السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 38-39 surah at-Taubah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ ۚ أَرَضِيتُم بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ ۚفَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ ﴿
٣٨﴾ إِلَّا تَنفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيْئًا ۗوَاللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿
٣٩﴾
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak) Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah – membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
Kini kita berada di pertengahan bulan Rejab yang merupakan salah suatu daripada bulan haram di mana dalam bulan ini pernah tercacat beberapa peristiwa penting antaranya Peperangan Tabuk yang berlaku pada tahun 9H. Antara pengajaran berharga daripada peristiwa yang bersejarah ini ialah bagaimana sifat yang jauh berbeza antara golongan yang beriman dengan golongan munafiq dalam memperjuangkan Islam. Manusia yang mabuk dengan kemewahan dan kesenangan dunia pasti akan lupa tentang hari kematian dan hari akhiratnya. Setiap langkah mereka pasti diletakkan matlamat dunia di atas daripada agama. Dunia dirasai jauh lebih berharga daripada akhirat sehingga tanpa mengira halal haram, dosa pahala mereka terus mengejar dunia. Umat yang beriman pula meletakkan arahan Allah dan rasulNya melebihi segala hasutan hawa nafsu dan dunia sehingga bukan sahaja sanggup mengorbankan harta benda malah nyawa demi tunduk patuh kepada kehendak agama. Golongan yang soleh ini meyakini bahawa akhirat jauh lebih bernilai berbanding kehidupan dunia dengan menjadikan dunia hanya sebagai suatu tempat dalam menambah bekalan akhirat. Perbezaan ini berlaku akibat daripada kejahilan dan juga hati mati yang menjadikan hawa nafsu dan Syaitan sebagai ikutan
عَنْ أَنس رضي الله عنه أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ : « حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ – رواه مسلم
Maksudnya : Syurga dipagari dengan sesuatu yang dibenci oleh hawa nafsu manakala Neraka pula dipagari dengan sesuatu yang disukai oleh hawa nafsu
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Mengambil iktibar daripada Peperangan Tabuk juga ialah berkenaan bumi Tabuk itu sendiri yang dulunya kering kontang tetapi kini telah menjadi subur dengan tanaman termasuk Ladang-ladang kurma. Ini membenarkan sabda nabi Muhammad s.a.w kepada Muadz ketika perang Tabuk, "Kalau umurmu panjang, maka engkau akan melihat tempat ini penuh dengan kebun-kebun". Ini juga mengingatkan kita tentang suatu peringatan nabi tentang antara tanda Qiamat iaitu bumi arab yang asalnya subur menjadi kering kontang dan kemudiannya kembali menjadi subur sebagaimana hari ini. Minggu lepas kita dapat saksikan berlaku banjir kilat di Mekah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: " لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَكْثُرَ الْمَالُ وَيَفِيضَ، حَتَّى يَخْرُجَ الرَّجُلُ بِزَكَاةِ مَالِهِ، فَلَا يَجِدُ أَحَدًا يَقْبَلُهَا مِنْهُ، وَحَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجًا وَأَنْهَارًا " - رواه مسلم
Maksudnya : "Tidak akan terjadi hari kiamat, sebelum harta kekayaan telah tertumpuk dan melimpah ruah, hingga seorang laki-laki pergi ke mana-mana sambil membawa harta zakatnya, tetapi dia tidak mendapatkan seorang pun yang bersedia menerima zakatnya itu. Dan sehingga tanah Arab menjadi subur Makmur kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai."
Sebagai umat yang beriman kita bukan hanya disuruh untuk mendengar dan melihat sahaja tentang perkara ini sebaliknya mesti meningkatkan amalan soleh disamping menjauhi maksiat serta memperbanyakkan taubat kepada Allah sebagai persiapan dalam menambahkan bekalan akhirat
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 79 surah at-Taubah:
الَّذِينَ يَلْمِزُونَ الْمُطَّوِّعِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ فِي الصَّدَقَاتِ وَالَّذِينَ لَا يَجِدُونَ إِلَّا جُهْدَهُمْ فَيَسْخَرُونَ مِنْهُمْ ۙ سَخِرَ اللَّـهُ مِنْهُمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Maksudnya :Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, – Allah akan membalas ejek-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Iktibar daripada Perang Tabuk juga dapat diambil dengan sikap berlumba-lumba di kalangan para sahabat nabi untuk mengeluarkan harta yang ada untuk perjuangan Islam. Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk saling membantu antara satu sama lain termasuk ekonomi Islam berdiri atas kasih sayang bukan penindasan seperti halalnya jual beli dan haramnya system riba. Malah Islam mahu Negara dibina atas asas hidayah dan kebajikan bukannya sebagaimana kehendak kapitalis iaitu Negara cukai. Imam Al-Qurtubi sebagai contoh pernah menerangkan syarat-syarat mengambil harta rakyat dalam bentuk cukai selepas sumber lain termasuk hasil mahsul Negara daripada pertanian, galian serta Baitul Mal tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan Negara maka cukai hendaklah diambil dengan mematuhi 3 syarat utama iaitu;
[1] jangan pemimpin mementingkan dirinya dengan membebankan rakyat [2],hendaklah dipentingkan kepada golongan yang paling berhajat dengan bantuan kewangan. [3], hendaklah disama-ratakan pembahagian negara termasuk hasil cukai berpandukan taraf kedudukan rakyat bukan hanya dibolot oleh orang atasan, orang kaya dan kroni sahaja.
Ibnu Khaldun telah mengingatkan kita bagaimana adanya 2 buah kerajaan yang Berjaya dan gagal iaitu [1] kerajaan yang mengenakan cukai yang rendah tetapi mampu memberi kebajikan yang tinggi kepada rakyat kerana amanah dan cermat dalam mengurus harta Negara sehingga Negara maju dan Berjaya.[2]Kerajaanyang mengenakan cukai yang tinggi tetapi kebajikan terhadap rakyat diabaikan akibat wang Negara dihabiskan untuk kemewahan pemimpin dan projek mega yang tidak bermanfaat yang akhirnya Negara ini akan hancur dan musnah. Ini dapat disaksikan bagaimana salahguna wang Negara melalui laporan Audit menyebabkan Negara kerugian antara 28 hingga 40 bilion setahun sedangkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan GST yang bakal memeras wang rakyat dikatakan hanya dapat RM6 bilion sebagaimana alasan penjimatan RM2 bilion setahun dengan pengurangan subsidi petrol sebelum ini. Jika perkara ini terus berlaku maka kehancuran Negara semakin dekat dengan jumlah hutang yang begitu tinggi sehingga hampir kepada muflis. Pilihan atas kita samada kita rela Negara kita hancur atau kita mahu menikmati Negara makmur dengan Islam sebagai cara hidup
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 112 surah at-Taubah :
التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّـهِ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ ﴿
١١٢﴾
Maksudnya : (Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian)
Perang Tabuk paling besar mendedahkan tentang tindakan jahat golongan munafiq dalam menghasut umat Islam dari awal hingga akhir agar gagalnya perjuangan Islam. Antara yang paling ketara ialah pembinaan Masjid Dhirar yang akhirnya diperintah oleh Allah agar dirobohkan oleh nabi Muhammad s.a.w kerana ia diasas atas kekufuran bukan ketaqwaan. Bila mengingati tindakan yang tegas ini maka kita mahu agar pelaksaan hukum Hudud di negeri ini sebagai permulaan dapat dipermudahkan bagi menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia daripada diganggu dan diceroboh. Kita tidak mahu Jawatankuasa Teknikal Hudud akan menjadi sebagaimana Jawatankuasa Khas kaji isu royalti minyak yang ghaib tanpa berita seperti kehilangan kapal terbang MH370.
Kita juga mendesak kesungguhan pemimpin Negara dalam menerangkan Hudud kepada rakyat berbilang agama sebagaimana kesungguhan menerangkan GST yang menelan belanja RM365 juta bermula tahun 2010. Perkara ini penting supaya tidak timbul lagi orang Islam sendiri yang cuba menggambarkan bagaimana kegagalan Negara yang menjalankan Hudud berdasarkan Global Peace Index sedangkan hakikat yang sebenar seperti 4 negara yang dianggap paling selamat di dunia iaitu New Zealand, Sweden, Ireland dan Iceland mencatat kes rogol dan rompakan paling tinggi di dunia berbanding Negara yang melaksanakan Hudud walau pun mempunyai rakyat lebih ramai dan setengahnya berdepan dengan peperangan. Sebab itulah golongan ini begitu bimbang jika Brunei yang merupakan Negara kaya dan jauh daripada peperangan akan menjadi model terbaik kepada Negara melaksana Hudud
Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
Sempena berada di bulan Rejab yang juga bulan Isra' Mikraj maka kita turut sama memperingati Hari Nakbah atau Mala petaka n yang menimpa umat Islam di Palestin di mana pada 15hb Mei 1948, iaitu 66 tahun lalu di mana lebih 700,000 orang rakyat Palestin diusir dan lebih 500 perkampungan orang dimusnah dan dirampas. Peristiwa itu tidak mungkin dapat dilupa oleh dunia kerana ia adalah permulaan kepada keganasan Yahudi Zionis yang tidak kunjung selesai sehingga hari ini. Kesengsaraan rakyat Palestin sedemikian lama masih tidak mendapat pembelaan daripada masyarakat dunia kerana sehingga hari ini nasib mereka tidak berubah. Semoga semangat dalam memperingati Isra' Mikraj akan mendatangkan hasil sehingga kita mampu memerdekakan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa daripada cengkaman zionis yahudi. Yakinlah kita kepada janji kemenangan oleh Allah bila umat Islam kembali bersatu atas dasar Islam
Firman Allah dalam ayat 66 surah al-Anfal :
الْآنَ خَفَّفَ اللَّـهُ عَنكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًا ۚ فَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوا أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿
٦٦﴾
Maksudnya : Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan