BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Khamis, 4 September 2014 at 3:28 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 03 Sep 2014 09:09 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Coca Cola Indonesia disyaki curi air bawah tanah

Posted: 07 Aug 2014 03:05 AM PDT




Itu Coca Cola di Indonesia, Coca Cola Malaysia di Bandar Enstek , Nilai, Negeri Sembilan bagaimana? Berapa juta liter air yang diperlukan oleh Coca Cola Malaysia sehari untuk memproses minuman mereka. Boleh tak Syarikat Air Negeri Sembilan kemukakan data, juga Syarikat Coca Cola berikan data. Adakah jumlah botol air Coca Cola yang dihasilkan berkadar pada faktor tetap dengan jumlah pengambilan beberapa juta liter air sehari?

Indonesia police name Coca-Cola suspect in water extraction case
Apr 5, 2014

JAKARTA (THE JAKARTA POST/ASIA NEWS NETWORK) - The National Police named PT Coca Cola Bottling Indonesia (CCB) a suspect on Friday, in an alleged illegal groundwater extraction case in Sumedang, West Java.

The police suspect the company of violating Article 94 of Law 7/2004 on water resources, by illegally extracting groundwater in the area for soft drink production without a groundwater resource permit (SIPA).

"If found guilty, the company's directors will be held responsible for the offence," said National Police deputy director for special economic crimes Brigadier General Alex Mandalika in a press conference.

Rembau Hari Ini

Posted: 03 Sep 2014 07:50 PM PDT

Rembau Hari Ini


Majlis Berbuka Puasa DUN Kota dan Agihan Sumbangan Ramadhan

Posted: 13 Jul 2014 03:37 AM PDT


Majlis Berbuka Puasa DUN Kota dan Agihan Sumbangan Ramadhan
Tarikh : 19 Julai 2014, Sabtu
Masa : 6.30 ptg – 10.30 mlm
Tempat : Teratak AMAL, Kg Bongek, Rembau (sebelah Rumah Rakyat Sg Layang)
Hubungi Tn Hj Roni 012-2268230

Jasindaily Online

Posted: 03 Sep 2014 09:18 AM PDT

Jasindaily Online


Isu MB Selangor : Serah Kebijaksanaan Sultan Menentukan

Posted: 03 Sep 2014 08:07 AM PDT

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan Istana Selangor akan memberi makluman mengenai cadangan nama Menteri Besar yang baru dalam masa terdekat. Jelas Khalid, beliau telah dimaklumkan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP telah menghantar nama calon cadangan bagi jawatan Menteri Besar kepada Sultan Selangor. 

 "Saya percaya proses seterusnya akan menyusul selepas ini. "Pihak istana akan memberi maklum balas terhadap cadangan yang telah diberikan. Saya berharap semua pihak bersabar, ia akan diselesaikan secepat mungkin. "Sehingga proses ini selesai, pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperi biasa mengikut undang-undang tubuh negeri ini," katanya pada sidang media di Pejabat Kerajaan Negeri Selangor hari ini. Khalid yang turut memberitahu, beliau tidak akan terlibat dalam proses pemilihan calon-calon menteri besar kerana ia akan dilihat mempunyai kepentingan dalam keputusan tersebut. 

 Ketika ditanya mengenai kemungkinan berlakunya pilihanraya negeri jika Sultan enggan menerima nama yang dicadangkan, beliau berkataianya bergantung kepada budi bicara Tuanku. "Perkara terbaik adalah cari penganti untuk menyelesaikan masalah ini, mengenai pilihanraya saya tidak mahu berbincang kerana ia akan menimbulkan spekulasi," jelas beliau. Sebelum itu, Sultan Selangor telah menetapkan 3 September, hari ini bagi ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat menghantar lebih dua nama bagi calon menteri besar.

    Kes Denggi Di Melaka Membimbangkan

    Posted: 03 Sep 2014 08:04 AM PDT

    MELAKA - Sebanyak 1,774 kes demam denggi dilaporkan dari Januari hingga 30 Ogos lepas di Melaka, meningkat 1,363 kes berbanding tempoh sama tahun lepas.Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, angka tersebut meletakkan Melaka sebagai negeri ketiga tertinggi mencatatkan kes demam denggi selepas Kelantan dan Negeri Sembilan Beliau berkata dalam tempoh itu, sebanyak lima kes kematian dicatatkan berbanding dua kematian tahun lepas. 


         "Program kesedaran denggi menerusi Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) akan diteruskan di seluruh negeri dengan penumpuan diberikan di peringkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Seri Negeri hari ini.     

     Dalam perkembangan lain, Idris berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diarah untuk menyediakan kemudahan bagi orang kelainan upaya (OKU) dalam setiap pembangunan di kawasan masing-masing.      Katanya, setiap PBT turut diarah meletakkan wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap OKU sebagai anggota jawatankuasa teknikal.      "Melaka masih lagi kurang kesedaran dalam konteks menyediakan kemudahan kepada warga OKU dan langkah ini perlu diambil serius bagi memberi kemudahan kepada golongan berkenaan," katanya. - Bernama

    Mantan KSU Pertanian Timbalan Pengerusi SPR

    Posted: 03 Sep 2014 04:48 AM PDT

    KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu. Beliau menggantikan Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang tamat tempoh perkhidmatan pada 27 Nov lepas.

     Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan Mohd Hashim, 60, berkuat kuasa 5 Sept sehingga beliau genap usia 66 tahun selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. 


     Mohd Hashim, berasal dari Kota Baharu, Kelantan, memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian itu dari 11 Nov 2010 hingga bersara wajib pada 31 Ogos 2014.

     Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Asia Tenggara dari Universiti Malaya dan Sarjana Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Hashim memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pengarah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 1980. Antara jawatan yang pernah disandangnya termasuk Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Belia dan Sukan, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Timbalan Ketua Setiausaha (Usahawan), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. - BERNAMA

    Unit Amal Kebanggaan PAS

    Posted: 03 Sep 2014 04:45 AM PDT

    Ustaz Khalil Abdul Hadi 

    BERAMAL Kerana Allah!" Demikian tema tersemat kuat menjadi cinta disanubari setiap anggota Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS atau masyhur dikenali sebagai Unit Amal. Di mana jua program PAS, anggota Unit Amal setia menjalankan tugasannya mengkoordinasi kawalan sekitar tempat aturcara dijalankan dan bekerja di bawah kepatuhan serta ketaatan disiplin tinggi. Hingga apabila mereka 'dilepaskan' untuk berada di medan masyarakat, anggota Unit Amal baik secara individu mahupun pasukan sentiasa mudah dan sedia menghulurkan khidmat mereka.


     Tanpa biaya, tidak menghitung masa, biarpun ditimpa hujan dan panas, pada sebarang tekanan dan hambatan, mereka adalah murabitun yang menyerahkan segala keringat demi terlaksananya amanah parti ke atas rakyat. Merekalah pejuang tanpa nama yang menjulang PAS untuk diterima setiap lapisan masyarakat. Selayaknya mereka itu dikait dengan pujian Nabi SAW sebagaimana sabda Baginda: "Beruntunglah seorang hamba yang memegang tali kendalian kudanya di jalan Allah, rambutnya kusut kedua kakinya berdebu, jika sedang mengawal tetap dalam pengawasan, jika di bahagian perbekalan tetap di menjaga perbekalan…" (Riwayat Bukhari) 

     Dalam melaksanakan rutin tugasan, kolaborasi bersama pihak lain diatur serapinya sebagai pasukan sokongan yang menyempurnakan hingga terlahir damai dan sistematik pada setiap program berkaitan. Di mana, pada satu uniform meroon itu, merekalah doktor, jurutera, bomba mahupun pekerja bandaran. Serba serbi mesti mahupun boleh dilakukan dalam rangka meninggikan kalimah Allah menerusi kerja-kerja parti. Seluruh organisasi PAS sangat berbangga memiliki Unit Amal sebagai tenaga yang padu, cekal dan gagah lagi mesra. 

    Kini mereka bakal diuji dengan label naif musuh-musuh politik PAS yang cuba mencampakkan mereka dengan kesalahan rekayasa. Inilah masanya seluruh ahli PAS menzahirkan kebersamaan kasih sayang kepada Unit Amal. Saya menyeru kita menyokong mereka dengan memakai baju T meroon Unit Amal secara kerap setiap masa dan tempat sepanjang bulan ini. Di samping itu kita meningkatkan doa kita kehadrat Ilahi agar Dia melindungi dan merahmati atas keikhlasan yang anggota Unit Amal telah, sedang dan akan berikan untuk negara dan dunia ini.

    KHIDMAT MERU

    Posted: 03 Sep 2014 09:02 AM PDT

    KHIDMAT MERU


    Sudah menjadi kebiasaan sejak 2008.

    Posted: 03 Sep 2014 12:42 AM PDT














    Sudah menjadi kebiasaan sejak 2008 Yb GST dan Ahli Majlis serta Ketua2 Kampung melawat tempat2 longgokan sampah yg terbiar, longkang2 tersumbat, pokok2 besar yg dahan2nya boleh mengganggu trafik dan pelbagai masaalah rakyat yg diadukan kepejabat atau melalui telefon atau email dan watsaap.
    Alhamdulilah yg terbaru apabila diwujudkan watsaap khas utk Mpk, Ahli Majlis,Pejabat ADUN, JKR, TNB, Pejabat Daerah , maka banyak masaalah2 ini dapat diatasi dgn baik dan segera.

    Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

    Posted: 03 Sep 2014 07:57 AM PDT

    Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


    SALAHUDDIN : MINTA ZAHID JANGAN ANGGAP UNIT AMAL SEBAGAI " GENGSTER " !

    Posted: 02 Sep 2014 10:17 PM PDT

    KE MANA PAS MAHU DIBAWA ? : DR. UST. KHAIRUDDIN AT-TAKIRI.

    Posted: 02 Sep 2014 10:06 PM PDT

    Comments:

    There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

    Catat Ulasan