Selasa, 19 Ogos 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Kata Pakteh...!!

Posted: 19 Aug 2014 01:08 PM PDT

Kata Pakteh...!!


MENEGUR - Khas untuk kita semua

Posted: 18 Aug 2014 09:28 PM PDT

Selepas beberapa ketika, Pakteh menilai artikel dari seorang arkitek pemodenan negara ini sebagai satu nasihat kepada semua rakyat Malaysia yang berperanan sebagai pemimpin. Sekecil-kecil memimpin keluarga, pasti teguran ini boleh dijadikan panduan, apatah lagi menjadi pemimpin kepada rakyat.

MENEGUR

1. Ada orang yang memberitahu kepada Dato Seri Najib Tun Razak yang saya telah memburukkan pemerintahannya.
2. Saya tidak akan menyangkal kerana saya telah berkali-kali menegur dasar-dasar Kerajaan sekarang.
3. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya.
4. Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Ia dikelilingi dengan ramai dato-dato yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa keatas segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya.
5 Alkesah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadapi laut.
6. Air sedang pasang dan raja bertanya kepada dato-datonya apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya.
7. Jawab mereka, "Ya, Tuanku. Air tidak akan sampai kaki Tuanku."
8. Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.
9. Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada dato-datonya.
Demikianlah sikap dato-dato kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.
10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan dato-dato istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan oleh raja.
11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata "Ya Tuanku".
12. Hanya seorang budak yang berkata, "Tuanku bogel."
13. Maka raja pun murka akan dato-datonya yang tidak berkata yang benar apabila dia bogel.
14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.
15. Orang Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan dalam kehidupan mereka. Antaranya ingin saya sebut disini:
"Sayangkan anak tangan-tangankan
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan"
Dengan izin saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini.
"Sayangkan pemimpin tegur-tegurkan"
16. Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya.
17. Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila YTM Tunku membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku.
18. Walaupun kerananya saya dipecat, tetapi YTM Tunku meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Mungkin bukan kerana teguran saya, tetapi hakikatnya Tunku mengundur diri.
19. Demikian juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin kerana teguran, mungkin kerana prestasi buruk Pilihanraya ke 12. Tetapi hakikatnya Tun Abdullah juga letak jawatan.
20. Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal "Bila lagi orang tua ini akan pergi." Saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan.
21. Pilihan saya bagi mengganti Tun Abdullah ialah Dato Seri Najib. Setelah beberapa lama dilihat bahawa dasar dan tindakan Dato Seri Najib tidak lebih berkesan dari Tun Abdullah.
22. Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum ke13 lebih buruk dari Tun Abdullah.
23. Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.
24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.
25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.
26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.
27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.
28. Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.
29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan.
30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.
31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.
32. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.
33. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.
34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya.
Artikel dari blog chedet

PEJUANG BANGSA

Posted: 19 Aug 2014 11:29 AM PDT

PEJUANG BANGSA


ANWAR JANGAN PAKSA SULTAN LANTIK BINI JADI MB SELANGOR - GRABS

Posted: 18 Aug 2014 11:59 PM PDT



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh memaksa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya memperkenankan pelantikan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Demikian tegas, Hanafiah Hussin, jurucakap sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerak Rakyat Arus Bawahan Selangor (GRABS).
"Rakyat Selangor tak restu Datin Seri Wan Azizah menjadi Menteri Besar kerana kamu bukan anak Selangor dan kamu dilantik oleh suami kamu.
"Sedangkan perlantikan kamu itu adalah lantikan bijan terjun sebagai Menteri Besar yang disokong oleh Anwar sendiri, memaksa Lim Guan Eng (DAP), kini memaksa pula PAS untuk (turut) menyokong..
"Eh..ini parti apa ni ? Boleh suka-suka ke letak 'aku nak bini aku jadi menteri besar. Sultan bagi tak bagi, aku (tetap) nak juga.'
"Patut kena hormat dengan institusi raja, hormat dengan rakyat Selangor," kata Hanafiah yang juga ahli PKR ketika berkumpul dalam majlis pelancaran GRABS di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Sabtu.
Seorang lagi anggota PKR cabang Sabak Bernam, Mohd Faisal Idris (Pak Faisal Ks) berkata pelantikan Wan Azizah merupakan satu pelanggaran terhadap Deklarasi Permatang Pauh 1998, yang antara lain menentang nepotisme, kronis medan memperjuang keadilan untuk semua.
Beliau juga turut menyelar PKR yang didakwanya telah memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tanpa memberi keadilan yang sewajarnya.
"Keadilan apa yang diberikan kepada Abdul Khalid bila dia tidak diberi tempoh masa yang secukupnya bagi menjelaskan segala tuduhan, sedangkan Anwar sendiri diberi ruang untuk menangguhkan rayuan (kesnya di mahkamah) sebanyak 67 kali," katanya.
Semalam, Sinar Harian melaporkan pendapat Prof Dr Ahmad Atory Hussain yang berkata Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh memaksa Sultan Selangor menerima calon Menteri Besar Selangor pilihan mereka, Wan Azizah.
Menurutnya, Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak bagi menentukan mana-mana individu yang layak menjadi menteri besar.
"PR tak boleh mendesak Sultan…nak paksa-paksa pilih itu atau pilih ini. Tak boleh. Itu Sultan punya kuasa.
"Kalau baginda berkenan dengan Wan Azizah, Wan Azizah jadi menteri besarlah. Rakyat atau ketua parti tak boleh paksa Sultan. Itu tak betul," katanya.
Beliau turut menyentuh tentang keputusan Majlis Mesyuarat PR yang hanya meletakkan satu calon tunggal-Wan Azizah-sebagai calon MB Selangor.
"Mengikut peraturan, pihak parti mesti beri sekurang-kurangnya tiga nama. Tak boleh letak satu nama sahaja.
"Lengkapkan syarat sahaja nama lain itu. Sepatutnya letaklah nama Azmin. Sultan perlu lihat siapa saja yang parti mahukan. Kebiasaannya memang beri lebih daripada satu nama.
Ia (beri satu nama) seperti memaksa Sultan. Jadi perlu bagi lebih daripada satu nama supaya Sultan boleh pilih," katanya.

TAHNIAH POLIS , PEGUAM KETUM AKHIRNYA DIDAKWA KERANA HASUT & FITNAH !!

Posted: 18 Aug 2014 09:48 PM PDT



Akhirnya pemimpin PKR yang sering menuduh blogger UMNO pemfitnah telah pecah tembelang sebenar .

Hari ini terbukti beliau sendiri   telah dihadapkan ke mahkamah berhubung  kenyataan akhbarnya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan melibatkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Tuduhan tidak berasas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh  anggota Parlimen daripada PKR itu dilihat bertujuan menghasut orang ramai agar meragui sistem kehakiman negara ini.


 Fitnah depa lempar  itu akhirnya  kembali kepada MEREKA .... 

 Buat jahat dibalas jahat juga ............

TAK LAMA LAGI PRK PADANG SERAI  PULAK SELEPAS PMTG PAUH ...





KUALA LUMPUR 19 Ogos - Mahkamah hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran membayar wang ikat jamin berjumlah RM5,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerbitkan satu artikel bertajuk ' Press Release: Court of Appeal's Fitnah 2, Written Judgement is Flawed, Defensive and Insupportable', empat bulan lalu.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.
"Tuduhan ini berasaskan politik.Saya mengaku tidak bersalah," katanya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Malaysiakini.com, No. 48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, Brickfields, di sini kira-kira pukul 3.40 petang, 18 April lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Syed Faisal Syed Amir mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

KERANA VOKAL KRITIK KERAJAAN DAP , AKTIVIS DIBELASAH SAMSENG PPS @dzainalabidin

Posted: 18 Aug 2014 06:07 PM PDT




SKUAD PERONDA SUKARELA ATAU SKUAD PEMUKUL SUKARELA ??

Itu yang menjadi MIMPI ngeri buat lelaki Cina Ong Eu Soon yang teruk dipukul sekumpulan lelaki dari PPS milik kerajaan DAP . 

Sebabnya beliau selalu mengkritik dasar kerajaan DAP yang dilihat menindas rakyat . 

Sudah acapkali berlaku insiden seperti ini dan sewajarnya anggota di dalam PPS ini diteliti oleh pihak berkuasa kerana dikhuatiri ada samseng dan ahli kumpulan gangster menganggotainya .

Kita tidak mahu rakyat menjadi mangsa sikap tidak bertamadun dan samseng PPS dek kerana mahu pertahankan kerajaan DAP .





Niat murni seorang aktivis sosial mengkritik dasar dan pelan tindakan kerajaan negeri yang dilihat tidak menyebelahi rakyat memakan diri selepas dia diserang sekumpulan lelaki yang dipercayai merupakan anggota Skuad Peronda Sukarela (PPS) dalam satu kejadian di Bandar Baru Air Itam di sini malam tadi.

Aktivis berkenaan, Ong Eu Soon, 51, berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, dia yang menghadiri majlis makan malam tokong Cina tiba-tiba didatangi sekumpulan kira-kira 10 lelaki yang sebahagiannya memakai pakaian seragam PPS.

"Kumpulan berkenaan bertanya siapa Ong Eu Soon kepada saya dan lantas saya bertanya mengapa mencari lelaki berkenaan.

"Dalam cuba mendapatkan kepastian itu, tiba-tiba ada seorang daripada mereka terus menyerang saya dari belakang. Mereka memukul sehingga menyebabkan saya mengalami kecederaan di bahagian kiri muka berhampiran mata," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



IPOHMALAY

Posted: 19 Aug 2014 09:25 AM PDT

IPOHMALAY


Jambatan Selat Sunda belum terbina, Indonesia tolak idea Jambatan Selat Melaka

Posted: 19 Aug 2014 02:30 AM PDT




Jakarta -Pemerintah Indonesia mendapat tawaran dari Malaysia untuk mengembangkan kawasan Selat Sunda dengan langkah awal pembangunan jembatan dari Dumai-Malaka. Namun proyek tersebut tidak jadi direalisasikan.

Demikian diungkapkan Wakil Menteri Pekerjaan Umum (PU) Hermanto Dardak dalam seminar infrastruktur di Hotel JW Marriot, Jakarta, Selasa (19/8/2014).

"Kita mendapat tawaran membangun kawasan Selat Sunda dengan pembangunan Dumai ke Malaka. Tapi kita tidak menginginkan hal tersebut," tegasnya.

Fokus pemerintah, kata Hermanto, adalah percepatan pembangunan infrastruktur dalam negeri. Misalnya untuk menghubungkan antara Sumatera dan Jawa.

"Sebelum Dumai-Malaka, kami berpendapat mestinya Jawa-Sumatera terhubung duluan," kata Hermanto.

Pemerintah sudah memiliki rencana untuk membangun Jembatan Selat Sunda dan kawasan di sekitarnya baik di sisi Banten maupun Lampung. Namun proyek ini masih membutuhkan banyak waktu.

Namun intinya, Hermanto menyatakan fokus pemerintah adalah membangun infrastruktur di dalam negeri sebelum menghubungkan dengan negara lain. "Sebelum ada infrastruktur dengan luar negeri, lengkapi dulu yang di sini," tuturnya.


​Cadangan Jambatan Selat Sunda yang menghubungkan Pulau Jawa dan Pulau Sumatera telah digagaskan sejak zaman dahulu lagi namun masih tidak terlaksana.

Macai PR berkhayal soal Khalid dan Pakatan Rakyat

Posted: 19 Aug 2014 12:56 AM PDT



Lihatlah kedunguan penyokong PR yang berleluasa berkait isu Selangor melalui komen yang disokong membuta tuli di The Malaysian Insider . Salah satunya ialah dengan cuba mengatakan bahawa permohonan maaf Khalid Ibrahim kepada rakyat Selangor adalah bukti Pakatan Rakyat merupakan parti yang terbaik dengan contoh-contoh sikap yang tiada pada ahli politik UMNO.

Masalahnya, Khalid Ibrahim bukan lagi dari kalangan Pakatan Rakyat dan ini menjelaskan bahawa Khalid berbuat demikian hanya setelah dikeluarkan dari Pakatan Rakyat. Sesungguhnya Pakatan Rakyat tidak ada nilai-nilai ini.

Blog ini tetap tidak berkenan dengan Khalid Ibrahim setelah sikapnya yang membuatkan pengguna bekalan air di Selangor menghadapi masalah, tetapi jauh sekali untuk menyokong rampasan sesebuah negeri oleh bukan anak negeri. 



Video: Azmin Ali restui Wan Azizah jadi MB Selangor

Posted: 18 Aug 2014 07:17 PM PDT


Azmin Ali dalam satu sidang media semalam berkata dia akur dengan keputusan pucuk pimpinan partinya untuk menamakan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Ini memberi pencerahan bahawa dia memberi laluan kepada Wan Azizah dan memberi tamparan terhadap keistimewaan anak negeri dalam mengetuai kuasa eksekutif negeri.

Besar kemungkinan Azmin Ali sedia maklum bahawa dia sendiri bernombor kad pengenalan 71 bukannya 10 / 41 / 42 / 43 / 44.


Menambahkan lagi kecacatan untuk rakyat Selangor, Wan Azizah bukan sahaja orang luar, malah pengundi luar.

Kecacatan ini dijunjung PAS PKR dan DAP bagi apa? Tentu sekali bagi memalukan rakyat Selangor. Seolah tiada Jawa Rawa Banjar Bengkulu Kampar atau Minang yang lahir di Selangor yang layak memimpin negeri.

Lebih teruk percaturan ini disokong oleh 'penghijrah luar' ke negeri Selangor. Mana suara anak negeri?


Walaupun teman lahir di Johor, dan tinggal di Perak bermula sewaktu berumur 3 bulan, teman terima hakikat bahawa teman tidak dapat keistimewaan yang didapati oleh anak Perak. Sebab teman tak tamak macam  belaan dalam Pakatan Rakyat. 

Rakyat Selangor yang enggan bangkit menentang rampasan negeri oleh orang luar ini tentu sekali mengiyakan bahawa kalangan mereka memang tidak layak menjadi Menteri Besar. 

Namun kita tahu Selangor adalah antara negeri dengan kadar naturalisasi pendatang asing tertinggi terutamanya dari Indonesia. Signifikasi mereka memuncak dengan terpilihnya penjual buah asal Indonesia, Zuraida Kamarudin sebagai Ahli Parlimen Ampang.

PAS tambahkan rumit isu MB Selangor

Posted: 18 Aug 2014 04:25 PM PDT


Kebuntuan krisis politik Selangor berpunca dari contoh sebuah pakatan politik paling dungu pernah wujud ialah dan tentu sekali terlihat apabila ia melibatkan perebutan kerusi MB Selangor. 

Mereka nampaknya belum ada calon yang sesuai bagi menggantikan Wan Azizah dan Azmin Ali kerana kedua-duanya bukan anak Selangor.

Jika pada kenyataan semudah ini masih lagi mereka merebut kerusi MB dengan meletakkan dua bukan anak Selangor dan dijadikan hal wajib langgar, tentu sekali mereka bersungguh-sungguh mahu mencabar Sultan Selangor dan ini tentu sekali memporak perandakan jatidiri anak Selangor.



PAS yang mendakwa di aniaya di Perak pada 'kudeta' 2009 kononnya ,  menang lebih kecil bilangan kerusi pada PRU13 2013 dan Pakatan Rakyat gagal mendapat mandat semula. Ini kerana rakyat Islam di Perak telah mengetahui sikap PAS yang cenderung tunduk kepada DAP.

Rakyat kalangan Muslim di Perak majoritinya menolak Pakatan Rakyat pada PRU yang lalu memberi petunjuk bahawa bagi seorang Islam, penjajahan DAP, penentang utama konsep keislaman negara itu adalah hal yang memalukan. Lebih memalukan mereka tanpa segan bersikap ludah bercabang tetapi tetap dipuja MACAI mereka.


Galang beruas projek MRT runtuh, 3 maut

Posted: 18 Aug 2014 10:37 AM PDT

18 AUGUST 2014 @ 11:35 PM
BY MY

KUALA LUMPUR: Three people feared dead when concrete blocks at the Kota Damansara MRT construction site collapsed at 8.30pm.

Selangor Fire and Rescue Department assistant director (operations), Mohd Sani Harul said firemen were at the scene to carry out search and rescue operation.

The incident occurred at around 8.30pm while construction of the parapet was being carried out on the MRT elevated guideway.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) in a statement confirmed three workers are unaccounted for and are believed to be trapped underneath.

They are Bangladesh nationals Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain and Mohammad Alauddin Mollik.

Rescue efforts are currently on-going and an emergency response team is on standby at the site.

MRT Corp confirmed no outsiders were involved in the incident as there is no access to the site.

"The location of the incident site is within the former RRI land near the future Kwasa Damansara MRT Station.
Investigations have commenced to determine the cause of the incident.
It said all work along Package V1 where the incident occurred has been suspended until further notice.

The work package contractor for Package V1 is Syarikat Muhibbah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd.
MRT Corp Chief Executive Officer Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, who is at the site, expressed deep regret over the incident.

"Although investigations are underway, MRT Corp assumes full responsibility for the incident.

Once investigations are completed, action on those responsible will be taken," he said.

The span of the guideway had dislodged from its piers and fallen on the ground below.

The span, which was made up of 14 units of segmented box girders, was 38m in length and weighed 300 tons.
The incident occurred within the former Rubber Research Institute. NST

bumiyang

Posted: 19 Aug 2014 03:21 AM PDT

tunku

Posted: 19 Aug 2014 03:01 AM PDT

tunku


MH17: More than 16 remains to arrive in KLIA on Friday

Posted: 18 Aug 2014 11:17 PM PDT

More than 16 bodies are expected to be arriving at Kuala Lumpur International Airport on Friday as authorities have identified 28 Malaysians involved MH17 crash to date.

Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said the final number would be confirmed on Wednesday when the coordinating committee meets.

"We can finalised the proceedings for the National Day of Mourning and determine the time for the moment silence once we confirmed how many remains will return on Friday," he told a press conference following a media briefing on Tuesday.

Last week, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin announced Friday as the National Day for Mourning.

The remains of 15 Malaysians and a Dutch will be brought back on Friday from Amsterdam.

My Criticism Was Not Meant To Ask PM To Step Down - Dr Mahathir

Posted: 18 Aug 2014 07:41 PM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad said he had no intention to ask Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to resign but his criticism were merely meant to be a 'wake up call'.

"I did not say he (Najib) must step down, I just do not agree with a number of his policies. It is a reminder and nothing personal. Nobody dares to criticise him, so I am doing it," he told reporters after launching the Institute of Excellence For Islamic Jerusalem Studies, here today.

The former Prime Minister in his blog posting today said he had criticised Najib's administration because leaders who are not criticised would tend to believe they are doing the right thing.

He added that only when they are criticised, leaders would realise their mistakes and quickly rectify such mistakes.

Dr Mahathir said he had decided to post his criticism and comments on the blog because his criticism in the past had fallen on deaf ears.

Meanwhile, he said the setting up of the IEIJS would enlighten the understanding and academic facts of what was happening in Palestine, to the Muslim world.

"There are not many factual studies about Jerusalem by Muslim scholars. With the establishment of this institute, I hope there would be a better understanding of whatever happened there," he said.

Najib: Economic growth on right track

Posted: 18 Aug 2014 04:56 AM PDT

The Government will continue to ensure positive economic growth based on equity, with the Bumiputra economic agenda as the national agenda.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said Malaysia's economic growth in the first two quarters of this year had exceeded expectations.

"We achieved 6.2% in the first quarter and 6.4% in the second quarter.

"This positive growth is encouraged by export activities which went up to 14.2% compared to 10.8% before," he said at the launch of the Malay entrepreneurs development programme organised by the Malay Chambers of Commerce (MCC) on Monday.

Najib stressed that the growth proved that "we are on the right track".

"If we want to split the nation's wealth equally among citizens, we must have a developing economy.

"It must be done based on growth with equity," he added.

On the Bumiputra economic agenda, Najib commended the chamber for its programmes to empower Bumiputra entrepreneurs.


"I had recently met (MCC) president Datuk Syed Ali Alattas to suggest that (members) also join the National Chambers of Commerce on foreign missions to encourage economic expansion.

"The Government is supportive of the programmes to develop Malay entrepreneurs and is ready to discuss on allocation and implementation methods," he said.

Aspirasi Bangsa

Posted: 19 Aug 2014 01:38 AM PDT

Aspirasi Bangsa


sajak dari penyokong tegar pakatan

Posted: 18 Aug 2014 09:22 PM PDT

APABILA PAS SUDAH HILANG KETAYAP, JUBAH DAN LEBAI

Posted: 18 Aug 2014 07:40 PM PDT

Taipingmali (tm)

Posted: 19 Aug 2014 01:22 AM PDT

Taipingmali (tm)


Sekolah Demokrasi?

Posted: 19 Aug 2014 12:40 AM PDT

Anak-anak melayu yang lupa sejarah asal usul kini berada diaras yang membahayakan.  Mereka akan menjual negara tanpa ada rasa bersalah.






Marah kepada guru hingga sanggup bakar kereta

Posted: 19 Aug 2014 12:20 AM PDT

Apa kah punca sebenar kejadian membakar kereta milik guru ini , adakah kereta tersebut terbakar dengan sendirinya?

Kejadian berlaku tengah hari tadi di sebuah sekolah di Teluk Panglima Garang Selangor.
I



Cerita 2.
Dikatakn terbakar sendiri...cgu f6 nak b lik sbb demam cam dengi...hidupkn enjin...call ofis...minta kebenaran ofis minta naik sain borang...park sebelah bilik guru f6... Student masuk blik bg tau kete cgu vimala berasap...sya bkejar igt cgu dlm kete bkunci...penuh asap...cgu dtg dr ofis trus tbakar..



Bunga Reflesia Ditemui Di Hutan Batu Kurau

Posted: 18 Aug 2014 03:40 AM PDT

Batu Kurau sebelum ini terkenal dengan buah durian traditional yang mempunyai bau yang kuat. Kali ini kejutan dan penemuan terbaru ialau bunga Reflesia yang biasanya ditemui di hutan simpan Sabah.

Mengikut cerita pencari hasil hutan, pokok bunga gergasi atau dikenali dengan nama bunga pakma boleh ditemui di hutan sempineh yang jauh daripada kediaman manusia.

Kelmarin En Abd Manan dan rakannya pemilik teratak resort afrina dari Kampung Perak telah membuat satu aktiviti trekking pencarian Reflesia dan ianya berjaya menemuinya untuk dibuktikan kepada dunia bahawa di hutan tersebut mempunyai spesis yang jarang ditemui di dunia.

Sempineh juga terkenal dengan gunung batu kapur yang mempunyai gua kelawar, gua sanding dan batu ikan kurau. Pada 30 Ogos ini akan diadakan satu pertandingan MTB peringkat antara bangsa di situ.





Panglima Perang Cyber

Posted: 18 Aug 2014 11:42 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Selawat Perdana 'Semarak Mahabbah' Ambang Merdeka di Tanjong Karang cc @NohOmar

Posted: 18 Aug 2014 07:04 PM PDT

Belantan

Posted: 18 Aug 2014 11:31 PM PDT

Belantan


Pas Selangor 'langgar perintah Pas Pusat', tidak iktiraf Azizah?

Posted: 18 Aug 2014 10:27 PM PDT


Meskipun pakatan pembangkang membuat keputusan menamakan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pas Selangor tetap tidak mengiktiraf Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri, Sallehen Mukhyi berkata, meskipun Jawatankuasa Pas Pusat akur dengan majlis pimpinan pakatan pembangkang menamakan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar, tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai satu keputusan sah.

Ini kerana, jelasnya, pencalonan Wan Azizah dikatakan tidak mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Pas Selangor sebelum ini menolak Wan Azizah bukan sebab beliau wanita tetapi kita dimaklumkan pencalonan beliau tidak diperkenan Tuanku (Sultan Sharafuddin Idris Shah).

"Bagaimanapun, kita akur dengan keputusan pakatan pembangkang semalam untuk tetap mencalonkan beliau (Wan Azizah). Mungkin ini percubaan (untuk mendapat perkenan Sultan Selangor). Kita tengok bagaimana nanti," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru dari Pas, Abdul Rani Osman sebelum ini memberitahu, penolakan Wan Azizah sebagai Menteri Besar bukan disebabkan faktor gender sebaliknya ada faktor lain.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan faktor tersebut.

Sementara itu, Sallehen yang juga ADUN Sabak menjelaskan, dalam tempoh peralihan ini, beliau bersama tiga lagi ADUN Pas akan tetap meneruskan tugas sebagai Exco bagi memastikan pentadbiran negeri yang diterajui Abdul Khalid tetap berjalan lancar.

"Pentadbiran berjalan seperti biasa termasuk mesyuarat Exco mingguan pada Rabu ini. Kita tunggu sehingga Tuanku (Sultan Sharafuddin Idris Shah) pulang dari luar negara pada 27 Ogos ini," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, pihaknya akur dengan keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat semalam.

"Semalam kita dah buat satu keputusan yang menetapkan empat perkara dan kita akan ikut keputusan itu. Apa pun yang diarahkan oleh Pas Pusat, kita akan patuhi," katanya.

Suara Politik
Belantan

Rakyat Selangor menanti 'peluru' terakhir MB Khalid?

Posted: 18 Aug 2014 09:32 AM PDT


PAS sudah membuat pendirian mencalonkan dua pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim manakala PKR dan DAP pula hanya mahukan Wan Azizah sahaja.

Langkah Pas itu bermakna berakhirnya sokongan mereka kepada Abdul Khalid biarpun mereka akan terus berada dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pulang pada 27 Ogos nanti.

Tetapi apa lebih dinanti-nantikan oleh pelbagai pihak, apakah langkah yang akan diambil Abdul Khalid? Jika berdasarkan kepada pendirian PKR, Pas dan DAP sudah jelas, beliau sudah kehilangan sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Malah kalaupun Pas semalam membuat keputusan menyokong beliau, ia tidak akan membawa apa-apa makna kerana jumlah kerusi masih belum mencukupi untuk mempertahankan beliau.

Tambahan pula daripada 15 kerusi yang dimiliki oleh Pas ia boleh dikatakan berkurangan kepada 13 kerusi berikutan tindakan dua ADUN parti itu, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menyokong Wan Azizah.

Malah sokongan daripada UMNO sebanyak 12 kerusi pun tidak mampu menolong Abdul Khalid kerana keseluruhannya baru 26 kerusi (termasuk kerusi beliau).


Oleh itu mahu tidak mahu Abdul Khalid terpaksa akur dengan keputusan Pas dan perlu menghadap Sultan Selangor untuk langkah seterusnya.

Apa yang perlu diketahui `peluru akhir' masih ada di tangan Abdul Khalid iaitu membubarkan DUN, itupun jika beliau boleh meyakinkan baginda untuk berbuat demikian atas alasan pemilihan Wan Azizah atau Azmin tetap akan mencetuskan konflik politik di Selangor.

Bukanlah rahsia lagi, Wan Azizah kini sudah menjadi musuh politik Abdul Khalid kerana terlalu mendengar perancangan politik suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Manakala pemilihan Azmin oleh Pas, ibarat gunung berapi yang memuntahkah laharnya setelah sekian lama ia membuak-buak sejak Abdul Khalid menjadi Menteri Besar pada 2008. Konflik yang tercetus kini juga dikatakan bermula daripada konflik antara kedua-dua mereka.

Sudah tentulah Abdul Khalid tidak sanggup melihat musuh-musuh politiknya itu menggantikan beliau, tetapi dalam masa sama, Abdul Khalid akan menghadapi kesukaran untuk berbuat demikian jika salah satu calon itu mendapat sokongan majoriti ADUN.

Sebab itulah, biarpun 'peluru akhir' masih di tangan Abdul Khalid, namun ia belum tentu berkesan kecuali beliau mempunyai alasan kukuh untuk memastikan 'peluru' tersebut walaupun akan mengakhiri tugasnya sebagai Menteri Besar tetapi juga turut 'mendatangkan kecederaan parah' khususnya kepada PKR dan DAP.

Namun apa yang pasti, langkah politik Abdul Khalid sepanjang isu Menteri Besar Selangor telah banyak membantu rakyat untuk mengenali hati budi pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan Pas.

Paling penting, beliau membuktikan kepada rakyat betapa hipokritnya politik pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya sanggup melakukan apa sahaja demi merebut kuasa waima mempermainkan demokrasi sekalipun!

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 18 Aug 2014 11:31 PM PDT

The Unspinners


Padan muka TMI (dan Edge serta KETUM) kena saman!!!

Posted: 18 Aug 2014 10:30 PM PDT


Cekap Tan Sri Shafee Abdullah. Boleh ganti AG.

Projek belum dapat tapi dia dah saman dulu. Sampai ahli Majlis2 Penasihat Ekonomi sedia bantu.

Di MOF ada dua committee utk luluskan projek2. Satu bawah RM150 juta dan satu lagi yg lebih RM150 juta. Majlis Penasihat Ekonomi dikatakan berkuasa untuk luluskan mana2 projek.

Mereka dah sedia bantu disegerakan kad subsidi minyak supaya rakyat tak buang subsidi minyak. Masaalah seludup diesel dikatakan akan diselesaikan dengan lebih bersungguh2. Dengan subsidi minyak untuk rakyat dipotong, Kerajaan boleh jimatkan lagi banyak wang untuk projek2 pembangunan.

Nampaknya boleh bungkus MI dan Edge disaman RM100 juta.

Syabas Shafee.

PAS tak silap, Doc ... Malah bijak sebab sedia jadi keldai

Posted: 18 Aug 2014 08:45 PM PDT


Pandangan mungkin tak sangat dipersetujui oleh pihak lain kerana mereka kata PAS yg kini jelas adalah Parti Anwar SeMalaysia telah bertindak dengan bijak.

http://www.theantdaily.com/Main/PAS-political-maturity-starts-to-shine-in-Selangor-MB-impasse

Tulisan ini perakui bahawa tanpa PAS yang lebih berpengalaman dalam hadapi UMNO, PR boleh kalah.

PAS dikatakan bijak dapat pertahankan Pakatan Rakyat atau khususnya PKR dan DAP.

Kalau kuat, patut PAS jadi ketua.

 Hmmm .... mereka sebenarnya kata PAS bijak kerana sedia jadi kaldai.

Bila DAP PKR gagal, kaldai2 PAS sedia bantu

Posted: 18 Aug 2014 07:44 PM PDT




Semacam kaldai tunggangan, PAS yg bantu tolong kempen penerangan isu gugurkan TSKI untuk PKR yg tak dihaditi orang ramsi dsn DAP yg demo tak dapat menarik sokongan orang ramai.

Azmin tak layak MB sebab masaalah keluarga, Keluarga Zizah tiada masaalah?

Posted: 18 Aug 2014 07:48 AM PDT


AZMIN ALI ADA MASALAH, BAGAIMANA PULA WAN AZIZAH TAK ADA MASALAH?

Mesyuarat Pakatan Rakyat pada 17 Ogos 2014 membuat keputusan yang telah mencadangkan hanya Datin Seri Wan Azizah saja dicadang kepasa DYMM Sultan Selangor untuk jawatan MB

KETUM mengarahkan Azmin Ali umtuk.menarik diri dari calon MB Selangor kerana Azmin Ali mempunyai keluarga yang boleh menimbulkan masaalah seperti Umi Halfilda dan Azwan Ali.

Azmun Ali dikatakan juga sebagai tiada ketokohan dan ketegasan.

Namun begitu, jika Sultan tidak menerima Wan Azizah, pimpinan MPP telsh mendesak KETUM untuk mencadanhkan Azmin Ali sebagai MB.

Surendran kena!!!!

Posted: 18 Aug 2014 05:10 AM PDT



Makluman Media: 

Polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap YB N Surendran, peguam DS Anwar Ibrahim dalam kes rayuan Fitnah 2. Beliau akan dihadapkan ke mahkamah Jln Duta esok, Selasa 19hb Ogos jam 9pg di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan bahawa kes Fitnah 2 adalah satu konspirasi politik terhadap Anwar yg melibatkan DS Najib Razak.

---

Press Alert: Police have issued a warrant of arrest against N Surendran, Anwar Ibrahim's lawyer in Fitnah 2 Appeal. Surendran will be charged tomorrow, Tues 19/8, 9am for Sedition at Jalan Duta court for stating that Anwar's sodomy 2 charge is a political conspiracy involving Najib Razak.

Zuhdi dulu sokong Anwarinas, Kini baru nak kritik Mat Sabu

Posted: 18 Aug 2014 01:27 AM PDT


Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki meneruskan kontroversi apabila kali ini dipercayai mengkritik Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana bersetuju dengan keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk hanya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, walaupun parti Islam itu turut menamakan Mohamed Azmin Ali.

Zuhdi sebelum ini terkenal dengan mesej WhatsApp kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang terbocor dilihat mengkritik timbalan presiden PAS itu yang dikenali dengan gelaran "ayam sabung PAS."

"Ayam sabung PAS sudah menjadi ayam daging (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng," tulis Zuhdi melalui akaun Facebooknya hari ini.

"PAS Pusat sudah sebulat suara mencalonkan dua pimpinan PKR. Keputusan sebulat suara ini pun tak boleh dipertahankan bila berdepan dengan PKR dan DAP.

"Paling tidak beritahu pada PKR dan DAP, kami perlu bawa balik kepada PAS Pusat keputusan PR hari ini yang hanya þ DSWA. Tak akan perkara itu pun tak boleh buat?" tulisnya di Facebook hari ini.

Sumber Whats App

Dulu zuhdìv sokomg Anwarinas dan kini buat2 hairan pulak .

Kalau nak tahu sapa orang2 Anwarinas, baca berikut:ì

Jom tengok sapa.yang nak sangat si KIPAS!!!!

Posted: 17 Aug 2014 11:30 PM PDT


Baca juga

http://www.rockybru.com.my/2014/08/sultan-wants-khalid-anwar-wants-1azizah.html?m=1

Terpusing-pusing Hadi berpusing dan dipusingkan ...

Posted: 17 Aug 2014 07:29 PM PDT


oyabun

Posted: 18 Aug 2014 11:12 PM PDT

oyabun


Sultan Selangor minta Khalid Ibrahim menghadap selepas baginda tiba di tanah air!

Posted: 18 Aug 2014 10:12 AM PDT


SHAH ALAM: Istana Selangor mengesahkan menerima surat permohonan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengadap Sultan bagi menjelaskan situasi politik dan kedudukannya kini.

"Permohonan beliau telah saya sembah maklum kepada DYMM Tuanku. Bagaimanapun baginda menitahkan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunggu sehingga baginda berangkat balik ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi," kata Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Munir Bani.

Dalam masa yang sama Datuk Munir tidak pula memberitahu status surat permohonan yang dihantar Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menghadap Baginda Sultan.

Azizah baru-baru ini memberitahu beliau menghantar surat memohon mengadap Sultan Selangor kali kedua, bagi memaklumkan dirinya mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Terdahulu Sultan Selangor menolak permohonan menghadap Wan Azizah. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) Ahad sebulat suara bersetuju untuk hanya nama Wan Azizah dicalonkan sebagai pengganti Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Keputusan itu dibuat selepas PAS bermesyuarat dan menarik balik sokongan kepada Khalid. Khalid sebelum ini enggan meletakkan jawatan beliau kerana mendakwa mendapat sokongan majoriti daripada ADUN, serta telah menghadap Sultan minggu lalu bagi menjelaskan perkembangan tersebut.

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 18 Aug 2014 11:11 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KHALID SAMAD DAH PUKUL CANANG AJAK RAKYAT LAWAN SULTAN SELANGOR???

Posted: 18 Aug 2014 08:27 PM PDT


Si penderhaka Sultan ini secara tersirat telah mula menghasut dan membakar perasaan rakyat supaya membenci Sultan Selangor.

Mamat khawarij liberal ni apa nak dia herankan dengan Sultan? Kuasa Sultan dalam Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pun dia pertikaikan. Bukan nak minta ampun maaf tapi nak terjah istana untuk menerangkan pertikaian beliau terhadap MAIS.



Kini mamat ni cuba berdalih-dalih kononnya telah mendapat 'maklumat dalaman' dari Istana yang Sultan tolak Azizah dan mahukan Azmin sebagai MB baharu.

Semua ini bunga-bunga ke arah nak salahkan Sultan, kasi rakyat terbakar benci pada Sultan.

Persoalannya 'rakyat' yang mana satu?

Ya...rakyat kiasu tak sedar dek untung seperti di bawah ini yang banyak mengotorkan bumi Selangor dengan bisnis-bisnes haram mereka.

Bibit awal demo para pemakan babi depan pejabat SUK menolak Khalid Ibrahim. Mereka hanya berani semasa umat Islam sedang solat Jumaat. Tak lama lagi mereka mendanai demonstrasi anti sultan yang akan dikepalai oleh keldai-keldai tunggangan mereka...

KRISIS MB SELANGOR: APA HIKMAH PADA KITA...?

Posted: 18 Aug 2014 08:41 AM PDT


Kekadang geleng kepala melihat kemelut parti tongang terbalik...keluarga 69 PKR dan Pakatan Rakyat.

Mereka bersorak sorai meraikan pusingan  U-Turn pihak PAS menolak Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. 

Masih belum habis mabuk ketum mereka, hatta di masjid dan surau mereka bukan beriktikaf, berzikir dan beribadah tapi berbalah mengenai krisis MB Selangor.

Memang krisis MB Selangor ini melekakan kita dengan politik dunia...

Mungkin hilang nikmat malam lailatul qadar dan puasa Ramadhan yang lalu...

Hilang simpati pada mangsa dan keluarga tragedi MH17...

Hilang simpati dan keprihatinan kita pada nasib Gaza yang ditindas oleh rakan Anwar di Israel...

Bahkan hilang nikmat Hari Raya...pertemuan keluarga menjadi perbincangan politik malah adakalanya membawa masam muka bila hal-hal keluarga dilupakan berbanding cerita politik.

Ada yang kata meloponglah UMNO dan BN untuk memulakan gagasan kerajaan perpaduan PAS-UMNO di Selangor.


Ada yang kata, PAS berjaya dipermainkan oleh Anwar dan DAP.

Tapi yang paling menarik ramai juga yang kata Tan Sri Khalid adalah Menteri Besar yang tiada tandingannya hingga UMNO Selangor pun tiada siapa yang boleh nak banding dan lawan... 

Namun kuasa dan perancangan Allah itu yang terbaik. Khalid akhirnya 'dibunuh' karier politiknya oleh partinya sendiri...bukan oleh UMNO atau BN kerana Khalid lebih mementingkan rakyat berbanding sikap nepotisme dan kronisme Anwar.   


Tak perlu UMNO dan BN bersusah payah membenam Khalid. Namun sebagai umat Islam kita bersimpati dengan nasib Khalid yang teraniaya itu.

Khalid doeulu-doeulu ditatang... kini ditendang!

Akibat Khalid diterajang dan menjadi ADUN Bebas, maka PKR dan PAS pun berpecah belah. Semuanya akibat dibuat sendiri oleh tangan Anwar. UMNO tengok jer...

Kerana Khalid juga dipecat dari PKR, maka kerusi parlimen pembangkang menyusut dari 88 kepada 87 sahaja. Sebelum ini mereka kalah di PRK Parlimen Teluk Intan. 

DAP dah kena, PKR pun terkena akibat sendiri gatai tangan. PAS pun akan kena macam nasib mereka di Kedah dulu...

Adakah Khalid akan dibayar Anwar untuk u-turn bagi mengekalkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak di tangan PKR...Wallahualam!  hehehe...

Bukti! Akibat Derhaka Majlis Syura, PAS Kini Dilaknat Menjadi Parti Sekular.

Posted: 18 Aug 2014 05:00 AM PDT

Hebatnya PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Kehebatan PAS bukan terletak kepada Presiden kerana dengan ahli sendiri pun boleh diperlekehkan secara terbuka dan 'peribadi'.

Kekuatan PAS adalah kerana parti tersebut mempunyai Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam parti yang dianggotai oleh ulama-ulama.

Hebatnya ulama PAS kerana satu masa dulu PAS kata UMNO melawan ulama tapi mereka angkat ulama sebagai badan yang tertinggi.

Kini semuanya tinggal sejarah, ulama PAS juga diperlekehkan oleh orang PAS sendiri.

Jom tengok apa yang berlaku bila PAS derhaka pada ulama mereka.


Aneh bukan, bagaimana sebuah parti Islam boleh silap dalam menulis bulan Islam? Tahun ini (2014) adalah tahun 1435 dan 17 Ogos bersama dengan 21 Ramadhan.

Adakah surat ini dikarang oleh DAP dan Presiden PAS hanya tukang tanda tangan?

*Lebih memalukan bila yang kantoikan perkara ini adalah blogger Cina iaitu Helen Ang (http://helenang.wordpress.com/2014/08/17/malunya-pas-sampai-tahun-hijrah-pun-dah-tak-tahu-dah/)

HADI IS RUBBISH KATA TONY PUA

Posted: 18 Aug 2014 12:34 AM PDT



[17/08 19:17] ‪+60 19-578 3100‬: [15:07, 8/17/2014] Ust Nasrudin :
Ana kecewa sgt2 hari ni. Enta cuba bayangkan drp 37 ahli mesy. hanya 10 org saja yg sokong DSHH. DSHH balik terus dan tak buat sidang media. Wajah sebenar Anwarinas kian jelas dlm PAS. PAS kini lbh takut kpd Anwar dan DAP. Jahanam PAS kalau terus begini.

[15:08, 8/17/2014] Ust Nasrudin :
Mat Sabu yg lead sidang media. Nampaknya kepimpinan PAS masih tak sedar diri lagi. Kesian kpd pendokong jemaah yg setia. Tanpa disedari perjuangan PAS kini dikhianati pimpinan sendiri

[18/08 14:52] ‪+60 19-578 3100‬: [20:07, 8/17/2014] DAP Tony Phu : Wdone our frenz. PAS following us except some. Lets do something next.

[20:08, 8/17/2014] DAP Tony Phu : So dangerous when hadi stay as president or others who not supporting us.

[20:09, 8/17/2014] DAP Tony Phu : Dont worry. Our frenz still hv a power to control them 4 this time. President is rubbish. Just standby a dustbin.

[20:11, 8/17/2014] DAP Tony Phu : Anwar order 4 the next. MS and SK is our candidate. Just work 4 that plan. We must control them and get max. power.

Kembara Politik

Posted: 18 Aug 2014 11:11 PM PDT

Kembara Politik


Bila ayam sabung bertukar jadi ayam daging, alamat tunggu masa je Pas nak kena sembelih

Posted: 18 Aug 2014 07:19 PM PDT






Krisis MB Selangor: DAP & PKR campak tolak ansur Hadi dalam longkang

Posted: 18 Aug 2014 08:18 AM PDT


Mana maruah Pas? Syor Presiden PAS, Hj Hadi Awang untuk menyertakan nama Azmin sebagai calon MB yang disokong sebulat suara AJK Pas Pusat itu pun tidak dihormati oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Syor Hj Hadi dikatakan sebagai "suatu tolak ansur" seperti mana dicatat Dr Muhaimin iaitu salah seorang AJK Pas Pusat dalam mesyuarat itu semalam  pun dengan mudah dipermainkan oleh DAP dan PKR.

Di situ sahaja kita sebagai rakyat dapat menilai sejauh mana kemampuan Pas yang dikatakan cuba menjadi pengganti UMNO. Pas ternyata lemah dalam berpolitik. Cara berpolitik pas ternyata merugikan Melayu dan Islam.

Persoalannya, apakah dengan keadaan seperti ini Pas mampu meyakinkan orang Melayu Islam untuk mempertahankan perkara-perkara yang dekat dengan Melayu dan Islam yang sudah menjadi hak milik seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan sekiranya Pakatan berjaya membentuk kerajaan pada masa akan datang?

Kesimpulannya, adalah sangat mudarat untuk menyokong dan mengundi Pas kerana Pas tidak punya upaya untuk bertegas. Jauh sekali untuk menjadi dominan dalam Pakatan Rakyat.

My Longest Yard

Posted: 18 Aug 2014 11:10 PM PDT

My Longest Yard


Segalanya sudah berubah..

Posted: 18 Aug 2014 01:28 AM PDT

Pergh...lama gila tak update blog. Rasanya dah bersawang blog ni.

Belum ada feel nak update dari masa ke semasa. Takde mood lagi.

Dulu tiap-tiap hari update. Lebih-lebih lagi kalau ada cerita politik.

Sekarang ada banyak komitmen. Kerja ..keluarga...

Hidup kita sentiasa dan perlu berubah. Tak boleh stuck di satu tempat dalam satu jangka masa yang panjang.


Bila kita mahu berubah, maka akan ada perkara lain yang perlu dikorbankan.

Sorry blog, anda jadi mangsa yang perlu dikorbankan.

Sekali sekala aku akan jenguk juga di sini.

PenangWasabi

Posted: 18 Aug 2014 09:35 PM PDT

PenangWasabi


Orang Kanan Anwar Ditahan Polis?

Posted: 18 Aug 2014 10:29 AM PDT


Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran ditahan di Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju, Jalan Pudu di sini petang ini.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan ketika tiba di balai tersebut kira-kira pukul 7.52 petang bersama peguamnya, Lateefa Koya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, Surendran ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

"Bagaimanapun beliau dibebaskan dengan jaminan dan diminta hadir ke Mahkamah Jalan Duta pukul 8.30 pagi esok," katanya.

Penang Wasabi..

tok gajah

Posted: 18 Aug 2014 09:26 PM PDT

tok gajah


PAS pencacai PKR dan DAP Selangor.......?

Posted: 18 Aug 2014 09:24 PM PDT


Tok pun berase pelik juge ape bile Pakatan Rakyat bersetuju untuk menghantar kan seorang sahaje name calun untuk Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Wan Azizah menggantikan tempat Tan Seri Khalid. Yang Tok ketahui PAS dah pun bersetuju untuk menghantar due name calun  iaitu Wan Azizah dan Mohammad Azmin Ali.

Kalu lah begini gaye nye Tok nampak suare PAS dalam Pakatan Rakyat ni dah tak laku dan tak bolek pakai langsung. Pade pandangan Tok adelah lebih baik PAS ni jangan masuk campur langsung dalam hal pentadbiran negeri Selangor ni.

Tok peratikan sikap PKR dan DAP terhadap PAS di Selangor sangat dingin, cume nye PAS sahaje yang nampak ber lebih2 untuk membodek dan ambil hati PKR dan DAP tu. Memang Tok dah jangkekan bahawe PAS ni sedar diri nye tu hidup se mate2 bergantung kepade sokongan PKR dan DAP.

Tanpa dari sokongan dari PKR dan DAP siape lah PAS di negeri Selangor ni. PAS terpakse menjadi pencacai kepade PKR dan DAP untuk terus menyambung nyawe nye di Selangor.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 18 Aug 2014 09:25 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Struktur MRT Di Kota Damansara Runtuh?

Posted: 18 Aug 2014 08:52 AM PDT

Gambar di bawah ini dipercayai konkrit runtuhan MRT, namun sehingga kini belum ada pengesahan rasmi daripada pihak berwajib tentang kejadian yang sebenarnya berlaku. Bersama kita doakan agar semuanya dalam keadaan baik.



Memalukan Rakyat Penang, Sikap Exco Penang Ini

Posted: 18 Aug 2014 06:45 AM PDT

Hujah Kuat Mengapa Wan Azizah Tidak Layak Jadi MB Selangor

Posted: 17 Aug 2014 10:48 PM PDT



Amaran Nik Aziz Pada Anwarinas, Jangan Seronok Sangat

Posted: 17 Aug 2014 09:33 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 18 Aug 2014 09:11 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 18 Aug 2014 03:02 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Menari separa lucah tidak halang undangan untuk baca Al-quran

Posted: 18 Aug 2014 09:30 AM PDT

Dewi Perssik dipilih untuk memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran
Jakarta: Penyanyi dangdut yang juga aktres kontroversi, Dewi Persik dipilih untuk memperdengarkan bacaaan ayat suci al-Quran pada perhimpunan agung Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) yang ditetapkan pada 31 Ogos dan 1 September depan.

Perkara itu dimaklumkan pengerusi jawatankuasa pemandu perhimpunan Abdul Kadir Karding.

Menurutnya perhimpunan itu diadakan di Surabaya.

"Jawatankuasa menetapkan Dewi Persik menjadi qariah dalam acara berkenaan," kata Abdul Kadir.

Menurutnya, PKB tidak berdepan masalah untuk meminta Depe, nama popular Dewi Persik, untuk membacakan ayat suci al-Quran pada majlis itu meskipun dia terbabit dengan pelbagai kontroversi.

"Buat kami, membaca ayat suci itu baik.

Meskipun dia (Depe) artis kontroversi, tidak ada masalah untuk meminta dia membaca ayat suci.

Tambahan pula dia juga anak kiai di Jember, Jawa Timur dan lulusan sekolah Islam pula.

"Kami sudah beberapa kali mendengar dia mengaji dan suaranya memang bagus.

"Jadi tidak salah untuk memberi kesempatan kepada Depe menjadi seorang daripada qariah pada acara itu," katanya.

Dia juga berkata, walaupun PKB dikenali sebagai parti yang dianggotai penyokong Nahdlatul Ulama (NU), ia tetap memberikan peluang kepada golongan profesional untuk bergabung dalam parti yang diketuai Muhaimin Iskandar itu.

"Pada perhimpunan kali ini, kami membuka peluang kepada golongan profesional termasuk artis untuk bergabung.

Ini kerana kita tidak mahu PKB dilihat sebagai parti berdasarkan Islam dan anggota NU saja.

Kami mahu membukanya kepada semua golongan," kata Abdul Kadir.

Selain mengaji, Depe juga akan menyanyi pada perhimpunan itu.

PKB juga turut mengundang artis lain seperti raja dangdut Rhoma Irama, Raisa dan Rossa ke perhimpunan itu.

- Agensi

Siswi terkilan diaibkan rakan lelaki di laman sosial

Posted: 18 Aug 2014 02:36 AM PDT

KUANTAN - Seorang mahasiswi bukan sahaja berdepan dengan situasi memalukan dan menyedihkan tetapi terkilan apabila diaibkan seorang rakan lelaki di laman sosial Facebook, tiga hari lalu.

Wan Nur Shaqyra Husna Wan Azlan, 21, menerima kiriman gambar daripada aplikasi 'WhatsApp' daripada rakan baiknya kelmarin yang menunjukkan gambar mereka diapit dengan gambar binatang iaitu anjing dan khinzir.

Menurutnya, sebaik menerima gambar itu, dia terkejut dan sedih selain rasa diaibkan.

"Saya dan rakan tidak tahu apa motif lelaki terbabit menyunting gambar kami dan meletakkan gambar binatang di antara kami.

"Saya hanya mengenali lelaki itu kerana dia berkawan rapat dengan seorang lagi rakan serumah saya ketika belajar di sebuah institusi pengajian awam di Ipoh," katanya ketika ditemui di sini.

Wan Nur Shaqyra yang juga anak bongsu kepada Yang Dipertua Badan Kebajikan Kemanusiaan dan Kemiskinan Seluruh Pahang (Bakkiss) Wan Azlan Wan Salleh itu berkata, dia yang sudah tamat pengajian empat bulan lalu bingung dengan situasi tersebut.

Katanya, gambar mereka turut dimuatkan di laman sosial atas nama 'Jet Pejuang'.

"Selepas melihat gambar itu, saya dan bapa menghubungi lelaki itu supaya meminta maaf dan padam gambar tersebut.

"Dia akur dan meminta maaf namun hanya dibuat secara sambil lewa selain turut membuat kenyataan berbaur ugutan," katanya.

Sehubungan itu, Wan Nur Syaqyra membuat laporan polis di Balai Polis Beserah untuk membersihkan namanya dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

Sementara ibu Wan Nur Syaqyra, Nora Muda, 46, turut melahirkan rasa sedih di atas insiden yang menimpa anak bongsunya.

"Perkara itu tidak wajar berlaku dan ia memalukan kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam.

"Saya cukup berharap pihak bertanggungjawab mengambil perhatian serius terhadap perkara ini dan si pelaku patut diadili," katanya.

Lelaki gila seks melancap ditepi jalan di Melaka

Posted: 17 Aug 2014 11:01 PM PDT


Satu kejadian yang sangat menjijikan telah berlaku berdekatan Apartment Ixora, Melaka. Seorang pengguna Twitter telah melaporkan dia melihat seorang lelaki telah beronani di tepi jalan, berhadapan apartmentnya. Tanpa sebarang 'cover' lelaki itu bertindak sedemikian mungkin beranggapan ada orang yang suka melihat perbuatannya.



Kejadian berlaku di Apartment Ixora yang berada berdekatan dengan MMU Melaka. Menurut pengguna twitter itu, dia telah menghubungi pihak polis dan lelaki itu telah ditampar tiga kali oleh polis tersebut serta sudah dibawa ke balai.



Komennya lagi di status berkenaan, perkara sedemikian rupa, yang lebih teruk pernah berlaku dikawasan berdekatan, iaitu kisah seorang lelaki  tiba-tiba berbuat aksi yang sama di sebelah kawannya ketika di perhentian bas.



Kepada penduduk yang menetap di kawasan terbabit atau berdekatan dengannya, silalah berhati-hati dengan orang-orang yang sebegini. Jika ada ternampak apa-apa yang mencurigakan, hubungi pihak berkuasa dengan segera

Nora Danish maki 'bodoh' di Legoland Hotel

Posted: 17 Aug 2014 10:31 PM PDT

Huh, tak pasal-pasal Nora Danish kata bodoh kat Lego Hotel, Johor Bahru, apa kes ini?

Rupa-rupanya memang berasas makian pelakon comel ini, masakan tidak, kakaknya, Nadya Danish, rakan baiknya, Zareema Zainal dan pengawal peribadi kekasih Nora, Nedim Nazri dikatakan terperangkap dalam lif selama satu jam, namun tiada sebarang respons daripada pihak bertangggungjawab.
Memang tak patut betul..

Nasib tak jadi apa-apa yang serius kat mereka yang terlibat.

Moga-moga pihak yang berkenaan mengambil berat teguran Nora agar perkara sebegini tidak lagi berulang di kemudian hari. – MYNEWSHUB.MY

PAS berjaya pujuk Nik Aziz tolak MB Khalid

Posted: 17 Aug 2014 10:01 PM PDT

Pertemuan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, hari ini. - Foto Zaman Huri Isa
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyokong keputusan yang diambil Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berhubung krisis Menteri Besar Selangor semalam.

Perkara ini dinyatakan Nik Aziz kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa pertemuan mereka di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim, di sini.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pagi semalam menarik balik sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan menamakan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat kemudian memutuskan untuk kekal mengemukakan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi menggantikan Abdul Khalid.

Gadis tak tahu maksud onani

Posted: 17 Aug 2014 09:00 PM PDT

Saya wanita berusia 20 tahun dan masih bujang. Saya bertanya untuk menambah pengetahuan kerana saya kurang memahami perkara berikut:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan perbuatan onani dan kesannya.

2. Saya kerap mengalami pengeluaran cecair jernih dari faraj dan kadang-kadang keputihan setiap kali sebelum haid. Adakah keadaan ini normal? Adakah itu menandakan wanita itu subur?

3. Adakah air mani hanya akan keluar melalui persetubuhan? Adakah akan terasa seperti terdapat getaran pada bawah perut? Bolehkah ia keluar disebabkan faktor lain contohnya melalui sentuhan ketika mencuci selepas membuang air kecil?


4. Saya kerap menukar seluar dan menggunakan pantyliner kerana sering keluar cecair lendir, licin dengan warna kadang-kadang jernih dan putih. Saya sangat tidak selesa jadi saya membersihkan bahagian terbabit dengan sabun hingga hilang rasa lendir. Kemudian saya gunakan tisu untuk mengeringkan bahagian itu. Adakah cara ini betul? Saya keliru dan ragu-ragu jika cecair yang keluar itu air mani. Harap doktor dapat memberi penjelasan.

RIN

Menambah ilmu pengetahuan memang digalakkan, tetapi lebih elok jika kita memastikan ilmu yang lebih perlu ada pada kita semasa itu dipenuhi dahulu sebelum mengambil tahu mengenai ilmu yang kita tidak sepatutnya amalkan.

Persoalan yang diajukan dengan tujuan menambah ilmu, tetapi tiada kaitan dengan amalan hidup kita lazimnya bersifat secara umum sahaja dan tidaklah mengharapkan jawapan yang mendalam. Peringatan ini diberi ke atas persoalan sensitif bagi masyarakat kita, lebih-lebih lagi apabila ia ditegah oleh agama.

Onani adalah perbuatan memuaskan diri secara seksual. Ia dilakukan dengan berbagai cara, sama ada menggunakan anggota sendiri ataupun alatan lain. Orang yang melakukan onani mengharapkan kesan kepuasan seksual. Dari sudut perubatan, ia boleh mendatangkan kesan kepada kepekaan saraf pada bahagian berkenaan selain kesan ketagihan sehingga memerlukan bantuan pakar psikiatri.

Air mani pula lebih merujuk kepada cecair mani yang dikeluarkan oleh lelaki sewaktu ejakulasi apabila mengalami kemuncak seksual. Tidak semestinya ia keluar sewaktu persetubuhan sahaja. Anda mungkin merujuk kepada orgasma yang turut dialami oleh wanita. Ia boleh berlaku sama ada secara hubungan seks penetratif, aktiviti seks bukan penetratif (termasuk onani), sentuhan, malah secara imaginasi seksual.

Pengeluaran cecair dari faraj boleh disebabkan keadaan semulajadi/fisiologi dalam kitaran haid. Ia juga boleh disebabkan jangkitan kuman, sama ada kuman dari permukaan kulit kemaluan, jari atau apa yang menyentuh kawasan berhampiran kemaluan, hubungan seksual sama ada seksual penetratif dan oral dan lain-lain.

Membersihkan kemaluan memadai menggunakan air paip sahaja. Sekiranya dikhuatiri ada jangkitan, membersihkan menggunakan air bercampur sedikit garam masakan dapat membantu. Walau bagaimanapun, perbuatan mencuci itu sendiri boleh menjurus kepada jangkitan kuman terutama apabila sentiasa menggunakan tangan/jari kerana anggota badan kita bukan bebas kuman sepenuhnya.



Pakar Sakit Puan

 

Menantu perkosa ibu mertua berkemban

Posted: 17 Aug 2014 08:01 PM PDT

Gambar hiasan
Sibu: Sifat kebinatangan menguasai nafsu seorang menantu apabila sanggup memperkosa ibu mentua yang juga warga emas dengan menutup mulutnya menggunakan kain dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Jeriah, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 4 petang, mangsa berusia 69 tahun bukan saja diperkosa, malah dibiarkan menanggung kesakitan sebaik perbuatan terkutuk itu dilakukan di rumahnya.

Sumber berkata, sebelum kejadian mangsa berseorangan di rumah sambil berkemban sebelum suspek berusia 42 tahun secara tiba-tiba muncul di hadapan pintu.

"Suspek terus memasuki rumah dan menutup pintu serta cuba merogol ibu mentuanya. Sebelum itu, suspek menolak mangsa ke lantai lalu menyelak kain batik dipakainya.

"Wanita terbabit cuba melawan sambil menjerit sekuat hati, namun kudrat yang ada tidak mampu menghalang menantu yang kemudian merogolnya.

"Suspek turut menyumbat mulut mangsa dengan kain bagi mengelak jeritannya didengari jiran," katanya ketika ditemui, semalam.

Ghairah muat naik gambar seksi

Posted: 17 Aug 2014 07:01 PM PDT

Kuala Lumpur: Buli siber memberi impak yang begitu mendalam kepada mangsa terutama selepas menerima ancaman dan diaibkan sejurus gambar mangsa tersebar di Internet, kata Pakar Perunding Kanan Psikiatri Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Dr Osman Che Bakar.

Menurutnya, bagaimanapun, perkara itu boleh dicegah sekiranya mangsa tidak memuat naik gambar seksi atau mengghairahkan di laman sosial terutama Facebook (FB).

"Saya lihat sesetengah wanita kini begitu ghairah memuat naik gambar mereka berpakaian seksi semata-mata untuk keseronokan dan minta dipuji.

"Perbuatan ini dilihat secara sengaja mendedahkan diri mereka kepada bahaya, lebih-lebih lagi apabila gambar itu jatuh ke tangan individu yang tidak bermoral," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Katanya, masyarakat perlu maklum di dalam dunia ini ada segelintir lelaki yang mempunyai penyakit seksual melampau.

'Bantah' keputusan Majlis Syura, Nik Aziz mahu jumpa Hadi

Posted: 17 Aug 2014 06:30 PM PDT

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengadakan pertemuan dengan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mendapatkan penjelasan berhubung keputusan parti hari ini mengenai krisis politik di Selangor.

Bekas menteri besar Kelantan itu berkata beliau akan membuat kenyataan setelah pertemuan berkenaan yang dijangka berlangsung di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darulnaim, hari ini.

"Saya tidak boleh sebut (komen) selagi presiden (PAS) tidak beri penjelasan kepada saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, hari ini.

PAS hari ini membuat pendirian yang mengelirukan apabila mengumumkan tidak lagi menyokong kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Selain itu, mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di Kuala Lumpur itu turut mencalonkan dua nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamad Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baharu bagi menggantikan Khalid.

Tindakan itu bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama sebelum ini yang memberi sokongan penuh kepada Khalid untuk kekal sebagai menteri besar. – Bernama, 17 Ogos, 2014.

Pakatan lebih kuat selepas krisis MB Selangor

Posted: 17 Aug 2014 06:15 PM PDT

Para pemimpin PAS di sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Agung tentang isu menteri besar Selangor yang berakhir hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 Ogos, 2014.
Adakah terdapat keraguan PAS akan mengambil ketetapan menyokong cadangan agar Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih kedudukan sebagai menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim?

Jawapan ringkasnya adalah "ya". Dan sepanjang 24 hari lalu sejak PKR secara rasmi mencadangkan nama beliau, gabungan tiga parti – DAP, PAS dan PKR – terikat kepada idea PAS mungkin mempunyai pendapat lain tentang isu menteri besar Selangor itu.

Namun, kepimpinan PAS membuat ketetapan hari ini, memutuskan Dr Wan Azizah dan timbalan beliau, Mohamed Azmin Ali, boleh menggantikan Khalid – menteri besar penggal kedua yang dipecat minggu lalu kerana melanggar perintah parti agar meletakkan jawatan.

Para pemimpin dan wakil parti komponen bersetuju keputusan PAS mengukuhkan Pakatan Rakyat yang muncul selepas Pilihan Raya Umum 2008 (PRU12) dan memenangi lebih banyak kerusi dalam PRU13.

Mereka juga menyedari kemelut di Selangor yang memudarkan pemerintahan mereka di negeri terkaya di negara ini, secara ironinya bertentangan dengan matlamat Langkah Kajang untuk meningkat dan mengukuhkan kerajaan Pakatan di negeri ini.

Episod ini juga menunjukkan wujudnya hubungan antara parti yang sangat erat dan mesra di peringkat ahli pada dua PRU terakhir dan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang tidak terkira banyaknya, tetapi di kalangan pimpinan, hubungan ini hanya sekadar rakan sekerja yang saling meragui niat politik masing-masing.

"Mungkin kita boleh elakkannya jika para pemimpin PKR menerangkan kepada sekutu mereka Langkah Kajang sebelum mencadangkan nama Dr Wan Azizah. Tetapi ia tidak dilakukan.

"Kita perlu memberi tumpuan kepada kepimpinan sekarang, bagi mengelakkan masalah sama berulang pada masa akan datang," kata seorang wakil parti kepada The Malaysian Insider.

Menjadi rahsia terbuka yang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak rapat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim – fakta yang didedahkan pada satu mesyuarat singkat minggu lepas yang diadakan untuk menyelesaikan isu MB Selangor.

Sumber Pakatan juga berkata, pemimpin DAP Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang yang terpaksa menyediakan ruang terbuka bagi pimpinan tertinggi parti masing-masing dalam tempoh tiga minggu lalu.

"Hakikatnya, DAP satu-satunya parti yang memberi sokongan padu kepada Dr Wan Azizah. Parti lain mempunyai isu tertentu tetapi ia mengambil kesabaran dan masa memperbaiki keadaan dan bergerak ke hadapan," kata seorang sumber.

Keputusan PAS hari ini, mereka berkata, adalah hasil kerja keras dalam PAS dan juga dalam Pakatan untuk memastikan kejayaan selanjutnya bagi gabungan parti pembangkang itu.

"Keputusan PAS menunjukkan kita perlu bertindak bersama-sama, bukannya seorang diri," Setiausaha Agung DAP Guan Eng memberitahu The Malaysian Insider petang ini.

"Kami menjadi lebih kuat dengan kejadian ini," kata Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang. Pakatan menguasai tiga negeri – Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor, serta kini memegang 87 kerusi persekutuan.

Bagaimanapun, beliau mengakui Pakatan perlu bekerja lebih keras untuk mengatasi kejatuhan politik dan pentadbiran sejak tiga minggu lepas apabila hanya DAP dan PKR segera menyokong Dr Wan Azizah tetapi pemimpin PAS tidak pasti dan meminta lebih masa.

"Kita mempunyai tiga tahun untuk menebus semula apa yang berlaku. Saya pasti ia boleh dilakukan," kata Guan Eng.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PAS Dr Dzukefly Ahmad bersetuju Pakatan kini lebih kuat selepas isu MB Selangor.

"Keputusan itu menguatkan PR dan kami kini boleh menggantikan Khalid, " kata Dr Dzukefly, ahli strategi utama dalam PAS bagi dua PRU lalu yang bekerja rapat dengan sekutu PR lain untuk memastikan pakatan kukuh.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memuji keputusan PAS hari ini sebagai "satu peristiwa penting dalam proses kematangan gabungan politik ".

"Penyelesaian konflik seperti yang kita lihat dalam lanjutan episod ini adalah satu prasyarat bagi hubungan kerja yang berfungsi dan pragmatik antara parti komponen Pakatan.

"Saya rasa PAS mengambil pendekatan yang pragmatik. Ini menunjukkan kepada kita PAS jauh daripada menjadi entiti politik mono-budaya, sebaliknya mempunyai pelbagai pandangan dan suara," katanya.

Namun, beliau bersetuju pihak pakatan "perlu bekerja keras untuk membaiki imej buruk yang terjadi disebabkan kemelut ini ".

"Saya rasa jurang perbezaan ini boleh diatasi," kata Fahmi, menambah suntikan dan kemasukan pemimpin muda ke dalam parti akan memastikan perubahan kepada keadaan lebih baik sebelum PRU akan datang.

Seorang pemimpin pakatan meletakkannya ringkas dengan berkata "Ini adalah langkah pertama bagi satu perjalanan yang panjang untuk kita di Selangor. Kita mempunyai banyak kerja untuk dilakukan." – 17 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-lebih-kuat-selepas-krisis-mb-selangor-kini-beri-tumpuan-kepada-kepi#sthash.W8lTNsBf.dpuf

Aziz Bari: Keputusan Pas semalam tiada makna

Posted: 17 Aug 2014 06:00 PM PDT

KUALA LUMPUR - "Sebaik-baik sahaja Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dapat kemukakan 30 orang di belakang beliau 'game over' untuk Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pas," demikian menurut bekas pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengenai keputusan Pas hari ini.

Aziz berkata, keputusan yang dibuat oleh Pas semalam sememangnya tidak membawa sebarang makna.

"Dalam undang-undang, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sudah jatuh.

"Situasinya adalah seperti seorang pencuri yang ingin memulangkan barang yang beliau curi kepada tuannya.

"Baiklah dalam bahasa mudahnya mana lebih banyak di antara 30 dengan 26," katanya pada forum mengenai keadaan politik Selangor di Dewan Himpunan Cina hari ini.

Justeru, Aziz dengan sinisnya berkata, Pas sekiranya ingin bersama dalam arus politk negara perlu pandai mengurus pasukannya.

"Kalau nak main bola hendaklah main bola bukannya bermain ragbi.

"Nak main bola main bola, kalau tidak pandai belajar," katanya.

Bagaimanapun, hujahan Aziz itu disangkal Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mengatakan keputusan Pas semalam tidak membawa sebarang makna.

"Untuk politik, ini bukan keputusan yang tiada makna, tetapi satu keputusan yang membawa sejarah kepada politik negara dan Pakatan Rakyat," katanya.

waadat

Posted: 18 Aug 2014 01:47 PM PDT

waadat


Akhirnya u turn juga

Posted: 17 Aug 2014 06:53 PM PDT

PAS hari ini...

apa diharap padi seberang
entah berbuah entahkan tidak
entah dimakan burung melayang
apa diharap PAS sekarang
entah PAS betul entahkan tidak
entah-entahkan dah jadi sarang musang

Apa Yang Tersirat

Posted: 18 Aug 2014 01:38 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Tun Dr Mahathir Tidak Menyokong Kerajaan Najib Lagi

Posted: 18 Aug 2014 04:50 AM PDT

MENEGUR

1. Ada orang yang memberitahu kepada Dato Seri Najib Tun Razak yang saya telah memburukkan pemerintahannya.

2. Saya tidak akan menyangkal kerana saya telah berkali-kali menegur dasar-dasar Kerajaan sekarang.

3. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya.

4. Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Ia dikelilingi dengan ramai dato-dato yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa keatas segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya.

5 Alkesah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadapi laut.

6. Air sedang pasang dan raja bertanya kepada dato-datonya apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya.

7. Jawab mereka, "Ya, Tuanku. Air tidak akan sampai kaki Tuanku."

8. Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.

9. Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada dato-datonya.
Demikianlah sikap dato-dato kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.

10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan dato-dato istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan oleh raja.
11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata "Ya Tuanku".

12. Hanya seorang budak yang berkata, "Tuanku bogel."

13. Maka raja pun murka akan dato-datonya yang tidak berkata yang benar apabila dia bogel.

14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.

15. Orang Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan dalam kehidupan mereka. Antaranya ingin saya sebut disini:
"Sayangkan anak tangan-tangankan
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan"
Dengan izin saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini.
"Sayangkan pemimpin tegur-tegurkan"

16. Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya.

17. Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila YTM Tunku membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku.

18. Walaupun kerananya saya dipecat, tetapi YTM Tunku meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Mungkin bukan kerana teguran saya, tetapi hakikatnya Tunku mengundur diri.

19. Demikian juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin kerana teguran, mungkin kerana prestasi buruk Pilihanraya ke 12. Tetapi hakikatnya Tun Abdullah juga letak jawatan.

20. Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal "Bila lagi orang tua ini akan pergi." Saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan.

21. Pilihan saya bagi mengganti Tun Abdullah ialah Dato Seri Najib. Setelah beberapa lama dilihat bahawa dasar dan tindakan Dato Seri Najib tidak lebih berkesan dari Tun Abdullah.

22. Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum ke13 lebih buruk dari Tun Abdullah.

23. Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.

24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.

25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.

26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.

27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.

28. Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.

29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan.
30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.

31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

32. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

33. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya. Chedet.cc

Kemelut MB Selangor: PKR Perlekeh Pas

Posted: 18 Aug 2014 04:32 AM PDT

PKR Perundagan PKR Aziz Bari, memperlekeh keputusan JKP Pas yang melakukan pusingan U berkaitan dengan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut Aziz, apabila Wan Azizah mendapat 30 sokongan ADUN PKR-DAP dan Dua Adun Pas, maka "Game Over" bagi Khalid Ibrahim.

Keputusan JKP Pas pada 17 Ogos, tidak lagi bermakna, atas sebab Wan Azizah mempunyai sokongan yang diperlukan untuk dilantik sebagai Menteri Besar.

Ekoran keputusan JKP Pas itu, bukan sahaja Presiden Pas, Muryidul Am Pas, Majlis Syura, Ulamak terpaksa menelan kahak sendiri, akan tetapi mendapat oenghinaan daripada PKR.

Dalam masa seminggu, pemimpin PKR dan DAP menghentam kepimpinan Pas; namun parti itu masih berpihak kepada dua parti itu. Nampak sangat Pas, terpaksa melutut dan angguk kepada PKR dan DAP.

Pas kini, macam sebuah parti yang tidak bermaruah lagi; atas sebab itu; apa sahaja keputusannnya bakal atau tidak akan dihormati atau diambilkira oleh PKR dan DAP.

Jika berlaku pilihanraya, adalah pasti bukan sahaja pemimpin PKR dan DAP akan tetapi penyokong dua parti itu akan memastikan bahawa calon-calon PAS yang tidak sebulu dengan mereka dipastikan kalah, sebaliknya yang sebulu itu sahaja yang disokong. Sebaliknya Pas pula, baik pemimpin mahupun penyokongnya akan bermatian-matian menyokong calon-calon dua parti itu.

Kemelut MB Selangor: Mat Sabu Jadi Ayam Daging Anwar dan Guan Eng- Zuhdi Marzuki

Posted: 18 Aug 2014 12:40 AM PDT

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki mengkritik keputusan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana bersetuju dengan keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.

Beliau memanggil Timbalan Presiden PAS itu dengan gelaran "ayam sabung PAS' yang hilang tajinya.

"Ayam sabung PAS sudah menjadi ayam daging (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng," tulisnya dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Bahkan beliau juga dilihat membidas kegagalan bagi mempertahankan keputusan sebulat suara yang telah diputuskan oleh PAS sebelum ini.

"PAS Pusat telah sebulat suara mencalonkan dua pemimpin PKR. Keputusan sebulat suara inipun tak boleh dipertahankan bila berdepan dengan PKR dan DAP.

"Paling tidak beritahu pada PKR dan DAP, kami perlu bawa balik kepada PAS Pusat keputusan PR hari ini yang hanya mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah. Tak akan perkara itupun tak boleh buat?," tulisnya lagi.

Semalam, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan untuk tetap dengan keputusan mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurutnya, PR akan meneruskan proses untuk menyembahkan keputusan ini kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Keputusan ini telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan saya sendiri," katanya pada sidang media di Empire Hotel, Subang semalam.

Kemelut MB Selangor: Pas Sebuah Parti Flip Flop

Posted: 17 Aug 2014 11:49 PM PDT

SELEPAS keputusan Flip Flop Pas, kini parti itu meletakan sepenuhnya keputusan penggantian Menteri Besar Selangor kepada Sultan Selangor. Bukan sahaja Hadi Awang malah Nik Azizpun bernada sama.

Mengapa Sultan dibabitkan? kemelut pergantian MB Selangor bukan berpeunca daripada Sultan; Kemelut MB Selangor atas sebab Anwar mahu isterinya jadi MB.

Pas kini, telah menelan ludahnya sendiri, kerana sudah akur dengan nepotisme; menelan ludahnya sendiri kerana menyokong Wan Azizah.

Nampaknya Pas adalah sebuah parti yang tiada pendirian, ianya sebuah parti angguk kepada Anwar dan Lim Guan Eng. 

AYT tidak mahu lagi mendengar diperingkat manapun pimpinan Pas bercakap soal-soal nepotisme, soal-soal itegriti, soal-soal demokrasi atau keadilan; kerana parti itu tiada hak bercakap mengenainya; kerana kini sudah terdedah, bahawa Pas ada sebuah parti Flip Flop.

Cucu Tok Selampit

Posted: 18 Aug 2014 01:07 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Kenyataan Akhbar Sultan Selangor Untuk PR - Tunggu Beta Balik Kalau Meroyan Sangat Nak Ganti Menteri Besar

Posted: 18 Aug 2014 01:22 AM PDT


Buat puak-puak PR yang tergila-gila sangat hendak menaikkan isteri Ketua Umum (KETUM), Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor dan Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Balkis, diharap mereka dapat bersabar sehingga 27 Ogos ini. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato Mohamad Munir Bani telah mengesahkan bahawa Menteri Besar Selangor, TS Abdul Khalid Khalid Ibrahim telah memohon untuk mengadap Baginda Sultan di Budapest, Hungary. 

Walaubagaimanapun, Baginda telah menolak dan meminta Menteri Besar Selangor menunggu sehingga Baginda balik ke tanahair pada 27 Ogos ini. Buat sementara waktu, TS Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar Selangor yang sah dan juak-juak PR diharap menghentikan drama sinetron murahan mereka sehingga ke tarikh berkenaan sebab kami semua sudah muak!!! Ini pula kenyataan TS Khalid Ibrahim selepas menerima maklumbalas daripada Baginda Sultan Selnagor:

Ceramah Burukkan MB Selangor Di Paya Jaras Semalam Juga Gagal!

Posted: 17 Aug 2014 06:54 PM PDT




Dengan barisan penceramah hebat seperti Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, R Sivarasa dan Elizabeth Wong masih gagal untuk mengundang orang ramai untuk hadir mendengar kutukan dan fitnah terhadap Menteri Besar Selangor, TS Abdul Khalid Ibrahim. CTS mencadangkan agar ceramah-ceramah selepas yang akan diadakan selepas ini perlu diadakan hadiah cabutan bertuah seperti kereta, motorsikal, laptop dan sebagainya untuk menarik orang ramai untuk hadir.

SPAD & Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Lancar Program Mengibar Jalur Gemilang Ke 57

Posted: 16 Aug 2014 07:32 PM PDT


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Kuala Lumpur Dan Selangor semalam telah melancarkan 'Program Mengibar Jalur Gemilang' semperna menyambut Hari Kemerdekaan Ke 57. Majlis Perasmian Mengibarkan Jalur Gemilang Tahun ke-57 oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Albar di Long Term Car Park, KLIA. 

Jalur Gemilang adalah panji kebanggaan kita semua. Ia adalah simbol solidariti dan perpaduan rakyat Malaysia. Meskipun negara telah dilanda musibah dengan tragedi malang yang menimpa penerbangan MH370 dan MH17, kita harus kekal bersatu untuk melangkah ke arah masa depan yang lebih cemerlang untuk tanahair kita. 

Marilah kita sama-sama menyertai Perdana Menteri DS Najib Razak dan jutaan rakyat yang mengibarkan Jalur Gemilang bermula hari ini demi meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-57. Langkah SPAD harus dipuji memandangkan pemandu-pemandu teksi di negara ini adlah duta kecil negara di dalam mempromosikan pengibaran Jalur Gemilang semperna Hari Kemerdekaan yang ke 57.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan