Rabu, 2 Julai 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Rembau Hari Ini

Posted: 01 Jul 2014 07:06 PM PDT

Rembau Hari Ini


Bantulah mereka yang susah di sekeliling kita dulu

Posted: 30 Jun 2014 08:36 PM PDT




Sebenarnya ramai yang susah di sekeliling kita. Sebelum kita nak bantu orang lain, carilah saudara mara kita, orang kampung kita, jiran tetangga kita yang susah dulu. Kalau semua amalkan seperti ini, saya yakin tidak akan terpampang di dada akhbar mereka yang memerlukan bantuan.

Takut nanti di akhirat nanti kita akan ditanya kenapa kita bantu orang yang kita tidak kenal, yang duduk jauh dari kita, sedangkan ada saudara mara kita sendiri yang susah, jiran kita yang susah.

Gunakanlah kesempatan sebelum solat Tarawih, umumkan kepada jemaah surau dan masjid siapa yang memerlukan bantuan di tempat tersebut.

Gunakanlah kesempatan sebelum solat Jumaat, umumkan kepada jemaah masjid siapa ahli kariah yang memerlukan bantuan di tempat tersebut.

Kalau di kampung pun sama juga. Contohnya di Rembau, walaupun ramai keluarga miskin di sini, warga emas yang lumpuh pakai lampin, remaja OKU, saya pasti ramai anak Rembau yang merantau yang sanggup membantu, cuma mereka menyangkakan orang yang duduk di Rembau ini banyak menerima bantuan JKM serta bantuan jiran tetangga. Walhal yang duduk di kampung ini ialah mereka yang ada daripadanya duduk di rumah peninggalan keluarga yang sudah nak roboh.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 01 Jul 2014 01:05 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Apa sudah jadi? Tanpa tender, sebut harga dan kontrak pun boleh jadi pembekal kepada MPHTJ..

Posted: 30 Jun 2014 05:54 PM PDT

Laporan Audit Melaka siri 2 mendedahkan jumlah wang rakyat yang melebihi RM1 juta telah dibelanjakan tanpa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. Semakan Audit terhadap 17 fail syarikat pembekal di Jabatan Kebersihan dan Lanskap, Perlesenan dan Korporat dan Khidmat Masyarakat Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mendapati 8 daripadanya telah ditawarkan perkhidmatan dan bekalan tanpa sebut harga yang mana jumlah keseluruhan 8 projek tersebut adalah RM1.13 juta.

Semakan Audit selanjutnya mendapati tiada kontrak formal disediakan walaupun semua perolehan bekalan/perkhidmatan tersebut adalah bermasa berdasarkan trend bayaran setiap bulan. Ini disebabkan pegawai yang bertanggungjawab tidak mengambil berat terhadap peraturan perolehan yang berkuatkuasa.


Kesannya MPHTJ tidak mendapat harga tawaran yang lebih baik dan pembekal lain tidak berpeluang untuk bersaing bagi mendapat projek tersebut. Selain itu, ketiadaan kontrak formal menyebabkan MPHTJ tidak dapat mengambil sebarang tindakan sekiranya pembekal gagal melaksanakan bekalan/perkhidmatan yang diarahkan. Di samping itu, MPHTJ juga tidak dapat menentukan tempoh bekalan/perkhidmatan bagi projek tersebut.

Peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan menyatakan pembelian setiap jenis item yang melibatkan jumlah perbelanjaan tahunan atau sesuatu kontrak melebihi RM50,000 tetapi tidak melebihi RM500,000 hendaklah dibuat dengan mempelawa sebut harga di kalangan sekurang-kurangnya 5 pembekal tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Ia juga menyatakan semua perolehan bekalan atau perkhidmatan bermasa perlu disediakan kontrak formal walaupun nilai perolehan kurang daripada RM50,000.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil dengan ini secara tegas menyeru agar pelanggaran prosedur perolehan disiasat segera oleh Yang Di Pertua MPHTJ dan mengenakan tindakan tatatertib dengan sewajarnya seperti yang disarankan oleh Laporan Audit. Selain itu, pemantauan berterusan daripada pihak atasan yang berintegriti perlu dilakukan bagi mengelakkan daripada perkara ini daripada berlaku.

Sumber maklumat : Laporan Audit Negara

Musab Umair

Tazkirah Ramadhan

Posted: 30 Jun 2014 04:14 PM PDT

Ramadhan merupakan bulan yang sangat mulia. Di dalamnya penuh dengan kenikmatan dan ganjaran pahala. Di bulan Ramadhan juga banyak peristiwa kemenangan yang berlaku kepada umat Islam. Kemenangan umat Islam di Badar Al Kubra, Pembukaan Kota Mekah serta kemenangan umat Islam di 'Ain Jalut.

Pada tarikh 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah, ketika umat Islam menunaikan ibadah puasa, Rasulullah S.A.W telah keluar bersama-sama sahabatnya dengan kelengkapan yang kecil dan sederhana bagi mengawal Negara Islam Madinah. Baginda telah berhadapan dengan bala tentera musyrikin dalam jumlah yang sangat besar. Tentera musyrikin lengkap dengan kelengkapan peperangan muncul dengan satu matlamat iaitu untuk menggempur dan menewaskan tentera Islam.
Rasulullah S.A.W menghadapi peristiwa ini dengan tenang. Sebelum pertempuran bermula, baginda S.A.W telah bermunajat kepada Allah S.W.T ( yang bermaksud ) :

 Wahai Tuhanku, jika sekiranya dimusnahkan golongan ini dari kalangan Islam nescaya Engkau tidak akan lagi disembah di atas muka bumi ini selama-lamanya.   ( Riwayat Al Bazzar )

Baginda tidak menyatakan sekiranya kami tewas, apa akan terjadi kepada anak, isteri dan keluarga kami serta harta benda dan tanah air.

Berbeza pula dengan Abu Jahal yang turut berdoa kepada Allah S.W.T agar ditewaskan golongan mukmin yang dianggap telah memutuskan silaturrahim dalam masyarakat :

Dari Abdullah bin Tha'labah bin Sua'ir, bahawasanya Abu Jahal telah berkata tatkala dua pihak bertembung (semasa perang Badar ), Wahai Tuhanku, inilah dia orang yang memutuskan silaturrahim dan membawa ajaran sesat, maka binasalah mereka di pagi ini. ( Riwayat Imam Ahmad )

Abu Jahal telah menuduh Nabi Muhammad S.A.W serta orang yang beriman sebagai golongan yang sesat. Dia lupa kepada persoalan sebenar dalam kehidupan manusia iaitu manusia mesti mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dan perlu menolak sebarang bentuk syirik terhadapNya. 


Pengabdian diri kepada Allah S.W.T akan menjadikan seseorang itu yakin dengan segala kekuasaan Allah S.W.T, mereka percaya bahawa Allah S.W.T tidak boleh ditewaskan, ditolak dan dihalang kemahuanNya. Perkara yang sedemikian dapat dilihan dari sikap para sahabat bilamana diberi peluang untuk balik ke Madinah ataupun menghadapi musuh di Badar. Al Miqdad bin Al Aswad lantas menyebut;

Wahai Rasulullah S.A.W demi Allah kami tidak sekali-kali akan berkata kepadamu sebagaimana Bani Israil berkata kepada nabi Musa A.S." pergilah kamu dengan tuhan kamu untuk berperang, sesungguhnya kami hanya akan duduk di sini sahaja," tetapi kami akan berkata "pergilah kamu (Rasulullah S.A.W bersama tuhan kamu untuk berperang, sesungguhnya kami akan sentiasa bersama kamu turut berperang."

Peristiwa Fath Makkah juga berlaku di bulan Ramadhan. Ianya berlaku pada tahun 8 Hijrah. Rasulullah S.A.W telah mengumpulkan bala tentera untuk menawan Mekah, tanah kelahiran baginda sendiri. Tujuannya ialah bagi membebaskan bumi Mekah dari cengkaman jahiliyyah. Mekah pada waktu itu dipimpin oleh Abu Sufian yang belum lagi memeluk Islam. 

Bumi Mekah masih penuh dengan amalan jahiliyyah yang menyesatkan manusia dari mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Golongan musyrikin Mekah yang telah membatalkan perjanjian Hudaibiyah dijadikan alasan yang kukuh oleh Rasulullah S.A.W untuk menyerangnya.

Mekah ditakluk tanpa pertumpahan darah. Penduduk Mekah menyerah diri kepada Allah S.W.T dan Rasulnya S.A.W. Peristiwa ini dirakamkan oleh al-Quran. Firman Allah;

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau Wahai Muhammad Berjaya menguasai negeri Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.    ( Al Nasr : 1-3 )


Ramadhan merupakan bulan perjuangan. Marilah kita mengambil semangat Ramadhan dengan menyedari bahawa umat Islam hari ini sedang dijajah oleh kuasa Barat. Pemikiran serta tindak tanduk umat Islam juga sedang dijajah. Ayuh marilah kita bangkit berjuang. 


Disediakan oleh Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Bukit Katil

KHIDMAT MERU

Posted: 01 Jul 2014 09:16 AM PDT

KHIDMAT MERU


Berqiyamullail dipimpin oleh Ustaz Imran Nasoha.

Posted: 30 Jun 2014 07:37 PM PDT




Alhamdulilah sempat bersama jamaah berqiyamullail dipimpin oleh Ustaz Imran Nasoha seawal 4.15 pagi dan bersahur bersama di Masjid As Syariff Pekan Meru.
Alhamdulilah sempat juga memberi KULTUM atau Kuliah Tujuh Minit kpd jamaah yg memenuhi masjid selesai Solat Subuh berjemaah.
Masjid Meru sejak 2008 mengadakan Qiyamullail dan iftar serta sahur berjemaah pd setiap hari dlm Bulan Ranadhan.
 

Melawat 10 buah rumah rakyat di persekitaran DUN MERU.

Posted: 30 Jun 2014 07:32 PM PDT












Yb Dr Rani bersama2 Ketua2 Kampung berkesempatan melawat 10 buah rumah rakyat yg memerlukan bantuan di persekitaran DUN Meru.
Mereka merupakan OKU, pesakit lumpuh dan mangsa kemalangan serta mereka yg memerlukan kerusi roda.
Selain dari sumbangan kerusi roda dan makanan, mereka juga diberikan sumbangan kewangan dan ubatan.
Ini adalah lanjutan dari khidmat seorang wakil rakyat sejak tahun 2008 lagi insyaAllah.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 01 Jul 2014 07:27 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


RAMADHAN AL MUBARAK : BULAN MERAIH CINTA ALLAH - TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Posted: 30 Jun 2014 09:48 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan