul kitab, iaitu tidak akan diroboh atau dicerobohi.

Pada masa yang sama, di dalam kawasan yang diperintah ummat Islam, mereka telah melihat berlakunya amalan 'suttee' iaitu amalan di mana janda dibakar hidup-hidup bersama jenazah suaminya apabila suaminya meninggal. Dia mengisahkan satu peristiwa dua orang Islam yang berkuda sedang melihat seorang janda dibawa untuk dibakar bersama jenazah suaminya. Ahli keluarga wanita malang itu menangis kesedihan. Wanita itu pun kelihatan keliru dan sedih. Maka salah seorang dari orang Islam tersebut bertanya kepada rakannya, "tidakkah sepatutnya kita halang amalan ini?" Rakannya jawab, "ianya ajaran agama mereka. Kita tidak boleh campur." (Kecuali sekiranya janda itu memeluk agama Islam). Maka jawab yang pertama tadi, "Alhamdulillah syukur kita kepada Allah yang telah menentu untuk kita agama Islam yang adil dan benar yang penuh dengan rahmat".

Mengikut alim ini, melalui dasar tidak campur tangan dalam urusan agama lain, maka kebenaran Islam terserlah. Akhirnya amalan 'suttee' ini dikurangkan di kalangan masyarakat Hindu kerana terdapat wanita Hindu yang tidak ingin melakukannya. Sebahagian masyarakat Hindu memeluk Islam dan ada juga yang mengugut untuk memeluk agama Islam sekiranya terus dipaksa melakukannya.

Sedangkan sekiranya amalan itu dihentikan secara paksa oleh ummat Islam, maka para pemimpin Hindu akan menyeru masyarakat mereka bersatu menentang ummat Islam yang ingin merosakkan agama mereka. Dengan itu permusuhan akan terhasil dan penyebaran risalah dan dakwah Islam akan terbantut.

SELEPAS INI PESTA SEKS?
Ada juga yang berhujjah kalau begitu maka lain kali sekiranya orang bukan Islam inginkan pesta seks dan porno maka kita perlu benarkan juga? Saya ingin tanya, ada ke mana-mana agama yang membenarkan seks bebas dan porno? Setahu saya tiada. Kecuali bagi yang tidak beragama. Bagi yang tiada agama maka tidak perlulah dibawa berbincang kerana sudah pasti mereka tidak boleh menyatakan "agama saya membenarkan". Mereka tiada agama maka hujjah itu tidak boleh diguna-pakai oleh mereka.

Satu lagi sumber perundangan Islam adalah kebiasaan atau adat/budaya. Sudah jelas bahawa kebiasaan atau adat/budaya yang wujud di Malaysia, termasuk bagi yang bukan Islam, seks bebas dan porno merupakan sesuatu yang dianggap jelek. Ianya bukan sesuatu kebiasaan. Oleh itu ia tidak boleh dijadikan hujjah dalam soal membenarkan orang bukan Islam meminum arak.

Hujjah itu adalah 'Qias maal faariq' atau qiasan yang tidak kena kerana tiada persamaan.

IKLAN BILLBOARD PALSU
Ada juga yang timbulkan, ya benar kata YB! Tetapi billboard yang ada di Shah Alam ni bagaimana?

Saya jawab, "ada ke billboard tu? Di mana?"

Hakikatnya MBSA sudah sebut tiada billboard sedemikian rupa yang telah diluluskan oleh MBSA. Hakikatnya sebelum ini tidak tahu mengenai program Oktoberfes. Dikatakan ianya telah diadakan di Subang pada 20 September. Ada yang tahu? Atau adakah yang hadir?

Kita tidak tahu kerana ianya tidak diiklankan di akhbar atau kawasan orang Islam. Ianya mungkin diiklankan di akhbar Cina, mungkin juga di akhbar Inggeris dan di tempat-tempat tertentu melalui media tertentu. Di papan tanda Masjid sudah pasti tiada. Utusan dan Berita Harian saya tidak tahulah sebab saya tidak baca, tapi rasanya tiada juga. Begitu juga di Sinar Harian. Maka, ummat Islam tidak tahu.

Masyarakat Islam hanya mula tahu apabila ISMA yang mengiklankan dan mempopularkannya. Sekira ISMA yang mengiklan dan mempopularkannya, maka adakah patut mempersalahkan orang bukan Islam? Yang ISMA sibuk sangat iklankan siapa suruh?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Pemimpin DAP Gelar PAS "Islamic Rubber Cock Party" ?

Posted: 13 Oct 2014 01:48 AM PDT


Kenyataan dari FB Pemimpin DAP....


Apa tindakan PAS. Takkan masih sanggup jadi BARUA dan BROKER dalam Pakatan?

PKR TIDAK BERPUAS HATI DENGAN TINDAKAN PAS GANTUNG DUA AHLI ADUN

Posted: 13 Oct 2014 12:00 AM PDT



Keputusan Pas Pusat menggantung keahlian selama setahun terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu di negeri ini mengundang rasa tidak puas hati rakan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Rasa tidak puas hati itu dinyatakan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Fahmi Fadzil yang menyifatkan keputusan Pas Pusat terhadap ADUN Hulu Klang, Saari Sungip dan ADUN Morib, Hasnul Baharudin itu tidak sepatutnya dibuat kerana tindakan mereka menyokong Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar sebelum ini merupakan satu tindakan demokratik.

"Walaupun tindakan disiplin yang dikenakan Pas terhadap kedua-dua ADUN (Saari dan Hasnul) tersebut adalah hak di bawah Perlembagaan parti itu, namun umum perlu ingat dan sedar bahawa tindakan kedua-dua ADUN tersebut untuk menyatakan sokongan terhadap Datin Seri Dr. Wan Azizah adalah langkah demokratik.

"Sokongan mereka itu merupakan satu usaha merungkai masalah krisis Menteri Besar mengikut amalan dan kebiasaan yang berlandaskan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor," katanya dalam kenyataan menerusi WhatsApp di sini hari ini.

Fahmi turut memberikan sokongan serta mempertahankan Saari dan Hasnul dengan menganggap tindakan mereka sebelum ini sebagai berani bagi mengukuhkan ukhuwah (persahabatan) dalam kalangan parti dalam pakatan pembangkang selain mengangkat kerjasama Pas, PKR dan DAP menerusi tahaluf siyasi.

Pas Pusat memutuskan menggantung keahlian Saari dan Hasnul selama setahun daripada parti itu berkuatkuasa serta-merta kerana menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor, Ogos lalu.

Selain digantung keahlian, kedua-dua ADUN itu turut dilarang daripada terlibat dalam sebarang aktiviti Pas.

Sebelum ini, Saari dan Hasnul dikecam oleh partinya sendiri kerana tindakan mereka menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor kerana dilihat bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas pada 7 Ogos lalu yang memutuskan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang ketika itu menyandang jawatan Menteri Besar Selangor tidak boleh digugurkan daripada jawatannya selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran amanah.

Malah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri ketika menyampaikan ucapan penggulungan dan penangguhan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-60 pada 20 September lalu turut mengecam tindakan dua ADUN berkenaan selain menggelarkan mereka sebagai 'broker' dan 'barua'.

Bagaimanapun, kemelut jawatan Menteri Besar Selangor akhirnya menyaksikan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dilantik menduduki jawatan itu sekali gus mengenepikan Wan Azizah.

Panglima Perang Cyber

Posted: 13 Oct 2014 11:27 PM PDT

Panglima Perang Cyber


@AhmadMaslan Jawab Bajet PR Cadang CGT vs GST @AstroAwani @NajibRazak

Posted: 13 Oct 2014 07:28 PM PDT

AHMAD MASLAN: CGT bakal mewujudkan rantaian ekonomi yang negatif sekali gus meleburkan hasrat pelabur untuk melabur di pasaran tempatan.

KUALA LUMPUR: Pembangkang disifatkan tidak faham konsep dan tidak pernah memikirkan risiko Cukai Keuntungan Modal (CGT) yang dicadang mereka dalam tempoh jangka pendek dan panjang kepada rakyat.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, CGT bakal mewujudkan rantaian ekonomi yang negatif sekali gus meleburkan hasrat pelabur untuk melabur di pasaran tempatan.‎

‎ "Lebih teruk apabila pembangkang mahu melaksanakan CGT bersama cukai jualan dan ‎perkhidmatan (SST). Sudahlah SST membebankan rakyat, mereka mahu tambah lagi dengan CGT.

"Pembangkang tidak memahami GST dan SST. Kerajaan tahu apa yang dilakukan, pembangkang akan menyusahkan rakyat nanti," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Ahmad mengulas perbahasan Bajet 2015 yang diberi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan CGT berbanding GST dengan alasan memberi lebih 'perlindungan' kepada golongan miskin dan sederhana dari aspek pencukaian.

‎Sebelum ini, Ahmad memberitahu, sebahagian besar rakyat sudah boleh menerima dan memahami usaha kerajaan berhubung pelaksanaan GST.

Ujarnya, majoriti rakyat sedar GST perlu bagi mengukuhkan ekonomi dan pembangunan negara.

Sehingga Selasa lepas, 76,315 syarikat perniagaan telah mendaftar untuk pelaksanaan GST.

Mulai 1 April depan, GST akan menggantikan cukai perkhidmatan sekarang dengan kadar enam peratus berbanding 16 peratus sekarang.

Jakim: Nafi Wujud Entiti Murtad Berdaftar @ROSMalaysia @NajibRazak @Zahid_Hamidi @KdnPutrajaya

Posted: 13 Oct 2014 07:22 PM PDT



m
Othman menjelaskan, Jakim telah membuat semakan dengan ROS, Kementerian Dalam Negeri, dan dimaklumkan bahawa entiti-entiti murtad tersebut tidak berdaftar.

KUALA LUMPUR, 14 Oktober:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima aduan berhubung kewujudan beberapa entiti seperti Interfaith Commission (IFC) atau Suruhanjaya Antara Agama, Persatuan Melayu Kristian, Pertubuhan Melayu Murtad dan seumpamanya, yang dikatakan telah berdaftar secara sah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha, berkata perkara itu tersebar di media sosial yang sekaligus mengundang kebimbangan dan keresahan masyarakat Islam, kerana ia boleh mengancam kedudukan Islam serta menggugat keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
"Jakim telah membuat semakan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Kementerian Dalam Negeri, dan dimaklumkan bahawa entiti-entiti tersebut tidak berdaftar.

"Jakim juga mendapati, isu ini telah pun timbul beberapa tahun lalu dan ditimbulkan berulang kali dalam media sosial," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, cadangan penubuhan IFC telah dibincangkan dan dibantah pelbagai pihak, termasuklah Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri.
"Berkenaan pertubuhan yang dikaitkan dengan orang Melayu murtad pula, jika dilihat kepada laman kumpulan Facebook (Facebook group page) atau laman blog, kumpulan yang mempromosikan gerakan murtad telah lama bertapak dan semakin berkembang.

"Isu ini telah lama berlegar di media sosial, cuma sejak kebelakangan ini, ia semakin hebat dibincangkan," katanya.

Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempunyai bidang kuasa dalam perkara berkenaan dan sentiasa menjalin kerjasama dengan Jakim serta Jabatan Agama Islam Negeri bagi menangani isu itu.

"Ia bagi menangani isu-isu seperti ini, bagi memelihara kesucian Islam dan membendung umat Islam daripada terjebak dalam perkara-perkara yang bercanggah dengan Islam.

"Jakim berharap dan ingin memberi nasihat kepada umat Islam, supaya sentiasa berwaspada terhadap isu-isu seperti ini dan memberi bantuan dengan menyalurkan maklumat, sekiranya timbul sebarang keraguan atau kemusykilan," katanya.

Al Fatihah : Bapa MB Perak @ZambryAbdKadir Meninggal Dunia

Posted: 13 Oct 2014 07:07 PM PDT



IPOH 14 Okt. - Bapa kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir meninggal dunia di Hospital Desa Pangkor pada pukul 1.10 pagi ini akibat serangan jantung.

Abd. Kadir Muhammad, 73, atau lebih dikenali sebagai Pak Karim pernah berkhidmat sebagai Ketua Kampung Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor selama 23 tahun.

Jenazah beliau akan disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Teluk Raja Bayang selepas solat zuhur. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141014/dn_18/Bapa-MB-Perak-meninggal#ixzz3G55ueBPg
© Utusan Melayu (M) Bhd


Ketika berita sedih dilaporkan The Malaysian Insider http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bapa-mb-perak-meninggal-dunia-awal-pagi-tadi penggunaan gambar ketawa oleh MB Perak tersebut dianggap tidak kena dengan situasi berita.

Adakah ia bermaksud mahu menggambarkan beliau gembira dengan kematian bapanya?


Laporan Polis Kepada Suara Keadilan Fitnah Permata Isteri PM @NajibRazak

Posted: 13 Oct 2014 06:53 PM PDT


Hospital Nur Zahirah Terengganu Sedia Perubatan Alternatif Urut Tradisional - @youtube

Posted: 13 Oct 2014 06:50 PM PDT

Ketua Menteri Melaka Nafi Sokong atau Lulus Penganjuran Oktober Fest 2014

Posted: 13 Oct 2014 03:56 AM PDT


salinan tulisan blog Cucu Tok Selampit :




Hari ini, Ketua Menteri Melaka, DS Idris Haron telah mengeluarkan Kenyataan Media menafikan penglibatan Kerajaan Negeri Melaka ke atas penganjuran 'Octoberfest'. CTS ada membuat posting berkenaan semalam, baca di sini. Kenyataan Media yang dikeluarkan hari ini amat bertentangan sekali dengan apa yang disiarkan oleh kebanyakan akhbar-akhbar utama semalam. Nampaknya melalui Kenyataan Media ini jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Melaka tidak pernah meluluskan penganjuran Oktoberfest. Persoalan sekarang siapa yang berbohong? 

Adalah diharapkan Kerjaan Negeri Melaka mengeluarkan arahan supaya akhbar-akhbar yang menyiarkan berita tidak tepat semalam agar memohon maaf dan menarik kembali berita berkenaan atau dikenakan tindakan undang-undang oleh Kerajaan Negeri. Ini adalah kerana isu ini telah dimanipulasikan dengan meluas oleh pembangkang dan telah mencemarkan nama UMNO dan Kerajaan Pusat secara tidak langsung.

Di bawah LINK video temuramah dengan DS Idris Haron mengenai isu 'Octoberfest':

ISMA Indonesia Nafi Nahdatul Ulama dan Muhammadiyyah Restui @Ulil Abshar dan disah sesat MUI tahun 2005

Posted: 13 Oct 2014 01:32 AM PDT

Poster hebahan program yang menjemput tokoh liberal dari Indonesia.
Poster hebahan program yang menjemput tokoh liberal dari Indonesia.
Tokoh Jaringan Islam Liberal Indonesia (JIL) Ulil Abshar Abdalla dijemput hadir ke Malaysia dalam satu program diskusi meja bulat anjuran IRF dan GMM pada 18 Oktober akan datang. Beliau akan membentangkan tajuk 'Tantangan Fundamentalisme Agama di Abad Ini'. Kehadirannya ke Malaysia mendapat bantahan ramai pihak. Wartawan ISMAweb Siti Fatimah Ishak menghubungi Koordinator Indonesia Tanpa JIL (ITJ) Ustaz Akmal MPd.i. bagi menjelaskan isu di sebalik kedatangan Ulil Abshar ke Malaysia. Ustaz Akmal merupakan Ketua Divisi Penelitian & Pengembangan (Litbang) di Indonesia Tanpa JIL (ITJ) Pusat.
Wartawan: Wajarkah Ulil Abshar dijemput ke Malaysia? Mengapa?
 
Ustaz Akmal : Berkenaan kedatangan Ulil, jika yang dikehendaki adalah kedatangan tokoh cendekiawan Muslim, maka langkah ini sungguh keliru. Pemikiran Ulil banyak bertentangan dengan para ulama, bahkan Ulil sendiri pernah memaki ulama di Indonesia. Gagasan-gagasan Ulil pun tak lebih dari sekedar wacana di atas kertas, sedangkan Ulil sendiri tidak dianggap sebagai tokoh yang mampu melakukan perubahan di Indonesia.
 
Wartawan: Boleh ustaz jelaskan, pada pemerhatian ustaz adakah terdapat usaha pihak-pihak tertentu yang cuba membawa masuk liberal ke negara lain terutamanya Malaysia? 
 
Ustaz Akmal: Dari kabar yang saya dengar memang saya menangkap kesan bahwa gerakan Islam liberal di Malaysia baru mulai muncul ke permukaan dan mereka belajar banyak dari Islam liberal di Indonesia. Tapi dalam setiap kegiatannya, gerakan Islam liberal tak pernah berdiri sendiri, melainkan selalu bersandar pada dukungan asing. Oleh karena itu, kita memang patut curiga bahwa ada pihak-pihak yang sengaja mendatangkan Ulil ke Malaysia untuk lebih menghidupkan lagi Islam liberal di Malaysia.
 
Wartawan: Apakah kesan buruk ideologi liberal apabila ia masuk ke Indonesia ataupun negara-negara Islam yang lain?
Ustaz Akmal: Di Indonesia, Ulil selalu mengaku sebagai bagian dari organisasi masyarakat (ormas) Islam terbesar di Indonesia, yaitu Nahdlatul Ulama (NU). Padahal, para ulama NU yang tergabung dalam Forum Kyai Muda (FKM) NU menolak keras paham Islam liberal yang dibawa oleh Ulil. Debat antara Ulil dan FKM NU bisa ditemukan rekamannya di situs Youtube. Demikian juga ormas Islam lainnya yang juga besar, yaitu Muhammadiyah, banyak dicatut namanya oleh para aktivis Islam liberal, padahal Muhammadiyah sangat menolak paham ini. Jadi adakalanya Islam liberal mencatut nama ormas, tapi tidak jarang pula mencela ulama. Di Indonesia, Islam liberal selalu menentang Majelis Ulama Indonesia (MUI), dan MUI sudah mengeluarkan fatwa sesatnya paham Islam liberal sejak tahun 2005.
 
Isu-isu yang mereka bawakan di Indonesia adalah tentang bolehnya nikah beda agama, halalnya homoseksualitas, bahkan ada juga yang mengatakan pelacuran itu boleh. Terhadap Al-Qur'an, mereka menganggapnya produk budaya, dan mereka terbiasa mencela 'Utsman ibn Affan ra karena telah menetapkan Mushaf 'Utsmani sebagai standar. Mereka terbiasa mencela Imam Syafi'i, menyatakan semua agama benar (pluralisme agama), bahkan juga membela kaum ateis.
 
Selain itu, aktivis Islam liberal kerap menyebut pihak-pihak yang memusuhinya sebagai fundamentalis dan radikalis. Padahal, menurut saya, mereka sendiri sangat fundamentalis. Diskusi-diskusi yang mereka selenggarakan biasanya tertutup, dan mahasiswa-mahasiswa yang didoktrin dengan paham Islam liberal diberikan kajian-kajian tertentu dan mereka menutup mata dari kritik-kritik terhadap Islam liberal. Saya pernah diundang untuk debat dengan sejumlah tokoh Islam liberal di radio Hard Rock FM, tapi mereka semua menolak datang. Sejatinya, mereka sangat anti diskusi.
 
Wartawan: Boleh ustaz jelaskan apakah langkah-langkah untuk melawan ideologi liberal?
 
Ustaz Akmal: Untuk menolak fahaman Islam liberal, harus dengan menumbuhkan tradisi ilmu. Kami di Indonesia banyak mengambil ilmu dari tokoh-tokoh di Malaysia seperti Prof. Naquib al-Attas dan Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud. Pemikiran-pemikiran kedua tokoh ini cukup membantu kami memahami kerusakan pemikiran umat Muslim yang belajar dari kaum orientalis seperti mereka yang menyebut dirinya Islam liberal ini. Hanya saja, kasus Islam liberal itu sendiri lebih dulu mengemuka di Indonesia. Menurut saya, saudara-saudara di Malaysia akan lebih mampu menghadapi tantangan pemikiran ini dengan berkonsultasi kepada para ulama dan cendekiawan di sana.


Perbahasan Ulil Abshar dengan Forum Kiyai Muda NU tahun 2009 


Forum Kiai Muda NU : Ulil Mencatut Gus Dur


Forum Tabayyun dan Debat Forum Kiai Muda (FKM) NU dengan Ulil berlangsung seru. Tak kurang dari 500 orang hadir dalam kesempatan itu. Mereka datang dari Jember, Banyuwangi, Situbondo, Pasuruan dan Probolinggo. Seolah-olah forum itu menjadi tempat penumpahan uneg-uneg warga NU terhadap gagasan dan pemikiran Ulil mengenai Islam liberal yang diusungnya selama ini.

Debat yang dimoderatori Kiai Abdurrahman Navis itu mengangkat dua pemikirian Ulil yang sangat kontroversial, yaitu soal pluralisme agama dan kesakralan Al-Qur'an. FKM diberi kesempatan pertama untuk menyampaikan "uneg-uneg" terkait dengan pemikiran Ulil.

Peserta menanyakan hal urgen terkait masalah prinsip beragama. Diantaranya Masalah pluralisme agama, semua agama sama benar.

Dalam acara ini, nampak peserta sangat rapi menyiapkan berbagai bahan baik ucapan, tulisan dan pernyataan Ulil menyangkut paham liberal selama ini.
Ketika terpojok, Ulil malah berlindung kepada Gus Dur. Ia mengaku pemikirannya sudah dikembangkan oleh Gus Dur
Ketika terpojok, Ulil malah berlindung kepada Gus Dur. Ia mengaku pemikirannya sudah dikembangkan oleh Gus Dur. "Sebenarnya pemikiran soal pluralisme sudah diungkap oleh Gus Dur, kenapa baru sekarang ramai,"  ungkap Ulil dikutip situs www.nu.or.id.

Gus A'ab, menyayangkan tulisan-tulisan Ulil soal pluralisme agama selama ini. Pasalnya, Ulil telah menyamaratakan semua agama. Menurut Gus A'ab, pemikirian Ulil yang  menyatakan bahwa semua agama itu benar adalah salah besar. Yang betul, katanya, orang Islam wajib meyakini bahwa agama Islamlah yang benar, walaupun keyakinan itu tidak boleh sampai  menghilangkan toleransi terhadap kebenaran agama lain sesuai keyakinan  penganutnya.

"Jadi jangan pernah mengagggap semua agama benar. Kita harus tetap meyakini Islam itu yang benar tanpa harus menafikan kebenaran agama lain sesuai yan diyakini pemeluknya," tukasnya Gus A'ab.

Mendapat serangan itu, Ulil menghindar. "Tidak benar saya mengatakan  semua agama itu benar. Yang sama itu hanya agama Yahudi, Nasrani dan Islam. Karena, tiga agama itu minimal mempunyai landasan teoleogi yang sama," jelas Ulil.

Debat semakin seru, karena pengunjung banyak yang berteriak ketika Ulil lagi-lagi menghidari pernyataannya sendiri di berbagai tulisannya. Padahal, FKM membawa segepok foto copy tulisan Ulil yang berisi pemikiran  kontroversial itu.
Forum Kiai Muda (FKM) NU menilai paham JIL cenderung membatalkan otoritas para ulama salaf. Namun mengajak menghadapi JIL dengan dialog
Menurut Gus A'ab, pemikiran-pemikiran yang dikembangkan oleh Jaringan Islam Liberal (JIL) tidak bisa dikaitkan dengan NU, meskipun beberapa orang dari kelompok ini adalah anak NU, bahkan menantu salah seorang tokoh NU.

Ia menyatakan, keberadaan JIL sangat merisaukan warga NU, karena salah seorang pentolannya, Ulil Abshar-Abdalla adalah warga NU
Di bawah ini pernyataan lengkap Forum Kiai Muda NU:
Kesimpulan Forum Tabayyun dan Dialog Terbuka
Antara Jaringan Islam Liberal dan Forum Kiai Muda (FKM) NU Jawa Timur
Di PP Bumi Sholawat, Tulangan, Sidoarjo, Jawa Timur
Ahad, 11 Oktober 2009

Dewasa ini sedang berlangsung perang terbuka dalam pemikiran (ghazwul fikri) pada tataran global. Melalui sejumlah kampanye dan agitasi pemikiran, seperti perang melawan terorisme dan promosi ide-ide liberalisme politik dan ekonomi neo-liberal, Amerika Serikat sebagai kekuatan dunia berupaya menjinakkan ancaman kelompok-kelompok radikal, memanas-manasi pertikaian di antara kelompok radikal dan moderat dalam tubuh umat Islam, serta menyeret umat Islam dan bangsa ini ikut menjadi proyek liberal mereka.

Dengan memperhatikan perkembangan global tersebut, dan terdorong oleh kepentingan membela tradisi Ahlussunnah Waljamaah yang dianut oleh warga NU sebagai bagian dari identitas dan jati diri bangsa ini, Forum Kiai Muda Jawa Timur memberikan kesimpulan tentang hasil-hasil dialog dengan Jaringan Islam Liberal (JIL) sebagai berikut:

1. Sdr. Ulil Abshar Abdalla dengan JIL-nya tidak memiliki landasan teori yang sistematis dan argumentasi yang kuat. Pemikiran mereka lebih banyak berupa kutipan-kutipan ide-ide yang dicomot dari sana-sini, dan terkesan hanya sebagai pemikiran asal-asalan belaka (plagiator), yang tergantung musim dan waktu (zhuruf), dan pesan sponsor yang tidak berakar dalam tradisi berpikir masyarakat bangsa ini.

2. Pada dasarnya pemikiran-pemikiran JIL bertujuan untuk membongkar kemapanan beragama dan bertradisi kaum Nahdliyin. Cara-cara membongkar kemapanan itu dilakukan dengan tiga cara: (1) Liberalisasi dalam bidang akidah; (2) Liberalisasi dalam bidang pemahaman al-Quran; dan, (3) Liberalisasi dalam bidang syariat dan akhlak.

3. Liberalisasi dalam bidang akidah yang diajarkan JIL, misalnya bahwa semua agama sama, dan tentang pluralisme, bertentangan dengan akidah Islam Ahlussunnah Waljamaah. Warga NU meyakini agama Islam sebagai agama yang paling benar, dengan tidak menafikan hubungan yang baik dengan penganut agama lainnya yang memandang agama mereka juga benar menurut mereka. Sementara ajaran pluralisme yang dimaksud JIL berlainan dengan pandangan ukhuwah wathaniyah yang dipegang NU yang mengokohkan solidaritas dengan saudara-saudara sebangsa. NU juga tidak menaruh toleransi terhadap pandangan-pandangan imperialis neo-liberalisme Amerika yang berkedok "pluralisme dan toleransi agama".

4. Liberalisasi dalam bidang pemahaman al-Quran yang diajarkan JIL, misalnya al-Quran adalah produk budaya dan keotentikannya diragukan, tentu berseberangan dengan pandangan mayoritas umat Islam yang meyakini al-Quran itu firman Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dan terjaga keasliannya.

5. Liberalisasi dalam bidang syari'ah dan akhlak di mana JIL mengatakan bahwa hukum Tuhan itu tidak ada, jelas bertolak belakang dengan ajaran Al Quran dan Sunnah yang mengandung ketentuan hukum bagi umat Islam. JIL juga mengabaikan sikap-sikap tawadhu' dan akhlaqul karimah kepada para ulama dan kiai. JIL juga tidak menghargai tradisi pesantren sebagai modal sosial bangsa ini dalam mensejahterakan bangsa dan memperkuat Pancasila dan NKRI.

6. Ide-ide liberalisasi, kebebasan dan hak asasi manusia (HAM) yang diangkat oleh kelompok JIL dalam konteks NU dan pesantren tidak bisa dilepaskan dari Neo-Liberalisme yang berasal dari dunia kapitalisme, yang menghendaki agar para kiai dan komunitas pesantren tidak ikut campur dalam menggerakkan tradisinya sebagai kritik dan pembebasan dari penjajahan dan kerakusan kaum kapitalis yang menjarah sumber-sumber daya alam bangsa kita.

7. JIL cenderung membatalkan otoritas para ulama salaf dan menanamkan ketidakpercayaan kepada mereka, sementara di sisi lain mereka mengagumi pemikiran orientalis Barat dan murid-muridnya, seperti Huston Smith, John Shelby Spong, Nasr Hamid Abu Zaid, dan sebagainya.

8. Menghadapi pemikiran-pemikiran JIL tidak dilawan dengan amuk-amuk dan cara-cara kekerasan, tapi harus melalui pendekatan yang strategis dan taktis, dengan dialog-dialog dan pencerahan.

Forum Kiai Muda Jawa Timur,
Tulangan, Sidoarjo, 11 Oktober 2009
[chaberbagai sumber/www.hidayatullah.com]

@Zahid_Hamidi : Dr Ulil, pengikut Abu Bakar Bashir disekat - The Borneo Post

Posted: 13 Oct 2014 12:50 AM PDT



Video Astro Awani



Posted on October 13, 2014, Monday


Oleh Agnes Tugong //

Kehadiran mereka undang protes, dikhuatiri jejas pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah

KUCHING: Pengamal Islam liberal dari Indonesia, Dr Ulil Abshar Abdalla yang dijadual menghadiri beberapa program ceramah di ibu negara disekat daripada memasuki negara ini.

Arahan tersebut telah dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Jabatan Imigresen bagi menyekat Dr Ulil yang dijadual memberi ceramah mulai 15 Oktober ini.

"Dr Ulil telah mendapat jemputan daripada beberapa organisasi dan NGO di negara ini untuk memberi ceramah dan menghadiri beberapa program.

"Namun kehadiran beliau telah mengundang protes dan jika beliau memberikan ceramah yang dianjurkan oleh NGO berkenaan ia akan merosakkan bukan sahaja akidah orang Islam tetapi akan menyelewengkan pegangan kita sebagai Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

"Atas sebab itu, maka saya telah mengarahkan Jabatan Imigresen untuk menyekat Dr Ulil daripada memasuki negara ini sehingga didapati tidak membahayakan," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penutupan Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (SEKAM) 2014 di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Ahmad Zahid juga telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi menghalang pengikut pemimpin Jemaah Anshorut Tauhid (JAT) Abu Bakar Bashir daripada memasuki negara ini.

Menurut Ahmad Zahid, seramai 350 pengikut pemimpin berkenaan dijangka dibebaskan tahun depan selepas menjalani hukumuan di penjara Indonesia.

"Saya telah meminta PDRM untuk bekerjasama dengan pihak penguat kuasa Indonesia untuk tidak mengizinkan bekas-bekas pengikut JAT Abu Bakar Bashir ini memasuki negara dan menjadikan negara ini sebagai tempat untuk mereka memperluaskan (fahaman) militan mereka.

"Ini kerana Islam mengajar umatnya kesederhanaan dan saling hormat-menghormati dan bukannya bersikap militan yang cenderung menggunakan keganasan sebagai jalan singkat ke syurga seperti yang dilakukan oleh pengikut Abu Bakar Bashir," katanya.

Turut hadir pada sidang media dan majlis itu semalam Timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.



Utusan Malaysia : @ZulkifliNordin : Isu @Ulil Abshar: Desak kaji kedudukan Saifuddin @saifuddinabd cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Posted: 13 Oct 2014 12:26 AM PDT




KUALA LUMPUR 12 Okt. - Kerajaan didesak supaya mengkaji semula kedudukan Datuk Saifuddin Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) berikutan dikaitkan dengan diskusi membabitkan seorang aktivis Islam liberal dari Indonesia.

Bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin (gambar) berkata, ini ekoran aliran pemikiran, sikap dan tindakan Saifuddin yang dilihat sangat tidak sesuai, malah bercanggah dengan aspirasi dan gagasan wasatiyyah yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah katanya, langkah Kementerian Dalam Negeri mengarahkan Jabatan Imigresen supaya menghalang kemasukan aktivis tersebut, Dr. Ulil Abshar Abdalla daripada memasuki negara amat dipuji.

"Saya mengucapkan tahniah dan memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menghalang aktivis sesat, Ulil Abshar daripada memasuki Malaysia.

"Ini adalah satu tindakan proaktif yang saya percaya sangat dialu-alukan rakyat yang cintakan keamanan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan arahan tidak membenarkan tokoh liberal melampau dari Indonesia itu memasuki Malaysia bagi menghadiri satu diskusi meja bulat bertajuk 'Tantangan Fundamentalisme Agama Abad Ini' anjuran bersama Islamic Renaissance Front dan Yayasan GMM di ibu negara pada 18 Oktober ini.

Dalam pada itu, Zulkifli turut mendesak pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap individu dan pertubuhan yang terlibat dengan penganjuran aktiviti sesat tanpa mengira siapa atau kedudukan mereka.

Tambah beliau, fahaman sesat liberalisme agama dan pluralisme akidah adalah lebih bahaya daripada kumpulan seperti Al-Arqam kerana bersifat global serta mempunyai rangkaian antarabangsa yang jika dibiarkan boleh merosakkan kesucian Islam dan keharmonian antara agama.

"Kegiatan seperti ini mesti dibendung dari akar umbinya supaya tidak terus bercambah dan merosakkan keharmonian agama.

"Kita melihat ketegasan pihak berkuasa terhadap kumpulan Al-Arqam yang dirungkai sampai ke akar umbi menyebabkan kumpulan itu tidak boleh bernyawa lagi," tegasnya.



© Utusan Melayu (M) Bhd




Dr Ulil, pengikut Abu Bakar Bashir disekat

Posted on October 13, 2014, Monday


Oleh Agnes Tugong //

Kehadiran mereka undang protes, dikhuatiri jejas pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah

KUCHING: Pengamal Islam liberal dari Indonesia, Dr Ulil Abshar Abdalla yang dijadual menghadiri beberapa program ceramah di ibu negara disekat daripada memasuki negara ini.

Arahan tersebut telah dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Jabatan Imigresen bagi menyekat Dr Ulil yang dijadual memberi ceramah mulai 15 Oktober ini.

"Dr Ulil telah mendapat jemputan daripada beberapa organisasi dan NGO di negara ini untuk memberi ceramah dan menghadiri beberapa program.

"Namun kehadiran beliau telah mengundang protes dan jika beliau memberikan ceramah yang dianjurkan oleh NGO berkenaan ia akan merosakkan bukan sahaja akidah orang Islam tetapi akan menyelewengkan pegangan kita sebagai Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

"Atas sebab itu, maka saya telah mengarahkan Jabatan Imigresen untuk menyekat Dr Ulil daripada memasuki negara ini sehingga didapati tidak membahayakan," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penutupan Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (SEKAM) 2014 di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Ahmad Zahid juga telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi menghalang pengikut pemimpin Jemaah Anshorut Tauhid (JAT) Abu Bakar Bashir daripada memasuki negara ini.

Menurut Ahmad Zahid, seramai 350 pengikut pemimpin berkenaan dijangka dibebaskan tahun depan selepas menjalani hukumuan di penjara Indonesia.

"Saya telah meminta PDRM untuk bekerjasama dengan pihak penguat kuasa Indonesia untuk tidak mengizinkan bekas-bekas pengikut JAT Abu Bakar Bashir ini memasuki negara dan menjadikan negara ini sebagai tempat untuk mereka memperluaskan (fahaman) militan mereka.

"Ini kerana Islam mengajar umatnya kesederhanaan dan saling hormat-menghormati dan bukannya bersikap militan yang cenderung menggunakan keganasan sebagai jalan singkat ke syurga seperti yang dilakukan oleh pengikut Abu Bakar Bashir," katanya.

Turut hadir pada sidang media dan majlis itu semalam Timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Read more: http://www.theborneopost.com/2014/10/13/dr-ulil-pengikut-abu-bakar-bashir-disekat/#ixzz3FzsVJioh

sekupangdua

Posted: 13 Oct 2014 11:09 PM PDT

sekupangdua


AYAHANDA MB PERAK DS DR ZAMBRY ABDUL KADIR MENINGGAL DUNIA

Posted: 13 Oct 2014 05:18 PM PDT

Inalillahi wainnalillahirojiun... Ayahanda kepada Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meninggal dunia awal pagi tadi akibat serangan jantung.Abd Kadir Mohamad, 73, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.10 pagi di Hospital Desa Pangkor.

Allahyarham yang merupakan bekas ketua kampung Teluk raja bayang selama 23 tahun sebelum bersara tahun lepas, Jenazah Allahyarham akan disemadikan di tanah perkuburan masjid Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor selepas solat zohor. Allahyarham meningalkan 7 anak termasuk Dr Zambry. Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama kesayangan Allah swt. Alfatihah...

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 13 Oct 2014 09:44 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


PEMBAHAS UMNO PERLU KRITIK SAIFUDIN ABDULLAH DALAM DEWAN..

Posted: 13 Oct 2014 08:20 AM PDT

SEJARAH ITU ...BUKAN HASUTAN !

Posted: 13 Oct 2014 03:43 AM PDT

JAWAPAN KASI KANTOI....

Posted: 13 Oct 2014 03:16 AM PDT

SEBAR VIDEO NI

Posted: 13 Oct 2014 02:28 AM PDT

HUJUNG OKTOBER KE DALAMKAH KETUM ATAU ADA DEAL ?????

Posted: 13 Oct 2014 02:23 AM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 13 Oct 2014 09:08 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Perbualan Sulit Ini Sahkan Ketua Pemuda PAS & Khalid Samad Memang Tidak Boleh Pakai

Posted: 13 Oct 2014 07:00 PM PDT


Jawapan Teresa Kok Ini Pasti Buat Telinga Pemimpin PAS Panas

Posted: 13 Oct 2014 05:00 PM PDT


Subsidi Negara : Rafizi Ramli Kata Rakyat Asing Layak Dapat

Posted: 13 Oct 2014 09:42 AM PDT





Hidup sederhana? Rakyat di negara yang sebelah itu hidup sederhana juga? Mereka yang datang ke sini juga mahu dibela oleh Rafizi Ramli? 

Apakah ada rakyat asing yang mengundi Rafizi untuk dipilih bercakap begitu di Dewan Rakyat? Inilah mentaliti seorang ahli parlimen mentah PKR.  

Elok cadangkan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang adakah subsidi khas untuk rakyat asing di negeri yang mereka perintah. Mahu buat begitu? 

Mempertahankan rakyat asing agar menikmati sama subsidi negara adalah satu kenyataan memalukan buat seorang ahli parlimen yang dipilih oleh warganegara Malaysia. Tidak patriotik langsung.

Annuar Musa Buat Ahli Parlimen Pembangkang Panas Telinga Di Parlimen

Posted: 13 Oct 2014 09:07 AM PDT


PasMa Mula Serang Nik Abduh Secara Terbuka

Posted: 13 Oct 2014 07:42 AM PDT



Idris Haron Keluar Kenyataan Rasmi Mengenai Oktoberfest

Posted: 13 Oct 2014 02:20 AM PDT

Orang Kuat DAP Ini Buat Provokasi Melampau Terhadap PAS

Posted: 13 Oct 2014 12:37 AM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 13 Oct 2014 03:38 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Gadis dirogol kenalan di WeChat

Posted: 13 Oct 2014 04:00 PM PDT

Gambar hiasan
Seorang gadis dari Baram dirogol oleh seorang lelaki yang baharu dikenalinya melalui aplikasi pesanan, WeChat selepas mangsa bertindak berani mengatur pertemuan dengan lelaki itu, lapor The Borneo Post.

Kejadian dilaporkan berlaku dalam sebuah kereta di Jalan Astana, Kuching lebih kurang pukul 11 malam tadi.

"Suspek pada awalnya berjanji mengajak mangsa hanya untuk bersiar-siar di kawasan bandar, tetapi suspek telah membawa mangsa ke Jalan Astana.

"Bagaimanapun, suspek kemudian bertindak membuka seluar lalu merogol mangsa di tempat duduk belakang kereta," lapor The Borneo Post yang memetik kenyataan sumber.

Laporan itu juga menyebut suspek kemudian menghantar mangsa pulang ke rumah sewa setelah melepaskan nafsu serakahnya.

Mangsa memberitahu kejadian itu kepada rakannya. Dia kemudian dibawa oleh rakannya itu untuk membuat laporan polis dan menjalani pemeriksaan di Hospital Umum Sarawak.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/gadis-dirogol-kenalan-di-wechat-45955?cp

Perompak gagal kawal nafsu seks

Posted: 13 Oct 2014 06:01 AM PDT

Blackburn: Seorang perompak yang khayal kerana mengambil dadah methamphetamine ditangkap selepas mengadakan seks dengan patung beruang di rumah mangsa.

Mahkamah Blackburn semalam diberitahu, Paul Mountain tidak dapat menahan nafsunya ketika merompak menyebabkan dia mengadakan seks dengan patung beruang itu.

Dia ditangkap selepas polis mengambil DNA pada beruang berkenaan dan ia sama dengan DNA perompak berusia 38 tahun itu.

Lelaki yang berasal dari Darwin, Lancashire itu mengaku bersalah memasuki rumah mangsa dengan niat untuk mencuri. - Agensi

Gadai tubuh dengan teman lelaki baru kenal sebulan

Posted: 13 Oct 2014 05:20 AM PDT

ALOR SETAR - Kerana cinta, seorang gadis sanggup menggadaikan maruah untuk bersama teman lelaki yang baharu dikenalinya sebulan lalu dengan bermalam di sebuah hotel, dekat sini.

Namun, pasangan kekasih berusia 23 tahun yang kedua-duanya pelajar semester tiga di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Bukit Kayu Hitam dicekup dalam
Operasi Bersepadu Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kedah, kelmarin.

Difahamkan, beberapa anggota ops bersepadu terpaksa menunggu lebih kurang 10 minit sebelum pasangan berkenaan membuka pintu bilik hotel tersebut.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, ketika disoal, lelaki berasal dari Pendang, manakala gadis berasal dari Johor itu memaklumkan mereka berdua makan angin di Pantai Merdeka bersempena cuti hujung minggu.

Bagaimanapun, mereka mengambil keputusan menyewa bilik hotel terbabit selepas mendakwa tidak sempat pulang ke kolej kediaman.

Katanya, kadar sewa hotel serendah RM15 sejam ditawarkan beberapa hotel mengakibatkan golongan pelajar mengambil kesempatan.

"Harga mengikut kadar jam rendah. Jadi, mana-mana pelajar mampu akan membayar sewa demi melampiaskan nafsu bersama pasangan," katanya.

Menurutnya, golongan pelajar sepatutnya menumpukan pada pelajaran, sekali gus mengetepikan keinginan cinta mereka demi mengelakkan terjerumus ke kancah
maksiat.

"Pihak kami mendapati ada kediaman dijadikan tempat persinggahan pasangan kekasih demi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Operasi berterusan dilaksanakan dilihat mengurangkan aktiviti maksiat, namun pihak kami akan terus mengadakan pemantauan demi mengekang aktiviti tak bermoral," katanya.

Terdahulu, kira-kira 40 kakitangan kedua-dua jabatan memeriksa beberapa hotel murah di sekitar bandaraya Alor Setar dalam operasi bermula jam 12 tengah malam
hingga 3.30 berkenaan.

Ibu jalin hubungan sulit dengan lelaki warga Nepal

Posted: 13 Oct 2014 01:06 AM PDT

Gambar hiasan
KULIM - Seorang warga Nepal ditemui mati dipercayai akibat ditikam di rumah kekasihnya yang merupakan isteri orang di Taman Bersatu di sini awal pagi tadi.

Lelaki tersebut dipercayai telah diserang oleh anak lelaki wanita itu dan beberapa rakannya yang menyedari mangsa berada di rumah itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Kamal Singh, 27, dijumpai tertiarap dalam sebuah bilik di rumah teres di kawasan perumahan itu oleh seorang keluarga wanita tersebut kira-kira 4 pagi tadi.

"Anggota keluarga berkenaan telah melaporkan kejadian itu kepada polis yang berkejar ke tempat kejadian dan menemui mangsa berlumuran darah akibat kesan tikaman dengan senjata tajam di dalam bilik berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan rakan sekerja

dengan wanita tersebut di sebuah kilang di sini dipercayai mempunyai hubungan intim dengan wanita berusia 42 tahun itu sejak akhir-akhir ini. -
Bernama

Isu nafkah, Rita Rudaini terima ancaman bunuh

Posted: 12 Oct 2014 11:33 PM PDT

SHAH ALAM - Gara-gara status 'panas' yang dimuat naik pemain bola kebangsaan, Aidil Zafuan yang juga bekas suami
kepada pelakon terkenal Rita Rudaini di akaun Instagram miliknya, Rita dikatakan telah menerima ugutan bunuh, lapor Media Hiburan Online.

Aidil memuat naik status dan gambar yang memaparkan transaksi pindahan wang nafkah anak-anak pada 10 Oktober lalu bagi membuktikan dia tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya selama ini.

Melalui status tersebut, salah seorang pengikut Aidil yang menggunakan akaun bernama 'Hanifhafizul' telah menulis, 'upah orang suruh bunuh saja Rita. Habis cerita.'

Pemilik akaun sama turut memanjangkan lagi komennya dengan menasihati Aidil agar membuat perancangan untuk membunuh dan tidak memberikan Rita peluang untuk hidup.

"Tak apa bro. Lain kali kena rancang macam mana nak bunuh si Rita ini. Jangan biar dia hidup. Panas pula rasa," tulisnya.

Sehubungan itu, pelakon tersebut telah membuat laporan polis keesokannya di Balai Polis, Jalan Tun Razak, ekoran bimbang dengan keselamatan diri dan anak-anaknya.

Semalam, Rita telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubungan laporan yang dibuatnya.

"Betul, anak guam saya telah dipanggil memberi keterangan berhubung ugutan bunuh yang diterima.

"Tunggu sahaja tindakan selanjutnya," ujar peguam yang mewakili Rita ketika dihubungi Media Hiburan Online, hari ini.

Sementara itu, Rita juga menjelaskan yang laporan dibuat bagi melindungi keselamatan diri dan anak-anaknya.

"Apa yang dimuat naik Aidil dengan kapsyen tersebut telah menimbulkan rasa benci pengikut-pengikutnya kepada saya yang akhirnya berlaku ugutan bunuh.

"Bimbang akan keselamatan diri, saya perlu melakukan sesuatu," katanya.

Perkosa darah daging

Posted: 12 Oct 2014 09:01 PM PDT

Kapar: Seorang lelaki layak digelar 'bapa syaitan' apabila tergamak memperkosa anak perempuannya berusia sembilan tahun sejak setahun lalu.

Sumber polis berkata, perbuatan lelaki berusia 30-an itu terbongkar selepas ibu mangsa bertanya sama ada suspek pernah membuka seluar anak perempuannya itu pada Jumaat lalu.

Menurutnya, mangsa mengaku suspek ada membuka seluar sebelum merogolnya di rumah sejak setahun lalu.

"Mangsa pada mulanya tidak mahu menceritakan kejadian dialami kerana pernah diugut suspek.

"Mangsa akhirnya mengaku suspek merogolnya terutama ketika ibu mangsa tiada di rumah," katanya.

Sumber itu berkata, ibu mangsa kemudian segera membuat laporan polis petang Jumaat lalu selepas yakin dengan maklumat diberikan anak perempuannya itu.

"Susulan laporan diterima itu, polis berjaya menahan suspek tidak lama kemudian," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berhubung kejadian itu.

Jaja tubuh hujung minggu

Posted: 12 Oct 2014 06:01 PM PDT

Johor Bahru: Dia dikenali sebagai gadis sopan dengan penampilan bertudung ketika bekerja di sebuah pejabat di pusat bandar raya ini dari Ahad hingga Khamis.

Namun, apabila tiba cuti hujung minggu di Johor iaitu pada Jumaat dan Sabtu, gadis manis ini akan berada di Singapura dengan imej seksi demi memenuhi tuntutan kerja sampingan sebagai pekerja seks sambilan.

Itu dua perwatakan berbeza gadis dikenali sebagai Alina, 21, bagi mendapatkan duit mudah untuk memenuhi 'selera' mewahnya yang gemarkan barangan berjenama.

"Saya memang ada kerja tetap di JB (Johor Bahru). Kerja ikut waktu pejabat lima hari seminggu. Tetapi saya perlukan wang lebih sebab sukakan barangan berjenama.

"Di sana (Singapura) saya berpeluang mendapat kemewahan dengan bekerja pada hujung minggu dan tak perlu susah payah sebab teman lelaki saya yang mencari pelanggan.

"Paling sikit boleh dapat S$60 (RM153) dan paling banyak antara $100 (RM255) dan $250 (RM630) untuk seorang pelanggan," kata Alina ketika ditemui wartawan Metro Ahad di sini.

Menurutnya, dia menawarkan perkhidmatan seks sambilan berdasarkan tempahan berbanding pelacur berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Singapura yang kebanyakannya berpusat di Geylang, Orchard Road dan Serangoon.

Di Singapura, pelacuran adalah industri yang dibenarkan dengan Geylang menjadi kawasan terbesar aktiviti tidak bermoral itu.

"Freelance (pelacur sambilan) seperti saya tak perlu ikut pemeriksaan Kementerian Kesihatan Singapura enam bulan sekali. Saya juga tak bersidai tepi jalan sebab teman lelaki iaitu seorang rakyat Singapura aturkan segala-galanya termasuk tempahan pelanggan.

"Apapun saya tetapkan had hanya lima pelanggan sehari. Sebenarnya saya kenal dengan teman lelaki melalui rakan di JB ketika berusia 19 tahun," katannya.

Selepas diselidik, Alina yang kematian ibu sewaktu usia 14 tahun mendakwa pernah menjadi mangsa rogol saudara terdekat ketika usianya sembilan tahun.

Ayah dan abangnya pula terbabit dalam penagihan dadah sehingga menyebabkan dia tidak gemar pulang ke kampung halaman di sebuah daerah negeri ini.

"Saya cuba untuk berubah dan berharap ada langkah yang baik di persatuan kebajikan ini," katanya tanpa mahu bercerita lanjut mengenai latar belakang keluarganya.

Sementara itu, pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan hanya dikenali sebagai Zali yang kini membantu Alina melalui badan diasaskannya itu berkata, kes wanita Malaysia melacur secara sambilan di Singapura seperti Alina bukanlah kes tunggal.

Katanya, mengikut maklumat diterima NGO itu, secara purata dalam seminggu ada 30 wanita tempatan menyeberangi Tambak Johor ke negara jiran itu untuk melacur.

Sementara itu, wartawan Metro Ahad turut berkesempatan dibawa meninjau beberapa lorong di Geylang yang menjadi pusat pelacuran berlesen dikenali kawasan 'rumah merah'.

Elaun untuk anak dara jauhi seks

Posted: 12 Oct 2014 05:31 PM PDT

Swaziland: Anak dara di Swaziland ditawarkan RM57 sebulan untuk menjauhi seks.

Raja playboy negara itu, Mswati III, dilapor meluluskan skim faedah itu, kononnya dalam usaha menghalang wabak HIV merebak.

Bagaimanapun, pengkritik berkata, raja ranggi itu yang sudah mempunyai 15 isteri mahu memastikan isterinya yang akan datang bebas daripada wabak berkenaan.

Setakat ini, belum ada cara ditetapkan mengenai bagaimana gadis muda negara itu akan diawasi bagi memastikan mereka tidak pernah melakukan seks.

Anak dara Swaziland menjadi tajuk akhbar setahun sekali apabila puluhan ribu akan menari separuh bogel di depan raja pada acara Reed Dance.

Setiap tahun Mswati III, 46, akan memilih seorang anak dara untuk menjadi isteri barunya dalam kalangan mereka.

Bulan lalu, dia memilih seorang gadis berusia 19 tahun menjadi isterinya yang ke-15.

Program berkenaan yang didakwa dibiayai oleh Bank Dunia menawarkan pendapatan kepada gadis di negara yang dua pertiga penduduknya meraih pendapatan kurang RM3.20 sehari.

Pekerja kesihatan, Thabsile Dlamini berkata, kerajaan membayar elaun kepada anak dara supaya mereka menggunakan wang itu untuk keperluan masing-masing dan menolak tawaran wang untuk mengadakan seks.
Kadar HIV di Swaziland kekal 26 peratus ketika ini, antara yang paling tinggi di dunia. - Agensi

Pemuda PKR bidas PAS gantung keahlian dua Adun sokong Wan Azizah

Posted: 12 Oct 2014 05:15 PM PDT

Pemuda PKR menyatakan kekesalan mereka terhadap tindakan PAS menggantung keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) selama setahun.

Naib Ketua Pemudanya Fahmi Fadzil (gambar) berkata, walaupun PAS berhak melakukan demikian mengikut perlembagaan parti, beliau mempertahankan tindakan Saari dan Hasnul yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, tindakan itu adalah satu langkah demokratik dalam usaha merungkaikan masalah krisis menteri besar Selangor.

"Ia juga satu langkah berani yang mengukuhkan ukhuwah di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) serta mengangkat semangat tahaluf siyasi dalam kerangka kerjasama PR," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saari dan Hasnul pada 15 Ogos lalu menyertai 28 Adun PKR dan DAP Selangor menyatakan sokongan mereka terhadap Adun Kajang Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor dan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Saari dan Hasnul sepanjang tempoh penggantungan itu dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti parti, seperti yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur.

"Pemuda PKR berharap kedua-dua Adun tersebut akan terus istiqamah dalam usaha tajdid dan islah demi politik Malaysia yang lebih baik," kata Fahmi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam sidang media terdahulu hari ini berkata, dua Adun terbabit mempunyai tempoh 15 hari untuk membuat rayuan.

"Mereka boleh merayu berdasarkan Fasal 83(4)(5) Perlembagaan PAS pindaan 2011," katanya.

Katanya, rayuan bertulis boleh dibuat kepada Setiausaha Majlis Syura Ulama, badan yang mempunyai kuasa untuk membuat kata putus, melebihi kuasa Jawatankuasa Pusat.

Mesyuarat hari ini dipengerusikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu, Naib Presiden Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar dan AJK PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan.

Hadi dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor bulan lalu mengecam tindakan kedua-dua Adun itu, malah menggelar mereka sebagai "barua". – 12 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pkr-bidas-pas-gantung-keahlian-dua-adun-sokong-wan-azizah#sthash.HueUKxhY.dpuf

PAS gantung keahlian dua Adun Selangor sokong Wan Azizah

Posted: 12 Oct 2014 05:01 PM PDT

PAS hari ini memutuskan menggantung keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.

Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharudin digantung selama setahun dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti parti Islam tersebut.

Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung hampir lima jam di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Saari dan Hasnul, bagaimanapun, masih lagi ahli PAS.

Dalam reaksi segera mereka ketika dihubungi The Malaysian Insider, Hasnul berkata beliau sedikit terkejut dengan keputusan itu tetapi memang menjangkakannya.

"Saya akan pertimbangkan untuk membuat rayuan," katanya.

Saari pula berkata beliau akan menunggu surat rasmi parti mengenai keputusan itu dan memikirkan tindakan selanjutnya selepas itu sama ada untuk merayu atau tidak.

Mustafa berkata tindakan tatatertib tersebut diambil berdasarkan peruntukan Fasal 82(6) Perlembagaan PAS kerana melanggar arahan keputusan parti tersebut.

Menjelaskan keputusan tersebut, Mustafa berkata kedua-dua Adun itu tidak boleh menyertai sebarang aktiviti parti. Mereka mempunyai tempoh 15 hari untuk membuat rayuan.

"Mereka boleh merayu berdasarkan Fasal 83(4)(5) Perlembagaan PAS pindaan 2011," katanya.

Mustafa berkata Saari dan Hasnul boleh membuat rayuan bertulis kepada setiausaha Majlis Syura Ulama, badan yang mempunyai kuasa untuk membuat kata putus, yang lebih tinggi daripada Jawatankuasa Pusat.

Mesyuarat hari ini dipengerusikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dihadiri Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu, Naib Presiden Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar dan AJK PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan.

Hasnul dan Saari sebelum ini bersama 15 Adun DAP dan 13 Adun PKR menyokong Dr Wan Azizah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sebelum PAS bermesyuarat bagi mencapai keputusan rasmi mengenai perkara tersebut.

Hadi dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor bulan lalu mengecam tindakan kedua-dua Adun itu, malah menggelar mereka sebagai "barua". – 12 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-gantung-keahlian-dua-adun-selangor-sokong-wan-azizah#sthash.Gn2hA8LK.dpuf

Oktoberfest

Posted: 12 Oct 2014 04:31 PM PDT

Cucu Tok Selampit

Posted: 13 Oct 2014 01:44 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Ketua Menteri Melaka DS @idrisharon66 Telah Menjawab Isu 'Octoberfest' - Persoalan Sekarang Siapa Yang Berbohong?

Posted: 13 Oct 2014 01:49 AM PDT



Hari ini, Ketua Menteri Melaka, DS Idris Haron telah mengeluarkan Kenyataan Media menafikan penglibatan Kerajaan Negeri Melaka ke atas penganjuran 'Octoberfest'. CTS ada membuat posting berkenaan semalam, baca di sini. Kenyataan Media yang dikeluarkan hari ini amat bertentangan sekali dengan apa yang disiarkan oleh kebanyakan akhbar-akhbar utama semalam. Nampaknya melalui Kenyataan Media ini jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Melaka tidak pernah meluluskan penganjuran Oktoberfest. Persoalan sekarang siapa yang berbohong? 

Adalah diharapkan Kerjaan Negeri Melaka mengeluarkan arahan supaya akhbar-akhbar yang menyiarkan berita tidak tepat semalam agar memohon maaf dan menarik kembali berita berkenaan atau dikenakan tindakan undang-undang oleh Kerajaan Negeri. Ini adalah kerana isu ini telah dimanipulasikan dengan meluas oleh pembangkang dan telah mencemarkan nama UMNO dan Kerajaan Pusat secara tidak langsung.

Di bawah adalah video temuramah dengan DS Idris Haron mengenai isu 'Octoberfest':

Elaun Ahli Parlimen Naik, Kerusi Ahli Parlimen Banyak Yang Kosong, Ponteng ... Ponteng ... Ponteng ...

Posted: 13 Oct 2014 12:10 AM PDT



Perdana Menteri mengusulkan agar elaun Ahli Parlimen dinaikkan pada perbentangan Bajet 2015 Jumaat lepas. Hari ini adalah hari pertama Bajet 2015 dibahaskan dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh sebagai Ketua Pembangkang mengambil sessi pertama. Tengoklah sikap Ahli Parlimen di Malaysia. Baaik di pihak Kerajaan mahupun di pihak pembangkang. Kerusi yang kosong lebih banyak daripada jumlah Ahli Parlimen yang hadir. Apakah Ahli Parlimen hadir ke Parlimen hanya apabila ada kelibat Perdana Menteri atau sewaktu giliran mereka untuk berbahas? 

Rakyat memilih Ahli Parlimen untuk bersuara dan berbahas di Parlimen. Amanah dari pengundi-pengundi mereka telah gagal mereka laksanakan. Mereka ponteng dari tugasan rasmi mereka sedangkan elaun mereka tidak pernah gagal mereka perolehi. Mungkin Ahli Parlimen tidak dapat hadir kerana kekurangan duit tambang dan terpaksa mengikat perut akibat elaun mereka yang hanya RM6,500. Nampaknya jauh lagi perjalanan untuk negara ini menjadi maju dan bertamadun dalam konteks mewujudkan budaya politik baru yang segar.

Duke of UMNO

Posted: 13 Oct 2014 01:24 PM PDT

Duke of UMNO


KESIAN BUDAK PAS NI "DIBELASAH" BERAMAI-RAMAI... ADEHHHH..!

Posted: 13 Oct 2014 07:17 AM PDT


Saya hairan kenapa rakan-rakan Pemuda PAS di Kedah ni "tolak" Zulhazmi. Saya lihat, dia berpelajaran tinggi dan merupakan seorang peguam... bukan calang-calang IQ Zulhazmi ni... tak serendah Mahfuz IQnya...

Tapi dia ditolak. Yang menolaknya tu pun belum tentu memiliki ilmu pengetahuan dan IQ yang tinggi seperti Zulhazmi. Mungkin ada yang PMR pun tak lulus... nak cakap "omputih" pun hanya tahu "yes, no, orait"...

Baru-baru ni teruk Zulhazmi "dibelasah"... kesian pulak saya tengok...
 
Cuba tengok kat sini... hadoiiii... tak kesian ke?

Dulu, ada pihak yang kononnya sokong Zulhazmi rebut jawatan Ketua Pemuda PAS. Bila kawan tu bertanding, dia dapat 7 undi jer... kesian bebbb... A fierce dragon is no match for a slimy worm? 

Tapi memandangkan yang "balun" Zulhazmi tu budak-budak PAS sendiri... maka I rest my case... tak dapek den nak nolong laie dahhh... heh!

SEJAK BILA AJK PAS PUSAT LAGI BESAR KUASA DARI MAJLIS SYURA..???

Posted: 13 Oct 2014 01:12 AM PDT

Setahu saya, Majlis Syura Ulama merupakan pucuk pimpinan tertinggi dalam PAS. Sistem ni kalau tak silap depa cedok dari sistem pentadbiran Iran di mana Presiden Iran pun perlu tunduk pada Ayatollah Khomeini...

Tapi mungkin lepas puak liberal ni dah menguasai AJK PAS Pusat, tiba-tiba badan eksekutif tu pulak dikatakan "lebih berkuasa" dalam PAS... perghhh!

Setahu saya, Majlis Syura yang tetapkan semua perkara dasar, haluan, tujuan dan sebagainya tentang PAS... AJK PAS Pusat pula pihak eksekutif yang kena laksanakan apa yang diputuskan Majlis Syura...

 

Tapi bila terbaca kat sini...nampak sangat la Perlembagaan PAS tu dah dicabul...

Pemimpin PAS nampaknya dah tak respect perlembagaan sendiri... tak tau la sama ada depa faham perlembagaan atau buat-buat tak faham...

Paling menarik, pemimpin yang keluarkan kenyataan tu adalah pemimpin PAS Kedah yang sebelum ni berperang sakan dengan arwah Ustaz Azizan sampai PAS hilang kuasa kat sini...

Apa nak jadi kat PAS di Kedah ni? Mahfuz boleh tolong komen? Atau Mahfuz pun dah tak mau patuh pada Majlis Syura?

Sila rujuk Perlembagaan PAS...

MIN.. KALAU ALLAH MURKA NANTI MACAMANA?

Posted: 12 Oct 2014 07:17 PM PDT

Saya tak hairan kalau PAS marah. Saya tak hairan kalau PAS hentam. Saya tak hairan kalau PAS balun PKR dan DAP tiap-tiap hari pasal isu ni. Tapi kalau Sultan Selangor murka dan PKR dengan DAP buat tak peduli, yang tu saya agak hairan...

Sebab? Sebab Sultan Selangor amanahkan negeri Selangor untuk depa tadbir. Selaku Ketua Agama Islam di Selangor, dah tentu la Sultan Selangor tak mau negerinya dijadilah seolah-olah "Selangor Darul Arak"...kan?

Pada saya, umat Islam yang fundamental takkan sanggup tengok Selangor dicemari dengan pesta arak, ibu kepada segala maksiat.. dari mabuk, maka seseorang itu boleh berzina, membunuh dan sebagainya... tapi itulah yang disokong PKR dan DAP di Selangor...

 

Ni cuba baca kat sini... Bila Selangor menjadi tapak Pesta Arak Terbesar di sebuah negara Islam, apa agaknya Azmin nak jawab bila bertemu Allah nanti?


Mungkin depan Sultan Selangor dia boleh spin itu dan ini.. tapi depan Allah? Jawab la sendiri nanti yer.. semoga Azmin diberi hidayah olehNya...harap jangan rosakkan Selangor...kalau rakyat marah tu okay lagi.. kalau Allah yang murka macamana...?!

Comments:

There are 0 ulasan for Barisan Nasional

Catat Ulasan