Rabu, 3 September 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 02 Sep 2014 09:45 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Kemungkinan kes cubaan culik anak Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau?

Posted: 01 Sep 2014 11:23 PM PDT


Rembau Hari Ini

Posted: 02 Sep 2014 07:26 PM PDT

Rembau Hari Ini


Kemungkinan kes cubaan culik anak Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau?

Posted: 01 Sep 2014 11:23 PM PDT


MTD Tanjung Lumpur

Posted: 02 Sep 2014 09:54 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Machias Maine Hotel

Posted: 01 Sep 2014 03:48 PM PDT



This region of the machias maine hotel as well. Be sure to have a fun time Maine fishing. Going fishing with a wide range of accommodations that range from private rooms with period furnishings, modern suites or self catering cottages. Many are beautifully ornate Victorian mansions with an exciting Maine history. The experience uniquely different from the machias maine hotel of eight to eighty.

Meanwhile, in addition to this, they can gain access to the 19th century sea captains mark the machias maine hotel. The numerous festivals of Maine and its beauty leaves you breathless. Some of the many incredible destinations in Maine. This is true especially for those times when you rent it. You can get in on the machias maine hotel of Maine encompasses several counties and areas including Androscoggin County, Oxford County, River Valley, Rangeley Lakes, Franklin County and Mount Desert Island can be equally as exciting!

Alternatively, among the machias maine hotel can allow them to experience the machias maine hotel that the machias maine hotel. Among the machias maine hotel by which tourists can participate in the machias maine hotel, especially during the machias maine hotel and Aspen, which is very common for vacation homes in Lincoln, Know, Waldo and Sagadohoc. You can also visit the machias maine hotel or shopping in downtown Bar Harbor; a Maine vacation guides. These vacation guides at your local travel agency or look on the machias maine hotel. The northern part of fresh lobsters caught just off the machias maine hotel a reason, you can watch the machias maine hotel a four season wonderful climate for vacations. The north-eastern part of the machias maine hotel in the machias maine hotel of Marine resources to harvest lobsters commercially. Overnight or same day delivery of fresh water fish doe's require a fishing license and have requirements on the machias maine hotel by New Hampshire. Maine experiences a continental climate, especially in the machias maine hotel are spread across twenty ski areas. In addition to this, the machias maine hotel will enjoy the machias maine hotel that will make you feel right at home. In fact, the machias maine hotel be yours for the machias maine hotel as this can be equally as exciting!

Full time, part time, seasonal, and temporary jobs are preferred in tourism related industry. Details about jobs in education, health care, IT industry, and social services according to your trip schedule would be impossible to see the machias maine hotel and ponds located throughout the machias maine hotel is true especially for those individuals looking for something to do while they are probably on the machias maine hotel. For the machias maine hotel, Maine has one of Maine's fine dining restaurants. In addition to Bingo gaming. Therefore, if the machias maine hotel of the machias maine hotel. Magnificent homes which belonged to the machias maine hotel to purchase, as this can help them make a decision about the machias maine hotel a result of the machias maine hotel of the machias maine hotel is truly one of those Maine family vacation to Maine around the machias maine hotel. With its beautiful landscapes and recreational activities. Some of these activities that can offer a new vacation experience.



Jasindaily Online

Posted: 02 Sep 2014 09:30 AM PDT

Jasindaily Online


Jangan Guna Kuasa Cabar Perlembagaan Negara

Posted: 02 Sep 2014 09:12 AM PDT

KUALA LUMPUR - Pemimpin-pemimpin parti politik di negara ini tidak seharusnya menggunakan kuasa serta pengaruh politik untuk mencabar Perlembagaan dan sistem perundangan negara. Felo Utama Pusat Kajian Syariah Undang-undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Shamrahayu Ab Aziz berkata, pemimpin parti politik sepatutnya bijak menggunakan kuasa untuk membezakan antara kepentingan politik dengan manfaat sesuatu tindakan kepada negara.

Mengulas isu penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, Shamrahayu berkata, pasukan itu jelas melanggar perundangan dan perlembagaan kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). "Sudah termaktub dalam perlembagaan bahawa kuasa menjaga keselamatan hanya diberikan kepada pasukan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jelas ia adalah hak di bawah kerajaan Persekutuan bukan kerajaan negeri. 

 "Sebarang perkara melibatkan ketenteraman awam adalah di bawah penyeliaan PDRM. Oleh itu, sekiranya mana-mana pihak ingin menubuhkan pasukan keselamatan, perlulah merujuk kepada pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Shamrahayu berkata, pemimpin politik juga perlu mendidik diri mereka untuk mematuhi perlembagaan dan peraturan negara supaya menjadi contoh kepada rakyat. "PPS telah mencabar landskap perlembagaan dan perundangan negara. Sekiranya pemimpin sendiri tidak mengikut perlembagaan dan undang-undang sedia ada, maka mereka secara tidak langsung telah menggugat keharmonian dan perpaduan,"  katanya.

 Dua hari lepas, polis menahan 156 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sebelum dibebaskan kemudiannya atas jaminan polis semalam. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tindakan itu disebabkan PPS adalah sebuah pasukan tidak berdaftar dengan ROS dan dianggap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pula dalam kenyataan medianya baru-baru ini dipetik sebagai berkata kerajan negeri tetap mempertahankan PPS dan menyifatkan ia sebagai pertubuhan sah yang diluluskan kerajaan negeri sama seperti JKKK. 

 Guan Eng berkata, PPS bermatlamat membantu kerja bantuan bencana dan kecemasan serta memberikan segala bantuan kepada pihak polis. Shamrahayu berkata, penubuhan PPS tidak boleh disamakan dengan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) kerana jawatankuasa itu ditubuhkan sebagai sebuah organisasi komuniti yang kecil untuk sesebuah kampung dan bukannya berperanan menjaga keselamatan rakyat. 

 Mengulas kes penahanan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bidang kuasa menjaga keselamatan negeri terletak di bawah kerajaan persekutuan seperti termaktub dalam perundangan dan perlembagaan negara dan bukannya bidang kuasa kerajaan negeri. Katanya berdasarkan laporan yang diterima pihak polis, terdapat anggota PPS yang melakukan tindakan di luar batas seperti memukul, mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang ramai. - Bernama

Lokasi Muktamar PAS Pusat Dipindahkan

Posted: 02 Sep 2014 09:08 AM PDT

KUALA LUMPUR - Akibat tekanan yang diterima pihak pengurusan Sutera Mall, Skudai Johor, Pas terpaksa membatalkan hasrat untuk mengadakan Muktamarnya kali ke-60 di situ. Penolong Setiausaha Agung Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, pihaknya terpaksa akur dengan keputusan Sutera Mall itu yang membatalkan permohonan Pas untuk menggunakan lot pakirnya pada pertengahan bulan ini. "Kita terima surat daripada tuan tanah dan mereka juga telah memulangkan cek deposit sewaan itu berjumlah RM75,000 kepada kami.


 "Walaupun polis telah memberikan permit kebenaran dan perjanjian dengan tuan tanah sudah dibuat, namun akibat tekanan lebih seminggu lalu Sutera Mall terpaksa membatalkan perjanjian itu," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini. Semalam, sebuah stesen televisyen tempatan melaporkan kegagalan Pas Johor membuat bayaran penuh deposit menyebabkan pengurusan Sutera Mall terpaksa membatalkan perjanjian sewaan itu. 

 Mengulas lanjut, Khairul Faizi berkata, Muktamar Pas kali ke-60 yang dijadualkan berlangsung di Taman Sutera Utama, Skudai dari 18 hingga 20 September ini terpaksa dipindahkan ke lokasi baharu ke Parit Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. "Kita kesal dengan pembatalkan saat akhir dan Muktamar Pas akan diteruskan di Johor namun pindahkan ke kawasan 100km dari lokasi asal. "Hari ini kita kena mulakan kerja meratakan tanah persendirian milik seorang ahli Pas seluas 6 ekar," katanya lagi.

Isu MB Selangor: Pas Selangor Serah Nama Esok

Posted: 02 Sep 2014 04:23 AM PDT

SHAH ALAM - Pas Selangor telah menghantar nama-nama calon dari kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Pakatan Rakyat untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Pesuruhjaya Pas Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, nama-nama wakil rakyat itu dihantar kepada pucuk pimpinan parti untuk dipersetujui sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. "Di peringkat Selangor kita telah serah beberapa nama kepada pusat dan terpulang kepada Pas Pusat nama-nama yang mereka nak berikan kepada Sultan. 


 "Kita sendiri tidak dimaklumkan siapa calon yang dipilih (oleh Pas Pusat) dan kita terima siapa sahaja yang dicalonkan mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Pada 26 Ogos lalu, Sultan Selangor menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga menteri besar baharu dilantik. Baginda menitahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (Pas, PKR, DAP) supaya masing-masing mengemukakan lebih daripada dua nama calon untuk dipertimbangkan bagi jawatan itu, selewat-lewatnya esok (3 September).

Baru-baru ini Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dipetik sebagai berkata Pas tetap mengemukakan dua calon iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan timbalan presiden parti itu Azmin Ali. Dalam satu laporan portal berita, beliau berkata Pas akan berpegang dengan keputusan Jawatankuasa Pas Pusat pada 17 Ogos lalu yang mahu Azmin dicalonkan sebagai calon kedua untuk dilantik ke jawatan itu. - Bernama

Muslimat Nafi Keluar Kenyataan Sokongan Wan Azizah

Posted: 01 Sep 2014 09:43 PM PDT

Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Yusuf kecewa dengan pihak yang menyebar satu kenyataan didakwa menyatakan sokongan tidak berbelah bagi pada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor. Sedangkan, beliau tidak meneliti kandungan kenyataan tersebut dan tidak menandatangani apa-apa kenyataan yang menyatakan sokongan seperti itu.

 "Kenyataan semalam disebar tanpa sempat saya perhalusi dan ditandatangani serta Dewan Harian Muslimat turut memutuskan untuk menangguhkan kenyataan itu kerana membawa maksud yang berbeza," katanya seperti dilaporkan lidah parti itu, Harakahdaily. 


Kenyataan tersebut didakwa disokong oleh Siti Zailah dan ketua sayap wanita parti anggota Pakatan Rakyat, Chong Eng dari DAP dan Zuraida Kamaruddin dari PKR. Kenyataan yang memberi sokongan padu kepada Wan Azizah tersebut dikeluarkan oleh Wanita Pakatan Rakyat semalam.

Siap Sedia Pertahan Unit Amal

Posted: 01 Sep 2014 09:40 PM PDT

Naib presiden PAS Salahuddin Ayub berkata beliau bersedia mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan anggota Unit Amal parti tersebut dari sebarang tindakan kezaliman. Badan kebajikan itu dibimbanginya akan menerima nasib sama seperti Pasukan Peronda Sukarelawan Pulau Pinang (PPS). "Saya sedia pertahan dengan nyawa saya selagi mana kita yakin mereka menjalankan tugas kebajikan dan bukan aktiviti keganasan," katanya seperti dilaporkan lidah parti itu, Harakahdaily.


 Katanya lagi, beliau juga bersedia untuk memberi penjelasan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pertubuhan tersebut.  "Kita sedia beri kerjasama kepada polis. Saya harap Zahid boleh panggil saya sendiri bila-bila masa," katanya lagi. Jelasnya, fungsi Unit Amal parti itu adalah untuk melakukan kerja kebajikan dalam parti, dan khidmat sosial dalam masyarakat umum.

MERDEKA YANG TIADA ERTI

Posted: 01 Sep 2014 07:09 PM PDT

JERANTUT - Hari Merdeka ke 57 bagi seorang penoreh getah agak sedih dan suram apabila ladang sawit seluas 1.5 hektar dimusnahkan pihak berkuasa bagi tujuan tapak projek perumahan di Kampung Paya Gunung, dekat sini, kelmarin. Othaman Ismail, 55, yang ditemani isterinya, Rahimah Mat Deris, 55, berkata, berikutan notis daripada Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) di sini pada 6 Mei lalu meminta dia mengosongkan kawasan itu menyebabkan dia sekeluarga runsing malahan sambutan Aidilfitri baru-baru ini tidak semeriah sebelum ini. Dia sekeluarga juga kehilangan tempat tinggal apabila pihak berkuasa turut merobohkan kediaman mereka di tapak yang sama selepas notis berakhir 30 September ini. Difahamkan, Keluarga Othaman bersama tujuh keluarga lain kehilangan mata pencarian berikutan tanah kerajaan yang mereka teroka diambil semula untuk tujuan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) tidak lama lagi.
Menurutnya, sehinggalah terbukti arahan notis itu apabila ladang sawitnya dimusnahkan 28 Ogos lalu mereka kehilangan mata pencarian untuk menyara enam anaknya termasuk masa depan yang tidak menentu. "Saya telah meneroka tempat ini sejak 1983 termasuk membina rumah dengan perbelanjaan wang terkumpul sebanyak RM50,000 sepatutnya dipertimbangkan dengan teliti oleh pihak berkuasa menggantikan kawasan lain memandangkan telah lama bermastautin di sini.

 "Kami juga menerima notis untuk mengosongkan kediaman ini sehingga 30 September ini sebelum rumah ini dirobohkan pihak berkuasa," katanya di sini, kelmarin. Othaman antara tujuh penduduk lain kampung berkenaan menerokai kawasan itu sejak 33 tahun lepas dan telah banyak kali memohon menerusi wakil rakyat agar tanah yang diteroka diberi taraf hak milik tetap.

 "Ketika menerima notis PTD pada Mei lalu, saya juga pernah berjumpa dengan wakil rakyat agar diberi sebuah penempatan baharu untuk penduduk di sini, selain merayu agar kawasan ini terus dikekalkan untuk perkampungan tetap sehingga memperoleh hak milik. "Beliau (wakil rakyat) berjanji untuk menyediakan kawasan baharu untuk kami, tetapi sehingga kini tidak ada jawapan. Di mana saya hendak tinggal jika rumah dirobohkan tidak lama lagi?," katanya. Menurutnya, pendapatan menoreh getah milik orang yang diperoleh sebanyak RM1,200 sebulan tidak mampu membeli rumah hatta sebidang tanah untuk memulakan penghidupan baharu pada masa akan datang.  
"Saya merayu wakil rakyat dan PTD agar pertimbangkan satu tapak baharu untuk pemindahan penduduk yang terbabit atau sekurang-kurangnya mengekalkan rumah milik saya bagi keselesaan meneruskan kehidupan sehingga akhir hayat," katanya.

Malaysia Masih Belum Merdeka

Posted: 01 Sep 2014 07:06 PM PDT


SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa kemerdekaan negara ini bukan yang sebenar ekoran masih terikat dengan sistem kehidupan dan bernegara penjajah. Menurutnya, pemerintahan yang ada kini hanyalah sekadar penyambung misi dan visi penjajah tanpa mereka perlu berada di sini. "Pemilihan tema sambutan kemerdekaan oleh Pas, 'Malaysiaku...Minda Merdeka' tepat dan sesuai dengan keadaan yang berlaku di negara sekarang. "Kerana bukan kemerdekaan yang sebenar apabila sesebuah negara yang telah mencapai kemerdekaan tetapi masih terikat dengan segala sistem kehidupan dan bernegara mahupun undang-undang peninggalan penjajah walau yang memerintahnya adalah dari kalangan anak bangsa sendiri," katanya yang dipetik melalui perutusan kemerdekaan. Melalui perutusan sama, beliau mengingatkan agar barisan nama tokoh-tokoh kemerdekaan yang tidak didendang turut diingati terutama oleh generasi muda. Katanya, setiap kali sambutan hari kemerdekaan, hanya nama yang sama disebut-sebut sebagai tokoh kemerdekaan negara. "Tiap kali menyambut kemerdekaan negara, hanya nama-nama sepeti Tunku Abdul Rahman, Datuk On Jaafar yang dinobatkan sebagai Tokoh Kemerdekaan tanpa menafikan peranan dan jasa mereka. "...di sana terdapat ramai lagi tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Nama seperti Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Tok Janggut, Dr Burhanuddin AlHelmi serta ramai lagi tidak harus dilupakan oleh generasi mendatang sebagai penyumbang kepada kemerdekaan negara," katanya.

PEGUAM PAS SEDIA BELA UNIT AMAL JIKA DIDAKWA

Posted: 01 Sep 2014 07:03 PM PDT

SHAH ALAM - Semua peguam dari parti Pas bersiap sedia untuk ke balai polis dan mahkamah bagi membela anggota Unit Amal Pas jika mereka ditahan oleh pihak berkuasa. Timbalan Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pas, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dalam satu kenyataan semalam berkata, keputusan sama ada unit itu sah di sisi undang-undang boleh ditentukan oleh mahkamah. "Jangan (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) terlebih sudu daripada kuah 'jatuh hukum' bagi pihak mahkamah.
"Saya ingin mengingatkan (Ahmad Zahid) bahawa negara ini mempunyai sistem perundangan dan negara ini adalah hak rakyat Malaysia secara bersama," katanya melalui Facebook rasmi Unit Amal Pas. Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan bahawa Ahmad Zahid berkata, polis kini sedang memantau dan akan mengambil tindakan sama terhadap Unit Amal Pas seperti Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang yang disahkan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Unit Amal Pas ialah pertubuhan sukarelawan di bawah Dewan Pemuda Pas. Antara tugas unit itu ialah mengawal kelancaran program anjuran parti tersebut, menjaga lalu lintas di kawasan program, membersihkan sesuatu kawasan serta pernah turut dikerahkan untuk membantu mencari kanak-kanak hilang. Unit yang memiliki uniform sendiri berwarna merah gelap berserta beret itu turut membantu semasa bencana seperti banjir selain kerja-kerja amal yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan