Rabu, 10 September 2014

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 09 Sep 2014 11:20 PM PDT

Suara Sri Andalas


Menyampaikan Bantuan Kepada Mangsa-mangsa Ribut Taman Desawan

Posted: 09 Sep 2014 08:59 PM PDT

Klang, 10 September 2014 - YB Dr. Xavier Jayakumar pada hari ini menyampaikan bantuan sumbangan kepada tiga pendudduk di Taman Desawan, Klang yang mengalami kerosakan bumbung rumah akibat ditiup angin kencang. Penerima bantuan adalah En. Perumalu A/L Ramasamy, En. Samuel A/L Athimoolan dan En. Krishnamoorty A/L Rajagopal. Masing-masing menerima bantuan RM500.

Majlis Menanam Pokok di Tapak Kolam Tadahan

Posted: 08 Sep 2014 11:59 PM PDT

Media Alert / Hebahan Media
Majlis menanam pokok oleh YB Dr. Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas di tapak kolam tadahan banjir yang akan dijadikan taman tasik rekreasi seluas 19 ekar akan diadakan seperti butiran dibawah. Dijangka hadir adalah YDP Majlis Perbandaran Klang, Dato' Mohammad Bin Yacob.

Kolam tadahan ini adalah inisiatif untuk mengatasi banjir di DUN Seri Andalas terutamanya di Taman Sentosa dan Bandar Puteri yang telah melanda lebih 20 tahun.

Tarikh :  11 September 2014 (Khamis)

Masa   :  9.30 pagi

Tempat: Lokasi Kolam Tadahan adalah di Jalan Kebun
              (Bersebelahan Tangki Air Bandar Puteri), Klang 

Contact Person: En. Nordin Borhan 012-2619301  (H/P)

SEMUA EDITOR MEDIA DAN WARTAWAN DIJEMPUT HADIR

Anwar Ibrahim

Posted: 09 Sep 2014 07:35 PM PDT

Anwar Ibrahim


[KENYATAAN MEDIA] Mendukung Prinsip Keluhuran Perlembagaan Serta Menjunjung Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen

Posted: 09 Sep 2014 03:13 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
9 SEPTEMBER 2014

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Pakatan Rakyat tegak atas prinsip keluhuran perlembagaan serta menjunjung sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Ini jelas dalam perlembagaan KEADILAN dan kenyataan muafakat bersama pimpinan Pakatan Rakyat.

Dato' Seri Najib telah bersama dengan pimpinan UMNO sejak 1983 dan 1993 takkala menyokong pindaan perlembagaan bagi menjelaskan bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong selaras dengan prinsip raja berperlembagaan.

Kenyataan Dato' Seri Najib semalam adalah keterlaluan kerana menafikan pendirian KEADILAN yang tuntas menjunjung kedaulatan undang-undang dan sistem raja berperlembagaan.

Dato' Seri Najib juga sedia maklum bahawa dalam sejarah pemerintahan UMNO sejak negara merdeka 1957, UMNO dan Perikatan, dan kini Barisan Nasional hanya mengemukakan satu nama Ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen untuk jawatan Ketua Menteri, Menteri Besar, atau Perdana Menteri.

Selaku Perdana Menteri, Dato Seri Najib sewajarnya jujur dengan pendirian parti beliau dan Kerajaan Barisan Nasional dan tidak menyerang KEADILAN kerana mematuhi amalan yang sama.

Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan ("convention") sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

KEADILAN mengulangi pendirian untuk menjunjung kedaulatan Raja-raja Melayu, dan institusi raja berperlembagaan. Ini juga telah ditegaskan dalam warkah-warkah Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor.

ANWAR IBRAHIM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan