Rabu, 20 Ogos 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 19 Aug 2014 09:23 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1435H/2014M

Posted: 19 Aug 2014 02:10 AM PDT




PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1435H/2014M

Sembelihan dan agihan daging korban akan dibuat di lokasi ramai golongan asnaf antaranya : Flat Senawang 1, Flat Taman Lily, PPR Bersepadu Senawang, Pangsapuri Seroja, PPR Seri Perdana Paroi, Flat Casuarina Jln Tok Dagang, Flat Taman Cengal Utama

Kini dibuka untuk tempahan
1 bahagian = RM500 (lembu sahaj)

Tarikh tutup tempahan : 25 Sept 2014

Sila hubungi :
Hassan 0192171942 (Naib Yang Dipertua PAS Rembau)
Hj Fisol 0193440826 (Setiausaha PAS Rembau)

Untuk tempahan atau sumbangan sila salurkan ke akaun :
Bank : Bank Islam
Nama Akaun : PAS DUN PAROI
No Akaun :  05012010063902
atau Maybank : 155126007814

Rembau Hari Ini

Posted: 19 Aug 2014 07:06 PM PDT

Rembau Hari Ini


PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1435H/2014M

Posted: 19 Aug 2014 02:11 AM PDT




PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1435H/2014M

Sembelihan dan agihan daging korban akan dibuat di lokasi ramai golongan asnaf antaranya : Flat Senawang 1, Flat Taman Lily, PPR Bersepadu Senawang, Pangsapuri Seroja, PPR Seri Perdana Paroi, Flat Casuarina Jln Tok Dagang, Flat Taman Cengal Utama

Kini dibuka untuk tempahan
1 bahagian = RM500 (lembu sahaj)

Tarikh tutup tempahan : 25 Sept 2014

Sila hubungi :
Hassan 0192171942 (Naib Yang Dipertua PAS Rembau)
Hj Fisol 0193440826 (Setiausaha PAS Rembau)

Untuk tempahan atau sumbangan sila salurkan ke akaun :
Bank : Bank Islam
Nama Akaun : PAS DUN PAROI
No Akaun :  05012010063902
atau Maybank : 155126007814

Jasindaily Online

Posted: 19 Aug 2014 09:32 AM PDT

Jasindaily Online


GAZA BERDARAH : PROPAGANDA YAHUDI KAITKAN MESIR

Posted: 18 Aug 2014 11:59 PM PDT

TEL AVIV - Tentera Israel menggunakan visual bandar Beni Suef di Mesir dan kemudiannya melabelkannya sebagai bandar Gaza untuk satu program khas. Laman web berita tempatan Walad El-Balad melaporkan, visual empat minit tersebar di Facebook itu dibuat oleh tentera Israel pada Julai lalu. "Visual asalnya berjudul The Street's Anger in Beni Suef over Gaza's Shelling and its Hopes to Solve the Crisis disadur oleh tentera Israel dan kemudiannya ditukarkan kepada What Happens Behind Public Bui," menurut laporan itu. 

 Program khas dibuat oleh tentera Israel itu turut memuatkan temu ramah penduduk yang yang kononnya adalah penduduk Gaza. Temu ramah itu kemudiannya diterjemahkan ke bahasa Hebrew bahawa penduduk Gaza menyelar kekejaman kumpulan Hamas dan Briged al-Qassam. Memetik laporan Al Ahram, keseluruhan visual itu diberi kepada media Arab Avichay Adraee untuk disebarkan ke laman Facebook rasmi agensi berita berkenaan.

NAMA MUHAMMAD HARUM DI BRITAIN

Posted: 18 Aug 2014 11:57 PM PDT

LONDON - BRITAIN. Nama Muhammad menjadi nama paling popular untuk bayi lelaki di England dan Wales tahun lalu. Menurut hasil kajian yang dipetik daripada www.Breitbart.Com berkata , nama tersebut bagaimanapun tidak berada di tempat teratas senarai nama paling banyak digunakan kerana dieja dengan pelbagai cara berbeza. Nama berkenaan dieja Muhammad, Mohammed dan Mohammad yang apabila digabungkan, jumlahnya mencecah 7,445. Kajian itu sebaliknya menyenaraikan Oliver secara rasmi sebagai nama terpopular dengan 6,949.

 Nama Muhammad begitu popular kerana tiga juta umat Islam di Britain cenderung untuk menamakan sekurang-kurangnya salah seorang anak mereka mengikut nama Nabi Muhammad. Kebanyakan bayi yang dinamakan Muhammad tertumpu di bandar raya London dan Midland Barat sementara Oliver di tenggara, Wales Selatan dan Wales. Sementara nama kerabat diraja Britain, Wiliam, Harry dan George kini menguasai tiga daripada 10 tempat dalam senarai nama paling popular di Britain.

Sukarelawan Indonesia Sambung Zuriat Gaza

Posted: 18 Aug 2014 11:56 PM PDT

Setelah sempat tertunda, akhirnya seorang sukarelawan Indonesia dari pesantren Al-Fatah yang tergabung dalam Medical Emergency Rescue Committee (MER-C) berhasil melangsungkan akad nikahnya pada Ahad (17/8) di Semenanjung Gaza, di masa perang masih berlangsung sejak awal Julai lalu. Muhammad Husein Aji Muslim meminang seorang muslimah yang berasal dari Khan Younis, selatan Gaza yang bernama Jinan Ar-Raqb (18) kurang dari sebulan sebelumnya, di mana pernikahan itu sempat tertunda menyusul perang yang masih berkecamuk di Gaza awal Ogos lalu, lapor Muslimdaily.net. 


 Majlis akad nikah pada masa gencatan senjata pihak Palestin dan Israel ini berlangsung sederhana di Pejabat Urusan Agama Kota Gaza dan dihadiri oleh ayah pengantin wanita sedangkan Muhammad Husein didampingi para relawan MER-C di antaranya ketua MER-C cabang Gaza, Muqarrabin Al-Fikri, Reza Ardila, Lutfhi, dan Nur Ikhwan Abadi. Akad langsung dipimpin ayah pengantin wanita Fauzi Ar-Raqb, di mana suasana khidmat dan khusuk nampak terlihat terlepas masih dalam suasana belum berakhirnya peperangan antara pejuang Palestin dan penjajah zionis Israel. Muhammad Husein sendiri mengaku bahagia dapat melangsungkan pernikahannya dengan muslimah di Gaza.

 "Alhamdulillah impian saya menjadi nyata, dan ini merupakan berkat dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, saya dapat menikahi muslimah dari Gaza," katanya, Ahad (17/8). Seperti diberitakan Mi'raj Islamic News Agency (MINA) "Semoga ini menjadi perekat ukhuwah Islamiyah antara muslimin di Indonesia dan muslimin di Gaza," kata Husein penuh bahagia. "Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dan mendukung saya, baik dengan moral atau pun material hingga terlaksananya pernikahan ini, serta mohon doa dari semua untuk keberkahan pernikahan kami," tambahnya mengucap syukur. Sementara itu, Jinan Ar-Raqb isteri dari Muhammad Husein juga menyatakan kebahagiaanya atas keberlangsungan pernikahan yang sempat tertunda itu. "Saya sangat bahagia atas pernikahan ini, dan semoga Allah memberkati kami berdua.

 Semoga pernikahan kami menjadi awal kemenangan Palestin dari penjajahan Israel," ujar Jinan yang sudah menulis 20 novel karangannya sendiri. Anak kelima dari keluarga Fauzi Ar-Raqb itu juga mendoakan semoga akan banyak lagi pemuda-pemuda dari Indonesia yang menikahi muslimah di Gaza atau pun sebaliknya agar ukhuwah atau jalinan persaudaraan antara kedua negeri ini boleh terjalin erat. Muhammad Husein masuk ke jalur yang di blokade itu sejak awal 2011 melalui kafilah Asia Caravan to Gaza. Kemudian mendapatkan beasiswa untuk kuliah di Islamic University of Gaza (IUG) jurusan Syari'ah Islamiyah dan sekarang memasuki tahun terakhir. Sementara Jinan, muslimah Gaza yang disebut ibunya sebagai "wanita spesial" itu lahir pada 11 Mei 1996. Ia menyelesaikan hafalan al-Quran 30 juz pada program tahfidzul Qur'an rutin di Gaza Taaj al-Waqar pada 2010. Ia juga juara ujian menghafal 300 hadits Nabawi pada 2012.

 Perkenalan Husein dengan keluarga pengantin wanita terjadi pada 2011 ketika hendak mendaftar sebagai calon mahasiswa di IUG. Ayah Jinan merupakan seorang staf pentadbran di kampus tersebut. Perkenalan berlanjut hingga Muhammad Husein diundang secara khusus oleh Fauzi ke kediaman mereka di daerah Bany Suhaila Khan Younis. Terjadilah perkenalan antara Husein dan Jinan dan berselang waktu, keduanya direstui oleh keluarga untuk melangsungkan pernikahan, namun harus menunggu selesainya Jinan di masa sekolah pendidikan menengah atas terlebih dahulu. Setelah menunggu sekitar 2.5 tahun akhirnya Husein dan Jinan melangsungkan pernikahannya tepat pada hari kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-69.

MH 17: FASA AKHIR BAWA PULANG JENAZAH

Posted: 18 Aug 2014 11:48 PM PDT

THE HAGUE: Persiapan menguruskan jenazah mangsa tragedi MH17 kini memasuki fasa akhir, kira-kira 60 jam lagi sebelum 22 jenazah itu dihantar pulang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, untuk disempurna dan dilengkapkan sebelum diserah kepada waris keluarga. Ini kerana hanya tinggal beberapa jenazah sahaja lagi daripada jumlah tersebut yang masih perlu melalui proses pengurusan dan dokumentasi di Rumah Mayat Monuta, S-Gravanhage di sini. Ini termasuk upacara membakar mahupun solat jenazah yang akan dibuat ketua agama masing-masing yang telah dilantik dan semua proses ini dijangka diselesaikan pada Selasa atau selewat-lewatnya petang Rabu.


 Selesai proses tersebut, kerajaan Malaysia melalui kedutaan besar di sini akan memohon kelulusan kerajaan Belanda menyerahkan semua jenazah itu untuk dibawa balik. Pada Khamis pagi, dijangkakan jenazah akan dibawa masuk ke dalam pesawat khas Malaysia Airlines (MAS) dan akan disusun dalam kedudukan yang sangat tertib bagi menghormati jenazah tersebut sebelum pesawat berlepas pulang kira-kira pukul 2 petang. Semalam, Dr Fauziah berkata tiada sebarang upacara rasmi bagi penyerahan jenazah kepada kerajaan Malaysia pada Khamis ini. Katanya, apa yang akan berlaku nanti hanyalah proses biasa mengeluarkan jenazah dari rumah mayat untuk diserahkan kepada kerajaan Malaysia sebelum dibawa ke lapangan terbang untuk dihantar pulang ke tanah air. 

 Sementara itu, sambil menyifatkan proses tersebut akan terus berjalan lancar sehingga tiba di Kuala Lumpur, Dr Fauziah berkata adalah menjadi harapan dan keinginan kerajaan serta MAS untuk membantu dan memenuhi permintaan waris dalam pengurusan dan penghantaran pulang jenazah itu. Menurutnya kedutaan juga akan mengibarkan bendera separuh tiang pada Khamis dan berkabung sehingga Jumaat sebagai tanda penghormatan terakhir kepada jenazah. Beliau yang sudah enam tahun bertugas di negara yang terkenal dengan industri pelancongan itu berkata sokongan masyarakat tempatan dan asing terus dizahirkan setiap hari yang antara lain menguatkan semangat pihaknya dalam menguruskan jenazah tersebut. Dr Fauziah berkata, sehingga kini ucapan takziah masih diterima melalui e-mel, surat, faks, selain bunga dan di buku takziah dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin antarabangsa dan orang kebiasaan.

 "Kami juga bersyukur diberikan pasukan hebat tempatan dan mendapat kerjasama baik kerajaan Belanda dalam menjayakan proses pengurusan dan penghantaran pulang jenazah (kumpulan pertama) ini," katanya. Beliau berkata sebaik selesai sahaja proses penghantaran jenazah itu, pihaknya akan terus menunggu perkembangan dari kerajaan Belanda untuk jenazah lain (kumpulan kedua) yang dianggarkan masih 40 peratus lagi belum disempurnakan. Menurutnya, selain itu, pihaknya akan memberi tumpuan kepada proses siasatan nahas pesawat itu yang dijalankan pakar perundangan Belanda dan Malaysia. Dilaporkan sebanyak 22 jenazah mangsa tragedi MH17 akan dihantar pulang dari Netherlands pada Khamis dan dijangka tiba di tanah air pada pagi Jumaat seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Hari Perkabungan Negara. 

 Turut dilaporkan, penghantaran pulang jenazah merangkumi 18 keranda dan empat bekas berisi abu mayat warganegara Malaysia dan seorang bukan warga Malaysia. Penerbangan MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lalu. - Bernama

Isu Lebal Pejuang Kemerdekaan Pengganas : PAS Gesa Mohon Maaf

Posted: 18 Aug 2014 11:42 PM PDT

TEMERLOH: Kerajaan digesa memohon maaf kepada keluarga para pejuang kemerdekaan yang dilabel sebagai pengganas semasa menentang penjajah dahulu. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, para pejuang kemerdekaan itu yang dianggap sebagai menentang kerajaan adalah tidak betul kerana mereka berjuang untuk membebaskan negara ini daripada cengkaman penjajah. "Pejuang kemerdekaan dianggap penentang kerajaan, pengganas, itu tak betul.


 Kerajaan patut minta maaf buat tuduhan itu," ujarnya kepada media di sini, kelmarin. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, kerajaan masih belum menarik balik tanggapan dan tuduhan itu terhadap para pejuang kemerdekaan seperti Datuk Bahaman dan lain-lain di negeri ini. Tambahnya, kerajaan perlu mengambil kira perasaan kaum keluarga dan persatuan sejarah kerana melabelkan para pejuang itu sebagai penjenayah.

 "Sepatutnya kerajaan memberi penghargaan kepada mereka, bukannya cop mereka sebagai golongan kiri," ujarnya lagi. Menurutnya, apa yang dilakukan oleh kerajaan kepada para pejuang kemerdekaan yang menentang penjajah di negara ini masih tidak mencukupi. Lajnah Penerangan PAS Pusat dengan kerjasama PAS Pahang dan Ahli Parlimen Temerloh mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2014 Peringkat Kebangsaan yang bertemakan Malaysiaku...Minda Merdeka. Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di padang awam Taman Temerloh Jaya, Sabtu lepas. Majlis Sambutan Hari Malaysia dan penutup program Bulan Kemerdekaan 2014 akan diadakan di Miri, Sarawak pada 15 September depan. 

 Objektif program itu adalah merakam semula sejarah perjuangan kemerdekaan negara dalam catatan yang lebih tepat dan adil, menghayati perjuangan tokoh pejuang Islam dalam menuntut kemerdekaan negara. Ia juga untuk menyedarkan rakyat tentang peranan PAS dalam perjuangan kemerdekaan negara dan membincangkan hala tuju dan masa hadapan negara dalam kerangka kemerdekaan sebenar.

KHIDMAT MERU

Posted: 19 Aug 2014 09:02 AM PDT

KHIDMAT MERU


Menggunakan masa yg ada untuk melawat dan memberi sumbangan.

Posted: 19 Aug 2014 12:39 AM PDT








Yb Dr Rani menggunakan masa yg ada untuk melawat dan memberi sumbangan kpd beberapa orang pesakit dan ditimpa kemalangan samaada di rumah atau dihospital.
Sumbangan kerusi roda juga diberikan kpd mereka yg memerlukan.
Menziarahi dan bermesra dgn mereka yg diuji dgn musibah ini mengingatkan kita betapa sudah banyak nikmat Allah yg diberikan kpd kita tapi kadang2 kita cepat melupainya.

mtdchenderoh

Posted: 19 Aug 2014 07:27 AM PDT

mtdchenderoh


SAMBUTAN AIDILFITRI PAS KAWASAN PADANG RENGAS

Posted: 18 Aug 2014 09:30 AM PDT


Tiada ulasan:

Catat Ulasan