Barisan Nasional

Dicatat oleh Admin | | Posted On Rabu, 2 Julai 2014 at 1:13 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


Apa Yang Tersirat

Posted: 02 Jul 2014 01:09 PM PDT

Apa Yang Tersirat


PEMBANGKANG TIDAK PERLU MENANG PRU UNTUK KUASAI NEGARA - Tun Abdul Hamid Mohamad

Posted: 02 Jul 2014 07:03 AM PDT

JIKA ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti betul, adalah keputusan saya untuk menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) atau dalam bahasa Inggerisnya, National Unity Consultative Council (NUCC).

Saya menolak tawaran itu kerana khuatir akan menjadi alat bagi memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak tertentu yang sentiasa mencari peluang menguatkan kedudukan mereka dengan menghakis hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak serta kedudukan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka.

Saya takut sekiranya saya akan menjadi pengkhianat kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN. Apabila saya melihat komposisi dan nama ahli-ahli MKPN, saya lebih yakin bahawa keputusan saya itu adalah betul.

Besar kemungkinan MKPN akan menjadi saluran untuk pihak yang mendukung program parti pembangkang terutama DAP dan PKR (manakala Pas, seperti biasa akan menurut sahaja) dan ahli-ahli Melayu/Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang liberal itu.

Ahli-ahli yang terdiri daripada anak negeri Sabah dan Sarawak terutama beragama Kristian, yang kurang senang dengan isu kalimah Allah, juga akan bersekongkol tanpa menyedari hak-hak mereka juga akan terhakis.

Siapakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar MKPN? Pengerusinya ialah Ahli Parlimen Pas Parit Buntar, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Timbalan Pengerusinya ialah bekas Presiden Majlis Peguam, Lee Chee Wee.

Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), secara sengaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar dan menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang: Racial and Religious Hate Crime Billl; National Harmony and Reconciliation Bill; dan National Harmony and Reconciliation Commission Bill.

Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanah air. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta menyokong kenyataan ini. Bagaimanapun saya akan ceritakan satu peristiwa yang berlaku semasa menjadi Ketua Hakim Negara.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan. Untuk menjaga hubungan baik di antara badan kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tidak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti pembangkang. Antara lain, Datuk S. Ambiga berkata; "Akhirnya para pengundi telah matang". (Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan PKR?)

Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang pula menulis puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihan raya atas tiket DAP dan PKR. Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan sebagai, 'our heroes'.

Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebagai dif kehormat! Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu, terlalu sensitif terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitif terhadap perasaan mereka.)

Saya difahamkan Chee Wee dan Andrew Khoo (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis Comango) terlibat menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Naskhah awal yang saya terima melalui e-mail tertera kata-kata 'Prepared by Bar Council'. Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan serupa, seksyen demi seksyen.

Apa salahnya jika pembangkang dilantik menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa itu? Ia bererti, paling kurang setelah BN berhempas-pulas untuk memenangi PRU-13, ia mengetepikan para pengundinya untuk mengambil hati pembangkang.

Jika demikian untuk apa penyokong-penyokong BN terutama sekali UMNO bekerja keras memberi kemenangan kepada UMNO dan BN? Pembangkang pula tidak perlu bekerja keras untuk menang, sebab jika kalah sekalipun tetap dapat menyerapkan rancangannya untuk dilaksanakan juga.

Apa salahnya jika Majlis Peguam yang menggubal draf awal? Saya katakan, apabila diberi peluang Majlis Peguam semestinya akan menggubal seperti yang dikehendakinya, sesuai dengan kehendak parti-parti yang disokongnya iaitu DAP dan PKR.

Hal seperti ini pernah berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa itu), Datuk Zaid Ibrahim. Oleh kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan.

Ringkasnya, mengikut draf itu suruhanjaya akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli suruhanjaya itu adalah peguam. Ertinya peguam-peguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: "Jika Rang Undang-undang ini diluluskan, hakim-hakim akan melutut kepada peguam-peguam."

Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan. Tidakkah kita belajar daripada kesilapan itu? Atau, dalam hal ini, adakah ia disengajakan, cuai atau kerana tidak dapat berfikir?

Saya difahamkan bahawa Chee Wee, bersama-sama Christopher Leong (Presiden Majlis Peguam) dan Andrew Khoo telah pun turun padang untuk mempromosikan agenda mereka. Seperti yang ditegaskan oleh MKPN, rang-rang undang-undang itu berada di peringkat rundingan. Walaupun ia masih di peringkat rundingan, soalan saya mengapa pembangkang termasuk Majlis Peguam dan Comango diminta, dibenarkan, dibiarkan untuk menetapkan dasar dan menggubalnya, sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri?

Mengikut amalan biasa, apabila kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, kerajaan (kementerian atau jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan dasar. Selepas itu kementerian/jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di kementerian atau jabatan itu). Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu kementerian atau jabatan. Mengapa amalan itu tidak diikuti?

Dalam hal ini, amat menghairankan mengapa jawatankuasa itu bukan sahaja diberi tugas untuk mendraf rang-rang undang-undang, bahkan menetapkan dasar mengenainya. Peguam Negara pun tidak diberi tugas seperti itu.

Perlu ditegaskan bahawa saya tidak menentang pihak pembangkang dirunding mengenai rang-rang udang-undang itu. Tetapi, janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kepada mereka. Mereka tentu sekali akan menetapkan dasar dan menggubal mengikut kehendak mereka. Ini kita dapat lihat daripada kandungan draf rang-rang undang-undang tersebut.

Kerajaan BN, terutama sekali UMNO dan juga Pas akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Pemimpin-pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daripada tanggungjawab itu.

PENULIS ialah bekas Ketua Hakim Negara. sumber

waadat

Posted: 02 Jul 2014 01:03 PM PDT

waadat


Kenapa tun hamid tolak mkpn

Posted: 01 Jul 2014 09:18 PM PDT

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana khuatir diperalat oleh pihak yang berkepentingan dalam MPKN yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawàk.

Ikuti luahan beliau  tentang  Majlis Konsultansi Perpaduan Negara.

"Jika ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti bahawa ia adalah betul, ianya adalah keputusan saya untuk menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai National Unity Consultative Council (NUCC)."

"Saya menolak tawaran itu kerana saya khuatir saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak-pihak tertentu yang senentiasa mencari peluang untuk menguatkan kedudukan mereka dengan menghakiskan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukkan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka. Saya takut kiranya saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada bangsa Melayu dan agama Islam."

"Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN. Apabila saya melihat komposisi dan nama ahli-ahli saya lebih yakin bahawa keputusan saya itu adalah betul. Besar kemungkinan MKPN akan menjadi saluran untuk pihak-pihak yang mendokong program parti-parti pembangkang, terutama sekali DAP dan PKR (manakala PAS, seperti biasa akan menurut sahaja) dan ahli-ahli Melayu/Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang 'liberal' itu".

"Ahli-ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang denagn orang Melayu/Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah, juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis". 

"Siapakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Polisi MKPN?"

"Pengerusinya ialah YB Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya ialah Encik Lim Chee Wee (LCW), bekas Presiden Majlis Peguam. Dato’ Dr. Mujahid adalah seorang pemimpin PAS dan LCW adalah mantan Pengerusi Majlis Peguam”.

"Saya katakan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), secara sengaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar (polisi) dan menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang".

1. Racial and Religious Hate Crime Billl;

2. National Harmony and Reconciliation Bill; and

3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill.

"Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanahair."

"Terus terang saya katakan bahawa Majlis Peguam menyebelahi dan menyokong Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP dan Keadilan. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta untuk menyokong kenyataan ini".

"Walau bagaimana pun saya akan cerita satu peristiwa yang berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara".

"Selepas PRU12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunannya. Untuk menjaga hubungan baik di antara Badan Kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang”.

"Antara lain, Dato Ambiga, Presiden Majlis Peguam berkata:-
“Akhirnya pengundi-pengundi telah matang”.
(Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan Keadilan?) Encik Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan. 

"Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai “Our heroes”. Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebagai dif kehormat!"
"Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar juga. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu: Orang Melayu terlalu sensitif terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitif terhadap perasaan mereka.)"

"Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Malah saya percaya bahawa firma guaman merekalah yang membuatnya. Naskah awal yang saya terima melalui email tertera kata-kata “Prepared by Bar Council”. Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan kedua-dua set itu serupa, seksyen demi seksyen."

"Apa salahnya jika pembangkang dilantik menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa itu? Ia bererti, paling kurang, bahawa setelah BN berhempas pulas untuk memenangi PRU 13, ia mengenepikan pengundi-pengundinya untuk mengambil hati pembangkang. Jika demikian untuk apa penyokong-penyokong BN terutama sekali UMNO berkerja keras untuk memberi kemenangan kepada UMNO dan BN? Pembangkang pula tidak perlu berkerja keras untuk menang, sebab jika ia kalah sekalipun ia akan dapat menyerapkan rancangannya untuk dilaksanakan juga."

"Apa salahnya jika Majlis Peguam yang menggubal draf awal? Saya katakan, apabila diberi peluang Majlis Peguam semestinya akan menggubal seperti yang dikehendakinya, sesuai dengan kehendak parti-parti yang disokongnya ia itu DAP dan Keadilan. Hal seperi ini pernah berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa tu), Dato Zaid Ibrahim. Kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan."

"Ringkasnya, mengikut draf itu Suruhanjaya itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya penguam-peguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: “Jika Rang Undang-Undang ini diluluskan, Hakim-Hakim akan melutut kepada peguam-peguam.” Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan."

"Tidakkah kita belajar dari kesilapan itu? Atau, dalam hal ini, adakah ia disengajakan, cuai, atau kerana tidak atau tidak dapat berfikir?
Saya difahamkan bahawa LCW, bersama-sama Christopher Leong (Presiden Majlis Peguam ) dan Andrew Khoo telah pun turun padang untuk mempromosikan agenda mereka."

"Seperti yang ditegaskan oleh MKPN, rang-rang udang-undang itu berada di peringkat rundingan. Walaupun ia masih di peringkat rundingan, soalan saya ialah mengapa pembangkang, termasuk Majlis Peguam dan COMANGO diminta, dibenarkan, dibiarkan untuk menetapkan dasar dan menggubalnya, sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri? Mengikut amalan biasa, apabila Kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, Kerajaan (Kementerian atau Jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar."

"Selepas itu Kementerian/Jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di Kementerian atau Jabatan itu.) Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu Kementerian atau Jabatan. Mengapa amalan itu tidak diikuti? Dalam hal ini, adalah amat menghairankan mengapa jawatankuasa itu bukan sahaja diberi tugas untuk mendraf rang-rang undang-undang, tetapi juga untuk menetapkan dasar mengenainya. Peguam Negara pun tidak tidak diberi tugas seperti itu."

"Perlu ditegaskan bahawa saya tidak menentang pihak pembangkang dirunding mengenai rang-rang udang-undang itu. Tetapi, janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kepada mereka. Mereka tentu sekali akan menetapkan dasar akan menggubal mengikut kehendak mereka. Ini kita dapat lihat daripada kandungan draf rang-rang undang-undang tersebut.
Kerajaan BN, terutama sekali UMNO dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam."

"Pemimpin-pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daipada tanggungjawab itu".

Kupilih menulis puisi

Posted: 01 Jul 2014 05:00 PM PDT

Perjuangan
Pengorbanan
Kau memilih untuk menulis sejarah
Aku sekadar menulis puisi
Dalam sejarahmu kau catatkan kemenangan dan kekalahan
Dalam puisi kukesahkan tentang anak yang dipujuk ibu betapa pengorbanan ayahnya akan dikenang
Dalam sejarah kaucatatkan tarikh peperangan
Kutulis dalam puisiku tentang seorang anak yang menanti bapanya yang tidak akan pulang
Dalam buku sejarahmu, nama aku tidak ditulispun
Tapi dalam buku sejarahmu, namamu terpampang di muka depan.

PEJUANG BANGSA

Posted: 02 Jul 2014 11:22 AM PDT

PEJUANG BANGSA


VIRUS JE : SOAL NYAWA MANUSIA ATAU BABI LEBIH PENTING - REEZAL

Posted: 02 Jul 2014 08:21 AM PDT



GEORGETOWN - Penempatan ladang ternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor perlu dikaji semula jika terbukti ia menjadi punca penularan virus Japanese Encephalitis (JE).

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, penempatan semula ladang babi perlu dilakukan jauh dari kawasan penduduk mengikut jarak yang munasabah.

Menurutnya, perkara itu penting kerana ia melibatkan soal nyawa manusia yang berisiko dijangkiti virus berkenaan.

Beliau berkata, ladang babi terbabit sudah lebih 40 tahun beroperasi dan perlu perhatian yang lebih serius kerana ada laporan dibuat mengenainya yang dikatakan tidak mengikut piawaian ditetapkan.

"Perkara ini amat merisaukan dan kita harap tindakan tegas dapat diambil jika benar wujud tanda-tanda virus JE di ladang berkenaan.

"Namun apa pun sekarang ini, kita tunggu keputusan jabatan kesihatan negeri terhadap sampel yang diambil dan dijangka diketahui Jumaat ini," katanya kepada media selepas melawat murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, Muhammad Ammar Muqnish Zulkiffli yang disyaki dijangkiti virus JE.

Muhammad Ammar Muqrish,12, ditempatkan di unit rawatan kritikal di sebuah hospital swasta dan perkembangannya dipantau rapi berikutan sering diserang sawan.

PENSYARAH ANTARA 5 RAKYAT MALAYSIA TERBABIT MILITAN DIKEHENDAKI @PDRMsia

Posted: 02 Jul 2014 03:00 AM PDT


Tahniah kepada PDRM   yang mana hari ini mendedahkan 5 rakyat Malaysia terbabit dalam aktiviti militan dengan menganggotai ISIL & Kumpulan Abu Sayyaf . 

Pensyarah Fakulti Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya merupakan salah seorang dari lima suspek yang diburu polis kerana disyaki terlibat dengan aktiviti militan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan media hari ini berkata, pensyarah berusia 36 tahun yang dikenali dengan nama Dr Mahmud Ahmad berasal dari Batu Caves, Selangor.

Dr Mahmud bersama empat suspek yang lain dikatakan telah meninggalkan Malaysia dan kini bersembunyi di selatan Filipina.

Suspek

"Tiga daripada mereka disyaki terlibat dalam merekrut dan mengatur pemergian anggota-anggota militan dari Malaysia untuk menyertai kumpulan Islamic State of Iraq and The Levant (ISIL) di Syria.

"Sementara dua lagi adalah anggota Darul Islam Sabah yang kini menyertai kumpulan Abu Sayyaf Group (ASG) di Selatan Filipina," katanya.

Beberapa rakyat Malaysia disyaki terlibat dengan aktiviti militan untuk berjihad di Syria dan di Selatan Filipina.

Bekas pemimpin Dewan Ulama PAS, Ustaz Lotfi Ariffin telah dikenal pasti sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat menyertai pergerakan jihad di Syria.

Selain itu, bekas pemain drum sebuah kumpulan pop 90-an, iaitu Ali Ukays dikatakan turut menyertai pergerakan jihad di Syria bersama Lotfi.

ISIS juga dikatakan menjemput golongan profesional untuk menyertai mereka dalam pembentukan 'negara pemerintahan berkhalifah'.








SEBARAN BERITA WANITA DIROMPAK & BUNUH DI KL OLEH SINDIKET ADALAH BOHONG

Posted: 02 Jul 2014 02:30 AM PDT




Kuala Lumpur, 2 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini
menafikan khabar angin kononnya terdapat sindiket yang merompak dan membunuh beberapa wanita di sekitar ibu kota.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Datin Asmawati Ahmad berkata khabar-khabar angin yang tersebar melalui media sosial seperti WhatsApp dan Facebook itu adalah tidak benar.

"Hebahan mengenai insiden yang melibatkan beberapa wanita dirompak dan ditikam sehingga mendatangkan kematian di Puduraya, Bukit Bintang dan KLCC oleh satu sindiket adalah tidak benar.

Maklumat palsu ini pernah disebarkan pada Julai 2012 dan kini ia kembali dihebahkan bertujuan untuk menimbulkan ketakutan dikalangan orang ramai. Hasil siasatan mendapati, polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan insiden itu di sekitar ibu kota," tegasnya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai khabar angin yang disebarkan melalui sumber yang tidak sahih. -BERNAMA

TUDIA !! KHALID HANTAR FAEKAH UNTUK SEKOLAHKAN MP BUKIT KATIL ISU MB SELANGOR

Posted: 01 Jul 2014 11:56 PM PDT



Desakan MP Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan, melangkaui arahan ketua umum PKR agar pemimpin parti berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan mengenai jawatan menteri besar Selangor, kata pegawai penyelaras DUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin.

Katanya, arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikeluarkan sebaik sahaja Shamsul mendakwa wujudnya kesepakatan dalam Pakatan Rakyat untuk menggantikan Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang, sebagai menteri besar Selangor.

Selain itu, kata Faekah, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad juga membuat kenyataan balas dengan berkata parti itu tidak pernah menyerahkan kepada pemimpin lain dalam Pakatan bagi membuat keputusan bagi  pihak parti itu.

"Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh Shamsul Iskandar ini secara dasarnya telah mencarik kesepakatan dalam Pakatan dan merosakkan imej PKR di mata rakyat," kata Faekah dalam satu kenyataan

"Sewajarnya, beliau tahu batas dan kaedah yang harus digunakan sebagai anggota biro politik parti, apatah lagi kenyataan secara terangan bertujuan menyerang dan memburukkan imej rakan kepimpinan beliau dalam biro politik sendiri, iaitu Tan Sri Abdul Khalid," tambahnya.

Jika hujah Shamsul bahawa Khalid harus mengambil tanggungjawab moral untuk melepaskan jawatan menteri besar, Faekah bertanya, bagaimana pula dengan Dr Daroyah Alwi.

"Bukankah beliau juga kalah dalam pertandingan Ketua Cabang Kapar? Adakah Dr Daroyah juga perlu melepaskan jawatan exco kerajaan negeri Selangor hanya semata-mata kalah dalam pertandingan Ketua Cabang?

"Bagaimana pula halnya dengan ketua umum dan presiden PKR sendiri yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat cabang?

"Wajarkah kredibiliti mereka untuk memimpin parti dan menjawat jawatan sebagai ketua pembangkang dipertikaikan hanya semata-mata tidak berjawatan di cabang?" soalnya lagi.

Sehubungan itu, Faekah berkata Shamsul perlu bersikap objektif dan "sebagai peguam, beliau sepatutnya telah sedia maklum tentang legitimasi yang diperlukan untuk menjawat jawatan menteri besar".

ANAK MELAYU P.PINANG MERANA AKIBAT LADANG BABI CINABENG !!

Posted: 01 Jul 2014 08:30 PM PDT



China Press, 2 JUL 2014  -  Datuk S. Subramaniam - Menteri Kesihatan mengesahkan sebanyak 16  kes virus JE telah dikesan sehingga ini dimana empat kematian telah berlaku.

 Kes terbaharu melibatkan seorang pelajar lelaki tahun enam SK Kg.Selamat yg kini dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru, Pulau Pinang. Ekoran kejadian tersebut, Jabatan Veterinar Negeri Pulau Pinang telah mengambil 200 sampel darah babi di 20 ladang ternakan di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, SPU utk dianalisis bagi mengesan virus JE.

Dr. Nabilah Abdul Talib berkata sampel tersebut dihantar ke makmal veterinar di Bukit Tengah dan di Ipoh, Perak untuk pemeriksaan lanjut bagi mengetahui samada ianya mengandungi virus tersebut.

Sampel tersebut diambil dari ladang babi yg terletak dlm jarak satu kilometer dari Sekolah Kebangsaan Kg. Selamat.




**  Mengapa kerajaan DAP tak menutup saja ladang babi ?? 

Kalau banjir akibat projek landasan berkembar  boleh dihentikan kerja -kerja sebelum ini , mengapa dalam kes ini tidak dikuatkuasakan ?? 




Keris Pusaka Melayu

Posted: 02 Jul 2014 11:09 AM PDT

Keris Pusaka Melayu


Tolong Siapa Nampak Gadis Kelantan Ini

Posted: 02 Jul 2014 04:07 AM PDT


IPOHMALAY

Posted: 02 Jul 2014 09:28 AM PDT

IPOHMALAY


Lelaki 22 tahun diculik sindiket curi organ?

Posted: 01 Jul 2014 09:36 PM PDT

Berikut adalah apa yang tersebar di Facebook kini. Kisah seorang pemuda yang diculik 3 lelaki India di Putra Mahkota dan hanya tersedar di Bentong Pahang dengan dugaan akan dijadikan mangsa pencurian organ. Terjemahannya adalah seperti berikut :

Sepupuku. 22 tahun, pemuda yang cukup matang tetapi malang di luar jangkaan berlaku sehari sebelum Ramadhan. Dia diculik oleh 3 lelaki India di tengah siang buta di Petronas Putra Mahkota berhampiran rumah kami.

Lewat tengahari, selepas mengisi minyak, dia meletak kenderaan di sebelah kedai Mesra untuk ke tandas. Seorang lelaki India datang kepadanya meminta agar ditengok-tengokkan rakan-rakannya di dalam sebuah van. Dengan tanpa ada rasa curiga dan niat untuk membantu, di akhirnya disumbat ke dalam van dan apabila tersedar, dia mendapati dirinya diikat. Untungnya, dia berjaya melepaskan diri dan melarikan diri ke premis berhampiran yang ditemuinya iaitu balai bomba. Mereka membantunya menghubungi polis dan bapa saudaraku. Dia ditemui di Bentong dan menurut polis ia adalah jalan terhampir untuk ke Thailand dan bakal menjadi mangsa sindiket pencurian organ. Anda semua harus berhati-hati di mana jua anda berada. Sentiasalah perhatikan  mereka-mereka disekeliling anda. Jangan ambil mudah soal keselamatan diri memandangkan lihatlah, seorang lelaki yang sudah besar juga boleh menjadi mangsa. Semoga Allah melindungi kami sekeluarga. Sebesar-besar kesyukuran kepada Allah Maha Berkuasa kerana menyatukan kami semula dengan sepupu kami. Besar hati kami melihat kamu kembali ke rumah,  Aqil MoSaid.

Apa ertinya ini? Kepastian dari pihak berkuasa amat dituntut dalam kes ini kerana tugas penegak undang-undang adalah untuk memastikan ketenteraman rakyat, bukan untuk menutup apa yang tidak terlihat. Jika  polis tidak mendapatkan si gadis ini untuk diambil keterangan, tentu sekali pihak-pihak yang berkepentingan lain pula yang akan melakukannya.

Jangan sampai undang-undang jatuh ke tangan rakyat kerana di situ akan ada kacau bilau yang sukar dikendalikan.







Perlukah menyimpan kudis supaya menjadi barah?

Posted: 01 Jul 2014 06:25 PM PDT

Kini dunia telah berubah. Hatta Utusan Malaysia boleh mengambil artikel RPK untuk dimuatkan dalam terbitannya. Menandakan apa? Berlakunya revolusi mental yang ketara di kalangan kita.

Justeru, apa lagi jenis revolusi mental yang masih belum berlaku? Ya. Semangat keempunyaan ke atas negara dengan penuh nasionalis dan meletakkannya ke daulah yang sebenar-benar daulah.

Pertambahan kaum pendatang yang bersuara durjana yang suka mengaitkan nama negara ini dengan konotasi menghina mungkin sahaja telah sampai saat untuk dihentikan. Ini bermakna gerakan memusnahkan puak anti-kenegaraan Malaysia-centric perlu diadakan.

Apabila disebut penghapusan, perlulah jelas antara benang putih dan benang merahnya.  Wacana penghapusan ini harus digerakkan dengan apa jua caranya. Sehalus dan seutuh tali tangsi.

Orientasi angkara murka yang ditegakkan oleh puak-puak itu banyak dipengaruhi oleh elemen luar. Sifat mereka itu lalang, musang berbulu ayam dan talam dua muka kerana mereka merasakan ababila rakyat negara ini bangkit menentang mereka, mereka masih ada tempat untuk lari.

Kesilapan pemerintah kita ialah kerana memanggil pulang binatang-binatang ini dari peliharaan negara luar kononnya atas nama berbakti kepada negara.

Satu revolusi untuk memburu dan memusnahkan mereka yang  menginjak nama negara ini perlu dilakukan. Biar satu kesan tersemat dibatu jemala puak ini bahawa negara ini mempunyai rakyat yang tinggi kobaran nasionalisme nya.

Jika anda merasakan tiada untungnya nasionalisme itu, berdirilah di luar pagar negara ini. Dan anda tentu merasakan anda hanya layak ditenggelamkan di tengah laut sahaja. Lebih baik jangan berkata apa jika masih menjadi haiwan berkeliaran dalam kawasan sendiri semata-mata.

Benar, kita tidak perlu 13 Mei kedua. Tetapi sedarkah kita bahawa kita perlu kaedah yang lebih berkesan dari 13 Mei? Jika Indonesia boleh mengapa kita tidak boleh? Masih belum terlambat membenahi negara ini dan melingkupkan elemen yang membuatkannya tempang.




Elakkan versi kedua peristiwa 13 Mei

Oleh Raja Petra Kamarudin

SAYA telah memantau komen-komen dan bahan-bahan yang dimuat naik dalam Facebook dan Twitter dan saya dapat melihat jurang kaum dan agama telah melampaui batas.

Malaysia kini bagaikan bersiap-sedia untuk menghadapi 13 Mei versi kedua.

Rakyat Malaysia tidak lagi kisah apa yang keluar dari mulut mereka dan sama ada apa yang diperkatakan itu menyinggung atau melukakan perasaan orang lain.

Cina dan India, serta sebahagian Melayu, tidak lagi menunjukkan rasa hormat kepada negara sendiri untuk memanggilnya Malaysia. Mereka sebaliknya lebih rela memanggilnya 'Bolehland'.

Saya tertanya-tanya bagaimana perasaan orang Perancis jika anda memanggil negara itu 'Frogland' atau perasaan warga Singapura apabila negara pulau itu digelar 'Kiasuland'?

Anda mungkin mendapat penumbuk di muka, sebab itulah juga yang saya rasa hendak lakukan kepada mereka yang tidak menunjukkan rasa hormat kepada negara sendiri dengan memanggil Malaysia, 'Bolehland'.

Orang Eropah (malah penduduk Asia Tenggara lain) mungkin marah kepada kerajaan mereka atau terhadap ahli politik. Tetapi mereka ialah rakyat yang setia kepada negara sendiri dan bangga dengan negara dan bendera mereka.

Rakyat Malaysia, terutamanya Cina dan India, tidak kelihatan mempunyai sifat kesopanan ini.

Perumpamaan Melayu menyebut, 'marahkan nyamuk, kelambu dibakar'.

Anda mungkin bencikan UMNO atau Barisan Nasional, tetapi kenapa perlu mencaci Malaysia, orang Melayu, orang Islam dan agama Islam untuk melepaskan kemarahan dan kekecewaan anda?

Adakah adil bagi sesiapa yang tidak menyokong DAP untuk mencaci seluruh kaum Cina?

Jadi mengapa pula mereka yang marahkan UMNO, boleh bertindak mencaci dan memperolok negara sendiri, orang Melayu, orang Islam dan agama Islam?

Cara sesetengah daripada anda bercakap seolah-olah Malaysia adalah negara lain dan bukan negara sendiri. Anda perkecilkan dan mencaci Malaysia seumpama China melihat Jepun atau Korea Utara melihat Korea Selatan.

Adakah anda mengatakan kerana Malaysia Melayu-Islam dan anda bukan Melayu-Islam maka Malaysia adalah musuh?

Kebanyakan anda membenci Melayu, orang Islam dan Islam. Ini sangat jelas daripada komen dan pelbagai posting dalam media sosial.

Kebanyakan Melayu amat sedar yang orang bukan Melayu membenci mereka dan agama mereka. Mesejnya sangat jelas dan tidak ada kekeliruan tentang maksudnya.

Bagaimanapun, sebanyak mana kebencian bukan Melayu terhadap Melayu, orang Islam dan agama Islam, kita setidak-tidaknya mengharapkan bukan Melayu mencintai negara mereka dan tidak menunjukkan kebencian kepada negara sendiri.

Saya fikir sudah sampai masanya bukan Melayu dan bukan Islam memikirkan siapa musuh sebenar mereka.

Adakah 18 juta orang Melayu berdosa terhadap anda? Jika pun tiga juta Melayu berbuat dosa (mengambil kira jumlah keahlian UMNO), kenapa perlu anda membenci 15 juta Melayu lain yang tidak berbuat apa-apa?

Ke mana perginya cinta? Apa yang anda tunjukkan hanyalah kebencian. Dan anda tunjukkan kebencian kepada negara tempat anda dilahirkan hanya kerana anda membenci parti politik tertentu.

Kerosakan yang serius telah dilakukan terhadap hubungan kaum di Malaysia.

Dan masalah ini terlalu parah sehinggakan hampir mustahil mencapai perdamaian.

Jadi ke mana kita selepas ini? Adakah kita akan menyelesaikan pertikaian itu di jalanan? Melihat keadaan sekarang seolah-olah ia ke arah itu.

Kita tidak lagi mampu mengenal siapa penyerang dan siapa yang menjadi mangsa. Kedua-duanya sama agresif dan mahu mencari gaduh. Akhirnya, pihak yang memiliki lebih banyak senjata akan menang. Dan dalam keadaan ini, yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu - kedua-duanya akan memakan mangsa.

Berwaspadalah dengan apa yang anda hajatkan kerana anda mungkin tidak suka apa yang diterima kelak.

Dan jangan berselindung sebagai mangsa sedangkan anda juga sama-sama bersalah membuat provokasi kaum dan agama.

Ohpolitik!™

Posted: 02 Jul 2014 03:12 AM PDT

Ohpolitik!™


'Wayang' YB DAP 'Bersahur' dan 'Berpuasa' : Petangnya Boleh Pulak 'Berjoging'

Posted: 01 Jul 2014 06:06 PM PDT

Menjelangnya Ramadhan, kita akan disajikan dengan adengan-adengan Islamik daripada pemimpin-pemimpin DAP. Ada yang telah mula memakai jubah dan ketayap, ada yang telah mula mengedarkan buah kurma, ada yang mula memijak kaki ke Masjid untuk berbuka. Tidak kurang ada di antara YB-YB DAP yang 'berpuasa' dan 'bersahur'. Dua diantaranya adalah ADUN Mengkibol, YB Tan Hong Pin dan Ahli Parlimen Serdang, YB Ong Ka Ming. 

Kelihatan mereka mengemaskinikan status laman sosial Twitter mereka dengan adengan-adengan bersahur dan berbuka puasa. Kadang-kadang peminpin-pemimpin DAP ini lebih Melayu dari orang Melayu sendiri. CTS pun kekadang kekok untuk sebut iftar, malah lebih selesa menyebut berbuka puasa. Baguslah kalau YB-YB berkenaan berpuasa untuk mengenali keindahan Islam. Celakalah mereka kalau niat mereka sekadar untuk memancing undi dan mempermainkan sensitiviti Masyarakat Islam.




Apapun CTS tabik dekat YB Ong Ka Ming. Kalau CTS sebelah petang sudah tidak berupaya lagi untuk membuat kerja-kerja berat di bulan Ramadhan, YB Serdang seorang ini boleh siap berjogging lagi sebelum berbuka! Mungkin boleh dapatkan rahsia dan petua daripadanya kot?
 
 
http://khairulryezal.blogspot.com

HAKIM-HAKIM BAKAL MELUTUT KEPADA PEGUAM-PEGUAM PEMBANGKANG?

Posted: 01 Jul 2014 05:03 PM PDT

ARTIKEL YANG DIHILANGKAN OLEH SI PENAKUT
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana khuatir diperalat oleh pihak yang berkepentingan dalam MPKN yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawàk.

Ikuti luahan beliau  tentang  Majlis Konsultansi Perpaduan Negara.

"Jika ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti bahawa ia adalah betul, ianya adalah keputusan saya untuk menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai National Unity Consultative Council (NUCC)."

"Saya menolak tawaran itu kerana saya khuatir saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak-pihak tertentu yang senentiasa mencari peluang untuk menguatkan kedudukan mereka dengan menghakiskan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukkan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka. Saya takut kiranya saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada bangsa Melayu dan agama Islam."

"Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN. Apabila saya melihat komposisi dan nama ahli-ahli saya lebih yakin bahawa keputusan saya itu adalah betul. Besar kemungkinan MKPN akan menjadi saluran untuk pihak-pihak yang mendokong program parti-parti pembangkang, terutama sekali DAP dan PKR (manakala PAS, seperti biasa akan menurut sahaja) dan ahli-ahli Melayu/Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang 'liberal' itu".

"Ahli-ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang denagn orang Melayu/Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah, juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis".

"Siapakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Polisi MKPN?"

"Pengerusinya ialah YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya ialah Encik Lim Chee Wee (LCW), bekas Presiden Majlis Peguam. Dato' Dr. Mujahid adalah seorang pemimpin PAS dan LCW adalah mantan Pengerusi Majlis Peguam".

"Saya katakan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), secara sengaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar (polisi) dan menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang".

1. Racial and Religious Hate Crime Billl;

2. National Harmony and Reconciliation Bill; and

3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill.

"Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanahair."

"Terus terang saya katakan bahawa Majlis Peguam menyebelahi dan menyokong Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP dan Keadilan. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta untuk menyokong kenyataan ini".

"Walau bagaimana pun saya akan cerita satu peristiwa yang berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara".

"Selepas PRU12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunannya. Untuk menjaga hubungan baik di antara Badan Kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang".

"Antara lain, Dato Ambiga, Presiden Majlis Peguam berkata:-

"Akhirnya pengundi-pengundi telah matang".
 (Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan Keadilan?) Encik Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan.

"Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai "Our heroes". Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebagai dif kehormat!"

"Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar juga. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu: Orang Melayu terlalu sensitif terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitif terhadap perasaan mereka.)"

"Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Malah saya percaya bahawa firma guaman merekalah yang membuatnya. Naskah awal yang saya terima melalui email tertera kata-kata "Prepared by Bar Council". Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan kedua-dua set itu serupa, seksyen demi seksyen."

"Apa salahnya jika pembangkang dilantik menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa itu? Ia bererti, paling kurang, bahawa setelah BN berhempas pulas untuk memenangi PRU 13, ia mengenepikan pengundi-pengundinya untuk mengambil hati pembangkang. Jika demikian untuk apa penyokong-penyokong BN terutama sekali UMNO berkerja keras untuk memberi kemenangan kepada UMNO dan BN? Pembangkang pula tidak perlu berkerja keras untuk menang, sebab jika ia kalah sekalipun ia akan dapat menyerapkan rancangannya untuk dilaksanakan juga."

"Apa salahnya jika Majlis Peguam yang menggubal draf awal? Saya katakan, apabila diberi peluang Majlis Peguam semestinya akan menggubal seperti yang dikehendakinya, sesuai dengan kehendak parti-parti yang disokongnya ia itu DAP dan Keadilan. Hal seperi ini pernah berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa tu), Dato Zaid Ibrahim. Kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan."

"Ringkasnya, mengikut draf itu Suruhanjaya itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya penguam-peguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: "Jika Rang Undang-Undang ini diluluskan, Hakim-Hakim akan melutut kepada peguam-peguam." Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan."

"Tidakkah kita belajar dari kesilapan itu? Atau, dalam hal ini, adakah ia disengajakan, cuai, atau kerana tidak atau tidak dapat berfikir?
Saya difahamkan bahawa LCW, bersama-sama Christopher Leong (Presiden Majlis Peguam ) dan Andrew Khoo telah pun turun padang untuk mempromosikan agenda mereka."

"Seperti yang ditegaskan oleh MKPN, rang-rang undang-undang itu berada di peringkat rundingan. Walaupun ia masih di peringkat rundingan, soalan saya ialah mengapa pembangkang, termasuk Majlis Peguam dan COMANGO diminta, dibenarkan, dibiarkan untuk menetapkan dasar dan menggubalnya, sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri? Mengikut amalan biasa, apabila Kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, Kerajaan (Kementerian atau Jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar."

"Selepas itu Kementerian/Jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di Kementerian atau Jabatan itu.) Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu Kementerian atau Jabatan. Mengapa amalan itu tidak diikuti? Dalam hal ini, adalah amat menghairankan mengapa jawatankuasa itu bukan sahaja diberi tugas untuk mendraf rang-rang undang-undang, tetapi juga untuk menetapkan dasar mengenainya. Peguam Negara pun tidak tidak diberi tugas seperti itu."

"Perlu ditegaskan bahawa saya tidak menentang pihak pembangkang dirunding mengenai rang-rang udang-undang itu. Tetapi, janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kepada mereka. Mereka tentu sekali akan menetapkan dasar akan menggubal mengikut kehendak mereka. Ini kita dapat lihat daripada kandungan draf rang-rang undang-undang tersebut.

Kerajaan BN, terutama sekali UMNO dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam."

"Pemimpin-pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daipada tanggungjawab itu".
 
http://mymassa.blogspot.com

tunku

Posted: 02 Jul 2014 03:04 AM PDT

tunku


Wan Junaidi: Malaysia under militant threat without ISA

Posted: 01 Jul 2014 10:00 AM PDT

The repeal of the Internal Security Act (ISA) has impacted the fight against militant activities, said Deputy Home Minister Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

He said without the ISA, which allowed for the detention of someone without trial, it was difficult for the security forces to take appropriate action against suspected militants.

Under the Security Offences (Special Measures) Act 2012 or SOSMA, which replaced the ISA, individuals can only be remanded for 28 days and have to be charged in court after this period.

"And only after they have been convicted by the court, can the individuals involved be jailed.

"But in the movement (militancy), it is not easy to provide proof that is acceptable to the court," Wan Junaidi told Dewan Negara in a reply to Senator Noriah Mahat.

Noriah wanted to know the reason for the existence of militant groups in this country and the holistic approach taken by the government with the cooperation of other countries in stemming the militancy threat.

Wan Junaidi noted that 12 Malaysians had been charged in court for militant activities.

"Eight were released due to lack of evidence. Only four cases are still on trial.

"So, this is among the effects of the abolishment of the much-feared ISA but unfortunately, our country is under threat without the ISA," he said.

Wan Junaidi said among the other factors that led Malaysians to become militants were the desire to help friends fight against what was purportedly for the sake of Islam.

He said there was also the wish to die as martyrs and the believe that involvement in such militant activities was the easiest and fastest way to go to heaven.

He said the authorities arrested 108 individuals of different nationalities since 2010 for their involvement in militant activities.

He said various measures had been taken through the police in curbing such activities, including investigating the activities of groups that aroused suspicion and monitoring of individuals who had been involved in militant groups before.

The deputy minister said the ministry also conducted a series of rehabilitation programmes for the detainees and their family members, besides establishing close cooperation and exchange of intelligence information with foreign security agencies, especially in Asean countries.

To a supplementary question from Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah on whether the ISA should be brought back, he said as the Act had already been abolished, the government should move forward by taking various initiatives to stem militant activities.

"We have to live with the current situation and the existing law. What is left for us to do is to improve our intelligence personnel and raise further their capabilities, besides enhancing cooperation with foreign intelligence agencies," he said.

The Unspinners

Posted: 01 Jul 2014 11:34 PM PDT

The Unspinners


UM statement shows Saifuddin mental incompetence and Opposition true intention

Posted: 01 Jul 2014 11:30 PM PDT



MEDIA STATEMENT

Professor Mohammad Redzuan's tenure not extended due to election process

Referring to the current news reports, highlighting the issue of Professor Mohammad Redzuan's  tenure as the Dean of Faculty of Arts and Social Sciences not being extended, the management would like to state that this was a decision based on democratic and transparent election process.

The management would like to clarify that this election exercise is a normal process to decide the faculty deans for the upcoming term after their tenure expires on the 30th of June 2014.

The position of faculty dean is an administrative position, whereby the appointment is by the Vice-Chancellor for one term (2 or 3 years) and subject to the normal process of selection: application by academic staff, election by faculty members; followed by interview and a panel selection headed by the Vice-Chancellor.


In accordance with the University of Malaya constitution 2010, sub section 24(4) which provides the Vice-Chancellor the authority to appoint a Dean/Director for each faculty, school, centre, academy and institute, the Vice-Chancellor shall appoint the said Dean/Director from among three candidates who have received the highest scores.

From the list of the three candidates who received the highest scores from the elections held from the 10th to 12th June, an interview was conducted with each of the candidates from the 17th until 20th of June to decide on the appointment of the new Dean/Director for 2014.

Professor Mohammad Redzuan was shortlisted among two other candidates, Professor Dr Md Sidin Ahmad and Professor Dato' Dr. Azizan Hj Abu Samah.

After lengthy deliberations, the management decided to appoint Professor Dr Md Sidin, 55, as the new Dean of Faculty of Arts and Social Sciences, taking into account Professor Mohammad Redzuan's, 59, expected retirement next year and the opportunity for Professor Dr Md Sidin to familiarize himself with his new role as Professor Mohammad Redzuan's successor.

The management also took into consideration the the two terms served by Professor Mohammad Redzuan (3+2 years) with Professor Md Sidin's appointment providing stability in line with the faculty's succession plan.

The appointment of Professor Md Sidin, is timely as he was formerly the Deputy Dean (Postgraduate) Faculty of Arts and Social Sciences for 5 years and is seen as the perfect candidate to continue in the faculty's  outstanding culture of excellence in research.

Regarding the allegations of outside interference in the removal of Professor Mohammad Redzuan as the Director of University of Malaya's Centre for Democracy and Elections (Umcedel), the management would like to take this opportunity to clarify certain issues regarding this matter.

Firstly, the management would like to categorically state that this decision was taken in the interests of the university and not in any way linked to any form of pressure from outside parties.

This decision was solely taken by University of Malaya in light of Professor Mohammad Redzuan's impending retirement next year and to provide his deputy, Dr. Amir Saifude Ghazali an opportunity to familiarize himself with the responsibilities as a the survey body's director.

Nevertheless, Professor Mohammad Redzuan will still be contributing his expertise as a member of UMCEDEL's research group and as a professor in the History Department in the Faculty of Arts and Social Sciences.

His invaluable knowledge and wisdom will certainly be asset in grooming the upcoming political researchers in maintaning UMCEDEL's position as the premier political research body in the country.

Vice-Chancellor,
Professor Dato' Dr. Mohd Amin Jalaludin

Policy relaxation only made ACCCIM businessmen more greedy

Posted: 01 Jul 2014 07:37 PM PDT


ACCCIM expects more business-friendly policies, corporate tax cut

2 JULY 2014 @ 1:26 AM
NEW STRAITS TIMES PRESS

BY RUPA DAMODARAN


KUALA LUMPUR: The Chinese business community, which is pessimistic about the economic outlook for the next two years, is looking towards more business-friendly policies and reduction in corporate tax.


The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM) wants the government to provide incentives to rejuvenate the manufacturing sector through machinery upgrade, automation and productivity improvement for 15 years.

"The 7.8 per cent bank loan ratio is low for the manufacturing sector to expand. Measures need to be taken to encourage banks to lend more to this sector, " it said in a memorandum to the government yesterday.

Its deputy secretary general, Tan Sri Teo Chiang Kok has also urged the government to exempt SMEs from the Competition Act 2010 to enable them to expand their operations.

ACCCIM described the introduction of new land-side charges by shipping companies as high-handed treatment and against the Competition Act.

[DO these Chinese businessmen believe in competition, being fair minded and pursuit of social justice?]




The government should also set up a Corporate Advisory Committee in which all national level chambers of commerce and affected stakeholders are adequately consulted before concluding the negotiations under the Trans Pacific Partnership (TPP).

--------------------

ACCCIM wants TPPA policy which will infringe on Malaysia's sovereignty. Thus they demand the set=up of their Advisory Council to make more demands and influence Government policy.

[DO these greedy Chinese businessmen only think of the interest of Malaysia or their fat stomach?]

Read ABITW here

Bekas Ketua Hakim tahu MPKN diperguna COMANGO dan Majlis Peguam

Posted: 01 Jul 2014 03:25 PM PDT


Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana khuatir diperalat oleh pihak yang berkepentingan dalam MPKN yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawàk.

Ikuti luahan beliau  tentang  Majlis Konsultansi Perpaduan Negara.

"Jika ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti bahawa ia adalah betul, ianya adalah keputusan saya untuk menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai National Unity Consultative Council (NUCC)."

"Saya menolak tawaran itu kerana saya khuatir saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak-pihak tertentu yang senentiasa mencari peluang untuk menguatkan kedudukan mereka dengan menghakiskan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukkan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka. Saya takut kiranya saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada bangsa Melayu dan agama Islam."

"Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN. Apabila saya melihat komposisi dan nama ahli-ahli saya lebih yakin bahawa keputusan saya itu adalah betul. Besar kemungkinan MKPN akan menjadi saluran untuk pihak-pihak yang mendokong program parti-parti pembangkang, terutama sekali DAP dan PKR (manakala PAS, seperti biasa akan menurut sahaja) dan ahli-ahli Melayu/Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang 'liberal' itu".

"Ahli-ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang denagn orang Melayu/Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah, juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis".

"Siapakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Polisi MKPN?"

"Pengerusinya ialah YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya ialah Encik Lim Chee Wee (LCW), bekas Presiden Majlis Peguam. Dato' Dr. Mujahid adalah seorang pemimpin PAS dan LCW adalah mantan Pengerusi Majlis Peguam".

"Saya katakan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), secara sengaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar (polisi) dan menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang".

1. Racial and Religious Hate Crime Billl;

2. National Harmony and Reconciliation Bill; and

3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill.

"Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanahair."

"Terus terang saya katakan bahawa Majlis Peguam menyebelahi dan menyokong Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP dan Keadilan. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta untuk menyokong kenyataan ini".

"Walau bagaimana pun saya akan cerita satu peristiwa yang berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara".


"Selepas PRU12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunannya. Untuk menjaga hubungan baik di antara Badan Kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang".

"Antara lain, Dato Ambiga, Presiden Majlis Peguam berkata:-

"Akhirnya pengundi-pengundi telah matang".

(Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan Keadilan?) Encik Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan.

"Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai "Our heroes". Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebagai dif kehormat!" 

"Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar juga. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu: Orang Melayu terlalu sensitif terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitif terhadap perasaan mereka.)"



"Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Malah saya percaya bahawa firma guaman merekalah yang membuatnya. Naskah awal yang saya terima melalui email tertera kata-kata "Prepared by Bar Council". Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan kedua-dua set itu serupa, seksyen demi seksyen."

"Apa salahnya jika pembangkang dilantik menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa itu? Ia bererti, paling kurang, bahawa setelah BN berhempas pulas untuk memenangi PRU 13, ia mengenepikan pengundi-pengundinya untuk mengambil hati pembangkang. Jika demikian untuk apa penyokong-penyokong BN terutama sekali UMNO berkerja keras untuk memberi kemenangan kepada UMNO dan BN? Pembangkang pula tidak perlu berkerja keras untuk menang, sebab jika ia kalah sekalipun ia akan dapat menyerapkan rancangannya untuk dilaksanakan juga."

"Apa salahnya jika Majlis Peguam yang menggubal draf awal? Saya katakan, apabila diberi peluang Majlis Peguam semestinya akan menggubal seperti yang dikehendakinya, sesuai dengan kehendak parti-parti yang disokongnya ia itu DAP dan Keadilan. Hal seperi ini pernah berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa tu), Dato Zaid Ibrahim. Kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan."

"Ringkasnya, mengikut draf itu Suruhanjaya itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya penguam-peguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: "Jika Rang Undang-Undang ini diluluskan, Hakim-Hakim akan melutut kepada peguam-peguam." Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan."

"Tidakkah kita belajar dari kesilapan itu? Atau, dalam hal ini, adakah ia disengajakan, cuai, atau kerana tidak atau tidak dapat berfikir?


Saya difahamkan bahawa LCW, bersama-sama Christopher Leong (Presiden Majlis Peguam ) dan Andrew Khoo telah pun turun padang untuk mempromosikan agenda mereka."

"Seperti yang ditegaskan oleh MKPN, rang-rang udang-undang itu berada di peringkat rundingan. Walaupun ia masih di peringkat rundingan, soalan saya ialah mengapa pembangkang, termasuk Majlis Peguam dan COMANGO diminta, dibenarkan, dibiarkan untuk menetapkan dasar dan menggubalnya, sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri? Mengikut amalan biasa, apabila Kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, Kerajaan (Kementerian atau Jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar."

"Selepas itu Kementerian/Jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di Kementerian atau Jabatan itu.) Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu Kementerian atau Jabatan. Mengapa amalan itu tidak diikuti? Dalam hal ini, adalah amat menghairankan mengapa jawatankuasa itu bukan sahaja diberi tugas untuk mendraf rang-rang undang-undang, tetapi juga untuk menetapkan dasar mengenainya. Peguam Negara pun tidak tidak diberi tugas seperti itu."

"Perlu ditegaskan bahawa saya tidak menentang pihak pembangkang dirunding mengenai rang-rang udang-undang itu. Tetapi, janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kepada mereka. Mereka tentu sekali akan menetapkan dasar akan menggubal mengikut kehendak mereka. Ini kita dapat lihat daripada kandungan draf rang-rang undang-undang tersebut.
Kerajaan BN, terutama sekali UMNO dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam."

"Pemimpin-pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daipada tanggungjawab itu".

Rafizi ikut telunjuk DAP serang UiTM, Diam pula hal YTL dan Bestari.net

Posted: 01 Jul 2014 06:23 AM PDT


UiTM telah lama diserang oleh Pakatan Rakyat, khususnya DAP dan PKR. DAP terutamanya, mahukan UiTM dihapuskan walaupun UiTM diwujudkan atas prinsip dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Manakala PKR pula yang hidup atas dasar makan upah, turut serta dalam perjuangan DAP untuk menghapuskan apa-apa sahaja saingan daripada orang Melayu kepada taukeh-taukeh besar Cina yang sangat kuat menyokong DAP.




UiTM dikatakan telah memberi keuntungan besar kepada syarikat-syarikat milik pemimpin UMNO.

Bagaimana pula dengan BESTARI.NET yang memberi keuntungan besar kepada satu pihak iaitu FRANCIS YEOH, taukeh YTL yang baru-baru ini menghentam kerajaan kerana tidak memberikan kelebihan kepadanya walaupun dia menjadi kaya raya dan salah seorang orang terkaya di Malaysia kerana projek-projek kerajaan.

Mana Rafizi Ramli?

Mengapa Rafizi Ramli langsung tidak bersuara tentang BESTARI.NET yang langsung tidak mendatangkan kebaikan kepada Kementerian Pelajaran tetapi dipaksa ambil dan BERJAYA GROUP memperolehi lebih RM1.6 bilion setiap tahun kerana BESTARI.NET?

Ikuti suara hati guru-guru ini tentang BESTARI.NET yang dipaksa ambil oleh YTL kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.


Tajuk: Perkhidmatan 1BestariNet tidak memuaskan malah menyusahkan guru seluruh Malaysia.
Tarikh: 17 Jun 2014

Saya merasakan bahawa KPM telah menjadi 'kambing hitam' dalam isu masalah perkhidmatan 1BestariNet.

1BestariNet diperkenal oleh KPM bagi mempermudahkan segala urusan dalam talian untuk kegunaan para guru di Malaysia. Akan tetapi apa yang berlaku sekarang ialah perkhidmatan yang diberikan agak menyedihkan malah menyusahkan lebih 300,000 guru di seluruh Malaysia.

1. 1BestariNet hanya menyediakan 1 Mbps dengan bayaran melebihi rm200 atau mungkin lebih mahal dan merugikan kementerian.

2. 1BestariNet hanya menyediakan kuota 300mb sahaja untuk kegunaan satu sekolah setiap bulan.

3. 1BestariNet menumpang tiang anterna di dalam sekolah di samping untuk perkhidmatan Yes 4G untuk orang awam?

4. 1BestariNet telah menyebabkan lebih 300,000 guru terbeban dengan sistem server yang lembab. Buktinya ialah SPPBS yang telah dimansuhkan.

Saya memohon kepada pihak KPM agar mengkaji semula atau membatalkan terus perkhidmatan YTL iaitu 1BestariNet yang lebih memalukan pihak KPM sendiri.

Saya meminta semua kesatuan, persatuan guru untuk menyuarakan pendirian tentang kelemahan perkhidmatan 1BestariNet yang lebih menyusahkan para guru dan murid.

Saya yakin, KPM mahu menyediakan kemudahan terbaik seiring dengan PPPM 2013-2025 iaitu penggunaan ICT ke tahap maksimum tetapi KPM wajar memilih syarikat perkhidmatan yang lebih baik daripada sedia ada.

Mohd Nor Izzat bin Mohd Johari
Ketua Gerak Kerja
Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM)
Mengapa Rafizi Ramli langsung tidak peka dengan BESTARI.NET? Adakah kerana BESTARI.NET milik Francis Yeoh, maka Rafizi Ramli buat-buat pekak badak, tetapi sekiranya BESTARI.NET milik seorang MELAYU, maka Rafizi Ramli akan dapat melihat adanya UMNO di dalam BESTARI.NET?

Sebaik jadi wakil rakyat, Pakar Gugur Anak lebih suka bersantai sukan gliding

Posted: 01 Jul 2014 03:30 AM PDT


....Ketua Cabang PKR di Miri yang juga merupakan Ahli Parlimen Miri, Dr. Michael Teo, menunjukkan parti yang disertainya tidak pernah berminat untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Sebaliknya menjadikan rakyat sebagai umpan untuk mereka mengekalkan kuasa dan merampas pemerintahan negeri dalam kempen IMPIAN SARAWAK yang dilancarkan baru-baru ini oleh Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen.



Dr. Michael Teo masih tidak menerima sebarang tindakan undang-undang berhubung amalan menggugurkan bayi secara haram di kliniknya di Miri.

Beberapa pendedahan sebelum ini telah dilakukan, tetapi sehingga kini, klinik miliknya itu cukup terkenal dengan operasi haram itu. Malah beberapa sumber memberitahu, cukup dengan hanya bermodalkan RM10,000 urusan jual beli anak di klinik itu juga boleh dilakukan.

Semua dokumen senang diperolehi memandangkan klinik tersebut menyediakan surat yang 'mengesahkan' bahawa pembeli telah 'melahirkan' anak berkenaan. Dokumen itu juga boleh dibawa ke JPN untuk mendapatkan surat beranak. Bayaran lebih akan dikenakan untuk anak lelaki.

Itu satu hal. Antara masalah lain yang melanda Bandaraya Miri adalah SETINGGAN. Masalah ini tidak pernah cuba diselesaikan oleh Dr. Michael Teo Yu Keng walaupun dia diberikan mandat sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Parlimen P.219 Miri.




Semasa berkempen dalam PRU-13 lalu, Michael Teo telah berjanji untuk menyediakan sejumlah 4000 buah rumah kepada penduduk setinggan sekiranya dia dipilih sebagai Ahli Parlimen. Namun setelah mandat diperolehi, Teo bukan sahaja gagal memenuhi janjinya, bahkan lebih banyak menghabiskan masa dengan hobinya iaitu GLIDING.

Sepenuh SINI

Kebodohan "reject of Temerloh": Letak jawatan lain dan keluar UMNO sekali!!!

Posted: 01 Jul 2014 12:20 AM PDT


Dato Saifuddin Abdullah yang mana lebih sesuai digelar 'reject of Temerloh" kerana tidak sedar dia tidak diterima orang ramai dan hanya perasan dirinya hebat telah meletakkan jawatan sebagai Felo Universiti Malaya. Baca Malaysiakini SINI

Perletakkan jawatan itu dibuat sebagai protes di atas Professor Samdol Redzuan yang menggunakan dana dan institusi biayaan kerajaan untuk memainkan peranan sebagai alat psywar pembangkang melalui UMCEDEL.

UMCEDEL berperanan di PRU lepas sebagai pusat kajian persepsi bagi menggantikan Merdeka Centre yang sudah hilang langsung krediliti. Sama macam Merdeka Centre, UMCEDEL diatur mengikut Merdeka Centre untuk membina persepsi BN sudah hilang pengaruh bagi memberi dorongan kepada pengundi untuk BN.


Saifuddin memang terkenal dengan pandangan bodohnya. Sebagai contoh adalah pandangan=pandangan liberal dan konon terbuka yang hanya menunjukkan kecenderungan orang Anwar ini kepada pemikiran pembangkang.

Pernah dia kata negara Islam seperti Iraq dan Afghanistan menyokong hak asasi manusia tanpa terlintas dalam otak dia bahawa ini adalah negara yang dijajah dan hidung sudah ditarik Amerika.

Tak langsung dia fikir bahawa hak asasi manusia yang diperjuangkan puak kiri adalah aliran pemikiran human right-ism yang hedonism dan human centric hingga menolak ketuhanan dan ugama. Perjuangan hak uagma lain hanya luaran saja kerana mereka anti ugama.

Itu hanya menunjukkan kecetekan intelek Saifuddin. Mungkin Saifuddin ini turut sama sesat akidahnya akibat kecetekkan intelek yang hanya menggunakan hukum akal dan nafsu manusia hingga pernah mengepikan ibu bapanya kerana sudah di queen control isteri.


MI ada melaporkan SINI

Sebenarnya Professor Redhuan tidak dipecat tapi hanya tak disambung jawatan Dekan. Mungkin Saifuddin tidak pernah pergi Universiti untuk tahu bahawa Dekan bukan jawatan yang boleh dipegang kekal sampai pencen tapi jawatan itu sering di gilir-gilirkan dengan pensyaray lain.

Kuasa melantik balik Redhuan ke jawatan Dekan dan di UMCEDEL terletak pada kausa Menteri. Terpulang kepada Menteri. Lagi pun, Prof Redhuan yang merupakan dalam rangkian ABIM pro Anwar Ibrahim sudah dua penggal pegang jawatan Dekn dan sesuai diberi peluang orang lain.

Dia masih kekal sebagai pensyarah. APa isunya? Bodohnya Saifuddin.

Pandangan liberal dan kebebasan tak kena gaya Saifuddin ketika memegang Timbalan Menteri Pengajian Tinggi adalah penyebab utama penuntut menjadi pro pembangkang rupanya.

Dah tentu dia mahu letak jawatan felo yang mana tidak sesuai untuk intelek rendah sepertinya. Dah tentu letak jawatan felo, letak sekali jawatan di Global Moderate sebelum Najib ditekan untuk buang Saifuddin yang akan sesatkan hala tuju konsep wasatiyyah yang dipopularkan Najib.

Buat masa sekarang, kecenderungan Saifuddin menyokong COMANGO dan terlibat dalam MPKN pun cukup untuk tunjukkan dia adalah musuh pada UMNO, Melayu dan Islam.

Keluar sajalah dari UMNO Saifuddin. Baca Flying Kick SINI

Belantan

Posted: 01 Jul 2014 11:33 PM PDT

Belantan


Diplomat Malaysia suspek serangan seksual di New Zealand?

Posted: 01 Jul 2014 07:58 PM PDT


Wisma Putra hari ini mengesahkan seorang diplomat Malaysia telah menjadi suspek dalam satu kes serangan seksual di New Zealand.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman seperti yang dipetik melalui sebuah portal hari ini berkata, suspek kini didakwa atas tuduhan terbabit dan bakal berhadapan dengan hukuman berat jika disabitkan kesalahan.

Suspek juga telah diarahkan untuk meninggalkan negara itu dan diarah pulang serta-merta ke Malaysia.

Menurutnya, Wisma Putra juga tidak akan bertanggungjawab melindungi serta membenarkan siasatan pihak berkuasa New Zealand ke atas suspek demi kepentingan sistem keadilan dan undang-undang.

"Hanya kerana dia seorang diplomat, tidak semestinya dia akan terlepas dari sebarang salah laku, imuniti yang diberikan pada seorang diplomat bukannya untuk membolehkan dia melakukan jenayah.

"Saya sudah pun menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand untuk bercakap mengenai hal ini," katanya.

Dalam satu laporan oleh Associated Press, polis telah menahan diplomat itu pada 9 Mei lalu dan mendakwanya atas tuduhan memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol, kedua-duanya membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun jika disabitkan kesalahan.

Suspek yang merupakan seorang diplomat dalam lingkungan usia 30-an, telah mengekori seorang wanita berusia 21 tahun pulang ke rumah dan menyerangnya.

Suara Politik
Belantan

LHDN patut bertimbang rasa dengan pembayar PCB!

Posted: 01 Jul 2014 03:47 AM PDT


Sebagai kakitangan awam dan swasta, jangan haraplah dapat lari daripada cukai pendapatan. Kalau nak 'belit' dalam penyata pendapatan pun susah. Kecuali golongan berkerja sendiri yang tak ada slip gaji.

Golongan makan gaji di sektor awam dan swasta yang termasuk dalam kumpulan pembayar cukai inilah yang setia bayar cukai dan diwajibkan membuat potongan cukai berjadual iaitu PCB.

Dahulu langkah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ini diperkenalkan untuk memudahkan (bukan meringankan beban) potongan cukai. Selepas itu dikatakan PCB memudahkan pengiraan sebenar melalui e-filing yang biasanya diisikan pada Mac setiap tahun.

Sekarang ceritanya sudah lain. Bayar tetap bayar. Kalau terlewat atau terlupa isytihar pendapatan bercukai bagi tahun tertentu, tunggulah surat daripada LHDN - bukan setakat denda lewat, ditambah pula dengan potongan kiraan oleh pihak LHDN sendiri.

Kiraannya jangan harap serupa macam potongan PCB. Jumlah potongannya tak termasuk potongan untuk isteri dan anak-anak. Takkan data peribadi pembayar PCB pun tak ada dalam rekod LHDN. Mudah betul kerja. Jadi bayangkan jumlah potongan cukai itu. Saya akui hal ini sebab sudah ada pengalaman.

Sekarang LHDN bertambah pandai. Tak peduli pandangan pembayar cukai dan kesatuan sekerja. Sejak 16 Jun lalu LHDN mengarahkan majikan melaksanakan potongan gaji (Arahan CP38) ke atas pembayar cukai yang memperoleh pendapatan daripada sumber penggajian tetapi masih mempunyai tunggakan cukai.

Tunggakan cukai satu hal, tapi bagaimana dengan mereka yang tiap-tiap bulan gaji dipotong untuk PCB. Sesetengah pihak terutama bagi LHDN, arahan potongan gaji merupakan langkah yang betul dan kaedah terbaik bagi 'mengajar' sikap liat membayar cukai yang membelenggu masyarakat.

Walaupun mereka liat, tapi mereka tetap bayar cukai melalui PCB. Ada juga kata, arahan potongan gaji bulanan adalah kaedah terbaik bagi memastikan pembayar tidak terlepas pandang dalam melaksanakan kewajipan membayar cukai.

Yang ini saya setuju. Namun pembayar cukai hanya boleh menggunakan e-filing untuk taksiran cukai dalam tempoh satu bulan sahaja (1-30 Mac). Pada LHDN, buatlah apa cara sekalipun sama ada guna e-filing atau datang ke kaunter mereka. Tak isytihar taksiran cukai, tanggunglah denda.

Mengikut rekod LHDN, sehingga 24 Mei lalu, dianggarkan 156,158 orang pembayar cukai individu menerima Arahan CP38 yang melibatkan amaun tunggakan cukai berjumlah hampir RM418 juta. Wow, banyak jumlahnya. Tapi adilkah cara 'mengejut' LHDN mengambil tindakan pemotongan gaji terhadap pembayar cukai ini?

Tempoh masa kurang daripada sebulan selepas pengumuman arahan pada 2 Jun lalu, sedangkan arahan potongan gaji kepada majikan pada 16 Jun dilihat membebankan pembayar cukai dan merupakan satu tindakan tidak adil.

Adakah LHDN sudah terdesak untuk mengutip cukai sebagaimana disasarkannya sebanyak RM140.15 bilion tahun ini, berbanding RM128.9 bilion tahun lalu. Khabarnya sehingga 30 April lalu sebanyak RM41.5 bilion sudah dikumpul. Takut sasaran tak kesampaian maka pembayar cukai tetap PCB pula didera.

Hakikatnya mahu tak mahu LHDN tetap akan mendapat kutipan cukai mengikut jadual daripada pembayar cukai melalui PCB. Jadi apakah salah mereka hingga didera supaya membayar cukai mengikut kiraan suka hati LHDN. Kalau mereka masih tak isytihar taksiran, untunglah LHDN dapat cukai daripada potongan gaji bulanan dan PCB.

Hakikatnya pembayar cukai PCB sudah lama dipaksa membayar awal kepada LHDN tapi penyelarasnya dibuat kemudian. Kalau ada lebihan bayaran cukai, lambat pula dipulangkan. Tapi kalau pembayar cukai PCB lewat isytihar, denda tetap dikenakan.

Mungkin LHDN tidak buka fail betul-betul, golongan mana yang akan menerima kesan daripada pelaksanaan arahan potongan gaji kepada para majikan. Barangkali LHDN tak perasan bahawa golongan berpendapatan rendah yang menerima bebanan ini.

Tanpa rundingan dengan pembayar cukai terlebih dahulu, arahan sudah pun bermula bagi gaji bulan Julai ini. Tanpa perbincangan, LHDN tak peduli apakah masalah dan halangan utama yang menyebabkan ramai pembayar cukai gagal melunaskan baki tertunggak atau tak isytihar taksiran seperti yang diwajibkan.

Beberapa komitmen dan tanggungan lain pembayar cukai seperti tanggungan keluarga, ansuran kereta, rumah dan perbelanjaan harian, memang bukan urusan LHDN. Tapi LHDN perlu prihatin beban pembayar cukai yang semakin tinggi terutamanya kos sara hidup yang tinggi sekarang.

Kalau LHDN dikatakan boleh memberi 'layanan istimewa' kepada syarikat korporat dalam bentuk pembayaran secara ansuran dalam tempoh tidak munasabah dan pemotongan melampau bagi penalti kerana mempunyai cukai tertunggak, jadi apakah pembayar tetap PCB tak layak mendapat layanan yang sama.

Berlaku adil dan bertimbang rasalah kepada pembayar cukai PCB. Kementerian Kewangan kenalah ambil tahu terhadap perkembangan ini.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 01 Jul 2014 11:33 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


AWAS PENGKHIANAT SUDAH NAIK TOCANG DALAM KERAJAAN!!!

Posted: 01 Jul 2014 09:06 PM PDT


Kata orang-orang tua; harapkan pagar, pagar makan padi...

Betul kata bekas Ketua Hakim Negara; Tun Abdul Hamid yang sebahagian anggota MKPN sebenarnya mewakili suara-suara sumbang minoriti yang ghairah ingin mencabar kedaulatan negara.

Pemimpin mereka tidak perlu berpanas dan menjerit-jerit di jalanan lagi, kini cukup mudah mengubah dasar dan teras negara apabila sudah berada dalam MKPN.

Cuma macai-macai mereka di luar sana hanya perlu gertak sekali sekala.

Tapi apa pula kata majoriti di luar sana...diam dan tengok sajakah?

HAKIM-HAKIM AKAN MELUTUT KEPADA PEGUAM-PEGUAM PEMBANGKANG !

Posted: 01 Jul 2014 04:26 PM PDT

ARTIKEL YANG DIHILANGKAN OLEH SI PENAKUT
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana khuatir diperalat oleh pihak yang berkepentingan dalam MPKN yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawàk.

Ikuti luahan beliau  tentang  Majlis Konsultansi Perpaduan Negara.

"Jika ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti bahawa ia adalah betul, ianya adalah keputusan saya untuk menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai National Unity Consultative Council (NUCC)."

"Saya menolak tawaran itu kerana saya khuatir saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak-pihak tertentu yang senentiasa mencari peluang untuk menguatkan kedudukan mereka dengan menghakiskan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukkan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka. Saya takut kiranya saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada bangsa Melayu dan agama Islam."

"Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN. Apabila saya melihat komposisi dan nama ahli-ahli saya lebih yakin bahawa keputusan saya itu adalah betul. Besar kemungkinan MKPN akan menjadi saluran untuk pihak-pihak yang mendokong program parti-parti pembangkang, terutama sekali DAP dan PKR (manakala PAS, seperti biasa akan menurut sahaja) dan ahli-ahli Melayu/Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang 'liberal' itu".

"Ahli-ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang denagn orang Melayu/Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah, juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis".

"Siapakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Polisi MKPN?"

"Pengerusinya ialah YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya ialah Encik Lim Chee Wee (LCW), bekas Presiden Majlis Peguam. Dato' Dr. Mujahid adalah seorang pemimpin PAS dan LCW adalah mantan Pengerusi Majlis Peguam".

"Saya katakan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), secara sengaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar (polisi) dan menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang".

1. Racial and Religious Hate Crime Billl;

2. National Harmony and Reconciliation Bill; and

3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill.

"Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanahair."

"Terus terang saya katakan bahawa Majlis Peguam menyebelahi dan menyokong Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP dan Keadilan. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta untuk menyokong kenyataan ini".

"Walau bagaimana pun saya akan cerita satu peristiwa yang berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara".

"Selepas PRU12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunannya. Untuk menjaga hubungan baik di antara Badan Kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang".

"Antara lain, Dato Ambiga, Presiden Majlis Peguam berkata:-


"Akhirnya pengundi-pengundi telah matang".
 (Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan Keadilan?) Encik Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan.

"Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai "Our heroes". Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebagai dif kehormat!"


"Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar juga. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu: Orang Melayu terlalu sensitif terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitif terhadap perasaan mereka.)"

"Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Malah saya percaya bahawa firma guaman merekalah yang membuatnya. Naskah awal yang saya terima melalui email tertera kata-kata "Prepared by Bar Council". Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan kedua-dua set itu serupa, seksyen demi seksyen."

"Apa salahnya jika pembangkang dilantik menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa itu? Ia bererti, paling kurang, bahawa setelah BN berhempas pulas untuk memenangi PRU 13, ia mengenepikan pengundi-pengundinya untuk mengambil hati pembangkang. Jika demikian untuk apa penyokong-penyokong BN terutama sekali UMNO berkerja keras untuk memberi kemenangan kepada UMNO dan BN? Pembangkang pula tidak perlu berkerja keras untuk menang, sebab jika ia kalah sekalipun ia akan dapat menyerapkan rancangannya untuk dilaksanakan juga."

"Apa salahnya jika Majlis Peguam yang menggubal draf awal? Saya katakan, apabila diberi peluang Majlis Peguam semestinya akan menggubal seperti yang dikehendakinya, sesuai dengan kehendak parti-parti yang disokongnya ia itu DAP dan Keadilan. Hal seperi ini pernah berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa tu), Dato Zaid Ibrahim. Kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan."

"Ringkasnya, mengikut draf itu Suruhanjaya itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya penguam-peguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: "Jika Rang Undang-Undang ini diluluskan, Hakim-Hakim akan melutut kepada peguam-peguam." Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan."

"Tidakkah kita belajar dari kesilapan itu? Atau, dalam hal ini, adakah ia disengajakan, cuai, atau kerana tidak atau tidak dapat berfikir?
Saya difahamkan bahawa LCW, bersama-sama Christopher Leong (Presiden Majlis Peguam ) dan Andrew Khoo telah pun turun padang untuk mempromosikan agenda mereka."

"Seperti yang ditegaskan oleh MKPN, rang-rang undang-undang itu berada di peringkat rundingan. Walaupun ia masih di peringkat rundingan, soalan saya ialah mengapa pembangkang, termasuk Majlis Peguam dan COMANGO diminta, dibenarkan, dibiarkan untuk menetapkan dasar dan menggubalnya, sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri? Mengikut amalan biasa, apabila Kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, Kerajaan (Kementerian atau Jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar."

"Selepas itu Kementerian/Jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di Kementerian atau Jabatan itu.) Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu Kementerian atau Jabatan. Mengapa amalan itu tidak diikuti? Dalam hal ini, adalah amat menghairankan mengapa jawatankuasa itu bukan sahaja diberi tugas untuk mendraf rang-rang undang-undang, tetapi juga untuk menetapkan dasar mengenainya. Peguam Negara pun tidak tidak diberi tugas seperti itu."

"Perlu ditegaskan bahawa saya tidak menentang pihak pembangkang dirunding mengenai rang-rang udang-undang itu. Tetapi, janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kepada mereka. Mereka tentu sekali akan menetapkan dasar akan menggubal mengikut kehendak mereka. Ini kita dapat lihat daripada kandungan draf rang-rang undang-undang tersebut.


Kerajaan BN, terutama sekali UMNO dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam."


"Pemimpin-pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daipada tanggungjawab itu".

ISU KEHILANGAN PELAMPAU BUKAN MELAYU, MEREKA BERANI DALAM KETAKUTAN

Posted: 01 Jul 2014 04:11 PM PDT

SATU PERMINTAAN KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN 

Pada, atau lebih kurang pada, 22 April 2014 saya memuat-naikkan satu rencana 
bertajuk "Perpecahan Melayu Punca Tuntutan Melampau Bukan Melayu" ke 
laman web saya ini. Rencana itu disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 24 April 
2014. Beberapa hari kemudian rencana itu telah "hilang" daripada laman web saya. 
Saya muat-naikkan semula. Beberapa hari kemudian ia "hilang" semula. 

Pada 29 Jun 2014, saya memuat-naikkan satu rencana bertajuk "Pembangkang, 
Majlis Peguam dan Comango 'Merampas' MKPN". Beberapa jam kemudian ia 
juga "hilang". Saya muat-naikkan semula. Saya tidak tahu berapa lama ia akan 
berada di situ. 

Memandangkan kepada isi kandungan kedua-dua rencana itu dan bahawa perkara 
seperti itu tidak berlaku kepada beratus-ratus rencana, kertas kerja, ucapan dan 
penghakiman yang saya muat-naikkan, saya percaya kedua-dua rencana itu telah 
"dihilangkan" oleh seseorang yang tidak suka kepada isi kandungannya. Saya tidak 
tahu siapa orangnya, Melayu atau bukan Melayu, Islam atau bukan Islam, datang 
dari pihak kerajaan atau pembangkang dan apa sebab dia berbuat demikian. Tetapi, 
biar siapa pun dia, saya minta dia bertanya diri sendiri, berfikir dengan tenang, dan 
menjawab soalan ini dengan jujur sambil mengketepikan soal sama ada dia suka 
atau tidak: Apa yang saya katakan itu betul atau tidak? 

Jika ada mana-mana bahagian yang tidak betul, sila hubungi saya dan britahu saya 
bahagian mana yang tidak betul dan apa sebab dan alasanyanya. Alamat email 
saya boleh didapati dalam laman web saya ini. 

Tun Abdul Hamid Mohamad 
30 Jun 2014

* Siasatan dilakukan untuk mengesan si pelaku tersebut. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua...he he...

PAS BENGANG LAGI - KUDA LUMBA ANWAR MULA BUAT PASAL!

Posted: 01 Jul 2014 02:00 AM PDT


Perang mulut tak boleh dielakkan lagi antara PAS dan PKR/DAP berhubung soal kuda.

Kali ini melibatkan pembinaan pusat judi lumba kuda terbesar di Asia; Selangor Turf Club di Bukit Tagar, Selangor.

Dikhabarkan pembinaan ini menimbulkan tentangan dari PAS Hulu Selangor yang mendakwa kerajaan PKR Selangor lebih mementingkan keuntungan judi dan hal-hal haram berbanding dengan soal-soal agama.

Bertambah kronik apabila berlaku percanggahan berkaitan hasil kajian oleh dua kem pusat kajian pro pembangkang iaitu UNISEL dan Merdeka Centre berhubung kajian penerimaan masyarakat Melayu terhadap 'industri judi lumba kuda' di kawasan berkenaan. 


Masing-masing cuba menegakkan kelentong masing-masing kononnya pembinaan pusat judi lumba kuda tersebut tidak dibantah (baca disokong) oleh majoriti penduduk Melayu beragama Islam di situ. Hebatkan?

Bertambah hebat lagi apabila masing-masing di pihak Pakatan Rakyat menyatakan pembinaan pusat judi ini adalah bagi meneruskan kesinambungan pembinaannya yang tertangguh oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Tak heran kalau lepas ni suara fitnah Pakatan Harakah Daily, Suara Keadilan dan Roket Kini akan spin menghambur fitnah kononnya pembinaan pusat judi lumba kuda ini adalah idea BN, dan UMNO tidak langsung menghalang pembinaannya kerana ia syarikat kroni dan terletak pula dalam kawasan Parlimen BN!

Gagal memerintah dituduh pula BN yang salah.

Walaupun PAS ada kerusi majoriti di Selangor, adakah PAS benar-benar serius membantah untuk menghentikan projek judi ini? Atau sekadar marah-marah manja saja?

PAS bantah lebih-lebih nanti DAP tak masyukkan duit pulak!  

Apa pula kaitan Penasihat Ekonomi Selangor yang suka aksi berkuda dengan projek judi ini?

Jangan lepas ni puak-puak Pakatan gaduh baling taik-taik kuda pula. 

Judi lumba kuda di Bukit Tagar bakal merosakkan akhlak ummah 



GERAKAN ANTI PKR

Posted: 01 Jul 2014 09:12 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


MKPN PERLU DITIADAKAN PENGLIBATANNYA DALAM DRAF RUU.

Posted: 01 Jul 2014 08:52 PM PDT

MKPN : BEKAS KETUA HAKIM NEGARA SAHKAN IANYA AMAT BERBAHAYA KEPADA ISLAM,MELAYU DAN BUMIPUTRA.

Posted: 01 Jul 2014 07:42 AM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 01 Jul 2014 03:31 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Juadah berbuka di bazaar Ramadan rasa sampah - Azwan Ali

Posted: 01 Jul 2014 04:01 PM PDT

Ramadhan baru masuk hari keempat, adik kepada Azmin, Azwan Ali semalam mengamuk di Twitternya.

Entah apa yang dibelinya semalam, kemudian beliau terus meroyan mengutuk-ngutuk jualan juadah di bazaar Ramadan yang dianggapnya sebagai sampah.

Antara twit yang di tulisnya adalah seperti di bawah:


Selepas dikecam beberapa pengikutnya, beliau tetap mempertahankan kenyataan awal di atas. Beliau turut mempersoalkan keihklasan peniaga-peniaga yang dianggapnya menipu dengan juadah yang tidak setimpal dengan rupanya dan rasanya.

Memang ada benar apa yang dikatakan beliau, namun cara teguran beliau mungkin menyebabkan semua peniaga di bazaar Ramadan rasa terkilan, tapi apa nak heran, memang itu cara beliau bercakap kaaan?

Komen lucah pada foto Nora Danish dan Nedim

Posted: 01 Jul 2014 07:01 AM PDT

Hai pelik-pelik perangai peminat zaman kini. Ingatkan dengan kecanggihan teknologi, adab dan tatatertib dalam menggunakan media sosial pun turut diselarikan dalam serta ditanam dalam diri mereka.

Namun, hampeh…

Tak pasal-pasal gambar selebriti Malaysia yang mempunyai pengikut paling ramai di Instagram, Nora Danish dikomen lucah oleh segelintir pengikutnya.
Kalau diikutkan, gambar ini takdelah pula over ke apa, tapi kalau dah fikiran itu sentiasa kotor dan kuning, tak tahu nak kata apalah.

Macam-macam hal.. - MYNEWSHUB.MY


Kak Pah dikejarkan ke ICU sekali lagi...

Posted: 01 Jul 2014 06:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Biduanita itu yang akan genap 61 tahun esok dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Menurut pakar yang merawatnya, Datuk Dr Zainudin Md Zain, fibrosis paru paru mengakibatkan paru paru mengeras dan berparut.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Menurut Dr Zainuddin keadaan beliau stabil dan hanya menerima lawatan ahli keluarga terdekat.

Kak Pah anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953. Namun sejak usia lapan bulan lagi, Kak Pah mula dijaga serta dibesarkan oleh neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru.

Datuknya seorang pemandu teksi dan kehidupan mereka keluarga bukanlah senang. Kak Pah sewaktu kecil pernah mengambil upah menggiling cili dan menjual buah nangka serta kuih.

Namun seperkara yang jelas, Kak Pah memang pandai mengaji dan berqasidah dengan suaranya yang merdu.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Neelofa berhijrah sempena Ramadan

Posted: 01 Jul 2014 05:13 AM PDT


Noor Neelofa Mohd Noor
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa, mengambil keberkatan bulan Ramadan untuk tampil berhijab.

Perubahan pemenang kategori Pengacara TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2013 itu disahkan oleh pengurusnya, Shawn Amer, hari ini.

"Memang sejak tiga bulan lalu Lofa mula dilihat mengenakan tudung terutama ketika menghadiri acara bersesuaian. Bagaimanapun tidak pula beliau melahirkan hasratnya itu pada saya.

"Apapun, saya sangat gembira dengan keputusan yang diambilnya. Saya juga tidak lihat perkara itu memberikan masalah kepadanya dalam meneruskan kerjaya seni selepas ini, seperti pengacaraan dan sebagai duta produk," katanya ketika dihubungi BH.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasannya berhubung perubahan imej berkenaan.

Berita Neelofa, 25, mengenakan tudung diketahui menerusi kenyataan adiknya, Ameera, yang memuat naik foto pelakon itu bertudung di Instagram miliknya.

Foto itu turut disertakan keterangan gambar melahirkan rasa syukur dengan perubahan dilakukan oleh kakaknya pada Ramadan.

Ramadan Pun Yana Kongsi Gambar Hampir Nampak Buah Dada

Posted: 01 Jul 2014 03:05 AM PDT

Kalau nak diikutkan aurat wajib ditutup bukan pada bulan puasa sahaja tapi sekurang-kurangnya hormatilah Ramadan dengan berpakaian lebih sopan kan?

Atas sebab itu teruk Yana Samsudin dikritik peminat gara-gara gambar seksinya di laman Facebook.
Muatnaik Gambar Seksi Di FB, Yana Tak Hormat Bulan Puasa?
Rata-rata peminat menasihatkan supaya Yana memperbanyakkan amalan di bulan mulia ini, tak kurang juga yang beristighfar melihat gambar tersebut.

komen peminat
Bagaimanapun, kami yakin Yana sebenarnya tidak bersalah dalam hal ini.

Pertama kerana page Facebook ini tidak diuruskan olehnya tetapi peminat dan kedua, ada beberapa komen membetulkan bahawa gambar ini sebenarnya sudah lama dimuatnaik dan bukannya di bulan puasa.

komen peminat lagi
Cuma dah konsep Facebook bila ada komen pada status atau gambar lama maka ia akan di'up' semula maka mungkin itulah sebabnya gambar seksi ini kembali dikomen ramai agaknya.

Apa pun, diharapkan artis Malaysia akan terus mengurangkan seksi dan kontroversi di bulan Ramadan ini.

Daripada kongsi gambar seksi baik muat naik gambar lakukan solat terawih ke.. kan lagi sesuai agar jadi ikutan peminat. #mynewshub

Sumber: marigosip.blogspot.com



Kanak-kanak maut dikelar bapa saudara dengan parang restoran

Posted: 01 Jul 2014 12:47 AM PDT

TELUPID: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun mati selepas lehernya dikelar bapa saudaranya dengan parang di restoran milik ibu mangsa di Kampung Gambaron dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt V. Sivanathan berkata lelaki berusia 23 tahun itu yang dipercayai sakit mental menggunakan parang memotong daging untuk mengelar leher Mohamad Khairul Aize Abdullah. Kejadian berlaku kira-kira 6 petang.

Beliau berkata suspek yang merupakan adik kepada bapa mangsa telah memanggil mangsa yang sedang bermain di dalam restoran itu lalu membawanya ke belakang restoran sebelum mengelar leher mangsa.

"Mangsa yang cedera parah telah menjerit kesakitan yang jeritannya disedari keluarganya. Mereka kemudiannya membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Telupid, namun mangsa tidak dapat diselamatkan, katanya kepada Bernama.

Sivanathan berkata suspek yang tidak melarikan diri selepas kejadian telah ditahan oleh anggota keluarga mangsa sebelum dia diserahkan kepada polis.

Katanya polis turut menemui sebilah parang yang digunakan untuk mengelar mangsa.

Beliau berkata tidak diketahui punca lelaki itu bertindak demikian dan dia kini direman.

Nama diplomat M'sia, suspek serangan seksual di New Zeland didedah

Posted: 01 Jul 2014 12:01 AM PDT

PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini mengesahkan seorang diplomat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand sedang disiasat berkaitan dakwaan membuat serangan seksual dan rompakan keatas seorang wanita warga New Zealand pada 9 Mei lalu.

Anifah menamakan suspek sebagai Pegawai Waran II MINDEF di New Zealand, Muhammad Rizalman Ismail, 38 yang telah dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei 2014.

Katanya, sehingga kini kekebalan diplomatik suspek kekal.

"Malaysia tidak akan menarik balik kekebalan imuniti terhadap seorang diplomatnya yang menjadi suspek kes serangan seksual di New Zealand, kecuali ia diperlukan," kata Anifah dalam satu sidang akhbar di Wisma Putra, Putrajaya hari ini.

Sebaliknya siasatan akan dijalankan keatas suspek di negara ini.

Katanya lagi, siasatan akan dijalankan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) yang telah pun menubuhkan satu lembaga siasatan untuk menyiasat perkara itu.

"Hanya sekiranya perlu, pada pendapat kita untuk melakukannya (mengenepikan kekebalan) kita akan lakukan, tanpa ragu-ragu," kata Anifah.

"Kita amat yakin dengan lembaga siasatan MINDEF dan pihak MINDEF akan berkomunikasi dengan pihak berkuasa New Zealand."

Rizalman menurutnya turut menjalani ujian kesihatan di Pusat Perubatan MINDEF pada 29 Mei untuk menjalani ujian mental dan fizikal. Ujian air kencing dan darah turut dijalankan ke atas suspek. Keputusan ujian kesihatan itu adalah memuaskan.

Rizalman kini masih berada di Hospital Tentera Tuanku Mizan untuk penilaian tahap kesihatan mental dan emosinya.

Pihak berkuasa New Zealand juga bekerjasama dalam mendapatkan bukti yang diperlukan, tambah Anifah.

Menurutnya dalam satu perbincangan pada 12 Mei, pihak New Zealand telah menawarkan alternatif untuk suspek dibawa pulang ke Malaysia dimana suspek bersama keluarganya telah pun dibawa pulang 22 Mei lalu.

Menurut Anifah, PesuruhjayaTinggi Malaysia di New Zealand telah mengadakan perbincangan bersama Timbalan Ketua Protokol dari Kementerian Luar dan Perdagangan New Zeland selain pegawai polis New Zealand mengenai perkara ini.

"MINDEF juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas keatas suspek di bawah Akta Angkatan Tentera 1972, jika ia terbukti tanpa sebarang keraguan bahawa tertuduh bertanggungjawab serta telah melakukan kesalahan seperti yang didakwa," katanya.

Tertuduh ditahan oleh polis New Zealand pada 9 Mei 2014 dan dibawa ke mahkamah pada 10 Mei atas tuduhan cubaan merompak serta gangguan seksual ke atas seorang wanita dengan niat merogol.

Identiti suspek sebelum ini dirahsiakan tetapi mahkamah New Zealand hari ini telah menarik balik larangan terbabit selepas menerima desakan dari pihak media.

Tatu atas payudara tunang Keith Foo jadi perhatian

Posted: 30 Jun 2014 11:01 PM PDT

Dia hot dan dia seksi. Okay, rasanya cukup dua perkataan itu untuk menggambarkan aktor kacak Keith Foo. Itu pun sudah cukup membuatkan kakak-kakak dan makcik-makcik 'histeria', kan.

Semuanya gara-gara penangan drama bersiri yang mencetuskan fenomena, Ariana Rose malah akui Keith sendiri sehingga kini ramai peminat tetap memanggilnya dengan nama Tengku Adam Kamil — nama wataknya dalam drama tersebut.

Mempunyai ramai peminat, jejaka kacukan Cina-India ini beruntung dan tambah beruntung apabila dia juga mempunyai seorang teman wanita yang cukup sporting dan selamba. Tak cukup dengan itu, tunangnya juga mempunyai tatu di bahagian atas payudara...seksi tuh!
"Kalau peminat mengurumuni saya, teman wanita saya hanya akan gelak saja. Pada dia, situasi tu kelakar sebab dia tak biasa melihat keadaan itu. Dia tak lah cemburu malah dia akan memberi peluang seketika untuk peminat-peminat bergambar dengan saya. Tapi dia sentiasa berpesan supaya saya bawa diri baik-baik"

"Saya hormati peminat-peminat saya kerana merekalah saya berada hingga ke tahap ini. Kalau boleh saya nak bersalaman dengan setiap orang daripada mereka dan mahu mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka terhadap saya," katanya mengulas mengenai situasinya setiap menghadapi peminat fanatik.


Gadis dinoda abang kandung bimbang status kesucian

Posted: 30 Jun 2014 09:01 PM PDT

Gambar hiasan
SAYA gadis berusia 22 tahun. Dilema yang saya hadapi ialah status kesucian saya. Untuk pengetahuan Dang Setia, ketika berusia enam atau tujuh tahun, saya dirogol beberapa kali oleh abang kandung saya. Namun, pada masa itu, saya tidak tahu apa dilakukannya adalah rogol.

Setelah dewasa, baru saya mengerti bahawa itu yang dinamakan rogol tetapi saya merahsiakannya kerana bimbang dan malu.

Pada tahun lalu barulah saya memberitahu ibu saya mengenai perkara ini, namun tiada ada dapat dilakukan kerana perkara itu sudah lama terjadi.

Saya juga tidak menyalahkan abang saya 100 peratus kerana pada waktu itu dia di alam remaja dan mungkin tidak berfikiran matang.

Ibu saya juga terperanjat namun merasakan tidak dapat berbuat apa-apa, dan bagi saya, yang lepas itu biarlah berlalu walaupun kesucian saya dirampas oleh abang kandung.

Dalam pada itu, saya masih menjaga perilaku sebagai gadis, di mana saya tidaklah terlalu sosial. Boleh dikatakan saya mementingkan 'dara' walaupun ia tiada lagi. Saya bagaikan ada dara kerana pegangan saya hanya melakukan seks selepas nikah.

Yang merunsingkan saya adalah teman lelaki atau calon suami pernah beberapa kali bertanya mengenai selaput dara, lalu saya mengatakan tidak pernah melakukan hubungan seks dan hanya akan melakukannya selepas kahwin.

Dia juga pernah meminta saya berterus terang jika mempunyai kisah silam (seperti tiada dara) dan menyatakan akan tetap menerima saya kerana ia kisah silam.

Jika saya tidak berterus terang dan dia mengetahui perkara sebenar, dia pasti tidak memaafkan saya. Dan, jika saya memberitahunya perkara sebenar, saya gusar dia tidak dapat menerimanya.

Seperkara lagi, kesihatan saya tidak sempurna seperti orang lain, dan saya bimbang jika dia tahu hal sebenar nanti, dia akan meninggalkan saya kerana dua sebab ini. Mengenai sakit saya, dia dapat terima dan saya bimbang jika diberitahu hal ini pula dia tidak sanggup menerima saya.

Yang pasti, kalau boleh saya tidak mahu memberitahunya. Saya juga bimbang dia akan memusuhi abang saya jika kami berkahwin kelak. Apa harusnya saya lakukan kerana saya rasa bahawa tidak memberitahu hal sebenar adalah jalan terbaik.

Saya juga bimbang pada malam pertama kami nanti, dia akan persoalkan mengenai dara saya yang sudah tiada, apa harus saya katakan?

Tolong beri buah fikiran kerana saya tidak tahu nak mengadu pada siapa lagi. Sesungguhnya, apa yang terjadi pada saya adalah di luar kehendak saya dan saya tidak bersalah dalam hal ini.

RUNSING
Skudai, Johor


Teringat Dang Setia pada perumpamaan Melayu iaitu 'membungkus api' yang bermaksud menyimpan rahsia yang lambat-laun akan diketahui juga oleh orang.

Dalam konteks saudari, jelas teman lelaki atau calon suami mahu saudari berterus terang dengannya mengenai sebarang kisah 'hitam' sebelum mendirikan rumah tangga.

Buat masa ini, saudari enggan menceritakan pengalaman malang itu kerana khuatir ditinggalkannya. Bagaimanapun, bayangkan apa akan berlaku apabila rahsia itu terbongkar selepas kalian berkahwin kelak.

Dang Setia percaya bala lebih hebat boleh menimpa saudari jika tidak berterus terang dari awal. Pedih ditipu insan tersayang rasanya lebih pilu berbanding pedih menerima kenyataan pahit.

Kalau dia benar-benar menyayangi saudari, insya-Allah dia dapat menerima saudari seadanya, apatah lagi saudari menjadi mangsa keadaan ketika kecil. Cuma, mungkin saudari boleh menyembunyikan identiti perogol itu bagi mengelak persengketaan keluarga.

Pada peringkat awal, mungkin dia sukar menerima kenyataan itu tapi lama-kelamaan dia akan kembali semula ke pangkuan saudari jika cintanya benar-benar kukuh.

Yang penting, saudari terus mengekalkan prinsip mempertahankan 'dara' itu walaupun selaputnya dirobek angkara abang kandung ketika kanak-kanak. Itulah lambang kesucian seorang wanita.

Ingatlah, setiap insan yang hidup di muka bumi Allah ini ada dugaan masing-masing. Anggaplah insiden malang dan tahap kesihatan tidak sempurna itu ujian buat saudari di alam fana ini.

Jadilah individu hebat yang sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah dan dugaan hidup, bukan insan lemah yang hanya tahu meratapi dugaan tapi tidak bersyukur apabila beroleh kesenangan.

Sebagai manusia, kita hanya dipinjamkan ke dunia ini dalam tempoh tertentu. Justeru, manfaatkan sepenuhnya tempoh itu untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Nasihat Dang Setia, lupakan kisah hitam itu dan mulakan hidup baru. Kata orang tua-tua, wanita baik untuk lelaki baik, insya-Allah.

Mungkin saudari boleh mengambil kata-kata itu sebagai azimat untuk membina kehidupan bahagia pada masa depan.


Dang Setia

Isu kemban, Lisa Surihani mohon maaf

Posted: 30 Jun 2014 08:01 PM PDT

Minggu lalu, melalui akaun Facebook beliau Lisa Surihani ada memuat naik beberapa keping gambar beliau di sekitar acara KL Fashion Week 2014 yang pastinya menampilkan fesyen terkini buat tatapan para peminat dunia peragaan dan fesyen.

BACA: Lisa Surihani Berkemban DI KL Fashion Week 2014?

Pakaian Lisa Surihani yang dikenakan menjadi tumpuan ramai peminaty apabila ianya dikatakan menyerupai imej berkemban dan terlalu seksi untuk pelakon itu.

"Sebenarnya kalau tengok betul-betul tak ada sampai saya terus berkemban pun tetapi jika ada pihak yang kurang senang, saya minta maaf," jelas Lisa Surihani kepada Harian Metro apabila diminta mengulas tentang isu ini.

Lisa Surihani turut menambah yang ianya adalah perkara biasa jika penampilan beliau mendapat tentangan peminat dan ada juga antara mereka yang menyokong.

"Apa yang saya boleh kata adalah minta maaf kalau ada yang kurang senang atau tersinggung dengan imej itu tapi saya selesa bekerjasama dengan Alia untuk pakaiannya. Saya cukup terbuka dan okey jika ada yang sokong atau menentang penampilan saya. Itu adalah biasa kalau apa yang kita pakai ada yang suka dan ada yang menentang," tambahnya lagi. (rtky/m)

Lima selebriti Hollywood yang berpuasa di bulan Ramadan

Posted: 30 Jun 2014 07:01 PM PDT

Jutaan muslim di seluruh dunia menunaikan ibadat puasa setiap tahunnya di bulan Ramadan. Tak terkecuali mereka yang bergelar artis di dunia hiburan dunia atau Hollywood.

Antaranya seperti adik perempuan mendiang King of Pop, Michael Jackson hingga legenda petinju dunia Mike Tyson turut menunaikan ibadah puasa.

Dipetik daripada International Business Times, Isnin (30/6/2014), berikut adalah lima selebriti dunia yang menunaikan ibadah puasa Ramadan kali ini.

1. Janet Jackson
Penyanyi yang juga adik kandung kepada mendiang Michael Jackson itu baru memeluk Islam tahun lalu, setelah menikah dengan pengusaha asal Arab, Wissam Al Mana. Secara tidak langsung Ramadan kali ini adalah kali pertama Janet melaksanakan puasa sebagai mualaf. Janet mengakui puasa tidak asing padannya kerana beliau sering berdiet dan menjaga waktu makannya selama bertahun-tahun.

2. Jermaine Jackson
Abang kepada Michael Jackson dan Janet memeluk Islam sejak awal 1989 lagi. Ketika itu, mantan ahli Jackson 5 ini melakukan perjalanan ke Timur Tengah dan akhirnya memutuskan untuk memeluk Islam.

"Setelah memeluk islam, saya merasa seperti dilahirkan kembali," ujarnya.

3. Jemima Khan
Jemima adalah jurnalis internasional berbangsa Yahudi. Beliau memeluk Islam tatkala menikah dengan pengusaha asal Pakistan, Imran Khan, pada 1995.

4. Mike Tyson
Mantan juara dunia tinju kelas heavyweight ini telah memeluk Islam sejak awal 2010 lalu. Setelah melakukan ziarah suci ke Mekah, Arab Saudi, pada Julai 2010, dia menuliskan dalam akaun twitternya. "Aku baru saja meninggalkan kota suci Mekah, di mana aku baru saja diberkati untuk melakukan Umrah... Inshaallah, Allah akan terus memberkatiku untuk terus berada di jalan yang tepat," papar petinju berjuluk Leher Beton ini.

5. Ellen Burstyn
Artis veteran ini dibesarkan dalam keluarga katholik satu ketika dahulu. Namun setelah dewasa dan mengalami pengalaman spiritual, beliau memutuskan untuk memeluk agama Islam dan menjadi seorang muslimah.

"Semangat membuka kebenaran yang hidup pada semua agama," ujarnya.

Diplomat Malaysia Terlibat Kes Seksual Di New Zealand?

Posted: 30 Jun 2014 06:30 PM PDT

Gambar hiasan
PETALING JAYA – Wisma Putra akan mengadakan sidang media pada Selasa bagi menangani "isu penting" ketika seorang pegawai diplomat dilaporkan dituduh melakukan serangan seksual di New Zealand.

Menurut laporan, lelaki yang berusia 30an itu didakwa mengikut seorang wanita berusia 21 tahun dan melakukan serangan ke atasnya pada bulan lepas.

Dia didakwa oleh polis New Zealand kerana merompak dan menyerang dengan cubaan untuk merogol, di mana setiap kesalahan itu membawa kepada hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Nama lelaki dan butiran kes itu yang boleh mengenal pasti identitinya telah disembunyikan oleh seorang hakim New Zealand.

Perdana Menteri New Zealand, John Key dilaporkan berkata pada Isnin bahawa "keutamaan paling kuat" adalah lelaki itu berhadapan dengan perbicaraan di negara itu.

Key berkata, majikan pegawai diplomat itu di New Zealand telah disaman oleh para pegawai menunjukkan betapa seriusnya New Zealand melihat situasi itu.

Mahkamah New Zealand kadang-kadang menyembunyikan butiran mereka yang tertuduh dalam jenayah seksual bagi melindungi identiti mangsa.

Dilaporkan bahawa para pegawai New Zealand tidak dapat memberikan alasan berhubung perintah sekatan terhadap kes berkenaan. – Mstar.com.my

(Foto) Meninggal Jatuh Longkang Di Bazar Ramadan

Posted: 30 Jun 2014 06:01 PM PDT

Putrajaya – Seorang kakitangan di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Muhammad Kamal Salleh Hodin meninggal dunia selepas terhantuk di tebing longkang ketika melompat di longkang besar, untuk ke bazar Ramadan yang terletak di Presint 3, di sini, petang tadi.

Mangsa berusia 34 tahun dan berasal dari Kluang.

Ketika kejadian pada 5.45 petang itu, beliau dikatakan memanjat cerun untuk tapak bazar Ramadan itu dan cuba melompat melalui longkang besar tersebut.

Namun malang menimpa apabila lompatannya gagal dan mangsa terhantuk di tebing longkang.

Polis mengesahkan Muhammad Kamal meninggal dunia di tempat kejadian. – Mynewshub.my

Nasib malang perempuan simpanan suami

Posted: 30 Jun 2014 05:37 PM PDT

Yunnan: Seorang wanita menyimbah petrol dan membakar perempuan simpanan suaminya sebelum cuba membunuh diri.

Kejadian berlaku kelmarin apabila suspek yang hanya dikenali dengan nama keluarganya, Shi, menyimbah mangsa dengan petrol di luar sebuah warung kopi.

Wanita itu mendakwa perempuan simpanan suaminya memaksa dia bercerai.

Rakaman video menunjukkan seorang wanita terbakar dengan bunyi jeritan yang menakutkan.

GAMBAR Shi sebelum cuba membunuh diri.
Mangsa kemudian rebah dan mati di tempat kejadian.

Mayat itu rentung hingga tidak dapat dikenali.

Selepas serangan itu, Shi meminum racun serangga dan cuba mengelar dirinya dengan pisau tetapi berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital.

Menurut pemilik warung itu, Shi datang dengan berpakaian serba hitam dan mengekori mangsa sambil memegang baldi berisi petrol.

Apabila tiba di warung itu, Shi bertanya kepada mangsa: "Adakah kamu yang mendampingi suami saya?"

Tanpa menunggu jawapan daripada mangsa, Shi menyembur serbuk lada ke muka wanita itu dan berlari mengambil baldi berisi petrol lalu, menyimbah wanita berkenaan dan membakarnya.

Piala Dunia: Jerman ranapkan impian Algeria

Posted: 30 Jun 2014 05:14 PM PDT

PEMAIN Jerman, Andre Schuerrle (tiga dari kanan) menjaringkan gol pertama bagi pasukannya pada minit ke-92 menewaskan penjaga gol Algeria, Rais M'Bolhi dalam perlawanan di Stadium Estadio Beira-Rio di Porto Alegre, awal pagi ini. - Foto Reuters
BRASILIA: Satu tandukan daripada Paul Pogba dan gol sendiri Joseph Yobo menceriakan Perancis untuk layak ke suku akhir buat menggapai impian besar ketika jurulatih, Didier Deschamps berulang kali menyebut semangat anak didiknya sama seperti barisan 1998 yang menjuarai Piala Dunia di halaman sendiri.

Skuad bergelar The Bleus itu menewaskan Nigeria 2-0 dalam saingan pusingan kedua di Stadium Nasional Mane Garrincha dengan dua gol hadir pada 11 minit terakhir permainan.

"Kami antara lapan pasukan terbaik dunia yang masih kekal dalam saingan. Kami tidak akan terbawa-bawa dengan pencapaian ini dan akan mengulangi prestasi sama dalam tempoh empat hari lagi," kata Deschamps, awal pagi tadi.

Perancis akan menentang Jerman atau Nigeria dalam saingan suku akhir pada 4 Julai ini di Stadium Maracana, Rio de Janeiro.

Dalam perlawanan itu, Pogba - antara pemain paling menyinar dalam pasukan ketika ini - memecahkan kebuntuan dengan gol pertama pasukan pada minit ke-79 selepas bijak melonjak menanduk masuk bola ke dalam gawang terbuka selepas penjaga gol Nigeria, Vincent Enyeama gagal mendakap bola hasil sepakan sudut.

Ia satu saat kejam buat Enyeama yang sebelum ini menafikan percubaan berbahaya Perancis beberapa kali. Gol kedua Perancis adalah jaringan sendiri pemain pertahanan, Yoko yang tertampan bola selepas dicabar Antoine Griezmann.

"Gol kami datang lewat tetapi semua perlawanan dalam Piala Dunia adalah sukar," kata Deschamps.

Nigeria pulang berundur dengan sorakan daripada penyokong selepas memberikan satu persembahan baik, khasnya berjaya menyekat Perancis menjaringkan sebarang gol pada 45 minit pertama.

"Kami bermain dengan baik tapi tiada nasib dan kalah hari ini (awal pagi tadi)," kata jurulatih Nigeria, Stephen Keshi.

"Keputusan tidak menceritakan persembahan keseluruhan perlawanan ini." - AFP

Piala Dunia: Perancis mara, Nigeria kandas

Posted: 30 Jun 2014 05:01 PM PDT

BRASILIA: Satu tandukan daripada Paul Pogba dan gol sendiri Joseph Yobo menceriakan Perancis untuk layak ke suku akhir buat menggapai impian besar ketika jurulatih, Didier Deschamps berulang kali menyebut semangat anak didiknya sama seperti barisan 1998 yang menjuarai Piala Dunia di halaman sendiri.

Skuad bergelar The Bleus itu menewaskan Nigeria 2-0 dalam saingan pusingan kedua di Stadium Nasional Mane Garrincha dengan dua gol hadir pada 11 minit terakhir permainan.

"Kami antara lapan pasukan terbaik dunia yang masih kekal dalam saingan.Kami tidak akan terbawa-bawa dengan pencapaian ini dan akan mengulangi prestasi sama dalam tempoh empat hari lagi," kata Deschamps, awal pagi tadi.

Perancis akan menentang Jerman atau Nigeria dalam saingan suku akhir pada 4 Julai ini di Stadium Maracana, Rio de Janeiro.

Dalam perlawanan itu, Pogba - antara pemain paling menyinar dalam pasukan ketika ini - memecahkan kebuntuan dengan gol pertama pasukan pada minit ke-79 selepas bijak melonjak menanduk masuk bola ke dalam gawang terbuka selepas penjaga gol Nigeria, Vincent Enyeama gagal mendakap bola hasil sepakan sudut.

Ia satu saat kejam buat Enyeama yang sebelum ini menafikan percubaan berbahaya Perancis beberapa kali. Gol kedua Perancis adalah jaringan sendiri pemain pertahanan, Yoko yang tertampan bola selepas dicabar Antoine Griezmann.

"Gol kami datang lewat tetapi semua perlawanan dalam Piala Dunia adalah sukar," kata Deschamps.

Nigeria pulang berundur dengan sorakan daripada penyokong selepas memberikan satu persembahan baik, khasnya berjaya menyekat Perancis menjaringkan sebarang gol pada 45 minit pertama.

"Kami bermain dengan baik tapi tiada nasib dan kalah hari ini (awal pagi tadi)," kata jurulatih Nigeria, Stephen Keshi. "Keputusan tidak menceritakan persembahan keseluruhan perlawanan ini." - AFP

Kata Pakteh...!!

Posted: 01 Jul 2014 01:32 PM PDT

Kata Pakteh...!!


Benarkah Dakwaan Exco Kedah cilok projek?

Posted: 30 Jun 2014 09:50 PM PDT

Pakteh terbaca tulisan Mummy Rokiah disini dan terus teringatkan keluhan rakan Pakteh yang juga seorang kontraktor. Keluhan rakan Pakteh hampir 100% sama seperti yang ditulis oleh Mummy Rokiah. Rakan Pakteh bukan mengenali mana2 blogger malah Pakteh yang berstatus blogger cap ayam ni pun dia tak tau kata pandai tulis blog. Jadi pasti bukan rakan Pakteh yang memberi maklumat kepada Mummy Rokiah. Ini bermakna.....kisah ini memang berlegar dikalangan kontraktor dan di kedai-kedai kopi.

Ada baiknya pihak-pihak tertentu/terlibat menyelesaikan masalah ini kerana saya amat pasti, isu n cilok projek-projek kecil sehingga menutup mata pencarian kontraktorG1 dan G2 menyebabkan pemerintahan BN kini dipandang serong. Ini amat tidak bagus untuk MB. Janganlah orang sekeliling yang merosakkan imej MB yang disukai rakyat. 

------sedikit sedutan dari Mummy Rokiah----------------

Rahsia bukan rahsia lagi apabila setiap kedai nasi kandar di daerah dalam Negeri Kedah sudah kedengaran suara-suara bahawa sedang ada satu gerakan mengumpul tanda tangan tanda protes di kalangan usahawan kontraktor kelas marhaen G1 dan G2 terhadap seorang ahli exco Kerajaan Negeri Kedah.
Protes ini  membengkak terhadap exco ini kerana beliau dikatakan telah meraup @ pondoi kesemua pojek-projek kecil hak kontrakotor G1 dan G2 dan mengumpulkan menjadikan satu projek besar yang bernilai jutaan ringgit dan projek itu sebaliknya telah dianugerahkan kepada sebuah kontraktor besar kepunyaan exco tersebut. 
Pemerhati difahamkan kontrator-kontrator kecil dari setiap daerah seluruh negeri Kedah akan berarak berjumpa MB membawa surat petisyen sebagai tanda protes terhadap tindakan tamak exco tersebut dalam sedikit masa ini. 
Jika ini berlaku ia pasti akan mencalarkan integriti kewibawaan kepimpinan Mukhriz Tun Mahathir sebagai MB di Kedah. Dan yang lebih parah lagi ia akan menjejaskan pengaruh Barisan Nasional di Kedah dalam PRU14 kelak dan ketika itu BN akan menangis tidak berlagu. 

Baca seterusnya di blog Mummy Rokiah

Cucu Tok Selampit

Posted: 01 Jul 2014 01:30 PM PDT

Cucu Tok Selampit


@cmlimguaneng Hantar Bunga Kepada Mangsa JE - Rasa Bersalah Ker?

Posted: 01 Jul 2014 07:13 AM PDT



Adik Muhammad Ammar Murqish Bin Zulkifli, pelajar tahun 6 Sekolah Rendah Kampung Selamat yang disahkan menghidap virus JE, hari ini mendapat sebakul bunga daripada Ketua Menteri Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chan. Apakah kalungan bunga yang dihantar ke Hospital Pantai Pulau Pinang ini atas dasar simpati atau rasa bersalah Ketua Menteri berkenaan yang bertanggungjawab secara tidak langsung ke atas sengsara dan keperitan yang ditanggung oleh Adik Ammar.

Kenapa tidak, di bawah pentadbiran Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, kandang-kandang babi dibiarkan diternak secara tidak terurus. Lihatlah sahaja bagaimana sistem perparitan dicemari dengan najis dan bahan buangan daripada kandang-kadang babi terbabit? Bagaimana kandang babi boleh diusahakan di depan rumah dan berdekatan jalan? Malah yang lebih penting bagaimana ianya boleh diteruskan dalam keadaan jarak diantara sekolah dan penduduk kampung lain tidak sampai satu atau dua kilometer daripada tempat penternakan?


tun faisal dot com

Posted: 01 Jul 2014 01:28 PM PDT

tun faisal dot com


Denggi, Kekurangan Air & Banjir - Bala yang turun di negeri Selangor?

Posted: 30 Jun 2014 10:42 PM PDT

Mesej mengenai bahaya denggi di Selangor yang sedang disebarkan di pelbagai platform media sosial:-

This message is from Chairman of Assunta Hospital. :
I wish to warn all of you about the latest Dengue cases. I attended a wake yesterday of my friend's son who passed away very suddenly at the age of 48 due to Dengue fever. He was bitten by mosquito while visiting a house in Ampang area. Got fever two days later, admitted to hospital, then next day was in ICU and passed away on early Saturday morning. While at the wake, we learnt that in the next parlour, was a 38 year old young man who also died of Dengue fever. Apparently the current strain of Dengue is very virulent and it will attack the liver and then cause the whole body's organs to shut down. My friend had given the son all the typical Dengue remedies such as porcupine tumour, frog with bitter gourd and papaya leaves extract but to no effect. 
My friend's relatives included a doctor who was from the hospital to which the two patients were admitted and confirmed that the onset of the Dengue and the way it progressed was frightening. So all of you, please check your home and nearby environment and always go out with protection against mosquitoes. 
Please clean up your compound at all parks and your home. Prevention is better than cure....

Comments:

There are 0 ulasan for Barisan Nasional

Catat Ulasan