Suara Sri Andalas Posted: 17 Jun 2014 11:23 PM PDT Jemputan Media Melawat Tapak Kolam Tadahan di Taman Sentosa, Klang Posted: 17 Jun 2014 01:21 AM PDT Media Alert / Hebahan Media YB Dr. Xavier Jayakumar akan mengadakan lawatan ke tapak kolam tadahan di Taman Sentosa, Klang untuk meninjau perkembangan terkini. Kolam tadahan ini adalah inisiatif untuk mengatasi banjir di DUN Seri Andalas yang telah melanda lebih 20 tahun.
Lokasi Kolam Tadahan adalah di Jalan Kebun Nenas, (bersebelahan Tangki Air Bandar Puteri). Butiran lawatan adalah seperti berikut:
Tarikh : 19 Jun 2014 (Khamis) Masa : 11.30 pagi
Tempat: Kumpul di Pejabat ADUN Seri Andalas No. 15A, Jalan Mohd Tahir 8, Taman Mewah 4, Off Jalan Sungai Jati (berhadapan Petronas) 41200 Klang, Sngor.
Contact Person: En. Nordin Borhan 012-2619301 (H/P)
SEMUA EDITOR MEDIA DAN WARTAWAN DIJEMPUT HADIR | |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 17 Jun 2014 01:18 PM PDT PKR dedah Putrajaya beri konsesi UiTM Seremban kepada adik Sharizat Jalil Posted: 17 Jun 2014 02:43 AM PDT
PKR dedah Putrajaya beri konsesi UiTM Seremban kepada adik Sharizat Jalil 17 Jun, 2014.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan adik kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil mendapat konsesi pembinaan kampus UiTM cawangan Seremban.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata Datuk Shahrir Abdul Jalil, iaitu adik kepada Sharizat memperolehi perjanjian konsesi itu melalui syarikat Tentu Selesa Sdn Bhd di mana rakan kongsinya juga berkait rapat dengan Umno.
"Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan ia dikuasai dua tokoh rapat dengan Umno selain adik Sharizat, Datuk Aidit Ghazali merupakan timbalan presiden Jalur Tiga (Jati)," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Semalam, Rafizi turut mendedahkan penyerahan konsesi pembinaan cawangan UiTM Pasir Gudang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Bertam, Shariful Azhar Othman.
| Komando ditembak, Polis bunuh diri, Tentera merogol Posted: 16 Jun 2014 05:31 PM PDT
Pada 15 Jun 2014 seorang anggota polis berpangkat Koperal dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dikatakan menembak diri sendiri selepas membunuh seorang pengawal keselamatan. Pada 13 Jun 2014 pula dilaporkan 6 orang anggota tentera dari Jabatan Siasatan Khas di Kem Jeti Pulau Pisang, Johor telah ditangkap berhubung kes rogol gadis berusia 14 tahun di pantai Pontian Besar. Tiga dari enam anggota tentera yang ditangkap tersebut diuji positif dadah.
Pada 30 Mei 2014 pula seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbunuh manakala dua orang awam cedera selepas seorang anggota pasukan itu secara tiba-tiba melepaskan empat das tembakan yang dipercayai untuk meleraikan satu kekecohan di hadapan kedai serbaneka 24 Jam di Pekan Lahad Datu.
Negara dikejutkan lagi dengan kes penculikan di perairan Sabah pada 16 Jun 2014.
Nampaknya tembak, bunuh, bunuh diri, rogol, pengambilan dadah di kalangan anggota keselamatan kita bukan lagi kes terpencil. Sesuatu perlu dilakukan di semua peringkat, bermula dari kepimpinan tertinggi ATM dan PDRM serta KDN dan MINDEF.
Ini adalah masa yang terbaik untuk dibahaskan perkara ini di parlimen di kalangan ahli parlimen BN dan Pakatan Rakyat demi keamanan dan keselamatan negara.
Usaha Dakwah, Kaunseling dan Kebajikan di kalangan anggota ATM dan PDRM perlu diperhebatkan. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan