BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Admin | | Posted On Selasa, 17 Jun 2014 at 3:33 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 16 Jun 2014 11:46 PM PDT

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Menghadapi persempadanan semula bahagian pilihan raya

Posted: 16 Jun 2014 10:32 PM PDT

Oleh Wan Nik Wan Yussof, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan

PAS perlu serius

Sebaik selesainya dua pilihan raya kecil, Bukit Gelugor dan Teluk Intan nampaknya Suruhanjaya
Pilihan Raya Malaysia (SPR) sibuk pula dengan tugas kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya. Ia merupakan tugas asasi SPR seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia dinyatakan secara khusus di dalam Fasal (2) Perkara 113 dan Bahagian I Jadual Ketiga Belas; Perkara 116 dan 117, Perlembagaan Persekutuan.

Menurut peruntukan perlembagaan, urusan kajian semula persempadanan perlu dilakukan setiap 10 tahun sekali. Ia perlu demi untuk menyeimbangi perkembangan sosial, budaya, pembangunan melibatkan topografi, perkembangan demografi, kemudahan asas dan komunikasi di sesebuah bahagian pilihan raya (Negeri dan Persekutuan) untuk mempastikan amalan demokrasi sentiasa subur dan praktikal. Sehingga kini, telah berlaku sebanyak enam kali persempadanan bahagian pilihan raya, iaitu tahun 1958, 1966, 1974, 1983, 1992, 2003 dan tahun 2014 ini adalah yang ketujuh.
Gerrymandering

Berdasarkan senario kajian persempadanan yang lepas itu, strategi persempadanan biasanya diambil kesempatan oleh pemerintah (dibuat oleh SPR setelah mendapat kelulusan Perdana Menteri) untuk memasukkan unsur-unsur yang menguntungkan dalam usaha bagi mengukuhkan demi mengekalkan kuasa/geopolitik yang disebut sebagai gerrymandering.

Konsep gerrymandering ini diasaskan oleh gabenor Massachusetts, Amerika Syarikat, Elbridge Gerry (1744-1814) pada tahun 1812. Konsep ini menerangkan tindakan memanipulasi secara sengaja pihak berkuasa dalam penyusunan dan pengaturan semula kawasan-kawasan pentadbirannya bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya yang akan datang. Tujuan untuk mengurangkan undi parti pembangkang dan memenangkan parti pemerintah. Contoh mikro gerrymandering ialah kes Dun Kajang dan Dun Bangi semasa persempadanan bahagian pilihan raya tahun 2003 dibuktikan melalui satu kajian oleh Junaidi Awang Besar & rakan-rakan (2012) yang mendapati persempadanan semula pilihan raya itu menyebabkan berlakunya perubahan bilangan pemilih secara keseluruhan, perubahan bilangan pemilih mengikut kaum, perubahan kedudukan dan pertambahan serta pengurangan daerah mengundi, dan Dun Kajang dibelahbahagi diwujudkan pual satu Dun baru iaitu Bangi. Ini sudah tentu memberi kesan terhadap keputusan pilihan raya, apabila sempadan baru bagi Dun Kajang dan Dun Bangi telah digunapakai dalam pilihan raya umum 2004 dan 2008, serta 2013.

Keputusan pilihan raya umum 2004 memang telah memberi kelebihan kepada parti pemerintah iaitu Barisan Nasional (BN). Namun ia berubah pada 2008 dan 2013 apabila BN gagal mempertahankan kerusi itu selepas sepenggal. Ia sudah tentu, faktor persempadanan bukanlah menjamin sepenuhnya strategi pengekalan dominasi pemerintah. Ia ada kaitan dengan perubahan landskap politik baru Malaysia, apabila isu-isu sosiopolitik bersifat merentasi perkauman dan geopolitik. Namun pada tahun 2008 dan 2013 dalam konteks Dun Kajang, cara gerrymandering tidak lagi relevan kerana faktor "tsunami politik" yang dijana oleh faktor isu semasa, ketidaktelusan dan ketidakbolehpercayaan terhadap pemerintah. Ia juga dikaitkan dengan ekonomi, perkauman dan politik setempat yang telah "menenggelamkan status quo dan hegemoni politik BN yang berteraskan politik pembangunan.

Asas Persempadanan

Skop persempadanan oleh SPR adalah aspek keperwakilan di setiap negeri yang terbahagi kepada empat struktur bahagian pilihan raya iaitu bahagian Parlimen, di dalam Parlimen pula diwujudkan bahagian Dewan Undangan Negeri (Dun), kemudian dalam Dun dibahagikan kepada Daerah Mengundi (DM) dan di dalam setiap DM adanya lokaliti sebagai unit terkecil. Keempat-empat peringkat bahagian persempadanan tersebut, SPR akan melakukan kajian semula persempadanan setiap antara 8-10 tahun.

Apa pun asas bagi persempadanan di sisi SPR adalah berlandaskan kepada rasionaliti jumlah pemilih, keluasan, sempadan pentadbiran dan ketersampaian khidmat wakil rakyat (Ahli Parlimen/Ahli Dun) kepada pengundi.

Walaupun begitu, ruang untuk mengimbangi kuasa SPR di dalam melakar semula (menyempadankan) bahagian pilihan raya ini masih ada. Peluang itu disediakan oleh peraturan yang ada masih membolehkan pihak-pihak tertentu mengemukakan cadangan balas (syor representasi) kepada SPR.
 
Syor representasi

Pihak yang ada hak mengemukakan syor representasi ialah pengundi kalangan pemilih berdaftar di dalam bahagian pilihan raya masing-masing, Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri. Syor representasi, berupa suatu cadangan dan atau bantahan boleh dilakukan di dalam dua peluang, iaitu semasa pameran draf persempadanan semula dan semasa tempoh rayuan selepas SPR melakukan siasatan tempatan terhadap cadangan yang diterimanya.

Pihak SPR pula akan mempertimbangkan sebarang cadangan/bantahan oleh ketiga-tiga pihak tadi berlandaskan rasionaliti seperti keadaan peta, senarai pemilih mengikut DM, jumlah pemilih mengikut tempoh masa yang ditetapkan, kemudahan untuk mengundi dan kemudahan menjalankan aktiviti harian dan pelbagai alasan.

Persempadanan kawasan pilihan raya ini amat penting kerana selain daripada menentukan bahagian-bahagian yang perlu ada dalam pilihan raya ia juga bertujuan, pertamanya untuk memastikan tidak berlaku ketidakseimbangan atau hal yang menyulitkan pentadbiran kerajaan peringkat daerah (jajahan) atau PBT berikutan pertambahan penduduk, terutama bahagian pilihan raya yang menjadi pusat aktiviti utama. Keduanya pula, bertujuan memenuhi matlamat murni kajian semula persempadanan iaitu mewujudkan bahagian pilihan raya yang positif terhadap amalan berpilihan raya secara bebas, adil dan demokratik.

 Peranan PAS

Berdasarkan tatacara persempadanan bahagian pilihan raya, pihak SPR terlebih dulu perlu memaklumkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri serta selari dengannya suatu notis dikeluarkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar tempatan dan disiarkan dalam Warta, serta dipamerkan di semua bahagian-bahagian pilihan raya selama satu bulan untuk pemeriksaan dan cadangan balas orang ramai.

Selepas itu, proses persempadanan bermula dengan arahan Ibu Pejabat SPR (dikeluarkan setelah tamat tempoh lat 8 tahun dengan selesainya kajian semula persempadanan sebelum ini) kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri untuk mengumpul maklumat-maklumat bilangan pemilih di bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri, kemudahan-kemudahan baru seperti bangunan pejabat, sekolah untuk digunakan sebagai tempat mengundi, atau kemudahan perhubungan serta pengangkutan.

Sehubungan tempoh pameran (sebulan), peluang mengemukakan syor representasi berupada cadangan/bantah boleh dilakukan kepada SPR. Kemudian SPR pula mesti mengadakan siasatan tempatan untuk meneliti rayuan dan cadangan balas yang diterima dalam tempoh pameran itu. Ada tiga pihak yang boleh mengemukakan syor: 1) mana-mana Kerajaan Negeri, 2) Pihak Berkuasa Tempatan, dan 3) kumpulan 100 orang pemilih dan lebih yang berdaftar di bahagian-bahagian pilihan raya yang terlibat dengan kajian tersebut.

Bagi PAS mahupun rakan Pakatan Rakyat, peluang mengemukakan syor itu sebaiknya dimanfaatkan secara serius bila tiba masa pameran nanti. Ia boleh dibuat atas nama pihak ketiga, iaitu kumpulan 100 orang atau lebih pemilih tempatan di mana bahagian pilihan raya yang memerlukan cadangan balas atau bantahan kepad SPR. Kepentingan utama syor representasi itu adalah bagi memastikan draf sempadana baru itu tidaklah menyebelahi pemerintah atau mirip mengekalkan kuasa Barisan Nasional.

Sehubungan itu, langkah yang perlu ialah kumpulan 100 orang pemilih hendaklah meneliti draf sempadan itu nanti dengan mengambil kira kepentingan sosioekonomi, komunikasi dan sosiobudaya serta pusat aktiviti komuniti (central business district) masing-masing. Sekiranya apa yang dipamerkan oleh SPR itu boleh menyebabkan kesusahan dan menimbul halangan kepada komuniti pengundi/penduduk di situ, maka cadangan/bantahan (yang disertakan alasan-alasan) bolehlah disyorkan.

Oleh sebab itu, bagi memudahkan urusan syor representasi nanti, bolehlah kumpulan 100 orang pemilih membentuk satu Jawatankuasa Bertindak Persempadanan bagi meneliti dan memberi cadangan/bantahan atas syor SPR dalam perkara yang melibatkan kepentingan komuniti pemilih di lokaliti masing-masing.

Misalnya membantah syor nama baru bagi Dun/Parlimen kerana nama asalnmya lebih baik/memiliki nilai sejarah yang disanjung oleh penduduk tempatan; atau mencadangkan daerah mengundi A dikeluarkan dari Dun baru berikutan kesulitan jalan perhubungan (tiada jalan/terhalang kerana sungai/terpisah oleh bukit) untuk ke tempat mengundi; atau mencadangkan Dun B dimasukkan bersama-sama Dun C di dalam Parlimen yang sama disebabkan majoriti pemilih dari Dun B menjalankan aktiviti ekonomi, pendidikan anak-anak dan pusat beli-belah adalah di dalam Dun C. Semua syor oleh kumpulan 100 pemilih ini hendaklah dipersetujui/ditangani dalam satu representasi ditujukan kepada Setiausaha SPR.

Peranan negeri Pakatan Rakyat

Sebagaimana dinyatakan, pihak Kerajaan Negeri dan PBT turut berpeluang mengemukakan syor representasi persempadanan ini. Oleh sebab itu, bagi negeri bawah kuasa Pakatan Rakyat atas nama Kerajaan Negeri, bolehlah mengemukakan cadangan/bantahan bagi kerajaan di negeri masing-masing (Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang). Matlamatnya bagi mengimbangi pameran persempadanan oleh SPR agar relevan dengan pentadbiran negeri. Sekiranya apa yang dipamerkan oleh SPR tidak relevan dalam konteks pentadbiran negeri, maka cadangan/bantahan (yang disertakan alasan-alasan) bolehlah disyorkan.

Begitu pula, PBT di negeri Pakatan Rakyat perlu dimanfaat sama bagi mengemukakan cadangan/bantahan berlandaskan perancangan pembangunan dan perkembangan demografi di dalam kawasan operasi agar selari dengan ketersampaian pengundi. Terutama apabila didapati apa yang dipamerkan oleh SPR tidak relevan dalam konteks perancangan pembangunan dan kependudukan PBT.

Sekiranya syor representasi (cadangan/bantahan) oleh mana-mana pihak tidak diterima semasa siasatan tempatan, syor tersebut masih boleh dibangkit semula dalam bentuk rayuan ketika pameran semula (selama sebulan) bagi membolehkan SPR membuat apa-apa pindaan syor persempadanan bahagian pilihan raya berkenaan.

Apa yang penting, persempadanan semula bahagian pilihan raya kali ke-7 nanti dapat meningkatkan tahap perwakilan rakyat di negara ini. Sekaligus akan memenuhi amalan pilihan raya yang lebih demokratik apabila bertambahnya bilangan Dun dan Parlimen selari dengan nisbah pengundi yang dijangka mencecah 15 juta. Semoga kerterlibatan semua pihak bakal membantu SPR melaksanakan persempadanan semula bahagian pilihan raya yang lebih telus dan adil. Sekaligus akan terlaksananya prinsip demokrasi yang mengambilkira nisbah yang seimbang antara bilangan pemilih dengan jumlah bahagian pilihan raya Dun dan Parlimen.

PAS Kawasan Miri

Posted: 16 Jun 2014 07:50 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Penggunaan Dawai Kokot Dalam Bungkusan Makanan Boleh Ancam Keselamatan Pengguna

Posted: 15 Jun 2014 10:26 PM PDT

Bahaya Menggunakan Dawai Kokot Dalam Bungkusan Makanan

MIRI – Kebanyakan bungkusan makanan masa kini menggunakan dawai kokot yang boleh mendatangkan masalah keselamatan kepada pengguna.

Kalau dulu pembungkus makanan menggunakan lilin untuk menutup atau pengapit bungkusan makanan yang menggunakan plastic tetapi sekarang mereka menggunakan dawai kokot sebagai ganti. Kebanyakannya makanan ringan yang menggunakan bungkusan plastic dan daun pisang.

Selain itu "Pulut Panggang" juga menggunakannya, masa dulu ianya digulung di dalam pulut kukus, dibungkus dengan daun pisang dan dibakar. Ia adalah resipi tradisional Melayu. Lepas itu mereka akan menggunakan batang lidi pada hujung daun pisang. 

Menggunakan batang lidi untuk "Pulut Panggang" agak selamat berbanding dawai kokot, namun begitu ada sesetengah penjaja lebih suka memilih dawai kokot sebagai jalan mudah untuk membungkus makanan.

Menggunakan dawai kokot boleh menyebabkan pengguna tertelan dawai kokot sekiranya dawai kokot terjatuh atau bercampur dalam makanan yang dibungkus tanpa menyedari kandungannya.

Jika orang dewasa pun boleh cuai apatah lagi kanak-kanak yang suka makan makanan ringan tanpa berwaspada dan terus menyuap makanan ke mulut apabila mereka lapar.

Makanan ringan seperti kekacang, bijirin dan gula jeli yang dibungkus semula dalam kuantiti kecil turut menggunakan dawai kokot sebagai pengapit bungkusan dan ianya lebih banyak mendatangkan bahaya kepada pengguna terutama kanak-kanak kecil.

Kita dapati penggunaan dawai kokot dalam hampir semua kegiatan pembungkusan makanan seperti kedai runcit, pasar raya atau pasar malam yang boleh merbahayakan keselamatan pengguna.

Pihak Kementerian Kesihatan harus peka dengan isu ini dan sentiasa memantau kegiatan pembungkusan yang menggunakan dawai kokot dengan mengharamkannya segera jika perlu.

Kita mengesa pihak Kementerian dan pihak berkaitan harus menggunakan saluran media untuk menerangkan bahayanya penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan, implikasinya dan risiko yang bakal dihadapi oleh pengguna sekiranya mereka tidak berhati-hati ketika makan.

Kita cadangkan agar pembungkus makanan boleh menggunakan pengapit bungkusan yang lebih selamat lagi dari menggunakan dawai kokot.

Perkara ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya dari pihak berkuasa dan pihak yang berkaitan demi keselamatan pengguna.  Kerjasama dengan pihak yang berkenaan mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Dangers of using staples in the food packaging

MIRI – Most packaged foods nowadays are using staples that can cause safety problems for consumers.

In the past food wrappers using wax to close or clamp packaged foods that using plastic, but now they use staples instead. Mostly junk food use the plastic packaging and banana leaves.

The "Grilled glutinous rice" is also used, the old days it is rolled up in steamed glutinous rice, wrapped in banana leaves and baked. It is a traditional Malay recipe. After that, they will use the skewers on a banana leaf tip.

Using skewers to "Grilled glutinous rice "somewhat safer than staples, however there are some hawkers prefer staples as the easy way to wrap food.

Using staples can cause consumers swallowed staples if the staples dropped or mixed in packaged foods without realizing its contents.

If an adult can even negligent not to mention the children who love to eat junk food without cautious and directly feeding to the mouth when they are hungry.

Snacks such as nuts, grains and sugar jelly repackaged in smaller quantities also use the staples as a clamping package and it is more harmful to consumers, especially small children.

We find the use of staples in nearly all food packaging activities such as grocery stores, supermarkets or night market that could jeopardize the safety of consumers.

The Ministry of Health should be sensitive to this issue and constantly monitor the activities of the packaging that uses staples by ban it immediately if necessary.

We urge the government and relevant parties should use media channels to explain the dangers of the use of staples in food packaging, implications and risks faced by consumers if they are not careful while eating.

We suggest that food packaging can use clamp packaging that is safer from using staples.

These need to be given adequate attention from the authorities and relevant parties for the safety of consumers.  Cooperation with relevant parties to resolve this issue immediately is greatly appreciated.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 16 Jun 2014 01:15 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Isu pengambilan tanah Kampung Padang Jambu, Melaka

Posted: 16 Jun 2014 12:51 AM PDT

BUKIT BARU, MELAKA: Penduduk Kampung Padang Jambu, Melaka, memohon penjelasan kerajaan negeri berhubung cadangan pengambilan tanah mereka bagi tujuan pembesaran Kolej Perubatan Manipal yang terletak bersebelahannya.

Baru-baru ini, satu dialog mengenai isu tersebut telah diadakan di antara Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat, Mazlan Aliman dan sebahagian daripada 15 orang penduduk yang terlibat di mana ianya turut dihadiri Pengerusi Lajnah Tanah PAS Melaka, A Kadir Shohod; Pengerusi Sekretariat Dun Bukit Baru, Yusuf Wahab serta AJKnya, Yasim Musa dan Ustaz Ibrahim Duralim.

Menurut Mazlan Aliman pihaknya telah memohon penjelasan sebenar berkenaan cadangan pengambilan tanah itu kerana ianya melibatkan kediaman kampung tradisi penduduk yang telah tinggal di situ sejak sekian lama.

"Kerajaan negeri atau wakilnya JKKK kena berterus-terang kepada penduduk kerana mereka mendengar desas-desus yang mengatakan bahawa tanah mereka akan diambil bagi pembesaran Kolej Manipal
dan jalan raya.


"Orang datang ukur tanah dah datang beberapa kali dan bila ditanya mereka tak mahu memberikan maklumat kepada penduduk menyebabkan penduduk runsing dan bingung memikirkan nasib yang akan menimpa sekiranya tanah mereka diambil secara tiba-tiba," ujarnya.

Jelas beliau, penduduk dicadangkan menubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi memudahkan berurusan dengan pihak berwajib dan bagi tujuan mempertahankan kampung itu daripada proses pengambilan tanah.

"Sekiranya tidak boleh dipertahankan lagi mereka layak mendapat bayaran pampasan yang setimpal kerana telah tinggal di situ lebih 40 tahun dan terpaksa memulakan semula kehidupan baru di tempat yang lain pula.

"Persoalannya adalah mengapa isu seperti ini seringkali terjadi dan ianya melibatkan kawasan kediaman penduduk sedangkan banyak lagi kawasan tanah kerajaan yang terbiar tidak digunakan bagi tujuan tersebut," katanya.

Harakah 11 - 14 SYAABAN 1435 / 9 - 12 JUN 2014 


MusabUmair

Jasindaily Online

Posted: 16 Jun 2014 10:31 AM PDT

Jasindaily Online


ISU CADBURY : JAKIM MASIH DIPERSIMPANGAN

Posted: 16 Jun 2014 06:06 AM PDT

Semalam, satu majlis makan coklat Cadbury diadakan bagi mempertahankan status halal produk berkenaan yang dianjurkan oleh portal myKMU (Portal tegar pro Umno), dengan kerjasama portal SuaraTV dan Ikatan Aktivis Siber Malaysia (IKAS). Ramai yg mahu tonton demo makan coklat oleh pegawai JAKIM. Malangnya, Blogger yg kelaparan pula yg memakannya. Pelik apa, blogger yg sanggup buat fitnah seks, setakat makan coklat Cadbury apa ada hal.
Suruh makan natang menyondol tu pun mereka sanggup janji ada upah. Tetapi Pegawai JAKIM yang hadir enggan menjamahnya malah beredar dari situ. Khabarnya alasan dah kenyang. Makan coklat bukan macam makan nasi, bro. Takkan cubit sikit coklat tu masuk dalam mulut pun tak boleh? Pegawai tu memberitahu dia hanya dijemput untuk memberi penerangan dalam forum tersebut dan bukannya datang atas kapasiti menyertai demonstrasi makan coklat Cadbury. Kahkahkah...ertinya dia sendiri 'was-was". Dlm Islam, bila makanan yg was-was, hukumnya elok ditinggalkan. Jadi, tindakan Pegawai JAKIM itu tepat!!!/wfauzdin.ns

TUAN GURU PRESIDEN TERUS TERIMA KUNJUNGAN DI ISTANBUL

Posted: 16 Jun 2014 06:02 AM PDT

ISTANBUL: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang kini sedang berehat di Istanbul terus menerima kunjungan para pemimpin politik di Turki dan antarabangsa. Selain dari rasa prihatin Kerajaan Turki pimpinan Racep Tayyib Erdogan yang sentiasa membantu dan memantau perkembangan kesihatan Tuan Guru Abdul Hadi, para pemimpin gerakan Islam antarabangsa juga sentiasa mengikuti perkembangan kesihatan beliau. Tuan Guru Abdul Hadi yang telah dibenarkan keluar dari Hospital Medipol Istanbul, kini sedang berehat buat beberapa waktu sebelum pulang ke tanah air. 

Semalam beliau menerima kunjungan pemimpin gerakan Islam dari pelbagai negara termasuk Dr. Usamah Hamdan dari pergerakan Hamas Palestin, Dr. Hamzah Mansour dari Jordan, Dr. Abdul Razzak dari Algeria, Dr. Nasir Sanie dari Kuwait, Dr. Ahmed Waqqar dari Pakistan serta para pemimpin pertubuhan Islam daripada beberapa negara. "Para pemimpin gerakan Islam yang hadir melahirkan rasa gembira apabila keadaan kesihatan Tuan Guru Presiden semakin pulih dan kembali sihat.
"Mereka beranggapan bahawa tenaga serta buah fikiran Tuan Guru Abdul Hadi amat diperlukan bagi memimpin gerakan Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa," kata Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad. Ustaz Abdul Hadi, tambah beliau melahirkan rasa terharu atas kunjungan para pemimpin gerakan Islam itu dan berharap akan dapat segera bersama mereka memberi sumbangan kepada ummah.

 Dr Syed Azman dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub kini berada di Istanbul bagi mengiringi Tuan Guru Abdul Hadi pulang ke tanah air. Presiden PAS sebelum ini menerima rawatan di Hospital Medipol Universite Hastanesi, dekat sini selama seminggu akibat komplikasi jantung dan paru-paru berair. Beliau dibenarkan keluar wad 7 Jun lalu. Tuan Guru Presiden berada di Istanbul kerana menghadiri Kongres Umat Islam Antarabangsa anjuran Pusat Penyelidikan Ekonomi (ESAM). Doktor menasihatkan beliau mendapat rehat secukupnya sebelum pulang ke Malaysia.- HARAKAHDAILY

KHIDMAT MERU

Posted: 16 Jun 2014 09:13 AM PDT

KHIDMAT MERU


Hari ini dalam sejarah !!

Posted: 15 Jun 2014 06:34 PM PDT







Hari ini dalam sejarah !! Yb Dr Hj Abd Rani meraikan pelajar2 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Meru yg menganggotai SMK Meru FC yg telah berjaya mewakili Malaysia dlm Kejohanan Bolasepak MUPC Peringkat Asia Pacific yg akan berlangsung di Phuket , Thailand.
Selain mengucapkan tahniah kerana terpilih dlm Kejohanan Antarabangsa itu Yb GST juga menasihatkan mereka menjaga akhlaq dan solat ketika berada di luar negara.
Selain menjamu makan tghhari, sumbangan dana juga diserahkan daripada Yb Meru dan JKKK Kg Meru.

Program Motivasi Pelajar UPSR.

Posted: 15 Jun 2014 06:30 PM PDT







Yb GST mengambil peluang dlm program Motivasi Pelajar UPSR dari 5 SJK(T) sekitar DUN Meru dan Ijok yg dianjurkan oleh GAMIA untuk memberi the real picture of Islam berpandukan sejarah dan fakta2 tamadun yg sahih.
Ajaran2 dari Mahatma Gandhi dan Kitab Thiru Kurral dan Thiru Aruppa yg menyeru kpd berbuat kebaikan dan kebajikan sesama maanusia juga diketengahkan oleh Yb Meru dan disambut dgn tepukan gemuruh oleh guru2 dan anak2 murid berbangsa India di dlm program tersebut.

Landskap Siasah

Posted: 16 Jun 2014 07:43 AM PDT

Landskap Siasah


kenyataan media - ISU TAREKAT SESAT ; KERAJAAN JANGAN PEJAM MATA ISU AQIDAH DAN SYARIAH

Posted: 15 Jun 2014 09:17 AM PDT


 KENYATAAN MEDIA 16 JUN 2014
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
ISU TAREKAT SESAT ; KERAJAAN JANGAN PEJAM MATA ISU AQIDAH DAN SYARIAH

Soal aqidah dan syariah bukan persoalan remeh yang boleh dipermainkan. Malah dalam banyak hal di Malaysia isu syariah dan aqidah hanya menjadi topik hangat apabila ia dipolitikkan, ada 'miledge' politik, membawa laba atau keuntungan kewangan dan pelbagai objektif sampingan lain. Jika tidak ia kekal tidak diambil berat malah dianggap ringan.

Dalam hal isu Tarekat Naqsyabandi Al Aliyah yang dipopular oleh Shaykh Nazim Al Haqani dari Cyprus dan kini diteruskan oleh Shaykh Muhammad Hisham dari Amerika Syarikat, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menilai ianya menampika betapa agama dan aqidaH diambil ringan oleh pemerintah Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO sebuah parti yang mengakui memperjuang Islam. UMNO hanya memejam mata dalam isu agama dan aqidah. Buktinya hingga kini UMNO tidak bersungguh dalam isu anak muallaf yang ingin dimurtadkan oleh Mahkamh Tinggi Ipoh.

Isu ini hangat selepas program Majlis Gema Zikir & Qasidah bersama Shaykh Muhammad Hisham Kabbani pada 13 Jun, tidak dibenarkan berlangsung oleh Majlis Fatwa Kedah berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2000 yang memutuskan tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyah menyeleweng daripada ajaran Islam.

Ramai yang tidak mampu menjawab apabila pihak penganjur program Majlis Gema Zikir & Qasidahyang sepatutnya diadakah di KUIN Kedah ingin memohon penjelasan daripada Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmadkerana pemimpin kerajaan juga dikatakan maklum dengan kehadiran Sheikh Kabbani tersebut.

Antara isu yang boleh dibangkitkan adalah:

Program yang dikatakan sesat itu berada dalam pengetahuan kerajaan negeri apabila salah seorang penganjur memuatnaik status Facebook dan gambar bersama Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid dalam pertemuan mereka di Wisma Darul Aman pada 25 Mei lalu.

Adakah pihak Exco tidak membuat kajian atau mendengar dahulu pandangan Majlis Fatwa Negeri atau Kebangsaan sebelum bermualamah dengan kelompok sesat ini?

Penganjur mengakui ramai pihak termasuk KUIN tidak mempersoal isu kesesatan yang dilibatkan dalam program malah penarikkan balik kebenaran menggunakan dewan KUIN menampilkan KUIN tidak cakna dengan isu-isu melibatkan aqidah sebegini.

Keghairahan kerajaan negeri yang ingin 'mengislamkan' negeri Kedah dengan hanya menggalakkan program qasidah dan selawat telah menjadikan ramai pihak termasuk NGO ingin mengaut keuntungan melalui penganjuran banyak majlis selawat dan qasidah sehingga pihak sesat mampu menerobos benteng kerajaan negeri untuk melebarkan agenda sesat mereka.


Kami Dewan Pemuda menyokong kuat saranan Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kedah, Prof Madya Dr Abd Aziz Hanafi yang mendesak pihak berkuasa berpendirian tegas dalam mencegah kemungkaran termasuk menyekat penularan ajaran sesat ke negara ini, dengan apa cara sekalipun.

Fatwa berbunyi :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 Apr 2000 telah membincangkan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani. Muzakarah telah memutuskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.

Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
Merujuk desakan Dr Aziz, kami suka untuk mengingatkan kerajaan UMNO Kedah dan UMNO Pusat agar membaca kesemua fatwa-fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Malah fatwa-fatwa negeri-negeri berkaitan ajaran sesat juga wajar dibaca dan dikuatkuasa.

UMNO hanya bersifat kelam kabut hanya selepas sesuatu isu agama disensasikan seumpama isu Kalimah Allah walaupun isu itu berada daam skop khilafiyah. Bagaimana pula dengan isu anti hadis dan ungkapan menafikan kenabian Rasulullah yang di bawa oleh rakyat Kedah sendiri iaitu Dr Kassim Ahmad? Banyak negeri yang telah menfatwakan idea dan buku-buku beliau sebagai haram dan sesat. Namun begitu tiada desakan langsung agar ahli UMNO yang sesat tersebut diambil tindakan undang-undang. Malah pada 16 Februrai lalu, agenda sesar Dr Kassim tergamak dianjurkan di Wisma Putrajaya dengan kerjasama Tun Mahathir yang juga merupakan rakyat serta mantan ahli parlimen Kedah.

Dewan Pemuda PAS Kedah mendesak agar isu-isu aqidah tidak dijadikan isu selektif yang berkasta rendah. Islam adalah perkara besar malah dimaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Namun ia diperlekeh kerana penguatkuasaan dan penerpan oleh kerajaan yang masih tempang dan bermotif politik.

Us Ahmad Tarmizi Sulaiman

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kedah

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan