Selasa, 5 Ogos 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 05 Aug 2014 11:17 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Nak boikot McD tapi tak pakai otak ..inilah kesannya !!

Posted: 05 Aug 2014 09:47 AM PDT





Kenyataan Aqsa Syarif Berhubung Kejadian di Premis McDonalds Dungun pada 5 Ogos 2014:

Aqsa Syarif amat kesal dengan apa yang berlaku di McDonalds Dungun hari ini (5 ogos 2014). Perbuatan sekumpulan orang yang mengganggu premis McD dan membaling objek keras serta menggoncang pintu kedai adalah amat dikesali. Perbuatan tidak bertamaddun ini tidak wajar dibiarkan begitu sahaja kerana ia bertentangan dengan tata susila, akhlak Islam dan lunas undang undang.

Sungguhpun  boikot adalah hak pengguna melakukan tindakan sivil sebagai tekanan namun ia tidak mewajarkan seseorang itu bertindak secara fizikal atau lisan untuk menakut-nakutkan serta mendatangkan kecederaan batang tubuh atau emosi pada pemilik premis dan pekerjanya.

Aqsa Syarif memohon orang ramai yg menyokong kempen boikot supaya mengawal diri dan tidak melanggar batas undang-undang dalam menjayakan kempen boikot. Tindakan liar dan melampau ini tidak tergolong sebagai menyokong inisiatif boikot, sebaliknya lebih mirip kepada perbuatan merosakkan harta awam (vandalism)

Aqsa Syarif menyarankan orang ramai menghubungi pihak polis jika perbuatan ganas seperti ini berulang lagi. Untuk mengelak perkara seperti ini berulang oleh pihak tidak bertanggungjawab maka Aqsa Syarif menasihatkan agar tidak diadakan sebarang bentuk demo atau perhimpunan di hadapan atau berhampiran mana-mana premis yang berkaitan

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
Aqsa Syarif


* Matlamat tak menghalalkan cara....GPB tak sokong cara bodoh dan bertamadun ini..

Nak boikot McD  itu hak diri sendiri tapi tak perlulah ganggu premis itu dan menakutkan pekerja mereka yang berbangsa Melayu Islam kita juga ...

Cuba guna otak la sikit ....jangan la guna nak Israel la sebagai alasan untuk anda nak tunjuk samseng untuk rosakkan premis mereka ..itu bukan Islam ajar..

inilah kesan viral media sosial hingga membuatkan orang turun berdemo dan melakukan tindakan yang melanggar undang2..

Perbuatan puak2 ini memalukan umat Islam !!


Sebab mengapa senjata Media Sosial Malaysia ditakuti dan digeruni Israel terjawab !!

Posted: 05 Aug 2014 03:33 AM PDT





Tidak dinafikan, hebatnya penangan media sosial di Malaysia dalam semua aspek, telah memberi impak yang sangat besar sehingga merubah struktur kehidupan harian rakyatnya.

Tahukah anda, bahawa rakyat Malaysia secara puratanya memiliki 233 orang rakan dalam satu akaun media sosialnya? Mungkin bilangan ini kelihatan kecil, namun bilangan purata tersebut adalah tertinggi di dunia untuk seseorang yang memiliki akaun media sosial (sumber: wearesocial.sg).Sedang kajian tersebut dibuat pada Disember 2011, penulis merasakan bilangan tersebut telah berganda pada masakini.

Dengan jumlah penduduk seramai 29 juta lebih, 15.6 juta daripadanya adalah pengguna aktif laman sosial "Facebook" pada Jan 2014 (sumber: US Census Bureu, InternetWorldStats, ITU, Facebook). Malah, mengikut satu kajian yang penulis baca di internet (terlupa sumber), sewaktu musim Piala Dunia, rakyat Malaysia adalah yang tertinggi dilanda "demam piala dunia" dengan kecoh media sosial membicarakan tentang kejohanan itu berbanding negara seperti Argentina dan Portugal! Walhal, kita hanyalah penonton berbanding Argentina dan Portugal yang layak ke kejohanan bolasepak terunggul di dunia itu!

Apa relevannya fakta diatas dengan ketakutan Israel kepada pengguna media sosial di Malaysia?

Minggu lalu, kita dikejutkan dengan tindakan Facebook yang didakwa sengaja menghalang akses ke blog milik Tun Mahathir ekoran artikel 'The Jews' yang ditulis oleh Tun sendiri. Beberapa akaun Facebook milik rakyat Malaysia yang pro kepada Palestin pula dikhabar menerima "amaran" dari Facebook yang akaun mereka boleh ditamatkan.

Begitu juga yang berlaku ke atas seorang penulis buku Amerika Syarikat (AS) yang menentang kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin, Naomi Wolf, mendedahkan dia diberi amaran yang sama oleh Facebook. Menurutnya, Facebook turut menjelaskan mereka telah menapis imej-imej yang Naomi muat naik daripada sumbernya di Gaza.

Apa yang sebenarnya sedang berlaku?

"Non-violent resistance", adalah teknik yang diperkenalkan secara meluas oleh Gene Sharp melalui bukunya, "From Dictatorship to Democracy". Gene adalah rakyat Amerika, yang mana dikaitkan dengan National Endownment for Democracy (NED) tajaan George Soros.

"Non-violent resistance" adalah teknik yang digunapakai oleh pejuang Palestin sejak dahulu. Bukan sesuatu yang baharu kepada kita, apabila melihat rakyat Palestin, tanpa sebarang senjata dan hanya berbekalkan batu mempertahankan tanahair mereka. Dengan keadaan daif seperti itu, pihak musuh masih belum mampu untuk mematikan semangat juang Palestina.

Apa rahsianya? Melalui kajian, Gene mendapati bahawa gambar-gambar serta video-video di media massa tentang pembunuhan, kematian dan tangisan ini dalam menuntut kebebasan Palestin tanpa ada keupayaan untuk bertindakbalas melalui ketenteraan telah menjadi nadi dan berkobarlah semangat perjuangan yang tidak pernah luntur. Itu adalah intipati semangat Palestin, melalui penderitaan. Dan rasanya kita semua setuju, semangat kita sangat memuncak ketika ini, sedang saudara-saudara Palestina kita dibedil setiap saat oleh rejim laknatullah.

Runtuhnya Soviet Union adalah melalui sumbangan buku tersebut. Terhasillah beberapa negara seperti Ukraine, Kazakhstan dan lain-lain lagi. Huru hara di negara-negara Arab sebelum ini juga dikaitkan dengan strategi yang serupa.

Itu hebatnya hasil kebersamaan "non-violent resistance" dan media. Rata-rata pengguna media sosial di Malaysia hari ini melebarkan protes akan kezaliman Israel dengan memuatnaik kisah penderitaan Palestin dalam bentuk foto, video malah ilustrasi grafik. Ini bermakna kisah tersebut, dengan kekuatan jumlah pengguna Facebook seperti yang penulis terangkan di perenggan ketiga, telah menjadi "viral" dan "virality" ini tiada sempadan garis pemisah. "Tag" sahaja rakan kenalan di US atau UK, maka sampailah mesej tersebut ke sana.

Ini yang amat dikhuatiri oleh Israel, yang lantas mengarahkan ejen-ejen mereka yang bertebaran seantaro dunia untuk menyekat kemaraan media sosial dari Malaysia yang menceritakan kebenaran. Yang melucukan, kini Israel pula menggunakan teknik yang sama melalui media sosial dalam pembinaan persepsi, yang menggambarkan kononnya mereka tidak bersalah dan diserang, dan berlakunya pembunuhan ke atas rakyatnya. Tidak cukup dengan itu, penulis terbaca tentang teknik mereka untuk menyolek tubuh badan dengan warna merah (darah) bagi menggambarkan kecederaan serius kononnya akibat serangan balas Briged Izzuddin Al Qassam sebelum dimuatnaik ke laman sosial.
israel blok rakyat malaysia layari laman facebook
Setuju atau tidak, Israel terpaksa menelan hakikat bahawa mereka ketinggalan dalam perang media sosial, akibat dari sekian lama selesa berada di bawah lindungan kuasa-kuasa besar dunia. Mereka terlupa bahawa semangat perjuangan Palestin subur mekar di seluruh dunia hanya berbekalkan foto dan video. Kezaliman dan pembohongan Israel tidak dapat dibendung lagi.

Hari ini, Facebook telah menghalang akses rakyat Malaysia ke laman "Facebook Page" Israel Defence Forces (IDF). Mengikut sumber Kelab Che Det, IP dari Malaysia telah disekat oleh mereka.
Tidak mustahil, rakyat Malaysia juga mungkin akan kalah dalam perang media sosial untuk Palestin di Facebook, apabila mereka mengharamkan terus rakyat Malaysia dari menggunakan laman sosial tersebut kelak.

"I support all efforts to fight for the freedom of the state of Palestina" – Ameen Latif, -Sumber

PERTAMA KALI DALAM SEJARAH ,KETUA MENTERI MENGAKU TAK TAHU ISU NEGERI SENDIRI !!

Posted: 05 Aug 2014 02:35 AM PDT



Agak kelakar bila seorang CM Penang yang cukup serba tahu jika ada isu menyentuh negerinya tiba-tiba  tak tahu ada pesta sukan bogel telah berlansung & video tersebar meluas di media sosial .

Jika seorang bekas Ketua Hakim Negara membicarakan tentang hak orang Islam di P.Pinang terhakis  , beliau lantang membidas menggelarkan dia rasis dan mahu cetus perkauman . 

Tapi bila menyentuh soal aktiviti tidak bermoral seperti pesta bogel dilakukan di negeri terus dia cakap tak tahu dan lepaskan perkara ini kepada  polis untuk siasat. 


Mudah sekali cakap ...mana pergi PBT (MPPP) , agensi kerajaan yang menjaga kawasan itu ??  Kenapa tak suruh mereka siasat juga ...tak kan nak harap POLIS je ...


macam ni tak payah la jadi CM ...cakap je tak tau ..hahaha




Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengakui tidak mengetahui mengenai penganjuran Pesta Sukan Bogel di Teluk Bahang yang tersebar menerusi YouTube sejak semalam.

Guan Eng berkata, beliau akan menyerahkan perkara itu kepada polis dan pihak berwajib untuk menjalankan siasatan. 

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak pernah membenarkan atau memberi lesen terhadap penganjuran pesta sukan bogel berkenaan dan akan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan. 

"Kita tidak pernah membenarkan sukan seumpama ini dijalankan di Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga tidak pernah mengeluarkan lesen untuk penganjurannya,"katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.

Dalam YouTube berdurasi 5 minit 56 saat memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita dalam keadaan bogel sedang melakukan aktiviti seperti melukis di badan di sebuah pantai dipercayai di Taman Negara dekat Teluk Bahang di sini.

Selain melukis pada badan, mereka turut melakukan beberapa aktiviti lain seperti lari berganti-ganti, berenang di atas manusia serta tarian gangnam.

TERKINI ! POLIS P.PINANG SAHKAN AKAN SIASAT PESTA SUKAN BOGEL TELUK BAHANG @dzainalabidin @PDRMsia

Posted: 04 Aug 2014 11:54 PM PDT




SYABAS POLIS kerana memberi respon cepat bertindak bagi   menyiasat individu yang menganjurkan Pesta Sukan Bogel yang tersiar meluas di media sosial .

Kerajaan DAP & PAS P.Pinang  nampaknya  masih lagi terkial-kial membisu tidak menjawab isu ini walaupun kegiatan tidak bermoral ini  berlaku di negeri mereka.


ini artikel backup kerajaan DAP ke ??

BALA AKAN MELANDA P.PINANG SEBAB PESTA BOGEL INI DIBIARKAN ??

Posted: 04 Aug 2014 08:46 PM PDT





Penang Nude Sports Games is held successfully on the day. There are 18 nudists came to this beautiful beach for games and nude body painting.

Thanks to Ms.Chew for the organising and thanks to naturists for coming and made it a history in Malaysia.

A brief review by the member, Justin as below:-

Here is my review & report for the Malaysia-International Nude Sports Games 2014 Extravaganza. On that day, we all assembled at the Teluk Bahang Jetty in Penang.

link: http://vimeo.com/m/97390635

sumber : tenteramaya




Komen GPB 

Mana PAS P.Pinang  , mana Malik Itik  ???   Jangan hanya konsert je hangpa meroyan bantah  ini pesta bogel terus membisu ...

Dalam ceramah dan tazkirah  , Ostat PAS pernah  tuduh MH17 jatuh ditembak kerana  negara ditimpa BALA  disebabkan  tak laksana hudud  ..

Mungkin kalau  P.Pinang ditimpa bencana ,   sebab BALA inilah    kerana ia  dibiarkan  berlaku oleh kerajaan negeri diperintah DAP   ..

Harap pihak berkuasa ambil tindakan !!!

AZMIN SAHKAN PUDIN SEORANG YANG KALUT ISU GANTI MB SELANGOR

Posted: 04 Aug 2014 07:34 PM PDT



Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail didesak lebih bertanggungjawab dan cermat dalam membuat kenyataan.

Desakan tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menerusi laman mikro twitternya petang tadi berhubung kenyataan yang dibuat Saifuddin dalam sidang media hari ini.

"@saifnasution tolong lebih bertanggungjawab dan cermat dalam membuat kenyataan. Wajar rujuk saya terlebih dahulu." tulis Azmin.

namun Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun Bukit Antarabangsa) itu tidak menyatakan kenyataan Saifuddin yang mana dirujuk beliau.

Usaha Astro AWANI untuk mendapatkan penjelasan lanjut dari Timbalan Presiden PKR itu gagal.

Namun sumber dalaman PKR memberitahu, Azmin mungkin merujuk kenyataan mesyuarat biro politik PKR malam tadi yang bersetuju hanya nama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kemungkinan Azmin merujuk kenyataan Saifuddin yang mengatakan mesyuarat biro politik PKR malam tadi yang dihadiri presiden dan timbalan telah bersetuju bahawa Wan Azizah satu-satunya nama yang dicalonkan.

"Kenyataan Saifuddin itu tidak cermat, sebagai Setiausaha Agung beliau membuat kenyataan seolah-olah tidak faham antara mesyuarat Biro Politik Khas dan mesyuarat Biro Politik Mingguan.

"Sebagai Setiausaha Agung, sepatutnya Saifuddin faham malam tadi (Isnin malam) adalah mesyuarat Biro Pilitik Khas iaitu mesyuarat yang membincangkan satu agenda sahaja dan agenda yang dibincangkan ialah dari segi perundangannya bagaimana mahu memastikan Tan Sri Khalid mengosongkan kerusi menteri besar.

"Kalau mesyuarat Biro Politik Mingguan dibuat setiap Selasa dan banyak agenda tapi malam tadi hanya satu agenda, tidak dibincangkan tentang nama calon," kata sumber PKR itu kepada Astro AWANI.

Kata sumber itu lagi, Azmin mungkin kecewa dengan sikap Saifuddin yang tiba-tiba mengheret beliau dalam isu nama pengganti Abdul Khalid.

"Sekarang nampaknya Saifuddin cuba heret Azmin tapi sebelum ini ketepikan Azmin," kata sumber itu lagi.

Dalam sidang media awal hari ini, Saifuddin berkata PKR tidak ada calon lain menggantikan Abdul Khalid kecuali presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Khabar angin itu lemah, keputusan yang kita capai masih mengekalkan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat PKR.

"Mesyuarat semalam dihadiri presiden dan timbalan. Semuanya sudah dipersetujui. Keputusan yang dicapai adalah kekal seperti yang diputuskan pada mesyuarat lalu," Saifuddin dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insider.


bumiyang

Posted: 05 Aug 2014 03:17 AM PDT

bumiyang


TS Khalid Bakal Dipecat???

Posted: 05 Aug 2014 01:32 AM PDT

Gempar!!! Sebab Sebenar TS Khalid Mahu Disingkirkan Kerana Cuba Nak Try Wan Azizah???

Posted: 04 Aug 2014 07:35 PM PDT

Taipingmali (tm)

Posted: 05 Aug 2014 01:11 AM PDT

Taipingmali (tm)


Penang Nude Sports Games

Posted: 04 Aug 2014 08:43 PM PDT

Penang Nude Sports Games is held successfully on the day. There are 18 nudists came to this beautiful beach for games and nude body painting.

Thanks to Ms.Chew for the organising and thanks to naturists for coming and made it a history in Malaysia.


A brief review by the member, Justin as below:-

-Here is my review & report for the Malaysia-International Nude Sports Games 2014 Extravaganza. On that day, we all assembled at the Teluk Bahang Jetty in Penang.

Penang Nude Sports Games is held successfully on the day.

There are 18 nudists came to yhis beautiful beach for games and nude body painting.

Thanks to Ms.Chew for the organising and thanks to naturists for coming and made it a history in Malaysia.

On that day, we all assembled at the Teluk Bahang Jetty in Penang. Many of us arrived early and went to the nearest Malay food restaurant to grab our lunch which is only located just outside of the jetty's main entrance. It was such a lovely sunny afternoon and we are all excited about this event.

Later as the time reaches 2.30pm, we walked to the jetty and met up with the others who have also just arrived. One of our nudist friend CWeston, was not able to attend the event because he was on a family trip in Penang but he showed up anyway at the jetty just to watch us go off into our boats and wished us all the best for our event.

As we waited for the boatmen to get ready, the skies was already starting to look gloomy and the waves start to get a little rough. We split into 2 boats and thus begin our journey to the secret beach that is located around the back of the Penang island.

As we're traveling through the seas, it was a bumpy ride as the boat sways up & down through the rough waves. It was thrilling yet fun. We were all laughing and smiling to each other. We also took several selfie photos too =)

Then we finally arrived to our destination. It was a very quiet beach. The atmosphere was so calm and peaceful. The view of the beach and sea was spectacular. We were the only visitors there. We unload our things from the boat and ms Chew went to approach a ranger whom is in charge of that place & also who was apparently on duty alone by himself on that fine day.

After verifying with the ranger about our nude event, we moved to a hut nearby and start stripping. We begin our first activity with nude body painting. Everyone actively took part in this. We took turns by painting someone's else body and later get painted in return. There were many interesting and nice body drawings. Some of us had flowers, trees, abstract and even cartoon character drawings on our bodies.

Then we took many photos of each other. We also moved to the beach and took several group photos of our body paintings. Later that, we proceed to our next activity which was the sports games where we played pass-the-baton running, swim-over-body challenge and the group crab walk. There were so much of laughter everywhere and by the time we entered the 3rd game, many of us were already exhausted.

We then took a nude walk along the beach which stretches about 2km long. There were also some of us went to skinny dip in the sea. One of the person among us was our videographer and he recorded every moments of our event without missing a single one. The beach is so clean and the sands are so fine. Along the way, you can also find seashells laying around the beach.

As we walked further up til the far end of the beach, we came across some very nice looking rocks that are great for taking pictures and we did plenty of photo sessions there. Our videographer also went to interview a few of us about the joys and perspective of naturism for our event video.

We literally had the whole beach to ourselves. It really felt like a nude beach because everyone that are present there are all nude. There were no disturbance from the outside world. For once we really get to enjoy the natural environment and atmosphere just as how nature intended it to be.

After all the fun, we walked back to our hut. As we reached the hut, suddenly a boat appeared from the sea and arrived at our beach. We quickly dress up just in time and later found out that the men in the boat actually brought our meals for dinner.

We had asam laksa, nasi lemak, mihun goreng, chicken satay, fish barbeque, keropok lekor and Sarsi syrup. We had a wonderful dinner. There were so much of food to eat until eventually there were a few leftovers and extra packets of food left. Then we decided to save some for supper.

After dinner, we had our shower and went to set up our sleeping bags. We even set up a tent in the hut specially catered for those who gets bitten by mosquitoes alot. We also went to set up a camp fire just outside of the hut.

We used the natural resources we can find within our reach such as branches, dry leaves and etc to start the fire. We even got some assistance from the ranger where he splashed some kerosene to get the flames bigger. After the fire is stable, some of us strip and stand around the fire while enjoying the beauty of it burning in the dark.


Pesta Bogel di Pulau Pinang kebangganLim anak beranak.


http://vimeo.com/m/97390635

Krisis politik Pkr akan berakhir tak berapa hari lagi

Posted: 04 Aug 2014 06:37 PM PDT

Kemelut politik dalaman kerajaan pakatan haram Selangor semakin parah kerana Khalid Ibrahim enggan tunduk kepada desakan Anwar untuk melantik isterinya sebagai menteri besar yang baru.

Terkini, pihak atasan pimpinan Pkr mengheret ketua-ketua kampung seluruh daerah agar menyokong dan menghalalkan tindakan Anwar.

Walaupun Khalid kini dipecat daripada Pkr, namun Khalid masih enggan berundur. Saifuddin Nasation pula kelmarin dengan keras mengugut akan mendedahkan salah laku Khalid, namun dicabar oleh Khalid agar membuat repot kepada SPRM dan Bank Negara dan bersedia untuk disiasat.

Krisis Pkr menunjukkan dan mendedahkan bahawa Pkr bukanlah sebuah parti politik yang berwibawa yang mampu menjaga kepentingan rakyat. Rakyat tidak di utamakan dan di dahulukan,  sebaliknya mengutamakan kepentingan politik suku, keluarga dan peribadi.

Dap pula mengambil peluang dengan mendesak Khalid meletakkan jawatan dan menyerang Pas apabila Hadi Awang cuba mempertahankan Khalid. Malah ada yang mengugut akan mendedahkan salah laku pucuk pimpinan Pas kepada khalayak.

Pas pernah berkata,  mereka akan bincang akan kedudukan mereka dalam pakatan selepas 8 Ogos dan ini akan dibuat selepas kes liwat Anwar disebut di mahkamah Persekutuan.

Walaupun surat keluar pakatan telah tersebar, namun Setiausaha nya Mustafa Ali telah menafikan nya. Biasalah,  dulu pun skandal dengan baby pun dinafikan juga.

Bekas mufti Perlis PhD MAZA pula menyokong perlantikan Azizah sebagai menteri yang baru.  Mungkin sokongan MAZA juga ada benda yang tersembunyi. Apakah beliau akan ditawarkan jawatan mufti baru sekiranya Azizah naik?

Khalid adalah orang koperat. Pernah terlibat dalam urusan mengambil alih Guthrie menjadi milik negara dalam satu serangan di London.

Khalid mendapat tunjuk ajar pemimpin negara yang hebat ketika itu dan ianya bukan Anwar. Sudah tentulah Khalid menerapkan sistem pengurusan koperat dalam pentadbiran nya dan ia sudah tentu Anwar dan Dap kluk klek sukar untuk menjadikan perbendaharaan negeri Selangor sebagai harta mak bapa nya.

Segala permasaalahan ini berpunca daripada kegagalan Kajang Move. Dahulu matlamat Kajang Move ialah untuk mendekatkan usaha menawan Putrajaya,  setelah congak dan kira-kira mereka gagal,  lalu beralih pula kepada kerusi menteri besar yang kononnya termasuk dalam Kajang move.

Pas pula terdedah kepada tempias krisis Pkr. Sudah nampak siapa ular dalam kepimpinan Pas, yang menentang Hadi Awang pun dah terjawab dan mereka adalah sekutu atau kuda trojan Pkr dalam Pas yang akan memastikan Pas sentiasa berada di bawah telunjuk Pkr.

Apa pun krisis yang berlaku di Selangor akan berakhir tak lama lagi. Tunggu sahaja siapa yang kena!

Siapa masuk dalam, siapa terperangkap,  siapa terpelanting semuanya akan terjawab.




DARUL EHSAN TODAY

Posted: 04 Aug 2014 11:30 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Demi Wan Azizah, Sapuddin Sanggup Telanjangkan Khalid Berahim...

Posted: 04 Aug 2014 07:00 PM PDT


PKR akan memberi penerangan dan penjelasan kepada seluruh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat berhubung alasan untuk menggantikan Khalid Ibrahim dengan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Saifuddin berkata, penjelasan itu merangkumi fakta kes melibatkan masalah intergriti itu Khalid akan dijelaskan kepada semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada hari ini.

Penjelasan itu didakwa akan mendedahkan secara terperinci mengenai salah guna kuasa oleh Khalid sebagai Menteri Besar

"Antara yang akan di jelaskan nanti adalah fakta kes membabitkan hutang Khalid sebanyak AS$18 juta (RM66.67 juta) dengan Bank Islam Malaysia untuk membeli saham syarikat ketika beliau menerajui Kumpulan Guthrie Bhd dan penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor oleh Khalid kepada Eco World dengan harga yang lebih murah daripada nilai pasaran untuk projek pembinaan rumah mampu milik.

Nasib kau lah khalid oii, dulu macam-macam kau tibai umno, sekarang parti kau sendiri tibai kau...

The Unspinners

Posted: 04 Aug 2014 11:26 PM PDT

The Unspinners


DAP, MCA, Gerakan: Apartheid Cina mana akan bantai Razali Ibrahim dulu?

Posted: 04 Aug 2014 10:34 PM PDT



HENTIKAN PEMBINAAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (‪#‎SJKC‬)

MUAR, 4 Ogo: Kerajaan perlu menghentikan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang baharu kerana kewujudannya tidak menyumbang kepada perpaduan nasional dan meretakkan hubungan antara kaum.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, sudah tiba masanya perkara itu dipertimbangkan memandangkan keharmonian antara kaum ketika ini semakin renggang dengan pelbagai isu.

"Selagi permohonan menambah SJKC (ditunaikan), maka semakin retak hubungan kaum dan akhirnya akan menggagalkan usaha memupuk perpaduan nasional. Membentuk perpaduan antara kaum perlu dilakukan di peringkat sekolah rendah.

"Ini perlu dilakukan di Sekolah Wawasan iaitu sekolah rendah berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama," katanya ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Media di kediamannya di sini malam tadi.


Beliau mengulas gesaan Setiausaha MCA negeri, Chia Song Cheng dalam sebuah akhbar Inggeris baru-baru ini yang meminta kerajaan membina SJKC di kawasan Bukit Indah, Johor Bahru kerana ketika ini terdapat 5,000 rumah di situ.

Song Cheng mendakwa, murid-murid Cina ketika ini terpaksa pergi SJKC Kuo Kuang 2 di Skudai, SJKC Ming Chih (Horizon Hills), SJKC Ming Teck (Gelang Patah) dan SJKC Ping Min (Lima Kedai) yang jarak lebih setengah jam dari Bukit Indah.

Mengulas lanjut, Razali berkata, persefahaman dan rasa hormat antara satu sama lain akan dapat dipupuk dengan mudah dan SJKC atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) seakan-akan sukar menjayakan agenda nasional itu.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, pertambahan SJKC juga bertentangan dengan persetujuan jumlah membenarkan pengendalian dan kewujudan sekolah vernakular yang ditetapkan.

Menurutnya, pemimpin perlu menjelaskan kepada rakyat secara bertanggungjawab tentang hal itu dan bersama-sama berusaha meyakinkan rakyat terhadap agenda pemerkasaan sekolah kebangsaan yang dilaksanakan kerajaan.

"Bukan dengan mengambil jalan mudah merenggangkan lagi hubungan sesama kaum di negara ini," katanya sambil memberi contoh kebelakangan ini terdapat pihak-pihak yang tidak menghormati kaum dan agama orang lain dengan bertindak menghinanya. - UM

-------------------

Cina apartheid atau rasis atau anti perpaduan mana yang akan berkokok ke atas tiada lagi tambahan pada yang sudah dipersetujui dan sekolah cina tidak berperanan menyatu padukan rakyat.

Cecrita bagaimana sekolah cina boleh bantu perpaduan? Nanti pasti tak jawab malah dia ungkit sekolah ini itu tak bantu perpaduan.

Tak caya tengoklah nanti. Mesti dia tak nafi dan kata cuba berhujah sekolah cina  bantu perpaduan.

Mereka ni cina asal usul dari coastal china yang sentiasa menentang kerajaan dan empayar china. Pemberontak sepanjang masa tak akan ngaku salah sendiri tapi sentiasa cari salah orang!!!

Toll CIQ: MP Pulai tak ada pendirian, Cakap anak cina lidah bercabang

Posted: 04 Aug 2014 07:28 PM PDT

photo

Dulu cakap lain,, sekarang cakap lain ....

JazlanJazz


Lepas penggal ini, elok benar PAC chairman pencen saja. Dah nyanyuk cepat pelupa.

Macam kita tak tahu Pulai nak kow tow dengan pengundi cina dalam kawasannya yang kerja di Singapura, tak bayar cukai pada kerajaan dan cukai kereta tapi nak subsidi Malaysia.

Usahlah pembangkang guna cakap Tan Sri Shahril Samad pasal dia nakkan sokongan setinggan di sepanjang EDL tapi tak selesaikan masaalah perumahan setinggan. Akhirnya pihak pembina EDL juga terpaksa bantu sediakan buat mereka rumah yang lebih sesuai.

Wakil rakyat kerajaan seharus lebih matang dalam hal pentadbiran dan polisi kerajaan dan tidak hanya pentingkan undi masing-masing tapi keselesaan rakyat dan penyelesaian masaalah tak ditangani.

Baca komen Apanama di SINI

Quran sudah tercatat perangai-perangai jahat Yahudi

Posted: 04 Aug 2014 09:40 AM PDT

Dalam Al-quran sedikitnya disebutkan 22 sifat buruk bangsa Yahudi, iaitu:

1. Keras hati dan zalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)

"Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?" ( 2:75)

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)".

Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?".(2:91)

Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil kami berfirman): "Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (apa yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)".

Mereka menjawab: "Kami dengar, dan kami menderhaka". Sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (wahai Muhammad):"

Amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman".  (2:93)

" Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu).

Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar".

Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu." (2:120)

"Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya!

Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim." (2:145)

"Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya".

Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)" (2:170)

"Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari perbuatan orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bagi mereka, dan disebabkan mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah." (4:160)

"Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya:

"Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar.

Mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik".

Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar.(5:41)

2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT
(Ali Imran:110; An Nisa:55)

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik" (3:110)

"Maka di antara mereka (kaum Yahudi yang dengki itu) ada yang beriman kepada (apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada keluarga Nabi Ibrahim) itu, dan ada pula di antara mereka yang berpaling daripadanya (tidak beriman). Dan cukuplah dengan neraka jahanam yang sentiasa menyala-nyala itu (menjadi tempat seksa mereka)".(4:55)

3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)

"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.

Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong"

4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An'am:20)

"Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan kitab kepada mereka, mereka mengenalinya (Nabi Muhammad), sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman."


5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (AlBaqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An Nisa:46; Al-Maidah:41)

"Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal ugama mereka telahpun ada sebelum adanya ugama Yahudi atau ugama Kristian itu)?"

Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?"

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan".(2:140).

Buktikan dengan McD, Starbuck dan Tesco M'sia derma pada Palestine!!!

Posted: 04 Aug 2014 05:25 AM PDT


Buktikan tak sokong Israel dengan McDonald, Starbuck dan Tesco derma pada Pelestin!!!

Semalam, Pengerusi Aqsa Syarif Bhd, Prof Madya Hafidzi Mohd Nor telah dikunjungi oleh pihak pengurusan Mac Donald Malaysia, di pejabat Aqsa Syarif berbicang mengenai boikot terhadap McD yang dibuat oleh Aqsa Syarif. Mungkin McDonald sudah mula terkesan dengan boikot oleh berbagai pihak terhadap McD. Tetapi saya puji kunjungan pihak McD ke pejabat Aqsa Syarif yang menjadi salah sebuah agensi terulung di Malaysia yang membela nasib rakyat Palestin yang dizalimi Israel.

Pengurusan McD bertanya Aqsa Syarif soalan antaranya "Mengapa tidak memboikot juga syarikat lain dari Amerika?". 'Mengapa boikot McD sedang ramai pekerja Malayu/Islam bekerja untuk menyara kehidupan di McD?" Soalan seperti ini saya fikri soalan ikhlas daripada wakil Mc Donald dan kita tidak boleh prasangka tetapi membantu mereka memahami isu sebenar dari perspektif perjuangan keadilan, kebenaran dan kemanusiaan sejagat untuk kehidupan yang lebih baik bagi kita semua.

Maaf, walaupun panjang ikutilah beberapa perkongsian daripada Pengerusi Aqsa Syarif, yang saya sunting dari email beliau. Maklumat penuh boleh didapati dari pihak Aqsa Syarif:

Dalam pertemuan tersebut, pihak McD mengakui bahawa McD Malaysia adalah syarikat miliki Golden Arches Restaurant Sdn Bhd yg merupakan subsidiari kpd McD Corp. (US). McD Malaysia membayar 5% dari jualan kepada McD Corp US yang merupakan organisasi pembuat polisi utama. McD Corp US juga akan memberi bantuan pakej kewangan untuk "outlet" baru.

Jelas semua rangkaian McD Malaysia menjanakan pendapatan untuk McD Corp US melalui yuran francais tersebut dan juga mendapat manfaat daripada McD Corp US dari segi dana awal membuka outlet.

Oleh itu, hujah bahawa McD Malaysia tidak menyuumbang kepada McD US dan hanya membayar cukai kepada kerajaan Malaysia sahaja adalah tidak tepat.

McD juga mendakwa mereka tidak mempunyai hubungan dengan Israel. Aqsa Syarif menolak dakwaan ini kerana McD menerima anugerah daripada Kerajaan Israel kerana membantu ekonomi Israeil. Selain itu, seorang ahli lembaga Pengarah McD Corp menerima anugerah dari Muzuem of Holocaust kerana membantu masyarakat terus ingat peranan Yahudi dalam sejarah.


Mengenai Jack M Greenberg bekas Pengerusi dan CEO McD (1999 – 2002) yang menyumbang kepada Jewish United Fund (JUF) – sebuah tabung yang terkehadapan dalam membantu Israel, wakil Mc D Malaysia tersebut mengakui CEO 10 tahun dulu itu memang menyuumbang tetapi bukan CEO sekarang.

Namun kata mereka Greenberg menyumbang kepada JUF atas kapasiti peribadi. Tetapi apabila pihak Aqsa Syarif bertanya adakah sumbangan peribadi menggunakan dana McD, pihak McD tidak dapat memberi jawapan.


Pengurusan McD juga bertanya mengapa baikot sedangkan di Mc D Malaysia terdapat 80% pekerja Melayu/Islam cari rezqi. (Nampaknya, McD tidak atau belum memahami isu sebenar)

Aqsa Syarif menegaskan, kita boikot McD kerana McD membantu Israel yang melancarkan peperangan terhadap kemanusiaan sejagat. Bukan boikot pekerja McD, bukan menentang rezqi dan kehidupan sesiapa. Boikot akan terus relevan tidak kira siapa pun yang bekerja dan tidak kira orang Melayu Islam menjadi pekerja majoriti atau tidak. Tidak pula bermakna jika orang Islam dan Melayu tidak bekerja di McD boikot dihenttikan.

Israel tidak hanya mensasarkan umat Islam tetapi seluruh kemanusiaan yang mahu diporakperandakan. Mereka membunuh kanak-kanak dan meletupkan sekolah. Inilah penentangan kita.

Oleh itu McD Malaysia turut bersalah dan bertanggungjawab seperti mana McD Corp US terhadap sokongan kepada Israel yang membunuh kemanusiaan.

Pengurusan McD Malaysia juga bertanya mengapa tidak boikot syarikat Amerika yang lain. Kata Prof Madya Dr Hafidzi, kita boikot bukan atas asas ia syarikat Amerika. Bahkan Aqsa Syarif tidak baikot syarikat Yahudi hanya kerana ia milik orang Yahudi.

Aqsa Syarif boikot mana-mana syarikat yang membantu kewangan Israel – sebuah regim yang zalim - tanpa mengira siapa walaupun syarikat itu milik umat Islam.

Jika syarikat itu menolong Israel maka syarikat itu akan jadi sasaran boikot sama seperti McD. Boikot bukanlah kerana semata-mata syarikat itu datang dari Amerika Syarikat atau Barat (Diharapkan pihak pengurusan McD Malaysia dapat memahami perkara ini).



---------------------------

Bukan saja McDonald yang dipunyai Vincent Tan, Starbuck yang dipunyai Vincent dan Tesco yang dipunyai Sime Darby pun ada buat kenyataan stail sama.



Kalau betul mereka tak terlibat, buktikan dengan McDonald Malaysia, Starbuck Malaysia da Tesco Malaysia berderma pada Palestine


Sekarang baru nak dapatkan dan edarkan sijil halal... selama ni VINCENT TAN kasi orang Islam makan babi!!!

Israel kata orang Islam tak berani boikot barangan mereka

Posted: 04 Aug 2014 02:33 AM PDT


Jika tidak mampu memberi utk tabung palestine berusahalah utk berhenti menyumbang dana zionis

Usaha memboikot beberapa produk Yahudi mungkin dipandang remeh sesetengah pihak namun saya mengambil iktibar kisah di bwh :-

Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, ada seekor burung kecil comel yang menonton peristiwa itu, lalu terus terbang berulang-alik mencari air. Burung kecil itu menyedut dan mengisi air di dalam paruhnya lalu dilepaskannya ke atas unggun api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Itulah yang dilakukannya berulang-ulang kali, sehinggalah Nabi Ibrahim a.s. dikeluarkan daripada api.

Perbuatan burung kecil itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain, lantas bertanya kepada burung kecil itu, "Mengapakah kamu bersusah-payah berulang-alik mengambil air, sedangkan kamu tahu api besar yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan sedikit air yang kamu siramkan itu?"

Lalu dijawab oleh burung kecil, "Walaupun aku tahu aku tidak berupaya memadam api tersebut, namun aku mesti berusaha untuk menegakkan kebenaran atas kemampuan yang terdaya oleh diriku sendiri, Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak! Aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, kelak di hadapan Allah aktu tidak akan dipertanggung-jawapkan kerana aku telah berusaha melakukan sesuatu apabila melihat kezaliman!"

Sumber Whats App


Antara syarikat dan produk yg membantu ekonomi Israel. Telitikan...

1.USB flash drive
2. Viber
3. Waze, aplikasi GPS
4. Biji timun hybrid
5. Epilator (originally "Epilady")
6. Wonder Pot
7. Mastermind
8.Victoria's Secrets.
9.Kurma Medjool (lebih 50% ditanam di wilayah Palestin dijajah Israel).
10. Hewlet-Packard.


11. Pampers.
12. Volvo.
13. Intel.
14. Motorola.
15. Estee Lauder.
16. Loreal
17. Johnson & Johnson
18. Revlon.
19. Marks & Spencer.
20. LaSenza.
21. Timberland.
22. Catterpillar.
23. Danone.
24. McDonald
25. Coca Cola
26. Starbucks
27. Nestle
28. Sara Lee
29. Kraft
30. Tesco




31. Kit Kat
32. Aramis
33. Huggies
34. Hugo Boss
35. Nescafe
36. Clinique
37. Maggi
38. Maybelline
39. Libby's
40. Biotherm
41. Selfridges
42. Disney
43. Kleenex
44. Arsenal Football Club
45. Nokia
46. Ambi Pur
47. Milo
48. Steven Speilberg
49. Transformers
50. Facebook
51. Chery automobiles
52. BMW
53. Audi
54. Mercedes Benz
55. Boeing
56. Dell Computers
57. Uni Lever
58. Pizza Hut
59. EDS
60. Samsung

...dan banyak lagi...





Ya termasuk pasukan bolasepak Arsenal

Arsenal Football Club has just signed (26th February) a sponsorship deal to promote Israel as a tourist destination.

The £350,000 agreement makes Israel Arsenal's "official and exclusive travel destination." Israel will be featured on digital perimeter boards and 450 high-definition LCD screens at the stadium on game days.[1] The tourism ministry will also have access to the club's official website Arsenal.com, database and magazine to promote Israel as a holiday destination [2]

The televised ads will reach audiences of up to 700 million in an estimated 198 countries. The Israeli Tourism Ministry will also receive intellectual property rights, the use of the team logo and the right to use photos of the team and its players in ads. For an additional fee, Arsenal players will also appear in the ads.[3]

The deal doesn't stop with promoting Israel but actually grants Israel a physical presence in the stadium. The Israeli Tourism Ministry can use the stadium's banquet hall twice a year and can organize an exhibition at the end of the playing season.[3] The stadium will also feature permanent sales tables for t-shirts.

Sumber Whats App

Tian Chua, Nurul usah berlakun? Anwar, SUARAM, COMANGO tak berani kritik Israel!!!

Posted: 03 Aug 2014 11:30 PM PDT


Usahlah Tian Chua dan Nurul tunjuk palestin untuk Palestin.

Tian CHua ... mana suara SUARAM dan COMANGO tentang nasibb orang Palestin di Gaza?

Nurul .... kenapa ayah sebut ini dan ISrael mahukan ayah jadi PM?



Belantan

Posted: 04 Aug 2014 11:17 PM PDT

Belantan


#MH 17: Hanya 62 mayat ditemui sempurna?

Posted: 04 Aug 2014 07:09 PM PDT


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan hanya 62 mayat mangsa nahas MH17 ditemui dalam keadaan sempurna.

Dalam satu wawancara khas dengan Astro Awani, Khalid memaklumkan bahawa mayat yang bertaburan di sekitar kawasan seluas 15 kilometer persegi, menyukarkan kerja-kerja mencari.

Khalid berkata, dia yakin bahagian mayat yang belum ditemui masih berada di lokasi berkenaan, dan berharap mendapat kerjasama, khususnya daripada penduduk tempatan untuk memaklumkan di mana mayat yang belum ditemui berada.


Biarpun yakin dengan ketelusan siasatan pakar, Khalid bagaimanapun tidak dapat memberi kepastian selama manakah proses siasatan akan berjalan. Malah beliau turut tidak menafikan kemungkinan bahan bukti telah diubah berikutan ia terbiar dalam tempoh masa yang lama sebelum pasukan pakar dibenarkan masuk ke lokasi nahas.

Pesawat MAS MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Ukraine pada 17 Julai lalu dan mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal. Ia dipercayai ditembak namun belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukannya.

Suara politik
Belantan

POLIS AKAN BERTINDAK!

Posted: 04 Aug 2014 07:15 AM PDT


Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan sekali gus akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook yang menggunakan identiti Kelvin Yip kerana memaparkan kenyataan yang nyata menyinggung sensitiviti umat Islam di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis kini menyiasat akaun Facebook terbabit bagi mengesan pemiliknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kita tidak akan berdiam diri atas kesalahan undang-undang ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-UMO

Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

Posted: 04 Aug 2014 11:04 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Babi-Babi Berkeliaran Selepas Lori Babi Kemalangan di Johor Semalam - Harian Metro

Posted: 04 Aug 2014 07:44 PM PDT


Johor Bahru – Hampir 30 babi berkeliaran di atas jalan selepas terjatuh daripada lori muatan yang terbalik di persimpangan bertingkat Jalan Pontian-Skudai di sini.

Dalam kemalangan jam 11 pagi tadi, lori terbabit dalam perjalanan ke pusat penyembelihan babi yang terletak di Taman Bukit Kempas di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abd Rahman berkata, badan lori yang menempatkan haiwan berkenaan terbalik secara tiba-tiba ketika tiba di selekoh persimpangan bertingkat itu.

"Apabila sampai di selekoh, badan lori itu terbalik menyebabkan semua babi ini jatuh sebelum berkeliaran di atas jalan raya," katanya.

Bagaimanapun, katanya pemandu lori dilaporkan tidak mengalami kecederaan dan tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu. – Harian Metro

Analisa Isu Semasa MB Selangor : Pas berputih mata lagi? & @UMOnline @Abdulhadiawang @Anwaribrahim

Posted: 04 Aug 2014 06:54 PM PDT



ANWAR Ibrahim (tengah) bersama-sama Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang ketika menghadiri mesyuarat khas oleh pihak pembangkang selepas sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen pada 2009. Sampai bilakah pakatan tidak rasmi ini mampu bertahan?

WAKTU ini kuat benar kokokan ayam kedengaran dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Pensiangan, Sabah, yang diadakan semula sehari sebelum Ramadan pada 28 Jun lalu memihak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Calon Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar (MB) Selangor itu dikatakan hanya memerlukan sejumlah baki undi di dua lagi cabang iaitu Cabang Kelana Jaya dan Puchong yang hanya akan menyudahkan pemilihannya pada 10 Ogos atau Ahad ini.

Di dua cabang itu khususnya Kelana Jaya, Abdul Khalid dijangka mendapat sokongan padu daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia yang juga Timbalan Speaker DUN negeri, Nik Nazmi Nik Ahmad. Ini nanti tidak menyukarkannya untuk meraih sekurang-kurangnya 1,000 lebih lagi undi daripada antara 4,000 hingga 5,000 undi pada kedua-dua cabang.

Pada hari sama 10 Ogos, mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat berlangsung di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, membincangkan kedudukan genting Abdul Khalid sebagai MB dan Abdul Khalid sendiri pada hari itu mungkin akan dimuktamadkan menang ke atas Azmin Ali dalam perebutan jawatan nombor dua PKR.

Kelak akan timbul persoalan besar: Setelah menang, apa justifikasi nak buang Abdul Khalid daripada jawatan MB?

Cuma di sini, mahukah PKR yang semua cukup maklum `wahyu'nya dikeluarkan melalui Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (yang berkehendakkan Azmin menang) mengumumkan sebelum 10 Ogos kemenangan Abdul Khalid sebagai Timbalan Presiden PKR yang baharu. Itu pun andai PKR memiliki daya telusnya.

Sewajarnya sekutu-sekutu pakatan terutama Pas sedar diri akan ketelusan PKR dalam memproses pemilihannya. Di Indonesia, pengundi jawatan Presidennya mencecah 195 juta manusia, tiga minggu sudah diketahui keputusannya. UMNO yang mentransformasikan pemilihan parti itu dari peringkat kepemimpinan tertinggi hingga bahagian, cawangan serta sayap-sayapnya Oktober lepas, hanya memerlukan sehari keesokannya untuk diumumkan pemenang. Bahkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia berjaya mengendalikan 13.5 juta pengundinya dalam sehari suntuk sahaja untuk kelancaran Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei tahun lalu.

Tetapi malangnya PKR, perjalanan pemilihan partinya yang kini sudah masuk lebih empat bulan tidak selesai-selesai lagi. Mengaibkan lagi, ada insiden tumbuk menumbuk dan baling kerusi. Inikah cara Anwar memimpin parti?

Detik 10 Ogos ini memang dinanti-nantikan oleh pengikut dan penyokong pembangkang serta seluruh rakyat Selangor tentang apakah pendirian muktamad Pas. Apakah ketegasan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang begitu kuat mempertahankan Abdul Khalid akan terlerai?

Penulis percaya dan cukup pasti keputusan mesyuarat Ahad ini akan berubah. Seperti apa yang sering berlaku sebelum ini, Pas akan menarik brek dengan akhirnya menyokong isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Abdul Khalid. Abdul Hadi akan tunduk, Pas akan patuh pada arahan Anwar dan DAP.

Sejarah mengajar Pas tunduk mengikut rentak masa dan tempat yang sesuai. Ketika Pas berkira-kira menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 70-an, Dewan Ulamanya menentang keras. Namun, pendirian itu kendur setelah Presidennya ketika itu, Datuk Mohd. Asri Muda (Allahyarham) memaklumkan pengagihan anggota Kabinet untuk parti itu, waima harta dan jawatan dalam GLC (syarikat milik kerajaan) yang diperuntukkan. Percayalah! peristiwa sama akan berulang apabila Pas bakal ditawarkan jawatan tambahan dalam kerajaan Selangor, itu pun belum termasuk GLC negeri.

Apa yang berlaku sekarang dengan pendirian membuak-buak Pas mempertahankan Abdul Khalid cuma wayang. Ia sekadar alat tawar menawar untuk Pas meraih ghanimah atau habuan dalam kerajaan negeri Selangor.

Andai kata senario selepas 10 Ogos ini dibuat undi tidak percaya dalam sidang DUN secara mengejut, dijangkakan Abdul Khalid akan kalah dengan 41 undi. Waktu ini hanya dua daripada 15 ADUN Pas memihak kepada MB.

Melalui sisi yang lain pula, angin mula membawa khabar bahawa pertukaran MB Selangor semenjak dua ini sudah melangkah ke fasa baharu. Apa benar PKR sudah mendapat denai baru ke istana melalui seorang kerabat, bekas isteri seorang pemimpin negeri pada suatu ketika, untuk melantik Wan Azizah sebagai MB? Khabarnya, pencalonan Azmin ditolak sama sekali walhal Wan Azizah menerima lampu hijau.

Pas dalam insiden pertukaran MB Selangor dalam persimpangan. Pengarah Pusat Penyelidikan Operasi Pas Pusat, Dr. Zuhdi Marzuki yang mencetus kontroversi dengan WhatsAppnya mahu parti itu keluar pakatan, hanya sekadar `kambing hitam' (scape goat).

Kes bocor WhatsApp Dr. Zuhdi pula kini menjadi sensasi. Persoalannya, siapa yang bocor? Dalam AJK Pas Pusat, terdapat empat orang yang dikenal pasti penyokong tegar Anwar. Khalid Samad, Dr. Hatta Ramli, Dr. Mujahid dan Dr. Dzulkefly Ahmad. Mereka ini konsisten bercakap menyokong Anwar di dalam dan luar mesyuarat Pas Pusat. Keempat-empat ini bukan berlatar belakang pendidikan agama.

Penyokong tegar yang lain seperti Mohamad Sabu, Mahfuz Omar, Husam Musa, Syed Azman pula hanya berani berdegar-degar di luar mesyuarat atau dalam ceramah sahaja. Atau apabila balik ke negeri sendiri, bersikap lain pula. Jadi, siapa yang bocorkan?

Banyak persoalan berlingkar dalam kalangan orang Melayu terhadap isu-isu hubungan Pas-PKR-DAP ini. Konsep Kepimpinan Ulama Pas selepas era Mohd. Asri (Presiden Pas dari 1969 hingga 1982), apa sudah jadi sekarang? Lebih percaya kepada mereka yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama seperti Mohamad Sabu, Husam, Salahuddin Ayub, Khalid dan Dzulkefly.

Kalau disuluh pun ideologi Pas, kewajipan menubuhkan Negara Islam sudah berubah kepada Negara Kebajikan. Sanggup pula mengatakan tiada perintah Allah untuk menubuhkan Negara Islam demi nak berbaik dengan DAP-PKR. Rujuk surah Al-Maidah ayat 57, cuba Pas lihat dan kaji. Semua maklum kenyataan DAP/mendiang Karpal Singh akan `langkah mayat saya dahulu kalau mahu buat hudud'.

Selepas bocornya WhatsApp Dr. Zuhdi, lihatlah kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli serta Anthony Loke dan Tony Pua daripada DAP. Tidak perlu penulis paparkan, boleh digoogle. Begitu sekali Pas diperlekeh dan dan dicerca. Pas menjadi bacul.

Loke dan Pua membuka topeng DAP dengan cabarannya yang jelas menekan Pas. Kini, wajah tanpa topeng mereka sudah terang lagi bersuluh untuk parti yang mahu memperjuang Islam membuat kata putus. Sayang kalau Pak Kaduk terus bersorak sedang kampungnya tergadai. Satu spekulasi yang boleh diusul, mungkin sudah ada ghanimah yang menanti menyebabkan pimpinan Pas gelap mata dan terhijab hati untuk mereka melihat kebenaran di alam nyata?

Istilah kafir harbi dalam kamus kepimpinan Pas kelihatannya sudah mempunyai takwil yang berbeza. Malah, ini bukan perkara baru yang berlaku sehari dua ini tetapi sudah beberapa ketika sejak laungan tahaluf siyasi dengan DAP berkumandang. Sejarah menjadi saksi hakiki segala tohmahan DAP terhadap hudud Pas bila Pas bertegas mahu melaksana hudud. Saban hari, semakin terbukti, hidung parti Pas ini memang tak mancung, pipinya pula tersorong. Parti ini menjadi titik maruah Islam dihenyak oleh mereka yang tidak senang dengan keberadaan Islam di tanah air yang tercinta ini.

Sehingga masa ini, ramai yang percaya dan yakin, pada penghujung sandiwara pelantikan MB baru ini, akan diakhiri dengan seluruh rakyat Malaysia akan melihat bagaimana Hadi Awang akan akur, tunduk dan patuh serta menurut perintah Anwar dan Kit Siang. Permainannya berbeza. Dramanya punya babak lain. Namun begitu, penghabisannya nanti kita sudah maklum seperti sebelumnya. Ramai sudah muak dengan politik murahan meraih publisiti media dan dalam masa sama mempermain amanah rakyat. Banyak tenaga habis untuk politik Pakatan Rakyat yang langsung tidak mendatang secubit faedah kepada rakyat jelata.

Penulis terpanggil untuk meminjam sekerat kenyataan AJK Pas Pusat Dzulkefly di akhir kalamnya baru-baru ini; "Ya Allah, ku sudah lunaskan tanggungjawabku menegur Pimpinan Tertinggi muafakat politik ini...."

* PENULIS ialah penganalisis isu-isu semasa. ceo_mpc@yahoo.com



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140805/re_02/Pas-berputih-mata-lagi#ixzz39TiqXsXo 
© Utusan Melayu (M) Bhd 




Sent from my iPhone

Kenyataan Media DS @Zahid_Hamidi Perkembangan Terkini dari Ukraine Misi Siasat Tragedi #MH17

Posted: 04 Aug 2014 06:30 PM PDT

Pengumuman : Pembatalan Majlis Aidilfitri Utusan Malaysia Hormat Tragedi MH17

Posted: 04 Aug 2014 05:52 PM PDT



KUALA LUMPUR 5 Ogos - Majlis Sambutan Aidilfitri Kumpulan Utusan yang dijadualkan pada 12 Ogos (Selasa) 2014 di Dewan Besar Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad telah dibatalkan bagi menghormati tragedi MH17 yang menimpa penumpang-penumpang dan anak-anak kapal.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Noordin Abbas berkata, pihak Utusan memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku dan mendoakan kesejahteraan kepada semua keluarga mangsa yang terlibat. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140805/dn_01/MAKLUMAN-PEMBATALAN-MAJLIS-AIDILFITRI-KUMPULAN-UTUSAN#ixzz39TTpaDUc
© Utusan Melayu (M) Bhd

Semua perlu baca dan retweet berita " Hentikan Pembinaan SKJC " - @Razaliibrahim

Posted: 04 Aug 2014 05:50 PM PDT





Hentikan pembinaan SJKC
Oleh ZULHISHAM ISAHAK
pengarang@utusan.com.my

MUAR 4 Ogos - Kerajaan perlu menghentikan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang baharu kerana kewujudannya tidak menyumbang kepada perpaduan nasional dan meretakkan hubungan antara kaum.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim (gambar) berkata, sudah tiba masanya perkara itu dipertimbangkan memandangkan keharmonian antara kaum ketika ini semakin renggang dengan pelbagai isu.

"Selagi permohonan menambah SJKC (ditunaikan), maka semakin retak hubungan kaum dan akhirnya akan menggagalkan usaha memupuk perpaduan nasional. Membentuk perpaduan antara kaum perlu dilakukan di peringkat sekolah rendah.

"Ini perlu dilakukan di Sekolah Wawasan iaitu sekolah rendah berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama," katanya ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Media di kediamannya di sini malam tadi.

Beliau mengulas gesaan Setiausaha MCA negeri, Chia Song Cheng dalam sebuah akhbar Inggeris baru-baru ini yang meminta kerajaan membina SJKC di kawasan Bukit Indah, Johor Bahru kerana ketika ini terdapat 5,000 rumah di situ.

Song Cheng mendakwa, murid-murid Cina ketika ini terpaksa pergi SJKC Kuo Kuang 2 di Skudai, SJKC Ming Chih (Horizon Hills), SJKC Ming Teck (Gelang Patah) dan SJKC Ping Min (Lima Kedai) yang jarak lebih setengah jam dari Bukit Indah.

Mengulas lanjut, Razali berkata, persefahaman dan rasa hormat antara satu sama lain akan dapat dipupuk dengan mudah dan SJKC atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) seakan-akan sukar menjayakan agenda nasional itu.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, pertambahan SJKC juga bertentangan dengan persetujuan jumlah membenarkan pengendalian dan kewujudan sekolah vernakular yang ditetapkan.

Menurutnya, pemimpin perlu menjelaskan kepada rakyat secara bertanggungjawab tentang hal itu dan bersama-sama berusaha meyakinkan rakyat terhadap agenda pemerkasaan sekolah kebangsaan yang dilaksanakan kerajaan.

"Bukan dengan mengambil jalan mudah merenggangkan lagi hubungan sesama kaum di negara ini," katanya sambil memberi contoh kebelakangan ini terdapat pihak-pihak yang tidak menghormati kaum dan agama orang lain dengan bertindak menghinanya.

5 Kelebihan Proton Suprima vs Toyota Vios 2013

Posted: 04 Aug 2014 03:40 AM PDT

1. HARGA
Suprima S:-
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638
Toyota Vios 2013:-
  • Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo – RM93,200.00
  • Toyota Vios 1.5 G – RM88,500
  • Toyota Vios 1.5 E – RM82,900
  • Toyota Vios 1.5 J (Automatik)  – RM77,300
  • Toyota Vios 1.5 J (Manual) – RM73,200
Kesimpulan - Proton Suprima S memenangi kategori ini walaupun varian Vios J adalah lebih murah. Perlu diingatkan gear Vios J adalah manual dan varian automatik Vios hanya bermula pada harga yang lebih tinggi berbanding Suprima. Sudah tentu pilihan gear automatik menjadi pilihan terutamanya kepada pembeli yang kebanyakannya membuat pemanduan di dalam kota. Malah dengan hanya perbezaan RM3,000 sahaja berbanding varian asas, pembeli Suprima S sudah boleh mendapatkan varian yang paling hebat iaitu Premium.
banding
2. REKAAN LUARAN
Suprima S – secara mudah, model ini sebenarnya adalah Proton Preve versi hatchback. Daripada komen yang diterima, ramai yang kurang berpuas hati dengan rekabentuk belakang Suprima S.  Lampu bahagian belakang tidak cukup menggoda pada pandangan kami. Namun bahagian depan Suprima S memang tidak dinafikan mempunyai ciri-ciri yang mampu menarik perhatian.
Toyota Vios 2013 - masih mengekalkan rekaan "dugong", itulah antara komen yang kami terima. Secara jujur nampak seperti tiada kajian mendalam yang dilakukan oleh Toyota untuk model terbarunya ini. Kemungkinan besar ini adalah kerana keyakinan Toyota untuk menjual produknya kepada rakyat Malaysia. Lampu belakang Vios juga dilihat kurang menarik dan tidak mengikuti perkembangan seperti model-model kereta daripada Korea.
Kesimpulan – Oleh kerana rekaan luaran adalah satu perkara subjektif, kami tidak dapat memberi kelebihan kepada salah satu model ini. Mungkin di mata kami nampak hodoh, tetapi di mata anda nampak cantik. Apa pun, jika kami disuruh membuat pilihan daripada segi luaran sahaja, kami akan memilih Toyota Vios 2013.
3. REKAAN DALAMAN

kchproton1708
Suprima S - secara jujur, rekaan dalaman model ini nampak tidak begitu menarik. Sekali pandang, nampak terlalu kosong. Namun begitu, ciri-ciri seperti GPS dikuasakan Android, wifi, 7 inci LCD untuk pemain DVD dan 4-6 speaker berdasarkan model, memang terserlah kecanggihan yang ditawarkan.
Toyota Vios 2013 lebih kemas dan menarik jika dibandingkan dengan Suprima S. Turut ditawarkan skrin sesentuh 5.8 inci secara pilihan, Bluetooth, kamera undur belakang dan pemain DVD.
Kesimpulan - daripada segi susun atur, ia dimenangi oleh Vios. Namun daripada segi nilai untuk wang, Suprima S memenanginya. Tiada bayaran tambahan atau caj dikenakan untuk mendapatkan rekaan dalam premium Suprima S jika dibandingkan dengan Vios.
4. KESELAMATAN
Suprima S - enam beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta bagi model premium disertakan Park Assist dan kamera undur.
Toyota Vios 2013 - dua beg udara, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS) dengan EBS.
Kesimpulan - dimenangi sepenuhnya oleh Suprima S yang mendapat 5 bintang di dalam ujian keselamatan ANCAP.
5. ENJIN
Suprima S - 1.6 liter dengan ProTonic Continuous Variable Transmission (CVT), tujuh kelajuan automatik yang menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,000 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 205 Newton meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 rpm, berkuasa sama seperti enjin 2.0 liter lain.
Toyota Vios 2013 - njin 1NZ-FE 1.5 liter dengan kuasa 109ps bersama-sama tork maksimum 141Nm. Sistem transmisinya juga masih mengekalkan kotak gear automatik empat kelajuan, termasuk versi manual lima kelajuan.
Kesimpulan kekecewaan pada Vios 2013 kerana tidak menggunakan enjin baru sebaliknya hanya guna semula enjin yang digunapakai di dalam model Vios sebelum ini. Kategori ini dimenangi oleh Suprima S.


Bukti Teknologi Subprima S Proton Lebih Selamat - Youtube

Posted: 04 Aug 2014 03:15 AM PDT



Kelajuannya juga tidak menghampakan


Ketika mendaki Genting Highland


Video pelancarannya juga hebat



Banding dengan Honda City 

Palestin: Angka korban meningkat kepada 1,822 - @501Awani

Posted: 04 Aug 2014 02:40 AM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 04 Aug 2014 11:02 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Santai: Jem Bila DAPig Berterabur Atas Jalan

Posted: 04 Aug 2014 06:58 PM PDT


Teringat dua tiga hari lepas bila ahli-ahli DAPig terlepas di CIQ Johor Bharu, hampir lumpuh Tambak Johor kerana bas-bas kilang mogok menghalang lalu lintas.

Terkini beberapa binatang berstatus najis haram yang menjadi santapan para penganut DAPig pun turut serta membuat onar berkeliaran di atas jalan raya.

Khabarnya babi-babi tersebut akan dihantar ke Singapura untuk menjadi santapan para penduduk di sana. Para tokey lori babi ini sudah tentu akan merungut tambang tol yang akan dikenakan ke atas lorinya di Tambak nanti.

Mungkin kerana pening memikirkan margin keuntungan jualan babinya akan menjadi semakin kurang, maka lori babi yang dibawanya hilang kawalan lalu terbabas hingga menyusahkan pengguna jalanraya yang lain.

Itulah realiti yang berlaku dalam kehidupan para penikmat juadah babi ini. 

Bila kerajaan Singapork mengenakan caj RM129.00 DAPig diam tak kata apa.

Tapi bila Malaysia mengenakan caj RM16.50, DAPig menguak siang malam macam babi-babi kelaparan.

DAPig yang hidupnya siang malam hidup hanya memikirkan uang dan untung tanpa mengira samada ia merampas dan menzalimi orang lain...macam perangai babi juga asal perutnya kenyang tak kira halal atau haram bedal sajalah...  







Ajaran Sesat Terbaru Dibongkar?

Posted: 04 Aug 2014 12:59 AM PDT

Ajaran sesat yang semakin menular dalam Pakatan.


Hebat sangat ke Anwar Ibrahim sampai tak boleh nak dikritik?

* #MACAILOGIK

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 04 Aug 2014 09:27 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Sanggup DAP Biarkan Lelaki Dalam Penjara

Posted: 04 Aug 2014 05:06 PM PDT



Pendedahan Berani Tun M Mengenai Kehilangan Pesawat #MH370

Posted: 04 Aug 2014 08:33 AM PDT

Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Nafikan Beliau Punyai Bank Di Israel?

Posted: 04 Aug 2014 07:16 AM PDT



Press Statement Liow Tiong Lai On #MH17

Posted: 04 Aug 2014 03:53 AM PDT

4 August 2014

REPATRIATION OF HUMAN REMAINS FROM THE MH17 SITE:
STATEMENT BY LIOW TIONG LAI, MINISTER OF TRANSPORT, MALAYSIA

"Efforts to locate and identify victims of the MH17 tragedy continue.

"Once bodies have been identified and the necessary forensic work completed, the next-of-kin will be informed. Arrangements for repatriating the bodies will then be discussed with the next-of-kin.

"At all times, we will be guided by the next-of-kin, and will endeavour to carry out repatriation in line with their wishes.

"Arrangements are being made for a national day of mourning once all remains have returned to Malaysia."

ENDS

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 04 Aug 2014 09:16 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


ALAMAK...APASAL PULAI FLIP FLOP .

Posted: 04 Aug 2014 07:56 PM PDT

KIT SIANG MACAM YAHUDI MABOK

Posted: 04 Aug 2014 01:04 AM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 04 Aug 2014 03:28 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Foto seksi awek suspek bunuh remaja tayang lurah dada di FB!

Posted: 04 Aug 2014 09:38 AM PDT


Pasangan yang dikatakan membunuh seorang remaja di Jalan Labu semalam telah pun ditahan berikutan tersebarnya foto-foto aksi terlampau mereka di Facebook.

Berikut merupakan ringkasan berita mengenai penangkapan pasangan tersebut.

Polis menahan sepasang kekasih berusia 21 dan 19 tahun dipercayai terbabit dalam pembunuhan seorang remaja di tapak pembinaan di Batu 3, Jalan Labu, di sini, semalam.

Jurucakap polis berkata, kedua-dua suspek ditahan di Ampangan, dekat sini, jam 6 petang semalam.

Katanya, polis turut memburu tiga lagi individu berusia awal 20-an yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu.

Dalam kejadian itu, mayat Amir Fazli Suhaimi, 18, yang bekerja di Kompleks Sukan Nilai, dekat sini, ditemui tertiarap di dalam sebuah lubang di tapak pembinaan terbabit, jam 8.20 pagi kelmarin.

Foto terkini pasangan tersebut kini viral di Internet:

Pelawak Azlee Senario kini terlantar di hospital

Posted: 04 Aug 2014 01:01 AM PDT

Pelawak yang juga anggota kumpulan Senario, Azlee kini berada di wad di Hospital Damansara kerana masalah kesihatan.

Azlee atau nama sebenarnya, Mohd Azlee Bin Jaafar yang kini berumur 47 tahun dimasukkan ke wad kerana masalah hempedu.

Ramai juga peminat yang mendoakan dan mengucapkan selamat kepada Azlee Senario. Mari kita doakan agar pelawak legend ini selamat dan cepat sembuh.

Senario kini hanya dianggotai oleh 3 pelawak iaitu Azlee, Wahid dan Lan Pet Pet. Antara bekas ahli senario ialah, Saiful Apek, Shamsul Ghau Ghau dan Yassin.

Gambar di bawah:


Antara komen peminat:
Sumber: Hotlips Corner

Seluar dalam wanita pun boleh jadi modal...

Posted: 04 Aug 2014 12:01 AM PDT

Nanjing – Seorang penjual buah mempunyai cara tersendiri untuk melarikan buah pic yang dijualnya iaitu dengan memakaikan buah berkenaan celana dalam wanita.

Menurut Yao Yuan, dia mendapat idea berkenaan selepas mendapati terdapat persamaan antara buah pic dengan punggung wanita.

"Buah pic dan punggung wanita kelihatan sama, jadi saya berpendapat apa salahnya jika saya mencuba.

"Ia bukannya sesuatu yang dilakukan oleh orang lain,'' katanya.

Yuan telah mengupah sebuah syarikat membuat celana dalam wanita untuk menghasilkan celana kecil dan kemudian meletakkannya pada buah pic berkenaan.
"Syarikat yang membekalkan celana ini juga menghasilkan seluar dalam untuk pekerja terkenal di seluruh dunia,'' katanya.

Jelasnya, bukan sesuatu yang memalukan untuk menjual buah pic berkenaan malah dia mendapat permintaan daripada seorang pelanggan yang mahu sembilan buah pic dengan diletakkan celana berenda dan rantai serta kunci.

p/s- Aduhhaiii..macam-macam la.. segan nak beli..

Pasangan kekasih terlampau dicekup

Posted: 03 Aug 2014 11:45 PM PDT

Sekadar gambar hiasan
Seremban: Polis sudah menahan sepasang kekasih berusia 21 tahun dan 19 tahun disyaki terbabit pembunuhan seorang kakitangan Kompleks Sukan Nilai, Amir Fazli Suhaimi, 18, yang ditemui tertiarap di sebuah lubang di tapak pembinaan Batu 3, Jalan Labu di sini, semalam.

Sumber polis berkata, pihaknya menahan suspek lelaki berusia 21 tahun yang juga kakitangan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) bersama kekasihnya berusia 19 tahun di Ampangan di sini, kira-kira jam 6 petang semalam.

Katanya, kedua dua suspek bersama tiga yang masih bebas disyaki menyebabkan kematian Amir Fazli yang dihimpit menggunakan motosikal sebelum mangsa terjatuh dan dipercayai dipukul hingga terbunuh di lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya akan memohon reman kedua dua suspek jam 2 petang ini di Mahkamah Seremban selain memburu tiga lagi suspek yang masih menghilangkan diri.

GAMBAR pasangan kekasih yang disyaki balun seorang kakitangan kompleks sukan sampai mati tersebar di laman sosial.
"Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z membunyikan enjin motosikal kepada suspek di sebuah persimpangan lampu isyarat di Senawang sebelum dia dikejar hingga ke Jalan Labu.

"Akhirnya mangsa terjatuh daripada motosikal dan dipercayai dipukul hingga terbunuh," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

(Video) Ajak Shiro sudah berani lakonkan babak intim

Posted: 03 Aug 2014 11:31 PM PDT

Ajak (kiri) mengakui minta kebenaran isteri untuk berlakon disamping aktres Sherry Ibrahim.
PETALING JAYA: Pelawak dan anggota kumpulan Shiro iaitu Ajak terpaksa meminta kebenaran isterinya untuk melakonkan adegan intim dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul Sayang Wak Lu.

Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanafi Razak, 28, berkata, dia berbuat demikian kerana menghormati isterinya dan bersetuju melakonkan babak bersama aktres Sherry Ibrahim selepas mendapat kebenaran wanita berkenaan.

"Jika dia kata tidak boleh saya tidak akan berlakon dalam drama berkenaan tetapi dia faham dengan kerjaya saya sebagai pelakon cuma dia minta saya maklum kepadanya terlebih dahulu kerana bimbang timbulnya fitnah daripada pihak lain," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Ajak, babak berkenaan tidak melibatkan adegan ranjang sebaliknya hanya memaparkan kemesraan pasangan kekasih.

Dalam pada itu, Ajak mengakui, bukan mudah untuknya melakonkan watak serius dalam drama berkenaan kerana sudah terbiasa dengan peranan komedi sebelum ini.

Pun begitu kata Ajak, peluang diberikan Michael telah berjaya membuatkannya keluar daripada zon selesa dan tidak menolak sekiranya tawaran sama diberikan selepas ini.

"Memang mencabar dan rasa kekok tetapi tunjuk ajar daripada Michael membuatkan saya sedar bakat lakonan saya bukan hanya sekadar komedi sahaja.

"Selepas ini saya terbuka untuk mencuba lebih banyak watak lain kerana ia memberi latihan kepada saya untuk mengeksperesikan emosi dalam bentuk berbeza," jelasnya.

Sementara itu, Ajak berkata, itu tidak bererti dia akan meninggalkan dunia komedi dan mengakui lawak pentas masih menjadi keutamaan dan lakonan drama sekadar untuk mengutip ilmu.

DAP mahu Khalid ditukar kerana beliau sukar dirasuah

Posted: 03 Aug 2014 11:15 PM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata punca sebenar parti DAP menggelarkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai 'pengkhianat' adalah kerana Abdul Khalid sukar dirasuah dan tidak akan meletakkan jawatan secara sukarela.

Dalam artikel terbaharu dari blog beliau, Zainuddin berkata krisis politik di Selangor yang berpunca dari perebutan jawatan menteri besar ketika ini adalah kerana Abdul Khalid dilihat sebagai seorang yang tidak pandai berpolitik dan beliau telah mengecewakan pihak–pihak yang mahukan kuasa pentadbiran terutamanya berkaitan sumber kewangan negeri.

"Jawapannya mudah sahaja dan tidak perlu analisis mendalam. Pemberi rasuah yang paling besar di negara ini ialah orang Cina. Budaya mereka baik dalam MCA atau DAP," katanya dalam zamkata.blogspot.com.

Katanya lagi bangsa Melayu tidak mempunyai wang yang banyak untuk merasuah dan mereka terlalu malu untuk melakukannya sesama sebangsa.

Selain itu ahli perniagaan dikalangan parti DAP mengharapkan peluang untuk membuat keuntungan dari Abdul Khalid namun telah terbukti beliau bukan seseorang yang mudah dibeli.

"Khalid Ibrahim seorang profesional yang sukar untuk dirasuah dan dipergunakan telah amat mengecewakan mereka," tulisnya lagi.

Abdul Khalid juga menurutnya tidak pandai bermain politik dan kerana itu beliau tidak popular ketika bersama UMNO.

Zainuddin juga mendakwa tindakan DAP menyokong presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar kerana DAP berpendapat Khalid tidak dapat memberikan sumbangan kepada parti itu.

"Inilah sebab utama Khalid dianggap tidak berguna oleh DAP dan menyokong Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim yang dikira mudah untuk dipergunakan bagi mengalirkan sumber kewangan negeri bagi kepentingan politik,"

"Maka itu PAS yang mimpikan sebuah kerajaan yang bersih tidak faham kenapa Anwar mahu Khalid Ibrahim digantikan dengan isterinya sedangkan beliau yang paling lantang bercakap menentang rasuah,kroni dan sebagainya," tambahnya lagi.

Sebelum ini, pemimpin de facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan yang Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat telah menerima cadangan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai pengganti Abdul Khalid dan mengisi jawatan itu.

Namun presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melahirkan sokongan untuk Abdul Khalid terus menjawat jawatan itu sehingga tamat penggal.

Astro Awani

PKR mula 'telanjangkan' MB Khalid

Posted: 03 Aug 2014 11:01 PM PDT

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa terbabit aktiviti meragukan membabitkan urusniaga tanah, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail. 
PKR hari ini mendakwa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlibat dalam aktiviti meragukan membabitkan urus niaga jualan tanah di negeri itu.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, urusan jualan tersebut berlaku sejurus selepas tempoh sebulan Khalid mencapai penyelesaian luar mahkamah kes hutang dengan Bank Islam.

"Dalam tempoh sebulan selepas penyelesaian itu, kita dapati terdapat beberapa perkembangan yang menguatkan lagi keraguan membabitkan urus niaga berjumlah ratusan juta ringgit yang beri keuntungan kepada Eco World Berhad iaitu syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Rashid Manaf sebagai pengerusi dan pemegang saham utama," kata Saifuddin di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Saifuddin berkata, Eco World memperoleh 308.7 ekar tanah yang dijual oleh Tropicana Corp Berhad yang membelinya sebelum itu daripada kerajaan negeri Selangor pada April 2013.

Katanya, urusniaga penjualan kepada Eco World berlaku pada 19 Mac, 2014 selepas penyelesaian hutang Bank Islam dengan Khalid pada Februari 2014.

"Khalid perlu jelaskan kepada pemimpin parti, tapi kami tidak dapat jawapan yang memuaskan," katanya.

Selain projek urus niaga tanah, Saifuddin juga mendedahkan Eco World dianugerahkan projek perumahan mampu milik di Ukay Perdana pada 25 Mac, 2014.

"Pada 25 Mac, 2014 menteri besar menandatangani satu lagi MOU (Perjanjian Persefahaman) yang menganugerahkan projek pembinaan 2,400 unit rumah pangsa mampu milik di bawah geran Selangorku yang dianggarkan bernilai RM591 juta kepada Eco World di Sungai Sering, Ukay Perdana," katanya.

Beliau berkata, langkah memberikan projek itu juga meragukan kerana pada asalnya projek tersebut sedang dibincangkan dengan syarikat lain.

"Projek ini pada asalnya dirundingkan dengan syarikat lain yang berlarutan beberapa tahun tapi akhirnya dapat kepada Eco World," katanya.

Saifuddin berkata, dua perkara tersebut antara contoh kes yang melibatkan integriti Khalid sebagai menteri besar.

"Ini menimbulkan keraguan khususnya daripada sudut integriti," katanya.

Selain isu tanah, Saifuddin juga membangkitkan sikap dan cara Khalid mengendalikan isu air di Selangor kerana mengambil tindakan secara bersendirian.

Saifuddin berkata, PKR sendiri akan menghantar dokumen penjelasan mengenai alasan untuk menyingkirkan Khalid kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Beberapa perkara menyentuh kepimpinan Khalid akan dijelaskan dalam dokumen tersebut.

Awal tahun ini, PKR melancarkan Langkah Kajang untuk menukar Khalid dengan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima pelbagai aduan tentang menteri besar yang sudah masuk penggal kedua perkhidmatannya tetapi didakwa mentadbir negeri sesuka hatinya tanpa berunding dengan partinya, PKR atau pimpinan Pakatan.

Dia juga dikritik dalam caranya menangani beberapa isu lain seperti catuan air, rampasan Bible versi Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor dan Lebuhraya Kinrara Damansara.

Anwar sepatutnya bertanding dalam pilihanraya kecil Kajang tetapi rancangan itu tergendala selepas Mahkamah Rayuan mendapati dia bersalah dalam kes Liwat II melibatkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Isterinya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding menggantikan Anwar, menang kerusi dewan undangan negeri itu dan dipersetujui PKR sebagai paling layak menduduki kerusi menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, Khalid bertegas tidak akan mengundur diri sehingga penggalnya tamat.

Isu menteri besar Selangor juga dikatakan menjadi salah satu punca populariti PR jatuh merudum di Selangor setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) setahun selepas PRU13 mendapati sokongan kepada PR jatuh kepada 35% berbanding 50% enam bulan sebelum pilihan raya. – 4 Ogos, 2014.

TMI

Terlanjur pada malam Aidilfitri di ruang tamu

Posted: 03 Aug 2014 10:01 PM PDT

Gambar hiasan
BAGI mahasiswa yang hanya mahu dikenali sebagai Wati, 20, sifat ingin mencuba yang meluap-luap dalam dirinya dan teman lelaki membuatkan dia tewas kepada hasutan syaitan.

Daripada sekadar suka-suka, dia menjadi ketagih. Semuanya berlaku seperti kilat dan tanpa dirancang. Episod hitam hidup Wati bermula ketika umat Islam menyambut Aidilfitri tahun lalu.

"Saya tak menjangka perkara sebegini boleh berlaku kepada diri sendiri sebab selama ini saya hanya membaca kisah remaja terlanjur di akhbar dan majalah.

"Namun, apabila kena pada diri sendiri, baru saya tahu bagaimana perasaannya dan keperitan yang perlu ditanggung wanita terlanjur," katanya yang terpaksa menangguhkan pengajian satu semester di sebuah IPTA di Melaka.

Menceritakan pengalaman kali pertama terlanjur, Wati berkata, ketika kejadian dia menunggu kekasihnya yang dikenali sebagai Kamal, 21, bersiap untuk beraya di ruang tamu rumah lelaki berkenaan.

Benarlah seperti dinyatakan dalam al-Quran, apabila berdua-duaan, wujudlah pihak ketiga iaitu syaitan.

Ketiadaan ahli keluarga Kamal seolah-olah membuka ruang kepada mereka melakukan zina. Meskipun pada awalnya dia takut, namun akhirnya mereka tewas dengan gelora nafsu.

"Selepas melampiaskan nafsu, tiba-tiba wujud rasa bersalah dan berdosa terhadap ibu bapa. Pulang ke rumah, saya hanya mendiamkan diri. Pun begitu, masih belum timbul keinsafan apabila kami melakukan perbuatan itu untuk kali kedua seminggu selepas itu di rumah keluarga teman lelaki.

"Selepas perbuatan kali kedua itulah, saya mengandung. Itu pun hanya disedari selepas kandungan mencecah usia tiga bulan kerana saya tidak mengalami alahan atau komplikasi seperti wanita mengandung lain," katanya.

Semakin hari kandungan Wati makin membesar dan tidak mampu disorok lagi. Dia mengalami kemurungan dan mahu menggugurkan kandungan itu, namun dihalang teman lelakinya yang mahu bertanggungjawab ke atas bayi itu.

"Menyedari kesilapan dan keterlanjuran dilakukan, saya kemudian menyuarakan hasrat mahu bernikah segera kepada ibu. Sebelum mengikuti kursus perkahwinan, ibu panggil saya lalu bertanya mengapa mahu bernikah secara tiba-tiba.

"Saya menceritakan apa berlaku dan mengaku hamil lima bulan. Ibu sedih lalu menangis dan kecewa kerana keluarga kami bukan daripada golongan bermasalah.

"Saya dibesarkan penuh kasih sayang dan menerima pendidikan agama yang cukup, apatah lagi saya selalu mengingatkan rakan supaya menjauhi perkara yang dilarang agama," katanya.

Tanpa membuang masa, si ibu memberitahu ayah dan anak sulung mereka. Meskipun kecewa dan marah, mereka masih menerima Wati sebagai ahli keluarga.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana sedar lebih awal dan tidak mengulanginya semula. Lebih bersyukur apabila teman lelaki mahu bertanggungjawab dan mengahwini saya selepas tamat belajar kelak," katanya yang melahirkan bayi perempuan pada bulan lalu.

Harian Metro

Bekas peserta AF tukar jantina, berpakaian songsang di Aidilfitri

Posted: 03 Aug 2014 09:01 PM PDT

Bekas peserta Akademi Fantasia musim ke 3, Amylia telah sekali lagi mencuri tumpuan di industri hiburan tanah air.

Kali ini penyanyi tersebut menyambut hari raya dengan berpakaian seperti lelaki dengan lengkap memakai baju melayu serta bersongkok.

Amylia yang lebih dikenali sebagai Amy AF3 merupakan antara peserta yang menyerlah juga selain Mawi, Marsha Milan, Reza, Amylea, Yazer, Felix, Eliza dan Kefli.

Ramai yang terkejut dengan perubahan besar bekas peserta AF ini.

p/s: Harap maaf, sumber utama foto-foto Amy AF3 meminta pihak yang menyebarkan foto Amy yang berpakaian lelaki membuang gambar berkenaan...

Artis wanita gelabah baju terlondeh ketika menari

Posted: 03 Aug 2014 07:01 PM PDT

Eda Nolan a.k.a Juniper telah mengalami saat-saat yang memalukan ketika berada di dalam sebuah rancangan talk show.

Ianya berlaku ketika beliau sedang menari tarian macarena. Dengan blouse pendek paras dada yang dipakainya, pakaian tersebut tidak dapat bertahan lama dengan pergerakan agresif Juniper.

Akibat dari situasi tersebut, bahagian atas bajunya sedikit terlondeh hingga menampakkan sebahagian dari payudaranya. Beliau yang menyedari keadaan tersebut cuba menarik ke atas pakaianya.

Juniper dalam pada itu menafikan payudaranya terlihat malah beliau berkata ianya adalah bra yang dipakainya.



Dr Asri sokong Wan Azizah jadi MB tapi berbelit-belit

Posted: 03 Aug 2014 06:45 PM PDT

SHAH ALAM – Pelantikan wanita sebagai menteri besar di sesebuah negeri tidak menjadi masalah, bagaimanapun kredibiliti dan kebolehan individu tersebut menggalas tugas perlu dipertimbangkan.

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainal Abidin berkata, melalui konteks Islam bidang kuasa menteri besar terbatas tidak seperti khalifah terdahulu yang menguruskan secara langsung ketenteraan, peperangan dan sebagainya.

"Pandangan ini tidak bererti saya bersetuju jika Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor, tetapi apabila kita katakan wanita tidak boleh menjadi menteri besar, kita kena beri alasan kenapa agama tidak membenarkan.

"Secara umumnya ada perbahasan serius di dalam kitab fiqah berhubung perkara ini dan majoriti para sarjana Islam tidak bersetuju wanita jadi khalifah dan mereka syaratkan lelaki. Tetapi kuasa menteri besar terbatas tidak seperti khalifah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, wanita dilantik sebagai pemimpin kini sudah menjadi perkara biasa asalkan mempunyai keupayaan mentadbir kumpulan, organisasi mahupun negeri.

Jelasnya, kebiasaan lelaki sebagai ketua atau pemimpin adalah tabiat manusia yang mahukan ia berlaku.

"Seperti contoh, calon presiden Amerika Syarikat melantik lelaki walaupun mereka membincangkan hak wanita tetapi mereka tidak pernah melantik wanita pun jadi presiden, menunjukkan memang untuk jadi pemimpin mesti lelaki.

"Tabiat wanita sendiri pun meletakkan lelaki sebagai pemimpin mereka dalam rumah tangga dan sebagainya.

"Tetapi apabila bercakap mengenai pengurusan, wanita juga mampu urus banyak perkara dan terbukti ada wanita yang telah menjadi guru besar, ketua pejabat, menteri dan isu ini sepatutnya tidak timbul," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh isu wanita tidak sesuai menjadi menteri besar di negeri ini kerana tidak boleh mengiringi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menunaikan solat Jumaat adalah sesuatu yang tidak wajar disensasikan.

"Ikut Sultan solat Jumaat bukan tugas hakiki menteri besar. Yang menjadi persoalan adalah, adakah Wan Azizah layak? Ia tiada kaitan dengan gender tetapi kemampuan beliau menjaga negeri," katanya.

Kisah tubuh isteri pakai 'legging' dinikmati lelaki mata keranjang

Posted: 03 Aug 2014 06:01 PM PDT

Ini sebuah kisah yang sangat menyayat hati. Mampu menyentuh jiwa sesiapa yang membacanya.

Suatu hari, seorang suami bersama isteri kesayangannya pergi bersiar-siar di sebuah shopping complex. Mereka berjalan berdua, isterinya menolak anak kecil yang sedang tidur di dalam sebuah 'stroller'. Sehinggalah tiba di tengah shopping mall, si suami mengajak isterinya melihat sebuah pameran kereta di situ. Kerana sayangkan suami, si isteri pun mengikut walaupun tidak berminat.

Si suami berjalan dan berhenti sebentar berhampiran sebuah kereta. Si suami sangat berminat dengan kereta itu. Dia memerhatikannya dengan agak lama.

Dalam keasyikan si suami seronok memerhatikan kereta yang hebat itu, sekumpulan 5 orang lelaki Myanmar sedang berdiri statik 2 meter di belakang mereka. Aku berada tidak jauh dari situ menjadi saksi melihat gelagat lelaki-lelaki Myanmar itu. Mereka juga sedang dalam keasyikan sama seperti si suami itu.

Selama 5 minit si suami menikmati keindahan kereta di situ, selama itu jugalah 5 orang lelaki Myanmar yang tidak dikenali tersebut berdiri statik dengan mata yang terjojol menikmati keindahan bentuk tubuh isterinya yang cantik menggoda yang dibaluti dengan T-shirt lengan panjang sendat biru dan sepasang legging hitam nipis berkilat yang jelas membonjolkan kegebuan betis dan peha isterinya.

Aku memerhatikan 5 lelaki Myanmar itu tersengih-sengih seronok menikmati panorama itu.

Siapa yang tidak suka pada tayangangan percuma?

Aku tidak tahu mahu berkata apa. Jika aku katakan "Padan muka pada si suami dan wanita itu", bunyinya terlalu kejam.

Aku sekadar berdiam diri sahajalah.

Yang pastinya, aku tidak akan membiarkan isteri aku pakai legging di khalayak ramai seperti itu.

SUMBER

Penyanyi rap hairan AS sokong kekejaman Israel

Posted: 03 Aug 2014 04:20 PM PDT

SELEBRITI rap Hollywood, Waka Flocka Flame menyuarakan kehairanan ke atas kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang membiarkan Israel membedil Palestin.

Kutukan ke atas kerajaannya sendiri itu disuarakan melalui akaun Twitternya yang mempunyai hampir 49 ribu pengikut.

"Bagaimana negara ini (AS) boleh membiarkan #Palestin menderita? Semoga Tuhan memberikan kekuatan ke atas negara tersebut," katanya menerusi status yang dimuat naik ke Twitter pada 12 Julai lalu.

Dia kemudiannya terpaksa berhadapan dengan kritikan dari sesetengah peminatnya yang menentang sokongan terhadap negara Palestin.

"Saya mendapat mesej dari sesetengah pihak yang mengatakan saya memilih dan menyokong Palestin. Mesj tersebut juga melarang saya daripada berbuat demikian," katanya lagi menerusi paparan status melalui akaun Twitternya pada 14 Julai lepas.

Pun begitu, Flame tidak menarik balik kenyataannya malah dia turut memaparkan status terbaru pada hari yang sama dengan mengatakan bahawa dia tidak memilih mana-mana pihak dan hanya mahukan keamanan.

"#Wrongside..#Rightside...tolong hentikan dan jangan biarkan kanak-kanak ini menderita.

"#IchosePeace #HELPTHEHELPLESS," katanya lagi.

Facebook tapis imej penderitaan Gaza

Posted: 03 Aug 2014 04:10 PM PDT

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang penulis buku Amerika Syarikat (AS) yang menentang kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin, Naomi Wolf, mendedahkan dia diberi amaran oleh Facebook yang akaunnya boleh ditamatkan.

Menurutnya, Facebook turut menjelaskan mereka telah menapis imej-imej yang Naomi muat naik daripada sumbernya di Gaza.

"Kami menerima amaran dari (Facebook), mungkin kerana imej-imej mangsa yang cedera dan maut yang dipaparkan oleh para penyumbang dan wartawan rakyat agak mengerikan," katanya yang dipetik dari sebuah portal berita alternatif, Countercurrentnews.com kelmarin.

Pihak Facebook bagaimanapun, tidak menjelaskan secara terperinci bahagian mana kemas kini statusnya yang melanggar syarat, sedangkan Naomi mengakui dia pernah melihat banyak imej-imej mengerikan berkaitan Holocaust di Facebook sebelum ini.

Naomi yang merupakan bekas penasihat politik telah menerbitkan antara buku terlaris di AS iaitu 'The Beauty Myth'.

Keberaniannya dalam melahirkan pandangan dan pendapat terhadap serangan Israel ke atas Gaza menyebabkan dia diminati dan diikuti pelbagai invididu termasuk rakyat tempatan, umat Islam dan orang Yahudi.

Duke of UMNO

Posted: 04 Aug 2014 01:35 PM PDT

Duke of UMNO


BETUL.. RASA MACAM NAK LEMPANG JE BUDAK POMPUAN NI...

Posted: 04 Aug 2014 06:17 AM PDT

Kadang-kadang ramai jugak la saya jumpa dengan bebudak generasi Y ni. Ramai yang bangga bila diistilahkan dengan "Gen Y" walaupun bunyinya macam nama model kereta Proton... heheheee.. gurau jerrr...

Menariknya, ramai jugak la budak-budak Gen Y ni malu dengan perangai kawan-kawan depa yang makin kurang ajar, tak bermoral, tak de akhlak... malah ada yang sanggup kutuk kecam kawan-kawan depa sebagai "macam takdak agama"...

Terbaru, ada satu kes ni... tak tau la apa gila budak ni marah kat mak dia sampai macam tu sekali....


Sampai mencarut maki hamun mak sendiri kat WeChat? Tu diaaa... sakan jugak nooo budak ni... Kalau budak ni adik hangpa, apa agaknya hangpa nak buat?

Ni... cuba tengok perangai budak pompuan tu kat sini... buruk bebenoooo bebbb...!

Pada saya, sebesar mana pun dosa atau kesalahan ibubapa kita, bukan hak kita untuk hukum ibubapa kita. Malah yang laing utama, kita perlu layan ibubapa kita dengan baik walau bagaimana sekali pun kesalahan depa kat kita...

Tu bukan saya yang tetap hukum... refer kat Al-Quran. Nak kata "uhh" kat ibubapa kita pun tak boleh. Apatah lagi nak sakitkan hati depa. Menitik airmata ibubapa disebabkan perangai buruk kita, maka berdosa la kita...

Malah Rasulullah SAW pun letakkan martabar ibu kita di maqam yang paling tinggi... ingat tak hadis yang Rasulullah sebut "Ibu, Ibu, Ibu" sampai tiga kali tu? Lepas tu baru "ayah", kan? 

NAK TANYA SIKIT.. "PAS NI ADA MARUAH LAGI KE TIDAK?"

Posted: 03 Aug 2014 11:33 PM PDT


Saya nak tengok berapa lama akar umbi PAS nak sabar dengan pemimpin depa. Saya nak tunggu berapa lama depa boleh tahan dengan buli PKR dan DAP...

Saya nak saksikan apa yang akar umbi PAS boleh buat pada PKR dan DAP... 

Saya teringin sangat nak tengok apa reaksi sebenar yang terbuku dalam hati penyokong-penyokong PAS ni...


Ni cuba baca kat sini.... pedih, tapi benar... hakikat yang perlu ditelan seluruh akar umbi PAS...lagi pun apa daya akar umbi PAS..? Terima saja laaaa... kan?

Nak tanya sikit... mana letakkan MARUAH PAS sekarang? Rela maruah PAS dilanyak PKR dan DAP?

Tepuk dada tanya selera... mujur saya dah lama tinggalkan PAS... adiossss... ma'assalaamah ya akhi...

RUPANYA ADA PENYOKONG ISRAEL DI NEGERI GUAN ENG..???!!! #OpSaveGaza

Posted: 03 Aug 2014 07:31 PM PDT

#OpSaveGaza
Saya tak sangka, ada jugak di kalangan rakyat Malaysia yang sokong Yahudi Israel laknatullah kat bumi Malaysia ni? Tu namanya kurang ajar sangat la tuuuu...

Lepas tu pulak khabarnya penyokong kuat rejim zionis Israel tu dok kat negeri Guan Eng? Guan Eng dok ternak penyokong Yahudi kat Penang ke?

Pada saya, budak macam ni memang wajar dikecam. Takde hati perut!

 

Nak tengok budak tu? Klik kat sini.... kalau jumpa budak tu sila ludahhhh...

Apa Yang Tersirat

Posted: 04 Aug 2014 01:16 PM PDT

Apa Yang Tersirat


PKR Mula Serang Integriti Khalid Ibrahim

Posted: 04 Aug 2014 12:30 AM PDT


NAMPAKNYA Tan Sri Khalid Ibrahim tiada masa depan lagi dalam PKR. Bertahan atau letak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor; tidak akan dapat mempertahankan namanya. Kepimpinan PKR seolah-olah sudah sepakat, Khalid adalah seseorang yang pesona non grata dalam parti.

Terkini, kepimpinan PKR akan mengemukakan penjelasan secara tertulis kepada pemimpin Pakatan Rakyat, mengapa Khalid perlu dilucutkan daripada jawatan MB Selangor. Antara isi penjelasan itu, adalah membangkitkan hutang lapuk Khalid daripada Bank Islam berjumlah RM67juta; di mana hutang itu berlaku sebelumpun Khalid menjadi ahli PKR apatah lagi MB.

Difahamkan juga, Khalid akan dihentam berkaitan penjualan tanah milik kerajaan Selangor kepada sebuah syarikat pimbinaan di mana tanah tersebut dibangunkan rumah mampu milik bagi rakyat Selangor.

Keengganan Khalid meletakkan Jawatan sebagai MB untuk membolehkan isteri Anwar Ibarhim mengambil alih jawatan itu, membuatkan semua pemimpin PKR mencari berbagai helah untuk memaksa Khalid termasuk menghentam isu integriti MB Selangor itu.

Melihat tindak tanduk kepimpinan PKR, nampaknya, Khalid tiada pilihan, beliau perlu bertahan sehingga ke garisan penamat; pilihannya yang ada padanya- bubar DUN dan serahkan mandat kepada rakyat Selangor untuk memilih MB atau kerajaan baru Selangor.

Cucu Tok Selampit

Posted: 04 Aug 2014 01:08 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Video Orang Minyak Di Dataran Pahlawan, Melaka Tersebar

Posted: 04 Aug 2014 04:52 AM PDT




Anak siapalah ni. Ingatkan orang minyak hanya wujud dalam filem P Ramlee, Sumpah Orang Minyak. Dalam zaman moden inipun masih ramai yang buat perkara yang pelik-pelik. Sehari dua ini berlegar di media-media sosial gambar-gambar yang dikatakan orang minyak. Kejadian ini sebenarnya berlaku di Dataran Pahlawan, Melaka pada hari pertama Raya lalu. 

Orang minyak berkenaan dikatakan menganggu orang ramai yang lalu lalang terutamanya kaum wanita. Dengan bantuan pengawal keselamatan, suspek akhirnya berjaya diberkas. Video di bawah dikongsi oleh seorang rakan Facebook.

Kalau Hendak Boikot Mc Donalds Silakan - Jangan Biadap Sebegini

Posted: 03 Aug 2014 10:31 PM PDT


Bayangkan orang asing datang ke rumah kita, buat rumah kita sesuka hati mak bapak dia seolah-olah mak bapak dia bayar sewa rumah atau ansuran Bank. Tindakan pemuda yang tidak beradab ini membawa nasi bungkus dan teh o ais untuk makan di Mc Donalds untuk menunjukkan tindakan boikot adalah keterlaluan dan kurang ajar. Tindakan sebegini tidak sepatutnya dipuji. Kalaulah ada peraturan yang tak benarkan makanan dari luar dimakan di sesuatu premis sewajarnya dihormati. Apa yang terjadi ini hanyalah mencerminkan sikap tak peduli aturan dan hormat pada orang lain.

CTS juga tidak setuju dengan tindakan sesetengah pihak yang mengambil gambar orang sedang makan di Mc Donalds atau mengadakan ceramah depan pintu masuk restoren dengan bertujuan untuk dimasukkan ke dalam Facebook (penyokong utama Zionist Israel) dengan niat memalukan orang (public shaming). Memboikot sesuatu produk adalah hak individu. Tak perlulah rasanya untuk memaksa semua orang mengikut kehendak kita. Nak boikot tu boikot la, tapi tidak perlu pergi depan Mc Donalds untuk memalukan pekerja-pekerja muslim. Mereka hanya cari makan secara halal. Kalau berhenti, kau nak gajikan ke?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan