Tukar Tiub Posted: 25 Sep 2014 07:12 PM PDT RUNDINGAN DENGAN SIAPA? Posted: 25 Sep 2014 06:36 PM PDT SIAPA KAH MEREKA INI? 11 0 17 MH17 : Najib dedah rundingan belakang tabirNEW YORK : Najib Tun Razak mendedahkan buat pertama kalinya mengenai rundingan belakang tabir diketuainya untuk mendapatkan kotak hitam serta mayat mangsa pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine Julai lalu.Najib berkata, pendekatan di luar amalan kebiasaan amat perlu serta Malaysia terpaksa melakukan diplomasi secara senyap dan hasil perbincangan dengan pemisah tersebut ternyata berjaya. "Kami sedar yang kami perlu bertindak dan tindakan kami ini dilakukan dengan cara berbeza dan di luar amalan biasa. "Berunding dengan pihak pemisah merupakan sesuatu yang belum pernah terjadi sebelum ini," ujarnya.
KAH KAH KAH woit soalannya cerita ini belum habis mesti ada lagi kesah rundingan dengan sapa dengan mafia rusia ke?
KAH KAH KAH ----------- | HENDAKNYA Posted: 25 Sep 2014 06:00 PM PDT
SELAMAT
BEBAS
ko jolobak ko jolobu tuai padi tigo tangkai ni dio gadis jolobu koreh hati sampai ke tangkai -------------
| AL- FATHIH Posted: 25 Sep 2014 04:35 PM PDT
Al-FATIHAH
selamat jalan si tanggang
--------- | UNDANG UNDANG KAPIR LAKNAT Posted: 25 Sep 2014 07:00 AM PDT
MANGSA UNDANG UNDANG KAPIR LAKNAT Akta Hasutan tidak diluluskan Parlimen, langgar Perlembagaan Persekutuan
Undang-undang era penjajah Akta Hasutan tidak mengikut Perlembagaan kerana ia bukan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, pasukan peguam kepada pensyarah undang-undang Profesor Dr Azmi Sharom memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini. Gobind Singh Deo, yang mewakili Azmi dalam permohonannya merujuk kepada tuduhan hasutan kepada Mahkamah Tinggi mengenai isu Perlembagaan, berkata akta itu gagal mematuhi Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang berkaitan dengan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan. Beliau berkata, Perkara 10 (2) seterusnya menyatakan dengan jelas sebarang sekatan kepada hak-hak ini perlu diluluskan oleh Parlimen. KAH KAH KAH woit berapa ratus kali nak beri tahu ini undang undang british ini hukuman baginda queen dibuat pada tahun 1948 selaput dara baginda queen belum pecah masa itu undang undang jahat mengikut kata pas undang undang kapir laknat
kenapa hajjah rosmah kenapa haji najib kenapa haji muhyiddin kenapa haji zahid ikut undang undang kapir ini?
woit cakap ini negara islam
ini bukan negara islam ini negara kapal selam
KAH KAH KAH
-------- | MALAM INI DI ANJUNG AMJAL - AMJAL RESTORAN Posted: 24 Sep 2014 11:11 PM PDT
LENSA ANAK MUDA MALAYSIA (LENSA) 25 SEPTEMBER 2014
WACANA: PAS, KE MANA Melihat kepada perkembangan semasa politik negara, salah satu aspek yang menarik untuk diberi perhatian ialah polemik internal Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Muktamar PAS ke 60 yang berlangsung di Johor baru-baru ini menimbulkan pelbagai persoalan mengenai halatuju sebenar PAS pada masa akan datang samada akan terus kekal sebagai salah satu kompenen Pakatan Rakyat (PR) atau memilih untuk kembali bersendiri.
Untuk membincangkan hal ini, LENSA akan menganjurkan satu wacana yang bertajuk 'PAS, Ke Mana Selepas Muktamar?'. Wacana ini akan berlangsung seperti ketetapan berikut: Wacana : PAS, Ke Mana Selepas Muktamar?Tarikh : 25 September 2014 (Khamis)Masa : 8.30 Malam Tempat : Anjung Amjal, Restoren Amjal, Jalan Pantai Baharu,Taman Bukit Pantai, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Panelis : 1. YB Saari Sungib - ADUN PAS Hulu Kelang 2. IR. Izham Hashim - Y. Dipertua PAS Kawasan Kelana Jaya 3. Ustaz Ridzwan Abu Bakar - Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah.
Oleh itu, LENSA ingin mengundang rakan-rakan media untuk membuat liputan wacana ini.
Semoga dengan kehadiran rakan-rakan media, wacana ini mampu memberi pencerahan bukan sahaja kepada tetamu yang hadir, tetapi juga seluruh masyarakat yang mengikuti perkembangan politik Malaysia.
Sekian. ----------- | AKTA BAGINDA QUEEN Posted: 24 Sep 2014 11:05 PM PDT Dakwaan Akta Hasutan terhadap Surendran bukti wujud konspirasi jahat, kata Anwar Anwar Ibrahim mendakwa tindakan mengenakan Akta Hasutan terhadap peguambelanya N Surendran hanya mengesahkan wujud konspirasi jahat terhadapnya dan mengukuhkan kepercayaan yang kerajaan Barisan Nasional (BN) berusaha sedaya upaya untuk memenjarakan beliau. Ketua Umum PKR itu berkata, dakwaan mahkamah terhadap Surendran jelas bertujuan menakut-nakutkan pasukan pembelaannya dan menghalang mereka daripada melakukan tugas profesional. Ia juga mencabul haknya di bawah Perlembagaan untuk mendapatkan khidmat guaman yang baik, katanya dalam satu kenyataan hari ini. "Kenyataan-kenyataan peguam saya untuk membela saya kini dijadikan asas pendakwaan jenayah terhadap mereka. Ini satu penganiayaan.KAH KAH KAH ya ampoon ya maulana gwa tak ada apa apa nak cakap kah kah kah ------------ | LAWAK PAGI KHAMIS Posted: 24 Sep 2014 08:09 PM PDT Rosmah tidak layak jadi calon PAS
PENGKALAN KUBOR: Pengarah Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, Tuan Ibrahim Tuan Man mendedahkan bahawa tidak mudah untuk menjadi calon PAS. Menurutnya, untuk menjadi calon PAS, calon tersebut perlu ditapis serta melepasi lima tahap. "Tahap yang pertama, calon tersebut perlu lulus di peringkat cawangan, seterusnya perlu lulus di peringkat kawasan, kemudiannya di peringkat negeri dan seterusnya di peringkat syura. "Di peringkat syura pula, ahli Majlis Syura akan meneliti latar belakang calon tersebut, termasuk kehidupannya, latar belakang isteri dan keluarganya. Kesemuanya kita akan lihat," ujarnya dalam ceramah umum malam tadi. Jelasnya, calon perlu lulus semua syarat yang ditetapkan baru layak menjadi calon PAS. "Kalau isterinya tidak memakai tudung, kita tidak akan ambil calon tersebut sebagai calon PAS. Kalau suami Perdana Menteri, Najib Razak, memang tidak layak menjadi calon PAS," katanya.
KAH KAH KAH woit pandai tuan ibrahim ini pandai buat lawak kah kah kah kesian bik mama mana mana pun kena tibai kah kah kah
----------- | KELAS FALSAFAH Posted: 24 Sep 2014 07:40 PM PDT
FALSAFAH
kelas rabu malam 1 oktober 2014 jam 9:00 memasuki era moden melalui pemikiran rene descartes SIARAN LANGSUNG ----------- | KESIAN MAT MONGOL Posted: 24 Sep 2014 07:19 PM PDT Tidak guna jadi pemimpin terkenal tapi gagal tangani krisis negara, kata Mahathir Menjadi pemimpin negara hari ini memerlukan kemahiran dan pengetahuan berbanding pemimpin terdahulu yang lebih mementingkan isu politik, kata Mahathir Mohamad. Menurut bekas perdana menteri itu, selain krisis politik, seorang pemimpin yang baik mesti bijak menangani masalah negara yang lain seperti kewangan dan ekonomi. Katanya, pemimpin yang bagus harus kuat dan nekad membuat keputusan dalam menangani krisis negara walaupun ia bukan satu keputusan yang digemari ramai.- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tidak-guna-jadi-pemimpin-terkenal-tapi-gagal-tangani-krisis-negara-kata-dr#sthash.XzdcMELS.dpuf KAH KAH KAH woit anak kutty tujukan ini pada siapa? pada tok heng atau pada isteri rosmah
woit
ini bukan pukul anak sindir menantu ini tibai terang terang
KAH KAH KAH
------------- | |
Kerabu Bersuara ® Posted: 25 Sep 2014 03:26 PM PDT Hebat Ustaz Kazem Posted: 25 Sep 2014 10:21 AM PDT Hebat ustaz sekarang. Terima kasih kerana banyak membantu umno dan bn. | Dr Rani Osman Melawat TG Nik Aziz Posted: 25 Sep 2014 05:30 AM PDT | Keputusan Penuh Mengikut Pusat Undia #prkpengkalankubor Posted: 25 Sep 2014 05:23 AM PDT SALAM YDH DATO / TUAN KEPUTUSAN AWAL PRK N.01 PENGKALAN KUBOR
PENGKALAN KUBOR : BN: 1,033 (67.03%) PAS: 476 (30.89%) BEBAS : 5 (0.32%) MAJ : 557
KG KETIL : BN: 1,015 (49.25%) PAS: 1,012 (49.10%) BEBAS: 4 (0.19%) MAJ : 3
KG TEBING : BN: 502 (44.11%) PAS: 609 (53.51%) BEBAS: 2 (0.18%) MAJ : -107
KG GETING : BN: 1,019 (40.66%) PAS: 1,327 (52.95%) BEBAS : 3 (0.12%) MAJ : -308
SIMPANGAN : BN: 878 (76.48%) PAS: 263 (22.91%) BEBAS : 6 (0.52%) MAJ : 615
TUJOH : BN: 1,081 (51.57%) PAS: 971 (46.33%) BEBAS : 6 (0.29%) MAJ : 110
KG TELAGA BATA: BN: 722 (53.92%) PAS: 607 (45.33%) BEBAS: 0 MAJ : 115
KG BUNOHAN : BN : 783 (70.35%) PAS: 315 (28.30%) BEBAS: 3 (0.27%) MAJ : 468
JUBAKAR DARAT : BN : 754 (89.87%) PAS: 77 (9.18%) BEBAS: 1 (0.12%) MAJ : 677
BENDANG PAK YONG : BN : 1,108 (54.93%) PAS: 878 (43.49%) BEBAS: 5 (0.25%) MAJ : 231
TELUK JERING : BN : 424 (79.55%) PAS : 107 (20.26%) BEBAS : 1 (0.19%) MAJ : 316
KEDAI GETING : BN : 532 (43.01%) PAS: 671 (54.24%) BEBAS: 2 (0.16%) MAJ: -139
UNDI AWAL/POS BN: 96 (91.43%) PAS: 8 (7.62%) BEBAS: 0 UNDI ROSAK: 1 MAJ: 88
Jumlah pengundi : 24,039 Turn out : 17,674 (73.52%) Undi BN : 9,948 (56.28%) Undi PAS: 7,322 (41.43%) Undi BEBAS: 38 (0.21%) MAJORITI : 2,626 (14.86%) | MB Selangor terima kunjungan hormat Mat Sabu Posted: 24 Sep 2014 11:14 PM PDT Semoga ikatan pakatan rakyat semakin kukuh. | Warna Warni Gelagat #prkpengkalankubor Posted: 24 Sep 2014 06:15 PM PDT | Calon Pas #prkpengkalankubor Solat Hajat Diimamkan MB Kelantan Posted: 24 Sep 2014 06:05 PM PDT Doakan kemenangan dari pihak pas! Allahuakhbar! Terus like fb pages kami untuk maklumat terkini dengan cepat. | Pengundi Pengkalan Kubor #undipas Posted: 24 Sep 2014 05:13 PM PDT Semoga anda terus bersama parti islam. | |
ALHUSSEYN Posted: 25 Sep 2014 03:26 PM PDT PAS umpama melukut di tepi jurang.... Posted: 25 Sep 2014 09:00 AM PDT | Bertahaluf siyasi dengan Umno? Haru Din dah bagi green light… | Entri saya kali ini lebih memfokus kepada kenyataan budak asal dari Ipoh yang berkahwing dengang budak pempuang Tengganu. Kenyataangnya di sini
Pas sebenarnya umpama melukut di tepi gantang jurang. Adanya tidaklah dirasakan sangat, tak ada pun orang tak tercari-cari…
PAS dilihat tidak memberikan kerjasama yang diharapkan dalam isu MB Selangor selain menambahkan kemelut jadi serabut.
Kalau Haji Hadi tidak mengkhianati persepakatan yang dibuat pada 17 Ogos itu, sudah pasti tiada kekusutan berlanjutan.
Pas sejak krisis MB Selangor seolah-olah macam tidak perlukan PKR dan DAP.PAS dengan keputusan dan egonya sendiri. Pas selama ini merasakan PKR dan DAP yg berpaut kepada kekuatan PAS …
Sekarang PAS berlagak macam budak samseng dan gedebe dlm PR. Tapi semasa muktamar baru lalu tak berani nak usulkan supaya Tahaluf Siayasi dikaji semula.
Pas sebenarnya mahu disingkirkan supaya orang akan tuduh dan memburukan PKR dan DAP kerana mengkhianati PAS.
Bila PAS tersingkir, maka lebih mudahlah untuknya meneruskan agenda bertahaluf siayasi dengan Umno.Itu tujuan yang tersirat. Haru Din telah fatwakan, "Kalau dengan orang kafir pun kita dibenarkan bertahaluf siayasi, apa lagi sesama Islam..."
Tapi PKR dan DAP tidak sebodoh itu. PKR dan DAP yang bijak itu akan mengikat PAS dan membiarkan PAS mati beragan dalam PR! (Bila hilang sabar , akhirnya terpaksa keluar sendiri. Berapa lama pas boleh bertahan untuk tunggu penyingkirannya?)
PAS kalau nak keluar kena buat muktamar khas dapatkan mandat dari ahli keluar pakatan. Itu adalah susah bagi PAS sebab bukan semua ahli PAS marahkan DAP dan PKR.PAS tidak sepakat dapat perkara tersebut.Itu sebabnya dalam muktamar tidak ada yang berani usulkan supaya tahaluf siyasi dikaji semula. Tapi duk pungpang pungpang tak sudah! | Bila Azmin kompom jadi MB ..... Posted: 25 Sep 2014 02:42 AM PDT Bila Azmin kompom jadi MB, DAP adakan mesyuarat tergempar pada 22 September dan keluarkan kenyataan menyatakan sokongannya.
Itu bukan kenyataan peribadi LGE, tetapi adalah keputusan rasmi parti DAP melalui mesyuarat.
PAS sehingga kini, belum ada satu kenyataan rasmi yang dibuat untuk menyatakan sokongannya kepada Azmin dilantik jadi MB. Yang ada hanyalah kenyataan peribadi Hj Hadi, Mustafa Ali dan PAS Selangor! Inilah kelebihan PAS…sebab itu bila-bila masa boleh U-turn!
Bila Azmin komfom jadi MB, PAS lebih sibuk mempromo Hj Hadi yang kononnya dialah yang hantar nama Azmin maka Solten melantiknya..Wow terhutang budi tuh!
Sejarah mencatatkan, Azmin telah menolak tawaran 'broker suci' dari PAS untuk jadi baruanya menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.
Hj Hadi telah menghantar nama orang lain selain nama Azmin kerana marahkan Azmin membocorkan tembelangnya. Hj Hadi hanya menafikan berita tersebut sekadar menuduh media tersebut buat fitnah berniat jahat. Media tersebut tetap mempertahankan kenyataannya. Hj Hadi senyap tak kata apa hinggalah ke hari ini.
Bila Azmin komfom jadi MB, PAS lebih sibuk mempromo bahawa 4 adunnya yang mempertahankan Khalid adalah wira kerana mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat? Adakah Khalid mewakili Pakatan Rakyat? Kenapa dia pecat Exco DAP dan PKR?
Bila Azmin komfom jadi MB, PAS lebih sibuk melobi mahukan 4 exco lama itu dikekalkan. Kalau orang kata pelahap nak jadi exco, marah pula! Serahkanlah kepada kebijaksanaan Azmin, siapa 4 orang dari PAS yang akan dilantik nanti.
Untunglah PAS kerana Azmin tidak berdendam apa-apa pun. Baru umumkan komposisi exco kekal status quo : 4 PAS, 3 DAP dan 3 PKR.
Bila Azmin komfom jadi MB, korang kena ingat Azmin telah dilantik oleh Solten. Azmin pun boleh ikut kelaku Sultan. Korang lawan cakap Azmin, maknanya korang derhaka kepada solten.
Kalau Azmin suruh Hj Hadi hantar 8 nama untuk jawatan exco, Hj Hadi kena taat …. Beranikah sembah derhaka? | Tunggu apa tunggu? Posted: 24 Sep 2014 11:11 PM PDT SHAH ALAM – Jika sudah tiba masanya, Pas akan keluar daripada PR. Demikian reaksi Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khiruddin ketika diminta mengulas kewajaran parti itu untuk terus berada dalam pakatan itu selepas pemimpinnya seolah-olah tidak lagi dihormati rakan komponennya. Namun Khairil berpendapat, keputusan itu tidak mustahil tetapi bukan pada waktu sekarang. "Biasalah bergabung ini ada orang degil dan tidak. Sejauh mana kesabaran kita dan saya yakin dan percaya, telah tiba masanya untuk kami keluar dari PR, kami akan keluar. "Sejarah membuktikan, biasanya yang keluar dari PR ini bukan Pas, tetapi rakan sekutu. Kami tetap setia dan apa tindakan Pas sekalipun, memang semuanya berlandaskan perjanjian dalam PR atau mana-mana pertubuhan dalam gabungan yang kami laksanakan," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, baru-baru ini. Mengambil sikap positif, Khairil berkata, Pas sepatutnya bersabar dengan 'kedegilan' rakan-rakan sekutunya dalam PR. "Biasanya yang buat...yang kita katakan, yang 'degil' ini pada pendapat saya adalah daripada rakan-rakan kita. Tapi itulah kesabaran. Pas sebagai parti yang lama sepatutnya sabarlah. "Ketegasan kami ialah kalau perlu rasanya untuk kami keluar, kami akan keluar. Tapi sekarang ini bukan masanya. Kami tetap setia dengan PR dan Umno berhati-hati, kami berada di Putrajaya, insya-ALLAH," katanya. Sebelum ini, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad menuntut agar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataannya yang mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berkebolehan menjadi Menteri Besar Selangor. Abdul Hadi turut digesa menghormati keputusan pimpinan Pas Pusat dan Majlis Pimpinan PR. Abdul Hadi ketika berucap pada majlis dialog di Rusila, Terengganu dilaporkan berkata, keengganan Pas menuruti kehendak PKR dan DAP mencalonkan Wan Azizah kerana Presiden PKR itu tidak layak memikul tugas sebagai menteri besar. Abdul Hadi turut menegaskan, penolakan Pas terhadap Wan Azizah bukan disebabkan faktor gender tetapi isu kredibiliti yang ada pada beliau. Manakala, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dilaporkan menyelar kenyataan Abdul Hadi ketika ucapan penggulungan yang tetap mempertahankan tindakan parti itu yang mencampuri urusan pelantikan calon menteri besar demi mematuhi titah Sultan yang merupakan penaung kepada agama Islam dan orang Melayu di negeri ini. Pas menghantar tiga nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor seperti yang dititahkan Baginda.SUMBER | Hadi : Ahli PAS dihalang daripada menyertai kumpulan militan Posted: 24 Sep 2014 03:28 PM PDT |
PAS tidak mahu dan tidak akan membenarkan ahli-ahli yang terlibat dengan mana-mana kumpulan ekstremis yang bertindak di luar fiqh-jihad (jihad perundangan) dan bertentangan dengan etika peperangan Islam , tegas presiden parti Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini dalam ucapan dasar pembukaannya pada ' Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat.
"Campur tangan asing tidak harus dibenarkan di negara-negara Islam. Biar rakyat Syria menentukan masa depan negara mereka tanpa sebarang campur tangan asing," nasihat Abdul Hadi, sambil menambah bahawa layanan yang sama perlu diberikan kepada Mesir dan Iraq.
Ahli Parlimen Marang juga mengutuk Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) kumpulan militan, yang dikenali kerana tindakan melampau mereka, berkata mereka bertindak tanpa memahami fiqh-jihad.
"Mereka berperang sesama sendiri sehingga 3,000 terbunuh kerana perbalahan dalaman sendiri," katanya.
| Menantu Hj Hadi ahli Majlis Syura Ulama lain pulak…? |
Sekarang baru aku tahu, kenapa pemuda PAS kelaku macam tu....Depa tak mau patuh pada nasihat Tok Guru mereka.... | |
DUNIACACAMARBA Posted: 25 Sep 2014 03:11 PM PDT MB Selangor Kekalkan Komposisi Exco 4:3:3 Posted: 25 Sep 2014 01:43 AM PDT
[Malaysia Kini] Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata komposisi exco negeri kekal dengan empat exco PAS dan masing-masing tiga dari PKR dan DAP.
Beliau yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menerima semua 10 nama yang dicadangkan beliau.
"10 orang (exco), komposisi kekal 4-3-3, esok saya akan umumkan (senarai nama mereka)," kata beliau ketika ditemui di depan Istana Mestika, Shah Alam hari ini. - 25/9/14
P/s: Besar hati PKR dan DAP, besar hati pemimpin PKR dan DAP, besar hati Azmin walaupun mereka "dkhianati" oleh rakan sekutu di Selangor.
Walaubagaimanapun, pengajaran perlu diambil daripada insiden ini kerana perkara itu boleh berlaku lagi pada masa akan datang. | Wanita Dakwa Dirogol Polis, Pegawai JPAM, Anggota Rela Posted: 25 Sep 2014 01:37 AM PDT | Sekadar hiasan |
[Mstar] KOTA KINABALU: Seorang konstabel polis, seorang pegawai di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan seorang anggota Rela ditahan di bandar Sandakan selepas seorang wanita mendakwa dirogol oleh ketiga-tiga individu terbabit.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Salehudin Abdul Rahman berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 27 dan 37 tahun itu ditahan pada Khamis.
Katanya, wanita berusia 21 tahun itu mempunyai laporan polis mengenai insiden itu di ibu pejabat polis daerah Sandakan pada 24 September.
Wanita tersebut mendakwa, dua hari lalu, tiga lelaki menahannya kerana dia gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri.
Salehudin berkata, dalam laporan tersebut wanita tersebut mendakwa ketiga-tiga lelaki itu membawanya ke sebuah hotel dan dia dipaksa melakukan hubungan seks dengan mereka.
Jelasnya, polis masih melakukan siasatan mengenai dakwaan itu. -25/9/14
| [Gambar] Derita Budak Ular Posted: 24 Sep 2014 09:38 PM PDT
[Harian Metro] Seorang remaja lelaki terpaksa hidup menderita sejak lahir kerana penyakit kulit yang dialaminya menjadikan dia seolah-olah ular.
Ari Wibowi, 16, akan melalui proses bersalin kulit menyakitkan setiap 41 hari dan di antara tempoh itu, dia perlu merendam tubuhnya dalam air sejam sekali dan menyapu pelembab setiap tiga jam untuk hidup dengan agak selesa.
Seorang jurugambar yang mendokumentasi perjalanan hidup Ari sebagai sebahagian daripada projek kajiannya, Nurcholis Anhari Lubis berkata, keadaan itu menyebabkan remaja terbabit hidup seperti seekor ular yang akan bersalin kulit.
Menurut Nurcholis, 35, penderitaan dialami Ari amat menyedihkan.
"Kulitnya menggelupas dari kaki hingga ke kepala," katanya.
Ari dilahirkan di sebuah hospital melalui pembedahan caesarean.
Namun apabila doktor mendapati dia mengalami masalah kulit, mereka meminta keluarganya membawa pulang bayi berkenaan kerana kemudahan di situ tidak mencukupi untuk merawatnya.
Kata Nurcholis, jika tubuh Ari tidak direndam atau dilembapkan, remaja terbabit akan menjadi keras dan tidak boleh bergerak.
"Ketika malam dia perlu bangkit setiap sejam untuk merawat dirinya, atau kadang-kadang dibantu neneknya.
"Jika dibiarkan lama, nak bercakap pun dia tidak boleh kerana mulutnya kekeringan dan boleh menyebabkan pendarahan," katanya.
Nurcholis berkata, Ari juga hidup kesepian kerana tiada sesiapa mahu berkawan dengannya disebabkan keadaannya itu.
"Dia juga belajar sendiri kerana tiada sekolah mahu menerimanya.
"Pihak sekolah takut masalah kulit Ari akan berjangkit kepada guru atau pelajar lain," katanya.
Walaupun menderita begitu, Ari tidak pernah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Keadaan ekonomi keluarganya yang miskin juga menjadi penghalang mereka mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor. - 25/9/14
| Kerana Cinta, Budak 15 Tahun Minum Racun Rumpai Posted: 24 Sep 2014 09:05 PM PDT | MANGSA tidak sedarkan diri selepas dipercayai minum racun dirawat di Hospital Tampin. |
Penangan Cinta
[Harian Metro] Tampin: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga ditemui tidak sedarkan diri di belakang sekolahnya dipercayai selepas meminum sejenis racun rumpai, semalam.
Difahamkan, dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa berusia 15 tahun dipercayai meminum racun rumpai di belakang sekolah berkenaan sebelum rebah.
Menurut sumber, pelajar itu yang dipercayai baru putus cinta dikatakan gagal mengawal perasaan dan meminum racun yang dibawa ke sekolah secara diam-diam.
"Selepas minum pagi di sebuah warung berdekatan, mangsa terus menuju ke belakang bangunan sekolah dan mengeluarkan botol racun daripada beg lalu meminumnya sebelum dia rebah dalam keadaan mulut berbuih.
"Pelajar itu bagaimanapun bernasib baik kerana ditemui rakan yang terus memaklumkan kepada pihak sekolah sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika ditemui di sini, semalam. - Arifin Salleh dan Jaafar Mulup/25/9/14
| Rogol Anak Saudara: Lelaki Dijatuhi Hukuman 80 Tahun Penjara, 20 Sebatan Posted: 24 Sep 2014 06:45 PM PDT
[Mstar] KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen Sandakan menjatuhkan hukuman 80 tahun penjara dan 20 sebatan ke atas seorang lelaki selepas didapati bersalah merogol anak saudaranya selama enam tahun.
Yohanes Kopong,40, mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan di hadapan Hakim Egusra Ali dengan melakukan kesalahan itu sejak 2009 ketika anak saudaranya berusia sembilan tahun.
Mangsa kini berumur 14 tahun dan sedang mengandung tujuh bulan anak lelaki tersebut.
Hakim Egusra menjatuhkan hukuman ke atas lelaki Indonesia itu dengan lapan tahun penjara dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama, 10 tahun (pertuduhan kedua), 12 tahun (pertuduhan ketiga), 14 tahun (keempat), 16 tahun (kelima), dan 20 tahun serta 10 kali sebatan untuk kiraan terakhir.
Hukuman itu dijalankan secara serentak.
Berdasarkan fakta yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Filanny Siji, Yohanes adalah abang kepada bapa mangsa tidak bekerja dan tinggal bersama keluarga mangsa di sebuah ladang di hilir Kinabatangan dan bertanggungjawab menjaga mangsa dan adik-beradiknya.
Walau bagaimanapun, dia mula mencabul ketika ibu bapa mangsa keluar bekerja dan kemudiannya merogol beberapa kali sehingga tahun ini.
Tertuduh juga telah memaksa mangsa untuk melakukan seks oral kepadanya, memberi minuman yang dicampur dengan dadah dan menonton video lucah sebelum merogolnya.
Dia terus tinggal bersama keluarga ini walaupun telah mendapat pekerjaan sebagai buruh dan mengancam untuk membunuh mangsa dan keluarganya jika mendedahkan perkara ini kepada sesiapa atau menolak untuk mengadakan hubungan seks dengannya.
Bagaimana pun nasib malang mangsa akhirnya terbongkar pada 29 Ogos lalu apabila ibunya melihat perubahan badan mangsa dan mereka membuat laporan polis pada 3 September lalu. -STEPHANIE LEE/25/9/14
| Selepas Khianat dan Tidak Sokong PR dalam Krisis MB, PAS Bertegas Mahu 4 Exco di Selangor Posted: 24 Sep 2014 06:07 PM PDT
PAS Bertegas Mahu 4 Exco di S'gor
[Malaysia Kini] PAS Selangor bertegas akan mempertahankan komposisi empatorang exconya dalam pentadbiran Selangor.
Pengerusinya Iskandar Ab Samad berkata adalah tidak patut meminta PAS yang mendapat 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengurangkan kuota empat orang exconya.
"Kita pertahan (empat orang Exco). Itu jelas.
"Kita dah buat keputusan keputusan itu kita dah bagi kepada PAS Pusat untuk direstui terlebih dulu," kata beliau ketika ditemui selepas mesyuarat PAS Selangor hari ini.
Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin sebelum ini menyatakan kuota exco Pakatan Rakyat seharusnya dikaji semula kerana PAS sebelum ini tidak menyokong calon menteri besar dari PKR dan DAP.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut melabel empat exco PAS - salah satunya Iskandar – sebagai pengkhianat kerana tidak meletakkan jawatan selepas mantan menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat enam exco lain dari PKR dan partinya.
Iskandar sebelum ini menyatakan tujuan empat exco PAS tidak meletakkan jawatan adalah untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Sementara itu Iskandar berkata PAS Selangor telah memutuskan cadangan nama exco kepada PAS Pusat.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan nama Exco terbabit sama ada kekal atau ada perubahan.
"Sekarang ini kita perlu beri kepada PAS pusat statementtersebut. Tak boleh keluarkan senarai nama sekarang.
Menteri Besar Azmin Ali menyatakan akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah esok untuk mengemukakan nama 10 orang exco negeri.
Iskandar bagaimanapun menyatakan tiada lagi perbincangan antara pihak PAS Selangor dan Azmin berkaitan perkara tersebut.
"Belum ada lagi perbincangan (dengan menteri besar)," kata beliau. - 24/9/14
Ps/: Rakyat tahu semasa krisis MB di Selangor, kesemua Adun PAS kecuali Saari dan Hasnul menyokong Kerajaan PAS + UMNO + Khalid Ibrahim (PUKI). Rakyat juga tahu semua Adun PKR dan DAP menyokong Kerajaan PR dan calon MB PR. Sekarang ramai yang tahu bahawa nama Azmin tiada dalam senarai akhir calon MB pak lebai. Nama Azmin dan WAWI hanya dicadangkan dalam mesyuarat AJK Pusat saja sebelum divetokan oleh kata pemutus pak lebai. Pelantikan Azmin ini budi bicara sultan. Patutlah marah benar orang kuat Azmin, MP Ampang. Yang hairan, waktu pemilihan dan pelantikan exco geng "kami tak pelahap jawatang" marah benar dengan cadangan MP Ampang yang secara peribadi mahu geng pak lebai diberi kerusi sagu hati saja atas alasan tidak menyokong calon MB PKR dan tiada semangat setiakawang. Walaubagaimanapun, semuanya terletak pada Azmin dan pimpinan PR di Selangor. Langkah Kajang yang admin sendiri kritik sejak awal mendedahkan macam-macam.
| |
Biaqpila Posted: 25 Sep 2014 03:06 PM PDT FUNGSINYA MASIH SAMA; UNTUK MENUTUP KEMALUAN... Posted: 25 Sep 2014 10:44 AM PDT Foto yang diambil oleh jurugambar Berita Harian menjadi bahan lawak apabila suspek yang direman menutup wajah mereka menggunakan spender berjenama Renoma/Pic:BHPETALING JAYA: Amat mengelikan hati. Gara-gara ingin menutup malu, beberapa suspek yang diiringi oleh pihak polis setelah selesai menghadiri satu prosiding perbicaraan di sebuah mahkamah disini hari ini dilihat 'menyembunyikan' wajah mereka menggunakan seluar dalam lelaki (spender). Portal Berita Harian hari ini memuat naik laporan bertajuk "Reman 15 Anggota, Pegawai Kastam Dilanjut Lima Hari" dimana foto yang disertakan bersama laporan tersebut telah menimbulkan unsur jenaka kepada ribuan pengikut portal berita tersebut. Suspek yang ditahan berhubung kes penyeludupan arak dan rokok yang tidak dibayar duti dan cukai kastam sehingga menyebabkan negara mengalami kerugian RM4 bilion dilihat menggunakan kaedah yang 'bijak' untuk menutup wajah mereka dengan menggunakan seluar dalam berjenama Renoma. Mereka adalah kumpulan kedua pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk seorang pengarah JKDM negeri bergelar Datuk. Tindakan mereka secara langsung telah mencuit hati ribuan pengguna dilaman sosial tersebut yang menyifatkan ia suatu tindakan yang sangat kelakar dan 'terdesak'. Bagaimanapun, segelintir pengguna dilaman sosial tersebut turut menasihati pengguna laman sosial yang lain agar tidak mengaibkan mereka memandangkan suspek masih belum diputuskan samada bersalah ataupun sebaliknya. Berikut beberapa komen yang dimuat naik dilaman sosial Facebook berhubung foto suspek:
YANG INI MEMANG TAK BOLEH BLAH PUNYA KOMEN:
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI! PERCUMA BUKU PANDUAN! SILA KLIK SINI! | |
BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN Posted: 25 Sep 2014 01:11 PM PDT |
Telok Bakong Online Posted: 25 Sep 2014 11:11 AM PDT Anwar: Pendakwaan sahkan konspirasi penjarakan saya Posted: 25 Sep 2014 01:01 AM PDT KUALA LUMPUR 25 SEPT: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendakwaan terhadap peguamnya, N Surendran di bawah Akta Hasutan mengesahkan konspirasi untuk memenjarakannya.Merujuk rayuannya terhadap sabitan kes Fitnah II yang akan didengar di Mahkamah persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini, Anwar berkata perkembangan mutakhir menjejaskan haknya untuk mendapat pendengaran yang adil. Menurut Anwar, kenyataan-kenyataan yang dibuat Surendran kini dijadikan asas pendakwaan jenayah terhadap peguamnya itu. "Ini jelas dilakukan untuk menakut-nakutkan pasukan pembelaan saya dan menghalang mereka daripada melakukan tugas-tugas profesional serta mencabul hak saya di bawah perlembagaan untuk mendapat khidmat guaman yang baik. "Sekali lagi saya nyatakan bahawa dakwaan konspirasi adalah salah satu hujah pembelaan saya di mahkamah. "Pendakwaan-pendakwaan terhadap Surendran ini hanya mengesahkan dakwaan konspirasi terhadap saya dan mengukuhkan kepercayaan bahawa pihak kerajaan berusaha sedaya upaya untuk memenjarakan saya," kata Anwar dalam kenyataan medianya hari ini. Pada 19 dan 28 Ogos lalu, Surendan didakwa sebanyak dua kali di bawah Akta Hasutan. Dakwaan pertama berkaitan kritikannya terhadap keputusan hakim Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah dalam kes liwat II. Manakala dakwaan kedua pula berhubung kenyatan media Surendran bahawa wujud satu konspirasi dalam pertuduhan terhadap Anwar. Menurut Anwar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengikut jejak langkah Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998 dengan menggunakan jentera kerajaan untuk memastikannya dipenjara. "Najib Razak melakukan perkara yang sama seperti mentornya, iaitu dengan mengerahkan keseluruhan jentera termasuk media, polis, Peguam Negara dan badan kehakiman untuk memastikan keadilan tidak ditegakkan dan saya dibuang dari persada politik tanah air," jelas Anwar. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63115 | |
Cendawan MALAYA Posted: 25 Sep 2014 07:18 AM PDT APAKAH BENAR DAKWAAN CIKGU MALA.?? Posted: 24 Sep 2014 08:08 AM PDT Bekas calon PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Tenang Normala Sudirman mempertikaikan tindakan isteri calon BN di PengkalanKubor Khairos Husin disini yang mengambil cuti sebagai guru sekolah bagi membantu kempen suami. Dalam kenyataan itu, Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala, membandingkan isteri calon BN itu dengan apa yang menimpa suaminya dalam pilihan raya kecil Tenang tiga tahun lalu sehinggakan suaminya menerima tekanan psikologi surat tunjuk sebab 'Buang Kerja atau Turun Pangkat'. p/s: PRK DUN Tenang dan PRK Pengkalan Kubor, pasangan warga pendidik dilayan secara tidak adil dan double standard," dakwanya. | |
. Posted: 25 Sep 2014 03:13 AM PDT PRK: Pengkalan Kubur Pas hanya mampu kurangkan majoriti BN Posted: 24 Sep 2014 05:08 PM PDT SUSUPAN PAGI | Siapa antara mereka dipilih rakyat? | Sekejap lagi proses pengudian pilihan raya kecil N01 Pengkalan Kubur akan bermula. Seramai 24,000 pengundi akan membuat keputusan untuk memilih wakil baharu mereka. Walaupun ada tiga calon, tetapi pertandingan sebenar adalah antara calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dengan calon BN Mat Razi Mat Ail. Seorang lagi calon bebas, besar kemungkinan akan hilang wang pertaruhan. Kebiasaanya selepas menjelang tengah hari sudah dapat diramalkan siapa yang akan menang. Para pengecam pilihan raya dapat membuat telahan dan agakan berdasarkan kepada aliran keluar mengundi. Perkiraan di bangsal panas memberi indikator jelas. Bagaimana pun pihak parti yang bertanding sudah dapat merasakan kekalahan dan kemenangan masing-masing. Bilik gerakan parti masing-masing sudah membuat perkiraan awal. Penculaan sudah pun dibuat. Kecanggihan maklumat waktu ini dan juga sistem pemilihan dan proses pengudian memudahkan parti politik membuat perkiraan awal. Daripada percakapan umum pula rata-rata meletakkan BN mempunyai peluang untuk mengekalkan kerusi berkenaan. Ada beberapa faktor kenapa BN diletakkan sebagai pemenang. Nisbahnya 53:47. Antaranya, berdasar kepada kelaziman, selalu pilihan raya kecil akan dimenangi oleh BN. BN sebagai kerajaan mempunyai kekuatan dari segi jentera pilihan raya dan juga kewangan. Berbanding dengan Pas walaupun ia merupakan parti pemerintah di Kelantan, tetapi kekuatan sebagai sebuah kerajaan negeri berbeza dengan sebuah kerajaan Persekutuan yang memilih semua kelengkapan. Kekuatan dan kepaduan BN tidak dapat diatasi oleh Pas. Keduanya, kerusi Pengkalan Kubur adalah menjadi milik BN. Daripada rekod sepanjang 13 kali pilihan raya umum diadakan, Pas menguasainya tiga kali sahaja selebihnya dimenangi oleh Umno dan BN. Dua kali ia dimenangi oleh parti lain, (Berjasa dan Hamim). Ertinya Pengkalan Kubur adalah menjadi kubu BN. Kali terakhir Pas menang ialah pada tahun 2004 menerusi calonnya Wan Hussein Selepas itu kerusi berkenaan tidak dimenangi Pas. Faktor lain, kenapa BN diramalkan akan menang mudah ialah kerana peranan dan tanggungjawab Adun sebelum ini agak memuaskan. Perkembangan dan situasi semasa dalam kedua-dua parti berkenaan sedikit sebanyak menyumbang kepada kalah menang. BN dikatakan berada dalam keadaan mantap di sepanjang pilihan raya berkenaan. Kejadian yang selalu berlaku dalam pilihan raya, yakni "cah keting", mungkin tidak berlaku kali ini. Tidak kedengaran ada protes oleh mana-mana pihak terhadap calon BN. Umno dilihat seperti bekerjasama dengan baik. Berbeza dengan Pas ada sedikit ketidaklendikan dalam menghadapi pilihan raya berkenaan. Umum tahu kerusi Pengkalan Kubur sebelum ini ditandingi oleh PKR. Apabila PKR tidak diberi peluang, menyebabkan ada sesetengah ahli PKR tidak senang. Ada ahli PKR yang mengambil sikap mendiam diri daripada membantu Pas. Yang jelasnya tiada mana-mana pemimpin besar PKR yang turun berkempen di Pengkalan Kubur menjelaskan akan ketidaklendikan itu. Ramai yang mengharap MB Selangor yang baharu Azmin Ali turun ke Pengkalan Kubur untuk meledakkan keadaan. Tetapi ia tidak berlaku. Azmin dengan kesibukan tugas barunya itu tidak sempat untuk turun. Ceramah-ceramah Pas juga tidak mendapat sambutan, kecuali ceramah yang di hostkan Husam Musa. Hanya pada ceramah malam kedua terakhir sahaja agak ramai sedikit, itu pun kerana nama Anwar Ibrahim dijaja akan turun ke Pengkalan Kubur. Tepat kalau pemimpin PKR dan DAP tidak turun membantu seperti biasanya kerana sikap sesetengah pemimpin Pas yang menunjukkan sikap kurang senang dengan mereka. Apa yang berlaku dalam muktamar Pas dimana Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP dikecam menyebabkan Anwar dan pemimpin DAP tidak ada angin untuk turun berkempen seperti biasa. Daripada sambutan majlis ceramah anjuran Pas sudah menjelaskan akan keputusan yang akan diketahui kira-kira sembilan jam lagi. Kejelingasan pada ceramah Pas jelas sekali berkurangan. Orang ramai juga kelihatan tidak seghairah seperti dalam pilihan raya-piluhan raya kecil sebelum ini. Ini mungkin juga kerana pendekatan politik yang diambil oleh MB Kelantan Ahmad Yaakub yang berbaik-baik dengan Umno dan tidak lagi mengamalkan politik kontroversi. Ada baiknya, kerana keseluruhan proses kempen di Pengkalan Kubur berjalan dengan baik, tidak berlaku sebarang kejadian buruk dilaporkan. Inilah mungkin hasil pendekatan politik baharu yang diambil Ahmad itu tetapi agak kurang menguntungkan Pas? Mengenai keputusan kelak, siapa yang menang dan siapa yang kalah akan bergantung kepada jumlah keluar mengundi. Secara mudah diramalkan, sekiranya jumlah keluar mengundi melebihi 80% ada kemungkinan calon Pas boleh menggugat rasa selesa calon BN. Sekiranya jumlah keluar mengundi mencecah 85% tidak mustahil Pas berjaya merampas kerusi Pengkalan Kubur. Pertambahan jumlah pengundi besar didorong oleh dua sebab pertama bilangan pengundi luar yang ramai pulang untuk menunaikan tanggungjawab dan kedua kemasukan pengundi yang tingal di sebelah Siam. Dianggarkan pengundi berstaus demikian sekitar 2,000. Dalam pilihan raya umum lalu peratus pengundi di Pengkalan Kubur adalah yang terendah dengan hanya 79.10% sahaja yang keluar mengundi. Angka ini disebabkan pengundi di sebelah Siam tidak dapat masuk untuk mengundi kerana sempadan di kawal ketat. Dalam pilihan raya lalu seminggu sebelum pilihan raya sempadan sudah dikawal ketat. Kegagalan mereka "menceroboh" masuk menyebabkan peratus keluar mengundi rendah. Hal ini bukan sahaja berlaku di Pengkalan Kubur tetapi di kawasan bersempadanan Siam yang lain juga termasuk Gual Periok, dimana peratusnya 75.3%. Dipercayai pengundi dari sebelah Siam tidak akan dapat mengundi hari ini. Dan kalau ini berlaku bermakna peratus keluar mengundi rendah. Peratus keluar mengundi rendah akan memberi berita buruk buat Pas. Katanya hampir 80% pengundi yang berada di sebelah Siam tidak berpihak kepada BN. Demikian juga dengan pengundi luar yang berada di Lembah Kelang, kebanyakan mereka menyokong Pas. SPR mensasarkan peratus keluar menugundi sekitar 70% sahaja. Dengan mengambil sasaran itu bermakna jumlah keluar mengundi hari ini sekitar 17,000 sahaja. Dari jumlah itu BN diangarkan menguasai sekitar 51 atau 54 undi, bermakna parti itu boleh menang dengan majoriti bawah 1,000 undi. Sebaliknya sekiranya peratus keluar mengundi mencecah 85% ia menyebabkan BN tidak boleh mengharapkan panas sampai ke petang. Walaupun Pas tetap kalah dari segi majoriti, tetapi menang dari segi moral. Jumlah keluar mengundi tinggi akan merendahkan angka majoriti BN. Target Pas dalam pilihan raya kecil itu juga bukan obses untuk menang dalam pilihan raya kecil itu tetapi berhajat mengurangkan majoriti diraih BN sebelum ini, 1,736. Yang penting bagi Pas kejayaan menurunkan majoriti BN menyedapkan mereka untuk membuktikan kepada PKR bahawa calon mereka lebih bertenaga berbanding dengan calon PKR. Yang pastinya selepas ini kerusi Pengkalan Kubur yang dipinjamkan kepada PKR itu akan menjadi milik Pas selama-lamanya. PKR bolehlah berkira mencari kerusi baru untuk dimasa akan datang, mungkin dengan meminta SPR menjadikan Tak Bai sebagai kawasan pilihan raya baru. PKR boleh bertanding di sebelah sana. Ulasan dan pandangan seterusnya selepas keputusan kelak. [wm.kl.8:07 am 25/09/14] | |
Kelab Greenboc Posted: 25 Sep 2014 01:14 AM PDT JUHAM Tangkap "Pengundi Hantu" Di PRK Pengkalan Kubor Posted: 25 Sep 2014 01:10 AM PDT PRK N01 PENGKALAN KUBOR: Kenyataan Media JUHAM - "Pengundi Hantu" 1) JUHAM menerima aduan daripada petugas pilihanraya PAS di UPU Bendang Pa'yong, Pengkalan Kubor tentang seorang pengundi yang disyaki bukan warganegara Malaysia, namun mempunyai kad pengenalan dan passport Malaysia. 2) Peguam-peguam JUHAM yang bertugas di situ dengan serta-merta menahan dan menyoal-siasat pengundi terbabit serta menyemak kad pengenalan serta passport beliau. Pengundi tersebut asalnya diiringi oleh Penghulu Kampung Bendang Pa'yong. Namun setelah menyedari kehadiran peguam JUHAM, penghulu tersebut terus melarikan diri dan meninggalkan pengundi tersebut.
3) Keraguan semakin memuncak apabila ketika disoal peguam JUHAM, pengundi tersebut langsung tidak tahu berapa nombor Kad pengenalan beliau, berapa umur beliau dan di mana alamat beliau di Pengkalan Kubor.
4) Malah yang lebih aneh adalah pengundi tersebut juga tidak tahu apakah nama Dun tempat beliau mengundi undi ini dan apakah nama tempat UPU beliau mengundi.
5) Namun, pengundi tersebut mengaku bahawa beliau memangkah calon Barisal Nasional.
6) Berdasarkan rekod di dalam passport beliau, beliau kerap berulang-alik ke Thailand. Apabila ditanya, beliau mengesahkan keluarga beliau menetap di Thailand dan kali pertama beliau mengundi adalah ketika pilihanraya umum ke-13 baru-baru ini.
7) Justeru JUHAM menyeru kepada semua petugas-petugas pilihanraya untuk lebih berwaspada dan cakna dengan individu-individu yang mencurigakan. Sekiranya wujud individu yang mencurigakan, petugas-petugas diminta untuk segera melaporkan kepada peguam JUHAM yang bertugas.
Noorazmir Zakaria PENGARAH JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI
Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI
| [LIVE] PRK Pengkalan Kubor - Gambar & Video Posted: 24 Sep 2014 11:50 PM PDT Sebanyak 11 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan sebanyak 23,929 orang pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka. Kesemua pusat mengundi itu akan ditutup pada pukul 5 petang ini.
Penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa di sini.
Terdapat 45 saluran mengundi bagi PRK itu membabitkan 11 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah Geting, Sekolah Kebangsaan Geting (1).
Sekolah Kebangsaan Simpangan, Maktab Rendah Sains MARA Tumpat, Sekolah Kebangsaan Bunohan, Sekolah Kebangsaan Sri Neting, Sekolah Kebangsaan Bendang Pa' Yong, Sekolah Kebangsaan Teluk Jering dan Sekolah Menengah Kebangsaan Geting.
LINTAS LANSUNG dari pelbagai sumber, MSTAR, mkini, TMI, harakahdaily, mutaligat dll
3.00 petang - Peratus keluar mengundi, 69 peratus (16,530 pengundi)
2.00 petang - Peratus keluar mengundi, 64 peratus (15,443 pengundi)
1.00 petang - Peratus keluar mengundi, 60 peratus (14,578 pengundi)
12.30 tengahari - Ketegangan belaku di kawasan daerah mengundi Geting yang merupakan kawasan 'panas' setiap kali pilihan raya berikutan tindakan segelintir penyokong fanatik parti-parti bertanding.
Caci maki dan kata-kata kesat mewarnai hari pengundian apabila mereka saling melemparkan fitnah kepada parti lawan dengan pelbagai jolokan seperti 'PAS parti barua', 'BN parti fitnah', 'BN bodoh', 'PAS celaka' dan 'hancur BN'. -FMT
12.15 tengahari - Calon Bebas beliau sudah 'menang' kerana semua pengundi menggunakan pen. Beliau menggunakan lambang pen dalam pilihan raya kali ini.
-mstar 12.15 tengahari - Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata proses pengundian berjalan secara tenang dan terkawal. Beliau yakin keadaan ini akan berterusan sehingga proses pengundian tamat pada pukul 5 petang.
12.00 tengahari - Peratusan keluar mengundi, 54 peratus (12,945 pengundi).
11.45 pagi : Menurut SPR, sebanyak 43 peratus atau 10,367 pemilih telah keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi.
10.45 pagi : Kira-kira 27 % pengundi telah membuang undi di kesemua 11 pusat pengundian pada PRK Pengkalan Kubor. Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR.
9.15 pagi : Cuaca di Pengkalan Kubor di awal pagi ini kelihatan baik dan cerah. Ini membolehkan para pengundi keluar membuang undi tanpa masalah. SPR menjangkakan 70 % pengundi akan membuang undi hari ini.
8.58 pagi - Calon BN, Mat Razi Mat Ail tiba di SK Simpangan untuk membuang undi. Beliau keluar dari pusat mengundi. Beliau berkata keadaan tenang dan terkawal.
8.20 pagi - Keadaan di SK Simpangan masih tenang dan terkawal walaupun kehadiran pengundi semakin ramai.
8.12 pagi - Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Wan Rosdi Wan Ibrahim selesai membuang undi awal pagi ini.
8.02 pagi - Calon PAS hadir ke pusat mengundi diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Siti Zailah.
8.00 pagi - Semua pusat mengundi dibuka untuk proses membuang undi.
7.55 pagi - Keadaan di SMK Simpangan masih tenang. Ramai petugas dan media sedang menunggu ketibaan calon.
7.50 pagi - Pengundi yang datang awal dan telah membuat semakan daftar pemilih dibenarkan masuk ke perkarangan pusat mengundi dan beratur sementara menunggu proses pengundian bermula.
7.35 pagi - Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Yusof tiba untuk memberi sokongan kepada calon PAS. 7.30 pagi - Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pemantau mula memasuki perkarangan tempat mengundi. Polis mengawal di bahagian luar pusat pengundian.
akan dikemaskinikan setiap 15 minit. Harap refresh
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI
| [PENGAJARAN] Kisah Seorang Ibu Membeli Kambing Untuk Qurban Posted: 24 Sep 2014 05:16 PM PDT Seorang pedagang haiwan qurban berkisah tentang pengalamannya: Seorang ibu datang memperhatikan dagangan saya. Dilihat dari penampilannya sepertinya tidak akan mampu membeli. Namun tetap saya cuba hampiri dan menawarkan kepadanya, "Silakan bu…", lantas ibu itu menunjuk salah satu kambing termurah sambil bertanya,"kalau yang itu berapa Pak?". "Yang itu 700 ribu (RM190) bu," jawab saya. "Harga terrendahnya berapa?", Tanya kembali si Ibuu. "600 (RM160), harga itu untung saya kecil, tapi tak apalah…… . "Tapi, uwng saya hanya 500 ribu (RM130), boleh pak?", pintanya. Waduh, saya bingung, karena itu harga modalnya, akhirnya saya berbincang dengan teman sampai akhirnya diputuskan diberikan saja dengan harga itu kepada ibu tersebut.
Sayapun mengantar haiwan qurban tersebut sampai kerumahnya, begitu tiba dirumahnya, "Astaghfirullah……, Allahu Akbar…, terasa menggigil seluruh badan kerana melihat keadaan rumah ibu itu.
Rupanya ibu itu hanya tinggal bertiga, dengan ibunya dan seorang anak lelaki dirumah usang berlantai tanah tersebut. Saya tidak nampak pun tilam, kerusi di ruangtamu, apalagi perabot mewah atau barang-barang elektronik,. Yang terlihat hanya katil kayu beralaskan tikar dan bantal lusuh.
Diatas katil, tertidur seorang nenek tua kurus. "Mak…..bangun mak, ni.. lihat saya bawa apa?", kata ibu itu pada nenek yang sedang tidur sampai akhirnya terbangun. "Mak, saya sudah belikan emak kambing buat qurban, nanti kita hantar ke Masjid ya mak….", kata ibu itu dengan penuh kegembiraan.
Si nenek sangat terkejut meski nampak bahagia, sambil membelai kambing, nenek itu berucap, "Alhamdulillah, akhirnya kesampaian juga kalau emak mau berqurban".
"Ni Pak, wangnya, maaf ya kalau saya menawar harga kambing ini terlalu murah, kerana saya hanya tukang cuci di kampung sini, saya berusaha mengumpulkan wang untuk beli kambing yang akan diniatkan buat qurban atas nama ibu saya….", kata ibu itu.
Kaki ini bergetar, dada terasa sesak, sambil menahan titis air mata, saya berdoa, "Ya Allah…, Ampuni dosa hamba, hamba malu berhadapan dengan hamba-Mu yang pasti lebih mulia ini, seorang yang miskin harta namun kekayaan imannya begitu luar biasa".
"Pak, ini sedikit wang upah menghantar kamibng itu…", panggil ibu itu," sudah bu, biar tambang kendaraanya saya yang bayar', kata saya.
Saya cepat pergi sebelum ibu itu tahu kalau mata ini sudah basah kerana tak sanggup mendapat teguran dari Allah yang sudah mempertemukan dengan hambaNya yang dengan kesabaran, ketabahan dan penuh keimanan ingin memuliakan orang tuanya…….
Untuk mulia ternyata tidak perlu harta berlimpah, jawatan tinggi apalagi kekuasaan, kita dapat belajar keikhlasan dari ibu itu untuk menggapai kemuliaan hidup. Berapa banyak diantara kita yang diberi kecukupan penghasilan, namun masih saja ada kengganan untuk berkurban, padahal boleh jadi harga handfon, tablet, jam tangan, tas, ataupun aksesoris yang menempel di tubuh kita harganya jauh lebih mahal dibandingkan seekor haiwan qurban. Tak kira lagi perabot rumah dan kereta. Namun selalu kita sembunyi dibalik kata tidak mampu atau tidak dianggarkan. -Aidil Heryana
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan