Barisan Nasional

Dicatat oleh Admin | | Posted On Rabu, 11 Jun 2014 at 2:10 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


THE FLYING KICK

Posted: 11 Jun 2014 01:41 PM PDT

Cucu Tok Selampit

Posted: 11 Jun 2014 01:32 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Kenduri Seks? Utusan Malaysia Sudah Jadi Majalah Mangga Ka?

Posted: 11 Jun 2014 12:24 AM PDT


Sebagai salah sebuah penerbitan akhbar Melayu yang tertua di Malaysia, CTS amat kecewa dengan sikap profesionalisme wartawan Utusan Malaysia dalam melaporkan berita di atas. Laporan jenayah sengaja disensasikan untuk apa? Menaikkan rating? Tidak ada perkataan lainkah yang lebih baik dan sesuai yang boleh digunakan selain dari terma 'kenduri seks'? 

Kenduri adalah bahasa Melayu yang indah yang diterjemahkan sebagai jamuan makan (yang lazimnya didahului oleh zikir, doa dan sebagainya), kerana sesuatu tujuan keagamaan (minta berkat, mendoakan orang yg telah meninggal, memperingati sesuatu peristiwa dan lain-lain) telah digunakan dengan begitu kotor sekali penggunaan perkataannya oleh Wartawan Utusan Malaysia.

Ini adalah kes rogol yang tidak berperikemanusiaan. Bukan dengan kerelaan diri dari mangsa. Ini bukan kes remaja berkenaan menjual dirinya untuk seks. Tindakan wartawan Utusan Malaysia menggunakan perkataan 'kenduri seks' amat menghina dan mengaibkan mangsa. Apa perasaan keluarga dan adik beradik mangsa membaca berita berkenaan?

IPOHMALAY

Posted: 11 Jun 2014 12:49 PM PDT

IPOHMALAY


Abby Abadi tunjuk 'contoh' bagaimana melayan suami

Posted: 11 Jun 2014 12:47 AM PDT

Cara 'muslimat PAS' layan suami? Begitulah kelihatannya bila seseorang berperibadi buruk dipakaikan pakaian yang hanya memperlihatkan elok zahirnya, malah dalamannya tetap membangkai. Abby Abadi yang dikategorikan oleh ramai orang sebagai 'perempuan meroyan' yang tiba-tiba naik panggung politik dengan celaan-celaan ke atas pemerintah, dipersaksikan kepada kita tentang hakikat perangai sebenar wanita tersebut.



KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai pergolakan rumah tangga Abby Abadi akhirnya terjawab apabila bekas suami pelakon itu Muhammad Noor Farhan Che Bakar mendedahkan didera secara fizikal dan emosi semasa mereka bergelar suami-isteri.

Muhammad Noor Farhan, 24, memberitahu, Abby pertama kali mencederakannya sekitar Januari lalu dengan membaling kunci motosikal  ke wajahnya sehingga mengakibatkan kesan lebam selepas Abby mendapat tahu dia memberitahu seorang kenalan mereka sudah tidak mempunyai hubungan.

Dedahnya lagi, Abby sekali lagi bertindak agresif mencakar muka dan lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah.

Muhammad Noor Farhan menunjukkan kesan cedera pada lengan kirinya dan laporan polis yang dibuat pada 17 Mei lalu.

"Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya menceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini," dedahnya kepada mStar Online ketika ditemui di  perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini pada Rabu.

Terdahulu, Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuat Muhammad Noor Farhan pada 9 Mei lalu terhadap Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abd Manan, 37, adalah sah mengikut rukun dan syarak yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan bukti gambar kesan kecederaannya pada bahagian muka dan lengan kiri akibat dicakar oleh bekas isterinya itu kepada pihak media.

Malah dia erkenaan memberitahu telah pun membuat satu laporan di Balai Polis Ampang dekat sini pada hari sama dia dicederakan sebagai salah satu langkah keselamatan.

Abby turut didakwa turut menyebabkan tekanan emosi kepada Muhammad Noor Farhan sepanjang perkahwinan mereka.

"Saya tidak ingin memanjangkan perkara ini dalam mahkamah tetapi sekadar membuat laporan polis untuk melindungi diri saya sekiranya apa-apa berlaku.

"Abby juga tahu saya buat laporan polis mengenai kejadian tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan, pergaduhan di antara mereka sering tercetus apabila Abby tidak mempunyai wang dan sering mendesaknya sehingga membuatkan dia tertekan dan tidak pulang ke rumah.

Jelas Farhan, dia kecewa apabila Abby tidak memberi peluang kepadanya untuk membuktikan diri untuk menjadi seorang suami bertanggungjawab dan Abby sering mengeluarkan kata-kata menguris perasaan kepadanya dan menambah tekanan dalam rumah tangga mereka.

"Setiap kali dia tidak mempunyai wang dia akan menyerang dan mendesak saya sehingga pergaduhan akan tercetus di antara kami malah dia sering mengatakan saya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya.

"Saya tidak pulang ke rumah kerana ingin ruang untuk memperbetulkan keadaan tetapi sikapnya yang sering memaksa dan mendesak membuatkan saya tertekan," katanya.

Pasangan berkenaan berkahwin di Selatan Thailand pada 9 Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, Muhammad Noor Farhan enggan mengulas dakwaan kejadian berlaku akibat sikap Abby yang mengawal hidupnya sepanjang hampir setahun perkahwinan mereka.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Noor Farhan berkata, dia sudah tidak mempunyai perasaan sayang terhadap bekas isterinya itu dan tidak melihat sebarang peluang untuk mereka kembali berbaik.

Malah  dia lega apabila kes perceraian tersebut selesai dengan baik apabila pihak mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuatnya menerusi SMS terhadap Abby.

"Cukuplah... Saya tidak akan rujuk kembali dengan dia kerana dia telah mencederakan saya dan perasaan sayang sudah tidak ada dalam diri saya," jelasnya.

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lepas di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.

Pelakon siri Gerak Khas itu sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata. - MStar

Polis Jawa Barat tuduh pelajar Malaysia reka cerita konon dirogol

Posted: 10 Jun 2014 11:17 PM PDT


Bandung - Polda Jabar menyebut kasus pemerkosaan mahasiswi Malaysia sebagai sebuah rekayasa. Polisi menduga korban bohong dan mengaku-ngaku diperkosa. Polisi berlandaskan pada hasil visum dan pemeriksaan di lokasi. Tapi ada misteri yang tersisa, apa?

Motif korban melakukan tindakan itu semua masih belum terungkap. Cukup aneh juga korban asal Malaysia, dini hari mendamparkan diri di Cikole, Lembang. 

Apalagi Keterangan Tata Sumitra, pedagang kopi di Cikole yang menemukan korban pada 17 Mei dini hari memberi kesaksian kalau korban dalam kondisi lemas dan kedinginan. Korban berjalan tertatih dan menangis. Sweater abu-abu yang dipakai korban juga terikat di leher.

"Dia melambaikan tangan meminta tolong. Pakai baju lengkap, jeans, kaos item, sweater diikat di leher. Tangannya sudah dingin, lemas tidak bisa berdiri," urai Tata saat ditemui di Lembang, Selasa (10/6/2014).

Tata juga kemudian membawa korban ke rumah sakit untuk mendapat perawatan. Dini hari itu dia mencarter angkot untuk membawa korban. "Saya nggak mau repot, kalau memang ini cuma bohongan. Yang penting saya mah menolong saja," urai Tata.

Polisi memang sudah menegaskan bahwa keterangan tambahan akan dimintakan ke korban di Malaysia. Polisi akan mengirim tim. Tentu informasi soal motif korban dan perjalanan sampai ke Lembang mesti dikuak.

Ibu kos korban di Jatinangor, Elly juga menyampaikan bahwa korban selama tinggal di kos sejak Februari tidak pernah keluar malam. Hanya sekali saja keluar dan itu dengan teman-temannya.


Kelangsungan sikap jelik Majlis Peguam

Posted: 10 Jun 2014 06:49 PM PDT



KELAKAR sungguh Presiden Majlis Peguam Malaysia, Christopher Leong.

Dia meminta PM, Najib Tun Razak ja­ngan menyaman portal berita Malaysiakini (Mkini) kerana perbuatan itu melanggar kebebasan media.

Apabila media arus perdana mengkritik Lim Kit Siang, Lim Guan Eng atau Teresa Kok dan disaman puluhan juta ringgit oleh mereka, itu tidak salah. Itu namanya kebebasan hak asasi manusia. Apa punya lawaklah Presiden Bar Council ini?

Apakah Christopher Leong tidak mengerling ke seberang Tambak Johor bagaimana PM Singapura, Lee Hsien Loong menyaman blogger Roy Ngerng di republik itu baru-baru ini.

Majlis Peguam republik itu tidak pula mempertahankan blogger itu. Lebih mengharukan blogger itu menawarkan untuk meminta maaf, tetapi ditolak oleh PM Lee dan mahu kes itu dibawa juga ke mahkamah.

Lupakah Christopher Leong, itulah juga stail DAP di Malaysia. Jika PAP di Singapura gemar sangat menyaman media-media atau pembangkang yang mengkritiknya sehingga bangkrap, samalah juga DAP di sini.

Apakah bezanya? Oleh itu, apakah salah jika PM Najib menyaman Malaysiakini yang saban hari mengkritik kerajaan Malaysia dan penyokong-penyokong­nya.

Semua orang tahu Malaysiakini mempunyai niat dan perancangannya yang tersendiri. Mungkin PM Najib terlalu banyak bersabar selama ini.

Sabar pun ada hadnya. Rakyat menyokong tindakan yang diambil oleh PM Najib itu. Sebaliknya adalah salah jika tindakan tidak diambil ke atas portal itu.

Dalam para terakhir kenyataan Majlis Peguam, Christopher Leong menulis: "Kami menggesa Perdana Menteri dan parti politiknya menarik balik saman fitnah ke atas Mkini dan para editornya. Perdana Menteri sebaliknya harus mengambil kesempatan menjawab atau membantah sebagai komen yang tidak betul yang dibuat oleh orang ramai."

Bunyi kenyataannya seperti Majlis Peguam adalah peguam bela bagi Malaysiakini dan para editornya. Lawak sungguh bunyinya.

Adalah amat malang bagi komuniti guaman negara apabila Majlis Peguam kelihatan terlalu memihak dan memilih dalam kenyataan-kenyataannya. Ia sepatutnya apolitical, bukannya bertindak sebagai jurucakap politik bagi pihak-pihak tertentu.



Artikel Penuh: UTUSAN 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dd i n b u n g a

Posted: 11 Jun 2014 10:43 AM PDT

Dd i n b u n g a


DATO' SERI AHMAD HUSNI SERIUS MENGENAI PENDIDIKAN DI KAWASAN PARLIMEN TAMBUN

Posted: 09 Jun 2014 09:09 PM PDT

ENCIK SUHAIMI DIN PEGAWAI TUGAS TUGAS KHAS MENTERI KEWANGAN KEDUA MEWAKILI YB DS AHMAD HUSNI MENYAMPAIKAN RM5,000 TAJAAN TUTOR UM KEPADA SEKOLAH DALAM PARLIMEN TAMBUN DISAKSIKAN OLEH KETUA - KETUA KAMPONG

SELAIN ITU SEBANYAK 18 BUAH SEKOLAH KEBANGSAAN, 9 BUAH SEKOLAH MENENGAH, 7 BUAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DAN 5 BUAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL AKAN MEMPEROLIHI SUMBANGAN RM5,000 SETIAP SEKOLAH BAGI MEMBANTU SEKOLAH MENJALANKAN MOTIVASI PELAJAR DAN KOKURIKULUM

YB DS AHMAD HUSNI MERASMIKAN PEMBUKAAN PERPUSTAKAAN 1MALAYSIA KG DATO AHMAD SAID TAMBAHAN 2 IPOH

KESERIUSAN YB DS AHMAD HUSNI DI BUKTIKAN DENGAN BELIAU MENGUNAKAN PERUNTUKAN BELIAU SELAKU AHLI PARLIMEN TAMBUN DENGAN MEMBINA 20 BUAH PERPUSTAKAAN 1MALAYSIA DI SETIAP KAMPONG DAN TAMAN PERUMAHAN YANG BERSESUAIAN UNTUK KEMUDAHAN RAKYAT MENGHANTAR ANAK - ANAK UNTUK MEMBACA BUKU DAN MELAKUKAN KEGIATAN BERBENTUK PENDIDIKAN. SERAMAI 44 ORANG PEGAWAI PETUGAS DITUGASKAN DIKALANGAN ANAK TEMPATAN OLEH PERBADANAN PERPUSTAKAAN NEGARA DAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN NEGERI PERAK YANG BERSAMA - SAMA MEMBERI KERJASAMA DALAM MENJAYAKAN HASRAT YB DS AHMAD HUSNI.


YB DS AHMAD HUSNI, YB DATUK AMINUDDIN (ADUN HULU KINTA), YB HAJI ZIAD (ADUN MANJOI) BERSAMA ANAK - ANAK DI PERPUSTAKAAN 1 MALAYSIA

SEBUAH PERPUSTAKAAN AWAM JUGA DI DIRIKAN OLEH YB DS AHMAD HUSNI DI PEKAN CHEMOR BAGI MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA ANAK - ANAK DI PERSEKITARAN PEKAN CHEMOR YANG TERLETAK DIUTARA PARLIMEN TAMBUN, MALAH ATAS KEPERIHATINAN YB DS AHMAD HUSNI DALAM PENDIDIKAN, MAJLIS BANDARAYA IPOH DAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN NEGERI PERAK TELAH BERSETUJU UNTUK MENAMAKAN PERPUSTAKAAN TERSEBUT SEBAGAI 'PERPUSTAKAAN 1MALAYSIA DATO' SERI AHMAD HUSNI'.


BENAR LAH SEPERTI SLOGAN YANG DIPILIH OLEH BN PARLIMEN TAMBUN, "TAMBUN KEKAGUMAN KU, MY BEAUTIFUL TAMBUN" DIJADIKAN SLOGAN YANG MENYEMARAKKAN SEKALIGUS MENYENTUH HATI SEMUA RAKYAT DALAM KAWASAN PARLIMEN TAMBUN YANG MENGENALI DAN MENYAYANGI PEMIMPIN MEREKA YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH, AHLI PARLIMEN TAMBUN YANG JUGA MENTERI KEWANGAN KEDUA MALAYSIA.

TAHNIAH BN PARLIMEN TAMBUN.

Ohpolitik!™

Posted: 11 Jun 2014 05:43 AM PDT

Ohpolitik!™


JAIS 'SERBU' Majlis Perkahwinan di Kuil : Strategi Malaysiakini dan Malaysian Insider Memburukkan Agama Islam

Posted: 11 Jun 2014 01:10 AM PDT



Malaysiakini semalam membuat lawak jenaka terbesar apabila "mencuci tangan" mendakwa kes Zarina Abdullah Majid disensasikan oleh portal berita Malaysia Insider.

Melaporkan sidang akhbar bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan pengantin kontroversi Zarina Abdullah Majid dalam isu perkahwinannya mengikut upacara Hindu, Malaysiakini menerbitkan berita berikut,

Malah, selepas pertemuan kedua-dua pihak hari ini, Pengarah MAIS Datuk Mohamad Adzib dan Zarina mengeluarkan kenyataan bersama yang antara lain memuji tindakan satu sama lain.
Menurut kenyataan itu, wakil keluarga Zarina mengakui siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) – badan penguatkuasaan MAIS – dilakukan penuh hormat dan tidak menyinggung perasaan keluarga dan tetamu majlis perkahwinan.
"Pihaknya turut kesal dengan istilah serbuan yang sengaja disensasikan oleh pihak media sehingga menimbulkan ketegangan," kata Adzib dan Zarina.
Dinyatakan juga, JAIS pula berkata, siasatan mereka mendapat kerjasama baik daripada Zarina dan keluarga.
Berhubung status agama Zarina, MAIS menasihatinya memfailkan permohonan status agama di Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia terletak bawah bidang kuasanya.
"MAIS dan JAIS akan membantu mempercepatkan proses pendengaran permohonan kes beliau di Mahkamah Tinggi Syariah," katanya.
Nada kenyataan itu bagaimanapun berbeza sama sekali dengan kenyataan Zarina pada 4 Jun lalu yang dilaporkan berkata sangat malu dan sakit hati kerana majlis tersebut tergendala.
Laporan The Malaysian Insider melaporkan Zarina sebagai berkata, tindakan pegawai JAIS itu malah menyebabkan tetamunya meninggalkan majlis tanpa menjamah hidangan.
Para terakhir tersebut jelas menunjukkan Malaysiakini cuba menyalahkan Malaysia Insider semata-mata, sedangkan mereka juga turut melaporkan perkara serupa walaupun memetik dari Malaysia Insider.

Sebenarnya tiada beza kedua-dua portal berita pro Pakatan ini. Mereka bukan sahaja anti Melayu dan UMNO tetapi juga anti-Islam. Apa sahaja berita yang boleh memburukkan agama Islam akan dilaporkan secara sensasi.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu menafikan laporan bahawa dirinya telah diisytihar muflis

Posted: 11 Jun 2014 12:16 AM PDT

Ahli Parlimen Kuala Terengganu,  Dato' Raja Kamarul Bahrin menafikan laporan bahawa dirinya telah diisytihar muflis.

Semalam berita mengenai dirinya yang telah diisytihar muflis tersebar luas di laman-laman sosial yang mengatakan Raja Kamarul yang merupakan ahli Pas itu akan hilang kuasa  sebagai ahli parlimen sekaligus akan berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan tersebut.

Raja Kamarul berkata ketika dihubungi pihak media semalam bahawa laporan yang tersebar itu adalah satu fitnah kerana sehingga kini dia tidak menerima apa-apa notis daripada pihak bank mengenai pengistiharan muflis.

"Saya tidak terlibat dalam mana-mana kes mahkamah baru-baru ini, dan tidak menerima sebarang surat daripada bank, jadi saya tidak tahu bagaimana untuk memberi respon terhadap khabar angin ini.

"Lagipun, proses untuk mengisytiharkan seseorang itu muflis boleh memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana adanya kesimpulan di mana tak ada apa-apa pun yang berlaku," katanya.

Menurut Raja Kamarul lagi, dia telah menjalankan pemeriksaan  dengan menghubungi timbalan pendakwa raya di sebuah mahkamah bagi mendapat kepastian berhubung isu berkenaan semalam dan pihak berkenaan mengesahkan tiada kes yang difailkan  terhadapnya.

Hari ini satu sidang media khas di Parlimen akan diadakan bagi menjelaskan isu yang berlaku.

Foto PANAS! Ostazah Abby Albody didakwa mendera bekas suami, Adakah ini Punca Penceraian?

Posted: 10 Jun 2014 11:34 PM PDT



Ostazah Abby Dera Suami? Biar Betul? Ini Mesti SALAH UMNO!!
Stai main gigit dengan cakar ni...

Farhan dikatakan telah dicederakan secara fizikal di bahagian muka, tangan dan lengan.

"Saya telah dicakar, Abby kata saya tidak membawa kepentingan padanya serta tidak membawa apa-apa faedah untuk meneruskan hubungan suami isteri," katanya kepada media selepas perbicaraan kes penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Menurutnya, Abby sering meminta wang dan dia akan dimarahi sekiranya tidak diberikan jumlah yang dikehendakinya.

"Saya sudah buat laporan polis untuk dijadikan sebagai bukti sekiranya hakim memerlukannya tetapi kes penceraian diselesaikan secara baik dan dipersetujui kedua-dua pihak." katanya.

Mengenai kontroversi Farhan yang dikatakan sering keluar malam dan berkaroke, dia menjelaskan ianya tidak tepat seperti mana digembar-gemburkan.

Farhan dengan tegas mengatakan dia sudah tawar hati dan tidak mungkin kembali semula bersama Abby. 

Sementara itu, Pelakon dan bekas penyanyi, Abby Abadi, 37, dan suaminya, Muhammad Nor Farhan Che Bakar, 24, akhirnya bercerai talak satu di  selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini.

Mahkamah menyabitkan lafaz cerai kedua yang dibuat Muhammad Farhan melalui Khidmat Pesanan Ringkas pada 9 Mei lalu adalah sah.

Bagaimanapun, bagi permohonan pengesahan lafaz cerai pertama juga melalui SMS pada Januari lalu yang dihantar Muhammad Nor Farhan kepada rakannya tidak disabitkan jatuh talak berikutan ia tidak memenuhi rukun dan syarat sah talak.

Sebelum itu, artis yang menfailkan permohonan cerai kerana mendakwa tidak sefahaman dengan Muhammad Nor Farhan.

tunku

Posted: 11 Jun 2014 04:28 AM PDT

tunku


Zarena, Jais deny raid on Hindu wedding

Posted: 10 Jun 2014 05:58 PM PDT

All looks well after a meeting was held between Zarena Abdul Majid and Selangor Islamic Religious Council (Mais) Tuesday over the controversy that  officers from the Selangor Islamic Religious Department (Jais) had barged into her Hindu wedding on June 1.

The meeting was chaired by Mais chairman Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa and Zarena was present with her family members. Present were Jais deputy director and several officers.

They issued a joint statement later saying that Jais had conducted its investigations in a proper manner "without hurting the feelings of the family and guests who attended for the wedding."

In the June 1 incident, Jais officers were reported to have disrupted Zarena's wedding ceremony to question the bride over her religious status.

Zarena claimed that her estranged Muslim convert father had registered her as a Muslim when she was still a child but she had been brought up as a Hindu by her mother.

The statement said Zarena regretted the actions of the media in using the term "raid" which led to public unease.

"According to Jais, Zarena and her family cooperated in the investigations," the statement said.

The statement said Mais urged Zarena to file an application with the Syariah court over her religious identification as it came under the jurisdiction of the court.

"Mais and Jais will help speed up the hearing process for her case in the Syariah court," it said.

"Adenan's Way" Keeps State Election Date A Guessing Game

Posted: 10 Jun 2014 09:33 AM PDT

While the current Sarawak state assembly's term expires in June 2016, talks of early state election under the leadership of the new Chief Minister Tan Sri Adenan Satem is now a hot topic among politicians and political observers in the state.

During a special session with the media in conjunction with his 100 days in office last Friday, the Chief Minister neither ruled out the possibility of an early election nor that he will go for a full term until the current mandate expires in June 2016.

His non-committal and open answer has lead to several media outlet in the state interpret the answer according to their own understanding. One leading local daily said Adenan would go for a full term while others reported of an early state elections.

ADENAN HAS ALREADY SET HIS TARGET

Nobody can fault Adenan for giving such non-committal answer as no leader would like to tell exactly when the election would be held. They want it to be a surprise.

This is clearly what Adenan said towards the end of the special session with the media when he stated that: "When I will call for the election is a secret".

Political analyst believed Adenan has already made up his mind on the state election.

"He has his own way of doing things, the "Adenan Way". I believe he has already set his target date for election, he is just not telling.

"However, with the latest issue relating to TERAS, I don't think the election will be held anytime soon," said Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) senior lecturer Dr Awang Azman Awang Pawi.

Adenan himself admitted that the TERAS issue needs to be resolved beforehand before the state election could be called. He had stated that "it needs to be solved in the next two years" and emphasised on the need to have political stability before they could move on.

TERAS, which claimed to be Barisan Nasional (BN) friendly party has become the focus of the local political scene of late after two groups of elected assemblymen and Parliamentarians, respectively from Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) and Sarawak United People's Party (SUPP) decided to crossover to Teras.

This included SPDP president Tan Sri William Mawan who announced that he has quit the party and joined Teras. Four other former SPDP assemblymen Peter Nansian (Tasik Biru), Sylvester Entrie (Marudi), Paulus Palu Gumbang (Batu Danau) and Rosey Yunus (Bekenu) - and its Baram Member of Parliament Anyie Ngau followed suit.

Mawan is said to have made the move to avoid a revolt within SPDP led by deputy president Datuk Seri Tiong King Sing.

On the same day Wong Soon Koh, the former deputy secretary-general of SUPP also made known of his intention to quit SUPP and crossover to Teras following internal bickering. He was joined by SUPP's three Dayak assemblymen - Dr Jerip Susil (Bengoh), Ranum Mina (Opar), and Johnical Rayong (Engkilili).

Overnight, Teras, which was registered on Aug 28, 2013 had become the third largest political party in Sarawak after Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) and DAP in terms of the number of seats in the state assembly.

KEEPING CLOSE TO HIS CHEST

Similar views were also expressed by a political analysts and senior lecturer at UNIMAS, Dr Jeniri Amir, as he believed that Adenan has already set his mind on when to call for the election.

"His reluctance to be more open on the matter is merely to encourage people to guess or speculate on the dates. I believe the earliest the election could be called is by the third quarter of 2015. He cannot do it any earlier than the third quarter. As you know, in April, GST (Goods and Services tax will be enforced)," he said.

Therefore, he discounted the notion that Adenan may dissolve the state assembly as early as April 2015, exactly one year after being in office.

"He needs more time to iron out some big problems such as TERAS. Definitely it won't be this year," said Dr Jeniri.

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 11 Jun 2014 03:41 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Khabarnya Makcik Maimon dah kursuskan jentera kempen

Posted: 10 Jun 2014 05:52 AM PDT


Ya ... orang kata dua minggu lepas, Makcik Maimon sudah jalankan kursus kepada jentera kempennya.

Sementara itu, PAS pun sudah nak 'rewind' hukum UMNO kafir, mahu jalankan hukum hudud di Kelantan tapi UMNO halang, dan nak bina negara Islam.

Ustaz Kazim kata ini petanda ...


... macam lagu raya. Bila tidak raya, tidak dengar lagu raya.

Hudud lagu bila nak musim pilihanraya. Ada desas desus akan ada pilihanraya kecil di Kuala Terengganu kerana ada berita baru tersebar:
Kuala Terengganu 10 Jun - Parlimen P036 Kuala Terengganu bakal menyaksikan pilihanraya sekali setelah Ahli Parlimennya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad diistiharkan muflis oleh sebuah mahkamah disini hari ini.

Pada pilihanraya umum ke 13 lalu Raja Bahrin bertanding atas tiket parti PAS menewaskan calon BN Mohd Zubir Embong dan calon bebas Maimum Yusof dengan majoriti 10785 undi.

Berita lanjut akan menyusul.
Khabarnya Raja Baharin kelihatan steady dan senyum saja di Parlimen tadi. Bila ditanya dia menafikan khabar angin. Namun esok mungin ada PC pada pukul 11 pagi.

Lagi pun, adakah sebaik sudah diisytihar bankrup, tiada lagi bantahan dan dibenarkan bayaran ansuran?


Barulah faham kenapa Raja Baharin tiba-tiba jadi aktivis Amanah Terengganu.


Kemudian itu, masuk PAS untuk tanding Kuala Terengganu. Masa kontrak masyuk untuk anak raja ini, diam saja dia ....

Wow! Lagi untung diam-diam dari masuk politik

anakbukitgantang says

Posted: 11 Jun 2014 03:33 AM PDT

anakbukitgantang says


kenyataan media PEMBELA mengenai deraf Undang Undang Harmoni yang mempromosi liberalisme ugama dan menolak kuasa Sultan dan Yang DiPertuan Agong

Posted: 10 Jun 2014 09:06 PM PDT

Sidang akhbar ini diadakan setelah satu kata sepakat dipersetujui dan dicapai antara NGO-NGO Islam di dalam persidangan meja bulat yang telah diadakan sebentar tadi. Tujuan sidang akhbar ini ialah bagi menyatakan pendirian NGO-NGO Islam yang telah bersepakat berkumpul pada hari ini sebagai satu suara berkongsi keprihatinan terhadap perkembangan terkini susulan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Nancy Shukri pada 30 Mei 2014 berkenaan hasrat kerajaan memperkenalkan akta baharu yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 [Akta no. 15].

YB Nancy mengesahkan telah menerima tiga deraf rang undang-undang berkaitan iaitu Rang Undang-undang Harmoni Nasional (National Harmony Bill), Rang Undang-undang Perpaduan Nasional (National Unity Bill) dan Rang undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional (National Unity and Integration Commission Bill) dan kini sedang dalam penelitian Pejabat Peguam Negara.




Pihak kami telah berpeluang meneliti ketiga-tiga deraf rang undang-undang yang dimaksudkan dan membawanya kepada perbincangan lebih mendalam. Melalui hasil perbincangan yang dijalankan, pihak kami mendapati terdapat dua bentuk perkara yang menimbulkan perasaan resah kami terhadap soal Kedaulatan Undang-Undang Negara.


Pertama, cara bagaimana deraf undang-undang ini dibuat dan dicadangkan.

Kedua, isikandungan yang terdapat di dalam deraf undang-undang yang dibuat serta dicadangkan.

Untuk yang pertama, pihak kami mendapati kaedah penggubalan ketiga-tiga rang undang-undang ini bertentangan dengan norma penggubalan undang-undang Negara. Kami mendapati bahawa penggubal yang terlibat adalah Majlis Peguam yang telah mencadangkan kepada satu kelompok kecil Jawatankuasa Kerja di dalam Majlis Konsultansi Perpaduan Negara. Kami difahamkan hanya 3 orang pemain utama terlibat di dalam penggubalan deraf rang undang-undang tersebut dan kesemua ahli-ahli lain di dalam MPKN telah tidak dirujuk secara sepenuhnya sebelum diserahkan kepada YB Nancy.

Kami melihat fungsi serta kewujudan peranan MPKN telah dijadikan sebagai alat tunggangan oleh sekumpulan kecil pihak-pihak yang berkepentingan di dalam cadangan-cadangan ini. Seolah-olah MPKN telah dianggap sebagai satu lesen besar untuk pihak-pihak ini melakukan perubahan yang bakal mengganggu gugat asas-asas pembinaan negara ini sesuka hati mereka. Lebih membingungkan ialah tindakan sekumpulan kecil ini terus menyerahkan rang undang-undang tersebut tanpa melalui proses rujukan dan perbincangan teliti dengan pihak-pihak berkepentingan terlebih dahulu. Seolah-olah, ia satu tindakan bersifat diktatorial dengan hanya mementingkan kehendak satuhala pihak mereka. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi, perlakuan songsang kumpulan ini wajar disangsikan.

Selain itu, rang undang-undang tersebut telah diserahkan terus kepada Jemaah Menteri, lantas mengenepikan institusi-institusi yang bakal terjejas oleh penguatkuasaannya kelak. Ini jelas merupakan langkah provokasi yang boleh mencetuskan keresahan serta kebimbangan ramai pihak.

Kebimbangan Kedua pula ialah mengenai isikandungan ketiga-tiga deraf undang-undang seperti yang telah dinyatakan tadi bagi menggantikan Akta Hasutan 1948.

Pihak kami ingin menyatakan kebimbangan dan memberikan amaran dari pihak kami berkenaan kesan jangka pendek dan panjang hasil cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948, cadangan isikandungan deraf rang undang-undang menggantikan Akta Hasutan tersebut serta tujuan dan fungsi "Unfair Discrimination Tribunal" yang dinyatakan di dalam salah satu rang undang-undang tersebut.

Untuk peringatan semua, Negara ini telah dibina dengan tiang-tiang asas yang merupakan tulangbelakang kepada kekuatan struktur negara ini. Goncangkan tiang-tiang ini, maka bergoncanglah negara nanti. Atas sebab itu, arkitek-arkitek pembina negara ini telah menetapkan bahawa tiang-tiang asas negara ini tidak boleh dirombak, dihapuskan, disentuh mahupun digoncangkan dengan sesuka hati.

Akta Hasutan 1948 adalah sebuah akta yang telah berada di negara ini untuk melindungi tiang-tiang asas ini. Akta ini melindungi asas-asas Negara khususnya Perkara 153, Perkara 152, Perkara 181 dan Bahagian Ketiga Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan sama sekali termasuk oleh ahli-ahli Parlimen. Pada waktu akta tersebut digubal, kesemua kaum di Negara ini telah bersepakat. Perkara-perkara yang dilindungi Akta tersebut tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.

Perkara 153, 152, 181 dan Bahagian Ketiga Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan mahar yang dibayar oleh golongan bukan warganegara pada masa itu untuk mendapatkan peluang kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu. Menuntut mahar yang telah lama dipersetujui kembali ianya boleh ditafsirkan sebagai satu tindakan sengaja mahu membubarkan perjanjian yang telah sedia termeterai dan dihormati sejak sekian lama.

Cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 bakal menyebabkan asas-asas yang menjadi tiang perpaduan dan keharmonian yang selama ini dikecapi negara menjadi satu sasaran terbuka oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tidak hanya cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 menimbulkan keresahan di dalam serahan deraf undang-undang tersebut, malah beberapa cadangan di dalamnya menuntut perhatian serius untuk dikaji motif dan kesan cadangan yang dikemukakan.

Berikut kami gariskan beberapa keprihatinan awal tentang kandungan ketiga-tiga deraf rang undang-undang tersebut:

i.            Pihak kami mendapati, Undang-undang yang cuba digambarkan sebagai usaha perpaduan ini dilihat tidak lebih daripada satu percubaan pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja untuk mengeruhkan hubungan antara kaum dan agama di negara ini. Pencadang telah secara semborono cuba mengangkat hak kesamarataan menurut Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan secara mutlak tanpa mempedulikan prinsip "positive discrimination" yang merupakan kekecualian dalam Perkara 8 itu sendiri dan turut tidak mempedulikan asas-asas pembinaan negara yang harmoni yang turut sama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3(1), Perkara 37 (1).

ii.            Kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam memelihara hak keistimewaan orang Melayu yang hanya boleh dipinda dengan perkenan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 dan 38 Perlembagaan Persekutuan turut disentuh oleh penggubal deraf undang-undang ini. Penggubal seolah-olah cuba menyerlahkan sifat kebencian serta perasaan anti orang-orang Melayu dengan menggelarkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan seperti ini dengan istilah-istilah seperti 'discrimination' dan 'racial superiority'. Ini jelas merupakan satu sikap yang sangat tidak sensitif dipamerkan penggubal-penggubal tersebut yang mahu mengenepikan semua peruntukan terbabit.

iii.            Ketiga-tiga deraf rang undang-undang tersebut juga mengenepikan kedaulatan Negeri-negeri dalam perbagai aspek hanya kerana terpaksa tunduk kepada prinsip kesamarataan yang terlalu umum yang dipegang oleh penggubal. Mereka yang telah menggubal deraf tersebut ternyata hanya menjunjung secara melulu konvensyen-konvensyen hak asasi manusia berkerangka liberal-sekular termasuklah International Convention of Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Malaysia tidak meratifikasi ICERD dan tidak perlu tunduk pada konvensyen seumpama ini yang belum tentu merupakan model terbaik perpaduan dan keharmonian Negara.

iv.            Tidak cukup dengan rencah yang seolah-olah bersifat Anti Melayu, ketiga-tiga deraf undang-undang yang dicadangkan turut berisi nada yang menunjukkan sikap pelampau golongan Ekstremis Islamufobia apabila cuba melakukan suatu perkara yang mana penjajah British sendiri tidak pernah melakukannya. Kedudukan serta Kedaulatan Agama Negeri turut sama cuba diketepikan oleh penggubal deraf undang-undang tersebut. Kedudukan ini tidak pernah diganggu oleh British dan Kerajaan Persekutuan. Malah Agama Islam telah dimartabatkan sebagai Agama Negara dengan diberikan berbagai kedudukan terhormat dan perlindungan Perlembagaan seperti Perkara 3(1),(2), 11(4), 12(2), 37(1), 74(2) Jadual Kesembilan, 121(1A) dan Perkara 150(6A) .

v.            Pihak kami turut melihat cadangan penubuhan "Unfair Discrimination Tribunal" tidak lebih daripada satu percubaan untuk menghidupkan kembali hasrat menubuhkan Interfaith Commmision yang pernah ditentang dan berkubur satu ketika dahulu. Dengan pelabelan baru, "Unfair Discrimination Tribunal" dilihat akan merampas kuasa institusi kehakiman dalam memutuskan isu-isu berkaitan perlembagaan, serta peranan Raja-raja Melayu sebagai ketua bagi agama Islam di negeri-negeri tanah Melayu. Kedaulatan Islam dilihat bakal dihempaskan ke bawah melaluinya dan bidang perundangan Islam akan sentiasa berada di bawah skrutini sebuah tribunal yang turut sama dianggotai oleh golongan bukan Islam.

Melihat semua kemungkinan serta kerosakan yang bakal timbul ini,  Harus pihak kami tegaskan di sini bahawa Perkara-Perkara yang telah termaktub dan dipersetujui di dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah satu perkara yang boleh dicampak keluar sesuka hati hanya kerana sifat dendam dan membenci sesetengah golongan kecil dalam masyarakat terhadap Kedaulatan Islam dan Melayu di negara ini.

Sikap-sikap tidak rasional yang terdorong dengan sifat ekstremis Islamufobia melampau sehingga gagal mengenalpasti sumber kekuatan tiang-tiang asas negara sepertimana yang terdapat di dalam deraf-deraf yang dikemukakan amatlah pihak kami kesalkan.

Pihak Kami ingin menegaskan bahawa peranan dan tanggungjawab memelihara kedaulatan Negara meliputi tugas-tugas melindungi institusi Raja-Raja Melayu, Hak Keistimewaan Melayu, Agama Negara dan Kenegaraan dan hal ini merupakan asas utama yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara-perkara ini tidak wajar sama sekali disentuh atas sebarang sebab sekalipun, memandangkan perkara-perkara asas ini terbukti berjaya memelihara keharmonian Negara dan kemajuan kepada semua bangsa selama ini.

Pihak kami juga ingin menangkis sikap yang cuba dibawakan oleh penggubal yang berusaha mempotretkan institusi-institusi kehakiman negara sebagai tidak cukup berwibawa untuk menangani isu-isu sensitif berkaitan agama dan bangsa di dalam negara. Cadangan penubuhan 'Unfair Discrimination Tribunal' menunjukkan bahawa penggubal mempunyai dasar kefahaman yang rigid, keras dan kaku dalam menyantuni mana-mana isu melibatkan pertikaian antara agama dan bangsa di dalam negara yang majmuk ini. Negara ini telah aman sejak berkurun lamanya melalui penghormatan serta dasar toleransi antara agama yang telah wujud sejak sekian lama. Kerap kalinya apabila berlaku apa-apa perkara yang merosakkan keamanan tersebut, puncanya adalah kerana sentiasa ada pihak cuba menggganggu gugat apa yang telah disepakati sebelum ini. Tidak semua perkara harus ditangani melalui jalan perundangan semata-mata.

Pihak kami, NGO-NGO Islam, memilih lokasi ini di persekitaran Hotel Cititel ini untuk kembali mengingatkan kepada pihak pemerintah tentang apa yang telah berlaku 8 tahun dahulu.

8 Tahun yang lalu, disinilah bermulanya gelombang permulaan penentangan besar-besaran kepada percubaan kumpulan Artikel 11 untuk merobek serta mengubah dasar-dasar asas yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut acuan yang dimahukan kumpulan kecil mereka. Antara yang turut ditentang pada masa itu ialah percubaan menubuhkan Interfaith Commission yang mempunyai sifat yang hampir sama dengan 'Unfair Discrimination Tribunal' seperti yang dicadangkan di dalam deraf-deraf undang-undang tersebut. Penentangan yang kemudiannya menyaksikan puluhan ribu umat Islam berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan pada Oktober 2006 sebagai kemuncak kepada gelombang penentangan. 

Oleh yang demikian kami menggesa supaya pihak Kerajaan Pusat mendengar kegusaran kami berhubung perkembangan ini, termasuk melihat semula secara serius keputusan memansuhkan Akta Hasutan 1948 berdasarkan perkembangan mutakhir yang berlaku. Jika kerajaan meneruskan hasrat untuk memperkenalkan ketiga-tiga akta baharu tersebut, maka kami menggesa penelitian yang lebih mendalam supaya usaha menghakis asas-asas kenegaraan tidak berlaku atas nama menjulang hasrat perpaduan dan keharmonian nasional.

Generasi terdahulu yang menjadi arkitek pembinaan negara ini telah mengenalpasti tentang asas-asas yang menjadi struktur kekuatan kepada pembinaan negara ini. Mereka melindunginya dan berjaya mewariskan sebuah Malaysia yang berjaya untuk dihuni secara bersama oleh kita pada hari ini. Kita mewarisi sebuah Malaysia yang aman, makmur dan berjaya hasil kebijaksanaan mereka-mereka yang terdahulu.

Persoalannya, apakah kita mahu merobek semua kebijaksaan tersebut hanya kerana satu segmen di dalam masyarakat mempunyai penyakit dendam dan membenci asas-asas pembinaan negara ini? Apa pula bentuk negara yang bakal kita wariskan nanti sekiranya semua kebijaksanaan ini dirobek dan menghancurkan segala bentuk keamanan dan kemakmuran yang sedang kita nikmati pada hari ini?

Justeru itu, pihak kami NGO-NGO Islam ingin merakamkan perasaan resah dan kegusaran kami mengenai percubaan-percubaan tidak sensitif seperti ini. Pihak kami ingin mendesak pihak Kerajaan Pusat supaya melakukan penelitian yang lebih jitu dengan merujuk serta memastikan keterlibatan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan secara langsung dan tidak langsung di dalam ketiga-tiga deraf undang-undang yang dimaksudkan.

Kita sedang mewarisi Malaysia yang aman hasil kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu, jangan pula kita wariskan Malaysia yang hilang keamanan kepada generasi akan datang hanya kerana kesombongan dan kegopohan pihak-pihak tertentu.

Pihak kami tidak akan berhenti di sini. Apa yang berlaku di sini hanyalah satu permulaan. Pihak kami akan terus bergabung dan memperjuangkan perkara ini secara bersama dengan pihak-pihak berkepentingan yang lain.

Harapan kami, pihak Kerajaan Pusat memberi perhatian serius kepada suara-suara kebimbangan dan resah yang sedang dikemukakan ini.

Berikutan kebimbangan yang mendesak ini, saya,Mohamed Hafiz Mohamed Nordin, selaku Pengerusi PEMBELA yang memayungi lebih dari 70 NGO-NGO Islam di tanahair dan suara  NGO-NGO Islam Wilayah Utara Semenanjung Malaysia yang hadir pada hari ini, ingin  menyatakan BANTAHAN KERAS dari pihak kami terhadap mana-mana percubaan untuk menghapuskan Kedaulatan Islam di tanahair, Kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu dan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu di bumi Malaysia ini.

Pendirian kami adalah jelas dan tegas tentang perkara-perkara ini.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA)
Cititel, Georgetown, Pulau Pinang

10 Jun 2014 bersamaan 12 Syaaban 1435

bumiyang

Posted: 11 Jun 2014 03:16 AM PDT

bumiyang


Jais Ganggu Majlis Perkahwinan Wanita Islam Dgn Lelaki Hindu, Malaysiakini Salahkan Malaysia Insider???

Posted: 11 Jun 2014 12:15 AM PDT

Taipingmali (tm)

Posted: 11 Jun 2014 01:31 AM PDT

Taipingmali (tm)


Kerajaan Perak Sokong Wujud Jawatankuasa Khas Pantau Syarikat Tawar Pake...

Posted: 10 Jun 2014 10:24 AM PDT

Aspirasi Bangsa

Posted: 11 Jun 2014 01:15 AM PDT

The Unspinners

Posted: 11 Jun 2014 12:57 AM PDT

The Unspinners


Oil co., pemborong dan stesyen minyak terlibat tapi KPDNKK tengok ke lain?

Posted: 11 Jun 2014 12:35 AM PDT



Semua tidak jalankan pemantau dan penjagaan rekod serta ada yang memalsukan rekod. Maka melalui cara itu, syarikat minyak, pemborong dan stesyen minyak semua terlibat dengan penyeleweng diesel begitu banyak.

Utusan ada menulis:


Syarikat minyak turut menyeleweng

KUALA LUMPUR 8 Jun - Musykil. Itulah perkara yang sering menjadi tanda tanya ke mana hilangnya bekalan diesel bersubsidi yang diberikan kepada syarikat pembekal minyak kerana bekalan bahan bakar itu habis sebelum waktunya.

Menurut sumber, jika diesel subsidi dijual mengikut prosedur yang ditetapkan, setiap stesen minyak perlu mengisi semula bekalan itu pada akhir bulan sahaja.

"Apa yang berlaku ada sebaliknya. Stesen minyak yang kehabisan bekalan membuat tempahan bahan bakar ini mela-lui syarikat minyak tetapi mereka tidak menghantarnya mengikut masa yang ditetapkan.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan telah meluluskan peruntukan kuota yang mencukupi kepada syarikat minyak. Jadi persoalannya mana perginya kesemua diesel subsidi yang diluluskan?" katanya.

Sumber itu menjelaskan, mengikut prosedur undang-undang sebenar setiap stesen minyak tidak dibenarkan membiarkan tangki kosong tanpa bahan bakar.

Baca sepenuhnya di Utusan Malaysia SINI


Utusan Malaysia melaporkan pula pengibatan Pengusaha Stesyen Minyak:

Pengusaha stesen minyak 'terpaksa' salah guna permit untuk tanggung kos operasi

KUALA LUMPUR 8 Jun - Kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi yang dijalankan sindiket di darat mahupun di laut turut melibatkan sesetengah pengusaha stesen minyak bagi mengaut keuntungan dengan cara yang mudah dan cepat.

Bagaimanapun, mengapa kebanyakan pengusaha stesen minyak ini terlibat dengan kegiatan penyelewengan?

Menurut sumber, perniagaan stesen minyak sememangnya membawa pulangan yang berpatutan kepada pengusaha tetapi permit pelepasan yang diberikan kerajaan kepada mereka 'terpaksa' disalahgunakan bagi menanggung kepelbagaian kos operasi.

Sumber itu berkata, kebanyakan pengusaha stesen minyak terlibat dengan kegiatan penyelewengan diesel berikutan komisen atau keuntungan yang ditetapkan kerajaan tidak memberi pulangan yang berbaloi.

Difahamkan, komisen setiap satu liter penjualan petrol yang ditetapkan kerajaan adalah 12 sen, manakala bagi diesel pula tujuh sen sejak lapan tahun lalu. ....


Sepenuh di SINI

KPDNKK tidak peduli untuk selesaikan isu ini. Selain sengaja tidak pantau dan check, berikut menunjukkan penjawat awam tengok ke lain untuk menerima rasuah dari kongsi gelap yang terlibat dalam penyelewengan dan seludup diesel.


Ops Titik tidak berkesan?


KUALA LUMPUR 9 Jun - Benarkah Ops Titik yang dilancarkan oleh Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mampu melumpuhkan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi?

Satu sumber berkata, berdasarkan pemerhatian terbukti Ops Titik hanya mensasarkan sindiket-sindiket kecil yang tidak banyak memberi kesan dalam usaha membanteras kegiatan haram tersebut.

"Kita tertanya-tanya kenapakah sindiket besar di sesetengah negeri seolah-olah dibiarkan, apakah mereka tidak ada maklumat atau ada sesuatu tidak kena dalam operasi yang dijalankan," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Kejayaan besar setakat ini adalah melalui Operasi Diesel Selatan (ODIS) yang dilancarkan 9 Mei lalu oleh Pasukan Petugas Khas yang dikoordinasikan Jabatan Peguam Negara. Dalam tempoh sebulan lalu sebanyak 9.1 juta liter diesel dan 12 buah kapal dianggarkan bernilai RM58 juta dirampas dan disita.

Sumber itu turut mempertikaikan keberkesanan Ops Titik kerana selain berlaku kebocoran maklumat sebelum operasi dijalankan, kawasan yang diserbu akan kembali beroperasi beberapa hari kemudian.

Sebagai contoh, kata sumber itu, satu kawasan di Padang Besar, Perlis yang pernah diserbu oleh agensi penguat kuasa kembali beroperasi.

"Kawasan ini terletak berdekatan dengan pejabat sebuah agensi penguat kuasa dan didiami oleh keluarga suspek dan saudara-mara, soalnya tidakkan pihak berkuasa menyedari keadaan itu?
 
Baca sepenuhnya SINI

* Ops Titik di uruskan oleh KPDNKK sendiri. Manakala ODINS melibatkan pelbagai agensi dalam Special Taskforce.. 
 
 
ABITW menulis di SINI kata ia seolah-olah untuk selamatan sindiket besar dan pegawai tinggi KPDNKK cuba menutup malu dan tembelang rasuah mereka.

PEMBORONG dan KONGSI GELAP CINA dalang utama seleweng diesel subsidi

Posted: 10 Jun 2014 08:33 PM PDT


KUALA LUMPUR 7 Jun - Usaha membanteras penyelewengan diesel bersubsidi tidak akan berhasil se­lagi sebahagian besar syarikat pem­borong dibiarkan bermaharajela de­ngan melanggar segala syarat lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Per­dagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Sumber memberitahu Mingguan Malaysia, terdapat bukti menunjukkan dalang sebenar sindiket penyelewengan diesel bersubsidi adalah pemborong yang seolah-olah bebas daripada tindakan kementerian itu.

"Keadaan itu berlaku kerana kelemahan dari segi pemantauan dan pemeriksaan oleh Bahagian Pelesenan dan Bahagian Penguatkuasa KPDNKK sehingga memungkinkan sebahagian besar pemborong mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit melalui penyelewengan diesel bersubsidi," kata sumber itu.


Ditanya bagaimanakah modus operasi yang dilakukan oleh golongan tersebut, sumber itu berkata, perbuatan paling ketara ialah tidak mengambil bekalan bahan bakar berkenaan secara langsung daripada depoh syarikat minyak, biar pun ia menjadi syarat utama untuk mereka memperoleh lesen.

"Perkara ini terdedah apabila invois pembelian minyak disemak, jumlah yang diambil dari depoh syarikat minyak terlalu sedikit, oleh itu dari mana mereka mendapat bekalan untuk diagihkan kepada pihak industri dan kapal dagang, kalau tidak melalui stesen minyak atau sumber lain seperti ejen-ejen mereka sendiri?," katanya.


Sumber itu menjelaskan, stesen-stesen minyak menjual diesel bersubsidi dengan harga RM2.10 seliter iaitu 10 sen lebih daripada harga pasaran. Pemborong kemudiannya menjual bahan bakar itu kepada pihak industri antara RM2.40 sen dan RM2.50 sen seliter manakala kepada kapal dagang pula antara RM2.60 dan RM2.70 sen seliter.

Sumber itu menjelaskan, pihak industri dan kapal dagang turut bersubahat melakukan penyelewengan diesel bersubsidi memandangkan harga yang dijual oleh pemborong lebih rendah berbanding harga di depoh iaitu RM2.70 sen manakala pengusaha stesen minyak pula meraih keuntungan 10 sen bagi setiap liter yang dijual kepada pemborong.

"Kesediaan pemborong yang menawarkan pembayaran secara kredit, turut menjadi tarikan kepada pihak industri memandangkan di stesen minyak urus niaga dilakukan secara tunai. Malah, perkhidmatan kenderaan yang disediakan oleh pihak pemborong menyebabkan kebanyakan industri memilih untuk membeli bekalan daripada mereka," kata sumber itu lagi.

Lebih mengejutkan kata sumber itu, ada dalam kalangan pemborong yang terus beroperasi biar pun lesen sudah pun tamat tempoh dan syarikat-syarikat minyak pula masih tetap membekalkan permintaan minyak kepada mereka dengan alasan tidak menerima maklumat daripada KPDNKK.

"Ada kes yang lesen sudah tamat tempoh setahun lalu tetapi pemborong masih beroperasi. Keadaan itu membuktikan bahawa tiada pengauditan secara berkala dilakukan oleh agensi terlibat sehingga memungkinkan mereka mengambil kesempatan," katanya.

Sumber itu juga mendedahkan bagaimana, ada pemborong memalsukan invois pembelian syarikat minyak kerana mereka memahami proses semakan dan pengesahan dokumen berkenaan akan mengambil masa oleh syarikat-syarikat tersebut.

"Perlu ada ketegasan dari segi pengauditan dan memeriksa urus niaga oleh pemborong, janganlah sekadar lulus sahaja lesen tetapi pemantauan dan penguatkuasaan diabaikan. Kita juga berharap pemantauan janganlah sekadar dilakukan ketika musim perayaan kerana ia boleh menimbulkan tohmahan," kata sumber tersebut.

Selain itu, sumber berkenaan turut berpendapat syarikat-syarikat minyak tidak sepatutnya mengamalkan sikap lepas tangan dengan menuding jari kepada KPDNKK apabila pemborong tidak mematuhi syarat untuk mendapat bekalan daripada mereka.

"Mereka harus bertanggungjawab untuk memantau pemborong yang dicadangkan kepada KPNDKK supaya tidak timbul kejadian pemborong mengemukakan dokumen kontrak permohonan dari luar negeri yang tidak pasti kesahihannya.

"Syarikat tidak boleh menyatakan mereka hanya mencadangkan dan KPDNKK sepatutnya menyemak latar belakang syarikat pemborong terlibat, justeru proses semakan ke atas syarikat-syarikat itu termasuk mengetahui lembaga pengarahnya perlu dilakukan bagi memastikan lesen yang dikeluarkan tidak dipajakkan kepada pihak ketiga," katanya.

Utusan Malaysia  

80% dari pemborong adalah cina dan ini adalah persekongkolan melibatkan syarikat minyak yang sedia beri sokongan untuk mereka dapat lesen beroperasi

35,000 pekerja TNB enggan kerjasama dengan YTL innovavi

Posted: 10 Jun 2014 05:30 PM PDT



Kesatuan sekerja TNB tolak kerjasama YTL

Oleh ZUNAIDAH ZAINON
ekonomi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Jun - Kesatuan dan Persatuan Sekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mewakili 34,900 pekerja menolak sekeras-kerasnya sebarang kerjasama dengan YTL Power International (YTL Power) dalam projek pembinaan loji janakuasa turbin gas kitaran gabungan 1,000 sehingga 1,400 MegaWatt (MW) atau Projek 4A di Pasir Gudang, Johor.

Presiden Kesatuan Pencantuman Pekerja TNB, Abu Husin Nikmat berkata, perkara itu amat penting bagi mengelakkan rakyat menanggung beban kenaikan tarif elektrik yang tinggi pada masa hadapan.

Sambil menyifatkan YTL tidak menghormati perasaan pekerja TNB, beliau berkata, selama ini YTL juga tidak pernah menghargai segala usaha TNB dan kerajaan yang memberinya projek tenaga sejak penjana tenaga bebas (IPP) dilaksanakan pada 1993.

Malah, katanya, dalam tempoh itu, TNB telah mengemukakan bayaran berjumlah RM20 bilion kepada YTL Power.

"Kami juga sama sekali tidak menerima langsung permohonan maafnya selepas mengeluarkan kenyataan seumpama itu dan pada masa sama menuduh TNB dengan pelbagai tohmahan.

"Kami menaruh harapan tinggi agar kerajaan dan TNB menolak penglibatan YTL sebelum sebarang keputusan dibuat pada 25 Julai ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Yang Dipertua Persatuan Eksekutif TNB, Mohd. Amran Abdul Rahman; Setiausaha Agung Persatuan Eksekutif TNB, Ir. Harriezan Ahmad; Yang Dipertua Persatuan Unit Keselamatan TNB, Nikmat Mohd. Seh; Presiden Kesatuan Pegawai-Pegawai Rendah TNB; Mohd. Roszeli Majid dan Setiausaha Agung Kesatuan Pegawai-Pegawai Rendah TNB; Rashid Ramly.

Baca sepenuh di Utusan Malaysia di SINI

Harap amaran ini disambut oleh Guru-Guru yang jadi mangsa sistem Bestari.net YTL, KTM yang dipaksa beri harga murah untuk simen YTL, dan lain-lain MANGSA YTL.

Khalid, Tony Pua tak persoal langsung YTL dapat "direct nego"

Posted: 10 Jun 2014 07:47 AM PDT

Tiada sangat isu penglibatan Sultan dalam IPP baru yang mana YTL dapat. Ulang sekali, YTL yang dapat IPP kerana syarikat IPP SIPP Power dikuasai 69% oleh YTL Power.


Sultan dan rakan-rakan hanya rakan kongsi yang mana Sultan hanya ada 51% dari 30% SIPP Power atau lebih sedikit dari 15%.

Isunya kenapa pula IPP ini diusahakan YTL tanpa tender terbuka???


Dalam usaha oleh pihak pembangkang melalui akhbar The Edge ersekongkol untuk pertahankan YTL untuk membolehkan direct nego, mereka kata ianya adalah sebab fast track.


Apa kah langsung tidak boleh dijemput dan tiada pihak lain untuk masuk tender tast frack???? Apa perlu direct nego???


Malah ada lagi isu-isu yang mengesyaki yang akan masuk tembolok YTL dalam laporan The Edge itu sendiri ....


The Edge dikuasai oleh kroni Dato Seri Anwar Ibrahim bernama Dato Tong Kooi Ong???

Baik YTL dan The Edge bersekongkol bersama menghina Institusi Kesultanan Johor dengan melibatkan Sultan dalam pelaburan yang mana cara ianya diperolehi dipersoalkan.

Sultan bukan memegang kuasa pengurusan ....

Harap Tuanku Ibrahim keluar dari syarikat ini dan baik TUanku saja yang ambbil sepenuhnya SIPP Power jika taida anak Johor yang mampu. 

Tapi dalam hal pengurusan dan keupayaan teknikal, pastinya ramai anak Melayu yang pakar dan cekap dalam penjanaan kuasa. Berapa ramai Melayu di TNB yang boleh Tuanku bina menjadi usahawan berjaya???


Khalid Ibrahim dulu bising ....


... dan Tony Pua pun bising pasal proses tender terbuka dan persoalkan 1MDB. Baca SINI. Tapi ...


Kenapa diam bila melibatkan YTL yang Cina penipu ini???

LPHJ diluluskan selari dengan Perlembagaan; Kenapa Selangor tak buat dulu?

Posted: 10 Jun 2014 03:30 AM PDT

Syukur LPHJ dilulukan selari dengan keperluan Perlembagaan dan institusi Raja Berpelembagaan terus terpelihara. Difahamkan 8 perkara telah dipinda sebelum dibentang dan diluluskan.


mStar melaporkan

Pemimpin Negeri Johor dan Majlis Peguam Bersetuju Dengan Pindaan Menteri Besar Johor

NUSAJAYA: Sebuah pindaan telah dibuat dalam rang undang-undang perumahan dan hartanah Johor dimana perkataan hendaklah bertindak di atas nasihat menteri besar.

"Mengapa Kerajaan Negeri melakukan ini ( pindaan ) adalah kerana ingin menunjukkan keikhlasan dan niat baik dan tiada hasrat pihak Kerajaan untuk memberi kuasa eksekutif kepada Sultan Johor atau mengganggu sistem raja berperlembagaan", kata Menteri Besar Dato Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata pindaan ini akan menjelaskan lagi bahawa Sultan hendaklah bertindak atas nasihat Menteri Besar terutamanya lantikan ahli lembaga.

Rang undang undang tersebut yang dijangka akan diluluskan di Dewan Undangan Negeri menjadi kontroversi pada awalnya kerana ramai menyangka bahawa ia akan memberi kuasa eksekutif kepada Sultan.

Semalam, Khaled membuat pengumuman sewaktu Persidangan Dewan Negeri bahawa klausa didalam rang undang undang yang menyatakan Sultan akan ditukar ke pihak berkuasa negeri walaupun enakmen sebegini pernah diluluskan oleh kerajaan negeri sebelum ini dan akta-akta di peringkat persekutuan.

"Bagi berbincang berkenaan perkara ini, kita perlu melihat kepada dua bahagian di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Johor, Fasal 7(1) yang mengatakan bahawa Raja hendaklah bertindak atas nasihat Majlis Mesyuarat Negeri atau ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Menteri Besar dan Exco-exco Negeri)."

"Fasal yang sama juga boleh dilihat dalam Fasal 40 Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bahawa Agong hendaklah bertindak atas nasihat Perdana Menteri", tambahan beliau.

Beliau menambah Fasal 7(2) dalam Undang-undang Tubuh Negeri menyatakan bahawa Sultan hanya mempunyai kuasa budi bicara mengenai tujuh perkara sahaja dan ia termasuk perlantikan Menteri Besar, kuasa menangguh kelulusan membubar dewan undangan negeri dan perkara-perkara lain.

Syukur kerajaan prihatin ....
PETALING JAYA: Pemimpin-pemimpin berpengalaman menyanjung keputusan Kerajaan Negeri Johor untuk meminda klausa-klausa yang menjadi persoalan dalam Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berkata beliau gembira kerajaan negeri Johor pragmatik mendengar suara pelbagai pihak dan seterusnya menjelaskan klausa-klausa tersebut melalui pindaan.

"Saya telah melihat Rang Undang-undang tersebut dan melihat apa yang dilihat sebagai kerisauan rakyat sudah diperjelaskan", kata Musa ketika dihubungi.

Ahli Parlimen Johor Bahru YB Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyambut baik pindaan tersebut dan menyatakan tumpuan masyarakat adalah perlu kepada penubuhan. Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Johor bagi memboleh kerajaan mengawal situasi projek perumahan di negeri Johor.

"Ini perkara baik. Situasi di negeri Johor berkaitan perumahan adalah kritikal. Kita memerlukan Kerajaan Negeri mempunyai lembaga ini,"

"Peranan kerajaan negeri dengan lembaga ini akan lebih besar dan saya akan gembira jika rang undang-undang ini diluluskan kerana ia adalah untuk kepentingan rakyat", kata Shahrir ketika dihubungi.

Presiden Majlis Peguam Christopher Leong berkata, "Pindaan tersebut akan membantu memperjelaskan dan menyeragamkan terma 'pihak berkuasa negeri' yang akan digunakan di dalam enakmen tersebut dan nasihat Menteri Besar akan diikuti oleh Sultan."

"Ini akan selaras dengan fasal-fasal di dalam Perlembagaan", kata Leong.

Dengan pindaan itu, tiada masaalah dan dipercayai LPHJ dapat memainkan peranannya dengan baik. Malah ada pembangkang tahu kebaikkannya.


Kenapa ahi korporat yang ngaku diri hebat Tan Sri Khalid Ibrahim tak fikirkan semua ini?


Takut koyak ....



Tun M mungkin risau peminggiran Melayu di Pulau Pinang berlaku di Iskandar

Posted: 09 Jun 2014 11:34 PM PDT



Berikut adalah tulisan Tun Dr Mahathir:
"I think people must respect the Constitution.  The Constitution says that the ruler is a constitutional ruler and not going to be involved directly in execution of any thing. But we see that in Johor this is not happening. Although the MB says that he will advise the ruler, but past experience have shown the MBs and even Prime Ministers sometimes defer to the ruler because he is the ruler.  This is a Malay adat, you see, that if the ruler says something, you just follow whether it is right or wrong. I am afraid  that the MB of Johor is not going to advise the Sultan; he is going to be advised by the Sultan.

"I think the government must be firm. In particular, the Prime Minister must be firm. (Sic) you deviate from the Constitution, other people will also ignore the Constitution and when they ignore the Constitution even the institution of the rulers maybe affected, because the rulers are there due to the Constitution not due to anything else.

"I hear in Johor lots of lands have been sold to foreigners, even the sea has been sold to foreigners and this is very bad and this is not being done by the state government Although the state government, of course, approves. That's how firm the state government is; they do things which they know is wrong."
Beliau turut merasa risau:


Sepatutnya dia pencen tapi negarawan kita masih sayangkan negara dan masih mahu memberi teguran, nasihqt dna tunjuk ajar.


Unspinners harap Menteri Besar Dato Khaled Nordin ada muslihat di sebalik tindak tanduknya kerana Majlis Perajaan Johor menafikan Sultan yang mulakan Enakmen LPHJ. Baca Bigdog SINI.

Harap sangat disebalik usaha dan tindak tanduk Khaled, dia bukan setakat memikirkan hal perumahan dan kemasukan orang asing yang bagaikan tsunami tapi memikirkan juga hal berikut:


Sementara itu, apa punya bebal wakil rakyat pro KJ ini ....


Masa di dewan hanya dipersalahguna  untuk bantai Utusan yang merupakan suara unggul perjuangkan Melayu dan Islam. Kalau tak Utusan tegur, nak harap pemimpin UMNO yang banyak kaki ampu dan penakut macam Ali Mazat.

Utusan akan guna kenyataan Ali dalam Dewan untu terus menyerang Utusan. Hmmm ... baru teringat Khairy pernah menghentam Utusan Malaysia sebagai memberi umpan kepada pembangkang.

Kalau Ali tak betul, akhirnya nanti kawasannnya di Bukit Permai akan bertukar jadi Bukit PASmai.


Kita perlu hargai keprihatinan Tun M yang mana walaupun Prof Ramlah Adam ada hujah yang valid dari perspektif sejarah dan perundangan, penualan tanah dna hartanah kepada orang asing hingga rakyat tempatan Melayu CIna dan India pun tak mampu punyai rumah.

Isu Sultan Johor: Jangan komen kalau jahil-Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam

Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam meminta mereka yang kurang arif mengenai undang-undang negeri dan institusi beraja menghentikan komen kerana ia akan menimbulkan kontroversi.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berhak menentukan Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ).

Menurut Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam, kuasa berkenaan diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor (UUTKJ) 1895.

"Apabila ia merujuk kepada negeri Johor pula, tindakan Sultan Ibrahim mengikut peruntukan UUTKJ. Sebagai Ketua Negeri Johor, baginda mempunyai kuasa mutlak untuk menasihati, melantik dan menentukan lembaga pengarah kerajaan Johor. Sultan juga ada kuasa melantik pengurusan tanah dan memberi pandangan bukan mentabdir, kerana tugas itu dilakukan menteri besar bukannya Sultan," katanya kepada The Rakyat Post.

Jelasnya, dengan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada baginda, Sultan Ibrahim mempunyai alasan untuk bertindak bagi melindungi kepentingan rakyat dan negeri.

Ramlah turut memaklumkan, dalam pentadbiran negeri, menteri besar boleh menasihati sultan, tetapi sultan sebagai pemerintah, berkuasa mutlak dalam menentukan apa juga rang undang-undang yang bakal digubal.

"Semua undang-undang yang ditubuhkan perlulah dirujuk kepada sultan terlebih dahulu, contohnya isu pemberian tanah hak milik kekal selama 999 tahun di negeri Perak, dilakukan tanpa pengetahuan Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan tanpa menunggu keputusan Majlis Tanah Negara (MTN) dan masalah ini tidak pernah berlaku dalam sejarah kita.

"Tanah terletak di bawah hak negeri, bukannya persekutuan, dan kini Sultan Ibrahim sedar, selepas Pulau Batu Puteh diberikan kepada Singapura. Itu salah siapa?" katanya.

Menurutnya, selaku pelindung rakyat, Sultan Ibrahim berhak mencampuri urusan pentadbiran negeri.

"Saya rasa bukan niat Sultan Ibrahim nak campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri, tetapi baginda nak mengawal harga perumahan, sekaligus membantu rakyat di negerinya berpeluang membeli rumah, kerana rata-rata rakyat Johor berpendapatan rendah dan tidak mampu membeli rumah," katanya.

Jelasnya, sebagai Sultan Johor, baginda sendiri melihat tanah di negerinya dibeli rakyat Singapura dan menyebabkan rakyat tempatan terpinggir.

"Bila ada kuasa sultan, perkara itu boleh dilakukan. Sultan memang tidak mentadbir, tetapi baginda berkuasa untuk menentukan lembaga pengarah sebagai penyelaras negeri dan pelindung rakyat. Buat apa baginda nak mentadbir, kerana baginda merupakan ketua negeri Johor," katanya.

Mengulas lanjut mengenai komen pelbagai pihak berhubung isu berkenaan, Ramlah khuatir ia akan menimbulkan kontroversi.

"Kebanyakan tokoh politik, tokoh akademik, penganalisis perundangan, politikus hinggalah negarawan, tidak mempunyai kepakaran untuk menyentuh isu ini, kerana walaupun mereka pakar dalam bidang masing-masing, mereka bukanlah pakar dalam bidang Perlembagaan Negeri.

"Sultan memerintah mengikut peruntukan perlembagaan negeri masing-masing, tetapi kenapa isu ini masih lagi timbul? Apakah akta yang ingin diusulkan Isnin hadapan dalam sidang DUN bertentangan dengan akta Persekutuan dan Negeri? Saya rasa ia tidak bertentangan sama sekali.

"Apa yang Sultan Ibrahim cuba lakukan adalah untuk memberi penjelasan lebih tepat dalam pelantikan lembaga pengarah dan LPHJ bukanlah pejabat tanah, tetapi lembaga ini berada di atas pejabat tanah bagi memantau Majlis Mesyuarat Negeri," katanya.

Sehubungan itu, Ramlah menasihati orang Melayu di Johor supaya tidak bergaduh dengan sultan sendiri, kerana akibatnya orang lain yang bakal bertepuk tangan.


Panglima Perang Cyber

Posted: 11 Jun 2014 12:16 AM PDT

Panglima Perang Cyber


Penafian @PDRMsia Penyebaran Maklumat Palsu Penjualan Organ Manusia dan Perogol Bersiri cc @Zahid_Hamidi @Kbab51 @Kdnputrajaya

Posted: 10 Jun 2014 08:46 PM PDT

Mohon disebarkan.

Blogger Pembangkang Perlekeh Menteri dalam Negeri @Zahid_Hamidi Ekoran Kekalahan PRK Teluk Intan Kesan Ops Cantas Khas @pdrmsia

Posted: 10 Jun 2014 06:13 PM PDT


Blogger Pakatan mencuit Menteri DS Ahmad Zahid Hamidi berkenaan kekalahan PRK Teluk Intan yang dikaitkan dengan amaran beliau terhadap gangster yang dikatakan antara punca penentuan kemenangan atau kekalahan dalam pilihanraya.


Kerana selain beliau, Timbalan Ketua Polis juga telah mengesa orang ramai keluar mengundi kerana polis telah memastikan keselamatan mereka sepanjang proses sebelum dan semasa pengundian.





Gangster juga dikatakan membuat taruhan perjudian dan kerana itu mereka diberi amaran jangan jadikan Prk sebagai medan untuk mengaut keuntungan.

Adalah tidak wajar keamanan dan kemakmuran  rakyat ditentukan pihak tertentu yang akhirnya menjadikan rakyat sebagai mangsa hinggalah ke pengundian PRU akan datang.

Kerana itu tidak salah DS Ahmad Zahid mengimbas amaran beliau kepada gangster antara punca kemenangan BN di Teluk Intan yang tidak dijangka oleh sesiapa pun.

Bahkan suasana semasa keputusan juga agak kecoh di mana penyokong pembangkang turut meminta undian dikira semula namun ditolak oleh SPR kerana ia patut dilakukan di tempat pembuangan undi.

Banyak faktor lain menyumbang kekalahan DAP dan semua orang mengetahui hakikatnya.

Cuma menujukan serangan kepada menteri dalam negeri adalah cara terbaik oleh pembangkang yang sering membela penjenayah untuk memastikan beliau tidak disukai dan seterusnya gangsterisme akan berkembang kembali jika beliau berjaya dijatuhkan !!!

Ramai juga menulis bagaimana operasi rumah urut yang dikait dengan gangsterisme berkembang pesat sejak Pakatan memegang kerajaan.

Kesan Ops Cantas Khas menyaksikan pihak polis telah menahan hampir 80 ribu penjenayah sepanjang ia dilaksanakan sejak 17 Ogos 2013 hingga kini.

sila rujuk berita di sini http://m.thesundaily.my/node/255905




Kepada penyokong kerajaan BN terpulang kepada anda untuk mengiyakan kenyataan Pembangkang atau melawan kembali keceluparan mereka memperlekeh usaha kerajaan yang komited menentang perjudian dan gangsterisme di negara kita.

Tahniah kepada pihak polis atas kejayaan anda menjaga kemakmuran negara.

Sent from my iPhone

Bekas Ahli DAP Buat Laporan Polis Terhadap @Teresakok dakwa Salahguna Dana Ratusan Ribu Ringgit - Bekas Ahli DAP

Posted: 10 Jun 2014 04:34 AM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/ya5sH6w5j4U


Sent from my iPhone

YouTube : @Anwaribrahim : Islamic authorities 'arrogant with power' - @Malaysiakini

Posted: 10 Jun 2014 04:29 AM PDT

Jawapan kepada @SegaranShanmuga Isu Kematian Dalam Tahanan @pdrmsia oleh Menteri KDN @Zahid_Hamidi cc @kbab51

Posted: 10 Jun 2014 03:20 AM PDT

Berikut imej twitter

Belantan

Posted: 11 Jun 2014 12:08 AM PDT

Belantan


Majlis Peguam dibidas kritik tindakan PM saman Malaysiakini?

Posted: 10 Jun 2014 08:20 AM PDT


Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim membidas Majlis Peguam kerana mengkritik tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memfailkan saman terhadap portal berita propembangkang, Malaysiakini.

Menurutnya, kenyataan Majlis Peguam tersebut menunjukkan badan itu sudah mula bermain politik dan tidak lagi berusaha memperjuangkan hak asasi seseorang yang merayu di mahkamah demi menuntut keadilan.

"Tindakan saman itu diambil apabila Datuk Seri Najib merasakan dirinya dimalukan oleh Malaysiakini dengan sangkaan jahat tanpa asas kononnya beliau berkonotasikan rasuah.

"Seseorang yang bermaruah tentu mahu nama dan partinya dibersihkan dan cara paling sesuai adalah melalui tindakan mahkamah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Majlis Peguam dalam kenyataannya menerusi portal itu menganggap tindakan mahkamah yang diambil oleh Najib yang juga Presi­den UMNO terhadap Malaysiakini berkaitan dakwaan rasuah, telah menyalahi hak asasi manusia.


Pada 30 Mei lalu, Najib dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh memfailkan saman terhadap Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel yang berunsur fitnah pada Mei lalu.

Najib selaku plaintif kedua mengemukakan saman tersebut di Mahkamah Tinggi di sini atas kapasiti peribadi beliau manakala Ab. Rauf sebagai plaintif pertama bertindak bagi pihak UMNO.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan tindakan Majlis Peguam secara tiba-tiba membangkitkan perkara itu sedangkan sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang turut memfailkan saman terhadap media arus perdana.

"Media arus perdana seperti Utusan Malaysia sering kali menjadi sasaran pihak pembangkang, tidak pula Majlis Peguam mempertikaikan tindakan mereka itu.

"Tetapi apabila Perdana Menteri mengambil keputusan menyaman Malaysiakini, Majlis Peguam mempersoalkannya," katanya sambil berseloroh mengatakan badan itu layak menerima anugerah nobel hipokrit terbaik dunia.

Suara Politik
Belantan

MERBOK TIMES

Posted: 11 Jun 2014 12:05 AM PDT

MERBOK TIMES


An open letter to TS Francis Yeoh of YTL (reproduced from The Malay Mail):

Posted: 10 Jun 2014 03:52 AM PDT


Dear Editor,
I read in awe the comments made by Tan Sri Francis Yeoh (FY) reported in your Malay Mail Online Portal on Tuesday, 3rd June, 2014, and several other newspaper including The Malaysian Reserve and The Edgedaily, quoting him at Pemandu's global Malaysia Series Forum at the Securities Commission.

Francis Yeoh is probably the last person qualified to comment on cronyism, racial and religious rhetorics. For someone whose family is one of the biggest beneficiary of crony capitalism, political corruption and high handed business tactics. Francis Yeoh should just keep his fake views to himself and continue planning his transfer of wealth overseas.

Lets recap how FY and YTL "won " the first IPP in the country in 1994.

All you have to do is read the Memoirs of Tan Sri Ani Arope to know first hand of how high handed Francis Yeoh bulldozed his way through his IPP which has cost the Malaysian citizens billions of Ringgit. It's the same billions which Francis Yeoh has now transferred abroad acquiring assets in UK, Australia and Singapore, all from the grossly inflated electricity tariff YTL got in 1994 on the back of power crisis in 1992.

Francis Yeoh called the IPP as "innovation". I and most Malaysian citizens would call it daylight robbery.
The innovation was to produce electricity at 23 sen, sell it at 30 sen, when TNB was producing it at 8 sen and selling it at 17 sen.
Innovation was land-grabbing the Paka and Pasir Gudang sites from TNB and building his IPP. Innovation was arm- twisting Petronas to sell gas at huge subsidy. Innovation was forcing through a "take or pay" mechanism in the Off-take Agreement .

Innovation was bulldozing through the IPP via EPU through whatever means to get the sweetheart deal. Innovation was forcing Dato Sri Ani Arope, the TNB CEO then to resign for refusing to accept YTL terms.

Francis Yeoh is probably the only Chinese who dared walk through like a King into an UMNO General Assembly those days to see the Prime Minister and nobody dared questioned him or stopped him.

Let's move on to the Express Rail Link which is also another innovation by FY which he touted as a runaway success without government help.

Oh, he forgot to mention and most people didn't know that RM 5 of every passenger airport tax paid by travellers going through KLIA is paid to ERL even though less than 5% of them uses the ERL to get to KLIA.

And not to forget that the government paid RM 100m for the recent extension of ERL to KLIA2 and the passengers now to pay an extra RM2 to get to KLIA2 to cover the cost of the extra trip to KLIA2.

Perhaps we should give FY the "Malaysian Innovator of the Century" for all the "innovation" he had done that ripped off billions of Ringgit of taxpayers money including mine.

Now lets move to the topic of racism.

Can FY come clean on how many Malays and Indian YTL Group has employed? I would like to see it broken down by category of senior management, management and kulis. It's the same FY who employed a token Malay as Executive Director in his Group who doesn't have to actually go to work, so he won't learn their trade secrets.

On corporate governance, YTL has the infamous Kitchen Board comprising of family members only that meets and decide on key things . The formal Boards of his listed companies only meet to rubber stamp decisions and tick their attendances for publishing in the annual report.

Francis Yeoh participated in a recent forum of Top 50 PLCs chaired by the Prime Minister at the Security Commission recently.

At the session, a study on graduate employment by 2 lecturers (Dr Lee Hwok Aun and Dr Muhammad Abdul Khalid) in University Malaya was tabled, which highlighted how Malay graduates are discriminated against in job application.

It was Francis Yeoh his most eloquent, when he was asked to give his views. He managed to say about 5 words and "innovated" his way out by changing topics. Francis Yeoh's latest innovation is now team up with royalties for business.

This is after years of currying favors from politicians until his true self showed up and no politician wanted to have anything to do with him.
 

After he bad-mouthed Tun Dr Mahathir to just about everybody who cared to listen, the same Tun Dr Mahathir who made him a billionaire many times over. After years of loathing the royalties, now they are his favorite people.

But things didn't go according to plan. After losing out in the Project 3B IPP tender, FY managed to "innovate" his way through bypassing the open tender method to win Project 4A just days ago.
 

Another brilliant innovation by FY, is to metamorphorse YTL from a mere Chinaman contractor turned power producer to also now be a brilliant telecommunications company. How much did you pay for the 4G license Francis Yeoh?

And also the highly inflated Bestranet project to wire up all the schools in the country, so that you can plant your base stations paid for by the people! Another brilliant innovation by YTL should be your company tagline, no need to hire a bumiputera PR company to come up with a tagline for you.

And what about KTM land in Sentul FY? I suppose taking land from a bleeding KTM at rock bottom price makes you a national savior?
 

After benefitting from all these sweetheart deals, you later called for "brutal competition" as the only way for the country to progress.
 

When you get all these deals. Its innovation and entrepreneurship. When a bumiputera like Tan Sri Syed Mokhtar gets them, its cronyism and unfair privileges for the bumiputeras.

You criticized the affirmative action plan which is national policy giving unfair advantage to the bumiputera, but I can assure you that all the small contracts handed out to the small contractors the last 21 years since you got your innovative IPP does not even come close to the contracts and businesses YTL has got from the government and the people.

I can go on and on, and I am sure there are many more people who knows more than me who can add to it. Not enough in attacking and insulting our intelligence, FY is also now attacking bumiputeras, saying the non-bumis now have no chance in business in Malaysia.

My message to Francis Yeoh is maybe it's time for you to sell out the remaining 15% of business which are still in Malaysia and start packing your bags to move to UK. A lordship awaits you in the land of the fair.

Hamid,
Anak Malaysia

Ustaz Moden's Weblog

Posted: 10 Jun 2014 11:28 PM PDT

Ustaz Moden's Weblog


Lelaki Separuh Bogel Mengamuk Depan Kaabah

Posted: 10 Jun 2014 04:32 AM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/WkiqyqOyI0w

Sent from my iPad


Kembara Politik

Posted: 10 Jun 2014 11:22 PM PDT

Kembara Politik


Sidang Akhbar PEMBELA Berhubung 3 Draf Rang Undang-undang Menggantikan Akta Hasutan 1948

Posted: 10 Jun 2014 10:02 PM PDT

Sidang akhbar ini diadakan setelah satu kata sepakat dipersetujui dan dicapai antara NGO-NGO Islam di dalam persidangan meja bulat yang telah diadakan sebentar tadi. Tujuan sidang akhbar ini ialah bagi menyatakan pendirian NGO-NGO Islam yang telah bersepakat berkumpul pada hari ini sebagai satu suara berkongsi keprihatinan terhadap perkembangan terkini susulan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Nancy Shukri pada 30 Mei 2014 berkenaan hasrat kerajaan memperkenalkan akta baharu yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 [Akta no. 15].

YB Nancy mengesahkan telah menerima tiga deraf rang undang-undang berkaitan iaitu Rang Undang-undang Harmoni Nasional (National Harmony Bill), Rang Undang-undang Perpaduan Nasional (National Unity Bill) dan Rang undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional (National Unity and Integration Commission Bill) dan kini sedang dalam penelitian Pejabat Peguam Negara.

Pihak kami telah berpeluang meneliti ketiga-tiga deraf rang undang-undang yang dimaksudkan dan membawanya kepada perbincangan lebih mendalam. Melalui hasil perbincangan yang dijalankan, pihak kami mendapati terdapat dua bentuk perkara yang menimbulkan perasaan resah kami terhadap soal Kedaulatan Undang-Undang Negara.

Pertama, cara bagaimana deraf undang-undang ini dibuat dan dicadangkan.

Kedua, isikandungan yang terdapat di dalam deraf undang-undang yang dibuat serta dicadangkan.

Untuk yang pertama, pihak kami mendapati kaedah penggubalan ketiga-tiga rang undang-undang ini bertentangan dengan norma penggubalan undang-undang Negara. Kami mendapati bahawa penggubal yang terlibat adalah Majlis Peguam yang telah mencadangkan kepada satu kelompok kecil Jawatankuasa Kerja di dalam Majlis Konsultansi Perpaduan Negara. Kami difahamkan hanya 3 orang pemain utama terlibat di dalam penggubalan deraf rang undang-undang tersebut dan kesemua ahli-ahli lain di dalam MPKN telah tidak dirujuk secara sepenuhnya sebelum diserahkan kepada YB Nancy.

Kami melihat fungsi serta kewujudan peranan MPKN telah dijadikan sebagai alat tunggangan oleh sekumpulan kecil pihak-pihak yang berkepentingan di dalam cadangan-cadangan ini. Seolah-olah MPKN telah dianggap sebagai satu lesen besar untuk pihak-pihak ini melakukan perubahan yang bakal mengganggu gugat asas-asas pembinaan negara ini sesuka hati mereka. Lebih membingungkan ialah tindakan sekumpulan kecil ini terus menyerahkan rang undang-undang tersebut tanpa melalui proses rujukan dan perbincangan teliti dengan pihak-pihak berkepentingan terlebih dahulu. Seolah-olah, ia satu tindakan bersifat diktatorial dengan hanya mementingkan kehendak satuhala pihak mereka. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi, perlakuan songsang kumpulan ini wajar disangsikan.

Selain itu, rang undang-undang tersebut telah diserahkan terus kepada Jemaah Menteri, lantas mengenepikan institusi-institusi yang bakal terjejas oleh penguatkuasaannya kelak. Ini jelas merupakan langkah provokasi yang boleh mencetuskan keresahan serta kebimbangan ramai pihak.

Kebimbangan Kedua pula ialah mengenai isikandungan ketiga-tiga deraf undang-undang seperti yang telah dinyatakan tadi bagi menggantikan Akta Hasutan 1948.

Pihak kami ingin menyatakan kebimbangan dan memberikan amaran dari pihak kami berkenaan kesan jangka pendek dan panjang hasil cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948, cadangan isikandungan deraf rang undang-undang menggantikan Akta Hasutan tersebut serta tujuan dan fungsi "Unfair Discrimination Tribunal" yang dinyatakan di dalam salah satu rang undang-undang tersebut.

Untuk peringatan semua, Negara ini telah dibina dengan tiang-tiang asas yang merupakan tulangbelakang kepada kekuatan struktur negara ini. Goncangkan tiang-tiang ini, maka bergoncanglah negara nanti. Atas sebab itu, arkitek-arkitek pembina negara ini telah menetapkan bahawa tiang-tiang asas negara ini tidak boleh dirombak, dihapuskan, disentuh mahupun digoncangkan dengan sesuka hati.

Akta Hasutan 1948 adalah sebuah akta yang telah berada di negara ini untuk melindungi tiang-tiang asas ini. Akta ini melindungi asas-asas Negara khususnya Perkara 153, Perkara 152, Perkara 181 dan Bahagian Ketiga Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan sama sekali termasuk oleh ahli-ahli Parlimen. Pada waktu akta tersebut digubal, kesemua kaum di Negara ini telah bersepakat. Perkara-perkara yang dilindungi Akta tersebut tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.

Perkara 153, 152, 181 dan Bahagian Ketiga Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan mahar yang dibayar oleh golongan bukan warganegara pada masa itu untuk mendapatkan peluang kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu. Menuntut mahar yang telah lama dipersetujui kembali ianya boleh ditafsirkan sebagai satu tindakan sengaja mahu membubarkan perjanjian yang telah sedia termeterai dan dihormati sejak sekian lama.

Cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 bakal menyebabkan asas-asas yang menjadi tiang perpaduan dan keharmonian yang selama ini dikecapi negara menjadi satu sasaran terbuka oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tidak hanya cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 menimbulkan keresahan di dalam serahan deraf undang-undang tersebut, malah beberapa cadangan di dalamnya menuntut perhatian serius untuk dikaji motif dan kesan cadangan yang dikemukakan.

Berikut kami gariskan beberapa keprihatinan awal tentang kandungan ketiga-tiga deraf rang undang-undang tersebut:

i.            Pihak kami mendapati, Undang-undang yang cuba digambarkan sebagai usaha perpaduan ini dilihat tidak lebih daripada satu percubaan pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja untuk mengeruhkan hubungan antara kaum dan agama di negara ini. Pencadang telah secara semborono cuba mengangkat hak kesamarataan menurut Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan secara mutlak tanpa mempedulikan prinsip "positive discrimination" yang merupakan kekecualian dalam Perkara 8 itu sendiri dan turut tidak mempedulikan asas-asas pembinaan negara yang harmoni yang turut sama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3(1), Perkara 37 (1).

ii.            Kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam memelihara hak keistimewaan orang Melayu yang hanya boleh dipinda dengan perkenan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 dan 38 Perlembagaan Persekutuan turut disentuh oleh penggubal deraf undang-undang ini. Penggubal seolah-olah cuba menyerlahkan sifat kebencian serta perasaan anti orang-orang Melayu dengan menggelarkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan seperti ini dengan istilah-istilah seperti 'discrimination' dan 'racial superiority'. Ini jelas merupakan satu sikap yang sangat tidak sensitif dipamerkan penggubal-penggubal tersebut yang mahu mengenepikan semua peruntukan terbabit.

iii.            Ketiga-tiga deraf rang undang-undang tersebut juga mengenepikan kedaulatan Negeri-negeri dalam perbagai aspek hanya kerana terpaksa tunduk kepada prinsip kesamarataan yang terlalu umum yang dipegang oleh penggubal. Mereka yang telah menggubal deraf tersebut ternyata hanya menjunjung secara melulu konvensyen-konvensyen hak asasi manusia berkerangka liberal-sekular termasuklah International Convention of Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Malaysia tidak meratifikasi ICERD dan tidak perlu tunduk pada konvensyen seumpama ini yang belum tentu merupakan model terbaik perpaduan dan keharmonian Negara.

iv.            Tidak cukup dengan rencah yang seolah-olah bersifat Anti Melayu, ketiga-tiga deraf undang-undang yang dicadangkan turut berisi nada yang menunjukkan sikap pelampau golongan Ekstremis Islamufobia apabila cuba melakukan suatu perkara yang mana penjajah British sendiri tidak pernah melakukannya. Kedudukan serta Kedaulatan Agama Negeri turut sama cuba diketepikan oleh penggubal deraf undang-undang tersebut. Kedudukan ini tidak pernah diganggu oleh British dan Kerajaan Persekutuan. Malah Agama Islam telah dimartabatkan sebagai Agama Negara dengan diberikan berbagai kedudukan terhormat dan perlindungan Perlembagaan seperti Perkara 3(1),(2), 11(4), 12(2), 37(1), 74(2) Jadual Kesembilan, 121(1A) dan Perkara 150(6A) .

v.            Pihak kami turut melihat cadangan penubuhan "Unfair Discrimination Tribunal" tidak lebih daripada satu percubaan untuk menghidupkan kembali hasrat menubuhkan Interfaith Commmision yang pernah ditentang dan berkubur satu ketika dahulu. Dengan pelabelan baru, "Unfair Discrimination Tribunal" dilihat akan merampas kuasa institusi kehakiman dalam memutuskan isu-isu berkaitan perlembagaan, serta peranan Raja-raja Melayu sebagai ketua bagi agama Islam di negeri-negeri tanah Melayu. Kedaulatan Islam dilihat bakal dihempaskan ke bawah melaluinya dan bidang perundangan Islam akan sentiasa berada di bawah skrutini sebuah tribunal yang turut sama dianggotai oleh golongan bukan Islam.

Melihat semua kemungkinan serta kerosakan yang bakal timbul ini,  Harus pihak kami tegaskan di sini bahawa Perkara-Perkara yang telah termaktub dan dipersetujui di dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah satu perkara yang boleh dicampak keluar sesuka hati hanya kerana sifat dendam dan membenci sesetengah golongan kecil dalam masyarakat terhadap Kedaulatan Islam dan Melayu di negara ini.

Sikap-sikap tidak rasional yang terdorong dengan sifat ekstremis Islamufobia melampau sehingga gagal mengenalpasti sumber kekuatan tiang-tiang asas negara sepertimana yang terdapat di dalam deraf-deraf yang dikemukakan amatlah pihak kami kesalkan.

Pihak Kami ingin menegaskan bahawa peranan dan tanggungjawab memelihara kedaulatan Negara meliputi tugas-tugas melindungi institusi Raja-Raja Melayu, Hak Keistimewaan Melayu, Agama Negara dan Kenegaraan dan hal ini merupakan asas utama yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara-perkara ini tidak wajar sama sekali disentuh atas sebarang sebab sekalipun, memandangkan perkara-perkara asas ini terbukti berjaya memelihara keharmonian Negara dan kemajuan kepada semua bangsa selama ini.

Pihak kami juga ingin menangkis sikap yang cuba dibawakan oleh penggubal yang berusaha mempotretkan institusi-institusi kehakiman negara sebagai tidak cukup berwibawa untuk menangani isu-isu sensitif berkaitan agama dan bangsa di dalam negara. Cadangan penubuhan 'Unfair Discrimination Tribunal' menunjukkan bahawa penggubal mempunyai dasar kefahaman yang rigid, keras dan kaku dalam menyantuni mana-mana isu melibatkan pertikaian antara agama dan bangsa di dalam negara yang majmuk ini. Negara ini telah aman sejak berkurun lamanya melalui penghormatan serta dasar toleransi antara agama yang telah wujud sejak sekian lama. Kerap kalinya apabila berlaku apa-apa perkara yang merosakkan keamanan tersebut, puncanya adalah kerana sentiasa ada pihak cuba menggganggu gugat apa yang telah disepakati sebelum ini. Tidak semua perkara harus ditangani melalui jalan perundangan semata-mata.

Pihak kami, NGO-NGO Islam, memilih lokasi ini di persekitaran Hotel Cititel ini untuk kembali mengingatkan kepada pihak pemerintah tentang apa yang telah berlaku 8 tahun dahulu.

8 tahun yang lalu, di sinilah bermulanya gelombang permulaan penentangan besar-besaran kepada percubaan kumpulan Artikel 11 untuk merobek serta mengubah dasar-dasar asas yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut acuan yang dimahukan kumpulan kecil mereka. Antara yang turut ditentang pada masa itu ialah percubaan menubuhkan Interfaith Commission yang mempunyai sifat yang hampir sama dengan 'Unfair Discrimination Tribunal' seperti yang dicadangkan di dalam deraf-deraf undang-undang tersebut. Penentangan yang kemudiannya menyaksikan puluhan ribu umat Islam berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan pada Oktober 2006 sebagai kemuncak kepada gelombang penentangan. 

Oleh yang demikian kami menggesa supaya pihak Kerajaan Pusat mendengar kegusaran kami berhubung perkembangan ini, termasuk melihat semula secara serius keputusan memansuhkan Akta Hasutan 1948 berdasarkan perkembangan mutakhir yang berlaku. Jika kerajaan meneruskan hasrat untuk memperkenalkan ketiga-tiga akta baharu tersebut, maka kami menggesa penelitian yang lebih mendalam supaya usaha menghakis asas-asas kenegaraan tidak berlaku atas nama menjulang hasrat perpaduan dan keharmonian nasional.

Generasi terdahulu yang menjadi arkitek pembinaan negara ini telah mengenalpasti tentang asas-asas yang menjadi struktur kekuatan kepada pembinaan negara ini. Mereka melindunginya dan berjaya mewariskan sebuah Malaysia yang berjaya untuk dihuni secara bersama oleh kita pada hari ini. Kita mewarisi sebuah Malaysia yang aman, makmur dan berjaya hasil kebijaksanaan mereka-mereka yang terdahulu.

Persoalannya, apakah kita mahu merobek semua kebijaksaan tersebut hanya kerana satu segmen di dalam masyarakat mempunyai penyakit dendam dan membenci asas-asas pembinaan negara ini? Apa pula bentuk negara yang bakal kita wariskan nanti sekiranya semua kebijaksanaan ini dirobek dan menghancurkan segala bentuk keamanan dan kemakmuran yang sedang kita nikmati pada hari ini?

Justeru itu, pihak kami NGO-NGO Islam ingin merakamkan perasaan resah dan kegusaran kami mengenai percubaan-percubaan tidak sensitif seperti ini. Pihak kami ingin mendesak pihak Kerajaan Pusat supaya melakukan penelitian yang lebih jitu dengan merujuk serta memastikan keterlibatan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan secara langsung dan tidak langsung di dalam ketiga-tiga deraf undang-undang yang dimaksudkan.

Kita sedang mewarisi Malaysia yang aman hasil kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu, jangan pula kita wariskan Malaysia yang hilang keamanan kepada generasi akan datang hanya kerana kesombongan dan kegopohan pihak-pihak tertentu.

Pihak kami tidak akan berhenti di sini. Apa yang berlaku di sini hanyalah satu permulaan. Pihak kami akan terus bergabung dan memperjuangkan perkara ini secara bersama dengan pihak-pihak berkepentingan yang lain.

Harapan kami, pihak Kerajaan Pusat memberi perhatian serius kepada suara-suara kebimbangan dan resah yang sedang dikemukakan ini.

Berikutan kebimbangan yang mendesak ini, saya, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin, selaku Pengerusi PEMBELA yang memayungi lebih dari 70 NGO-NGO Islam di tanahair dan suara  NGO-NGO Islam Wilayah Utara Semenanjung Malaysia yang hadir pada hari ini, ingin  menyatakan BANTAHAN KERAS dari pihak kami terhadap mana-mana percubaan untuk menghapuskan Kedaulatan Islam di tanahair, Kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu dan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu di bumi Malaysia ini.

Pendirian kami adalah jelas dan tegas tentang perkara-perkara ini.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA)
Cititel, Georgetown, Pulau Pinang

10 Jun 2014 bersamaan

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 10 Jun 2014 11:16 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 10 Jun 2014 11:12 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TRANSFORMASI EKONOMI GAGAL, SEDEKAD GLC RUGI???...RAKYAT DERITA...BIAR BETUL!

Posted: 10 Jun 2014 09:38 PM PDT


Apa ni GLC rugi lagi, apa jadi dengan program transformasi kerajaan? Ini semua salah kerajaan bla...bla...bla..

Mungkin itu berita yang ditunggu-tunggu oleh para pencacai pakatan. Maka akan berduyun-duyunlah yang akan turun berpanas terik di jalanan semata-mata untuk melalak kononnya kerajaan UMNO/Barisan Nasional zalim dan memiskinkan rakyat, walhal apa pun mereka tak tahu soal pengurusan ekonomi negara.

Yang mereka tahu hanya bagaimana nak pau duit rakyat masuk tabung-tabung parti, bagaimana nak melantak dan nak mentekedarah segala hasil negara agar semuanya dapat percuma.


Diharapkan berita baik tentang kejayaan ekonomi negara ini dapat membuka mata dan menginsafkan kita serta puak-puak yang kurang bersyukur ini bahawa betapa nikmatnya duduk di negara yang bertuah ini.

Kalau rasa tak best duduk kat Malaysia, apa kata pergilah merantau atau berhijrah ke negara lain yang anda suka. Pintu negara sentiasa terbuka untuk mereka blah, tak balik pun tak per. Aiman tak kesah pun... 

Lagi pun PM kitakan graduan ekonomi tersohor, mana le boleh disamakan dengan manusia 'sorang' tu kan. Masa jadi Menteri Kewangan dulu pun dia hampir membuatkan negara ini bankrap. 

Tu dia bukti GLC dah bankrap...

Utusan Malaysia Rabu, 11 Jun 2014 m.s 17


Pesanan Khidmat Masyarakat : AWAS! FAHAMI BAHAYA STROK HABA.

Posted: 10 Jun 2014 12:28 AM PDT


Sumber

*Akhir-akhir ni cuaca makin panas. Sebar-sebarkan moga bermanfaat.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 10 Jun 2014 10:26 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Bihun Cap Masjid Tiada Sijil Halal JAKIM

Posted: 10 Jun 2014 07:39 PM PDT



KJ Tidak Setuju Cadangan Jason Lo

Posted: 10 Jun 2014 03:03 AM PDT



PenangWasabi

Posted: 10 Jun 2014 10:22 PM PDT

PenangWasabi


JANGAN KOMEN KALAU JAHIL - PROF. DATUK DR. RAMLAH ADAM [PAKAR SEJARAH]!

Posted: 09 Jun 2014 08:32 AM PDT


Dipetik dari : The Rakyat Post

Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam meminta mereka yang kurang arif mengenai undang-undang negeri dan institusi beraja menghentikan komen kerana ia akan menimbulkan kontroversi.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berhak menentukan Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ).

Menurut Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam, kuasa berkenaan diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor (UUTKJ) 1895.

"Apabila ia merujuk kepada negeri Johor pula, tindakan Sultan Ibrahim mengikut peruntukan UUTKJ. Sebagai Ketua Negeri Johor, baginda mempunyai kuasa mutlak untuk menasihati, melantik dan menentukan lembaga pengarah kerajaan Johor. Sultan juga ada kuasa melantik pengurusan tanah dan memberi pandangan bukan mentabdir, kerana tugas itu dilakukan menteri besar bukannya Sultan," katanya kepada The Rakyat Post.

Jelasnya, dengan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada baginda, Sultan Ibrahim mempunyai alasan untuk bertindak bagi melindungi kepentingan rakyat dan negeri.

Ramlah turut memaklumkan, dalam pentadbiran negeri, menteri besar boleh menasihati sultan, tetapi sultan sebagai pemerintah, berkuasa mutlak dalam menentukan apa juga rang undang-undang yang bakal digubal.
"Semua undang-undang yang ditubuhkan perlulah dirujuk kepada sultan terlebih dahulu, contohnya isu pemberian tanah hak milik kekal selama 999 tahun di negeri Perak, dilakukan tanpa pengetahuan Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan tanpa menunggu keputusan Majlis Tanah Negara (MTN) dan masalah ini tidak pernah berlaku dalam sejarah kita.

"Tanah terletak di bawah hak negeri, bukannya persekutuan, dan kini Sultan Ibrahim sedar, selepas Pulau Batu Puteh diberikan kepada Singapura. Itu salah siapa?" katanya.

Menurutnya, selaku pelindung rakyat, Sultan Ibrahim berhak mencampuri urusan pentadbiran negeri.
"Saya rasa bukan niat Sultan Ibrahim nak campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri, tetapi baginda nak mengawal harga perumahan, sekaligus membantu rakyat di negerinya berpeluang membeli rumah, kerana rata-rata rakyat Johor berpendapatan rendah dan tidak mampu membeli rumah," katanya.

Jelasnya, sebagai Sultan Johor, baginda sendiri melihat tanah di negerinya dibeli rakyat Singapura dan menyebabkan rakyat tempatan terpinggir.

"Bila ada kuasa sultan, perkara itu boleh dilakukan. Sultan memang tidak mentadbir, tetapi baginda berkuasa untuk menentukan lembaga pengarah sebagai penyelaras negeri dan pelindung rakyat. Buat apa baginda nak mentadbir, kerana baginda merupakan ketua negeri Johor," katanya.

Mengulas lanjut mengenai komen pelbagai pihak berhubung isu berkenaan, Ramlah khuatir ia akan menimbulkan kontroversi.

"Kebanyakan tokoh politik, tokoh akademik, penganalisis perundangan, politikus hinggalah negarawan, tidak mempunyai kepakaran untuk menyentuh isu ini, kerana walaupun mereka pakar dalam bidang masing-masing, mereka bukanlah pakar dalam bidang Perlembagaan Negeri.

"Sultan memerintah mengikut peruntukan perlembagaan negeri masing-masing, tetapi kenapa isu ini masih lagi timbul? Apakah akta yang ingin diusulkan Isnin hadapan dalam sidang DUN bertentangan dengan akta Persekutuan dan Negeri? Saya rasa ia tidak bertentangan sama sekali.

"Apa yang Sultan Ibrahim cuba lakukan adalah untuk memberi penjelasan lebih tepat dalam pelantikan lembaga pengarah dan LPHJ bukanlah pejabat tanah, tetapi lembaga ini berada di atas pejabat tanah bagi memantau Majlis Mesyuarat Negeri," katanya.

Sehubungan itu, Ramlah menasihati orang Melayu di Johor supaya tidak bergaduh dengan sultan sendiri, kerana akibatnya orang lain yang bakal bertepuk tangan.

Penang Wasabi..

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 10 Jun 2014 03:45 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Isteriku enak disetubuhi jin...

Posted: 10 Jun 2014 04:00 PM PDT

Isterinya itu sedang didampingi oleh jin dan menyetubuhinya setiap malam dan semakin lama jin itu semakin ketagih - Gambar hiasan
Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat lelaki tersebut.

"Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek diri saya," ungkap pemanggil tersebut.

Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini.

Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang dialaminya itu.

"Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib keluarga mahupun isteri saya, tetapi amat berharap agar perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada suami-suami yang mungkin menerima nasib yang sama seperti saya tetapi masih tertanya-tanya apakah musibah yang sedang melanda mereka," ujar Ridzwan membuka bicara.

Menurut Ridzwan, peristiwa ini berlaku lima tahun lalu selepas usia perkahwinan mereka mencecah tiga tahun. Menurutnya, keganjilan yang mula melanda isterinya itu berlaku sekembalinya mereka dari percutian di Tawau, Sabah kerana mengikutinya bekerja di luar kawasan.

Kesempatan bekerja di kawasan itu telah dimanfaatkan oleh mereka untuk terus pergi bercuti. Apatah lagi mereka masih belum dikurniakan anak setelah tiga tahun berkahwin menyebabkan mereka sentiasa mengisi setiap kesempatan yang ada untuk bersama.

"Sejak pulang dari Tawau, isteri saya mula berubah perangai setiap hari selepas pukul 10 malam. Pada mulanya, saya tidak menyangka apa-apa kerana dia sendiri mengakui kadang-kadang mood seseorang itu sentiasa berubah-berubah. Namun, keadaan itu berpanjangan sehinggalah tiga bulan," ujar Ridzwan lagi.

Apa yang ganjilnya, isterinya di waktu siang berkelakuan normal sahaja seperti biasa. Dia amat suka jika Ridzwan sentiasa merapatkan dirinya dan saling bersentuhan, malah dia jugalah yang sentiasa merangsang Ridzwan supaya melayaninya pada malam hari.

Namun setelah jam menunjukkan oukul 10 malam, isterinya itu terus tidur dan memalingkan diri ke arah bertentangan dengannya.

"Pernah sekali saya cuba juga untuk bermesra dengannya sambil membelai-belai rambut dan memeluknya dari belakang namun dia menepis tangan saya sambil mendengus," tambah Ridzwan sambil pandangan matanya dilemparkan jauh-jauh seolah-olah cuba menyembunyikan perasaanya hiba.

Pernah juga mereka bertengkar pada malam tersebut kerana isterinya seolah-olah tidak rela disentuh oleh Ridzwan dan menganggap seolah-olah suaminya itu cuba untuk merogolnya. Setiap malam juga Ridzwan akan kecewa dan membawa dirinya tidur berseorangan di ruang tamu rumah mereka.

Seperti biasa, pada sebelah pagi, isterinya akan bangun dengan begitu segar sekali dan penuh bersemangat. Dia seringkali memberitahu Ridzwan bahawa perasannya setiap kali bangun seolah-olah mereka telah bersama pada malam tersebut.

Hal ini menyebabkan Ridzwan mulai curiga dan risau. Tidak mungkin isterinya itu curang kerana setiap malam isterinya akan pulang ke rumah dan di sebelah siangnya mereka adalah pasangan yang paling bahagia.

Isterinya juga sering mengadu yang seringkali melihat kesan lebam di pangkal paha setiap kali bangun tidur dan pada lebam itu terdapat lima lubang halus.

"Pada mulanya, saya tidak menghiraukan aduan yang dibuat oleh isteri saya itu dan menganggap mungkin itu hanyalah gigitan serangga di malam hari. Tambahan pula perasaan yang kecewa pada malam hari menyebabkan saya tidak menghiraukan aduan-aduan isteri saya itu," tambah Ridzwan.

Pernah juga dia terfikir untuk menjalankan hubungan sulit dengan perempuan lain, namun itu sekadar angan-angan kosong bagi menyedapkan hati kerana jauh di sudut hatinya, dia terlalu sayangkan isterinya itu.

Keadaan ini berlarutan sehingga mencecah hampir setahun.

Untuk mengatasi masalah tersebut, Ridzwan terpaksa mendatangi isterinya pada waktu siang sebelum ke pejabat kerana menganggap isterinya hanya bernafsu pada waktu itu.

Disebabkan keadaan ini menyebabkan isterinya semakin lama semakin susut tubuhnya dan matanya mulai cengkung seolah-olah tidak mendapat rehat yang secukupnya walhal isterinya tidur nyenyak seawal pukul 9 malam dan tidak akan diganggu.

Pernah juga Ridzwan membawa isterinya berjumpa doktor, namun doktor mengesahkan yang isterinya sihat dan hanya menasihat supaya memperbanyakkan rehat.

Semakin hari isterinya mula mengalami kemurungan dan tidak seceria dulu. Dia semakin menjadi pasif, takut untuk berhadapan dengan orang ramai, rendah diri, tiada keyakinan dan prestasi kerjanya mula merosot.

Ridzwan cuba mendapatkan ikhtiar lain dengan cara menggunakan pendekatan rawatan secara Islam.

Perjumpaan dengan seorang ustaz yang terkemuka di ibu kota telah merungkaikan segala persoalan yang selama ini tidak terfikir oleh Ridzwan.

Menurut ustaz tersebut, isterinya itu sedang didampingi oleh jin dan menyetubuhinya setiap malam dan semakin lama jin itu semakin ketagih.

Ketika proses perubatan dilakukan, Ridzwan melihat sendiri bagaimana interaksi antara ustaz tersebut dengan jin yang menumpang dalam badan isterinya.

"Jin tersebut mula terpikat dengan isteri saya semasa mereka menginap di sebuah hotel di Tawau dan ketika itu isteri saya sedang mandi berbogel di dalam bilik air hotel tersebut. Sejak itu jin berkenaan mula mendampingi isteri saya dan amat benci kepada saya dan inginkan kami berpisah," tambah Ridzwan.

Namun, kecekalan hati Ridzwan serta rasa cintanya terhadap isteri menyebabkan mereka berjaya mengekalkan hubungan tersebut walaupun seringkali bercakaran.

Setelah pertemuan demi pertemuan diadakan dengan ustaz tersebut selama sebulan, akhirnya jin itu berjaya dikeluarkan dan isterinya itu kembali normal dan ceria seperti biasa. Kini perhubungan Ridzwan dan isterinya kembali normal.

Nasihat Ridzwan, jika terdapat sebarang tingkah laku atau perbuatan-perbuatan ganjil yang dilakukan oleh seorang isteri, segera mendapatkan rawatan sama ada secara moden atau Islam.

"Jangan pandang ringan akan hal ini kerana mungkin akan membawa kemudaratan jika dibiarkan berpanjangan. Ramai dalam kalangan isteri seringkali tidak menyedari yang dirinya telah ditiduri dan dirogol oleh jin akibat mengabaikan doa sebelum tidur sebagai pelindung diri. Ini akan menyebabkan jin mudah masuk ke dalam tubuh dan mendampingi mereka tanpa disedari.

"Naluri seorang isteri adalah sentiasa berkehendakkan layanan suaminya, dan jika dia mula menolak, mungkin ada sesuatu yang mengganggu dirinya. Mungkin yang mengganggu itu datangnya dari alam lain, ataupun yang mengganggu itu datangnya dari alam kita sendiri," kata-kata terakhir Ridzwan yang mendalam mengakhiri pertemuan tersebut.

Keluarga @ © Utusan Melayu (M) Bhd

Polis sahkan dua remaja di Ketereh dirogol 21 lelaki, bukan 38 orang

Posted: 10 Jun 2014 05:01 AM PDT

KOTA BAHRU: Polis Kelantan mengesahkan hanya 21 lelaki yang terbabit dengan kes rogol dua remaja di Ketereh pada 20 Mei lalu dan bukannya 38 orang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata polis percaya kedua-dua mangsa dirogol berulang kali oleh suspek yang sama.

Isu belasah isteri dalam bank, Awie cabar kemuka bukti

Posted: 10 Jun 2014 03:32 AM PDT

Ampang: Penyanyi dan pelakon Awie tidak akan mengulas lanjut mengenai desas-desus kononnya dia memukul isterinya, Rozana Misbun di tempat awam baru-baru ini melainkan dakwaan itu dapat dibuktikan oleh mana-mana pihak di luar sana.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 44, berkata, perihal rumah tangga adalah sesuatu yang peribadi dan dia tidak akan mendedahkan sebarang cerita mengenainya kecuali keadaan memaksa.

"Buktikanlah dulu di pihak mana yang keluarkan cerita itu. Saya bersedia untuk mendedahkan perkara sebenar jika ia dapat dibuktikan.

"Setakat ini saya tak nak kata iya atau tak. Buktikan kalau benda itu betul adakah ia datang dari pihak terdekat atau orang luar?" katanya.

Awie berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Long Jack di Bora Ombak di sini, sebentar tadi.

Beberapa hari lalu, timbul ura-ura mendakwa seorang penyanyi rock dilihat memukul isterinya di tempat awam dipercayai kerana perselisihan faham antara mereka akibat isu kewangan.

Sumber memberitahu, saksi di tempat kejadian mendakwa penyanyi dimaksudkan itu adalah Awie.

Rita Rudaini orang paling gembira dengan 'skandal' Zaquan Adha?

Posted: 10 Jun 2014 01:31 AM PDT

Kecoh industri hiburan semalam apabila tersebar beberapa keping gambar screenshot pemain bola kebangsaan Zaquan Adha yang dikatakan bermain cinta denggan seorang gadis di aplikasi WeChat.

Namun perkara itu telah dinafikan oleh isterinya Ayu Raudhah yang mengatakan akaun WeChat tersebut adalah palsu.

Terbaru, rata-rata peminat tidak mahu pelakon Rita Rudaini memberikan apa-apa.komen berhubung isu skandal bekas iparnya, Zaquan Adha dengan wanita lain.
Malah, mereka turut memohon agar pelakon jelita yang juga bekas isteri kepada kembar Zaquan Adha iaitu Aidil Zafuan supaya berdiam diri serta mengunci mulut jika diajukan dengan pertanyaan berhubung isu tersebut.

Peminat Rita Rudaini bersikap demikian kerana bimbang kalau-kalau pihak media menggunakan ibu tunggal kepada 2 anak itu dengan tujuan untuk melaga-lagakan dia dengan bekas birasnya, Ayu Raudhah.

Yang paling menarik mereka juga meminta agar Rita Rudaini hanya membaca komen-komen mereka mengenai isu skandal Zakuan Adha itu tanpa membalas semula komen mereka.

Namun, kebanyakan mereka menganggap bahawa isu skandal tersebut sebagai satu pembalasan terhadap Ayu kerana mereka mendakwa Ayu pernah cuba mencampuri urusan rumahtangga Rita dan Aidil sewaktu rumahtangga mereka bergolak tidak lama dahulu. – sumber -

Pelajar UiTM dibenarkan melancap dalam bilik?

Posted: 10 Jun 2014 01:01 AM PDT

Ok..ini berita yang agak lucu lagi memeningkan.

Sekeping pelekat amaran berkenaan larangan melakukan kerosakan, merokok dan melancap telah tersebar di ruang maya. Pelekat tersebut dipercayai diambil dari Kolej Perindu, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menurut laporan The Malaymail Online, pihak pengurusan kolej telah menafikan larangan tersebut dikuatkuasakan di sini.

"Kami tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian," kata jurucakap rasmi koleh berkenaan.

Apabila ditanya adakah ini bermaksud kegiatan onani dibenarkan di situ, beliau menjawab: "Larangan tersebut palsu"

Beliau juga sedia maklum berkenaan pelekat tersebut yang berada di kolej berkenaan.

"Kami telah membuat laporan kepada pihak polis bantuan kolej," katanya lagi.

Pelekat tersebut tertulis nama Kolej Perindu dan telah tersebar beberapa ketika di internet.

"Dilarang melakukan kerosakan, dilarang merokok, dilarang beronani. Awas! Anda sedang diperhatikan," itulah yang tertulis pada pelekat tersebut.

Pegawai kolej itu juga memberitahu hanya dua larangan yang pertama sahaja dipakai dalam pelekat tersebut. Pelekat tersebut dikeluarkan bertujuan mengesan penggunaan barangan elektrik oleh pelajar di dalam kolej.

Melancap atau onani pula diharamkan dalam Islam.

Isteri cilik maut malam pertama selepas bersetubuh dengan suami

Posted: 09 Jun 2014 11:01 PM PDT

Mangsa yang dikenali sebagai Rawan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang teruk. - Gambar hiasan
SANAA - YEMEN: Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun di bandar Meedi, wilayah Hajjah, barat laut Yaman meninggal dunia pada malam pertama perkahwinannya dengan lelaki berumur 40 tahun, pada minggu lalu.

Ketua Dewan Rakyat Yaman dan aktivis hak asasi manusia, Arwa Othman berkata, mangsa yang dikenali sebagai Rawan mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan rahimnya turut pecah selepas melakukan persetubuhan pertama dengan suaminya.

"Mereka membawanya ke klinik tetapi doktor gagal menyelamatkannya.

"Pihak berkuasa juga belum mengambil sebarang tindakan terhadap keluarga pengantin cilik itu mahupun suaminya. Pemimpin puak juga dikatakan cuba untuk menutup kes tersebut selepas ia tersebar secara meluas," jelasnya lagi.

Menurut Al-Arabiya, difahamkan kebanyakan keluarga miskin di negara itu mengahwinkan anak perempuan mereka pada usia yang muda kerana ingin menjimatkan kos selain mahu mendapatkan wang hantaran bagi menyara hidup pada masa depan.

Tak perlu paksa guru sokong kerajaan - Muhyiddin

Posted: 09 Jun 2014 10:45 PM PDT

KUALA LUMPUR 10 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada usaha khusus dilakukan untuk mengindoktrinasikan para guru supaya menjadi penyokong kerajaan semata-mata.

Beliau berkata, guru merupakan tenaga profesional berpendidikan tinggi yang faham mengenai tugas dan tanggungjawab bukan sahaja terhadap kerjaya mereka tetapi kepada sekolah dan negara.

``Maka sebab itu saya tidak fikir ada keperluan kita untuk meyakinkan para guru bahawa mereka ini harus memberi sokongan padu terhadap kerajaan.

``Mereka sebagai pegawai kerajaan biasanya bersikap setia kepada kerajaan pada hari ini. Itu yang biasa berlaku bukan sahaja dalam sektor pendidikan tetapi sektor perkhidmatan awam lain,'' katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Zainudin Ismail (BN-Jelebu) berhubung dakwaan kononnya Kementerian Pendidikan mengindoktrinasikan guru supaya menjadi penyokong kerajaan. - UTUSAN ONLINE


Muhyiddin ke luar negara hanya makan angin, Anwar bekerja - DAP

Posted: 09 Jun 2014 10:31 PM PDT

Kuala Lumpur, 10 Jun - Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari mempertikaikan lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Australia yang disifatkan lebih kepada makan angin. Beliau mendakwa, Timbalan Perdana Menteri itu hanya meluangkan masa selamat empat hari pertama di Melbourne, di mana beliau menghadiri Forum Ekonomi Dunia Ke-4 dari 10 November sehingga 18 November 2012.

Menurut Zairil, Muhyiddin telah bergegas bersama rombongannya ke Gold Coast, Brisbane, setelah selesai program Forum Ekonomi Dunia Ke-4 tersebut. "Dalam empat hari penuh dihabiskan di Gold Coast, aktiviti TPM hanya sekitar dua jam sehari secara purata.

"Kebanyakan aktiviti ini pula merupakan taklimat ringkat selama satu jam dam majlis makan malam yang santai, pertemuan dengan pelajar dan Kelab Umno. Sementara itu, hari ke tiga di Gold Coast langsung tiada program. Tambah beliau, lawatan TPM ini bukan sahaja hanya dipenuhi dengan lawatan peribadi tetapi turut menafikan kakitangan kementerian apabila tiada penglibatan mereka dalam kedua-dua lawatan rasmi TPM.

Menurut Zairil lagi, rombongan Muhyiddin itu disertai 17 orang yang terdiri daripada enam pegawai peribadi, lima pegawai khas, dua setiausaha akhbar, masing seorang setiausaha sulit dan setiausaha politik termasuk beliau dan isterinya. Zairil juga turut mempersoalkan mengapa Timbalan Perdana Menteri itu menggunakan pesawat khas kerajaan dan juga menginap di hotel mewah sepanjang lawatan 4 hari berkenaan.

Namun begitu, tindakan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera ini dilihat seolah-olah sengaja mahu menjatuhkan imej serta kredibiliti Timbalan Perdana Menteri tersebut kerana mempersoalkan lawatan kerjanya namun tidak pula mempersoalkan kredibiliti Anwar Ibrahim yang selama ini sering melancong ke luar negara kononnya untuk urusan negara sedangkan Anwar hanyalah sekadar Ahli Parlimen Permatang Pauh sahaja.

-UtaraNews.com

Gelatin Babi: Fatwa Qardawi hanya untuk negara bukan Islam

Posted: 09 Jun 2014 10:15 PM PDT

SEREMBAN - Kenyataan kontroversi dikeluarkan Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menerusi sebuah portal, baru-baru ini sebenarnya bertujuan menjawab kemusykilan umat Islam yang mendiami darul harbi atau negara bukan Islam dan sukar mendapat produk halal.

Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Nor Azamir Alias berkata, perkara tersebut hanya disedari beliau selepas membuat penelitian terperinci terhadap laman web ulama tersohor berkenaan, semalam.

"Jelas sekali, jawapan diberikan beliau membabitkan penggunaan gelatin babi adalah berasaskan kepada persoalan dihadapi umat Islam yang tinggal dalam darul harbi sahaja dan bukannya untuk negara Islam.

"Beliau mengambil kira kesukaran mereka untuk mendapatkan produk halal di negara terbabit, di mana kebanyakan produknya mengandungi gelatin babi atau haiwan yang tidak disembelih," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, atas sebab berkenaan, maka kaedah qadhiyyatul istihalah atau transformasi bahan iaitu bahan yang tidak halal apabila sebati menjadi makanan halal, maka hukumnya juga bertukar kepada halal, telah disarankan oleh Dr Yusuf untuk diguna pakai penduduk Muslim negara itu.

"Ini mungkin berasaskan kepada kaedah fiqh iaitu addharuratu tubihuk mahzuurah iaitu kerana darurat, sesuatu yang haram diharuskan dan addharuratu tuqaddaru bi qadariha iaitu kadar keharusan itu pula mengikut keadaan daruratnya, sekali gus menunjukkan ia bukanlah terbuka dengan seluas-luasnya.

"Kesimpulannya, kaedah qadhiyyatul istihalah tidak boleh dipraktikkan di negara Islam atau negara bukan Islam yang senang mendapatkan produk dan bahan-bahan halal," katanya.

Beliau berkata, ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW antaranya yang bermaksud, "(bahan) yang halal itu jelas (dinyatakan)" dan "setiap bahan yang haram banyaknya, maka sedikit pun menjadi haram juga".

"Kaedah fiqh juga menyatakan yang maksudnya, "apabila bercampur di antara bahan yang halal dengan haram (dalam satu transformasi), maka bahan itu dikira haram".

"Perlu diketahui, babi merupakan tergolong dalam najis 'ainiyyah iaitu zatnya dapat dilihat, dicium dan dirasa berdasarkan nas al-Quran, dalil dan al thubut yang qat'ie. Maka tahwil yang diusahakan untuk menukar babi kepada benda lain sama sekali tidak merubah kenajisannya," katanya.

Justeru, beliau berharap penjelasan diberikan dapat merungkai kekeliruan sesetengah pihak yang mungkin beranggapan bahawa daging atau gelatin babi apabila ditransformasikan dan menjadi sebati sebagai makanan, maka statusnya menjadi halal dan harus dimakan.

"Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang Dr Yusuf atau merujuk kepada Fiqh Al-Jaaliyat Al-Islamiyyah Fil Gharb (Fiqh Untuk Penduduk Islam di Negara Barat)," katanya.

Gelatin Babi: Abai fatwa Qardawi

Posted: 09 Jun 2014 10:01 PM PDT

SHAH ALAM - Abaikan fatwa Dr Yusuf Al-Qaradawi mengenai hukum menggunakan gelatin babi, demikian nasihat Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (JFK), Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin kepada umat Islam negara ini.

Bagaimanapun katanya, pendapat tokoh ulama itu yang menghukumkan penggunaan gelatin babi oleh orang Islam sebagai halal mengikut konsep istihalah tidak seharusnya dicurigai, cuma ia tidak sesuai dipraktikkan di negara ini.

"Malaysia bukan negara darurat (untuk dibenarkan penggunaan gelatin babi oleh orang Islam). Di sini kita masih mudah dapat bekalan makanan halal," katanya.

Menurutnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ada mengeluarkan senarai makanan halal, justeru tidak ada sebab kukuh untuk kita sampai perlu atau terpaksa menggunakan gelatin babi yang dibenarkan mengikut konsep istihalah.

Mengenai reaksi sebilangan ulama negara ini yang jelas begitu mencurigai pandangan Al-Qaradawi mengenai perkara tersebut, Abd Shukor berkata, kita tidak seharusnya cepat melatah menghadapi kenyataan kontroversi seperti itu.

"Pertamanya, jangan samakan atau bandingkan pandangan seperti itu dengan keadaan di negara kita. Pandangan beliau ada kebenarannya dan berdasarkan hujah. Cuma pada keadaan semasa, ia tidak relevan (untuk dipraktikkan) di sini," tegasnya.

Mengulas lanjut, Abd Shukor berkata, dalam melakukan sesuatu perkara yang tidak jelas hukumnya, umat Islam di negara ini seharusnya berpandu kepada fatwa yang dikeluarkan oleh JFK yang melakukan kajian dan perbincangan teliti dengan merujuk kepada kitab-kitab muktabar sebelum membuat sesuatu keputusan.

"Keputusan yang kita (JFK) buat adalah mengikut kesesuaian keadaan dalam negara kita sendiri, dan inilah yang menjadikan kenyataan (atau fatwa) sesetengah pihak (ulama) dari luar negara berbeza dengan kita," katanya.

Al Qaradawi dalam kenyataannya beberapa hari lalu menyatakan bahan yang asalnya adalah babi tertakluk kepada hukum baharu iaitu halal setelah mengalami transformasi bahan atau perubahan zat yang menghilangkan terus sifat yang ada pada unsur asal.

Mengikut hukum fiqh, hal yang seperti ini disebut sebagai istihalah.

Kenyataan ulama terkenal itu bagaimanapun tidak disanggah oleh beberapa ulama tempatan yang menyatakan bahan yang haram di sisi hukum Islam tetap dianggap haram meskipun mengalami perubahan zat.

Menurut Abd Shukor, istihalah yang disebut Al-Qaradawi boleh diguna pakai berdasarkan kedudukan, keadaan dan kemaslahatan di tempat-tempat tertentu.

"Di negara ini, seperti yang saya katakan tadi, ia tidak sesuai," tegasnya.

Menurutnya, istihalah lebih sesuai dipraktikkan di negara Barat yang umat Islam adalah golongan minoriti serta sukar untuk mendapatkan bekalan halal.

"Apa pun, yang paling perlu bagi kita adalah mengelak makanan yang berstatus meragukan atau syubhah," katanya.

Seorang lagi mangsa 'kegatalan' Zaquan Adha tampil dedah bukti

Posted: 09 Jun 2014 09:08 PM PDT

Hari ini, pasti anda semua tertanya tanya apa motif lagi kami dedahkan perilaku pemain bola sepak popular ini di alam maya — jawapannya entah, mungkin kerana seronok. Well, some men just want to watch the world burn. MWAHAHAHA!

Jika semalam satu Malaysia kecoh dengan pendedahan yang mengatakan Zaquan Adha cukup licik memikat gadis di aplikasi sosial WeChat, nampaknya hari ini ada satu lagi bukti yang ditampilkan oleh seorang lagi mangsa. Ganas bunyinya, mangsa.

Zaquan Adha menerusi sebuah aplikasi chat yang menggunakan Instagram sebagai platform ada menegur seorang gadis yang tidak kami ketahui namanya dan mengajak gadis itu berjumpa.

Perkara ini didedahkan melalui forum hiburan popular, Cari.
 Rotikaya

Selepas tayang tubuh, aksi atas katil dengan teman wanita pula jadi tumpuan

Posted: 09 Jun 2014 08:01 PM PDT


Selepas muncul dengan video muzik berjudul 'Eyes, Nose, Lips' minggu lalu yang memperlihatkan imej seksinya - tak berbaju (yang mencecah lebih 4juta tontonan di YouTube), penyanyi Taeyang tampil dengan satu lagi muzik video terbaharu berjudul '1 AM'.

Single keduanya itu juga dipetik dari album keduanya 'Rise'.

Berbeza dengan single pertama, klip video yang dilancarkan pada 9 Jun ini (yang sehingga kini sudahh mencecah lebih 200,000 tontonan) ini berkonsepkan minimalis dengan babak dramatik di jalanan.

Namun apa yang lebih mencuri perhatian ramai ialah adegan intim anggota kumpulan BigBang ini bersama aktres Min Hyorin, di atas katil.

Tak nak cakap banyak, layan...di pautan ini http://www.youtube.com/watch?v=flVkp4S8CMc&feature=youtube_gdata_player

Ustaz Azhar Idrus menjawab persoalan lelaki Kristian di FB

Posted: 09 Jun 2014 07:01 PM PDT

Baru-baru ini UAI telah diajukan soalan oleh seorang pemuda beragama Kristian di dalam facebook miliknya Ustaz Azhar Idrus (Original). Pemuda itu mengajukan soalan mengenai kisah cintanya dengan seorang budak perempuan Islam di sekolahnya.

Jom ikuti nasihat UAI di bawah ini :


Video Muzik Terbaharu Psy Raih Jutaan Tontonan Dalam Masa Beberapa Jam

Posted: 09 Jun 2014 06:31 PM PDT

PENYANYI Psy mencipta satu lagi fenomena apabila video muzik terbaharunya berjudul Hangover menjadi antara video paling cepat mencapai jutaan tontonan selepas hanya beberapa jam dilancarkan.

Daily Kpop News melaporkan video itu ditonton sebanyak 3,100,000 peminat seluruh dunia dan mencatatkan rekod luar biasa kadar tontonan di laman sosial berkenaan.

Sehingga pukul 8.30 pagi pada Selasa, jumlah tontonan video berkenaan yang dicatatkan ialah 14,054,004.

Ia dilancarkan menerusi YouTube pada Isnin bermula pukul 8.15 pagi di Korea Selatan.

Sebagai tambahan, Psy turut menyebut akan menghasilkan sebuah lagi video muzik baharu untuk single berjudul Daddy menjelang musim panas nanti.

Jika anda belum menyaksikan video muzik Hangover, ia boleh disaksikan menerusi paparan di bawah.


Isu sekolah vernakular buat DAP seperti cacing kepanasan

Posted: 09 Jun 2014 06:20 PM PDT

KUALA LUMPUR 9 Jun - Wakil-wakil rakyat DAP umpama 'cacing kepanasan' apabila isu sekolah vernakular disentuh pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Wakil-wakil parti itu yang selama ini memainkan sentimen kononnya memperjuangkan kepentingan semua kaum dilihat berang dan bertindak menyerang Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) kerana menyentuh isu berkenaan.

Kekecohan bermula apabila Bung Moktar menyeru rakyat berbilang kaum di negara ini bersyukur dengan keterbukaan yang ditunjukkan kerajaan selama ini dalam membenarkan kewujudan sekolah-sekolah vernakular di negara ini.

Katanya, Malaysia merupakan negara tunggal di dunia yang membenarkan kewujudan sekolah vernakular, berbeza dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Filipina.

"Kalau di Thailand, sekolah mereka semua gunakan bahasa Thailand, kalau di Filipina, sekolah guna bahasa Filipina dan sama juga di Indonesia," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014.

Kasthuriraani Patto (DAP-Batu Kawan) bertindak mempertikaikan tindakan Bung Moktar dan bertanya apakah kenyataan itu mencerminkan aspirasi 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun beberapa kali diganggu oleh wakil DAP termasuk V. Sivakumar (DAP-Batu Kawan), Bung Moktar tetap bertegas mempertahankan kenyataannya dengan berkata: "Sekiranya benar mahu membawa aspirasi rakyat, masuklah sekolah-sekolah kebangsaan sedia ada."

Isu tersebut tidak terhenti di situ sahaja apabila Sivakumar yang berbahas selepas itu pula mendakwa sekolah-sekolah vernakular terutama sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) telah dianaktirikan oleh kerajaan sehingga menjadi punca tsunami politik pada 2008.

"Untuk menarik semula sokongan masyarakat India, kerajaan telah memperuntukkan RM560 juta dari 2009 hingga 2013 untuk menaikkan infrastruktur bangunan sekolah berkenaan," katanya.

Imam besar Masjid Shah Alam meninggal dunia

Posted: 09 Jun 2014 06:15 PM PDT


Shah Alam: Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Ahmad Mustafa Mohd Sidin (gambar), 40, meninggal dunia jam 9.07 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Selayang selepas mengadu sesak nafas pada 4 Jun lalu, sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd Saad, dalam kenyataan malam tadi, berkata jenazah Allahyarham dibawa ke masjid negeri malam tadi untuk dimandi dan dikafankan.

Ahmad Mustafa dilahirkan di Kuala Kubu Bharu pada 26 Disember 1974, mendapat p endidikan menengah di Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu sebelum meneruskan pengajian di Maktab Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1990.

Selepas memperoleh Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat dari pusat tahfiz itu, Allahyarham sempat berkhidmat di Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu selain menjadi Imam Masjid ar-Rahimiah, di kawasan sama pada tahun 1994.

Setahun kemudian, Allahyarham melanjutkan pengajian ke Maahad Qiraat Shoubra Al-Azhar di Kaherah, Mesir dan sempat berguru dengan beberapa btokoh besar di universiti berkenaan.

Azmin kantoi cuba sogok pengerusi JPP

Posted: 09 Jun 2014 06:01 PM PDT

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memulakan siasatan berhubung dakwaan seorang anggota dari kem Mohamed Azmin Ali cuba menyogok Pengerusi Panel Bantahan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Abdul Malek Hussin.

Menyifatkan kes berkenaan 'berprofil tinggi' kerana membabitkan pemimpin utamanya, Lembaga Disiplin PKR melantik veteran parti, Dr Syed Husin Ali untuk mengetuai pasukan siasatan.

Syed Husin adalah bekas Timbalan Presiden PKR sebelum Azmin mengambil alih kedudukannya pada pemilihan 2010.

Pengerusi Lembaga Disiplin parti itu, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, PKR memandang serius dakwaan politik wang dalam parti itu dan mahu siasatan dijalankan dengan terpeinci walaupun membabitkan individu berpengaruh dan berjawatan tinggi.

"Kita sudah meneliti surat aduan berhubung politik wang dan kita sedar ini merupakan dakwaan serius terutama membabitkan pemimpin utama parti.

"Justeru kita bersetuju melantik Dr Syed Husin untuk meneliti kes ini," katanya kepada mStar Online pada Isnin.

Dr Tan mengulas mengenai status terkini susulan aduan bertulis yang dikemukakan ahli parti itu yang digantung keahlian, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard berhubung dakwaan Abdul Malek menolak rasuah yang diberi calon Naib Presiden, Dr Xavier Jayakumar dan 'bosnya'.

Menurut Badrul Hisham, berdasarkan khabar angin, 'bos' yang dimaksudkan itu berkemungkinan Azmin yang hampir pasti mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PKR pada pemilihan kali ini.

Sebelum ini, sememangnya diketahui bahawa Xavier berada dalam kem 'Keadilan Raya' yang diketuai Azmin.

Bomoh Raja Bunian kena penjara

Posted: 09 Jun 2014 05:31 PM PDT

SITI MERIAM dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan semalam atas tuduhan menipu anak saudara sendiri
KOTA BHARU - Kelicikan seorang bomoh memperdaya anak saudara sendiri supaya menyerahkan barang kemas dengan alasan mangsa kononnya sudah terpilih menjadi orang kanan raja bunian menerima padah apabila wanita itu dijatuhi hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Mohd. Isa Mohamed menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Siti Meriam Hamad, 56, setelah dia mengaku salah atas kesalahan memperdaya Wan Zulhazira Wan Mustafa, 27.

Siti Meriam hadir ke mahkamah semalam dengan berpakaian banduan kerana dia kini sedang menjalani hukuman penjara selama dua tahun di Penjara Pengkalan Chepa dekat sini bagi satu lagi kes penipuan yang dilakukan di Machang dekat sini.

Apa Yang Tersirat

Posted: 10 Jun 2014 02:57 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Apakah Dyana Akan Menyertai Umno ?

Posted: 10 Jun 2014 01:03 AM PDT

Ada desas desus Dyana Sofya Mohd Daud calon DAP bagi PRK Teluk Intan yang kalah kepada calon BN Datuk Mah Siew Keong akan menyertai Umno dan bakal dilantik untuk menyandang jawatan khas kepada seorang Menteri Kabinet.   

Siapa Yang Jerut Rakyat?

Posted: 09 Jun 2014 06:01 PM PDT


Comments:

There are 0 ulasan for Barisan Nasional

Catat Ulasan