Apa Yang Tersirat Posted: 16 Jun 2014 02:05 PM PDT Esszone/Esscom Boleh Mufliskan Negara Posted: 16 Jun 2014 01:16 AM PDT Esszone/Esscom sejak ditubuhkan April tahun lalu, telah membelanjakan ratusan juta. Penubuhan barisan depan pertahanan negara itu khususnya di Pantai Timur Sabah ekoran pencerobohan Kiram di kampung Tanduo Lahad Datu pada awal Februari 2013.
Memang pasukan keselamtan negara berjaya menyelesaikan pencerobohan itu, dengan melibatkan berbagai aset dan berbatilion angkatan bersenjata negara; sudah tentunya dengan kos yang cukup besar.
Untuk mencegah agar pencerobohan tersebut tidak berulang, maka ditubuhkan Esszone/Esscom yang dilengkapi berbagai persarana dan aset-aset ketenteraan yang diperlukan bersama-sama dengan jumlah pasukan keselamatan yang berribu jumlahnya.
Operasi seperti ini, bukan sahaja melibatkan masa dan perancangan, juga melibatkan kos yang tinggi, memandangkan panjangnya kawasan pantai yang meliputi 1,400km.
Meskipun, operasi, aset, pasukan tentera yang terlibat cukup ramai, namun usaha kecil-kecilan pihak penjenayah terutama kegiatan pencolekan masih berterusan. Kes penculikan terkini berlaku semalam, di daerah Kunak Sabah; penculikan kali ke tiga sehingga jun ini.
Disebabkan penculikan masih berlaku, biasanya pihak ketenteraan akan menambah aset atau anggota untuk mempergiat operasi; dan sudah tentunya memerlukan tambahan kos. Operasi seperti ini, akan terus berjalan, sehingga bila-bila masa, tanpa batas waktu; atas sebab, pihak penculik telah menjadikan tindakan penculikan sebagai bisnes baru yang menguntungkan. Atas sebab itu; menghapuskannya adalah sesuatu yang sukar dilakukan.
Soviet Union semasa menyerang Afghanistan telah muflis, kerana cara operasi yang sama; Sementara itu Amerika dan sekutunya yang kini berada di Afghanistan juga mengalami keadaan yang sama-muflis; kerana operasi ketenteraan gagal mengawal serangan Taliban. Inilah yang akan berlaku pada Esszone/Esscom; kerajaan akan terus mengeluarkan kos menjaga keselamatan, namun menghapuskan penculikan; terlalu samar untuk dielakkan.
Minggu lepas, Menteri pertahan Dato Hishamuddin Hussien baru sahaja menamatkan lawatan di pantai Timur, hanya selang seminggu, lawatan itu dibalas dengan tindakan penculikan. | |
Kata Pakteh...!! Posted: 16 Jun 2014 01:54 PM PDT Sik...dulu kini dan selamanya... Posted: 16 Jun 2014 01:50 AM PDT Pakteh pernah menulis tentang keluhan rakyat marhain bulan lepas berkaitan isu kenaikan harga barang dan juga kejatuhan harga getah. Kadang-kadang terfikir juga mengapa perlu menulis perkara yang sememangnya sukar dikawal seperti harga getah. Atau...mengapa perlu dibual bicarakan tentang GST jika sejumlah besar diperuntukan kepada pihak tertentu untuk memberi maklum kepada masyarakat. rupa-rupanya, jiwa Pakteh memang sebegitu....rasa sayang pada pemerintah (dibaca UMNO) amat mendalam sehinggakan apa sahaja yang difikirkan mampu memudaratkan UMNO, secara spontan akan cuba dikurangkan kerosakan jikapun tidak dapat dibaiki sepenuhnya.
Ada benarnya teguran kawan Pakteh beberapa bulan dahulu....."Mengapa sejak menang 2013, angpa dah syok sampai tak mau tegoq apa benda yang tak betoi". Sebenarnya bukan syok tapi teramat seronok mengambil kembali Kedah dari Pas. Perasaan seronok itu dibuai-buai sehingga tanpa sedar.....telah lebih setahun sebulan kemenangan itu berlalu....dan masih banyak yang perlu dilakukan oleh pimpinan negeri.
Pakteh orang Sik. Sejak dulu......orang Sik melihat dari jauh pembangunan daerah-daerah lain di Kedah. Ketika UUM dibuka di Sintok, orang Sik kata takpa la..tu kawasan PM. Bila UiTM dibuka di Merbok, orang Sik kata takpa la...Tun Daim dok kot dekat situ. Bukan itu sahaja.....apa sahaja pembangunan...orang Sik kata takpa la...itu ini dan begitu begini...ada sahaja alasan untuk menyedapkan hati agar menerima dengan rela percaturan pemimpin.
Ketika bersusun pagar bertemu pagar IPG, IAB, Politeknik, ILP di Jitra.....orang Sik hanya mampu bermegah adanya IKM. Ya...IKM...itulah mercu tanda kemajuan pendidikan di Sik selain kini Kolej Keda yang dinaik taraf dari Pusat Latihan Kedah. Terbaru yang terpancul ialah Kolej Komuniti...bila pengambilan?
Apa kaitannya pembangunan pendidikan dengan kemajuan ekonomi?. Banyak kaitannya...UUM Sintok adalah contoh terbaik. Jika dahulu kawasan itu adalah terpencil kini Pekan Changlun dan sekitar menerima limpahan ekonomi dari pembinaan tersebut. Pakteh tidak maksudkan perlunya sebuah 'U' di Sik tetapi apa sahaja pembangunan yang mampu menjana kesinambungan ekonomi kepada penduduk Sik. (juga daerah-daerah lain yang masih mundur).
p/s: 2 hari lepas kawan Pakteh tanya apa Sik dapat kalau International Airport buat di Kulim. Pakteh kata orang Sik dapat tengok ja la....
| |
Cucu Tok Selampit Posted: 16 Jun 2014 01:34 PM PDT Apabila Blogger Picisan Cuba Mengherdik The Unspinners Untuk Menjilat Boss Posted: 16 Jun 2014 12:03 AM PDT Seboleh-bolehnya CTS tidak mahu menggunakan medium blog untuk menunjuk hebat dan membelasah blogger-blogger lain yang tidak sealiran atau sependapat. Apatah lagi blogger-blogger yang berada di dalam senarai gaji pihak tertentu kerana blogger ini dibayar untuk pertahankan 'paymaster' mereka. Agak jangkal membaca sebuah blog suam-suam kuku yang merasakan dirinya bagus, membelasah sebuah blog yang sentiasa mendapat tempat di hati pembaca, mengulas isu-isu politik dengan baik serta dikendalikan oleh beberapa Admin daripada orang lama dan mempunyai nama.
Dengan berbekalkan tajuk "Sah Blogger Bangang Cuba Nak Dapatkan Hit", blogger ini menemplak bloggers The Unspinners mengenai isu ADUN-ADUN UMNO Selangor yang bermain tarik tali, kejap nak kemuka usul di DUN, kejap nak tarik balik, seolah-olah tiada telor. Memandangkan blogger suam-suam kuku ini yang merasakan dirinya bagus, bercakap mengenai 'hit' atau kedudukan blog, mari sama-sama kita melihat di mana blog ini berada.
Berdasarkan kedudukan blog semasa bertarikh 10/06/2014 yang disediakan oleh Suara Generasi Baru, blog berkenaan berada pada ranking ke 41 dengan kedudukan di Malaysia pada tangga 3,665 manakala blog The Unspinners yang dicemuhnya pula di mana? No 3 Beb dengan kedudukan ranking di Malaysia pada kedudukan 756. Lagi rasa diri hebatkah hendak menghina dan mengutuk orang?
Berbalik kepada isu pokok yang dibawa oleh blog The Unspinners, di sini, blog berkenaan hanya menghubungkan dan mempromosikan posting asal yang dibuat oleh Selangor Chronicle, di sini, Tiada ayat baru yang ditulis, sebaliknya diambil bulat-bulat daripada blog Selangor Chronicle. Penulis blog yang rasa diri hebat ini tahu baca atau tidak?
Blog suam-suam kuku ini gagal menjawab persoalan yang dikemukakan. Sebaliknya, blog suam-suam kuku yang rasa diri bagus ini, membebel dengan cuba mengaitkan PAS dalam isu yang ingin dibawa oleh ADUN UMNO Selangor. Apa kena mengena dengan PAS kalau Ketua ADUN UMNO Selangor tidak mahu meneruskan usul serta menarik balik usul berkenaan apabila Speaker Hannah Yeoh meluluskan usul tersebut dan Hudud akan dibahaskan di DUN Selangor. ADUN-ADUN UMNO Selangor ada telor atau tidak? | |
THE FLYING KICK Posted: 16 Jun 2014 01:31 PM PDT |
Duke of UMNO Posted: 16 Jun 2014 01:10 PM PDT INI LA YANG AMBIGA & MARINA MAHATHIR NAK... Posted: 16 Jun 2014 06:14 AM PDT
Tengok gambar kat atas tu... agak-agak sapa la budak-budak tu, kan?
Anak sapa? Siapa mak bapak depa?
Kalau mak bapak depa tengok anak-anak depa jadi macam tu, agak-agak apa yang depa buat?
Terus terang, kalau budak-budak tu adik-adik saya, memang teruk dah kena... Memang sedih, geram, marah, kecewa, bengang...lebih-lebih lagi kalau budak-budak tu beragama Islam dan berbangsa Melayu... | Nota Terbuka: Abby Dikritik "Pedas" Membina... Posted: 15 Jun 2014 11:45 PM PDT
Saya ingatkan cerita Abby Abadi - Farhan bercerai tu dah habis dah lepas TG Nik Aziz call Abby baru-baru ni... tapi jangkaan saya meleset...
Baru ni saya ada baca satu "nota hangat" dari seorang bekas wartawan yang ditujukan khas pada Abby...
Nampak gayanya, wartawan ni kenal rapat dengan Abby dan keluarganya. Mak Abby dan kakak Abby pun bekas wartawan tu kenal...
Tapi bekas wartawan tu saya tengok kiranya fair jugak la tulisan dia tu... bukan nak menjahanamkan Abby, dia beri teguran membina... terpulang la pada Abby nak take itu positif atau negatif... kan?
Apa pun... cuba la dengar apa yang TG Nik Aziz tu nasihat... Tapi kalau Nik Aziz bagi nasihat macam "tuan Kadi" dalam cerita "Ali Baba Bujang Lapok" tu maka Abby tak payah ikut laaaa... heh! Lain la kalau Abby teringin nak jadi isteri Mursyidul Am PAS pulakkkk.. kan? Heh! | |
tunku Posted: 16 Jun 2014 04:13 AM PDT JAKIM Employs Stringent Procedure In Determining Halal Status Posted: 16 Jun 2014 02:38 AM PDT The recent brouhaha over claims that certain chocolates from a leading multinational confectionery contained porcine (pig) DNA and the subsequent denial of the claim piqued public curiosty on how the Halal status is determined and who are the parties behind it. Also why there were two agencies - the Ministry of Health (MoH) and the Chemistry Department - involved in determining the Halal status and which one is the most authoritative source? According to the Director of the Islamic Development Department (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, only the findings of the Chemistry Department could be taken into consideration in the Malaysian Halal Certification Procedure Manual (MPPHM) as only the department has the expertise to conduct highly specialised tests. ACCREDITED BY THE STANDARDS DEPARTMENTHe said the Chemistry Department laboratory has been gazatted as a competent food laboratory in conducting analysis on food. The department is also accredited by Malaysia Standards Department under the Malaysia Laboratory Accreditation Scheme based on the Standard MS ISO/IEC 17025: 2005 for DNA testing. Meanwhile, the MoH's lab has been accredited by the Standards Department to conduct tests on meat and seafood based products and not processed food. Othman pointed out the test conducted by the Ministry are solely on samples available on the market, that could have been contaminated. Food samples should come from the factory right from the onset of the manufacturing process, taking into account the raw ingredients, the process flow, storage, and the machines and equipment used. "The analysis to determine the Halal/haram status is not an easy one. The society may think it is really easy, put the sample under the microscope and straight away look for the presence of the incriminating DNA. "In fact it is a highly technical process and calls for close observation and stringent procedure, in line with the Halal concept of 'from the farm to the dining table' to ensure nothing is left out scrutiny," Othman said in an interview at his office in Putrajaya. CAREFUL AUDITIn getting the Halal seal, the onus is on the owner of the product to kick start the certification process. Othman pointed out that it starts with the product owner applying for the Halal status through the e-Halal system and only then the evaluation processes begins. They have to declare all their products and ingredients used including the supplier of the ingredients and whether the suppliers have the Halal certification or otherwise. "If all the raw ingredients have the Halal certification from JAKIM or recognised foreign counterparts, the certification can be used as supporting documents. "We are very careful about this. If are doubtful on the ingredient, we will take samples and send to the Chemistry Department for auditing before granting any approval," he said. He said the auditing will also be carried out at the processing plants to ensure the Halal aspects are conformed with. "The ingredients will be counter checked to see whether they have been declared including through the purchase invoices and prove of purchase and the use of the products. "The manufacturing process is also emphasized including the process flow, equipment, the cleanliness relating to the environment and the workers," Othman said. SPOT CHECKSOthman noted that JAKIM has made it mandatory for multinational firms to put in place a Halal guarantee system or appoint an in-house Halal executive to monitor the manufacturing process and ensure that the process conforms with the Halal requirement. "Recently we agreed that the firms should conduct their own monitoring by sending the samples of the ingredients to the accredited labs," he said. Even after the Halal certification is issued, surprise checks are conducted at the premises at least once a year. As for companies in the high risk sector, the ones involved meat and poultry based products, oil and fats, abattoirs, and those without Halal control system , without Halal executive or internal Halal committee, surprise checks will be conducted a number times each year. If there is public complaints, JAKIM along with enforcement agencies like the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry, MoH, Veternary Services Department, Customs and local authorities will conduct surprise checks. "Follow-up verification will also be conducted if measures have been taken to correct the problems for failing to conform with the MPPHM," he said. He pointed out that warnings would be given for minor violations and if it involves serious violations the Halal certification could be withdrawn for good. | |
bumiyang Posted: 16 Jun 2014 03:41 AM PDT |
Panglima Perang Cyber Posted: 16 Jun 2014 12:05 AM PDT Argentina vs Bosnia and Herzegovina: camel's World Cup prediction of the day Posted: 15 Jun 2014 06:24 PM PDT
Rakaman boleh dibuat. Mengikut kehendak pengarah video atau yang merakamkannya. Ketika unta memilih Bosnia ia mungkin dipadamkan. Sebaliknya ketika Argentina dipilih mereka menyiarkannya. Maka tidak ada alasan untuk kita mempercayai spekulasi sebegini. | Pelancaran PR1MA oleh YAB PM @NajibRazak di Teluk Intan Semalam Posted: 14 Jun 2014 09:13 PM PDT
TELUK INTAN, 14 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu mengumumkan beberapa inisiatif bagi pembangunan Teluk Intan termasuk pembinaan 5,000 unit rumah di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan penubuhan cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Sebagai memenuhi manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, beliau juga mengumumkan peruntukan RM5 juta bagi projek pembangunan kawasan berkenaan.
"BN adalah sebuah parti yang berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa BN menetapi janji dan membawa harapan kepada penduduk kawasan ini," kata Najib ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat dan pelancaran PR1MA Teluk Intan.
Bagi projek PR1MA, Perdana Menteri berkata sebagai permulaan, sebanyak 1,000 unit rumah akan dibina di kawasan Parlimen berkenaan.
Projek PR1MA Teluk Intan secara keseluruhan melibatkan kawasan seluas 202 hektar.
Projek PR1MA di Teluk Intan melibatkan kerjasama antara Perbadanan PR1MA Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Koperasi Pegawai-pegawai Melayu Malaysia Bhd (MOCCIS).
Bagi penubuhan cawangan UPSI pula, Najib berkata kampus berkenaan akan menempatkan 1,000 guru yang akan dilatih dalam bidang vokasional dan teknikal.
"Kawasan Teluk Intan akan mendapat kesan begitu baik. Pembinaan cawangan UPSI)itu akan cuba siap tiga hingga empat tahun akan datang," kata Perdana Menteri.
Selain peruntukan RM5 juta itu, beliau berkata sebagai bakal menteri, Anggota Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong akan menerima peruntukan khas yang dapat digunakan untuk kepentingan penduduk kawasan berkenaan.
Najib berkata semua peruntukan yang disalurkan adalah untuk memenuhi permintaan penduduk Teluk Intan.
Perdana Menteri merakamkan penghargaan kepada pengundi Teluk Intan kerana menyokong BN sehingga membawa kepada kemenangan Mah pada PRK Parlimen itu, 31 Mei lepas selepas menewaskan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.
"Saya datang untuk memastikan janji-janji (BN) ditunaikan. Saya nak ucap setinggi-tinggi perhargaan kepada pengundi yang menyokong BN.
"Saya tidak sedap duduk kalau saya tidak turun hari ini untuk berjumpa rakyat Teluk Intan," katanya yang juga Pengerusi BN.
Beliau berkata kemenangan itu membuktikan pengundi yakin BN adalah parti yang menepati janji dan membawa harapan baharu kepada penduduk kawasan itu.
"Kita menang kerana kebolehpercayaan rakyat terhadap BN meningkat. Ramai yang merasakan bahawa jika BN diberi peluang akan berlaku perubahan persekitaran daripada segi pembangunan sosio-ekonomi," katanya.
--BERNAMA
DS Ahmad Zahid Hamidi bersama Dato Halim (kiri) menunggu Ketibaan YAB Perdana Menteri di Rumah Rehat Teluk Intan
DS Ahmad Zahid memberi semangat kepada penyokong setia BN Yang menunggu
Ketibaan YAB PM DS Najib Tun Ab Razak
Pertemuan tertutup dengan pemimpin BN bersama wakil rakyat baru Datuk Mah Siew Keong
Program di Menara Condong Teluk Intan dihadiri ribuan rakyat tempatan Pentas utama program menjadi saksi janji janji BN ditepati
Kemesraan dua pemimpin yang sempat dirakam
Bacaan doa sebelum YAB PM menaiki helikopter pulang ibu negara
Sent from my iPhone
Sent from my iPhone | |
sekupangdua Posted: 15 Jun 2014 11:48 PM PDT NYANYUK KA APA? PERASAN TUA NAMPAK GANAS KOT ADA PELUANG KAT AB KOT Posted: 14 Jun 2014 11:45 PM PDT Kesian jugak tengok ustak selipar nie! Meroyan tak tentu pasal... Dia tau ka yg PAS kadang-kadang ada hudud tapu selalunya lupa hudud lak sebab bagi laluan kat Roket yg spesis Yahudi yg jadi kawannya... Kata kawan teman pulak mungkin pasal nak jugak tunjuk jantan ganas kot ada peluang kat AB body yg sekarang digelar ratu chakor kot mana tau ada jodoh... Bukan susah mana pun nama pun ustak solipa tak yah berkasut. Nama dah makin pudar bila semua dah makin lupa pada muka yg patut diselipar kan. Melihat kepada gambar nampak sangat macam tak betui mamat nie, apa kehai kata orang yahudi sedangkan dia dengan yahudi asia nie tak pulak nak dibahasakan dengan berani kat komunis roket yg cukup trang mewarisi sifat yahudi... Bukan kah sifat yahudi diwarisi... - mendoakan umat islam lain supaya ditimpa bahala - mempermainkan hukum Allah bila sekap ada sekejap tak pa pada HUDUD - menyokong idelisma komunis yg terang bertentangan dengan kehendak agama - memberi kafir harbik membaca nas dan hadis serta menafsir ikut suka pak mak dema - sanggup sengkokol dengan parti yg cukup terang tidak bersetuju dengan islam - sanggup jadi barua roket buat demo dan kekacauan yg memang ditegah dalam agama - sanggup memfitnah demi kepercayaan rakyat dipesongkan - dan paling kufur bila menolak umat islam lain dan sanggup mengafirkan seorang islam yg lain Jadi tak payah lahberiya benor nak tunjuk garang... Tak kiralahkalau nak carik jodoh sekali pun tak payah lah nak tunjuk hero yg glamour, kasut pun tak mampu beli ada hati nak cuba nasib... (Gambar diatas sekadar hiasan utk kita fikirkan dengan dia yg berpakaian alim tapi otak sewel... ) Apapun elok jugak kot mana tau ada jodoh... Hehehehe | |
Belantan Posted: 15 Jun 2014 11:21 PM PDT MAIS tolak keputusan Peguam Negara, enggan pulangkan Bible kepada BSM? Posted: 15 Jun 2014 10:37 PM PDT Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menutup kes rampasan 300 kitab Bible daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM), Januari lepas. Selain itu, MAIS juga tidak akan memulangkan kitab Bible versi Bahasa Malaysia dan Iban yang dirampas daripada BSM. Pengerusinya Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata mesyuarat khas badan itu semalam, memutuskan tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap BSM. MAIS meyakini wujudnya undang-undang di dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, untuk satu pendakwaan dibuat, katanya. ``MAIS dan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab memelihara kesucian agama Islam di Selangor amat peka dengan kegiatan dan usaha pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencemar kesucian Islam dengan menyalahgunakan istilah atau nama-nama tertentu yang berteraskan ajaran Al-Quran bagi memudahkan kegiatan memurtadkan umat Islam. ``Alasan yang diberikan oleh Peguam Negara untuk tidak menuduh pihak yang terlibat juga dilihat boleh mengelirukan akidah umat Islam,'' katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Rabu lepas, Pejabat Peguam Negara memaklumkan tidak ada sebarang pendakwaan dibuat berhubung kes rampasan Bible tersebut, sekali gus menutup kes berkenaan. Abdul Gani dalam satu kenyataan berkata naskhah yang dirampas itu bukan merupakan tulisan yang diterbitkan di bawah Seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988. Susulan itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan JAIS memulangkan semua kitab tersebut kepada BSM. Mohamad Adzib berkata, bagaimanapun, MAIS tidak bersetuju dengan arahan kerajaan Selangor itu dan menjelaskan ia adalah di luar bidang kuasa mereka (kerajaan Selangor). ``MAIS mendesak Timbalan Pendakwa Raya Negeri Selangor untuk merujuk perkara ini ke mahkamah terlebih dahulu bagi mendapatkan perintah pelupusan barang kes sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 407A Kanun Acara Jenayah,'' katanya. Pada 2 Jan lepas, JAIS menyerbu pejabat BSM di Damansara Kim, Petaling Jaya dan merampas 300 kitab Bible sebagai usaha membanteras penggunaan kalimah Allah dalam kitab itu yang didakwa melanggar Enakmen 1988. - BERNAMASuara Politik Belantan | |
The Unspinners Posted: 15 Jun 2014 11:19 PM PDT Masya Allah ... sesatnya pandangan budak reformasi Posted: 15 Jun 2014 08:33 PM PDT | Lama web NUCC menyerupai laman web Anwar Ibrahim Posted: 15 Jun 2014 05:38 PM PDT Lihat laman web NUCC dengan lambaian tangan dengan laman web Anwar Ibrahim ... Nampaknya dengan kenyataan dan cadangan yang dibawa mereka untuk kesamarataan dan melanggar nas-nas sosial kontrak dan asas perlembagaan, agenda mereka macam sama saja. Tan Sri Joseph Kurup ini BN ke PR? | Tak malu balu PI Bala dan Depak ungkit cerita basi ... Peduli BARUA COUNCIl saman saja mereka!!! Posted: 15 Jun 2014 08:17 AM PDT Baik mendiang PI Bala mahu pun Deepak, kedua-dua cakap main sedap tapi tak sedar kenyataan mereka bercanggah dari satu kenyataan dengan satu kenyataan yang lain. Kini kedua-dua pariah ini bersuara lagi dengan tuduhan baru yang mana mereka berharap orang ramai akan lupa apa yang telah berlaku di masa lepas. Baca komen MyKMU SINI tentang usaha janda PI bala yang pastinya dibakar oleh pihakk pembangkang Anwar Ibrahim atau Rafizi. Pembangkang dah takde modal lah tu Percayalah orang akan muak nak dengar lagi cerita kedua-dua mereka tapi oleh sebab psywar perlukan 4 tahun untuk menyemadikan penbohongan di dalam kalbu mereka yang kurang berilmu maka mereka terus bercakap juga. ELok Najib saman habis dua-dua ini tapi BARUA COUNCIL akan kata PM tak ada hak untuk bersihkan nama dia dari tuduhan melulu dna ganas. Itu hanya bermakna pembangkang berhak untuk tuduh melulu dna fitnah. Giler BARUA COUNCIL | Manusia jiwa binatang tak tahu hargai pengorbanan dan budi polis Posted: 15 Jun 2014 06:39 AM PDT Itulah realiti kerja polis yang bertugas di lapangan. Dengan gaji yang kecil, mereka tetap membuat pengorbanan untuk menjaga kemanan dan ketenteraman. Di mana maruah masyarakat yang langsung tiada rasa keprihatinan dan penghargaan? Sudahlah tidak berterima kasih dan menghargai polis kita tapi dikeji dan dihina... Salah silap segelintir tak boleh jadi pengukur untuk menghukum semua. Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa. Maka di atas pengorbanan mereka, kita merasakan keamanan dan kenenteraman. Apa salah kita hanya berbahsa di atas budi seseorang? Adakah sudah hilang kemanusiaan di dalam jiwa manusia seperti ini dan diselubungi kebinatangan? | Tak kena namakan jalan untuk Karpal Singh begitu Posted: 15 Jun 2014 04:26 AM PDT Tak kena dan tak sesuai dedikasikan nama untuk Karpal Singh sebagai Persiaran Karpal SIngh. Nanti ada pihak yang akan tukar jadi Persialan Karpal Singh.Nama lebih sesuai dan tepat untuk di dedikasikan jalan untuk penentang hak dan status Melayu dan Islam serta hukum hudud adalah Langgak Mayatku. | Dyana jumpa Nik Aziz mintak dimaafkan dosa sekedudukan tapi kena sound pasal hudud Posted: 15 Jun 2014 01:36 AM PDT Kah kah kah ... dosa tak terampun kerana bersedudukan tapi kena syarah pulak .... Otak wahabi ni fikirannya hanya hudud hudud dan hudud. Pada dia, Islam itu hanya potong tangan. | |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 15 Jun 2014 11:04 PM PDT TAHNIAH KETUA POLIS NEGARA, ANAK BUAH ANDA SANGAT BERINTEGRITI Posted: 15 Jun 2014 04:07 PM PDT | KELIHATAN SEORANG PEGAWAI POLIS TRAFIK MENYAMAN KENDERAAN POLIS KERANA MELETAK KENDERAAN DI TEMPAT YANG SALAH, KEJADIAN BERLAKU DI MIRI, SARAWAK, SYABAS ! |
Sejak kebelakangan ini, pegawai-pegawai polis trafik banyak dirakam oleh orang awam berkenaan Keintegritian mereka yang semakin tinggi.
Di antaranya, pegawai polis trafik mengoyak wang rasuah seorang pemandu Cina yang cuba merasuahnya kerana kesalahan di jalanraya. Begitu juga rakaman-rakaman orang awam ketika pegawai-pegawai polis Trafik menolak cubaan rasuah oleh pemandu-pemandu Cina ke atas mereka.
Tidak lama dahulu, dirakam oleh orang awam seorang pegawai polis trafik membantu seorang pemandu wanita di tengah Lebuhraya Persekutuan kerana tayar kenderaannya pancit. Baru-baru ini juga pegawai polis membantu seorang warga asing yang sedang solat di tepi jalanraya kerana menunaikan hasratnya.
Syabas kepada Polis DiRaja Malaysia, kini semuanya semakin bertambah baik.
| |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 15 Jun 2014 09:09 PM PDT |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 15 Jun 2014 03:49 PM PDT Artis selera 'songsang' kantoi jadikan peminat pemuas nafsu Posted: 15 Jun 2014 03:04 PM PDT | Di sebalik wajah tenangnya, dia banyak bergelumang dengan perkara tidak baik - Gambar Hiasan |
Minggu ini Sha dedahkan kisah anak seni ingin mencuba segala benda di dunia ini. Pendek kata, dia belum puas dengan apa yang dinikmati. Lebih mengejutkan, di sebalik wajah tenangnya, dia banyak bergelumang dengan perkara tidak baik. Paling ketara ialah selera songsangnya. Perkara itu bukan lagi rahsia, tetapi artis ini tidak pernah serik. Walaupun pernah 'kantoi', dia masih cenderung dengan aktiviti itu. Khabarnya, ramai pernah jadi pemuas nafsunya dan rata-rata ada rupa dan badan menarik. Mereka yang pernah menjalin hubungan dengannya masih berkawan baik dengannya. Dengarnya, keseronokan dicari kian menjadi-jadi jika dia di tempat orang. Pilih pasangan macam pilih ikan di pasar. Dalam sehari, dia boleh habiskan masa dengan dua atau lebih pasangan. Menurut sumber rapat artis ini, dia terkejut melihat sikap rakannya. Memang lain benar jika di tempat orang. Makin liar dan sukar dikawal. Pendek kata, ketika itu dunia umpama dia yang punya. Selamba kodok memancing dan langsung tak kisah pandangan orang lain terhadapnya. Maklumlah, bukan ada media memerhati tingkah lakunya, tapi dia lupa di luar sana banyak mata-mata tidak bergaji yang memandang. Sesingkat beberapa saat, maklumat sampai ke pengetahuan media dan orang ramai. Dengan kecanggihan teknologi, pergilah ke hujung dunia sekali pun, kalau ada yang kenal, pasti maklumat akan sampai. Bila dah kecoh, pandai pula menepis kononnya itu fitnah. Kerana terlalu ikut nafsu dan keinginan meneroka semua benda, ramai mula hilang hormat dengannya. Kalau perkara yang ingin dicuba itu bagus dan bermanfaat, tak mengapa. Itu belum sentuh soal pengambilan barang terlarang. Sha harap artis ini muhasabah diri. Biar perubahan ditunjukkan seiring dengan perbuatan. Jangan gebang saja lebih kononnya awak tahu semua hukum hakam. Malulah! Sumber: CAK@Hmetro | Tunjuk kemaluan kepada penguatkuasa agama ketika diserbu Posted: 15 Jun 2014 08:01 AM PDT | FOTO: Penyanyi dikir barat berpakaian wanita yang ditahan penguat kuasa JHEAIK diambil keterangan. |
TANAH MERAH: Seorang mak nyah yang juga penyanyi dikir barat tersohor Kelantan didakwa bertindak kurang ajar apabila cuba menayangkan kemaluannya kepada sepasukan anggota penguat kuasa agama, kononnya bagi membuktikan dirinya wanita tulen sebaik ditahan ketika membuat persembahan di sebuah tapak ekspo di bandar ini, Jumaat lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, penyanyi berkenaan melakukan perbuatan berkenaan bagi mengelak ditahan kerana kesalahan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai, namun kerenahnya tidak dilayan. Penyanyi berusia 25 tahun itu ditahan dalam Ops Insaf oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Jajahan Tanah Merah, diketuai Rosli Ismail bersama lima Skuad Amru dan tujuh anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) selepas mendapat maklumat daripada orang ramai. Difahamkan, penyanyi berasal dari Kuala Betis, Gua Musang itu pernah ditahan penguat kuasa JHEAIK Jajahan Pasir Mas, tahun lalu, atas kesalahan sama sebelum dikenakan denda sebanyak RM800. Sumber berkata, ketika ditahan, penyanyi itu tampil dengan pakaian seksi wanita hanya sempat mendendangkan dua lagu sebelum persembahannya dihentikan serta-merta sebaik diarahkan penguat kuasa agama berkenaan. Sumber | Orang minyak di Batu Caves dicekup, perlu rogol 99 anak dara Posted: 15 Jun 2014 06:01 AM PDT | Nurlidah Hassan bercerita sambil menunjukkan lokasi 'orang minyak' (gambar kecil) bersilat di Flat Taman Pinggiran Batu Caves, Kuala Lumpur |
Penuntut ilmu hitam orang minyak dipercayai perlu merogol 99 anak dara selain mengamalkan beberapa 'syarat dan pantang' bagi membolehkannya mendapat apa yang dihajati seperti kekuatan menakjubkan, kemewahan dan kekebalan. Bagaimanapun, Yang Dipertua Gabungan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia, Mohd. Adzhar Abd. Latif berkata, perkara itu masih tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana kes membabitkan orang minyak di negara ini dianggap sebagai terpencil. "Ia berdasarkan apa yang diceritakan dan diberitahu oleh 'orang dulu-dulu'. Pengamal ilmu orang minyak ini perlulah merogol 99 perempuan yang masih dara sebagai syarat untuk mendapatkan apa yang dihajati. "Bagaimanapun, kebenarannya masih tidak dapat dipastikan. Adakah benar pengamal ilmu orang minyak ini akan mendapat apa yang mereka hajatkan itu atau hanya sekadar mitos dan legenda semata-mata tetapi ia tidak boleh diabaikan begitu sahaja kerana membabitkan keselamatan orang ramai terutamanya anak dara," katanya kepada di sini, hari ini. Beliau mengulas tindakan penduduk pangsapuri di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak di sini yang berjaya menangkap lelaki warga asing dipercayai mengamalkan ilmu hitam 'orang minyak'. Mohd. Adzhar tidak menolak kemungkinan wujud segelintir pihak yang mengamalkan ilmu hitam tersebut tetapi percaya penglibatan rakyat tempatan adalah minimum. "Kita tidak boleh menolak kemungkinan wujud segelintir pihak yang mengamalkan ilmu hitam di negara ini kerana kita ada mendengar kes pukau yang banyak berlaku kebelakangan ini. "Kes orang minyak ini pula jarang sekali berlaku dan kewujudannya perlulah dikaji semula. Saya tidak menolak kemungkinan wujud pengamal ilmu hitam tersebut tetapi kita perlu memastikan kewujudannya terlebih dahulu. "Saya juga percaya rakyat tempatan yang terlibat dengan pengamalan ilmu hitam sangat sedikit kerana berdasarkan statistik kes-kes membabitkan ilmu hitam seperti pukau dan sebagainya, ia memihak kepada warga asing terutamanya dari Indonesia dan Afrika," jelasnya. Menurut Mohd. Adzhar, bagi penganut agama Islam, perkara seumpamanya perlu dihindarkan kerana ia hanya memesongkan akidah dan menyebabkan berlakunya perbuatan syirik. "Sebagai umat Islam, kita tidak sepatutnya mengamal atau mempercayai ilmu hitam ini. Ia merupakan perbuatan yang salah di sisi agama," ujarnya. | Pegawai polis rakam aksi seks kena tindakan Posted: 15 Jun 2014 05:01 AM PDT | Gambar hiasan |
Uppsala: Seorang anggota polis di timur Sweden dikenakan tindakan disiplin termasuk potong gaji selepas didapati membuat rakaman aksi seks sambil berpakaian seragam rasmi lewat tahun lalu.(gambar hiasan) Anggota keselamatan itu membuat rakaman ketika dalam waktu kerja di sebuah bilik tukar pakaian polis di sini, November lalu. Dia kemudian menghantar pita video 'panas' itu kepada seorang rakan yang baru dikenali tetapi tidak pernah bertemu serta hanya hanya bertukar mesej teks. Bagaimanapun, lelaki yang menerima pita videonya dilaporkan tidak suka dengan perbuatan rakannya itu dan menghantar pita rakaman berkenaan kepada Lembaga Disiplin polis untuk tindakan selanjutnya. Jejas keyakinan awam Selepas menontonnya, anggota disiplin memutuskan bahawa anggota polis berkenaan dianggap seperti mencabul penerima mesejnya dan 'melanggar kewibawaan seksual penerimanya.' Anggota lembaga berkenaan juga menekankan, peri laku anggota polis berkenaan boleh menjejaskan keyakinan orang awam terhadap pasukan keselamatan, lebih-lebih dia melakukannya ketika berpakaian seragam lengkap. Sebagai hukuman, anggota disiplin polis itu memotong gaji lima hari anggota polis itu selain memberi amaran supaya tidak mengulanginya. Sementara itu, menurut laporan di London, lain pula yang berlaku apabila empat wanita menuduh seorang anggota polis cuba menggoda mereka ketika melakukan siasatan. - See more at: http://www.utaranews.com/2014/06/rakam-aksi-18sx-anggota-polis-dipotong.html#sthash.v0AAutQw.dpuf | Berang ditegur minum arak, surau dirempuh sekumpulan lelaki di Mantin Posted: 15 Jun 2014 04:02 AM PDT NILAI: Tujuh lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 23 tahun ditahan kerana terbabit dalam kejadian merempuh pagar dan memecahkan cermin surau di sebuah pangsapuri di Mantin di sini, semalam. Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, tujuh lelaki terbabit yang dipercayai mabuk dikatakan berang apabila perbuatan minum arak di sebuah pondok berhampiran surau itu, ditegur seorang lelaki yang berada di dalam kawasan berkenaan. Difahamkan, suspek yang tidak berpuas hati kemudian menaiki sebuah van lalu merempuh pintu pagar surau terbabit sebelum membaling botol arak dan batu ke dalam kawasan itu, mengakibatkan beberapa cermin pecah. Seorang penduduk enggan namanya disiarkan berkata, lelaki yang menegur perbuatan kumpulan itu mengalami luka ringan pada tangan akibat terkena serpihan kaca dan menghubungi polis untuk bantuan. "Polis yang tiba tidak lama kemudian berjaya mengesan kumpulan terbabit dan menahan mereka bersama seorang rakan perempuan di kawasan itu," katanya di sini, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning, berkata kejadian itu berpunca akibat salah faham dan tidak membabitkan isu perkauman atau keagamaan. "Kita menganggapnya kes terpencil dan selesai dengan penahanan semua suspek terbabit. Polis berharap kes ini tidak dimanipulasi mana-mana pihak kerana jelas tidak membabitkan isu keagamaan dan perkauman," katanya. | Cikgu mengaku perkosa murid di tempat letak kereta Posted: 15 Jun 2014 03:02 AM PDT SEORANG bekas guru berhadapan dengan hukuman penjara 14 tahun selepas mengaku merogol seorang murid berusia 10 tahun di tempat letak kereta sekolah. Pendakwa berkata, Anthony Criscuolo, 41, yang pernah menjadi seorang guru untuk gred lima di sebuah sekolah awam di New York membuat tipu helah terhadap keluarga mangsa dengan memberitahu mereka bahawa dia akan membawa murid berkenaan ke sebuah majlis anugerah sekolah. Sebaliknya, lelaki berkenaan merogol murid tersebut di tempat letak kereta sekolah, lapor New York Daily News. Beliau sebelum ini membeli beberapa hadiah untuk murid berkenaan termasuk sebuah iPod touch, dan menghantar emel tidak senonoh kepadanya. | Anthony Criscuolo (kiri) mengaku merogol seorang murid di tempat letak kereta sekolah. |
Peguam daerah Bronx, Roberth Johnson berkata, Criscuolo bersetuju untuk membuat rayuan berhubung kesnya pada Jumaat. Syarat-syarat perjanjian itu bermaksud beliau akan hilang lesen perguruannya, dan didaftarkan sebagai pesalah seks. Beliau juga boleh dikenakan penjara selama 14 tahun apabila dia akan dijatuhkan hukuman pada bulan depan. - mirror.co.uk | Sewa bilik di hotel bajet lampias nafsu Posted: 15 Jun 2014 02:01 AM PDT | Gambar hiasan |
SURA GATE (DUNGUN) – Demi memuaskan nafsu, sepasang kekasih sanggup menyewa sebuah bilik di hotel bajet, dekat sini. Pasangan terbabit difahamkan mendaftar masuk ke bilik hotel dekat bandar Dungun itu kira-kira jam 8.30 malam kelmarin. Bagaimanapun, usaha sepasukan pegawai penguat kuasa syariah yang tiba kira-kira jam 11 malam untuk mengambil tindakan sebaik menerima maklumat tidak berhasil apabila pasangan lelaki dikatakan keluar lebih awal dari bilik penginapan tersebut untuk membeli makanan. Siasatan awal mendapati pasangan perempuan berusia awal 20-an itu merupakan seorang pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi dan dia mengaku menginap di hotel berkenaan untuk memadu kasih. Pasangan itu bagaimanapun dilepaskan selepas keterangan diambil | Hanya blogger jamah Cadbury, pegawai JAKIM enggan Posted: 15 Jun 2014 01:31 AM PDT KUALA LUMPUR: "Kami tidak takut dikecam. Malah sanggup berdepan dengan mana-mana individu sekalipun." Itulah pengakuan berani yang disuarakan Presiden Aktivis Siber Malaysia (ASM), Md Faisal Ahmad yang mempertahankan imej JAKIM susulan isu coklat Cadbury yang didakwa sebelum ini ada DNA babi. Katanya pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal. "Sebagai pengguna Islam, kami percaya dan yakin dengan keputusan tersebut kerana JAKIM tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan khususnya kepada umat Islam." Tambahnya lagi kaedah ujian dan pensijilan halal oleh JAKIM mencukupi untuk mengesahkan status produk tersebut. Ketika ditanya mengapa JAKIM tidak turut menjamah coklat Cadbury itu, tegas Md. Faisal pihak JAKIM tidak berhak untuk dipaksa berbuat demikian. Dalam pada itu pihak Astro AWANI yang cuba untuk mendapatkan reaksi daripada wakil pegawai JAKIM berkenaan isu jamah Cadbury, gagal untuk mendapatkan beliau. Dalam pada itu, penggiat media sosial menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tampil memberi kenyataan mengapa keputusan ujian DNA babi ke atas dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Hazelnut dibiarkan utuk tempoh tiga bulan. Menurut Md Faisal lagi, isu ini terjadi selepas KKM pada mulanya mengesahkan ada DNA babi pada awal Februari, namun membiarkan perkara ini sehingga 5 Mei. "Kita juga mahu tahu mengapa KKM tidak menjalankan ujian kedua bagi mengesahkan penemuan awal, dalam penemuan kontroversi seperti ini adalah tidak wajar pihak Kementerian tidak membuat sebarang tindakan ujian lanjut dan berdiam diri sahaja ." Katanya, tindakan itu bukan sahaja mengaibkan Malaysia sebagai peneraju hab halal yang menyumbang hampir tiga trillion ringgit setahun kepada negara, malah kepada seluruh kakitangan syarikat pengeluar jenama coklat terbesar dunia Cadbury. Mereka ditemui pada Forum Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif yang dihadiri penggiat media sosial yang lain. Astro Awani | Piala Dunia: Akhbar anggap pelik pasukan Algeria minta al-Quran setiap bilik Posted: 15 Jun 2014 01:01 AM PDT Aku tak pasti ini keratan akhbar dari surat khabar mana.. Penggunaan ayat "permintaan pelik" dari pasukan Algeria seakan menghina Al-Quran.. Al-Quran bukan suatu benda yang pelik bagi umat Islam.. Harap ada pihak lebih sensitif dengan hal ini.. Algeria yang merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk majoriti muslim pula meminta Brazil menyediakan kitab suci Al-Quran di semua bilik hotel yang akan ditempatkan para pemain dan staf pelatih. Dengan adanya Al-Quran, para pemain dan staf pelatih tidak perlu lagi bersusah-susah membawa Al-Quran saat menuju Brazil. Algeria berada dalam kumpulan H bersama Belgium, Russia dan Korea Selatan. Beberapa pasukan bola membuat permintaan istimewa untuk bilik penginapan pemain mereka sepanjang Piala Dunia kali ini: - Uruguay: Penghawa dingin senyap di dalam bilik - Iran dan Algeria: Al-Quran disediakan di setiap bilik - Jepun: Jakuzzi di setiap bilik - Portugal: Sebuah komputer di setiap bilik - Perancis: Sabun mandi cecair menggantikan sabun buku dan makan halal - Ecuador: Pisang yang diimpot dari Ecuador di setiap bilik Sumber | 'Saya pakai 'push-up bra' lah' - Nora Danish Posted: 14 Jun 2014 09:01 PM PDT "Mereka tahu atau tidak ada 'push-up' bra?" sindir aktres jelita, Nora Danish selepas fotonya berbaju-T ketat yang dimuat naik ke laman Instagramnya mendapat perhatian ramai. Pada komen mengenai foto itu, blog hiburan dan peminat membuat spekulasi Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Haniff, 32, melakukan suntingan semula untuk membuatkan payudaranya tampak lebih besar. Foto itu kemudian menjadi 'viral' dan disebarkan secara meluas di beberapa laman sosial, sepanjang minggu ini. "Hanya kerana baju ketat yang saya pakai, ada saja spekulasi timbul. Saya jarang pakai baju ketat dan sekali-sekali ada juga foto yang terlepas pandang. "Foto itu sudahpun saya keluarkan daripada Instagram sebab kasihankan anak saudara saya yang masih bersekolah. Dia turut terkena tempias," kata Nora ketika dihubungi Metro Ahad. | Askar wanita nyaris dinoda dalam kuarters ketika tidur Posted: 14 Jun 2014 08:15 PM PDT | Sekadar gambar hiasan - Duku's Photo |
Kuching: Seorang anggota tentera wanita yang tiba-tiba tersedar daripada tidurnya selepas berasa seluar panjang dipakainya ditarik sesuatu, berjaya menyelamatkannya daripada menjadi mangsa rogol seorang lelaki tidak dikenali yang menceroboh masuk ke biliknya, awal pagi kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi di sebuah kuarters di kem tentera di Kota Sentosa, di sini, ketika mangsa yang berusia 23 tahun sedang tidur di biliknya. Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana terjaga terlebih dulu selepas berasa ada seseorang menggunting sebelum menarik seluar panjang dipakainya.
Bharian | Piala Dunia: (Kumpulan D) Ivory Coast tundukkan Jepun Posted: 14 Jun 2014 08:06 PM PDT RECIFE, Brazil 15 Jun - Dua tandukan padu dalam tempoh tiga minit pada babak kedua membantu Ivory Coast menumpaskan Jepun 2-1 dalam perlawanan Piala Dunia Kumpulan C di sini, sebentar tadi. Jepun terlebih dahulu membuka jaringan menerusi rembatan kaki kiri Keisuke Honda pada minit ke-16. Wilfried Bony bagaimanapun menanduk gol penyamaan pada minit ke-64, sebelum Gervinho mengesahkan kemenangan Ivory Coast tiga minit kemudian, kedua-duanya hasil hantaran lintang Serge Aurier. - AGENSI | Wanita dakwa dirogol selepas tonton Piala Dunia Posted: 14 Jun 2014 07:10 PM PDT SAO PAULO: Seorang anggota Polis di salah satu negeri di Brazil, Mato Grosso disiasat atas tuduhan merogol seorang wanita Amerika Syarikat (AS) selepas perlawanan membabitkan Australia dan Chile, Sabtu lalu. Menurut kenyataan yang dikeluarkan jabatan awam polis Mato Grosso, wanita berusia 24 tahun itu kemudian ditemani wakil daripada kedutaan AS ke hospital di Cuiaba. Insiden itu dilaporkan berlaku ketika mangsa dan teman lelakinya berada di rumah seorang yang mereka kenali ketika meraikan Piala Dunia sebelum terjaga daripada tidur dan menjerit apabila mendapati seorang lelaki berada di atasnya. Beberapa orang turut disoal siasat mengenai insiden itu termasuk pemilik rumah namun tiada seorang pun ditahan, menurut polis. Jurucakap kedutaan AS di Brasilia berkata pihaknya sentiasa mengambil berat mengenai laporan kes itu namun tidak boleh memberikan sebarang komen atas sekatan undang-undang privasi. Cuiaba yang berada di tengah Brazil dan kebiasaannya tidak mendapat kunjungan ramai pelancong akan menjadi tuan rumah kepada tiga lagi perlawanan membabitkan Russia menentang Korea Selatan, Ngieria mln Bosnia dan Jepun menentang Colombia. Brazil sudah pun meningkatkan tahap keselamatan bagi menghadapi Piala Dunia dengan kira-kira 100,000 polis melakukan rondaan di semua 12 venue perlawanan selain dikuatkan dengan hampir 60,000 tentera. Setakat ini, kejohanan berjalan lancar namun terdapat laporan mengenai rompakan di beberapa venue perlawanan, termasuk 12 kes yang membabitkan pelancong yang dilaporkan polis di Cuiaba. - Reuters | Piala Dunia: (Kumpulan D) Itali tewaskan England Posted: 14 Jun 2014 07:05 PM PDT England 1 Daniel Sturridge (m36) Itali 2Claudio Marchisio (m33)Mario Balotelli (m50) MANAUS: Jaringan tunggal babak kedua penyerang kontroversi, Mario Balotelli sudah cukup buat juara dunia empat kali, Itali mencatat kemenangan 2-1 ke atas England pada perlawanan Piala Dunia Kumpulan D edi Arena Amazonia, sebentar tadi. Terikat 1-1 berakhir babak pertama, kedua-dua pasukan pantas mengubah corak permainan sebelum Balotelli yang pernah beraksi di England bersama kelab Manchester City menanduk masuk gol hasil yang menewaskan bekas rakan sepasukannya, Joe Hart. Permainan pada separuh masa pertama nampak seimbang sekalipun Itali lebih dulu di depan menerusi Claudio Marchisio yang memanfaat gerakan bijak Andrea Pirlo menerusi satu sepakan percuma untuk melepaskan rembatan pada minit ke-33. Namun England pantas menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi Daniel Sturridge hasil hantaran penyerang, Wayne Rooney. Dan ketika ketiadaan penjaga gol utama Itali, Gianluigi Buffon yang tidak beraksi diharap memberi kelebihan, ia gagal dilaksanakan jentera serangan England. England turut memperoleh beberapa peluang terbaik menyamakan kedudukan pada babak kedua apabila Rooney yang bijak memperdaya perangkap ofside namun rembatannya meliar manakala sepakan percuma pada jarak 22 meter ke gawang Itali yang diambil kapten, Steven Gerrard sekadar melepasi palang gol. Kali terakhir Itali menjulang kejuaraan adalah pada 2006 dengan kemenangan tunggal England di Piala Dunia adalah pada 1966. Manakala kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan kompetitif adalah pada suku akhir Euro 2012 yang menyaksikan Itali menang menerusi penentuan penalti. - Agensi | Piala Dunia: (Kumpulan D) Costa Rica aibkan Uruguay Posted: 14 Jun 2014 07:00 PM PDT Uruguay 1 Edinson Cavani (m24, penalti) Costa Rica 3Joel Campbell (m54)Oscar Duarte (m56) Marco Urena (m84) FORTALEZA: Costa Rica membuktikan status bukan pilihan di atas kertas tidak menghalang mereka melancarkan kejutan selepas menumbangkan salah satu pasukan pilihan, Uruguay 3-1 dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia Kumpulan D di Arena Castelao, sebentar tadi. Dibarisi pemain yang kurang ternama berbanding Uruguay, Costa Rica begitupun seakan mengikut skrip apabila terlebih dulu ketinggalan menerusi sepakan penalti penyerang berbisa Paris Saint-Germain, Edinson Cavani pada babak pertama selepas Diego Lugano dijatuhkan di kawasan penalti ketika menanti sepakan percuma Diego Forlan. Mendahului 1-0 berakhir babak pertama, segala-galanya bagaikan tidak menjadi buat Uruguay pada separuh masa kedua selepas beberapa peluang terhidang gagal dimanfaatkan sebelum Costa Rica yang dibimbing jurulatih Jorge Luis Pinto membuka taring mereka. Selepas menyamakan kedudukan menerusi Joel Campbell pada minit ke-53, gawang Uruguay terus bocor empat minit kemudian menerusi pemain kelab Belgium, Brugge, Oscar Duarte yang menanduk masuk sepakan sudut menewaskan penjaga gol, Fernando Muslera. Lebih manis, ia gol pertama Duarte sepanjang kejohanan. Dan kebangkitan yang diharapkan Uruguay tidak menjadi kenyataan malah terus dibolosi Costa Rica pada minit ke-84 menerusi Marco Urena. Selain ketajaman di bahagian depan, penjaga gol Costa Rica, Kaylor Navas juga patut diberi pujian selepas beraksi cemerlang sepanjang perlawanan. Penyerang Liverpool yang menjadi ayam tambatan Uruguay, Luis Suarez sekadar menyaksikan perlawanan di bangku simpanan. - Agensi | Remaja di Ipoh maut selepas tonton Piala Dunia Posted: 14 Jun 2014 06:50 PM PDT Ipoh: Kegembiraan sekumpulan remaja pulang selepas menonton perlawanan Piala Dunia bertukar tragedi apabila seorang daripada maut dalam kemalangan di Kilometer 265, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), berhampiran Terowong Menora dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Muhammad Zaki Amir, 18, yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dikatakan merempuh belakang sebuah treler selepas motosikalnya hilang kawalan.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar, berkata siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa bersama lapan rakannya dalam perjalanan ke Kuala Kangsar selepas selesai menonton perlawanan awal pagi semalam di bandar raya ini.
| DAP minta Dyana abaikan teguran Nik Aziz? Posted: 14 Jun 2014 05:25 PM PDT DAP mempertahankan dan terus menyokong kenyataan bekas calonnya bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berhubung pendiriannya menolak pelaksanaan hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS. Sebelum ini Dyana telah dinasihatkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar meletakkan kepentingan Islam sebelum parti cauvinis DAP. Lim Guan Eng berkata keputusan parti menentang pelaksanaan hudud PAS adalah 'sangat jelas'. "Nik Aziz boleh berkata apa yang dia suka tetapi pendirian DAP jelas". "Setakat apa yang saya tahu, Nik Aziz boleh memberikan pandangan beliau, boleh nasihat. Bagaimanapun, pendirian kami sangat jelas tetap menolak perlaksanaan Hudud, samada suka atau tidak pemimpin dan ahli parti DAP harus menerima keputusan parti," katanya. Nik Aziz dilaporkan telah menasihati Dyana, agar meletakkan kepentingan Islam dihadapan berbanding parti yang diwakilinya. Nik Aziz berkata dia telah bertemu dengan wanita berkenaan untuk mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan yang menyatakan dia menentang pelaksanaan hukum hudud. "Jadi, saya bertanya kepada dia, mana satu lebih penting, agama atau parti? Parti baru lagi wujud sejak 40 hingga 50 tahun, sedangkan agama telah wujud sejak ribuan tahun yang lalu. Jadi agama lebih penting," katanya. "Dia hanya mendiamkan diri selepas itu," kata Nik Aziz. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan